SILA KLIK UNTUK PENAJAAN

Khamis, 1 September 2011

Analisis Isu Semasa Malaysia.


Oleh: bawabah

"Salam aidil fitri buat semua ummat islam di Malaysia.

Isu politik di Malaysia sangat teruk, dalam seminggu hampir 3 isu utama silih berganti. Antara contoh yang boleh kita lihat ketika berlaku isu PATI (pendatang asing tanpa izin) mendapat kerakyatan warganegara Malaysia dengan cara yang paling mudah, secara tiba-tiba timbul pula isu geraja yang berlaku di Selangor.


Mahasiswa berhak membaca dan membuat analisis terhadap isu-isu politik yang berlaku di Malaysia. Isu yang berlaku adalah hasil perancangan dari pihak-pihak tertentu yang cuba mengawal dan mencorak landskap politik Malaysia. Khususnya UMNO yang menggunakan pelbagai bentuk serangan demi mengekalkan kewujudan mereka di bumi Malaysia.

Kata-kata keramat dari DS Najib -
"kita akan pertahankan putrajaya dengan apa jua cara sekalipun".

Setelah isu liwat dan video lucah DSAI tidak berapa laku, malah menjadi tamparan semula kepada UMNO, mereka mengubah taktik untuk memecahbelahkan kesatuan yang dibina oleh PR dengan memainkan isu sensitiviti agama.


salah sebuah blog UMNO yang satu ketika dulu pernah menjadi laman web lucah UMPORNO, kini berubah menjadi blog humanitarian assistance.
semoga ramadhan yang baru berlalu menjadi proses pemulihan akhlak blogger2 lucah UMNO.

Kesengsaran rakyat di Somalia juga cuba dijadikan peluru UMNO demi meraih simpati dari pengundi Malaysia. Mereka mahu menunjukkan sikap prihatin mereka terhadap golongan yang ditimpa musibah. Umno menghantar skuad sukarelawan mereka untuk bergambar di Somalia sebagai modal dalam PRU13 yang tidak lama lagi.

Rumusan secara ringkas berkenaan senjata politik UMNO (dalam tempoh 2 bulan kebelakangan ini).
1- kes liwat dan video lucah DSAI.
2- isu gereja demi menutup isu PATI yang mendapat warganegara dengan cara yang mudah.
3- isu kemanusiaan di Somalia.

Mahasiswa yakin dan sedar banyak lagi isu-isu yang ditimbulkan demi mengaburkan mata rakyat dari melihat kejahatan yang mereka lakukan. Kesedaran politik @ celik politik perlu disemai kepada masyarakat Malaysia dalam menghadapi konflik isu yang berlaku.

Mahasiswa adalah golongan yang dididik untuk mengkaji dan menganalisis terhadap perkara yang berlaku dan bebas menyuarakan pendapat mereka berdasarkan ilmu yang mereka ada. Rakyat juga berhak berbuat demikian agar menjadi golongan yang celik dan bijak. "

1 comments:

  1. orang munafik kerja nak cari nama masuk TV masuk paper satu malaysia tahu Satu Dunia tahu.. ..................orang ISLAM kerja kerana ALLAH tak menonjol..hanya ALLAH yang tahu...

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA