SILA KLIK UNTUK PENAJAAN

Jumaat, 1 Julai 2011

Ugutan : Berhimpun tutup jambatan, jika teruskan demo 9 Julai

Lebih 10 pertubuhan bukan kerajaan di Pulau Pinang merancang mengadakan perhimpunan di Jambatan Pulau Pinang pada 8 Julai ini jika perhimpunan haram yang dirancang pada 9 Julai diteruskan, kata yang dipertua PERKASA Pulau Pinang, Datuk Ahmad Saad.
Katanya, tindakan itu sebagai membantah perhimpunan haram berkenaan yang ternyata hanya akan menyusahkan semua pihak.

"Kalau mereka tidak membatalkan perhimpunan 9 Julai ini, kita akan mengadakan perhimpunan di Jambatan Pulau Pinang pada 8 Julai. Kita boleh buat.

"Biar siapa pun tak boleh masuk atau keluar (Pulau Pinang). Kita tengok siapa yang akan susah," katanya dalam sidang media di George Town hari ini.


Beliau berkata ketika itu, semua pihak yang berhasrat menyertai perhimpunan haram akan tahu dan sedar bahawa tindakan mereka itu boleh menjejaskan semua pihak.

"Kami rayu Ambiga (Datuk Ambiga Sreenevasan) dan kumpulannya supaya membatalkan perhimpunan haram itu," katanya.

Ahmad berkata perhimpunan haram itu tidak perlu diadakan kerana terdapat pelbagai medium yang boleh digunakan oleh semua pihak untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka.

Beliau juga mendesak kerajaan menahan golongan yang merancang perhimpunan haram itu bagi mengelak daripada perhimpunan itu diteruskan.

Antara NGO yang hadir pada sidang media hari ini ialah Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Pertubuhan Suara Anak-anak Malaysia dan Persatuan Melayu Tanjong.

- Bernama

4 comments:

  1. Dengaq ka cakap berdegaq2 tapi ada ayat Merayu pada ambiga jangan buat,apa punya pondan siam,kalau berani jangan rayu pada ambiga.

    BalasPadam
  2. http://www.youtube.com/watch?v=aMtYaC6e9Wk
    BERSIH 2.0

    BalasPadam
  3. WOI BERAHIM AMBIL KRIS JOLOK LUBANG HIDUNG MU KAN BAGUS,,PAKAI PAKAIAN SILAT DAN TANJAK KONON MENGAKU GENERAL PERANG KONON....PUIIIIH...UMNO BN DAN PERKASA BUAT KECOH DAN BUAT DEMO JUGA SAYA TENGOK TAK PROFESSIONAL LANGSUNG....LOW CLASS...SIKIT SIKIT TUNJUK KRIS...SIKIT TUNJUK KRIS...ZAMAN SEKARANG MANA ADA ORANG PERANG GUNA KRIS LAGI..INILAH SUSAH KALAU JADI KATAK BAWAH TEMPURUNG...SILAP SILAP MATI KATAK.....NAK JADI PANGLIMA KATAK KA???????

    BalasPadam
  4. TOK NAJIB UMNO AKAN LINGKUP PERCAYA LAH..
    DI LINGKOPKAN OLEH ORANG MACAM Datuk Ahmad Saad.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA