Dalam usaha terbaru, Suruhajaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melancarkan kempen media bagi melabelkan perhimpunan itu sebagai sesuatu yang haram. Sehubungan itu juga, semua stesen televisyen dan radio diwajibkan menghantar laporan harian mengenai liputan mereka. Antaranya, mereka diarah menyatakan jumlah berita dan kandungannya dalam laporan mereka berhubung BERSIH.
Semalam, SKMM juga mengarahkan perwakilan daripada 22 media elektronik dan telekomunikasi untuk menghadiri seminar sehari bertajuk “Seminar Kawal Selia Kandungan 2011" di auditoriumnya di Cyberjaya.
Menurut surat SKMM yang diedarkan kepada semua media elektronik itu, dengan sesalinannya diperolehi Malaysiakini, tujuan seminar itu “mengenai pematuhan kepada syarat-syarat lesen serta lain-lain peruntukan yang relevan.”Menurut beberapa editor yang tidak mahu identiti mereka didedahkan, mereka diarahkan supaya tidak merujuk perhimpunan 9 Julai itu sebagai “perhimpunan BERSIH” tetapi sebagai “perhimpunan haram” dalam semua liputan berita serta tidak menggalakkan orang ramai menyertainya.
Selain itu, jika polis menggunakan kekerasan ke atas rakyat yang berhimpun, rakaman visual perbuatan itu dilarang sama sekali daripada disiarkan.Sebaliknya, laporan media elektronik perlu memberi tumpuan kepada kesukaran dan ketidak-selesaan yang dihadapi rakyat akibat perhimpunan itu, termasuk orang ramai merusuh, harta benda dimusnahkan dan kesesakan lalu lintas yang teruk.

AKU DAH TENGOK IKLAN MOMOKAN PERHIMPUNAN HARAM TU KAT TV2 LEBIH KURANG PUKUL 12.30TGH TADI. CAM HAMPEH DAN LOW CLASS MENTALITI. INGAT ORANG DEMO NI SUKA2 KE NAK BUAT KECOH2.MALAS LE AKU NAK KOMEN BANYAK2 CUBO LE KORANG NENGOK IKLAN TU, KO TAU APO BENDA YANG DIKATAKANNYA. YANG PALING AKU KESIAN PELAKON TU LE, TAK PASAL KANG ADA ORANG MAKI HAMUN KALU JUMPA KAT MANA2. TAPI BUKAN SALAH DIORANG PELAKON TU CARI REZEKI, DAH ORANG BAYAR BUAT IKLAN TU ON AJE LEEEEE... BARANG HARGA NAIK MELAMBUNG DAH ORANG BAYAR BUAT IKLAN TU REMBAT AJE LAAAA...
BalasPadam