SILA KLIK UNTUK PENAJAAN

Jumaat, 1 Julai 2011

IGP tolak syor laluan khas anjur Himpunan Bersih 2.0

KUALA LUMPUR, 1 Julai — Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menolak idea Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) Datuk Ambiga Sreenevasan agar pasukan keselamatan menyediakan laluan bagi mereka mengadakan Himpunan Bersih 2.0 dengan aman dan tanpa mengganggu sesiapa.
Kata Ismail (gambar), keputusan membenarkan perhimpunan termasuk disediakan laluan khas bagi peserta Himpunan Bersih 2.0 tidak akan menjadi pilihan terbaik ke atas kepentingan awam kerana bolah menyebabkan ketegangan dan huru-hara.
“Saya tidak akan bersetuju dengan cadangan ini,” kata beliau dipetik laporan New Straits Times hari ini.
Ismail berkata langkah yang dihasratkan oleh Bersih akan menjejaskan keselamatan negara dan ketenteraman awam.
“Ada banyak kemungkinan yang boleh wujud jika perhimpunan diteruskan,” kata Ismail yang semalam mengadakan pertemuan dengan Ambiga di ibu pejabat polis Bukit Aman di sini.

Mengikut laporan petang semalam, Ambiga berkata pihaknya telah meminta polis sendiri mencadangkan satu laluan yang pihak berkuasa rasa sesuai untuk mereka mengadakan perarakan tanpa gangguan kepada sesiapa pun.
Ambiga berkata pasukan pemantau pilihan raya ini telah mengemukakan cadangan kepada Ismail dengan harapan PDRM akan bersikap terbuka dan bekerjasama dengan gabungan tersebut.
“Kami telah memberitahu mereka, pihak polis, sekarang anda pilih satu lokasi di Kuala Lumpur ke Taman Jaya, atau ke mana-mana,” kata beliau di pekarangan ibu pejabat polis di Bukit Aman petang ini.
“Anda pilih laluan, kami akan ikut. Dan, kami akan jalankan dengan aman,” katanya lagi.
Kata Ambiga, berdasarkan peruntukan undang-undang polis dikehendaki memberi perlindungan kepada mana-mana pihak yang mahu mengadakan perhimpunan dan pada masa yang sama boleh menahan mereka yang enggan berhimpunan secara aman.
Ambiga berkata Ismail tidak memberikan sebarang respons ke atas permintaannya itu ketika pertemuan yang “sangat mesra” tetapi menekankan, beliau masih yakin Bersih akan mendapat jawapan positif daripada beliau minggu depan.
Himpunan Bersih 2.0 dijadual untuk diadakan pada 9 Julai ini.

2 comments:

  1. Kepala otak bapak hang PIG. Kalau berlaku sebarang kekecohan pada 9 Julai itu pun adalah kerana kehadiran polis dan kegagalan polis untuk mengawal keadaan. Polis sepatut mengambil tindakan ke atas perkasa dan UMNO kerana bertindak samseng sebelum ini.

    Polis patut disalahkan kalau berlaku kekecohan pada 9 Julai!!!!!!

    BalasPadam
  2. Polis patut beri dan mengawal perhimpunan bersih supaya teratur perjalanannya. Kalau tak beri permit pun perhimpunan tetap akan berlaku.maka lebih baik diizinkan dan diuruskan.Kalau macam ini punya perhimpunan tak bolih nak uruskan ,apa lagi kerja polis nak buat..Setakat ini yg sentiasa mengancam keselamatan adalah kumpulan yg tidak ada mengena dgn BERSIH. saperti PERKASA,Pemuda UMNO dan terbaru persatuan silat Malaysia. Yang ini polis patut kawal.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA