SILA KLIK UNTUK PENAJAAN

Jumaat, 1 Julai 2011

Dilindungi : 300 bantah KM P Pinang kerana sokong BERSIH

Kira-kira 300 penyokong Umno, PERKASA dan NGO, Suara Anak-anak Malaysia mengadakan demonstrasi di Pulau Pinang petang tadi bagi membantah tindakan ketua menteri Lim Guan Eng kerana menyokong perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini.

NONEDalam kekecohan itu enam penunjuk perasaan ditahan polis yang turut mengarahkan kira-kira 100 anggotanya untuk mengawal keadaan.

Penyokong kumpulan itu berarak kira-kira satu kilometer dari Masjid Kapitan Keling ke bangunan Komtar selepas solat Jumaat.

Mereka menuntut Lim berundur sebagai ketua menteri kerana beliau secara terbuka menyokong perhimpunan BERSIH yang telah diisytiharkan perhimpunan haram oleh pihak polis.Dalam perarakan itu yang melalui Jalan Chulia dan Jalan Carnavon menunju ke Komtar, kumpulan itu juga memecahkan cermin kereta-kereta di sepanjang jalan.

Mereka juga bertindak ganas dengan menolak dua jurugambar - seorang daripada akhbar Cina manakala seorang seorang lagi daripada stesen TV.

Selepas menahan enam orang dan membunyikan siren, penunjuk perasaan beredar ke Jalan Penang, di mana beberapa beberapa pemimpin Umno termasuk Ezam Mohd Nor membuat ucapan membidas Lim dan kerajaan negeri.

Pada jam 3.30 petang, sekumpulan lagi berarak dari Jalan Penang ke kawasan Komtar membawa dua ekor itik dan menjeritkan nama exco Pulau Pinang dan ADUN Batu Maung Datuk Abdul Malik Abul Kassim. Selain mempersendakannya mereka juga mengajuk cara percakapan Abdul Malik.

Polis hanya membiarkan kumpulan itu dengan telatah dan gelagat mereka.

2 comments:

  1. KESIAN AKU TENGOK SAMSENG UMNO BN PERKASA..MACAM BUDAK TADIKA BERHIMPUN DAN BERARAK MENJERIT JERIT MACAM KELUAR HOSPITAL PESAKIT MENTAL DAN HIRUK PIKUK MACAM KAPAL KARAM....LANSUNG TAK PROFESSOINAL BILA BERARAK MAKLUMLAH TAK BIASA BERARAK......CUBA TENGOK PAKATAN RAKYAT BERARAK DENGAN GAYA PROFESSOINAL PENUH ADAB SOPAN SANTUN SENTIASA PATUH SETIAP ARAH KETUA TAK BUAT KEROSAKAN DAN PENTING SELALU TIAK KALIMAM SUCI ALLAHUAKBAR ..TAKBIR 3 X

    BalasPadam
  2. KHUTBAH JUMAAT KAT KL DAN PUTRAJAYA DAH DILACURKAN OLEH SAMSENG UMNO DAN PERKASA KAT PULAU PINANG. INI DAH SAH BUAT KEKACAUAN DAN MEROSAKKAN HARTABENDA AWAM, AMACAM ORANG KAT JAWI LIHAT SEKARANG SIAPA BERSIH, SIAPA KOTOR. HAH! JAWAB3X. KAH3X JAWI DAH TERKONO....

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA