Mewakili seluruh ahli keluarga haluan kiri pejuang kemerdekaan memohon agar dihentikan laporan berita dan kenyataan yang dilihat seolah-oleh pejuang kemerdekaan berhaluan kiri sebagai musuh Negara dan pengganas.Dengan melahirkan perasaan sedih dan kecewa, pihak keluarga pejuang kemerdekaan berhaluan kiri mendesak agar pihak-pihak yang membuat laporan berita dan kenyataan-kenyataan yang mengguris hati waris keluarga dihentikan.
Pejuang-pejuang kemerdekaan dilihat pengkianat dan pengganas hanya kerana mereka tidak sanggup melihat Negara dijajah oleh British mahupun Jepun. Pejuang kemerdekaan yang berjuang pada awal di dalam Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) diharamkan pada tahun 1950 membuatkan parti itu tidak dibenarkan menyertai pilihanraya umum pertama tanah melayu pada tahun 1955.
Akibat daripada pengharaman ini, pejuang kemerdekaan tidak mempunyai jalan lain melainkan untuk masuk ke dalam hutan untuk berjuang secara gerila dengan menubuhkan Regimen 10, yang mana komender pertama adalah datuk saya sendiri Allahyarham Wahi Anuar. Beliau bersama nenda tiri, Allahyarhamah Shamsiah Fakeh. Ada juga yang masuk UMNO seperti Aisyah Ghani dan Aziz Ishak.
Di akhirnya, perawis keluarga ingin mohon pihak yang berkenaan memohon maaf kepada pihak keluarga, dan pihak berkuasa serta seluruh rakyat Malaysia mengenang pejuang kemerdekaan ini sebaris dengan pejuang kemerdekaan dari UMNO seperti Tunku Abdul Rahman dan Datuk Onn.
*Kenyataan media oleh Mohd Saifullah Mohd Zulkifli (gambar kiri) selaku pewaris keluarga pejuang haluan kiri kemerdekaan merangkap Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Selangor.
0 comments:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA