Utusan Malaysia Online memetik beliau sebagai berkata mereka yang berkeras untuk meneruskan dan menyertai perhimpunan itu bakal dikenakan tindakan tegas termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Semalam, pengerusi BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga, bemesyuarat dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan meminta laluan supaya pihaknya dapat menyerahkan memorandum ke Istana Negara.
Pada mesyuarat itu, menurut Ambiga, Ismail melahirkan kebimbangannya jika perhimpunan aman itu diteruskan, walaupun diberi jaminan ia akan dijalankan secara aman.
BERSIH 2.0, berharap dapat berunding dengan Ismail sekali lagi minggu depan bagi mendapatkan bantuan polis bagi memastikan perhimpunan itu selamat.
Selain BERSIH, Pemuda Umno dan kumpulan pendesak Melayu - PERKASA juga berhasrat berhimpun pada hari yang sama dan telah berjumpa dengan polis.
Semua ketiga-tiga kumpulan juga memberi jaminan perhimpunan mereka akan diadakan secara aman.
TAK TAKUT DOSA KEPADA ALLAH MENGHALANG BERSIH 2 MENUNTUT HAK YANG ADIL KEPDA SEMUA RAKYAT TAK KIRA BANGSA DAN AGAMA YANG CINTA PADA KETELUSAN DAN KEBAIKAN ,ALLAH SANGAT SAYANG KEPADA ORANG YANG SENTIASA NAK BUAT KEBAJIKAN YANG HALAL DAN TIDAK BUAT MAKSIAT ????? BERSIH 2 NAK BERARAK SECARA AMAN DOSA KA????....KALAU BERSIH 2 TAK TEGUR SIAPA LAGI DAPAT TEGUR UMNO BN YANG ZALIM DAN MELAMPAUI BATAS.....Aku takut nanti ALLAH LAKNAT KITA SEMUA HABIS SEMUA KENA SAMAADA BAIK ATAU JAHAT....INGAT ALLAH TAK SUKA ORANG YANG MEMBUAT KEZALIMAN
BalasPadam