Selasa, 7 Jun 2011

DIA NI DARI DUNIA MANA - DR ROHAYA: ISTERI SAMA DENGAN PELACUR ?

'Layan macam pelacur'

KUALA LUMPUR: Seorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi.

Malah, kegagalan isteri melayan kehendak seks suami adalah antara punca utama kegagalan rumah tangga apabila pasangan mereka sebaliknya beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu. Peringatan itu disuarakan Naib Presiden Kelab Isteri Taat yang baru ditubuhkan di negara ini, Dr Rohaya Mohamed.


“Tanggungjawab isteri bukan saja untuk memasak, mengemas rumah dan menjadi ibu malah turut membabitkan aspek seksual. Lelaki berkahwin dengan wanita yang menyamai atau jauh lebih bagus daripada pelacur (di ranjang), sudah pasti tidak akan curang.

“Nafsu lelaki jauh lebih besar daripada wanita dan tidak boleh diketepikan. Daripada membiarkan mereka bergelumang dengan dosa, seorang isteri itu harus melakukan apa saja bagi memenuhi keinginan nafsu suami.

“Justeru, tanggungjawab kami adalah untuk membantu isteri menjadi lebih taat kepada suami. Seorang isteri hanya perlu memenuhi empat syarat untuk masuk syurga – menunaikan solat wajib, berpuasa ketika Ramadan, melindungi maruah dirinya serta taatkan suami,” katanya selepas majlis pelancaran kelab berkenaan di Kelab Golf Perangsang Templer dekat sini, semalam.

Kelab Isteri Taat mempunyai 1,000 ahli di seluruh dunia termasuk 800 orang di negara ini. Ia ditubuhkan Global Ikhwan Sdn Bhd yang sebelum ini dikaitkan dengan kumpulan al-Arqam. Kelab pertama dilancarkan di Jordan pada 1 Mei lalu, cawangan Malaysia semalam dan diikuti kelab di Jakarta, Indonesia pada 19 Jun depan.

Organisasi syarikat itu juga merancang untuk menubuhkan cawangan kelab sama di Eropah termasuk London dan Rome pada masa depan.

Rohaya berkata, penubuhan kelab itu terbuka kepada semua golongan isteri tanpa mengira kaum dan agama serta menawarkan latihan dan khidmat nasihat termasuk pendidikan seks supaya golongan isteri dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada suami masing-masing. - B.hairan

Note: Kah kah kah kah.. Kalaupun nak tunjuk bertapa pentingnya layanan isteri pada suami tak payah la samakan isteri-isteri yang solehah tu seperti pelacur Dr Rohaya.. Dari sudut mana pelacur boleh dijadikan contoh kepada isteri solehah? Macamana kalau nanti orang berkata Dr Rohaya adalah pelacur kelas atasan? Adakah Dr Rohaya setuju?

7 ulasan:

  1. Kesian la jadi perempuan...
    Kenapa dia ni tak ada harga diri?

    Apasal dia pergi belajar PHD? Takkan jadi pelacur kelas atasan lagi senang...

    Sorry la kawan.. aku bukan melayu.. tapi dia punya sentence sangat bodoh.. dia sangat memalukan wanita dan orang yang ada PHD.

    BalasPadam
  2. Mah Pandikutty8 Jun 2011 8:07 PG

    Dr. Rohaya ni mcm ada pengalaman jek jd 'pelacur kelas atasan'??? Experience bg serve yg trbaekk!!!!!

    BalasPadam
  3. placur 2 sangat hina,,,xptt nk bandingkan dgn isteri yg sah!!!!!!!!!!!!!cakap biar pkai akal!!

    BalasPadam
  4. cett..pelacor kelas atasan..ko egt pmpn tadew hrge dri ke..huh..

    BalasPadam
  5. pecah gak kepala nati

    BalasPadam
  6. eish , ape pnye org .. xsnonoh , smekn isteri dgn pelacur klas atsan , atasan mne pon placur tu , ttp hine , dye xprasan ke die tu pon isteri org jgk !!

    BalasPadam
  7. x ptot la Dr.Rohaya kta mcm tu.
    ayt yg dy kta isteri kena layan suami mcm pelacur kelas atasan tuh x brpa nk sesuai.
    mmg la seorg isteri kena layan suaminya tp jgnlah smakan isteri yg solehah dgn pelacur.
    pelacur tu lain.isteri ni lain.
    agamalah yg akn mmbimbing sebuah keluarga tu jadi harmoni.tanpa agama porak-perandalah kelurga tersebut.
    haa.bknnya kepuasan di ranjang je.
    lagi satu.
    kita kena ingat yg Allah klau nk tarik nyawa kta bla2 msa je.
    klau sibuk nk asyik buat 'benda tu` tp rukun Islam x buat pon,x leh gak msok syurga kn?

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA