Khamis, 12 Mei 2011

Maslan Tonton Video Seks Dengan Isteri, Umno Taksub Dengan Anwar



KUALA LUMPUR 12 MEI : Umno menyambut ulangtahun ke 65nya semalam dalam keadaan  masih taksub dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun beliau sudah 13 tahun meninggalkan parti itu .
Serangan ke atas Ketua Pembangkang itu menjadi tumpuan utama di Pusat Dagangan Dunia Putra dengan perwakilan diberikan naskah percuma buku  berjudul Tuhan, Politik dan Seks' yang menfitnah Anwar dengan tuduhan jijik,  menggunakan bahasa lucah.
Buku setebal 555 halaman adalah hasil penulis upahan  Syed Hussein Al Attas. Ia diberikan kepada semua hadirin sebagai cendermata yang dimasukkan dalam sebuah beg.

Pada muka hadapan buku itu tertera gambar palsu Anwar yang berambut panjang perang, bergincu serta berkuku merah dan lasa bel “18SX”.
Turut dihentam dalam bukunya ialah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Syed Hussein memperuntukan satu bab dengan tajuk “Nik Aziz: Ulamak Nyanyuk”.
Dalam pada itu, Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan  memberitahu hadirin di satu forum  bahawa beliau dan isterinya menonton video lucah Datuk T dan “yakin” pelaku itu adalah Anwar.”
Maslan tidak menerangkan keperluan beliau mengajak isterinya untuk sama-sama menonton video lucah 21 minit itu.
“Saya telah saksikan video itu dan yakin pelaku dalamnya adalah Anwar. Saya menonton bersama isteri saya,” kata Ahmad Maslan di depan beberapa ulama  Umno yang menyertai sebuah forum sempena ulangtahun ke 65 parti itu.
Sebelum itu ulama muda Fathul Bari Mat Jahya berkata dakwaan fitnah ke atas pemimpin politik melalui penyebaran rakaman video seks tidak sepatutnya dilakukan kerana ia bertentangan dengan prinsip Islam.
Fathul  berkata, hukum mengaibkan seseorang seperti itu adalah  dosa besar dan dan tidak sepatutnya dilakukan oleh Umno.
"Kita sepatutnya menutup keaiban manusia dan bukan membukanya," kata beliau.
Namun segala pengamatan Fathul itu ditolak oleh Ahmad Maslan yang  mendakwa Umno tidak terlibat dalam fitnah  sebegitu.
Namun Ketua Penerangan itu alpha dan tidak menerangkan kenapa buku seks Syed Hussein  yang  menfitnah Anwar diberikan kepada perwakilan Umno.  
Sementara itu, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli ketika dihubungi Tv Selangor berkata budaya fitnah memfitnah ini sudah sebati dalam jiwa setiap kepimpinan Umno-BN.
“Video dan cerita fitnah yang dibawa (Umno) semuanya dah jadi boomerang, yang hanya akan memakan diri tetapi pada masa yang sama budaya fitnah politik ini sudah terlalu lama  bertapak dalam UMNO”katanya.
"Bila ada orang yang naik dalam UMNO dia perlu melalui proses fitnah orang lain, yakni lawan dalam UMNO kerana ia sudah menjadi sebahagian daripada darah daging mereka dan UMNO tidak mungkin mampu membersihkan dirinya daripada budaya fitnah-memfitnah," ujarnya.
Oleh yang demikian, Rafizi menambah tidak hairanlah jika UMNO kini dilihat begitu terdesak dalam menggunakan pelbagai taktik jahat dalam meraih sokongan dan perhatian rakyat.   
" Dalam setiap program-program anjuran UMNO atau buku-buku yang diedarkanya isu fitnah Anwar tidak pernah lekang dari bibir pemimpinnya kerana sudah jelas mereka tak berminat bercakap tentang perkara-perkara yang membina.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA