
Isy...isy... isy.... Kalau Pakatan Rakyat memerintahlah, habis ekonomi negara ni hancuss. Negara tidak akan makmur. Tuan-tuan dan puan-puan, hanya UMNO/BN saja yang pandai dan hebat memerintah. Tak der sapa yang boleh challenge mereka...
Ha... ha... ha... Ekonomi Malaysia hari ini makmur gilerr babi kerana UMNO/BN pandai memerintah. Idris Jala kata Malaysia boleh bangkrap kerana apa?? Kerana UMNO/BN pandai perintah. Pelaburan tak masuk dan pelabur lari cari tempat lain kerana apa?? Kerana UMNO/BN pandai mentadbir. Harga barang selaras dan terus selaras kerana apa?? UMNO/BN hebat memerintah. Hutang negara menggunung kerana apa?? UMNO/BN cekap mengurus kewangan negara.
Pakatan Rakyat apa tau....?? Tahu nak rampas kuasa jer.... Tau nak fitnah UMNO/BN jer... Pakatan Rakyat mana pandai memerintah.... tengok sajalah di negeri-negeri yang mereka tadbir dan perintah. Ekonominya.... 'parah' sekali. Hancuusss beb!!
Mengapa 'hancuuusss'??
Kerana, para pelabur bergasak-gasak nak melabur di sana. Pendapatan negeri-negeri tersebut 'menguncup' sebab pelaburan yang meningkat. Ha... ha... ha... Hutang negeri-negeri tersebut pada kerajaan pusat semakin susut. Lihat saja Kelantan.... Yang buat hutang ialah UMNO/BN, tetapi yang gigih melangsaikan hutang ialah kerajaan PAS Kelantan. Malah hutang yang menggunung sudah beransur kurang walau pun dalam kedaan geran disekat tetapi ia masih mampu membayar hutang kerajaan pusat. Baca sini.
Apalah Tok Guru ni.... tak pandai memerintah langsung. Selangor.... Pulau Pinang dan Kedah pun, dua kali lima. Para pemimpin Pakatan Rakyat 'haprak' mentadbir. Ini bukti.... mereka tak pandai memerintah negeri masing-masing.....
Pulau Pinang Menduduki Tempat Pertama Untuk Keseluruhan Pelaburan Tahun 2010
Intai pula di sini.
Kedah Catat Pelaburan Ke-3 Tertinggi selepas Selangor
Usya sini pulak.Dey, UMNO/BN.... usah nak eksen ler. Disebabkan, UMNO/BN yang cekap dan pandai memerintahlah, Malaysia dan rakyatnya kini, terpaksa berhadapan dengan beban hutang yang amat menakutkan. Tak caya kalu.... korang baca sini.
Sebab itu.... kita kena lakukan anjakan paradigma. Kita kena betulkan pendirian kita terhadap pandangan songsang, yang kononnya.... hanya UMNO/BN saja yang boleh memerintah negara.
Allah SWT telah memberikan kita peluang untuk menyangkal dakyah songsang ini, apabila Dia telah mengurniakan 4 buah negeri untuk ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Dan.... negeri-negeri tersebut telah membuktikan yang mereka jauh lebih baik, cekap, telus serta beramanah daripada UMNO/BN. Jangan ragu-ragu lagi....
InsyaAllah, Malaysia akan lebih makmur dan sejahtera, jika berada di bawah pemerinthan Pakatan Rakyat. Kita.... rakyat, can make a difference. Ayuh..... Ubah. Selamatkan Malaysia!!
0 comments:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA