SILA KLIK UNTUK PENAJAAN

Selasa, 1 Mac 2011

Suara Merlimau Suara Kerdau

Oleh: Jundullah-PASJB

"Tinggal beberapa hari sahaja lagi hari pengundian untuk pilihanraya kecil dun Merlimau dan Kerdau akan dijalankan serentak. Di sana petugas PAS sedang berpadu tenaga dan usaha untuk berdakwah menerangkan perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS bersama Pakatan Rakyat.Kekerapan pilihanraya kecil sejak tsunami 2008 menjadikan pilihanraya kecil yang mendatang ini sedikit hambar walaupun ada kemeriahannya tapi ianya bersifat sementara.

Bedah siasat setiap pilihanraya yang lalu, hanya menjadi catatan sejarah tanpa kita sedar realiti semasa betapa negara perlukan perubahan dalam kepimpinan tetapi rakyat masih lesu dan lemau dalam membuat perubahan. Pakatan Rakyat tidak ketandusan isu tetapi garapan dan gerak kerja tersusun boleh saja dipatahkan dengan rapuh oleh puak-puak BN yang masih berkuasa di Putrajaya. Amanah yang Allah letakkan pada setiap bahu manusia telah disalah gunakan dengan pelbagai tafsiran sempit sehingga timbul polemik bahawa pemimpin yang berkuasa itu sahaja yang betul dalam tindakan wal hal sedar tidak sedar perbuatan menzalimi rakyat dengan menaikkan harga barang, undang-undang ciptaan manusia yang tidak kekal dan salah guna kuasa telahpun menjadikan negara ini semakin jauh dari keredhaan Allah.
PAS datang sebagai agen perubahan, retorik politik bukan mainan yang ada hanya kebenaran dan realiti dalam meyakinkan rakyat hanya Islam boleh menyelamatkan bahtera yang sedang berkecamuk dipukul badai. Gelora dan gejolak nafsu pemimpin dalam pemimpin sekiranya tidak dipandu dengan iman dan taqwa akan mempercepatkan lagi proses kehancuran negara ini. 
Apa ada pada melayu sekiranya yang kaya hanya segelintir sedangkan rakyat terbanyak terhimpit, ingat! melayu bukan tiket mudah mahu masuk syurga, kalau melayu itu munafik bukankah ianya duduk di dasar neraka yang bukan kepalang sakit dan azabnya.  Umno kena sedar perkara ini, jangan lagi cakap kamu juga Islam dan mahu Islam, ubah dulu cara hidup kamu, ubah dulu dasar perlembagaan kamu. Apa Umno ingat Islam ini solat, puasa, zakat, haji sedangkan perbuatan dan laku mereka sepertinya tidak percaya akan kebangkitan hari kiamat yang pastinya setiap perbuatan kita didunia akan di hitung.
Apa maknanya solat sekiranya tidak taat pada ibu bapa, apa maknanya zakat sekiranya wang zakat dicuri oleh pemimpin atas nama pembangunan walhal konsep zakat tidak boleh lari dari membebaskan rakyat dari belenggu kemiskinan. Apa maknaya puasa sekiranya puasa untuk mengaut untung di bazar ramadhan dan kemaruk raya sampai lebih sebulan sehingga lupa makna kedatangan Ramadhan sebagi bulan pengampunan dan penghapus dosa. Apa maknanya haji dan umrah sekiranya balik lawan Islam dan bangga dengan gelaran haji dan hajah.
Kini Merlimau dan Kerdau menjadi percaturan politik, ini bukan lagi soal siapa kuat dia berkuasa, ini sekarang soal memilih pemimpin, wadah pemimpin dan wasilah pemimpin. Jangan sia-siakan peluang untuk membuat perubahan...

0 comments:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA