SILA KLIK UNTUK PENAJAAN

Selasa, 1 Mac 2011

'Program merakyatkan seni tiada motif politik'

Program Merakyatkan Seni (PMS) di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) bukannya bermotifkan politik sebaliknya untuk kebaikan semua pihak di seluruh negara.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Datuk Maglin D'Cruz berkata program itu diwujudkan sebelum wujudnya lagi kerajaan pembangkang dan sehingga kini ia turut melibatkan semua negeri di seluruh negara.

y4c voter carnival 150707 dikir barat"PMS ini kita buat tiap-tiap tahun, bukan baru masa ini, ini pun kita buat di negeri-negeri lain juga.

"Lepas ini pun saya ada di Sintok, Kedah pada 4 Mac (Jumaat), sana tiada pilihan raya tapi kita buat juga, kita bukan ada pilihan raya kecil baru buat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Merakyatkan Seni 1Malaysia Kenduri Daun Pisang di Taman Air Merbau di Jasin, hari ini.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau Ahad ini menyaksikan BN, Roslan Ahmad, 44, ditentang calon PAS Yuhaizad Abdullah, 38.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada BN, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 56, pada 20 Januari lepas, akibat serangan jantung.

Justeru, D'Cruz yang juga naib presiden kanan Parti Progresif Rakyat (PPP) menasihatkan pengundi di DUN Merlimau agar tidak keliru dengan cakap-cakap pihak pembangkang.

asia euro cultural minister meeting pak lah 220408 wayang kulit"Saya harap rakyat jangan kelirulah dengan cakap pembangkang, mesti tengok kepada BN, 54 tahun tiada masalah...bantuan daripada kerajaan sentiasa ada," katanya.

Mengenai PMS, beliau berkata kementerian merancang sebanyak 700 lagi program merakyatkan seni dan juga merakyatkan budaya di seluruh negara pada tahun ini.

"(Jadual) Program tu pun Menteri (Datuk Seri Rais Yatim) dah bagi saya, sampai bulan 12 saya dah ada, di kawasan Melaka kita ada sembilan program PMS pada tahun ini, Sabah dan Sarawak pun masuk," katanya.

- Bernama

0 comments:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA