SILA KLIK UNTUK PENAJAAN

Selasa, 1 Mac 2011

Prk Merlimau : Calon PAS Disambut Mesra Oleh Rakyat

MERLIMAU, 1 Mac : Calon PAS Hj Yuhaizad Abdullah meneruskan kempen mesra beliau bersama-sama pimpinan Pakatan Rakyat dengan mengunjungi Pasar Merlimau yang menjadi tempat kunjungan bagi seluruh penduduk Merlimau pagi tadi.

Beliau telah mendapat sambutan yang amat mesra dan meriah dikalangan para peniaga dan pengunjung yang nampaknya teruja melihat penampilan calon PAS tersebut.
Ini membuktikan bahawa calon PAS ini mendapat sokongan dikalangan rakyat dan pengundi pelbagai kaum  di Merlimau walaupun sokongan itu tidak dizahirkan sebelum ini.

Kempen yang bermula diawal pagi tadi diserikan dengan pemberian sejambak bunga kepada sesiapa sahaja yang disantuni oleh beliau.
Jika sambutan yang menggalakkan berterusan tidak mustahil Yuhaizat akan membuat kejutan dengan kemenangan untuk rakyat dalam PRK Merlimau kali ini.

1 comments:

  1. Saya warga Melaka di perantauan berdoa semoga Allah memberi kekuatan dan kemenangan kepada pendokong panji-panji Allah di bumi Malaysia... Melaka adalah milik parti Islam suatu masa nanti Insya Allah. Allahu Akbar!

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA