SILA KLIK UNTUK PENAJAAN

Selasa, 1 Mac 2011

Naib presiden HRP ditangkap di rumah

Polis menangkap naib presiden Parti Hak Asasi Manusia (HRP), K Selvam, di rumahnya di Kampung Benggali di Rawang hari ini.

Menurut ketua penerangan HRP, S Jayathas, Selvam ditahan jam 12.45 tengahari tadi dan dibawa ke balai polis daerah Selayang untuk disoalsiasat.

"Tiga kereta peronda polis berhenti di depan rumahnya ketika dia berada bersama dengan isteri dan anak-anaknya, dan diserahkan waran tangkap," kata Jayathas kepada Malaysiakini.
hindraf kampung buah pala protest at dap hq petaling jaya 300609 selvamJayathas berkata beliau difahamkan bahawa Selvam (kanan) akan
didakwa mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan dan akan dihadapkan di mahkamah majistret Selayang pada jam 2 petang.

Selvam dijangka didakwa atas tuduhan menganjur, mengambil bahagian dan membantu konvoi haram peserta protes.

Sama ada pemimpin HRP, P Uthayakumar atau penasihat undang-undang HRP, M Manoharan dijangka akan mewakili Selvam.

On 13 Februari, seramai 59 anggota di Selangor, Perak dan Kuala Lumpur, ditahan ketika polis bertindak terhadap konvoi membantah novel Interlok.

Lewat tengahari tadi, Uthayakumar berkata beliau telah menerima maklumat bahawa lima lagi aktivis HRP dijangka ditangkap.

Mereka termasuk dirinya, Jayathas, P Samy, R Nava dan seorang lagi Loshana, yang juga dikatakan seorang anggota polis cawangan khas.

0 comments:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA