SILA KLIK UNTUK PENAJAAN

Selasa, 1 Mac 2011

Mahkamah tolak dakwaan rasuah Ketua Hakim Negara

Peguam Karpal Singh hari ini gagal dalam usaha awalnya bagi memaksa Tun Zaki Azmi menjelaskan salah laku Ketua Hakim Negara itu semasa menjadi peguam pada 1987.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Aziah Ali menolak permohonan Karpal membuat semakan kehakiman bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk memaksa Zaki menjelaskan salah lakunya itu.

Pada 12 Jan lalu, Karpal yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor, memfailkan permohonan untuk kebenaran membuat semakan kehakiman bagi mendapatkan perintah memaksa Zaki menjelaskan salah laku Ketua Hakim Negara itu berikutan pengakuan beliau mengenai perbuatan merasuah kakitangan dan pegawai mahkamah ketika menjadi peguam.

Selain memohon perintah supaya Zaki dihadapkan ke Tribunal Kod Etika Hakim, Karpal juga memohon perintah mahkamah bagi menghalang Zaki daripada menentukan sendiri merit aduan yang dibuat terhadap beliau, mengikut Seksyen 13 Kod Etika Hakim 2009.

Dalam permohonan itu, Karpal berkata aduannya terhadap Zaki wajar didengar oleh seorang Ketua Hakim Negara atau Hakim Mahkamah Persekutuan yang sudah bersara.

- Bernama

0 comments:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA