SILA KLIK UNTUK PENAJAAN

Selasa, 1 Mac 2011

Lawak Sengal : Laporan wartawan perlu adil, seimbang kata Rais

Setiap laporan wartawan mesti berprinsipkan ciri-ciri keadilan, seimbang dan tidak berat sebelah, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim.

"Kita ingin melihat wartawan kita mempunyai dua sudut pandangan iaitu apabila kita dapat sesuatu isu kita juga mesti ada pandangan yang sebelahnya dan sebagai seorang wartawan kita sentiasa mengimbangi keadaan kita.

"Katalah kalau kita mengutuk satu keadaan, kita juga mesti beri pandangan lain yang melunakkan sedikit situasi keterlaluan itu," katanya pada sesi dialog dengan peserta program Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.

NONESeramai 18 wartawan muda tempatan dari pelbagai media menyertai program sebulan bermula 21 Feb itu, yang diadakan buat pertama kalinya oleh Institut Akhbar Malaysia (MPI) dengan kerjasama kementeriannya.

Rais berkata laporan dalam sesebuah organisasi media itu seharusnya tidak sekadar memuji atau mengkritik tetapi memberi gambaran yang menyeluruh mengenai sesuatu perkara.

"Jangan macam pembangkang semuanya tak betul, sebab itu barangkali sehingga kini pembangkang tidak diyakini (oleh rakyat)," katanya.

Beliau berkata laporan wartawan juga mesti berasaskan kepada fakta yang sahih, tidak menyakiti hati orang lain, selain dapat membantu masyarakat.

"Contohnya laporan di Merlimau, yang hadir (sesuatu majlis) hanya 200 orang, nak menyebut 200 mungkin agak malu jadi jumlah itu ditambah menjadi 800 orang, ini jelas satu penyelewengan fakta. Kalau kita diketahui sebagai pembohong, ini sukar ditebus semula.

"Malaysia memerlukan wartawan kita membuat penceritaan yang adil, menjadi wartawan bukan setakat melapor, ambil gambar atau artikel masuk surat khabar, apa yang boleh kita sumbang untuk tanahair kita menyebabkan artikel itu satu artikel yang bernilai," katanya.

Beliau turut menggalakkan wartawan di negara ini terutamanya wartawan muda supaya menghasilkan lebih banyak rencana yang bermutu untuk diolah menjadi dokumentari pendek yang akan disiarkan di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

"Kalau ada di kalangan saudara saudari yang mempunyai rencana yang baik, RTM akan ambil rencana itu untuk dijadikan dokumentari pendek atau terjemahan kepada olahan berita bagi siaran radio.

"Kita juga akan bagi imbuhan (kepada wartawan) bagi setiap rencana terbaik yang berjaya dijadikan dokumentari pendek," katanya.
- Bernama

1 comments:

  1. Seimbang mcm mana Rais....belakang pintu kau buat lain ...depan pintu buat lain.....lagipun dacing UMNO/BN dah berkarat dan terlampau senget dah....dah tak boleh betuiiii dah......uneconomical to repair..recommended to scrap.......tak ade spare part.....dah lepas tarikh guna......suruh calibrate...kau tak calibrate.....asyik tutuh burit je....

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA