1. Kenyataan Umum
Sebagai satu kumpulan NGO pelbagai kaum, kami yang terdiri daripada LLG, NIAT, SUARAM, KLSCAH, Paksi dan Budayawan Bertindak dalam dialog tertutup di Pejabat LLG di Bangunan UCST, Kuala Lumpur pada malam 24 Februari 2011:
Kami juga sebulat suara menggesa supaya semua pihak, baik kerajaan, parti-parti politik maupun pelbagai organisasi yang mewakili pelbagai kaum di negara kita, menghadapi dan menangani kemelut ini dengan penuh kewarasan dan bijaksana. Untuk mencapai tujuan itu, semua pihak mestilah duduk semeja, bergabung tenaga untuk mencari penyelesaian dengan penuh kesabaran, hikmah dan bertanggungjawab.
Untuk mencari kejernihan itu, semua pihak perlulah segera bertenang, agar seluruh isu ini dapat ditangani dengan dada yang tenteram dan kepala yang dingin. Dalam konteks ini, kami menyeru agar pemimpin-pemimpin pelbagai pihak yang terlibat, segeralah tampil untuk meredakan keadaan. Sebagai pemimpin bertanggungjawab kepada massa yang mereka pimpini, maka mereka hendaklah segera menyeru para pengikutnya supaya bertenang dan mengetepikan segala sentimen yang tidak diingini.

Untuk membawa mesej bahawa yang waras itu jauh lebih unggul dan perlu disemai dalam kalangan masyarakat - oleh itu mestilah diutamakan, maka kami telah memutuskan suatu forum terbuka terdiri daripada penulis-penulis dan budayawan pelbagai kaum diadakan pada masa terdekat, sebagai inisiatif bersama untuk mengupas hakikat yang tersirat mengikut pendekatan yang tersebut di atas.Kami juga bersama-sama mengecam tindakan penangkapan peserta perhimpunan aman Parti Hak Asasi Manusia (HRP) pada 27 Feb 2011 di KLCC kerana telah mencabul hak kebebasan bersuara mereka.
2. Isu Pokok yang telah dibangkitkan
NIAT (National Interlok Action Team) misalnya membangkitkan hakikat bahawa novel Interlok ini tidak memenuhi semangat yang telah diseru oleh Nabi Muhammad SAW dalam khutbah perpisahannya bahawa tidak ada satu bangsa pun yang lebih mulia atau hina kerana latar belakang keturunannya.
Di samping itu novel ini gagal memenuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan di bawah panduan penulisan buku teks KBSM, Jabatan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka dan juga bertentangan dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Mengikut NIAT lagi, novel Interlok ini tidak sesuai dijadikan teks sastera di sekolah menengah kerana sifatnya yang menghina, mengelirukan/tidak tepat faktanya, menyalahi nilai-nilai agama dan juga budaya sesetengah kaum di negara ini.Paksi dan Budayawan Bertindak menegaskan sekali lagi bahawa karya kreatif seperti novel tetaplah karya kreatif dan oleh kerana itu, mestilah dilihat sedemikian. Namun begitu, akibat sepak terajang hodoh politik yang melampaui batas-batasnya yang waras terhadap novel ini, Paksi dan Budayawan Bertindak berpendapat bahawa masalah yang timbul sekarang ini sudah berada di luar kawalan pemahaman sastera dan budaya semata-mata.
Berdasarkan hakikat ini, maka Paksi dan Budayawan Bertindak menggesa seluruh warga sastera dan budaya - tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit dan juga fahaman politiknya - supaya segera bangun dan bersatu menentang tindakan campur tangan politik dalam isu ini.

LLG dan juga KLSCAH berpendapat oleh kerana novel ini khusus menggambarkan sejarah imigran, dan penulisnya cuba melalui interaksi tiga keluarga (iaitu keluarga Seman, keluarga Cing Huat dan keluarga Maniam) untuk mensimbolikkan hubungan tiga kaum besar di negara ini dengan persembahan yang agak stereotaip, justeru keabsahan sejarahnya agak diragui. Tambahan pula banyak kelemahan dan nilai-nilai negatif ketiga-tiga kaum tersebut telah disentuh, maka sudah barang tentu mudah sekali menimbulkan kontroversi memandangkan sentimen perkauman di negara kita sekarang masih tebal. Justeru itu, kedua-dua NGO ini berpendapat bahawa novel ini sama sekali tidak sesuai untuk dijadikan buku teks.
Demi kesejahteraan dan masa depan negara, LLG dan KLSCAH menyeru agar semua pihak berlapang dada dan waspada dengan pendirian masing-masing agar tidak diperalat oleh pihak tertentu. Sehubungan itu, "sikap tegas" yang terlalu emosional hendaklah dielakkan, agar segala sentimen yang tidak diingini bisa digantikan dengan kewarasan menangani isu sulit ini semata-mata berasaskan kepada penilaian sama ada karya terbabit dapat memenuhi kriteria-kriteria yang sedia wujud untuk memilih sebuah buku teks menurut permintaan pendidikan dan kepentingan pelajar.
Kenyataan bersama daripada:
1. Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG (LLG)
2. National Interlok Action Team (Niat)
3. Dewan Perhimpunan Cina KL dan Selangor
4. Seniman Paksi Rakyat (PAKSI)
5. Budayawan Bertindak
6. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
*Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menggunakan novel Interlok karya Sasterawan Negara, Abdullah Hussein sebagai teks sastera untuk para pelajar tingkatan lima, di sekolah-sekolah untuk Zon 2 yang terdiri daripada Negeri Selangor, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Interlok menyimpang daripada ajaran Islam.
BalasPadam1.Menyimpang daripada ajaran Islam : Disahkan oleh Ulama
•Al Hujurat Ayat 11-13
•Al A’raf Ayat 34 – 39: Pada siapa yang menafikan kebenaran.
2.Menyalahi Garispanduan Kementerian Pelajaran
3.Merendahkan Martabat Semua Kaum
4.Menyimpang daripada ajaran kesemua Agama
5.Bertentangan dengan Hak Manusia dan Kod Kehidupan Sejagat
6.Menyalahi Undang-undang Antarabangsa
NIAT (National Interlok Action Team) atau Badan Bertindak Interlok Kebangsaan adalah sebuah gerakan bertindak yang ditubuhkan khas mengenai isu Interlok. Ianya mewakili lebih daripada 180 Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang mewakili lebih daripada setengah juta rakyat Malaysia di peringkat akar umbi yang cintakan keamanan. Kandungan laporan ini lebih menggemparkan kerana novel Interlok ini didapati MENYIMPANG daripada ajaran ISLAM and ajaran kesemua agama yang lain. Kita sebagai rakyat Malaysia menjunjung Prinsip Rukunegara yang pertama iaitu ‘Kepercayaan Kepada Tuhan’. Maka, apa jua yang menyimpang daripada ajaran agama adalah juga BERTENTANGAN dengan prinsip Rukunegara.
Al Hujurat Ayat 11. “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.” Al-Hujurat ayat 11.
Al Hujurat Ayat 13
Wahai umat manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan kami menjadikan kamu daripada berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah adalah orang yang lebih takwanya antara kamu, (bukan yang lebih berketurunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi mendalam pengetahuannya (tentang keadaan dan amalan kamu).
Interlok mencemuh semua kaum dengan menggunakan perkataan yang merendahkan martabat. Kesimpulan novel ini dapat dirumuskan seperti berikut:
• Bangsa Melayu – Bangsa Pemalas
• Bangsa Cina – Bangsa Penipu
• Bangsa India – Bangsa Kuli Terhina.
Kami berpendapat bahawa sebarang keputusan untuk “PINDAAN-MURNIKAN” novel ini adalah satu penghinaan kepada Sasterawan Negara tersebut. NIAT ingin menegaskan sekali lagi bahawa satu-satunya jalan penyelesaian adalah dengan MENARIK-BALIK novel edisi murid tersebut dan menggantikannya dengan novel daripada Zon lain.
INTERLOK bukan lagi hanya menjadi isu kepasa satu-satu kaum, malah telah menjadi isu Nasional. Adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk menangani isu ini dengan sikap terbuka dan fikiran rasional dan membetulkan apa yang salah. Ini bukan soal siapa menang siapa kalah, ini adalah soal kemenangan kita semua sebagai rakyat 1Malaysia. Adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk mendukung prinsip hidup bersama untuk menjadi pedoman generasi akan datang. Jangan kita ‘menang sorak tetapi kampung tergadai’.
Gobi Krishnan,
Ahli Panel NIAT merangkap Ketua Perhubungan Awam dan Publisiti