
"Jangan kacau kak Ros, Kak Ros tengah ehem ehem..."
“Jangan dengar dakyah pembangkang. Pembangkang ini cuma sedap mengata saja. Alhamdulillah.
“Saya tak mahu lawan. Saya serah pada Allah sahaja.
“Bila masa saya cakap (pada Najib) buat macam itu, buat macam ini. Mahu Datuk Najib nak ikut cakap saya. Saya ini, (contohnya) kalau dia kata duduk, saya duduklah,” katanya dalam majlis ramah mesra di Felda Jengka 25 sebagaimana dipetik dari Malaysiakini hari ini.
Tidak cukup dengan itu, beliau turut meminta setiap rakyat Malaysia menilai keperibadiannya yang terus dikaitkan dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuyaa Sharibuu enam tahun yang lalu.Tindakan terbaru itu selepas Najib pada 1 Mei 2008 sekeras-kerasnya menafikan dirinya dan Rosmah terlibat dalam pembunuhan kejam serta enggan merujuk kes misteri tersebut ke Mahkamah.
“Tengok muka saya puas-puas. Ada ke muka penipu? Tak ada kan?” soalnya.
Status quo Rosmah mulai dipertikai pada pilihan raya kecil Tenang Januari lalu apabila tersebarnya cerita Rosmah bazir wang rakyat lawat Oman panas di Tenang!Sejak dari itu, Rosmah yang pernah mendapat jolokan nama “perempuan puaka” turut dikenali Imelda Marcos, boros wang rakyat…
Dalam reaksi spontan, Rosmah turut dilihat seakan cuba ‘mengawal’ calon perjudian Umno di Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad sebagaimana lazim dilakukan ke atas suaminya Najib.
“Saya minta 30 minit saja (mengundi Syed Ibrahim). Esok kalau dia menang, ada masalah apa pergilah ketuk pintu rumah dia.
“Kalau dia tidak buat apa beritahu saya,” katanya berseloroh.
Dijangka penampilan keterlaluan Rosmah bukan sahaja kian dipertikai oleh rakyat, bahkan mungkin dipertikai sendiri oleh kepemimpinan Umno di setiap peringkat yang selama ini mahu Najib bersikap lebih bebas ketika memimpin kerajaan dan parti.
0 comments:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA