KUALA LUMPUR, 1 Mac — Kos projek Aliran Transit Massa (MRT) Lembah Klang, yang bakal menelan RM36 bilion, kemungkinan akan naik jika kadar faedah mengalami peningkatan seperti yang dijangkakan lewat tahun ini.Projek itu dijangka dimulakan Julai ini dan siap pada 2016.
Sementara kerajaan belum mendedahkan butiran pembiayaan projek MRT, pilihan yang ada termasuklah mendapatkan daripada pasaran bon atau bank, yang mana kedua-duanya akan menelan kos yang tinggi jika kadar faedah terus meningkat.
Penganalisis menjangkakan Bank Negara akan menaikkan kadar faedah untuk menangani inflasi meskipun ramalan bagi kenaikan kadar pada suku kedua telah dikaji semula untuk hanya dilaksanakan pada separuh kedua tahun ini ekoran kebimbangan mengenai pertumbuhan ekonomi sederhana sekarang.
“Kos dana akan meningkat selari dengan kenaikan kadar faedah,” kata Lum Choong Kuan, ketua penyelidikan pendapatan tetap di CIMB Bank.
“Jika kadar polisi semalam mengalami kenaikan, hasil bon korporat akan meningkat. Impaknya bergantung pada sama ada bonnya dijamin kerajaan atau yang bertaraf AAA.
“Jika dijamin kerajaan, SPV (Jentera Tujuan Khas) boleh memenuhi pasaran dengan kadar yang rendah,” katanya.
Ada pandangan yang berbeza sama ada kerajaan boleh mencapai sasaran penjimatan kos dengan mengambil kesempatan daripada kadar faedah yang rendah sekarang.
Ketua ekonomi RAM Holdings Dr Yeah Kim Leng berkata, kerajaan boleh menggunakan kecairan-kecairan yang ada di pasaran, pihaknya boleh menikmati sedikit penjimatan kos.
Bagaimanapun Lim berkata, tidak perlu mengadakan dana sekarang memandangkan butiran sistem MRT belum dimuktamadkan lagi.
Kini, warga kota, terutama mereka yang tinggal di kawasan dikenali sebagai Greater Kuala Lumpur (Greater KL) berpeluang mendapat gambaran tentang projek MRT sejauh 51 kilometer melalui pameran yang diadakan untuk kepada orang ramai selama tiga bulan, bermula dua minggu lalu.
Pameran itu membentangkan kepada orang ramai maklumat terperinci tentang jajaran landasan Sungai Buloh-Kajang, rancangan pengambilan tanah, maklumat tentang pembinaannya dan ciri-ciri yang akan terdapat pada stesen yang akan dibina.
Laluan Sungai Buloh-Kajang berharga RM36.6 bilion itu, yang 9.5 kilometer daripada landasannya akan dibina di bawah tanah.
Pameran di tujuh lokasi selama tiga bulan yang berakhir pada 14 Mei.
Lokasi berkenaan ialah premis Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Perbandaran Selayang dan Majlis Perbandaran Kajang serta Stesen LRT Bangsar dan pejabat SPAD di Menara Dayabumi.
Sebelum ini ada pandangan bahawa projek MRT Lembah Klang dibangunkan menggunakan data pengangkutan lapuk dan boleh menyebabkan peningkatan kos tambahan RM403.5 juta dari segi perbelanjaan bahan api dalam tempoh lima tahun pertama ia operasi.
Sebelum ini, Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga (Awer) S. Piarapakaran berkata, beban tambahan ke atas pengguna adalah ekoran ketiadaan sistem pengangkutan yang baik untuk mengangkut pengguna dari rumah ke stesen-stesen MRT.
Dalam pada itu, faktor lain yang boleh memberi kesan ke atas kos pembiayaan ialah episod terbaru melibatkan konsesi industri air Selangor, yang dipercayai akan berakhir dengan kelewatan membayar balik bon.
Yeah berkata, isu berkenaan telah membawa kepada “pengalaman buruk” di kalangan pelabur.
“Pelabur menjadi lebih waspada sekarang,” kata Yeah sambil menambah, jika mereka menduga adanya risiko yang tinggi, maka mereka kemungkinan mengenakan premium risiko ke atas bon, yang kemudiannya akan menolak hasil dan meningkatkan beban bayar balik hutang.
Katanya, bagi mengurangkan sebarang risiko yang diduga, kerajaan perlu memastikan bahawa aspek ekonomi sistem MRT boleh dikekalkan dan ia boleh menjana aliran tunai yang mencukupi.
Malah Yeah juga berkata, pelabur kini beralih tumpuan mereka ke atas bon-bond berkualiti, bertaraf “AA” dan ke atas, di mana masa lalu bon yang diberi taraf “A” sudah memadai untuk menarik pelabur-pelabur institusi.
Bagi menggalakkan daya tarikan bon MRT, Yeah berkata, mekanisme penambahan kredit boleh digunakan, seperti jaminan kerajaan dan insurans dari institusi jaminan kewangan, Danajamin.
Pun begitu, Lum meragui sama ada isu bon air akan menjadi perkara penting dalam fikiran pelabur-pelabur.
“Pelabur-pelabur telah melalui suasana tidak menentu sebelum ini seperti cukai pulangan ke atas pengeluar-pengeluar tenaga,” katanya.
0 comments:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA