Seperti bekas rejim Hosni Mubarak di Mesir, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien berkata kerajaan pusat tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang cuba menghasut rakyat untuk menggulingkan Umno BN menjelang musim pilihan raya kecil ke-13 sekarang. Menteri Dalam Negeri berkata bagi membendung kempen “Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia” menolak anasir Apco-Zionis-Umno oleh Pakatan Rakyat sekarang, kerajaan akan menggunakan akta yang sedia ada, termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) jika perlu.
Ugutan terbuka itu ketika perdana menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini beberapa kali merayu kepada rakyat supaya tidak melayannya bak Mubarrak, Ben Ali di Tunisia dan terbaru “orang gila” Muammar Gadaffi di Libya.
“Gerakan-gerakan seperti ini memang wujud tetapi saya dimaklumkan tak serius kerana tujuan mereka, matlamat mereka (hanya) bersandarkan kepada politik nak menangguk di air keruh, (mereka) nak ambil kesempatan (dari) apa yang berlaku di Timur Tengah,” ujar Hishamuddin yang juga Naib Presiden Umno petang semalam.
Bagaimanapun Hishammudin seakan cuba menenggelamkan protes rakyat ke atas pentadbiran Najib ekoran dari penguatkuasaan saman ekor, kenaikan harga minyak dan barang asas yang akhirnya mengakibatkan inflasi hidup kian menghimpit kehidupan rakyat.
“Masyarakat di sini nampak bahawa kerajaan di bawah kepimpinan perdana menteri (Najib) memahami (perubahan) lanskap baru ini dan tahu bahawa kita (Umno) kena berubah,” ujarnya sambil tersengeh-sengeh bak kerang busuk.
Jumaat lalu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut memberi amaran kepada Pakatan Rakyat yang diteraju Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tidak terus mengajak rakyat menolak Umno BN di pilihan raya umum kelak seperti yang berlaku di Asia Barat sebulan yang lalu.
Ujar Hishamuddin, polis akan memantau senario perubahan dan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya tapak sokongan Umno BN tergugat kelak.
Dijangka pilihan raya umum ke-13 akan menyaksikan rusuhan dan tangkapan bermotif politik ke atas pemimpin pembangkang demi membendung kebangkitan rakyat menolak rejim.
_______________
P/S: Dalam senario tanpa ‘saman ekoq’ pun, Thunami Politik telah berlangsung pada 8 Mac 2008. Inikan pula ketika Najib sial dan ‘anjing-anjing’nya merompak wang rakyat melalui polisi zalim tersebut. Umno sendiri nampaknya lebih percaya mereka akan tumbang jika tidak terus ugut rakyat dengan ISA, mengapa kita tidak percaya bahawa kita boleh tumbangkan Umno, mansuhkan ISA kelak dan selamatkan Malaysia dari anasir zalim, rasuah, kronisme dan jenayah kejam seperti bom Altantuyaa?
By Notamerah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA