SILA KLIK UNTUK PENAJAAN

Selasa, 1 Mac 2011

Fitnah II : Cara polis ambil bahan bukti dari sel Anwar tak sah, hujah Karpal


KUALA LUMPUR, 1 Mac – Karpal Singh mendakwa kaedah-kaedah tidak sah telah digunakan oleh polis untuk mendapatkan tiga barang, untuk membantu kes liwat, dari sel Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan satu malam Julai 2008.
Peguam utama Anwar itu telah beberapa kali ini mengetengahkan bantahan berhubung tuala, berus gigi dan botol air mineral daripada digunakan sebagai bukti pendakwa dalam perbicaraan kes liwat ketua umum Pakatan Rakyat itu.
"Kami mahu bukti-bukti ini tidak diputuskan tidak boleh digunakan kerana kaedah-kaedah tidak sah digunakan untuk mendapatkan bukti," kata beliau.
Oleh itu kata Karpal (gambar), perbicaraan dalam perbicaraan diperlukan dan akan mengemukakan hujah esok untuk mengesahkan keperluan sedemikian.
Jika Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah membuat keputusan memihak pasukan pembela bermakna Anwar sendiri akan diambil keterangan mengenai apa yang berlaku antara 16 dan 17 Julai 2008.
“Jika hakim membenarkan yang ini, Anwar akan berada di kandang saksi dan beri keterangan. Tetapi pendakwa hanya boleh tanya soalan yang berkaitan dengan penerimaan bukti, tidak lebih,” kata Karpal kepada pemberita.
“Jika kita ada perbicaraan dalam perbicaraan, jika mereka dapat membuktikan kaedah yang tidak adil (yang dimaksudkan)... (malah) kita pun tidak tahu apa kaedah tidak adil itu (yang disebutkan),” kata ketua pasukan pendakwa raya Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.
Bagaimanapun menurut Mohd Zabidin, terserah kepada peguam-peguam Anwar untuk mewujudkan keperluan agar diadakan perbicaraan dalam perbicaraan dan bukannya pasukan pendakwa.
“Terserah kepada pembela untuk membuktikan,” kata hakim.

1 comments:

  1. Hampa Buat Apa pun,salah tetap tak salah. yang aku bengan , budak saipul tu p tongek jubug dekat
    buat apa kalau dia tongek dekat aku pun aku tak mau . lubang jubug tu busuk kepala taik keras ada dekat lubang jubug lagu mana nak masuk.....

    kes ini yang paling tak guna , buat malu bangsa melayu aja.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA