"
Baru-baru ini gabungan Pakatan Rakyat iaitu PAS,DAP dan PKR telah menghasilkan sebuah buku bagi mengemukan tawaran dan persediaan PR jika berjaya menjadi Kerajaan pemerintah apabila memenangi PRU-13 yang akan datang.Buku yang dinamakan Buku Jingga ini dilihat sebagai proposal yang diilhamkan PR sebagai langkah utama bagi memperoleh kepercayaan dari rakyat terbanyak bahawa PR mampu membawa sebuah agenda besar lagi bermanfaat kepada rakyat jika berjaya menjadi menawan Putrajaya.Kandungan Buku Jingga ini telah menggariskan beberapa perkara utama untuk dilaksanakan dalam melakukan reformasi terhadap dasar pemerintahan kepada yang lebih mengutamakan hal ehwal rakyat bawahan serta pengamalan dasar telus lagi adil bagi menterjemahkan agenda besar PR yang dinyatakan dalam Buku Jingga tersebut.Secara tidak langsung kerajaan UMNO-BN agak tersentak dengan kehadiran Buku Jingga ini.Tawaran buku tersebut ternyata menguntungkan rakyat bawahan.Namun agak kurang bijak bagi pihak PR dilihat terlalu awal mengeluarkan Buku Jingga ini dalam erti kata lain sebagai senjata pemusnah terhadap UMNO-BN dalam usaha memenangi PRU-13 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.Pendedahan Buku Jingga yang terlalu awal kepada umum ini secara tidak langsung telah menguntungkan pihak UMNO-BN dalam menciplak segala segala cadangan yang bernas dalam buku tersebut hasil ilham PR.
Walaupun kerajaan UMNO-BN memandang rendah serta menganggapnya seperti tidak masuk akal akan penghasilan Buku Jingga ini namun sejak kebelakangan ini kita dapati banyak pengumuman dan tawaran yang diumumkan oleh pihak kerajaan selari dengan cadangan- cadangan yang dikemukan oleh PR dalam buku tersebut dan jelas bahawa segala yang dicadangkan oleh PR sememangnya bernas serta bermanfaat kepada rakyat bawahan khasnya.
Sepatutnya Buku Jingga ini didedahkan kepada umum setelah parlimen dibubarkan atau beberapa hari sebelum PRU menjelang kerana ia lebih dilihat sebagai kejutan besar dari PR terhadap rakyat jika memilih PR sebagai parti pemerintah.Pendedahan yang terlalu awal telah menguntungkan pihak kerajaan UMNO-BN dalam meniru segala idea-idea yang dikemukan oleh PR. Akhirnya PR bakal dilihat kehilangan idea jika segala cadangan yang dikemukan berjaya dilaksanakan oleh kerajaan UMNO-BN pula.Seharusnya PR berstrategi dalam usaha melakukan kejutan kepada rakyat.Tindakan PR yang akhir-akhir ini yang terlalu mendedahkan segala idea dan perancangan mereka bakal merugikan pihak PR sendiri dalam usaha menawan Putrajaya. "
0 comments:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA