Khamis, 13 Januari 2011

Si bodoh saja yang layak kena tipu .. wakakak !!!


Nik Aziz Tuntut Janji PRK BN Di KelantanKUALA LUMPUR 12 JAN: Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta penjelasan berhubung projek sistem tebatan banjir di jajahan Pasir Mas yang dijanjikan ketika pilihanraya kecil DUN Pengkalan Pasir pada tahun 2005.

Dakwa Menteri Besar Kelantan itu, janji berkenaan dibuat oleh Datuk Seri Najib Razak yang pada waktu itu memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri sambil mengingatkan janji ini masih diingati oleh pengundi-pengundi di DUN Pengkalan Pasir.

Selain itu, beliau turut menuntut janji projek jambatan yang menuju ke Manek Urai Lama yang dijanjikan pada tahun 2009 sewaktu pilihanraya kecil Manek Urai. "Khabarnya papan tandanya hanya didirikan sewatku pilihanraya kecil Galas yang lepas. Jangan pula papan tandanya rebah ke bumi sebelum sebutir batupun tiba!

"Apa pula perkembangan projek perumahan rakyat bernilai RM300 juta ditabur di Galas, Gua Musang baru-baru ini yang dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri? Jika BN tewas di Manek Urai menjadi alasan janji tidak dilaksanakan,apa pula alasan BN di Galas?," soal beliau.[ lagi ]
----------------------------
Wakakak .. !!!
Sapa kena tipu ... .
Siapa yang mudah kena gelembong ...
Siapa yang mudah kena kelentong ...
Sekarang mana janji ?
Susah la nak rampas Kelantan PRU 13 nanti ....
YB dah ada .. tapi kantoi .. tak dapat nak tunai janji ..
Wakakakka !!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA