Khamis, 30 Disember 2010

Presiden Cuepacs enggan ulas aduan pertikai pemilihan

KUALA LUMPUR, 30 Dis — Presiden Cuepacs Omar Osman enggan mengulas pemilihan yang kini dipertikaikan sambil berkata segala bantahan yang dikemukakan beberapa kesatuan gabungannya semalam tidak menghalang beliau meneruskan amanah yang diberikan.
Beliau yang dipilih buat penggal kedua bagi sesi 2010-2013 pada Persidangan Tritahunan Ke-25 minggu lepas tidak mahu memberikan apa-apa komen mengenai bantahan itu.
“Fokus utama kepimpinan baru Cuepacs adalah untuk tahun depan, mengenai bantahan itu saya tidak mahu komen apa-apa,” kata beliau dipetik Bernama selepas mesyuarat khas di  Wisma Cuepacs di sini.
Semalam beberapa kesatuan anggota gabungan Cuepacs mengemukakan bantahan mendakwa berlaku pelanggaran perlembagaan dan peraturan di konvensyen pemilihan yang berlangsung dari 21 hingga 23 Disember lepas.
Sementara itu Omar berkata tahun depan Cuepacs akan berusaha membanyakkan jumlah anggota gabungan selain mahu semua penjawat awam yang layak menganggotai kesatuan.
Beberapa kesatuan ahli gabungan Cuepacs mengemukakan bantahan mendakwa berlaku pelanggaran perlembagaan dan peraturan pada Konvensyen Cuepacs ke-25 yang berlangsung pada 21 hingga 23 Disember lalu.
Surat bantahan itu disampaikan oleh bekas Timbalan Presiden Cuepacs Husain Mohd Yasin kepada Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja, Omana P.V.C Pillai.
Husain, yang juga Presiden Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaya berkata, bantahan dibuat berikutan berlakunya insiden dan pelaksanaan konvensyen, yang turut mengadakan pemilihan pegawai tertinggi dan majlis tertinggi, tidak mematuhi perlembagaan dan peraturan Cuepacs serta Akta Kesatuan Sekerja 1959.
“Misalnya notis konvensyen yang diberikan kepada ahli gabungan tidak mengikut perlembagaan iaitu tidak mencukupi tempoh, dan wujud kepincangan tatacara ketika pelaksanaan proses pengundian.
“Ia seperti calon memancing undi semasa perwakilan sedang beratur menunggu giliran untuk mendapatkan kertas undi dan keputusan pengundian tidak diumumkan setelah proses pengiraan undi selesai tetapi ditangguhkan hingga keesokan pagi,” katanya.
Husain, yang kesal dengan insiden berkenaan, menyifatkan kejadian itu adalah yang pertama kali berlaku sepanjang pemilihan diadakan sebelum ini.
Antara kesatuan lain yang membantah adalah kesatuan kakitangan awam Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), dan Universiti Utara Malaysia (UUM), katanya.
Husain berharap Jabatan Hal Ehwal Kesatuan akan melakukan siasatan dengan segera untuk menentukan kedudukan Konvensyen Cuepacs kedua itu.

Istana Tiada Kuasa Mutlak Tentukan Calon Setiausaha Kerajaan Negeri

SS19
Merujuk kepada kenyataan yang dibuat kepada media oleh Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Selangor, Dato’ Mohamad Munir Bani berkenaan pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (seperti laporan Berita Harian, 29 Disember 2010, m/s 2). 

Saya sebagai Ahli Dewan Negeri yang terlibat secara lansung dalam sebarang bentuk pindaan undang undang digamit untuk menyatakan bahawa, apa yang berlaku dan bagaimana isu tersebut dimainkan di media seolah-olah ada agenda jahat untuk melaga-lagakan Kerajaan Negeri dengan pihak Istana Selangor. Sebagai rakyat DYMM Sultan Selangor yang setia, saya memperakui bahawa kuasa eksekutif boleh dijalankan oleh DYMM Sultan Selangor atau Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMKN) atau mana-mana ahli MMKN yang diberikuasa oleh MMKN sebagaimana dinyatakan dalam Fasal 50, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.  

Di bawah Fasal 55 (1), Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, baginda DYMM Sultan Selangor hendaklah menjalankan fungsi baginda mengikut nasihat MMKN atau mana-mana ahli MMKN yang bertindak di bawah kuasa am MMKN, kecuali diperuntukkan selainnya oleh Perlembagaan Persekutuan atau Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959. Ini adalah selaras dengan kedudukan baginda sebagai Raja Berperlembagaan.

Kuasa budi bicara baginda adalah sepertimana yang dinyatakan dalam Fasal 55 (2) (a) – (g) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, dan mana-mana lain peruntukan yang memberikan kuasa budi bicara kepada baginda oleh Perlembagaan Persekutuan atau Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959. 

Setelah menyemak Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, saya dapati pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagaimana yang diperuntukkan oleh Fasal 52 (1), hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan. Fasal tersebut tidak menyatakan perlunya untuk mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor.  

Tetapi berdasarkan laporan Berita Harian tersebut, Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Selangor telah menyatakan pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor perlu disembahmaklum dan mendapat perkenan baginda oleh kerana baginda adalah kuasa eksekutif di Negeri Selangor (sebagaimana yang dinyatakan dalam Fasal 50).  

Ini jelas sekali bahawa kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan berkenaan yang dinyatakan dalam Fasal 52 (1) telah dibaca sekali dengan Fasal 50 yang memberikan kuasa eksekutif kepada baginda.  

Persoalannya, mengapa Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Selangor tersebut tidak membaca Fasal 50 dan 52 (1) tersebut bersekali dengan Fasal 55 (1) yang mengkehendaki baginda DYMM Sultan Selangor bertindak mengikut nasihat MMKN dalam menjalankan mana-mana fungsi baginda?  

Perlembagaan atau Undang-Undang Tubuh hendaklah bukan sahaja dibaca secara tersurat (literal) tetapi juga hendaklah mengikut konvensyen (adat dan adab perlembagaan). Konvensyen adalah sesuatu yang tidak bertulis tetapi menjadi amalan dan ianya dianggap “daging yang membaluti kerangka perlembagaan” (the flesh that covers the bare bones of the constitution).  

Ia adalah satu kiasan yang mengibaratkan perlembagaan sebagai satu rangka bernyawa yang hanya lengkap dan berfungsi dengan sempurna sekiranya ianya dibaluti oleh tubuh. Bolehkah satu benda bernyawa berfungsi dengan rangka sahaja tanpa daging tubuhnya? 

Oleh itu, saya selaku salah seorang Ahli Dewan Negeri Selangor menegaskan bahawa: 

Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Selangor dan/atau mantan Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor bukanlah pihak berkuasa (authority) yang selayaknya menafsir Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor mengikut tafsiran sendiri;

baginda DYMM Sultan Selangor selaku Raja Berperlembagaan hendaklah mendapat nasihat dan bertindak mengikut nasihat MMKN dalam menjalankan fungsi baginda seperti yang dinyatakan dalam peruntukan Fasal 55 (1) dan (1A), Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959;

pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan hendaklah bukan sahaja menyembahmaklum dan mendapat perkenan baginda DYMM Sultan Selangor tetapi juga mengambilkira bahawa baginda adalah Raja Berperlembagaan yang hendaklah bertindak mengikut nasihat MMKN yang lazimnya diwakili oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor; dan

pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor bukanlah termasuk dalam kuasa budi bicara baginda DYMM Sultan Selangor yang dinyatakan oleh Fasal 55 (2) yang membolehkan baginda bertindak tanpa merujuk dahulu kepada dan mendapat nasihat dari MMKN yang sekian lamanya diwakili oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor.

Sekiranya perkara ini telah dijalankan mengikut peruntukan dan konvensyen (adat dan adab) perlembagaan dengan melibatkan DYMM Sultan Selangor selaku Ketua Negeri, YAB Dato’ Menteri Besar Selangor selaku Ketua Kerajaan Negeri dan Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan selaku pihak yang dipertanggungjawabkan membuat pelantikan, saya percaya maka sudah tentu tidak timbul isu berkenaan pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru.  

Demi menjaga keharmonian dan keberlansungan pentadbiran Negeri Selangor yang tercinta ini, harapan saya janganlah mana-mana institusi yang sewajarnya, dibelakangi dalam perkara berkaitan pelantikan jawatan utama Kerajaan Negeri Selangor. Apakah boleh pula sekiranya jawatan Ketua Setiausaha Negara dilantik oleh SPB Yang di-Pertuan Agong tanpa merujuk dahulu kepada YAB Perdana Menteri?  

Jika ada pihak yang hanya melihat peruntukan perlembagaan atau undang-undang tubuh secara tersurat sahaja tanpa mengambilkira konvensyen, pastinya SPB Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytihar darurat tanpa perlu mendapat nasihat dari Jemaah Menteri yang diketuai oleh YAB Perdana Menteri. Ini peruntukan yang tersurat dalam Perkara 150, Perlembagaan Persekutuan.

Namun hakikatnya, dan mahkamah juga telah menyatakan bahawa, mengikut konvensyen, SPB Yang di-Pertuan Agong tidak boleh mengisytihar darurat tanpa dinasihati oleh YAB Perdana Menteri yang mewakili Jemaah Menteri.  
Mengapa diperingkat persekutuan SPB Yang di-Pertuan Agong perlu bertindak mengikut nasihat YAB Perdana Menteri dalam perkara yang secara tersurat tidak pula menyebut baginda perlu mendapat nasihat YAB Perdana Menteri tetapi di Negeri Selangor, seolah-olah DYMM Sultan Selangor boleh bertindak tanpa mendapat nasihat YAB Dato’ Menteri Besar hanya dengan alasan bahawa peruntukan undang-undang tubuh tidak menyatakan secara jelas baginda perlu merujuk kepada YAB Dato’ Menteri Besar? Adakah SPB Yang DiPertuan Agong sahaja Raja Berperlembagaan di dalam Negara ini?  
Ini adalah jelas satu tindakan yang berpilih dan tidak sama-rata. Gambaran yang terpampang kepada rakyat adalah dua layanan yang berbeza; satu untuk Pakatan Rakyat dan satu untuk Barisan Nasional.  

Saya mengajak semua pihak untuk mengingati episod memalukan di Negeri Perak, berkenaan tindakan menggantung ADUN Bebas     pro-BN oleh Speaker Perak telah dicabar di mahkamah, tetapi dalam kes penggantungan ahli parlimen dari Pakatan Rakyat seperti Dato’ Sri Anwar Ibrahim, menteri berhujah bahawa kuasa Speaker Dewan Rakyat tidak boleh dicabar di mahkamah.

Begitu juga dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang lain. Mengikut amalan dan konvensyen, ianya akan dirujuk dan dibincangkan antara Ketua Negeri dan Ketua Kerajaan. Tetapi, apabila Negeri Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat, amalan dan konvensyen ini tidak dibuat. Saya yakin dan percaya rakyat Selangor mahu YAB Dato’ Menteri Besarnya dihormati oleh semua pihak termasuk pihak istana. Rakyat akan menolak sebarang tindakan “beraja di mata, bersultan di hati” oleh mana-mana pihak yang bertindak sewenang-wenangnya, tidak kira sama ada oleh raja yang berjiwa rakyat atau rakyat yang berjiwa raja. 

Janganlah kerana hendak menegakkan benang yang basah, institusi negeri yang dihormati rakyat dijadikan perkakas oleh mana-mana pihak berkepentingan. Saya meneliti juga kenyataan Setiausaha Sulit tersebut yang menyatakan baginda DYMM Sultan Selangor seorang sultan yang tegas dan tidak berganjak dari keputusan yang telah dibuat. Bagaimana sekiranya keputusan yang dibuat atau cara keputusan itu dibuat adalah salah? Adakah baginda masih tidak akan berganjak? Harapan saya supaya ketegasan tidak dikelirukan dengan ego.  

Dalam sejah telah terbukti, apabila rakyat bangkit menentang Raja, biarpun beribu tahun kebangkitan itu berlansung akhirnya kebenaran akan menghenyak ketidakadilan. Rakyat akan menang dalam peperangan menentang ketidakadilan! Didoakan agar ia tidak berlaku di Selangor. 

Shuhaimi Shafiei
ADUN Sri Muda

Perdana Menteri paling boros

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz pernah menyatakan bahawa pada tahun 2006, jumlah keseluruhan perbelanjaan JPM adalah RM4.3 bilion dan mencecah melebihi RM10.2 bilion pada tahun 2009. Pada tahun 2006 peruntukan untuk JPM hanyalah sebanyak RM4.3 bilion.

Pada tahun 2008, kos rombongan rasmi Perdana Menteri pada ketika itu, Tun Abdullah Badawi berjumlah RM5.5 juta tetapi apabila Najib mengambilalih jawatan Perdana Menteri pada 2009 dan 2010, jumlah kos melonjak tinggi iaitu RM6 juta dan RM10 juta pada tahun ini.

Rombongan rasmi Perdana Menteri dan timbalannya terpaksa menanggung kos perbelanjaan besar di London pada tahun 2008, dimana sebahagian besar kos tersebut adalah untuk membiayai Rosmah, di mana pada bulan Mei lalu beliau telah menghadiri Forum Wanita Antarabangsa di Washington dan New York," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Adalah duipercayai peruntukan Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk tahun 2011 kini dinaikkan dua kali ganda daripada peruntukan tahun 2010 - daripada RM10.2 bilion kepada RM18.14 bilion.

Bolehkah Perdana Menteri menjustifikasikan peningkatan sebanyak 422 peratus atau RM14 bilion dalam tempoh 5 tahun?.

Atau apakah ini satu lagi bukti Perdana Menteri menganggap duit rakyat sebagai kepunyaan emak bapaknya?

Takkan pemimpin PAS munafik kot??

Kalau benarlah ada pertemuan antara peminpin PAS dan pemimpin Umno pada 24 Disembar lepas dan ada perbincangan berkenaan Kerajaan Perpaduan, aku tak boleh nak pertahankan pimpinan PAS kalau ada orang yang label depa-depa tu sebagai munafik.

Tak kira la walau sapa pun yang menganjurkan pertemuan dan perbincangan tu, termasuklah kalau yang menganjurkan tu Yang Dipertua Agung sendiri.

Memang sesuai kut istilah tu dibagi kepada orang yang cakap tak serupa bikin. Hari ni cakap lain, esok-esok cakap lain pulak. Dengan orang ni berjanji macam lain, denga orang tu pun berjanji macam lain pulak. Hari ni berjanji nak buat macam ni esok-esok buat macam lain pulak. memang macam tulah ciri-ciri orang munafik.

Tapinya, aku tak percaya pemimpin PAS minafik dan aku harap-harap sangat barang dijauhkan Allah sifat orang munafik ada pada diri pimpinan PAS.

Aku nak sangat percaya, kalaupun ada pertemuan dan perbincangan dengan pimpinan Umno, depa bukan berbincang pasai kerajaan perpaduan tapi depa bincang pasai benda lain.

Pasainya, pimpinan PAS termasuk Presiden PAS sendiri kata dah tutup buku pasai kerajaan Perpaduan. Malah ada arahan rasmi dari Setiausaha Agung yang melarang isu kerajaan Perpaduan ni dibangkitkan lagi. Mursyidul Am PAS TG Nik Aziz pulak pernah kata Kerajaan Perpaduan tu idea mengarut.

Malah beberapa bulan lepas, PAS sendiri ada buat satu seminar yang bertajuk "PAS Ganti Umno". Apa cerita PAS nak ganti Umno tiba-tiba nak berpadu dengan Umno. Takkan pimpinan PAS yang bertaraf ulama' malah diangkat senagai Tok Guru tak reti beza antara nak ganti dengan nak berpadu.

Lagi satu, baru beberapa hari lepas ada Konvension Pakatan Rakyat kali ke-2 yang di buat di Dewan Millenium Kepala Batas. Dalam konvension tu, semua orang termasuk pimpinan tertinggi PAS bercakap pasai nak bersama-sama tawan Putrajaya. Bukan saja takat nak tawan tapi dah sampai tahap dah pasang angan-angan apa nak dibuat kalau dah dapat tawan Putrajaya. Bukan takat macam angan-angan mat jenin bawah pokok kelapa, tapi siap buat Buku Jingga lagi.

Jadinya, aku harap sangat pertemuan tu kalau betul ada, bincang benda lain. Mungkin pemimpin PAS gunakan pertemuan tu untuk ajak Umno masuk PAS. Ataupun suruh Umno ambil Al-Quran dan hadith jadi perlembagaan Umno dan bersungguh-sungguh laksanakan syariat Islam dengan janji PAS akan dibubarkan

Ataupun, mungkin jugak depa berbincang pasai lain, mungkin depa bincang pasai nak beli kambing macam satu pertemuan peringkat negeri di satu negeri dulu kot. Kalau bukan pasai kambing mungkin jugak depa bincang pasai Unta. Kan ka air kencing unta halal diminum untuk buat ubat!!!

   Cenangau Daunkari

"Kembar Siam" DEB dan MEB

huhuhu..try teka..yg mana DEB yang mana MEB..huhuhu..??


Dulu DEB..Kini MEB..DanSelamanya NEPOTISM

usinkata; ..huhuhu ..AMARAN KERAS ..Posting dibawah agak panjang lebar dan melalut-lalut...untuk itu ia menuntut pembacaan yg agak lama dan membosankan..adalah dinasihati bagi sesiapa yg ingin membacanya mempunyai tahap kesabaran dan kejituan pemerhatian serta memiliki daya perbandingan yg kuat kerana posting ini berdasarkan dua sumber artikel yg amat panjang..
Selamat Datang kepada pembaca yg tidak inginkan dirinya tertipu dengan tipu daya "Ketuanan Melayu" yg dileterkan oleh pemimpin United Malay National Organisation serta para-para OKUnya..( OKU :- Orang Kuat Umno)..huhuhu.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

DEB - MAHATHIR

Struktur ekonomi ini telah diperkenalkan kepada manusia Melayu oleh United Malays National Organisation. Selama hampir tiga puluh tahun dahulu – Mahathir Muhamad melalui Dasar Ekonomi Baru telah memasukkan satu nilai dan budaya baru ini ke dalam roh manusia Melayu.

Tiga puluh tahun sebelum hari ini – manusia Melayu adalah manusia pertanian. Ekonomi Melayu adalah ekonomi pertanian justeru nilai yang dilahirkan oleh manusia Melayu ketika itu menggambarkan sopan santun dan damai mesra masyarakat pertanian.

Apabila DEB diperkenalkan - dasar ini menolak manusia Melayu ke satu dunia dan alam yang baru – alam jual beli atau alam perniagaan. Pada tahun tahun 70’an manusia Melayu telah digalakkan datang berhijrah ke bandar dan kota. Dari kampong yang permai manusia Melayu telah mula memasuki pekan dan bandar yang adat budayanya amat berbeza.

Perubahan yang di bawa oleh DEB ini bukan satu perubahan yang perlahan lahan – bukan evolusi. DEB ini telah mengheret dan memaksa manusia Melayu untuk menerima satu nilai dan budaya yang baru. Justeru roh manusia Melayu ini pada tahun-tahun 90’an dahulu telah dipopularkan sebagai roh Melayu Baru. Ini adalah garis pisah antara Melayu pertanian dengan Melayu peniagaan.

Sistem ekonomi yang dimunculkan oleh DEB pada asasnya ialah ekonomi sistem kapitalis. Tetapi dengan United Malays National Organisation sistem kapitalis ini telah diubah suai. Sistem kapitalisma ini tidak lagi menjadi satu perniagaan bebas tetapi kapitalisma kroni. Kapitalisma jenis ini telah memilih anak bini kawan dan sahabat menjadi rakan niaga untuk menerima dana dan kontrek dari kerjaaan. Kapitalisma kroni inilah yang selama ini bertanggung jawab melahirkan satu nilai baru kepada manusia Melayu.

Asas nilai baru yang sedang dianjurkan oleh United Malays National Organisation ialah mengumpul pangkat, derajat , harta dan kekayaan. Tamak dan haloba dianggap nilai yang baik dalam budaya niaga.

Hari ini jati diri Melayu - siapa Melayu, apa kepercayaan manusia Melayu, apa agama manusia Melayu – semuanya telah didifinasikan oleh United Malay National Organisation. Semua pengtakrifan baik dan buruk sedang dimonopoli oleh United Malays National Organisation. - (TT)


petikan dari sumber; http://tukartiub.blogspot.com/2010/12/nilai-manusia-melayu-baru.html
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Prof UKM kata;...

Dalam satu kertas berjudul "Inclusiveness: A Fairer Way to Share the Economic Pie?", dibentangkan Profesor UKM, Ragayah Hj Mat Jin(gambar kiri) dalam satu persidangan anjuran MIER, beliau berkata, meskipun DEB dan dasar selepasnya berulangkali menekankan bahawa pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum, namun pada hakikatnya, pelaksanaannya hanya tertumpu kepada kaum bumiputera.  Akhirnya, kekayaan disalurkan kepada mereka yang rapat dengan orang politik.

Di samping itu, pelaksanaan DEB telah mewujudkan satu lagi fenomena yang tidak sama rata, iaitu ekonomi berada dalam genggaman pemerintah berikutan masalah merentir (rent-seeking) dan rasuah, atau disebut sebagai party capitalism, menurut Ragayah.  Pemimpin parti menggunakan pengaruh politiknya, bersama kroninya untuk menguasai sumber dan kepentingan ekonomi.

Situasi sedemikian menjurus kepada jurang kaya-miskin yang semakin ketara.  Ragayah menambah, jurang kemiskinan di Malaysia bukan lagi jurang perbezaan antara desa-bandar mahupun antara kaum, tetapi ketidakseimbangan dalam kaum itu sendiri.  Misalnya, dasar penswastaan telah menjadikan sesetengah bumiputera semakin kaya, sementara sesetengah bumiputera kekal hidup merana kepapaan.

Contohnya, 11 orang bumiputera tersenarai sebagai 40 orang terkaya di Malaysia menurut Forbes pada tahun 2010 menguasai kekayaan USD 4 bilion.  Antaranya, 42.5% kekayaan (atau USD 1.7 bilion) berada dalam tangan Syed Mokhtar AlBukhary.  Pada masa yang sama, kadar kemiskinan di negeri yang majoritinya Melayu seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah lebih tinggi daripada purata kadar kemiskinan negara pada tahun 2009, malah Sabah mencatat kadar kemiskinan setinggi 19.7%.  Lebih-lebih lagi, jurang kaya-miskin dalam kaum Melayu sendiri semakin ketara dalam 10 tahun kebelakangan ini, dari 0.429 pada tahun 1999 dan terus melebar kepada 0.44 pada tahun 2009.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MEB a.ka.a DEB MAHATHIR


Akhirnya bahagian akhir Model Ekonomi Baru (MEB) dihidangkan pada 3 Disember, lapan bulan selepas bahagian pertamanya dikemukakan.  Sepanjang tempoh ini, siri program yang dijana, misalnya Program Transformasi Ekonomi (PTE), Program Transformasi Kerajaan (GTP), Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) - kesemuanya bertemakan MEB, yang diibaratkan sebagai "Kitab Ekonomi" zaman pemerintahan PM ke-6, Najib Razak.

Kerajaan Najib menyarankan pembaharuan ekonomi dengan "penghapusan merentir (rent-seeking)" dan "pihak swasta sebagai penggerak utama dalam bidang ekonomi" pada peringkat awalnya.  Namun akhirnya ia kembali kepada "pendominasian ekonomi oleh kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)" dan "liberalisasi ekonomi palsu"-ala Mahathir, yang "mencipta lebih peluang merentir".

PTE  (Program Transformasi Ekonomi) masih mengambil pendekatan "central planning" (pusat yang memutuskan) ketika melaksanakan program ini, iaitu kerajaan yang menentukan projek manakah yang harus diutamakan, dijalankan atau disingkirkan, siapa yang dipertanggungjawabkan, pengagihan sumber dan sebagainya.

Dengan kata lain, kerajaan masih mempercayai teori "kerajaan mengetahui segala-galanya" (the Government knows best), malah, ia memperlihatkan bahawa kerajaan Najib masih belum melepaskan kuasanya untuk mendominasi sumber ekonomi, dan dibiarkan pihak swasta mahupun pasaran untuk menentukan ekonomi.

CONTOH DAN BUKTI JELAS

Kerajaan melantik terus Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk bertanggungjawab ke atas projek pembangunan tanah Sungai Buluh yang bernilai RM10 bilion, 1MDB untuk bertanggungjawab ke atas Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD) yang bernilai RM26 bilion.

Selain itu, proses pertimbangan masih tidak telus - contohnya PEMANDU menerima cadangan YTL Hotels untuk menyenaraikan pembinaan Hotel Majestic sebagai 18 projek yang didahulukan; tetapi pada masa yang sama tidak menyenaraikan cadangan POIC (Palm Oil Industrial Cluster) di Sabah bahawa mereka memerlukan satu container port untuk menampung keperluan mereka di sana.  Tiada orang yang mengetahui kayu ukur pertimbangan ini.  Malah, daripada pengalaman lalu, cara yang tidak telus sebegini senang membiakkan peluang merentir.

petikan dari sumber; http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=11408

----------------------------------------------------------------------------------------------------------
usinkatalagi;..utk itu apa bezanya DEB dan MEB..2x5..5x10..kepala..cerita nak bantu Bumiputera Melayu..sampai ke ekor..yg kaya-raya BumiputeraUmno..pastikan kekayaan negara dimiliki oleh kepimpinan Umno dan para kroninya..bila dah kaya barulah boleh perbodohkan Melayu dengan kuasa dan ringgit..agar gerombolan ini masih kekal menjadi penjajah di Malaysia ini..

Kenapa Melayu Suka Lepak Restoran Mamak..????

Ini india muslim (mamak) atau India pure punya...??? Lu orang teka... laaa... hahahaha...

Kenapa mamak niaga terus maju?

Itu persoalan yang di timbulkan dalam ruang komen gua. Ada yang betul ada yang tak betul... itu pendapat gua.

Komen: Kalau pergi kedai makan melayu, order dekat satu jam belum tentu dapat. Order kat kedai mamak, jam tu jugak siap.
Gua: hehehe... betul ke..??? 2x5 jer.....beb, tapi majoritinya gua akui mamak lebih efisien.

Komen: Teh tarik kat kedai melayu, cair macam air kencing kuda. Kalau kat kedai mamak, susu dia kat setengah cawan walaupun harga mahal sikit.
Gua: Part ni.... gua mengaku 100%, teh tarik melayu memang macam cibai... apa diorang tak tau buat atau nak jimat kos...????

Kedai Melayu boleh bikin teh tarik ini macam ka...??? 

Komen: Muka melayu kalau layan pelanggan macam sial aje. Mamak pulak muka manis. Duduk 3 jam dengan segelas teh pon ok... tapi kat kedai melayu dah tentu muka mencuka.
Gua: Part ini pun gua setuju.... peniaga melayu selalunya hormon diorang sentiasa tak betul...., ada yang berlagak siap sindir2 pelangan.... tapi sekarang ni dah ok sikit kot....

Komen: Mamak TV, Wifi semua ada, kedai melayu kalau tak mintak sorilah nak bukak.... kedekut nak mamfuss. Tv kat kedai melayu kalau ada pun tv3suku, tv1suku. kat mamak suma ada... saiz tv pulak bosar2. tv kedai melayu kecik ciput.
Gua: Ha...ha...ha.... memang tak boleh blah.... tak dinafikan.... gua setuju sesangat.... 

Komen: Lepas tu bising bila tengok kitorang minum kat kedai mamak!!!
Gua: Mana tak bisingnya.... sebab kedai mamak penuh orang, kedai melayu jarang2 orang duduk... lepas tu cakap mamak pakai pelaris itu ini.... dan kedai melayu kena buatan orang (di bomohkan) ha..ha..ha.... ini tipikal punya melayu hutan....

Komen: kalau melayu niaga macam mamak niaga, dah lama melayu kaya raya.
Gua: Betul tu bro..... gua setuju dengan lu, apa kata kalau peniaga melayu ambil pendekatan strategi yang mamak buat.... dah tentu lingkup semua restoran mamak kat malaysia nih..... ahahahahaa.... sukanya gua....

Kat bawah ni pulak gua ada terima email dari seorang pembaca dari Kuantan, beliau bagi info baik punya. Kesahihannya gua tak pasti laaaaa.... gua berharap ada gang2 kat Kuantan yang boleh membantu atau mengesahkannya, jom layan info mamat nih;
Dari Kamarul Aslam;

Bro.
wa nak lu siasat kat Kuantan.Wa dapat info restoren mamak kat Kuantan terutama Restoren Taj menggunakan najis orang campur dalam kari. Satu kes kantoi wa dapat tau dia bayar hampir RM20 ribu. Kes kedua kantoi dia bayar rm24 ribu untuk 3org, memang mamak ni celaka beri orang makan kotor wa dah lama boikot kedai mamak, sebut je kedai mamak wa rasa nak muntah.
Ha...ha...ha...., info ni gua pun rasa 50/50 antara percaya atau tidak, tapi jika melihatkan kelakuan dan sifat pengotornya tak mustahil jika terjadi. Jadi gua ambil keputusan jangan masuk restoran mamak nih.... hahaha... setakat ini dari hari Ahad lepas hingga hari ini... gua berjaya menahan nafsu dari pijak dan melabur duit untuk mangkayakan restoran2 mamak.

Dan gua dah terjumpa kedai melayu yang teh tariknya kow macam mamak.... kat seksyen 16 Shah Alam, roti canai ada...., cucur udang ada... bubur2 ada.... dan makanan tengahari dia pun sodap jugak, bila2 gua gian nak pekena teh tarik gua melepak kat situ jelah.... sapa2 gang shah alam boleh lepak kat situ, restorannya berhadapan dengan restoran mamak dan RHB Bank....

Buat sahabat cyber gua saudara Jai, bertanya pasal boikot restoran mamak, jawapannya dah hampir seminggu gua boikot restoran mamak... dan gua masih hidup bhai.... hahahaha.... pi mampus laaa... dengan restoran mamak....

Boikot tetap Boikot beb.....
ISA.

Khusrin mungkin ‘ganggu’ mesyuarat exco

KUALA LUMPUR, 30 Dis: Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor diyakini akan mengalami masalah besar dalam pentadbiran dengan perlantikan Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiuasaha Kerajaan (SUK) negeri yang baru.
Ini kemungkinan berlaku apabila Khusrin memainkan peranannya dengan ‘mengganggu’ mesyuarat exco seperti yang diarahkan kerajaan pusat. 
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) berkata, perlantikan Datuk Khusrin itu sendiri mempunyai agenda khusus dari kerajaan pusat untuk membolehkan Datuk Khusrin campur tangan bagi pihak kerajaan pusat dalam membuat keputusan Mesyuarat Exco Negeri Selangor.
"Apa saja keputusan yang diputuskan dalam mesyuarat Exco, sepatutnya setiausaha sulit akan keluarkan arahan dan laksanakan, kemudian putuskan dalam mesyuarat.
"Ini tidak, apa yang tak diputuskan dia buat, mesyuarat Exco tak bincangkan masalah ini, dia sendiri akan buat surat dan keluarkan arahan tanpa kita bagi arahan daripada mesyuarat Exco," katanya dalam satu kenyataan media.
Kejadian seperti itu, menurut beliau, tidak mustahil akan berlaku dalam pentadbiran kerajaan Selangor jika perlantikan Khusrin diteruskan sehingga akhirnya akan menyebabkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor berjaya digulingkan oleh kerajaan pusat.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat turut melahirkan kebimbangannya berhubung perkara itu, berdasarkan pengalamannya sendiri sebelum ini yang pernah mengetuai sebuah kerajaan yang sah yang diberikan mandat oleh rakyat pada PRU Ke-12 lalu, tetapi digulingkan oleh pihak Umno BN menerusi rampasan kuasa.   
Umno BN sebelum ini telah merampas negeri Perak dari Pakatan Rakyat gara-gara tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)nya bertindak lompat parti dan menjadi Adun Bebas. Mereka terdiri daripada Adun Behrang, Changkat Jering dan Jelapang.
Kelayakan ketiga-tiga Adun itu juga masih dipertikai kerana ketiga-tiga kerusi Dun itu telah diumumkan kosong oleh Speaker Dun Perak, V. Sivakumar.
Nizar yang pernah menjawat jawatan Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak turut mempertikaikan perlantikan Khusrin kerana ia merupakan satu tindakan yang jelas membelakangkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim kerana keputusan tersebut dibuat tanpa meminta pandangan Khalid terlebih dahulu. 
Oleh itu, beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai jelas tidak menghormati kedudukan Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar yang dipilih oleh rakyat, walaupun semua pihak tahu, Khalid patut diberikan peluang untuk membuat keputusan untuk memilih orang yang boleh berkerja sebagai setiausaha sulitnya.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Pegawai-Pegawai Wakil Rakyat Pakatan Rakyat Negeri Selangor (Selproa) menggesa Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengadakan sidang mesyuarat tergempar di Majlis Undangan Negeri, bagi menolak Setiausaha Kerajaan Negeri lantikan Kerajaan Pusat.
Presiden Selproa, Abdul Razak Ismail, dalam kenyataan medianya berkata, langkah itu perlu bagi melindungi kepentingan rakyat Selangor.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan media yang melaporkan pihak Istana telah meluluskan perlantikan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Khusrin ke jawatan kanan itu bermula 1 Januari depan.
“Saya mencadangkan persidangan tergempar menolak perlantikan Khusrin. Kita tidak mahu Khusrin menjadi gunting dalam lipatan dalam pentadbiran Pakatan Rakyat,” katanya.
Beliau menegaskan, terdapat bukti manipulasi istana oleh BN berhubung perlantikan Khusrin, apabila Istana digunakan untuk menghalalkan cara oleh Umno dan BN yang mahu merampas Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Baju ketat: Keluarkan senarai 'Ok tak OK', kata Teo

Anggota parlimen Serdang Teo Nie Ching yang dihurung kontroversi terbaru berhubung isu pakaiannya di perkarangan sebuah masjid di Cheras, hari ini secara sinis meminta satu senarai pantang larang disediakan berhubung perkara itu.

Wakil rakyat DAP itu berkata, ini kerana, hampir 30 tahun tinggal di Malaysia, berdasarkan pelbagai persoalan sekitar umat Islam dan bukan Islam, beliau menjadi semakin keliru.

youth convension 111210 teo nie ching"Sama ada orang bukan Muslim boleh masuk surau? Sama ada orang bukan Muslim boleh masuk perkarangan masjid? Sama ada orang bukan Muslim boleh baca Quran? Sama ada orang bukan Muslim boleh guna Kalimah Allah?" soalnya bertalu-talu.

"Sekiranya Datuk Seri Najib (Razak) dan pemimpin-pemimpin Umno yang lain cannot be bothered untuk menjawab soalan-soalan saya, mungkin pemimpin-pemimpin MCA, GERAKAN ataupun MIC boleh mengeluarkan satu senarai 'OK Tak OK' untuk semua warga bukan Muslim negara ini?" tegasnya.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, selepas kontroversi memasuki surau di Kajang Ramadan lalu, Teo didakwa masuk ke perkarangan Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong dengan memakai baju ketat dan melakukan senamrobik bersama-sama jemaah masjid.

Memetik sebuah blog, harian berbahasa Melayu itu dilapor mempersoal sama ada Islam yang diperjuangkan PAS di Selangor berbeza dengan negeri-negeri lain, seperti Kelantan yang mengasingkan kaunter bayaran berlainan jantina.

Blog tersebut, Ruang Bicara Faisal juga dilaporkan menyindir sama ada tahun depan mungkin masjid itu boleh menganjurkan pesta tari-menari dalam kawasannya sebagai sebahagian acara sambutan Maal Hijrah.

Teo: Utusan tak layak beri ajaran agama
Menulis di laman Facebook beliau hari ini, Teo berkata, walaupun Najib memberikan pelbagai saranan kepada media dalam sebuah konvensyen akhbar Cina pada 20 Disember, dalam masa yang sama, Utusan "memainkan isu agama dan kaum yang sempit dan bahaya."

NONE"Adalah jelas sekali bahawa Utusan Malaysia bukanlah penggalak kesederhanaan tetapi penggalak ekstremisme, tetapi adakah perdana menteri ataupun menteri dalam negeri akan mengambil sebarang tindakan terhadap Utusan Malaysia?" katanya.

Mempertahankan tindakannya, Teo yang juga pembantu setiausaha publisiti DAP menjelaskan, tindakannya menyertai program masjid itu bertujuan merapatkan hubungan antara komuniti.

"Sudah banyak kali saya lihat orang bukan Islam menghadiri majlis hari raya Aidilfitri di perkarangan masjid. Jadi, apa kesalahan saya untuk menghadiri majlis-majlis yang dianjurkan di perkarangan surau ataupun masjid apabila dijemput?"
"Adakah saya salah kerana saya memang telah melanggar ajaran Islam? Ataupun sebab saya seorang ahli politik DAP?" soalnya.

Mengambil peluang itu, beliau mengkritik Utusan yang didakwanya hanya tahu benci-membenci dengan menggunakan fahaman ekstremis baik aspek kaum, jantina mahupun agama.

"Saya tidak akan ikut adat yang ditetapkan oleh Utusan Malaysia ataupun Umno kerana saya percaya Utusan Malaysia tidak layak untuk memberi ajaran agama Islam," kata anggota parlimen muda itu.

MP Teo: Saya akan terus layan jemputan masjid, tak kisah Utusan serang

KUALA LUMPUR, 30 Dis — Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching akan meneruskan pendekatannya menyertai aktiviti anjuran umat Islam meskipun akhbar Utusan Malaysia milik Umno terus-menerus menyerangnya termasuk yang terbaru kerana mengambil bahagian dalam senamrobik di pekarangan sebuah masjid di Balakong.
Meskipun mengakui tindakan menyertai aktiviti itu di Masjid Taman Cheras kemungkinan menjejaskan sokongan undi orang Melayu, Teo berkata, beliau akan terus menyertai aktiviti seumpama itu dalam usaha merapatkan hubungan dengan para pengundinya.
Hari ini Utusan Malaysia menyiarkan berita muka depan bertajuk “Ahli Parlimen Serdang buat hal lagi?”.
Ogos lalu akhbar itu menyiarkan laporan mempersoalkan Teo masuk ruang solat Surau Al-Huda Kajang Sentral tanpa menutup aurat.
Beliau juga dituduh menyampaikan takzirah ketika kunjungan ketika itu.
Kini ia mendakwa Teo berada di pekarangan Masjid Taman Cheras Jaya dengan memakai baju ketat melakukan senamrobik bersama-sama jemaah masjid tersebut.
Menurut Teo dalam blognya di www.wretch.cc/blog/teonieching, acara tersebut adalah program pertama Karnival Maal Hijrah anjuran masjid berkenaan.
“Apabila saya mendapat jemputan daripada masjid, saya akan pergi,” kata Teo kepada The Malaysian Insider hari ini.
“Jika mereka (Utusan Malaysia) terus menyerang saya tanpa asas, saya tidak akan putus asa. Ia majlis komuniti yang kecil. Ini peluang untuk merapatkan hubungan dengan pengundi-pengundi saya,” kata beliau.
Bagaimanapun pengerusi jawatankuasa surau Azemi Ahmad berkata, Teo hanya bercakap mengenai skim pinjaman pendidikan Selangor ketika mengunjungi surau tersebut.
Hari ini Teo berkata, beliau dijemput oleh Masjid Taman Cheras Jaya untuk mengambil bahagian dalam senamrobik.
“Jika mereka merasakan okey bagi bukan Islam untuk hadir, mengapa mesti saya tutup pintu,” soal Teo lagi.
“Ia majlis dianjurkan oleh (pengurusan masjid), di pekarangan masjid,” kata wakil rakyat penggal pertama ini.
Sehubungan itu kata Teo, beliau percaya tindakan Utusan Malaysia sedemikian akan menyebabkan jumlah pembacanya akan terus jatuh ekoran laporan-laporan yang tidak berasas dan bias.
“Kami mungkin hilang beberapa undi. Tetapi, saya percaya dalam jangka panjang, Utusan Malaysia akan hilang kredibiliti,” kata Teo.
“Ia akhbar bias yang sentiasa menyiarkan isu-isu perkauman dan agama,” katanya.
Teo yang baru-baru ini dipilih sebagai ahli jawatankuasa DAP Selangor juga memberitahu, ramai kalangan orang Melayu menyokong beliau ketika menjadi sasaran serangan berhubung isu lawatan ke surau Ogos lalu.
“Respons daripada orang ramai sangat bagus. Mereka menyambut saya dengan baik, saya merasakan saya melakukan yang terbaik,” katanya.

MENGORAK LANGKAH MASA DEPAN... POLITIK BERLANDASKAN NILAI

Kenyataan Media

Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh
Hebahan : 30 Disember 2010

MENGORAK LANGKAH MASA DEPAN...
POLITIK BERLANDASKAN NILAI

Saya mengharapkan agar 2011 akan menjadi tahun perubahan, tahun yang akan dianugerahi keselamatan dan keadilan untuk rakyat Malaysia di seluruh dunia.

Saya percaya, rakyat Malaysia akan bersama-sama menjadikan perubahan dalam sistem pentadbiran negara suatu realiti menerusi Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Perubahan sedemikian akan berupaya melahirkan kestabilan demokrasi, memastikan tadbirurus baik negara dan merealisasikan Buku Jingga Pakatan Rakyat.

Pemilihan saya sebagai Naib Presiden Parti Keadilan baru-baru ini telah menggerakkan fokus saya terhadap The Way Forward, Mengorak Langkah Masa Depan demi memastikan parti ini kekal berpegang pada nilai-nilai yang akan sentiasa berkembang, menjadikan ia sebuah parti yang berintegriti, adil dan saksama terhadap anggotanya dan rakyat Malaysia keseluruhannya. Saya percaya, ini adalah tanggungjawab politik saya agar kita bersama-sama istiqamah dalam melakukan perubahan, terus membangunkan KEADILAN dan juga negara yang kita warisi, bersama-sama rakan seperjuangan kita dalam Pakatan Rakyat, PAS dan DAP. Melaksanakan apa yang wajar dan memastikan bahawa pengorbanan anggota parti dan juga rakyat sekaliannya tidak dipersia-siakan. Untuk sentiasa mendahulukan kepentingan bersama dengan mendokong prinsip dan nilai yang kita yakini bersama.

Untuk melangkah ke hadapan, pencapaian sehingga kini, dan pengajaran daripada masa lalu perlu dinilai semula, seterusnya membentuk masa hadapan yang berpandukan realiti politik semasa, di mana rakyat kini semakin celik dan jelas tentang hak dan tanggungjawab mereka dalam menegakkan sebuah kerajaan yang bersih, telus dan adil. Sebagai sebuah parti politik yang ingin menjadi harapan baru rakyat, sewajarnyalah KEADILAN juga jelas tentang perjuangan dan halatujunya, bukan semata-mata jelas mengenai lawan dan persaingan terhadapnya.

Langkah masa depan bagi KEADILAN adalah dengan memenuhi harapan untuk menyerlah sebagai tautan terkukuh dalam komponen parti Pakatan Rakyat, agar kepercayaan rakyat tetap utuh terhadapnya, dengan itu rakyat akan rela memberi mandat kepada KEADILAN, menerusi Pakatan Rakyat bersama rakan-rakan PAS dan DAP, untuk mentadbir Putrajaya dalam usaha memenuhi tuntutan Agenda Reformasi, yang merupakan tujuan asli perjuangan KEADILAN. Agenda Reformasi mendokong prinsip-prinsip pencerahan politik, ketuanan dan pemberdayaan rakyat serta kewujudan sebuah masyarakat dan negara madani di Malaysia. Sebagai Naib Presiden KEADILAN, saya akan memberi sepenuh komitmen untuk membina portfolio yang berkaitan dengan pembangunan politik berasaskan nilai ini. Adalah diharapkan politik berasaskan nilai ini akan menjadi dasar kepada sistem, kepolitikan dan gerakan politik dalam KEADILAN.

Justru, marilah kita menyambut tahun baru ini dengan penuh optimis dan keyakinan diri, berlandaskan kepada apa yang telah dicapai dan akan kita capai bersama.

Fuziah Salleh
Naib Presiden
Parti Keadilan Rakyat

PRK Tenang : "Projek Mee Segera" telah bermula..

Artikel ini ditujukan buat semua pemimpin tak kira samada dari Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional..





Bila berlakunya saja Pilihanraya Kecil biar dikawasan mana sekalipun, kita akan menyaksikan berbagai-bagai projek dilaksanakan di kawasan tersebut biarpun kawasan tersebut selama ini seolah-olah tiada di dalam peta Malaysia.

Antara yang biasa dilihat ialah penurapan semula jalanraya, balairaya yang rosak dibaiki semula, Jambatan yang usang dijanjikan akan digantikan, penoreh getah dibantu oleh pemimpin Negara.. dan yang paling menarik sekali ialah Wi-Fi percuma dijanjikan di Galas..


Wi-Fi?? Kah.. kah.. kah.. kenapa menteri yang menjanjikannya diam membisu agaknya sekarang ya??

Sambung balik cerita pembangunan di kawasan Pilihanraya Kecil tu.. Kita akan melihat berduyun-duyun pemimpin Negara akan bertandang ke kawasan itu.. menemui penduduk kampong yang selama ini hanya melihat mereka dikaca TV sahaja..

Rakyat akan mendengar berbagai-bagai janji yang indah-indah dari mereka, Rakyat pasti akan terpegun bila mereka menjanjikan pembangunan yang luar biasa.. Rakyat juga akan terpaku bila mendengar minyak akan diturunkan harga..

Ketika itu mereka benar-benar melihat rakyat sebagai Raja.. ketika itu juga mereka amat menghargai rakyat, apa yang rakyat pinta akan mereka laksanakan dengan seberapa segera agar undi menjadi milik mereka.. biarpun sebelum itu sudah bertahun-tahun rakyat merintih meminta diadakannya..

Ketika itu juga mereka belajar untuk merasai kesusahan hidup rakyat, mereka belajar untuk makan bersila menggunakan tangan melupakan sudu dan garfu bersalut emas mereka..

Mereka sanggup berhujan berpanas untuk menemui rakyat, mereka sanggup meninggalkan kereta mewah mereka di tepi jalan raya semata-mata untuk berjalan kaki menyusuri denai-denai dan lorong-lorong kecil bagi menemui rakyat yang daif hidupnya..

Ketika itu mereka sanggup meningalkan kerusi empuk mereka, meninggalkan pejabat berhawa dingin mereka, meninggalkan setiausaha yang cantik mereka.. hanya kerana rakyat.

Dan ketika itulah mereka menjadi manusia yang amat HIPOKRIT!!!

Tapi… hanya ketika itu.. selepas itu kembalilah rakyat dunia yang nyata… dunia yang amat berbeza suasananya jika dibandingkan ketika Pilihanraya Kecil berlangsung..

Kini sekali lagi mereka akan mengulanginya.. mereka akan mengulanginya di kawasan DUN Tenang pula….


Berikut adalah sedikit gambar Projek Mee Segera di DUN Tenang..



Semak samun di tepi jalanraya dibersihkan sempena menyambut PRK

Berbahagialah Peneroka kita..

Penurapan jalan giat dilaksana



Semua gambar-gambar datangnya dari Selatan Online lagi gambar sila lihat di Selatan Online.

Kisah tukang gunting mendakwa Tuhan tidak ada

Salam,

Gambar hiasan

Bila musim persekolahan makin hampir, kedai pakaian sekolah sibuk dengan ibu bapa membeli pakaian sekolah anak. Selain kedai pakaian sekolah, kedai gunting pasti tak menang tangan sebab budak-budak sekolah masing-masing mahu memendekkan rambut.

Penulis ada cadang kepada Lujnah Kebajikan PAS kawasan penulis supaya menghargai pelajar sekolah yang hendak ke sekolah dengan membayar bayaran gunting rambut mereka di kedai gunting.

Kedai-kedai gunting kawasan luar bandar, bayaran untuk pelajar sekolah rendah paling tinggi RM 4 malah ada kedai gunting hanya kenakan bayaran RM 1 sahaja.

Seminggu sebelum buka sekolah ini, Lujnah Kebajikan terima cadangan penulis buat bayaran kepada pelajar yang gunting rambut sebab nak ke sekolah. Penulis cadang sebuah kedai, tapi Lujnah pilih lima kedai supaya adil kepada semua kawasan parlimen.

Kenapa tak buat program gunting rambut macam PAS kawasan lain buat? Sebab , mahu bantu tukang gunting luar bandar juga. Pendapatan mereka bukan tinggi, jika Lujnah buat program gunting percuma habislah pelangan mereka.

Apabila Lujnah buat kerjasama dengan tukang gunting, mereka pun rasa dihargai dan tumpang gembira. Tak kira la tukang gunting tu orang bulan atau biru , buat je kerjasama . Tak de yang tolak walaupun dia orang biru.

Penulis cerita mengenai aktiviti Lujnah Kebajikan hanya sebagai mukadimah sahaja. Penulis harap PAS Kawasan lain yang belum program ini buatlah, bukan susah pun. Walaupun kecil sumbangan PAS untuk bayaran gunting rambut ini, namun kesannya cukup bermakna.

Sebenarnya, penulis nak paparkan satu kisah tukang gunting dan seorang pelanggannya. Bacalah , ambillah iktibar dari kisah ini.

Suatu hari, seorang lelaki bernama Manan (bukan nama sebenar) datang ke sebuah kedai gunting rambut untuk memotong rambutnya. Dia pun memulakan perbualan dengan tukang gunting yang melayaninya.
Perbualan mereka kemudiannya menjadi semakin hangat. Pelbagai topik dibincangkan, hingga akhirnya Tuhan menjadi subjek perbualan.
"Encik, saya ni tak percaya kalau Tuhan itu ada seperti yang Encik katakan tadi," tanya si tukang gunting.
Mendengar ungkapan itu, Manan terkejut dan bertanya, "Mengapa kamu berkata demikian?"
"Mudah saja, cuba Encik jenguk ke luar tingkap itu dan sedarlah bahawa Tuhan itu memang tidak ada. Tolong jelaskan pada saya, jika Tuhan itu ada, mengapa ramai orang yang sakit? Mengapa ramai anak terbiar?
Jika Tuhan itu ada, tentu tidak ada sesiapa yang sakit dan tentu juga tidak akan berlaku penderitaan di negara ini. Tuhan apa yang mengizinkan semua itu terjadi??!!" ungkap si tukang gunting dengan nada yang tinggi dan angkuh.
Manan pun berfikir tentang apa yang baru saja diperkatakan oleh tukang gunting itu. Namun, ia sama sekali tidak memberi respon atau jawapan agar perbincangan tersebut tidak menjadi hangat lagi.
Setelah tukang gunting itu selesai melakukan pekerjaannya, Manan pun berjalan keluar dari kedai tersebut.
Baru beberapa langkah, dia bertembung dengan seorang lelaki berambut sangat panjang serta tidak kemas. Tiba-tiba, tercetus difikirannya bahawa mungkin lelaki itu sudah lama tidak pergi ke kedai gunting rambut dan itu membuatkannya kelihatan tidak kemas.
Manan kembali masuk ke dalam kedai dan kemudian berkata kepada si tukang gunting,
"Tukang gunting itu sebenarnya tidak ada di dunia ini sepertimana yang anda kata bahawa Tuhan itu tidak ada!"
Si tukang gunting pun terkejut dengan kata-kata Manan itu.
"Bagaimana mungkin mereka tidak ada, buktinya adalah saya. Saya ada di sini dan saya adalah seorang tukang gunting!!" bentak si tukang gunting.
"Tidak, mereka tidak ada. kalau mereka ada, tidak mungkin ada orang yang berambut sangat panjang serta tidak kemas itu," kata Manan dengan tegas sambil mengarahkan pandangannya kepada lelaki berambut panjang di luar sana.
"Ah, anda merepek saja... tukang gunting selalu ada di mana-mana. Yang terjadi pada lelaki itu adalah kerana dia tidak mahu berusaha datang ke kedai saya dan meminta pertolongan saya untuk digunting rambutnya," jawabnya tenang sambil tersenyum.
"Tepat sekali! Itulah jawapannya kepada soalan awak kepada saya tadi. Tuhan itu memang ada. Yang terjadi pada manusia itu adalah kerana mereka tidak mahu berusaha dalam hidup dan datang mencari dan meminta pertolongan dari Tuhannya. Itulah sebabnya mengapa begitu banyak penderitaan di negara ini," tegas Manan.
Mendengar jawapan dari Manan tersebut menyebabkan si tukang gunting diam membisu tidak terkata.I Luv Islam

Wassalam

Perlantikan Setiausaha Negeri Selangor Tak Ikut Rukunegara !

Rukunegara Malaysia

  1. Kepercayaan kepada Tuhan
  2. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
  3. Keluhuran Perlembagaan
  4. Kedaulatan Undang-Undang
  5. Kesopanan dan Kesusilaan
Memang perlantikan jawatan tersebut datang dari kerajaan persekutuan, tak ada sesiapa nafikannya. Tetapi bukankah pemilihannya patut datang dari kerajaan yang sedang memerintah yang dipilih oleh rakyat. Sekurang-kurangnya beritahulah dahulu dan berbincanglah dahulu dengan tuan rumah.

Tidak sepatutnya perlantikan dibuat dengan melanggar adap kesopanan dan kesusilaan sebagai mana yang tercatit dalam Rukunegara kita di atas. Sebab itulah saya katakan perlantikan tersebut telah dilakukan dengan biadab tanpa kesopanan. Macammana nak ajar rakyat Malaysia agar mengamalkan 5 teras rukunegara jika awal-awal lagi kerajaan persekutuan menunjukkan kebiadaban?.

Nak hantar wakil ke rumah orang hantarlah orang yang tuan rumah suka dan senang berurusan barulah dinamakan kesopanan dan kesusilaan. Ini tidak main kuasa kuku besi ikut belakang kemudian buat macam tak ada apa-apa berlaku. Mana perginya budaya Melayu yang dilaungkan selama ini. Memalukan lah !

Kerajaan kata: Peniaga naik harga tak logik!

Kalau kerajaan yang naikkan harga, barulah logik! Memang logik kerajaan naikkan harga petroleum kerana kita negara pengeluar bahan-bahan berasaskan petroleum seperti petrol, diesel dan gas.
Kerajaan meletakkan harga yang tinggi ke atas kereta-kereta nasional edaran dalam negara berbanding harga kereta yang sama di luar negara, juga logik. Atas alasan yang sama, kerana Malaysia mengeluarkan kereta-kereta berkenaan, jadi rakyat kena bayar lebih daripada harga  pasaran di negara luar.

Kerajaan naikkan harga gula, juga logik. Sebab dulu harga tidak dinaikkan kerana dikawal oleh Robert Kuok, Raja Gula. Sekarang kerajaan sudah mengambil-alih industri gula - jadi logiklah harganya dinaikkan.
SELAMAT DATANG TAHUN BARU 2011 - TAHUN NAIK HARGA BARANG KEPERLUAN RAKYAT! (Pesta Naik Harga: Rakyat Diperdaya, Kroni Diperkaya. Pesta  sepanjang tahun ini ditaja sepenuhnya oleh kerajaan BeEnd)
Kalau dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti kerajaan BeEnd kalah - MEMANG LOGIK!!! Mamak, kasi Buku Jingga satu!!!

K'jaan: Tak logik harga makanan naik 10%

Pengusaha restoran tidak mempunyai alasan untuk menaikkan harga makanan dan minuman sehingga 10 peratus meskipun berlaku kenaikan harga gula dan bahan api berkuatkuasa 4 Disember lepas.

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Daud Tahir berkata simulasi harga yang dibuat baru-baru ini juga menunjukkan perubahan harga makanan dan minuman adalah minimum iaitu kenaikan antara 0.1 sen dan tiga sen sahaja.

"Kita sudah buat simulasi dengan kerjasama konsultan (untuk melihat) berapa kenaikan harga makanan dan minuman berikutan kenaikan harga gula dan bahan api baru-baru ini dan tak munasabah jika mereka nak naikkan harga makanan dan minuman," katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Daud berkata simulasi harga itu melibatkan 64 jenis makanan dan minuman antaranya teh tarik iaitu perubahan harga sebanyak 0.8 peratus kepada RM1.21 berbanding RM1.20 ketika ini manakala harga teh hanya meningkat 1 sen kepada RM1.01 sen.

Simulasi itu juga menunjukkan harga bagi pelbagai jenis roti termasuk roti canai kosong, roti jala dan roti telur, pula mengalami kenaikan antara 0.2 dan 0.3 sen sahaja.
Rundingan dengan pengusaha restoran
Ditanya sama ada pengusaha restoran bersetuju dengan harga simulasi itu, Daud berkata kementerian akan memaklumkan mengenainya dalam satu perjumpaan pada awal Januari ini.

"Kita akan memaklumkan mengenai kita punya pengiraan dan alasan kepada mereka kenapa simulasi itu dibuat dan tidak logik untuk menaikkan 10 peratus harga makanan dan minuman," katanya.

Daud berkata Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) dan Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas) baru-baru ini juga menafikan berlaku kenaikan harga itu seperti dilaporkan dalam akhbar baru-baru ini.

Beliau berkata bekalan minyak masak adalah stabil di seluruh negara kecuali terdapat kekurangan di sesetengah tempat serta kekurangan jenama-jenama tertentu di pasaran.

"Keadaan ini adalah tidak serius. Spekulasi mengenai kenaikan harga adalah tidak benar dan pengguna dan peniaga diminta tidak membeli dalam kuantiti yang banyak untuk kegunaan harian," katanya.

Daud berkata spekulasi kenaikan harga minyak itu timbul akibat kenaikan harga minyak mentah di pasaran global yang mencecah sehingga RM3,800 setiap tan metrik sehingga menyebabkan berlaku pembelian panik oleh pengguna dan peniaga kecil di beberapa kawasan.

- Bernama

Catat Pelaburan Tertinggi: P Pinang, Selangor Disaran Jadi Contoh


SHAH ALAM 30 DIS: Dua negeri ditadbir Pakatan Rakyat Pulau Pinang dan Selangor disaran dijadikan contoh kerana berjaya mencatat pelaburan tertinggi pada tahun 2009 yang lalu.
Laporan bebas Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU) 2010) itu menyebut jumlah dividen dan keuntungan mencatatkan angka tertinggi sejak tahun 2005.
Dikeluarkan semalam KPRU 2010 mengiktiraf prestasi pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Selangor yang mendapat penilaian dan pengiktirafan yang baik berbanding negeri Johor, Pahang dan Melaka yang ditadbir sekian lama oleh Barisan Nasional.
KPRU yang memetik laporan Ketua Audit Negara 2009 yang menunjukkan betapa kerajaan Pulau Pinang mencatatkan keuntungan pelaburan sejumlah RM 5.09 juta dalam masa kelembapan ekonomi melanda seluruh dunia, mengatasi negeri-negeri lain.
Timbalan Ketua Menteri (2) Pulau Pinang, Prof. P. Ramasamy menjelaskan kejayaan Pulau Pinang bertitik tolak dari polisi mengelak pembaziran dan pelaksanaan pelbagai program khas untuk rakyat.

"Kita juga tahu pelaburan asing juga meningkat walaupun keadaan ekonomi global lembap akibat beberapa faktor. Jadi saya rasa kerajaan Pakatan Rakyat adalah berasaskan rakyat dan beri perkhidmatan baik kepada rakyat.
"Memang pentadbiran Pulau Pinang lebih cekap, lepas tiga tahun kita berjaya jimatkan wang, dulu saya rasa mana ada kerajaan negeri Barisan Nasional(BN) jimatkan wang. Jadi wang yang kita jimatkan kita salurkan kepada rakyat melalui program," katanya.

Kajian KPRU mendapati bahawa kedudukan kewangan Pulau Pinang secara keseluruhannya adalah baik dengan melakukan beberapa pengubahsuaian dalam aktiviti perolehan, bentuk perbelanjaan yang benar-benar berhemat tanpa menjejaskan kebajikan rakyat negeri itu. 
Hasilnya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengakhiri tahun kewangan 2009 dengan lebihan sejumlah RM77.34 juta menjadikan  lebihan dana terkumpul berjumlah RM538.95 juta, lebih baik dari negeri tadbiran kerajaan Barisan Nasional.
Dalam pada itu, laporan KPRU juga menunjukkan pengurusan kewangan Selangor yang jauh lebih kukuh berbanding Pahang dan Johor walaupun mencatat deifisit.
Gabungan hasil kedua-dua buah negeri BN itu adalah sebanyak RM1,243 juta berbanding dengan hasil Negeri Selangor sebanyak RM1,764 juta, tetapi gabungan defisit adalah sebanyak RM120.95 juta, iaitu lebih kurang satu kali ganda lebih tinggi daripada defisit Selangor yang berjumlah RM65.96 juta.
Laporan Ketua Audit Negara sebelum ini mengesyorkan supaya Selangor meneruskan perbelanjaan berhemat dan terus berusaha mengutip baki pinjaman boleh dituntut di samping usaha berterusan terhadap kutipan tunggakan bayaran pinjaman boleh dituntut, manakala Johor dan Pahang disyorkan perlu mempertingkat dan memperkukuhkan lagi prestasi kewangan (Johor), dan perlu mengamalkan perbelanjaan berhemat (Pahang).
Menurut Ramasamy, ini merupakan bonus kepada rakyat di negeri Pakatan Rakyat yang berpeluang membandingkan antara pentadbiran mereka dengan pentadbiran Barisan Nasional dahulu.
Malah beliau yakin rakyat bakal terus memberikan mandat jika kerajaan negeri terus memperbaiki sistem penyampaian dan kecekapan pengurusan.
"Dulu rakyat tak boleh banding, dulu satu kerajaan sahaja, BN. Sekarang rakyat boleh banding, biar tengok kerajaan PR, boleh buat keputusan. Ini adalah satu kebaikan politik yang telah datang kepada rakyat dan saya rasa kalau kerajaan negeri PR boleh tingkatkan kecekapan dan sistem penyampaian, kita boleh dapat mandat sekali lagi," jelasnya.
Menurutnya lagi, hasrat Pakatan Rakyat tetap untuk menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum akan datang bagi meningkatkan lagi keupayaan mereka dalam membela nasib rakyat.
Kita mahu tawan Putrajaya, kita mahu juga berkuasa di Federal. Banyak kuasa terletak di tangan Persekutuan, kita tak boleh laksanakan apa yang kita ingin," katanya.

Muslimat Anjur Semarak Persaudaraan Tolak Perkauman


KUALA LUMPUR 30 DIS : Perpaduan rakyat perlu dilakukan menerusi persaudaraan tanpa mengira batasan kaum dan ideologi politik yang sempit.

Ketua Lajnah Penerangan dan Dakwah Muslimat PAS, Aiman Athirah al-Jundi menyatakan keperluan satu pendekatan bukan berteras politik dan bermotif politik seperti 1 Malaysia.

Beliau menyatakan demikian ketika melancarkan program 'Sua Kasih Kita Bersaudara' di markas PAS Kuala Lumpur semalam.

"Kita tak keluarkan jutaan ringgit untuk buat 'Kita Bersaudara'. Kita tak perlu perunding yang memakan 77 juta sebab kita sudah diberitahu apa juga masalah di kalangan ummah perlu rujuk Al-Quran dan Sunnah.

"Bagi kita itu hanya mengulangi sejarah 50 tahun bersama Barisan Nasional.Ini kita mesti hentikan. Bagi kami untuk cipta Malaysia baru, kita mesti ada kesedaran dan bangkitkan kesedaran rakyat atas dasar persaudaraan," katanya.

Program Sua Kasih Kita Bersaudara dimulakan oleh Lajanah Dakwah dan Penerangan Dewan Muslimat PAS bertujuan menyemarakkan rasa persaudaraan dan anti perkauman disokong oleh PAS dan Pakatan Rakyat dan merupakan kesinambungan program 'Kita Bersaudara' sebelum ini.

Majlis Perasmiannya akan dilangsungkan pada 9 Januari depan dengan pelancaran logo "Kita Bersaudara" serta skuad H-13 akan disempurnakan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan disertai pemimpin utama sayap wanita Pakatan Rakyat.

Majlis yang bakal diraikan di Kompleks Pendidikan dan Tititwangsa, Jalan Gurney Kuala Lumpur ini turut diserikan dengan pelbagai program seperti pertandingan foto kita bersaudara, cara lelongan amal, kempen derma darah, pertandingan kanak-kanak serta penampilan istimewa pemimpin Pakatan Rakyat dan Masyarakat.

Menurut Aiman, Program ini dan Skuad H13 dilakukan menurut firman Allah dalam surah Al Hujurat ayat ke 13 yang menganjurkan agar manusia berbilang bangsa perlu bersaudara dan beramanah kepada diri, keluarga, masyarakat, negara, dunia serta Penciptanya.

Skuad H-13 akan bertindak menyebarkan dakwah dan penerangan kepada semua golongan menyampaikan mesej kebenaran dan keamanan Islam.

"Kita akan pergi ke sana untuk edar 'pamplet' kita kepada orang ramai. Pendekatan lebih bersifat 'engagement' bukannya lompat terus menghukum. Itu pendekatan dakwah yang sekretariat kita akan guna," katanya.

MP dakwa Khusrin dilantik untuk bubar DUN S'gor

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad mendakwa kerajaan persekutuan cuba membubarkan DUN Selangor melalui pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan (SUK).

Khalid berkata, Khusrin yang merupakan bekas setiausaha sulit kepada menteri besar sebelum ini Tan Sri Muhammad Mohd Taib, terhutang budi kepada perdana menteri Datuk Seri Datuk Najib Razak dan bukannya kepada negeri itu.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di pejabatnya, Beliau mendakwa, Najib pula berniat untuk mewujudkan kekacauan di negeri itu dan memaksa pembubaran DUN.Kebimbangan yang disuarakan Khalid itu timbul berikutan desas-desus berhubung langkah Selangor dan negeri-negeri dikuasai Pakatan Rakyat untuk tidak membubarkan DUN sekiranya Najib mahu mengadakan pilihan raya mengejut.

Khalid juga mendakwa SUK negeri Perak sebelum ini memainkan peranan utama dalam menumbangkan pentadbiran Pakatan di negeri itu pada awal 2009.

Beliau bimbang keadaan sama akan berlaku di Selangor ekoran pelantikan Khusrin ke jawatan tersebut memandangkan bekas pengarah Jabatan Agama Islam itu lemah dari segi kelayakan.

Khalid turut mendakwa, Khusrin dilantik ke jawatan itu untuk mewujudkan masalah kepada pentadbiran negeri.

Surendren Buktikan Ahli Sah PKR

PETALING JAYA 30 DIS: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N Surendren hari ini membuktikan bahawa beliau merupakan anggota sah parti itu sejak 2002.
Dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini beliau menunjukkan kad keahlian parti itu kepada wartawan yang hadir.
Justeru kepimpinan PKR menyatakan sokongan penuh perlantikan Surendren sebagai Naib Presiden sekaligus menolak tomahan liar yang dikemukakan Ahli Parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan.
"Kami memang amat sokong Surendren. Semua tuduhan tidak betul. Kita sokong Surendren sebab dia muda dan banyak idea baru. Kita perlukan perubahan baru. Kita terima Surendren sebagai naib presiden dan tiada masalah," ujar Ahli Dewan Undangan Negeri Port Dickson, M Ravi.
Pada sebelah pagi, Gobalakrishnan dilaporkan mempertikai kesahihan keanggotaan Surendren dengan mendakwa beliau bukan ahli PKR yang sah.
Selain itu Gobala turut menuduh Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai dalang menentukan jawatan dalam PKR.
Sehubungan dengan itu, pemimpin PKR akan mengadakan perbincangan selepas sekembalinya Datuk Seri Anwar Ibrahim dari luar negara bagi menentukan tindakan selanjutnya terhadap Gobalakrishnan.
Dalam sidang media yang sama Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam turut menjelaskan perlantikan N Surendren sebagai Naib Presiden PKR adalah keputusan parti.
Justeru kata beliau, anggota parti harus terus memberi tumpuan kepada misi utama memperjuang PKR menolak Umno-Barisan Nasional.
"Saya tidak pernah melobi untuk Surendren. Ini keputusan parti dan presiden, kita tidak perlu tentang. Kalau saya tidak diberi kerusi pun tidak mengapa, tapi perjuangan parti yang penting. Kita gembira tidak ada masalah," jelas beliau lagi.

Isu gereja: Pakatan mahu Najib minta maaf, nyatakan pendirian


KUALA LUMPUR, 30 Dis — Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat hari ini menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memikul tanggungjawab sepenuhnya dan meminta maaf secara terbuka berhubung sikap “tidak senang” akibat tindakan pembantunya ketika majlis sambutan Krismas anjuran Ketua Biskop Katolik, Sabtu lalu.
Semalam, The Malaysian Insider melaporkan pegawai-pegawai Najib didakwa mengarahkan kepimpinan gereja mengalih patung salib dan simbol-simbol lain daripada lokasi majlis itu, yang diadakan di Bukit Nanas di sini sebelum ketibaan Najib.
Selain itu, him dan doa juga dilarang ketika kehadiran Najib.
Sumber-sumber mendedahkan bahawa arahan itu dikeluarkan tanpa pengetahuan Perdana Menteri.
Pemimpin-pemimpin DAP, PAS dan PKR menggesa Najib agar bertindak segera dan menjelaskan pendirian beliau mengenai arahan itu atas alasan sebarang kelewatan dikhuatiri boleh menjejaskan hubungan antara kaum yang rapuh.
Ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad (gambar) menggambarkan tindakan pembantu-pembantu Najib itu sebagai sikap “tidak boleh bertolak ansur”, malah mencerminkan sikap kerajaan pusat Barisan Nasional (BN).
“Penganut Kristian ada hak untuk menyambut perayaan agama mereka sebagaimana yang mereka mahukan. Saya tidak melihat mengapa orang-orang Najib harus pergi dan memberikan arahan supaya mengalihkan ini atau itu,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.
“Ia seperti anda pergi ke Batu Caves dan meminta penganut agama Hindu mengalihkan patung dewa mereka,” kata beliau.
“Itu masalahnya dengan Umno-BN selama ini. Mereka akan melakukan perkara-perkara yang tidak perlu, yang tidak boleh diterima,” kata ahli biro politik PAS ini, yang pernah dinamakan sebagai “Khalid Gereja” kerana sikap bersimpati beliau kepada bukan Islam.
Jelas Khalid, umat Islam yang berfikiran waras tahu bahawa mereka bukan menyambutnya tetapi hanya menunjukkan rasa hormat dan solidariti kepada penganut-penganut agama lain pada festival-festival yang diadakan.
Khalid menambah, Najib dengan mudah boleh mengelakkan situasi itu jika beliau memberikan arahan yang jelas kepada kakitangannya mengenai dasar peribadinya berkaitan lawatan ke majlis-majlis agama.
“Jika beliau fikir bahawa beliau akan rasa tidak selesa dengan salib-salib yang ada (pada majlis sambutan), maka beliau tidak sepatutnya tidak pergi ke majlis itu sama sekali.
“Sebaliknya, jika beliau tahu bahawa sebagai seorang Muslim, kepercayaannya tidak akan dikompromi... beliau tidak akan memberitahu orang-orangnya (agar mengalih kelengkapan itu),” kata Khalid lagi.
Oleh itu kata beliau, cara logik untuk menyelesaikan situasi sekarang ialah meminta maaf bagi pihak pembantu-pembantunya dan menyelesaikan isu berkenaan.
Pengerusi DAP Selangor Teresa Kok menuduh perdana menteri cuba untuk mengongkong kebebasan agama dan menuntut beliau memikul tanggungjawab sepenuhnya serta memohon maaf.
Katanya, Najib harus memohon maaf (kepada) Persekutuan Kristian Malaysia kerana tindakan pegawai-pegawai yang cuba menidakkan amalan penganut Kristian pada majlis sambutan Hari Natal.
Kok yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor menegaskan, Najib sudah semestinya memberikan arahan sedemikian, tetapi kini menjauhkan diri daripada tindakan pegawai-pegawainya bagi menjaga air muka beliau.
“Perintah sedemikian daripada Pejabat Perdana Menteri menunjukkan sejauh mana tidak ikhlasnya dan tidak sopan Najib sebagai tetamu pada majlis sambutan di rumah Biskop Gereja Katolik,” katanya.
Kok juga berkata, beliau ragu-ragu yang Najib tidak sedar pejabatnya ada mengeluarkan perintah sedemikian.
Beliau yang juga seorang penganut Kristian mengingatkan Najib dan Pejabat Perdana Menteri bahawa sambutan Krismas mempunyai makna yang lebih mendalam selain Santa Claus dan salji.
“Makna yang mendalam ini perlu dihormati,” kata beliau lagi.
“Penganut agama Kristian ada hak untuk tersinggung,” kata Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad kepada The Malaysian Insider.
Pandangan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Seri Setia ini seiring komen Khalid dan Kok sambil mengecam tindakan tidak berhati-hati Pejabat Perdana Menteri ini.
Kata beliau, syarat-syarat yang dikenakan ke atas Gereja Katolik menunjukkan sikap Umno dan BN yang mahu terus meletakkan negara ini berpecah dalam soal agama.
“Di Malaysia, disebabkan Umno dan BN, mereka (umat Islam) tidak banyak tahu. Itu mencetuskan skizofrenia dan masalah ini wujud di kalangan masyarakat Islam dan bukan Islam,” kata Nik Nazmi.
Katanya, umat Islam di tempat-tempat lain tidak bimbang bahawa akidah mereka akan dikompromi jika mereka menyertai majlis keramaian penganut-penganut lain.
Katanya, beliau mahu Perdana Menteri perlu tampil bersih dan berjanji situasi itu tidak akan diulangi.
Sambil mendakwa keadaan itu boleh menjadi serius dalam jangka panjang, kata Nik Nazmi, Najib selaku ketua mereka harus bertanggungjawab sepenuhnya.
Justeru kata beliau, hubungan antara agama yang agak tipis kemungkinan tidak boleh dikawal melainkan Najib mengambil tindakan segera untuk menanganinya.
Malaysia berhadapan dengan siri serangan ke atas rumah-rumah ibadat awal Januari lalu ekoran keputusan mahkamah berkaitan dengan penggunaan kalimah “Allah” oleh akhbar Katolik.