Rabu, 29 Disember 2010

Like Zaid, Gobala is burning his bridges in PKR

Written by  Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle
It is unlikely that Padang Serai MP N Gobalakrishnan's venomous outbursts against PKR de-facto head Anwar Ibrahim and vice president N Surendran will escape the notice of the party's powerful political bureau, but so far, none of the top leaders are giving any hints as to whether disciplinary action will be taken against the former MIC Youth leader.
"At this point in time, Gobi is not on our agenda," PKR vice president Tian Chua told Malaysia Chronicle.
Party insiders have accused Gobala of lashing out because he had failed to get promoted to vice-president. Instead, fast-rising human rights lawyer Surendran was appointed by Anwar to be one of PKR’s three appointed VPs.
Almost immediately after Surendran’s appointment was announced, Gobala began deriding both him and Anwar on Twitter. He kept insinuating that Surendran was not a legitimate PKR member despite confirmation from secretary-general Saifuddin Nasution and Lembah Pantai MP Nurul Izzah. Surendran is a member of her didvision.  Anwar, too, was not spared. Gobala accused him of rigging PKR’s direct elections which were concluded last month.
Who's next
Pundits expect several other PKR members to follow in Gobala’s footsteps. Sabah chief Jeffrey Kitinggan is expected to make his move soon and so is Kapar MP S Manickavasagam.
The men had thrown their support behind losing deputy presidential candidate Zaid Ibrahim (pic right) , who has since quit PKR and joined an obscure Kelantan-based party AKIM, which he has renamed KITA.
“These are the Trojan horses as far as PKR supporters are concerned. The feeling of outrage is still very strong against Zaid and guys like Gobala for turning around and backstabbing Anwar and all of us. Ask any PKR member, they will surely demand for Gobala to be sacked. Why be so generous and let him hang around to cause further damage? It will only benefit Umno,” PKR stalwart Eddie Wong told Malaysia Chronicle.
Meahwhile, a news portal has reported secretary-general Saifuddin Nasution as saying that action had to be taken against Gobala and a decision could be reached by Jan 7. As of press time, Malaysia Chronicle was not able to contact Saifuddin for confirmation.
“There has been a lot of unhappiness among party members. As a senior leader from the reformasi (call-to-reforms) days, to come out with statements like these, you are frustrating party members and not helping the party,” Malaysian Insider reported Saifuddin as saying.

Rasmi: Khalid, Halim presiden dan setiausaha agung baru MTUC

PETALING JAYA, 29 Dis – Pasukan Khalid Atan yang mahu kepimpinan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bebas ‘pengaruh politik’ menang bersih tiga jawatan utama badan induk kesatuan sekerja hari ini.
Syed Shahir Syed Mohamud gagal dalam usaha mempertahankan jawatannya buat penggal ketiga.
Pada 2004 beliau menewaskan Datuk Zainal Rampak.
Kali ini beliau ditewaskan oleh Khalid Atan yang sebelum ini merupakan timbalannya.
Khalid memperoleh 255 undi manakala Syed Shahir pula 213 undi.
Barisan calon Syed Shahir juga gagal dalam saingan jawatan setiausaha agung apabila Halim Mansor menewaskan J Solomon dan Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid.
Sani kalah dalam percubaan kali kedua. Tiga tahun lalu beliau tewas empat undi.
Halim menerima 188 undi, Solomon 117 undi manakala Sani 165 undi.
Jawatan timbalan presiden juga dimenangi oleh pasukan Khalid.
Mohd Jafar Abd Majid menewaskan dua calon dalam saingan jawatan timbalan presiden. Dua calon yang tewas ialah P Maniyam dan Abdul Razak Md Hassan.
Jafar mendapat 170 undi manakala Maniyam menerima 157 undi dan Razak pula 140 undi.
Seramai 479 perwakilan mengundi pada pemilihan kali ini sedangkan yang layak adalah seramai 552 perwakilan.

Pelantikan Khusrin pasti undang pelbagai masalah

khusrin[1] Bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Mohd Khusrin Munawi muncul sebagai tokoh kontroversi dewasa ini apabila dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru.
Pastinya pelantikan beliau bakal mengundang pelbagai masalah kepada kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat.

Sejak dahulu lagi, ketika Selangor ditadbir oleh Umno-Barisan Nasional, gerak geri Khusrin seperti "budak suruhan" kepada parti pemerintah di peringkat pusat hingga banyak mendatangkan masalah kepada pentadbiran hal ehwal agama Islam.
Khusrin, yang dianggap sebagai "agen" telah menghalang Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Aziz Nik Aziz dan Presiden PAS Haji Abdul Hadi Awang berceramah di negeri Selangor.
Malahan apabila Selangor ditadbir oleh Pakatan Rakyat, Khusrin menjadi "duri dalam daging" dan dipercayai menjadi alat untuk menjatuhkan kerajaan negeri dengan menjalankan kerja-kerja yang bercanggah dengan dasar kerajaan negeri.
Atas kapasitinya sebagai Pengarah Jais, beliau bertindak menahan bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin kerana menyampaikan ceramah tanpa tauliah di sebuah rumah di Hulu Klang walaupun mendapat bantahan keras daripada pemimpin Pakatan Rakyat.
Khusrin juga mengkritik keras tindakan Ahli Parlimen Teo Nie Ching yang berucap di sebuah surau di Ampang walaupun ahli-ahli jawatankuasa surau itu yang menjemput Teo atas alasan orang-orang bukan Islam tidak dibenarkan masuk ke dalam surau.
Terbaru, Khusrinlah yang mengeluarkan arahan untuk menyerbu markas Syiah di Taman Sri Gombak atas dakwaan para pengikut mazhab itu merupakan komuniti yang sesat dari ajaran Islam.
Macam-macam tohmahan dan fitnah yang beliau lemparkan seperti pengikut Syiah mempercayai darah ahli Sunnah (Wal Jamaah) adalah halal, mengkafirkan para sahabat dan berlebih-lebihan dalam mencintai keluarga Rasulullah saw.
Khusrin ialah lulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dalam bidang Pengurusan Perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia.  Beliau bukanlah ahli dalam bidang agama.
Pelantikan beliau sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri berkuatkuasa 1 Januari ini dilihat sebagai ganjaran atas sumbangan beliau yang sedikit sebanyak berjaya mengucar-kacirkan kerajaan negeri dalam hal ehwal pentadbiran tentang agama Islam.
Sumber menyebut wakil rakyat Pakatan Rakyat bimbang dengan pelantikan yang dibuat oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan itu dan mereka percaya ada agenda tertentu di sebalik pelantikan itu.
Sidek Hassan sendiri dipercayai merupakan salah seorang tokoh  yang merancang untuk menjatuhkan semua negeri yang berada di bawah pimpinan Pakatan Rakyat dengan mendapat peruntukan khas dari kerajaan persekutuan.
Menurut sumber itu lagi, jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri merupakan satu jawatan yang kuat dan berpengaruh.  Beliau mempunyai pengaruh dan kuasa ke atas pegawai-pegawai kerajaan negeri.
Walaupun Sidek Hassan mendakwa pelantikan beliau telah mendapat perkenan daripada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah tetapi beliau tidak boleh mengenepikan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sama sekali.
Beliau harus berunding dengan Khalid terlebih dahulu dan menurut laporan media, Khalid sendiri telah mencadangkan tiga nama untuk mengisi jawatan itu.
Hasrat Khalid untuk memohon mengadap Sultan Selangor hari ini tidak kesampaian kerana baginda sedang bercuti di luar negeri dan hanya pulang pada 3 Januari depan.
Pelantikan beliau pasti mengundang pelbagai masalah kepada kerajaan negeri, terutama menjelang pilihan raya umum yang dijangka berlangsung seawal bulan Mac atau Jun tahun depan.

Jais diskriminasi terhadap Syiah

jaisKUALA LUMPUR: Pemimpin mazhab Syiah tempatan hari ini memprotes terhadap tindakan diskriminasi pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadap para pengikutnya ketika 200 ahli ditahan dan mendakwa mereka melanggar undang-undang Islam.
Ustaz Mohd Kamilzuhairi Abdul Aziz berkata mereka menghantar surat protes kepada Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) selepas premis mereka di Taman Sri Gombak diserbu oleh Jais pada 16 Disember lalu.

"Para pegawai berkenaan memecah masuk dan merosakkan dewan solat yang merupakan harta persendirian dan di mana kami sedang mengadakan ibadat khusus bagi memperingati Ahlul Bait Rasulullah saw.
"Jika komuniti lain seperti Hindu, Buddha, Kristian, Sikh dan lain-lain mempunyai hak untuk beribadat dan mempraktikkannya di bawah Perlembagaan Persekutuan, kenapa kami tidak boleh," katanya.
"Kami dikritik, dihina, difitnah dan diugut dalam media tempatan hanya kerana kami mempraktikkan apa yang telah diamalkan oleh datuk nenek keturunan kami yang bermazhab Syiah dan telah menetap di Malaysia sejak berkurun-kurun lamanya.
40,000 pengikut Syiah di Malaysia
Kamilzuhairi berkata terdapat kira-kira 40,000 pengikut Syiah di Malaysia tapi kebanyakannya beramal secara tertutup kerana bimbang difitnah dan menjadi sasaran pihak berkuasa.
Seorang pegawai dari jabatan agama Islam, yang enggan namanya disiarkan, berkata mereka yang ditahan termasuklah rakyat Pakistan, Iran dan Indonesia, yang telah pun dibebaskan dengan ikat jamin.
Beliau berkata penyiasatan masih berjalan dan kumpulan itu akan didakwa kerana tidak mengikut mazhab Islam Suni, yang dianggap mazhab Islam yang sah di Malaysia.
Syiah mewakili 15% dari masyarakat Islam di seluruh dunia.  Syiah merupakan penduduk majoriti di Iraq, Iran dan Bahrain dan mewakili sejumlah besar penduduk Afghanistan, Lebanon, Pakistan dan Arab Saudi.
Orang-orang Syiah percaya Imam Ali bin Abi Talib sepatutnya dilantik menggantikan Rasulullah saw dan bukan sahabatnya Khalifah Abu Bakar.  Masyarakat Suni percaya sesiapa yang beranggapan bahawa Abu Bakar sebagai perampas jawatan khalifah sebagai menghina sahabat
- AFP

Tahun Baru, Harga Barangan Pengguna Juga Baru

DSC02011Oleh Nazli Ibrahim
PETALING JAYA: Rakyat negara ini dijangka akan menyambut kedatangan tahun baru 2011 dengan perasaan yang kelat berikutan wujudnya tanda-tanda awal berlakunya kenaikan harga barangan pengguna pada awal tahun nanti.
Spekulasi kenaikan harga susu sejat dan susu krim di antara 20 sen hingga 30 sen pada permulaan tahun baru juga semakin bertiup kencang pada masa ini.

Sebelum ini sebuah syarikat pengeluar susu sejat dan krim mendakwa kenaikan harga gula akan turut memberi implikasi kenaikan harga produk keluaran mereka berikutan gula sebagai salah satu bahan utama produk mereka.
Kesan berantai kenaikan harga daripada langkah rasionalisasi subsidi yang diumumkan kerajaan itu dijangka turut memberi kesan terhadap harga makanan dan minuman oleh pengusaha restoran.
Manakala tinjauan di beberapa kedai runcit sekitar negeri Selangor pula mendapati bekalan minyak masak dalam paket 1kg semakin berkurangan, keadaan yang sama sebelum berlakunya kenaikan harga gula pasir sebelum ini.
Ketika beberapa peniaga yang memberitahu mereka telah kehabisan bekalan minyak masak, beberapa peniaga lain pula terpaksa menghadkan pembelian kepada satu paket sahaja untuk setiap pelanggan.
Minyak masak juga merupakan antara barangan yang tersenarai  dalam pelaksanaan langkah rasionalisasi subsidi yang diumumkan oleh kerajaan sebelum ini.
Memetik berita yang disiarkan oleh sebuah stesen tv swasta malam tadi, bekalan kelapa turut mengalami kekurangan yang ketara di beberapa tempat di Semenanjung khususnya di sebelah Pantai Timur dan mengakibatkan kenaikan harga santan.
Harga bahan api dijangka naik lagi
Sementara itu, Gabenor OPEC Iran, Mohammad Ali Khatibi dalam satu kenyataannya dalam laman sesawang Shana, Kementerian Minyak semalam, menjangkakan harga minyak mentah di pasaran antarabangsa akan mencecah US$100 setong.
Harga komoditi utama dunia itu telah mencecah paras tertingginya semenjak 2008 dengan US$95 setong pada Jumaat lalu, sebelum ditutup pada harga US$93 pada hari yang sama.
Berdasarkan formula apungan harga minyak yang diguna pakai oleh kerajaan, kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia ini akan mempengaruhi harga pengguna bahan api itu di pasaran tempatan.
Pada masa ini harga bahan api terbabit pada setiap liter ialah RM1.90 bagi petrol Ron 95, RON97-RM2.30, diesel-RM1.80 dan gas petroleum cecair (LPG)-RM1.90 bagi setiap kilo gram.
Rasionalisasi subsidi beri kesan kenaikan inflasi 2011
Sementara itu, dalam satu laporan yang diterbitkan oleh CIMB Research sebelum ini, Pemotongan subsidi akan memberi tekanan kepada indeks harga pengguna (CPI).
Menurut Ketua Ekonomi CIMB, Lee Heng Guie langkah kerajaan melaksanakan rasionalisasi subsidi akan menyebabkan kenaikan inflasi yang lebih tinggi pada tahun 2011 dan pengguna akan menerima kesannya.
"Rasionalisasi subsidi yang berterusan akan meningkat kadar inflasi untuk 2011 dan kesannya akan lebih dirasai pada tahun itu.
"Oleh yang demikian, kami meningkatkan ramalan kenaikan CPI lebih tinggi kepada 3% dari 2.5% sebelumnya," kata laporan itu.

SMM tidak terlibat sebagai calon pilihan raya

hilman-serius-1-200x200Oleh Fazy Sahir
PETALING JAYA: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) memutuskan untuk tidak terlibat dengan sebuah gerakan bernama Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM) dalam menyediakan calon daripada kalangan mahasiswa bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) kelak.
Menurut Ahli Majlis Tertinggi SMM Hilman Idham, mereka sepakat dan berpendirian bahawa pertandingan tiga penjuru bakal merugikan perjuangan dalam memulihkan demokrasi, hak asasi dan menegakkan keadilan untuk membela rakyat.

Malah katanya, 30 calon dari MCLM itu juga dianggap tidak berupaya untuk mencapai konsensus bersama dalam hal-hal penting melibatkan negara, agama, demokrasi serta ekonomi.
"Ada cadangan supaya mahasiswa turut mengambil bahagian secara terus bersama barisan calon-calon MCLM dalam PRU akan datang.
"SMM menyedari hakikat bahawa makna politik itu bukan hanya sebuah perlawanan. Kompromi, desak dan gesa juga adalah sebahagian daripada politik. Justeru SMM tidak semestinya ikut serta dalam perlawanan dalam PRU.
Kesejahteraan semua
"Bagi Mahasiswa, bertanding dalam pilihanraya bukanlah suatu keutamaan. Apa yang penting ialah menyedarkan rakyat tentang hak mereka, menyuarakan hasrat dan kepentingan masyarakat untuk kesejahteraan semua," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, walaupun fungsi mahasiswa sebagai suara ketiga namun tidak semestinya mereka perlu bertanding dalam pilihanraya.
Namun menurut Hilman, peranan mahasiswa jauh lebih penting dari sekadar menjadi penggubal undang-undang di parlimen tetapi menjadi suara yang terkecuali dari struktur politik dan percaturan kuasa.
Hilman berkata demikian sambil merujuk kenyataan rakan seangkatannya yang juga Pengerusi SMM Shazni Munir Mohd Ithnin, pada 22 Disember lalu yang sanggup menyediakan calon dari kalangan mahasiswa.
Hilman yang dihubungi FMT kemudian beliau menjelaskan, kenyataan Shazni itu hanya bersifat peribadi dan bukan mewakili keseluruhan mahasiswa.
"Apa yang saya katakan adalah merujuk kenyataan saudara Shazni ketika forum umum yang diadakan pada 22 Disember lalu. Kami mahasiswa sudah berbincang bahawa kami tidak akan menjadi calon bersama dalam MCLM," katanya kepada FMT.

Mahfuz letak jawatan pengerusi GLC Kedah

Naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar telah meletakkan jawatannya sebagai pengerusi syarikat kaitan kerajaan negeri (GLC), Kedah Sato Sdn Bhd, berkuatkuasa serta merta.

mahfuz omar utusan malaysia lawsuit 231208 01Sumber-sumber yang rapat dengan ahli parlimen Pokok Sena itu mengesahkan surat peletakan jawatan beliau telahpun dihantar kepada pihak pengurusan syarikat tersebut.

Sumber-sumber itu bagaimanapun enggan menjelas sebab Mahfuz (kiri) meletak jawatan, tetapi sejak semalam lagi, tersebar berita di internet bahawa ia berkaitan dengan pemberian tender oleh syarikat itu yang didakwa tidak mengikut peraturan.

Apabila didesak untuk menyatakan sebabkan peletakan jawatan Mahfuz, sumber-sumber berkata: "Pihak pengurusan dan lembaga pengarah Sato perlu beri penjelasan mengenai perkara itu."

Malaysiakini difahamkan, Mahfuz meletak jawatan kerana tidak bersetuju dengan penganugerahan projek kepada pihak yang tidak mengambil bahagian dalam tender.

Azan: Rasuah Dalam TM Hanya Satu Siri Pendedahan Kecil



SHAH ALAM 29 DIS : Dakwaan skandal rasuah antarabangsa yang melibatkan syarikat komunikasi terbesar negara, Telekom Malaysia Bhd (TM)disifatkan oleh Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail sebagai siri pendedahan kecil.
Katanya selepas ini akan ada pendedahan yang lebih besar terutama melibatkan kebobrokan pemimpin Umno-Barisan Nasional.
Akhbar hari ini melaporkan dua perunding dari Malaysia yang dibayar mendapatkan “maklumat bukan awam” bagi mendapatkan kontrak spektrum 3G dari Telekom Malaysia.merupakan siri-siri kecil pendedahan sebelum terbongkarnya kebobrokan paling besar terutamanya yang dilakukan oleh pemimpin Umno-Barisan Nasional.
Sogokan membabitkan Alcatel Lucent SA – laporan yang turut mendakwa pegawai kerajaan Malaysia terlibat dalam perbuatan rasuah berkaitan pemerolehan kontrak telekomunikasi.
"Syarikat Alcatel ini daripada Perancis dan bukannya beroperasi, berkedudukan atau ibupejabatnya di US tetapi ada syarikat-syarikat yang berkepentingan US akan terlibat seperti Motorola.
"Generasi ketiga telekomunikasi ini kita tidak ada lagi, semuanya kita guna kepakaran mereka tetapi lesen di berikan kepada Tan Sri Vincent Tan melalui Timedotcom," katanya.
Baru-baru ini Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Warisan menafikan mana-mana syarikat yang mendapatkan kontrak berkenaan.
"Kemudian hari ini, cerita ini dibawa oleh rakan kongsi dari US, kerja-kerja melobi dan komisyen ada di Amerika dengan amaun tertentu yang dibenarkan iaitu sebanyak dua peratus maksimum yang dibenarkan mengikut undang-undang.
"Di Eropah, dalam sekitar 3-4 peratus tetapi masalah di negara kita, yuran kalau dicampur sekali kos menjadi seratus peratus. Sebab itu ianya tinggi dan agak melampau," jelasnya.
Ujar Azan, masalah ini terjadi berkemungkinan adalah disebabkan amalan orang-orang yang mempunyai kedudukan dan kuasa untuk meluluskan sesuatu mempunyai perangai mengambil wang pendahuluan atau yuran lobi dalam peratusan yang tidak munasabah.
Sebelum ini The Malaysian Insider melaporkan bahawa  Telekom Malaysia Bhd (TM) menjanjikan siasatan berhubung dakwaan skandal rasuah antarabangsa yang membawa kepada pemerolehan kontrak AS$85 juta oleh syarikat telekomunikasi ternama Alcatel, yang menurut sumber ia terdedah tiga tahun lalu tetapi tidak pernah disiasat.
Maklumat Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat menunjukkan dua perunding dari Malaysia telah dibayar sebanyak AS$700,000 bagi mendapatkan “maklumat bukan awam” berhubung aspek harga dan bidaan pesaing-pesaing, dipercayai untuk anak syarikatnya Celcom Malaysia memperoleh perkhidmatan mudah alih 3G, yang dilancarkan pada 2005.
“Perkara itu dibangkitkan memandangkan urusan itu tidak mematuhi prosedur-prosedur (yang ditetapkan). Tetapi tiada tindakan diambil,” kata satu sumber.
Sementara itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) berkata, pihaknya memandang serius dakwaan itu, yang terbongkar semalam walaupun pihak-pihak terbabit menyedari isu itu tiga tahun lalu.
“SPRM memandang serius dakwaan ini dan akan membuat semakan dengan pihak-pihak yang berkenaan untuk mendapatkan butir-butir sebenar tohmahan sebelum tindakan sewajarnya diambil,” kata agensi itu dalam satu kenyataan hari ini.

Kempen awal di Tenang: SPR dicabar ambil tindakan terhadap media kawalan Umno

Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Azmizam Zaman Huri mencabar Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) supaya mengambil tindakan terhadap  media kawalan Umno yang setiap hari menjalankan propaganda dan kempen bagi meraih sokongan rakyat terhadap parti itu.

Beliau mengulas kenyataan SPR hari ini yang memberi amaran kepada pihak-pihak tertentu supaya tidak melaksanakan sebarang bentuk kempen menjelang Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Tenang, kerana tempoh kempen PRK berkenaan hanya akan bermula pada 22 Januari depan.

“BN terus berkempen sepanjang masa menggunakan media-media milik Umno seperti TV3, Utusan Malaysia dan media yang diletakkan di bawah Kementerian Penerangan. Slogan 1Malaysia juga sebenarnya adalah merupakan kempen BN. Jadi apa masalahnya untuk berkempen sebelum tempoh pilihan raya?,” soal Azmizam.

Menurutnya,  Umno-BN memiliki pengaruh media yang begitu besar seperti televisyen, radio dan media bercetak lain bagi menjayakan kempen mereka, berbanding Pakatan yang memiliki sumber yang terhad.

“Kalau SPR benar-benar tidak mahu perkara ini berlaku, kenapa mereka benarkan kempen dijalankan melalui media-media massa. Kita dalam Pakatan Rakyat tidak ada ruang, organ parti seperti Suara Keadilan tidak mendapat permit dari Kementerian Dalam Negeri, dan Harakah pula edarannya terhad kepada ahli.

“Apa yang kita boleh lakukan hanyalah melalui ceramah-ceramah bagi memberi penerangan dan memastikan maklumat sampai kepada rakyat,” ujarnya lagi.

Jesteru, beliau mencabar SPR supaya memberi justifikasi yang jelas tentang kempen yang dimaksudkan dan mengambil tindakan terhadap media-media kawalan Umno/BN yang cuba mempengaruhi pengundi menjelang PRK di Dun Tenang.

“Kita cabar SPR, jika tidak boleh benarkan berkempen, haramkan juga kempen melalui media-media massa,” tegas beliau.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini memberi amaran kepada parti-parti politik supaya tidak menjalankan sebarang bentuk kempen di DUN Tenang sebelum 22 Januari ini.

Pengarah SPR Johor, Othman Noh berkata mereka yang berbuat demikian akan dikenakan tindakan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

SUK: Dedah Kelicikan Umno-Barisan Nasional- Dr Badrul Amin

KUALA LUMPUR 29 DIS: Pengarah Penerangan Kerajaan Selangor Dr Badrul Amin Baharom mendedahkan cubaan licik Umno-Barisan Nasional(BN) untuk sekali lagi mengheret istana negeri bersabit perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru.
Putrajaya menamakan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, JAIS,  Datuk Khusrin Munawi sebagai SUK baru semata-mata untuk memenuhi agenda politik pemerintah, kata Badrul.
"Siapa yang mulakan isu Sultan? Mereka (Umno-BN). Kalau ikut undang-undang, tidak perlu pun perkenan dari Sultan. Tetapi siapa yang mula mainkan (nama) Sultan ini? Bukan kah mereka?
"Apa tujuannya? Untuk memainkan sentimen rakyat supaya rakyat kata jangan lawan Sultan. Jadi isu ini digunakan untuk perangkap kita. Jadi seolah-olah ada cara atau usaha untuk melagakan kita dengan pihak istana," jelas Badrul.
Beliau menegaskan pelantikan Khusrin sekadar untuk memenuhi agenda politik Umno, justeru Putrajaya meminggirkan kerajaan negeri dalam pelantikan jawatan penting itu.
" Apa yang kita faham, tindakan ini adalah tindakan jahat, berniat jahat untuk melaksanakan agenda jahat Umno-Barisan Nasional ke atas negeri Selangor," katanya lagi.
Nama Khusrin disyorkan oleh Putrajaya manakala kerajaan negeri pula telah mencalonkan tiga nama lain  hasil temuduga khas yang diadakan bagi memastikan proses pelantikan dijalankan secara telus dan berwibawa.
Bagaimanapun ketika Khalid berada di luar negeri, Putrajaya mengambil kesempatan untuk menobatkan Khusrin sebagai SUK baru.
"Alangkah baiknya kalau perlantikan itu rujuk kepada kerajaan negeri. (Yang berlaku sekarang) ialah orang  yang akan melakukan pentadbiran kerajaan negeri adalah  orang yang bukan dicadangkan  oleh kerajaan negeri," tambah Badrul lagi.  

Ancak: Zambry kelirukan Harussani?

IPOH, 29 Dis: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) merasa kesal dengan keterangan yang mengelirukan daripada Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kepada mufti negeri, Tan Sri Harussani Zakaria berhubung majlis ancak.
Timbalan ketuanya, Mohd Munir Ali menyatakan demikian setelah meneliti surat jawapan balas Zambry kepada Harussani berhubung dengan perbuatannya menghadiri majlis ancak tiang seri dua bulan yang lepas.
Katanya, hujah menteri besar itu tidak diperkukuhkan dengan nas Al-Quran dan Sirah Nabi bagi menjelaskan kepada ummat Islam hukum sebenar terhadap majlis yang diadakan tersebut.
“DPPN Pk melihat Datuk Seri Zambry tidak berkata benar setelah Tan Sri Harussani ingin mendapatkan penjelasan.
“Jelas Datuk Seri Zambry yang baru menunaikan ibadah haji tidak memperjelaskan perkara sebenar apa yang sebenarnya berlaku pada hari tersebut di Kampung Guar, Manong,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, DPPN Pk amat kesal sikap berdalih Zambry kerana masih mengelirukan umat Islam di negeri ini khasnya dan negara amnya.
Sehubungan itu, tegasnya DPPN Pk mendesak Zambry agar menjelaskan perkara sebenar supaya tidak terus mengelirukan umat Islam.
Ini, tambahnya kerana Zambry yang memegang jawatan penting berkaitan agama Islam tidak sepatutnya menghadiri atau membenarkan majlis seumpama Majlis Ancak Tiang Seri dijalankan serta diamalkan kembali di negeri ini.
“DPPN Pk meminta kepekaan Datuk Seri Zambry agar berterus terang di dalam perkara ini agar ummat Islam tidak terus mengamalkannya,” ujarnya.

MAIS pertahan tindakan Khusrin

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mempertahankan tindakan setiausahanya Datuk Mohd Khusrin Munawi dalam beberapa isu kontroversi, antaranya pengendalian isu pentauliahan dan larangan berpolitik dalam masjid di negeri itu.
NONETimbalan setiausahanya Abdul Halem Hapiz Salihin berkata, setiausaha majlis yang juga pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hanya menjalankan dasar dan ketetapan majlis, sejajar degan peruntukan dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.
Dalam masa yang sama, tambahnya, segala dasar dan ketetapan yang dibuat adalah melalui mesyuarat majlis yang keanggotaannya diperkenan oleh Sultan Selangor atau jawatankuasa tetap yang dilantik.

"Selaku setiausaha MAIS, beliau (Mohd Khusrin) bertanggungjawab menjalankan segala dasar dan ketetapan yang telah diputuskan," katanya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Abdul Halem Hapiz menjelaskan, isu berkaitan penarikan balik tauliah kepada ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad diputuskan oleh jawatankuasa tauliah negeri Selangor.

Manakala dalam isu larangan berpolitik di masjid-masjid pula dibuat dan disahkan dalam Mesyuarat MAIS pada 4 Mei lalu ekoran titah Sultan Selangor yang melarang berpolitik di masjid-masjid seluruh negeri.

Agensi pelaksanan

"Bagi kedua-dua isu ini, setiausaha MAIS selaku ketua pegawai eksekutif majlis bertanggungjawab memaklumkan kepada masyarakat umum melalui media mengenai keputusan yang telah diambil.

NONE"Setiausaha MAIS selaku pengarah JAIS juga memastikan dasar dan ketetapan ini dipatuhi oleh masyarakat umum melalui penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh JAIS selaku agensi pelaksana," katanya lagi.

Nama Mohd Khusrin menjadi terkenal selepas JAIS menahan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada 1 November 2009 atas alasan mengajar tanpa tauliah.

Mohd Khusrin juga terus menerima kritikan daripada pelbagai sudut dalam isu'upacara telan air ludah ustaz' dan isu ahli parlimen DAP Teo Nie Ching memasuki sebuah surau di Kajang.

Terbaru, JAIS sedang menguruskan kes kontroversi melibatkan tangkapan besar-besaran pengamal Syiah pada 15 Disember lalulalu.

Antara peristiwa itu dijadikan alasan untuk mempertikaikan kelayakan beliau menyandang jawatan Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri yang mencetuskan kontroversi baru.

SUK: Kerajaan negeri nafi lewat serah nama, dakwa wujud dalang

KUALA LUMPUR, 29 Dis – Kerajaan negeri Selangor menyangkal Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Munir Bani yang mendakwa kononnya kerajaan negeri lewat menghantar senarai calon untuk mengisi jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri yang kini kelihatan menjadi kemelut antara negeri dan pusat.
Pakatan Rakyat Selangor juga kesal dengan perkembangan mutakhir dan merasakan ia tindakan didalangi individu tertentu yang mahu menggunakan istana demi kepentingan politik mereka.
Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar), Faekah Husin menegaskan, tidak terdapat dalam mana-mana peruntukan yang menyatakan bahawa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri perlu dibuat dalam tempoh atau masa tertentu.
Malah katanya, jawatan Datuk Ramli Mahmud selaku Setiausaha Kerajaan Negeri sepatutnya hanya tamat 20 Mac depan.
“Perlu ditegaskan di sini, kerajaan negeri telah menjalankan proses pemilihan pada 27 November lalu dengan menubuhkan Panel Pemilihan yang sejajar dengan Nota Amalan Perkhidmatan Awam,” kata Faekah dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.
Panel itu diketuai Speaker Dewan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Khim dengan dianggotai dua Exco Kerajaan Negeri Datuk Dr Hasan Ali dan Dr Xavier Jayakumar.
Panel itu kata Faekah, telah menemu ramah enam calon dari lapan nama yang telah dicadangkan oleh Pejabat Setiausaha Negeri dan Pejabat Sumber Manusia.
“Panel Pemilihan telah menyenarai pendek calon-calon dan Menteri Besar telah pada 17 Disember 2010, mempersembahkan nama-nama tersebut untuk pertimbangan Sultan Selangor bagi mengisi jawatan Setiausaha Kerajaan,” katanya.
Kata Faekah, meskipun penubuhan panel itu bukan satu kemestian, tetapi kerajaan negeri Pakatan Rakyat mahu menyemai satu tatacara yang baik yang mana pelantikan jawatan tinggi perlu melalui proses telus, bebas dan bertanggungjawab.
“Menteri Besar tidak mahu menggunakan kuasa penentu untuk memilih pegawai tinggi kerajaan,” kata beliau.
Faekah berkata, isu pelantikan Datuk Khusrin Munawi timbul sejurus sebelum Umno mengumumkan Datuk Seri Najib Razak kekal sebagai Ketua Perhubungan Umno Selangor.
Justeru, kata beliau, Pakatan Rakyat Selangor memohon rakyat Selangor bertenang dan tidak mengeluarkan  kenyataan provokasi yang tidak akan membantu dalam mencari penyelesaian terbaik.
“Pentadbiran ini menggalakkan persatuan dan  pertubuhan masyarakat mengadakan solat hajat di seluruh negeri bagi memberi kekuatan dan kebijaksanaan kepada Sultan Selangor dan pemimpin negeri dalam menangani salah faham ini.
“Begitu juga kepada masyarakat bukan Islam digalakkan menjalankan upacara keagamaan menurut kepercayaan masing-masing,” kata beliau.
Isu pelantikan Khusrin, Pengarah Jais, menjadi kemelut ekoran pengumuman Putrajaya bahawa beliau akan memulakan tugas sebagai Setiausaha Kerajaan mulai 1 Januari ini.
Pada hari pengumuman kelmarin, Pejabat Menteri Selangor berkata pelantikan itu belum muktamad kerana tidak dimaklumkan mengenai pelantikannya.

SPRM ‘siasat’ dakwaan Alcatel sogok dapatkan kontrak 3G

KUALA LUMPUR, 29 Dis – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan “menyiasat” dakwaan kes sogokan membabitkan Alcatel Lucent SA – laporan yang turut mendakwa pegawai kerajaan Malaysia terlibat dalam perbuatan rasuah berkaitan pemerolehan kontrak telekomunikasi.
SPRM berkata, pihaknya memandang serius dakwaan itu, yang terbongkar semalam walaupun pihak-pihak terbabit menyedari isu itu tiga tahun lalu.
“SPRM memandang serius dakwaan ini dan akan membuat semakan dengan pihak-pihak yang berkenaan untuk mendapatkan butir-butir sebenar tohmahan sebelum tindakan sewajarnya diambil,” kata agensi itu dalam satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, suruhanjaya tersebut memohon kerjasama pihak media agar tidak membuat sebarang spekulasi sebelum butir-butir lanjut mengenai dakwaan ini dapat disahkan.
Pagi tadi, The Malaysian Insider melaporkan bahawa  Telekom Malaysia Bhd (TM) menjanjikan siasatan berhubung dakwaan skandal rasuah antarabangsa yang membawa kepada pemerolehan kontrak AS$85 juta oleh syarikat telekomunikasi ternama Alcatel, yang menurut sumber ia terdedah tiga tahun lalu tetapi tidak pernah disiasat.
Maklumat Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat menunjukkan dua perunding dari Malaysia telah dibayar sebanyak AS$700,000 bagi mendapatkan “maklumat bukan awam” berhubung aspek harga dan bidaan pesaing-pesaing, dipercayai untuk anak syarikatnya Celcom Malaysia memperoleh perkhidmatan mudah alih 3G, yang dilancarkan pada 2005.
“Perkara itu dibangkitkan memandangkan urusan itu tidak mematuhi prosedur-prosedur (yang ditetapkan). Tetapi tiada tindakan diambil,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan malam tadi, Telekom Malaysia berkata, pihaknya mengambil berat dakwaan yang mengaitkan syarikat nasional itu dengan skandal tersebut.
“Kami memandang serius dakwaan-dakwaan ini dan akan meneruskan siasatan menyeluruh demi mempertahankan integriti proses pemerolehan dan memastikan pematuhan Kod Etika Perniagaan (CBE).”
Katanya, sebaik sahaja ada penemuan kukuh, pihaknya akan memaklumkan pihak berkuasa.
“Kami akan memberi kerjasama sewajarnya, yang diperlukan.
“TM ada dasar tidak akan bertolak ansur dalam soal amalan tidak sihat dan yang tidak wajar, dan akan mengambil tindakan sekiranya ada pekerja kami terlibat,” kata syarikat itu lagi.
Sumber syarikat memberitahu, Alcatel memperoleh kontrak untuk membekalkan kelengkapan perkhidmatan 3G meskipun ia tiada pengalaman dalam sektor tersebut.
Kelengkapan itu kemudian dibatalkan, kata sumber itu lagi.
Difahamkan, ada banyak lagi kes pelanggaran peraturan dalam TM membabitkan pemerolehan daripada Alcatel yang tidak disiasat oleh SEC.
Semalam, Alcatel bersetuju untuk membayar lebih AS$137 juta (RM430.4 juta) untuk menyelesaikan tuduhan-tuduhan AS bahawa ia membayar berjuta-juta dolar dalam bentuk rasuah kepada pegawai-pegawai asing untuk memperoleh bisnes di Amerika Selatan dan Asia.
Pengeluar kelengkapan telekomunikasi ini dituduh membuat bayaran kepada pegawai-pegawai kerajaan termasuk di Costa Rica, Honduras, Taiwan dan Malaysia untuk memperoleh kontrak atau mengekalkan kontrak-kontrak yang diperoleh, melibatkan nilai berjuta dolar, kata SEC dan Jabatan Kehakiman AS.
Antara Disember 2001 dan Jun 2006, syarikat itu menggunakan khidmat perunding yang menyalurkan lebih AS$8 juta untuk membayar rasuah kepada pegawai-pegawai terbabit.
Malah, Alcatel didapat melantik ejen-ejen di negara-negara seperti Nigeria untuk mendapatkan kontrak, kata pihak berkuasa.
Pada keseluruhannya syarikat itu mengaku memperoleh keuntungan bernilai AS$48.1 juta ekoran pembayaran-pembayaran tidak sewajarnya, kata Jabatan Kehakiman.
Syarikat itu bersetuju untuk membayar AS$92 juta untuk menyelesaikan tuduhan-tuduhan jenayah yang dibawa oleh Jabatan Kehakiman dan juga AS$45 juta untuk menyelesaikan tuduhan-tuduhan sivil dibawa SEC.

MTUC wajib gabungan tuntut gaji minimum RM1,200 dalam CA

PETALING JAYA, 29 Dis – Kesatuan-kesatuan gabungan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dikehendaki mengemukakan tuntutan gaji minimum RM1,200 apabila mengadakan rundingan perjanjian bersama (CA) tiga tahun sekali mulai sekarang.
Dengan resolusi diluluskan hari ini, pekerja-pekerja yang diwakili MTUC, akan diperjuangkan gaji sekurang-kurangnya RM1,200 sebulan.
Keputusan ini diambil di sebalik keputusan kerajaan yang baru-baru ini telah meluluskan pendirian mahu memperkenalkan dasar gaji minimum nasional mulai tahun depan, tetapi kadarnya belum diputuskan lagi.
Dalam tuntutan gaji minimum sebelum ini, MTUC meletakkan gaji asas RM900 dan elaun kos sara hidup pula RM300.
“Kita hendak mengemukakan cadangan kepada kesatuan-kesatuan gabungan supaya memasukkan tuntutan gaji minimum, bermakna tidak semestinya apa yang kita minta dapat tetapi sasaran kita ialah RM1,200,” kata Presiden MTUC Syed Shahir Syed Mohamud pada sesi perbahasan usul persidangan tiga tahunannya di sini petang ini.
“(Mulai sekarang) kesatuan gabungan apabila mengadakan perundingan CA, perlu mengemukakan perkara ini untuk pertimbangan (majikan masing-masing),” katanya.
Semalam, dilihat sebagai isyarat arah aliran menjelang pilihan raya umum ke-13, Syed Shahir berkata, pihaknya mahu kerajaan melaksanakan dasar gaji minimum dilaksanakan secepat yang mungkin.
“Seberapa segera. Ya, keyakinan saya tinggi (akan dilaksanakan sebelum pilihan raya umum),” kata Syed Shahir.
“Kami akan menyokong mana-mana parti yang menghormati hak-hak pekerja,” kata beliau sambil menambah, walaupun ramai ahli MTUC berlainan parti tetapi dalam isu pekerja “kami bersatu.”
MTUC dilihat akan meletakkan ia sebagai salah satu perkara yang akan dituntut pihaknya pada pilihan raya umum ke-13.
Isu gaji minimum menjadi isu diperjuangkan MTUC sejak enam dekad yang lalu.
MTUC mempunyai 500,000 ahli dengan 260 kesatuan gabungan.
Hampir 80 peratus kesatuan gabungannya adalah dari swasta dengan hampir 60 peratus ahlinya memperoleh gaji bawah RM1,200 sebulan – dalam lingkungan RM600 hingga RM750.
Gaji minimum dijangaka akan memanfaatkan tiga juta pekerja secara langsung.

PRK Tenang: PAS tak risau calon tempatan

BN seakan sudah pasti akan meletakkan calon tempatan bagi pilihan raya kecil DUN Tenang manakala PAS pula nampak yakin dengan keputusan untuk meletakkan calon luar.

NONEMenurut timbalan ketua bahagian Umno Labis Hashim Daud, kesemua tujuh nama yang dicadangkan itu merupakan anggota jawatankuasa bahagian berkenaan.

Kesemua nama berkenaan terdiri daripada anggota yang aktif dalam Umno bahagian Labis dan telah menawarkan diri sebagai calon, katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Tambahnya, senarai calon yang panjang itu juga mencerminkan "keterbukaan" di kalangan anggota bahagian tersebut.

Kesemua yang menawarkan diri mereka telah disenaraikan, katanya lagi yang enggan mendedahkan nama-nama berkenaan.

NONENamun, beliau sendiri yang merupakan seorang bekas pengetua di sebuah sekolah di Labis dipercayai turut tersenarai.

Seorang lagi yang dikatakan turut tersenarai ialah bekas ketua penerangan bahagian tersebut, Jaim Yunus, 54.

Jaim yang juga seorang bekas pengetua sekolah sebelum ini kalah tipis ketika menentang Allahyarham Sulaiman Taha bagi merebut jawatan ketua bahagian dalam pemilihan pada tahun 2008.

Ketua wanitanya Haslinda Salleh, 38, dan ketua pemudanya Mansor Birat juga dikatakan turut menawarkan diri bagi pencalonan berkenaan.

Mazlan Aliman calon popular
Sementara itu, timbalan pesuruhjaya PAS negeri yang juga pengarah pilihan raya Dzulkefly Ahmad berkata parti itu tidak akan meletakkan calon tempatan.

NONESebaliknya, beberapa nama calon yang disenaraikan itu merupakan pemimpin PAS dari kawasan sekitar Labis, katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Dzulkefly berkata, isu calon tempatan tidak timbul memandangkan kesemua nama calon yang dikemukakan itu tahu benar dengan keadaan di Labis.

"Ada banyak kawasan yang dekat dengan Labis. Calon itu boleh jadi dari Segamat atau dari Pagoh, kawasan pesuruhjaya negeri kita," katanya yang menambah, jentera pilihan raya parti itu telahpun membuat persiapan sejak 25 Disember.

Pesuruhjaya PAS negeri Mahfodz Mohamed merupakan personaliti yang terkenal di Johor namun seorang lagi pemimpin PAS yang turut meraih populariti di negeri itu ialah seorang anggota jawatankuasa PAS pusat Mazlan Aliman turut tersenarai.

Mazlan dikenali melalui usahanya bersama masyarakat Felda sebagai pengerusi Persatuan Anak-anak Felda Kebangsaan (ANAK) dan pencalonannya mungkin akan memberi kelebihan kepada PAS.

Ini memandangkan DUN Tenang meliputi tiga kawasan rancangan Felda - Chemplak, Chemplak Barat dan Tenang - di mana PAS meraih kurang daripada 20 peratus undi pada Mac 2008.

Mengapa BN pertahan undi pos

M Faqih   
PERSOALAN sekarang mengapa pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) beriya-iya benar mempertahankan sistem pengundian pos.
Mereka seolah-olah bermati-matian bagi memastikan sistem itu terus relevan, biar pun negara sudah lama keluar dari status darurat. Komunis yang pernah menggugat negara sudah lama meletak senjata.
Contoh mudah dapat dilihat berlaku di Galas pada 4 November lalu. Undi pos yang diterima PAS hanya 26 undi (17.68 peratus) berbanding dengan BN (82 peratus).
Begitu juga di mana-mana sahaja pilihan raya undi pos menjadi penyelamat kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) kecuali pilihan raya umum 1999.
Di Jeli undi pos di kalangan askar wataniah di Kem 301 dan Kem 302 berjaya menyelamatkan karier politik Datuk Seri Mustapa Mohamed bagi mempertahankan kerusi parlimen Jeli masuk penggal kedua.
Begitu juga Datuk Mohd Alwi Che Ahmad diselamatkan undi pos di Kem Desa Pahlawan untuk meneruskan penguasaan Umno di Dun Kok Lanas.
Ramai menyebut undi pos menjadi penyambung hayat kerajaan BN dan menyelamatkan maruah Umno.
Maka bagi memastikan kubu tersebut tidak dirobek Pakatan Rakyat dalam misi melangkah ke Putrajaya, kerajaan BN merancang mewujudkan satu kompeni askar wataniah di semua 222 kawasan Parlimen.
Malah kerajaan BN tanpa berselindung menyebut hampir mencapai sasaran apabila 172 kawasan parlimen telah diisi dengan pasukan itu.
Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Dr Ismail Ahmad sebelum ini dilaporkan berkata, kementerian itu menjangka askar wataniah akan ditempatkan di 50 kawasan lagi menjelang tahun hadapan.
Malah kementerian itu mensasarkan seramai 66,600 anggota dalam tempoh lima tahun akan datang, di mana kini difokus di Sarawak dan Perak.
Tahun lepas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan penubuhan satu kompeni askar wataniah di 222 kawasan Parlimen bagi memantapkan sistem pertahanan negara.
Difahamkan satu kompeni mengandungi sekurang-kurang tiga plakton atau 105 anggota. Jumlah itu tidak termasuk isteri setiap askar wataniah yang turut didaftar sebagai pengundi pos.
Ini bermakna seramai 210 pengundi pos dari kalangan askar wataniah terdapat di setiap kawasan parlimen. Kalau didarab 222 bermakna terdapat 46,620 pengundi pos baru di seluruh negara.
Sedangkan sasaran kerajaan mempunyai 66,600 askar wataniah di seluruh negara. Dan jumlah itu kalau didarab isteri setiap anggota menjadikan jumlah undi pos seramai 133,200 orang.
Bermotif politik
Seorang bekas pegawai tentera ketika ditemui berkata, penubuhan satu kompeni askar wataniah di setiap kawasan parlimen sebenarnya lebih bermotif politik dan bukan semata-mata bagi memantapkan pertahanan negara.
Katanya, setiap anggota wataniah akan didaftar di bawah undi pos sebagai strategi bagi menyelamatkan Umno dan BN.
”Itu belum lagi dicampur dengan isteri setiap anggota askar wataniah. Kewujudan kem askar wataniah merupakan pakej penyelamat kerajaan BN,” katanya di sini.
Difahamkan bilangan anggota tentera termasuk unit infantri, Askar Melayu Diraja dan renjer sebelum ini berjumlah lebih 130,000 orang.
Bagaimanapun daripada jumlah tersebut anggota tentera yang benar-benar berkhidmat di luar kem termasuk di sempadan hanya dalam jumlah agak kecil.
Selebihnya anggota bahagian sajian dan perkhidmatan yang bertugas di unit gaji dan perbekalan. Mereka tidak dikerah berkhidmat di luar kem untuk melayakkan disenarai sebagai pengundi pos.
Namun kerajaan BN tetap menyenaraikan setiap anggota tentera dan polis sebagai pengundi pos biar pun mereka tidak berkhidmat di tempat yang kritikal.
”Malah pegawai tentera yang berpangkat Jeneral tidak pernah bertugas di perbatasan untuk disenaraikan sebagai pengundi pos.
”Mengapa mereka dibolehkan keluar bermain golf, sedangkan untuk keluar mengundi sebagai pengundi biasa tidak boleh,” kata bekas pegawai tentera terbabit.
Seorang lagi bekas pegawai tentera, Mejar (B) Datuk Md Anizam Abdul Rahman turut mempersoalkan mengapa kerajaan BN beriya-iya benar mahu mempertahankan undi pos kalau tidak bermesej politik.
Katanya, undi pos sudah tidak sesuai lagi digunakan sekarang memandangkan keadaan negara sudah aman dan bukan kacau bilau seperti zaman darurat.
Menurut beliau anggota tentera yang hanya berkhidmat di kem boleh keluar mengundi seperti pengundi awam.
”Lebih menghairankan lagi mengapa isteri anggota tentera juga disenarai sebagai pengundi pos. Ini sesuatu yang tidak masuk akal sama sekali.
”Tengok sedikit masa lagi setiap kawasan parlimen akan mempunyai kompeni askar wataniah. Tidakkah itu semua memberi undi percuma kepada Umno dan BN,” katanya yang juga anggota Exco kerajaan negeri.
Persempadanan baru
Persempadanan baru kawasan pilihan raya memerlukan undian dua pertiga anggota Dewan sebelum diluluskan.
BN tidak memiliki dua pertiga daripada 141 anggota parlimennya. Biar pun dibantu lima anggota parlimen Keadilan yang belot, BN belum mempunyai kekuatan untuk meminda perlembagaan bagi membolehkan persempadanan pilihan raya diadakan.
Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai), Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru), Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Wee Chong Keong (Wansa Maju) yang menggelarkan diri mereka sebagai blok Bebas belum mampu membantu BN memiliki kuasa dua pertiga.
Kalau mengikut ayunan sejarah pilihan raya di negara ini sejak merdeka, BN akan bangkit semula selepas lemah. Misalnya pada PRU-8 (1990) BN kehilangan Kelantan.
Namun pada PRU-9, BN bangkit semula biar pun gagal dalam misi merampas semula Kelantan. Kemudian pada PRU-10 (1999) menyaksikan BN merosot ekoran gelombang reformasi.
Namun pada PRU-11 (2004) BN bingkas semula dengan kedudukan paling selesa dalam sejarah pilihan raya. BN mendapat undi popular sehingga 90 peratus. Ketika itu Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mengetuai jentera BN.
Apakah sebenarnya faktor menyebabkan kedudukan BN paling selesa pada pilihan raya tersebut. Selain momokan ’Mr Clean’ yang disinonimkan dengan Pak Lah, namun faktor persempadanan semula kawasan pilihan raya pada 2003 turut menjadi penyumbang penting.
Di bawah Perkara 113(2), Perlembagaan Persekutuan tanggungjawab bagi menjalankan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya Parlimen dan negeri diberikan kepada SPR.
Persempadanan hanya boleh dibuat setelah tamat tempoh lapan tahun selepas selesai kajian semula persempadanan sebelum itu.
Prinsip mengagihkan wajaran di kawasan luar bandar dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan 1957, di mana variasi saiz (jumlah pemilih) di antara mana-mana dua kawasan haruslah tidak melebihi 15 peratus.
Sejak 1952 persempadanan semula dilakukan sebanyak lapan kali. Malangnya wajaran 15 peratus yang dipersetujui tidak digunakan selepas beberapa pindaan kepada Perlembagaan sejak 1973.
Persempadanan semula perlu disiapkan dalam tempoh dua tahun. Kali terakhir dibuat pada Mei 2003. Dan sepatutnya persempadanan dilaksanakan pada tahun 2011.
Dan sekiranya persempadanan menjadi kenyataan, kalau mengikut teori ayunan, BN akan bangkit semula pada PRU-13.
Namun, dengan kekurangan majoriti dua pertiga proses ke arah persempadanan semula kawasan pilihan raya masih tidak kedengaran.
Undi pos selamatkan Najib
Tanpa faktor itu BN tentunya lebih gundah bagi menghadapi PRU-13. Ini kerana faktor persempadananlah yang pernah memenangkan Dato’ Seri Najib Razak di parlimen Pekan Dalam pilihan raya 1999.
Ketika itu beliau menang dengan majoriti hanya 241 undi. Sedangkan di Pekan ada 2,400 undi pos.
Kemudian pada persempadanan semula 2003, Kem Batu 10, Kuantan dimasukkan ke dalam kawasan Parlimen Pekan.
Maka tidak salah kalau dikatakan undi pos menjadi penyelamat karier politik Najib di Pekan, Mustapa di Jeli dan Tan Sri Isa Samad di Bagan Pinang.
Bagi mendepani isu berkenaan, Pakatan Rakyat seperti tidak banyak pilihan. Kalau dalam isu saman ekor ada NGO yang dikenali sebagai KASE, manakala bagi menentang ISA atau GMI.
Isu undi pos perlu ditangani secara berterusan. Gerakan kesedaran bagi mendedahkan keburukan sistem pengundian tersebut perlu dijaja dari mulut ke mulut. Natijahnya bagi memastikan mereka yang mengundi akhirnya menjadi malu, kerana tanpa sedar mereka merosakkan demokrasi.
Biar pun ada sedikit ruang membolehkan wakil calon yang bertanding memasuki kawasan kem, namun mereka hanya mampu memerhati dari jarak jauh. Alasan pegawai tentera bertugas, kem merupakan kawasan keselamatan.
Calon PAS di Dun Bukit Bunga, Jeli, Sufely Abdul Razak pernah mendakwa peti undi pos disimpan di dalam kem tanpa ada jaminan kawalan keselamatan selepas pengundian dijalankan.
Sekarang apa yang mampu diharapkan dengan sistem demokrasi alaMalaysia. Undi pos boleh menjadi penghalang impian Pakatan Rakyat menghayung langkah ke Putrajaya.
Sejak merdeka sehingga sekarang gelanggang pilihan raya dibina di lantai yang senget. Mangsanya pembangkang yang kini bernama Pakatan Rakyat. Akhirnya impian Pakatan hanya sekadar retorik sekiranya gelombang kesedaran rakyat masih di tahap lama.   

1,000 siswa berhimpun di PJ pada 1 Jan

Kira-kira seribu mahasiswa merancang berhimpun di Dataran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada 1 Januari ini bagi menunjukkan "persaudaraan bawah semangat patriotisme".

NONEPresiden Silidariti Malaysia (SMM) Shazni Munir Mohd Ithnin (kiri) berkata program itu antaranya bertujuan lebih mendekatkan diri kepada dunia aktivisme mahasiwa.

"Program ini diharap menjadi pemanas badan kepada program lain pada tahun depan," katanya sambil memberitahu ini kali pertama pihaknya menganjurkan program sebegitu.

Menurut Shazni juga, permit polis akan dipohon hari ini bagi menjalankan program yang dinamakan Himpunan Mahasiswa untuk Malaysia.

Sementara itu, dalam satu kenyataan, seorang jurucakap Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) - penganjur bersama - Ahmad Shukri Kamarudin berkata, program lima jam bermula 8.30 pagi itu juga bertujuan memberikan mesej bahawa mahasiswa bersama-sama dengan masyarakat.

Selain itu, tambahnya, ia menujukkan bahawa segala tindakan mahasiswa hendaklah dibuat berdasarkan rasa tanggungjawab terhadap negara.

Katanya, program itu akan diisi dengan acara melakar kain rentang bertemakan Jalur Gemilang, "pidato mahasiswa berantai" dan pengisytiharan deklarasi mahasiswa 1.1.11 (1 Januari 2011).

Khusrin: Umno pentingkan politik, ketepi rakyat

KUALA LUMPUR, 29 Dis: Tindakan kerajaan pusat melantik Datuk Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan (SUK) negeri Selangor membuktikan bahawa Umno lebih pentingkan politik mereka dari menjaga kepentingan rakyat negeri itu.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (gambar) ketika diminta mengulas isu perlantikan itu berkata, semua orang yakin dan percaya bahawa kemasukan Khusrin tidak ada maksud lain melainkan untuk menggagalkan segala usaha yang dirancang oleh kerajaan Pakatan Rakyat negeri itu.
Menurutnya, selain membelakangi semangat faderalisme, perlantikan itu juga merupakan percubaan Umno mensabotaj kerajaan negeri dalam usaha merampas kembali Selangor pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang disebut-sebut akan berlaku awal tahun hadapan.
"Perlantikan itu bukan sahaja tidak menghormati rakyat Selangor, malah nak sabotaj usaha kerajaan Pakatan Rakyat.
"Ini menunjukkan betapa tidak demokrasinya kerajaan BN yang telah mengancam faderalisme," katanya ketika ditemubual Harakahdaily.
Khusrin yang kini Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru, berkuatkuasa 1 Januari.
Beliau menggantikan Datuk Ramli Mahmud, 56, yang akan menamatkan perkhidmatan pada 31 Disember ini.
Perlantikan itu bagaimanapun dipertikai pihak kerajaan negeri yang mendakwa tidak dimaklumkan kepada Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Dalam pada itu, Khalid Samad yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam secara peribadi menasihatkan Khusrin agar menolak perlantikan tersebut jika beliau bermaruah.
Menerima jawatan itu katanya, hanya akan menjadikan diri beliau sebagai musuh rakyat negeri itu yang telah memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan negeri.
"Islam ajar kita, macam kenduri lah, kalau orang tak jemput, tak payah la nak datang.
"Jadi kalau orang tak nak kat kita, tak payah la nak kedepan juga seperti, hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong," katanya sinis.
Khalid sebelum ini antara yang sering mempertikai tindakan Khusrin sebagai pengarah Jais khususnya dalam isu orang bukan Islam memasuki masjid yang pernah menghangatkan politik tanah air baru-baru ini.
Khusrin dakwanya dilihat berpihak kepada Umno BN dalam banyak tindakannya khususnya berkaitan pentadbiran dan pengurusan hal ehwal agama di negeri itu.
Dalam isu orang bukan Islam memasuki masjid, Khalid mendakwa Khusrin bermati-matian mendakwa tindakan pemimpin Pakatan Rakyat itu salah, namun berdiam diri bila perkara sama berlaku kepada Umno BN.
"Saya rasa itulah sebab kenapa dia dilantik oleh Umno sebagai SUK walaupun dari segi kelayakan, dia tidak penuhi kreteria," katanya.

Pemborosan RM12 juta dan keselamatan above bumi 1Malaysia

Bahawasanya negara yang kini di bawah pentadbiran Perdana Menteri yang dikaitkan dengan kes Altantuya oleh Wikileaks telah menyaksikan pertumbuhan pembandaran yang ketara semenjak 1990-an; bahawa penduduk di kawasan bandar telah bertambah pada kadar purata 4.6% setahun sepanjang tempoh 1990 hingga 2000 tetapi peningkatan tersebut menurun kepada 2.2% sepanjang tempoh 2000 hingga 2009, maka si Perdana Menteri terpaksa menunjukkan teladan dengan menerbangkan diri sebanyak 274 hari semenjak mengambil alih tampuk pentadbiran pada April 2009 dan membelanjakan hampir RM9 juta untuk menggalakkan penghijrahan besar-besaran penduduk desa ke bandar dan mempamerkan gaya perbelanjaan pemimpin 1Malaysia kepada penduduk bandar.
Aku percaya penduduk desa yang rata-rata melayari laman sesawang tercari-cari bahan bacaan atau bahan berita dalam bentuk penulisan Bahasa Melayu, apabila terbaca pendedahan yang dibuat oleh Senator Syed Husin Ali (gambar kiri) mengenai gaya perbelanjaan Perdana Menteri yang berperut buncit, tidak kurang terperanjatnya berbanding dengan otak durianaku semasa meneliti butiran berkaitan!
42 urusan rasmi menelan hampir RM9 juta
Butiran lanjut yang didedahkan oleh Senator di Dewan Negara menunjukkan dengan jelas sekali bahawa Perdana Menteri berperut buncit telah membelanjakan sebanyak RM8,724,894.91 wang rakyat untuk urusan rasmi 42 kali sebanyak 274 hari di luar negara.  Maksudnya sehari sebanyak RM31,840.50 telah dibelanjakan!
Sebelum penduduk desa dan kampung Cina Tenang di dalam Daerah Segamat sempat mempelajari gaya perbelanjaan Perdana Menteri berperut buncit, si "Menteri Melancong" dari planet melancong telah membuktikan bahawa Perdana Menteri berperut buncit bukan satu-satunya pemimpin Barang Naik (BN) yang mempamerkan gaya perbelanjaan yang begitu memboroskan.
Apabila diteliti jawapan yang diperolehi Ahli Parlimen Batu Tian Chua (gambar kanan) pada 19 Oktober 2010 dan dibandingkan dengan jawapan yang diperolehi Senator dua bulan selepas itu, otak durianku mendapati pola perbelanjaan yang sama dipamerkan oleh kedua-dua Perdana Menteri dan Menteri Melancong.
Jika lawatan luar negara pertama Perdana Menteri 1Malaysia ke Thailand pada 10 April 2009 - seminggu selepas beliau mengambil-alih pentadbiran - menelan belanja sebanyak RM78,507, lawatan luar negara pertama Menteri Melancong ke China pada 23 April 2009 pula menelan belanja sebanyak RM84,810.
Jika Perdana Menteri berperut buncit telah membelanjakan sebanyak RM8,724,894 wang rakyat untuk urusan rasmi di luar negara, Menteri Melancong pula membelanjakan sebanyak RM3,262,363 wang rakyat untuk urusan rasmi di luar negara.  Jumlahkan kedua-dua angka di atas maka kita dapat hampir RM12 juta.
Peluang 20 ribu orang terbang KL-Phuket
Tahukah berapa ramai penduduk desa yang dapat menerbangkan diri ke luar negara selama lima hari jika wang rakyat sebanyak RM12 juta digunakan oleh Perdana Menteri berperut buncit dan Menteri Melancong untuk membiayai harga tiket penerbangan penduduk desa melalui perkhidmatan AirAsia sekitar 28 Disember 2010 hingga 3 Januari 2011?
Jawapannya: Untuk penerbangan Kuala Lumpur-Phuket, Thailand, wang rakyat sebanyak RM12 juta dapat menampung penerbangan penduduk desa sekurang-kurangnya 20 ribu orang!  Atau untuk penerbangan Kuala Lumpur-Hangzhou (Shanghai), China, wang rakyat sebanyak RM12 juta dapat menampung penerbangan penduduk desa sekurang-kurangnya 17 ribu orang!
Hal ini bermaksud, jika sekiranya Perdana Menteri berperut buncit tidak mempamerkan gaya perbelanjaan yang memboroskan semenjak memulakan lawatan pertama beliau ke Thailand, Menteri Melancong juga tidak mempamerkan gaya perbelanjaan yang memboroskan semenjak memulakan lawatan pertama beliau ke China, maka beribu-ribu penduduk desa dapatlah menikmati pengalaman menerbangkan diri ke Thailand atau China.
Penerbangan ke luar negara antara kriteria kualiti hidup
Dewasa ini, penerbangan ke luar negara merupakan antara kriteria kualiti hidup dunia 1Malaysia.  Menurut jawapan Perdana Menteri kepada soalan Ahli Parlimen Pulai Nur Jazlan Mohamed bertarikh 19 Mac 2009, Indeks Kualiti Hidup Malaysia (MQLI) telah menetapkan sebelas komponen yang mencorakkan kualiti hidup penduduk Malaysia merangkumi komponen-komponen berikut:
1. pendapatan dan pengagihan
2. persekitaran kerja
3. pengangkutan dan komunikasi
4. kesihatan
5. pendidikan
6. perumahan
7. alam sekitar
8. kehidupan keluarga
9. penyertaan sosial
10. keselamatan awam
11. kebudayaan dan hiburan
Sementara bumi 1Malaysia kini diselubungi suasana kematian penduduk 1Malaysia dan penduduk bukan 1Malaysia akibat kemalangan bas satu per satu, kita tidak lagi mengharapkan keselamatan awam dari segi kemalangan jalan raya dapat dijamin oleh Kerajaan 1Malaysia secara berkesan selagi Puspakom dibenarkan memiliki status monopoli dan gaji minimum yang berpatutan untuk sektor pemandu bas tidak ditetapkan tanpa dilengah-lengahkan lagi.
Kini, dalam sanubari kita, yang lebih meyakinkan bukanlah keselamatan jalan raya dunia 1Malaysia yang penuh dengan babak-babak kematian yang dahsyat tetapi keselamatan udara "above bumi 1Malaysia" yang menjadi mod pengangkutan pilihan Perdana Menteri berperut Buncit dan Menteri Melancong.  Penerbangan AirAsia yang tergolong dalam komponen ketiga "pengangkutan dan komunikasi" yang mencorakkan gaya hidup berkualiti tanpa mengira perbezaan warna kulit, darah bangsa atau fahaman agama.  1Malaysia tidak memainkan peranan dalam hal ini.
Berdasarkan gaya perbelanjaan boros Perdana Menteri berperut buncit dan Menteri melancong, aku pasti pemimpin 1Malaysia setuju dengan hujah otak durianku bahawa keselamatan jalan raya tidak terjamin dalam dunia 1Malaysia.  Keselamatan jalan raya terjamin hanya "above bumi 1Malaysia".
Menurut Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK 10), "terdapat hubung kait yang rapat antara corak pembangunan dengan kemajuan ekonomi.  Kemajuan ekonomi membolehkan rakyat menikmati kualiti hidup yang tinggi.  Dari segi yang lain, rakyat dan aktiviti ekonomi akan tertumpu ke arah tempat yang berdaya maju, seterusnya membentuk pertumbuhan kluster yang menjana faedah melalui pengaglomeratan ekonomi, produktiviti dan inovasi.  Menyedari hal ini, Kerajaan akan menyusun strategi untuk pertumbuhan tertumpu di konurbasi bandar."
"Above bumi 1Malaysia"
1Malaysia kini dicorakkan oleh gaya perbelanjaan Menteri Melancong yang boros lagi memboroskan.  Ini merugikan Perdana Menteri berperut buncit yang beria-ia mahu mempromosi strategi APCO-1Malaysia melalui penerbangan beliau sebanyak 42 kali dan sebanyak 274 hari "above bumi 1Malaysia".
Sesungguhnya, Aku yang berperut buncit ingin menyarankan kepada Perdana Menteri berperut buncit: Jangan lupa dibuang Menteri Melancong ke planet melancong dalam rombakan kabinet akan datang dengan kadar segera dan memberikan peluang penerbangan kepada penduduk desa dan kampung Cina dari Tenang, Segamat.
Percayalah otak durianku, ini strategi jangka pendek terbaik untuk pertumbuhan tertumpu di konurbasi bandar.  Penduduk desa yang berpeluang menerbangkan diri akan berhijrah ke bandar bagi menikmati kualiti hidup bandar yang above piawaian bumi 1Malaysia.  Dengan berbuat begitu, aku percaya penduduk desa lambat laun akan berhijrah secara besar-besaran ke bandar dan membantu menjayakan salah satu daripada matlamat RMKe-10.  Tak perlu perkhidmatan APCO-1Malaysia, semua penduduk bandar yang pernah mengalami penghijrahan tahu akan strategi ini.
Pesanan khusus otak durianku untuk penduduk desa dan kampung Cina Tenang, Segamat.  Sekiranya Perdana Menteri Berperut buncit dan Menteri Melancong tidak meminta maaf atas pemborosan RM12 juta malahan terus-menerus mengamalkan gaya perbelanjaan boros menggunakan wang rakyat sebanyak RM12 juta, baik kita semua berhijrah ke bandar Singapura dan berjumpa dengan Perdana Menteri Singapura menanyakan kesahihan komen pegawai-pegawai diplomatik Singapura khususnya Bilahari Kausikan yang mengatakan bahawa: "Masalah utama Malaysia adalah tiadanya pemimpin yang berwibawa.  Najib Razak (gambar kiri) perlu menang dalam pertarungan politik untuk mengelakkan didakwa".
Yang menghairankan, Bilahari Kausikan masih mengetuai rombongan perwakilan Singapura dalam Mesyuarat Pasukan Pelaksanaan Bersama Malaysia-Singapura pada 22 Disember 2010 berhubung isu tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) tanpa menghadapi bantahan sekeras-kerasnya daripada pemimpin 1Malaysia!

Serangan Media Perdana, PKR Tidak Goyah- Rafizi


SHAH ALAM 29 DIS : Disebalik serangan bertali arus media perdana terhadap PKR langsung tidak menggoyahkan malahan mematangkan parti untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang.

Pengarah Strategi PKR yang baru, Rafizi Ramli berkata, hakikatnya, imej parti itu masih bersih walaupun diancam dengan propaganda media milik Umno-Barisan Nasional(BN). 

"Maknanya walaupun serangan-serangan itu,lebih daripada 60 peratus, 2 daripada 3 tidak percaya kepada propaganda. Maknanya orang tidak lah rasa kita initercalar sangat. Imej mahupun gambaran parti itu tercalar, kita sudah kenalpasti,ia tidaklah terlalu tercalar," kata Rafizi merujuk kepada kajian Merdeka Centre, sekitar proses Pemilihan PKR 2010.  dalam temubual ekskulif bersama Tv Selangor.

Tambahnya, segala kritikan, serangan bertali arus tidak pernah sesekali mematahkan semangat pimpinan dan ahli parti dalam membulatkan tekad menuju mercu kejayaan.

Dalam temubual itu beliau turut menjelaskan, walaupun berhadapan dengan kritikan Umno-BN apabila mengadakan pemilihan secara langsung dan salah faham di kalangan anggota parti, akhirnya objektif sebenar proses Pemilihan 2010 itu kian menampakkan hasil.

Di samping itu ujarnya, kesungguhan PKR untuk meletakkan barisan pimpinan berkualiti untuk mengepalai parti itu semakin lama, semakin difahami dan diterima baik oleh anggota parti.

Dengan meletakkan gabungan muka lama dan baru dalam PKR katanya, ia menjadi satu kekuatan kepada parti itu dalam mencorakkan perjalanannya merentasi segala onak dan dugaan.

"Jadi soalan tentang imej kita telah terjawab melalui barisan kepimpinan yang dilantik semasa pemilihan," kata Rafizi lagi.

Justeru katanya, apa yang paling penting ketika ini kepada PKR ialah memastikan segala mesej dan penawaran parti itu kepada rakyat disampaikan dengan berkesan.

Malah parti itu katanya akan kekal dengan momentum yang dicorakkan sebelum ini agar rakyat tidak mudah hilang fokus.

"Apa yang paling penting ialah apabila rakyat melihat hasil daripada fokus baru parti ini, rakyat tahu bahawa proses Pemilihan itu ada kesannya kepada keberkesanan dan penampilan parti.   

"Strategi kita ialah supaya penawaran kita, program kita yang mendapat fokus dan tempat kepada rakyat, bukan cerita remeh-temeh yang cuba disampaikan oleh BN. Program penerangan berhubung program 100 hari itu perlu digerakkan," tambahnya lagi.       

Pakatan Rakyat pada konvensyen kali kedua gagasan itu baru-baru ini menawarkan Program 100 Hari kepada rakyat sekiranya berjaya menawan Putrajaya.

Ia merupakan pelaksaan reformasi menyeluruh dalam semua semua aspek termasuk pengurusan negera, ekonomi, pendidikan dan sebagainya bedasarkan prinsip yang digariskan dalam Dasar Bersama gagasan itu.

Diaju dengan persoalan apakah strategi yang akan digunapakai PKR dalam menghadapi PRU ke-13 tidak lama lagi, katanya parti itu punya kelebihan yang tersendiri.

"Kelebihan utama yang parti ada contohnya ialah calon-calon yang kita tampilkan. Strategi kita untuk Pilihan Raya Umum ini adalah juga berkenaan dengan calon sebab masyarakat kita mula berubah. Dahulu orang pangkah hanya semata-mata kerana parti. Sekarang ini dengan adanya Internet dan sebagainya, orang meletakkan premium kepada calon," tambah Rafizi lagi.    

Ujarnya lagi, selain memastikan jentera parti diperkukuhkan, parti itu juga akan memastikan setiap calon mereka adalah calon yang terpilih dan diberikan latihan yang secukupnya.

Tambahnya lagi, fokus utama tentunya akan diberikan kepada isu rakyat dan bukanlah hanya membangkang sahaja.

"Yang ketiga, negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat ini adalah senjata utama kita. Sebab semua rakyat dari seluruh Malaysia, mereka melihat kepada negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan bagaimana bezanya pentadbiran di negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat berbading dengan negeri-negeri di bawah BN," jelas Rafizi lagi.

Ronnie: Logo '1Malaysia' Kekal Haram di Selangor


SHAH ALAM 29 DIS: Kerajaan Pakatan Selangor tidak membekukan arahan agar logo '1Malaysia' dipaparkan di papan iklan dan arahan tersebut masih berkuatkuasa, ujar Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew.

Katanya, beliau hanya mengarahkan agar tidak menurunkan papan iklan tersebut sehingga mesyuarat Exco seterusnya, bukan seperti yang dilaporkan dalam media baru-baru ini bahawa arahan tersebut telah dibekukan.

Ronnie menegaskan bahawa undang-undang kerajaan negeri hanya membenarkan papan iklan politik sekiranya pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak menggangapnya sebagai propoganda politik.

"Mereka masih tidak boleh meletakkan papan iklan tanpa permit," kata beliau, seperti dilaporkan dalam The Malaysian Insider hari ini.

Katanya lagi, sekiranya PBT merasakan sesuatu papan iklan itu berunsurkan politik maka PBT tersebut boleh menolak pemberian permit.

Sebelum ini, bekas Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Khir Toyo mendakwa Ronnie sebagai 'tidak berpendidikan' dan menyatakan undang-undang negeri Selangor membenarkan premis perniagaan untuk menayangkan logo berunsurkan politik.

Khir Toyo juga menekankan bahawa halangan menaikkan papan iklan berunsurkan politik hanya tertakluk kepada kawasan dibawah bidang kuasa PBT seperti lampu jalan dan jalanraya.

Ronie bagaimanapun menyatakan undang-undang kerajaan negeri membenarkan parti politik menaikkan kain rentang dan papan iklan semasa mengadakan majlis keramaian berunsurkan politik.

"Kita membenarkan parti politik mengadakan ceramah dan menaikkan kain rentang. Apa yang kita cuba sampaikan ialah papan iklan dan papan tanda tidak boleh digunakan untuk propoganda politik," tegas beliau.

Ronnie menyifatkan logo 1Malaysia sebagai mesej politik Barisan Nasional (BN) kerana logo tersebut selalu digunapakai bersama simbol BN dan mendakwa Khir Toyo tidak faham undang-undang kerajaan negeri.

"Khir Toyo tidak tahu maka lebih baik sekiranya beliau mendiamkan diri," kata beliau.

Beliau juga menyangkal dakwaan Khir Toyo bahawa arahan menghalang logo '1Malaysia' dipamerkan adalah satu langkah bersifat politik oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor.

"Ini bukanlah kerana PR mahu mencari kesalahan pada BN. Halangan ini termaktub dalam kesemua 154 PBT di negara ini, bukan sahaja di Selangor," jelas Ronnie lagi.

Walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ada menyatakan '1Malaysia' adalah satu 'alat' untuk menggalakkan perpaduan antara kaum tetapi Ronnie menegaskan bahawa undang-undang kerajaan negeri jelas menghalang apa-apa bentuk iklan yang berunsurkan politik.

"Di bawah Klausa 17, ada senarai bentuk pengiklanan yang tidak dibenarkan dan salah satunya adalah pengiklanan berunsurkan politik," tambah beliau.

Perbandingan prestasi antara kerajaan BN dengan PR

Selepas dekat tiga tahun berlakunya perubahan politik pada 8 Mac 2008, satu pengesahan kepada prestasi tadbir urus negeri di bawah pentadbiran Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat telah disediakan oleh Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU).
Lima negeri dalam dua kategori berasingan, iaitu Johor, Pahang dengan Selangor; dan juga Melaka dengan Pulau Pinang, telah dipilih untuk membuat perbandingan dari tiga sudut: pengurusan kewangan, pentadbiran negeri dan pendemokrasian masing-masing.
PENGURUSAN KEWANGAN
Johor/Pahang dengan Selangor
Secara keseluruhannya, proses membaiki status kewangan negeri telah bermula di Kerajaan Negeri Selangor, namun langkah pemantapan prestasi kewangan Kerajaan Negeri Johor dan Pahang belum lagi mempamerkan perubahan positif.  Tahap kemantapan pengurusan kewangan dapat dilihat daripada Laporan Ketua Audit Negara yang mengesyorkan supaya Selangor meneruskan perbelanjaan berhemat dan terus berusaha mengutip baki pinjaman boleh dituntut di samping usaha berterusan terhadap kutipan tunggakan bayaran pinjaman boleh dituntut, manakala Johor dan Pahang disyorkan perlu mempertingkat dan memperkukuhkan lagi prestasi kewangan (Johor), dan perlu mengamalkan perbelanjaan berhemat (Pahang).
Dari segi Nisbah Semasa, Kerajaan Negeri Selangor memperoleh nisbah lebih daripada 1, manakala Kerajaan Negeri Johor dan Pahang memperoleh nisbah kurang daripada 1. (Analisis Nisbah Semasa adalah untuk mengukur kedudukan kecairan tunai Kerajaan Negeri dalam membiayai jumlah Tanggungan Semasa. Sekiranya nisbah yang dihasilkan melebihi daripada 1, maka ini menunjukkan tanda yang positif dari segi kedudukan kecairan tunai.)  Fakta ini menunjukkan bahawa kecairan tunai Kerajaan Negeri Johor dan Pahang adalah rendah untuk menampung jumlah tanggungan semasa.
Dari segi defisit, ketiga-tiga negeri mencatat defisit, iaitu Johor RM70.35 juta, Pahang RM42.27 juta dan Selangor RM65.96 juta. (Defisit dalam maksud ini mengambil kira perbandingan antara hasil dengan perbelanjaan mengurus Kerajaan Negeri bagi tempoh perakaunan semasa dan tahun sebelumnya untuk mengukur lebihan atau defisit bagi Akaun Hasil Disatukan.)  Namun begitu, defisit Negeri Pahang dan Johor adalah lebih parah jika berbanding dengan Selangor apabila diambil kira faktor kutipan hasil.
Keadaan di Negeri Pahang menunjukkan bahawa prestasi kewangan Kerajaan Negeri semakin menurun dengan ketara sejak tahun 2007 kerana hasil kutipan tidak dapat menampung perbelanjaan tahunan. (Laporan Ketua Audit Negera, Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Pahang Tahun 2009, m.s 17) Kerajaan Pahang telah membentangkan belanjawan defisit untuk tahun ke-12 berturut-turut sehingga tahun 2010. (http://paslipis.wordpress.com/2009/11/19/kerajaan-bn-pahang-bentang-bajet-defisit-12-tahun-berturut-turut-2/) Bagi Negeri Johor, tahap defisit tahun 2009 adalah yang tertinggi dalam tempoh lima tahun kebelakangan. (Laporan Ketua Audit Negera, Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Johor Tahun 2009, m.s 19)
Selain itu, gabungan hasil kedua-dua buah negeri adalah sebanyak RM1,243 juta berbanding dengan hasil Negeri Selangor sebanyak RM1,764 juta, tetapi gabungan defisit adalah sebanyak RM120.95 juta, iaitu lebih kurang satu kali ganda lebih tinggi daripada defisit Selangor yang berjumlah RM65.96 juta.
Analisis Perbandingan Antara Hasil dengan Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Negeri Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat Bagi Tempoh 2005 hingga 2009
Melaka dengan Pulau Pinang
Walaupun Kerajaan Pakatan Rakyat baru sahaja mengambil alih negeri Pulau Pinang, namun jika dibandingkan dengan Kerajaan Barisan Nasional di negeri Melaka, wujud perbezaan yang cukup meyakinkan mengikut gaya dan pendekatan seperti mana yang terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009.
Umpamanya, KPRU mendapati bahawa kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang secara keseluruhannya adalah baik dengan melakukan beberapa pengubahsuaian dalam aktiviti perolehan, bentuk perbelanjaan yang benar-benar berhemat tanpa menjejaskan kebajikan rakyat Pulau Pinang.  Hasilnya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengakhiri tahun kewangan 2009 dengan lebihan sejumlah RM77.34 juta menjadikan lebihan dana terkumpul berjumlah RM538.95 juta.  Berbanding dengan pesaingnya, prestasi kewangan yang dicatatkan oleh Kerajaan Negeri Melaka bertambah baik daripada defisit RM4.56 juta pada tahun 2008 kepada lebihan dana RM0.30 juta.
Selain itu, analisis Nisbah Semasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada tahun 2009 mendapati Nisbah Semasa Kerajaan Negeri adalah 5.25:1 melebihi satu, manakala Nisbah Semasa Melaka adalah kurang daripada 1.  Fakta ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang berkemampuan untuk menampung jumlah tanggungan semasa manakala Melaka gagal menampung tanggungan tersebut.
Dari segi pelaburan kerajaan negeri, kebijakan pelaburan Kerajaan Negeri Pulau Pinang harus menjadi teladan bukan sahaja kepada Kerajaan Negeri Melaka, malah semua Kerajaan Negeri dalam Persekutuan di mana jumlah dividen dan keuntungan mencatatkan angka tertinggi sejak tahun 2005. Sila rujuk jadual yang dipetik daripada Laporan Ketua Audit Negara 2009 (m.s 28).
Pelaburan Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Kerajaan Negeri Melaka pula mencatatkan pencapaian yang sebaliknya.  Semakin besar pelaburan yang dibuat olehnya, belum tentu lagi pulangan faedahnya lumayan.  Fakta ini terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009 (m.s 32)
Pelaburan Kerajaan Negeri Melaka

PENTADBIRAN NEGERI
Johor/Pahang dengan Selangor
Secara keseluruhannya, adalah didapati bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat bersikap lebih responsif dan cekap dalam urusan pentadbiran negeri.  Kerajaan Pakatan Rakyat bukan sahaja tidak segan mendedahkan isu-isu kontroversi supaya orang awam termaklum dengan perkembangan, malah ianya juga tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap mereka yang didapati bersalah.  Misalannya, dalam isu jamuan makan yang menelan RM300 ribu anjuran Yayasan Selangor baru-baru ini, Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor diarah mengambil cuti selama sebulan berkuat-kuasa serta merta. (http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29467:timbalan-pengurus-yayasan-selangor-diarah-cuti&catid=1:utama&Itemid=50)
Corak pentadbiran sebegini tidak kelihatan dalam negeri pemerintahan Barisan Nasional.
Kajian Kes: Isu Curi Pasir
Dari segi pentadbiran negeri, sebenarnya Negeri Pahang dan Johor juga dibelenggui isu curi pasir, malah mungkin lebih serius daripada apa yang berlaku di Selangor.  Akan tetapi isu curi pasir di kedua-dua negeri tersebut jarang diberi perhatian akibat liputan media yang tercondong.
Misalnya, pada tahun 2009, Kerajaan Negeri Selangor mengalami kerugian RM1.82 juta daripada royalti tidak berkutip, tetapi kerugian yang dialami oeh Kerajaan Negeri Pahang adalah sebanyak RM3.23 juta, iaitu lebih kurang satu kali ganda lebih daripada kerugian yang dialami oleh Kerajaan Selangor. (Laporan Ketua Audit Negara, Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2009, m.s 50)
Di Johor pula, adalah didapati juga kegiatan perlombongan pasir yang mula beroperasi sejak tahun 2003 tetapi tidak menyediakan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA), aliran air sungai berubah, berlakunya tanah runtuh, pencerobohan, pihak penguatkuasa tidak memantau secara berkala, dan banyak lagi.
Tambahan lagi, kegiatan perlombongan pasir di Pahang dan Johor telah menyukarkan nelayan yang menggunakan Kuala Sungai Miang tersebut sebagai laluan keluar masuk bot mereka untuk ke laut menangkap ikan.  Menurut mereka, kuala sungai telah menjadi semakin cetek dan dipenuhi pasir yang menghalang pergerakan bot.
Dari segi mengatasi isu kekurangan koordinasi antara jabatan dan pencurian pasir, tindakan Kerajaan Negeri Selangor juga jauh lebih responsif jika berbanding dengan Kerajaan Negeri Pahang.  Satu Jawatankuasa Khas diketuai Ketua Setiausaha Negeri, dan melibatkan Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) serta Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) yang sering mengadakan pemantauan bersama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) telah ditubuhkan serta merta.  Sebaliknya, sehingga hari ini Kerajaan Negeri Pahang belum lagi mengambil apa-apa langkah untuk mengatasi masalah tersebut.
Melaka dengan Pulau Pinang
Struktur pentadbiran yang cekap dan beramanah juga banyak membantu mengangkat status sosioekonomi negeri Pulau Pinang.  Agenda Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang menekankan kepada prinsip akauntabiliti, ketelusan dan kebertanggungjawaban (CAT) telah terbukti meyakinkan rakyat dan para pelaburnya walaupun memiliki sumber-sumber negeri yang begitu terhad sekali.  Apatah lagi bantuan Kerajaan Persekutuan yang dihulurkan adalah tidak ikhlas dan bertujuan memporak-perandakan politik Pakatan Rakyat.  Buktinya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mempersoalkan kewajaran Kerajaan Persekutuan yang memperuntukan RM200 juta kepada Khazanah Nasional untuk membangunkan dan memulihara lokasi warisan negeri sedangkan peruntukan RM30 juta yang turut dinikmati oleh Kerajaan Negeri Melaka diuruskan sendiri tanpa pihak ketiga.  Adakah tindakan tersebut dianggap hukuman Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional kepada rakyat Pulau Pinang?  Walaupun begitu, hal ini langsung tidak menghalang Kerajaan Negeri untuk menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.
Berlainan pula dengan Kerajaan Negeri Melaka yang mempunyai daya kebergantungan yang tinggi terhadap Kerajaan Persekutuan untuk menjana pendapatan negerinya.  Misalannya, Kerajaan Negeri Melaka memperoleh hasil jualan aset pengurusan air kepada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM39.73 juta.  Mungkinkah tanpa pengambilan aset pengurusan air tersebut, Kerajaan Negeri Melaka akan terus terperangkap dalam hutang serta defisit yang tidak tertanggung?  Beberapa kelemahan yang ketara perlu diatasi oleh Kerajaan Negeri Melaka seperti kegagalan monorel menyeberangi Sungai Melaka dan projek Eye on Malaysia yang tergendala sekian lama sekiranya negeri Melaka masih berhasrat menjadi pesaing terdekat kepada negeri Pulau Pinang dalam sektor pelancongan. (Eye on Malaysia jadi 'gajah putih' )
PENDEMOKRASIAN
Johor/Pahang dengan Selangor
 
Dari segi pendemokrasian, adalah jelas bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat, terutamanya Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang masih berada di barisan depan dalam proses pendemokrasian berbanding dengan Negeri-negeri Barisan Nasional. Kerajaan Negeri Selangor telah menerajui dasar dan langkah-langkah berikut yang langsung tidak dihirau oleh Kerajaan Negeri Pahang dan Johor:
1. Menggubal Akta Kebebasan Maklumat;
2. Memberikan satu pertiga kuota kerusi Ahli Majlis PBT kepada badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO);
3. Enakmen Perkhidmatan Dewan Negeri Selangor yang memberikan kuasa lebih besar kepada Speaker;
4. Menghidupkan semula SELCAT;
5. Menubuhkan jawatankuasa pilihan khas (Select Committee) dalam sidang DUN Selangor;
6. Mengumumkan aset Exco Selangor;
7. Menggunakan kuasa MB di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) untuk mendedahkan pelbagai penyelewengan yang tertutup sebelum itu, antaranya Yayasan Basmi Kemiskinan, Rancangan Revolusi Hijau di Bukit Cherakah, Projek Perhutanan Semula dan lain-lain.
Di samping itu, antara kelebihan lain Kerajaan Negeri Pulau Pinang jika berbanding dengan Melaka adalah idea demokrasi itu dipraktikan secara terbuka.  Walaupun terlalu awal untuk diperkatakan, sekurang-kurangnya sudah ada keazaman politik yang jelas untuk melakukan perubahan pada pihak Pakatan Rakyat.  Berikut adalah usaha-usaha Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang dalam agenda pendemokrasian negeri:
1. Membentangkan Enakmen Hubungan Kaum pada tahun hadapan;
2. Pilihanraya Ahli Majlis Tempatan untuk perwakilan masyarakat sivil;
3. Membentangkan Enakmen Kebebasan Maklumat pada tahun 2010.
Kesimpulannya, fakta-fakta di atas menunjukkan Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang diperintah secara lebih berhemat, telus dan cekap berbanding dengan Kerajaan Negeri Johor, Pahang dan Melaka.  Laporan Ketua Audit Negara juga memberikan pengiktirafan kepada pengurusan kewangan Negeri Selangor dan Pulau Pinang yang lebih professional.  Dari segi pendemokrasian, negeri-negeri tersebut juga mendahului dengan memperkenalkan pelbagai inisiatif yang dapat menjamin hak rakyat.
Perkembangan-perkembangan tersebut dapat dilihat sebagai pengambil-alihan kerajaan baru yang bergiat merealisasikan janjian kepada rakyat dan masih segar untuk melalukan reformasi tanpa ikatan beban tradisi.  Dalam konteks negeri, perkembangan positif pasca 8 Mac 2008 juga dapat dinilai dari sudut kebangkitan sistem dua parti, di mana kewujudan sekatan dan imbangan (check and balance) kuasa menjadikan pihak pemerintah lebih berhat-hati dan segan melakukan kesilapan.  Secara keseluruhannya, perbandingan dari segi prestasi kewangan, pentadbiran dan pendemokrasian ini wajar menjadi satu asas rujukan kepada rakyat yang sudah berubah dan belum berubah agar mereka menjadi lebih bijaksana dan termaklum dalam membuat keputusan dalam pilihanraya akan datang.
Rujukan am:
1. Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Johor Tahun 2009
2. Laporan Ketua Audit Negara – Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Johor Tahun 2009
3. Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Pahang Tahun 2009
4. Laporan Ketua Audit Negara – Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Pahang Tahun 2009
5. Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Selangor Tahun 2009
6. Laporan Ketua Audit Negara – Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2009
7. Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Melaka Tahun 2009
8. Laporan Ketua Audit Negara – Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2009
9. Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Pulau Pinang Tahun 2009
10. Laporan Ketua Audit Negara – Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tahun 2009
Disediakan oleh,
Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU)
*Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) merupakan sebuah pusat kajian yang bebas dan kritikal. KPRU ditubuhkan pada era pasca 8 Mac dengan tujuan membawa idea perubahan kepada rakyat Malaysia melalui kajian dan sesi dialog.
KPRU memberikan fokus kepada kajian terhadap bidang ekonomi politik dan sektor strategik yang dapat membawa impak jangka masa panjang kepada masyarakat. Dengan penerapan idea baru dan interaksi dengan pelbagai pihak berkepentingan, kajian KPRU diyakini akan membawa pemikiran dan wacana segar untuk menghadapi cabaran negara dalam dekad yang akan datang.
KPRU merupakan institusi pertama yang melibatkan diri dalam kajian parlimen dan menyokong reformasi parlimen. KPRU mengutamakan isu belanjawan tahunan negara, rancangan jangka panjang, demokrasi parlimen dan lain-lain. Untuk mencapai matlamat tersebut, KPRU bekerjasama secara rapat dengan agensi kerajaan, parti politik, pertubuhan antarabangsa dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memberikan khidmat nasihat strategik, program pengunjungan spesifik dan menghasilkan dasar yang berasaskan fakta.