Selasa, 28 Disember 2010

Cikgu Kamariah saja yang tak mahu RM500 sebulan..

Tawaran Pakatan Rakyat (PR) untuk menaikkan imbuhan sebanyak RM500 kepada warga pendidik merupakan sesuatu yang menarik. Hal ini kerana tawaran tersebut membabitkan kira-kira 400 ribu guru. Sudah pasti sebelum membuat tawaran ini pihak PR telah membuat kajian kerana wang yang diperlukan untuk tujuan tersebut mencecah RM3.2 bilion setahun.
Tawaran ini bolehlah disifatkan sebagai serampang dua mata – politik dan tanggungjawab. Dari sudut politik, seperti yang dinyatakan oleh bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo tawaran kenaikan gaji guru sebanyak RM 500 ini boleh mempengaruhi rakyat untuk memberi undi kepada PR.
Menurut Dr Khir, tidak mustahil sebahagian besar mereka akan menilai tawaran tersebut dengan serius. Hal ini kerana kebanyakan guru mempunyai pegangan politik yang agak bebas. Tidak ramai yang membuat keputusan menyokong mana-mana parti politik sejak awal lagi.
Tambahan pula kos sara hidup yang kian meningkat yang diakibat oleh pemotongan subsidi oleh kerajaan. Isu boleh menjadikan sebahagian besar rakyat menerima sahaja apa yang ditawarkan oleh Pakatan biar pun Dr Khir mendakwa PR mungkin tidak mampu melaksanakan sepenuhnya. Pada masa yang sama alasan pemotongan subsidi pula sekadar melepas batuk di tangga.
Dari sudut tanggungjawab pula, Ahli Jawatankerja Kerja PAS Pusat, merangkap Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad menyatakan bahawa imbuhan RM500 untuk guru adalah suatu penghargaan kepada warga pendidik dan bukanlah suatu tindakan politik murahan bagi meraih undi mereka pada PRU akan datang.
Pernyataan Dr Dzulkefly ini ada asasnya. Jika imbuhan ini bersandarkan semata-mata kepada politik, PR sepatutnya menawarkan imbuhan yang sama kepada kakitangan kerajaan yang lain. Namun, PR menyedari bahawa bidang perguruan bukanlah suatu kerjaya seperti kerjaya lain. Tugas mendidik adalah tugas membentuk generasi masa depan.
Menurut Dr Dzulkefly lagi, membentuk modal insan tidak akan dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat. Prosesnya memakan masa, wang ringgit dan pengorbanan dan tugas ini terpikul di atas bahu para guru. Hal ini kerana dari gurulah maka lahirnya ahli politik, ulama, jurutera, doktor, kerani, pegawai tentera dan sebagainya.
Jika PR berniat menawarkan imbuhan ini atas dasar politik murahan dan kepentingan peribadi untuk menang PRU, lebih baik tawaran ini diperluaskan kepada semua kakitangan kerajaan, warga emas, penganggur, dan sebagainya.
Oleh sebab itulah pihak lain selain guru ditawarkan imbuhan dalam bentuk lain seperti penghapusan tol, skim warga emas dan lain-lain.
Hakikatnya, kenaikan imbuhan sebanyak RM500 itu terlalu kecil jika dibandingkan dengan peranan dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh guru. Di sekolah, guru bukan sahaja mengajar anak-anak muridnya, malah mereka juga bertindak sebagai pegawai tadbir, kerani, atlit, imam malah kadang kala menjadi tukang kebun.
Namun, oleh sebab tawaran ini datangnya daripada PR, maka tidak dapat tidak akan dipolemikkan oleh ahli-ahli politik. Pihak kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan yang kini diterajui oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin wajar melihat tawaran ini dengan serius. Mungkin beliau memandang tawaran ini sebagai sesuatu yang terpencil.
Namun, ingatan Dr Khir bahawa kesilapannya kurang mengambil kira tawaran PR dalam PRU yang lalu menyebabkan Selangor terlepas harus menyedarkan Muhyiddin. Dalam hal ini, bukan soal wang ringgit semata-mata, Muhyiddin mesti melihat permasalahan warga pendidik dalam kerangka yang lebih luas.
Banyak permasalahan dalam bidang pendidikan yang masih belum selesai. Antara isu yang paling besar ialah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), isu kekurangan guru dalam dalam mata pelajaran kritikal, isu pemansuhan peperiksaan utama, isu disiplin pelajar, isu bantuan sekolah agama, isu elaun dan sebagainya.
Namun, walaupun dihimpit dengan pelbagai isu, para guru di Malaysia tidak pula mengadakan demontrasi atau mogok. Mereka tetap meneruskan tugas yang diamanahkan.
Harus diingat, guru juga manusia seperti insan-insan lain. Ada hati dan perasaan. Tidak selamnya kepala mereka boleh dipijak, ditolak ke kiri dan kanan. Diam bukan bererti setuju, tetapi mungkin memberi peluang untuk pihak lain membetulkan kesilapan. Tetapi jika kesilapan itu diulang-ulang, seolah-olah para guru ini seperti robot, anda silap. Kesabaran manusia ada hadnya. Pengorbanan juga ada batasnya.
Jika pengorbanan yang dicurahkan selama ini, tidak pernah dipedulikan. Malah dijadikan kambing hitam pula atas kepincangan sosial masyarakat. Maka, akan sampai ke suatu tahap bahawa ada suatu lagi pilihan yang lebih baik, maka siapakah yang sanggup menolaknya. Mungkin nilai RM500 itu kecil, tetapi bakal membawa perubahan yang besar terhadap masa depan generasi anak-anak kita. [harakah]

Apa akan jadi pada Gobi akhirnya?

Din Binjai

Keadilan tidak mampu kehilangan mana-mana pemimpin selepas Pemilihan 2010. Gobala atau Gobi, Saifudin Nasution, Chegubard adalah nama-nama besar dalam Keadilan sejak era Reformasi1998.

Rakyat sudah pasti resah dan gelisah melihat kemelut Keadilan yang tidak berkesudahan. PAS dan DAP juga sudah pasti tidak selesa dengan kemelut dalaman ini.
Tindakan Gobala memang salah walaupun ada kebenaran dalam kata-katanya tetapi dalam masa yang sama Saifudin juga sudah terlalu banyak berbohong. Janji Saifudin juga belum tertunai.

Bayangkan jika dalam prk Tenang yang akan berlangsung awal tahun depan, selesai berkempen dan mengundi, SPR umum calon BN pemenang Dun Tenang tanpa memberitahu jumlah undi yang diperolehi oleh calon PAS dan calon BN. Adakah PAS dan Pakatan Rakyat akan berdiam diri dan akur sahaja dengan keputusan seperti itu? Sudah pasti tidak, PAS dan Pakatan Rakyat akan membantah keputusan seperti itu dan mungkin akan mengajak rakyat ke jalanraya tanda protes seperti perhimpunan BERSIH.

Jika perkara seperti ini berlaku, siapa salah? sudah pasti kita akan salahkan SPR sebab SPR tidak telus umum pemenang calon BN tanpa umumkan jumlah undi calon BN dan calon PAS.

Inilah punca sebenar yang berlaku dalam Pemilihan Keadilan 2010, Shamsul Iskandar dan barisannya diumum pemenang tanpa mengetahui jumlah undi. Sudah pasti Chegubard protes. Mengapa dalam hal ini, Chegubard terus difinah sedangkan Chegubard dan barisannya hanya ingin menegakkan haknya sebagai calon yang bertanding.

Bolehkah kita berkata pada PAS jika keputusan seperti itu berlaku di Dun Tenang..tak pe lah..yang sudah tu sudah lah..jangan protes..nak buat macamana terimalah kekalahan...kalau takut kalah jangan bertanding...

Sudah pasti PAS dan Pakaan rakyat akan berkata, ini bukan soal menang atau kalah, ini soal ketelusan dalam pemilihan pilihanraya.

Jadi janganlah double standard dalam setiap isu yang berbangkit. Jika kita SPR tidak telus kerana umum pemenang tanpa umum jumlah undi, kita juga wajib berkata JPP tidak telus kerana perkara yang sama.

Sebab itu, Keadilan wajib segera selesaikan kemelut dalaman yang melanda parti yang sudah pasti mengecewakan rakyat. Sudah pasti dalam prk Tenang, Keadilan yang akan jadi sasaran serangan umno BN, yang terpalit dan terkesan adalah calon PAS yang bertanding.

Ada yang berkata...kita kena tahu adab berjamaah...ya sharpshooter setuju...tetapi kita kena ingat dalam masa yang sama adab berjamaah juga tidak mengizinkan kita menipu sesama jamaah.

Ada yang berkata...jika takut kalah jangan bertanding...ya sharpshooter setuju...tetapi kalau nak menang jangalah sampai menipu...

Tenang: Pemuda PR lancar jentera 1 Jan

KUALA LUMPUR, 28 Dis: Pemuda Pakatan Rakyat akan melancarkan jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang pada 1 Januari 2011 akan datang sebagai memulakan gerak kerja pilihan raya secara rasmi.

Majlis pelancaran tersebut akan disempurnakan Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub pada jam 5 petang di Perkarangan Markjaz Operasi Pemuda PAS jalan Segamat, pekan Tenang.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan memberitahu, pemuda Pakatan telah diletakkan dalam keadaan siap siaga dan sedia berjuang bagi merampas kerusi Dun Tenang biarpun menyedari laluan sukar terpaksa dihadapi.

"Insyaallah, Pemuda Pakatan Rakyat akan menurunkan sekurang-kurangnya 1500 orang jentera utama di majlis pelancaran jentera pilihanraya Pemuda Pakatan Rakyat.

"Kita akan memaksimumkan gerak kerja penerangan dan aktiviti kepemudaan bagi memenangi hati pengundi agar memihak kepada PAS yang mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil Dun Tenang kelak," katanya.

Beliau turut optimis peluang untuk menang sentiasa terbuka untuk Pakatan Rakyat dengan syarat segaka usaha diperkemaskan.

"Kita mengharapkan pertolongan dari Allah SWT agar kejayaan menjadi milik kita di Dun Tenang nanti kerana Johor sangat memerlukan suara dari Pakatan Rakyat untuk check and balance terutama pada setiap kali sidang Dun," katanya lagi.

Sebelum pelancaran, satu sesi ceramah motivasi gerakkerja akan disampaikan oleh beliau, Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin dan Ketua DAPSY, Anthony Loke.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Jumaat lalu menetapkan tarikh penamaan calon pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Johor pada 22 Januari depan dan pengundian diadakan pada 30.

Bank Amerika arah pelabur keluar - Mahfuz

TEMERLOH, 28 Dis: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mendedahkan terdapat institusi kewangan dari Amerika Syarikat mengarahkan pelabur-pelabur dari negara itu mengalihkan perniagaan ke negara lain selepas isu penggantungan Ketua Pembangkang di parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu menjelaskan, perkembangan tersebut berlaku akibat timbul krisis keyakinan terhadap pemerhati ekonomi luar negara kerana pertama kali berlaku dalam sejarah negara Komanwel ketua pembangkang digantung.
Berucap dalam satu majlis dialog isu semasa dengan ahli-ahli PAS Kawasan ini yang berlangsung di pejabat Perhubungan PAS Pahang di sini, Mahfuz berkata keadaan tersebut sudah tentulah merugikan negara dari aspek ekonomi.
“Saya diberitahu apabila Anwar Ibrahim bersama tiga orang ahli parlimen pembangkang digantung, sebuah bank di Amerika segera menasihatkan para pelabur Amerika yang berurusniaga di sini segera mengalih dana mereka ke negara lain.
“Ini pertama kali berlaku dalam sejarah negara Komanwel ketua pembangkang digantung dan mereka yang sentiasa memerhati perkembangan bimbang dengan kesan kestabilan politik dan kesannya akan dirasai nanti,” katanya.
Tambahnya, dengan perkembangan ini dan beberapa faktor yang tidak menyebelahi pemerintah, beliau berpendapat tidak mungkin pilihan raya umum (PRU) akan diadakan pada masa terdekat tetapi tidak akan melebihi tempoh 18 bulan.
Berucap di hadapan lebih 100 ahli PAS, Mahfuz berkata sasaran PAS pada PRU akan datang ialah bagaimana untuk meningkatkan undi Melayu dan pengundi muda justeru jentera PAS di semua peringkat perlu ada penumpuan khusus bagi mendekatkan parti dengan kelompok tersebut.
“Sebenarnya pada PRU 1999 PAS sudah dapat mendominasi undi Melayu. Malangnya momentum yang ada tidak berterusan. PRU 2008 juga kurang mendapat swing undi Melayu, sebaliknya mendapat swing undi bukan Melayu.
“Saya nak tekankan bahawa harus dilihat generasi anak muda yang baru pertama kali mengundi dan mereka ini kurang memahami dan belum terdedah dengan sepak terajang politik. Mereka inilah yang perlu diambil perhatian kerana life stylenya berbeza. Ada kajian mengatakan kebanyakan mereka tidak memihak kepada kita mungkin salah satunya faktor hiburan.
“Sebab itu bagi saya, perlu ada ikon daripada kalangan parti yang dilatih membuat penampilan dan membina imej PAS di kalangan anak muda supaya mereka merasa tiada jarak dan kita pula memahami cita rasa mereka sambil tidak melupakan anak-anak ahli dipastikan mendaftar sebagai pengundi,” ujarnya.
Tambah Mahfuz, bertolak daripada sekarang jentera penerangan PAS mestilah melaksanakan program-program penerangan dan sebaran risalah bagi menjana mood rakyat supaya lahir momentum perubahan politik.

Kemana 'Ketuanan Melayu' Umno ingin membawa anak muda ini???



Oleh: Pria Malaya

Selepas Umno parlimen Kuala Selangor (klik), kini giliran Umno Pandan anjurkan "Battle of The Band"..jika dahulu 'karaoke', kini 'rock' punyai stail..

Usah risau, ketuanan Melayu tidak akan terjejas dgn program2 sebegini, malah Melayu semakin kuat dan gagah...hidup ketuanan Melayu!!!!

















Artikel berkaitan:

- Umno Selangor bantah karaoke?..Umno Kuala Selangor siap anjur battle of The Band lagi...

Cukup-Cukuplah Ridhuan Tee, Takkan Tak Kenyang Lagi ?

"
DS Wan Azizah `bersarung tangan' menjulang tangan Lim Kit Siang...
Apa komen Ridhuan Tee agaknya?

Oleh: WFAUZDIN NS
APA masalahnya dengan `Ustaz' Muallaf Ridhuan Tee ni aku tak tau lah. Aku terbaca rencana beliau di dalam Mingguan Malaysia semalam, aku tak sangka Ridhuan Tee ini lebih Umno dari Umno. Samada beliau sudah `masuk Melayu' atau `masuk Islam' aku sudah jadi kompius.

Di dalam rencananya beliau ada menyentuh tentang hubungan antara PAS, PKR dan DAP. Beliau menyerang PAS kerana PAS berkawan dengan PKR dan DAP. Disentuh juga oleh beliau tentang DS Wan Azizah memegang dan menjulang tangan Lim Kit Siang sewaktu Konvensyen PR baru-baru ini. Butakah mata Ridhuan Tee melihat bagaimana ketika itu tangan DS Wan Azizah memakai sarung putih? Ini bermakna tiada sentuhan kulit di antara DS Wan Azizah dengan Lim KIt Siang.

Wah ! Peka sungguh Ridhuan Tee tentang hal sentuhan kulit lelaki dan perempuan. Tidak tahukah selama ini bahawa Ustazah Umno Mashitah juga selalu bersalam dengan lelaki yang bukan muhrimnya tanpa berlapik? Bahkan. Ustazah Umno ini menyebut tidak mengapa bersalam dengan lelaki yang berumur dan juga dengan ketiadaan nafsu. Apa komen Rihuan Tee? Apa pula komen Ridhuan Tee tentang `fatwa' boleh melacur kerana dharurat seperti yang pernah disebut oleh ustazah ini?

Bagaimana pula komen Rihuan Tee tentang gambar di atas? Siapa wanita itu? Adakah lelaki itu suaminya? Bagaimana tentang Rosmah yang terlibat dengan penganjuran Festival Busana Islam yang menggayakan fesyen menghina Islam itu? Terkuncikah mulut Ridhuan Tee?

Alahai...Rihuan Tee...cukup-cukuplah untuk cari makan....takkan tak kenyang-kenyang dari dulu lagi....

Awat hang jadi lagu ni??


Gobi Oh Gobi
Awat hang jadi lagu ni??
Ungkit itu dan ini
Janganlah berdengki hati

Gobi Oh Gobi
Awat hang jadi lagu ni??
Apa yang hang tak puas hati??
Sehingga mencaci dan mengeji

Gobi Oh Gobi
Awat hang jadi lagu ni??
Kerana jawatan hang nak berkecil hati??
Mana pi sumpah dan janji??

Gobi Oh Gobi
Awat hang jadi lagu ni??
Buat perangai bagi orang benci
Sengaja memburukkan imej parti

Gobi Oh Gobi
Awat hang jadi lagu ni??
Apakah ini satu strategi
Sama seperti setan bernama Zulkifli??

Gobi Oh Gobi
Awat hang jadi lagu ni??
Takkan keluar parti, tapi...
sengaja mintak dihumban pi!!

Gobi Oh Gobi
Awat hang jadi lagu ni??
Apakah kerana pitih berguni??
Untuk selesaikan masalah yang dihadapi??

Gobi Oh Gobi
Jangan la lagu ni
Kalau hang tak cinta PKR lagi
Berambuih pi!! End of the story

[Baca sini]
 

Siapa yang berkuasa lantik SUK sebenarnya?

Aku mushkil sangat berkenaan kuasa siapa sebenarnya untuk lantik SUK negeri-negeri. Kalau tanya rakyat Malaysia, aku jamin majoriti besar akan kata kuasa melantik SUK mesti ada pada kerajaan negeri kalau tidak pun kuasa mutlak menteri besar negeri tersebut.

Entah macamana tiba-tiba satu Malaysia terkejut dan keliru bila Sidek Hassan, Ketua Setiausaha Negara mengumumkan perlantikan Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan negeri Selangor yang baru.

Tambah mengelirukan bila tak lama lepas tu, MB Selangor Khalid Ibrahim pulak buat kenyataan yang perlantikan itu belum muktamat. Bila baca berita tu aku rasa macam ada "something wrong somewhere". Maksud aku "Apa cerita sebenarnya ni?"

Kerajaan Selangor katanya dah pun buat temuduga untuk jawatan tu dan telah pun menghantar 3 nama kepada pihak istana untuk mendapat berkenan. Khalid juga bagitau yang dia akan mengadap sultan pada 29 Disember berkenaan isu perlantikan SUK tu.

Hari ni keluar satu kenyataan dari  ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San.
Perlembagaan Selangor tidak memberikan kerajaan persekutuan kuasa penuh untuk memutuskan tentang pelantikan setiausaha kerajaan negeri, kata ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San.

Lau berpendapat bahawa Perkara 52 (1) perlembagaan negeri menyatakan jawatan itu mesti dilantik oleh 'suruhanjaya perkhidmatan yang relevan' dan tidak semestikan dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

"Jelas bahawa pelantikan setiausaha kerajaan negeri tidak semestinya dibuat oleh SPA. Pelantikan itu juga boleh dibuat oleh 'suruhanjaya perkhidmatan yang relevan' seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Selangor.

"Frasa 'Suruhanjaya Perkhidmatan Awam' tidak disebutkan secara khusus dalam perlembagaan Selangor," kata Lau dalam satu kenyataan hari ini. - Mkini
Mkini juga menyiarkan satu kenyataan kenyataan dari Dr. Aziz Bari
“Ini amat dikesali. Istana sepatutnya memainkan peranan meredakan, bukan menajamkan konflik kerana yang rugi dalam soal ini ialah rakyat,” katanya lagi.

Masalah yang sama pernah berlaku di Kelantan pada hujung 1990-an apabila pentadbiran negeri menggunakan istana untuk menyulitkan pentadbiran Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ketika itu kerajaan negeri juga menghadapi dilema apabila penasihat undang-undang, pegawai pusat juga menimbulkan masalah.

Sehubungan itu kata beliau, masalah berhubung dengan pentadbiran yang dialami di Kelantan, Perak, Pulau Pinang dan Selangor ini hanya boleh diselesaikan jika Pakatan menang di pusat.

Bagaimanapun itu bukan jaminan kerana peruntukan perlembagaan negeri dalam soal pelantikan anggota Exco itu meletakkan kuasa di tangan Sultan.

“Ia tidak boleh dipinda tanpa perkenan Majlis Raja-Raja. Sebagaimana yang terjadi dalam krisis di negeri-negeri yang disebutkan tadi istana mungkin mengambil kesempatan atau digunakan oleh Umno seperti sekarang,” katanya lagi. - MI
Kalau Pakatan Rakyat tak mampu nak buat apa-apa dalam hal-hal yang cukup penting macam ni, aku tak heran langsung kalau Pakatan Rakyat masih tak dapat nak masuk Putrajaya walaupun Umno BN tewas dalam PRU 13 nanti,

Mungkin jugak betui macam yang selalu TukarTiub tulis pada nota diakhir entry dia.
kalau pilihanraya boleh mengubah apa apa
telah lama pilhanraya di haramkan di malaysia
kah kah kah

   Cenangau Daunkari

Pemuda PAS lancar jelajah tawan Putrajaya

Pembuka tirai 2011 menyaksikan PAS akan mengadakan siri jelajah seluruh negara untuk memberi kesedaran supaya menilai perubahan yang ingin dibawa oleh parti itu dalam rangka menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

Siri jelajah itu, dinamakan Projek 2011: Masa untuk berubah - PAS Sedia Gantikan Umno, dijadual berlangsung antara Januari hingga Mac 2011.

NONEKetua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan (kiri) berkata segala persiapan sedang dipergiatkan dan diatur melibatkan seluruh anggota Pemudanya dalam program tiga bulan itu.

"Kami juga telah mengeluarkan arahan untuk menggerakan jentera di setiap peringkat kawasan dan negeri,' katanya ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.

Dalam siri jelajah yang akan bermula di Pahang dan berakhir di Terengganu itu, rombongan Pemuda PAS dijadual mengadakan sesi dialog dengan Pemuda negeri serta taklimat khas daripada Nasrudin.

Di sebelah malamnya pula akan diadakan ceramah perdana, dinamakan Pentas Pemuda.

Nasrudin berkata, setiap jentera Pemuda terlibat menyelesaikan culaan undi, daftar pemilik dan jumlah semak semasa berada di lapangan.

NONEDitanya bilangan anggota PAS akan turut serta, katanya, itu semua bergantung kepada keluasan sesuatu kawasan.

"Kita tidak meletakkan jumlah kapasiti, jumlah tenaga (ahli) bukan berada di atas kertas tetapi di lapangan kelak," ujarnya.

Nasrudin berkata, siri jelajah mencapai kemuncaknya pada 19 Februari, dijangka 30,000 Pemuda PAS Kedah akan menghadiri program tersebut.

Ditanya sama ada sudah memohon permit polis, Nasrudin memberitahu telah memohon permit daripada pihak berkuasa untuk kesemua siri jelajahnya.

"Ada negeri dah serah borang permohonan dua minggu lebih awal untuk mohon permit," kata beliau yang menjangka tiada masalah akan timbul dalam program sulung mereka untuk tahun depan itu.

MTUC Tidak Berteraskan Politik Pembangkang

SHAH ALAM 28 DIS: Calon Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Abdullah Sani Abdul Hamid menyangkal sekerasnya dakwaan kesatuan itu berteraskan politik pembangkang.
Justeru kata beliau, pihak yang mempertikai halatuju MTUC mempunyai agenda tersembunyi untuk terus menidakkan hak golongan pekerja yang semakin ditindas kerajaan.
"Ini adalah omongan ataupun propaganda oleh kelompok yang nampak mereka akan tewas disebabkan tidak menjalankan tugas sebagai pemimpin. Kepimpinan itu tidak bercorak kepartian. Ini penafian yang harus ditentang habis-habisan. Kita tidak boleh menerima hakikat bahawa kepartian itu penyebab kepada segerombolan besar MTUC dipelopori oleh pembangkang, itu tidak benar. Saya menafikan sekeras-kerasnya," jelasnya.
Abdullah Sani yang dihubungi TV Selangor selepas menghadiri Persidangan Perwakilan Tiga-Tahunan MTUC di Petaling Jaya hari ini berkata, kenaikan harga barang dan petrol yang menjadi kegusaran setiap rakyat tidak memilih fahaman politik sebaliknya merupakan hak asas perjuangan individu dan kesatuan yang berasa ditindas.
Katanya lagi, perjuangan MTUC tidak pernah berbelah bahagi walaupun secara fizikalnya majoriti dianggotai oleh Parti Pakatan Rakyat (PKR).
"Sesiapa sahaja yang terkena kenaikan barang, Barisan Nasional pun kena, Pakatan pun kena. Agenda utama kita ialah untuk pekerja. Kita tidak ada cerita pasal parti. Jelas kita mahu mengembalikan hak pekerja ini, kita tidak mengatakan kepartian itu agenda utama," tegas beliau.
Sebelum ini, tomahan MTUC dipengaruhi parti politik pembangkang turut disangkal Setiausaha Agung veteran, Rajasegaran yang akan melepaskan jawatan tersebut untuk memberi laluan kepada calon yang baru.
Abdullah Sani bakal berdepan saingan 3 penjuru dicabar oleh Kesatuan Sekerja Petroleum dan Kimia, Abdul Halim Mansor dan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank, J. Solomon bagi merebut jawatan Setiausaha Agung yang baru.
Beliau yang yakin dengan peranan perwakilan MTUC menaruh harapan agar calon yang dipilih menjadi pengganti mampu menggalas tugas membantu membela hak pekerja di negara ini.
Tambah beliau lagi, kriteria yang perlu ada pada bakal kepimpinan perlu mempunyai prinsip jelas dan tidak mudah "dibeli" mana-mana pihak.
Ditanya bagaimana MTUC untuk terus kekal relevan, beliau berpegang kepada prinsip berkhidmat demi kepentingan rakyat.
"Untuk mempertahankan dan meneruskan agenda utama kaum pekerja dan rakyat Malaysia. Memberi keyakinan bahawa MTUC adalah untuk mereka dan sebagai perantara rakyat Malaysia.

Nik Aziz Mahu Mereka Yang Memfitnahnya Mohon Maaf


KOTA BAHARU 28 DIS :  Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu mereka yang menyebarkan berita memfitnah kononnya beliau meninggal dunia agar memohon maaf dengannya.
"Saya tidak akan ampun dan akan menanggung dosa di akhirat kelak selagi dia tidak minta maaf dengan saya," kata Mursyidul Am PAS itu kepada pemberita ketika ditemui selepas mesyuarat mengenai bekalan air di kediaman rasminya di JKR 10,di sini, hari ini.
Sebelum ini,  berita mengenai kesihatan Nik Abdul Aziz, 79, heboh diperkatakan malah dikatakan telah meninggal dunia malam tadi.
Menteri besar itu minggu lalu menerima rawatan di Wad Eksekutif Hospital Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian kerana sakit pinggang.
Ketika ditanya sama ada beliau masih mampu mentadbir Kelantan, Nik Abdul Aziz berkata beliau masih mampu berbuat demikian kerana tugas mentadbir negeri bukan dengan tenaga zahir tetapi dengan otak dan mengaku otaknya masih berfungsi dengan baik.
Beliau juga menyifatkan spekulasi mengenai kesihatan seseorang pemimpin terutama pemimpin politik adalah perkara biasa.
-BERNAMA

Kes Aminulrasyid : Kereta Dipandu Miliki Insurans,Cukai Jalan Sah

SHAH ALAM 28 DIS : Seorang saksi hari ini memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa kereta yang dipandu Aminulrasyid Amzah, 15, yang mati ditembak polis di Seksyen 11, April lepas, mempunyai insurans dan cukai jalan sah.
ASP Abdul Halim Ismail berkata semakan di Jabatan Pengangkutan Jalan mendapati kereta itu memiliki cukai jalan dan insurans yang sah sehingga 14 Januari 2011.
Bagaimanapun, saksi ke-38 itu berkata beliau tidak menemui cukai jalan tersebut ketika membuat pemeriksaan bersama anggota Jabatan Forensik ke atas kereta yang dipandu Aminulrasyid di balai polis.
Abdul Halim berkata demikian ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar pada perbicaraan kes Koperal Jenain Subi, 48, yang didakwa menyebabkan kematian remaja itu antara 1.10 pagi hingga 2.00 pagi, 26 April lepas di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini.
Jenain didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaaan yang membawa hukuman maksimum penjara 30 tahun, dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. 
Pada prosiding hari ini, Abdul Halim yang merupakan pegawai penyiasat ke situ, turut mengecam serta mengesahkan beberapa barang bukti yang diperoleh ketika menjalankan siasatan, antaranya parang, lapan kelopak dan dua laras HKMP5, selain 169 butir peluru sembilan milimeter.
Pada peringkat ini, Hakim Latifah Mohd Tahar membenarkan permohonan Mohd Dusuki untuk menangguhkan sebentar prosiding mahkamah bagi membolehkan saksi mengira semula kesemua peluru. 
Abdul Halim mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengeluarkan serta mengira peluru berkenaan, dan beliau sempat memberitahu pemberita bahawa ibu jari kanannya melecet ketika mengeluarkan peluru berkenaan.
Semasa prosiding mahkamah disambung semula pada lima petang, Mohd Dusuki memaklumkan bahawa selepas Abdul Halim, pendakwaan akan memanggil seorang lagi saksi iaitu seorang pemandu trak penunda, sebelum menutup kes itu esok.
BERNAMA

Lau: K'jaan pusat tak ada kuasa penuh lantik SU S'gor

Perlembagaan Selangor tidak memberikan kerajaan persekutuan kuasa penuh untuk memutuskan tentang pelantikan setiausaha kerajaan negeri, kata ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San.

Lau berpendapat bahawa Perkara 52 (1) perlembagaan negeri menyatakan jawatan itu mesti dilantik oleh 'suruhanjaya perkhidmatan yang relevan' dan tidak semestikan dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

"Jelas bahawa pelantikan setiausaha kerajaan negeri tidak semestinya dibuat oleh SPA. Pelantikan itu juga boleh dibuat oleh 'suruhanjaya perkhidmatan yang relevan' seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Selangor.

"Frasa 'Suruhanjaya Perkhidmatan Awam' tidak disebutkan secara khusus dalam perlembagaan Selangor," kata Lau dalam satu kenyataan hari ini.

Lau mengulas laporan akhbar Sinar Harian yang menyebut bahawa istana telah memperkenan pelantikan bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri yang baru.

"Pada pandangan saya, keputusan iru 'confirm' kerana Tuanku telah berkenan melantik beliau," kata Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, dalam laporan muka Sinar Harian.

Coli laser Julia Perez menanti skuad Malaysia...wakah.kah..kah...laser power seh..!!!


JAKARTA: Awas skuad bola sepak Malaysia! Sebagai langkah membalas dendam atas gangguan cahaya laser ke atas penjaga gol Indonesia di Stadium Bukit Jalil kelmarin, Julia Perez menyiapkan senjata sulit untuk pemain Malaysia esok.

Kata Julia, pemain Malaysia akan ‘diajar’ melalui cahaya laser, tetapi ia lebih unik kerana dipancarkan dari coli khasnya.

“Saya akan turun padang menyaksikan perlawanan pusingan kedua Indonesia menentang Malaysia di Stadium Bung Karno di Jakarta.

“Kali ini saya akan pakai coli dilengkapi cahaya laser - biar buta mata semua pemain Malaysia.

“Saya tak rela pasukan Indonesia diperlakukan begitu oleh penyokong Malaysia di Kuala Lumpur,” katanya.

Dalam perlawanan pusingan pertama di Kuala Lumpur kelmarin, Malaysia membuat permulaan meyakinkan apabila membenam Indonesia 3-0 dalam perlawanan akhir pusingan pertama Piala Suzuki.

Indonesia mendakwa, gangguan pancaran laser yang dihalakan kepada penjaga gol pasukan itu menjadi punca mereka tewas teruk.

Walaupun dilihat seperti bergurau, penyanyi dangdut dan aktres simbol seks itu sebenarnya serius dengan janjinya.

“Memang saya akan datang bersama coli laser, kecuali ada arahan dikeluarkan melarangnya,” katanya. - Agensi

Rais Yatim, Sila Buat Penafian !!

Atau diam itu tandanya setuju...

"and now with talk in the Umno Blogs that the Minister who raped the Indonesian maid is Rais Yatim the government may be hard-pressed in covering up this scandal any further."

Sumber dari sini.

Saya merayu kepada menteri warisan agar buat penafian segera atau akhirnya akan berlaku fitnah yang sememangnya tidak diundang.

Jika sebelum ini berlaku fitnah BESAR terhadap ADUN Selising kononnya terlibat dengan skandal tangkap basah dalam koc keratapi kelas pertama, namun ADUN berkenaan sekurang-kurangnya telahpun membuat penafian walaupun belum mengambil tindakkan undang-undang terhadap si pengfitnah. Sedikit lewat tidak menafikan kebenaran.

Kini tibalah giliran menteri berkenaan untuk membersihkan namanya kerana telah terdapat tuduhan di merata blog dan laman sosial lain, membabitkan Rais Yatim(sepertimana dalam quote di atas) dengan skandal merogol amah - satu skandal yang sangat memalukan nama negara.  

Kita tidak prejudis dalam perkara serius ini, tetapi satu kenyataan media bagi menafikan tuduhan di atas adalah diperlukan bagi membersihkan nama Rais sendiri dan seterusnya membersihkan nama negara buat seketika. Tetapi ini tidak bermakna perogol VVIP terbabit harus dibiarkan bebas! Difahamkan, perogol VVIP itu masih lagi salah seorang menteri kabinet Najib, yang juga sebelum ini merupakan menteri kabinet bagi Perdana Menteri terdahulu iaitu Paklah.

Sebagai rakyat, jangan kita biarkan peristiwa yang berlaku melibatkan VVIP seperti Rahim Thambi Chik di Melaka dan Jamaludin Jarjis di dalam pub berulang dengan pesalah dibiarkan lepas dan masih lagi memegang jawatan tinggi dalam kerajaan. Begitulah juga dengan skandal Soi  Lek yang kini susuk tak bermoral itu masih diangkat menjadi presiden MCA.

Justeru itu, sekali lagi diingatkan kepada Rais Yatim, agar menafikan tuduhan perogol amah ini dengan segera. Atau diam itu tandanya setuju...


EDYES

Suck your way up the ladder




Singapore does not practice this system. They don’t believe that those who pandai cakap (clever in talking) and know how to suck dicks should become Singapore’s leaders. They headhunt for their leaders.


Raja Petra Kamarudin
 
If you can remember, one of the crucial factors for the fall of Perak was the State Secretary. He was the one who summoned the police to prevent Nizar Jamaluddin from entering his office. In fact, State Secretaries have also played a role in bringing down governments in other states as well, Terengganu being one of them.
I was counting the days when the Selangor State Secretary would retire but now that he has I find that the appointment of the new State Secretary is outside the hands of the state government and is a man who is another Umno stooge.
Umno Selangor is in deep shit. With the Khir Toyo corruption matter -- and talk that two Barisan Nasional state assemblypersons may also be involved in the murder of the Indonesian millionaires -- things are not going too well for Umno Selangor.
It seems the Indonesians are pissed about what they perceive as a cover up of the murder of one of their nationals (like how the Mongolians were earlier) and now with talk in the Umno Blogs that the Minister who raped the Indonesian maid is Rais Yatim the government may be hard-pressed in covering up this scandal any further.
So Umno needs their man in the Selangor State Government and if Menteri Besar Khalid Ibrahim can’t convince the Selangor Sultan to reject the appointment of this Umno appointee then things may be very tough for Pakatan Rakyat.
Anyway, as they say, a rumour is never confirmed until it is official denied. So let’s wait for the official denial.
On another matter, politics in Malaysia is moulded after the Umno example. All political parties copy what Umno does. But then Umno is an expert at the game which they invented so to copy Umno means you are playing with a huge handicap.
In Umno, leaders are not headhunted. They work on the system of popularity contests. You start as a member then move up into the branch committee, then branch leader, then division committee, then division leader, then state committee, then state leader, then national committee, then national leader, and so on.
You serve your time and work your way up the ranks by becoming popular with the grassroots. You could be a postman or railway crossing guard or whatever but as long as you know how to play to the gallery you will make it after 10 or 20 years climbing up the ladder.
In Umno they work on the 30:70 formula. You must show 30% loyalty to the party and 70% loyalty to the leader. Shahrir Samad is a good party man. He will live and die with Umno. He shows 100% loyalty to the party. But that means he shows zero loyalty to the party leaders. And that is why he can’t go up.
If Shahrir had practiced the 30:70 ‘code of conduct’, today he would be the Deputy Prime Minister of Malaysia. But Shahrir is not that clever (I know because I went to the same school as him -- as also did Nazri Aziz, Anwar Ibrahim, Sanusi Junid, etc.). He does not know how to suck dicks so he has been sidelined. So now Muhyiddin Yassin instead of him is the Deputy Prime Minister of Malaysia.
Singapore does not practice this system. They don’t believe that those who pandai cakap (clever in talking) and know how to suck dicks should become Singapore’s leaders. They headhunt their leaders.
Singapore has a strict criteria and a high-powered committee vets the potential candidates. The candidates are then interviewed by people such as the founding father of Singapore. And by the time the final list is decided they would have gone through every potential leader with a fine-tooth comb and counted every hair on their backside. Nothing gets past them.
Whether these people are party members or not is not the issue. Party membership is not the overriding criteria. It is your capability and integrity that will decide whether you become a Singapore leader.
Now you know why when you compare Malaysian leaders to Singapore leaders you can see a world of difference. And can you see the secret of Singapore’s success?
Okay, that may work in Singapore but that does not mean it can also work in Malaysia. That would be the first response from most people.
And why not?
Is it because Singapore is run by one party while Malaysia is run by a coalition of 14 parties?
Is it because in Singapore capability and integrity are important factors while in Malaysia it is how you suck up to the party leader?
Is it because Singapore has zero tolerance for corruption while in Malaysia corruption is not just a way of life but a religion with money as God?
Is it because in Singapore you are judged by what you are whereas in Malaysia you are judged by who you are and the titles you carry (or have bought)?
Is it because Singapore is colour-blind whereas in Malaysia priority must be given to Malays and then only if they are Umno members?
Is it because Singapore is a republic while Malaysia has ten Rulers?
Which of the above reasons is the reason why they can do it in Singapore but not in Malaysia?

Menteri Rogol Amah : Takkan Dia ni kot???

Diakhir entry ini akan timbul satu nama Menteri yang dikaitkan dengan isu ini..

Ekoran dari pendedahan WikiLeaks mengenai dakwaan terdapat seorang Menteri dibawah pentadbiran Pak Lah telah merogol amahnya banyak pihak termasuk aku sendiri tertanya-tanya siapakah menteri dari Barisan Nasional yang durjana itu?

Harakahdaily telah melaporkan kembali tulisan pemimpin akhbar pro BN, Rocky Bru atau nama sebenarnya Ahirudin Atan dalam blognya mengenai peristiwa seorang menteri merogol pembantu rumahnya pada tahun 2007 lalu.

Namun menteri berkenaan selamat walaupun laporan mengenainya sampai ke Kedutaan Indonesia, Kedutaan Amerika bahkan juga ke pejabat Perdana Menteri waktu itu, Datuk Seri (kini Tun) Abdullah Badawi.

Semalam, NGO Tenaganita menyiarkan kembali satu kenyataan akhbar yang pernah dibuat oleh Migrant Care, sebuah badan kebajikan pekerja Indonesia yang mengesahkan kejadian yang berlaku pada tahun 2007 itu.



Kenyataan yang ditandatangani oleh Wahyu Susilo (Policy Analyst), Anis Hidayah (Executive Director) dan Alex Ong (Country Director) dibuat pada 1 Ogos 2007.

Dalam kenyataan akhbar ini (lihat dibawah), Migrant Care berkata, pembantu rumah Indionesia itu bernama Robengah dan ketika itu dia berada di bawah penyeliaan Migrant Care.

Sebelum ini, Harakahdaily melaporkan, menteri berkenaan telah bersara namun menurut maklumat terbaru, dia masih berada dalam kebinet kerajaan Malaysia sekarang.

Seterusnya korang baca artikel ini..

Another Brick In The Wall melaporkan..

Does Pak Lah know or not?

At one of the four weddings I attended yesterday, I bumped into one of the Political Secretary of former Prime Minister Tun Abdullah Ahmad Badawi.

When our conversation moved into the latest issue raised by Rocky Bru, the host popped up the question Rocky raised yesterday.

He denied and claimed if such a file reached Pak Lah, he would have seen it.

It could be a potential embarassment for him and Pak Lah because another source claimed Dato Seri Najib had seen the file.

Furthermore, a Jakarta based NGO, Migrant CARE, made a press release dated August 1st 2007 to inform the case involving Indonesian maid, Robengah is under investigation and their finding will be submitted to relevant authority.

No name of the Senior Minister was mentioned but a PAS blogger claimed it had something to do with a withdrawal a month earlier by a Senior Minister from contesting for a significant position in an International body.

The press release found on Tenaganita website here is reproduced below:

Press Release
Migrant Care: Maid Raped by Malaysian Senior Minister

We are extremely concern about the alarming increases in number of such rape and physical abuses incidents happened in Malaysia. Two years ago, we failed to advocate for an Indonesian maid who was raped by a Minister from Kedah.

We wish to express our gratitude towards the concern of the Civil Society and bloggers community in Malaysia with regards to the recent Maid Raped by Malaysian senior minister.

This case involved Malaysian Politician from the ruling party whose Indonesian Maid name Robengah is currently under Migrant Care investigation.

The nature of the case is highly sensitive and involve the national interests of both countries, we hope all the concern parties will be very patient with us because Migrant Care is as concern as the other stakeholders of this loving nation of Malaysia.

As an NGO Migrant Care shall have no political interests to tarnish the image of the politician and political party involved, nor denying the rightful justice of the raped victim.

We cordially request the interested parties please do not create any untruthful speculations before the results of final investigation of which we will officially submit to the relevant authority for their further actions.

Failure of such, then we shall seek justice through international communities.

RELA, in their national missions, has already caused significant hatred feeling among the people in the Republic of Indonesia against Malaysia despite of very cordial diplomatic relationship at the top government to government level. The role of RELA as Indonesian undocumented migrant bounty hunter has become significant security threat to the regional security in the years to come.

It is timely that Malaysia – Indonesia think tank groups seriously study the migrant workers that impacted the social, political, economy and regional security.

We believe justice will be done in accordance to the law of Malaysia through the proper channel and positive constructive engagement with the authorities involved.


Jakarta, 01 Agustus 2007

Wahyu Susilo
Policy Analyst

Anis Hidayah
Executive Director

Alex Ong
Country Director

Kontak: Wahyu 08129307964, Anis 081578722874, Alex +60163121201

Migrant CARE
Perhimpunan Indonesia untuk Buruh Migran Berdaulat
(Member of Migrant Forum in Asia and International NGO Platform on Migrant Workers' Convention)
Jl. Pulo Asem I C No 15 RT 015 RW 001 Jati, Jakarta Timur 13220 Indonesia.
Telp/Fax: +62 21 4752803
E-mail: alexmigrantcare@gmail.com
Website: www.buruhmigranberdaulat.blogspot.com


Migrant CARE did not release the name of the Minister.

Neither do we know.

But one PAS blog, Jiwo Kelate linked the then Minister for Culture, Arts and Heritage, Datuk Seri Dr. Rais Yatim's withdrawal from nomination for the position of Secretary General to the Commonwealth to the case.

The blogger claimed Rais withdrew a month before the press release due to pressure from the Indonesian. Read it here.

That is PAS's blogger speculation.


Please read the entire comment in Another Brick in the Wall and Jiwo Kelate

AMARAN dari Rais Yatim..

Ini adalah AMARAN dari Rais Yatim, sila baca..

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata beliau kecewa melihat artis wanita yang berpakaian tidak sopan dan seksi pada Majlis Anugerah Skrin TV3 2010 yang lalu.. dan mengarahkan TV3 supaya menilai semula agar ianya tidak berulang pada anugerah akan datang

He..he..he.. dia warning artis yang pakai seksi la.. berjaga-jagalah wahai artis sekelian..

Rais tegur artis berpakaian seksi
KUALA LUMPUR 25 Dis. - Kumpulan Media Prima Berhad perlu membuat penilaian semula berhubung etika berpakaian dalam majlis anugerah anjurannya berikutan kekecewaan beberapa pihak mengenai artis wanita berpakaian tidak sopan dan seksi pada Majlis Anugerah Skrin TV3 2010, semalam.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, ini kerana anugerah tersebut bertujuan memberi penghargaan kepada filem, drama dan pelakon terbaik.


"Saya sebagai Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan malam tadi hanya beri fokus kepada mutu filem dan drama dipertandingkan. Saya tidak tumpukan kepada pakaian setiap artis yang hadir.

"Tetapi sekiranya ada keadaan menjolok mata dan tidak menyerikan majlis, Media Prima melalui anak syarikatnya, TV3 perlu nilai semula supaya ia tidak berulang pada anugerah akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis Krismas 1Malaysia anjuran ahli perniagaan, Datuk Seri Vanatiah Anthony, di sini hari ini.

Beliau mengulas kekecewaan beberapa pihak terutama Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang kecewa dengan pendedahan aurat yang ketara oleh artis wanita pada majlis anugerah itu.

Rais berkata, setiap manusia ingin maju dalam kehidupan tetapi bukan bererti tamadun terutama sebagai orang Melayu dicabuli oleh kelakuan atau cara berpakaian yang tidak senonoh.

"Siapa makan cili dia akan terasa pedasnya kerana saya dan pihak lain menyatakan pandangan ini dalam konteks sebenar," katanya.

Sementara itu, Ketua Wirawati Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Zaira Jaafar berkata, biarpun penampilan seseorang itu merupakan hak individu namun ia perlu mempunyai had dan batasan.

Beliau berkata, tindakan artis wanita yang mengenakan pakaian menjolok mata bukan sahaja tidak menghormati Islam sebagai agama rasmi Malaysia, malah menunjukkan mereka tidak peka terhadap sensitiviti masyarakat.

"Bukan tidak boleh berpakaian moden dan mengikut trend, namun artis wanita juga perlu peka dengan persekitaran sekeliling.

"Jangan berpenampilan keterlaluan kerana mungkin ada di kalangan peminat dan masyarakat tidak boleh menerima imej sedemikian walaupun atas dasar bersikap terbuka mahupun atas nama kebebasan," katanya.

Zaira berkata, artis wanita sepatutnya lebih menonjolkan pakaian bersifat tradisional seperti kebaya moden apabila menghadiri acara besar dan berprestij seperti majlis penganugerahan.

Kata beliau, ia bukan sahaja membuatkan pemakainya kelihatan lebih menawan dan sopan, tetapi turut menampilkan ciri-ciri kewanitaan, sekali gus memperkasakan fesyen kebangsaan.

Tokoh Buku Malaysia Tak Tahan Tengok Artis Seksi


Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata beliau kecewa melihat artis wanita yang berpakaian tidak sopan dan seksi pada Majlis Anugerah Skrin TV3 2010 yang lalu.. dan mengarahkan TV3 supaya menilai semula agar ianya tidak berulang pada anugerah akan datang

He..he..he.. dia warning artis yang pakai seksi la.. berjaga-jagalah wahai artis sekelian..

UMNO ADA AGENDA TERSEMBUNYI ?


Apa cara sekali pun, kalau Umno yang buat ia mesti boleh!!  Maka ini lah salah satu langkah atau strategi UMNO nak menawan semula negeri Selangor iaitu .. dengan melantik Dato' Haji Mohd Khusrin, 54 sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru, menggantikan  Datu' Ramli Mahmud, 56, yang menamatkan perkhidmatan pada 31 Disember.

 

Dato' Haji Mohd Khusrin yang sebelum ini sebagai Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor memang terkenal dengan tindakannya yang penuh kontraversi. Segala tindak tanduknya sering condong kepada UMNO/BN.  Boleh jadi idea melantik Dato' Khusrin ini datangnya dari kepimpinan peringkat tertinggi. Besar kemungkinan PM  Najib telah menggunakan kuasanya untuk menentukan siapa yang layak atau tidak layak memegang jawatan itu dari kaca mata UMNO. Dan Dato' Khusrin telah dianggap layak kerana sikapnya dianggap pro Umno.

Soalnya kenapa perlantikan itu telah membelakangkan Menteri Besar Selangor? Kenapa Dato' Khalid Ibrahim tidak dimaklumkan lebih awal?  Sudah tentu tindakan ini ada udang disebalik batu ! dan rakyat mudah sekali memahaminya!   Tindakan Setiausaha Politik Menteri Besar Faekah Husin dengan memberi kenyataan bahawa  perlantikan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor itu  sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri masih belum muktamad adalah tepat.

Ikhlaskah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ataupun KSN untuk meletakkan Khusrin disitu?  Ikhlaskah tindakan Umno?.. sama-sama kita boleh fikir!

Oleh : rahimothman

“Pakcik dah pangkah dacing sejak kapal layar lagi.”

Tendensi pengundi Melayu memberi undi untuk mengangkat sesebuah kerajaan berpandukan sentimen adalah satu percaturan yang silap. Kesilapan berlaku apabila mereka malas mengangkat darjat akal. Akal yang menjadi aset paling berharga dalam diri manusia dipenyek oleh nafsu sehingga nafsu mendapat ruang udara yang begitu selesa untuk membuat percaturan bagi pihak tuannya. Nafsulah yang mencipta sentimen dan melenyapkan kewarasan budi..

Mana mungkin seseorang itu dapat mencipta keputusan yang bijak dengan berpandukan sentimen?
Mengundi ialah kerja politik yang amat penting dalam sistem demokrasi. Sebelum mengundi, masing-masing sudah memahat simbol parti yang akan dipangkah. Simbol itu bukan dipahat sebaik Parlimen atau DUN dibubarkan. Malah bagi sesetengah orang pahatan itu telah berpuluh tahun usianya. Kalaulah pahatan itu besi, maka sudah berkarat besi itu.
Ada pengundi Saluran 1 berkata, “Pakcik dah pangkah dacing sejak kapal layar lagi.” Kapal layar itu merujuk kepada Parti Perikatan sebelum tertubuhnya Barisan Nasional. Seolah-olahnya sejak merdeka hingga alaf baru ini, dunia tidak pernah berubah. Bagi mereka UMNO sentiasa moleh sejak dulu, kini dan selama-lamanya. Mereka tidak dapat membezakan kepimpinan Tengku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn dengan kepimpinan Tun. Dr. Mahathir, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dato’ Seri Najib. Apalagi untuk mereka sedari bahawa UMNO sebenar telah lama berkubur. Yang ada sekarang ialah UMNO Baru yang dibuang perkataan ‘Baru’nya.
Sejak dasar penswastaan yang diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir, UMNO bukan lagi berjuang untuk rakyat. Mereka juga tidak layak dipanggil wakil rakyat. Sebahagian besar ADUN atau AP-nya adalah wakil perut dan kroni. Mereka mengaut keberuntungan ekonomi yang tidak pernah berkecukupan. Mereka mencari sekawah lauk konon untuk dijamu bersama rakyat. Namun senduk mereka cukup besar untuk mengaut segala isi yang lazat-lazat maka ditinggalkanlah untuk rakyat yang mengundinya kuah agar dapat dihirup beramai-ramai. JKKK-lah yang menjadi tukang membahagikan kuah itu. Sempat juga JKKK merasai seketul dua daging yang ditinggalkan oleh wakil-wakil mereka.
Sikap politik masyarakat Melayu lebih berpaksikan sentimen terutamanya golongan tua dan golongan pengundi luar bandar. Mereka menyokong UMNO/BN macam golongan muda dan golongan bandar menyokong pasukan bolasepak. Menjadi satu fenomena bagi golongan ini memuja pasukan Manchester United (MU), Liverpool, Chelsea dan Arsenal. Pasukan bolasepak gergasi ini tiada kena-mengena pun dengan harta dan jatidiri rakyat Malaysia. Namun mereka yang gila bola boleh saja bersengkang mata kerana menunggu perlawanan yang melibatkan pasukan pujaan mereka. Mereka rela berhabis duit mengumpul jersey, mafla dan logo kebanggaaan EPL itu. Apabila pasukan pujaan mereka menang, mereka tidak mendapat apa-apa pun. Seduit pun tidak dihulurkan oleh juara EPL kepada mereka. Hendak dibanggakan pun tak layak dan dketawakan orang. Bila pula mereka membuat MOU dengan pasukan itu?
Inilah analogi sikap pengundi yang meletakkan sentimen sebagai asas sokongan mereka. Mereka buat parti politik bagaikan pasukan bolasepak. Mereka bertindak dalam pilihanraya seperti tindakan penyokong fanatik bolasepak. Mana mungkin begini? Di manakah letaknya akal yang waras? Mengapa diperbodohkan diri sendiri?
Menyokong dan memilih pasukan bolasepak tidak melibatkan dosa dan pahala. Siapa-siapa pun secara peribadi boleh meminati pasukan itu dan ini walaupun tanpa sebab yang konkrit. Itu diharuskan sahaja selagi pasukan yang disokong itu tidak membawa imej yang bercanggah dengan Islam. Malah kini telah pun heboh isu simbol syaitan dan minum keras yang terpapar pada jersey pasukan-pasukan berkenaan. Ini bermakna dalam hal sukan pun kita kena teliti agar tidak syirik atau rosak akidah sedangkan sukan pada dasarnya diharuskan oleh syarak.
Apalagi dalam hal politik dan memilih pemimpin. Semestinya melibatkan dosa pahala dan nasib diri serta generasi. Penulis tertarik dengan perbahasan pemuda kampung dalam isu hudud. PAS memperjuangkan hudud manakala UMNO menolak hudud dengan pelbagai alasan.
Kata pemuda itu sebagai konklusi perbahasannya, “ Agama saya kata orang mencuri mesti dipotong tangannya”. Dia berkata demikian kerana oponennya berkeras menolak hukum hudud. Pemuda yang mempertahankan hudud itu menggunakan ‘agama saya’ tidak ‘agama Islam’. Ini yang menarik bagi penulis. Apabila oponennya bertanya, “ Apa agamamu?” Pemuda itu menjawab, “Islamlah.” Lalu oponennya yang mendokong perjuangan UMNO berkata,“ habis, kau seorang saja Islam?” Maksudnya, aku juga Islam macam kamu. Lalu pemuda itu berkata lagi, “Agama aku kata pencuri perlu dipotong tangan. Agamamu kata pencuri sesuai dipenjara. Mana sama agama kita? Kalaulah agama kita sama tentulah hukumnya juga sama.”
Demikianlah satu misalan yang jelas bahawa politik PAS dan UMNO melibatkan hukum dosa dan pahala. Apalagi dalam memilih pemimpin. Tentulah perlu dipilih pemimpin yang jujur, tidak rasuah, boleh memimpin demi kebahagiaan dunia sampai ke akhirat yang kekal abadi. Mana boleh pilih pemimpin kaki rasuah, kaki perempuan, kaki botol, kaki tipu dan kaki sapu.
Kesimpulannya, masyarakat mestilah memilih parti dan mengundi bertolak dari keimanan di dada (meskipun sedikit) dan disinari oleh akal yang bermaruah lagi bijaksana. Kita akan ditanya di akhirat kelak tentang amalan dan tindakan kita. Sebelum sampai di sana, di dunia ini pun kita inginkan kesejahteraan dan kemakmuran untuk diri dan terutamanya anak-anak kecil kita yang sedang membesar. Kesilapan kita memilih pemimpin bererti kita meletakkan nasib anak-anak kita dalam bahaya, gejala sosial yang menakutkan dan kesesatan hidup yang nyata. Janganlah berpegang kepada dakyah UMNO bahawa hidup hanya sekali sedangkan Islam mengajar kita bahawa hidup dua kali iaitu, sekali di dunia sekadar 60 tahun dan sekali lagi di akhirat yang kekal abadi. Ya, ingat-ingat sesungguhnya hidup ini dua kali, bukan sekali.
- Sabah Daily

Model Ekonomi Baru sekadar Bulatan Ekonomi ala-Mahathir?


Akhirnya bahagian akhir Model Ekonomi Baru (MEB) dihidangkan pada 3 Disember, lapan bulan selepas bahagian pertamanya dikemukakan.  Sepanjang tempoh ini, siri program yang dijana, misalnya Program Transformasi Ekonomi (PTE), Program Transformasi Kerajaan (GTP), Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) - kesemuanya bertemakan MEB, yang diibaratkan sebagai "Kitab Ekonomi" zaman pemerintahan PM ke-6, Najib Razak.
Persoalannya, apakah semangat perubahan yang cuba dipupuk MEB kekal sebagaimana konsep asalnya, selepas melalui perkembangan ekonomi-politik sepanjang masa ini?  Untuk meneliti persoalan ini, marilah kita mengimbas bahagian pertama MEB yang dibentangkan pada 31 Mac 2010.
Perubahan yang menyeluruh
"Malaysia memerlukan transformasi segera.  Ini akan diberikan oleh MEB melalui lapan IPS (Inisiatif Pembaharuan Strategik) dan PTE (Program Transformasi Ekonomi).  Pemungkin terpenting MEB ialah keazaman dan kepimpinan politik untuk memecahkan kebuntuan hasil rintangan daripada kumpulan berkepentingan dan menyediakan rakyat untuk menyokong perubahan berbentuk akar umbi dalam hala tuju dasar.  Dengan adanya pemungkin ini, suatu 'tolakan besar' dalam tindakan dan inisiatif dasar diperlukan untuk memulakan proses transformasi.  Tolakan ini mestilah mencetuskan momentum yang mencukupi untuk mengatasi rintangan yang boleh membantutkan kemajuan.  Apabila sahaja pembaharuan bermula, maklum balas berterusan adalah perlu bagi menyelaraskan dasar dan mengekalkan landasannya."
Demikianlah penekanan daripada Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC).  Rintangan telah dijangkakan, dan penyelesaiannya telah dikenalpasti - kepimpinan mantap dan keazaman politik.  Malah, NEAC menegaskan, seandainya program pembaharuan hanya dilaksanakan sebahagiannya, maka ia bakal mengundang kerapuhan dan ketidakstabilan yang lebih ketara daripada keadaan di mana tiada langsung perubahan dilaksanakan.
"Tiada perubahan dan tidak melaksanakan perubahan secara keseluruhan - kedua-duanya bukan pilihan Malaysia buat masa kini".  Dengan kata lain, atau ungkapan yang paling kerap keluar dari bibir Najib, "Berubah atau rebah".
Jelas, Najib melanggar "pantang-larang" yang disebut dalam bahagian pertama MEB-nya.  Najib cuba mengelakkan diri dari masalah pokok, dasar pembaharuannya berubah-ubah, kekurangan keterangkuman dan tidak berpandangan jauh ketika melihat masalah... ciri-ciri ini mengasingkan Najib daripada apa yang dikatakan "kepimpinan mantap" dan "keazaman politik".
Najib bukan mencetuskan gelombang sokongan rakyat dan kumpulan berkepentingan dengan reformasi secara menyeluruh, sebaliknya menyelaraskan langkah pembaharuannya mengikut hasrat kumpulan berkepentingan.  Lebih ketara, kerajaan hanya melaksanaan "sebahagian" pembaharuan - seandainya mengikut apa yang diperkatakan NEAC, membawa negara kepada satu keadaan yang lebih dahsyat daripada tiada pembaharuan langsung.
Model ekonomi ala-Mahathir
Pertama, kerajaan Najib menyarankan pembaharuan ekonomi dengan "penghapusan merentir (rent-seeking)" dan "pihak swasta sebagai penggerak utama dalam bidang ekonomi" pada peringkat awalnya.  Namun akhirnya ia kembali kepada "pendominasian ekonomi oleh kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)" dan "liberalisasi ekonomi palsu"-ala Mahathir, yang "mencipta lebih peluang merentir".
Mengikut rangka struktur ETP, ia seharusnya jalinan Kerjasama Awam Swasta (Public Private Partnership) yang ditunjangi pihak swasta - melabur dan menjana 12 NKEA, 131 EPP dan 60 peluang perniagaan di bawah ETP, dan kerajaan hanya memberi bantuan dari segi sumber dan dasar (pelaburan swasta 92%, 8% selebihnya daripada pelaburan awam).
Pada masa yang sama, PM Najib turut menjanjikan pelaksanaan pembidaan terbuka (open tender) dalam kebanyakan projek EPP, dan hanya mengambil pendekatan rundingan terus (direct negotiation) atau "restricted tenders" untuk kes tertentu - sebagai langkah menambah keyakinan pelaburan swasta.
Tetapi pada hakikatnya, PTE masih mengambil pendekatan "central planning" (pusat yang memutuskan) ketika melaksanakan program ini, iaitu kerajaan yang menentukan projek manakah yang harus diutamakan, dijalankan atau disingkirkan, siapa yang dipertanggungjawabkan, pengagihan sumber dan sebagainya.
Dengan kata lain, kerajaan masih mempercayai teori "kerajaan mengetahui segala-galanya" (the Government knows best), malah, ia memperlihatkan bahawa kerajaan Najib masih belum melepaskan kuasanya untuk mendominasi sumber ekonomi, dan dibiarkan pihak swasta mahupun pasaran untuk menentukan ekonomi.
Misalnya, kerajaan melantik terus Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk bertanggungjawab ke atas projek pembangunan tanah Sungai Buluh yang bernilai RM10 bilion, 1MDB untuk bertanggungjawab ke atas Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD) yang bernilai RM26 bilion.
Selain itu, proses pertimbangan masih tidak telus - contohnya PEMANDU menerima cadangan YTL Hotels untuk menyenaraikan pembinaan Hotel Majestic sebagai 18 projek yang didahulukan; tetapi pada masa yang sama tidak menyenaraikan cadangan POIC (Palm Oil Industrial Cluster) di Sabah bahawa mereka memerlukan satu container port untuk menampung keperluan mereka di sana.  Tiada orang yang mengetahui kayu ukur pertimbangan ini.  Malah, daripada pengalaman lalu, cara yang tidak telus sebegini senang membiakkan peluang merentir.
Berkompromi kepada PERKASA
Keterangkuman (inclusiveness) - satu daripada tiga matlamat MEB, menjadi sasaran kumpulan berkepentingan.  Bahagian pertama MEB yang diketengahkan pada akhir Mac 2010 telah mengundang reaksi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), yang mendesak agar Dasar Ekonomi Baru (DEB) diterapkan ke dalam MEB atas nama Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan.
Kumpulan ini tidak menerima cadangan NEAC untuk menamatkan DEB yang bertunjangkan dasar afirmatif perkauman, dan beranjak kepada "orientasi pasaran, ketelusan, merit dan keperluan".  Dasar afirmatif yang menyasarkan 40% golongan berpendapatan rendah dianggap sebagai penafian hak istimewa dan kepentingan Melayu demi kepentingan kaum lain.
Kerajaan Najib akhirnya tunduk kepada tekanan ini.  Dalam Rancangan Malaysia ke-10, bukan sahaja semangat DEB dikekalkan dengan kuota 30% ekuiti bumiputera, malah lima agenda afirmatif bumiputera diterapkan untuk mempertingkatkan keterlibatan bumiputera dalam ekonomi.  Malah, NEAC turut berganjak dari pendirian asalnya.
Pendek kata, "keterangkuman" yang dimaksudkan dalam MEB adalah "keterangkuman bersyarat", iaitu mendahulukan Melayu sebelum kaum lain berkongsi peluang yang sama dan hasil transformasi ekonomi negara.  Dalam satu kertas berjudul "Inclusiveness: A Fairer Way to Share the Economic Pie?", dibentangkan Profesor UKM, Ragayah Hj Mat Jin dalam satu persidangan anjuran MIER, beliau berkata, meskipun DEB dan dasar selepasnya berulangkali menekankan bahawa pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum, namun pada hakikatnya, pelaksanaannya hanya tertumpu kepada kaum bumiputera.  Akhirnya, kekayaan disalurkan kepada mereka yang rapat dengan orang politik.
Biarpun sekali lagi MEB menekankan keterangkuman, iaitu pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum, namun Ragayah sebenarnya meragui pelaksanaannya, kerana bukan mudah untuk mengubah satu dasar perkauman yang telah dilaksanakan sejak 40 tahun yang lalu.
Jurang kaya-miskin
Di samping itu, pelaksanaan DEB telah mewujudkan satu lagi fenomena yang tidak sama rata, iaitu ekonomi berada dalam genggaman pemerintah berikutan masalah merentir (rent-seeking) dan rasuah, atau disebut sebagai party capitalism, menurut Ragayah.  Pemimpin parti menggunakan pengaruh politiknya, bersama kroninya untuk menguasai sumber dan kepentingan ekonomi.
Situasi sedemikian menjurus kepada jurang kaya-miskin yang semakin ketara.  Ragayah menambah, jurang kemiskinan di Malaysia bukan lagi jurang perbezaan antara desa-bandar mahupun antara kaum, tetapi ketidakseimbangan dalam kaum itu sendiri.  Misalnya, dasar penswastaan telah menjadikan sesetengah bumiputera semakin kaya, sementara sesetengah bumiputera kekal hidup merana kepapaan.
Contohnya, 11 orang bumiputera tersenarai sebagai 40 orang terkaya di Malaysia menurut Forbes pada tahun 2010 menguasai kekayaan USD 4 bilion.  Antaranya, 42.5% kekayaan (atau USD 1.7 bilion) berada dalam tangan Syed Mokhtar AlBukhary.  Pada masa yang sama, kadar kemiskinan di negeri yang majoritinya Melayu seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah lebih tinggi daripada purata kadar kemiskinan negara pada tahun 2009, malah Sabah mencatat kadar kemiskinan setinggi 19.7%.  Lebih-lebih lagi, jurang kaya-miskin dalam kaum Melayu sendiri semakin ketara dalam 10 tahun kebelakangan ini, dari 0.429 pada tahun 1999 dan terus melebar kepada 0.44 pada tahun 2009.
Bukan konsep baru
Apa yang menarik, "keterangkuman" ini bukan konsep yang baru.  Pada tahun 1989, sebelum DEB genap tempoh 20 tahun pelaksanaannya, National Economic Consultative Council (NECC) yang dianggotai kerajaan, parti politik, pertubuhan perniagaan, kesatuan buruh, profesional dan NGO telah mengemukakan satu penyelesaian sebagai pengganti DEB - turut menekankan konsep "keterangkuman".
Laporan NECC menyarankan agar dasar baru yang berasaskan "merit-and-needs" dilaksanakan, menjadikan sektor swasta sebagai penggerak utama ekonomi negara.  Malah, laporan tersebut menyarankan pemansuhan dasar afirmatif perkauman selepas jurang ekonomi antara kaum diperbetulkan.
Namun, apakah yang berlaku 20 tahun kemudian?  Janji "perkongsian secara samarata hasil pertumbuhan", "pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum" tidak ditunaikan sepanjang 40 tahun ini.  Kali ini, kerajaan yang sama dengan pemikiran yang sama cuma mengulangi satu janji yang tidak ditunaikan 20 tahun lalu.
10 tahun lagi Malaysia akan melangkaui tahun 2020.  Namun, nampaknya pokok pisang yang sama sedang berbuah untuk kali kedua...

Perkasa mahu QSR, KFC kekal di tangan Bumiputera


KUALA LUMPUR, 28 Dis – Perkasa menggesa sayap pelaburan Johor, JCorp memastikan pegangannya dalam QSR Brands dan KFC Holdings kekal di bawah kawalan Bumiputera.
Timbalan Presiden Perkasa Datuk Abdul Rahman Bakar menamakan  Felda dan Tabung Haji sebagai syarikat terbaik untuk mengambil alih aset-aset JCorp sekiranya ia memutuskan untuk meneruskan penjualan pegangannya.
“Perkasa gembira dengan kenyataan Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman dan Pengerusi JCorp bahawa QSR Brands dan KFC Holdings tidak akan dijual,” kata Abdul Rahman pada sidang media selepas mesyuarat biro ekonomi Perkasa di sini hari ini.
Semalam, Ghani berkata isu mengenai cadangan untuk melupuskan kepentingan JCorp di dalam kedua-dua syarikat itu tidak timbul sama sekali.
“Isu (penjualan kepentingan dalam QSR Brands dan KFC Holdings) itu tidak timbul sama sekali. Ia sama sekali tidak benar,” katanya.
JCorp dalam satu kenyataan semalam berkata, ia tiada rancangan untuk menjual aset-aset berharganya, QSR Brands Bhd dan KFC Holdings (M) Bhd, yang dipegang menerusi anak syarikatnya Kulim (M) Bhd.
JCorp memiliki 53 peratus dalam Kulim, yang menguasai 57.5 peratus pegangan QSR. QSR pula ada 50.6 peratus pegangan dalam KFC.
Ia menerima dua bidaan untuk memiliki syarikat, kedua-duanya membabitkan firma ekuiti persendirian asing.
Tokoh perniagaan tempatan Tan Sri Halim Saad cuba membida QSR bersama ekuiti persendirian  Kumpulan CVC sebelum Carlyle Group membuat tawaran RM1.94 bilion.
Berhubung hutangnya, Perkasa mengesyorkan agar JCorp disusun semula bersama dengan kesemua anak syarikatnya.
“Perkasa mengalu-alukan langkah JCorp untuk menyusun semula pengurusan JCorp dan anak-anak syarikatnya,” kata Abdul Rahman.
Katanya, mereka yang menyebabkan beban kewangan  JCorp tidak wajar memegang jawatan dalam syarikat itu lagi.
Ketua Pegawai Eksekutif JCorp Tan Sri Muhammad Ali Hashim yang mengetuai perbadanan itu selama 28 tahun melepaskan jawatannya Julai lalu.
Beliau dugantikan oleh Kamaruzzaman Abu Kassim.

Rakyat Iran dinasihat hormati undang-undang Malaysia

KUALA LUMPUR, 28 Dis – Rakyat Iran yang berada di Malaysia dinasihatkan supaya menghormati undang-undang dan peraturan di negara ini selain melakukan aktiviti yang didasarkan kepada perpaduan dan persaudaraan Islam.
Menurut kenyataan Konsul Kebudayaan Kedutaan Iran di sini, apa yang harus diutamakan ialah prinsip amalan umat Islam berhubung kerjasama, persefahaman dan rundingan.
“Kami yakin prinsip ini lebih penting daripada berbalah mengenai perbezaan yang kecil,” kata kenyataan itu yang dikeluarkan berikutan bantahan terhadap laporan media mengenai pengikut ajaran Islam tertentu.
Konsul itu berharap kerajaan Malaysia akan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengikis kesan negatif daripada dakwaan terhadap ajaran itu dan mengelaknya daripada berulang. – Bernama

Siasat menteri ‘perogol’, desak MP Pakatan

alex_surat_migrancareOleh Patrick Lee
PETALING JAYA: Ahli Parlimen (MP) Pakatan Rakyat mendesak agar siasatan dijalankan terhadap dakwaan bahawa seorang menteri telah merogol pembantu rumahnya dari Indonesia.
Kes rogol ini dikhabarkan telah disembunyikan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2007.
Menurut penulis blog terkenal Ahiruddin Atan atau lebih dikenali sebagai Rocky Bru, dakwaan ini dibuat melalui laman web pendedah WikiLeaks.

“Memandangkan seorang menteri terlibat, kerajaan perlu berterus terang dalam perkara ini. Mereka perlu menjelaskan perkara ini,” kata MP Klang-DAP Charles Santiago.
Tambahnya, meskipun kejadian tersebut berlaku semasa pemerintahan Abdullah, perdana menteri sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu bertanggungjawab.
“Pentadbiran Najib perlu bertanggungjawab. Adakah Najib tahu kisah di sebalik kes ini? Ini adalah persoalan yang perlu ditanya,” katanya.
MP Shah Alam – PAS Khalid Samad memberitahu FMT bahawa dia hairan perkara sebegini berlaku semasa pentadbiran Abdullah.
Jika ia benar, ia sangat tragis. Abdullah dilihat sebagai insan yang mempunyai moral tinggi,” kata beliau.
Khalid menambah bahawa dia tidak dapat bayangkan bagaimana seseorang yang dipandang mulia seperti Abdullah boleh membenarkan kes sebegini disembunyikan.
Beliau turut mempersoalkan mengapa menteri yang didakwa perogol telah dibenarkan untuk meneruskan khidmatnya.
“Saya tidak fikir Malaysia kekurangan pemimpin yang baik dan berkebolehan (supaya mereka boleh) tutup kes ini untuk membolehkannya (perogol) kekal sebagai menteri,” kata beliau.
“Ini satu dakwaan serius. Kerajaan tidak sepatutnya hanya mengetepikannya tetapi perlu mendalami perkara ini.”
Berhati-hati dengan Wikileaks
Para MP juga sangat berwaspada terhadap pendedahan sebegini. MP Balik Pulau-PKR Mohd Yusmadi Mohd Yusoff berkata penyiasatan rapi perlu dibuat atas dakwaan dibuat.  Sehingga penyiasatan dibuat, sesiapa pun boleh mengatakan apa sahaja mengenai menteri tersebut,” kata beliau.
Yusmadi menambah bahawa penyiasatan memberikan peluang kepada mangsa rogol tampil ke hadapan dengan bukti.
Santiago pula menyatakan dakwaan dalam laporan tersebut juga perlu diperhalusi. “Pendedahan ialah pendedahan. Anda tidak tahu samada ia benar atau tidak,” tambah beliau.
“Anda perlu berhati-hati dengan WikiLeaks. Ia (laporan WikiLeaks) memberi kesan buruk,” kata beliau sambil menambah laporan tersebut mungkin hanya perbincangan di antara Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia dan kerajaan Malaysia.”
Mantan presiden Transparency International – Malaysia Ramon Navaratnam bersetuju dengan Santiago.
“Kesahihan laporan ini dipersoal kecuali jika kita mempunyai dokumen untuk merujuk dan mengesahkan bahawa laporan tersebut bukan tiruan,” kata beliau.
“Jika ia disahkan benarkan dan bukti sangat tepat, maka mereka yang bersalah perlu bertanggungjawab. Ini perlu demi integriti ketelusan dan ciri pemerintahan kerajaan yang baik,” tambah Navaratnam.
Sementara itu, harakahdaily melaporkan, kisah seorang pembantu rumah Indonesia dirogol oleh majikannya yang merupakan seorang menteri bermula apabila sebuah badan kebajikan dan hak asasi manusia, Migrant Care, menerima sepucuk surat aduan daripada adik mangsa.
Surat tanpa tarikh yang ditaip dengan mesin taip biasa itu mendakwa kakaknya yang bernama Robengah telah diperkosa oleh seorang menteri kerajaan Malaysia beberapa kali.
"Kakak saya telah diperkosa oleh majikannya Pak Menteri beberapa kali.
Hingga satu hari tanggal 19/02/07, kuasa Allah perbuatan kejinya itu telah terlihat oleh Datin isterinya yang sangat baik melayan semua pembantu rumah.
Datin telah hantar kakak saya pulang ke Indonesia keesokannya, tanggal 20/02/07," cerita adik mangsa kepada badan yang menjaga kebajikan pekerja Indonesia yang bekerja di luar negeri itu.
Melalui surat inilah, Migrant Care telah menyiasat laporan ini dengan menghantar tiga sukarelawannya ke rumah Robengah yang terletak di Banjarnegara, Jawa Tengah, Indonesia.
Migrant Care adalah Perhimpunan Indonesia untuk Buruh Migran Berdaulat (Member of Migrant Forum in Asia and International NGO Platform on Migrant Workers’ Convention) yang beralamat di Jl. Pulo Asem I C No 15 RT 015 RW 001 Jati, Jakarta Timur 13220 Indonesia.
Banyak kes yang berjaya diselesaikan oleh mereka dalam menjaga kebajikan pekerja Indonesia di Malaysia. NGO ini juga membantu rakyat Malaysia yang ingin mencari saudara mara mereka di Indonesia sebagaimana yang berlaku kepada keluarga Azreen Che Ishak, gadis dari kampung Sawah, Rantau, Negeri Sembilan yang dibawa ke Lombok, Indonesia.
Perjalanan ke Banjarnegara pada 24 Julai 2007 merupakan satu perjalanan yang panjang bagi para sukarelawan ini. Ia bermula sehari sebelum itu lagi apabila mereka bertolak dari Jakarta ke Jawa Tengah pada 23 Julai. Namun, demi tugas, mereka ke sana untuk mengesahkan laporan yang mereka terima itu.
Perjalanan ke Banjarnegara
Ketika dalam perjalanan, mereka terngiang-ngiang kata-kata rayuan adik mangsa rogol ini yang meminta kasihan belas agar kehormatan wanita Indonesia ini dibersihkan.
"Tolong kami Pak. Bersihkan kehormatan wanita Indonesia yang mencari rezeki buat anak-anak yang sekolah. Apakah memperkosa pembantu rumah pekerja asing yang tak bisa baca dan tak bisa tulis, adalah satu budaya orang kenamaan di Malaysia," rayu adik mangsa dalam surat aduan itu.
Melalui alamat yang diberikan adik mangsa itu, mereka berjaya menemui Robengah yang sedang sibuk mempersiapkan makanan untuk pekerja yang sedang mempersiapkan rumah baru mereka.
Mereka ke sana untuk mendapatkan cerita sebenar dari mangsa sendiri. Ini kerana, surat aduan itu penuh keyakinan kakaknya akan ceritakan segala-galanya.
"Kakak saya akan ceritakan segala-galanya. Saya sertakan foto majikannya bersama kakak saya yang berdiri disebelahnya bersama pembantu rumah yang lain dan Datin isterinya," cerita surat aduan itu lagi.
Namun mereka bertiga juga teringat pesan adik mangsa itu. Ini kerana, beliau bimbang kes yang berlaku kepada wanita Monggolia, Altantuya Shariibuu berulang kepada kakaknya.
"Tolong bapak rahsiakan alamat kakak saya kerana Pak Menteri itu punya banyak wang dan kenalan di Indonesia. Khuatir nanti keluarga kakak saya akan diapa-apakan seperti kasus Altantuya di Malaysia," tulis adik mangsa itu lagi.
Mereka bertiga sampai di rumah Robengah kira-kira jam 11 pagi. Namun, suasana yang ada tidak membolehkan isu pemerkosaan ini ditanya terus kepadanya sehingga jam lewat petang. Ini kerana suami serta dua anaknya sentiasa berada di sisinya.
Mereka hanya berjaya mendapat sejarah kerja Robengah di rumah majikannya di Kuala Lumpur selama lapan tahun itu. Dalam pada itu, mereka juga sempat bergambar bersama.
Pengakuan Robengah
Namun, selepas pulang ke rumah salah seorang dari mereka iaitu kira-kira jam 8.30 malam, mereka menelefon Robengah melalui anaknya.
Dalam perbualan telefon itulah, Robengah mengaku diperkosa majikannya. Tetapi beliau meminta sangat-sangat isu pemerkosaan itu tidak diperbesarkan kerana dia malu dan takut.
Maklumlah, dia hanya orang kecil sedangkan Pak Menteri itu orang besar dan berpengaruh.
Suami Robengah juga menelefon mereka semua supaya isu ini tidak diperbesarkan dan menganggap ini adalah satu cobaan untuk keluarganya.
Pada 26 Julai sekali lagi para sukarelawan ini menelefon Robengah melalui ibu pejabat mereka di Jakarta.
Robengah kali ini juga meminta agar ia tidak diperbesarkan namun dia mengesahkan telah diperkosa menjelang pulang ke kampung halamannya.
Menurut adiknya, kali terakhir Robengah diperkosa pada 19 Februari 2007 dan kejadian ini telah terbongkar apabila dilihat sendiri oleh isteri menteri ini.
Robengah kemudiannya telah dihantar pulang oleh isteri menteri itu pada keesokan harinya iaitu pada 20 Februari 2007.
Kenyataan media
Selepas membuat penyiasatan dan menemubual mangsa inilah, Migrant Care telah mengeluarkan satu kenyataan media pada 1 Ogos 2007. Ia telah ditandatangani oleh tiga orang iaitu Wahyu Susilo (Policy Analyst), Anis Hidayah  (Executive Director) dan Alex Ong (Country Director).
Kenyataan ini telah disiarkan kembali oleh Tenaganita, sebuah NGO hak asasi pekerja pada  26 Disember baru-baru ini selepas dokumen siasatan kes ini didedahkan oleh WikiLeaks.
Dokumen siasatan kes pemerkosaan ini dikatakan telah sampai ke kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur, kedutaan Amerika di Jakarta dan pejabat Perdana Menteri ketika Datuk Seri (kini Tun) Abdullah Ahmad Badawi adalah Perdana Menterinya.
Berdasarkan dokumen dari kedutaan Amerika inilah WikiLeaks mendedahkan kembali kes ini kerana dokumen yang didedahkan oleh WikiLeaks semuanya daripada dokumen yang bocor dari Amerika.
Pendedahan ini kemudiannya diangkat oleh blogger Rocky Bru (Ahirudin Atan), pemimpin akhbar The Malay Mail, dalam blognya baru-baru ini.
Bermula dari situlah Harakahdaily menyiasat kes ini dan mendapat cerita ini. Menurut maklumat awalnya, menteri ini sudah bersara tetapi selepas disiasat rupanya menteri ini masih kekal dalam kabinet Datuk Seri Najib Razak sekarang.