SHAH ALAM, 27 Dis — Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa saksi utama kes itu, Muhammad Azamuddin Omar, mendakwa beliau dipukul semasa melarikan diri daripada anggota polis selepas mangsa Aminulrasyid Amzah ditemui mati di dalam kereta Proton Iswara putih yang dipandunya pada 26 April lepas.
Pegawai Penyiasat kes itu, ASP Abdul Halim Ismail, berkata beliau mendapat tahu bahawa Azamuddin membuat laporan polis kerana dipukul oleh anggota polis pada hari yang sama.
Beliau berkata Azamuddin yang hanya cakar-calar di tubuh badannya akibat dakwaan itu, dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, olehnya pada pukul 2.45 pagi, 27 April lepas, bagi membuat pemeriksaan perubatan.
Abdul Halim berkata demikian ketika memberi keterangan pada perbicaraan Koperal Jenain Subi, 48, yang didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid, 15, di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini antara 1.10 pagi dan 2 pagi pada 26 April lepas.
Jenain didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun, dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Aminulrasyid dilaporkan meninggal dunia kerana luka tembakan di kepala.
Sebelum ditemui mati, dua kereta peronda polis telah mengejar dan melepaskan tembakan ke arah kereta yang dipandu remaja itu yang turut dinaiki Azamuddin.
Semasa disoal oleh Timbalan Pendakwa raya Mohd Dusuki Mokhtar sama ada beliau nampak sebarang kecederaan pada fizikal Azamuddin, Abdul Halim berkata beliau tidak nampak dan cuma ada kesan calar.
Abdul Halim turut memberitahu mahkamah sebelum beliau membawa Azamuddin ke HTAR, beliau telah mengambil keterangan daripada remaja itu pada pukul 1 pagi 27 April.
Azamuddin memberitahu Abdul Halim mengenai insiden itu dan beliau telah menyimpan baju yang dipakainya yang terkena darah Aminulrasyid pada malam kejadian di rumah rakannya, Zubir Salleh.
Abdul Halim berkata beliau bersama lima anggota polis dengan Azamuddin kemudian pergi ke rumah Zubir di Jalan Gedombak Seksyen 11 di sini dan menemui pakaian itu, baju dan seluar di dalam beg plastik, berhampiran longkang kira-kira 150 meter dari rumah Zubir dan telah dibasuh oleh Azamuddin sebelum disembunyikan.
Semasa proseding hari ini, Abdul Halim mengesahkan seluar pendek berwarna biru muda dengan corak bunga raya dan kemeja berwarna merah muda yang ditunjukkan kepadanya oleh pihak pendakwaan sebagai pakaian yang ditemui pada 27 April lepas.
Abdul Halim juga memberitahu mahkamah beliau yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) telah diarahkan oleh Pegawai Turus D9 Selangor SUP Dennis Leong Soon Kuai supaya mengambil alih penyiasatan kes itu daripada Pegawai Penyiasat, ASP Ahmad Fauzi Mohamed Zin, pada pukul 12 tengah hari 26 April lepas.
Sementara itu semasa disoal balas oleh peguam bela Jenain, Salim Bashir, Ahmad Fauzi berkata beliau ada melihat sebilah parang di dalam kereta Iswara yang dipandu oleh Aminulrasyid dan foto parang itu telah dirakamkan oleh jurugambar Lans Korporal Ahmad Zamzami Abdul Wahab semasa kehadiran beliau.
Bagaimanapun Ahmad Fauzi berkata beliau tidak melakukan siasatan bagi mengetahui siapa pemilik parang itu.
Perbicaraan di hadapan Hakim Latifah Mohd Tahar disambung esok. — Bernama

KOTA BARU, 27 Dis — Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) mahu gerakan dakwah di negeri ini turut memberi tumpuan kepada bukan Islam bagi memberikan penjelasan kepada mereka bahawa Islam bukan agama ekstremis seperti digambarkan pihak tertentu.
“Apa yang saya mahu, gerakan dakwah turut tertumpu kepada bukan Islam supaya mereka dapat memahami Islam bukan agama yang dimomok sebagai ekstremis dan pengganas.
“Inilah antara apa yang tidak memuaskan hati dan saya merasa terkilan,” katanya ketika merasmikan Majlis Graduasi Pelajar Maahad Tahfiz Yayasan Islam Kelantan (YIK) di sini, hari ini.
Beliau berkata walaupun sejarah perkembangan dakwah dan pondok telah bertapak begitu lama di Kelantan, namun dakwah yang dijalankan tidak menyeluruh kepada masyarakat bukan Islam dan hanya tertumpu di kalangan orang Melayu dan umat Islam sahaja.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Datuk Mohd Amar Abdullah berkata semua Maahad Tahfiz di bawah Yayasan Islam Kelantan akan mewajibkan pelajar membaca sehelai muka surat al-Quran sebelum memulakan sesi pembelajaran mereka.
Ini bagi melatih dan membolehkan pelajar khatam 30 juzuk al-Quran dalam tempoh setahun, katanya. — Bernama

KUALA LUMPUR, Dec 27 – Datuk Seri Anwar Ibrahim defended today PKR’s unexpected decision to appoint N. Surendran as vice-president, indirectly sniping at rebel MP N. Gobalakrishnan’s for questioning the move.





KUALA LUMPUR, 27 Dis: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) membantah keras pelantikan Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi Felda yang baru dan mendesak Perdana Menteri menarik semula pelantikan tersebut.





Wakil rakyat DAP itu berkata, kerusi itu harus diisi oleh calon yang betul-betul komited, berupaya dan bebas sahaja.
Sementara itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri 


Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, keuntungan besar yang diperolehi oleh Felda sepatutnya diagihkan dengan sewajarnya kepada peneroka, tetapi dengan memberikan bonus yang terlalu kecil kepada peneroka menyebabkan Felda mengautkan keuntungan berkali ganda.



GOMBAK, 27 Dis: Kerana menjemput Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberikan tazkirah di suraunya, pengerusi Surau Al Ehsan, Taman Samudera dekat sini diberikan surat tunjuk sebab oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohamad Khusrin Munawi.

