Ahad, 26 Disember 2010

Malaysia-Indonesia: NGO Disaran Jernihkan Keadaan

SHAH ALAM 26 DIS : Persepsi negatif rakyat Indonesia terhadap Malaysia dapat dipulihkan sekiranya terdapat kerjasama lebih baik antara kedua-dua kerajaan.

Pengerusi Teras Keupayaan Melayu (Teras) Azmi Abd Hamid menyatakan pentingnya isu asas antara kedua-dua negara ini difokuskan dalam perbincangan semasa agar masalah yang timbul dapat diuruskan dengan lebih baik.

Dalam perbualan telefon dengan Tv Selangor, Azmi mencadangkan kerjasama lebih baik antara NGO, badan keagamaan, golongan intelektual, golongan artis dan wartawan kedua negara sendiri bagi membantu menjalin kerjasama erat tanpa terlalu bergantung kepada kerajaan.

"Kalau kerajaan dan juga badan bukan kerajaan dapat antara dua negara ini dapat sering mengadakan program bersama dalam memfokuskan isu fundamental dan isu lebih menyeluruh dalam membina rantau lebih maju, saya rasa keadaan akan tidak tertumpu sangat pada masalah yang timbul dari semasa ke semasa," katanya.

Kajian kendalian firma Indonesian Survey Circle (LSI) dikeluarkan 23 Disember lalu menunjukkan hampir 60 peratus rakyat republik itu tidak suka pada Malaysia disebabkan perkembangan semasa.

Hasil kajian yang menemui 1,000 rakyat Indonesia pada September dan Oktober lalu menyebut 59.2 peratus tidak menyukai Malaysia.

Hal ini disebabkan beberapa isu seperti anggapan layanan buruk ke atas pekerja-pekerja asing Indonesia di Malaysia, isu sempadan dan isu warisan budaya seperti batik dan lagu.

Menurut Azmi, antara penyebab hal ini ialah kelemahan kerajaan kerana sering berlengah dari mengadakan perbincangan menyelesaikan masalah sebegini.

"Selain itu beliau juga tidak menolak pendapat pihak tertentu sendiri mahukan hubungan kurang baik antara kedua rantau serumpun sehingga memperalatkan sesetengah golongan bagi mewujudkan 'suasana' tidak selesa antara perhubungan kedua negara serumpun ini.

"Rantau ini dipanggil rantau serumpun, bangsa serumpun antara Malaysia dan Indonesia juga dicemburui pihak luar dianggap juga satu kekuatan yang dicemburui pihak luar. Oleh itu sering dibangkitkan isu-isu perbezaan dan juga masalah ini sehingga ketegangan itu semacam dibajai dan diberi dorongan itu," katanya.

Presiden lancar Majlis Perwakilan PAS Luar Negara

MANCHESTER, 26 Dis: PAS mengorak satu lagi langkah ke hadapan dengan melancarkan PAS Representative Council of UK & Eire (Majlis Perwakilan PAS Luar Negara) di Manchester Conference Center, Manchester, United Kingdom (UK) oleh Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, semalam.
Majlis ini turut dihadiri oleh Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Politik kepada Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Pengerusi PAS Representative Council of UK & Eire, Jupri Bade dan rakyat Malaysia di United Kingdom.
Majlis Perwakilan ini dianggotai oleh para teknokrat dan profesional Malaysia di UK dan Ireland bagi meneruskan dakwah Islam buat semua rakyat Malaysia di seluruh dunia amnya dan di bumi United Kingdom dan Ireland umumnya.
“Sebagaimana kita mengamalkan demokrasi di Malaysia, kita juga mengamalkan demokrasi di UK. Malah rakyat Malaysia di UK dan Ireland boleh belajar daripada keterbukaan demokrasi di UK yang sebenarnya dipelajari dan dikaji daripada sistem Islam itu sendiri.
“Masyarakat Eropah sebelum kedatangan Islam, tidak mengenali sistem demokrasi seperti yang ada pada hari ini, dan hanya mengenalinya selepas mengenali keadilan Islam kepada semua,” kata Tuan Guru Abdul Hadi pada majlis itu.
Di dalam kenyataannya pada majlis pelancaran tersebut, Jupri Bade yang dilantik sebagai Pengerusi Majlis Perwakilan yang pertama menyebutkan bahawa keanggotaan majlis hanya dilantik secara terus oleh PAS, bagi mewakili dan meneruskan visi dan misi PAS dalam memperjuangkan dan menegakkan Islam.

















Bantah imbuhan RM500 tapi sokong bina menara RM5 bilion

Tindakan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa kerajaan akan muflis jika memberikan RM500 imbuhan kepada guru disifatkan sebagai tidak berasas.
Pengerusi Tetap Kongres KEADILAN, Ishamuddin Ismail hairan dengan sikap Muhyiddin yang mempertikai usaha baik itu tetapi pada masa sama membisu berhubung cadangan pembinaan Menara 100 tingkat yang bernilai RM5 bilion.
“Alahai Muhyiddin, RM500 kedekutnya kamu, Menara RM5 bilion boleh pula? Kanak-kanak pun tahu antara RM500 dan RM5 bilion, yang mana akan menyebabkan negara muflis,” katanya kepada Wadah Keadilan.
Beliau yang berpengalaman sebagai guru selama 15 tahun berkata kerajaan tidak seharusnya melihat imbuhan RM500 itu sebagai wang semata-mata tetapi meneliti beban yang ditanggung guru pada masa ini.
“Jangan lihat pemberian imbuhan itu dari aspek perniagaan antara kerajaan dan rakyat tetapi lihatlah dengan jujur dengan mengambil kira bebanan yang ditanggung guru ketika ini.
“Pakatan Rakyat menghargai sumbangan besar guru berbanding kerajaan Umno BN yang menganggap pemberian itu dari aspek politik sempit mereka,” katanya yang kini berkhidmat sebagai Kaunselor di salah sebuah IPTS di Malaysia.
Beliau mengulas kenyataan Muhyiddin yang berkata kononnya kerajaan akan muflis jika imbuhan RM500 sebagaimana yang akan dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat dalam tempoh 100 jika berjaya menawan Putrajaya.
Perkara itu adalah satu dari 10 langkah awal Pakatan Rakyat yang akan dilaksanakan sebaik menawan Putarajaya pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Beliau berkata, banyak lagi faedah yang akan diperolehi oleh rakyat jika gabungan KEADILAN, PAS dan DAP diberi peluang membentuk kerajaan baru.
“Saya optimis cadangan itu sudah dikaji dengan mendalam. Tambahan pula, Anwar selaku bekas Menteri Pendidikan cukup maklum dengan peranan dan bebanan seorang guru,” kata bekas Kaunselor Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu.
Anwar pernah dilantik sebagai Menteri Pendidikan Malaysia sejak 1986 hingga 1990.

Ketuanan Rakyat : 3 Malaysis : 0 Indonesia

Mohd Safee Mohd Sali meraikan gol jaringannya ketika Malaysia bertemu Indonesia pada perlawanan final pertama Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Ahad. Malaysia menundukkan Indonesia 3-0

FATWA DI LANGGAR KERANA BERFAHAMAN SEKULAR

Ideologi sekularisme tajaan barat yang memisahkan urusan kehidupan dunia dari agama telah menular ke hampir semua negara Islam di dunia ini. Rupa rupanya ideologi ini telah memberi hasil yang amat buruk sekali kepada penghidupan manusia sejagat. Kehidupan manusia bukan bertambah baik tetapi menjadi begitu pincang dan cacat.
Di barat di mana ideologi ini bermula masyarakat manusia sudah hilang identiti kemanusiaannya. Manusia ramai yang sudah tidak percaya kepada agama, kerana mereka menganggap agama itu candu yang merosakkan akal fikiran manusia. Walhasil tanpa agama, mental dan spiritual manusia di kuasai oleh nafsu dan syaitan, hingga jadilah manusia saperti syaitan atau binatang. Akal dan jiwa yang murni sudah tidak berfungsi lagi.
Kita orang Timur walaupun katanya beragama,(yang mengaku beragama Islam pun juga) sudah berjaya di rosakkan oleh fahaman sekular tajaan barat itu. Kita sudah hampir jadi senasib dengan orang barat sebab agama tidak di jadikan panduan hidup. Agama pada sesetengah orang hanya tinggal nama sahaja. Sebab itu umat Islam di timur, termasuk di Malaysia yang sepatutnya hidup dalam keadaan berbaik baik sudah jadi kelam kabut dan huru hara macam orang barat.
Pemerintah dan pemimpin oleh kerana berfahaman sekular mereka menganggap agama perkara kedua dalam pentadbiran negara. Jika ada fatwa yang di keluarkan oleh mufti mufti yang mereka sendiri lantik, yang tidak menyebelahi mereka, mereka tak ambil peduli dan langgar. Mereka  menjatuhkan kredibilti mufti mufti mereka sendiri.
Contoh, pada satu ketika dulu seorang mufti negeri Perak telah menfatwakan bahawa aktiviti "Jom Heboh" mendorong kepada maksiat maka ianya haram di anjurkan. Pemerintah tak ambil peduli.
Sepatutnya kalau mahu membenarkan ianya di anjurkan juga cari jalan alternatif untuk "mengIslamkan" Jom Heboh itu. Ini boleh dilakukan kalau mahu, seperti yang dilakukan oleh kerajaan Negeri Kelantan tidak lama dulu. Jom Heboh berjaya di anjurkan di sana dengan syarat syarat yang di tetapkan, iaitu megikut lunas lunas syariat Islam.
Begitu juga berlaku dalam persatuan persatuan, NGO dan parti Islam yang juga tidak kecuali di landa fahaman sekular. Ada sebuah parti yang mempunyai dewan ulama tetapi kerap kali suara mereka tidak mahu di dengar oleh beberapa orang pemimpinnya kerana pendapat dan nasihat dewan ulama mereka tidak menyumbang kepada "politik gain" parti.
Walaupun mereka mengaku mereka tidak sekular, samada sedar atau tidak, sengaja atau tak sengaja, tetapi ajaran sekular mereka guna juga. Ini menunjukkan fahaman sekular telah melanda di mana mana tempat orang Islam macam bah yang tidak dapat di bendung lagi.
Sekular mengajar ulama ulama yang patut jadi obor menaungi umat menjadi peluru peluru berpandu yang mengeluarkan fatwa fatwa yang bercanggah di antara mereka hingga umat jadi kucar kacir.
Sekular juga mengajar ibu ayah yang sepatutnya jadi ketua rumahtangga menjadi penjahat penjahat yang menyeksa anak anak. Anak anak sepatutnya begitu kasih dan taat kepada kedua ibu bapa. Tetapi tidak demikian. Ajaran sekular telah mengajar anak kita bertanya kita balik "Mengapa lahirkan saya di dunia, mengada ngada nak lahirkan saya maka tanggunglah beban?" Begitulah sikap anak berpendidikan sekular.
Suami isteri susah untuk berbaik baik. Suami kalau mahu "menggauli" isteri tanpa persetujuan di kira rogol dan suami boleh didakwa di mahkamah. Ini ajaran sekular. Mereka tinggal serumah tetapi tidak sehaluan. Sering berselisih faham, berkrisis, berpecah belah dan bercerai berai. Kegilaan kepada dunia serta sikap kau kau aku aku yang di ajar oleh fahaman sekular telah memutuskan kasih sayang dan rasa kemanusiaan sesama manusia.
Muda mudi sekular zaman ini sudah rosak sama sekali.Mereka bukan lagi pemuda pemudi harapan agama dan negara bahkan menjadi pemuda pemudi masaalah agama dan negara. Sistem pendidikkan sekular yang di guna pakai oleh pemerintah gagal melahirkan manusia manusia yang bertanggung jawab.
Sekularisme tidak ada cara untuk memproses manusia supaya berfungsi sebagai manusia. Nafsu sahaja yang digemukkan tapi jiwa dan akal manusia tidak di bentuk untuk menjadikan manusia benar benar manusia saperti yang gariskan dalam ajaran Islam. Akhirnya manusia mewarisi watak haiwan atau syaitan. Sudah tentu ah  acuan yang rosak akan mengeluarkan kuih yang rosak.
Bilakah akan lahir seorang pemimpin penyelamat yang akan menyelamatkan umat Islam sedunia dari cengkaman Sekularisme ?
Wallahu'alam.

p/s: Siapakah pembawa amalan Sekularisme di negara ini...????

Ketuanan Kencing : Fitnah zina adun selinsing,Bloggers UMNO nak tawan kelate..muakakaaka..

WOI ANJING YAHUZI,PAPAGOMO DAN PARA KONSPIRATOR,JANGAN MIMPI LA YAHUDI LAHANAT ZUINOS UMNO NAK TAWAN KELATE,MALAYSIA NIH PUN DAH MACAM NERAKO KORANG BUAT BABI UMNO LAHANAT BANGSAT

SKANG KORNAG DOK BUAT GERAKAN NAK PERJATUH KERAJAAN PAS/PAKATAN RAKYAT DI KELATE YER?

KORNAG BUAT FITNAH SUKA-SUKA JER,YA LA KAN, FITNAH SEKS ADALAH MAINAN KORANG SEJAK KES LIWAT 1 DAN 2,SKANG KORNAG SERANG KELATE DENGAN FITNAH ADUN PAS SELINSING,PASIR PUTEH BERZINA LAK.ISK ISK ISK..MEMANG YAHUDI ZIONIS  DAJAL SUNGGUH





Oleh: Pria Malaya

Sudah lama penulis menyimpan hasrat utk mengulas isu ini..isu yg dimaksudkan ialah sandiwara lakonan blogger Papa Gomo dan kumpulan yang menggelarkan diri mereka Nadi Rakyat, ttg kononnya saksi kes ADUN Selising ini diserang dan cuba dibunuh oleh ADUN Selising dan PAS Kelantan..



Penulis tidak ambil kisah sangat jika sandiwara ini dijaja di dalam blog2 dan facebook mereka, tetapi apabila Utusan memainkan peranan menyebarkan sandiwara ini, maka penulis kira perlu dijawab segala fitnah dan tohmah mereka ini....

Dan penulis bernasib baik..rupanya isu ini dahulunya dikupas oleh rakan bloggerer 'propartiislammalaysia.blogspot.com' ketika mengulas sandiwara blogger Umno bersama individu yang kononnya saksi utama kes ini..

Penulis lampirkan di bawah dengan beberapa penambahan (ayat penulis) bagi memudahkan pembacaan dan pemahaman...penulis tidak menuduh sesiapa, cuma penulis persoalkan dan mahu pihak ini buktikan dakwaan mereka jika apa yg diceritakan itu adalah benar..sila baca dan fikir2kan...wallahua'lam...





SANDIWARA NADI RAKYAT DAN SAIDI HUSSIN

BONGKAR 1

Kurang 24 jam selepas penafian Adun Selising tersebut,satu sandiwara yang maha hebat telah berlaku. Kononnya,terdapat sebuah kereta telah bertindak merempuh kereta saksi utama,Saidi Hussin yang menyebabkan dia pengsan dan tidak sedarkan diri.

Antara cerita penglipur lara yang disajikan blogger ini ialah:
"Dalam perjalanan ke rumah rakannya itu Ustaz Saidi membuat satu pusingan di sebuah simpang jalan dalam Rhu dan secara Tiba tiba Motokar Avanza yang mengekori beliau telah Melanggar dengan kuat di bahagian hadapan Sisi kanan tempat pemanduaan.

Pelanggaran itu menyebabkan hentakkan kuat di kepala Ustaz Saidi dan tidak sedarkan diri. Ustaz Saidi kembali sedar di Hospital dan apabila pulang ke lokasi kejadian di lihat kenderaan nya sedemikian rupa." - Nadi Rakyat


(Saidi Hussin dengan machonya menunjukkan keretanya yang remuk)

Sebelum kita memberi komen mengenai gambar di atas,di bawah penulis lampirkan status si pemfitnah Papa Gomo di facebooknya:
"Gomo,Azmy dan Pas Beruk sampai di Pasir Putih malam ini bertujuan untuk menyampaikan berita PANAS kepada semua isu Adun Selising yang ZINA!" - Papa Gomo
Nampak?Pada hari kejadian,si pemfitnah itu memang ada di Pasir Puteh bersama rakan-rakannya.

Okay,berbalik kepada gambar di atas,penulis ingin membawa kita semua kepada gambar kereta di atas.

Sila lihat tahap kerosakannya yang remuk teruk di bahagian pintu pemandu dan pintu belakang sebelah kanan.




(Cermin bahagian sisi kanan pemandu pecah kesemuanya..)

Gambar di bawah pula adalah gambar satu mangsa kemalangan yang terkena sepihan kaca di muka dan menusuk ke dalam mata.


(Ini contoh gambar mangsa kemalangan yang terkena sepihan cermin..)

Inilah logiknya seseorang yang benar-benar dilanggar dan terlibat dalam kemalangan.

Persoalannya sekarang,apakah kecedaraan yang berlaku pada si Saidi ini?Lihat,langsung TIADA kecederaan di mukanya akibat serpihan cermin keretanya yang pecah walhal keretanya remuk teruk.

Atau,adakah si Saidi ini memakai helmet di dalam kereta sehingga tiada langsung kecedaraan di mukanya seperti orang-orang yang benar-benar terlibat dalam kemalangan.

Seterusnya,lihat pula kadar keremukan kereta tersebut. Dianggarkan bahawa kereta tersebut dihentam kuat di bahagian pemandu yang mana,jika tidak kena pada tempatnya pemandu kereta tersebut mungkin akan cedera parah dan kalau nasib tidak baik,ajal boleh menjemput.Tapi Saidi?



Dia cuma pengsan tanpa apa-apa kecederaan.Wah,memang kebal juga si Saidi ini.Satu lagi,jika kita perasan mengenai peribadi Saidi ini,dia bersikap kekampungan.Perhatikan pula pada kereta Viva tersebut.

Sebiji gaya sebuah kereta yang dipakai oleh orang yang berumur 20-an di mana kereta tersebut dimake-up dengan cantik sekali.Persoalannya,adakah benar Saidi ini benar-benar dilanggar?

Seterusnya,kalau benar kereta ini dilanggar,mengapa kereta tersebut boleh dibawa pulang ke rumahnya? Mengapa tidak dibawa ke bahagian forensik IPD Pasir Puteh kerana ini kes langgar lari?Ataupun sekurang-kurangnya ditunda terus ke bengkel berdekatan.Adakah anda tidak berasa pelik?

BONGKAR 2

SANDIWARA KEDUA DI TENGAH MALAM

Perlu diingatkan,ketika sandiwara ini berlaku,para bloggers Umno tersebut berada di Pasir Puteh.

Selang beberapa jam selepas itu,ketika jam lebih kurang jam 11 malam,Saidi didakwa telah ditetak oleh tiga lelaki yang tidak dikenali dengan parang dan dia telah membuat laporan di balai polis.Ini adalah berdasarkan status Papa Gomo yang mengatakan dia bergegas ke balai polis untuk melawat Saidi yang telah ditetak.

"....lebih kurang 11.30 malam Ustaz Saidi telah di Serang dengan menggunakan Parang dan Kapak di halaman rumah nya sendiri oleh 3 lelaki yang tidak di kenali.

Jam lebih kurang 11.30 malam yang mana waktu itu keadaan di lokasi rumah beliau adalah Gelap tampa di cerahi lampu jalan,Ustaz Saidi pulang ke rumah beliau dengan menaiki motosikal dan apabila sampai di rumahnya maka ustaz Saidi terus menuju ke pintu dapur bagi masuk ke rumah. Pada waktu itu juga Isteri dan anak anak beliau telah pun tidor.

Apabila beliau membuka pintu secara tiba tiba 2 orang lelaki melulu ke arahnya dan menghayunkan parang dan kapak. Ustaz Saidi berjaya mengelak namun libasan parang mengenai tangannya dan mendapat kecederaan.

Dalam keadaan yang gelap itu juga muncul seorang lelai laki dan turut sama menghayunkan Parang ke arah Ustaz Saidi dan mengenai belakang badannya. Namun jaket yang di pakai beliau menjadi penyelamat apabila belakang beliau hanya mendapat sedikit kecederaan.

Dalam tempoh lebih kurang 3 minit apabila ketiga tiga penyerang itu tidak berjaya memBUNUH ustaz Saidi maka mereka kemudiannya lari dan masuk ke dalam sebuah motokar dan beredar dari rumah Ustaz Saidi. 2 lelaki memakai seluar jenas manakala seorang lagi memakai KAIN PELEKAT.

Syukur sekali lagi Ustaz Saidi selamat dari cubaan Menghapuskannya. Saksi yang menangkap Adun PAS Selising di dalam Koch Kereta Api."
Wah,petang tadi pengsan dilanggar,malam boleh keluar berjalan-jalan seperti tiada apa yang berlaku .Persolannya,adakah benar Saidi benar-benar ditetak?

Jalan ceritanya seolah-olah dalam filem jenaka..sungguh menggelikan hati..mereka yg kononnya mahu menyerang mangsa hanya berkain pelekat sambil berparang..lepas 3 minit menyerang, tiba2 membatalkan hasrat tanpa sebarang sebab..nak kata polis datang, tiada, nk kata mangsa menjerit sekuat hati, tak pula dinyatakan, nk kata mangsa ada ilmu kebal, korang percaya ke?...

Dan katanya, laporan polis telah dibuat...apa yang dituntut kini ialah, mana bukti laporan polis? balai polis mana mereka laporkan jika benar laporan telah dibuat? mana gambar bukti kecederaan pada Saidi Hussin..penulis soalkan ini sebab biasanya puak2 gerombolan laju je lampirkan bukti laporan polis, tapi kali ni?...



Berikut pula adalah mesej dari facebook "Umno Makin Tenat":
"SESIAPA NAK TAHU CITA BETUL ATAU FITNAH CALL BALAI2 NI TANYA ADA TAK KES TETAK KONONNYA 09-7867355. Balai Polis Pasir Puteh, 09-7867222. Balai Polis Semerak, 09-6910322. Balai Polis Selising, 09-7891222 ...
AKU CALL OCPD JALIL BIN TALIB DIA GELAK BESAR DAN MARAH SIKIT CITA BOODH NI hahahaahahahahahah"
TERBARU dari facebook "Umno Makin Tenat":
"MAKLUMAT TERBARU KERETA DLM GAMBAR TU MEREKA SEWA KAT BENGKEL BAIK PULIH KERETA2 KEMALANGAN UTK BERGAMBAR SAHAJA hahahaahahahahahahahah KANTOI MAKLUMAT PDRM"
Fikir2kan..wallahua'lam...
p/s: Dua artikel penulis sebelum ini berkaitan isu ADUN Selising di bawah:
1. Fitnah ADUN PAS berzina: Bukti blogger Umno dan FTINAH tidak dapat dipisahkan...
2. Fitnah berzina: "Saya tidak akan maafkan mereka dunia dan akhirat" - ADUN Selising
 
Warta 365

Ketuanan Brutal : Dua anggota polis ditahan kerana disyaki pukul seorang lelaki

KUALA LUMPUR, 26 Dis – Dua anggota polis, dipercayai memukul seorang lelaki yang ditahan semasa sekatan jalan raya kerana disyaki membawa dadah Sabtu lepas, ditahan hari ini.
Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata kedua-dua anggota berpangkat konstabel serta berumur 25 dan 27 tahun dari Balai Polis Kota Damansara itu ditahan selepas kawad cam oleh lelaki berkenaan semalam.
“Dalam kawad cam itu, enam orang telah dibuat kawad cam dan dari jumlah itu, dua telah ditahan,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.
Beliau berkata sebelum itu, satu pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasat laporan yang dibuat mangsa berhubung kejadian tersebut.
“Polis melihat kes ini adalah serius dan wujudnya penyalahgunaan kuasa di kalangan anggota polis, dan tiada sebarang diskriminasi jika mereka bersalah,” katanya.
Bagaimanapun, Tun Hisan berkata siasatan mendapati terdapat elemen palsu dalam laporan polis lelaki tersebut.
“Selepas itu, satu laporan telah dibuat oleh pasukan itu tentang laporan lelaki tersebut yang dipercayai mempunyai elemen palsu.
“Seramai 20 orang telah direkodkan percakapannya, termasuk doktor yang menjalankan pemeriksaan terhadap lelaki itu, polis yang ditahan serta orang awam,” katanya.
Beliau berkata penahanan kedua anggota polis yang berkhidmat selama empat tahun itu bukan bermakna mereka bersalah tetapi bagi membantu siasatan, dan mereka akan ditahan reman mulai esok.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya.
Sabtu lepas, seorang lelaki mendakwa dipukul beberapa anggota polis ketika ditahan dalam sekatan jalan raya di Petaling Jaya Utara kerana disyaki membawa dadah, dan wangnya sebanyak RM13,000 telah diambil anggota polis tersebut. – Bernama

Pejabat MB Selangor nafi Pakatan takut logo 1 Malaysia

KUALA LUMPUR, 26 Dis – Pejabat Menteri Besar Selangor menafikan kerajaan negeri sudah mula rasa takut dengan slogan 1 Malaysia sebagaimana didakwa oleh pemimpin-pemimpin Umno-BN sejak beberapa hari lalu.
Merujuk kepada isu larangan penggunaan logo 1 Malaysia pada papan iklan bisnes, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, Faekah Husin berkata, rakyat terutama di Selangor telah bersatu padu khususnya selepas Mac 2008 dan oleh itu, konsep tersebut tidak akan memberi kesan.
“Slogan dalam apa bunyi sekalipun tidak memberi makna kepada kami, jauh sekali berasa takut.
“Sebaliknya, sumber-sumber kerajaan negeri akan ditujukan sepenuhnya untuk menyemai nilai-nilai muhibah yang jitu, membanteras segala unsur rasuah dan menegakkan keadilan atas prinsip 1 Undang-undang Untuk Seluruh Rakyat,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.
Malah menurut Faekah, kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa slogan 1 Malaysia bukan alat propaganda politik BN tetapi wadah penyatuan membina masyarakat amat menggelikan hati.
Kata beliau, sebaiknya Najib mengarahkan syarikat yang membolot kontrak mencetak kain rentang dan banting slogan ini menarik balik semula kain rentang dan banting yang telah mereka cetak dan pasang.
“Jika tidak, ia akan menunjukkan perdana menteri menipu dalam terang. Rakyat melihat dengan jelas bagaimana lambang BN terpapar pada setiap banting yang dipasang.
“Gambar perdana menteri yang jauh lebih besar dari Jalur Gemilang juga menjengkelkan mata,” katanya.
Sehubungan tambah beliau, “nasihat saya baik tarik semula sebelum diketawakan anak-anak.”
Semalam, Najib berkata konsep 1 Malaysia adalah untuk membina sebuah negara dan bukan bagi tujuan politik.
Beliau berkata tanpa ragu-ragu, semangat bersama ini dan mampu untuk bangkit melangkaui perbezaan politik, adalah penting dalam memastikan keamanan dan kestabilan berterusan di negara ini.
“Sungguhpun ada sesetengah mungkin memikirkan (1 Malaysia) adalah untuk tujuan politik tetapi ia sebenarnya bagi tujuan membina sebuah negara.
“Ia untuk kita untuk bersama, bagi kita untuk merasakan bahawa kita adalah milik sebuah negara, seorang dengan satu wawasan dan itulah untuk kita mara ke hadapan bagi membina kemakmuran, keharmonian dan kejayaan sebenar sebuah negara pada Abad ke-21,” katanya.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin juga mendakwa Selangor sudah takut dengan populariti 1 Malaysia.
Malah semalam, Exco Kerajaan Negeri Selangor yang bertanggungjawab ke atas portfolio pihak berkuasa tempatan, Ronnie Liu dipetik berkata, kerajaan Selangor menangguhkan pelaksanaan melarang kesemua pihak berkuasa tempatan meletakkan logo 1 Malaysia sebagai bahan iklan di premis perniagaan sehingga notis selanjutnya.
Kata beliau, penanggguhan ini dibuat berikutan kekeliruan mengenai takrif logo 1 Malaysia yang disifatkan sebagai propaganda BN ada bahan iklan.
“Masih terdapat perkara yang samar-samar tentang apa dianggap sebagai aksi penarik publisiti oleh BN dan apa yang bukan,” kata beliau sambil menambah, banyak pihak berkuasa tempatan masih kurang jelas tentang bentuk pengiklanan yang dilarang.
Dalam kenyataannya hari ini, Faekah juga menjelaskan, apa pun isu yang lebih penting yang perdana menteri atau timbalan perdana menteri harus jelaskan kepada rakyat ialah jika benar ia adalah alat penyatuan dan bukan propaganda Umno-BN mengapa perkara ini tidak pernah dibincang dan dibahaskan dalam Parlimen.
“Mengapa ia tidak dimasukkan dalam bajet negara sedangkan bayaran bagi menghasilkan slogan ‘indah’ ini mencecah RM100 juta.
“Mengapa hanya setelah Ketua Pembangkang membangkitkan perkara ini dengan kaitan kepada penglibatan APCO barulah Parlimen membahaskannya?
“Itupun bukan untuk membahaskan kewujudannya, bayaran ke atasnya, mahupun matlamat mewujudkannya tetapi mahu menghukum Ketua Pembangkang kerana mengetengahkannya,” kata pegawai kanan Menteri Besar Selangor ini.
Beliau berhujah, sebarang perkara untuk kebaikan rakyat majmuk di negara ini khusus perpaduan, pasti mendapat sokongan ahli-ahli Parlimen pembangkang.
“Namun persoalannya, ini tidak dilakukan dan seluruh proses kewujudan 1 Malaysia ini cuba dirahsiakan.
“Ini jelas kelihatan apabila akhirnya minggu lalu Ketua Pembangkang dan tiga Ahli Parlimen digantung tanpa diberi hak membela diri,” katanya.
Tegas Faekah, untuk menerima 1 Malaysia sebagai slogan penyatuan sebagaimana dipertahankan oleh Najib semalam memang jauh dan tidak sama sekali.
“Ia lebih kepada simbol politik Umno-BN yang telah membunuh kesucian Parlimen; institusi tertinggi Negara.
“Sekali gus ia telah menjadikan hari hitam kepada Parlimen dan amalan demokrasi yang selama ini dikatakan diamalkan di negara ini,” kata beliau sambil menambah, ternyata rata-rata rakyat Malaysia tidak menikmati 1 Malaysia.
“... tetapi 2 Malaysia yang penuh dwistandard. Satu untuk Malaysia Umno-BN dan satu untuk Malaysia rakyat marhaen,” katanya.
“Kita pelik dengan sikap ambil mudah perdana menteri yang merasakan rakyat boleh diperdaya melalui satu slogan.
“Sepanjang 50 tahun memerintah, Umno-BN tidak pernah berhenti melaga-lagakan kaum dan agama.
“Akibatnya, syak wasangka kian menebal. Isu perarakan kepala lembu, kepala babi dan pembakaran surau berlaku selepas 1 Malaysia,” kata beliau lagi.
Beliau menambah, apabila sesuatu dilakukan tanpa niat yang ikhlas maka pelaksanaannya pasti pincang.
“Logo 1 Malaysia bertembung dengan Jalur Gemilang.
“Perdana menteri menjerit ‘1 Malaysia’, timbalan perdana menteri melaungkan ‘Melayu Dahulu’.
“Presiden Umno menjunjung 1 Malaysia, naib presiden Umno menjulang keris bertempek Ketuanan Melayu.
“Hakikatnya kerana tidak ikhlas, berkata tidak sekata, melangkah pula, mengorak langkah sumbang,” katanya.

Minister's sexual indiscretion: Trouble ahead for Najib

By Mohd Ariff Sabri Aziz

 A potential storm is brewing in the case of a senior minister alleged to have raped or had sex with his Indonesian maid. The incident, it is said, occurred three years ago.
The maid (according to reports) had sent documents or some form of documentary evidence to the US embassy and other embassies.
The matter was apparently brought to the attention of the then Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi.
To me, this is not an issue whether Abdullah concealed the incident or not. For all we know, Abdullah as the PM then may have concealed a whole lot of other things.
He may have kept quiet even on issues that were detrimental to him personally.
The issue here is how to conduct oneself with class and finesse.
If this minister is guilty of such gross indiscretion, then current Prime Minister Najib Tun Razak must dismiss him on grounds that the latter's dismissal is made on the PM's absolute prerogative.
Najib must never be seen as being railroaded into making that decision.
He must never been seen as complicit in a conspiracy to "assassinate" a member of his team.
As such, it is most unfortunate that the current word on the ground is that Najib has somehow given his permission for the information about this particular minister's indiscretion to be leaked to the public.
Disreputable self-serving advisers
If Najib knows of this breach of discretion, he must decide on the basis that it's his prerogative to dismiss. He need not resort or countenance underhanded tactics.
His father, second Prime Minister Tun Abdul Razak, was never a subscriber to heinously underhanded and supercilious means to eject his team members but he did make one mistake which he wasn't able to control.
Razak's "mistake" was allowing himself to be surrounded by disreputable and self-serving advisers.
Towards the end of his life, Razak was intensely bent on ridding himself of this fatal "mistake".
A good son will try to follow in the father's steps as far as possible. Or he follows by avoiding the mistakes of his father.
Which brings us to Najib and his dark underworld of self-serving advisers.
But unlike his late father who died in office, Najib will want to stay around longer.
But this will depend on his ability to never allow himself be corralled by self-serving advisers.
The danger of being cocooned by self-serving advisers is the control these people have over what gets to the PM's attention.
What passes to the PM's attention may only be what the advisers deemed to be of profit to themselves.
Here and now, Najib cannot afford to be fed with one-way traffic kind of information.
In this age of Internet supremacy where information is no longer the power tool for a small group, the PM must be opened to all means of information.
Even those from his "loyal" advisers must be treated with circumspect.

Sabah MyKad issue: 'Umno-BN doesn't care'

By Queville To

KOTA KINABALU: A Barisan Nasional MP's 100-page memorandum to the Home Ministry, complete with documented evidence to prove that foreigners in Sabah have gained Malaysian identification documents through dubious means, is a "wasted effort" and merely "window-dressing".
"It's unlikely to upset the Barisan Nasional applecart in the general election because as far as Umno-BN is concerned, it is a non-issue... they don't care," said Sabah Progressive Party deputy president Eric Majimbun, alluding to Tuaran MP Wilfred Bumburing's recent announcement that he had submitted sufficient proof to Home Minister Hishammuddin Hussein as requested by the latter.
Majimbun, who is also Sepanggar MP, said nothing would come of Bumburing's United Pasukun Kadazandusun Murut Organisation's (Upko) brave act of collating evidence against abuse by coalition boss, Umno, in the contentious issue of citizenship for foreigers
"Upko should know that the government is not going to suddenly turn around and acknowledge that a massive fraud had happened under their watch and without them knowing...
"We have ample proof and evidence that thousands of illegal immigrants in Sabah have been determining the outcome of the state and general elections all these years.
"The government has been ignoring and denying the existence of the issue due to its own agenda, which is an open secret.
“Foreigners prefer to discard their foreign nationality and embrace Malay as their race in order to have Malaysian citizens through the back door,” said Majimbun.
Own agenda
He pointed out that in 2007, the National Registration Department (NRD) had repeatedly snubbed and refused to appear before a parliamentary committee to explain the issuance of MyKads in Sabah. Coincidentally at the time Bernard Dompok, who is Upko president, happened to be the chairman of the parliamentary committee.
Dompok subsequently quit committee due to the snub.
“The officers concerned told Dompok that they had been ordered by their superiors not to appear before the parliamentary committee.
"The refusal of the officer surely confirms that the federal government has its own agenda and thus will be ruling forever,” he said.
Majimbun said that in 2008 he had handed a photocopy of an identity card bearing his name that was used by a foreigner, to former prime minister (Abdullah Ahmad Badawi) and his deputy (Najib Tun Razak) who is the prime minister now, during a BN meeting in 2008, but it was set aside without discussion.
"I handed them a copy of my IC that was used by a foreigner to the former prime minister and his deputy... they set it aside.
"It was remarkable... it just showed that the federal leadership was uncomfortable with the truth and did not know how to deal with it," he said, adding that Upko and its leaders knew this but have remained in the coalition and continue to prop up the government.

1Malaysia Hanya Untuk Kepentingan Umno

SHAH ALAM 26 DIS : Kenyataan 1 Malaysia bukan alat politik oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus dibidas oleh pimpinan Pakatan Rakyat.

Terbaru Ahli Lajnah Politik PAS, Khalid Samad menegaskan 1 Malaysia itu hanya untuk kepentingan politik Umno walaupun umum mengetahui apa yang diperjuangkan oleh parti itu sendiri sehingga mengabaikan kaum lain di negara ini.

"Ia memanglah dilakukan atas dasar kepentingan politik Umno-BN apabila ia nampak ekstrem dari segi persoalan perkauman ini. Lalu timbul persoalan formula 1 Malaysia ini seolah nak hilangkan isu perkauman yang diperjuangkan selama ini maka ia dikemukakan atas kepentingan politik," katanya.

Semalam Najib mendakwa 1 Malaysia tidak mempunyai tujuan politik tetapi adalah untuk menyatukan masyarakat berbilang kaum di negara ini bagi menjawab keputusan Kerajaan Selangor mengharamkan penggunaan logo 1 Malaysia kecuali untuk tujuan perniagaan.

Turut menyanggah kenyataan Najib ialah Penasihat DAP Lim Kit Siang katanya, hakikatnya keadaan dalam negara ini makin teruk sejak pengenalan slogan 1 Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan kerana ia hanya bersifat retorik semata.

Menurut Lim retorik mengenai perkauman, ektremisme dan penindasan kaum yang bertentangan dengan prinsip 1 Malaysia datang dari Umno sendiri sehingga timbul persoalan mengenai komitmen dan keikhlasan Najib dalam mengamalkan 1 Malaysia yang sebenar.

Sentimen ini turut dikongsi oleh Khalid yang berpendapat Umno-BN sememangnya tidak mampu membawa konsep kesatuan kaum kerana mereka sendiri tidak dapat bersatu dan hanya memperjuangkan kaum masing-masing.

"Dari sudut itu yang dipertikaikan ialah sejauh mana BN boleh melaksanakan atau menghayati wawasan itu sedangkan kita lihat mereka ini terdiri dari parti komponen setiap kaum yang memperjuangkan kepentingan kaum mereka sendiri. Maka falsafah BN itu sendiri bercanggah dengan semangat 1 Malaysia itu," ujarnya.

Justeru, Khalid berpendapat dasar 1 Malaysia ini hanya merugikan Najib dan Umno-BN sendiri.

Beliau yakin rakyat dapat menilai bagaimana perbezaan penghayatan keadilan dan kesamaan kaum sebenar Pakatan Rakyat dan retorik 1 Malaysia Umno-BN.

"Bila mereka menonjolkan dasar seperti ini, ia sekali lagi senjata makan tuan. Ia dikemukakan atas kepentingan politik BN dan akhirnya ia akan menikam balik Umno-BN," katanya.

Rasuah: Rakyat Sudah Celik, Tidak Mahu Ditipu Umno-BN

SHAH ALAM 26 DIS : Gagal membanteras rasuah pada peringkat atasan adalah faktor utama rakyat tidak mempercayai usaha kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) dalam membanteras gejala itu di negara ini.

Menurut Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, kajian Merdeka Centre bahawa hanya 35 peratus responden mengatakan mereka berpuas hati dengan usaha pentadbiran Najib melawan amalan rasuah berbanding 39 peratus pada tempoh yang sama tahun lalu membuktikan kegagalan ini.

Ketika ditemui TV Selangor di Shah Alam hari ini, Khalid menyatakan rakyat sudahpun celik tidak mahu ditipu lagi dengan sandiwara Umno-BN.

"Ini semua merupakan perkara-perkara yang tidak boleh Umno-BN sorokkan. Ia juga bukan satu perkara yang pasti timbulkan kesangsian rakyat terhadap kesungguhhan Kerajaan BN itu sendiri melainkan golongan Umno tegar yang buta pada hakikat yang dilihat oleh masyarakat umum," jelasnya.

Tinjauan Merdeka Center dijalankan mulai 30 November hingga 11 Disember lalu membabitkan seramai 1,005 responden yang merupakan pengundi berdaftar berusia 21 ke atas dan ditemu bual melalui telefon di seluruh Semenanjung.

Prestasi kerajaan pusat dalam soal mengatasi rasuah adalah paling rendah di antara enam inisiatif Putrajaya yang ditinjau oleh Merdeka Center. Tempat kedua paling rendah adalah berkaitan dengan pendekatan mengurangkan jenayah.

Selain pentadbiran Najib, faktor kegagalan ini juga disumbang oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dibelenggu kontroversi kerana gagal mendakwa pemimpin besar selain dikritik kerana lebih banyak menyasarkan penyiasatan kepada pemimpin Pakatan Rakyat sahaja.

Menurut Khalid, ketidakupayaan SPRM menyiasat secara serius kes besar terhadap pemimpin Umno-BN merupakan hal yang menyebabkan rakyat semakin tidak mempercayai usaha membanteras rasuah ini.

"Badan ini tidak mengambil tindakan serius terhadap kes-kes besar seperti persoalan KPFZ, pembelian kapal selam di Perancis dan sebagainya. Banyak isu siasatan yang menyeluruh dan sekadar apa yang dinyatakan tapi hakikatnya ia terus berterusan. Projek-projek yang dirunding terus, terus berjalan, mereka yang terlibat terus bebas dan tidak ada kesungguhan," katanya.

Rumah 1Malaysia - Inilah yang dinamakan Rakyat didahulukan


Ini lah yang dikatakan "Rakyat didahulukan ......"
Ubahsuai rumah najib RM65 juta ... ubahsuai saja tau, bukan bikin baru

Tapi ada siapa yang ambil tahu kehidupan saudara Azman bersama isteri dan 6 anaknya di sini.?
Mana menteri besar dia, menteri lucah, menteri suka tunjuk pungkoq kt depan publik?

Gambar ini diambil semasa lawatan YB Fuziah Salleh MP Kuantan kerumah ni - ... aku tak tau dimana tempat sebenarnya ... gambar ini aku dapat dari twitpix YB Fuziah ..

macam ni ke najib yang hang kata Rakyat didahulukan? Masing-masing melalak tak tentu pasal bila Selangor melarang penggunaan logo 1Malaysia di papan-papan iklan di seluruh Selangor ... memang patut diharamkan kerana tak memberi sebarang impak secara langsung kepada rakyat melainkan untuk tujuan politik umno.

Untuk YB Fuziah, harap dapat lakukan sesuatu untuk kelaurga Azman ini, agar hidup mereka sedikit berubah ... kalau nak tunggu umNO, kena lah tunggu kalau-kalau ada PRK, kalau PRU jangan harap lah ...

Slogan 1Malaysia bawa mudarat kepada rakyat marhaen

Slogan 1Malaysia yang dilaungkan Datuk Seri Najib Razak, jauh dari makna perpaduan jika dinilai dari tindakan dan dasar yang dilakukan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN), kata Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin.
Sebaliknya, beliau berkata, ia adalah simbol politik Umno-BN yang membunuh kesucian Parlimen sebagai institusi tertinggi negara, sekali gus menjadikan hari hitam kepada amalan demokrasi di negara ini.
“Rata-rata rakyat Malaysia tidak menikmati 1Malaysia, tetapi 2Malaysia yang penuh dwistandard. Satu untuk Malaysia Umno-BN dan satu untuk Malaysia rakyat marhaen,” katanya pada kenyataan media hari ini.
“Apa erti 1Malaysia apabila kroni Umno-BN seperti Tan Sri Rozali Ismail, CEO Syabas yang menyebabkan kerugian syarikat sehingga berhutang RM2.9 billion tetapi menerima gaji RM 425,000 sebulan?
“Apakah erti 1Malaysia apabila kerajaan BN membelanjakan duit rakyat RM320 juta memberi pinjaman mudah kepada Syabas? Adakah 1Malaysia jika bekas pemimpin UMNO boleh bercuti ke Disneyland dengan membelanja duit rakyat?
“Adakah 1Malaysia namanya apabila pemimpin mendapat komisyen RM534 juta untuk pembelian kapal selam? Atau mungkin inilah 1Malaysia apabila rakyat kerugian RM12 billion akibat skandal PKFZ?” kata Faekah.
Beliau meminta rakyat menilai kembali betapa sejak Najib mendapat ilham 1Malaysia, rakyat dari golongan marhaen terpaksa memikul beban ekonomi yang kian memberat akibat keputusan kerajaan Umno BN.
“Kenaikan harga petrol, bil elektrik, gula, dan barang-barang keperluan asas lainnya berlaku mendadak selepas 1Malaysia diperkenalkan.
“Kenyataan Najib bahawa slogan 1Malaysia bukan alat propaganda politik BN, tetapi wadah penyatuan membina masyarakat amat menggelikan hati,” kata Faekah.
Beliau juga menyifatkan slogan 1Malaysia hanya mengakibatkan syak wasangka kian menebal hingga mendorong isu perarakan kepala lembu, kepala babi dan pembakaran surau.
“Kita pelik dengan sikap ambil mudah Najib yang merasakan rakyat boleh diperdaya melalui satu slogan. Sepanjang 50 tahun memerintah, Umno-BN tidak pernah berhenti melaga-lagakan kaum dan agama.
“Rakyat terutama di Selangor sudah bersatu padu khususnya selepas Mac 2008 yang lalu. Slogan dalam apa bunyi sekalipun tidak memberi makna kepada kami, jauh sekali berasa takut,” ujar Faekah.

DUN Tenang: Saiz kemenangan penentu nasib Najib, ramal Pakatan

KUALA LUMPUR, 26 Dis – Pilihan raya kecil DUN Tenang bulan depan sudah pasti akan menjadi ujian ke atas keyakinan pengundi terhadap Datuk Seri Najib Razak dan sama ada beliau boleh mengemudi negara menerusi Barisan Nasional (BN) menghadapi pilihan raya umum ke-13, kata pemimpin-pemimpin perikatan saingan.
Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) mengakui, secara realistik memang sukar bagi mereka merampas kubu kuat BN itu, tetapi menegaskan, penurunan majoriti akan memberi kesan ke atas populariti Najib sebagai perdana menteri dan pengerusi BN.
Kajian terbaru Merdeka Center menunjukkan populariti Najib kekal tinggi iaitu 69 peratus meskipun merosot berbanding 72 peratus Mei lalu.
Kajian itu menunjukkan 74 peratus pengundi Melayu, 54 peratus (Cina) dan 85 peratus kalangan pemilih masyarakat India berpuas hati dengan prestasi Najib, perkembangan yang dilihat akan menjadi antara faktor utama beliau kemungkinan memanggil pilihan raya umum ke-13.
“Bercakap jujur, untuk menang kerusi ini (DUN Tenang) sukar. Bercakap secara realistik, jika kami dapat bergerak sebagai satu perikatan dan mampu untuk menerokai Tenang untuk menafikan kemenangan BN dengan majoriti (besar), katakan 1,000, ia akan menggambarkan kepimpinan Najib,” kata beliau.
“Anda kena ingat, ini kawasan kubu kuat BN. Jika Najib tidak menang besar di sini, beliau berada dalam kedudukan sukar,” kata Tony Pua, setiausaha publisiti DAP kebangsaan.
Sehubungan itu Ahli Parlimen ini berkata, kerusi DUN sangat penting dalam memastikan Pakatan Rakyat membuat kemajuan di Johor yang menjadi kerusi tradisi Umno selama ini.
Pada pilihan raya umum lalu, DAP dan PAS, komponen Pakatan Rakyat, masing-masing memperoleh empat dan dua kerusi DUN di Johor.
Penamaan calon pilihan raya kecil ke-14 ini akan diadakan pada 22 Januari manakala pengundian, jika ada saingan, pada 30 Januari.
Seorang lagi Ahli Parlimen DAP, Anthony Loke berkata, Pakatan Rakyat tidak akan fokus secara keseluruhan bagi mencapai kemenangan di Tenang, sebaliknya “gambar besar” ialah mereka mahu memperkukuhkan kehadiran di kawasan itu dan mendapatkan sokongan jangka panjang.
“Jika kami boleh menang, ya, ia akan menjadi satu kejutan (di pihak BN). Bagaimanapun kami perlu mencapai sasaran untuk mengoyah keyakinan BN, dan juga Najib. Johor tinggal satu-satunya simpanan hayat bagi BN di Semenanjung Malaysia,” kata ketua Pemuda DAP ini ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad pula berkata, blok pembangkang perlu memfokus undi dari kawasan Felda memandangkan ia akan menjadi faktor penentu kemenangan atau kekalahan Pakatan Rakyat.
“Saya merasakan kami ada cabaran (di sana) tetapi juga ada peluang yang baik untuk menang.
“Cabaran besar kami ialah pengundi Felda, memandangkan kebanyakan mereka belum dimaklumkan tentang rancangan Pakatan Rakyat yang mahu membawa pembaharuan di peringkat persekutuan,” kata beliau.
“Jika kami tidak menang pun, kami mahu mengurangkan majoriti BN di sana, yang memang sesuatu yang sukar memandangkan Johor menjadi negeri tradisi dikuasai Umno,” kata Khalid.
Semalam, Najib berkata Felda membayar Bonus Insentif Produktiviti kepada para peneroka di tanah rancangan seluruh negara berjumlah RM100,916,600 ketika tinggal kira-kira sebulan menjelang hari penamaan calon.
Najib berkata, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan peneroka terhadap kemajuan industri sawit dan getah negara selain sebagai insentif kerana menghantar hasil melalui Felda.
Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan di sebalik spekulasi bahawa pilihan raya umum akan diadakan pada suku kedua tahun depan.
BN menjangkakan kewangan Felda akan menjadi isu utama ketika pilihan raya kecil kerusi Tenang.
Ada tiga kawasan penempatan felda iaitu — Felda Cempelak, Felda Cempelak Barat dan Felda Tenang — yang membawa sekitar 3,800 daripada 14,753 pemilih berdaftar.
“Melihat pada populariti Najib, kita juga kena melihat apa yang orang ramai tidak suka pada Najib. Kemudian kita kena fokus pada soal itu dan menggunakan kelemahan-kelemahan Najib sebagai seorang pemimpin, misalnya, soal tidak dapat membuat keputusan,” kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena kepada The Malaysian Insider.

Dirompak polis: Peniaga timbang tindakan lanjut

Ahli perniagaan Chia Buang Hing sedang menimbangkan untuk mengambil tindakan lanjut terhadap anggota polis yang dikatakan menyerang dan merompak wang tunai RM13,000 daripadanya awal bulan ini.
NONESatu siasatan polis telah dimulakan, dengan Chia mengenal pasti beberapa anggota polis dalam kawat cam semalam.

Chia (kiri) dipanggil ke balai polis daerah Petaling Jaya pagi semalam untuk mengecam mereka yang menyerangnya dan untuk dirakam kenyataannya.

Ahli perniagaan berusia 34 tahun itu mengecam empat anggota polis yang merupakan antara orang yang menyerangnya.

Ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng - yang mengiringi Chia ketika dia membuat laporan polis - ketika dihubungi Malaysiakini berkata ahli perniagaan itu akan memaklumkan tindakan lanjutnya dalam satu sidang akhbar esok.

"Beliau akan memaklumkan tindakan lanjut yang akan diambilnya. Itu adalah bahagian pertama," kata Lim.

NONE"Bahagian kedua, beliau akan menyangkal tuduhan polis terhadapnya
berkaitan tuduhan memiliki dadah dan parang ketika ditangkap," kata ahli parlimen DAP itu lagi.

Lim berkata, Chia yang menjalankan perniagaan membuat bingkai gambar, tidak ada hari ini, kerana pulang ke kampungnya di Tanjung Sepat, Selangor tetapi akan mendedahkan maklumat terperinci mengenainya dalam sidang akhbar jam 2 petang esok.

For Pakatan, ‘100 day’ reforms weapon to counter Najib’s popularity


KUALA LUMPUR, Dec 26 — Pakatan Rakyat (PR) is hoping to counter Datuk Seri Najib Razak’s high approval ratings by touting the merits of its “100 day” reform agenda which promise more money for civil servants and repealing repressive laws.
They also intend to utilise the successes of two PR states, Penang and Selangor, as fodder for the counter-offensive campaign against the prime minister’s approval ratings which stood at 69 per cent this month among voters in peninsular Malaysia, slipping slightly from 72 per cent in May.
The Merdeka Centre poll showed that 74 per cent of Malays, 54 per cent of Chinese and 85 per cent of Indians were satisfied with the prime minister’s performance, in a major boost for Najib as he mulls the possibility of snap polls.
“It is important for us to be able to demonstrate to voters that we are able to function as an effective coalition. The only way to do that is for the voters to see substance in our policies,” said DAP National Publicity Secretary Tony Pua, citing the need to highlight successes in Penang and Selangor as an example.
Pua told The Malaysian Insider that Najib’s high ratings as an individual could be “challenged” if PR could convince voters that it could deliver results as a cohesive unit, and just through the actions of a single individual.
“We need to push our reform policies inked out during last week’s convention, and we need to back it up with our successes in the state administration. Penang is doing well, it’s getting investments, corruption-free, people are getting bonuses, its these sort of ideas that need to be carried across the board.
“We also have to continue to chip at the programmes that are being implemented by BN — we have to show voters that Najib’s programmes are not really that different from the BN of the past,” he added, referring to the ruling Barisan Nasional (BN) coalition.
PR’s policy framework, titled the “Pakatan agenda”, is seen as an answer and solution to questions surrounding the opposition’s administrative plans in comparison to BN.
Speculation is rife that a general election will be held as early as next year although BN’s mandate does not expire until May 2013
Among the instant reforms promised by the PR coalition, within the first 100 days of taking over Putrajaya, is acknowledging the role and sacrifices of civil servants by studying the current pay schemes and increasing the incentives for teachers by RM500 a month.
PR leader Datuk Seri Anwar Ibrahim has claimed that a PR federal government could afford to pay for a proposed allowance for teachers — projected to be RM3.2 billion annually — by eliminating the “wastages” of the BN administration.
Other “instant” reforms include the repeal of the Internal Security Act (ISA), abolishing the toll system by instructing Khazanah Berhad, Employees’ Provident Fund (EPF) and other government bodies to take over highway assets from the concessionaires, as well as offering free wireless Internet access to those in urban and semi-urban areas.
“We have already shown that we can govern better than BN on a state level. We just need to make voters aware of the changes that we can bring on a federal level. When PR takes over federal power, there will be differences in terms of financial management of federal funds and the governance of all states,” said DAP Youth Chief (Dapsy) Anthony Loke.
Loke claimed that the most effective way to counter Najib’s popularity was to work with “tangible issues.”
“We have to work with tangle issues, what people are looking forward to. ISA, reform of legislative laws is important but people want change to issues which affect them on a daily basis.
“For urban folks, the political will to restructure the toll system is the best way to go. If we can reduce the toll rate, we can eventually abolish the toll system. That way, we will be able to increase people’s disposable income, and this will sway votes our way,” Loke told The Malaysian Insider.
PAS vice-president Datuk Mahfuz Omar said that Najib’s new ratings did not take into account the effect of the “Pakatan Agenda”, saying that if the survey put that into the mix, Najib would not be “so popular.”
“These factors were not taken into account by the survey. I am confident that if these new factors were to be added, Najib’s approval ratings would dip further. Also the Wikileaks revelation, that connects him (Najib) to the murder of Altantuya Shariibuu, this will definitely affect his ratings. He has not answered the report, while Anwar has done so. So it’s still too soon to jump to conclusions on his popularity among voters,” Mahfuz told The Malaysian Insider.
The Pokok Sena MP said that PR needed to address the rural voters more and providde copies of the Pakatan Agenda.
“Besides ceramahs, we need to get the message across especially to rural voters of what we can do for them if we elected in. The orange book, containing our manifesto needs to be disseminated across the country.we also need to educate them on the economic success of Penang. There is a misconception that Malays are being sidelined in the state, which is not true. We have to correct this misconception before the next elections,” added Mahfuz.
According to the Merdeka Centre, the slightly lower approval rating for Najib may be due to a reduction in government subsidies for fuel and sugar, suggesting Barisan Nasional (BN) is still vulnerable voter backlash due to price hikes.
The price of fuel and sugar went up on December 4 as part of the Najib administration’s ongoing drive to reduce subsidies.
The price of RON95 rose five sen to RM1.90 per litre, diesel by five sen per litre to RM1.80 and liquefied petroleum gas (LPG) by five sen to RM1.90 per kg. Sugar also went up by 20 sen, to RM2.10 per kg.
A fuel consumption tax has also been proposed by the Performance Management and Delivery Unit (Pemandu) to cut next year’s RM7 billion subsidy bill and help reduce the budget deficit to 5.4 per cent.
Despite concerns about price hikes, a little over half of those polled by Merdeka Center still felt the country was headed in the right direction.
Fifty-four per cent of voters surveyed think the country was on the right track, compared to 52 per cent in May.
The optimism was fuelled by the perception that the economy continued to perform reasonably well, according to pollster.
In another indication of the public’s optimistic mood, 53 per cent of those polled said they felt economic conditions were favourable, an improvement from 47 per cent in May.
However, voter optimism in the economy for the year ahead fell six per cent from May, with just 47 per cent expecting the economy to be better in one year’s time.
Voter pessimism about an uncertain economic outlook is likely to be another factor in favour of early polls.

GEMPAQ 2010 pendekatan terbaik anak muda dekati agama


SHAH ALAM, 25 Dis – Program Ihtifal Gerakan Membaca Generasi Pencinta Al-Quran atau GEMPAQ 2010 anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Kota Anggerik mendapat sambutan hangat dengan penyertaan lebih 213 kanak-kanak sekitar Shah Alam.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Anggerik, Dr Yaakob Sapari berkata, dalam usaha melahirkan modal insan yang berguna kepada masyarakat pembentukan jatidiri yang sempurna, pemantapan akidah, sahsiah, ibadah dan akhlak anak-anak perlu dibentuk seawal usia kanak-kanak.
Menurut Dr Yaakob, perkembangan arus perdana kini yang cenderung mencetuskan pelbagai masalah sosial dikalangan masyarakat bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk ditangani, namun melalui dan pendidikan agama yang diterapkan pada anak-anak seawal usia mereka mampu membendung segala punca masalah.
“Tugas kita sekarang ialah untuk melahirkan generasi dan cabaran untuk melahirkan generasi yang sayangkan Al-quran pada masa kini sangat sukar”
Program anjuran Dun Kota Anggerik ini turut mendapat kerjasama Yayasan Al-Ijabah, Angkatan Belia Islam atau ABIM, Persatuan Pelajar Islam Negeri selangor atau PePIAS dan Mantop Traning & Consultancy.
Program yang bertempat di Sekolah Rendah Agama Seksyen 16, Shah Alam ini adalah pendekatan terbaik menarik anak-anak muda mendekati agama selain berperanan mengisi masa lapang cuti sekolah mereka.
Dr Yaakob yang juga Exco Permodenan Pertani, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan berkata, selain pendidikan agama yang disediakan di peringkat sekolah ia juga harus dimulakan dari rumah kerana rata-rata masalah anak muda kini didakwa berpunca dari kepincangan keluarga.
“Ia mesti bermula daripada rumah,saya mengharapkan rumah kita adalah rumah yang sayangkan kepada agama kerana pengalaman saya sebagai wakil rakyat, banyak msalah yang timbul kerana kekurangan pendekatan keagamaan dirumah,” ujarnya lagi.
Menurut Dr Yaakob, antara pengisian GEMPAQ kali ini adalah hafazan Al-Quran ,Hadis dan doa harian, tajwid, tahsin, solat, ijazah Al-fatihah bersanat, praktikal penyembelihan, seni bela diri, kem motivasi jati diri, latihan kepimpinan, LDK bermodul, pemantapan akidah, sahsiah, ibadah dan akhlak.
Tambah Dr Yaakob, GEMPAQ juga akan dianjurkan pada setiap sesi cuti persekolahan akan datang supaya dapat memberikan pengukuhan dan pengisian pendidikan berpanjangan kepada kanak-kanak bagi melahirkan generasi cintakan agama.

Hurdles to overcome

Lim Sue Goan
I have exchanged views with a few people who are interested in politics recently and they believed that the next general election might be held in May or June next year as the government is expected to announce a series of good news early next year. It is the best timing for the general election when the people can still remember them.
In January next year, Prime Minister Najib Abdul Razak will announce the progress of the entry point projects (EPP) under the Economic Transformation Programme (ETP). He is scheduled to announce the results of the six National Key Result Areas (NKRAs) under the Government Transformation Plan (GTP) in February.
At the same time, Najib is expected to announce various plans during his national tour. To prevent the Pakatan Rakyat from storming Sarawak, the Sarawak state election would be held simultaneously with the general election and the Tenang by-election will serve as an indicator.

If their projections are accurate, the BN will meet the general election with its ruling performance over the past year. Under such an overwhelming publicity, it is time to make comparison. What kind of performance would the Pakatan Rakyat show us? The Pakatan Rakyat will inevitably at a disadvantage and therefore, they should start thinking of a good strategy now.
Although Pakatan Rakyat’s common policy framework (CPF) unveiled on Dec 19 was magnificent and has committed many measures benefiting the people, it has also exposed the its weaknesses. The alternative coalition lacks a core principle and value. The BN has the 1Malaysia concept but what is the ultimate goal of the Pakatan Rakyat? Is it the “popular sovereignty” of the PKR? The “Malaysian Malaysia” of the DAP? Or the welfare state or Islamic supremacist of PAS?
Its weakness of lacking a common ideology will be attacked during the general election. Due to the contradiction, component parties of the Pakatan Rakyat do their work separately. The Penang state government is planning to meet the Election Commission in court to restore local elections but to PAS, restoring local elections is not a main issue as it is worried that it might be distorted by Umno as an act of marginalising Malays.

Also, the policies of the four states ruled by the Pakatan Rakyat have not been standardised. Kedah practises the 50% Bumiputra housing quota system and Kelantan implements the woman clothing regulations. And these policies are not in line with the spirit of Freedom of Information Act advocated in Selangor and Penang.
In view of the bottleneck, the CPF proposed various benefits, including abolishing the toll system, increasing teacher’s remunerations, distributing cash to senior citizens, extending the retirement age to 60 years old, increasing the oil royalty for Sabah and Sarawak by 20%, imposing zero interest on the Higher Education Loan and allowing borrowers to start repaying the loan six months after they start working. It is trying to please voters of all levels and it is too populist.
Why not the Pakatan Rakyat focus on assisting the vulnerable group, such as the Indians, Orang Asli and people with disabilities? This can actually earn them extra points.

Besides, policies of the Pakatan Rakyat state governments are also confusing. The zero plastic campaign in Penang has gone excessive. How could they achieve the target of zero plastic bag when its local mechanism is not yet ready? Meanwhile, Selangor prohibits any signs or billboards with the 1Malasia slogan shows that the state government lacks confidence.
In terms of framework, the organisation of the Pakatan Rakyat is still weak. Its secretariat is not efficient and the cooperation mechanism is not so strong either. Who is actually the central and state coordinator?
If the three component parties of the Pakatan Rakyat fail to evoke the people’s passion as they did in the 2008 general election, I do not think that they are able to enter Putrajaya in the next general election.

Artis Berperangai Sundal Pakai Seksi Semasa Anugerah Skrin 2010

Rais tegur artis berpakaian seksi

KUALA LUMPUR 25 Dis. - Kumpulan Media Prima Berhad perlu membuat penilaian semula berhubung etika berpakaian dalam majlis anugerah anjurannya berikutan kekecewaan beberapa pihak mengenai artis wanita berpakaian tidak sopan dan seksi pada Majlis Anugerah Skrin TV3 2010, semalam.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, ini kerana anugerah tersebut bertujuan memberi penghargaan kepada filem, drama dan pelakon terbaik.

"Saya sebagai Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan malam tadi hanya beri fokus kepada mutu filem dan drama dipertandingkan. Saya tidak tumpukan kepada pakaian setiap artis yang hadir.

"Tetapi sekiranya ada keadaan menjolok mata dan tidak menyerikan majlis, Media Prima melalui anak syarikatnya, TV3 perlu nilai semula supaya ia tidak berulang pada anugerah akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis Krismas 1Malaysia anjuran ahli perniagaan, Datuk Seri Vanatiah Anthony, di sini hari ini.

Beliau mengulas kekecewaan beberapa pihak terutama Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang kecewa dengan pendedahan aurat yang ketara oleh artis wanita pada majlis anugerah itu.

Rais berkata, setiap manusia ingin maju dalam kehidupan tetapi bukan bererti tamadun terutama sebagai orang Melayu dicabuli oleh kelakuan atau cara berpakaian yang tidak senonoh.

"Siapa makan cili dia akan terasa pedasnya kerana saya dan pihak lain menyatakan pandangan ini dalam konteks sebenar," katanya.

Sementara itu, Ketua Wirawati Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Zaira Jaafar berkata, biarpun penampilan seseorang itu merupakan hak individu namun ia perlu mempunyai had dan batasan.

Beliau berkata, tindakan artis wanita yang mengenakan pakaian menjolok mata bukan sahaja tidak menghormati Islam sebagai agama rasmi Malaysia, malah menunjukkan mereka tidak peka terhadap sensitiviti masyarakat.

"Bukan tidak boleh berpakaian moden dan mengikut trend, namun artis wanita juga perlu peka dengan persekitaran sekeliling.

"Jangan berpenampilan keterlaluan kerana mungkin ada di kalangan peminat dan masyarakat tidak boleh menerima imej sedemikian walaupun atas dasar bersikap terbuka mahupun atas nama kebebasan," katanya.

Zaira berkata, artis wanita sepatutnya lebih menonjolkan pakaian bersifat tradisional seperti kebaya moden apabila menghadiri acara besar dan berprestij seperti majlis penganugerahan.

Kata beliau, ia bukan sahaja membuatkan pemakainya kelihatan lebih menawan dan sopan, tetapi turut menampilkan ciri-ciri kewanitaan, sekali gus memperkasakan fesyen kebangsaan.






* gambar-gambar dirembat dari internet

Ulasan GB

Sepatutnya artis-artis berpakaian seperti di atas yang kononnya mengikut rrend (mendedahkan bahu sehingga atas dada dan fesyen yang menampakkan buah dada menggelembong) diharamkan terus muncul lagi di kaca televisyen kerana ia amat merosakkan remaja dan penonton.

Malah sepatutnya JAKIM perlu bersuara dan memanggil mereka untuk disekolahkan semula. JAKIM tidur? Rakyat Islam tuntut peranan kamu-kamu JAKIM dan sekalian mufti di hari akhirat nanti.