Sabtu, 25 Disember 2010

ANAK ! Jangan Ganggu Keharmonian Felda!


Wakakaka!
Sembang dalam TV bukan main hebatt!
Ceramah kat Putrajaya bukan main memekik!

Konon Felda banyak duit!
Konon Felda banyak aset!

Yang paling best.. Siapa kata Felda bangkrup PENGKHIANAT!!
Wakakaka!

Ni apsal slow-slow pujuk peneroka felda neh?
Ni apsal diam-diam minta tolong peneroka felda neh?

Time untung sorang-sorang?
Time tipu sorang-sorang?
Time Syok sorang-sorang?

Ni dah nak macam nak bangkrup (ataupun dah bangkrup?)
Baru nak terhegeh-hegeh pujuk peneroka agar jangan saman?
Aikkk??

quote
"Antara lain, risalah dua helai itu menyatakan tindakan saman oleh peneroka terhadap agensi pembangunan tanah itu didakwa telah menyebabkan wujud suasana yang tidak harmoni antara peneroka dengan pengurusan Felda."

wakakaka!! wujudkan suasana tidak harmoni??
Abis selama ni harmoni la ye?
Tipu peneroka dengan gred sawit tu harmoni la pada UMNO ye?
Aduyaiii!!

Kalau makcik pakcik felda tak faham lagi tak tau laaa..
Kena mandi bunga satu felda neh!
orang UMNO felda je laaaa!!
wakakakaka!

sunsnake 24122010
Felda 'rayu' jangan saman
BANDAR JENGKA, 23 Dis: Sudah terhantuk baru terngadah. Begitulah yang diibaratkan kepada pekeliling daripada Pengarah Besar Felda Datuk Dzulkifli Abd Wahab yang disifatkan memujuk peneroka supaya tidak menggunakan saluran undang-undang bagi menuntut hak mereka.

Naib Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) Aris Fezul Ismail, menyifatkan risalah bertajuk ‘Penyelesaian masalah, Isu atau Pertelingkahan Melalui Kaedah Timbang Tara’ yang diedarkan kepada peneroka-peneroka serta dibacakan isinya di masjid-masjid di sini seolah-olah melambangkan keresahan Felda menghadapi kebangkitan peneroka.

Antara lain, risalah dua helai itu menyatakan tindakan saman oleh peneroka terhadap agensi pembangunan tanah itu didakwa telah menyebabkan wujud suasana yang tidak harmoni antara peneroka dengan pengurusan Felda.

Kandungan risalah tersebut turut membangkitkan, surat perjanjian asal antara peneroka dengan Felda telah memperuntukkan bahawa sekiranya terdapat perselisihan antara kedua belah pihak perlu dirujuk kepada Penimbang tara iaitu Perdana Menteri selaku menteri yang bertanggungjawab kepada Felda.

12SX :BERBLOG SAMBIL BERBOGEL!! kahkahka

pencacai se malaysia lu jangan wat camni...
pakwe tiz zakyah lu jangan wat camni...
Isa lu jangan wat camni...
bujangsusah lu jangan wat camni...
misai merah lu jangan wat camni...
paklong lu jangan wat camni...

kahkahkahkah

sumber FB

Najib hisap darah rakyat Malaysia

UMNO dan Barisan Nasional sudah tidak mampu menyelesaikan beratus-ratus masalah rakyat termasuk isu saman ekor yang sudah berlanjutan bertahun lamanya.

Najib penghisap darah rakyat Malaysia mahu menswastakan pula sistem pengutipan saman ini.

Setelah 53 tahun memerintah, kerajaan UMNO tidak ada wang. Ini dapat dilihat apabila kesatuan sekerja menuntut bonus tahunan mereka.

Bukan sahaja setakat itu.

Harga petrol ditingkatkan. Bayaran pengangkutan awam naik. Harga barang keperluan pengguna naik. Perkhidmatan naik. Utiliti naik. Semuanya naik.

Malaysia sebenarnya sebuah negara yang sangat kaya. Getah, kelapa sawit, bijih, minyak, balak, emas dan memiliki berpuluh hasil keluaran lain. Ke mana pergi hasilnya ?

Seorang ketua UMNO bahagian diberi paling busuk satu juta melalui projek-projek ihsan, bayangkan berapa juta di'kebas' oleh mereka.

Belum lagi setiausaha parlimen, timbalan menteri, menteri-menteri, isteri-isteri mereka, kaum kerabat dan kroni mengagih-agihkan khazanah negara.

UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan kroni melahap isi - rakyat biasa dan penjawat awam menghirup kuah dan menjilat tulang.

Dalam mengisi kemerdekaan - jasa rakyat biasa dikenang dengan menghisap darah mereka.

Najib penghisap darah rakyat Malaysia. Selamat berpesta kenaikan harga barang-barang dengan istilah 1Malaysia "PENYELARASAN SUBSIDI".

Penyelarasan subsidi bermakna harga barang naik dan darah rakyat Malaysia disedut oleh pemimpin yang sedang berkuasa.

Larang Logo 1 Malaysia Bising, 3 Tahun Larang Pamer Gambar MB Pakatan Kenapa Tak Bising?

Tindakan pengharaman gambar Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak daripada dipamerkan di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran tidak pernah dibangkitkan Kerajaan Negeri.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi, yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas I Kedah, berkata, tiada perubahan berlaku selama hampir tiga tahun Pakatan Rakyat diterajui Pas mentadbir Kedah.

“Perkara itu tidak dibangkitkan atau dipersoalkan Kerajaan Negeri meskipun jelas menunjukkan tindakan itu bermula daripada Kerajaan Pusat.

“Saya berasa kesal kerana hampir tiga tahun pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini, gambar Menteri Besar tidak dibenarkan dipaparkan di sekolah-sekolah terbabit,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Padan ngan muka hangpa

Salam semua...

Pak Long ni bukan jenih suka melepak kedai mamak, bukan pasai Mak Long hang sakit hati... saja Pak Long rasa geli.... hihi... Tapi bila ada cerita roti canai ngan teh tarik nak naik harga... kawan Pak Long si Muthu dah mula berbulu... Pak Long tengok muka dia dah macam koboi sakit dah...

Dia tak puaih hati sungguh pasai kaum India yang minoriti ni jugak la yang selalu kena kencin. Apa yang puak India suka, naik harga... apa yang puak India makan, kena tekan... Pak Long tak mau la tegoq time tu walau tak berapa nak setuju, takut pulak dia jadi histeria... haha... susah anak bini dia...

Petrol yang naik baru ni, semua bangsa sakit kepala... ges masak naik mencanak, semua kaum macam nak meletup... gula naik lagi, semua orang maki maki termasuk la Lucy... hihi... Roti canai ngan teh tarik ni bukan puak India saja yang balun, dah jadi antarabangsa dah... kalau dah naik tu, semua pakat pakat kena rasa laa... haha... padan ngan muka hangpa... Ada pokok pisang, tebang habih buat kondo... mana nak mai cucoq kodok dah... ada pokok ubi, tebaih habih buat pasaraya... mana nak cari dah lepat ubi kayu... addehhh... meleleh ayaq lioq pulak dah...

Hmm... semalam Pak Long tengok rumah si Lucy tu gelap gelemat... tak dak langsung lampu lip lap... macam tak percaya dia tak sambut krismas pasai sakit hati... hihi... okey lah... nak pi hantaq cucoq kodok cicah gulai kat Lucy sat... Sambil sambil tu boleh la ucapkan selamat hari Natal kat Lucy dan semua pembaca blog Pak Long yang beragama kristian... dengan ucapan, selamat bergembira disamping barang naik harga... haha... padan ngan muka hangpa...

Wassalam,...

Tarikh Pilihanraya Tenang SPR Dwi Standard

SHAH ALAM 25 DIS: Tarikh Pilihanraya Kecil DUN Tenang yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihanraya(SPR) disfatkan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub sebagai dwi standard.

SPR sebelum ini menetapkan tarikh 22 dan 30 Januari depan iaitu hari cuti sebagai tarikh penamaan dan pengundian bagi pilihan raya kecil itu.

Beliau berkata, SPR yang dipengerusikan Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dilihat seolah-olah sengaja menyusahkan negeri-negeri pimpinan Pakatan Rakyat setiap kali pilihanraya kecil diadakan.

Salehuddin berkata, apabila berdepan pilihan raya kecil di negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat, SPR dilihat cenderung mengadakan proses penamaan dan pengundian pada hari bekerja sedangkan apabila di kerusi Barisan Nasional(BN), tindakan sebaliknya dilakukan SPR.

"Kita melihat ini 'double standard'. Kita juga lihat jika pilihanraya dilakukan di negeri Pakatan Rakyat maka ia akan menjadi suatu yang lumrah ia akan dilakukan oleh SPR pada waktu berkerja. Tetapi pada negeri Barisan Nasional ia mengadakan penamaan calon dan buang undi di hari cuti hujung minggu. Ini semacam rancangan sengaja untuk menyusahkan pihak Pakatan Rakyat," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Namun pihaknya sudah bersedia menghadapi pilihanraya kecil tersebut dengan mempersiapkan jentera di semua peringkat khususnya di negeri Johor.

Malah beliau berkata, kesemua jentera yang ditugaskan sedang menempatkan kedudukan di kawasan masing-masing.

"PAS telah menjanjikan suatu keyakinan bahawa kita boleh melakukan sesuatu untuk mencipta sejarah pada PRK Tenang ini. Kita juga telah menyatakan komitmen yang tinggi terhadap pilihanraya kali ini. Pilihanraya ini merupakan satu 'gendang perang' ke arah kita menghadapi pilihanraya umum 13," jelasnya.

Pilihanraya kecil ke-14 ini diadakan bagi mengisi kekosongan berikutan kematian penyandang Datuk Sulaiman Taha, wakil rakyat Umno-BN, 17 Disember lepas.

Ia pilihan raya kecil pertama di Johor sejak Mac 2008, malah ia juga yang pertama sejak pilihan raya kecil DUN Tambatan yang diadakan pada 1989.

DUN Tenang, salah satu daripada dua kerusi negeri dalam Parlimen Labis yang berjirankan kerusi Parlimen Pagoh yang bersempadankan kawasan Parlimen Pagoh di sebelah barat, Parlimen Sekijang di utara dan negeri Pahang di sebelah timur.

Allahyarham Sulaiman mempertahankan kerusi DUN Tenang pada pilihan raya umum ke-12 dengan menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.

Kerusi DUN Tenang mempunyai 14,753 pemilih berdaftar termasuk 18 pemilih pos.

Daripada jumlah itu, pengundi Melayu terdiri daripada 7,014 orang (47.54 peratus), Cina 5,766 (39.08 peratus), India 1,780 (12.07 peratus), Bumiputera Sabah enam (0.04 peratus), Bumiputera Sarawak lima (0.03 peratus) dan Orang Asli 171 (1.16 peratus) dan lain-lain 11 orang (0.07%).

Mengikut pecahan umur, seramai 3,271 pengundi berusia antara 30 hingga 39 tahun, 3,602 (40-49 tahun), 2,788 (50-59 tahun), 1,897 (60-69 tahun), 1,188 (70-79 tahun), 268 (80-89 tahun) dan lebih 90 tahun pula 70 orang.

MRT: Kabinet Kalut, Laporan SPAD Belum Siap


SHAH ALAM 25 DIS : Kabinet disifatkan sebagai 'kalut' dan tergesa-gesa bagi melaksanakan Projek Transit Aliran Massa(MRT) kerana kajian yang dilakukan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang masih tidak siap, dakwa Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.

Sebagai rekod kajian keseluruhan setiap pelan itu patutnya siap bulan September 2011 oleh SPAD.

Terbaru, Projek Transit Aliran Massa (MRT) yang bernilai lebih RM 36 bilion yang diagung-agungkan sebagai 'masterpiece' dan penyelesaian masalah pengangkutan di kawasan Lembah Klang dan sekitarnya oleh Kabinet Najib sejak pengumuman rasminya beberapa minggu lalu.

"Najib ni, yang dia huru-hara sangat nak cepat sangat seolah-olah nak kiamat esok kenapa? Mengikut sebuah badan transitmy.org, banyak lagi perkara mesti diteliit. Maksudnya MRT ini belum dibuat keputusan oleh SPAD sebagai penyelesaian paling bijak dan paling tuntas untuk Lembang Klang dan Greater KL ini," katanya kepada Tv Selangor.

Ketika mengumumkan pelaksanaan projek ini awal Disember lalu, Najib berkata perlaksanaan projek aliran transit massa (MRT) di Lembah Klang dijangka menjana Pendapatan Negara Kasar (GNI) antara RM3 bilion dan RM4 bilion setiap tahun dari tahun hadapan hingga 2020, hasil daripada pembinaan dan operasi.

Bagamanapun menurut Dzulkefly, kerajaan yang baik memberi komitmen melaksanakan kemudahan kepada rakyat tanpa mengira keuntungan jangka pendek.

Beliau memberitahu, jika kerajaan melaksanakan prasarana asas dengan baik, kesan berganda atau mutiplier effect akan datang sendiri melalui rakyat.

"Apa yang sepatutnya kita lihat dalam perkara ini ialah satu komitmen dari pihak kerajaan bekal infrastruktur yang baik kepada rakyatnya, bukan dengan kepentingan mendapat pulangan untuk pelaburan tersebut. Oleh itu ia tak patut dilihat sebagai pelaburan untuk mendapat pulangan segera," katanya lagi.

Sementara itu, dalam perkembangan sama MMC-GAMUDA tidak patut membida atau diberi kontrak dalam projek pembinaan terowong bernilai RM 13 bilion pembinaan Sistem Transit Aliran Massa (MRT) kerajaan.

Dr Dzulkefly menjelaskan ia akan mengakibatkan konflik kepentingan kerana pada masa yang sama menjadi 'pengurus projek' atau Rakan Pelaksana Projek (PDP) projek MRT ini.

"Pada saya, kalaulah dia berperanan sebagai PDP, biarlah berperanan sebagai PDP sahaja. Ini dia juga nak bida. Dari segi pentadbiran baik, itu sudah ada conflict of interest di situ," katanya.

18 Disember lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pelantikan syarikat MMC-Gamuda JV Sdn. Bhd. (MMC-Gamuda) untuk melaksanakan projek pengangkutan darat terbesar negara iaitu Transit Aliran Massa (MRT) yang dianggarkan bernilai RM36 bilion.

Bagaimanapun kos itu tidak termasuk jumlah untuk kos pembinaan dan tidak termasuk kos pembelian tanah serta pemilikan teknologi paling terkini bagi pembangunan sistem MRT yang boleh menambah kos projek ini sehingga RM50 bilion.

Bagaimanapun sehari selepas itu, Najib mengumumkan pula syarikat tersebut diberi pengecualian untuk membida tender pakej terowong bernilai RM 13 bilion atas alasan satu-satunya syarikat tempatan yang berpengalaman.

Selain itu timbul ura-ura sememangnya MMC GAMUDA sudah diberikan kontrak itu tetapi diselindungkan atas alasan bidaan tender belum tamat.

Justeru, Dzulkefly mahu Najib melaksanakan janji bagi satu bidaan tender terbuka yang telus berdasarkan keupayaan dan bukannya untuk kroni.

"Janji PM, Janji Najib untuk pemberian tender kontrak sebagai tender terbuka mestilah dilakukan dan ditunaikan. Sebab tunnel itu paling besar, dan memakan RM13 bilion daripada nilai RM36 bilion dan keseluruhan RM50 bilion," jelasnya.

Selangor Tangguh Larang Sementara Logo 1 Malaysia- Ronnie Liu

SHAH ALAM 25 DIS: Kerajaan Selangor menangguhkan pelaksanaan melarang kesemua majlis-majlis tempatan meletakkan logo 1 Malaysia sebagai bahan iklan dipremis perniagaan sehingga notis selanjutnya.

Exco Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri Selangor Ronnie Liu dipetik berkata, penanggguhan ini dibuat berikutan kekeliruan mengenai takrif logo 1 Malaysia yang disifatkan sebagai propaganda Barisan Nasional pada bahan iklan.

"Masih terdapat perkara yang samar-samar tentang apa dianggap sebagai aksi penarik publisiti oleh BN dan apa yang bukan," kata beliau memetik laporan portal Malaysiakini.

Menurut Ronnie, banyak majlis-majlis tempatan masih kurang jelas tentang bentuk pengiklanan yang dilarang.

Beliau menambah, satu kajian semula akan dibuat pada mesyuarat exco negeri Selangor selepas Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim kembali dari percutian dijangka pada awal Januari depan.

"Buat masa sekarang saya cadangkan agar semua majlis tempatan menangguhkan dahulu penguatkuasaan menurunkan logo 1 Malaysia," ujar Ronnie  yang bagaimanapun melahirkan rasa terkejut apabila diberitahu bahawa Majlis Daerah Sabak Bernam menguatkuasakan larangan itu sejak Jun tahun ini.

“Setakat ini hanya Majlis Daerah Kuala Langat telah mula membuang beberapa papan-papan iklan dengan logo 1 Malaysia pada mereka," katanya.

Ronnie juga mendesak supaya Sabak Bernam menangguhkan penguatkuasaan larangan logo 1 Malaysia.

“Saya tidak rasa mereka (Sabak Bernam) telah melaksanakannya, saya masih boleh lihat banyak logo 1Malaysia di tempat itu,” katanya.

Sebelum ini kerajaan Selangor dilaporkan melarang penggunaan logo 1 Malaysia kerana melanggar peraturan kecil kerajaan tempatan dan merupakan mesej politik Barisan Nasional.

Larangan tersebut mendapat tentangan hebat daripada pemimpin kerajaan Barisan Nasional dengan mengatakan ianya bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Semalam Penasihat DAP Kebangsaan Lim Kit Siang menasihati agar kerajaan Selangor agar mempertimbangkan semula keputusan melarang penggunaan logo 1 Malaysia.

Menara Warisan: Kerajaan Perlu Utama Pendapat Rakyat


SHAH ALAM 25 DIS: Umno-Barisan Nasional(BN) disifatkan bakal menghadapi tentangan suara rakyat sekiranya meneruskan projek pembinaan Menara Warisan setinggi 100 tingkat.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali berkata demikian mengulas kenyataan kajian Merdeka Centre yang mendedahkan hampir dua pertiga rakyat Malaysia yang terus membantah rancangan kerajaan untuk membina Menara Warisan tersebut.

"Sekiranya Umno teruskan juga projek tersebut, ini bermakna mereka akan menghadapi masalah dengan rakyat kerana rakyat tidak bersetuju, rakyat terasa terhimpit dengan kehidupan sedangkan kerajaan mahu membina projek yang tidak ada keperluan," katanya kepada Tv Selangor.

Kajiselidik Merdeka Centre yang membabitkan 1,005 responden di Semenanjung Malaysia itu, menunjukkan 65 peratus tidak bersetuju dengan rancangan tersebut, dan hanya 25 peratus yang menyokongnya.

Responden dari kalangan kaum Cina merupakan yang teramai - 75 peratus - yang membantah pembinaan menara itu.

Ini diikuti oleh responden Melayu (60 peratus) dan India (58 peratus).

Dr Lo' Lo' yang juga AJK PAS Pusat memberitahu sekiranya kerajaan Umno-BN angkuh dan meminggirkan suara bantahan rakyat, ia jelas mengambarkan moto 1 Malaysia yang kononnya 'Rakyat Di utamakan' itu hanya skrip politik semata-mata.

"Yang katakan 2/3 rakyat membantah itu, jelas suara rakyat yang meluah rasa ketidakpuasan hati mereka terhadap pembinaan projek tersebut,"katanya.

Pembinaan menara 100 tingkat itu, bakal mengatasi ketinggian Menara Berkembar Petronas, diumumkan dalam bajet Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Oktober lalu.

Projek yang membabitkan kos sejumlah RM5 bilion, terus mendapat bantahan rakyat Malaysia dan Pakatan Rakyat dengan menganggapnya sebagai salah keutamaan.

Walau bagaimanapun, Dr Lo'Lo' ketika dihubungi berkata, pimpinan Pakatan Rakyat lebih cenderung menyarankan agar wang tersebut disalurkan untuk menambahbaik kemudahan pengangkutan awam, kebajikan atau infrastruktur sekaligus ia mampu memberi pulangan kepada kebajikan rakyat Malaysia.

"Kita jangan merujuk pembangunan di Malaysia Barat,sebaliknya renung nasib rakyat di Malaysia Timur juga, yang mana mereka jauh ketinggalan, dan disitulah sepatutnya pelaburannya, bukannya kepada menara 100 tingkat itu," katanya.

Jangan lupa ‘hadiah’ BN sepanjang 2010

NAIB Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar menyeru rakyat Malaysia untuk tidak melupakan ‘hadiah’ yang diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional sepanjang 2010.
“Kita baru sahaja ‘dihadiahkan’ dengan kenaikan harga petrol dan gula, yang sudah pasti memberi kesan kepada ekonomi kita.
“Bersangkutan dengan itu, kita bukan sahaja semakin miskin ekonomi, bahkan kita juga semakin miskin demokrasi.
“Lihat sahaja akta-akta seperti ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), PPPA (Akta Penerbitan dan Mesin Cetak), OSA (Akta Rahsia Rasmi) dan sebagainya yang melemahkan semangat dan daya saing demokrasi negara kita,” katanya dalam perutusan sempena sambutan Hari Krismas 2010, hari ini.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu turut meminta rakyat Malaysia untuk mengimbas kembali segala tuntutan yang diperjuangkan sepanjang tahun ini.
“Adakah segala azam dan cita-cita kita untuk tahun 2010 tercapai? Apakah yang boleh kita perbaiki dalam perlakuan dan perhubungan kita sehari-hari? Bagaimanakah kita boleh memajukan diri kita dan masyarakat?
“Ini adalah waktu yang amat sesuai untuk kita bersama-sama mengambil iktibar dari pengalaman yang telah berlalu,” katanya.
Justeru, beliau menyatakan keazamannya bersama-sama pendokong Pakatan Rakyat bagi membentangkan Akta Pemulihan Demokrasi, yang diharapkan mampu untuk memulihkan prasarana minda dan jiwa rakyat Malaysia yang merdeka.
“Penghujung tahun memberi kita satu peluang yang cukup istimewa, iaitu peluang untuk berubah. Dari tahun lama ke tahun baru dari perlakuan lama ke perlakuan baru, malah dari politik lama ke politik baru sekalipun!
“Oleh itu, marilah kita mengambil kesempatan yang ada dalam masa terdekat ini untuk berubah, demi kebaikan dan kesejahteraan bersama, demi kesaksamaan dan keadilan sejagat, demi Malaysia yang lebih makmur,” kata Nurul Izzah.

Dialog Sunnah-Syiah dan masa depan umat

Haris Zalkapli

Islam Syiah mendapat perhatian di Malaysia sejak lebih seminggu lalu apabila sebuah hauzah komuniti ini diserbu pihak penguasa sehingga menjadi tajuk berita utama di media tempatan dan antarabangsa.
Dalam perhatian media global, selepas pertempuran kerajaan Yaman dengan Syiah Zaidiyah dikenali Houthi di utara negara itu sejak 2009, kebangkitan Syiah di Bahrain sejak beberapa bulan lalu, dan perkembangan politik Iraq, kini Malaysia turut menjadi perhatian dalam isu hubungan Syiah-Sunnah global.
Dalam serbuan di Gombak, Selangor itu, seperti yang lazim di Malaysia, hampir semua media melaporkan sahaja dakwaan-dakwaan seperti menghalalkan pembunuhan pengikut Sunnah tanpa sebarang respons dan penjelasan tentang dakwaan-dakwaan ditimbulkan.
Dan seperti yang lazim juga, sebahagian media dalam wacana singkat mereka meletakkan Syiah sekali dalam kategori ajaran sesat, tanpa sebarang penjelasan tentang perbezaan Syiah dengan Sunnah atau aliran Syiah terbabit.
Media juga terus mengidentifikasi hauzah - yang sebenarnya ialah institusi pendidikan, seperti madrasah dalam dunia Sunnah - sebagai sebuah kumpulan, hampir sama seperti Jamaah Islamiyyah dan sebagainya.
Pendirian tidak konsisten pihak berkuasa dapat diperhatikan apabila nada mengancam keselamatan negara kerana antara lain menghalalkan darah bukan Syiah berubah kepada kenyataan tidak mengancam keselamatan negara oleh menteri dalam negeri dan tidak sesuai diamalkan di Malaysia atas sebab berpotensi memecah-belahkan umat Muslim negara ini.
Hujah seperti ini biasa dikemukakan dalam debat isu Syiah di negara ini. Variasi daripada sesat hingga kepada tidak sesuai, atau lebih mudah menerima sahaja denominasi Sunnah Shafie biasa menjadi hujah mereka yang menolak Syiah.
Dalam banyak, dan mungkin sebahagian besar kes, debat sukar berjalan kerana kedua-dua Syiah dan Sunnah tidak bercakap dalam bahasa yang sama, yang satu sebabnya ialah perbezaan konsep-konsep kedua-dua aliran.
Konsep seperti Imamah atau kepimpinan umat seperti yang diwacanakan dengan mendalam oleh Syiah tidak merupakan sesuatu yang dibincangkan atau difahami Muslim Sunnah. Muslim Sunnah juga sering sukar menerima atau memahami konsep-konsep esoterik dan dasar-dasar falsafah amalan-amalan Syiah seperti sambutan Asyura, yang realitinya mempunyai pelbagai bentuk dan tahap di seluruh dunia Syiah.
Sebahagian besar Muslim Sunnah turut menyamakan semua golongan Syiah daripada Imamiyah 12 Imam kepada Zaidiyah dan Syiah ekstrem yang banyak di Pakistan dan India dalam satu kategori Syiah.
Amalan memukul badan sehingga berdarah (walaupun di beberapa tempat pewarna merah digunakan untuk memberikan efek berdarah tanpa melukakan badan) dianggap sebagai amalan semua aliran Syiah, dan keganasan yang berlaku di Iraq dan Pakistan terus dikaitkan dengan simplistik kepada berpunca daripada Muslim Syiah, tanpa melihat perkembangan tersebut dengan lebih mendalam, dan tanpa pengetahuan yang cukup dalam politik antarabangsa.
Begitu juga dengan amalan nikah mutaah dan waktu solat menurut tafsiran mazhab fiqh Jafari dalam Imamiyah 12 Imam. Nikah mutaah dilihat sebagai satu amala biasa yang diterima dengan mudah oleh semua pengikut Syiah walaupun hakikatnya penerimaannya tertakluk kepada pelbagai kondisi setempat.
Perbezaan waktu solat Syiah juga dengan mudah ditafsirkan sebagai pengikut Syiah bersolat jamak untuk setiap waktu, dan hal ini juga dijadikan asas pandangan - atau persepsi salah - bahawa amalan agama Syiah lebih mudah.
Hakikatnya, tafsiran waktu solat tersebut hanya satu tafsiran fiqh Jafari yang menjadikan ibadah solat lebih mudah, tetapi ibadah lain seperti puasa, haji dan doa-doa yang lebih panjang, jarang, sekiranya ada, diberi perhatian oleh Muslim Sunnah.
Dari sudut implikasi tempatan dan global, perkembangan di Malaysia mencetuskan isu hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat dan Iran, dengan hubungan Kuala Lumpur dan Tehran kelihatan sedikit terjejas.
Episod ini juga menimbulkan kepentingan dialog antara Muslim yang kelihatan semakin kritikal ekoran perkembangan dunia Islam yang menyaksikan hubungan Syiah dengan Sunnah menjadi sentral di beberapa negara Islam seperti Iraq, Yaman, Arab Saudi, Bahrain dan kini Malaysia.
Perkembangan ini juga, yang menempatkan Syiah Imamiyah Malaysia di tengah-tengah dan menjadi perhatian menambahkan lagi isu-isu Syiah global yang dinilai sebagai kebangkitan.
Reaksi komuniti Syiah di Malaysia terhadap tindakan pihak berkuasa telah memunculkan mereka di tengah-tengah arus perdana masyarakat, dengan kesediaan berwacana dengan lebih terbuka komuniti ini seperti di negara-negara terbabit sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Perkembangan ini menguatkan lagi tesis tentang kebangkitan Syiah global seperti dikemukakan akademik Vali Nasr dalam bukunya The Shia Revival: How Conflicts Within Islam Will Shape the Future (2007), yang muncul semakin relevan dalam perkembangan dunia Islam pada masa kini.
Umat Muslim termasuk di Malaysia, wajar sekali mengambil kesempatan perkembangan global ini untuk menghalakannya ke arah yang positif, membawa manfaat untuk semua dan bukan menambahkan lagi isu-isu yang boleh membawa perpecahan.

DALAM 100 HARI 10 ORANG AKAN DITANGKAP !

SIAPA DIA SEPULUH INI ?

nota:
siapa yang ke sepuluh?
orang ramai di jamin suka
anak muda akan senang hati
negara kita akan berada
dilandasan tepat !






NIK AZIZ : BN USAH JADI GENGSTER, PR MAMPU LAKSANA PROGRAM 100 HARI
- minsider

Mursyidul Am PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata Program 100 Hari yang dikemukakan Pakatan Rakyat pada konvensyen mereka Ahad lepas hanya akan dilaksanakan setelah pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran negara.

“Kita akan laksanakan bila pakatan dapat memerintah negara... tunggulah dulu... jangan nak jadi gengster,” kata Nik Aziz kepada pemberita selepas majlis perkahwinan perdana anjuran kerajaan negeri melibatkan 101 pasangan baru di Pusat Tarbiyah PAS Kelantan di sini hari ini.

Dipetik Bernama, beliau mengulas kenyataan Muhyidin Yassin semalam yang mencabar Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim supaya melaksanakan kenaikan gaji bagi pegawai-pegawai awam di negeri-negeri yang ditadbir oleh pakatan pembangkang dahulu sekiranya pembangkang benar-benar prihatin dengan nasib penjawat awam.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… JANGAN TAKUT… TAK PERLU GUNA WANG… kah kah kah..

kah kah kah… TAK PERLU GUNA BUJET…. kah kah kah..

kah kah kah…. TAK PERLU BANYAK BELANJA…. kah kah kah..

woit… DALAM MASA 100 HARI KITA TANGKAP 10 MALAON INI :

1 – mahathir – kes tipu
2 – samy vellu – kes bunuh
3 – najib razak – kes bunuh
4 – lee liong sik – kes tipu
5 – taib mahmud – kes bunuh
6 – tajuddin ramlee – kes tipu
7 – razak bagida – kes bunuh
8 – rais yatim - kes rogol
9 – muhyiddin yassin – kes rasuah
10 - ????


kah kah kah…. SAPA SORANG LAGI…. kah kah kah…

woit… INI CARA NYA… TINGGAL KAN SATU KOSONG …kah kah kah..

kah kah kah… YANG LAIN AKAN CERET BERET TAKUT…. kah kah kah..

nota:
kalau ini dijanjikan dalamn manifesto
jamin rakyat akan memilih pakatan rakyat
jangan takut tak perlu belanja banyak
jangan takut tak perlu buat uniform baru
dalam masa 100 hari negara ini terjamin selamat
dari lanun lanun ini
rakyat akan muslim akan buat kenduri doa selamat
penganut hindu akan pecahkan kelapa dikuil
penganut kristian akan bakar lilin
penganut buddha akan berpuasa
orang penang akan pancung babi
orang asal akan panggang kera

semua rakyat akan bergumbira
kah kah kah

TT.

Guru - kuasa tersembunyi yang sukar dikuasai

Utusan Online telah 'mencipta' watak 'Kamariah Youb - Enggor' yang kononnya lebih memahami profesion dan permasalahan golongan pendidik, untuk memperlekehkan salah-satu perakuan '10 perkara dalam 100 hari PR mentadbir Putrajaya'. Begitu terdesaknya media pengampu nombor wahid kerajaan beEnd / umno / apco bangun mempertahankan pemerintahan yang sudah begitu rosak, korup dan kini semakin bercelaru.
Dalam keadaan pentadbiran kerajaan BeEnd yang bercelaru, tiba-tiba dikejutkan pula dengan perakuan PR sekiranya diberi mandat mentadbir Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum ke-13 nanti yang menjanjikan pelbagai kebaikan dan manfaat kepada Rakyat. Dalam keadaan 'terkejut beruk', maka diwujudkan 'Cikgu Kamariah' -  watak wayang kulit yang menggunakan skrip janaan para editor tok dalang Utusan Online.
Atau mungkin juga 'Cikgu Kamariah' memang betul-betul wujud. Mungkin beliau merupakan seorang guru yang sedang menikmati kehidupan mewah. Mungkin beliau bersuamikan seorang 'kontraktor atas angin' atau isteri seorang Dato' atau Tan Sri yang selama ini mengecapi kehidupan mewah dengan menyokong kerajaan BeEnd / umno / apco. Kepadanya, tambahan gaji RM500 sebulan, taklah sebesar mana berbanding nilai kontrak puluhan atau ratusan ribu sebulan yang akan terbang daripada genggaman suami.
Bagaimanapun, suka kita bertanya, apakah 'Kamariah Youb' ini telah diberi mandat oleh lebih 400,000 warga pendidik apabila beliau menyatakan bahawa perakuan memberi tambahan gaji RM500 sebagai menghargai khidmat bakti guru-guru, adalah merupakan tindakan PR menghina dan merendah-rendahkan martabat perguruan? Kita percaya, jika betul 'Cikgu Kamariah' ini wujud, beliau pastinya menjadi guru yang pertama akan menyerah kembali RM500 setiap bulan kepada kerajaan sekiranya PR diberi mandat mentadbir negara.
Maka berebut-rebutlah pelbagai media cetak dan elektronik yang bersimpati dengan 'parti pembangkang  (BeEndlah, siapa lagi.. ) membuat liputan ala-penyerahan kembali wang saguhati yang konoonya 'duit judi' pemberian kerajaan negeri Pulau Pinang kepada warga emas di sana baru-baru ini. Tapi, sekiranya kerajaan PR mengotakan Janji 10 Perkara Utama dalam tempoh 100 hari mentadbir kerajaan pusat, wahai 'Cikgu Kamariah', maaf cakap, bak kata orang utara, 'hang tunggin pungkok ke langit pun, takdak sapa nak ambil pot'.
Berikut, disiarkan satu komen atau posting yang menarik untuk dikongsi bersama:
Membaca article ini (Angkat tangan jika ada guru yang tersinggung!!) saya juga seorang guru yang terpaksa menyamar demi ancaman tekanan, sangat senang dan tentunya menyokong parti yang memnperjuangkan kepentingan bukan sahaja guru, malah rakyat marhaen secara keseluruhan. Saya menyokong PR bukan kerana imbuhan RM500 itu tetapi lebih kepada inginkan perubahan pemerintah yang lebih telus dan bertanggungjawab. Oleh yang demikian, jika PR berjanji RM500 maka itu adalah sesuatu yang realistik, sama ada janji itu pura-pura atau tidak bagi saya ialah PR wajar diberi peluang untuk membuktikan janji itu. UMNO-BN telah banyak merosakkan institusi negara.

Sehubungan dengan itu, sebagai guru saya berpendapat diamnya kesatuan guru dalam hal ini bukan bererti guru-guru menolak janji PR, malah saya merasakan bahawa diamnya kesatuan gutu sebagai tanda mengiyakan tetapi dalam masa yang sama terpaksa menjaga perasaan UMNO-BN yang kini memerintah agar Menteri Pelajaran khususnya tidak mengamuk. Jika kesatuan guru memang tidak bersetuju dengan janji PR itu, maka saya berpandangan bahawa guru-guru yang menganggotai kesatuan tersebut sebenarnya menghadapi masalah mental kerana tindakan untuk tidak bersetuju itu sangat bertentangan dengan keinginan guru sebagai manusia yang mahukan lebih dari apa yang dinikmati.
Jika UMNO-BN tidak mahu melihat guru-guru menyokong PR, ya saya cabar UMNO-BN agar membuat pelarasan gaji baru untuk guru tahun hadapan. Jika mereka tidak sanggup maka tidak perlu bercakap bagi pihak guru. Saya sangat bersetuju jika Kesatuan Guru mendiamkan diri dalam hal ini, tidak perlu komen sebagai tindakan yang bijak demi menjaga integriti profesionalime guru pada kaca mata kerajaan. Biar guru mempunyai harga dan maruah, jangan tunduk kepada kerajaan, biar kerajaan yang tunduk kepada kita sebagai rakyat. Diamnya kesatuan dalam hal ini adalah satu tindakan yang bijak. Cukuplah banyak institusi negara yang sudah diperkosa oleh pihak berkuasa untuk 'over rule' kehendak mereka. - SH
Kita faham mengapa pihak BeEnd / umno / apco begitu menggelabah bila PR mula mendampingi guru. Ini kerana sudah habis segala apparatus kerajaan berada di bawah cengkaman mereka seperti SPR, SPRM, PDRM, sebahagian ATM, RELA, Mahkamah dan Kehakiman. Terkini mereka berjaya menguasai Perundangan, apabila Speaker Parlimen tunduk mengikut skrip yang disediakan oleh BeEnd - umno / apco.
Yang 'sukar' mereka kuasai ialah golongan pendidik yang merupakan satu pertiga daripada jumlah keseluruhan kakitangan awam. Golongan pendidik sukar untuk dirasuah atau digula-gulakan kerana prinsip yang menjadi pegangan majoriti guru-guru atau pendidik ialah 'kebenaran'. Golongan ini pula, mempunyai pengaruh yang kuat ke atas masyarakat setempat. Inilah salah satu golongan 'hidden force' yang jika diizinkan Allah SWT, akan bergabung kuasa undi bersama para siswa-siswi serta anak-anak muda, bakal meletakkan PR ke Putrajaya selepas PRU Ke-13 nanti, InsyaAllah.
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
- Usman Awang

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Sumber puisi & grafik:  Perantau Zaman

MERIAH: Gambar sekitar 'Majlis Kahwin Perdana 2010' anjuran kerajaan Negeri Kelantan



Oleh: Pria Malaya

Siapa kata kerajaan Negeri Kelantan tidak mampu? siapa kata kerajaan negeri mengabaikan rakyatnya?..terbukti sudah, kerajaan negeri kelantan menjadi pelopor perubahan demi perubahan...

Hari ini, kerajaan negeri berjaya mengadakan majlis perkahwinan perdana melibatkan 100 pasangan muslim termasuk Orang Kurang Upaya (OKU) dan Orang Asal...kerajaan negeri telah membiayai sepenuhnya mas kahwin, jamuan dan peralatan perkahwinan utk pasangan raja sehari ini..

Alhamdulillah, 'kesakitan' dan kesusahan akibat bahana kenaikan harga barang (oleh kerajaan BN) terubat sedikit dengan bantuan ikhlas kerajaan negeri Kelantan kpd pasangan yang mahu membina rumah tangga...

Kepada kerajaan negeri Kelantan di bawah pimpinan Tok Guru Nik Aziz, tahniah penulis ucapkan..semoga menjadi ikutan negeri2 yang lain..wallahua'lam...

















(Wang tunai sebanyak RM500 daripada pihak kerajaan negeri. Kerajaan negeri Kelantan telah memperuntukkan pemberian wang dinar (RM700) dan wang tunai RM500 untuk setiap pasangan.)




(YAB Tuan Guru sedang menikahkan pasangan pertama)







Bukti Anwar kaitkan APCO dengan konsep 1 Malaysia masih ditunggu..,!!

KUALA KANGSAR, 25 Dis — Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz masih menunggu ‘‘pembongkaran’’ bukti kaitan APCO Worldwide dengan konsep 1 Malaysia, yang dikatakan akan dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mohamed Nazri berkata beliau telah lama meminta Anwar mengemukakan bukti berhubung dakwaan yang dibuat di Dewan Rakyat itu, namun sehingga kini, ketua pembangkang berkenaan gagal berbuat demikian.
“Saya telah minta Anwar tunjukkan bukti apa yang saya kata itu salah dan apa yang beliau kata itu benar, (namun) sehingga hari ini, beliau tidak kemukakan apa-apa bukti, hanya yang kita dengar adalah penipuan dan pembohongan diteruskan oleh penyokongnya.
“Rakyat Malaysia tahu bahawa Anwar sememangnya membuat satu pembohongan dan penipuan, bukan sekali, tetapi berkali-kali di dalam Dewan (Rakyat),” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Rumah Terbuka Krismas dan Tahun Baru di Kampung Baru Sauk di sini hari ini.
Beliau berkata surat APCO merupakan bukti prima facie yang kukuh bagi menyokong usul menggantung Anwar daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat.
“Tunjukkan bukti, ini kata APCO kena belilah, kalau betul, tunjuk bukti. Saya telah tunjukkan bukti, jadi Anwar tunggu apa lagi, nak tipu apa lagi, memang dah melakukan angkara jahat,” katanya.
Mengenai dakwaan bahawa surat APCO itu mahu ‘‘membunuh’’ karier politik Anwar, Mohamed Nazri berkata sebenarnya, perkara itu dilakukan sendiri oleh ketua pembangkang berkenaan.
“Anwar tidak boleh tuduh saya mahu membunuh karier politiknya kerana beliau telah diberi kesempatan dan ruang untuk membuat penjelasan pada 22 Mac...saya sudah memberitahu beliau seminggu sebelum itu, tetapi pada 22 Mac, bukan beliau nak tarik balik, sebaliknya, beliau serang kita balik.
“Sebab itu, saya bawa usul untuk rujuk beliau kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen berhubung isu tersebut,” katanya.
Rabu lepas,  APCO Worldwide berkata satu afidavit yang baru dikeluarkan membuktikan apa yang dinyatakannya sebelum ini, bahawa ia tidak terlibat dengan program ‘‘One Israel’’, adalah benar.
Sebelum ini, Mohamed Nazri berkata afidavit itu, yang dibuat oleh perunding politik yang terlibat dengan “One Israel”, telah menyatakan bahawa dakwaan Anwar terhadap APCO adalah palsu.
Selain itu, beliau berkata syarikat berkenaan turut menyatakan bahawa pertama kali ia mendapat tahu mengenai inisiatif 1 Malaysia ialah pada awal 2009, iaitu beberapa bulan selepas diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Katanya, kandungan surat yang dihantar oleh APCO Worldwide kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen menjadi asas untuk menggantung Anwar daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan.
Mohamed Nazri juga berkata dalam surat bertarikh 19 Ogos itu, firma berkenaan dengan jelas menafikan pembabitannya mencipta slogan 1 Malaysia, sekaligus menafikan dakwaan Anwar yang mengaitkan slogan itu dengan firma tersebut. — Bernama

Rais: Tahap pemahaman konsep 1 Malaysia meningkat 84 peratus..,ha..ha,.. Percaya lah...!!!

KAJANG, 25 Dis — Tahap pemahaman konsep 1 Malaysia di kalangan rakyat telah meningkat sehingga 84 peratus berbanding sasaran yang ditetapkan iaitu 75 peratus, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata perkara ini dibuktikan menerusi soal selidik yang dijalankan oleh kementerian berkenaan pada pertengahan Jun hingga Julai lepas bagi mengukur tahap kejayaan gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Kaji selidik yang dijalankan ke atas 15,353 responden telah menunjukkan 84 peratus menyatakan (1Malaysia) ini perkara baik dan tidak menyanggahi kemudaratan ataupun perpecahan manakala penerimaan terhadap konsep itu sebanyak 72 peratus.
Justeru, kita perlu melihat 1Malaysia ini adalah milik kita...jika kita sayangkan Rukun Negara, Perlembagaan Malaysia, lagu Negaraku dan perjuangan 1 Negara bangsa, kita perlu menghormati konsep itu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Krimas 1 Malaysia anjuran ahli perniagaan Datuk Seri Vanatiah Anthony dan isteri Datin Seri Elispetoo Sinnappan di Kampung Baru Sungai Chua di sini.
Rais berkata pemahaman terhadap konsep 1Malaysia juga dilihat meningkat berbanding soal selidik ke atas 12,212 responden pada Oktober tahun lepas yang hanya sebanyak 69 peratus dan kesedaran konsep itu sebanyak 82 peratus.
Sehubungan itu, katanya, konsep 1Malaysia perlu dijayakan oleh semua pihak tanpa terhad kepada batasan politik untuk kesejahteraan perjuangan bangsa dan negara.
Beliau berkata amalan rumah terbuka yang dianjurkan oleh masyarakat di negara ini yang dihadiri pelbagai kaum, menunjukkan keharmonian perpaduan yang terjalin meskipun kerajaan Selangor mengetepikan 1 Malaysia sebagai lambing politik.
“Tidak benar, kita harus jangan sempitkan soal ini...dalam susunan alur kemasyarakatan, kita perlu melihat Malaysia dalam kepelbagaiannya dan apa yang dianjurkan Najib tidak terasas politik langsung sebaliknya meneruskan perjuangan semenjak (Perdana Menteri pertama) Tunku Abdul Rahman sehingga pada zaman beliau (Najib) garap semula pemahaman dan muhibah untuk menjalin kasih sayang antara kita (rakyat),” katanya.
Pada Rabu lepas, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu mengumumkan pengharaman itu kerana mendakwa konsep 1Malaysia bermotifkan politik dan sekaligus bertentangan dengan undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan yang melarang mempamerkan iklan yang berbaur politik.
Mengenai segelintir artis perempuan yang berpakaian menjolok mata pada Anugerah Skrin 2010 anjuran Media Prima Berhad yang berlangsung semalam, Rais berkata pihak terbabit perlu membuat penilaian semula dalam memastikan setiap majlis pengiktirafan terhadap penggiat filem dan drama diterima penonton.
“TV3 perlu membuat beberapa penilaian semula sekiranya perasan orang ramai sedemikian (pakaian seksi) pada majlis anugerah semalam dan sebagai menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan hanya memfokuskan kepada keadaan mutu filem dan drama tidak fokus kepada siapa memakai apa,” katanya.
Beliau berkata Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan agensi media lain harus melakukan perkara yang sama apabila menganjurkan sesuatu majlis atau program dengan memelihara adat ketimuran yang diamalkan meskipun negara ini telah mencapai tahap kemajuan dan kemodenan yang pesat.
“Kita berharap nilai hidup sentiasa maju dari satu masa ke semasa dan bukan bererti tamadun kita dicabuli oleh kelakuan dan cara pakaian yang tidak senonoh dan tidak menghormati adat budaya timur...siapa yang makan cili, dia yang akan terasa pedasnya,” katanya yang turut menghadiri majlis itu yang disiarkan secara langsung di TV3 semalam. — Bernama

Konsep 1 Malaysia bukan alat politik, kata Najib..ha..ha..percayalah..!!!

KUALA LUMPUR, 25 Dis — Konsep 1 Malaysia bukan alat politik Barisan Nasional (BN) tetapi bertujuan menyemai perpaduan di kalangan rakyat pelbagai kaum demi pembinaan negara, tegas Datuk Seri Najib Razak petang ini.
Perdana Menteri menggunakan perjumpaan sempena Hari Natal hari ini untuk mempertahankan konsep yang beliau perkenalkan tahun lalu ekoran keputusan kerajaan negeri Selangor melarang penggunaan logo 1 Malaysia pada papan-papan iklan atas alasan ia alat politik dan bercanggah dengan peraturan pihak berkuasa tempatan.
“Perjumpaan-perjumpaan seperti ini adalah gambaran (konsep) 1 Malaysia di mana kita boleh berkumpul demi satu tujuan untuk memperlihatkan perpaduan dan (semangat) kekitaan,” kata beliau pada majlis jamuan teh sempena Hari Krismas anjuran Persekutuan Kristian Malaysia di sini hari ini.
“Walaupun ada yang beranggapan bahawa ia (konsep 1 Malaysia) adalah untuk tujuan politik tetapi sebenarnya ia bagi tujuan pembinaan negara.
“Ia untuk kita bersama dan merasakan bahawa kita milik sebuah negara, satu bangsa dengan satu visi dan bagi kita bergerak bersama untuk membangunkan negara abad ke-21 yang benar-benar makmur, harmoni dan berjaya, demi semua rakyat Malaysia,” kata pengerusi Barisan Nasional (BN) ini.
Najib berkata, agama mengajar setiap orang agar mengamalkan toleransi dan menghormati kepercayaan dan amalan-amalan penganut agama lain.
“Dalam masyarakat pelbagai kaum, kita mesti secara konsisten mengingatkan diri kita tentang nilai yang menyatukan kita.
“Kita terikat dengan warisan bersama. Kita terikat dengan keperluan untuk bekerjasama ke arah sebuah negara untuk menghadapi cabaran di depan kita,” kata presiden Umno ini.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa tindakan kerajaan Selangor mengharamkan penggunaan logo 1 Malaysia pada papan iklan di negeri itu menggambarkan kegentaran pembangkang terhadap populariti gagasan itu.
Timbalan Perdana Menteri berkata populariti 1 Malaysia yang dilhamkan oleh Najib telah menjadi semakin meluas dan
diterima oleh rakyat Malaysia.
Muhyiddin berkata, gagasan 1 Malaysia mempunyai tujuan murni antaranya untuk merapatkan perhubungan antara kaum tanpa mengambil kira fahaman politik mereka.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Selangor Ronnie Liu dilaporkan berkata pengharaman penggunaan logo 1Malaysia itu dibuat kerana ia melanggar undang-undang kecil kerajaan tempatan dan merupakan mesej politik BN.
“Adakah anda nampak papan iklan di Selangor menggunakan logo PKR, PAS dan DAP?
“Undang-undang kerajaan tempatan di Selangor menyatakan dengan jelas bahawa logo parti politik tidak boleh digunakan ke atas papan iklan,” kata Liu.
Beliau berkata undang-undang itu bukan baru, ia adalah strategi untuk menentang musuh politik.
Penasihat DAP Lim Kit Siang mahu kerajaan Selangor mengkaji semula larangan penggunaan logo 1 Malaysia pada papan iklan di negeri itu memandangkan Muhyiddin mendakwa Pakatan Rakyat gentar dengan konsep itu.
Lim bagaimanapun mengecam tindakan Muhyiddin yang mendakwa 1 Malaysia yang diilhamkan Najib semakin popular.
“Kenyataan Muhyiddin ini sangat tidak munasabah kerana sebelum ini beliau tidak secara langsung menyokong 1 Malaysia,” kata beliau semalam.
Belaiu mengatakan bahawa Muhyiddin mempunyai banyak kenyataan yang amat “memudaratkan”, yang bertentangan dengan objektif 1 Malaysia.

Senarai Ketua Negara Paling Rasuah Dunia

Di saat begini, harta sebanyak manapun tidak ada
apa-apa maknanya lagi.
Kalau seseorang ketua negara itu yang kerjanya adalah memerintah serta menguruskan negara dan dalam masa yang sama mengumpul harta yang teramat banyak, sudah tentu sumber dari mana datangnya harta itu menjadi satu persoalan.

Perasuah hanya akan digelar perasuah secara formal apabila ia didapati bersalah selepas diadili. Mungkin masih ada ramai lagi pemimpin yang rasuah yang mengaut keuntungan negara untuk diri sendiri di serata dunia, tapi jika tiada bukti maka selamatlah dirinya dari digelar perasuah di atas dunia ini.


Dalam sejarah, terdapat beberapa peminpin yang direkodkan jumlah aktiviti rasuahnya. Suharto menjadi orang yang teratas dalam senarai jumlah harta yang dikumpulkannya. Lihat senarai pemimpin di bawah diikuti dengan jumlah harta dikumpul:

  1. Suharto, Indonesia - USD15 hingga USD35 billion
  2. Ferdinand Marcos, Filipina - USD5 hingga USD10 billion
  3. Mobutu Sese Seko, Congo - USD5 billion
  4. Sani Abacha, Nigeria - USD2 hingga USD5 billion
  5. Slobodan Milosevic, Yugoslavia - USD1 billion
  6. JC Duvalier, Haiti - USD300 hingga USD800 juta
  7. Alberto Fujimori, Peru - USD600 juta
  8. Pavlo Razarenko, Ukraine - USD114 hingga USD200 juta
  9. Arnoldo Aleman, Nicaragua - USD100 juta
  10. Joseph Estrada, Filipina - USD78 hingga 80 juta
Rakyat negara Filipina adalah yang paling malang sekali apabila dalam top 10 pemimpin korup, pemimpin negaranya isi dua nama.

Suharto sudah tinggal kenangan, banyak harta yang dikumpulnya tetapi pasti satu senpun tidak dibawa bersamanya ke dalam kubur.

Moga-moga para pemimpin kita mengambil iktibar dari segala kejadian sebagai pedoman menanggung amanah rakyat.

Beri sokongan kepada BAPA.

Timbalan Presiden PAS, Ust. Nasarudin Mat Isa merasmikan Badan Bertindak Peserta Felcra (BAPA) Peringkat Kebangsaan di Markaz Tarbiyah Ayer Kuning Taiping petang ini. 

TAIPING, 24 Dis.:- Ahli Parlimen tidak pernah dibentangkan (dibekalkan) laporan tahunan pelbagai agensi termasuk Felda dan Felcra juga petronas kerana mengelakkan ianya dibahas. Demikian antara penegasan Timbalan Presiden PAS , Ust. nasarudin Mat Isa dalam Perasmian Badan Bertindak Peserta Felcra (BAPA)di Markaz Tarbiyah PAS Perak Ayer Kuning di sini petang ini.

Beliau juga mendedahkan pelbagai penipuan dilakukan kepada dana Felda dengan perbelanjaan sebanyak RM 60 juta dengaan menghantar anak peneroka ke Universiti Lim Kok Weng untuk belajar disana.

"Apakah kewajaran wang sebanyak itu dikeluarkan sedangkan jumlah sebesar itu sudah melayakkan Felda membuaka Universitinya sendiri" Tegasnya.

Menurutnya juga Pakatan Rakyat amat yakin dalam tempoh 100 hari dapat dilaksanakan termasuk isu RM 500 untuk guru dan isu Felda. Kerana itu seluruh negara melihat perkara itu boleh dilaksanakan.

Beliau juga memuji pendekatan PAS dengan penubuhan ANAK dan BAPA yang menyebabkan sokongan yang datang dari bukan sahaja ahli PAS tetapi juga dari bukan PAS.

"Bila Ngo ini ditubuhkan maka masalah yang diperjuangkan dengan sejelas yang mungkin, begitulah harapan yang akan dilakukan oleh BAPA untuk menndedahkan isu-isu berkaitan Felcra". Karanya

Beliau juga berharap sokongan semaksimanya untuk membantu BAPA dan memberi aset kepada kemenangan perjuangan kita.

MANGSA GEROMBOLAN

KITA BERSIMPATI



nota:
kita yang peduli bersimpati
kita yang peduli merasa marah

pdrm telah dijadikan alat oleh gerombolan
pdrm telah dijadikan samseng untuk menekan orang ramai

tapi

kenapa masih ramai yang tak sedar sedar
kenapa masih ramai masih lagi undi geronbolan

berapa banyak bahan bacaan yang menerangkan duduk pekara
berapa banyak ceramah di dengar baru nak faham
tak faham faham
tak sedar sedar

bila pilihanraya datang lupa semuanya
berjoget dan bergonjeng
menari dan berdansa
mengundi gerombolan !

bila kena belangkong
bila kena rembat
bila tanah kena ranpas
bila anak kena tembak
bila rumah kena runtuh
bila mata dajh sepet
bila hidung pecah
bila macam ini

baru buka mata !

TT

Ketuanan UMNO : Padan Muka Lu Orang Semua..!!!!


Rakyat Malaysia merupakan rakyat yang sudah mula menanggung hutang dalam usia yang muda. Apabila tamat sahaja pengajian diUniversiti, segulung ijazah yang diterima dari universiti itu akan diiringi dengan beban hutang yang besar. Dengan segulung ijazah itu mereka akan mengambil giliran turun naik mahkamah kerana tidak mampu untuk melunaskan hutang yang begitu besar.

Belum pun mendapat kerja semua graduan akan berhadapan dengan hutang selalunya dengan PTPTN. Jika mendapat bekerjaan graduan-graduan ini, belum pun sempat membantu ibu bapa mereka yang membesarkan mereka selama ini sudah terpaksa memberikan tumpuan untuk membayar hutang.

Bila hutang hampir selesai ibu bapa tadi sudah terlalu tua dan ada yang tidak sempat menerima kemanisan hidup dengan anak yang telah berjaya dalam pelajaran mereka. Semakin maju negara ini semakin hilang kemudahan kita yang asas seperti pelajaran dan kos rawatan kesihatan.

Semasa pentadbiran sebelum Dr Mahathir mahasiswa kita mendapat pembiayaan pelajaran melalui biasiswa kerajaan. Mahasiswa kita boleh memohon banyak tempat untuk mendapatkan biasiswa itu. Semasa itu pinjaman pelajaran hampir tidak wujud.

Setiap pelajar akan dibiayai oleh salah satu dari banyak punca pembiayaan. Kalau sekumpulan mahasiswa berkumpul setiap diantara mereka ada biasiswa mereka. Setengah mendapat pembiayaan kerajaan negeri yang semasa itu disebut sebagai ‘state scholarship’. Setengahnya mendapat ‘federal scholarship’ iaitu biasiswa kerajaan persekutuan. Yang lain-lain yang tidak mendapat biasiswa kerajaan negeri atau persekutuan akan mendapat biasiswa Bank Bumiputra (BBMB) atau PETRONAS.

Tengku Razaleigh Hamzah telah menggunakan kedudukannya diBBMB dan Petronas dengan menyediakan ribuan biasiswa bagi pelajar kita kerana salah satu dari matlamat penubuhan agensi-agensi kerajaan ini ialah untuk menyediakan kemudahan pelajaran yang merupakan asas penting bagi kemajuan negara dan bangsa kita dimasa hadapan.

Segala-galanya itu hanya tinggal cerita yang nostalgik sahaja. Mencari pembiayaan untuk anak-anak untuk melanjutkan pelajaran merupakan satu usaha yang sangat memenatkan. Ibu bapa menaikki tangga satu jabatan kesatu jabatan untuk memenuhi hajat anak-anak yang ingin belajar. Pergi keMARA pegawainya kata MARA tidak ada duit. Pergi JPA pegawainya kata tak ada duit. Kemana-mana pergi pun jawapannya,tidak ada duit.

Baru baru ini MARA mengumumkan yang agensi tertua negara itu memberitahu yang MARA tidak lagi menaja pelajar untuk keluar negara bagi kursus sarjana muda tetapi hanya menaja untuk kursus sarjana. Tetapi ramai pelajar yang hendak meneruskan pelajaran keperingkat sarjana tidak juga dapat perhatian.

Macam mana nak ‘reconcile’ perancangan kerajaan hendak menjadi negara maju tetapi asas bagi rakyat untuk belajar tidak mencukupi? Pada tahun tujuh puluhan semua mahasiswa diberikan penajaan yang tidak payah dibayar kembali. Semasa itu negara kita saolah-olah hampir sama dengan kesebelasan negara-negara Scandinavia dalam mana pelajaran dan pendidikkan adalah percuma.

Tetapi semakin maju negara kita nampaknya semakin susah bagi rakyat hendak mendapatkan kemudahan untuk belajar keperingkat yang tinggi. Segala-galanya terpaksa dibayar dengan harga yang terlalu tinggi yang tidak berpatutan. Wang ratusan billion dibelanjakan sesuka hati dengan menawarkan projek mega yang harganya berlipat kali ganda. Harga yang RM500 juta ditawarkan dengan harga RM1 billion misalnya dan cara memerah wang rakyat secara sistematik ini sekarang sudah menjadi cara mentadbir negara kita ini.

Bagi negara maju sepatutnya pendidikkan, kesihatan dan bekalan air adalah percuma. Tetapi disini semuanya terpaksa dibayar dengan harga yang keterlaluan tingginya.

Negara-negara Scandinavia adalah negara yang berpendapatan tinggi, malahan jauh lebih tinggi dari negara-negara G8. Tetapi pendidikkan adalah percuma. Negara German juga menyediakan kemudahan pelajaran percuma sehingga keperingkat yang tertinggi.

Bagi kita Najib baru sahaja merancang untuk menjadikan negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 kos pelajaran dan pendidikkan sudah naik keterlaluan dan kemudahan biasiswa telah hampir dihapuskan.

Kita baru berangan-angan untuk menjadi negara berpendapatan tinggi yang belum tentu tercapai tetapi kos pelajaran sudah terlalu tinggi. Persoalannya dimanakah rakyat kelas menengah dan dibawahnya hendak mencari sumber kewangan bagi pendidikkan anak-anak mereka. Hanya yang ada ialah PTPTN yang akan mengejar mereka selepas sahaja mereka mendapat ijazah-ijazah mereka.

Semuanya ini tidak diambil endah oleh pimpinan sejak 3 dekad yang lalu. Apabila ada yang mengkritik maka penyokong-penyokong dan pengampu-pengampu akan menerjah kepada pengkritik-pengkritik tersebut. Akhirnya yang menyokong tindakkan pimpinan mereka itulah yang sekarang terkapai-kapai hendak memberi pendidikkan kepada anak-anak mereka.

Lain-lain perkataan, kita ini menyokong kepimpinan yang memberikan kesulitan kepada anak-anak dan cucu kita. Kalau dikaji secara halusnya kitalah yang bertanggungjawab diatas segala kesusahan ini kerana kita juga yang memilih mereka dahulu.

Padan muka kita semua...!!!!

Aspan Alias

Tikus Professional Baiki Labu 1Malaysia Yang Cacat

Jika benar konsep 1Malaysia adalah idea Datuk Seri Najib Razak, maka kini terbukti  ia adalah pemikiran separuh masak; sekurang-kurangnya dalam soal pelaksanaannya. Hakikat ini adalah jelas daripada komen mentor beliau, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa “rakyat masih keliru dan belum faham” kempen yang hendak diketengahkan oleh Najib.

Maka kini konsep 1Malaysia ibarat “rumah siap pahat berbunyi.” Kerja-kerja ubahsuai, memugar hujah untuk memberi gambaran lebih jelas mula dilakukan. 

Pejabat Perdana Menteri terpaksa merekrut pakar-pakar tempatan untuk memberi wajah baru kepada konsep 1Malaysia yang terjebak dalam debat apakah ia idea original Najib atau syarikat perunding Amerika, Apco Worldwide.

Isu itu jadi rumit kerana konsep yang dilahirkan oleh Najib itu terlalu mirip slogan 1Israel yang dikaitkan dengan Apco. Apapun sebelum “nasi menjadi bubur”, Najib perlu menyelamatkan idea 1Malaysia daripada jadi bahan tertawa dan ejekan Pembangkang dan sebilangan besar rakyat yang masih “kurang faham dan keliru” seperti kata Dr Mahathir.

Terbaharu, peneraju Media Prima Sdn Bhd, Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan dan lima “hulubalang” medianya dipinjamkan khidmat mereka ke Jabatan Perdana Menteri untuk membantu menggilap idea yang belum ranum Najib itu. Mungkin ini adalah satu contoh kerjasama sektor swasta dan awam yang cukup intim.

Sekaligus langkah ini mungkin mengalih dan juga memadamkan curiga rakyat terhadap dakwaan bahawa Najib menggunakan dana awam untuk melonjakkan imej beliau, partinya dan kerajaan BN dengan membayar RM77 juta kepada Apco.

Input daripada pakar tempatan ini menyusuli hakikat bahawa bekas koresponden Reuters, Abdul Jalil Hamid yang sebelum ini berkhidmat dengan Suruhanjaya Sekuriti juga dipinjamkan khidmatnya kepada Pejabat Perdana Menteri. Iltizam Najib untuk meleraikan serabut berhubung isu 1Malaysia memang agak ketara.

Namun di sebalik ikhtiar ini bersimpul pula pelbagai persoalan. Misalnya, dalam keghairahan menyebarkan idea 1Malaysia, TV3 di bawah pimpinan Farid Ridzuan didenda oleh Suruhanjaya Multimedia tahun ini kerana menyiarkan promo AidilFitri yang mengelirukan mengenai Islam dan hubungannya dengan agama lain.

Tayangan promo itu terpaksa ditarik balik oleh TV3 apabila mendapat protes orang ramai. Banyak pihak menyifatkan bahawa idea 1Malaysia yang cuba dipaparkan oleh TV3 di bawah pimpinan Farid itu sebagai “tergeliat” daripada maksud sebenar Najib mengetengahkan konsep 1Malaysia.

Maka timbul persoalan, kini ketua Media Prima yang pernah didenda oleh pihak kerajaan ini direkrut oleh penasihat-penasihat Najib untuk menyemarakkan idea 1Malaysia. Tidakkah itu ada risikonya? Apa jaminannya pemikiran liberal Farid dan lima hulubalang medianya akan sekali lagi tidak boleh diterima masyarakat?

Jika “pisang berbuah dua kali” siapa yang hendak mendenda Jabatan Perdana Menteri?

Jika Dr Mahathir risau konsep 1Malaysia masih kelam dan mengelirukan rakyat, tidakkah patut bekas perdana menteri itu lebih risau jika beliau tahu Farid diberikan tugas untuk “membaiki labu” 1 Malaysia yang ternyata cacat ini?

Namun begitulah perangai Umno dan BN; sukar dan sering keberatan untuk belajar dari sejarah. Maka bak kata Dr Mahathir sendiri, sesuatu kerja jika dilakukan berulang kali akan kekal menjadi  kemahiran bagi  diri seseorang. Lantas berterusanlah Umno-BN wujud dalam kepompong “mediocrity” atau lembam. 

Oleh kerana penghijrahan Farid ke Jabatan Perdana Menteri ini dibuat agak secara besar-besaran mulai 1 Januari 2011, adakah itu petanda bahawa pilihanraya umum ke-13 makin hampir? Atau, mungkinkah ia akan menjadi sebab mengapa Najib perlu menangguhkan pilihanraya umum ke satu tempoh yang lebih lama lagi kerana idea 1Malaysianya mungkin menjadi bertambah  “kalut dan langsung tidak dapat difahami” oleh lebih ramai rakyat?

Namun, yang pasti ramai warga Media Prima yang menghela nafas lega kerana Farid yang selama ini begitu tekun dan taat melaksanakan tugas-tugas propaganda di syarikat itu demi peluang  duduk semeja dan sebaris pemimpin-pemimpin kerajaan sehingga ramai yang merasa tertekan kerana ketaatannya, sudah dapat disisihkan.

Slogan 1Malaysia - Hakikat Dan Mitos Politik Negara

Setiap sesuatu ada baik buruknya; bergantung pada dari sudut mana isu itu dilihat. Kalangan pemimpin Pakatan Rakyat(PR) sendiri mempertikaikan langkah kerajaan Selangor melarang penggunaan 1Malaysia di tempat awam dan bangunan kerajaan.

Hujah diberi oleh kerajaan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ialah slogan itu adalah mesej politik Barisan Nasional(BN) yang cuba menyembunyikan amalan politik perkauman yang dibawa oleh pemerintah. Namun sesetengah pemimpin PR berpendapat langkah itu hanya memberikan publisiti percuma kepada slogan itu dan BN sendiri. Media arus perdana sudah pun mula "menggasak" PR atas tindakan oleh kerajaan Selangor itu. Ini sudah dijangkakan.

Tidak kira apa pandangan dan dilihat dari sisi mana, ada seperkara yang menarik dalam isu ini. Hakikatnya adalah, BN sendiri telah lama mencantas sebarang program Pakatan Rakyat dalam percaturan politiknya.

Malah, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), dan agensi berita lain yang di bawah pengaruhnya dilarang menggunakan ungkapan Pakatan Rakyat sama sekali. Mereka diarah menggunakan ungkapan Pakatan Pembangkang. Anwar Ibrahim pula tidak boleh dirujuk sebagai Mantan Timbalan Perdana Menteri; memadai beliau dipanggil Ketua Pembangkang (selepas beliau digantung, belum diketahui arahan baru yang bakal digunakan).

Begitu juga dengan penubuhan pelbagai agensi persekutuan di negeri-negeri yang ditadbir oleh PR. Peruntukan dari Putrajaya disalur terus kepada agensi ini termasuk JKKP atas alasan PR akan menyelewengkan duit rakyat. Alasan dangkal ini hanya laku dalam sistem demokrasi ala-BN.

Hanya ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional yang diberikan peruntukan berjuta-juta ringgit untuk menjalankan projek di kawasan mereka. Duit rakyat hanya diberikan kepada wakil parti BN, bukan wakil yang dipilih oleh rakyat.   

Ini cara Umno-BN berdepan dengan sistem politik dua parti. Strateginya jelas - cantas setiap yang dibuat oleh PR dengan tujuan untuk "menginsafkan"  pengundi supaya kembali kepada pemerintah pada Pilihanraya Umum akan datang.

Tidak apa jika institusi awam, media arus perdana dan duit rakyat diperalatkan untuk mencapai tujuan ini kerana bagi BN “matlamat menghalalkan cara”.

Setakat ini belum ada SATU pun program Pakatan Rakyat di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor yang mendapat sokongan Kerajaan Persekutuan.

Air percuma untuk rakyat di Selangor, program membantu rakyat miskin dan warga emas tegar di Pulau Pinang jelas memanfaatkan rakyat tanpa mengira fahaman politik mereka. Namun bukan sahaja pemimpin BN dan media arus perdana membidas program-program ini, malah mensabotajnya pada setiap kali mereka berpeluang berbuat demikian.

Faekah Husin, Setiausaha Politik Tan Sri Khalid hanya menyatakan realiti semasa bahawa Pakatan tidak pernah mengharap untuk mendapat sokongan apatah pujian dari BN atas dasar-dasar yang diperkenalkan oleh gagasan itu. Justeru PR di Selangor itu tidak boleh dipersalahkan jika menolak 1Malaysia sebagai mesej politik yang cuba diguna untuk menghalalkan amalan perkauman yang menjadi tunjang Umno dan parti komponen lain.

Berlatar belakangkan inilah, mungkin Kerajaan Negeri Selangor mengambil keputusan untuk "melawan balik" ketidak adilan yang sedang berlaku.

Mungkin secara relatif, tidak banyak akan dikecapi daripada larangan 1 Malaysia itu kerana Umno-BN pasti menggunakan segala jentera kerajaan untuk memastikan agendanya tidak tersasar.

Namun PR Selangor memilih untuk mengambil pendirian berprinsip bahawa ia tidak mahu rakyat negeri ini termakan slogan-slogan manis yang dibawa oleh sebuah parti yang terang-terang mengamalkan politik perkauman atas nama perpaduan.

Nurul Izzah Tidak Gentar Pikul Beban Rakyat


SHAH ALAM 25 DIS: Pada umur 30 tahun, Nurul Izzah Anwar menyandang jawatan Naib Presiden PKR dan turut menggalas tugas sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai sejak dua tahun lalu.

Temuramah beliau dengan wartawan antarabangsa The New York Times, Liz Gooch di pejabat pembangkang di Parlimen Malaysia awal bulan lalu memberi gambaran bahawa beliau tidak gentar memikul beban memperjuang keadilan rakyat daripada rasuah dan penyalahgunaan kuasa kerajaan sedia ada.

Justeru beliau menyifatkan dirinya sebagai jejantas penghubung perjuangan  rakyat yang menuntut kehidupan lebih sempurna di negara ini.

"Saya tidak rasa selepas melalui 1998, adalah mustahil untuk kembali semula kepada kehidupan bukan politik," ujar beliau.

Ditanya sekiranya beliau dibayangi imej Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga bapanya sendiri, jelas Izzah mempunyai misi tersendiri membawa suara rakyat ke tengah.

"Tentunya saya sayang bapa saya, tapi pada akhirnya saya adalah penggubal hak diri saya. Saya perlu berjuang dalam perang sendiri, komuniti dan komponen untuk berkhidmat. Saya bertanggungjawab ke atas suara mereka," tambah beliau lagi.

Di samping itu beliau berkata, persaingan merebut jawatan Naib Presiden PKR bulan lalu menampakkan keberhasilan amat positif selain gembira dipilih anggota berbanding perlantikan langsung.

"Saya bangga atas sebab kita perlu berlawan untuk menang," jelas beliau.

Izzah kini dalam usaha mendekati pengundi muda menarik minat menyertai perjuangan Pakatan Rakyat menjelang pilihanraya yang bakal diumumkan tidak lama lagi.

Muhyiddin Yassin Politikkan Imbuhan Guru




SHAH ALAM 25 DIS: Saranan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya pemberian imbuhan RM500 kepada guru-guru di negara ini dilaksanakan oleh negeri Pakatan Rakyat adalah tidak wajar.

Kenyataan Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri itu di anggap sebagai spontan tanpa meneliti dasar pendidikan negara seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Justeru tambahnya, kerajaan persekutuan menganggap ia sebagai isu yang harus dipolitikkan.

"Sebab itu saya candangkan kepada Muhyiddin supaya menyemak semula kuasa dalam Perlembagaan Persekutuan. Dia harus tahu membezakan bidang kuasa persekutuan dan negeri," tegasnya.

Beliau yang dihubungi Tv Selangor berkata, kerajaan sedia ada tidak serius dalam usaha meningkatkan martabat guru melalui imbuhan selain memastikan kualiti pendidikan negara meningkat baik.

Peruntukan sebanyak RM3.2 bilion setahun dijadikan alasan negara akan muflis sekiranya diberikan kepada tenaga pendidik adalah tidak munasabah jelas beliau lagi.

Tambahnya, jumlah itu tidak akan menggugat kewangan negara.

Sebelum ini Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal dengan kenyataan Muhyiddin yang seolah-olah memandang remeh isu pendidikan selain tidak serius mengangkat martabat institusi itu di negara ini.

Menurut Anwar lagi, langkah Pakatan Rakyat memperkenalkan imbuhan itu adalah langkah pertama ke arah memartabatkan kerjaya perguruan setaraf dengan kerjaya profesional lain seperti jurutera, doktor dan akauntan.

Melalui Program 100 Hari Pakatan Rakyat yang diumumkan pada Konvensyen Pakatan Rakyat kedua awal bulan lalu, Shamsul berkata tumpuan menyelaras dasar pendidikan negara akan menampakkan keberkesanan sekiranya kerajaan Pakatan Rakyat diberi peluang.

Mengambil contoh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor berjaya melaksanakan dasar air percuma walaupun terdapat banyak pihak berpandangan sinikal terhadap perlaksanaan justeru membuktikan tiada kesan pada kewangan negeri.

Jelasnya lagi, isu ketirisan dalam negara yang terpaksa ditanggung kerajaan dan rakyat umumnya memerlukan modal jauh lebih tinggi berbanding imbuhan kepada tenaga pengajar generasi muda.

"Kita menyatakan bahawa apabila disebut tentang 100 hari program Pakatan Rakyat, kita telah laksanakan di peringkat negeri-negeri yang kita perintah dalam skala yang kecil. Tapi kalau peringkat kerajaan persekutuan, kuasa itu lebih besar dan kita boleh laksanakan janji-janji yang lebih efektif dan kita yakin ia telah diteliti dengan baik dan menyebabkan Umno-BN berasa tergugat dan terpaksa menyerang," jelas beliau.

2011: Anwar seru rakyat bersatu selamatkan negara

KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, adalah menjadi harapan kepada seluruh rakyat Malaysia bagi menuntut sebuah pentadbiran yang adil, bertunjangkan keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.
“Sepanjang 2010, negara telah menyaksikan pelbagai bentuk pencabulan terhadap sistem demokrasi berparlimen, kenaikan harga barangan keperluan, fahaman jumud yang berasaskan sentimen perkauman sempit serta penindasan ke atas hak rakyat terbanyak.
“Semua ini menyedarkan kita untuk menilai dan merenung kembali betapa pincangnya pentadbiran kerajaan sedia ada,” katanya dalam perutusan menjelang tahun baru 2011 dan perayaan Hari Natal, hari ini.
Anwar menambah, tahun 2010 bakal menghampiri penghujungnya, maka kini adalah masanya bagi pejuang keadilan dan pendokong Pakatan Rakyat untuk memperbaharui iltizam dan tekad demi menggapai impian dan matlamat yang dicita-citakan.
“Bagaimanapun, segala iltizam dan tekad yang disemai tak mungkin akan tercapai seandainya tak dibaja dengan usaha dan tindakan.
“Justeru, marilah kita bertekad dan beriltizam untuk sama-sama bersatu menyelamat dan memartabatkan negara ini bersempena tahun baru 2011 kelak,” pesan Anwar.
Dalam pada itu, Anwar turut menyampaikan ucapan selamat menyambut Hari Natal kepada seluruh penganut agama Kristian dan Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua rakyat Malaysia.

Bapa jadi pembela warga Felcra mulai hari ini


KUALA LUMPUR, 25 Dis — Badan Bertindak Peserta Felcra (Bapa) menjadi platform terbaru PAS mulai hari ini untuk membela nasib warga Felcra yang selama ini didakwa disisihkan, kata Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah parti Mazlan Aliman.
Sebelum ini, PAS menggerakkan Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (Anak) bagi menyelesaikan masalah yang membabitkan warga peneroka.
“Ketika kita membuat perhimpunan dengan warga Felcra dulu, kita dapat maklum balas positif yang mana mereka mahu sebuah NGO (badan bukan kerajaan) untuk menjadi paltform untuk menyelesaikan masalah-masalah yang wujud.
“Jadi kita tubuhkan Bapa untuk jadi platform bantu warga Felcra dan penubuhan NGO ini selaras dengan usaha kita untuk membantu menyelesaikan masalah, penyelewengan, penipuan dan salah guna kuasa yang berlaku dalam Felcra.
“Dan, melalui NGO ini kita akan tangani masalah yang berbangkit ini dengan lebih efisien,” kata Mazlan yang juga Penasihat Bapa ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Sehubungan itu, Mazlan berkata, Bapa yang pengerusinya Razman Zakaria akan menggunakan pelbagai kaedah untuk memastikan nasib warga Felcra dibela dengan sebaik mungkin.
“Bapa juga fungsinya sama (dengan Anak), kita akan bantu warga Felcra... dengar masalah mereka sebelum kita kaji dan lihat ke mana kita boleh bantu. Kalau ia melibatkan masalah di pentadbiran Felcra di kawasan itu kita akan bawa ke sana, kalau melibatkan peringkat pusat kita akan bawa ke sana.
“Kalau perlu melibatkan menteri, kita akan bawa isu itu kepada menteri yang berkaitan. Kita akan serah memorandum.
“Suka ingin saya katakan bahawa kita akan gunakan pelbagai kaedah untuk membantu warga Felcra,” kata ahli jawatankuasa kerja PAS pusat ini.
Tambah beliau, Bapa akan mula beroperasi di Perak bermula hari ini dan rangkaian di negeri-negeri lain akan dilancarkan kemudian.
“Mengenai Bapa buat masa ini kita akan buka di Perak dulu kerana Perak mempunyai banyak Felcra, selepas itu kita akan buka rangkaian di negeri-negeri lain.
“Selama ini Felcra tiada platform untuk mengadu masalah, jadi dengan adanya Bapa kita boleh membantu,” katanya.
Hari ini Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah mengadakan pelancaran Bapa di Taiping, Perak.
Felcra telah ditubuhkan pada tahun 1966 untuk membangunkan sektor luar bandar dengan membantu penduduknya menyertai aktiviti-aktiviti ekonomi negara dan seterusnya meningkatkan taraf hidup dan nilai kehidupan mereka.
Felcra kini dipengerusikan Datuk Tajuddin Abdul Rahman, Ahli Parlimen Pasir Salak, Perak.

Kecam Anwar, Azmin tidak bermakna saya akan keluar PKR


KUALA LUMPUR, 25 Dis — Ahli Parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan “berjanji” tidak akan keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) meskipun dilihat mengkritik keras ketuanya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalan presiden Azmin Ali menerusi ‘Twitter’ sejak dua tiga hari lalu.
Mesej mengecam kepimpinan kedua-dua Anwar dan Azmin memuncak sejak petang semalam.
Gobalakrishnan meningkatkan kecaman dan kritikan serta menjawab ulasan pelbagai pihak sejak awal pagi ini.
Ia membawa kepada andaian sesetengah pihak bahawa Gobalakrishnan juga akan keluar PKR mengikut beberapa  bekas wakil rakyat parti itu.
Ini bukan kali pertama andaian sedemikian dibuat membabitkan pemimpin itu.
“Mengapa mesti saya keluar parti, ini parti reformasi, kita mesti melakukan reformasi. Saya berada sejak awal penubuhan parti.
“Kami baru mengadakan pemilihan, saya memberi panduan kepada pemimpin-pemimpin yang baru... saya memberikan pandangan ikhlas, itu sahaja,” kata wakil rakyat penggal pertama ini ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.
Pelbagai pihak termasuk kalangan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) dan orang perseorangan mengulas pandangan Gobalakrishnan yang turut dikenali sebagai “Gobi” sejak semalam.
Antara yang mengulas ialah Ketua Pemuda BN dan Umno, Khairy Jamaluddin dan Ketua Pemuda MIC T Mohan.
Seorang pemegang akaun bernama “RaymondJim” berkata, “Ngobalakrishnan, anda seharusnya membawa (perkara) ini kepada parti anda dan bukannya membazir ruang pencetus berita di sini hanya kerana keluhan peribadi anda.”
Menjawab komen itu, bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR ini berkata, “apa yang saya sampaikan menerusi Twitter, sebenarnya sudah lama saya bangkit dalam parti, Anwar pun tahu, Azmin pun tahu.”
“Malangnya Anwar tidak melakukan apa-apa,” kata beliau yang sekali lagi menolak tanggapan pihak luar PKR bahawa akan meninggalkan komponen Pakatan Rakyat sebagaimana persekitaran disaksikan awal tahun ini.
“Saya sangat pasti, Anwar sebagai penasihat ekonomi Selangor akan bersetuju jika ekuiti ekonomi masyarakat India Malaysia perlu dipertingkatkan,” kata salah satu mesej Gobalakrishnan hari ini.
Katanya, Azmin, salah seorang pemimpin pengasas PKR tidak pernah memihak kepentingan masyarakat India sejak 2002 lagi meskipun “saya menderita, saya bersabar.”
“Ini masanya ahli-ahli politik semasa tampil bersama demi kebaikan masyarakat India Malaysia yang sudah dilupakan,” kata Gobalakrishnan yang juga ketua PKR Padang Serai.
“Masyarakat India seperti juga masyarakat Cina telah banyak menyumbang kepada pembangunan negara,” tulis Gobalakrishnan lagi, yang turut mengecam layanan tidak adil dan tidak memadai bagi pembangunan sekolah rendah Tamil dan kuil di Selangor.
“Kerajaan-kerajaan negeri ada kuasa untuk pembangunan dan akta berkaitan dengan tanah adalah alat yang TKS (Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim) dan kesemua Menteri Besar perlu gunakan untuk mempertingkatkan rakyat Malaysia yang miskin,” kata Gobalakrishnan dalam mesej susulan.
Khalid merupakan pemimpin PKR dan mengetuai kepimpinan negeri sejak Mac 2008.
“Tiada sekolah Tamil dan kuil harus ditutup atau dipindahkan jika pembangunan diadakan,” katanya dalam mesej tambahan sambil menambah, “komuniti lebih penting daripada cinta saya kepada pemimpin parti.”
Masyarakat India merupakan ahli kedua terbesar dalam PKR yang ditubuhkan pada 1999, setahun selepas Anwar dipecat oleh Umno dan Tun Dr Mahathir Mohamad setahun sebelum itu.
Awal tahun ini PKR telah kehilangan Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, Wee Choo Keong (Wangsa Maju), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Bharu) dan Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai).
Melainkan Zulkifli yang dipecat, wakil rakyat lain memutuskan untuk keluar PKR.
Mereka kemudian membentuk Konsensus Bebas.
Sebelum kelima-lima keluar dan dipecat, mereka memulakan kritikan ke atas PKR dan Pakatan Rakyat dengan mengecam keras kepimpinan Anwar, yang merupakan Ketua Pembangkang dan Ketua Umum Pakatan Rakyat dan PKR.
Gobalakrishnan bertanding jawatan naib presiden PKR pada pemilihan yang baru berlalu tetapi tewas.
Malah ketika proses pemilihan sedang berjalan, Gobalakrishnan pernah mempertikaikan perjalanan proses pengundian dan memberi kata dua kepada jawatankuasa pemilihan pusat agar memperbaiki kecacatan dan kepincangan yang wujud.
Dalam salah satu mesej Twitter, Gobalakrishnan berkata, “saya sudah lama bertolak ansur.”
“Parti perlu menuju ke arah yang betul, parti perlu menghormati suara-suara (yang dibangkitkan), tetapi kita tidak seharusnya mensabotaj parti,” katanya.
Malah ada pandangan yang meminta Gobalakrishnan agar kembali ke pangkuan MIC dan membuat keputusan sebelum pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Tenang, Johor, yang akan diadakan akhir bulan depan.
“Cakap berapi! Esok lusa Anwar bagi jawatan terus senyap? Bukan boleh percaya PKR ini! Drama lebih!,” demikian seorang pemegang akaun bernama “YuseriYusoff”.
Seolah-olah mengandaikan parti kemungkinan mengambil tindakan disiplin sebagaimana kes Zulkifli, Gobalakrishnan menulis, beliau sewajarnya diberikan ruang untuk menjawab jika dikenakan tuduhan disiplin.
“Keterangan saya perlu didengar jika mahu dipecat dan dibenarkan bercakap, jika tidak ia akan seperti Anwar dinafikan pembelaan dalam perbicaraan APCO,” kata Gobalakrishnan yang mengakui bahawa pemimpin-pemimpin PKR nasional ada kuasa untuk mengambil tindakan.
“Tetapi mereka mesti jawab mengapa mahu mengambil tindakan (disiplin),” kata beliau.
Pada 8 Mac 2008, Gobalakrishnan memenangi kerusi Parlimen Padang Serai dengan majoriti 11,738 undi. Beliau menewaskan Boey Chin Gan (MCA-BN).