Jumaat, 24 Disember 2010

The other side of Zunar

Soon Chuan Yean

Dec 24 – When Zunar was arrested on 24 September 2010, many wrote about his arrest. News and interviews, reports and blogs, Facebook updates and SMS messages, all full of the circumstances surrounding his arrest and the raids on his ‘Cartoon-o-phobia’.
This phenomenon showed that Zunar has indeed become a political figure, not in the way of realpolitik, but more in relation to the politics of freedom of expression in Malaysia.
Zunar’s cartoons and satire have shown up Malaysia’s cartoon-like politics – his way of showing a ‘middle finger’ to gutter politics. Perhaps, judging from the public response to and support for Zunar, his cartoons have helped Malaysians to express their dissatisfaction, disappointment and angst at the politicking among politicians in the midst of an oppressive setting.
No doubt, when one mentions Zunar, his public image cannot be separated from the Malaysian political scenario.
There is another, sometimes neglected, aspect of Zunar: the non-political aspect.
ZUNAR, A MERE HUMAN
When I first arrived at his firm Sepakat Efektif on 23 September, Zunar opened the door for me and then sat down on his chair. It was quite unlike my first personal meeting with Zunar a few months earlier. He was full of zest then, coming to greet his guests with full attention and engaging in conversation on the issues and analyses of the day.
This time, though, he was a bit quiet and the usual energetic and talkative Zunar was not there. We then started to have a little chat and began to work on his cartoons publication for a journal. Then slowly, Zunar started to talk more, not so much about his cartoons but on his ideas and plans. He told me about his plans to get the word “cartoon-o-phobia” into the dictionary, making it as a formal English term for people to understand this phobia in the Malaysian political scenario.
He also plans to publish his books into two other languages, namely Bahasa Melayu and Mandarin, as encouraged by his fans. He wants to apply for a grant to go overseas to draw his next set of cartoons. (During the launching, guest speaker Nizar Jamaluddin, the ousted Chief Minister of Perak, mentioned that Zunar already has a 10-year plan to draw a set of cartoons about the future Malaysia political scenario, showcasing the collapse of the BN regime).
At this point, Zunar livened up to his usual talkative self.
I realised that, Zunar could sometimes have his moment of tiredness. Perhaps, his work, his travels, all the entertaining with friends and guests and his encounters with the authorities have contributed to fatigue – as it would for many of us as well. After all, we are merely human.
ZUNAR, THE GREAT 'KAKI MAKAN' WITH DEFINITE STROKES
My first lunch with Zunar was a few months ago, when we went to a warung makan for the Malay version of ‘economy rice’. The place was located somewhere along the street behind Sepakat Efektif. To be frank, the food was just okay-lah.
But my lunch with Zunar on 23 September was somewhat different. The restaurant (not the fancy one) was serving the usual Indian bread, nasi kandar and mee goreng. Zunar, accompanied by another friend, brought us there because of the good chapatti.
Unfortunately, it was not good either because the previous owner or cook was different. When the chapatti was served, Zunar immediately knew that it was different. So he scrutinised the chapatti and concluded it was made using different flour; thus it was not crispy and too dry. As for drinks, he recommended that we try cow ‘s milk tea. And yes, that was delicious – thanks to Zunar.
When Zunar’s wife was giving her speech during the book launch, she mentioned that Zunar “cannot miss his meal. If air enters his body (angin masuk badan) he will be very very cranky; you will not (like to) see a cartoonist when he is cranky.” Fortunately during the arrest, he was given one and half slices of roti canai; yet, Zunar was complaining to the police personnel: “Why the roti is hard (to chew), don’t you guys know how to buy (delicious ones)?”
Zunar’s ‘crankiness’ extends to the authorities. He is as straightforward and bold as his cartoons on Malaysian politics. His cartoon styles do not contain any symbolism or latent meaning in reflecting reality. The cartoons are straight to the point, clear-cut, bold and naked, unashamedly leaving only limited space for readers to interpret.
So that’s Zunar. His ‘crankiness’ and fondness for food resemble his courage and boldness in using clear, definite strokes in his cartoons.
ZUNAR AND THE MISSING SMILE
After lunch, we went back to Sepakat Efektif for some unfinished business. As usual, we asked for a photo session with him.
Zunar recalled that people told him that he does not smile when being photographed. (If you look at Zunar’s facial expression, he does have more of a serious and critical look rather than a ‘smiley cartoon’ face.) But Zunar insisted that he does have a smiling face whenever there is a photo session. We then tried to get into position for the photo session. Zunar then teased the other friend that he would be able to smile since he was standing beside his fan-cum-admirer, which made us all burst out laughing.
Those who know Zunar well enough or as passers-by, will notice that when he speaks, it is always accompanied or followed with a laugh, not from the listeners but more from himself. In other words, Zunar seems to be a ‘happy’ and ‘funny’ guy. This ‘funny’ side of Zunar, carries into his cartoons that are satire – politically stern, but framed within an informal, loose, LOL (laughing out loud) makeup.
One example of his cartoon that caught my attention was the one with the 1Malaysia concept (or is it, one wife concept?)
Zunar, who does not ‘smile’ on the surface, always has a ‘happy’ and ‘funny’ heart. Perhaps, his talent is born within this ‘funny’ inner being of his.
ZUNAR, FRIENDLY AND HUMBLE
Over lunch, we discussed many issues revolving around PKR and Selangor governance. Different views and ideas surfaced from us, generating a good and productive discussion. The way he engaged in conversation with the young like us was not to impose his ideas forcefully or to condemn us. It reminded me of my interview with him on how he trains his the young cartoonists. For him, cultivating the younger generation of cartoonists is important as the younger generation have “fresher ideas that sometime I do not have”. This is humility.
Up close and personal, Zunar is just a human being – funny, fond of food, humble and friendly. It makes one wonder why Zunar is so feared by certain parties. Zunar himself had the answer to that: “They fear because they are weak. Then they tend to suppress and stop others.” – Aliran.com

Kita perlu gerakan politik berprinsip

24 DIS — Susah juga melawan keinginan untuk menulis mengenai Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM) setelah penubuhannya diumumkan beberapa minggu lepas.
Pertama kali saya mendengar mengenai MCLM ialah semasa bertemu dengan Raja Petra Kamarudin dan Haris Ibrahim di kota London pada penghujung November lalu. Tetapi saya memutuskan untuk menunggu sehingga sesi meja bulat yang diadakan oleh MCLM pada 19 Disember lalu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor sebelum mengeluarkan apa-apa komen.
Nasib baik juga saya membuat keputusan sebegitu. Kerana, tanpa mendengar sendiri penjelasan daripada MCLM terlebih dahulu, boleh dikatakan hampir semua komentar yang dibuat sebelum ini adalah berdasarkan tanggapan semata-mata.
Satu tanggapan yang sering diutarakan ialah bahawa MCLM adalah sekumpulan idealis yang sudah hilang kepercayaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Gambaran yang diberikan ialah seolah-olah MCLM ditubuhkan untuk mencederakan Pakatan Rakyat.
Contohnya, Baradan Kuppusamy, seorang kolumnis dalam akhbar The Star yang saya hormati menyebut dalam tulisan beliau bertarikh 15 Disember bahawa “melalui MCLM, kita menyaksikan kelahiran satu gerakan politik yang baru dan unik hasil usaha beberapa individu yang komited dan bersungguh-sungguh, yang telah hilang kepercayaan terhadap Anwar”.
Dalam The Malaysian Insider juga dilaporkan bahawa ramai yang agak ragu-ragu dan bimbang impak yang bakal diberikan oleh MCLM terhadap Pakatan Rakyat.
Ada satu perkara penting yang dilupakan oleh para penganalisis ini, iaitu MCLM sebenarnya jauh lebih bersungguh dan lebih komited untuk menjatuhkan Barisan Nasional berbanding apa-apa agenda lain!
Dalam sidang meja bulat tertutup pada hari Ahad lepas, MCLM dengan terang menjelaskan bahawa agenda reformasi akan terus dijulang tinggi. Bagi mereka, agenda reformasi sekarang hanya diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat.
Maka ini mendorong MCLM untuk menyatakan secara terang-terangan dalam majlis mereka Ahad lalu bahawa mereka hanya mahu bekerjasama dengan parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Melalui “Inisiatif Calon Bebas” yang mereka usahakan, MCLM mahu membantu mengenalpasti, menapis dan seterusnya berkempen untuk calon-calon menentang Barisan Nasional dalam pilihanraya akan datang. Niat mereka ialah untuk menawarkan calon-calon ini kepada Pakatan Rakyat.
Maka, apabila kita bercakap mengenai MCLM, kita harus menyedari bahawa buat masa ini, pertama sekali, mereka adalah satu pergerakan anti-Barisan Nasional. Mereka bukan ditubuhkan untuk mengalahkan Pakatan Rakyat, tetapi untuk membantu gabungan itu.
Bagi saya, perkara yang paling menarik perhatian mengenai MCLM ialah ketegasan mereka untuk memformulasikan prinsip-prinsip utama yang akan menjadi agenda kempen calon-calon pilihan mereka. Ini merupakan satu perkara yang agak baru dalam politik negara, setelah lebih separuh abad kita disajikan dengan politik berteraskan kaum dan agama.
Memang MCLM wajar sekali memberi perhatian kepada prinsip-prinsip perjuangan yang mereka mahu tawarkan kepada rakyat. Rakyat Malaysia telah sekian lama ternanti-nanti kehadiran sebuah gerakan politik yang berteraskan prinsip-prinsip kebebasan sivil yang jelas.
Apabila prinsip-prinsip ini telah dikenalpasti dan diumumkan kepada rakyat, MCLM wajib berpegang tegas dengannya. Mereka tidak boleh berganjak daripada prinsip itu. Dan dalam konteks inilah saya rasakan MCLM mesti memikirkan kembali strategi mereka dalam mendekati parti-parti politik negara.
Sekiranya MCLM benar-benar mahu menjadi satu gerakan masyarakat sivil yang berprinsip, maka adalah salah bagi mereka untuk mengisytiharkan bahawa mereka hanya mahu bekerjasama dengan Pakatan Rakyat.
Tindakan sedemikian mencerminkan anggapan mereka bahawa tidak ada parti komponen Barisan Nasional yang berminat dengan agenda perubahan. Ia juga menjadikan MCLM sebuah pergerakan yang partisan sejak awal lagi, bukan sebuah gerakan yang benar-benar bebas.
MCLM perlu menyedari bahawa Barisan Nasional terdiri daripada banyak parti-parti komponen. Di dalam parti-parti komponen itu, contohnya dalam Umno, terdapat fraksi-fraksi yang berbeza. Ada parti atau fraksi yang mungkin berminat dengan agenda perubahan. Saya mungkin salah, tetapi tidak ada cara lain untuk menentukannya melainkan dengan mengadakan pertemuan dan berbincang hati ke hati.
Sesetengah pemimpin Barisan Nasional yang pernah saya temui sebenarnya lebih terbuka dengan agenda perubahan berbanding sesetengah pemimpin Pakatan Rakyat. MCLM tidak boleh menolak terus mereka ini.
Malahan, bagi saya, sekiranya MCLM benar-benar berpegang dengan prinsip, maka menjadi tanggungjawab mereka membantu mana-mana individu dan parti yang mahu membawa perubahan dalam negara, dalam konteks suasana politik inidividu atau parti tersebut beroperasi.
Dan satu lagi perkara yang amat penting, jika MCLM betul-betul mahu berpegang dengan prinsip, maka mereka mesti tidak gentar menghadapi pertembungan tiga penjuru dalam pilihanraya.
Saya terkejut dan sedih apabila membaca atau mendengar kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka yang mengaku sebagai pemimpin masyarakat sivil, yang membantah pertembungan tiga penjuru atas alasan itu akan melemahkan Pakatan Rakyat.
Sejak bila pula masyarakat sivil menjadi hamba kepada agenda Pakatan Rakyat? Kenapa sanggup dibiarkan kepentingan politik Pakatan Rakyat diletakkan lebih tinggi daripada prinsip-prinsip yang dipegang oleh masyarakat sivil di negara ini?
Pertubuhan masyarakat sivil, termasuklah MCLM sendiri, wajib berpegang dengan prinsip. Mereka juga perlu bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang menerima prinsip-prinsip itu, dan menentang sesiapa yang menolaknya.
Sekiranya masyarakat sivil mahu menyertai arena politik, maka biarlah penyertaan itu berteraskan prinsip yang jelas, bukan sekadar menjadi pak turut parti-parti politik yang sedia wujud sahaja. Sepatutnya parti-parti politik itu yang mengikut denyut nadi rakyat, bukan sebaliknya.

* Wan Saiful Wan Jan ialah Ketua Eksekutif Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) dan juga editor AkademiMerdeka.org, sebuah platform yang mempromosikan idea-idea libertarian.

UMNO Pulau Pinang Dah Boleh Tutup Kedai...............

Umno Terkedu Kontraktor Melayu Pulau Pinang Dapat 100% Kontrak Kerajaan Negeri
 

Kontraktor Melayu mengungguli kontrak kerajaan negeri Pulau Pinang.










TENDER YANG TELAH DILULUSKAN OLEH JAWATANKUASA TENDER JPS

BAGI TAHUN 2008 HINGGA 2010

                                    Kontraktor Bumiputera          Kontraktor Bukan Bumiputera         Jumlah            

Jumlah (RM)                40,944,933.80                                            0                                40,944,933.80
% Dari Segi Nilai          100                                                             0                                 100

Jumlah Bilangan           18                                                              0                                   18

Jumlah Bilangan (%)    100                                                             0                                  100

TENDER YANG TELAH DILULUSKAN OLEH JAWATANKUASA TENDER JKR DARI 1 JANUARI 2008 HINGGA 30 NOVEMBER 2010 (KERAJAAN NEGERI)

                                     Kontraktor Melayu                 Kontraktor Bukan Melayu                  Jumlah

Jumlah (RM)                 20,407,640.94                        407,000.00                                       20,814,640.94

% Dari Segi Nilai           98                                            2                                                       100

Jumlah Bilangan            16                                            1                                                       17

% Bilangan                    94                                            6                                                        100

Ini dengan sekaligus mematahkan fitnah jahat pemimpin UMNO dan juga sekutu UMNO seperti Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang (PKMM), Datuk Mohamed Fadzill Hassan. Datuk Mohamad telah mendakwa kenyataan saya bahawa 70 peratus bidaan kontrak kerajaan negeri dimenangi kontraktor bumiputera tidak benar dan tidak mencerminkan realiti sebenar pengagihan projek secara adil..Datuk Mohamad Fadzill telah mencabar saya mendedahkan secara nilai tender yang dianugerahkan kepada kontraktor bumiputera kerana nilainya mungkin jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan habuan kontrak yang diterima kontraktor bukan bumiputera.

Angka sedemikian dengan sendirinya membuktikan bahawa kontraktor UMNO seperti Datuk Mohamad Fadzil hasad dengki dan marah terhadap kerajaan negeri PR semata-mata kerana mereka tidak memenangi kontrak seperti yang dulu. Atas kepentingan politik sempit UMNO dan BN, mereka sedia menabur fitnah kerana tidak dapat kontrak dulu sebagai kroni UMNO. Kalau Datuk Mohamad seorang beriman, maka lebih baik beliau meminta maaf dan menarik balik fitnah kepada kerajaan negeri PR Pulau Pinang.

Urustadbir CAT yang cekap akauntable dan telus telah berjaya memartabatkan kontraktor Melayu dengan sistem tender terbuka. Urustadbir CAT dan sistem tender terbuka telah membuktikan bahawa kontraktor Melayu memang berdaya saing secara terbuka. Yang tak mampu saing hanya kontraktor UMNO yang lembik, dayus dan bodoh sehingga terpaksa bergantung kepada kabel politik UMNO dan hidup sebagai kontraktor kroni.

Ini telah menyebabkan banyak projek kerajaan bermasalah sebelum ini. Demi mengelakkan projek kerajaan negeri bermasalah kerana terbabit dengan kontraktor kroni UMNO, maka arahan telah dikeluarkan kepada semua jabatan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk memantau dengan teliti dan rapi sekiranya kontraktor UMNO ini membida projek.

Saya ingin menasihatkan Datuk Mohamad Fadzil supaya janganlah berpura-pura sebagai kontraktor kalau lebih berminat jadi orang politik yang sentiasa serang kerajaan negeri Pulau Pinang. Adalah lebih baik beliau letak jawatan sebagai YDP Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang dan bertanding dalam pilihanraya besar kalau nak jadi orang politik.

Sekiranya Datuk Mohamad tidak mahu letak jawatan, beliau harus mengakui salah dan meminta maaf kepada kerajaan negeri PR Pulau Pinang kerana menabur fitnah yang tidak berasas. Macam mana kerajaan negeri boleh bekerjasama dengan persatuan sedemikian yang dipimpin oleh seorang kroni UMNO yang begitu tebal sekali yang menabur fitnah melulu?

Sebelum ini saya telah menyatakan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) yang menjadi amalan kerajaan negeri terbukti apabila kira 70 peratus bidaan kontrak di Pulau Pinang berjaya dimenangi oleh kontraktor Melayu. Utusan Malaysia dan pemimpin rasis BN sering menggambarkan beliau sebagai anti-Melayu sedangkan kerajaan negeri pimpinannya memartabatkan usahawan bumiputera yang berkebolehan dengan tawaran tender secara terbuka menerusi e-Perolehan.

Sudah sampai masanya kita jangan lihat daripada sudut perkauman tetapi professionalism dan kemampuan yang boleh martabatkan kita semua.

LIM GUAN ENG
Ketua Menteri Pulau Pinang


Fitnah Utusan Malaysia:

BUKIT MERTAJAM 29 Nov. - Ketua Menteri, Lim Guan Eng dicabar mendedahkan secara terperinci nilai tender yang dianugerahkan kepada kontraktor bumiputera dan bukan bumiputera bagi membuktikan kepimpinannya benar-benar telus dalam mengagihkan projek kerajaan negeri.

Timbalan Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Datuk Mohamed Fadzill Hassan menegaskan, kenyataan Guan Eng bahawa 70 peratus bidaan kontrak kerajaan negeri dimenangi kontraktor bumiputera tidak mencerminkan realiti sebenar pengagihan projek secara adil.

Ini kerana, kata beliau, sebanyak mana pun kontrak yang diterima kontraktor bumiputera, nilainya mungkin jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan habuan kontrak yang diterima kontraktor bukan bumiputera.

''Kalau Guan Eng mahu membuktikan sesuatu dengan menyatakan peratusan besar projek yang diterima kontraktor bumiputera, sila nyatakan sekali nilai projek yang diperolehi supaya orang ramai mendapat gambaran sebenar pengagihan projek yang dibuat.

''Tiada guna mengutarakan peratusan kononnya orang Melayu dapat banyak projek sedangkan nilainya mungkin tidak sebesar mana, perlu juga didedahkan siapa kontraktor bumiputera yang mendapat projek-projek kerajaan negeri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Guan Eng dalam kenyataannya kepada portal berita propembangkang Malaysiakini hari ini menyatakan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) yang menjadi amalan kerajaan negeri terbukti apabila lebih 70 peratus bidaan kontrak di Pulau Pinang berjaya dimenangi oleh kontraktor Melayu.

Guan Eng dipetik sebagai berkata, UMNO melalui lidahnya, Utusan Malaysia sering menggambarkan beliau sebagai anti-Melayu sedangkan kerajaan negeri pimpinannya memartabatkan usahawan bumiputera dengan tawaran tender secara terbuka menerusi e-Perolehan.

Mohamed Fadzill yang juga Yang Dipertua PKMM Pulau Pinang berkata, tiada gunanya Guan Eng memberikan statistik dalam bentuk peratus jika ia hanya projek-projek mini kepada kontraktor kelas F yang hampir 100 peratus dimiliki bumiputera.

''Kita sudah nyatakan sebelum ini, kalau Guan Eng ikhlas, kita minta beliau dedahkan nilai serta siapa kontraktor bumiputera yang mendapat projek berkenaan tetapi sehingga hari ini kerajaan negeri tidak dedahkan.

''Kerajaan negeri menggambarkan kontraktor bukan bumiputera memperoleh tender yang sedikit tetapi ia benar dari segi peratusan tapi kita juga mahu tahu nilai projek yang mereka perolehi, barulah kita dapat gambaran sebenar," katanya.

Malah katanya, kontraktor bukan bumiputera juga mendapat faedah daripada projek yang ditawarkan kepada kontraktor Melayu memandangkan pasaran bahan-bahan binaan seperti simen, pasir dan besi didominasi oleh mereka.

Kit Siang minta Selangor fikir semula larangan guna logo 1 Malaysia

KUALA LUMPUR, 24 Dis - Penasihat DAP Lim Kit Siang mahu kerajaan Selangor mengkaji semula larangan  penggunaan logo 1 Malaysia pada papan iklan di negeri itu yang mana Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Pakatan Rakyat gentar dengan konsep itu.
Lim bagaimanapun mengecam tindakan Muhyiddin yang mendakwa 1 Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semakin popular.
"Kenyataan Muhyiddin ini sangat tidak munasabah kerana sebelum ini beliau tidak secara langsung menyokong 1 Malaysia," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Belaiu mengatakan bahawa Muhyiddin mempunyai banyak kenyataan yang amat "memudaratkan", yang bertentangan dengan objektif 1 Malaysia.
Ahli Parlimen Ipoh Barat bagaimanapun menekankan semua rakyat perlu menjadikan Malaysia sebagai keutamaan diikuti dengan bangsa, agama, geografi dan sosioekonomi.
"Bila saya mencabar semua Menteri di Parlimen pada Mac lalu mengumumkan yang mereka adalah rakyat Malaysia dulu... Muhyiddin berkata beliau adalah Melayu dulu kemudian baru Malaysia," kata Lim.
Tambah Lim, tindakan Muhyiddin mempertahnkan komen-komen bersifat perkauman Biro Tata Negara (BTN), kenyataan bekas pegawai Najib, Datuk Nasir Safar ke atas orang Cina dan India dan keputusan berdiam diri Muhyiddin dalam satu forum kerajaan di mana orang Kristian diugut agar ulangi 13 Mei apabila mahu menggunakan perkataan "Allah" adalah bukti pemimpin Umno nombor dua itu menolak 1 Malaysia.
Lim meneruskan serangan terhadap Muhyiddin dengan menyifatkan ia sebagai "percubaan berlebihan" untuk membantu media yang dikawal Umno iaitu Utusan Malaysia dan Berita Harian, yang sebelum ini menggambarkan Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai anti-Melayu dan anti-Islam, beliau mengatakan ia sudah termaktub dalam Perlembagaan dan  ancaman agar menarik kewarganeraan kepada sesiapa yang mempersoalkan had subjek peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
"Sejak Mac, sudah ada, malah lebih banyak contoh retorik yang ekstrem bersifat perkauman dan keagamaan yang menyerang slogan 1 Malaysia.
"Slogan 1 Malaysia adalah contoh terbaik yang luas dan menambah kata-kata dan perbuatan di bawah pentadbiran Najib. Sama ada 1 Malaysia, Program Transformasi Kerajaan, Model Baru Ekonomi atau Program Transformasi Ekonomi," katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Selangor Ronnie Liu dilaporkan berkata larangan penggunaan logo 1 Malaysia itu dibuat kerana ia melanggar undang-undang kecil kerajaan tempatan dan merupakan mesej politik Barisan Nasional.
"Adakah anda nampak papan iklan di Selangor menggunakan logo PKR, PAS dan DAP?
“Undang-undang kerajaan tempatan di Selangor menyatakan dengan jelas bahawa logo parti politik tidak boleh digunakan ke atas papan iklan,” kata Liu.
Beliau berkata undang-undang itu bukan baru, ia adalah strategi untuk menentang musuh politik.

Ni Kerja Sape...?????

ini semua bukan kerja orang len.. tapi kerja Umngok jugak.. Nasib lah sultan2 kat Malaysia nih... Umngok pun tak nak jaga ketuanan sultan.. lebih baik jaga ketuanan poket dorang n ketuanan jubur sayfool... hahaaha

Amik seketul UMNGOK!



YDP Majlis Perbandaran Darul Bonggol akhirnya ditukarkan.

Oleh Ustaz Saiful Bahri
 
Bandar Dungun yang kini terlalu banyak bongol-bongol yang dibina dijalan utama di kawasan Bandar Dungun. Penulis dimaklumkan ada 97 bonggol yang baru dibina setelah diluluskan dan binaan tersebut diperolehi oleh sebuah syarikat sahaja yang bernilai Rm3K setiap bongol. Itu belum dikira bonggol-bongol yang sedia ada. Layaklah Dungun dikenali sebagai Darul bangol.


Setelah diangkat menjadi Majlis Perbandaran Dungun, macam-macam perubahan yang menyebabkan penduduk menjadi semakin rimas dan resah. Kononnya untuk mengangkat martabat sebagai perbandaran… akhirnya menyusah dan membebankan rakyat.

Pelbagai desakan, perbincangan bahkan ianya disuarakan ke dalam Sidang DUN tetapi nampaknya YDPnya masih tidak mengambarkan ia seorang yang peka dan mesra rakyat. Tahap kesabaran orang ramai memuncak dan akhirnya mereka berarak melakukan bantahan dihadapan bangunan Majlis Perbandaran Dungun pada 30 Nov 2010.

Orang-ramai menghantar memorandum yang melibatkan YDP Majlis yang dikatakan mengamalkan sikap tidak telus, salah-urus, penyalah-guaan kuasa dan tidak prihatin kepada penduduk kawasan Dungun.

Penulis juga masih ingat pada 12 Februari 2009, bagaimana YDP Majlis telah mensabotaj program "Rayuan Gaza,Palestine:Bantulah Mereka". Program anjuran MAMPAT dan Yayasan Amal Malaysia ini diadakan bagi tujuan mengutip dana untuk disalurkan kepada rakyat Palestine. Kelulusan yang telah diberikan tetapi di saat akhir ianya ditarik balik secara tergesa-gesa. Seluruh kawasan Padang Astaka Dungun telah disita oleh pihak penguatkuasa Majlis Perbandaran Dungun.Terdapat juga 8 helai banner pemberitahuan dari pihak Polis Dungun dan Majlis Perbandaran Dungun. Meskipun program tersebut berlangsung di perkarangan Surau Haji Zainal Abidin sebagai alternative yang dirasmikan oleh YM Tengku Paduka Raja tetapi tindakan tersebut amat mengecewakan.

Banyak tindakan dan pembahagian projek-projek dikuasai sepenuhnya oleh pimpinan UMNO Bahagian Dungun yang dikuasai oleh Pak Rosli bahkan ianya lebih berkuasa daripada pegawai kerajaan maupun Wakil Rakyat sendiri. Pak Rosli yang dikatakan kroni MB Mat Said telah menafikan hak-hak dan peruntukan YB sendiri yang bersama dengan team Idris Jusoh. Khususnya melibatkan peruntukan Dun Paka, Bukit Besi, Sura maupun parlimen Dungun sendiri. Wakil rakyat yang ada dah jadi macam tunggul buruk kepala. Tanpa kuasa.

Apapun mulai 1 Jan tahun hadapan ini YDP Majlis perbandaran Dungun akan bertukar keluar dan akan digantikan denga Harun Mohamed, YDP majlis Daerah setiu sempena rombakan 15 pegawai tadbir Kerajaan Negeri Terengganu.

Adakah ia akan menyebabkan rakyat menarik nafas lega? Jangan Nampak gelap dilangit lalu air ditempayang dicurahkan… Ingatlah, tanda biru gelap dilangit itu adalah hujan lebat dan mungkin banjir. Entah-entah musibah tsunami yang terjadi… Selagi Gelombang Biru memerintah… selagi itulah beban rakyat tak berkesudahan. Semoga Pru akan datang medung biru akan berlalu… biru muda tanda langit cerah akan muncul.. warna hijau segar akan menyinar sebagai harapan baru kepada rakyat Darul iman, InsyaAllah.

Surendran bertekad bela nasib semua kaum

surPETALING JAYA: Naib Presiden PKR yang baru dilantik, N Surendran bertekad untuk membela nasib semua kaum di negara ini dari kezaliman dan penganiayaan.
Sambil mengucapkan terima kasih kepada pucuk pimpinan parti di atas kepercayaan melantik beliau pada 18 Disember lalu, beliau berkata:
"Pengalaman mengajar saya bahawa banyak masalah yang kita hadapi hari ini boleh diselesaikan melalui proses politik, untuk membuat perubahan dan reformasi serta cara bagaimana mentadbir negara ini."

Beliau berkata, "sedikit pun saya tidak merasa sangsi akan kebolehan PKR dan dalam skop yang lebih luas Pakatan Rakyat, mempunyai kemampuan melaksanakan perubahan bagi mewujudkan Malaysia yang lebih adil, saksama dan makmur.
"Tidak seperti parti komponen Barisan Nasional, PKR merupakan sebuah parti pelbagai kaum yang berjuang untuk kepentingan semua kaum di negara ini," tambahnya.
"Saya mengakui wujudnya berbagai masalah yang dihadapi oleh berbagai golongan masyarakat di negara ini," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Surendran berkata, "masalah-masalah ini harus dilihat dari sudut keperluan tiap-tiap komuniti. Saya sedar tentang masalah serius yang dihadapi oleh masyarakat India di negara ini dan bertekad untuk menanganinya, seiring dengan masalah yang dihadapi oleh komuniti lain.
"Tidak ada komuniti atau segolongan masyarakat di negara ini yang dapat hidup senang dan tenteram jika saudara-saudara mereka dari kaum lain masih hidup susah dan sengsara," tegas beliau.
Katanya, "sebagai peguam hak asasi manusia dan aktivis, saya telah mewakili mangsa dari pelbagai kaum seperti Kugan, bekas tentera udara Tharmendran, Aminulrasyid Amzah dan Norizan Salleh.
"Sebagai Naib Presiden saya akan terus membantu semua rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan dan warna kulit," tegasnya.

APCO@BN Saiko... PR Kecoh...???? Macam Budak2....


Alahai.... PR ni... pasal saiko beg sekolah ada lambang bn/umnoapco pun nak kecoh... tak matured langsung laaaa..... itu strategi lapuk puak2 haramjadah tu, takan sebelum ni tak pernah tengok botol air mineral lambang bn, gula2 lambang bn... itu perkara biasa laaaaa.....

So... tak payah kecoh aaarrrr... benda2 macam nih, cuba puak PR pulak buat seperti mana yang bn buat...., agihkan beg sekolah atau apa saja yang terasa sesuai dan letakkan lambang/logo PR.... errr...  PR ada logo ke....??? hehehe....

Tapi takpa.... suka hati lu oranglah nak layan isu beg sekolah tu.... cuma gua nak ingatkan yang kat bawah ni.... janganlah pulak di tiru yeaaaa.... hanya puak2 bn yang panas jer... pacak payung tu, kalau malaikat mungkar/nangkir nampak ada pengecualian soal jawap kubur... tak caya tanya ularmak 40.... muakakakakahaaa...

 Memang sah kuboq orang bn, ntah apa laaaa.... nasib kat bawah tu yeaaaa....????
Soalan bocor dah tahu... soalan bonus... "Apakah Ketuanan Kamu"
Jawapannya " Ketuanan Melayu"

JIKA KITA RAJIN MEMBACA KITA AKAN TAHU

BERGUMBIRALAH IA DATANG SEKALI

nota:
bergumbiralah wahai bani kanak kanak
alamilah dunia yang indah
zaman ini hanya datang sekali
bermainlah hari ini seolah olah kamu
tidak akan dibenarkan bermain hari esok !

jangan lah kamu dirosakan oleh pmr!



NAMPAK SANGAT MUFTI JOHOR TAK MEMBACA


Imej Santa Claus ini adalah strateji pemasaran Coca Cola yang mula dimunculkan pada tahun 1930’an. Pakaian , topi dan janggut Santa ini tidak ada sangkut paut dengan agama Isa dari Nazareth. Ini pemasaran kapitalis untuk mendapat keuntungan. Lihat sahaja warna merah dan puteh – ini warna Coca Cola.

Santa Claus ini ada memiliki pelbagai nama. Nama ini dikaitkan dengan Wali Klause seorang padri yang suka memberi hadiah kepada kanak-kanak. Ini juga ada kebenaran dan banyak campur aduk cerita cerita rakyat seperti Pak Pandir dan Lebai Malang.Banyak negara yang mengakui Wali ini adalah warga mereka. Sweden, Norway, Denmarak, Finland malah Turkey juga klim Wali Kaluse ini datang dari wilayah mereka.

Di Belgium - negara suaka TT - tarikh memberi hadiah kepada kanak-kanak ini bukan 25 Disember tetapi 16 Disember. Ini mengikut pembacaan orang Belgium.

Mitos ini samalah seperti kita memberi ‘duit raya’ kepada anak anak ketika berhari raya. Kita masukkan duit ke dalam sampul berwarna hijau. Ini adalah cara Melayu menterjemah budaya angpau orang Tionghua. Orang Tionghua memberi hadiah yang dibungkus dengan sampul merah.

Sayugia diingatkan bahawa pada satu ketika dahulu jemputan kahwin wajib di hantar dalam sampul merah. Bagitu juga kad ucapan selamat hari raya. Malah pada satu masa dahulu menjadi lumrah orang akan bertanya ‘ bila sampul merah akan sampai’. Ini bermaksud : bertanya bila nak kahwin. Bila ekonomi berubah budaya berubah – hari ini jemputan kahwin datang dengan e-mail dan pesanan ringkas.

Warna merah ini mucul dari ikutan kita dengan budaya orang Tionghua.

Budaya sampul surat hijau ini telah berkembang. Ini disokong pula oleh bank bank dan para peniaga. 100 tahun dari hari ini - jika ada mufti yang malas membaca dan mengkaji - mungkin sampul hijau ini akan ditakrif sebagai jalur agama.

Bagitu juga warna hijau yang dikaitkan dengan Islam. Ini juga pemasaran yang dimunculkan oleh Saudi Arabia. Kerajaan Saudi Arabia yang kita kenali hari ini diwujudkan oleh British pada tahun 1932. Keluarga Saud ini tidak ada sangkut paut dengan Nabi Muhamad. Mereka ini dinobatkan oleh Shell dan British Petrolium.
Di zaman nabi tidak ada raja.

Warna hijau yang dipasarkan ini amat menarik dalam wilayah padang pasir yang kering kontang. Mungkin kurang menarik di negara seperti di bumi kita yang tropikal dan hijau sepanjang tahun.

Warna hijau ini kini dikaitan dengan Islam. Untuk pelajar pengkaji sejarah akan sedar bahawa bendera yang di kibarkan oleh Muhamad ialah hitam. Kerana inilah penganut agama Shiah telah menobatkan bendera hitam sebagai bendera mereka.

Lihat – semua memiliki kontek. Sejarah itu sendiri juga memiliki sejarahnya.

Budaya bergerak, berubah dan berkembang. Budaya, tingkah laku, adat istiadat, moral semuanya berubah mengikut gerakan ekonomi. Pembuatan ekonomi dan produksi ekonomilah yang menjadi memandu manusia. Bukan cerita di awan awan. Cerita di awan-awan ini indah untuk kanak-kanak seperti Wali Nikolas datang dengan kereta saljunya.

Manusia pinjam memimjam. Pakai memakai. Anak semua bangsa bercampur dan bergaul. Tidak ada sesiapa yang boleh mengakui bahawa ini hanya milik bangsa dan budaya mereka. Kita telah bercampur gaul. Kenal mengenal. Tiru meniru. Ini hakikat dunia hari ini. Ini bukan cerita ultraman. Jepun yang anggkuh itu pun sedar bahawa mereka juga kaki tiru yang terulung.

Lihat bagaimana sifar yang datangnya dari Arab, kemudian berkembang. Jika tidak ada sifar konsep dunia kita tidak wujud. Dari sifar kita berkembang hingga kita menjadi kita hari ini. Apakah sifar monopoli Arab? Tidak.

Yang ingin memonopoli ini hanya kaum pemodal- kaum kapitalis. Mereka meletakkan – hak cipta – ini untuk mengawal dan memastikan keuntungan akan sampai ke saku mereka. Siapa mencipta padi? Siapa mencipta buah durian? Siapa mencipta petai dan jering? Siapa mencipta akar kayu senduduk?

Bagitu juga kita tidak boleh memonopoli kebenaran dan kebaikkan. Kebaikan dan kebenaran adalah milik umat manusia. Tidak ada satu agama pun dalam dunia ini yang boleh memonopoli kebenaran. Agama tidak meletakkan hak cipta untuk kebenaran dan kebaikkan. Hak cita ini adalah milik Yang Maha Esa.

Selamat menyambut Mauludul Rasul Nabi Isa dan selamat tahun baru Gregorain. (TT)

APCO: DISCOURSES MUST GO BACK TO THE FUNDAMENTAL ISSUES OF ACCOUNTABILITY AND DUE PROCESS


APCO’s deep involvement in the Prime Minister’s administration is the clearest proof of UMNO/Barisan Nasional’s hypocrisy.

For more than a decade, it has deafened the country with incessant propaganda to portray me as a Jewish agent when surreptitiously it hires a firm known for its strong link with the Israeli intelligence and political establishment to manage one of the most influential functions of the administration i.e. messaging and communication.


Therefore, the bulk of my contention when I first raised this issue in Dewan Rakyat was directed at the Prime Minister’s hypocrisy and carelessness in hiring a firm with a track record such as APCO’s. It is only natural that Pakatan Rakyat MPs requested for the government to come clean on the extent of APCO’s involvement in the formulation of policies and messaging under the current Prime Minister.

There are numerous records available publicly to substantiate APCO’s unhealthy track record of working for regimes with penchant for stifling human rights and democratic space. YB Tian Chua (Member of Dewan Rakyat for Batu) had written extensively on this in two articles (“APCO: In Mercenaries We Trust” and “APCO & Najib: Beneath the PR Veil”). Both articles; published by Malaysiakini provide insights into the workings of APCO and its cosy relationship with regimes or causes that are deemed to be detrimental to the promotion of democracy and public interest.

Thus, the issue was never about the simplistic question of who came up with 1Malaysia. It is about holding the government of the day accountable for its haphazard behaviour in spending the public money (to the tune of RM77 million for a one-year service) to hire a firm for its own image building. More importantly, it is about the lack of responsibility of a Prime Minister in ignoring APCO’s track record and potential security risks posed by the latter.

Unfortunately, UMNO/Barisan Nasional was never prepared to be engaged on these two critical issues. It went on an over-kill drive from the beginning which culminated in the suspension of four members of Dewan Rakyat recently. It trampled on every known ethics and norms including the natural process of allowing an accused to present and argue his case before a fair and just panel.

The fact that I was not allowed to present evidence to the Parliamentary Rights and Privileges Committee speaks volume of Prime Minister’s intention to avoid the fundamental issues of accountability and negligence on his part in hiring APCO. In the end, UMNO/Barisan Nasional created another first in the history of Dewan Rakyat when it orchestrated our suspension without a debate and based on a simple letter of denial from APCO.

I must also respond to UMNO/Barisan Nasional’s latest claim that a mere letter of denial from APCO and a statement from one Robert M Shrum constitute an undisputable proof that APCO was not involved in the conceptualisation of 1Malaysia; neither was 1Malaysia adopted from One Israel campaign. In a normal court of law, such “evidence” would have to stand the scrutiny of cross examination to ensure that they are credible and acceptable for the purpose of a case. No court or parliamentary committee of a respectable standing would have dismissed a case and arrived at a biased verdict purely on an account of two letters produced by the prosecutor.

Going by the same UMNO/Barisan Nasional’s logic, a statutory declaration made by P Balasubramaniam on his allegation of the Prime Minister’s relationship with Altantuya Sharibu would have been taken as an undisputable proof. Likewise, the two contracts signed by APCO with the governments of Malaysia and Israel respectively that are in my possession would have to be taken as an undisputable proof of a link between the 1Malaysia campaign with other campaigns that APCO or its personnel had worked on previously.

Fortunately, the due process of law and natural justice administered in the fairest manner will dictate that any evidence produced will be subject to the highest scrutiny. It is in this respect that I have been vocal in my criticism because UMNO/Barisan Nasional is determined to avoid any scrutiny of its relations with APCO to the point that it would not allow the Parliamentary Rights and Privileges Committee from going through the proper motion of its proceedings.

Therefore, UMNO/Barisan Nasional’s release of the two documents is nothing more than an orchestrated media play that ensures no scrutiny of the “evidence” it claims to have. Anyone who is familiar with UMNO/Barisan Nasional’s history in orchestrating character assassination campaigns that often involve the manufacture of “false evidences” would naturally be sceptical of the latest trial by media.

In the end, the country must go back to the fundamental questions that Prime Minister Dato’ Seri Najib Tun Razak is so keen to avoid.

The most fundamental question arose from a report by news portal The Malaysian Insider dated 28 July 2009 entitled “Money Being Splurged To Boost Image of Najib’s Administration”. I reproduced here the key contents which had never been denied officially by the Prime Minister:

It is understood that the services of Apco Worldwide was brought in by Omar Mustapha, the close aide of the PM who was recently embroiled in controversy over his proposed appointment onto the board of national oil company Petronas.

Apco Worldwide is understood to have had an official based in Najib’s office since the early days of the administration.

Apco and other public relations specialists from the United States have also been helping Najib craft his 100 days strategy. This includes his 1 Malaysia message and other key platforms of his administration.”

If this is indeed true, the Prime Minister must then be prepared to explain the other fundamental issue – his trigger happy attitude in using taxpayers’ money to hire a firm for the sole good of his party; especially one with such a questionable track record that could have compromised the country’s security.

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
LEADER OF OPPOSITION
24 DECEMBER 2010

Rakyat menyampah!! Rakyat marah!!


Yaahoo!! 1Malaysia.... Rakyat terkena dahulu!! Rakyat dahulu dikenakan!!

Pemandu sudah hilang arah tuju. Arah sudah tak menentu. Tak tentu arah. Akibatnya, rakyat yang parah!!

Rakyat parah sebab kenaikan harga barangan keperluan, kesan daripada kenaikan harga minyak setelah kerajaan menarik balik subsidinya. Selaras konon... Pigiraahh!!

1Malaysia!! Ya... 1Malaysia kena tipu. Jaminan diberi, kononnya tidak akan berlaku kenaikan pada harga barangan cuma omong kosong kerajaan 1Malaysia.

Kini... rakyat mula merasa keperitan kesan daripada penipuan kerajaan. Bagi mereka yang menjadi kuli kerajaan, wang sagu hati sebanyak RM500 yang diberi macam taik gigi jer. Harga barang semakin naik tinggi... sedangkan nilai RM500 dah susut banyak. Tak banyak dapat dibeli dengan RM500 sekarang ini. Lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai banyak anak yang bersekolah. Pelbagai keperluan yang mesti disediakan demi pendidikan anak-anak. Kesian mereka.

Namun.... kesian lagi bagi mereka yang bukan kuli kerajaan. Apa pun tak dapat... Habuk pun tarak!! Kehidupan mereka lagi susah. Itu yang menyebabkan mereka marah. Aha... marah dengan kerajaan 1Malaysia yang penipu dan tak berhati perut!!

Tahun depan.... 2011 lagi teruk. Kadar tarif elektrik pulak akan dinaikkan. Yang lain-lain amacam?? Ha.. ha.. ha.. pasti naik punyer. Tak percaya?? Tunggu ler....

Jadi... para pemimpin UMNO/BN usah perasan yang 1Malaysia tu popular sangat. Sebenarnya.... rakyat getik!! Rakyat meluat!! Rakyat marah!! Slogan penipu!!

Nak dengar apa rakyat kata??

Aha... Tunggu kamu orang!! Kami akan ajar kamu orang!!

Yaahoo...!! Rakyat akan ajar kamu orang!! Sebab itu, Pakatan Rakyat tak gentar. Sebaliknya... kamu orang yang patut berasa gentar.

Ha.. ha.. ha.. ha.. Entah-entah bukan setakat dah gentar, tetapi... dah terkincit kot.
Weh... nampak gayanya rakyat lebih percaya jika ekonomi negara diurus tadbir oleh orang seperti Tony Pua yang memang pakar dalam bidang itu. Barulah adil namanya apabila kita meletakkan seseorang ditempat yang sewajar dan sesuai dengan kepakarannya.

Tak gitu?? Haa.. Layan baca berita di bawah ini...

SHAH ALAM 23 DIS: Harga gula melonjak 55 peratus sejak Januari lalu, mengakibatkan harga minuman dan barangan lain turut naik berikutan tindakan kerajaan Umno-Barisan(BN) memotong subsidi barangan keperluan rakyat.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak berpegang kepada janji bahawa kenaikan harga barangan keperluan asas tidak akan membebankan rakyat.

Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) di bawah Jabatan Perdana Menteri memburukan keadaan dengan memberikan maklumat salah mengenai impak kenaikan harga barangan berikutan penarikan subsidi itu, tambah beliau yang juga ahli pakar ekonomi.

Tony berkata harga gula naik kepadaRM2.10 sekilogram berbanding RM1.45 pada Januari lalu, menyebabkan harga minuman ringan seperti teh dan kopi turut meningkat.
  A Mum Of Three Mohd

1Malaysia - Bukan Takut Tapi Muak, Kata Selangor

SHAH ALAM 24 DIS : Kerajaan Selangor tidak membenarkan slogan dan logo 1Malaysia digunakan di premis kerajaan dan premis awam kerana ia mesej politik yang diguna sebagai topeng untuk mengaburi penyelewengan dan pemecah-belahan negara secara berterusan.  
Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Faekah Husin berkata Timbalan Perdana Menteri  Muhyiddin Yassin tersilap faham apabila menafsir larangan itu sebagai petanda Pakatan Rakyat Selangor kononnya takut kepada slogan 1Malaysia. 
Sebenarnya Pakatan Rakyat tidak gentar tetapi muak dengan slogan hipokrasi Barisan Nasional itu, kata Faekah. 
"Mana mungkin kita berasa takut pada logo politik yang diciplak dan bukan diilhamkan oleh rakyat negara ini. Apatah lagi pemimpin BN gagal memberi rakyat hujahan kukuh tentang kewujudan slogan 1Israel, 1Singapore dan 1Indonesia," tambah beliau dalam satu kenyataan. 
Faekah berkata Pakatan Rakyat Selangor tidak akan mengiktiraf slogan yang semata-mata mahu memesongkan fikiran rakyat pelbagai kaum, agama dan budaya di dalam negeri ini. 
Beliau juga membidas Muhyiddin kerana memutar belitkan larangan kerajaan negeri itu dengan menggunakan media arus perdana sebagai kuda kuda tunggangan.
Faekah berkata kerajaan negeri bertindak melarang penggunaan slogan berbaur politik termasuk 1Malaysia  di premis kerajaan dan premis awam serta tidak akan mengeluarkan dana bagi membiayai program yang berkaitan dengannya. 
Pihak Berkuasa Tempatan pula diberi kuasa melihat perincian selari dengan Undang-undang Pihak Berkuasa Tempatan yang telah diamalkan sebelum ini, tambah beliau. 
Faekah berkata keputusan itu harus dilihat menerusi realiti politik Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. 
"Pakatan Rakyat Selangor  tidak mengharapkan Kerajaan Persekutuan membantu menyebarkan maklumat mengenai program-program anjuran kerajaan negeri seperti Program Merakyatkan Ekonomi Selangor," tegas beliau. 
"Namun kita kesal sikap tidak profesional mereka yang saban hari memburuk-burukkan program yang kita jalankan. Meskipun tiada langsung niat untuk membalas dendam, persoalannya, wajarkah kerajaan negeri membantu mempromosikan slogan hipokrit Barisan Nasional?, kata beliau. 
Faekah berkata dengan berselindung disebalik slogan 1Malaysia, BN terus menjadikan politik perkauman sebagai teras agendanya.   
"Parti-parti komponen Barisan Nasional sendiri berasaskan pemikiran perkauman yang sempit. Pentadbiran UMNO-BN pula bertanggungjawab penuh atas ketegangan kaum yang wujud di Malaysia walaupun telah merdeka 53 tahun," kata Faekah. 
Faekah berkata Muhyiddin sendiri tidak mendokong slogan konsep 1Malaysia apabila lantang memperjuangkan konsep "Melayu Dahulu" dan menempelak Perdana Menteri Najib Razak secara terbuka.

Mazlan : 'FELDA Kini Goyah' Dengan Kebangkitan Peneroka

SHAH ALAM 24 DIS: 'FELDA kini goyah', begitulah tafsiran Mazlan Aliman apabila Pengarah Besar FELDA Datuk Dzulkifli Abd Wahab mengeluarkan pekeliling yang disifatkan memujuk peneroka supaya tidak menggunakan saluran undang-undang bagi menuntut hak mereka.
Mazlan yang juga Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK), mengingatkan FELDA tentang kebangkitan peneroka hari ini adalah dari kekhilafan dan keangkuhan agensi itu mencengkam dan menindas peneroka.

Mazlan berkata, peneroka menerusi ANAK mengunakan saluran mahkamah sebagai pilihan terakhir setelah mencuba pelbagai pendekatan demi menyelesaikan masalah yang mencengkam peneroka.
Risalah dua halaman bertajuk 'Penyelesaian masalah, Isu atau Pertelingkahan Melalui Kaedah Timbang Tara' yang diedarkan kepada peneroka-peneroka dan dibacakan isinya di masjid-masjid jelas mengambarkan keresahan FELDA menghadapi kebangkitan peneroka.
"Sebenarnya kita sudah mengunakan pelbagai pendekatan dan berbincang sudah lama tetapi apa yang menjadi persoalan ialah FELDA seolah-olah tidak menunjuk tindakbalas positif apabila kita mengadakan perbincangan," katanya.
Antara lain, risalah dua helai itu menyatakan tindakan saman oleh peneroka terhadap agensi pembangunan tanah itu didakwa telah menyebabkan wujud suasana yang tidak harmoni antara peneroka dengan pengurusan Felda.
Mazlan yang dihubungi Tvselangor menjelaskan kenyataan FELDA dalam risalah itu juga jelas mengambarkan agensi Peneroka Tanah itu sekarang seolah-olah sudah 'terhantuk baru terngadah'.
"tidak nampak kesungguhan FELDA dalam memuktamad sesuatu perbincangan untuk memberi hak kepada peneroka," katanya.
"Jadi adakah jika peneroka mengunakan saluran mahkamah mereka dianggap angkuh dan mereka sekarang sudah pandai menunjuk sikap biadap, sepatutnya bagi saya FELDA harus muhasabah dengan kelemahan mereka," katanya lagi.

Selain itu,Pengarah Besar FELDA juga mensasarkan agar peneroka mengemukakan sebarang aduan dan permasalahan kepada pengurusan rancangan melalui blok, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR), Gabungan Pertubuhan Wanita (GPW) dan pertubuhan belia.
Mazlan menjelaskan dalam masalah yang timbul sepanjang penubuhan agensi tersebut sejak 1956, pentadbiran mereka dibelenggu dan dicengkam pemerintah politik.
"Sebab itu dalam hal ini saya leboih nampak bukan teruk sangat masalah pentadbiran FELDA tetapi ia adalah gangguan daripada kuasa politik kerajaan yang memerintah kerana ini banyak penyelesaian tidak berlaku,sekiranya dibebaskan kuasa politik dari FELDA dan biar FELDA tentukan pemerintahannya antara mereka dan peneroka saya rasa telah lama jalan penyelesaian dapat dicapai," katanya.

Pengistiharan Miskin Tegar Bandar Tiada Lagi Diragui

KUALA LUMPUR 24 DIS : Ahli Parlimen Pakatan Rakyat ragu-ragu dengan 'pengisytiharan' Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin bahawa kawasan bandar terutama di Kuala Lumpur tidak lagi mempunyai golongan miskin tegar semalam.
Rata-rata, mereka masih melihat pelbagai golongan miskin tegar dan miskin bandar di Kuala Lumpur yang semakin terhimpit akibat kenaikan kos sara hidup di sini.
Malah, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua mencabar Raja Nong Chik mendedahkan bukti serta data yang menyatakan hal tersebut kerana ia tidak dapat dipercayai.

"Sebab data-data ini kurang telus, kita tak tahu apa sebenarnya asas untuk mereka siarkan berita yang dikatakan membanggakan ini. Sebenarnya dari pengalaman saya, dapat lihat lagi kemiskinan di kawasan bandar," katanya.
Pengisytiharan Raja Nong Chik seperti yang dilaporkan Bernama semalam turut menyebut bilangan penduduk miskin dan mudah miskin pula telah dapat dikurangkan sekurang-kurangnya 50 peratus berbanding tahun lepas. 
Kononnya selaras dengan sasaran kementerian beliau untuk membasmi kemiskinan tegar di seluruh Wilayah Persekutuan menjelang akhir tahun ini pada Februari lalu.
Seorang lagi wakil rakyat Kuala Lumpur, Dr Lo'lo' Mohd Ghazali yang mewakili Titiwangsa pula mahu Raja Nong Chik bertanggungjawab dengan kenyataannya itu di Parlimen.
Beliau mendedahkan betapa semakin ramai rakyat yang menderita lantaran kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang meningkat setelah kenaikan harga minyak petrol, gula serta keperluan lain oleh Kerajaan Pusat.
Malah lebih mengharukan, mereka yang berpendapatan rendah dan tinggal di Projek Perumahan Rakyat paling terjejas dan semakin tersepit.

"Saya semakin menerima banyak permohonan meminta bantuan dan sebagainya, sesetengahnya begitu kronik sepertik bil air tertunggak, sebahagian hendak dihalau kerana banyak tertunggak dari PPR. Itu di PPR yang ibu tunggal anak berbelas, tinggal 10 ringgit nak makan. Benda-benda begini diadukan kepada saya setiap hari sebagai wakil rakyat," justeru beliau mahu Nong Chik menyedari keadaan ini dan tidak mengeluarkan kenyataan kosong semata.

"Saya sebagai wakil rakyat dan kawan-kawan yang lain, merasakan penderitaan dengan kesusahan dan kesempitan rakyat itu. Jadi walaupun dikatakan begitu (terhapus kemiskinan) harga barang semakin meningkat. Bila meningkat sedangkan sumber perdapatan masih sama, dapat bantuan dari Jakim, JKM, adakah Menteri menyedari hal begini? Realitinya," katanya kepada Tv Selangor.

SUK : Kerajaan Negeri Disaran Gubal Perlembagaan Negeri

SHAH ALAM 24 DIS :  Abdullah Sani Abdul Hamid menyarankan Kerajaan Negeri Selangor menggubal perlembagaan negeri untuk melantik Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan pegawai tadbir sendiri dan bukannya oleh pihak lain.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Langat berkata hal itu penting bagi menjamin kelicinan pentadbiran negeri terutama jika kerajaan negeri bukan dari parti yang sama dengan kerajaan pusat.
"Saya sarankan kerajaan negeri wajib pinda perlembagaan tubuh negeri memberi kuasa negeri jamin kedudukan pegawainya dilantik dari kelompok mereka bukannya dari kalangan yang menderhaka kepada mereka," katanya.
Sebelum ini, Kelantan telahpun mengubah perlembagaan negeri bagi membolehkan mereka melantik Setiausaha Kerajaan Negeri tanpa campur tangan dari pelbagai pihak yang selalunya dimanipulasi oleh Umno.
Malah, Timbalan Presiden PKR,  Azmin Ali dan Pakar Perlembagaan Professor Dr Abdul Aziz Bari telahpun mengusulkan agar Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat melantik sendiri Pegawai Tadbir dan Pegawai Undang-undang bagi menghalang campur tangan dan sabotaj Parti Pemerintah Pusat.
Menurut Aziz Bari, tidak ada sebarang perlembagaan khusus melibatkan perkara ini dan ia sepatutnya boleh dilakukan.
Khabar angin kini kuat bertiup bahawa Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Mohammed Khusrin Munawi yang dianggap sebagai 'rapat' dengan Umno disebut-sebut menggantikan Datuk Ramli Mahmud sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru.
Abdullah Sani menganggap kewajaran sebenar perkara ini adalah kerana Kerajaan Negeri dipilih oleh rakyat negeri itu sendiri dan bukannya oleh mereka yang berkepentingan lain.
"Sewajibnya Setiausaha Negeri dilantik oleh kerajaan negeri yang memerintah, oleh itu saya setuju sangat dengan Kelantan kerana pilihan SUK dibuat oleh kerajaan negeri. Pusat tidak boleh campur tangan dalam pentadbiran negeri kerana dia tidak mendapat mandat dari rakyat," katanya.

Salahuddin terkilan SPRM ‘aktif’ dalam kes peguam Rosli

KUALA LUMPUR, 24 Dis – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang mahu merayu kes peguam kanan Rosli Dahlan, dan Peguam Negara tidak harus dilihat sebagai menyalah guna kuasa untuk memangsakan rakyat yang tidak bersalah demi mencapai agenda tertentu, kata Ahli Parlimen Salahuddin Ayub.
Sehubungan itu, wakil rakyat Kubang Kerian menyeru supaya setiap tindak laku penjawat awam mematuhi prinsip keluhuran perlembagaan demi menjaga Malaysia sebagai negara yang berlandaskan hukum.
“Saya mengucapkan tahniah kepda (peguam kanan) Rosli yang pada 20 Disember 2010 telah dibebaskan dan dilepaskan tanpa perlu membuat pembelaan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dari pertuduhan yang dibuat terhadapnya oleh SPRM.
“Saya ambil perhatian bahawa pihak SPRM telah dengan tangkas dan segera membuat kenyataan akan merayu terhadap keputusan tersebut,” kata beliau yang juga anggota jawatankuasa khas Parlimen mengenai rasuah.
Pada 20 Disember lalu, Rosli bebas tanpa dipanggil membela diri selepas Mahkamah Sesyen di sini memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap kegagalannya mematuhi satu notis untuk mendedahkan segala maklumat mengenai asetnya.
Hakim Abu Bakar Katar memutuskan bahawa notis yang ditandatangani Timbalan Pendakwa Raya Kanan SPRM Anthony Kevin Morais gagal membuktikan peguam itu merupakan seorang daripada sekutu bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Ramli Yusof.
Beliau juga memutuskan pendakwaan gagal untuk membuktikan bahawa Rosli secara sengaja gagal memberi maklum balas terhadap notis yang dikeluarkan Morais.
“Morais juga gagal membuktikan bahawa dia mempunyai asas untuk mengeluarkan notis itu,” kata Abu Bakar.
Pada 12 Oktober, Rosli dihadapkan ke mahkamah kerana kerana dituduh gagal mematuhi notis untuk mendedahkan segala maklumat berhubung harta miliknya dalam tempoh dua bulan sebagaimana disyaratkan mengikut notis bertarikh 17 Julai, yang kemudiannya dilanjutkan ke 16 Ogos, satu kesalahan mengikut Seksyen 32 (2) Akta Pencegah Rasuah 1997.
Rosli, 46, rakan kongsi sebuah syarikat guaman terkenal dan seorang rakan karib Ramli, pada hari tuduhan dibaca ke atasnya pada 12 Oktober, 2007 memberitahu mahkamah bahawa pendakwaan terhadapnya sehari sebelum Aidilfitri akan menyebabkan beliau menjadi bahan cemuhan jika ke masjid esoknya untuk bersolat raya.
Timbalan Pendakwa Raya SPRM Zulqarnain Hassan berkata beliau akan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu.
Pada 12 Mac tahun lepas, Ramli dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen terhadap tiga pertuduhan gagal mendedahkan maklumat mengenai pemilikan 20,000 unit saham Telekom Malaysia Berhad, 154,000 unit saham Permaju Industries Berhad dan dua lot pejabat di bandar, bernilai RM1,032,840.
Pada 27 Julai, 2008, Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu membebaskannya daripada tuduhan salah guna kuasa pada 2007, berhubung dakwaan menggunakan pesawat Cessna polis untuk kegunaan peribadi.
Salahuddin yang juga Naib Presiden PAS itu berkata Rosli adalah peguam Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) yang mengendalikan kes terhadap bekas pengerusi eksekutifnya Tan Sri Tajudin Ramli.
Katanya, juga umum mengetahui bahawa Rosli dikenakan pertuduhan semasa mewakili Ramli, yang telah mengesyorkan kepada bekas perdana menteri Tun Abdullah Badawi bahawa Tajudin wajar dikenakan pendakwaan atas beberapa pertuduhan jenayah.
“Oleh itu, saya terkilan dengan kenyataan SPRM tersebut untuk merayu terhadap kes Rosli kerana mereka tidak menunjukkan minat dan ketangkasan yang sama ke atas aduan MAS yang dibuat terhadap Tan Sri Tajudin Ramli berhubung kerugian yang ditanggung MAS semasa diterajui oleh Tajudin.
“Dalam skandal Sime Darby yang terkini, tindakan sivil dan jenayah telah pun diambil tetapi Tajudin kelihatan kebal dari proses undang-undang.
“Rakyat bertanya kenapa bagitu jadinya,” kata beliau.
Salahuddin berkata hal ini lebih mengecewakan kerana SPRM juga tidak menunjukkan sebarang reaksi terhadap pendedahan bahawa Peguam Negara Tan Sri Gani Patail mempunyai hubungan mencurigakan dengan proksi Tajudin, serang yang dikenali sebagai Shahidan Shafie yang pernah dikenakan tuduhan kes rasuah beberapa tahun dahulu.
“Hal ini telah pun dibangkitkan oleh Tan Sri Robert Phang, seorang Ahli Lembaga Penasihat SPRM. Tapi sehingga kini Peguam Negara masih membisu.   
“Saya terpanggil untuk merujuk kepada ucapan Rosli bahawa dia dimangsakan kerana dikenakan pertuduhan lebih awal sedangkan pada masa itu Ramli masih belum pun dituduh atas sebarang kesalahan. Dan kesudahannya ialah setelah Ramli dibebaskan, SPRM masih enggan menarik balik pertuduhan terhadap Rosli. Ini menunjukkan seolah-olah terdapat elemen salah guna kuasa oleh pihak SPRM dan Peguam Negara,” katanya.

Dr Asri: Berdialog dengan Syiah, jangan keras kepala

Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berpandangan perlunya mendengar hujah pengikut Syiah kerana menurutnya, "menghukum tanpa mendengar hujah orang lain adalah tidak adil dan dianggap keras kepala".

"Apapun, hari ini Syiah telah wujud. Mereka adalah warisan sejarah silam. Tangisan dan amarah yang tidak berkesudahan. Hanya atas cerita lama, mereka meriwayatkan sengsara. Soal sejauh manakah ketulenan cerita bukan lagi persoalan," tulis beliau dalam blognya hari ini.

asri jais record statment colum upacara telan air ludah ustaz 100410 pc"Namun bagi kita, sikap yang adil adalah berdialog dengan mereka. Mereka umat Islam dan ada kelebihan tersendiri. Mereka mazhab yang lahir dari isu politik, maka mereka sangat mahir berpolitik.

"Bagi kita, menghukum tanpa berhujah adalah sikap yang tidak adil. Berhujah tanpa sudi mendengar hujah orang lain, adalah keras kepala. Ahlus Sunnah sederhana dalam segala hal," tegasnya.
Sebelum ini, Dr Mohd Asri mengulas mengenai penangkapan beramai-ramai pengikut Syiah di Gombak oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) baru-baru ini yang dibimbanginya akan menimbulkan ketegangan dan unsur-unsur keganasan di dalam negara.

Setakat ini, dua daripada mereka telah didakwa di mahkamah rendah Syariah di Kuang manakala yang lainnya selesai diminta memberi keterangan dan dijangka didakwa Mac tahun depan.

NONEDalam tulisannya hari ini, Dr Mohd Asri menegaskan golongan 'Ahlus Sunnah' mengambil pendirian yang berbeza dalam isu sejarah.

Katanya, timbulnya mazhab Syiah ekoran berlakunya pertelingkahan antara sahabat Nabi Muhammad SAW.

Sehubungan itu, beliau memetik pandangan ulama Ibn Taimiyyah sebagai berkata Ahlus Sunnah wal Jamaah mengambil sikap "mendiamkan diri tentang pertelingkahan antara para sahabat dan berlepas diri daripada sikap kumpulan yang membenci dan mencerca para sahabat menyakiti Ahl al-Bayt (keluarga Rasulullah SAW)".

Katanya, beliau telah menjelaskan mengenai sejarah dan sebab kemunculan mazhab tersebut secara terperinci di dalam bukunya "Pertelingkahan Para Sahabat: Antara Ketulenen Fakta dan Pembohongan Sejarah".

Pada masa yang sama Dr Mohd Asri turut mempertahankan 'Ahlus Sunnah' yang menjadi sasaran 'kemarahan warisan' golongan Syiah kerana enggan berkongsi tafsiran politik berhubung isu pembunuhan Saidina Hussain yang merupakan cucu Rasullullah SAW.

"Isu pembunuhan Saidina Hussain yang sudah berlalu empat belas kurun yang lepas diwarisi secara dendam yang tidak berkesudahan. Ramai yang menjadi mangsa kemarahan itu.

"Dendam itu bukan sahaja terhadap mereka yang terlibat dalam krisis lampau tersebut, tetapi turut dibabitkan mereka yang selepas itu yang enggan berkongsi tafsiran politik yang sama. Maka, Ahlus Sunnah menjadi sasaran 'kemarahan warisan'," coretnya lagi.

FOMCA : Kaji Semula Saman Ekor

SHAH ALAM 24 DIS : Kerajaan diminta mengkaji semula saman ekor yang menjadi bantahan rakyat kerana diragui cara perlaksanaanya.
Pegawai Perhubungan FOMCA, Mohd Yusof Abdul Rahman menegaskan kerajaan perlu menilai semula dasar yang kurang berjaya dan menerima rungutan daripada rakyat.
Semalam Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) yang dipimpin Pakatan Rakyat menganggap pindaaan Akta Pengangkutan Jalan 2010 sebagai percubaan kerajaan untuk menswastakan saman ekor.

"Kita tengok sebelum ini ada beberapa dasar yang kerajaan tarik balik kerana salah satu daripadanya ialah bantahan daripada rakyat," katanya kepada Tv Selangor. 
Yusof juga mempertikaikan dasar yang kerajaan mahu laksanakan apabila tiada kajian dilakukan secara terperinci dan mengambil kira pandangan beberapa pihak yang pakar dalam bidangnya. 
"Kerajaan perlu melihat dan mengkaji sedalam-dalamnya sebelum melakukan sesuatu dasar sebab akhirnya nanti yang akan menimbulkan masalahnya kepada rakyat kerajaan juga," katanya. 
Sebelum ini, PengerusiJawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor atau KASE, Datuk Mahfuz Omar bersama Wakil Rakyat Pakatan Rakyat dan KASE telah menghantar memorandum kepada Agong meminta baginda menolak kelulusan Rang undang-undang ini dan seterusnya memerintahkan agar ia dibahaskan semula di Parlimen.
Memorandum yang disertakan dengan hansard perdebatan Parlimen mengenai isu ini meminta agar Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara tidak menandatangai rang undang-undang yang baru diluluskan Dewan Negara kelmarin pada bacaan pertama.
"Bila mendapat bantahan daripada orang lain, kerajaan kaji balik, ia sebenarnya menjejaskan imej kerajaan sendiri seolah-olah sebelum kerajaan nak memperkenalkan satu dasar, kerajaan tak membuat pertimbangan secara mendalam terlebih dahulu," katanya.

Miskin Tegar Hapus, Menteri Guna Ukuran Mana- MTUC

SHAH ALAM 24 DIS : Pengisytiharan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin bahawa tiada lagi golongan miskin tegar di kawasan bandar terutamanya di Kuala Lumpur dipersoalkan oleh pemimpin Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

Presidennya, Syed Shahir Syed Mohamud mahu Raja Nong Chik menjelaskan garis panduan dan ukuran yang digunakan beliau dalam mengenalpasti golongan miskin tegar ini.

Ini kerana realitinya, peningkatan kos yang berlipatganda di kawasan bandar telah memperbanyakkan lagi golongan miskin kota dan sepatutnya satu tanda aras  jelas perlu bagi memastikan mereka yang kesempitan hidup di kota besar khususnya Kuala Lumpur.

"Berdasarkan apa yang ada di depan mata kitalah, kos hidup menaik, dari segi sewa, kos pengangkutan, dari segi makanan semua terus meningkat. Jadi bagaimana dikatakan kos kemiskinan itu terhapus,? soalnya.

Dalam laporan agensi berita Bernama semalam, Raja Nong Chik berkata, selain dari golongan miskin tegar terhapus, bilangan penduduk miskin dan mudah miskin juga telah dapat dikurangkan sekurang-kurangnya 50 peratus berbanding tahun lepas.

Calon Setiausaha Agung MTUC, Abdullah Sani Abdul Hamid turut mempersoal tanda aras yang digunakan oleh kerajaan pusat dalam menentukan golongan miskin bandar.

Menurut beliau, sepatutnya tanda aras golongan miskin tegar bandar adalah RM750 sebulan di bandar besar dan bukan sama seperti di luar bandar.

"Sekarang ni kadar kemiskinan tegar adalah di bawah paras RM750 di bandar. Kalau samakan bandar RM750, dengan kadar sewa rumah RM300, dengan empat orang anak, tak jadi papa kedana orang itu," katanya.

Beliau kemudian memberi contoh golongan yang terjejas teruk dengan hal ini dan melabel 'pengisytiharan' Raja Nong Chik itu sebagai retorik politik Umno semata.

"Setahu kita rakyat miskin bandar sebagai contoh guru KAFA, Guru KAFA gaji dia RM 550, duduk di Kuala Lumpur. Kalau kita ambil sudut pekerja kilang di sempadan kuala lumpur, bagitau saya satu syarikat yang gaji minimum pekerja (bawahan)nya lebih dari RM 700? Ini semua adalah propaganda retorik bicara dipanggil," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Langat.

Saman Sime Darby: Kerajaan Cuma Mahu Tutup Pekung


SHAH ALAM 24 DIS: Tindakan dua saman sivil Sime Darby Bhd yang dikemukakan terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan beberapa individu lain dianggap satu lagi sandiwara kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) untuk menutup pekung kerugian hampir dua bilion yang ditanggung Syarikat Berkaitan Kerajaan(GLC).
Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail berkata jumlah yang dituntut Sime Darby melibatkan peratusan kecil berbanding jumlah kerugian sebenar yang tidak didedahkan.

Sime Darby Bhd dan tiga subsidiarinya hari ni memfailkan saman sivil terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid dan dua eksekutifnya memohon ganti rugi sekurang-kurangnya RM92.2 juta kerana pecah amanah dan tanggunggjawab berhubung projek Bakun.
Semalam,Sime Darby Bhd  menuntut RM177 juta apabila memfailkan saman terhadap bekas ketua pegawai eksekutifnya Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid dan empat pegawai utamanya.
Konglomerat kerajaan itu juga menyaman Datuk Mohamad Shukri Baharom iaitu bekas naib presiden eksekutif Bahagian Tenaga dan Utiliti; ketua pegawai kewangan bahagian itu Abdul Rahim Ismail dan ketua unit minyak dan gasnya Abdul Kadir Alias serta Mohd Zaki Othman dari Sime Engineering.

"Apa yang berlaku sekarang didakwa dengan RM177 juta, 90 juta ini hanya jenis ikan bilis.

"Secara andaian mudah saya berani mengatakan jumlah yang didakwa yang dituntut itu hanyalah kurang daripada lima peratus daripada jumlah yang patut ditanggung atau didakwa atau dipertanggungjawabkan sekiranya nak dipertanggungjawabkan orang-orang itu," katanya kepada Tv Selangor.
Tambah Azan lagi, beliau mempersoalkan saman sivil ke atas beberapa individu terbabit sedangkan beberapa individu besar dan pimpinan negara terus bebas tanpa sebarang pendakwaan.

"Jadi dalam kes Sime Darby ini kita tengok perancangan, seolah-olah ada perancangan yang begitu teliti dan rapi. Peringkat pembuat dasar, peringkat timbang-tara, perlaksaannya dan peraturan ada perancangan sehingga teruk begini, apa logiknya tiba-tiba apabila sudah tiada arah untuk mengenakan tuduhan kepada lima dan enam individu ini , orang yang bekerja dalam Sime Darby boleh mencuri dalam 200 juta, takkan lah dua malam punya kerja, atau sebulan punya kerja," soalnya.
Azan juga menjangkakan,selepas ini akan banyak lagi pendedahan kerugian yang dialami syarikat berkaitan kerajaan yang mengalami kerugian dan yang didakwa hanyalah 'ikan bilis'.

"Tidak lama lagi akan ada beberapa lagi GLC-GLC kerajaan yang besar dan bertaraf terbaik atau tertinggi dana yang dipegang akan mengikuti nasib dan mengikut jejak langkah Sime Darby," dakwa Azan.

Jawapan Bocor : SPR harap Tenang pilihan raya kecil akhir sebelum PRU-13

Abdul Aziz berharap kempen di Tenang akan seumpama namanya. — gambar fail
 
PUTRAJAYA, 24 Dis — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang telah membelanjakan lebih RM10 juta untuk mengendalikan 13 pilihan raya kecil setakat ini berharap pilihan raya kecil ke-14, di Johor bulan depan, akan menjadi yang terakhir sebelum negara melangkah ke pilihan raya umum. Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan awal tahun depan meskipun mandat semasa hanya akan berakhir pada suku kedua 2013.
Bagaiamanpun suruhanjaya itu mengakui pihaknya tidak dapat mengelak jika keadaan memerlukan pilihan raya kecil diadakan dengan tempoh untuk berbuat akan berakhir antara April-Mei depan.
“Ya, kita berharap begitu, ada lagi empat lima bulan,” kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada sidang akhbar yang diadakan untuk mengumumkan tarikh pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.
“Bagaimanapun kita tidak boleh pastikan (yang ini terakhir) sebab mungkin ada mereka yang sakit dan meninggal dunia, mungkin kerana kemalangan... tetapi kita berharap begitu (ini pilihan raya kecil yang terakhir),” katanya lagi.
Kini ada dua bahagian pilihan raya masing-masing DUN Kota Siputeh dan Parlimen Batu menunggu keputusan mahkamah untuk menentukan statusnya.
Daripada 14 pilihan raya kecil, 11 kekosongan adalah disebabkan kematian iaitu Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Batang Ai, Manek Urai, Permatang Pasir, Bagan Pinang, Hulu Selangor, Sibu, Galas dan Batu Sapi serta Tenang.
Permatang Pauh, Bukit Selambau dan Penanti menyaksikan pilihan raya kecil disebabkan wakil rakyatnya, dari PKR, meletakkan jawatan.
Bagaimanapun pilihan raya kecil sepanjang tempoh selepas Mac 2008 hingga sekarang bukan kali pertama negara menyaksikan pilihan raya kecil yang banyak jumlahnya.
Sebanyak 16 pilihan raya kecil telah diadakan sepanjang tempoh antara 1995 dan 1998 iaitu sebelum pilihan raya umum 1999.
Mengikut undang-undang pilihan raya negara, pilihan raya kecil tidak perlu diadakan ketika mandat semasa hanya tinggal dua tahun dari tarikh persidangan pertama Parlimen atau Dewan Undangan Negeri, kata Abdul Aziz.
“Di peringkat Parlimen, sidang pertama Dewan Rakyat adalah 21 April 2008, jadi kita ada masa untuk mengadakan pilihan raya kecil sehingga 20 April, jika berlaku kekosongan pada atau sebelum 20 April, kita perlu adakan pilihan raya kecil.
“Dan, di peringkat negeri, ia bergantung pada tarikh pertama sidang Dewan Undangan Negeri, tetapi saya tidak pasti tarikh yang tepat, tetapi saya rasa dalam lingkungan April dan Mei,” kata beliau.
Setakat ini SPR telah mengendalikan 13 pilihan raya kecil dengan yang pertama pada Ogos 2008 membabitkan kerusi Parlimen Permatang Pauh dan yang terakhir kerusi DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi awal bulan lalu.
Pilihan raya kecil Galas dan Batu Sapi diadakan serentak bulan lalu.
“Kami sudah cukup latihan dengan pilihan-pilihan raya kecil setakat ini,” kata beliau secara berseloroh dan menambah, “ada yang mengatakan angka 15 adalah angka yang baik.”
Bagaimanapun beliau menafikan andaian bahawa pihaknya sudah “penat” dengan 13 pilihan raya kecil setakat ini.
Abdul Aziz berkata, kira-kira RM1.1 juta diperuntukkan untuk menjalankan pilihan raya kecil yang ke-14.
Mengenai kempen ketika pilihan raya kecil DUN Tenang, Abdul Aziz berkata beliau berharap nama “Tenang” itu sendiri akan diterjemahkan sepanjang tempoh berkempen.
“Namanya pun Tenang, dan kami berharap ketenangan akan wujud semasa berkempen,” kata beliau ketika ditanya sama ada dapat mengelakkan suasana tegang yang disaksikan ketika hari pengundian pilihan raya kecil DUN Galas 4 November lalu.
“Bagi memastikan proses pelaksanaan pilihan raya kecil ini berjalan lancar, semua pihak diminta mematuhi arahan pihak polis yang bertanggungjawab dalam menjaga ketenteraman awam dan keselamatan urusan pilihan raya.
“Parti-parti politik, calon-calon, petugas-petugas dan para penyokong parti serta mana-mana individu lain yang akan terlibat semasa berkempen hendaklah mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan pilihan raya serta tatasusila berkempen yang ditetapkan,” kata Abdul Aziz.
Katanya, SPR ingin menarik perhatian bahawa hari mengundi tiap-tiap majikan dikehendaki memberi tempoh yang munasabah kepada pengundi-pengundi yang bekerja dengannya untuk keluar mengundi.
Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan akhir bulan depan dengan hari penamaan calon 22 Januari dan jika ada pertandingan pengundian dijadualkan 30 Januari iaitu hari Ahad.

Overseas Malaysians to sue EC over non-voting rights

By Teoh El Sen

PETALING JAYA: A group of Malaysians demanding voting rights for all citizens living abroad are planning to bring the Election Commission and the government to court.
MyOverseasVote (MOV) international coordinator Andrew Yong (photo) told FMT that the group is looking to file the suit in the first half of 2011.
MOV or 'Malaysians Overseas – Right to Vote’ is a campaign that was recently kicked off in London and aims to encourage Malaysians living or working abroad to vote.
It is also raising funds to legally challenge 'discriminatory' regulations preventing many Malaysians overseas from registering as 'absent voters'.
"We want the court to say that the current regulations are against Article 8 of the federal constitution, which guarantees equal treatment for all citizens under the law.
"We want the court to declare that the Malaysian government and the Election Commision cannot discriminate against citizens abroad from voting on arbitrary grounds," said Yong.
Under the Election (Registration of Electors) Regulations 2002, only members of the Armed Forces, public servants, students on government scholarships and their spouses living overseas are eligible to register and vote as absent voters.
"We believe that there are no rational grounds for the government to say that only people working for the government can vote. We believe in the principle of 'one citizen, one vote'," said Yong.
"To date, we have collected about 10% of the RM200,000 required legal fees to cover everything right up to the Federal Court and includes costs in the event we lose the suit.
"Currently, the 10% is sufficient to launch the action and get it through the first few stages," said Yong.
Though there are people ready to be litigants, MOV is now looking for more Malaysians abroad to better represent the wide spectrum of people denied voting rights, said Yong.
"We have people in the UK and we need people in the US and Australia to volunteer as litigants. We are looking at professionals and people of the lower income group as they are the ones who are not financially able to return to vote," he said.
Election Commission being unreasonable
Yong said MOV has already engaged severals lawyers in the Malaysia, including prominent human rights lawyer Edmund Bon, who has agreed to take up the suit.
"We want Malaysians to be really involved and we're conducting campaigns. There's no point in us winning the suit if we don't have people voting."
About 20,000 students overseas are facing problems. In London, students wanting to register were told that they had to be students sponsored by the government to be registered as absent voters.
He added that the Election Commission was also not facilitating the registration through embassies and had not responded to applications in several cases since 2008.
Yong said: “This is unfair. Are certain people special and the rest of us don't count? Does the Election Commision automatically link government workers to the BN government?"
"There are so many Malaysians who have been out of the country from five to 15 years and they could've easily become British or US citizens but chose to remain Malaysians. But for some reason they are being denied the right to vote. It's unreasonable.”
Yong said in his own case, he studied law in London and he could vote after he was 21, but when he was in private practice, couldn't, and was eligible when he continued his masters.
"For me, I was in a position where I couldn't vote, can vote, couldn't vote, then can vote again," said Yong, who recently returned to Malaysia after being in the UK for 15 years.
There are 11 million registered voters in Malaysia, out of a potential electorate of 15 million.
Over one million Malaysians are estimated to live and work outside Malaysia and this, MOV said, could potentially provide an 8-9% increase in total voters.