Khamis, 23 Disember 2010

Konvensyen Pakatan Rakyat: Program, Halatuju dan Mekanisme

"Buku Jingga" yang menjanjikan "Program 100 Hari Pakatan Rakyat" menjadi tumpuan.  Jelas, Konvensyen Pakatan Rakyat yang melabuh tirai pada 19 Disember lalu berjaya menyatukan anggotanya dalam suasana yang "amat memberangsangkan", dengan dasar alternatifnya dan sasarannya yang sehala - mengarah ke musuh di luar.
Sesungguhnya, janji PR yang lebih "konkrit" memperlihatkan tekad PR untuk memerintah.  Namun, sepanjang perjuangan PR menuju ke Putrajaya, dasar yang lebih terperinci, mekanisme dalam PR, nilai terasnya dan lain-lain masalah masih menjadi tanda soal yang belum terjawab.
Kerjasama berbeza di peringkat berlainan
Ketika Pakatan Rakyat dibentuk pada 1 April 2008, ramai yang tidak menaruh keyakinan bahawa PR boleh bekerjasama.  Malah, BN mengambil kesempatan untuk mengumpan PAS dengan "perpaduan umat Islam" - cubaan untuk memecah-belahkan antara DAP dengan PAS, di samping serangannya ke atas integriti PKR.  Bagaimanapun, ketiga-tiga parti ini tidak terperangkap apabila mencapai muafakat dalam isu penggunaan kalimah "Allah" pada awal tahun ini.
Hubungan erat dalam PR boleh diperlihatkan apabila Pengerusi DAP, Karpal Singh (gambar kanan) berani untuk menegur disiplin PKR dan menyentuh isu Negara Islam dengan nada yang ringan.  Ia mencerminkan keyakinan yang ada pada Karpal untuk membincangkan isu ini secara terbuka, dan yakin bahawa ia tidak akan mencungkil ketidakpuasan rakan seperjuangannya.
Malah, hubungan pemimpin garis kedua dan ketiga juga agak rapat, apabila ramai wakil rakyat PR yang bersembang dan merokok bersama di luar ketika masa rehat tengah hari.
Ketika ditanya bahawa Konvensyen ini tidak membincangkan "kerjasama antara tiga parti" dan kekurangan yang sedia ada, Ketua DAPSY Anthony Loke berkata, ketika PR dibentuk, ia lebih bertunjangkan kerjasama peringkat Pusat.  Maka hubungan kerjasama antara pemimpin pusat adalah lebih erat.  Kemudian, kerjasama antara pemimpin PR di negeri di bawah pemerintahan PR, seperti Pulau Pinang, Selangor dan Perak.  Untuk negeri yang belum ditubuhkan kerajaan negeri PR, hubungan kerjasamanya dibina dengan perlahan.
Oleh itu, beliau menyarankan agar Kovensyen PR diadakan di peringkat negeri untuk memantapkan kerjasama antara tiga parti.
Mekanisme PR terabai
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution pula berkata, konvensyen ini diadakan pada saat-saat menjelang PRU, yang bakal diadakan bila-bila dari sekarang.  Oleh itu, konvensyen ini perlu menumpukan perbincangan dalam perkara halatuju PR, mengolahnya secara terperinci dan memfokus kepada Dasar Pakatan Rakyat.
Meskipun mengakui bahawa PR kurang memberi tumpuan terhadap memperkasa makanisme PR, misalnya komunikasi antara tiga parti, Saifuddin (gambar kiri) berkata PR boleh membincangkan isu operasi Sekretariat PR, seandainya PRU diadakan tiga atau empat tahun kemudian.
"Tapi, tiada masalah di peringkat pusat.  Majlis Tertinggi PR dan sekretariat PR bermesyuarat setiap minggu.  Namun banyak lagi kelemahan di peringkat negeri dan bahagian, misalnya bagaimana untuk berkomunikasi, line of command... Mereka hanya bekerjasama ketika mengadakan ceramah," jelasnya kepada MerdekaReview.
Beliau menyambung, "Namun apabila sampai ke peringkat merangka agenda, seperti memantapkan jentera pilihan raya, aktiviti berkempen, menyediakan maklumat dan sebagainya, anda boleh melihat banyak lagi ruang untuk diperbaiki."
Sehala menyasarkan musuh luar
Menurut pengamatan wartawan, pembahas dalam konvensyen lebih cenderung untuk mengkritik kesilapan BN dan mengemukakan dasar alternatif PR.  Ketika membicarakan isu dalam konvensyen yang bertemakan "Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia!", PR cuba merangkumi semua lapisan masyarakat - dari golongan bawah hinggalah pelajar, profesional dan cendekiawan - meningkatkan pendapatan isi rumah minima RM4000 setiap keluarga, menyelesaikan kemelut PTPTN dan sebagainya.
Hanya Jayabalan (gambar kanan) dari DAP Perak menyentuh kelemahan PR ketika memerintah Perak.  Biarpun mengakui kerajaan negeri PR Perak menunjukkan prestasi yang baik sebelum ini, namun beliau menganggap masih ada kekurangan dalam menangani masalah komuniti India, misalnya mengiktiraf pemimpin India.  Jayabalan memberi contoh, PR tidak menukarkan nama Jalan Silibin kepada Jalan P Pato ketika memerintah, pada masa yang sama, mereka gagal menarik sokongan kuasa ketiga.  Jayabalan menggesa agar PR membuka pintu untuk penyertaan NGO seperti Makkal Sakhti untuk mendapat sokongan mereka.
Selain itu, Konvensyen PR kali ini menumpukan isu pokok negara, iaitu situasi ekonomi dan bagaimana dasar kerajaan Barisan Nasional membebankan rakyat, kata Anthony Loke.  Anggota PR yang menyertai Konvensyen perlu dimaklumkan apakah "ubat" untuk menyelamatkan Malaysia.  Ini menjelaskan mengapa PR mencadangkan agar tol dihapuskan untuk meringankan beban rakyat, katanya.
Saifuddin Nasution pula menambah, imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 sebulan dan RM1000 kepada warga emas setiap tahun merupakan dasar-dasar yang boleh dilaksanakan dari kaca mata PR.
Dasar yang selaras
Bagaimanapun, Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS, Hu Pang Chaw yang lebih kritikal terhadap Konvensyen ini, menyifatkannya lebih kepada "konvensyen motivasi".  Hu Pang Chaw berkata, sepanjang tiga tahun ini, parti berpegang kepada teras nilai yang masing-masing, PKR dengan Ketuanan Rakyat-nya, DAP dengan Malaysian Malaysia-nya dan PAS dengan nilai Islam-nya, dan mereka mencari persamaan dalam perbezaan.
Pada hakikatnya, PR belum lagi menyelaraskan dasar-dasar di negeri pemerintahan mereka sepenuhnya.  Dasar mungkin tidak banyak berbeza antara Selangor dan Pulau Pinang, misalnya kedua-dua kerajaan negeri ini sedang menuju ke arah penggubalan Akta Kebebasan Maklumat, pilihan raya tempatan, pembidaan terbuka dan sebagainya.  Antaranya, prestasi Selangor lebih menojol dalam reformasi Dewan Undangan Negeri.  Ia dapat diperlihatkan apabila SELCAT yang ditubuhkan menjalankan siasatan terhadap penggunaan peruntukan ADUN, skandal kecurian pasir, BALKIS dan sebagainya.
Kedah dan Kelantan pula mempunyai dasarnya yang tersendiri.  Kuota perumahan 50% kepada bumiputera di Kedah mencungkil pertikaian sebelum ini, malah Kedah dan Kelantan belum mengambil langkah yang penting ke arah penggubalan Akta Kebebasan Maklumat.
Selain itu, pengisytiharan harta EXCO Selangor dilihat tidak cukup "ikhlas", namun Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan juga tidak mengambil langkah ini.
Seorang peserta Konvensyen memberitahu MerdekaReview, beliau gagal melihat dasar PR yang jelas di negeri yang dikuasai PR.  "Senang saja, Pakatan Rakyat perlu memaklumkan saya, apakah perubahan dalam kehidupan saya apabila Pakatan Rakyat memerintah?  Apakah dasar pendidikan Pakatan Rakyat misalnya?"
Think-Tank
Hu Pang Chaw berkata, ketika Mahathir Mohamad memerintah, beliau mempunyai satu kumpulan think-tank yang terdiri daripada 400 orang yang muda.  Mereka memanggil mesyuarat untuk membincangkan dasar ekonomi, dan boleh berdebat dengan Mahathir dalam mesyuarat tersebut, sebelum menentukan dasar negara.
Beliau berkata, PR gagal menampilkan dasar mereka, misalnya, apakah dasar pendidikan PR?  Sebaliknya, kelangsungan PR lebih bergantung kepada isu BN.  Sudah tiga tahun PR memerintah, mekanisme yang sempurna masih belum terbina.  Bagaimana PR meyakinkan rakyat bahawa mereka boleh mentadbir negara, tanya Hu Pang Chaw.
Hu pang Chaw juga mencadangkan agar PR melantik think-tank di luar PR untuk merangka dasar PR, kemudian dibawa untuk perbincangan barisan pemimpin muda - yang bakal mengenalpasti sama ada dasar tersebut mampu menggarap imaginasi orang muda.  Kemudian, dasar ini dibawa untuk diluluskan dalam Majlis Tertinggi Pimpinan PR.
Beliau menekankan bahawa think-tank ini harus terdiri daripada "orang luar" (bukan anggota PR), kerana lebih jelas tentang keadaan.  Malah, pemimpin PR mempunyai keterbatasan sendiri ketika memikirkan dasar.  Oleh itu, dengan cadangan daripada think-tank yang berbeza, barulah PR boleh mengemukakan dasar yang mampu menyaingi BN, katanya.

Indeks Demokrasi: Malaysia tercorot di belakang Namibia, Timor Leste

Malaysia ketinggalan di belakang Namibia, Papua New Guinea dan Timor Leste dari segi perkembangan demokrasi, demikian dapatan satu indeks demokrasi yang dikeluarkan majalah bisnes antarabangsa, The Economist.

Kajian itu  mengukur perkembangan atau pun kemerosotan demokrasi di negara-negara dunia dari tahun 2008 hingga 2010, berdasarkan lima kriteria utama iaitu suasana budaya politik, penyertaan politik, fungsi kerajaan, pluralisme dan proses pilihan raya, serta kebebasan sivil.
Negara-negara yang diindekskan pula dikategorikan kepada negara-negara demokrasi penuh, demokrasi ‘cacat’, rejim campuran, dan rejim autoritarian.
Malaysia, yang tergolong dalam kategori negara yang mengamalkan demokrasi ‘cacat’ menduduki tangga ke-71 daripada 167 negara yang dikaji, turun tiga anak tangga berbanding dua tahun lalu.

Malaysia juga tergolong dalam 36 negara yang mengalami kemerosotan dari segi kebebasan media bersama Fiji, Sri Lanka dan Thailand.
“Pilihan raya yang bebas dan adil serta kebebasan sivil adalah syarat penting untuk demokrasi. Namun kedua-duanya tidak cukup untuk demokrasi penuh serta bersepadu seandainya ia tidak disokong oleh kerajaan yang cekap dan telus, penyertaan politik yang mencukupi serta budaya politik yang sihat.
“Membina budaya demokrasi yang kukuh bukan tugas yang mudah. Dalam negara yang telah lama mengamalkan demokrasi sekali pun, demokrasi akan pudar jika ia tidak dipelihara dan dipupuk.
“Pemusatan pemilikan media juga menjadi punca meningkatnya impak negatif dalam kepelbagaian pandangan dan kebebasan bersuara,” kata laporan tersebut.
Edisi penuh laporan tersebut boleh diperolehi dengan mendaftar di laman www.eiu.com

NEGARA MAMPU MENAIKKAN IMBUHAN PENDIDIK SEPERTI PROGRAM 100 HARI PAKATAN RAKYAT

Saya kesal dengan kenyataan Menteri Pendidikan baru-baru ini yang memperlekehkan peranan guru sebagai pembina negara. Beliau menyebut bahawa tindakan memperkenalkan imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 setiap orang setiap bulan akan menyebabkan Malaysia muflis.

Pakatan Rakyat telah meneliti kesan kewangan dari pelaksanaan ini. Kita mengambil kira bahawa terdapat 537,221 jawatan di dalam perkhidmatan pendidikan termasuklah pengurusan kementerian (24,153), dasar dan pembangunan pendidikan (4,059), operasi pendidikan (498,399) dan pembangunan profesionalisme keguruan (10,610).

Usaha menaiktaraf mutu pendidikan negara bermula dengan reformasi pendidikan dari pihak atas (penggubalan dasar, pembangunan keguruan) sehinggalah ke tahap pengajaran di bilik darjah (keberkesanan pembelajaran dan pengajaran). Oleh itu, Pakatan Rakyat berhasrat untuk memperkenalkan imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 kepada semua pegawai dan guru yang bertanggungjawab di dalam sistem pendidikan kita.

Ini akan menelan belanja RM3.2 bilion setahun. Jumlah ini adalah kecil jika dibandingkan dengan pembaziran-pembaziran lain yang kini berleluasa di bawah UMNO/Barisan Nasional.

Kos perbelanjaan semua lawatan Perdana Menteri ke luar negara setakat ini sebanyak RM8.7 juta boleh menanggung imbuhan bagi 1,450 orang guru. Bayaran kepada APCO sebanyak RM77 juta bagi tahun 2009 boleh menampung imbuhan bagi 12,800 orang guru iaitu keseluruhan tenaga kerja yang membangunkan profesionalisme keguruan. Pembaziran UMNO/Barisan Nasional sebanyak RM131 juta bagi menampung perbelanjaan perunding dan kos operasi PEMANDU bagi tahun 2010 boleh membayar imbuhan bagi 21,833 lagi orang guru, iaitu hampir keseluruhan tenaga kerja kementerian.

Ini belum lagi pembaziran-pembaziran mega seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada sektor korporat dan kroni, kos menyelamatkan kroni yang melibatkan Empangan Bakun sebanyak RM6 bilion dan ketirisan akibat rasuah yang dianggarkan mencecah RM28 bilion setiap tahun.

Justeru, persoalan sama ada negara mampu membayar imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 setiap bulan ini tidak timbul. Perkara yang sebenar adalah keikhlasan UMNO/Barisan Nasional untuk mengangkat martabat pendidikan di negara ini.

Hakikatnya, bidang pendidikan tidaklah berada di dalam senarai kepentingan UMNO/Barisan Nasional. Isu kualiti pendidikan telah ditimbulkan sejak sedekad yang lalu, tetapi sehingga kini tidak ada satu langkah konkrit untuk mengiktiraf sumbangan guru di samping memastikan kerjaya perguruan menarik minat calon-calon yang berkualiti tinggi. Langkah Pakatan Rakyat memperkenalkan imbuhan ini adalah langkah pertama ke arah memartabatkan kerjaya perguruan setaraf dengan kerjaya profesional lain seperti jurutera, doktor dan akauntan.

Semalam, akhbar-akhbar melaporkan persetujuan Perdana Menteri untuk menubuhkan satu badan perundingan khas untuk menyelesaikan isu-isu perkhidmatan perguruan. Perkara ini telah disyorkan CUEPACS sejak tahun 2002 lagi – tetapi hanya selepas Pakatan Rakyat membuat cadangan yang konkrit untuk menaikkan martabat perguruan, UMNO/Barisan Nasional memberikan reaksi cemas. Baru sekarang, Perdana Menteri mahu mendengar keluh kesah guru-guru yang bergelumang dengan pelbagai masalah setiap hari.

Ini bukanlah caranya kita merancang kebijakan pendidikan negara. Tanggungjawab menjaga kebajikan guru-guru bukanlah satu reaksi yang hanya ada tindakan apabila Pakatan Rakyat bersuara.

Pakatan Rakyat percaya bahawa tindakan utama yang perlu diambil untuk memulihkan kualiti pendidikan negara adalah dengan menjaga kebajikan guru secara berterusan dan bertanggungjawab. Oleh itu, jumlah RM3.2 bilion setiap tahun bukanlah jumlah yang terlalu besar demi masa depan anak-anak Malaysia.

ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
23 DISEMBER 2010

Satu liabiliti


Laki bini ini... menjadi satu liabiliti.
Liabiliti yang patut dinyahpergi
Perginya laki bini ini, negara tak rugi
Kurang kos yang terpaksa dibebani

Tanggung laki bini ini...
Juta- juta wang rakyat dibaziri
Si laki, asyik-asyik ke luar negeri
Si bini, buat program untuk syok sendiri

RM4.5 juta saja untuk si bini
RM9 juta pulak untuk si laki
Kemudian hari, tak tau ler berapa lagi
Wang rakyat yang mereka nak joli

Itu sebab mereka ini liabiliti...
Liabiliti yang mesti dinyahpergi
Kita lakukan dalam PRU13 nanti
Biar mereka mampuih pi!!


 

Betui ke?


Tiada Lagi Miskin Tegar Di Bandar
KUALA LUMPUR: Kerajaan pada Khamis mengisytiharkan bahawa kawasan bandar terutama di Kuala Lumpur tidak lagi mempunyai golongan miskin tegar.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong ChikRaja Zainal Abidin berkata, bilangan penduduk miskin dan mudah miskin pula telahdapat dikurangkan sekurang-kurangnya 50 peratus berbanding tahun lepas.

"Mulai tahun hadapan, kita akan tingkatkan (bantuan) golongan yang disasarkan ini. Kita ada program-program seperti penjualan rumah, bantuan pelajaran dan baru-baru ini Skim Prihatin untuk kematian dan lain-lain.[ lagi ]
--------------------------
Betui ke?
Ada dua soalan ...

1. Bagaimana menilai kadar kemiskinan tegar?
2. Si miskin sudah jadi kaya atau si miskin sudah dihalau? ...

Kalau dikurangkan 50% dalam tempoh setahun .. itu sudah cukup hebat .. Terutama dalam keadaan gula dan minyak naik sementara pendapatan kekal ... muakakak !!!

Perlu penjelasan dari sang menteri .. he he he

Dacing Sengget.... Tukar Baru...!!!!

Akuan bersumpah atau Kenyataan Bersumpah jika menentang Penguasa/Kerajaan akan di abaikan... tak laku... boleh jalan daaaaa.....

Akuan bersumpah atau Kenyataan Bersumpah jika menentang Pembangkang boleh menjadi bukti di mahkamah dan diperakui sah.

Arahan Kerajaan Barisan Nasional pakai Kitab Lord Reid....



Ohhhh.... patut laaaaa..... Dacing Undang2 Malaysia sengget daaaaa..... berat karat dosa rasuah dan pelbagai skandal tuuuu.... tukang jaga undang2 pun terpalit skandal.... apa barang beb... baik jual petai dah tentu2 pendapatan pun halal..... hahahaha....

Malangnya Malaysia.... Negara dah maju... tapi masih pakai Dacing Sengget.... wooiiii... tukar aaarrrr.... ganti baru....!!!!!

Robert M Shrum
Kenyataan bersumpah penasihat kanan ‘One Israel’ bersihkan konsep 1Malaysia
Nazri dedah dua dokumen nafi dakwaan Anwar

"DAP pertahankan ISLAM agama rasmi negara" - Karpal (+video)

Pada tahun 1990 dahulu politikus veteran DAP, Karpal Singh menggemparkan negara ini dengan kenyataan "Langkah mayat saya dulu jika ingin menjadikan Malaysia sebuah negara Islam!" Kenyataan Karpal telah dijadikan senjata paling ampuh oleh pelbagai pihak dalam kerajaan BN untuk melaga-lagakan parti pembangkang khususnya PAS dan DAP.
Namun peredaran masa dan suasana politik telah mengubah tanggapan dan pendirian Karpal Singh. Beliau menganggap apa yang pernah menjadi tajuk utama media arus perdana dua dekad lampau kini sudah tidak lagi relevan dengan senario politik semasa. Berita ini amat menyenakkan parti pemerintah BN. Umno sudah tidak lagi dapat mempermainkan isu Agama Islam untuk melaga-lagakan parti-parti komponen Pakatan Rakyat yang dilihat semakin diterima rakyat.
Blogger Pria Malaya menelusuri isu ini secara komprehensif dan sebagai ahli masyarakat yang bertanggungjawab ke arah kesejahteraan agama dan negara, wajar kita sama-sama berkongsi maklumat penting ini sebagai persediaan menghadapi PRU ke-13. Video ucapan Karpal disertakan di akhir artikel.

Oleh: Pria Malaya


Jika Umno mengambil pendirian utk menjauhkan diri dan memusuhi DAP selama-lamanya, PAS perlu cuba dekati dalam konteks tahalluf siyasi, pada masa yang sama sebarkan dakwah dan terbiah...

Penulis tidak dapat bayangkan jika semua parti dan organisasi menjauhkan diri daripada DAP, sebuah parti yang dianggotai majoriti rakyat non-Muslim... sudah pastilah yang tidak faham Islam semakin jahil mengenai Islam, yang takutkan Islam semakin menjauhi Islam, yang berfikiran buruk mengenai Islam akan menentang Islam... Perkauman dan pertelingkahan kaum menyerlah, usaha dakwah pula terbantut dan tersekat..

Ingat, mereka juga sebahagian daripada rakyat Malaysia, dan tugas kita untuk berdakwah kepada mereka... Tunjukkan Islam agama yang sempurna dan terbaik..


(Penyokong fanatik Umno lebih gemar menyerang DAP berbanding MCA, walaupun jelas pendirian MCA terhadap agama Islam jauh lebih bahaya dari DAP..terbukti ketuanan Melayu gagal untuk menyelamatkan Islam..tetapi percayalah, Melayu akan hebat apabila Islam dihebatkan terlebih dahulu...)

Hari ini, tanggapan sebahagian mereka mengenai Islam mulai positif, bahkan Kelab Penyokong PAS dari India mengatakan pemerintahan Islam adalah pemerintahan yang adil dan terbaik..(klik)..

Penulis berharap, MCA dan Chua Soi Lek tidak menghasut orang-orang Cina supaya menolak Pakatan Rakyat atas isu negara Islam ini, seperti lazim mereka lakukan..klik di SINI utk baca..

Bak kata Lim Guan Eng, "Umno kata, PAS diperkudakan DAP manakala MCA pula kata, DAP diperalatkan PAS. Yang sebenarnya, kita hanya diperalatkan oleh rakyat," kata Lim Guan Eng

Semoga umno dapat mentarbiah pemimpin-pemimpin MCA dan Gerakan yang semakin lantang mempertikaikan Melayu dan Islam.. jangan hipokrit dalam perjuangan.. fikir-fikirkan.. wallahua'lam..


1. Isu negara Islam

Versi TMI:
Karpal Singh mahu dasar negara Islam yang menjadi isu ‘duri dalam daging’ dalam hubungan Pakatan Rakyat sejak kebelakangan ini diselesaikan dengan segera agar tidak digunakan sebagai senjata oleh musuh-musuh politik mereka.

Sehubungan itu, Pengerusi DAP Kebangsaan ini berkata, beliau yakin perkara tersebut boleh dibincangkan dan dicari jalan penyelesaian.

“Saya mahu perkara ini diselesaikan dengan segera supaya tidak dijadikan isu oleh musuh kita,” kata Karpal ketika menggulung perbahasan Konvensyen Pakatan Rakyat Kedua di sini hari ini.
DAP berikrar akan mempertahankan Islam sebagai agama rasmi negara ini seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan dengan syarat PAS turut mempertahankan hak penganut agamalain.

Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, PAS perlu 'beri muka' kepada parti itu memandangkan DAP sedia mempertahankan hak Islam di negara ini habis-habisan.



"Islam adalah perkara utama dalam Perlembagaan Persekutuan kerana ia adalah agama rasmi di negara kita... DAP akan pertahankan habis-habisan tapi dengan syarat hak bukan Islam untuk beragama harus ada.
Beliau menegaskan bahawa DAP menerima Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan akan mempertahankan perlembagaan dan segala peruntukan yang terkandung dalamnya.

“Isunya ialah negara Islam dan ia harus diselesaikan secepat mungkin. DAP menerima Islam sebagai agama rasmi negara. Soal bersabit negara Islam adalah sesuatu yang kami boleh berunding dan saya yakin kita boleh mencapai konsensus,” kata Karpal.

Ini kali pertama Karpal membuat ketetapan sedemikian dan menzahirkan permuafakatan yang semakin kukuh antara ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat.
2. Kenyataan 'Over my dead body' disalah tafsir

Versi mStar Online:
Pada 1990 Karpal yang juga Ahli Parlimen Gelugor pernah memberi amaran kepada PAS supaya langkah mayatnya dahulu jika ingin menjadikan Malaysia sebagai negara Islam.

Bagaimanapun menurut Karpal, kini beliau sedar bahawa kenyataannya 20 tahun lalu sudah tidak releven.



"Perkara ini (isu Islam)boleh dibincangkan dengan baik, saya tak mahu Barisan Nasional (BN) mengeksploitasi isu ini lagi.

"Kita boleh bincang dengan baik... saya sedia berbincang dengan Tuan Guru Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat) dan Tuan Guru (Abdul) Hadi (Awang)... ia perlu dibincang dengan segara," katanya sambil disambut dengan tepukan gemuruh kira-kira 2,000 perwakilan yang hadir.
Versi TMI:
"Apa yang sayakan 20 tahun lalu dibaca di luar konteks Islam adalah agama rasmi Persekutuan dan rakyat agama lain juga ada hak"

"Oleh itu tidak baik untuk mengatakan Perlembagaan Persekutuan membolehkan mengadakan negara Islam tetapi yang ini boleh dibincangkan saya tidak mahu BN mengesksploitasikan isu ini, ini boleh dibincang, dengan (Mursyidul Am PAS) Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (Presiden PAS) Tok Guru Datuk Seri Abdu Hadi Awang," kata beliau.

“Ini adalah satu isu yang harus dibincang dengan segera kena dipercepatkan ” kata Karpal lagi.
3. Puji PAS parti yang paling berdisiplin
DAP mengiktiraf PAS sebagai parti yang paling berdisiplin dalam Pakatan Rakyat kerana wakil rakyatnya sangat setia dan tidak pernah bertindak keluar parti.

Pengerusi DAP, Karpal Singh sebaliknya berkata, wakil rakyat partinya sendiri bertindak keluar seperti yang berlaku di Perak.


“PAS paling berdisiplin kerana tak ada seorang pun daripada mereka yang undur diri. DAP pernah ada seorang di Perak, PKR pun ada ramai (keluar parti),” katanya pada Konvenyen Pakatan Rakyat Kedua di sini.

Sepanjang tahun ini, wakil rakyat PKR paling ramai melompat parti termasuk mengakibatkan kejatuhan kerajaan pakatan pembangkang di Perak sepanjang tahun ini.
4. Iktiraf Anwar teraju Pakatan Rakyat Malaysia

Versi Malaysiakini:
“Saya yakin konvensyen ini akan diadakan di Putrajaya tahun depan tetapi kita tidak akan ke sana tanpa tanpa Anwar,” katanya.

Menurutnya, isu di sini adalah mangsa yang digantung tidak didengari pembelaan mereka sebelum diambil tindakan.

"Ini adalah isu mangsa tidak didengari sebelum dijatuhkan hukuman ke atas mereka," kata Karpal dalam ucapannya.
Versi TMI:
Dalam ucapannya Karpal juga berkata Pakatan Rakyat tidak harus membentuk kerajaan pusat jika memenangi pilihan raya umum ke-13 tanpa Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini merupakan Ketua Pembangkang dan ketua umumnya.

“Kita tidak boleh pergi ke Putrajaya membentuk kerajaan persekutuan tanpa Anwar ” kata Karpal sambil menambah beliau akan menggunakan segala keupayaan yang ada untuk membebaskan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu

Karpal merupakan peguam utama kes liwat dihadapi Anwar yang menurutnya merupakan satu fitnah Sehubungan itu Karpal juga mahu parti-parti komponen Pakatan Rakyat memilih calon yang terbaik dan integriti dan tidak mahu kesilapan pilihan raya umum 2008 berulang.

Malah Karpal juga menyindir Anwar tidak mendengar nasihatnya agar tidak menerima masuk Datuk Zaid Ibrahim yang meninggalkan Parti Keadilan Rakyat PKR baru-baru sebagai ahlinya tahun lalu.

“Saya ada beri Anwar amaran bukan nasihat tetapi dia tak dengar ” kata beliau yang turut mengungkit personaliti Datuk Seri Zahrain Hashim dan Zulkifli Noordin masing-masing ahli Parlimen Bayan Baru dan Kulim-Bandar Bahru yang keluar PKR awal tahun ini.

Oleh itu kata Karpal Pakatan Rakyat memerlukan pemilihan calon terbaik untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
PENUTUP
Negara Islam: Karpal tutup mulut Umno

KUALA LUMPUR, 20 Dis: Penegasan Karpal Singh bahawa DAP menerima Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan sedia berbincang dengan PAS berhubung isu negara Islam, dilihat membuka satu episod baru, muafakat dalam Pakatan Rakyat.

Sebelum ini, biarpun duduk sebumbung dibawah payung Pakatan Rakyat, isu negara Islam antara yang dilihat masih menjadi tembok pemisah antara PAS-DAP.

Bagi Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, pendirian terbaru Karpal itu ujarnya adalah satu kejayaan baru Pakatan Rakyat sekaligus meletakkan keakraban ketiga-tiga parti PAS, PKR dan DAP kini pada tahap terbaik.

Ketika dihubungi Harakahdaily hari ini, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, PAS mengalu-alukan keterbukaan DAP itu dan melihat ianya satu perkembangan sangat positif dalam Pakatan Rakyat.

"Kita sangat alu-alukan kenyataan positif sebegini. Kesediaan untuk berbincang isu negara Islam ini adalah satu anjakan pemikiran besar oleh tokoh DAP itu," katanya.

Penegasan terbaru DAP itu juga katanya memperlihatkan komitmen sebenar Pakatan Rakyat untuk mempertahankan Islam dan apa sahaja yang terkandung dalam Perlembagaan negara.

Ianya juga sekaligus menolak dakwaan bahawa Pakatan Rakyat akan menjual Islam dan Melayu jika menguasai pemerintahan negara.

Beliau juga yakin, kenyataan Karpal itu akan menutup mulut Umno BN dari terus memanipulasi isu yang sejak dahulu membelengu PAS dan DAP itu, khususnya berdepan Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

"Dalam isu negara Islam ini, kita sebenarnya dikelirukan oleh permainan musuh-musuh kita.

"Namun keterbukaan Karpal menerima Islam sebagai agama rasmi, memperlihatkan satu komitmen bersungguh-sungguh DAP mempertahan Islam dan perlembagaan negara," katanya lagi.

Karpal yang juga Pengerusi kebangsaan DAP, sewaktu menyampaikan ucapan penggulungan pada Konvensyen kedua Pakatan Rakyat di Kepala Batas semalam berkata,
beliau mahu isu negara Islam segera dibincang oleh Pakatan Rakyat kerana beliau tidak mahu BN mengeksploitasi isu tersebut dalam pilihan raya umum akan datang.

DAP katanya boleh membincangkan isu tersebut dengan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, mursyidul am PAS yang juga menteri besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat serta presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Karpal juga meletakkan keyakinan, isu tersebut boleh mencapai konsensus sekira satu perbincangan bersama diadakan.

Sehubungan itu, Tuan Ibrahim memaklumkan satu pertemuan antara pemimpin ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat itu akan dibuat secepat mungkin bagi merealisasikan hasrat itu.

Bilangan anggota RELA dan Askar Wataniah bertambah mendadak?

Brother Mat Sabu dan geng reformasi buatlah sesuatu. Tak boleh jadi ni...
Siasat dari sekarang berapa pertambahan keseluruhan undi POS? Jangan buat kerja last minute... Jangan Jadikan 300,000 RELA Undi Pos Di SelangorNovember 9, 2010

Parti Islam Semalaysia Pas mengharapkan supaya penambahan anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) seramai 300,000 di Selangor pada tahun 2011 tidak mempunyai agenda politik umno Bn untuk menawan Selangor melalui tektik undi pos. Pas mengharapkan sasaran pertambahan mendadak anggota RELA di negeri Selangor tidak menjadi tiket untuk mereka didaftar sebagai pengundi pos dalam pillihanraya akan datang. Pas memang meragui kewibawaan undi pos dalam setiap kali pilihanraya kerana ia adalah simpanan tetap BN. Sudah lama Pas menuntut undi pos dihapuskan kerana kita mempunyai bukti daripada bekas anggota tentera yang bertugas selama ini tidak tahu siapa yang undi kertas mereka.

Pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) perlu telus dan jangan menjadi tali barut BN ketika mengendalikan urusan pilihanraya. Baru-baru ini kita telah dikejutkan tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kumpulan pengundi ‘hilang layak undi awam’ yang berjumlah 18,493 orang dalam Rang Daftar Pemilih Suku ketiga 2010. Dan lebih mencurigakan, jumlah tiga negeri paling ramai pengundi “hilang layak undi awam” ialah Kelantan (3,187), Kedah (2,876) dan Perak (2,007). Pas menganggap ini adalah tindakan untuk mengepung supaya tembok umno Bn tidak runtuh dan diserbu oleh Paktan Rakyat di negara ini.

Pas mengharapkan supaya semua jentera pilihanraya di semua peringkat sentiasa mengambil berat mengenai daftar pemilih dan memerhatikan senario ini. Pas mengharapkan jentera Pas dan Pakatan Rakyat di Selangor perlu serius menanggani perkara ini. Modus operandi untuk tawan Terengganu 2004 dahulu dengan menambah pengundi sedang berjalan di Selangor. BN terlalu mengidam Selangor, berbanding negeri-negeri lain, kerana Selangor lubuk emas dan balang oksigen umno.

Taib has a lot to hide

Ex-Suhakam vice-chairman Simon Sipaun cautions that Sarawak Chief Minister Abdul Taib Mahmud will not hesitate to use the immigration powers of the state to keep out “prying eyes” from the state.
This is more a case of abusing rather than using the immigration powers of the state as intended under the federal and state constitutions, he added.
It's a fact that Taib has a lot to hide.
“He has no choice but to appear to seek shelter behind the state’s immigration powers,” said Sipaun, who is currently one of the 12 advisors appointed by the King to the board of the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC).
He was commenting on the case of Suhaham commissioner, Jannie Lasimbang from Sabah, who is still persona non grata (PNG) in Sarawak despite beginning a national inquiry about ten days ago on the state on the plight of its native communities.
Lasimbang, however, may be allowed in from time to time reportedly under state government “supervision” in connection with her official duties.
Ex-Suhakam vice-chairman Simon Sipaun
Even without one being declared PNG, Sipaun cited the proposed White Paper by the Sarawak state government as a blanket threat to Suhakam and activists like Lasimbang, among others.
The White Paper calls for “unhealthy politics” – meaning Suhakam, the MACC, NGOs and opposition leaders from Sabah and the peninsula – to be kept out of the state.
Fear a powerful driver
At the same time, it will be used to shackle Sarawak activists, seen as anti-government, from leaving the state and suspending opposition members in the state assembly.
Re-visiting the Lasimbang case in particular, Sipaun pointed out that the human rights body has gathered a mountain of evidence on the state government’s wrong-doings against the native communities in particular.
Allowing Lasimbang unfettered access to Sarawak, according to Sipaun, “is expected to help Suhakam complete its work in the state and this is something that Taib wants to avoid”.
He noted that of particular interest to Suhakam is the state government’s current RM80 million survey, financed by the federal government, of NCR land.
The allegations are that the state government is only surveying payung rumah (areas around the longhouse) and not the temuda (farming land), pemakai menua (territorial domain) or the pulau galau (communal forest) where they earn their livelihood and where the burial grounds are located.
Lasimbang restricted entry to Sarawak.
“Suhakam has already begun its six-month long national inquiry in Miri into the rights of the indigenous people in the state,” said Sipaun. “The conditions imposed on Lasimbang’s (left) entry into Sarawak should be withdrawn.”
He noted the state’s disingenuous take that Suhakam was not established under the federal and Sarawak constitutions. Hence, Lasimbang could not demand entry into Sarawak by right and the state does not have to give her any reasons for her PNG status or why her blacklisting could not be lifted.
As a former Sabah state secretary, Sipaun feels that Taib’s alleged abuse of the state’s immigration powers to put a lid on the excesses of his administration becoming public knowledge as “an exercise in futility”.
Suhakam, he added, has already amassed an impressive body of evidence on the plight of Sarawak’s native people even before the national inquiry currently underway in the state.
Ills of under wraps development

Loggin Activities in the nameof Politics of Development have left Sarawak almost barren
“There’s generally a lack of free, fair and transparent consultation with communities affected by major development involving Native Customary Rights (NCR) land,” said Sipaun, stressing that the details on various incidents can be found in Suhakam’s annual reports. “Local communities feel left out of the opportunity to be involved in economic spin-offs from development projects.”
The core issue in Sarawak, added Sipaun, is the endless disputes between native communities on the exact boundaries between NCR land and state land. Apparently, this resulted in government, semi-government and private agencies ignoring native communities in the absence of official demarcation of boundaries.
Development projects are simply bulldozed through without taking into consideration the native communities affected, he said.
“The added grouses are private agencies being in non-compliance with official guidelines and government agencies not being on the ball.”
Sipaun explained that most of the graphic scenes depicted by the media involved native communities on the one hand and the police or gangsters employed by the large companies on the other.
Dayaks suddenly find their NCR Land encroached or taken away. Almost every other day you hear of blockades.
The perennial scenes of the tug of war between outsiders and native communities, said Sipaun, occur when complainants are targeted for action instead, compensation not paid or delayed, and the quantum is inadequate in instances where land is acquired by the authorities, and provisions in the Sarawak Land Code 1958 encumber the establishment of land rights by native communities, especially the Penan.
“The state government should consult the native communities affected by development projects and this is for their own good,” said Sipaun. “It’s also incumbent upon the National Registration Department (NRD) that the native communities have official documentation papers.”
Otherwise, Sipaun pointed out that it will be difficult for them to claim their rights “and perhaps this is the situation that Taib wants to perpetuate”.

PBB-BN Cyber Troopers

I really feel sorry for this motley bunch of paid bloggers. Over money, they will do anything just to lick the feet of their bosses.
At times, reading at their blogs, I wonder what sort of intelligence they have except, replicating pro opposition blogs in an attempt to confuse netizens.
What they do not know is by doing that, they have shown they have cow dung as their brains. (I really love this quote by Datuk Nazri Aziz, and his statement is supported by Ministers from Singapore as revealled by Wikileaks).
Take a look at one of the graphics which we took from their facebook ….
Look at it. Notice the detail!
What was their intention? To me the message is clear … “Lawas Dulu” refers to the first part of the image … “Lawas Sekarang” refers to the second part of the image. Their intention is to showcase “Only BN can bring development”. Because their IQ is low, they have brough the wrong message.
That means Lawas under PBB-Barisan Nasional has gone from a bustling town to a backwater town. Simple details they do not even know. How are they expected to convey a message?
It goes to show BN have cultivated a culture of ignorance and stupidity among their ranks and how are they to bring the development. Indeed after 47 years, what development do we see! If we were to roll the time back 47 years, we are sure Pakatan Rakyat Sarawak can also bring development. Much more than what PBB-Barisan Nasional did!
Yeah… only Barisan Nasional can being development !
No wonder Malaysia and Sarawak is in such chaotic state. Much more embarrasing is the fact that PBB have showcased a motley bunch of PBB-BN Cyber Troopers with low IQ and the fact Sarawak is ranked as the fourth poorest state in Malaysia speaks volumne of how much PBB-Barisan Nasional have brough development in Sarawak.
I can do better than Taib, Masing, Jabu, Awang Tengah and George Chan. One thing is clear, I can not plunder, hookwink and tell lies nor do i get a wife younger than by nieces and daughter!
They will need a lot of help. We sportingly help them to promote their pathetic facebook with all the pathetic looking followers.
The Cyber War by PBB-BN Cyber Troopers is already lost even before it started.

GUA YAKIN!! U ALL TENGOK GAMBAR NIH MESTI GOLING-GOLING GELAK!

kahkahkahkah aku sebenarnya baru jumpa gambar nih.. mula-mula aku tengok gambar nih aku perasan ini mesti ketika PRKecil Hulu Selangor.. tapi aku baru jumpa.. renung lama sikit aku tersenyum dan tergelak.. sebab dari gambar nih TERBUKTI umngok yahudi apco jewish nih betul-betul terdesak nak orang datang ceramah mereka... kahkahkah kalau bukan Zahid Hamidi aku tak tau lah sape nak datang veramah mereka.. sebab ZAHID nih aku rasa dia menteri hiburan dan gelek maut lah.. tempat majoriti cina dia bawak 5-6 ekor amoi sexy wat tarian ghairah macam di Perak, di Hulu Selangor majoriti Melayu tapi BN letak bertanding India Zahid buat jamuan makan tapi MAMAK STYLE.. kahkahkah

tapi bila ramai g nak makan free mesti Zahid start bukak pencak ceramah dia.. kahkahkah semua dalam poket lah...


Al - Quran ditulis gunakan darah Saddam


BAGHDAD - Pemerintah Iraq buntu memikirkan apa yang sepatutnya dibuat berhubung kitab suci al-Quran yang ditulis dengan menggunakan 24 liter darah bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein (gambar), lapor sebuah akhbar semalam.

Kitab al-Quran setebal 650 muka surat itu kini disimpan di sebuah kamar berkunci di sebuah masjid yang dikenali sebagai 'Ibu Segala Peperangan' di sini.

Empat menara masjid berkenaan menyerupai laras raifal AK-47 manakala empat lagi menara mirip peluru berpandu Scud.

Saddam dipercayai memulakan projek al-Quran itu sebagai tanda kesyukuran selepas anak lelakinya, Uday terselamat daripada percubaan untuk membunuhnya.

Ia ditulis oleh seorang ahli kaligrafi, Abbas Shakir Joody al-Baghdaddi yang dilantik oleh Saddam.

Kitab al-Quran itu ditulis dengan menggunakan darah yang didermakan oleh Saddam selama tiga tahun.

Sementara itu, Presiden Majlis Pentadbiran Iraq mahu semua barang yang berkaitan dengan Saddam termasuk kitab suci tersebut dimusnahkan.

Namun, Ali al-Moussawi yang merupakan jurucakap Perdana Menteri, Nouri al-Maliki berkata, al-Quran itu perlu disimpan bagi mengingatkan rakyat mengenai kekejaman Saddam.

Saddam yang memerintah dari tahun 1979 hingga 2003, mati dihukum gantung selepas dia ditangkap askar-askar Amerika Syarikat (AS) yang menceroboh Iraq. Saddam dihukum mati selepas didapati bersalah melakukan jenayah kemanusiaan.

Laporan asal: Guardian UK

Merindui suara Dewan Ulamak PAS, janganlah pendiam sangat!

Oleh ZULKIFLI YAHAYA

Sementara menunggu penjelasan Dr Muhammad Uthman El-Muhammady sama ada benar atau tidak beliau mendakwa bahawa golongan yang mempertikaian kedudukan Islam dan orang Melayu seperti mana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan merupakan mereka yang berfahaman plularisme yang mesti ditentang kerana fahaman itu jelas berlawanan dengan ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w; seorang sahabat lulusan Universiti Al-Azhar memaklumkan kepada saya, memang benar itu kenyataan beliau.


"Saya dah lihat kertas kerja yang dibentangkan itu, memang betul itu kenyataan Dr Uthman Muhammady," ujarnya.
Jika betul pun bukanlah pelik sangat kerana di akhir zaman ni macam-macam jenis ulama yang muncul. Dakwaan itu dikuatkan lagi apabila selepas beberapa hari berita itu dilaporkan oleh sebuah akhbar harian primitif yang menjadi talibarut Umno, Dr Muhammad Uthman tidak pula membuat penafian. Seorang 'ilmuan besar Islam' itu pasti membuat pembetulan jika kenyataannya disalahlapor. Manakala jika beliau tidak membuat pembetulan pula bermakna beliau hujahnya itu mengelirukan umat Islam.
Dalam keluaran terdahulu saya menulis bahawa menuduh pihak yang mempertikaikan kedudukan Islam dan orang Melayu seperti mana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai perbuatan yang jelas berlawanan dengan ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. adalah kenyataan yang keterlaluan.
Perlembagaan Persekutuan tidak pernah meletakkan Islam di tempat tertinggi sehingga setiap agenda bertindak dalam pemerintahan mesti dirujuk kepada Islam. Bangsa Melayu juga bukan satu bangsa yang terlalu istimewa di mata Rasulullah s.a.w. sehingga mempertikaikan "kedudukan orang Melayu" adalah bertentangan dengan ajaran Islam yang dibawa baginda.
Perlembagaan Persekutuan tidak terlalu suci (menurut Islam) sehingga mempertikaikan mana-mana aspek di dalamnya dianggap bertentangan dengan Islam. Jika pluralisme agama mesti ditentang maka Perlembagaan Persekutuan adalah contoh pluralisme. Ia bukan perlembagaan yang berasaskan wahyu Allah. Jika ada unsur kebaikan tertentu dalam Perlembagaan Persekutuan, maka tidakkah ia semacam "golongan pluralisme" (seperti yang dilabelkan) menerima unsur kebaikan dalam agama lain?
Apa yang dikesalkan ialah perbuatan melemparkan tuduhan sewenang-wenangnya terhadap pihak lain; sebagai kononnya melakukan perbuatan yang bertentangan dengan Islam (sesat), hanya kerana mempertikaian kedudukan Islam dan orang Melayu seperti mana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Ia adalah persoalan besar.
Persoalan antara hak dan batil, persoalan syurga dan neraka. Apatah lagi jika perbuatan tersebut seolah-olah mahu "menyelaraskan" agenda politik pihak tertentu dalam projek propaganda mereka untuk membunuh musuh politik kepada parti berkuasa kononnya golongan tersebut adalah anti ketuanan Melayu.
Mengapa segelintir orang yang bergelar ulama ini sanggup memperhina diri sendiri dengan mempertaruh kesucian Islam, lebih-lebih lagi dalam persoalan aqidah? Perbuatan ini sangatlah melampau.
Persoalan yang lebih besar dari itu ialah mengapa pula isu-isu yang melibatkan akidah seperti itu tidak ditangani oleh ulama-ulama tulen, ulama yang tiada kepentingan dengan pemerintah yang zalim dan ulama-ulama haraki.
Jika dalam isu-isu semasa, pemimpin politik kita tangkas menjawab setiap persoalan yang disensasikan oleh pihak lawan. Pantang diserang, pasti ada jawapannya sama ada jawapan berlandaskan fakta atau jawapan politik.
Maka dalam isu yang membabitkan akidah, ia tidak begitu lumayan. Saya tertarik pada kenyataan Ustaz Taib Azamudden menjelaskan isu tindakan Menteri Besar Kelantan hadir di majlis anjuran Buddha. Hujahnya meyakinkan.
Kalau boleh biarlah ramai ulama bercakap atas hujah ilmu untuk semua isu, terutama yang berkait dengan akidah.
Penjelasan dan serangan kadang-kadang tidak muncul setiap kali ulama-ulama pro BN menyerang. Semacam pantun yang tidak berjawab.
Ulama-ulama muda Umno sekarang bukan main lagi ghairah berhujah, mempertahankan kepimpinan mereka. Mereka ini sewajarnya dihamburkan dengan hujah juga, maksudnya hujah ilmu oleh golongan ulama bukannya kutukan politik. Macamlah juga untuk berdepan dengan dengan Dr Muhammd Uthman Muhammady ini, sepatutnya ulamalah juga bukannya penulis politik picisan.
Dalam tanzim PAS kita mempunyai Dewan Ulamak. Setiap isu yang berbangkit, terutama persoalan akidah, kenyataan atau penjelasan mestilah pantas dan tuntas. Rindu juga rakyat pada suara Dewan Ulamak. Janganlah pendiam dan pemalu sangat.

Pakatan will retain Selangor, latest poll shows

A Merdeka Center mid-term survey of voters showed that Pakatan Rakyat (PR) was likely to retain Selangor in an election, despite a marginal decline in Malay support.
According to the survey report released to The Malaysian Insider, 57 per cent of the 1,214 respondents polled believed that Selangor PR was heading in the right direction while 28 per cent thought otherwise.
There was a slight dip in Malay confidence, however, from 63 per cent agreeing in June 2009 that the state was on the right track to only 55 per cent in August this year.
Support from the Chinese community was maintained at 53 per cent in the same period despite a small decline to 47 per cent in January this year.
The PR government scored the highest with the Indian community, with a steady increase in support from 63 per cent to 72 per cent across the same period.
Sixty-seven per cent of respondents also said they were satisfied with the state government’s performance with 55 per cent claiming they were either very confident or quite confident in Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim’s leadership while 26 per cent said they were less confident or not confident at all.
Of the three races, however, Khalid scored the lowest among the Malay community with 38 per cent saying they were not confident in his leadership, compared to the 14 per cent and 17 per cent of the Chinese and Indian communities respectively which said the same.
The survey, commissioned by the Selangor government, polled constituents aged 21 and above through telephone interviews.
It was, however, conducted between July 27 and August 23 this year and did not incorporate any changes in voter perception after PKR’s fractious party polls last month.
PKR’s first-ever direct elections, held between September 17 and November 21, was mired in controversy following reports of relentless infighting, voting irregularities and alleged malpractices in the polling process.
A DAP leader admitted to The Malaysian Insider yesterday that if the survey had been conducted after PKR’s elections, the results would have likely reflect a less enthusiastic response for the PR government.
“It would have affected us significantly. But we cannot tell the extent of the effect, so for now, we are hoping that PR can recapture whatever support we lost because of the party elections,” he said.
The leader added that other national issues like the latest price hikes for fuel and sugar and the recent suspensions of PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim and three other PR MPs from Parliament could help dissuade voters from leaving the opposition fold.
“These issues could help cancel out what we have lost. But like I said, it is hard to gauge how much we have lost or gained after the survey was done,” the source said.
The survey also showed that the Najib administration had failed to impress Selangor voters despite its attempts to combat corruption and promises to be more inclusive.
It revealed that 49 per cent still believed that corruption in the federal government was on the rise while 15 per cent claimed that nothing had changed and 22 per cent said it had declined. A total of 14 per cent said they did not know the answer.
The Malays differed considerably in their perception of corruption in comparison with the Chinese and Indian communities.
Of the total polled, only 39 per cent of the Malays claimed that corruption had increased, while 60 per cent and 54 per cent of the Chinese and Indian communities said this was true.
Correspondingly, 28 per cent of Malays believed that corruption had declined in the federal administration while only 16 per cent and 13 per cent of the Chinese and Indians agreed.
In its summary, Merdeka Center claimed that the non-Malays were more “realistic” in their views, adding that the community was resigned to the belief that corruption was the government’s “lifeblood”.
“They also believe that the government is not serious in fighting corruption,” it said.
Another significant finding in the survey was that the federal government had suffered a severe backlash in Selangor for its first round subsidy cuts for petrol, diesel and sugar in July this year.
Fifty-five per cent of respondents saw red over the government’s decision to slash subsidies while 22 per cent said that they were not so agreeable.
Only 17 per cent said they were slightly agreeable while four per cent claimed to be in full support of the cuts.
A total of 72 per cent said they were dissatisfied with the government’s reason for cutting subsidies, while 23 per cent were satisfied.
In explaining the cuts, Putrajaya had reasoned that the move was to reduce government expenditure, pledging that the funds would be used to boost development and turn Malaysia into a high-income nation.
A majority of the Selangor constituents also claimed that the country’s national leaders were not aware of the people’s problems, with 37 per cent saying that the ruling administration “does not really understand” them and 20 per cent claiming that they “do not understand them at all”.
Thirty per cent of respondents said the government understood them “a little” while six per cent said they were completely understood.
In comparison, the Selangor PR government scored better than Barisan Nasional among respondents, with 53 per cent agreeing that they were either extremely confident or quite confident in how the state government had managed its economy.
About 36 per cent said they were either less confident or extremely not confident in the PR government.
A majority of respondents also expressed confidence in PR’s management of the Selangor economy in the year ahead, with 48 per cent saying they were confident while 31 per cent disagreed.
A total of 54 per cent of the respondents claimed that BN had not treated the PR government fairly while 26 per cent said that they had been either very unfair or less than fair. Eighteen per cent said they did not know.
From the results, the centre recommended as “immediate action” for the Selangor PR government to tackle its declining Malay support, pointing out that the community had been greatly affected by negative news reports.

Cyber campaigning for the general election

By LIM MUN FAH
Translated by SOONG PHUI JEE

If the general election is held next year, what kind of election would it be? How would the Internet change the election ecology and affect the election results?
Undeniably, except for the Malayan People's Socialist Front (SF) which was comparable with the BN coalition in the 1950s and the 1960s, the weakest element of local opposition parties has always been the weak grassroots organization.
The 1950s to 1960s was an era of intense ideological struggle. Component parties of the SF, namely the Labour Party of Malaya and the People's Party, took the line of workers and peasants. They had a powerful and tight grassroots organization, and were not only popular in the trade union movements, but also active in serving the people. They went down to the public to build roads and bridges, gaining the people's support with blood and sweat. It was a great threat to the ruling party.
Since the folding up of the SF in the mid-1960s, the emerging local opposition parties that had entered the political arena had been unable to successfully form another political coalition until the 2008 general election when a loose coalition of the DAP, PKR and PAS was formed, and later took the now familiar name Pakatan Rakyat.
But the times are now different and the ways of struggle are different too. There are new approaches to fight for votes.
During the 2008 general election, Facebook and Twitter were not so popular yet as they are today. At that time, the blogs and SMS were popular, particularly the SMS, which had broken the monopoly and become the most effective campaign tool, making up for the opposition parties' deficiencies in terms of financial, material and human resources, as well as campaign machine due to their weak grassroots organisation.
Today, leaders of both the ruling and alternative coalitions dare not underestimate the importance of electronic cyber warfare. You can establish contact with any politician by simply type his name on Facebook. You can listen to their words, see their deeds and even get know about their families, as well as share the dribs and drabs of their life. The more friends they get on Facebook, the greater the mobilization power they have during the election campaign.
The Internet has quietly changed our election ecology. Youtube, Facebook and Twitter have been grabbing the hearts of young people at an amazing speed. As young people grow up in an Internet environment, they get the latest news about the election and interact with politicians through the Internet. Netizens also share information and views online. Whenever politicians make any aberrations, the news could be uploaded onto Youtube and widely spread across the Internet. All these can affect the election results.
In this cyber era, it is not necessary to take the time-consuming way to personally approach the people and shake hands with them to fight for votes. Instead, candidates can actually approach voters and convey their messages through the Internet. Those who do not even know what Facebook and Twitter is, are not only outdated but also might pay a heavy price of losing the election!

Sin Chew Daily

Who will go bankrupt?

The country does not belong only to politicians. If our children and grandchildren have to bear the astronomical debt as a result of their fight over political power, it is thoroughly irresponsible. Hopefully, such a situation will never happen.
 
By LIM SUE GOAN, Sin Chew Daily
Translated by SOONG PHUI JEE

Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin has called the "100-Day Reforms" scheme proposed by the Pakatan Rakyat a deceitful election gimmick.
Just one of the reform proposals – the pledge to increase the incentives for teachers by RM500 a month -- will cause the government to go bankrupt. We should recall Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Idris Jala's warning that the country will risk bankruptcy by 2019 if it does not cut subsidies and rein in borrowings.
As the next general election is anticipated to be held very soon, the people need to think rationally and make judgment on which governing approach would bankrupt the country.
The ruling and alternative coalitions should debate the issue without the need to be abusive. Instead, they should present facts and figures to convince the people on how they could achieve the financial balance.
As Prime Minister Datuk Seri Najib Razak had said that he would expose the illusionary pledges of the Pakatan Rakyat, we should just wait and see how the scenario will unfold.
The Pakatan Rakyat should explain why it would raise only the remunerations of 400,000 teachers out of the total 1.29 million civil servants?
Increasing the remunerations for teachers requires an extra expenditure of RM200 million a month and RM2.4 billion a year. Where and how would a Pakatan Rakyat federal government source for the funding? Similarly, distributing RM1,000 each to senior citizens above 60 years old yearly also involves a huge sum of money.
The Pakatan Rakyat also proposes to reduce corporate sector subsidies, such as the RM19 billion for gas subsidies, and transfer the savings as subsidies for the people. However, it has to compensate for the breach of contract. Would it have to compensate also to abolish the toll system? The Pakatan Rakyat should explain in details the nationalisation of toll roads.
Among the states ruled by the Pakatan Rakyat, the Penang account is better than that of Selangor. In the Penang Budget, there is a surplus of over RM70 million but in Selangor, there is a 10% overrun each year.
Former Selangor Menteri Besar Datuk Seri Dr Khir Toyo has earlier revealed that the Selangor state government has used RM210 million in reserves to cover the budget deficits over the past two years.
The Pakatan Rakyat must improve its management capability to make the public believe that they will fulfil its promises.
For example, when the Malaysian Plastic Manufacturers Association (MPMA) northern branch distributed 150,000 free reusable bags to the public, the Penang state government actually fought back by distributing 5,000 posters and 500,000 leaflets. The objective to have the no-plastic campaign was to protect the environment, wasn't the Penang state government contradicting itself by printing a large number of posters and leaflets?
As for the BN financial performance, it requires a longer length. Idris had recealed that the national debt last year soared to a new high of RM362 billion, accounting for 54% of the Gross Domestic Product (GDP). The total subsidies provided by the government last year was as much as RM74 billion, equivalent to RM12,900 of allowance per household.
How much of the huge amount of government subsidies have really reached the targeted beneficiaries?
In addition to essential subsidies, have other subventions issued in the names of poverty eradication policy, training programme for unemployed university graduates, cultivation programmes for entrepreneurs and development for agriculture been properly managed?
To avoid national bankruptcy, we must stop wasting public money. For example, due to the poor debt collection of the Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Malaysia (PTPTN) established in 1997, its uncollected debt is expected to incredibly reach RM45.8 billion in 2016.
The country does not belong only to politicians. If our children and grandchildren have to bear the astronomical debt as a result of their fight over political power, it is thoroughly irresponsible. Hopefully, such a situation will never happen.

PAS Johor yakin boleh tawan DUN Tenang

JOHOR BAHARU: PAS Johor yakin dapat menawan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada pilihan raya kecil (PRK) nanti, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata keyakinan ini berdasarkan trend semakin ramai pengundi memilih parti itu sejak pilihan raya umum ke-12 lalu.
"Jumlah undi yang diperoleh calon PAS Mohd Saim Siran meningkat dari 2,138 undi pada PRU-11 kepada 3,875 undi pada PRU-12 yang lalu, jadi kita yakin mampu menawan Tenang pada PRK kali ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Komposisi pengundi di N.05 Tenang ialah 50 peratus Melayu, 38 peratus Cina dan 12 peratus India.
Keadaan itu hampir serupa dengan komposisi pengundi di dua kerusi yang dimenangi PAS pada PRU-12 yang lalu iaitu DUN Maharani dan DUN Sungai Abong, tambah beliau.
"Mengambil senario pengundi Cina masih bersama dengan PAS dan Pakatan Rakyat, maka fokus gerak kerja PAS adalah untuk meningkatkan undi daripada pengundi Melayu dan India," kata Dzulkefly.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya daripada Barisan Nasional (BN) Datuk Sulaiman Taha, 59 akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis di Hospital Pakar Ampang Puteri Kuala Lumpur Jumaat lepas.
Esok, Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) akan mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian untuk PRK DUN Tenang.
Dzulkefly berkata bagaimanapun kemenangan PAS nanti tidak akan menjejaskan kekuasaan BN di Johor, namun ia akan menambah suara pembangkang di DUN kepada tujuh yang ada, dua PAS dan empat DAP.
Ini katanya akan mewujudkan konsep keseimbangan yang berkesan agar setiap keputusan yang dibuat kerajaan negeri, akan sentiasa memberikan kesan yang baik dan menguntungkan rakyat.
Beliau berkata isu yang akan dibangkitkan PAS pada PRK itu antaranya rasuah, kelemahan urus tadbir negeri dan peningkatan jumlah hutang kerajaan negeri kepada kerajan pusat.
Mengenai calon, Dzulkefly berkata lima individu telah disenarai pendek untuk kelulusan PAS Pusat.
Calon itu mestilah mempunyai faktor-faktor boleh menang seperti diterima penduduk dan pengundi, memahami suasana dan masalah rakyat dan berpendidikan di samping komited untuk berkhidmat kepada penduduk tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik.
- Bernama

PRK Tenang: Dua calon tempatan dalam senarai Umno

Oleh Muda Mohd Noor

PETALING JAYA: Dua nama disebut akan menjadi calon BN bagi pilihanraya kecil negeri Tenang berikutan kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha, 17 Disember lepas.
Mereka ialah Hashim Daud yang kini ahli jawatankuasa (AJK) Umno bahagian Labis dan Jaim Yunus, bekas ketua penerangan bahagian.
Menurut AJK Tenang, Azaman Mohamad, kedua-dua nama itu dijangka dibincangkan dalam mesyuarat Umno bahagian tidak lama lagi.
"Umno akan membincangkan mengenai calon selepas Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengumumkan tarikh pilihanraya esok," katanya ketika dihubungi hari ini.
Jaim dalam pemilihan Umno tahun lalu mencabar Sulaiman untuk jawatan ketua bahagian tetapi kalah dengan 11 undi.
Beliau berumur 54 tahun, seorang graduan dan bekas guru besar sekolah menengah di Labis.
"Beliau aktif politik sejak dahulu lagi dan kerana itu mempunyai pengetahuan mendalam mengenai politik di Tenang.
"Saya mendapat tahu beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dan Jabatan Penerangan telah menemubual Jaim mengenai pilihanraya ini ," katanya ketika dihubungi hari ini.
Manakala Hashim pula berumur dalam lingkungan 60-an juga bekas guru besar sekolah menengah di Labis.
"Kedua-duanya orang tempatan," kata Azaman sambil menambah Umno bahagian akan bermesyuarat mengenai calon minggu depan.

Khalid mahu satukan kembali MTUC

mtuc_logoOleh Muda Mohd Noor

PETALING JAYA: Mohd Khalid Atan yang bertanding jawatan presiden MTUC (Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia) berjanji akan berusaha menyatukan semula organisasi itu jika menang dalam pemilihan Rabu ini.
Bagaimanapun, Khalid mengakui tugas itu bukan mudah kerana perpecahan MTUC sudah berada pada tahap yang parah.

Beliau berkata, "MTUC sudah lama berpecah, kita sudah berpuak-puak dan perpecahan ini akan melemah dan merugikan golongan pekerja. Perpecahan ini berlaku kerana ramai ahli yang tidak puas hati kerana MTUC sudah berpihak, MTUC tidak bebas lagi.
"Sedangkan dalam perlembagaaan MTUC menyebut pemimpin dan MTUC sendiri mesti bebas dari sebarang pengaruh, baik parti politik atau pun apa-apa pengaruh.
"Secara lebih jelas, MTUC dan pemimpinnya tidak boleh condong kepada pengaruh parti politik, baik kerajaan ataupun pembangkang.
Tetapi presiden sekarang lebih condong kepada sebuah parti politik," katanya ketika dihubungi hari ini.
MTUC akan mengadakan pemilihan di Petaling Jaya selama dua hari, pada 29 dan 30 Disember ini. Kira-kira 580 perwakilan dari 121 gabungan dijangka hadir dalam pemilihan tersebut.
Sebenarnya ada kira-kira 800,000 ahli MTUC yang membabitkan 400 gabungan tetapi atas sebab-sebab tertentu hanya 500,000 ahli sahaja yang sah dan aktif.
Khalid, dari Persatuan Pekerja Perhutanan Semenanjung akan menentang penyandang Syed Shahir Mohamud yang memegang jawatan itu sejak 2004.
Syed Shahir, dicalonkan oleh 14 kesatuan gabungan manakala Khalid menerima 18 pencalonan.
Sekurang-kurangnya dua calon jawatan penting MTUC merupakan orang kuat PKR. Syed Shahir adalah Ketua PKR Cabang Kelana Jaya manakala Abdullah Sani Abdul Hamid yang bertanding jawatan setiausaha agung adalah ahli parlimen PKR Hulu Langat.
Selain beliau, tiga nama lain dicalonkan untuk jawatan setiausaha agung itu ialah Samuel Devadasan, P. Maniyam dan Bruno Periera.
Jawatan itu dikosongkan oleh G Rajasekaran.

Azwan, penyokong gay dan kerajaan dikecam di alam siber

azwan gay_250_220Oleh K Pragalath

PETALING JAYA: Rata-rata pembaca dan penulis di alam siber berasa marah dan melahirkan rasa meluat terhadap pengakuan Azwan Ismail dalam rakaman video Youtube bahawa dia seorang gay.
Azwan, seorang jurutera Melayu yang mengaku dirinya gay dalam video, merupakan satu daripada 15 video mengenai komuniti lesbian, gay, biseksual dan transseksual. Video tersebut buat kali pertama telah dipertontonkan pada festival seni Seksualiti Merdeka di Kuala Lumpur Ogos lalu.

Blogger Zainol Abideen, yang lebih dikenali sebagai Mahaguru58 mengutuk kerajaan Barisan Nasional yang didakwa ‘terbukti semakin hari semakin tidak berani menegakkan hukum-hakam agama Islam di negara ini’.
“Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib Tun Razak dan sepupu beliau Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri seolah-olah buta dan lemah terhadap keperluan memantau penularan budaya kemaksiatan yang semakin menjadi-jadi ini,” tulisnya dalam entri blog yang bertajuk “Azwan Ismail, Budaya Gay dan Seksualiti Merdeka.
JAKIM dan Kerajaan BN Buta Ke?
Dalam artikel, beliau turut menamakan golongan aktivis homoseksual dan lesbian sebagai ‘sebahagian daripada pelopor projek homoseksual dan lesbianisme sedunia.
Azwan dan ibu bapanya turut dikecam . Beliau menulis bahawa Azwan tidak akan wujud hari ini sekiranya bapa Azwan seorang peliwat.
Merujuk kepada Sunnah Rasulullah saw, baginda menyatakan bahawa hukuman kepada mereka yang melakukan liwat ialah hukum bunuh.
Penyokong gay turut jadi sasaran
Sementara itu, pihak-pihak yang dilihat sebagai menyokong budaya gay turut menjadi sasaran perasaan marah pengguna laman sosial.
Seorang yang dikenali sebagai Muzzamil Faridza telah mengutuk penyanyi Liyana Fizi di laman Facebooknya: “!@#$ %^& Liyana Fizi kerana sokong mak nyah”.
Muzammil yang menyamakan gay sebagai zalim turut menyoal pendirian Liyana yang mempertahankan hak ‘pelaku kesalahan’.
Liyana membalas dengan menyatakan bahawa golongan mak nyah tidak pernah merompak, menipu atau mencederakan diri atau keluarganya.
Pengguna laman komuniti turut tidak ketinggalan mengutuk Azwan. “Allah melaknat kaum sodomi….xblja agma btol die nih….” komen seorang yang dikenali dengan nama Ajiq di laman komuniti, gempak.org

WikiLeaks: Abdullah gagal bertindak kejadian rogol melibatkan menterinya?

IMG_5761Oleh Nazli Ibrahim

PETALING JAYA: Pendedahan WikiLeaks berhubung kejadian rogol terhadap seorang pembantu rumah warga Indonesia yang melibatkan seorang Menteri Kabinet era mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dilihat mampu menggugat hubungan Malaysia-Indonesia dan menjejaskan imej negara.
"Walaupun laporan WikiLeaks ini boleh diragui kesahihannya, namun sekiranya kejadian rogol ini benar-benar berlaku, ia akan memberi imej buruk kepada negara sekaligus mengugat hubungan Malaysia-Indonesia.

"Tambahan pula semenjak kebelakangan ini, begitu banyak kejadian-kejadian yang menyebabkan perselisihan faham rakyat antara kedua-dua negara berjiran ini,"  demikian menurut Naib Ketua Wanita PKR, Haniza Mohd Talha ketika dihubungi hari ini.
Beliau yang telah mencipta sejarah sebagai satu-satunya tokoh wanita negara ini yang menduduki kerusi Timbalan Speaker turut memberitahu FMT, kejadian seperti ini haruslah ditangani dengan telus.
"Saya bukan mengulas tentang laporan ini tetapi secara umumnya, kita tidak boleh mengamalkan budaya yang membezakan layanan undang-undang terhadap orang kenamaan dan rakyat biasa.
"Walau siapa pun yang dituduh, ia perlu menjalani proses perundangan yang sama seperti orang lain dengan telus. Apatah lagi jika membabitkan seorang pemimpin yang mendapat kepercayaan rakyat untuk memimpin dan merupakan pemimpin di peringkat pembuat dasar," katanya lagi.
"Undang-undang sama untuk semua. Kalau tidak bagaimana kita hendak memastikan orang yang berpengaruh dan ada kedudukan ini lebih bertanggungjawab sekiranya mereka mendapat layanan yang istimewa apabila mereka melanggar undang-undang," katanya lagi.
Beliau turut mengutuk sekeras-kerasnya kejadian seumpama ini dan tindakan undang-undang haruslah diambil terhadap mana-mana pihak yang melakukan dan pihak yang melindungi perbuatan seperti ini.
Penganiayaan terhadap wanita
"Kalaulah laporan WikiLeaks ini sahih, saya mengutuk sekeras-kerasnya dan  tindakan undang-undang harus diambil terhadap sebarang kejadian penganiayaan terhadap wanita lebih-lebih lagi jenayah rogol dan termasuklah yang melindunginya," ujar beliau.
Sebelum ini dalam satu laporan blog Rocky Bru yang nama sebenarnya Ahirudin Atan hari ini menyiarkan pendedahan WikiLeaks bahawa salah seorang menteri ketika era Abdullah menerajui pentadbiran kerajaan telah merogol seorang pembantu rumah warganegara Indonesia.
Menurutnya, kejadian tersebut turut diketahui oleh Abdullah sendiri, namun tiada sebarang tindakan undang-undang diambil terhadap menteri tersebut.
Bagaimanapun menurut blog itu lagi, menteri terbabit hanya digugurkan sebagai menteri dalam satu rombakan kabinet yang dibuat oleh Abdullah tidak berapa lama selepas beliau mengetahui berita itu.
Beliau turut mencatatkan, pada masa ini menteri tersebut kembali aktif dari persaraannya apabila dilantik semula sebagai pengerusi sebuah badan kerajaan yang baru dibentuk pula.
Rocky Bru yang juga terkenal sebagai blogger proUmno juga menjelaskan, cerita tersebut telah sampai ke pengetahuannya semenjak tiga tahun lalu namun hanya dapat disahkan apabila pendedahan dibuat oleh WikiLeaks baru-baru ini.
Susulan peristiwa yang berlaku pada tahun 2007 ini,  ketika mangsa ditemuramah di kampungnya di Jawa Tengah pada Julai tahun yang sama, mangsa telah membuat pengakuan terhadap kejadian itu.
Akhirnya laporan kejadian yang berlaku ketika tempoh perkhidmatan mangsa tersebut bersama bekas menteri terbabit menjangkau lapan tahun telah dibuat dan diserahkan kepada Kedutaan Amerika Syarikat, Indonesia dan juga Pejabat PM sendiri.
Menurut sebuah badan NGO pula, kejadian yang menimpa amah yang mempunyai dua orang anak itu turut diketahui oleh suaminya tetapi disebabkan perasaan takut dan malu, tiada usaha yang serius dijalankan untuk mendakwa menteri terbabit.

Ronnie: Undang-undang Kecil Larang Iklan Bermesej Politik


SHAH ALAM 23 DIS: Larangan penggunaan logo 1Malaysia bagi papan iklan dan bunting yang memerlukan kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) di Selangor sudah diputuskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dua minggu lalu.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu berkata, mesyuarat memutuskannya kerana logo tersebut mempunyai mesej politik memandangkan ia dilancarkan Barisan Nasional (BN).

"Dia keputusan Exco kerana Exco rasa itu satu simbol politik," katanya.

Menurutnya lagi sudah termaktub dalam undang-undang kecil PBT bahawa mana-mana papan iklan gergasi dan bunting yang diluluskan PBT tidak boleh diletakkan mesej atau logo politik.

"Memang tak boleh, memang dia ada undang-undang kecil untuk iklan, memang tak boleh buat iklan yang ada unsur politik selain daripada masa pilihanraya," jelasnya kepada Tv Selangor.

Beliau turut berkata, pemilik kedai serbaneka sepatutnya tahu berkenaan larangan ini kerana garis panduan telah dikeluarkan.

Kenyataan Ronnie ini, berikutan demonstrasi secara aman yang dilakukan di hadapan salah sebuah premis di Jalan Sultan Abdul Samad, Banting, bagi membantah tindakan Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) mengeluarkan notis supaya menurunkan papan tanda kedai yang mempunyai logo 1Malaysia, semalam.

Kira-kira 100 orang berkumpul bersama pemimpin politik Umno-Barisan Nasional bagi menyatakan rasa tidak puas hati mereka kerana premis berkenaan sebelum ini telah mendapat lesen daripada pihak berwajib.

Menurut salah seorang rakan kongsi kedai berkenaan, K Thiyagarajan, berkata, pihaknya menerima notis arahan selama tujuh hari supaya menanggalkan logo 1Malaysia yang tertera di papan tanda mengikut arahan daripada Exco Selangor dan Ahli Majlis Daerah Kuala Langat.

Kelantan Bina Kilang Pelupusan Sisa Pejejal Termoden


KOTA BAHARU 23 DIS : Kerajaan Kelantan dengan usaha sama sebuah syarikat swasta luar negara akan membina sebuah kilang pelupusan sisa pepejal termoden bernilai RM20 juta untuk digunakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT). 
Kilang itu akan dibina di kawasan tapak pelupusan sampah di Kampung Telong,Kandis, dekat Bachok, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan. 
"Kita akan mula melaksanakan kerja membina kilang itu dengan sebuah syarikat dari China tahun depan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata dengan adanya kilang itu, 60 peratus sampah yang dipungut oleh PBT di seluruh negeri akan dihantar ke situ untuk diproses.
"Keistimewaan kilang ini ialah ia boleh memproses sisa buangan sampah jenis organik untuk dijadikan baja tanaman yang akan memberi pulangan pendapatan kepada kerajaan," kata Takiyuddin.  
BERNAMA

Mengapa Nazri Dedah Surat Apco Selepas Anwar Digantung


SHAH ALAM 23 DIS : Ketua Cabang PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin mempertikaikan tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz  mendedahkan surat syarikat perunding Israel, Apco Worldwide kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, semalam.

Badrul dalam twitternya menulis kerajaan Barisan Nasional menafikan hak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan hanya merujuk suraf nafi dari Apco tetapi Azmin dan lain-lain digantung kerana dedah surat Apco.

Tetapi yang menjadi persoalan Badrul ialah Nazri tunjuk surat berkenaan dalam sidang akhbarnya semalam.

Nazri mengakui pembabitan Apco dalam memberikan khidmat rundingan komunikasi terhadap kerajaan Malaysia, yang sekaligus mengesahkan pembabitan Apco dalam kempen 1Malaysia.

Dalam laporan yang di siar sebuah portal berita, Nazri menunjukkan dua surat yang mengesahkan pembabitan Apco dengan pentadbiran Najib iaitu dalam bukti dua dokumen.

Salah satunya surat daripada Apco yang menyebut, firma perhubungan awam itu dilantik oleh pentadbiran Najib untuk menyediakan sokongan komunikasi.

Terdahulu, Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali dan dua ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang lain dalam sidang Parlimen minggu lalu turut digantung selepas didakwa mendedahkan surat yang didakwa melanggari hak keistimewaan ahli Parlimen oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution dalam reaksinya berkata pendedahan Nazri itu sebenarnya mengesahkan bahawa Apco memainkan peranan sebagai penasihat dalam kempen 1Malaysia melalui sokongan komunikasi yang ditawarkan.

“1Malaysia adalah slogan yang dibawa Najib, dan tagline ini perlu dikomunikasikan kepada rakyat, jadi salah satu peranan Apco adalah menasihati kerajaan melalui perkhidmatan komunikasi ini supaya slogan ini sampai kepada rakyat. Ini lah yang kita katakan pembabitan Apco dalam kempen 1Malaysia,”jelasnya.

Beliau juga mempersoalkan kenapa baru kini Nazri mahu membalas pendedahan Anwar, selepas Ketua Pembangkang itu digantung dari sesi parlimen selama 6 bulan oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

“Walaupun selama ini Anwar ada bukti penglibatan Apco dan mahu membentangkannya di Parlimen, Nazri dan Najib hanya berdiam diri dan kenapa terus menggantung Anwar selama enam bulan? Kenapa selepas Anwar digantung, barulah Nazri bercakap kepada media menunjukkan surat yang dihantar Apco kepada kerajaan BN?

“Anwar sudah pun mencabar Najib untuk menafikan pembabitan Apco sejak dari bulan April lagi. Dan mereka ambil masa 8 bulan untuk menjawab perkara ini sekarang,” kata Saifuddin lagi.

Nazri Aziz mengemukakan dua bukti dokumen, iaitu surat daripada Apco dan kenyataan notari berkanun oleh Robert Shrum, perunding politik yang menggubal konsep One Israel.

Kedua-dua dokumen itu hanya dikemukakan setelah Jawatankuasa Hak dan Kebebasan menggantung Anwar bersama tiga Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang lain selama enam bulan pada 16 Disember lalu.

Anwar digantung dari Parlimen tanpa dipanggil membela diri berhubung pendedahan beliau tentang pembabitan APCO Worldwide, firma Yahudi yang terlibat dalam kempen 1 Malaysia yang dicanangkan Najib, yang menyamai kempen One Israel.