Isnin, 20 Disember 2010

Menteri KDN Sembunyi Hubungan Umno-Apco



KEPALA BATAS 20 DIS: Menteri Dalam Negeri,Datuk Hishamuddin Hussein cuba menyembunyikan kebimbangan Umno bahawa hubungan parti itu dan syarikat pro-zionis Apco Worldwide  akan terbongkar jika ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi peluang untuk mengemukakan bukti mengenai isu itu.
Anwar berkata Hishamuddin tidak menjawab persoalan asas iaitu kenapa beliau digantung parlimen selama enam bulan tanpa dibenar mengemukakan bukti dan dokumen mengenai hubung kait kerajaan umno-Barisan Nasional dengan Apco.
"Kenyataan terbaru 'menteri keris' Datuk Hishamuddin, yang mencabar saya mengemukakan bukti mengenai Apco. Apa yang sudah disebut oleh YB Karpal Singh sebentar tadi, itu dia. Kita minta ruang. Sebahagiannya sudah saya ucapkan, sebahagiannya lagi iaitu perjanjian ada ditangan saya.
"Tapi saya tidak diberi peluang, saudara tahu mengapa Umno gentar untuk memberi ruang dan peluang saya sampaikan maklumat kerana dia tahu saya ada maklumat. Jadi jangan bagi peluang, kerana dalam jawatankuasa itu, prosiding akan dicatat. Jangan bagi ruang untuk berucap di parlimen kerana prosiding itu akan dicatat," kata Anwar.
Anwar berkata Hishamuddin sekali lagi memperlihatkan kedangkalan beliau apabila cuba untuk memutar belitkan isu pendedahan wikileaks dalam sidang akhbar sama.
Beliau hairan sebagai Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin langsung tidak membangkitkan pendedahan wikileaks mengenai Perdana Menteri dan warga Mongolia Altantuya Sharibbu yang mati dibom.
"Apa kata wikileaks, pertama di Malaysia yang pimpin negara Malaysia ini orang yang tidak ada wibawa, kata wikileaks. Saya tak mesti setuju. Tapi Menteri Hishamuddin kenapa pada kenyataan ini, disambung lagi, Najib Razak perlu menang politik untuk mengelak dirinya dari didakwa kes bunuh Altantuya Sharibu Mongolia," katanya lagi.
Anwar berkata Hishamuddin sengaja lupa bahawa beliau bukan bekas Menteri Kesihatan, Chua Soi Lek yang terbabit dalam skandal video lucah dan kini diangkat menjadi presiden MCA dan penasihat utama Najib mengenai hal ehwal orang Cina.
Kata Datuk Hishamuddin, wikileaks tengok Anwar, dia tahu ada perangkap, dia pergi ke tempat yang di perangkap. Saya bukan bekas Menteri Kesihatan. Dia buat fitnah, saya dah kata ini fitnah ini jahat. Jangan ulang, oh dia kata ini yang dikatakan oleh Singapura. Apa jawapan saya, ya kalau Singapura katakan begitu termasuk Lee Kuan Yuew, silakan hadir bersama Mahathir bersama Gani Patail, bawa bukti di mahkamah  kita lawan di mahkamah dengan peguam kita.

Shamsul persoal tujuan rombongan Ali Rustam ke Indonesia

Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin mempersoalkan tujuan sebenar pesawat yang membawa rombongan pelaburan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam dan Pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Melaka yang ditahan di Lapangan Terbang Surabaya, Indonesia baru-baru ini.
Ini kerana sebahagian besar rombongan yang dikatakan dalam misi mencari pelaburan ke Timor Leste itu merupakan ahli-ahli keluarga kerajaan negeri Melaka, termasuk salah seorang anak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sepertimana yang dilaporkan akhbar dalam talian Indonesia, Kompas.com.
“Lebih menghairankan, timbul persoalan mengapakah anak perdana menteri turut serta dalam penerbangan berkenaan, berdasarkan laporan Kompas.com. “Jesteru kita mendesak Ali Rustam supaya dia memberi penjelasan apakah sebenar yang berlaku. Apakah rombongan ini mencari pelaburan atau rombongan pelancongan ala Disney land seperti yang dilakukan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo dahulu,” soal Shamsul.
Shamsul yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Melaka mempersoalkan kos sewa pesawat dan penginapan selama dua hari ahli rombongan terbabit, yang pastinya akan menelan belanja ratusan ribu ringgit.
“Jika sekiranya betul laporan Kompas menyatakan anak Najib dibawa sekali, kita mahu tahu apakah tujuan sebenar Ali Rustam dan apakah kaitan rombongan mencari pelaburan dengan anak perdana menteri.
“Jika ia rombongan pelaburan ke Timor Leste, ia sepatutnya untuk beri pulangan kepada negeri dan tujuan ini tidak sepatutnya disalahgunakan untuk membawa ahli-ahli keluarga pegawai kerajaan negeri Melaka,”tegas Shamsul.
Mengikut akhbar dalam talian Indonesia, Kompas.com pesawat itu ditahan di Bandar udara Internasional Juanda, Surabaya pada 14 Disember pada sekitar jam 12.15 waktu Indonesia barat.
Menurut laporan portal itu lagi, pesawat carter jenis BAE 146-200 itu membawa seramai 81 orang, sebahagian besar merupakan ahli keluarga pegawai-pegawai berpangkat senior kerajaan negeri Melaka.
“Pesawat membawa 81 penumpang dan sebagian besar merupakan keluarga Kesultanan Melaka. Di antaranya adalah salah satu menteri Malaysia dan putra Perdana Menteri Malaysia Najib Razak,”jelas laporan itu.
Walaubagaimanapun, memetik laporan Bernama, pesawat itu dikatakan dalam perjalanan pulang dari Dili Timor Leste dan ditahan pada kira-kira pukul 2 petang waktu Indonesia sebelum dibenarkan berlepas semula mengguna pesawat MAS ke Melaka pada pukul 11 malam hari yang sama.
Media-media Malaysia juga tidak menyebut bahawa anak perdana menteri turut ditahan dalam pesawat berkenaan, yang menguatkan spekulasi bahawa pesawat khas itu membawa  rombongan ‘pelaburan dalam percutian’.
Sebelum ini, Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo bersama keluarganya dan beberapa orang bekas exco kanan negeri itu membelanjakan hampir RM 1.8 Juta untuk melakukan 2 trip lawatan ke luar negara, termasuk perjalanan ke Paris Disneyland dan Orlando Disneyland.
Perkara itu didedahkan dalam siasatan yang dijalankan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) Selangor pada April 2009.

Pegang jawatan satu amanah besar – Chegubard

KUALA LUMPUR: Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin menganggap sebarang jawatan dalam parti sebagai satu amanah besar.
“Saya berterima kasih dan amat hargai lantikan Presiden. Saya menganggap ia sebagai satu penghormatan. Walau apapun jawatannya, saya tetap mengganggap ia satu amanah besar,” katanya dipetik dari blog beliau.
Beliau yang tewas pada proses pemilihan KEADILAN dalam saingan kerusi Ketua Angkatan Muda KEADILAN, dijangka membuat keputusan berhubung pelantikannya sebagai Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN pada 26 Disember ini.
“Saya hanya akan membuat keputusan selepas berbincang dengan semua teman-teman, keluarga dan seumpamanya. Insya-Allah paling awal, saya akan umumkan pada 26 Disember 2010,” katanya.
Badrul Hisham menegaskan beliau bukan insan yang menganggap jawatan sebagai matlamat yang harus dikejar tetapi tidak berbuat apa-apa apabila menyandangnya.
Dalam pada itu, beliau juga masih menunggu hasil penyiasatan terhadap aduan yang diajukannya pada proses pemilihan parti.

Buku Jingga garis program Pakatan perintah negara

KUALA LUMPUR,  20 Dis: Pakatan Rakyat (PR) mengeluarkan Buku Jingga yang mengariskan rancangan berbentuk jangka pendek dan jangka panjang dalam mentadbir negara sekiranya mengambil alih pemerintahan dalam pilihan raya akan datang.
Buku Jingga yang merupakan dasar bersama dipersetujui parti-parti dalam PR itu dikeluarkan melalui Konvensyen Ke-2 PR di Pulau Pinang pada 19 Disember dan disebut sebagai rencana dasar serta kebijakan untuk membela rakyat berlandaskan empat kerangka.
Kerangka pertama digariskan dalam buku itu ialah demokrasi yang telus dan tulen untukmemperkasakan ketuanan rakyat.

Kedua, memacu ekonomi berprestasi tinggi yang mampan untuk mem jana kemakmuran dan kebajikan kepada semua secara adil.

Ketiga, keadilan sosial bagi menjamin pembangunan insan secara menyeluruh.
Keempat, Hubungan persekutuan-negeri dan dasar luar negara yang adil-setara.
"Dasar Bersama ini menggariskan iltizam kami untuk mengalih hala tuju negara dan bangsa ke landasan yang betul setelah berdekad diruntun salah guna kuasa, rasuah dan politik perkauman," kata buku tersebut yang ditandatangani oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Preiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Selain itu tiga perkara pertama diangkat dalam dasar bersama PR meliputi komitmen mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153.
Diikuti pula dengan Komitmen mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berperlembagaan.
Dan seterusnya Komitmen memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum.
Program 100 hari memerintah
Buku tersebut turut mengariskan program 100 hari PR yang dilihat sebagai rancangan jangka pendek selepas berjaya mentadbir negara yang disebut sebagai permulaan kepada reformasi iaitu:
  • Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
  • Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.
  • Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.
  • Menghargai peranan guru sebagai pendidik bangsa dengan Menaikkan memperkenalkan  imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang.
  • Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan.
  • Menyediakan perkhidmatan internet wifi  percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.
  • Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.
  • Menaikkan royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak kepada 20%.
  • Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi memulihkan sistem kehakiman.
  • Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.
Jawatankuasa Parlimen Pakatan Rakyat
Selain itu buku itu juga menyebut bidang-bidang yang akan diberi tumpuan khusus PR dalam usaha menterjemahkan dasar bersama ialah  membebaskan institusi Negara, mewujudkan kemakmuran Melalui Pengagihan ekonomi yang adil dan meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat.
Dalam usaha membebaskan institusi negara PR akan meneruskan konsep pentadbiran yang kompeten, bertanggungjawab dan telus seperti yang telah diamalkan di negeri-negeri Pakatan Rakyat; sebagai gambaran sebuah pentadbiran yang membebaskan institusi-institusi negara dari cengkaman campur tangan politik.
PR juga akan mewujudkan Council of Experts dalam isu-isu utama negara seperti ekonomi, politik dan sosial untuk merangka dan mengemaskini dasar sedia ada agar bertepatan dan mujarab menangani kemelut negara dan masyarakat.
Seterusnya memperkukuhkan Jawakatankuasa Parlimen Pakatan Rakyat yang memantau fungsi dan keberkesanan Kementerian-kementerian, dengan penerbitan laporan Jawatankuasa Parlimen Pakatan Rakyat setiap enam bulan sekali.
Dan akhirnya memperhebatkan proses pendidikan politik melibatkan golongan sasaran yang lebih besar mengenai peri penting keutuhan institusi-institusi negara yang berintegriti; dengan kerjasama NGO dan masyarakat sivil/madani disamping istiqamah dalam kempen dan gerak kerja politik untuk memberi tekanan kepada pentadbiran sedia ada agar membebaskan institusi-institusi negara dari campur tangan politik.
Pendapatan isi rumah RM4000 sebulan
Dalam aspek pengagihan ekonomi yang adil, PR akan menukar aliran pemikiran rakyat supaya beralih dari tumpuan kepada persoalan ekuiti yang sering ditimbulkan lawan kepada langkah-langkah khusus meningkatkan pendapatan isi rumah rakyat.
Dalam masa yang sama PR akan membongkarkan penyelewengan harta rakyat atas nama menjaga hak Melayu/Bumiputra termasuklah skandal kehilangan RM52 bilion saham yang diperuntukan kepada golongan elit dan kroni pemerintah atas nama Melayu/Bumiputra serta meneruskan skim bantuan terus kepada rakyat tanpa diskriminasi.
PR juga akan mempertahankan hak rakyat untuk mendapat bantuan kerajaan dalam bentuk subsidi minyak dan barangan keperluan asas selain membela golongan termiskin berpendapatan isi rumah di bawah RM1,500 tanpa mengira  kaum dengan mensasarkan matlamat menjamin pendapatan isi rumah minima RM4,000 setiap  keluarga dalam tempoh 5 tahun Pakatan Rakyat berkuasa.
Dalam aspek pengagihan ekonomi yang adil itu, PR juga menjamin kelangsungan bekalan makanan negara pada harga yang tidak membebankan negara dengan langkah-langkah drastik dalam tempoh dua tahun memerintah di peringkat persekutuan untuk mengurangkan pergantungan kepada import makanan.
Air dan rawatan percuma
Bagi meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat, Buku Jingga itu menyebut PR akan menyempurnakan pengambilalihan pengurusan industri air di Lembah Klang demi menjamin tarif air yang berpatutan untuk rakyat dan meneruskan Skim Air Percuma yang telah dinikmati rakyat serta menjamin tidak ada penswastaan sektor kesihatan bagi memastikan khidmat kesihatan yang bermutu dan percuma dapat terus disediakan kepada rakyat terbanyak.
Perkara lain yang turut digariskan di bawah program untuk meningkatkan pendapatan boleh gunarakyat ialah:
  • Mewujudkan Perbadanan Perumahan Negara sebagai badan induk yang mengawal, membangunkan dan mengurustadbir skim pembangunan rumah rakyat untuk menjamin setiap keluarga di Malaysia mampu memiliki kediaman yang selesa pada harga yang berpatutan dengan pendapatan mereka.
  • Menyelesaikan kes-kes projek perumahan terbengkalai yang menekan rakyat dengan apa jua kaedah yang difikirkan sesuai oleh kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat pada kadar yang segera.
  • Meneruskan dan meningkatkan skim mikrokredit yang diperkenalkan untuk memberi bantuan khusus kepada golongan termiskin melonjakkan kedudukan ekonomi mereka, melalui bantuan kewangan, latihan dan pemantauan. Setakat ini, RM70 juta telah diperuntukkan untuk skim mikrokredit di negeri-negeri Pakatan Rakyat.
 

Mahkamah bebas peguam Rosli Dahlan

Peguam kanan, Rosli Dahlan bebas tanpa dipanggil membela diri selepas Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memutuskan bahawa pihak pendakwaan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) gagal membuktikan kes prima facie terhadap kegagalannya mematuhi satu notis untuk mendedahkan segala maklumat mengenai asetnya.

Hakim Abu Bakar Katar memutuskan bahawa notis yang ditandatangani Timbalan Pendakwa Raya Kanan SPRM Anthony Kevin Morais gagal membuktikan peguam itu merupakan seorang daripada sekutu bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Ramli Yusof.

Beliau juga memutuskan pendakwaan gagal untuk membuktikan bahawa Rosli secara sengaja gagal memberi maklum balas terhadap notis yang dikeluarkan Morais.

"Morais juga gagal membuktikan bahawa dia mempunyai asas untuk mengeluarkan notis itu," kata Abu Bakar.

Pada 12 Oktober, Rosli dihadapkan ke mahkamah kerana kerana dituduh gagal mematuhi notis untuk mendedahkan segala maklumat berhubung harta miliknya dalam tempoh dua bulan sebagaimana disyaratkan mengikut notis bertarikh 17 Julai, yang kemudiannya dilanjutkan ke 16 Ogos, satu kesalahan mengikut Seksyen 32 (2) Akta Pencegah Rasuah 1997.

Jika disabit kesalahan, boleh dihukum penjara minimum 14 hari dan maksimum 20 tahun dan dikenakan denda tidak melebihi RM100,000.

Rosli, 46, rakan kongsi sebuah syarikat guaman terkenal dan seorang rakan karib Ramli, pada hari tuduhan dibaca ke atasnya pada 12 Oktober 2007 memberitahu mahkamah bahawa pendakwaan terhadapnya sehari sebelum Hari Raya akan menyebabkan beliau menjadi bahan cemuhan jika ke masjid esoknya untuk bersolat raya.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita, keputusan mahkamah hari ini membuktikan kebebasan badan kehakiman di negara ini.

"Saya menunggu tiga tahun untuk menyangkal pertuduhan ini," katanya.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM Zulqarnain Hassan berkata beliau akan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu. Rosli diwakili Datuk M Kumaraendran dan Chetan Jethwani.

Pada 12 Mac tahun lepas, Ramli dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen terhadap tiga pertuduhan gagal mendedahkan maklumat mengenai pemilikan 20,000 unit saham Telekom Malaysia Berhad, 154,000 unit saham Permaju Industries Berhad dan dua lot pejabat di bandar, bernilai RM1,032,840.

Pada 27 Julai, 2008, Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu membebaskannya daripada tuduhan salah guna kuasa pada 2007, berhubung dakwaan menggunakan pesawat Cessna polis untuk kegunaan peribadi.

Ramli hadir di mahkamah semasa perbicaraan hari ini.

- Bernama

Empat pengikut ajaran Syiah ditahan Jais temui Suhakam


KUALA LUMPUR, 20 Dis – Empat daripada 200 pengikut ajaran Syiah yang ditahan minggu lalu, hari ini mengadakan pertemuan dengan Suhakam, dipercayai untuk mendapatkan bantuan badan itu.
Bagaimanapun kumpulan yang diketuai Mohd Haidar Mohd Hashim itu enggan memberikan sebarang komen berhubung pertemuan dengan Suhakam.
Walaupun diajukan pelbagai soalan, Mohd Haidar cuma mengatakan pertemuan dengan Suhakam adalah untuk berbincang dan akan mengadakan sidang media dalam tempoh terdekat.
“Hari ini kita hanya mengadakan diskusi dengan Suhakam dan keputusan yang dicapai ini akan dibuat dalam satu sidang media nanti.
“Saya minta maaf kerana tidak boleh beritahu apa yang dibincangkan, kita akan adakan lagi pertemuan dengan Suhakam. Saya tidak boleh kata apa-apa kerana ia turut melibatkan institusi lain, saya kena jaga imej institusi lain juga,” katanya kepada pemberita sebaik sahaja selesai mengadakan pertemuan dengan Suhakam di sini.
Pertemuan itu diadakan sekitar 2 petang tadi dan berlarutan kira-kira satu setengah jam.
Mohd Haidar bagaimanapun tidak menolak pertemuan dengan Suhakam hari ini adalah untuk mendapatkan penjelasan dan nasihat berhubung tangkapan 200 pengikut ajaran Syiah.
“Kita jumpa untuk dapatkan penjelasan dan nasihat daripada Suhakam, dalam minggu ini kita akan datang lagi.
“Semua sudah selesai tapi kita diminta supaya tidak buat sidang media hari ini,” katanya.
Minggu lalu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menahan 200 pengikut dan dua ketua kumpulan ajaran itu di sebuah rumah kedai di Taman Seri Gombak, Batu Caves, Selangor pada Khamis lepas.
Sebahagian pengikutnya yang ditahan merupakan pensyarah dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT), peguam dan kakitangan kerajaan.
Pengikutnya terdiri daripada 75 lelaki dan 35 wanita tempatan, enam wanita dan tiga lelaki warga Indonesia, dua wanita Myanmar serta masing-masing seorang lelaki Pakistan, Myanmar dan Iran, manakala selebihnya kanak-kanak.
Dalam serbuan sepasukan penguat kuasa Jais, kesemua pengikut sedang khusyuk berselawat dan mendengar khutbah daripada seorang lelaki warga Iran.
Ia merupakan penahanan terbesar melibatkan pengikut ajaran yang didakwa sesat dicatatkan di Selangor setakat ini.
Jais percaya ajaran tersebut turut tersebar di negeri-negeri lain.
Kumpulan yang ditahan itu menganggap penganut Islam mazhab lain sebagai kafir dan halal dibunuh.
Dua ketua kumpulan itu telah dihadapkan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat dan dibebaskan dengan ikat jamin.
Manakala pengikut lain pula turut dibebaskan dengan jaminan Jais dan akan dipanggil untuk diambil keterangan dalam masa terdekat.

Make Money : Bloggers Wanted

As part of BN Machinery to counter oppostion and pro opposition bloggers. UMNO and PBB has set up a RM10 million Cyber War Fund.
We invited Sarawakians with journalistic instinct to contact or visit any PBB, PRS and SUPP branches to register yourself as an interested party.
Qualified Candidates will be notified within 7 days.
Training will be conducted by NST, Malay Mail (Datuk Rocky Bru) and Utusan Melayu at Pusat Latihan UMNO at Janda Baik.
Every blogger will be given a granted of RM30,000 to set up their blog, whether it is free or paid hosting, besides being paid monthly allowance of RM5,000.00 per month.
We therefore call on all responsible Sarawakians to register themselves at offices of Sarawak BN Component parties.
It is your duty to defend Sarawak from the onslaught by Sarawak Report and Radio Free Sarawak.

YB Abdul Karim Hamzah
YB Fadzillah Yusof

KETAHUILAH SIAPA DI BELAKANG APCO WORLDWIDE...

Amaran perkara ini sebenarnya sudah ramai yang tahu tapi buat tak nampak... So jangan terkejut bila anda juga bakal diketahuikan lagi siapa di belakang APCO Worldwide.. Sebelum ini aku ada tayangkan surat dimana menunjukan kaitan antara APCO Worldwide dengan Goverment Israel Zionis.. Tapi kali nih kite kene tahu pula siapa di belakang APCO Worldwide Malaysia... atau bahasa mudahnya Mastermind nya... jengjengjeng... (seyes!)

Korang tau siapa? Siapa yang biayai APCO di Malaysia sehingga depa nih boleh hidup dan kaya raya di bumi Mesia nih?

Hangpa ingat di belakang APCO nih Bush atau Lee Kwan Yew atau pun ANWAR ataupun Aaron Sharon...? Anda Silap!! Rosmah? Rosmah pun sama sekali tidak terlibat di belakang APCO.. kalau belakang kes Sayffol dan Altantunya die mungkin terlibatlah... tapi kes APCO  korang tau sape? Nih aku nak bagitau lah....


Dia (baca makhluk melayu) nih dan kabinet dia lah yang berada di belakang APCO... manataknya... kerana dia lah yang meluluskan pembayaran sebanyak 77juta setahun untk memberikan kesenangan hidup pada APCO... mana maruah korang weh? 77Juta tu... duit kita tu.. jadik memang tak salah lagi memang Najib dan Kabinet lah yang berada dibelakang APCO selama ini... Jika Najib tak bayar APCO, APCO munggkin akan balik ke kampung halaman mereka... Jadik celakalah pada siapa yang bersubahat dengan APCO ZIONIS..

surat kaitan ISRAEL ZIONIS dan APCO WORLDWIDE (Surat menunjukan APCO ada kaitan dengan Yahudi ZIONIS)

Bukti surat penerimaan APCO sebanyak 420,00 dollar /6bulan dari Mesia

minta sebar pada umum untuk memberi kesedaran bahawa makhluk yang membiyai kehidupan syarikat APCO Worldwide adalah orang Melayu sindri.. sekian...

Surendran ready to take up the challenge

By Teoh El Sen

PETALING JAYA: Though taken by surprise over his appointment as one of PKR's seven vice-presidents, lawyer N Surendran said he was ready to take up the challenge to change the Barisan Nasional-led government.
My aims are very simple. I want to see a country that is ruled fairly. I want to see an end to oppression and oppressive laws, and an end to all cruelty perpetuated by the government, the police, or whomever. I want to see a country that is free," he told FMT.
On Saturday, Surendran was appointed one of three vice-presidents along with Johor chief Chua Jui Meng and Sarawak's Baru Bian. Those elected to the post were Nurul Izzah Anwar, Tian Chua, Fuziah Salleh and Mansor Othman.
Surendran's appointment caused ripples, especially among Indian party members. Previously, Dr Xavier Jeyakumar was anticipated to get the nod to be the Indian representative in the party's hierarchy.
Defeated vice-presidency contender N Gopalakrishnan had also publicly voiced his displeasure over Surendran's appointment via micro-blogging site, Twitter.
"I was approached to consider a veep position and after some thought, I accepted. The appointment, however, came as a surprise to me and to everyone," said Surendran, 44.
Surendran was stoic about the unhappiness over his appointment, saying: "It's natural. I hope they will come around and focus on the main goal as the Indian community has real problems.
"I know this from the days I was a legal adviser to Hindraf. The problems facing the Indian community is something that really needs attention, but it has to be tackled in tandem with the problems of other races as well. I will help wherever I can but I wouldn't say I'm the 'end all' solution to their problems."
'I did not lobby'
Surendran denied an allegation that he was aligned to former vice-president R Sivarasa who many claimed had lobbied for his appointment.
"I did not lobby, neither did Sivarasa. There was no lobbying at all. I believe it was a collective decision of the party leadership. Sivarasa is a colleague and one of the best politicians and lawyers out there but that doesn't mean we are political cronies."
While admitting that he had never been active in the party aside from being an ordinary member, Surendran said that he has been a PKR member since 2002.
"I joined because I believe in the struggle for justice. I was doing my bit as a human rights lawyer and helping out the party whenever there were legal troubles.”
On his tasks as a vice-president, Surendran admitted that he did not know where he fitted in yet, as the first meeting has not been held.
"My aims are very broad at present as I don't know where I can best fit in. Anything I can do to help change the government, then I'm prepared to do."
"But the general scope of a veep is to carry out the policies of the three parties within Pakatan Rakyat – to push, promote and carry out programmes for the party.
"And in an even more general manner my task would be to fight to remove oppressive laws and create a more balanced playing field for all Malaysians.”
A candidate in the next GE?
On whether he would be open to the idea of being a candidate in the next general election, Surendran, whose name was mentioned as a potential candidate in the last Bukit Selambau by-election, said he would "cross the bridge when I reach it”.
"I would have to think hard about it but if it helps change things, and if I'm needed, then yes, I would go for it. If there are more able and better candidates, then I'm fine with that too."
He conceded that his appointment would be "more taxing" for him as he would have less time for his legal practice and must to find time to juggle both jobs.
Surendran is widely known for his involvement in several high-profile cases such as the deaths in custody of Francis Udayapan and A Kugan, as well as in the fatal shooting of Aminulrasyid Amzah.
He also represented private investigator P Balasubramaniam's nephew when the former went missing in 2008.
He said he had started his activism in 1998 during the “reformasi” period and had represented many of those arrested for gathering peacefully.
Surendran is also actively involved in several NGOs, including Malaysia Animal Rights Society, Malaysian Against Death Penalty and Torture and Malaysians Against Discrimination of the Disabled and Lawyers for Liberty.
He said he would continue with his NGO works as they were consistent with the ideals of PKR and Pakatan.
"When I told my family about my appointment, my mother asked me: 'Are you sure you want to get into all this?' But my family members were all supportive."
"I know there's a perception that politics is dirty, sleazy, and that politicians are out for themselves. But ultimately, it is a means to improve the life of the nation. It's a genuinely high calling. I don't think anyone who is out for themselves should enter politics."
Better governance
Surendran's philosophy in life? "Before I die I want to know that I have helped my fellow men. I take pleasure and satisfaction when I have helped someone who is a victim of injustice."
"I hope to make a real change and contribute towards the goal of reforming the institutions in the country... towards better governance. With political freedom, we will have economic freedom.
"And with that, we can then question decisions by the government to improve our condition. I want a free press, an end to all cruelties, and a functioning democracy that is based on solid political discourse that is seen in Western countries."
"l hope this country can move away from parochial views of race and religion. These are all the things I cherish and have fought all this while. It is consistent with my struggle," he said.

Konvensyen PR 2 : Ucapan Nurul Izzah Anwar


Ucapan Konvensyen Pakatan 2010
Bismillahhir Rahmannir Rahim
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.
Terima kasih Tuan Pengerusi,
Yang saya Hormati lagi DiSayangi,
Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail,
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim,
Presiden Parti Islam SeMalaysia,YB Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang
Pemimpin Parlimen DAP, YB Sdr Lim Kit Siang
Yang saya Kagumi lagi Kasihi,
Rakan-rakan Pakatan Rakyat semua.
Sidang Perwakilan sekalian,
Perjuangan Politik Memenuhi Amanah Rakyat
Mengapakah kita datang dari seluruh pelusuk Negara berkumpul pada hari ini?
Kita berkumpul pada hari ini, di sini, di Kepala Batas, di konvensyen ini, adalah sebagai penyambung tekad dan penyaksian iltizam kita untuk terus berjuang kerana Rakyat dan untuk Rakyat.
Kita berkumpul pada hari ini untuk mengeratkan tali persaudaraan satu perjuangan menghadapi satu cabaran dan memenuhi satu impian di dalam satu Pakatan demi Kesejahteraan Rakyat, Kemakmuran Negara, Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Demokrasi.
Kita berkumpul hari ini untuk membawa Politik Harapan dan Pembebasan (Politics of Hope and Liberation) Pakatan Rakyat untuk menewaskan Politik Ketakutan dan Kehancuran (Politics of Fear and Destruction) Barisan Nasional.
Kita berkumpul hari ini untuk membina Malaysia yang lebih Baik untuk semua Rakyat (a Better Malaysia for all Malaysians) berpaksikan ketuanan atau keluhuran perlembagaan.
Inilah seruan rakyat yang disahut Pakatan...iaitu sebuah Pakatan Rakyat!
Sidang Perwakilan sekalian,
Kita Tahu...Kita Nampak...dan Kita Bersyukur bahawa........
Negara Kaya dengan Sumber Alam...bijih, minyak, gas, galian, balak dan bermacam lagi.
Negera Kaya dengan Rakyat yang berkerja keras dan ikhlas mencari sesuap nasi.
Negara Kaya dengan sejarah gemilang pengorbanan dan usaha Rakyat memerdekakan Tanahair.
Walaupun Negara Kaya, yang bertambah kaya adalah Kroni BN.
Siapa pula yang miskin dan terus dimiskinkan?
Rakyat yang bertambah Miskin!
Rakyat Miskin, Kroni BN Kaya
Rakyat Miskin Ekonomi, dibeban dengan kos sara hidup yang meningkat dan gaji yang semakin rendah kuasa membeli. Subsidi Rakyat cepat dipotong dapat kononnya jimat RM1.2 bil kononnya manakala subsidi kepada kroni melebihi RM23 bil , subsidi kroni BN bukan saja lambat dipotong walaupun digantikan pula dengan sumber kekayaan projek lain.
Rakyat Miskin Pendidikan, dibeban hutang PTPTN yang sepatutnya boleh ditukar kepada biasiswa penuh yang merangsang terus ekonomi rakyat dan dapat dibiayai daripada 30% keuntungan tahunan Petronas dan program kuota-dalam-kuota dimana 30% ekuiti bumiputera sediada patut dijual di atas nilai par-value kepada sebuah Tabung Pendidikan Rakyat.
Rakyat Miskin Pendidikan bilamana kita dapati bahawa program PINTAR yang dikelolakan bukan oleh Kementerian Pelajaran tetapi oleh isteri perdana menteri akan menawarkan pendidikan sekolah menengah dimana pelajar bukan sahaja dapat menduduki peperiksaan SPM tetapi juga peperiksaan antarabangsa seperti SAT. Pelajar tersebut belajar dua bahasa asing. Pelajar tersebut diberikan kokurikulum berkualiti tinggi. Mengapakah program PINTAR ini tidak menjadi program asas pendidikan menengah untuk semua rakyat Malaysia bukan segilintir elit?
Rakyat Miskin Perpaduan, diadu dombakan dengan api perkauman dan ditakut-takutkan sekarang dengan fahaman 'pluralisme keagamaan' yang sengaja diputar belitkan untuk mengelirukan rakyat.
Tetapi.....yang paling menyedihkan adalah Rakyat Miskin Demokrasi.
Rakyat Miskin Demokrasi kerana selama 53 tahun kita merdeka, 50 tahun sehingga sekarang kita masih dibawah perisytiharan darurat. Musuh-musuh Negara sudah lama tewas. Siapa pula yang dianggap BN sebagai musuh Negara sekarang? Komunis? Teroris? Ekstremis? Atau Rakyat?
Rakyat Miskin Demokrasi kerana masih wujud undang-undang anti-demokratik seperti ISA, AUKU dan PPPA. Undang-undang ini untuk selamatkan dan lindungi siapa? Barisan Nasional? Umno? Kroni? Atau Rakyat?
Rakyat Miskin Demokrasi kerana Proses Pilihanraya kita tidak telus dan tidak BERSIH. Proses Pilihanraya yang berat sebelah untuk mengekalkan kuasa siapa? Barisan Nasional? Umno? Kroni? Atau Rakyat?
Rakyat Miskin Demokrasi kerana tiga hari yang lalu Parlimen dicemari dan dinodai dengan jenayah proses keadilan yang kejam lagi brutal ala-Zimbabwe, ala-Korea Utara untuk menghukum tanpa bicara dengan penggantungan empat wira ahli parlimen Pakatan Rakyat yang mendedahkan penipuan dan subahat kerajaan Barisan Nasional mengenai peranan APCO. Siapakah yang Parlimen wakili dan lindungi? APCO? Atau Rakyat?
Sidang Perwakilan sekalian,
Akta Pemulihan Demokrasi Cabaran Pakatan Kepada BN
Kita Cadangkan.... Kita Canangkan.....Kita Cabar Barisan Nasional untuk kembalikan hak dan maruah rakyat yang merdeka dengan menerima huluran tangan dwi-partisan dimana Pakatan Rakyat bersedia untuk bersama-sama Barisan Nasional didalam membentangkan AKTA PEMULIHAN DEMOKRASI dengan memanggil sidang tergempar parlimen 30 hari dari sekarang.
Akta ini adalah tanda keikhlasan Pakatan Rakyat untuk menyelamatkan Negara dari ambang kehancuran.
Akta ini adalah tanda kesungguhan Pakatan Rakyat untuk bertindak dengan penuh hikmah demi kesejahteraan rakyat.
Akta ini adalah tanda Politik Kejujuran serta Politik Harapan dan Pembebasan yang menjadi hak rakyat untuk menilai perbezaan Pakatan Rakyat daripada Barisan Nasional.
Dan apabila Akta ini diluluskan dan rakyat masih juga memilih Barisan Nasional sebagai kerajaan, maka Pakatan Rakyat akan menerima pilihan rakyat dengan tangan dan hati terbuka kerana kita yakin, kita patuh dan kita setia kepada kehendak rakyat semua.
Saya wujud kepada:
DEKLARASI KEMPEN MEMORANDUM SATU JUTA TANDATANGAN RAKYAT MENYOKONG PEMBENTANGAN DWI-PARTISAN AKTA PEMULIHAN DEMOKRASI KEPADA DYMM YANG DI PERTUAN AGONG MALAYSIA
AKTA INI berasaskan 6 perkara pokok seperti berikut:
  • Membatalkan semua Pengisytiharan Darurat;
  • Memansuhkan semua undang-undang Anti-Demokratik;
  • Menunaikan Perjanjian Kemasukan Sabah dan Sarawak kedalam Malaysia;
  • Menjaminkan Ketelusan Pilihan Raya Umum;
  • Mengembalikan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan;
  • Mewujudkan Kebebasan Media;
Oleh Yang Demikian, Pakatan Rakyat akan melancarkan KEMPEN MEMORANDUM SATU JUTA TANDATANGAN RAKYAT MENYOKONG PEMBENTANGAN DWI-PARTISAN AKTA PEMULIHAN DEMOKRASI KEPADA DYMM YANG DI PERTUAN AGONG MALAYSIA demi Agama, Bangsa dan Negara.
Sidang Perwakilan sekalian,
Mari kita turun ke padang untuk memberitahu rakyat dan menjemput rakyat meneliti tawaran dwi-partisan Akta ini.
Akta ini menjadi penyambung kepada Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang mengandungi 131 perkara tindakan yang dimana sebahagiannya telah diambil, ditiru dan digunakan oleh Barisan Nasional seperti gaji minimum pekerja, bantuan dana hilang pekerjaan, cuti bersalin 90 hari, dan tindakan afirmatif berdasarkan keperluan dan bukan perkauman, serta penangguhan GST.
Saya ulang, kita mampu menghasilkan dasar-dasar pro-rakyat, mampu memimpin 4 kerajaan negeri dengan tenang, berkesan, berhikmah, berhemat walaupun menghadapi sekatan dan sabotaj bertubi-tubi.
Akta ini adalah garis pemisah politik diantara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.
Akta ini adalah sumbangan ikhlas dan berani Pakatan Rakyat kepada Barisan Nasional.
Akta ini adalah penentu siapakah sebenar pejuang dan penderhaka kepada rakyat?
Pejuang Rakyat berani memulihkan demokrasi, manakala Penderhaka Rakyat terus merosakkan demokrasi.
Hipokrasi demokrasi Barisan Nasional akan terbukti kepada bukan sahaja rakyat malah kepada seluruh dunia seandainya tawaran dwi-partisan Akta Pemulihan Demokrasi ini:
DiTolak, DiPerkecilkan, DiPersendakan DiPutar Belitkan BN.
Tetapi kita yakin bahawa BN akan menyahut tawaran ini kerana bukankah janji Perdana Menteri bahawa 'Rakyat DiDahulukan'?
Kita tunggu dan lihat samada janji hanya tinggal janji.
Sidang Perwakilan sekalian,
Thomas Jefferson pernah berkata:
Apabila Rakyat Takut kepada Kerajaan, ini adalah satu kezaliman;
Tetapi apabila Kerajaan Takut kepada Rakyat, ini adalah kemerdekaan."
Siapa Takut Hilang Kuasa kerana akan Hilang Harta?
Jawapannya Barisan Nasional!
Siapa pula Tidak Takut Berjuang untuk Kembalikan Kuasa Rakyat?
Jawapannya Pakatan Rakyat!
Dengarlah dan ketahuilah bahawa walaupun Barisan Nasional mungkin nampak tersusun, teratur, kuat, gagah, kaya, berkuasa dan tidak dapat dikalahkan;
Tetapi yakinlah dan percayalah bahawa BARISAN NASIONAL tidak miliki SATU PERKARA...SATU PERKARA yang menjadi kekuatan PAKATAN RAKYAT iaitu KEBENARAN.
Kebenaran akan tetap hancurkan Kebatilan.
Kebenaran akan tetap kalahkan Kebatilan.
Kebenaran akan tetap atasi Kebatilan.
Sidang Perwakilan sekalian,
Barisan Nasional Merancang tetapi Allah lebih baik Merancang.
Berani kerana Benar.
Ayuh kita Maju Bersama dengan kibaran Panji-Panji Kebenaran!
Kebenaran untuk Rakyat!
Kebenaran demi Rakyat!
Kebenaran dari Pakatan Rakyat!
Sekian.

Former Immigration deputy D-G jailed


yusof_Abu_BakarKUALA LUMPUR - The Sessions Court on Monday sentenced a former deputy director of the Immigration Department, Yusof Abu Bakar, to a total of 56 years jail and fined him RM620,000 after having found him guilty on 14 counts of having received RM121,500 in bribes for approving the visit passes of Chinese nationals two years ago.
Judge Abu Bakar Katar ordered the jail sentences to run concurrently and Yusof, 56, would only have to serve six years imprisonment from Thursday when he was found guilty.
He also allowed an application by Yusof's counsel Mohammed Azmi Mohd Said for a stay of execution pending appeal to the High Court.
On Thursday, Abu Bakar said the defence had failed to raise a reasonable doubt in the prosecution's case and found Yusof guilty, and set sentencing for today.

Yusof was alleged to have received bribes of between RM500 and RM18,500 for each transaction from a sales manager between March 21 and June 25, 2008.
Yusof was accused of having committed the offences at his office in the Control Division, Level 7, Malaysian Immigration Department, Block 2G4, Precinct 2, Putrajaya, at the Federal Hotel, Jalan Bukit Bintang, and at the Caltex Petrol
Station in Jalan Pudu, here.
All the charges were under Section 11 (a) of the Anti-Corruption Act 1997 and punishable under Section 16 of the same act.
Upon conviction, he was liable to a prison term of not less than 14 days and not more than 20 years, and a fine of not less than five times the value of the bribe or RM10,000, whichever was higher.
Abu Bakar had imposed the lowest jail term at two years and the highest at six years and the lowest fine at RM10,000 and the highest at RM92,000 for the 14 charges.
Earlier, Deputy Public Prosecutor Mohd Sophian Zakaria of the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) objected to the application for a stay of execution, saying the defence had failed to show any special circumstances in the oral application.
Counsel Mohammed Azmi said the court had the authority to allow the application.
Judge Abu Bakar allowed the application and ordered that a notice of appeal be submitted Tuesday morning, failing which the court would withdraw the approval for the stay of execution.
On Oct 15, another Sessions Court acquitted and discharged former Immigration director-general Datuk Wahid Md Don on a charge of having received bribes totalling RM60,000 as an inducement to expedite the approval of visas for Bangladesh workers.
Wahid, 57, was accused of having received the bribes from a businessman on July 10, 2008 as an inducement to expedite the approval of 4,337 visas for Bangladesh workers coming to work in the country.
The appeal against the acquittal and discharge is pending in the High Court here. - Bernama

Nik Aziz Dibenar Keluar Hospital


KOTA BAHARU 20 DIS: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dibenarkan keluar hari ini.

Beliau yang menerima rawatan susulan kerana menghidap sakit pinggang di Hospital Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
    
Sementara itu, bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi meluangkan masa lebih sejam melawat Nik Aziz hari ini.

Beliau diiringi anggota exco Pemuda Umno Datuk Reezal Merican Naina Merican.          
   
Abdullah kelihatan memasuki hospital itu pada 10.30 pagi dan keluar pada 11.45 pagi, dan 15 minit kemudian, Nik Aziz pula keluar dari wad hospital itu
dengan menggunakan kerusi roda sebelum memasuki kereta rasmi setelah dibenarkan pulang berehat di rumahnya.
   
Nik Aziz memberitahu pemberita bahawa beliau dan Abdullah "bercakap perkara biasa".
   
Setiausaha Sulit Khas Menteri Besar, Rosdi Abdullah, berkata Nik Aziz dibenarkan pulang oleh doktor kerana kesihatannya bertambah baik selepas
menjalani rawatan pembedahan laser di bahagian pinggangnya.-Bernama.

Azan: Notebook 1 Malaysia Ada Penyelewengan Berlapis





Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail mendakwa wujud penyelewengan dalam pemberian notebook 1Malaysia yang diagihkan kepada rakyat miskin apabila individu yang dilantik sebagai 'pemberi' atau 'penerima' diberi pilihan sama ada untuk menerima wang RM400 atau pun notebook berkenaan.
'Pemberi' ini biasanya dikalangan ketua-ketua bahagian Umno manakala 'penerima' dikalangan penyokong tegar Umno.
"Kononnya buat alasan bagi komputer percuma, saya hendak mencabar kerajaan yang pada saya ada skandal yang amat besar yang perlu dibongkar sebab nilai pemberian 1 juta notebook keseluruhannya berjumlah RM1 bilion dibazirkan.
"Apakah hasilnya? beri komputer yang tidak seberapa kepada budak-budak miskin, bawa balik rumah, tak tahu nak guna lepas itu jadi skandal berlapis.
"Ada orang yang dilantik sebagai pemberi atau penerima akhirnya diberi pilihan sama ada hendak komputer atau hendak duit, orang itu kata hendak duit lah, sebab kalau bagi duit, dapat RM400.
"Banyak di kawasan luar bandar yang sepatutnya menerimanya komputer telah ditawarkan duit RM400," jelasnya kepada Tv Selangor.
Akhirnya kata Azan, projek pemberian notebook tersebut lebih terdedah kepada penyelewengan apabila penerima-penerima notebook tersebut hanya mengambil wang dan bukannya notebook.
Ujarnya lagi, beliau kini sedang mengumpul bukti-bukti untuk mendedahkan perkara tersebut di Parlimen.
Tegasnya, kalau betul kerajaan benar-benar melaksanakan pemberian tersebut, sepatutnya sudah tidak ada lagi orang miskin di negara ini.
"Notebook ini diberikan kepada siapa? kepada kroni sahaja. Kemudian, yang mustahaknya adalah nilai sebenar notebook yang diberikan itu cuma bernilai RM200 berbanding RM1000 yang dijual kepada kerajaan. Notebook yang diberikan itu setakat ketuk tulis nombor dengan perkataan, internet, Wi-Fi semuanya tak ada, tidak boleh buat apa-apa pun.
"Setakat nama saja komputer tapi hakikatnya tidak mempunyai apa-apa fungsi, nilainya murah kualitinya tetapi dinilai RM1000  tetapi pada hal nilai yang sebenar hanya RM200," ujar beliau.
Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan hari ini berkata sehingga kini belum menerima sebarang aduan rasmi mengenai penyelewengan pengagihan notebook 1Malaysia sementara Azan ketika dihubungi menegaskan beliau telah membangkitkan isu penyelewengan tersebut di Parlimen tetapi tidak dihiraukan.
Timbalan menteri berkenaan Datuk Joseph Salang dalam kenyataannya berkata walaubagaimanapun,kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bersama-sama Kementerian Pelajaran mengadakan pemantauan dan penambahbaikan proses pengagihan secara berterusan.

Konvesyen Berjaya Jawab Isu Besar- Dr Mujahid


KEPALA BATAS 20 DIS: Kali kedua diadakan konvensyen Pakatan Rakyat semalam dianggap berjaya mencapai matlamatnya, ujar Pengerusi Jawatankuasa konvensyen Dr Mujahid Yusof Rawa.

Katanya yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar, keterlibatan peserta diluar jangkaan, setiap parti menghantar 600 perwakilan. Dicampur dengan pemerhati ia mencecah 3000 orang.

Lebih membanggakan, konvensyen ini berjaya menjawab isu dan tohmahan Umno-Barisan Nasional.

"Konvensyen ini berjaya menjawab persoalan penting seperti isu Melayu, agama Islam, Raja-raja Melayu telah banyak memberi jawapan dalam memahamkan dan menjawab tomahan. Secara rumusan kerjasama ketiga-tiga parti adalah yang perlu ambil kira sebagai penting dan baik. Ketiga-tiga parti pasukan Pulau Pinang berjaya melaksanakan konvensyen di Pualau Pinang baru-baru ini.

"Matlamat konvensyen berjaya dan semua berjalan dengan lancar dari awal hingga akhir," katanya.

Turut menjadi kebanggaan pada kali ini ialah penyertaan pemimpin pelapis dari ketiga-tiga komponen Pakatan Rakyat sehingga mendapat pujian Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu mengulung perbahasannya semalam.

"Kalau kita lihat yang membahas isu adalah kalangan anak muda. Pimpinan pelapis kita tunjukkan, kita tidak kekurangan pelapis. Pimpinan kita dari PAS, DAP dan PKR bukan sahaja banyak tetapi melimpah ruah, dari sudut keupayaan sumber kepimpinan Pakatan Rakyat, saya boleh katakan lebih berkualiti dari barisan nasional.

"Mereka(anak muda) mengambarkan kepada orang ramai bahawa telah bersedia untuk membuat perubahan besar bagi negara ini dan  membawa rakyat untuk bersama-sama kita," jelasnya kepada Tv Selangor.

Slogan Pakatan ke Putrajaya hanya untungkan Najib, BN?

Oleh Zainulfaqar Yaacob
Barisan Nasional khususnya Umno sebenar suka sekiranya Pakatan Rakyat terus melaungkan slogan “Menuju Ke Putrajaya Pada PRU13″.
Dengan slogan itu, Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak serta timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh melakukan sesuatu untuk memecahkan tapak sokongan rakyat yang pada pilihan raya umum ke-12 lalu memberi harapan kepada PAS, DAP dan PKR.


Najib sudah mengajak rakyat supaya tidak menggadai harapan kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-13.
Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang dan Ketua Umum Pakatan Rakyat dicela sebagai “saudagar mimpi”, “pemimpin penipu” dan sebagainya.
Apa yang diperkatakan oleh pemimpim-pemimpin Umno dan Barisan Nasional itu semata-mata untuk membentu persepsi baru di kalangan rakyat yang sebelum ini melihat beberapa prestasi kurang baik sama ada pada parti-parti kawanan Pakatan Rakyat, kepemimpinan parti serta beberapa polisi pentadbiran di negeri-negeri pimpinan Pakatan Rakyat yang dilihat tidak menguntungkan rakyat.
Dari segi yang lain, slogan “Menuju Ke Putrajaya Pada PRU13″ tentunya digunakan oleh Najib untuk menyuntik semangat petrotisme dalam kalangan jentera Umno dan Barisan Nasional untuk mempertahankan Putrajaya.
Apabila Najib ketika pemilihan agung Umno yang lalu mengajak ahli-ahli parti perkaumannya mempertahankan Putrajaya dari dirampas oleh Pakatan Rakyat, di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat (termasuk PAS) pula mendakwa pentadbiran Najib sedang “gelabah”.
Impak berantainya, jentera Pakatan Rakyat pula seakan optimis “kosong” walhal dalam era peperangan persepsi, perkara sedemikian tidak menguntungkan jentera PAS.
Lihat persiapan jentera Pakatan Rakyat sama ada PKR, DAP atau PAS sendiri untuk melihat respons hakiki di sebalik semua ini.
Selalunya, satu-satu slogan yang digendangkan oleh satu-satu pihak demi membangkitkan petrotisme pihaknya selain melemahkan semangan pesaingnya dengan mengambil kira soal “kesesuaian keadaan” dan “ketepatan masa”.
Menggendangkan slogan “Menuju Ke Putrajaya Pada PRU13″ pada musim pilihan raya umum lalu adalah tepat dari segi masa dan keadaan.
Namun, mengulanginya pada pilihan raya umum ke-13 bakal menguntungkan musuh dan merugikan jentera PAS serta Pakatan Rakyat pula.
Bertitik-tolak dari asas-asas di atas, elok PAS mempopularkan slogan “PAS sasar menjadi pembangkang terkuat selepas PRU13″.
Setidak-tidaknya penyokong tradisi PAS pada pilihan raya umum lalu tidak memandang jelik terhadap iltizam politik PAS di samping menilai prestasi kepemimpinan PAS serta urus tadbir Kelantan dan Kedah selama lebih dua tahun ini.
Dari segi yang lain, jentera PAS implisitnya akan bekerja keras untuk menjadi PAS sebagai “pembangkang terkuat” di samping mempertahankan kerajaan negeri yang sedia dipimpin oleh Pakatan Rakyat serta kerusi-kerusi Parlimen yang telahpun dikuasai oleh PAS.
Untung-untung, rakyat sendiri kian simpati pada iltizam politik PAS pada kala Umno dan Barisan Nasional semakin angkuh menipu rakyat dengan pelbagai slogan “tin kosong” pada pilihan raya umum kelak.
Setuju?

II. Kontroversi buku Mujahid "Menuju PAS Baru"

Anak usrah Ustaz Yahya Othman semalam memberitahu, bahawa Ajk PAS Pusat Datuk Abu Bakar Chik (ABC) baru-baru ini ke Kelantan bertemu dengan Yahya.
Dilaporkan ABC menuduh Dr Mujahid Yusof Rawa, anak bekas Mursyidul Am PAS cuba membuat onar dalam “jamaah” dengan menulis “Menuju PAS Baru”.
Mujahid dituduh sebagai “anai-anai” JIM (Jamaah Islah Malaysia) dalam PAS.(Kita tak sedar yang Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Yahya dan banyak lagi pimpinan utama lain bukan asal dari PAS, tetapi bekas ABIM)
Difahamkan tuduhan itu ekoran Mujahid pada “Lekuk Ketiga” seakan mendedahkan kelemahan Hadi dan kepemimpinan Ulama PAS dalam meniti arus demokrasi di tanah air ini.
Yahya yang dikenali sebagai “murabi” dan ikon “Ikhwan” dalam PAS turut didesak supaya meng”haram”kan ahli-ahli PAS dari membaca buku kontroversi itu.
“Yang mengajar Mujahid mengaji al-Quran, yang tarbiah Mujahid masa kecil itu antaranya ana (saya/Yahya) di rumah al-marhum Ustaz Yusof Rawa (bekas Mursyidul Am PAS).
“Baguslah kalau dia kritik ulama PAS sekarang, ulama kita pun ada yang ‘belawok’ (menipu),” jelas Yahya kepada ABC.
Difahamkan, Yahya menyindir kepemimpin ulama tertentu yang menyokong usaha “Kerajaan Perpaduan” antara PAS dan Umno walaupun awalnya menipu ahli-ahli parti, wartawan dan rakyat dengan menafikan “rundingan dalam gelap” itu.
Baru-baru ini, ABC khabarnya menemui Ustaz Fadhli Shaari, Setiausaha Akhbar bagi Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.
Fadhli cuba dihasut supaya meminta Nik Aziz meng”haram”kan penulisan popular Mujahid itu.
Yang menarik, Fadhli mempersoal motif desakan ABC serta menyuarakan rasa tidak bersetuju dengan hasrat tersebut secara tidak langsung.
Bahkan, Fadhli mencadangkan supaya wacana mengenai buku “Menuju PAS Baru” itu dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan pula secara ilmiah dengan menjemput Mujahid memberikan penjelasan buku lalu direspons oleh tokoh-tokoh yang layak.
ABC tidak bersetuju dan meninggalkan Fadhli.
Khabarnya Ajk PAS Pusat Ridhwan Mohd Noor berhasrat menulis satu buku dalam tulisan popular menyanggah karya Mujahid.
Inisiatif itu sebenarnya lebih wajar berbanding inisiatif ABC yang dianggap sesetengah pihak sebagai kaedah “Talibnanisasi”.
Insiatif itu juga lebih baik dari inisiatif menantu Presiden PAS, Zaharuddin Mohamad mengadakan muzakarah Ulama Muda PAS lalu menolak karya Mujahid mentah-mentah kononnya atas disiplin syariah.
Mujahid dalam satu forum di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor baru-baru ini mempersoal tindakan Zaharuddin menolak karyanya itu.
Zaharuddin yang juga dikenali sebagai Din Ayam dan “Khairy versi PAS” dipertikai kerana tidak menjemput Mujahid dalam muzakarah “misteri” anjuran Ulama Muda PAS itu.
Tak sabar menunggu buku Ridhwan!
Senario ini menggambarkan beberapa pemimpin PAS (khusus dari Terengganu) nampaknya angkuh serta tidak bersedia menerima kritikan dari luar dan dalam parti.
Cukuplah Tun Dr Mahathir dikenali sebagai Mahafiraun disebabkan keangkuhannya waktu jadi PM, jangan kita (PAS) pula dikenali sebagai “Haman” disebabkan enggan menerima buku “Menuju PAS Baru” ini.
Setuju?

Bunuh Karakter Anwar, Umno Ulangi Tindakan Terhadap Datuk Onn


KEPALA BATAS 20 DIS: Umno membunuh karekter Datuk Seri Anwar Ibrahim sepertimana yang dilakukan terhadap pengasasnya Datuk Onn Jaafar dakwa Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Parti Negara dipimpin oleh Datuk Onn Jaafar yang mana Allahyarham Onn difitnah oleh pemimpin Umno ketika itu untuk menutup perjuangan bekas pengasas Umno itu, kata Wan Azizah ketika berucap di hadapan 2000 perwakilan sempena Konvensyen Pakatan Rakyat Kedua dekat sini.

Dr Wan Azizah menambah, Umno-Barisan Nasional(BN) akan terus mematikan perjuangan pembangkang dengan 'pembunuhan karakter' termasuk pada tahun 1964 yang mana Dr Burhanuddin Al Helmy dan Ahmad Boestamam ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Dengan pelbagai sekatan, permainan media dan fitnah serta perkauman melampau, Umno-BN akhirnya berjaya melemahkan perjuangan pembangkang, katanya.

Kini ujar Wan Azizah, Umno-BN tersepit setelah Pakatan Rakyat menerajui beberapa negeri termasuk di Perak yang akhirnya dirampas secara 'keji' oleh mereka.

Apa yang mereka lakukan, semuanya ditutup oleh media mereka(Umno-BN), sebaliknya sedikit kesilapan Pakatan Rakyat akan diperbesarkan, katanya.

Di Parlimen 16 Disember lalu, Umno-BN mengenakan tindakan penggantungan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim (Permatang Pauh), Azmin Ali (Gombak), Sivarasa Rasiah (Subang) dan Karpal Singh (Bukit Gelugor), katanya.

Penggantungan bukan kerana empat ahli Parlimen tersebut bersalah, sebaliknya kerana memperjuangkan isu pengkhianatan Umno-BN ke atas rakyat dalam isu pelantikan agensi perunding, APCO Worldwide dengan bayaran kontrak RM77 juta, katanya.

Pakatan Rakyat membantah penggunaan khidmat APCO bukan kerana soal kepakaran, sebaliknya kerana agensi itu adalah proksi Israel, katanya.

Begitu katanya lagi, Umno-BN terus menerus menggunakan kuasa yang ada mempertahankan tindakan mereka melantik firma dari Israel itu tanpa memperdulikan suara rakyat.

Baginya, pemimpin Umno-BN hanya leka memperjuangkan kekayaan, memperkayakan kroni dan mempertahan apa sahaja kesalahan mereka meskipun terpaksa membelakangkan undang-undang negara.

Berdasarkan kepada senario yang ada hari ini dengan tekanan ekonomi, sosial yang melampau dan penzaliman yang berlaku, beliau mengajak rakyat bersama Pakatan Rakyat untuk menukar kerajaan yang ada kini kepada sebuah kerajaan yang jauh lebih mementingkan hak rakyat.

Fairy-tale rise of Perak's princess in Malaysia's corporate world

Mariam Mokhtar, Malaysia Chronicle

Little is known about her as she is elusive and rarely grants interviews to the press. She is a businesswoman, a lawyer and a princess and her credentials and curriculum vitae are impressive. She is Raja Eleena binti Sultan Azlan Shah and recently, Malaysia’s Prime minister Najib Abdul Razak appointed her company as the joint venture partner for the Mass Rail Transit (MRT) project which is worth RM 36 billion.

Raja Eleena is the fourth child of the current ruler of Perak, Sultan Azlan Shah. She was born on April 3, 1960 and obtained her Law degree from the University of London.

Upon returning to Malaysia, she joined Messrs Skrine & Co and was called to the Malaysian Bar in 1986. Her impressive performance in the legal world meant that by 1987, she was able to set-up her own legal practice Messrs Raja Eleena, Siew Ang & Associates in 1987 of which she is currently a senior partner.

Her royal pedigree is just as impressive, and her common touch is endearing to all. Her mother is from Penang and was the first commoner to be installed as Raja Permaisuri Agong of Malaysia. Her paternal grandmother, Toh Puan Dewangsa Khadijah binti Ahmad, was the commoner wife (later divorced) of Sultan Yusuff Issuddin Shah ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil Nasruddin Makhtaram Shah who reigned from 1948 – 1963. Her grandmother had the bright insight to raise her son, Azlan Shah outside of the royal circle, to increase his exposure and experience of life.

A few years after her return to Malaysia, Raja Eleena’s sharp legal mind and her enterprising professionalism, meant that the corporate world would soon come knocking on her door.

On 1 June 1992, Raja Eleena was appointed to the Board of Gamuda, the country’s largest construction and engineering conglomerate, with interests in construction, water, toll and property development.

On hand to advise her on the intricacies of the engineering world, was her uncle, Kamarul Zaman bin Mohd Ali, an Executive Director of Gamuda Bhd. He too was admitted to the board, on 1 June, 1992.

Kamarul has been actively involved in overseeing Gamuda Bhd's quarry operations and related business requirements. He also serves as an Executive Director of G.B. Kuari Sdn Bhd, a subsidiary of Gamuda Berhad.

Raja Eleena’s broad spectrum of knowledge meant that other companies also expressed interest in utilising her wealth of experience. She is also a Director and major shareholder of Generasi Setia (M) Sdn Bhd, another major shareholder of Gamuda. Her other directorships are in public companies KAF-Seagroatt & Campbell Holdings Berhad and Danau Permai Resort Berhad.

Raja Eleena does not just have the common touch, but she also possesses the Midas touch.

In 2008, Raja Eleena was named as 2008 Forbes 40 Richest Malaysians 25th richest in the country with assets worth over US$228 million (RM 773 million). She was the list’s second richest woman in Malaysia after Chong Chook Yew who occupies the 18th place, with US$320 million (RM 1.085 billion). Her wealth comes from her being the largest individual shareholder in construction firm Gamuda.

At one of the Institut Teknologi Perak’s convocation ceremony in Ipoh, Raja Eleena told the graduates that they had to be dynamic and realistic to compete in a world without borders.

She said that competition no longer came from one’s own colleagues or neighbours but from others globally.

“In such a race, there are no compromises for those who are distracted and careless. You must compete with responsibility, without having to sacrifice your honour (maruah) and self worth.”

“Hold fast to your values in everything you do. Don’t waste your learning and knowledge by allowing your pride, values and self-worth to be traded away,” she said.

But that was another era, in May 2008, when she officiated at the college’s ceremony in her capacity as Chairman. Also in attendance then, was the Perak Mentri Besar, Mohammad Nizar Jamaluddin who presented the 274 graduates with their diplomas and certificates.

Aneh ... orang Umno tak kena tsunami pun dapat rumah

Oleh Kassim Muhammad

Perihal kekangan yang disengajakan dan Tsunami yang membuak-buak .Di lebuh raya dua atau tiga lorong, kita kadang-kadang masih juga terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang panjang dan memeritkan; lalu lintasnya merangkang-rangkak seperti kura-kura atau paling teruk seluruh lalu lintasnya terhenti terus― macet.
Kita tidak ketahui apakah bersebab musababnya ― apakah ada lori rosak yang tersadai, atau ada kemalangan yang menarik perhatian para pemandu atau mungkin juga lorongnya tiba-tiba mengecil daripada tiga lorong ke hanya dua buah lorong saja ― sehinggalah kita lalui kesesakan itu.


Semua sebab musabab ini telah mewujudkan ‘constriction’ ― halangan-halangan yang mengekang lalu lintas.
ii.
Fenomena aliran ‘lalu lintas’ yang tersekat-sekat ini kita temui juga dalam gerakan bendalir seperti air sungai. Sepertimana yang kita ketahui dan perhatikan, sebarang halangan air sungai menyebabkan pengalirannya tersekat-sekat sehingga kerap wujud apa yang disebut ‘backwater effect’ yang memudharatkan.
Dalam konteks pemerintahan ― dasar yang salah, tidak telus, zalim sememangnya jelas tidak menguntungkan sesiapa. Ini bermakna sesuatu dasar atau polisi awam yang dikanunkan oleh pemerintah bukan selalunya membawa kebaikan kepadanya dan juga rakyat. Contoh yang sudah menjadi rahsia umum dan sangat tersohor itu ialah dasar tidak bertulis bahawa hanya ‘kumpulan kita saja’ yang mesti diutamakan dalam segala macam pengagihan habuan/dana ― sering sekali menjadi sumber tidak puas hati dan kemarahan rakyat. Malangnya sehingga ke saat ini, kita masih lagi melihat bagaimana dasar pilih kasih yang menzalimi rakyat ini masih juga menjadi amalan pemerintah. Aneh tapi benar, pemerintah ini masih lagi berpendapat bahawa dasar-dasar seumpama ini sememangnya menguntungkannya sebagai pemerintah!
iii.
Azizi Abdullah dapat entri blognya menceritakan bagaimana pembahagian rumah yang dibina oleh pemerintah untuk para korban Tsunami di Kota Kuala Muda, Kedah itu, telah memudharatkan pemerintah itu sendiri.
Rungutan bahawa yang mendapat manfaat rumah yang dibina oleh pemerintah itu bukanlah para mangsa bencana alam itu, tetapi suku sakatnya parti pemerintah.
Semalam kami kebetulan berada ke Kuala Sungai Muda, menziarahi seorang aktivis parti pembangkang dan juga anaknya yang sudah berkeluarga. Mereka adalah di antara mangsa/korban yang telah kehilangan segala-galanya adalah di antara yang tidak kebagian rumah Tsunami.
“Orang-orang Umno, entah dari mana yang dapat rumah-rumah itu.” kesayuannnya dapat kita rasakan.
“Apakah mereka tidak malu kepada mangsa Tsunami yang sebenar?” teman saya bertanya.
“Sejak bila Umno tau makna malu?”
Dasar yang salah, baik yang bertulis atau pun tidak, adalah kekangan dalam pemerintah/pentadbiran. Kekangan, jika tidak dibuang bakal memudharatkan semua ― termasuk pemerintah yang membuat dasar itu.
Apakah Umno tidak nampak segala mudharat yang timbul akibat segala tindakannya selama ini― sejak kita merdeka setengah abad yang lalu?

Gamuda-MMC RM40bil MRT: An acid test for the real Khairy

Khairy - fake, phony or real?
Mariam Mokhtar, Malaysia Chronicle

It has been two days since Najib made the announcement about MMC-Gamuda but there has been no response from Umno Youth chief Khairy Jamaluddin, unlike a few months ago, when Khairy rejected the proposal.


Prime Minister Najib Abdul Razak appointed MMC-Gamuda Joint Venture Sdn Bhd as the project delivery partner (PDP) for the Mass Rail Transit (MRT) project. However, it will not be allowed to tender any of the work packages except for tunnelling works.

Najib said that the appointment of MMC-Gamuda Joint Venture was based on the financial standing of the two public listed companies which make up the joint venture and their strong track records and experience in the field of construction and in undertaking huge and complex rail and tunneling projects.

The rail system is part of a government plan to alleviate traffic congestion in the capital, and is expected to spur a slew of other building projects and contribute to economic growth.

It has been two days since Najib made the announcement about MMC-Gamuda but there has been no response from Umno Youth chief Khairy Jamaluddin, unlike a few months ago, when Khairy rejected the proposal.

Last July Khairy sent out several tweets to express his disapproval that the MMC-Gamuda joint venture in the KL MRT project, worth RM43 billion, would be conducted without any other competitive bids.

Khairy had called for an open tender if the government were to press ahead with building an MRT system for the city. He said that KL needed an MRT system but insisted that the massive project be awarded fairly.

“KL MRT needs to be open tender. EPU-Treasury release request for proposals. Make it benchmark for future projects/procurement,” Khairy tweeted.

“We need a new MRT. I have no doubt about need. But award properly. Move away from legacy,” he tweeted.

In addition, he seemed to be sceptical about Gamuda’s ability to run the project.

“Can’t do RM40 plus billion via Gamuda-MMC ‘Swiss challenge’ or whatever. They’ve already Swiss cheesed Smart tunnel & double tracking,” said another tweet.

Khairy had also mocked the proposed “Swiss Challenge” philosophy of inviting rival tenders for the project, pointing out on his Twitter page that MMC-Gamuda had “Swiss-cheesed” the Smart Tunnel and double tracking projects.

The KL Smart Tunnel and the Ipoh-Padang Besar double tracking are two of the joint venture’s previous public infrastructure projects.

The companies have also obtained approval to oversee the building of a 156-kilometre mass rapid transit project in the capital, Kuala Lumpur, and the surrounding areas after a weekly government cabinet meeting,

Najib had expressed support for Gamuda-MMC although some senior government officials had baulked at the high cost.

It appears that Khairy is not the only one to disagree with the MMC_Gamuda JV.

A few months ago, Opposition leader Anwar Ibrahim, had expressed similar sentiments as Khairy’s, in his debate speech for Budget 2011.

Anwar pointed out that the government had given a green light for the MRT project to MMC-Gamuda to be managed without an open bidding process.

He said, “Our worry now is – will the MRT project result in more leakages and corrupt practices like before and bring benefits to cronies and hefty losses to the people?”

Najib does not think so. But then, he suffers from tunnel vision.

Bersih muddied by People's Parliament playing 'active' politics

Bersih rallies for clean elections - keep it free from infiltrators
YL Chong, Malaysia Chronicle

My "concerned" activist-friend said that with Haris' involvement in MCLM -- touted by many as The Third Force -- he and several Bersih activists are not happy that the "neutrality" of Bersih is being compromised once MCLM started announcing "nominees" comprising so-called "Malaysians of integity" as candidates for GE13.

KUALA LUMPUR - I recently bumped into an non-governmental organisation (NGO) activist who expressed concern about civil rights lawyer-blogger Haris Ibrahim's increasingly "political" role in Malaysian politics. Nothing wrong with any individual playing politics except that Haris is also founder of People's Parliament which has been, and still is, a key component of the coalition named Bersih -- Coalition for Clean and Fair Elections 2.0 (BERSIH2.0)-- whose cornerstone role since its formation is fighting for free and fair elections in Malaysia. Just two weekends ago, the Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM) was launched by blogger-in-exile Raja Petra Kamarudin (RPK) in London with RPK being announced as the Chairman, and Haris as the President.

"Bersih" in Bahasa Malaysia means "Clean" and is the acronym for this coalition of NGOs started before the last general elections in 2008 (GE12) to improve all aspects of what was and still is perceived by the citizenry of a highly "tainted" electoral processes leading to the Malaysian Parliament as well as to the State Assemblies. And with the next general elections (GE13) expected to be around the corner, the weekend saw a briefing by Haris for NGOs on what MCLM is all about, and the previous weekend the launch of MCLM in Lodon.

My "concerned" activist-friend said that with Haris' involvement in MCLM -- touted by many as The Third Force -- he and several Bersih activists are not happy that the "neutrality" of Bersih is being compromised once MCLM started announcing "nominees" comprising so-called "Malaysians of integrity" as candidates for GE13 -- the first being lawyer said to be esteemed by the community, Malik Imtiaz Sarwar. A first public forum scheduled for tomorrow (Dec 21, 2010) in KL will see the second MCLM candidate publicised.

Will Bersih2.0 leaders now make a policy decision with component-members like Haris and RPK who want to actively take part in partisan politics, however "independent" they claim to be? Just for the record, some key Bersih2.0 Steering Committee Members hereby listed:

1. Dato’ Ambiga Sreenavasan Chairperson of BERSIH. Former President of Malaysian Bar Council and a senior practising lawyer.
2. Andrew Khoo Chairperson of the Human Rights Committee, Malaysian Bar Council
3. Arumugam K. President of SUARAM, a well-known human rights organisation
4. Dr Farouk Musa President of the Islamic Rennaisance Front, a think tank promoting civilisational dialogue; a lecturer
5. Maria Chin Abdullah Executive Director of Empower, a women and human rights organisation and working for democratic governance.
6. Haris Ibrahim Founder of Saya Anak Bangsa Malaysia, a citizen movement that fights corruption and racism; a human rights lawyer

I am not writing today about the mechanics of MCLM's participation in GE13 like the rote it would finally take -- via other PR component parties like DAP and PKR as hinted by Haris? -- but lesser mortals like me a blogger who also carries a membership card of an Opposition party would ask: Isn't this a political tole for Malaysians who have committed to a REGISTERED political party's membership for some time to offer themselves as "candidates". Never mind the semantics of "quality" and who judges "integrity or character" -- I referred to these judges as demi-gods yes as a non-compliment, I must add! -- of the nominees, but surely a potential candidate must have been himself/herself sufficiently motivated to sign up as a member of the duly registered parties, UMNO,MCA, MIC, do I care? Or PKR, DAP or PAS, yes, I care! Or even KITA if you are desperate enough!

I don't care what motivated RPK and Haris' latest move via MCLM, but I care if it threatens the people/Rakyat's concerted efforts to topple the BN-UMNO government in Putrajaya, which I contend MCLM's progress will despite the founders' and supporters' protestations to the contrary.IF you want to lay an active role as NGO, let it be, just don't start this process of contesting GE13 directly or indirectly. Join former PKR deputy president aspirant Zaid Ibrahim -- Go sign up as a KITA member-lah, for a start -- that's surely a basic desideratum of infant entry into playing politics, is it not?

Soalan yang Kerajaan Pusat tidak menjawab sehingga kini?

Soalan yang rakyat mahukan jawapannya... Pada tahun 2008, pemimpin pembangkang mendesak supaya satu siasatan dijalankan terhadap pembelian 12 helikopter Eurocopter bernilai RM2.3 bilion yang mereka dakwa dilakukan secara tidak betul.
Kementerian Pertahanan didakwa lebih membayar RM1.4 bilion ketika membeli pesawat itu dari Eurocopter untuk Tentera Udara Diraja Malaysia.Pengadu mendakwa Malaysia menandatangani surat hasrat untuk membeli 12 helikopter Eurocopter EC725 Cougar pada harga RM2.3 bilion, sedang Brazil hanya membayar AS$1.2 bilion untuk membeli 50 unit model yang sama.
Soalan yang rakyat Malaysia mahu jawapannya ialah: Apakah kerajaan Malaysia membeli pesawat terbaik dari segi nilai wang?

Apakah ada kajian kesesuaian dilakukan untuk membandingkan harga dan fungsi helikopter berkenaan?

Dan mengapa ada isu berhubung pembelian pesawat tersebut sehingga memerlukan Jawatankuasa Kira-kira Awam melakukan siasatan?

Tahun sebelumnya pada lewat 2007, Ketua Audit Negara telah membentangkan satu laporan di Parlimen, mendakwa bahawa satu kontrak untuk membina kapal tentera laut diberikan kepada PSC-Naval Dockyard, anak syarikat Penang Shipbuilding & Construction Sdn Bhd, yang dimiliki Tan Sri Amin Shah Omar Shah, menghadapi masalah serius.

Syarikat Malaysia itu dikontrakkan untuk menyerahkan enam bot peronda kepada Tentera Laut pada 2004 dan penghantarannya selesai pada April 2008.

Kontrak itu seharusnya merupakan sebahagian daripada 27 bot peronda luar pantai yang menelan belanja RM24 bilion. Kontrak ini turut merangkumi hak untuk menyelenggara dan memperbaiki semua kapal tentera laut. Bagaimanapun, hanya dua kapal peronda telah diserahkan pada pertengahan 2006.

Terdapat 298 aduan yang direkodkan terhadap dua bot tersebut, berhubung beratus-ratus item yang tidak lengkap. Harga asal kontrak RM5.35 bilion melambung kepada RM6.75 bilion pada Januari 2007.

Menurut Ketua Audit Negara, ia berpunca daripada kegagalan salahurus kewangan yang serius dan ketidakmampuan teknikal kerana PSC tidak pernah membina, kecuali kapal pukat tunda atau bot polis, sebelum diberi kontrak tersebut oleh Menteri Pertahanan ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Laporan tersebut mendapati nilai kontrak seharusnya hanya RM4.9 bilion dan dua bot yang diserahkan itupun didapati cacat.

Datuk Seri Najib Tun Razak, RAKYAT mohon jawapan!!

Pulau Pinang tolak pembinaan loji nuklear

Kerajaan Pulau Pinang tidak akan membenarkan kerajaan persekutuan membina loji janakuasa nuklear di negeri itu, kata ketua menterinya Lim Guan Eng.

NONE"Saya hendak tegaskan selagi Pakatan Rakyat memerintah Pulau Pinang, kerajaan negeri tidak akan menyokong atau membenarkan sebarang loji nuklear dibina di Pulau Pinang bagi memastikan rakyat negeri selamat daripada pencemarannya," kata Lim (kanan).

Semalam, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin berkata, Malaysia merancang untuk membina dua loji kuasa nuklear yang masing-masing akan menjana 1,000 megawat sebagai sebahagian daripada rancangan jangka panjang untuk mengimbangi bekalan tenaga.

Loji pertama akan siap dan mula beroperasi pada 2021 manakala loji kedua, setahun kemudian.

Dalam kenyataan hari ini, Lim berkata rancangan itu tidak mempunyai rasionalnya kerana Malaysia sudah mempunyai margin simpanan tenaga yang tinggi sehingga 40 peratus.

Beliau juga menambah, terdapat kos tersembunyi yang "besar" terlibat dalam pembangunan dan penyeliaan loji tenaga nuklear.

Ketuanan Belit : Razali Ibrahim bohong, cuba keliru rakyat

Kenyataan anggota Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, Datuk Seri Razali Ibrahim yang mengatakan bahawa Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah
diberi cukup tempoh untuk membela diri di parlimen, disifatkan sebagai satu pembohongan dan cuba mengelirukan rakyat.
Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf berkata, Razali yang mempunyai latar belakang undang-undang sepatutnya tidak mengeluarkan kenyataan tersebut.
“Kenyataan Razali Ibrahim sebagai salah seorang anggota jawatankuasa merupakan satu kenyataan yang memalukan daripada seorang yang mempunyai latar belakang
undang-undang. Ia juga merupakan satu pembohongan kerana Anwar sebenarnya tidak diberi peluang membela diri,” katanya kepada Keadilandaily.com.
Beliau mengulas dakwaan Razali Ibrahim dalam satu kenyataan yang disiarkan Bernama mengatakan Anwar,  yang digantung daripada persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan telah diberi peluang yang cukup untuk membela diri.
Razali dalam kenyataannya  juga mengatakan Anwar diberi cukup masa untuk mengemukakan bukti mengenai kenyataannya mengaitkan konsep 1Malaysia dan firma perunding antarabangsa APCO Worldwide dengan kempen One Israel.
Mengulas lanjut, Yusmadi berkata kenyataan Razali merujuk kepada permohonan Anwar pada 8 Jun lalu pada jawatankuasa tersebut, yang memohon untuk membawa peguam ketika jawatankuasa itu mendengar keterangan beliau.
Walaubagaimanapun, permohonan Anwar ditolak pada hari berkenaan dan ditolak sekali lagi pada hari berikutnya iaitu pada 9 Jun oleh jawatankuasa berkenaan.
“Isu yang dibincangkan selama dua hari itu ialah hak Anwar untuk memohon dibela seorang peguam ketika permohonan itu ditolak jawatankuasa hak
dan kebebasan, manakala tarikh selanjutnya untuk Anwar membela diri tidak ditetapkan.
“Kenyataan ini ternyata mengelirukan rakyat dan beliau (Razali) tidak layak menjadi anggota jawatankuasa terbabit. Kenyataan itu hanya membuka pekung dari awal bahawa beliau sebagai anggota jawatankuasa berkenaan bias dan prejudis terhadap Permatang Pauh (Anwar). Sepatutnya beliau terus dilucutkan kelayakan kerana sikap prejudis,”katanya.
Menurutnya lagi, beliau juga menyangkal bahawa Anwar sengaja melengah-lengahkan perbicaraan terhadapnya kerana permohonan Anwar untuk mendapatkan peguam dibuat mengikut peraturan mesyuarat dan bukan atas budi bicara jawatankuasa terbabit.
“Tetapi ini tidak bermaksud ruang beliau untuk menjawab telah habis dan tidak boleh digunapakai. Ini menunjukkan kegagalan jawatankuasa berkenaan untuk mengendalikan isu tersebut,” katanya.

Tidak mustahil Pakatan menang di Tenang, kata Hadi

KUALA LUMPUR, 20 Dis – Meskipun menyedari gelanggang saingan “tidak sama rata”, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu jentera Pakatan Rakyat meningkatkan usaha meraih sokongan pengundi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.
Sehubungan itu, kata Hadi, tidak mustahil bagi Pakatan Rakyat yang akan meletakkan calon PAS memenangi pilihan raya kecil DUN Tenang sekiranya kesemua jentera bekerjasama ke arah itu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menetapkan tarikh pilihan raya kecil kerusi DUN Tenang, pilihan raya kecil ke-14 sejak Mac 2008, Jumaat ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata parti Islam itu kini sedang membuat persiapan bagi menghadapi pilihan raya kecil DUN Tenang.
“Kita ada cawangan di sana, kita kini sedang membuat persiapan jentera bagi menghadapi pilihan raya kecil DUN Tenang.
“Kita sedar untuk capai kemenangan tidak mudah kerana keadaan padang yang tidak sama rata yang kalau lihat memihak kepada BN.
“Tetapi walaupun tidak sama rata tidak mustahil bagi kita untuk mencapai kemenangan di sana,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.
Mengenai soal siapa yang akan menjadi calon PAS di DUN Tenang, Hadi bagaimanapun berkata satu mesyuarat akan diadakan bagi menentukan siapa yang akan menggalas tanggungjawab itu.
“Mengenai soal calon kita masih belum tentukan, kita akan adakan mesyuarat dan kita serah kepada PAS Johor untuk menentukan calon.
“Setakat ini kita masih belum putuskan siapa calon kita di DUN Tenang,” katanya.
BN dan Pakatan Rakyat sudah mengumumkan akan menurunkan calon masing-masing. BN akan diwakiki Umno manakala Pakatan Rakyat pula PAS.
Kerusi DUN Tenang kosong setelah Datuk Sulaiman Taha meninggal dunia Jumaat lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis di Hospital Pakar Ampang Puteri di sini.
Allahyarham Sulaiman mempertahankan kerusi DUN Tenang pada pilihan raya umum ke-12 dengan menewaskan calon PAS Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.
DUN Tenang yang terletak dalam kawasan Parlimen Labis mempunyai 14,511 pengundi berdasarkan perangkaan SPR 2008 dengan kira-kira 50 peratus pengundi adalah kaum Melayu, Cina 38 peratus dan India 12 peratus.
Ia pilihan raya kecil yang ke-14 sejak pilihan raya umum 2008 dan yang pertama diadakan di Johor.

'S'gor tak terlibat pelan pembangunan tapak surau'

Kerajaan Selangor tidak terlibat langsung dengan pelan pembangunan tapak sebuah surau di Rawang yang dibantah sekumpulan penduduknya semalam, dakwa setiausaha politik kepada menteri besar Faekah Husin.

Beliau menjelaskan bahawa tanah yang terlibat dalam projek pembangunan tersebut dimiliki oleh dua buah syarikat pemaju yang menjalankan projek tersebut secara usaha sama.

NONESebuah daripada syarikat itu didakwa tidak lagi mempunyai sebarang kaitan dengan kerajaan negeri.

Sehubungan itu, Faekah (kiri) berkata, pihak yang terlibat dalam perhimpunan itu, termasuk pemimpin Umno sepatutnya membuat penyelidikan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang "tuduhan liar".

Beliau juga mendakwa kerajaan terdahulu pimpinan BN sebenarnya yang telah meluluskan kedua-dua syarikat terbabit menjalankan projek tersebut atas tanah tersebut termasuk lot yang telah diwartakan untuk pembinaan surau.

“Fakta jelas mendedahkan siapa yang sebenarnya telah mengorban orang Melayu dan Islam di Rawang.

"Saya rasa mungkin lebih sesuai penduduk berhimpun di pejabat Umno dan MCA untuk membuat aduan mereka,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Jemput SPRM
Semalam, Badan Bertindak Surau Al-Hidayah (BBSAH) Kampung Melayu Rawang dilaporkan berhimpun dalam demonstrasi secara aman bagi membantah pengambilan tapak surau itu.

Penasihat BBSAH Datuk Ir Md Nasir Ibrahim dilaporkan berkata ketidakcekapan kerajaan negeri sekaran menyebabkan satu-satunya tanah orang Melayu di pekan Rawang yang luasnya tidak seberapa jatuh ke tangan swasta.

NONEBeberapa pemimpin BN, antaranya Pengerusi Biro Agama Umno Selangor Datuk Zainal Abidin Sakom turut kelihatan turut serta dalam perhimpunan itu.

Berhubung status gerai-gerai tanpa lesen yang beroperasi di sekitar surau berkenaan, Faekah berkata laporan awal yang diterima dari Pejabat Daerah Gombak mendedahkan ia dibina secara haram tetapi sewa dikutip oleh seorang bekas ahli jawatankuasa surau untuk mengisi tabung surau itu.

Bagaimanapun, katanya, ahli jawatankuasa baharu surau berkenaan mendakwa kutipan itu tidak pernah disalurkan ke tabung surau.

“Saya menyeru polis dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) membuat siasatan lanjut berkenaan hal ini dan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan memberi kerjasama penuh,” katanya.

Faekah juga berkata kerajaan Selangor akan memastikan penduduk di Kampung Melayu, Rawang, mempunyai kemudahan surau walaupun notis perobohan dan pemindahan telah dikeluarkan oleh syarikat pemaju bagi menjalankan projek pembangunan yang telah diluluskan lapan tahun lalu.

Kerajaan Selangor melalui Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini agar penduduk di kampung itu dapat terus menjalankan ibadat seperti biasa.