Khamis, 16 Disember 2010

Kita: Sejauh mana mampu Zaid tarik lebih ramai ahli?

Oleh Siasahdaily

Datuk Zaid Ibrahim telah berjaya menerajui sebuah parti, dinamakan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air, Kita, yang sebelum ini dikenali Akim.

Seperti dijangka, Zaid akan meneruskan agenda liberalnya, dengan tindakan pertama menjadikan Kita parti berbilang kaum.
Parti baharu Zaid ini dikatakan akan menarik beberapa orang ahli berprifil tinggi PKR


Dengan munculnya parti Kita, Zaid telah berjaya dengan jalan pintas, menubuhkan parti dan meletakkan diri dan partinya dalam peta politik tanah air, dan mengemukakan dirinya sebagai satu daripada kuasa ketiga.

Seperti ditulis SiasahDaily pada 18 November lalu, kuasa ketiga bakal menjadi satu harapan baharu untuk liberal di Malaysia:

"Gabungan liberal dalam kuasa ketiga ini menunjukkan realiti dalam politik, iaitu sistem dua gabungan sangat terhad ruang bergeraknya, kerana kepelbagaian kepentingan amat sukar untuk diterjemahkan melalui gabungan dua parti sahaja.

"Kemunculan kuasa ketiga berpotensi memperkuatkan lagi gerakan liberal di Malaysia - sama ada melibatkan Datuk Zaid Ibrahim atau tidak - yang kini bersedia memasuki gelanggang politik pilihan raya.

"Sekiranya gabungan ini cukup kuat, ia bakal mempunyai kuasa tawar-menawar yang cukup untuk menjadi satu penentu dalam penubuhan kerajaan pusat, satu kekuatan yang diharapkan oleh kumpulan ini."

Sama ada parti Zaid disertai ahli-ahli Gerakan Kebebasan Sivil Malaysia (Malaysian Civil Liberty Movement, MCLM) atau tidak, Kita akan mempunyai hubungan yang baik dengan gerakan itu, termasuk melibatkan perkiraan pilihan raya.

Khir Toyo belum bersalah

Oleh Subky Latif   

KETIKA gabungan NGO Selangor yang dipercayai didalangi Umno berarak ke Istana Sultan Selangor dan ke Istana Negara mengadukan kononnya Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan kerajaan Pakatan Rakyatnya melakukan 30 penyelewengan, tiba-tiba sehari selepas menyerahan memo itu ke bawah duli Yang DiPertuan Agung dan dua hari selepas ia diserahkan kepada Sultan Selangor, bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Khir Toyo di hadapkan ke mahkamah kerana dikatakan memalsukan dua lot tanah dan ada kepentingan sebuah banglo besar di Shah Alam.


Tan Sri Khalid cuba dibabitkan dengan penyelewengan, tetapi Menteri Besar Umno itu sudah dibabitkan dengan mahkamah. Tan Sri Khalid belum ada fail tentang apa yang dikatakan  30 penyewengan itu, tetapi Dr. Khir Toyo didapati oleh SPRM layak didakwa di mahkamah.
Apa pun Dr. Khir belum bersalah walaupun dia sudah didakwa di mahkamah. Selagi mahkamah belum memutuskan dia bersalah, maka dia adalah bersih. Soal apakah dia dilihat bersih  atau sebaliknya adalah hal yang lain. Dari segi undang-undang dia belum bersalah.
Dr. Khir bukan Menteri Besar Selangor yang pertama didakwa di mahamah. Malang bagi Umno sejak merdeka ada saja MB atau bekas MB yang dibawa ke mahkamah. Yang pertama Datuk Harun Idris dan yang kedua adalah Tan Sri Mohamad Mohd. Taib.
Datuk Harun telah disabitkan dakwaan rasuah oleh mahkamah dan dia telah menjalani hukuman penjara. Setengah rakyat menolak keputusan mahkamah atasnya dan Umno terus mengundinya bagi menjadi Naib Presiden selepas dia dibebaskan.
Tan Sri Mohamad ditahan di Australia kerana membawa duit seberat 17 kilo. Mahkamah Australia telah membebaskannya. Atas kejadian itu dia melepaskan jawatan menteri besar. Selepas dibebaskan oleh mahkamah, dia yang didapati bersih itu diangkat menjadi Ketua Penerangan Umno oleh Presidennya Tun Abdullah Badawi dan sebelum Abdullah bersara, Tan Sri Mohamad menjadi menteri.
Sekarang giliran Dr. Khir pula. Dia baru dalam peringkat dakwaan. Pada peringkat ini dia melepaskan kedudukannya sebagai Ketua Pembangkan di Dun Selangor. Seperti Tan Sri Mohamad dulu, dia melepaskan jawatan Menteri Besar apabila dia didakwa.
Kebanyakan Menteri Besar Umno Selangor dilihat tidak bersih tetapi yang diseret ke mahkamah tiga orang termasuklah Dr. Khir.
Sekalipun Dr. Khir dilihat tidak berapa bersih tetapi ia adalah persepsi. Kalau orang yang sudah didakwa di mahkamah tidak dikira bersalah selagi belum didapati bersalah oleh mahkamah, lagilah orang yang dilihat tidak bersih dan tidak didakwa di mahmakah lagilah tidak dikira bersalah.
Orang di luar mahkamah tidak layak membuat hukuman kepada orang yang sedang didakwa. Hanya hakim yang mengadilinya yang layak menentukannya bersalah atau tidak setelah mendengar keterangan saksi dan setelah mendengar pembelaan dirinya jika dia dipanggil untuk membela diri.
Kita tidak tahu mana lebih berat antara dakwaan yang dikenakan kepada Tan Sri Mohamad Mohd. Taib di Australia dulu dengan dakwaan yang dihadapkan kepada Dr. Khir.
Tetapi dengan 17 kilo duit tunai yang didapati dibawanya di lapangan terbang, ia dirasakan begitu banyak. Jumlah wang itu tidak diketahui tetapi berat duit kurang tiga kilo saja dari had berat bagasi yang dibenarkan bagi seorang penumpang.
Banyak yang mengagak Tan Sri Mohamad tidak akan terlepas. Lagi pun mahkamah Australia tidaklah dilihat seperti institusi kehakiman di Malaysia. Mahkamah dan hakim di Malaysia berdepan dengan imej yang uzur. Tidak ada anggapan mahkamah Ausstralia berdepan dengan persepsi itu.
Tiba-tiba mahkamah Australia membebaskan bekas Menteri Besar Selangor itu.
Apa pun mahkamah ada wibawa dan seninya sendiri. Jangan ada yang hendak memandai atas dakwaan Dr. Khir itu. Setakat ini, dimaklumkan, Tan Sri Gani Patail, Peguam Negara sendiri yang turun mendakwanya.
Dari segi politik sama ada Khir Toyo bebas atau dihukum, kedudukannya sudah tidak menentu. Jika Tan Sri Mohamad yang dibebaskan oleh mahkamah tidak diberi apa-apa perhatian oleh suasana politik yang ada, sedangkan dia adalah orang yang didapati tidak bersalah, maka bolehlah dikira payah bagi Dr. Khir untuk kembali ke arena politik seperti dulu.
Berapa lama kesnya berjalan tidak diketahui. Tetapi keputusannya mungkin diketahui pada masa pilihan raya kecil tidak layak diadakan menjelang tempoh tertentu pilihan raya umum. Kalau keputusan mahkamah itu dibuat sebelum tempoh itu, maka SPR terpaksa pula membuat persiapan pilihan raya kecil jika ia tidak memihak kepada yang dituduh

Macam-Macam Ada: Parti Baru dan Maklumat Bocor

Oleh A Kadir Jasin

KALI ini saya nak sebut dua sahaja daripada banyak macam-macam ada yang berlaku di negara kita atau yang berkaitan dengan kita.Pertama, Mohd Zaid Ibrahim sudah masuk parti baru. Kejayaannya yang pertama dalam parti baru ini adalah meminda namanya daripada Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) kepada Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita).

Akim yang dikatakan berpangkalan di Kelantan, negeri tumpah darah Mohd Zaid, apabila menjadi Kita akan membuka pintu kepada semua kaum dan komited kepada keadilan untuk semua.


Kita (parti baru Mohd Zaid) tidak berhasrat menyertai Pakatan Rakyat (PR) tetapi akan menyokongnya dalam hal-hal yang penting.

Dari Umno Zaid masuk PKR. Dari PKR masuk Akim. Ambil alih kepemimpinan Akim dan tukar nama jadi Kita. Sekarang tercapailah hasrat beliau untuk mengepalai sebuah parti politik tanpa susah bertanding.

Macam-macam ada yang kedua adalah mengenai Menteri Luar, Anifah Aman menyerahkan surat bantahan kepada Pesuruhjaya Tinggi Singapura di Malaysia, T. Jasudasen, berkaitan apa yang pembesar Singapura kata mengenai negara kita.

Laman Web Wikileaks telah membocorkan banyak dokumen rahsia kerajaan Amerika Syarikat. Yang berkaitan Malaysia adalah perbualan antara diplomat Singapura, Amerika dan Australia. Antara yang dipetik dan dilaporkan oleh agensi berita Perancis AFP adalah:-

1. "A lack of competent leadership is a real problem for Malaysia," permanent secretary for the Ministry of Foreign Affairs Bilahari Kausikan reportedly told US Deputy Secretary of Defence for East Asia David Sedney in a cable dated September 2008. (Ketiadaan kepemimpinan yang kompeten adalah masalah yang nyata bagi Malaysia.)

2. As such, "the situation in neighbouring Malaysia is confused and dangerous," fuelled by a "distinct possibility of racial conflict" that could see ethnic Chinese "flee" Malaysia and "overwhelm" Singapore, Bilahari was quoted as saying. (Keadaan di negara jiran Malaysia adalah keliru dan berbahaya, ditambah pula oleh kemungkinan berlaku konflik perkauman yang akan menyaksikan orang Cina tempatan lari dari Malaysia dan membanjiri Singapura.)

3. Another official, Peter Ho, reportedly described Malaysian Prime Minister Najib Razak as "an opportunist" who "would not hesitate" to be critical of Singapore if "it is expedient for him to do so."
He said allegations linking Najib to the murder of a Mongolian woman in 2006, which the leader has strongly rejected, would continue to "haunt" his political fortunes. (Seorang pegawai lain, Peter Ho, dilaporkan berkata Perdana Menteri Malaysia Najib Razak adalah “seorang oportunis” yang “tidak teragak-agak” berfikiran kritis terhadap Singapura jika “bermanfaat berbuat demikian.” Katanya, dakwaan yang mengaitkan Najib dengan pembunuhan seorang wanita Mongolia pada 2006, yang dinafikannya dengan keras, akan terus “menghantui” turun naik politiknya.)

4. Further WikiLeaks revelations have shown that leaders in Singapore also believe Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim had sex with a male aide in a honey trap set by his enemies. (Wikileads juga mendedahkan yang pemimpin Singapura percaya ketua pembangkang Malaysia Anwar Ibrahim melakukan hubungan seks dengan seorang pembantu lelakinya di dalam perangkap yang dipasang oleh musuh-musuhnya.)

5. Singapore's intelligence services and (former prime minister) Lee Kuan Yew have told ONA (Office of National Assessments) in their exchanges that opposition leader Anwar 'did indeed commit the acts for which he is currently indicted', (Perkhidmatan perisikan Singapura dan (bekas Perdana Menteri) Lee Kuan Yew telah memberitahu ONA (Office of National Assessments) dalam pertukaran (maklumat) mereka bahawa ketua pembangkang Anwar “memang melakukan perbuatan yang dia sedang dibicarakan sekarang.”)

Saya langsung tidak hairan dengan apa yang diperkatakan oleh pegawai Singapura itu. Memang itulah kerja Singapura sejak dalu lagi, sama ada ketika dalam Malaysia apatah lagilah selepas dinyahkan.

Itulah yang diajarkan oleh Lee Kuan Yew kepada rakyat Singapura – membenci jiran-jiran, menakut-nakutkan mereka terhadap Malaysia dan Indonesia kerana kita lebih besar dan majoriti rakyat kita beragama Islam, mengganggu gugat ekonomi kita dan pada masa yang sama cuba memonopoli ekonomi kita dengan bermacam cara.

Sebab itulah saya sentiasa memberi amaran kepada para pembesar Malaysia agar berhati-hati dan jangan baik sangat bila berurusan dengan negara itu. Tetapi nampaknya selepas era Tun Dr Mahathir Mohamad, para pembesar kita taasub sangat hendak berbaik-baik dengan Singapura hingga tunduk kepada kehendak negara itu.

Singapura adalah “wakil” Amerika dan Australia di Asia Tenggara. Ia adalah “listening post” (pusat merisik) bagi badan perisikan Israel. Jadi adalah tidak menghairankan bagi diplomat Singapura bertukar-tukar nota dan membuat analisis negatif mengenai negara kita. Yang silapnya, ramai orang kita memandang remeh bahaya pengintipan dan propaganda Singapura ini. Wallahualam.

Blogger : Hanya TG Nik Aziz yang masih menghargai..!!

Nik Aziz temui blogger jelaskan isu semasa
Mohd Nor Yahya
KOTA BHARU, 16 Dis: Adakah anda seorang penulis blog. Peluang terbaik untuk mereka yang bergelar blogger menghadiri majlis makan malam dan dialog bersama Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Program anjuran kerajaan negeri itu turut melibatkan kesemua anggota Exco kerajaan negeri dijangka diadakan pada awal tahun depan. Program berkenaan dijangka diadakan di Kuala Lumpur.
Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Abdul Rahman Yunus berkata, pertemuan tersebut terbuka kepada semua blogger tanpa mengira ideologi politik mereka.
“Diharap melalui pertemuan terbabit blogger akan mendapat gambaran sebenar perkembangan semasa di Kelantan sepanjang di bawah pentadbiran PAS,” katanya di sini.
Oleh itu blogger yang berminat boleh menghubungi pejabat Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan di talian 09 7433529 (Puan Hazami) atau email: mnyahya65@gmail.com.

Mulianya hati seorang Tok Guru


Bersyukur dia kepada Allah SWT kerana terselamat daripada api fitnah. SPRM semalam telah membersihkan nama Tok Guru Nik Aziz daripada rasuah dan salah guna kuasa.

Hari ini, beliau telah bermurah hati dan menunjukkan rasa syukurnya kepada Allah SWT dengan mendermakan 1/3 daripada wang simpanannya kepada PAS untuk memantapkan gerakan daulah Islamiyah.

Beliau yakin.... selagi kita berjuang atas landasan yang benar, Allah akan sentiasa bersama kita.

Tok Guru juga tidak akan mangambil apa-apa tindakan balas terhadap 'orang' yang cuba memporakperandakan kerajaan PAS Kelantan. Beliau cuma berdoa semoga 'orang itu' insaf dan kesal akan perbuatannya itu.

Aaaa... dengor tu!! Jangan asyik nak menyusahkan orang jer. Sedar-sedarlah diri tu sikit. Dah... gi main jauh-jauh. Jangan nak menyibuk lagi.

Sejuuuk hati.... melihat peribadi Tok Guru kita ni. Coool dan mulianya hati dia.
 
A Mum Of Three Mohd

Isu Wikileaks & Anwar Sebabkan MP Pakatan Rakyat Hilang Fokus Untuk Rakyatele


WikiLeaks tidak harus tenggelamkan harga naik

Pendedahan kontroversi WikiLeaks seperti mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kes liwat dan Datuk Seri Najib Razak dengan dakwaan skandal pembunuhan perempuan Mongolia, Altantuya Shaaribuu tidak seharusnya mengalihkan perhatian rakyat daripada isu kenaikan harga petrol, diesel, gas dan tepung pada 4 Disember lalu, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad.

“Isu harga barang telah menimbulkan kemarahan rakyat, kerana mereka sudah mula terasa dengan kenaikan harga barang-barang keperluan harian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Idris, kerajaan BN semakin takut dengan kemarahan rakyat terhadap isu kenaikan harga barang dan ia telah menjadi bualan di kalangan rakyat peringkat bawahan termasuk di kalangan penyokong tegar Umno.

“Isu WikiLeaks telah memberi peluang kepada media untuk mengalihkan isu kenaikan harga barang pada ketika ini.

“Banyak jawapan Pak Pandir oleh pemimpin BN yang bertaraf Menteri untuk dijadikan halwa telinga, supaya rakyat jangan marah. Antaranya harga petrol lebih murah daripada Singapura, bukan kenaikan tetapi penyelarasan, bukan kenaikan tetapi subsidi dikurangkan, kerajaan kena naik harga minyak kerana mengelak daripada diseludup ke negara jiran,” katanya.

Idris juga mendakwa media arus perdana pula diarahkan supaya jangan meletakkan tajuk petrol naik, sebaliknya mereka dikendaki mengunakan istilah penyelarasan.

“PAS mengingatkan kepada jentera penerangan di peringat akar umbi mesti menaikkan kain rentang dan gunakan media baru seperti face book, twitter, blog untuk menaikkan amarah rakyat kepada BN yang tidak bijak menguruskan negara.

“Mesti garapkan isu ini supaya rakyat bangkit menolak kerajaan BN dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya -mk

Ulasan GB

Tuan Ust Idris,

Yang mengalihkan pandangan kenaikan harga kepada Wikileaks tak lain tak bukan adalah ahli parlimen Pakatan Rakyat sendiri.

GB telah ulas hal ini semalam. Speaker Senget, Ahli Parlimen PR Pula Fokus Hal Wikileaks

Petikan:


GB telah berkali-kali menggesa agar ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat supaya bersatu untuk mengusul undi tidak percaya kepada speaker.

Tetapi sehingga kini ia tidak dilakukan.

Sekarang rasakanlah sendiri dipermain-mainkan oleh Speaker yang senget itu. Bila dah nak kena gantung, baru masing-masing terhegeh-hegeh keluarkan kenyataan begitu begini. Sebelum ini, ahli-ahli parlimen PR tidur, ada yang tidak hadir semasa undi belah bahagi, melancong ke Indonesia tatkala Parlimen sedang bersidang. Lansung tidak ada disiplin dan tanggungjawab serta tidak menghormati amanah rakyat. Serupa sahaja perangainya dengan UMNO BN, walaupun lebih baik sedikit daripada mereka.

Semua YB-YB kita sudah berlagak bijak dan berlagak pandai sehingga tidak mahu menerima pandangan rakyat. Wikileaks yang diperdebatkan, isu yang rendah revelansinya kepada rakyat, cuma tinggi untuk Anwar. Hal-hal seperti kenaikan harga barang dan seumpamanya yang penting kepada rakyat tidak diberikan keutamaan. Anwar yang didahulukan, rakyat dikemudiankan, sama binatang dengan UMNO BN perangainya.

Sekarang UMNO BN sudah boleh mendapat majoriti dua pertiganya semula apabila nanti ahli-ahli parlimen PR digantung. UMNO BN telah bertindak lebih cepat dari wakil-wakil rakyat PR apabila mereka berjaya menggunakan senjata "kuasa speaker".

Jika peranan sebagai pembangkang pun sudah gagal di tangan BN, bagaimana PR mahu memerintah?


Nampaknya 4 orang MP Pakatan Rakyat akan makan gaji buta. Berhasrat untuk tumbangkan BN tetapi nampaknya PKR yang tumbang lebih dahulu.

Sebabnya: Anwar bersama dengan pendewa-pendewanya merasa diri mereka lebih hebat dari Tuhan. Boleh melakukan sesuka hati seperti UMNO BN. Menipu ahli mereka di dalam pemilihan. Ingat! Allah Yang Maha Tahu itu tidak pernah tidur, Dia Maha Berkuasa. Anda marah anda berempat digantung tanpa membela diri tetapi PKR sendiri yang telah melakukannya terlebih dahulu terhadap ahlinya. Ini buktinya:


Ketelusan PKR: Zamri digantung tanpa dipanggil bela diri

Oleh Nazli Ibrahim

Ketika ini, tindak-tanduk Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) lebih banyak mengundang persoalan berbanding jawapan termasuk tindakan menggantung Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Rasah, Zamri Vinoth baru-baru ini.

Ketelusan JPP parti yang mendakwa mendukung demokrasi semakin dipertikaikan apabila Zamri yang menunggu untuk dipanggil mengadap JPP mahupun Jawatankuasa Disiplin akhirnya digantung keanggotaan oleh parti.

Sekaligus keputusan JPP tersebut mengesahkan lagi dakwaan bahawa JPP tidak menjalankan siasatan yang menyeluruh dan telus terhadap aduan-aduan yang diterima sebelum tindakkan diambil.

Tindakan JPP yang dibuat dengan tidak memanggil Zamri mengadap untuk membolehkan keterangannya diambil dan membela diri adalah satu langkah yang jelas membelakangkan prinsip keadilan itu sendiri.

Hari ini PKR bukan sahaja merupakan parti pertama yang melaksanakan sistem satu ahli satu undi malah juga merupakan parti politik pertama yang menjatuhkan hukum kepada pemimpinnya dengan tidak memanggil tertuduh untuk membela diri. ..


Hukum Karma, Golden Rule, sunatullah... apa juga yang anda namakan, ia seperti yang kita selalu dengar dan anaksungaiderhaka mengulanginya: you will get what you give.

Musnahkan musuh yang ada di kalangan kita terlebih dahulu sebelum dapat kalahkan musuh di luar kita. Itu yang GB nak pesan kepada Pokok Sena yang telah mengemukakan teori kononnya perlu kalahkan UMNO BN dahulu seperti kenyataannya sebelum ini.

Bagi pejuang reformasi tulen, kebenaran dan keadilan akan tetap diperjuangkan tetapi PR akan terlebih dahulu dibersihkan dari mangkuk-mangkuk yang mengkhianati rakyat ini. PR akan ke Putrajaya tetapi tanpa mereka yang nyata tidak menghormati rakyat.

Yang GB tahu, Anwar akan dikalahkan Tuhan lagi selepas ini, begitu juga yang bersama dengannya dan yang membelanya. Begitulah juga yang memberi pentas kepadanya. Yang menulis menyokongnya. Yang menjadi pendewa-pendewanya. Bukalah mata sekarang siapa bertiga yang kena. Semuanya pembela Anwar belaka.

Teruskan memaki GB lagi, GB akan terus berpahala dan akan terus yakin bahawa PR akan ke Putrajaya tanpa mereka.

PENTINGNYA PENGAJIAN SEJARAH

Oleh: Kassim Ahmad

Failasuf Amerika George Santayanalah yang telah berkata, “Barangsiapa melupakan sejarah akan didera untuk mengulanginya.” Beliau merujuk kepada kesilapan. Namun demikian, sejarah pada umumnya merujuk kepada asal-usul. “Dari mana kita datang, dan ke mana kita hendak pergi” – hal ini penting sekali kita ketahui untuk mengerti siapa kita.


Penjajahan Barat sebagian dari sejarah Malaysia. Ia merobek sejarah kita selama 442 tahun. Sewaktu saya di sekolah menengah dulu, seorang pegawai tinggi Inggeris dari Jabatan Pelajaran Kedah datang ke sekolah serta bercakap di depan perhimpunan murid-murid di padang sekolah. Kata beliau, “ Sejarah Malaya sebenarnya bermula pada tahun 1874”! (Beliau merujuk kepada Perjanjian Pangkor apabila negeri-negeri Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu masuk ke dalam taklukan penjajahan Inggeris.) Saya tidak pernah lupa kata-kata beliau ini.


Hari ini penjajahan formal sudah hapus dari Malaysia. Malangnya, setelah 43 tahun merdeka, anak-buah penjajah masih ramai di kalangan rakyat kita. Bagi mereka Malaysia ciptaan penjajah Inggeris, bermula pada 1874, seperti dakwaan pegawai penjajah itu. Sebelumnya, Malaysia tidak pernah wujud sebagai sebuah tamadun!


Sebenarnya, Malaysia mengesan sejarahnya ke zaman Empayar Buddhist Srivijaya dalam abad ketujuh hingga kejatuhannya dalam abad ke-13. Tinggalan-tinggalan empayar ini telah dijumpai di Bujang, Kedah. Pada awal abad keenam-belas Kerajaan Melayu Melaka ditubuhkan oleh Parameswara yang datang dari Palembang, Sumatera. Beliau memeluk Islam dan mengambil nama Megat Iskandar Shah. Empayar Melayu-Islam Melaka jatuh ke tangan penjajah Protugis setelah bertahan selama seratus tahun pada 1511, kemudian diambil-alih silih-berganti oleh penjajah Belanda and penjajah Inggeris hingga Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan 1963.

Jelaslah dari fakta-fakta sejarah ini negara-bangsa Malaysia sekarang tidak lain melainkan kesinambungan dari Kesultanan Melayu Melaka. Dari fakta sejarah inilah maka negara-bangsa Malaysia sifatnya Melayu, dengan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaannya dan Islam sebagai Agamanya. Satu sifat baru yang Malaysia peroleh pada tarikh kemerdekaannya pada 31 Ogos, 1957 itu pemberian hak kewarga-negaraan kepada satu juta kaum-kaum pendatang Cina dan India berdasarkan prinsip jus solai. Pada ketika itu, Malaysia menjadi negara pelbagai kaum sebagai satu cita-cita, belum lagi sebagai hakikat. Proses negara kita bertukar daripada sifat Melayunya kepada sifat Malaysia akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua atau tiga generasi. Malaysia baru berusia 53 tahun.

Dua perkara yang berbeza inilah yang gagal difahami oleh rakyat kita, khasnya generasi muda. Dari hakikat ini juga maka parti-parti politik di negara kita mengambil bentuk kaum dengan UMNO sebagai parti politik bagi orang Melayu, MCA bagi orang Cina dan MIC bagi orang India. Hakikat ini sama sekali tidak bermakna parti-parti itu bersifat perkauman. Manusia dijadikan pelbagai bangsa oleh Tuhan. Itu natural, semula-jadi. Sesetengah orang kita, seperti Menteri Besar Kelantan Nik Aziz, tidak faham akan hakikat mudah ini pun!

Sesetengah orang kita berkata: “Saya Melayu dulu, kemudian Malaysia.” Sesetengah pula berkata: “Saya Malaysia dulu, Melayu kemudian.” Sebenarnya kita dalam perjalanan dari sifat kaum kita masing-masing kepada sifat bangsa Malaysia. Perjalanan ini tidak dapat tidak harus kita ambil. Mengapa kita tidak berkata saja: “Saya Melayu/Cina/India/lain-lain kaum dan Malaysia?”

Sebenarnya, kita semua dari pelbagai bangsa; pada masa yang sama kita manusia, anak-cucu Adam, Homo sapiens. Tidak ada kontradiksi dalam ayat ini. Hakikat ini telah kita iktiraf dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Pada umumnya, orang muda itu idealistik. Idealisme itu memang bagus. Tetapi idealisme itu cita-cita yang ingin kita capai pada masa depan. Untuk merealisasi idealisme kita, kita kena ada kaedah yang realistik. Tanpa realisme, idealisme tidak lebih daripada sebuah tin kosong!

Ingat kembali sejarah kita. Mengapa dalam tahun 1946 orang Melayu dalam UMNO menolak cadangan presiden mereka yang pertama Dato’ Onn Jaafar untuk membukan pintu UMNO kepada suku-bangsa lain? Adakah orang Melayu dalam UMNO pada ketika itu bersikap perkauman? Kalau mereka bersikap perkauman, mengapa mereka bekerjasama dengan MCA dan MIC? Dilihat dari satu hujung yang lain, kita ambil contoh DAP. Semua orang tahu DAP berwatak ke-Cinaan, walaupun ia mebuka keanggotaannya kepada kaum lain. Ambil kes PKR. Mereka dakwa parti itu bersifat pelbagai kaum. Tetapi watak Melayunya tetap ketara. Sebenarnya, kita tidak boleh mengelak hakikat ini sehingga satu masa apabila watak “perkauman” masyarakat kita secara automatik hapus.

Kerana sebab-sebab di atas maka sejarah kita penting kita kaji dan fahami. Jika tidak, seperti kata failsasuf George Santayana, kita akan dihukum. Dari segi sejarah inilah maka konsep ketuanan Melayu harus difahami. PKR, dalam mesyuarat agungnya yang baru lalu, mengisytiharkan “perang” terhadap konsep ketuanan Melayu. Mereka hendak menggantikannya dengan gagasan “ketuana rakyat”. Pada kulitnya, gagasan ini nampak lebih progresif. Kritikan segera daripada Sultan Selangor menampakkan bahayanya.

ViDEO : BUKTI SPEAKER JADI ALAT UMNO@APCO.


Tafsiran "Muktamad" Speaker Kangaroo Court

Parlimen Malaysia membuka lembaran sejarah kegelapan baru hari ini setelah bersidang dalam kekecohan "ala-Kangaroo court".  Umum sedia maklum bahawa Kangaroo sejenis binatang yang menjadi lambang khusus Australia.  Tetapi hari ini dengan Speaker yang acap kali menitikberatkan bahawa segala keputusan Speaker adalah "muktamad" meskipun "modus operandi" keputusan muktamad Speaker Parlimen Australia jauh berbeza dengan "modus operandi" "keputusan muktamad" Speaker Parlimen Malaysia.  Rakyat dunia 1Malaysia cukup bernasib baik kerana berkesempatan melihat dari dekat kejadian-kejadian yang mencorakkan Kangaroo court meskipun apa yang berlaku adalah sesuatu yang memalukan Malaysia apabila dilihat dari jauh oleh masyarakat antarabangsa termasuk negara yang dilambangkan oleh Kangaroo.
Dalam kekecohan yang telah dilaporkan segera oleh laman web berita, aku yang berperut buncit memerhatikan sesuatu yang wajar dibangkitkan dalam ulasanku mengenai peranan Speaker dalam Kangaroo court yang juga berperut buncit yang kononnya "above politics" semasa kekecohan berlaku.
Nota dari Nazri Aziz
Semasa telefon bimbitku mencatatkan jam 10.38 pagi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz menghulurkan sekeping nota kepada Bentara lantas diserahkan kepada Setiausaha Dewan Rakyat Roosme Hamzah.  Roosme memegang dan membaca nota tersebut selama lebih kurang 60 saat hingga 90 saat, kemudian diserahkan nota itu kembali kepada Bentara yang sama.  Bentara kemudian menyerahkan nota tersebut kepada Speaker Pandikar Amin.  Speaker merenung nota tersebut selama lebih kurang 60 saat sementara hujah bantahan satu per satu dibangkitkan oleh Ahli Parlimen tanpa dihiraukan.
Tidak lama selepas itu, Pandikar (gambar kiri) mencadangkan mereka membuat usul jika tidak berpuas hati dengan keputusan dan interprestasinya berhubung Peraturan Dewan.  Sejurus selepas itu, Ketua Whip Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat Azmin Ali terus bangkit lagi dan berkata, "Tetapi awak tidak mahu terima usul kami!"
Jam 11.24 pagi, nota kedua dihulurkan kepada Speaker.  Kemudian, Speaker mengugut untuk mengadakan undian tanpa perbahasan.  Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali segera menuntut untuk mengetahui peraturan mana yang akan digunakan oleh Speaker untuk mengadakan undian tanpa perbahasan.  Speaker kemudian memutuskan undian dijalankan tanpa perbahasan.  Usul menggantung Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim diluluskan dengan suara majoriti.
Ketika saudara-saudari wartawan sekalian memberi tumpuan kepada apa yang berlaku di Lobi Parlimen setelah Ahli Parlimen Pakatan Rakyat meninggalkan Dewan Rakyat, aku pula memerhatikan penjalanan Dewan Rakyat yang seterusnya.
Setelah usul menggantung Ketua Pembangkang diluluskan tanpa perbahasan dan dibaca usul seterusnya untuk menggantung Ahli Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh, Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah dan Azmin (gambar kanan), Speaker menanyakan ahli dewan sekalian: Perlukah usul dibahaskan?
Kedengaran suara ahli dewan yang rata-ratanya tinggal Ahli Parlimen Kerajaan 1Malaysia mengatakan "tak perlu" diikuti dengan balasan "perlu".  Perlu kerana tanpa perbahasan, Parlimen dan Speaker akan kelihatan tidak "above kerajaan".

Implikasi dan detik-detik kejadian yang mencorakkan lembaran kegelapan Parlimen "ala-Kangaroo court" kali ini cukup signifikan.  Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang tinggal 76 orang setelah wujudnya Konsensus Bebas yang tak bebas kini berdepan dengan risiko cabang Eksekutif yang selama ini "above perundangan" menggunakan peluang ini untuk melakukan pindaan akta yang memerlukan 2/3 majoriti.
Jika ditolak empat setelah mengambil kira Ketua Pembangkang dan tiga lagi Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang digantung selama enam bulan -  dalam tempoh enam bulan akan datang, adakah Speaker yang tegas dengan "keputusan muktamad" Kangaroo Court akan menggunakan kuasa dan budi bicara beliau dan menafsirkan 2/3 majoriti sebagai 2/3 daripada jumlah ahli parlimen yang hadir dalam dewan?
Meskipun sesungguhnya 2/3 majoriti merujuk kepada 2/3 daripada jumlah ahli parlimen sedia ada, kita hanya yakin dengan Speaker yang benar-benar "above eksekutif", bukan Speaker Kangaroo Court yang cenderung untuk membuat penafsiran "luar biasa" secara muktamad!
Speaker dipertikai
Telitilah Laporan Minoriti Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang dibentangkan oleh Ahli Parlimen Bukit Gelugor dan Subang.  Ikutilah hujah-hujah mereka dalam Dewan Rakyat pagi tadi sebelum ditendang keluar oleh Kangaroo Court.  Yang dipertikaikan dalam usul menggantung Ketua Pembangkang bukan keputusan apa yang diambil tetapi proses keputusan tersebut dibuat dan diubah setelah Speaker yang berperanan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan sendiri menafsirkan Peraturan Mesyuarat 82(11) bahawa Jawatankuasa mempunyai budi bicara untuk menolak mendengar sebarang keterangan yang tidak relevan.  Bagaimana Dewan Rakyat (baca: Majlis) mengetahui bahawa keterangan Ketua Pembangkang "tidak relevan' apabila Pengerusi Jawatankuasa telah menafikan hak Ketua Pembangkang untuk memanggil saksi-saksi beliau sendiri dalam perkara ini dan hak beliau sendiri untuk didengar?
Sedangkan Ketua Pembangkang telah menerima jaminan daripada Speaker semasa prosiding dalam Majlis pada 22 April 2010 dan pada Mesyuarat Jawatankuasa Kedua dan Ketiga pada 8 Jun 2010 dan 9 Jun 2010 bahawa beliau akan dibenarkan untuk mendengar semua keterangan saksi yang diberikan di hadapan Jawatankuasa dan peluang untuk bertanyakan soalan kepada saksi-saksi.  Apakah penjelasan Speaker terhadap conflict of interest yang berlaku semasa beliau berperanan sebagai Pengerusi Jawatankuasa?  Apakah penjelasan Speaker terhadap tafsiran luar biasa yang diputuskan secara muktamad?
Majoriti 2/3
Balik semula kepada persoalan 2/3 majoriti.  Menurut Pegawai Penyelidik Parlimen Malaysia, "keperluan majoriti 2/3 ahli Dewan bagi meluluskan sesuatu undang-undang hanya membabitkan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan sahaja.  Dari tahun 1958 sehingga tahun 2007, sebanyak 55 pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan sokongan 2/3 majoriti daripada Ahli-ahli Parlimen.  Pindaan-pindaan ini adalah membabitkan pindaan Akta Perlembagaan, Ordinan Perlembagaan, Akta Malaysia, Akta Darurat, Ordinan Darurat, Akta Matawang Malaysia, Akta Pemberian Ikut Kepala, Perintah Keanggotaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Perintah Keanggotaan Suruhanjaya Pendidikan dan Perintah Keanggotaan Mahkamah".
Setelah menyaksikan babak-babak Kangaroo Court pagi ini, aku yang tidak mengharapkan Perdana Menteri 1Malaysia mencabar dan membantah sekuat-kuatnya kepada Kerajaan Singapura apabila beliau dikaitkan dengan kes pembunuhan Altantuya menurut Wikileaks, kini juga tidak mengharapkan Speaker Kangaroo Court membuat keputusan muktamad yang benar-benar muktamad dan "above" keputusan Kerajaan 1Malaysia.
Oleh sebab itu, meskipun aku tahu tafsiran 2/3 majoriti seharusnya merujuk kepada 2/3 daripada jumlah ahli dewan sedia ada, aku masih merasakan sesuatu yang lebih gelap akan berlaku dalam dunia 1Malaysia.  Melainkan sekiranya Speaker sedia ada meletak jawatan dan digantikan dengan calon yang tidak memihak kepada Kerajaan dan tidak membuat tafsiran luar biasa secara muktamad! 
Bak kata Charles Dickens dalam karya beliau A Tale of Two Cities:
"Ini adalah saat yang terbaik, ini adalah saat yang terburuk; ini adalah zaman kearifan, ini adalah zaman kebodohan; ini adalah era mempercayai, ini adalah era syak wasangka; ini adalah musim Kecerahan, ini adalah musim Kegelapan…"
Tambahan juga, jumlah ahli parlimen Pakatan Rakyat kini tinggal 76 orang, Kerajaan yang above Kangaroo Court hanya memerlukan dua lagi ahli parlimen bagi mengemukakan pindaan akta yang memerlukan 2/3 majoriti.
Justeru, babak-babak kegelapan pagi ini wajar dilihat sebagai satu peringatan kepada Pakatan Rakyat supaya jangan dilupakan betapa signifikannya apabila 76 menjadi 74.  Menjelang pilihanraya umum, dalam detik-detik kecerahan kelihatan babak-babak kegelapan, dalam babak-babak kegelapan haruslah dicungkil keluar detik-detik kecerahan.

Jeffrey Kitingan lancer Barisan Bersatu Borneo

PENAMPANG, 16 Dis —  Bekas naib presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan hari ini mengumumkan pembentukan satu pergerakan dikenali Barisan Bersatu Borneo (UBF) sebagai satu platform untuk memperjuangkan hak dan keadilan bagi penduduk Sabah dan Sarawak.
Katanya agenda UBF termasuk mendapatkan kesamarataan dalam formula perkongsian dan perwakilan di peringkat persekutuan.
Jeffrey, yang menjelaskan beliau belum menyerahkan surat keluar daripada PKR, berkata UBF mahu kerajaan pusat melindungi hak masyarakat pribumi seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.
Ketika ditanya sama ada beliau akan menubuhkan parti baru atau menyertai parti lain, beliau berkata UBF akan menyokong sesiapa saja yang dapat menjamin hak dan keadilan kepada penduduk Sabah dan Sarawak. — Bernama

PKR bakal dilanda gempa bumi??


Satu lagi agenda untuk bikin PKR pening kepala adalah apabila berita tersebar di Mstar, kononnya..... ada 5 MP-nya bakal keluar untuk bersama KITA.

Ha.. ha.. ha.. ada pulak orang bertanya pada aku, apa mereka pun nak ikut kamikazee sama ke??

Aku kata... entahler. Suka hati mereka ler. Mampuih pi.

Tetapi, yang orang tergedik-gedik nak tahu ialah kalau betul, siapa mereka agaknya??

Gobala?? Gwo Berne Loh?? Tian Chua?? Sivarasa?? Fuziah Salleh?? Nurul Izzah?? Manickavasagam??

Aha, jeng.. jeng... jeng...

Apa-apa pun, berita ini cuma berita khabar angin. Angin pulak tu datang secara tetiba jer... Sepoi-sepoi bahasa jer...

Wallahualam... Kita tunggulah 19 Disember ni. Bom akan meletup atau tidak. Siapa yang mengebom dan siapa yang kena bom. Tunggu...

A Mum Of Three Mohd

Rombongan KM Melaka naik pesawat macam naik bas

http://idhamlim.blogspot.com

Kejadian memalukan oleh peserta rombongan yang menaiki pesawat khas jenis BAE 146-200 yang membawa 80 penumpang termasuk Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam ditahan di Lapangan Terbang Juanda, Surabaya, Indonesia petang Selasa.

Menurut berita yang disiarkan pesawat itu ditahan kerana ada penumpang turun ke landasan sambil menghisap rokok sewaktu pesawat yang disewa dari Heritage Air berkenaan berhenti untuk mengisi bahan bakar.

Itulah tahap dan displin yang ditunjukkan oleh orang yang ada pendidikan. Atau mungkinkah rombongan yang dibawa oleh Ali Rustam adalah orang Melaka yang tidak ada pendidikan dan tidak tahu peraturan menaiki kapal terbang.

Macamlah kebiasaan yang kita lihat bila ada sahaja bas ekspres yang berhenti ramai yang ambil peluang hisap rokok di samping ada yang ramai bergegas ke tandas dengan hajat masing.

Tidak tahulah pula rombongan Ali Rustam ini, adakah mereka rasa naik kapal terbang macam naik bas?

Untunglah kapal terbang itu tidak meletup kerana dan saya ucapkan tahniah kepada penguasa di Lapangan Terbang Juanda, Surabaya yang bertindak cepat.

kalau tidak dengan lapangan terbang sekali meletup akibat tidak berdisplinnya rombongan yang dibawa oleh Ali Rustam.

Tidakan tegas Tentera Nasional Indonesia (TNI) yang melihat keadaan itu memeriksa semua penumpang di lapangan terbang itu amatlah saya sokong.

Rombongan kerajaan negeri Melaka itu sedang menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam.

Pesawat itu dalam penerbangan pulang dari Dili, Timur Leste dan ditahan pada kira-kira 2 petang waktu Indonesia sebelum dibenarkan berlepas ke Melaka pada pukul 11 malam dan tiba di LTAM di Alor Gajah pada pukul 2.15 pagi.

Namun begitu, enam penumpang pesawat itu termasuk Mohd Ali, isterinya Datin Seri Asmah Abdul Rahman dan pengawal peribadi kepada Ketua Menteri dibenarkan pulang ke Malaysia dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS).

Inilah tahap moral pemimpin Umno selepas 50 tahun lebih kita merdeka, peraturan naik kapal terbang pun tidak tahu atau kalau tahupun nak tunjuk lagak dan dia yang besar dan ada kuasa.

Sepatutnya bagi saya hukuman kepada mereka yang hisap rokok dalam kejadian ini lebih keras kerana ia mengundang risiko keselamatan yang sangat serius.

Menteri diingatkan jangan ubah laluan lebuhraya

Kerajaan negeri Selangor tidak akan bersetuju dengan sebarang cadangan baru untuk merobohkan 80 rumah di Taman Bakti, Ampang bagi membina Lebuhraya Besraya yang baru dari Sungai Besi ke Pandan Indah.

"Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah membentangkan cadangan alternatif yang tidak melibatkan perobohan rumah, di mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) pada 25 November 2010.

iskandar abdul samad"Sebelum itu, saya dan penduduk tempatan telah membantah cadangan asal yang melibatkan perobohan rumah," kata exco perumahan, pengurusan bangunan dan setinggan Selangor, Iskandar A Samad.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata, cadangan asal itu telah dibuat ketika pentadbiran kerajaan BN di Selangor.

"Walau bagaimanapun, kerajaan sekarang telah mengarahkan LLM membentangkan cadangan alternatif kepada MTES.

"Oleh itu, setelah cadangan alternatif dipersetujui, kerajaan negeri tidak akan bersetuju jika LLM mahu lebuhraya itu dibina menurut cadangan asal yang akan merobohkan rumah-rumah penduduk," tegasnya.

Iskandar berkata, beliau difahamkan bahawa Menteri Kerja Raya akan melawat Taman Bakti esok.

"Maka oleh itu, saya hendak mengingatkan beliau agar tidak akan mengubah laluan lebuhraya yang telah dipersetujui di antara kerajaan negeri sekarang dan LLM dalam mesyuarat MTES itu," tambahnya.

Pengantungan Anwar Paku Terakhir Kepada Keranda Umno-BN

kerandaKUALA LUMPUR 16 Dis - Hari ini Umno-Barisan Nasional berjaya membunuh demokrasi di Malaysia untuk sekian kalinya.

Umno-BN menang dalam satu lagi langkah strategi mereka untuk menjatuhkan karier politik Ketua Oposisi Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menggantung beliau selama enam bulan daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat.

Turut dimangsakan termasuk Ketua Whip Pakatan Rakyat di Parlimen iaitu Azmin Ali, Ahli Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh serta Ahli Parlimen Subang R Sivarasa.

Ini ekoran dakwaan Anwar yang mengaitkan konsep 1 Malaysia yang menjadi projek kesayangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan One Israel, di mana kedua-dua gagasan menyatukan rakyat ini dicipta oleh firma pelobi antarabangsa yang pro Zionis-Israel, Apco Wordwide.

Ada beberapa intrepetasi penting langsung daripada Umno-BN yang akan memberi kesan jangka panjang kelak kepada politik Malaysia.

Pertama ia menunjukkan institusi Parlimen yang dianggap oleh rakyat Malaysia sebagai benteng paling kukuh dan terakhir untuk mempertahankan sistem demokrasi berparlimen yang menjadi amalan politik negara ini kini telah disah sepenuhnya jatuh dalam kawalan penguasa Umno-BN.

Ini tidak lagi bebas dan sekarang boleh dikatakan salah satu komponen rasmi BN di mana Umno menjadi bos besarnya.

Institusi yang amat penting ini tidak lagi boleh diharapkan untuk mengotakan janji keramatnya kepada rakyat untuk menjunjung Perlembagaan dan melindungi kesucian sistem demokrasi negara ini yang sekian lama telah membajai usaha menegakkan keadilan.

Seluruh jentera institusi ini termasuk kerusi Yang DiPertua Dewan Rakyat dan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan tergadai kepada Umno-BN yang hanya perlu menekan butang kuasanya untuk mendapatkan apa dihajati.

Bagi Umno-BN Parlimen tidak perlu menjadi institusi demokrasi seperti yang difahami oleh negara-negara Komanwel yang lain; ia hanya perlu bertindak sebagai anjing suruhan yang tidak sedikit pun membantah terhadap kerakusan kuasa pihak eksekutif.

Interpretasi kedua daripada episod yang malang ini ialah rakyat kini berdepan dengan kerajaan yang amat zalim yang sanggup menggunakan apa sahaja instrumen untuk menjamin pegangan eratnya ke atas tampuk kekuasaan termasuk tunduk kepada permainan Zionis-Yahudi.

Pengantungan Anwar menunjukkan Najib lebih rela mempertahankan sebuah syarikat yang dikuasai antara lain oleh bekas ketua perisikan Israel dan bekas anggota diplomatik negara Zionis itu daripada memberi keadilan setimpalnya kepada Ketua Oposisi Parlimen Malaysia untuk membela dirinya dalam dakwaan terhadap beliau.

Apco kini lebih berkuasa daripada Parlimen Malaysia.

Dengan hanya berbekalkan sepucuk surat penjelasan tanpa perlu dipanggil untuk memberi keterangan di hadapan jawatankuasa parlimen itu, Apco mampu menyakinkan anggota jawatankuasa (tidak termasuk Karpal dan Sivarasa) bahawa pihaknya benar dan Anwar salah.

Kalau diteliti sebenarnya Apco yang menjatuhkan hukuman pengantungan itu ke atas Anwar bukannya Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Ketiga, Apco kini boleh mendabik dada bahawa ia bukan lagi sekadar syarikat pelobi yang dibayar berjuta-juta ringgit menggunakan dana rakyat Malaysia tetapi angkuh kerana mampu menyusup masuk secara terang-terangan ke dalam pusat kekuasaan negara di Putrajaya malah mempengaruhi keputusan-keputusan penting dan strategik kerajaan Malaysia.

Keempat, tindakan Umno-BN tersebut akan memberi persepsi amat negatif kepada dunia luar bahawa demokrasi Malaysia lebih teruk daripada pemerintahan diktator sesetengah negara Afrika atanpun beberapa negara Eropah semasa era perang dingin.

Malaysia tidak lagi dilihat sebagai sebuah demokrasi negara membangun yang 'vibrant' dan berpotensi besar menjadi setaraf dengan negara-negara maju di Barat tetapi hanya sebagai sebuah negara kaya yang dikuasai oleh sebuah rejim despot yang menggunakan demokrasi untuk menghalalkan segala tindakan yang bercanggah dengan demokrasi itu sendiri.

Apa pula implikasi yang bakal diterima oleh Malaysia dan rakyat akibat perbuatan tidak bertamadun Umno-BN ini?

Dari segi politik, Umno-BN mengorek lebih dalam lagi kubur yang bakal menimbusnya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Rakyat cukup marah tetapi kemarahan dan kebencian rakyat dipendam sehingga ke peti undi kelak.

Bagi rakyat Umno-BN boleh buat sesuka hati mereka pada detik-detik akhir kematian mereka tetapi tidak akan mengubah nasib yang bakal diterimanya.

Umno-BN kini bagai seorang yang kelemasan terkapai-kapai mencari apa sahaja yang boleh dijadikan pautan untuk menyelamatkan diri.

Sambil ketawa rakyat hanya melihat Umno-BN sedikit demi sedikit tenggelam di makan pusaran air yang buas tanpa memberi sedikit pun bantuan hatta sebatang ranting kering pun.

Ekonomi Malaysia yang teruk dilanda kemerosotan kemasukan pelaburan luar akan terus merudum malah pelabur asing akan menyisihkan negara ini sejauh mungkin.

Ini kerana tidak mungkin pelaburan mereka akan terjamin dan selamat sekiranya institusi seperti Parlimen pun boleh dimanipulasi sedemikian rupa bagi tujuan agenda politik kotor Umno-BN.

Dengan jatuhnya Parlimen dalam kawalan Umno-BN maka sempurnalah penguasaan mutlak mereka ke atas kesemua institusi penting dalam negara ini termasuk PDRM, badan kehakiman, SPR, SPRM, Jabatan Imigresen, mahkamah (termasuk mahkamah syariah), JPN, institusi Raja, Jabatan Peguam Negara serta media.

Namakan sahaja sistem pemerintahan Malaysia yang diamalkan sekarang - kuku besi, diktator, 'banana republic', totalitarian, fasis, tirani - semua elemen ini ada dalam Umno-BN namun untuk dilabel sebagai demokrasi amat jauh sekali.

Samada Anwar di gantung daripada Parlimen atau bebas menghadiri sidang tidak lagi menjadi mempengaruhi keputusan rakyat pada PRU nanti.

Hakikatnya tindakan hari ini hanya menjadi antara paku yang dihentak ke keranda Umno-BN; malangnya ia juga menjadi paku terakhir dan muktamad sebelum  keranda diturunkan ke dalam lubang kubur.

Pelantikan Zaid sah, Hanafi sudah digantung keahlian – KITA

Zaid 1Oleh Jamilah Kamarudin

PETALING JAYA: Bekas Presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) Zakaria Salleh hari ini mempertahankan pelantikan bekas Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim sebagai presiden semalam adalah sah mengikut perlembagaan parti.
Melalui pelantikan Zaid itu juga, Zakaria turut menegaskan parti Akim yang kini bertukar menjadi Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) juga adalah sah selepas keputusan daripada ahli dicapai secara sebulat suara dalam mesyuarat agung tahunan parti itu di Tropicana Golf & Country Resort di sini semalam.

Zakaria yang melepaskan jawatannya untuk memberi laluan kepada Zaid menerajui kepimpinan KITA membidas dakwaan bekas calon Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh 2008 Hanafi Hamat bahawa dirinya masih presiden yang sah.
Beliau ketika dihubungi FMT sebaliknya berkata, dalam pemilihan ahli jawatankuasa parti semasa Muktamar Agung Akim pada 26 Disember tahun lalu, undian daripada ahli parti memilih dirinya sebagai presiden dan bukannya Hanafi.
"Memang benar pada 24 Oktober tahun lalu Hanafi masih seorang presiden dan saya timbalannya. Namun beliau bukan lagi presiden selepas Akim mengadakan Muktamar Agung kali kedua pada Disember tahun lalu," katanya.
Konflik kepimpinan
viewerZakaria mendakwa, konflik kepimpinan terjadi apabila Hanafi yang memegang jawatan sebagai presiden ketika itu menganggap Akim sebagai satu syarikat perniagaan ’sendirian berhad’.
"Bagi dia (Hanafi) parti Akim dianggap seperti parti sendirian berhad yang mahu ikut kepentingan sendiri.
"Dia tidak ada apa-apa hala tuju dalam memimpin parti, malah tidak mahu adakan sebarang mesyuarat atau perbincangan parti sepanjang memegang jawatan sebagai presiden," katanya.
Berikutan itu, Zakaria berkata ahli Akim mula hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Hanafi dan pada satu perjumpaan untuk menentukan tarikh mesyuarat agung parti yang dipengerusikan sendiri oleh Hanafi pada 10 Disember tahun lalu, ahli parti mula menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan presiden.
"Berikutan beberapa perselisihan pada ketika itu, Hanafi sendiri bertindak keluar dewan meninggalkan mesyuarat itu separuh jalan.
Peruntukan perlembagaan parti
"Namun parti tetap mengadakan Muktamar Agung mengikut peruntukan perlembagaan parti yang mewajibkan mesyuarat diadakan dua kali setahun sebelum 31 Disember setiap tahun," katanya.
Selain itu, Zakaria berkata Akim pada Oktober lalu telah pun megambil keputusan menggantung keahlian Hanafi kerana tindakannya yang membuat keputusan mahu meletakkan calon daripada parti itu untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Galas tanpa berunding dengan ahli parti yang lain.
Penggantungan Hanafi menurut Zakaria diputuskan lembaga tindakan tatatertib kerana beberapa sebab tertentu yang boleh merugikan parti dan bertentangan dengan perlembagaan parti, malah laporan polis juga dibuat parti itu terhadap Hanafi pada Oktober lalu.
"Hanafi digantung keahliannya sehingga kepada satu tempoh masa yang belum ditetapkan.
"Jadi sekarang beliau bukan lagi seorang presiden malah bukan lagi seorang ahli kerana telah digantung..bagaimana beliau masih boleh keluarkan kenyataan mendakwa dirinya masih lagi seorang presiden yang sah dan tidak mahu mengiktiraf sebarang bentuk penukaran nama baru parti ini..sudah jelas beliau tiada sebarang hak untuk bersuara pun.
KITA diiktiraf oleh ahli
Ini juga bermakna Zaid adalah presiden parti yang sah selepas mesyuarat agung memutuskannya semalam dan KITA juga diiktiraf oleh ahli dalam mesyuarat," katanya.
Beliau berkata perkara ini dapat dibuktikan melalui notis Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) Putrajaya bertarikh 20 Oktober tahun ini (gambar) yang menerima Muktamar Agung Tahunan pada 26 Disember tahun lalu sebagai penyelesaian kepada pertikaian dan mengiktiraf dirinya sebagai presiden.
Sementara itu, Zakaria ketika ditanya tentang penukaran Akim kepada KITA, beliau berkata pihaknya sehingga kini masih lagi belum mengisi borang ROS untuk menukar nama baru parti itu walaupun kata sepakat sudah pun diambil semasa mesyuarat agung semalam.
"Borang sudah ada tapi masih belum diisi. Kita akan serahkan kepada ROS untuk mengiktiraf KITA dalam masa terdekat," katanya.

"Mereka mahu Speaker tunda penggantungan" – Nazri

nz azizOleh Muda Mohd Noor


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat membuat kecoh dalam persidangan hari ini kerana mereka mahu Speaker menunda keputusan menggantung Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menghadiri sidang dewan selama bulan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, "apa yang mereka buat adalah untuk menggagalkan keputusan menggantung Anwar. Dia mahu Speaker tunda ke tahun depan, itu yang dia nak.

"…Sama seperti kes liwat dia (Anwar).  (Tetapi) Saya sudah tahu gerak geri dia," kata beliau dalam satu sidang media di lobi parlimen hari ini.
Anwar digantung daripada menghadiri sidang dewan selama enam bulan kerana mendakwa One Israel sama dengan 1 Malaysia.
Tiga lagi ahli parlimen pembangkang – Azmin Ali (PKR – Gombak); R Sivarasa (PKR – Subang) dan Karpal Singh (DAP – Bukit Gelugor) turut digantung selama enam atas beberapa kesalahan.
Nazri juga menjelaskan, Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah mengikut semua peraturan mesyuarat dalam mengendalikan sidang Dewan Rakyat.
Speaker ikut peraturan mesyuarat
"Apa yang mereka lakukan amat memalukan. Pembangkang dakwa Speaker berat sebelah tetapi dia ikut semua peraturan mesyuarat," katanya lagi.
Menurutnya, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen tidak mempunyai hak menghukum sebaliknya hanya mengumpulkan maklumat.
Maklumat itu akan dibawa kepada Majlis Parlimen untuk pendakwaan sebelum diserahkan kepada ahli-ahli Parlimen untuk membuat keputusan.
"Mereka, khususnya  diberi kesempatan malah pada bulan April diberi masa seminggu untuk memberi penjelasan atau tarik balik tuduhan tetapi dia tidak buat.
"Dalam sesi kedua, masih ada kesempatan tetapi dia tidak buat. Sesi ketiga juga dia tidak buat. Segala apa yang kita cakap dia tidak mahu dengar kononnya kita takut kerana ada kuasa minoriti tetapi mereka silaplah," katanya.
Mereka bukan YB tapi penipu
Ketika mengulas mengenai pelekat yang dibawa masuk ke dalam dewan, Nazri berkata ia tidak boleh dibawa tanpa kelulusan Speaker.
"Mereka bukan YB tetapi penipu. Bawa masuk cara penipu," katanya. Beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat membawa pelekat kelihatan ke dalam dewan semasa perbahasan hari ini.
Walaupun Anwar dan tiga lagi digantung selama enam bulan dari menghadiri sidang dewan, Nazri berkata mereka masih mendapat elaun sebagai ahli Parlimen.
Nazri juga menjelaskan keputusan Speaker tidak boleh dibawa ke mahkamah kerana parlimen seperti mahkamah merupakan badan bebas.
"Kalau bawa ke mahkamah pun, saya yakin mahkamah akan tolak," katanya. Nazri juga menafikan dia memberi arahan kepada Speaker sebagaimana didakwa ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Protes penggantungan: Anak MP turut ditahan

Yusmadi YusoffOleh Teoh El San

KUALA LUMPUR: Anak ahli parlimen (MP) Padang Serai N Gobalakrishnan ditahan selepas satu pergelutan berlaku di antara pasukan polis dengan 20 penyokong Pakatan Rakyat yang memprotes penggantungan empat MP di Parlimen hari ini.
G Pravin, 25, anak Gobalakrishnan ialah ketua penerangan PKR cabang Padang Serai dan beliau ditahan bersama bekas ketua penerangan Pemuda PKR Lee Khai Loon, 32.

Kumpulan yang memprotes diketuai MP Balik Pulau Yusmadi Yusoff dan Ketua AMK PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin berarak keluar dari parlimen apabila dihentikan oleh pasukan polis.
Mereka menuju ke pejabat Suhakam untuk memfailkan aduan terhadap penggantungan tersebut dan turut membawa pelekat yang tertulis “Di manakah Keadilan?”.  Mereka turut melaung “Reformasi” dan “Hidup Anwar”.
Kumpulan ini bagaimanapun diarah bersurai oleh pihak polis yang melihatnya sebagai perhimpunan haram.  Ini menyebabkan berlakunya pertengkaran di antara Yusmadi dan seorang pegawai polis.
Ahli parlimen PKR itu menyatakan kumpulan itu memprotes secara aman dan bukan perhimpunan haram.
Lapor ke Suhakam
“Saya MP Balik Pulau. Hak MP dinoda di Parlimen. Kita ke Suhakam untuk melaporkan perkara ini,” kata beliau kepada pihak polis.
“Kita berjalan kerana menggunakan pengangkutan awam. Tidak salah berjalan di sini, di kaki lima. Saya mempunyai banyak kes perhimpunan awam. Ini bukan perhimpunan haram," kata beliau.
Bila Yusmadi bertegas untuk meneruskan perarakan maka berlaku insiden tolak menolak di antara kumpulan tersebut dengan pasukan polis. Ini seterusnya membawa kepada penahanan Pravin dan Lee.
Kedua-dua mereka dibawa ke Balai Polis Dang Wangi.
Polis kemudiannya membenarkan kumpulan yang kecil bersama Yusmadi dan Shamsul menuju ke pejabat Suhakam di mana aduan difailkan pada kira-kira pukul 2.30 petang.
Empat orang MP yang digantung ialah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pengerusi DAP Karpal Singh, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan MP Subang R Sivarasa.

ROS: Zakaria beri Zaid laluan memang presiden Akim sah


KUALA LUMPUR, 16 Dis — Jabatan Pendaftaran Pertubuhan mengesahkan Zakaria Salleh, yang melepaskan kedudukannya kepada Datuk Zaid Ibrahim semalam, merupakan presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) yang sah. Selain Zaid dipilih sebagai presiden, Akim ditukar nama sebagai Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) pada mesyuarat agung tahunannya di Petaling Jaya pagi semalam.
Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Kelantan, Wan Rahimah Wan Mamat berkata, pihaknya tidak pernah memberi pengesahan bahawa Hanafi Mamat adalah presiden Akim yang sah seperti dipetik media sejak beberapa hari lalu.
Surat bertarikh 20 Oktober lalu, yang dihantar oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan kepada setiausaha agung Akim juga menyebut, “jawatankuasa kerja agung Akim yang diketuai Encik Zakaria Salleh, yang dipilih dalam muktamar agung itu (26 Disember 2009) adalah jawatankuasa kerja agung semasa berlandaskan perlembagaan Akim.”
“Kita (ROS Kelantan) hanya melantik Hanafi Mamat sebagai pengerusi ad-hoc (menyelesaikan masalah dalaman Akim), bukan melantiknya sebagai presiden Akim.
“Kita menyuruh dia (Hanafi) menyelesaikan pertikaian antara kumpulan A (dan) Kumpulan B kerana dalam kaedah kita (ROS) satu-satu pertikaian mesti diselesaikan dalam masa 30 hari.
“Mesyuarat agung (Akim) pada 26 Disember tahun lalu, semua ahli sama ada dalam kumpulan A atau kumpulan B bersetuju menerima Zakaria Salleh sebagai Presiden Akim yang baru dan kita (ROS Kelantan) menerima minit menyuarat agong tersebut serta mengesahkannya.
“Hanafi, kata saya (mengesahkan) dia sebagai presiden Akim sedangkan waktu berjumpa dengan saya selepas Akim menyelesaikan masalah dalamannya, Hanafi sendiri bersedia menerima keputusan (iaitu mesyuarat agung) Akim tidak melantiknya sebagai presiden lagi, yang diselesaikan secara perhimpunan keluarga,” ujar Wan Rahimah ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Semalam, Hanafi dipetik Bernama berkata, beliau tidak mengiktiraf atau bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk penukaran nama menjadi Akim.
Akim merupakan sebuah parti politik yang ditubuhkan lebih 15 tahun lalu mempunyai prinsip perjuangannya yang tersendiri untuk menyatupadukan umat Islam di seluruh negara, katanya kepada Bernama.
Hanafi berkata mereka yang cuba menukar nama parti itu kepada nama baru, seolah-olah mencabul hak AKIM sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam.
“Ini sebagaimana terkandung dalam perlembagaan yang diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan. Mereka yang cuba menghidupkan AKIM dengan nama lain, seolah-olah melelong parti itu kepada pihak lain untuk kepentingan peribadi mereka,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya tidak bertanggungjawab dengan tindak tanduk segelintir anggota Akim yang terlibat dengan penubuhan parti Kita bagi menggantikan nama asal Akim serta berniat untuk menggulingkannya.
Hanafi tetap menganggap dirinya sebagai presiden Akim yang sah walaupun ada pihak lain mendakwa diri mereka ketuanya.
Sebelum ini Bernama melaporkan Wan Rahimah mengesahkan Hanafi kekal menjadi presiden Akim berikutan kemelut perebutan pihak lain terhadap jawatan itu sehingga menjejaskan penubuhan parti berkenaan.
“Sebenarnya pengasas Akim adalah Musa Salleh, bukannya Hanafi Mamat seperti yang dilaporkan Berita Harian pada 2 Disember lalu... saya sendiri menghubungi Berita Harian membuat penafian ketika itu.
“Ketika itu, saya memberitahu, ROS melantik Hanafi mngetuai ad-hoc (menyelesaikan masalah dalaman Akim) tetapi Berita Harian melaporkan saya mengesahkan Hanafi sebagai presiden,” kata Wan Rahimah.
Sehubungan itu, beliau berkata, Hanafi tidak berhak menafikan sebarang keputusan mesyuarat agung Akim yang berlangsung semalam iaitu Akim ditukar nama kepada Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air serta melantik Zaid, bekas pengerusi PKR Kuala Lumpur, menjadi presiden menggantikan Zakaria.
Dalam pada itu, Wan Rahimah mengaku bahawa pihaknya masih belum menerima apa-apa laporan mesyuarat agung Akim semalam serta menganggap sebarang permohonan oleh parti yang ditubuhkan sejak 15 tahun itu akan diselesaikan oleh ROS pusat.
“Tiada apa-apa permohonan setakat ini, tak ada apa-apa laporan dan pihak kami tidak tahu apakah permohonan rasmi selepas mesyuarat agung semalam,” katanya.
Menurut Rahimah, pihaknya lazimnya memproses satu-satu permohonan dalam masa 30 hari dari tarikh serahan permohonan kepada ROS Kelantan.
Namun kata Wan Rahimah, permohonan dan status terbaru Akim mungkin memerlukan masa lebih daripada itu kerana melibatkan siasatan dalaman dan keselamatan oleh Kementerian Dalam Negeri dan polis sendiri.
“Yang itu (pelantikan Zaid sebagai presiden dan penukaran nama Akim pada Kita) kita tak pasti... itu keputusan mesyuarat agung, benda ini sudah menjadi urusan nasional yang melibatkan siasatan polis dan Kementerian Dalam Negeri (dan) kalau perlu kelulusan menteri (berwajib), maka mungkin diuruskan (ROS) pusat,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pendaftar Pertubuhan pusat, Fison Yahaya berkata, Kita mempunyai tempoh 60 hari untuk menyerahkan permohonan kepada pihaknya susulan pertemuan semalam.
Kata beliau, Kita perlu berbuat demikian bagi memudahkan ROS untuk memproses permohonan itu.
“Parti baru itu (Kita) ada 60 hari untuk serahkan permohonan kepada ROS untuk diluluskan dari tarikh mesyuarat yang diadakan.
“Kalau tidak serah kita tidak boleh proses, jadi parti itu tidak sah,” kata Fison ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Beliau berkata sehingga kini masih tidak permohonan yang diterima dari parti Kita.
“Kita belum terima apa-apa lagi, kalau terima kita akan proses.
“Proses permohonan itu tidak mengambil masa lama, apa-apa hantar dulu kepada kita,” katanya.
Ketika mengumumkan pertukaran nama parti semalam, Zaid juga berkata struktur parti itu hanya akan mempunyai seorang pengerusi, seorang ketua parti dan satu jawatankuasa eksekutif pusat.
“Kita akan mengadakan satu lagi pertemuan pada 19 Januari depan untuk membentangkan dengan lebih lanjut tentang parti ini.
“Mengenai nama baru, kita hantar kepada ROS dalam masa terdekat,” kata Zaid.

Pluralisme: Mufti Perlis tampil bela Nik Aziz

Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya amat kecewa apabila tokoh agama yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, cuba dikaitkan dengan fahaman pluralisme semata-mata kerana beliau menghadiri majlis penganut agama Buddha.

dr juanda jaya perlis mufti candidate 081106"Ini suatu tuduhan yang amat jahat. Rekod Tuan Guru membuktikan beliau amat konsisten dalam isu Islam," katanya dalam satu kenyataan, sambli menegaskan beliau bukan ahli PAS dan mana-mana parti politik.

Dr Juanda mengulas laporan media online yang memetik kenyataan beberapa pembentang kertas kerja di satu seminar semalam berkaitan isu pluralisme, termasuk mengingatkan pemimpin Islam termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada menghadiri perayaan agama lain.

yusri abimSalah seorang pembentang kertas kerja itu - bekas presiden ABIM, Dr Yusri Mohamad (kanan) mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah secara terbuka menyokong pluralisme dalam syarahannya di London School of Economic Mac lalu.

Dr Yusri dilaporkan mendakwa badan pemikir Anwar - Institut Kajian Dasar (IKD) yang diketuai oleh bekas setiausaha akhbarnya, Khalid Jaafar, juga telah menerbitkan buku-buku yang 'merbahaya' yang mempromosi persamaan agama.

NONEPensyarah Kuliah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu juga turut mengkritik Nik Aziz (kiri) kerana beliau menghadiri majlis penganut agama Buddha di Kelantan.

Seorang lagi pembentang kertas kerja, felo Institut Pemikiran dan Peradaban Islam Antarabangsa (ISTAC), Dr Muhammad Uthman El-Muhammady, juga senada dengan Dr Yusri apabila menggesa umat Islam menentang mereka yang mempromosikan persamaan agama.

Mengulas lanjut, Dr Juanda berkata: "Ya, pluralisme adalah suatu ancaman kepada Islam, tetapi tuduhan melampau dan tergesa-gesa mengecop beberapa orang tokoh politik sebagai penganut fahaman pluralisme ini amat berbahaya kepada keharmonian hidup antara umat beragama di Malaysia.

"Budaya ala-Taliban ini amat tidak cocok dengan rakyat Malaysia yang sudah sekian lama hidup dalam suasana harmoni dan saling menghormati," tambahnya.
"Kita perlulah membezakan di antara sikap menghormati kebebasan pegangan agama orang lain yang diakui oleh Islam dengan hakikat maksud pluralisme," tegasnya.

Tidak sepatutnya, tambah beliau, mereka yang bergelar sarjana tidak memahami metodologi ilmu dalam menilai perbezaan di antara dua perkara ini.

"Dalam al-Quran, Surah al-Kafirun memberikan ruang memperakui hak penganut agama lain dalam mengamalkan kepercayaan mereka, manakala Surah al-Mumtahanah menyuruh orang Islam berbuat baik dengan penganut bukan Islam.

"Erti ruang toleransi dan saling menghormati hak sesama manusia untuk hidup secara harmoni itu diakui oleh Islam dan bukannya satu ciri penganut pluralisme," katanya.

Dr Juanda (kanan) bertanya bukankah Nabi Muhammad SAW sendiri pernah menerima rombongan penganut Kristian Najran di dalam masjid Nabawi?
"Bahkan baginda membenarkan mereka melakukan ibadat agama mereka di dalam masjid kedua paling suci itu.

"Bukankah Nabi Muhammad SAW pernah bangun bagi menghormati jenazah seorang penganut Yahudi yang lalu di hadapannya?

"Bukankah Omar bin al-Khattab RA sewaktu membuka Palestin memberikan kebebasan dan penghormatan yang amat luar biasa kepada Patriach Kristian di sana dan mengunjungi Gereja Nativity?

"Apakah Nabi SAW dan Omar RA ini juga penganut pluralisme? Sudah tentu tidak! Dan dengan itu formula dan kaedah pihak yang gelojoh ini juga salah dan amat berniat jahat," katanya.

Dr Juanda berkata, beliau bimbang wujud kecenderungan beberapa pihak dari kalangan ahli akademik dan agamawan menggunakan isu akidah untuk tujuan mewujudkan permusuhan di kalangan ahli politik.

"(Mereka) juga menggunakan isu akidah untuk menyesatkan dan memurtadkan orang politik yang tidak sebulu dengan mereka," katanya.

Hal ini, tegas beliau lagi, akan menjurus kepada pegangan yang amat melampau dan boleh mencetuskan kekecohan antara agama di Malaysia.

"Akibat sikap seperti ini, banyak pihak akan disesatkan dan dipertikaikan akidah mereka," tegasnya.

Juga, kata Dr Juanda, formula mereka yang melampau ini akan menimbulkan salah tafsiran terhadap sikap harmoni kerajaan Persekutuan kepada penganut berbilang agama di Malaysia.

"Apakah polisi kerajaan ini juga akan mereka sesatkan, termasuk para pemimpin yang terbabit?" soalnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru umat Islam, terutama ahli akademik, agar bersikap jujur dan adil dalam memperkatakan soal Islam dan terutamanya dalam soal hubungan dengan agama lain.

"Semua pihak perlu berhati-hati terutama dalam menyatakan pandangan yang boleh membawa kepada permusuhan beragama dan berpolitik," tambahnya.

Dr Juanda berkata rujuklah kepada al-Quran dan al-Sunnah dalam mengeluarkan pandangan Islam.

"Bukannya dengan emosi dan kecenderungan berpolitik bagi menimbulkan permusuhan di kalangan umat Islam dan permusuhan di antara umat Islam dengan bukan Islam.

"Islam tidak memerlukan mereka yang berpemikiran pelampau, kolot dan amat konservatif bagi membela agama suci ini," tegasnya.

Penggantungan tidak beri laluan kepada pindaan perlembagaan

Dakwaan Pakatan Rakyat bahawa penggantungan empat orang ahli Dewan Rakyat-nya bakal memberi laluan kepada pindaan perlembagaan itu adalah salah, apabila tafsiran ahli akademik terhadap Perlembagaan Persekutuan menyimpulkan bahawa "dua pertiga" ini dirujuk kepada bilangan kerusi yang ada dalam dewan, bukannya kehadiran dalam dewan.
Menurut Perkara 159(3) Perlembagaan Persekutuan, pindaan perlembagaan tidak boleh diluluskan, melainkan mendapat tidak kurang daripada sokongan dua pertiga daripada bilangan ahli parlimen dalam dewan (votes of not less than two-thirds of the total number of members of that house).  Justeru itu, walaupun empat orang ahli parlimen PR digantung, namun BN tetap tidak boleh meminda perlembagaan.
Ketika dihubungi MerdekaReview, Profesor Madya Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya, Johan Shamsuddin Bin Hj Sabaruddin (gambar kiri) berkata, Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa pindaan perlembagaan memerlukan sokongan dua pertiga daripada jumlah keseluruhan ahli Dewan Rakyat.  Tetapi, bilangan 2/3 yang dimaksudkan ini merujuk kepada bilangan ahli dewan rakyat yang sebenar, dan bukannya bilangan kehadiran dalam dewan.
Justeru itu, walaupun seramai empat orang ahli parlimen PR digantung selama enam bulan, namun kerusi PR tidak berkurang, begitu juga kerusi BN tidak bertambah di sebaliknya.  Maka tidak timbul kebimbangan bahawa BN mungkin mengambil kesempatan untuk meminda perlembagaan.
Terdapat 222 kerusi dalam Dewan Rakyat.  BN perlu menguasai 148 daripadanya untuk menguasai majoriti dua pertiga.  Kini, BN mempunyai 137 kerusi, PR 76, PSM 1, SAPP 2 dan enam orang bebas yang dianggap pro-BN.
Semalam, ahli parlimen Rasah-DAP Anthony Loke berkata seandainya Anwar Ibrahim, Azmin Ali, Karpal Singh dan Sivarasa Rasiah digantung kelayakannya selama enam bulan, ini bermakna PR hanya tinggal 72 orang ahli parlimen.  Satu pertiga daripada 222 kerusi bersamaan dengan 74.  Dengan kata lain, kerajaan boleh mengemukakan usul untuk meminda perlembagaan, termasuk persempadanan semula kawasan pilihan raya dalam masa enam bulan akan datang.
Bagaimanapun, Menteri Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz (gambar kiri) menyanggah kenyataan Anthony Loke semalam, "Beritahu mereka, mereka ni bodoh kerana dua pertiga bermaksud, dua pertiga daripada 222, bukan daripada kehadiran dalam dewan.  Bodoh!"
Tidak perlu pinda perlembagaan untuk persempadanan semula
Ketika dihubungi MerdekaReview, pengkaji politik, Wong Chin Huat menyetujui kenyataan Nazri bahawa penggantungan empat orang ahli parlimen PR tidak memberi laluan untuk meminda perlembagaan.
Selain itu, Wong Chin Huat memperbetulkan Anthony Loke bahawa persempadanan semula kawasan pilihan raya hanya memerlukan sokongan majoriti mudah (simple majority) ahli parlimen, tetapi memerlukan majoriti dua pertiga jika ingin menambah kawasan pilihan raya.
Selain itu, Wong Chin Huat berkata, masalah yang terbesar kini adalah penggantungan kelayakan Ketua Pembangkang Parlimen, Anwar Ibrahim.  Walaupun tiada kabinet bayangan dalam negara ini, tetapi hampir semua negara di seluruh dunia akan menghormati Ketua Pembangkang dalam parlimennya.  Oleh itu, adalah sesuatu yang "pelik" untuk menggantung seorang Ketua Pembangkang daripada masuk ke dalam parlimen.
Malah, Wong Chin Huat (gambar kanan) mempersoalkan, "Dalam kedudukan Dewan Rakyat, Anwar berada pada kedudukan bersemuka dengan Najib.  Dengan kata lain, apabila Najib bangun berucap, kerusi di depannya adalah kosong.  Mengapa beliau begitu angkuh sehingga tidak mahu melihat ada orang di depannya?  Dalam enam bulan yang akan datang, Najib bebas datang dan pergi dalam Parlimen.  Tetapi kerusi di depannya kekosongan.  Mengapa begitu sempitnya hati seorang Perdana Menteri?"


Tragedi Hitam Parlimen Malaysia

KUALA LUMPUR 16 DIS: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat menyifatkan kejadian menggantung empat ahli parlimen pembangkang oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebagai sejarah hitam dalam Parlimen Malaysia

Justeru Pandikar disalahkan kerana memperlihatkan sikap memihak kepada kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) dalam membuat keputusan menentang pakatan pembangkang.

Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali yang ditemubual Tv Selangor selepas kekecohan menyifatkan Umno-BN menggunakan kuasa majoriti dewan untuk memanipulasi pencabulan dan kelemahan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Ini satu tragedi hitam dalam Parlimen Malaysia di mana kegagalan Umno menjawap persoalan-persoalan yang mendepani rakyat pada hari ini tetapi menggunakan kuasa majoriti di dalam dewan untuk menutup kelemahan dan pencabulan yang dilakukan pemimpin Umno," kata beliau kepada wartawan Tv Selangor.

Sebelum ini dalam perbahasan di parlimen, Azmin mengingatkan agar ketua institusi-institusi tertinggi negara mengambil sikap berkecuali daripada pengaruh politik justeru mengekalkan sistem keadilan yang mampu dirujuk masyarakat.

Namun pada ketika ini menurut beliau, Pandikar telah pun tergolong dalam kumpulan yang 'dibeli' oleh Umno-BN demi mengecapi hasrat politik parti itu.

"Saya mengingatkan supaya tidak mahu Speaker juga dibeli oleh Umno-BN. Tetapi daripada perwatakan beliau pada hari ini yang secara terang melanggar peratura dewan menyakinkan kita bahawa apa yang saya andaikan sebelum ini adalah benar," jelas Timbalan Presiden PKR itu.

Tambah Azmin lagi, kepentingan politik Umno-BN menggunakan Speaker mengenepikan peraturan mesyuarat memberi peluang kepada Pakatan Rakyat untuk menjelaskan kepada masyarakat bagaimana demokrasi berparlimen di Malaysia dicabuli sewenang-wenangnya. 

Justeru beliau menyeru agar rakyat memandang serius kejadian ini dan mengambil pendekatan untuk menolak kerajaan sedia ada demi menyelamatkan negara.

"Maka saya berpendapat pilihan yang ada pada PR untuk turun dan menjelaskan kepada mereka betapa rosaknya sistem yang ada sekarang dan sudah sampai masanya untuk rakyat berani dengan tegas bersatu untuk ubah sekarang bagi menyelamatkan negara Malaysia," katanya.

Ditanya wartawan Tv Selangor sekiranya tindakan menggantung ahli-ahli parlimen Pakatan Pembangkang untuk mendapatkan suara majoriti 2/3 pada persidangan akan datang. Azmin menjelaskan.

"Dalam sistem Parlimen Malaysia yang dianggap 'kangaroo court' ini, semua boleh berlaku. Kita lihat bagaimana Speaker sering menggunakan alasan keputusan muktamad, ini tafsiran sendiri. Beliau boleh tafsir apa sahaja walaupun mengikut kefahaman kita dan peraturan yang sedia ada, 2/3 itu adalah jumlah kerusi yang kita ada dalam kerusi parlimen.

"Bukan daripada jumlah yang hadir setelah ditolak mereka yang digantung. Ini bergantung kepada tafsiran 'kangaroo court' ataupun dewan yang tidak mengikut peraturan. Namun bagi saya kita akan menjelaskan rakyat," tambah beliau.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefli Ahmad juga kesal dengan peranan Speaker yang tidak berfungsi dengan baik selain integriti yang cukup tercalar.

Ujarnya, Pandikar harus membaikpulih kewibawaan parlimen agar tidak dipandang remeh oleh masyarakat.

"Hari ini jelasnya wibawa dan fungsi parlimen Malaysia khususnya Dewan Rakyat sudah pun terjejas. Justeru kerana fungsi dan watak Yang diPertua itu yang sudah tidak dapat berperanan sebagai Yang diPertua yang menguruskan tadbiar perbahasan dan rang undang-undang dengan adil.

"Jadi ini satu sejarah hitam yang amat malang dalam institusi parlimen di negara ini. Saya membayangkan wajar Tan Seri Pandikar segera memanggil dan membaikpulihkan keadaan ini," katanya.

Najib Hancurkan Sistem Parlimen Negara


KUALA LUMPUR 16 DIS : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak harus dipertanggungjawabkan kerana menghancurkan sistem Parlimen Negara.

Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Chua Jui Meng mengatakan beliau tidak pernah melihat tonggak legislatif negara dilacurkan seperti yang disaksikannya hari ini.

"Sistem Parlimen di bawah Speakar telah gagal. Parlimen yang gagal. Sistem legislatif yang gagal,"kata Jui Meng, mengulas situasi yang berlaku dalam Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Jui Meng, beliau tidak pernah melihat keadaan seteruk ini apabila prinsip demokrasi dicabul dengan sewenang-wenangnya.

"Dua puluh dua tahun di dalam Dewan Rakyat, saya tak pernah nampak peristiwa yang begitu hodoh dan bodoh.

" Hodoh kerana telah mencemarkan prinsip demokrasi dan keadilan, di mana sesiapa yang dituduh harus diberi peluang untuk pertahankan diri," kata Jui Meng, ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Pemimpin veteran politik tanahair itu juga menambah, rakyat adalah sebaik-baik hakim apabila sistem negara tidak lagi memihak kepada mereka yang menuntut kepada keadilan.

" Sekarang kita tahu kalau pergi mahkamah tiada harapan. Kalau pergi Parlimen lebih teruk dari kehakiman. Mana lagi? Kepada rakyat," kata Jui Meng.

Hari ini menyaksikan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat keluar Dewan Rakyat apabila Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia enggan berganjak dari pendiriannya untuk tidak membenarkan Anwar membela dirinya dari hukuman gantung selama enam bulan.

Wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat bingkas bangun menuntut penjelasan, namun permintaan mereka tidak dilayan. Placard(sepanduk) dibawa masuk ke dalam Dewan, menuntut proses keadilan dipulihkan.

Saya tak sertai parti Zaid, kata Chegubard

KUALA LUMPUR, 16 Dis — Bekas calon jawatan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Badrul Hisham Shaharin menegaskan, beliau tidak menyertai parti yang diterajui Datuk Zaid Ibrahim.
“Beberapa hari ini saya dihujani e-mel, SMS dan panggilan telefon bertanyakan mengenai betulkah saya meninggalkan PKR dan menyertai sebuah parti lain bersama Datuk Zaid Ibrahim.
“Malah ada SMS dari beberapa nombor tak dikenali dengan sengaja menghantar mesej sindiran-sindiran yang agak kasar,” kata beliau dalam tulisan blognya hari ini.
Semalam, Zaid dipilih sebagai presiden Akim, yang namanya ditukar menjadi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita).
Katanya, beliau ingin menjawab dengan tegas tohmahan yang dilemparkan kononnya akan meninggalkan parti dan dipujuk oleh Zaid dengan bayaran tertentu.
“Sememangnya sejak dari ketika proses pemilihan saya sudah difitnah menerima wang daripada Datuk Zaid sebanyak RM400,000 kononnya bagi menyokong beliau.
“Mungkin menghormati saya, Datuk Zaid tidak pernah pun mempelawa saya menyertai beliau keluar parti dan memasuki parti lain,” katanya.
“Saya juga tegaskan kesetiaan saya kepada Keadilan tidak pernah goyah. Cuma kritikan yang saya lontar ialah demi kebaikan parti ini. Saya tidak mahu jika terdapat masalah kita asyik ‘menyapu’ semua masalah dibawah karpet.
Bagaimanapun Badrul Hisham yang turut dikenali sebagai “Chegubard” mengucapkan tahniah kepada Zaid yang telah memilih ‘kenderaan’ politik baru.
“Saya dan teman-teman menghormati pendiran yang beliau ambil dengan menyertai Akim dan kemudian melalui mesyuarat agung tergempar beliau terpilih sebagai presiden dan keputusan diambil menukar parti tersebut kepada Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita),” katanya.
Sekurang-kurangnya Zaid melilih untuk terus berjuang demi rakyat dan mempertahankan prinsip yang beliau yakini, kata Badrul Hisham.
“Sebagai seorang yang prodemokrasi saya mengajak diri saya dan semua melihat perkembangan ini dari persepsi positif.
“Saya juga berharap Datuk Zaid dapat menggunakan kenderaan politik baru yang beliau ada ini untuk menyemarakkan demokrasi, mendidik rakyat terbanyak mengenai hak seterusnya memperkasa rakyat,” katanya.

Nik Aziz derma satu pertiga simpanan untuk PAS

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mahu mendermakan satu pertiga wang simpanannya kepada PAS sebagai tanda syukur kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menutup fail dakwaan rasuah terhadap beliau dan menantunya.

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, wang simpanannya kepada PAS bagi memantapkan lagi parti dalam usaha memperjuangkan Islam.
NONE"Saya sudah maklum pada setiausaha saya minta semak duit dalam akaun ada berapa, kemudian bahagi tiga. Saya hendak beri kepada parti sebagai sumbangan dalam memantapkan gerakan daulah Islamiyah," katanya kepada pemberita selepas ditemui di kediamannya di Kota Bharu, hari ini.
Mursyidul Am Pas itu berkata, tindakan itu sebagai tanda kesyukuran di atas keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menutup kes bersabit tajaan terhadapnya untuk mengerjakan haji melibatkan kos RM65,000 tahun lalu.

Nik Aziz berkata, dakwaan berhubung rasuah yang dilempar ke atasnya sebelum ini adalah berpunca dari rasa benci pihak tertentu lantaran kecekalannya memperjuangkan dasar Islam.

"Orang tuduh saya kerana benci dengan saya terus memperjuangkan Islam. Tapi, walau apapun, asal kita ini berada pada landasan yang benar, Allah tetap bantu kita dengan kebenaran.

"Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah SWT dengan keputusan itu," katanya.
azlanMenurut Nik Aziz, beliau juga tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang cuba menimbulkan masalah kepada pentadbiran PAS Kelantan diterajuinya.

"Soal menantu saya nak ambil tindakan itu dia punya pasal. Saya tidak bercadang nak ambil apa-apa tindakan balas, cukuplah mereka insaf dan kesal dengan perbuatan itu," katanya.

Semalam, SPRM membuat keputusan menutup kes membabitkan Nik Abdul Aziz yang sebelum ini didakwa menerima wang tajaan RM65,000 untuk mengerjakan haji tahun lalu.

Nazri: MP Pakatan 'bodoh dan gila'

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz melabelkan ahli parlimen Pakatan Rakyat sebagai 'bodoh dan gila' kerana mengugut untuk mengheret speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ke mahkamah.

NONEMengulas kenyataan ahli parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh - Nazri, menteri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal parlimen berkata mahkamah tidak boleh mencampuri urusan atau prosiding Dewan Rakyat.

“Ini kerja gila dan saya percaya ia akan ditolak oleh mahkamah kerana parlimen ada supremasinya,” katanya di lobi parlimen hari ini.

Menurut Nazri telah ada penghakiman yang dengan jelas menyatakan bahawa mahkamah tidak mempunyai jurisdiksi atau bidang kuasa ke atas Parlimen.

“Ini adalah kedaulatan Parlimen dan supremasi Parlimen. Ada tahi lembu di kepala mereka.

NONE“Saya beri jaminan jika, ini dibawa ke mahkamah, ia akan ditolak. Undang-undang apa yang Karpal (Singh) belajar? Beliau adalah peguam kelas ketiga,” kata Nazri sambil ketawa.

Karpal sebelum ini berkata tindakan akan diambil ke atas Pandikar kerana menyalah-gunakan kuasa meluluskan usul menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga ahli parlimen yang lain, termasuk dirinya selama enam bulan.

NONENazri juga menafikan dakwaan pembangkang, kononnya beliau mengarahkan Pandikar supaya menggunakan Peraturan dewan 44 untuk menghentikan perbahasan dan membuat undi tanapa perdebatan.

“Saya tidak beri arahan. Speaker telah peruntukkan dua jam dan saya kata saya mahu bacakan usul saya dahulu, itu sahaja.

“Apa yang mereka perkatakan tidak ada kena mengena dengan Aturan Urusan Mesyuarat hari ini. Jadi saya mempunyai hak kerana ia usul saya dan saya mahu ia dibentangkanj.

“Saya cuma beritahu speaker saya mahu baca usul kerana ia dalam Aturan Urusan Mesyuarat. Mereka sepatut membantah tetapi tidak berbuat demikian,” katanya.