Selasa, 14 Disember 2010

RPK Serang PKR: Pembangkang Tak Layak Perintah Negara

PETALING JAYA: Pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin yang tidak sebulu dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus `menyerang' parti pembangkang itu dengan menyatakannya tidak layak memerintah negara ini. Raja Petra berkata, ketika dia menegur parti itu mereka amat kecoh mendakwanya disogok oleh Umno atau Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Sheesh, macam ini nak memerintah negarakah?," tulis Raja Petra dalam ruangannya, No Holds Barred semalam.
Para pemimpin PKR mengecam Raja Petra dengan hebat malah melabelkannya sebagai 'kuda Trojan' serta mendakwanya telah dibeli oleh sesetengah pihak.
Raja Petra menulis, dia dianggap sebagai musuh Pakatan Rakyat.
"Bagaimanapun, sekiranya saya bodek Pakatan Rakyat dan menghentam Barisan Nasional, saya akan menjadi anak sejati Malaysia, seorang patriot.
"Inilah cara minda pembangkang berfungsi dan kita ingin mereka memerintah negara ini," soalnya.
Dia menambah, apabila Malaysia Today membocorkan rahsia dan kertas-kertas sulit yang memudaratkan kerajaan, mereka tidak melatah.
"Apabila WikiLeaks membocorkan rahsia-rahsia negatif kerajaan dan pemimpin-pemimpinnya, PKR bertepuk tangan, bersorak serta berkata, WikiLeaks ialah satu anugerah Tuhan.
"Sekarang bila keadaan sebaliknya berlaku, anda melatah dan mendakwa berlaku konspirasi dan sub judice. Berhenti menangis seperti bayi," ujar Raja Petra.
Katanya, ramai kecewa dengan laporan WikiLeaks mengenai pemimpin PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, mereka berasa ia adalah tidak adil dan beretika bagi WikiLeaks untuk menerbitkan satu laporan berhubung dengan isu tersebut ketika prosiding mahkamah masih berlangsung.
"Sudah pasti, saya bersetuju, perbicaraan itu sedang berlangsung. Jadi kita tidak sepatutnya memberikan komen tentang sesuatu perbicaraan yang sedang berlangsung.
"Namun, sejak bila parti pembangkang menghormati peraturan ini?
"Semasa perbicaraan Liwat 1, kita mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad (bekas Perdana Menteri) kaw kaw (secara hebat) dan berkata apa-apa sahaja mengenai isu tersebut bagaimana beliau mengenakan Anwar.
"Sekarang di perbicaraan Liwat 2, kita menghentam Najib dan mendakwa beliau turut mengenakan Anwar," tulisnya.
Raja Petra menambah, Malaysia Today bukan sahaja lantang bersuara dalam kes perbicaraan Anwar bahkan beberapa kes besar termasuk kepincangan kewangan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) semasa ia masih dibicarakan di mahkamah.
Dia memberitahu, mereka yang suka mencari pasal perlu bersedia untuk menerima kritikan.

S'pore clarifies but does not deny Najib's Altantuya, opportunist remarks

Comments may not  be official line but does not deny they were made
The Ministry of Foreign Affairs confirmed that Singapore's High Commissioner in Kuala Lumpur T Jasudasen had been asked to see Malaysian Foreign Minister Dato' Seri Anifah Aman this morning regarding press reports of US Embassy cables leaked by WikiLeaks.

He also received a protest note.

Minister for Foreign Affairs George Yeo called Mr Anifah later on Tuesday to clarify Singapore's policy of not commenting on leaks.

Highlighting a disparity of facts, the MFA spokesman said the 'specific complaints raised by the Malaysians, what Singapore officials were alleged by WikiLeaks to have said did not tally with our own records'.

'One purported meeting did not even take place.' the spokesman added.

Both Mr Yeo and Mr Anifah have agreed on the importance of good bilateral relations and strengthening cooperation further.


- Singapore Straits Times

Selamat jalan Tanjong Pagar

Dalam politik, kita selalu mendengar reaksi spontan. Kita juga selalu mendengar kenyataan susulan yang bertujuan untuk melakukan damage control. Kenyataan susulan biasanya dikarang dan dicermati demi mengawal keadaan supaya tidak menjadi lebih kacau-bilau.

Saya selalu memilih reaksi spontan. Bagi saya, dalam reaksi spontan, biasanya orang tak sempat nak mengarang kata-kata dan dalam kebanyakan kes, tak sempat nak mereka-reka pembohongan. Manusia ni lebih ramai yang tak pandai crisis management.

Dalam reaksi spontan mengenai pendedahan Wikileaks, Menteri Hal Ehwal Luar Singapura George Yeo antara lain berkata:
"There will be more coming out in the future and 'you said this about me and I said this about you' and it goes on.

"That is what certain individuals said about others. There could be a diversity of views. As I said, they probably said things about me which I may not agree with.

"But that is fine, that is to be expected. If you want to hear everything which others say behind your back, and take offence at it, you will be a very unhappy person". (lihat Malaysiakini 12/12/10 "S'pore: Leaked cable 'must not be taken out of context'").
Maknanya, menteri Singapura itu tak menafikan apa yang dibocorkan oleh Wikileaks.

Dalam kenyataan yang dikarang dan dicermati, lain pula ceritanya:
Kerajaan Singapura menafikan maklumat pendedahan WikiLeaks bahawa pegawai-pegawai republik itu pernah memberikan pandangan politik yang memperlekehkan kepimpinan Malaysia termasuk Datuk Seri Najib Razak.

“Mengenai aduan khusus yang dibangkitkan oleh rakyat Malaysia, dakwaan WikiLeaks (kononnya) diperkatakan oleh pegawai-pegawai Singapura tidak sepadan dengan rekod-rekod pada kami. Pertemuan yang didakwa tidak diadakan,” kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Singapura (lihat Malaysian Insider hari ini "WikiLeaks: Singapura nafi pegawainya perlekeh politik Malaysia" dan "Singapore denies WikiLeaks’ expose on Malaysian politics").
Kedua-dua pemimpin yang terkait dengan pendedahan Wikileaks itu pula memberi reaksi yang typical - bagai biasa, Datuk Seri Anwar Ibrahim bingkas mengadakan roadshow manakala Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pun bagai biasa juga, buat bodoh.

Saya melihat kedua-duanya ada juga mencapai kejayaan dalam reaksi typical masing-masing - sama ada bertempik seluruh negara atau buat bodoh.

Apa pun, Najib kelihatan lebih beruntung apabila kenyataan Singapura dikarang dan dicermati kelihatan membelanya. Teringatlah aku pada Tanjong Pagar. Teringatlah aku pada Mas Selamat (meskipun saya sama sekali tidak menyokong pendekatan perjuangannya).

Majulah Singapura!
 
PB.

Tak tau ka?? Ini.. Malaysia the Bolehland!!


Ini petikan kata-kata Tony Pua yang aku ambil dari twitter di Malaysiakini. Cer you all baca.

"is disappointed that the Parliament's going to be come a kangaroo court again to suspend Anwar Ibrahim for 6 months"

"wonders where is justice when Speaker & Parliament can choose to punish an MP with the only evidence being a letter from APCO?"

Ha... ha... ha... Dia kecewa dan pelik. Perhaps... dia juga binggung tengok keadaan Speaker dan Parlimen yang diserang gilerrr babi!! Di tempat lain, tak berlaku keadaan macam ini, tetapi hanya di Malaysia.

Well... apa nak dipelikkan. Dah tak pelik dah. Ini bukan ke Malaysia ?? Malaysia Boleh, maaa... Yes!!! Malaysia the Bolehland.

Kerana satu ANWAR... keseluruhan MP Barisan Nasional bisa jadi GILA. Gila bukan sebarang gila... ini GILERRR KHINZIR@BABI!!
 
A Mum Of Three Mohd

Surat Rasmi KEADILAN Kepada Kedutaan Besar Singapura Mengenai Isu ‘Wikileaks’

Ref no: MISC/PAR/10/10/yh

H.E. T Jasudasen
High Commissioner
The Republic of Singapore

Dear Sir,

Greetings. The latest exposure in WikiLeaks has triggered a serious and alarming signal for Malaysia-Singapore relations. While I agree that the confidentiality of diplomatic correspondence must be respected, I also hold that a healthy friendship with neighbouring countries must be based on trust and mutual respect.

The cables released by WikiLeaks contain the opinions of Singapore’s senior politicians and diplomats. Their comments show, despite being our close neighbour, Singapore Government leaders view Malaysia with contempt and disdain. For example, Malaysian developmental decline was simplistically attributed to “incompetent” leadership. Besides the defamatory remark by Lee Kuan Yew that the Opposition Leader was “set-up”, Singapore’s Government senior leaders also described Malaysian Prime Minister Najib Razak as an “opportunist” and asserted that he was involved in a murder case.

These comments, coming from Singapore Government officials, were not expressed in private conversations or within a close circle. Instead, the cables revealed that Singapore’s political leaders and diplomats had been actively communicating such damaging remarks to the international community. From the nature of these communications, one can not help but to interpret that Singapore is actively engaging in a covert exercise to undermine Malaysia’s international standing. As a Malaysian, despite my differences with the ruling parties, I find it extremely offensive when a foreign government deliberately spreads unverified information to tarnish my country’s image.

For decades, Malaysia-Singapore relationship has been marred by suspicion and mistrust. I personally believe that there is room for improvement in the relationship between our two countries. We place high hope in professional diplomats to play an important role in promoting positive relations between countries.

But unfortunately, in spite of our proximity and long-term cross-border exchanges, Singapore diplomats have still failed to assess Malaysia accurately. It is particularly insulting when Singapore informs other countries that Malaysia was on the brink of ethnic riots, and Singapore risked having to face a flood of refugees of ethnic Chinese from Malaysia.

I believe I am not the only Malaysian who feels disturbed by the patronizing and arrogant attitude of Singapore’s leaders. I hereby, seek your clarification on the above-mentioned issues. I hope the Singapore High Commission on behalf of the Singapore Government will explain to the Malaysian public whether the opinions of its officials as revealed on WikiLeaks reflect the government’s official view on Malaysia.

Finally, I would like to reiterate that as a Malaysian Member of Parliament, I value a good relationship with our neighbour Singapore and have no intention to create a diplomatic brawl over the leaked information. However I seek an honest explanation so that our future relations can again be placed on a sound footing.

Thank you.

Yours Sincerely,

TIAN CHUA
Vice President of the People’s Justice Party
Member of Parliament Malaysia [Batu]
14 December 2010

Pengkhianatan atas nama Ketuanan Melayu

Lim Hong Siang



Gambar ini diambil ketika saya membuat liputan di Kampung Chubadak, Sentul pada tahun Disember 2006.  Peneroka bandar (atau penduduk setinggan dari kaca mata arus perdana) diarahkan untuk mengeluarkan apa-apa yang berharga sebelum rumah kayunya diranapkan jentolak.  Tiada lagi ruang untuk harapan agar jangka rundingan dilanjutkan.  Pembangkang, NGO dan media hanya menunggu masa perobohan berlaku.
Pada saat-saat akhir budak Melayu ini sempat terserempak dengan sebilah keris kayu dalam rumahnya.  Maka dengan gembira dia mengeluarkannya dan menunjuk-tunjuk kepada kawan.  Malah, budak-budak ini meniru gerak-geri pemimpin politik - berlagak menjulang keris kayu-nya di depan jentolak untuk "mempertahankan rumahnya" daripada dirobohkan.  Orang dewasa yang terpinga-pinga dengan nasib masa depan mereka di situ, hanya tersenyum pahit dengan gelagat mereka...
Dua minggu sebelum budak ini menjulang keris kayu-nya, laungan "Ketuanan Melayu" melantun-lantun dalam bangunan PWTC.  Ketua Pemuda UMNO ketika itu, Hishammuddin Hussein menghunus dan menjulang keris Panca Warisan untuk mempertahankan "Ketuanan Melayu".  Bahangnya bertambah hangat, apabila sesetengah perwakilan mencurah minyak dengan ikrarnya "sanggup bermandi darah untuk mempertahankan Ketuanan Melayu"...
Untuk menamatkan kisah di Kampung Chubadak, keris kayu si budak gagal menghalang kemaraan jentolak berbadan besi.  Malah tiada seorang pun perwakilan UMNO yang turun ke situ, bermandi darah untuk mempertahankan Kampung Chubadak.  Saya tidak tahu ke mana budak dan keluarganya pergi selepas rumah mereka dirobohkan.  Cuma saya agak pasti bahawa Kampung Chubadak warisan Minangkabao yang bersejarah ini akan hilang sebahagiannya, kalau bukan semua dari peta Kuala Lumpur.
Siapa TUAN di Kampung Berembang?
Pengalaman membuat liputan di tempat kejadian perobohan "setinggan" membuatkan saya agak geli ketika mendengar istilah "Ketuanan Melayu".  Saya saksikan dengan mata sendiri bagaimana wanita Melayu berdiri di bawah pencakar jentolak untuk menghalang perobohan; bagaimana pelajar yang menduduki peperiksaan SPM terpaksa membuat persiapan terakhir di dalam khemah ketika hujan selepas Kampung Berembang diranapkan.
Malah saya tidak lupa kata-kata penduduk Kampung Berembang, Abdullah bin Ismail, 61, yang menjumpai cenderamata tertera "1968-1998", sebagai penghargaan terhadap sumbangannya selama 30 tahun dalam institusi kerajaan.  Beliau berkongsi "kemegahannya" dengan saya yang berada di situ, sambil menoleh dan menuding jarinya ke arah serpihan rumah di belakangnya, "Sumbangan 30 tahun, dan ini dia balasannya."  Sambil menahan sebak Abdullah Ismail berkata, "Saya percayalah, kalau komunis pun, dia akan bagi masa, bukan robohkan rumah awak serta-merta."
Sama ada Melayu mahupun bukan Melayu tidak akan merasai "Ketuanan Melayu" di Kampung Berembang pada tahun 2006.  Dalam nada yang dibasahi kekecewaan, Ketua Wanita UMNO pertama di Kampung Berembang, Wan Kamariah binti Che Man (gambar kanan) berkata, "Orang India, Cina, Melayu kan sama saja?  Tengok, siapa yang robohkan rumah kita sekarang?  Bukan orang lain, orang Melayu!"
Siapakah Tuan yang diperlakukan sebegitu?  Ketika saya membuat liputan di Kampung Chubadak Tambahan pada tahun 2006, seorang pakcik berumur 69 tahun menceritakan pengalaman dirinya.  Mereka menyahut seruan Timbalan Perdana Menteri Abdul Razak pada tahun 1968, berpindah ke Kuala Lumpur dari kampung untuk meningkatkan nisbah populasi Melayu dalam bandar.  Realitinya, semakin pesat ibu kota ini dibangunkan, semakin mahal tanah yang dipijak.  Akhirnya, peneroka bandar ini diberi nama baru sebagai penceroboh tanah, oleh pemaju dan kontraktor.
Kuota peluru untuk Aminulrasyid
Seandainya seseorang wartawan jujur dalam kerjanya di Malaysia, maka buku catatannya akan sarat dengan sejarah pengkhianatan demi pengkhianatan atas nama "Ketuanan Melayu".  Saya gagal membayangkan betapa seramnya ketika berada dalam mahkamah untuk mendengar dengan telinga sendiri bagaimana puluhan butir peluru ditembak ke arah Aminulrasyid (gambar bawah), sehingga meninggalkan 30 lubang dan lekukan peluru pada kereta Proton Iswara yang dipandunya.
Hanya satu persoalan yang ingin saya ajukan kepada mereka yang menumbuk udara memperjuangkan "Ketuanan Melayu": Apakah ini kuota peluru untuk seorang budak bumiputera berumur 14 tahun?
Atas nama pembangunan, peneroka bandar diusir.  Atas nama keselamatan, seorang budak 14 tahun ditembak bertalu-talu.  Namun, apabila sardin, timun, tomato dan salad dirampas dari sandwich pelajar sekolah melalui Rancangan Makanan Tambahan, itu atas nama apa?  Bukankah ia sesuatu yang meluat apabila orang-orang ini tanpa segan-silu membicarakan Ketuanan Melayu, sedangkan anak kepada Tuan disumbat dengan sandwich kosong?
Demi bangsa, agama dan negara
Untuk beberapa dekad kita dikerah untuk memperjuangkan retorik yang "gah" dengan titik peluh sendiri.  Makcik-makcik yang menderma barang kemas untuk perjuangan "kemerdekaan" pada tahun 1950-an semestinya tidak terbayang bahawa "kemerdekaan" selepas 53 tahun bermakna anak cucunya perlu disembur meriam air dan gas pemedih apabila menuntut hak air di jalan raya.  Anggota komunis yang bertempur dalam hutan semestinya tidak rela seandainya kemerdekaan yang diperjuangkan dengan titisan darahnya itu digunakan untuk menahan Mat Sah menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri selama tujuh tahun tanpa perbicaraan.
Dan kini Melayu digembleng pula untuk mempertahankan "Ketuanan Melayu" - dengan titisan air mata Ummi Halfida di Utusan Malaysia.  Saya tidak tertarik untuk membandingkan sama ada air matanya lebih bersinar daripada cincinnya.  Saya juga tidak berminat apakah lebih bermakna untuk membincangkan hubungan yang berlegar antara Anwar, Azmin dan Shamsidar Taharin, berbanding dengan kekayaan yang berlegar antara Vincent Tan, Ananda Krishnan, Mirzan Mahathir dan Nazir Razak.
Persoalannya, apakah titisan air mata Ummi Hafilda mampu menjamin keselamatan seorang budak 14 tahun apabila pulang dari warung mamak selepas menonton bola pada lewat malam?  Apakah air matanya mampu meredakan kesakitan mereka yang disembur air meriam dan gas pemedih mata, ketika menuntut hak air di jalan raya?
Betul, Ummi Halfida menitiskan air matanya untuk retorik yang gah berbunyi "Ketuanan Melayu".  Namun, di sebalik retorik yang "gah" ini - siapa pula yang menitiskan air mata?  Demi "ketenteraman awam", isteri dan anak tahanan ISA perlu menitiskan air matanya kerana perpisahan.  Di sebalik "keselamatan negara", seorang kartunis bernama Zunar dipindahkan lima balai polis dalam masa sembilan jam - siasatan terhadap bahan ketawa berakhir dengan bahan ketawa sendiri...
Saya enggan bersikap sinis untuk mempersendakan Ketuanan Melayu.  Namun, untuk saya, Melayu hanya jadi Tuan, apabila setiap tuduhan terhadapnya dibicarakan secara terbuka di mahkamah; Melayu hanya jadi Tuan, apabila tidak perlu takut untuk berkumpul dan bersuara di jalan raya - tanpa disembuh meriam air dan gas pemedih; Melayu hanya jadi Tuan, apabila bebas ketawa tanpa perlu memohon lesen; Melayu hanya jadi Tuan, apabila ibu bapa tidak perlu gelisah jikalau anaknya pulang dari warung mamak selepas menonton bola; Melayu hanya jadi Tuan, apabila sandwich anaknya dilengkapi sardin, timun, tomato dan salad...
Saya tidak terlupa apabila jiran Aminulrasyid menyifatkan bunyi tembakan pada malam itu bagaikan bunyi mercun.  Dan bunyi itu menghantui saya sehingga hari, setiap kali letupan bunyi bunga api kedengaran.  Saya semakin teragak-agak, apakah itu bunga api untuk meraih Ketuanan Melayu, ataupun seorang lagi Aminulrasyid yang sedang dikejar dalam ketakutan?

WikiLeaks: Singapura nafi pegawainya perlekeh politik Malaysia

KUALA LUMPUR, 14 Dis — Kerajaan Singapura menafikan maklumat pendedahan WikiLeaks bahawa  pegawai-pegawai republik itu pernah memberikan pandangan politik yang memperlekehkan kepimpinan Malaysia termasuk Datuk Seri Najib Razak.
“Mengenai aduan khusus yang dibangkitkan oleh rakyat Malaysia, dakwaan WikiLeaks (kononnya) diperkatakan oleh pegawai-pegawai Singapura tidak sepadan dengan rekod-rekod pada kami. Pertemuan yang didakwa tidak diadakan,” kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Singapura hari ini.
Dalam kenyataan itu, jurucakap Kementerian Luar Singapura mengesahkan bahawa Pesuruhjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur T Jasudasen telah dipanggil oleh Menteri Luar Datuk Anifah Aman pagi ini untuk menyerahkan nota protes berhubung laporan media mengenai maklumat kabel-kabel diplomatik Jabatan Negara Amerika Syarikat yang dibocorkan oleh WikiLeaks baru-baru ini.
Menuurut kenyataan itu, Menteri Luar Singapura George Yeo telah menghubungi Anifah lewat hari ini untuk menjelaskan dasar republik tidak mahu mengulas mengenai pendedahan WikiLeaks.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas Anifah memberitahu wartawan di bangunan Parlimen bahawa Wisma Putra telah menghantar nota bantahan kepada Singapura berhubung dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pegawai kanan kementerian itu terhadap pemimpin negara ini yang didedahkan menerusi laman web, WikiLeaks.
Anifah berkata beliau telah memanggil Jasudasen ke pejabatnya di Parlimen pagi ini bagi menjelaskan ketidakpuasan hati negara terhadap perdedahan tersebut.
“Ia adalah adat diplomasi dan saya pagi ini telah panggil pesuruhjaya Singapura ke Malaysia untuk hantar nota bantahan dan saya katakan kenyataan ini tidak sepatutnya.
“Oleh itu saya bertanya kerajaan Singapura apakah manfaat ataupun dari segi perhubungan dua hala yang telah terjalin sekian lama ditambah pula dengan peningkatan hasil daripada usaha yang dilakukan oleh kedua-dua Perdana Menteri antara Datuk Seri Najib dan (Lee Hsien Loong),” katanya.
Anifah mengulas mengenai pendedahan yang dibuat oleh WikiLeaks, berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat pada November  2008, terhadap beberapa pemimpin negara ini.
Kabel itu, mencatatkan pada 2008 dan 2009, menunjukkan kenyataan yang mengutuk Malaysia, Thailand, Jepun dan India oleh para pegawai kanan Singapura dalam pertemuan dengan para pegawai kanan Amerika Syarikat.
Anifah berkata hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura ketika ini begitu akrab, justeru kenyataan yang dibuat oleh pegawai kanan Kementerian Luar Singapura tidak membantu ke arah usaha mengeratkan lagi hubungan kerjasama sedia ada.
Katanya, penilaian yang dilakukan terhadap pemimpin Malaysia menerusi pendedahan laman web tersebut adalah menghairankan kerana pengurusan proses pembangunan Malaysia dan Singapura adalah berbeza.
Laman web WikiLeaks telah menyiarkan sekitar 250,000 kabel diplomatik dari Amerika Syarikat, pendedahan mengenai pandangan dan ulasan yang amat mengejutkan, melibatkan pelbagai negara dan banyak pemimpin dan ketua kerajaan. Sekitar 1,000 kabel pula berkaitan dengan Malaysia termasuk sebahagiannya mengenai keengganan Putrajaya bekerjasama dengan beberapa pihak utama dunia.
WikiLeaks diasaskan oleh wartawan Australia Julian Assange, yang sekarang ditahan Scotland Yard berhubung dakwaan kes seksual yang dibawa oleh Sweden.
Malah Sabtu lalu, Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menyifatkan tindakan WikiLeaks sebagai sesuatu yang “amat dikesali” ketika beliau berbual dengan rakan-rakan sejawatannya menerusi telefon, yang turut bersetuju pendedahan itu tidak harus menjejaskan hubungan dengan Washington.
Laporan Bernama semalam melaporkan, Singapura menyatakan bahawa laporan terkini WikiLeaks yang membabitkan pemimpin dan pegawainya mengenai kenyataan yang memudaratkan hubungan persahabatan dengan negara-negara sahabat, tidak akan menjejaskan hubungan republik ini dengan negara berkenaan.
“Hubungan ini telah dibina atas landasan yang kukuh dengan berkongsi kepentingan dan kerjasama untuk manfaat bersama dalam banyak bidang,” kata seorang jurucakap Kementerian Hal Ehwal Luar semalam.
“Singapura mempunyai hubungan, gigih dan positif sekian lama dengan semua negara di rantau ini,” kata jurucakap itu sambil menambah negara-negara berdasarkan hubungan mengenai kepentingan mereka sendiri dan “bukan cakap-cakap atau mengumpat”.
Menurut salah satu kabel yang didedahkan WikiLeaks, Bilahari Kausikan yang kini merupakan Setiausaha Tetap Kementerian Luar Singapura, didakwa memberitahu Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat David Sedney bahawa “ada kemungkinan besar berlakunya konflik perkauman di Malaysia” yang akan menyebabkan orang Cina meninggalkan Malaysia dan ‘menyusahkan’ Singapura.
Mengenai kepimpinan BN pula, kata beliau, “masalah utama Malaysia adalah tiadanya pemimpin yang berwibawa.”
Ini kerana Najib perlu menang dalam pertarungan politik untuk mengelakkan didakwa, secara jelas mengaitkan Perdana Menteri dengan skandal pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu dan Presiden Umno itu terancam disebabkan kes pembunuhan tersebut.
Seorang lagi pegawai diplomatik bernama Peter Ho pula dikatakan mengutuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana “membaling batu” kepada penggantinya, Tun Abdullah Badawi.
Dia juga mendakwa Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin akan ditikam dalam Umno kerana tiada orang yang menyukainya kerana beliau naik dalam politik akibat pertalian keluarga.
Ho juga didakwa mengulangi tuduhan yang mengaitkan Perdana Menteri dengan pembunuhan Altantuya dan menyifatkan Najib seorang yang suka mengambil kesempatan.

Altantuya: Najib perlu perjelas laporan Wikileaks

KUALA LUMPUR,14 Dis: Pakatan Rakyat mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberikan penjelasan mengenai laporan portal Wikileaks yang mendakwa beliau terlibat dalam skandal pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, Najib tidak boleh bersikap tidak ambil peduli berhubung dakwaan ini kerana ia melibatkan kepimpinan negara dan boleh memberikan kesan kepada sosial dan ekonomi negara.

"Pelbagai dakwaan yang dibuat ini sangat penting kerana membabitkan Perdana Menteri semasa bukan bekas Perdana Menteri. Ini akan memberikan satu kesan kepada ekonomi negara kita.

"Menteri tidak boleh bersikap tidak endah terhadap laporan Wikileaks sedangkan media dalam negara kita mengendahkan laporan wikileaks dengan memuatkan hal-hal berkaitan Datuk Seri Anwar Ibrahim tapi Perdana Menteri kata perkara yang berkaitan beliau itu tidak perlu diendahkan," kata beliau dalam sidang media di lobi Parlimen siang tadi.

Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS sebelum itu membangkitkan perkara itu dalam perbahasan di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Luar Negeri.

Menteri, Datuk Seri Anifah Aman dalam jawapannya memberitahu beliau akan mengambil perhatian terhadap laporan itu.

Sementara itu, ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar berkata, laporan ini mengambarkan seolah-olah Singapura menganggap Perdana Menteri anti Cina apabila membuat dakwaan mengenai kemungkinan berlakunya rusuhan di Malaysia.

"Perdana Menteri diberi gambaran yang begitu berat oleh diplomat dan pemimpin Singapura sehinggakan dalam Perdana Menteri cuba untuk promosi konsep 1Malaysia dan sebagainya, kerajaan Singapura memberi gambaran bahawa akan berlaku rusuhan kaum dan orang Cina akan banjiri Singapura.

"Ini memberi implikasi bahawa Singapura menganggap Perdana Menteri anti Cina sebab akan berlaku rusuhan kaum seperti yang dilaporkan dan ini bercanggah dengan usaha Perdana Menteri untuk menunjukkan semangat perpaduan dan sebagainya. Najib mesti ambil berat atas tuduhan itu," kata beliau.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul bimbang laporan ini merupakan permainan Singapura untuk menguji kewibawaan Malaysia.

"Kita lihat pemikiran pegawai risikan dari singapura mereka mengatakan mereka ambil sumber ini dari sumber tertentu. Kita sedar hubungan antara Malaysia dan Singapiura ada pasang surutnya.

"Kita bimbang tindakan singapura ini bertujuan menguji kewibawaan Malaysia dan permainan mereka untuk menyekat pelabur asing ke Malaysia," katanya.

Sementara itu, ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan memulakan usaha mendapatkan sepenuhnya semua kabel-kabel berhubung Malaysia daripada sumber-sumber yang sah seperti Kedutaan Amerika Syarikat, akhbar Sydney Morning Herald, akhbar The Guardian selain Wikileaks sendiri.

Mereka juga akan membantu memulakan kempen untuk mendapatkan kesemua kabel-kabel ini untuk dinilai secara adilnya oleh rakyat Malaysia.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang juga pengarah strategik PKR petang tadi ke Kedutaan Singapura bagi menyerahkan memorandum dari PKR kepada kerajaan republik pulau itu.

Baru-baru ini laman web antarabangsa, Wikileaks mendedahkan mengenai maklumat risikan Singapura yang dihantar kepada Australia yang menyatakan Anwar memang melakukan kesalahan tersebut, akibat diperangkap oleh seteru politiknya, meskipun Anwar menyedari tentang perkara itu.

‘Maklumat’ itu yang disiarkan oleh akhbar Australia, Herald Sun (Sydney Morning Herald), menimbulkan kecaman pemimpin Pakatan Rakyat yang menyifatkan pendedahan itu sengaja di ada-adakan tanpa sebarang bukti kukuh.

Terkini : Ceramah Anwar Ibrahim Di Taman Melati, Wangsa Maju Mengenai Isu Wilileaks



Gambar Ceramah Anwar Ibrahim di tapak pasar malam Taman Melati, Wangsa Maju mengenai isu Wikileaks baru-baru ini...


Komen sesetengah YB yang menghadiri ceramah tersebut melalui Twitter:

KhalidSamad

- Ceramah dgn DSAI dan beberapa pemimpin PR di Wangsa Maju KL. Polis sentiasa mengancam utk hentikan.

- Habislah BN lagu ni. Walaupun diberi amaran oleh Polis tetap ramai yg hadir. Sokongan berterusan.


Teresa Kok

Come 2Wangsa Maju 2speak in PKR ceramah.Police permit till 10.30pm 2nite.Surprise 2c d great turnout of d ppl.


Tian Chua

Tm Melati: crowd orderly, though police still threaten to stop the rally.






Gambar diambil daripada khalid samad's Twitter, Teresa Kok's Twitter & 1Belacan's Twitter

Pakatan roadshow draws huge crowd at Taman Melati despite police roadblocks

Malaysia Chronicle

Despite police discouragement, a few thousand people turned up at the night market compound in Taman Melati, Wangsamaju to hear a Pakatan Rakyat political lecture led by Opposition Leader Anwar Ibrahim.

They were not disappointed. A star-studded line-up greeted them with speeches that had them cheering and clapping. Pakatan leaders such as Tan Tee Kwong, Tian Chua, Khalid Samad,Teresa Kok, Shamsul Iskandar Akin and Ibrahim Yaacob renewed the coalition's promises of change and reform.

The multi-racial was also clearly eager to hear Pakatan's explanation of Singapore's Lee Kuan Yew accusation against Anwar. They wanted to know why the elder statesman would make such a remark on WikiLeaks and were also keen to hear Anwar talk about former premier Mahathir Mohamad.

Tan Tee Kwong
Most of the Pakatan's side of the story has been blacked in the mainstream media which only carried the news the Kuan Yew had told Australian officials that he believed Anwar had been framed but he had also committed sodomy. Anwar has repeated denied these charges and his lawyers have earlier today announced they will be suing Mahathir. It is possible Anwar's lawyers may try to subpoena Kuan Yew to testify in his Sodomy II trial.

But above all, the crowd appeared most eager to hear the latest tidbit about Prime Minister Najib Razak, who was also criticized by Singapore officials as WikiLeaks had also exposed although the mainstream press has failed to report on this.

Tian Chua
Top Singapore diplomats such as Tommy Koh, Peter Ho and Bilahari Kausikan had in comments to their U.S. counterparts called Najib an "opportunist" and said his involvement in the Altantuya murder was tarnishing Malaysia. They also said Malaysia was on a decline due to "incompetent politicians".

Najib had tried to keep a lid on these explosive comments by asking Malaysians to ignore the Singaporean comments. But tremendous pressure from Malay groups have forced him to issue a letter of protest to the Singapore High Commission.

Police had earlier set up road blocks nearby to Taman Melati but decided to allow the ceramah to carry on as a permit had already been obtained.

Anwar Tidak Perlu Mendapat Keadilan Di Mahkamah

MAHKAMAH adalah satu instrument untuk seseorang membela diri dan mendapat keadilan. Semua orang berhak menggunakan mahkamah. Mahkamah yang adil juga akan mengembalikan reputasi seseorang yang dicemari oleh seseorang lain atas apa juga tujuan. Dalam sebuah negara di mana mahkamahnya telus, adil, tidak berat sebelah atau dikuasai jagoan-jagoan tertentu akan menjadi pembela kepada rakyatnya.

Tidak ada apa-apa institusi lain yang boleh membela orang yang merasakan dia bersalah. Sumpah laknat - (maqabalah) juga tidak menjadi pemutus dan penamat kepada sesuatu kes. Manusia yang terdesak, kurang imam akan sewenang-wenangnya menggunakan peraturan atau ruang itu. Bersumpahlah berapa banyak pun ia tidak akan menyelesaikan masalah.

Hukum atau peraturan agama itu untuk mereka yang beriman. Sebab itu di dalam Quran bila Allah ingin kenakan perintah kepada manusia ia menyeru - ya ayuha lazim naamnu, wahai orang-orang beriman. Maksudnya mereka yang tidak beriman (sepenuh)nya tidak terkena dengan perintah berkenaan kalaupun dikenakan ia sia-sia saja. Orang fasik, munafik, zindik tidak berlaku hukum agama ke atasnya.

Sumpah laknat ke atas diri sendiri tidak akan berlaku serta merta. Sedangkan manusia hari ini sudah tidak mempercayai akhirat lagi. Apa yang mahu dilihat ialah sesuatu itu berlaku di depan mata. Hukuman secara tunai. Walaupun kesan dan natijah sumpah itu berbagai-bagai dan simbolik, namun orang akan menganggap si bersumpah itu benar selagi dia tidak dipanah petir dan berasap seluruh tubuhnya.

Mereka yang mengerti dan faham ini tidak akan menggunakan ruang itu, bersumpah laknat sesuka hati. Dan sumpah laknat dari mereka yang tidak beriman, tidak menjadi apa-apa. Sumpah atau perbuatan itu samalah dengan lembu yang mengaku bersalah kerana berzina dengan ibu atau anaknya.

Makanya ruang terbaik ialah mahkamah. Tetapi soalnya apakah mahkamah yang berjalan sekarang ini adil dan saksama? Atau menempati kehendak Quran dan Hadith. Saya tidak mahu mengatakan semua mahkamah atau semua hakim negara tidak adil. Tetapi pepatah ada mengatakan daripada lima hakim itu, empat adalah hakim bohong dan tidak menjalankan tugas-tugas dengan adil kerana Allah. Mereka menjalankan tugas kerana kuasa lain dan kerana manusia.

Ertinya hanya satu hakim saja yang baik, dan adil. Ertinya peratus hakim yang adil itu hanya sedikit saja, tidak sampai separuh. Jadi macam mana kita mengharapkan kesaksamaan dan keadilan daripada hakim?

Apabila Anwar Ibrahim bercadang untuk menyaman beberapa buah akhbar dan juga bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad berkenaan dengan komen dan penyiaran maklumat didedahkan WikiLeaks, saya merasakan ia perbuatan yang sia-sia saja. Berdasarkan kepada hakikat tadi, Anwar tidak akan mendapat pembelaan daripada saman berkenaan.

Sebelum ini pun banyak saman dikemukakan Anwar, khasnya membabitkan Dr Mahathir. Begitu juga dengan akhbar yang memburukkannya. Apa jadi? Satu pun tidak berpihak kepada Anwar. Semua kes dibuang begitu saja. Kesan negatif timbul daripada keadaan itu menyebabkan umum melihat Anwar berada dipihak salah bila di tewas dalam setiap samannya.

Mengenai mahkamah pula, sejauh mana keadilan dan ketulusan mahkamah; boleh dilihat kepada mahkamah yang membicarakan kes-kes membabitkan Anwar baik dalam isu liwat nombor wahid, atau isu liwat nombor ithnin? Kalau dulu hakim Augustine Paul (dah mati) mengulas setiap hujah yang dikemukakan oleh peguam Anwar sebagai tidak relevan, begitu juga dengan hakim yang membicara kes liwat nombor ithnin itu, ada istilah ataupun kodnya sendiri.

Misalnya beberapa permohonan dibuat peguam Anwar ditolak oleh hakim berkenaan. Salah satunya ialah laporan perubatan si pembacuh kopi yang mendakwa beliau diliwat. Kenapa laporan perubatan itu tidak dibenarkan? Inilah antara ciri-ciri keganjilan mahkamah. Laporan itu penting untuk menentukan siapa yang meliwatnya!

Hakikat itu boleh diagakkan apa yang akan berlaku kalau Anwar menyaman Mahathir ataupun surat khabar. Beliau tidak akan mendapat pembelaan sewajarnya, apa lagi ganti rugi. Hanya dari segi moral saja ia memberi gambaran Anwar berada di pihak benar kerana berani menyaman. Setakat itu saja.

Lantaran itu, pada saya Anwar tidak perlu saman dan layan lagi sesiapa atau apa-apa agensi kerajaan yang membelasahnya. Beliau tidak perlu bimbang kepada komen ataupun pemburukkan dilakukan Mahathir. Tidak perlu bimbang kepada pemanipulasi berita mengenainya oleh media. Yang penting rakyat bersama beliau. Keburukan yang melampau dan tidak profesional dilakukan media sudah difahami benar-benar oleh rakyat. Apa lagi dengan blog-blog Malaysia yang banyak membuat super impose, tidak beretika sudah difaham oleh rakyat.

Buktinya rakyat bersama beliau, walaupun sudah berbagai serangan, hentaman dan semua senjata dan semua orang termasuk profesional dan juga penyepak kertas digunakan untuk damagekan Anwar namun beliau masih hebat, masih dipercayai dan setiap idea yang dilontarkan diterima dan mencabar pemikiran umum. Bukan saja rakyat Malaysia dunia luar juga tetap menghormati dan memerlukan idea dan pandangan beliau. Boleh dikatakan sebulan sekali beliau akan dipanggil untuk memberi syarahan di luar negara.

Ini menunjukkan Anwar masih didambakan rakyat. Rakyat masih meletakkan harapan kepadanya. Kalaupun benar sekali Anwar melakukan perbuatan sumbang (liwat) rakyat sudah tidak kisah dengan tuduhan itu. Rakyat sudah mual dan muak. Rakyat yang tahu menilai pemikiran dan mementingkan idealisme akan membelakangkan soal moral yang dicipta itu.

Rakyat sudah cerdik untuk membezakan kualiti seorang Anwar sebagai pemimpin. Rakyat bukan bodoh, mereka ada otak. Soal kepimpinan dan perjuangan untuk rakyat, semuanya rakyat sudah membuat penilaian sendiri. Sekiranya rakyat terpengaruh dengan media massa dan kenyataan memburukkan Anwar sudah lama Anwar hancur ataupun Pakatan Rakyat yang dipimpinnya sudah lebur. Tapi ternyata, penerimaan rakyat kepada Pakatan makin meluas dan harapan rakyat kepada Pakatan untuk memimpin negara juga semakin menyemarak.

Tegasnya, Anwar tidak payah membuang masa, wang dan tenaga untuk menyaman Mahathir dan media massa. Biarkan Mahathir mengatakan apa juga, sebab kata-katanya sudah tidak dipercayai lagi. Era keagungan Mahathir sudah pun berlalu sebaik saja beliau bertindak memecat Anwar pada 3 September 1998 lalu.
MSO.

Kes Mata Lebam : Putrajaya Tutup Kes Dikesali

KUALA LUMPUR 14 DIS : Putrajaya  menutup isu insiden mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim 1998 dengan mengetepikan dakwaan terbaru seorang bekas pegawai kanan polis bahawa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail memalsukan bukti.
Dalam jawapan kepada parlimen hari ini Menteri Di Jabatan Perdana menteri Datuk Nazri Aziz mengelak daripada  menjawab  dakwaan bekas pegawai siasatan Datuk Mat Zain Ibrahim bahawa Abdul Gani  memalsukan dokumen dalam kes itu.
Lebih dikesali, Speaker Dewan sekali lagi menggunakan kuasanya mencantas usaha ahli Parlimen Pakatan Rakyat mendapatkan penjelasan daripada Nazri.
Nazri  memilih untuk hanya memberitahu bahawa  tidak perlu bagi Mat Zain membuat aduan bahawa panel bebas yang dibentuk untuk menyiasat dakwaan pemalsuan bukti  gagal untuk membersihkan nama beliau dalam insiden itu.
Jawapan Nazri tidak langsung menyentuh mengenai asas-asas dakwaan Mat Zain mengenai tindakan Gani dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dalam memalsukan bukti dan keterangan bersabit siasatan mata lebam Anwar.
Ini menurut Nazri, Mat Zain tidak pernah tertakluk kepada siasatan panel dan hanya dipanggil sebagai seorang saksi untuk memberikan keterangan.
"Panel penasihat SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), dalam suratnya kepada Datuk Mat Zain pada 23 Julai 2009, sudah pun menekankan bahawa tidak perlu panel bebas atau SPRM membersihkan nama Mat Zain, memandangkan beliau tidak tertakluk kepada siasatan," katanya.
Tambah beliau, panel itu tidak menjalankan siasatan melibatkan Mat Zain sebagai satu subjek dan oleh itu, tidak bertanggungjawab untuk membuat sebarang penilaian terhadap bekas ketua jabatan siasatan jenayah Kuala Lumput itu.
Nazri juga menambah bahawa panel itu dilantik mengikut perlembagaan meskpin Mat Zain mendakwa Penguam Cara Negara tiada kuasa untuk melantik anggotanya.Kata beliau, Peguam Negara mempunyai kuasa untuk bertindak sebagai pendakwa raya dalam keadaan Peguam Negara tidak boleh bertindak sedemikian.
"Dalam kes ini, Abdul Gani adalah subjek siasatan dan oleh itu, adalah tidak adil atau sesuai bagi beliau untuk melantik anggota panel."Oleh itu, Peguam Negara mengambil alih tugas untuk bertindak sedemikian dan ia adalah sah," katanya.
Di akhir rumusan penjelasan Nazri hari ini, Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timor) bangun untuk memprotes bahawa penjelasan itu tidak memuaskan, tetapi usahanya dihalang oleh Speaker Dewan Rakyat.
Khamis lalu, Nazri memberitahu The Malaysian Insider bahawa Putrajaya akan mengumumkan keputusan final, yang dijadualkan semalam, sama ada perlu membuka semula kertas siasatan berkaitan insiden matla lebam Anwar, yang berlaku 12 tahun lalu, ekoran dakwaan wujudnya bukti terbaru.
Nazri juga berkata, beliau akan menjawab gesaan pembangkang di Parlimen berhubung isu itu dan keputusan yang bakal diumumkan adalah "muktamad."
Dalam kenyataan minggu lalu itu, Nazri berkata kenyataan terbaru Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein kepada Lim, yang juga Penasihat DAP, bahawa kes mata lebam sudah ditutup adalah "tepat."
"Hishammuddin tidak salah dalam mengatakan ia sudah ditutup. Kes itu sudah lama ditutup. Apa yang yang berlaku baru-baru ini ialah wujudnya maklumat terbaru. "Kami akan menjawab minggu depan, tunggu dan lihat," kata Nazri.
Awal minggu lalu, Lim mendesak penjelasan pentadbiran Najib berhubung komitmen Kabinetnya bahawa akan membuka semula siasatan berkaitan dengan insiden mata lebam Anwar sambil mendakwa menteri-menterinya membuat kenyataan-kenyataan yang bercanggah.
Lim mempersoalkan sama ada Hishammuddin merampas tanggungjawab yang diberikan kepada rakan sejawatannya Nazri agar mengendalikan perkara berkenaan, dengan mengisytiharkan kes itu sudah pun ditutup.
Pada 24 November lalu, Nazri berkata, kerajaan akan menyiasat surat terbuka Mat Zain yang mendakwa Peguam Negara mempunyai peranan dalam insiden mata lebam Anwar yang berlaku 12 tahun lepas.
Nazri berkata, Kabinet mengarahkan beliau dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berjumpa dengan Abdul Gani bagi mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan surat terbuka Mat Zain.
Nazri berkata beliau dan Rais perlu menemui Abdul Gani berhubung surat terbuka Mat Zain itu sebelum mengambil tindakan selanjutnya.
Dalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pada Isnin lepas, Mat Zain merujuk kepada usul memotong gaji Peguam Negara RM10 yang di bawa Lim pada sidang Dewan Rakyat 9 November lepas.

Nazri Aziz : Kes P.Balasubramaniam Ditutup

KUALA LUMPUR 14 DIS :Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz membuat satu lagi kejutan di parlimen hari ini bersabit kes Altantuya Sharibuu.Beliau berkata Peguam Negara tidak perlu menyiasat percanggahan dalam akaun bersumpah  penyiasat persendirian P.Balasubramanian  bersabit pembabitan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Altantuya.
Nazri mendakwa keterangan Balasubramaniam itu mengenai hubung kait perdana menteri  tidak memberi apa-apa kesan keatas perbicaraan Altantuya.        
Balasubramaniam sebelum ini memberikan kenyataan bersumpah bahawa Najib mengenali Altantuya malah mengadakan hubungan sulit dengannya sebelum warga Mongolia itu mati dibom pada Oktober 2006.
Tidak lama selepas membuat pengakuan itu, Balasubramaniam membuat satu lagi perakuan, kali ini menafikan bahawa Najib mengenali Altantuya.
Pada hari sama, bala  melarikan diri negara jiran tetapi muncul  lapan bulan kemudian untuk menjelaskan bahawa beliau telah diugut dan disogok oleh kerabat keluarga Najib supaya mengubah kenyataannya dan melarikan diri.
Balasubramaniam  menawar  untuk disoal siasat  kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia  di luar negara kerana bimbangkan keselamatannya di Malaysia.
SPRM pada mulanya menerima tawaran itu tetapi kemudian, secara misteri enggan meneruskan hasrat itu.
Di Parlimen hari ini  Menteri di Jabatan Perdana Menteri memberi alasan yang  mencurigakan untuk menjelaskan kenapa tidak ada keperluan membuka balik fail Altantuya.

"Dalam kes Balasubramaniam ini setelah kedua-dua akuan bersumpah yang dibuat olehnya diteliti, didapati bahawa akuan-akuan tersebut dibuat bukanlah   dengan tujuan untuk dijadikan keterangan dalam mana-mana prosiding mahkamah, oleh yang demikian parlimen dalam seksyen 199 akta 574 tidak dipenuhi dan perbuatan balas subramaniam dalam membuat dua akuan berkanun yang bercanggah tidak menjadi satu kesalahan di bawah seksyen tersebut." katanya.
Bersandarkan alasan itu dan dakwaan balasubramaniam tidak dapat dikesan, Nazri berkata isu Altantuya atau tidak perlu diungkit lagi.

"Selanjutnya setelah penelitian dibuat dan mengambil kira kesemua keterangan yang dikumpulkan oleh pihak polis serta fakta bahawa bala subramaniam masih belum dapat dikesan sehingga kini dan dipercayai berada di luar negara, jabatan peguam negara telah membuat keputusan untuk menutup kes tersebut kerana percanggahan dalam kedua-dua akuan berkanun oleh Bala Subramaniam tidak memberi apa-apa kesan kepada perbicaraan Altantuya Sharibuu,"katanya lagi.
Pada Oktober 2008 penasihat Najib, Abdul Razak Baginda dibebaskan dari tuduhan bersubahat atas pembunuhan Altantuya namun dua pegawai polis dihukum mati  atas kesalahan membunuh warga mogolia itu.

Lim Kit Siang Persoal Kerajaan Tutup Kes P.Balasubramaniam

SHAH ALAM 14 DIS : Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang menyifatkan keputusan kerajaan menutup kes melibatkan penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam yang diumumkan di Parlimen hari ini sebagai tidak menyakinkan.

Menurut Kit Siang,  tidak masuk akal apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengatakan bahawa tidak ada kesalahan dilakukan oleh Bala berhubung dua akuan bersumpahnya yang bercanggah. 

" Penerangan yang diberi dalam parlimen untuk menutup kes penyiasat swasta, Balasubramaniam tidak meyakinkan dan memperkukuhkan kesimpulan bahawa ada 'double standard' dalam perkara ini bahawa tidak ada keadilan dalam urusan pentadbiran.    

" Dalam dua akuan bersumpah, tentulah ada satu yang tidak benar dan Balasubramaniam sendiri ada mengakui bahawa akuan bersumpah yang kedua adalah yang tidak benar dan dipaksa untuk dibuat," jelas Kit Siang ketika dihubungi Tv Selangor.   

Nazri hari ini dalam Dewan Rakyat menjelaskan bahawa setelah penelitian dilakukan, didapati kedua-dua akuan bersumpah yang bercanggah bukanlah satu kesalahan kerana ia bukan dibuat bagi tujuan prosiding mahkamah.

" Oleh yang demikian, elemen di bawah 199 akta 574 tidak dipenuhi dan perbuatan Balasubramaniam dalam membuat dua akuan berkanun yang bercanggah tidak menjadi satu kesalahan di bawah seksyen tersebut.

" Setelah penelitian dibuat dan mengambilkira semua keterangan yang dikumpulkan oleh pihak polis serta fakta bahawa Balasubramaniam masih belum dikesan sehingga kini dan dipercayai berada di luar negara, Jabatan Peguam Negara telah membuat keputusan untuk menutup kes tersebut kerana percanggahan dalam kedua-dua akuan berkanun Balasubramaniam tidak memberi apa-apa kesan kepada kes Altantuyaa Shaariibu," jelas Nazri.

Bala sebelum ini mengemukakan dua akuan bersumpah berkenaan pembunuhan Altantuya tetapi menarik balik pernyataan itu menerusi akuan bersumpah kedua pada keesokannya.

Bala kemudiannya tampil menjelaskan perkara tersebut dan mengakui bahawa akuan berkanun pertamanya itu adalah benar.

" Sebab itu tidak masuk akal untuk perkara ditutup apabila Balasubramniam sendiri ada berkata, akuan bersumpah pertama benar dan kedua tidak benar," tambah Kit Siang lagi.    

Dilaporkan Bala kini berada di London.

Beliau yang sekian lama bersembunyi kerana khuatir dengan keselamatan diri dan anggota keluarganya, tampil menawarkan untuk memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pertengahan tahun ini.

Ironinya kerajaan Malaysia terutama SPRM setelah mendapat peluang bagi merakamkan keterangan yang ditunggu-tunggu selama ini membatalkan hasrat tersebut pada saat-saat akhir. 

Saksi lihat tertuduh lepaskan tembakan ‘tap’ tap’ tap’

Aminul rashidOleh Jamilah Kamarudin

SHAH ALAM: Saksi perbicaraan kes tembakan remaja Aminulrasyid Amzah hari ini memberitahu mahkamah tertuduh, Koperal Jenain Subi  mula melepaskan tembakan setelah kereta Proton Iswara putih yang dipandu mangsa menghala masuk ke Jalan Tarian 11/2 di sini.
Anggota polis peronda MPV Balai Polis Seksyen 11 Konstabel Hafizd Mohd Yusof berkata, beliau juga sempat melihat kedudukan Jenain sebelum melepaskan tembakan ketika memandu kereta peronda polis Selangor 614 pada malam kejadian.

"Kepala (Jenain) ke luar tingkap, kaki dalam kedudukan melipat ke atas tempat duduk kerusi penumpang hadapan, manakala senjata diletakkan dibahu dan menghala ke bawah," katanya.
Beliau yang juga rakan setugas membawa Jenain dalam kereta peronda Selangor 614 berkata, jarak antara kereta yang dipandunya semasa Jenain bersedia untuk melepaskan tembakan pertama dengan kereta Proton Iswara BET 5023 adalah sejauh kira-kira 50 kaki.
Beliau dalam keterangannya juga berkata, Jenain melepaskan tembakan ke arah BET 2053 kira-kira 10 das tembakan.
"Tembakan berbunyi ‘tap’ ‘tap’ ‘tap’ kemudian berhenti sekejap dan sambung ‘tap’ ‘tap’ ‘tap’ habis," katanya.
Beliau ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar berkata selang masa antara tembakan pertama dan tembakan seterusnya adalah kira-kira 5 hingga enam saat.
Namun beliau bagaimanapun tidak dapat menentukan lokasi bermulanya tembakan yang dilepaskan Jenain.
Mahkamah menjadi tegang seketika apabila Dusuki kelihatan berang berikutan beberapa soalan yang dikemukakan kepada Hafizd tidak dijawab dengan tepat malah saksi kelihatan cuba menyembunyikan keterangan serta tidak menceritakan hal yang sebenar.
Dusuki cuba memberi amaran kepada Hafizd supaya berterus terang semasa memberikan kenyataan, namum hakim Latifah Mohd Tahar menasihati Dusuki agar tidak berbuat demikian kerana boleh dianggap sebagai menghina mahkamah.
Perbicaraan bagaimanapun tetap bersambung seperti biasa apabila Hafizd dalam keterangannya berkata beliau terkejut apabila mendengar tembakan yang dilepaskan Jenain namun masih boleh mengawal kereta seperti biasa.
Mahkamah sebelum ini mendengar keterangan daripada pemandu kereta peronda Selangor 604 Koperal Azhar Hashim yang turut sama mengejar kereta BET 5023 pada malam kejadian.
Azhar dalam keterangannya semasa disoal peguam bela M Athimulan berkata, melepaskan tembakan adalah cara terakhir bagi anggota peroda untuk memberhentikan kenderaan yang dikejar selepas beberapa kali cuba memintas BET 5023.
Beliau berkata, dalam adegan kejar-mengejar itu kereta yang dipandunya melakukan cubaan untuk memintas BET 5023 sebanyak kira-kira 10 kali namun gagal, malah cuba dihimpit kereta Proton Iswara terbabit.
Beliau juga dalam keterangannya mempertahankan tindakan rakan setugasnya Konstabel Izham Mahayadin yang melepaskan tembakan ke arah kereta BET 5023 walaupun tiada arahan dikeluarkan.
Beliau juga berkata sepanjang mengejar kereta BET 5023, tidak kelihatan sebarang lampu brek daripada kereta tersebut malah ia terus bergerak laju.
Perbicaraan bersambung esok.
Jenain didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid, 15 di Jalan Traian 11/2, Seksyen 11 di sini pada 26 April lalu antara pukul 1.10 pagi dan 2 pagi.
Beliau dibicarakan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Ketuanan Tanah : Akta baru Kg Baru syor tubuh Perbadanan, Majlis Penasihat

KUALA LUMPUR, 14 Dis – Rang Undang-Undang Perbadanan Kampong Bharu 2010 dikemukakan untuk bacaan pertama di Dewan Rakyat hari ini yang bertujuan menubuhkan suatu perbadanan yang bertanggungjawab merancang dan mengawal selia pembangunan Kampung Baru.
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin membentangkan rang undang-undang itu yang akan menjamin pembangunan kawasan Kampung Baru Kuala Lumpur, yang meliputi tujuh buah kampong seluas 90.2 hektar dan berusia 110 tahun dan kini mempunyai 35,000 penduduk, supaya dikawal selia sebaik mungkin.
Bagi tujuan itu, rang undang-undang itu turut mencadangkan pembentukan suatu Majlis Penasihat yang bertanggungjawab menasihati Perbadanan mengenai perkara-perkara berhubung kepentingan orang Melayu di Kampung Baru dan perkara-perkara lain yang dirujuk oleh Perbadanan kepadanya.
Dengan penubuhan Majlis itu, Lembaga Pengurusan Petempatan Pertanian Melayu akan dibubarkan.
Selain rang undang-undang itu, tiga lagi rang undang-undang turut dikemukakan untuk bacaan kali pertama hari ini iaitu, Rang Undang-undang Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2010 dan Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 dan Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010.
Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2010 dibentangkan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Chua Tee Yong, bertujuan mengadakan perkhidmatan bersepadu berhubung kuarantin, pemeriksaan dan penguatkuasaan di pintu masuk, stesen kuarantin dan premis kuarantin Malaysia.
Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 yang dibentangkan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui pula bertujuan menubuhkan ‘‘Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia’’.
Rang Undang-Undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 pula dibentangkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong yang mencadangkan beberapa penambahbaikan kepada akta sedia ada. – Bernama

Ketuanan Melayu: Nik Aziz pohon Raja-raja Melayu selesai guna al-Quran


KUALA LUMPUR, 14 Dis – Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mencadangkan Raja-raja Melayu agar perkenan mencari jalan penyelesaian terbaik sekiranya  mengambil berat tentang nasib orang Melayu di negara ini.
Dalam kenyataan terbaru menyentuh polemik ungkapan Ketuanan Melayu, Mursyidul Am PAS berkata, Raja-raja Melayu yang memperlihatkan kebimbangan mengenai kedudukan orang Melayu sejak kebelakangan ini, perlu tampil mencari jalan penyelesaian menggunakan lunas al-Quran.
“Apabila  terdapat beberapa orang Raja-raja Melayu yang menyuarakan kebimbangan berkenaan nasib orang Melayu, saya sarankan supaya marilah kita merujuk kepada al-Quran.
“Pada saya, Raja-raja Melayu berhak bimbang jika benar orang-orang Melayu terancam, tetapi marilah kita mencari penawar yang betul untuk penyakit yang berlaku,” kata beliau yang masih dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Dalam hal ini, kata Menteri Besar Kelantan, ungkapan Ketuanan Melayu merupakan ubat yang salah bahkan ia sebenarnya racun yang bisa.
“Justeru, bolehkah kiranya saya meletakkan harapan kepada pihak Raja-raja Melayu agar membawa rakyat kembali kepada Islam sebagai penyelesaian terhadap masalah yang berlaku? Yakinlah, dengan Islam, Melayu akan terbela,” katanya lagi.
Sejak bulan lalu, pendebatan isu konsep Ketuanan Melayu ini begitu hebat diperkatakan selepas Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam ucapan dasar Kongres Naional PKR meminta supaya “Ketuanan Melayu” ditinggalkan.
Malah Perkasa juga mengkritik dengan menyifatkan Dr Wan Azizah sebagai “pelacur politik” dan kacang melupakan kulit kerana meminta ungkapan “Ketuanan Melayu” diketepikan bagi memajukan orang Melayu.
Dalam kenyataan hari ini juga, Nik Aziz mendakwa Umno tidak mengutamakan kepentingan soal agama Islam tetapi mengagung-agungkan ungkapan Ketuanan Melayu yang dilihat tidak memberikan sebarang faedah kepada negara terutamanya orang Melayu.
Beliau berkata jika bercakap tentang ketuanan ia mesti kembali kepada Islam, bukannya Melayu yang selama ini menjadi modal perjuangan Umno.
“Ketuanan hendaklah kembali kepada Islam. Tidak dinafikan bahawa di negara ini majoriti umat Islam ialah berbangsa Melayu, ini sepatutnya menjadi satu kebanggaan bangsa Melayu sendiri yang sudah menerima Islam beratus-ratus tahun yang lampau.
“Bukankah Islam itu anugerah daripada Allah? Tidakkah hanya orang yang bertuah sahaja yang akan menerima anugerah daripada Allah s.w.t,” soal Nik Aziz.
Beliau juga melahirkan rasa kecewa apabila ada di kalangan orang Melayu di negara ini menolak Islam.
“Namun, dukacita sekali apabila ada orang Melayu sendiri yang menolak Islam, menolak Islam bererti menolak ketuanan Islam dan bila menolak Islam ertinya menolak anugerah Allah.
“Seolah-olah Islam ini bahan buangan yang tidak layak untuk diterima, demikianlah barangkali tanggapan mereka yang mengetepikan Islam sebagai perundangan hidup mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata slogan “Ketuanan Melayu” yang dilaungkan pemimpin Umno langsung tidak menggambarkan konsep Islam apabila bergelumang dengan pelbagai tuduhan rasuah dan pecah amanah.
“Hari ini, seruan Islam yang menjadi tonggak orang Melayu ini diganti dengan nasionalis. Dengan slogan Ketuanan Melayu, mereka beria-ia menjulang keris tumpul itu kononnya merekalah pendekar sejati mempertahankan hak Melayu.
“Apa yang peliknya, di samping menjulang ketuanan Melayu itulah, mereka telah terpalit dengan pelbagai tuduhan rasuah dan pecah amanah. Halalkah pelakuan rasuah ini di sisi mazhab ketuanan Melayu? Melaungkan Ketuanan  Melayu dengan mengetepikan Islam hanya akan menjadikan bangsa Melayu lebih hina, bukannya lebih mulia,” katanya.
Oleh yang demikian, Nik Aziz mahu rakyat di negara ini berfikir secara matang sekiranya masih mahu Umno-Barisan Nasional (BN) memerintah negara.
“Bolehkah pimpinan sebegini menjadi tempat bergantung rakyat? Bukan sahaja orang bukan Melayu, bahkan orang Melayu sendiri akan disembelih dengan slogan seperti ini.
“Buktinya, di Kelantan yang majoritinya bangsa Melayu, dinafikan peruntukan pembangunan dan royalti minyak oleh ketuanan Melayu. Orang Melayu tidak terjaga, Islam pun terlepas dari genggaman.
“Hakikatnya, perjuangan ketuanan Melayu ini hanyalah perjuangan sia-sia. Demi menyedarkan rakyat tentang hakikat inilah, saya gagahi diri saya untuk terus berjuang memberikan kefahaman agar rakyat menerima Islam sebagai addin (din dan daulah),” katanya.

Syed Hasan: Suara Perkasa belum berkubur

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) hari ini menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa akhbar Suara Perkasa yang diterbitkannya secara dwi bulanan itu sudah terkubur kerana kurang sambutan.

NONESebaliknya, kata setiausaha agungnya Syed Hasan Syed Ali, pihaknya "menangguhkan" penerbitan akhbar itu disebabkan "mahu menyusun pengedaran kerana tidak berapa berkesan".

"Kita mahu memastikan pengedar yang boleh menambah dan meningkatkan jualan Suara Perkasa. Kita juga mahu memastikan tempat-tempat (yang mana) Suara Perkasa (dapat) diterima," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Bercakap kepada Malaysiakini lewat petang ini, Syed Hasan berkata edisi baru Suara Perkasa dijangka berada di pasaran awal Februari tahun depan ini.

Beliau mengulas tulisan di laman sosial Facebook yang mendakwa akhbar tabloid berkenaan akan menghentikan penerbitannya mulai pertengahan Januari tahun depan kerana dikurang sambutan.

azlanMengulas lanjut, beliau berkata pihaknya telah menerbitkan edisi edisi sulung akhbar NGO Melayu sejak Julai lalu dan sempat menerbitkannya sebanyak 11 edisi.

"Edisi terakhir adalah pada 1 Disember. Setiap bulan kita tidak pernah terlepas (menerbitkannya)," katanya sambil menambah kakitangan akhbar itu turut kekal bersama akhbar berkenaan.

Edisi sulung akhbar dilihat bermula 'garang' dengan tajuk muka depannya berjudul "Tahan Ka Siong bawah ISA" dan memfokuskan mengenai suara NGO Melayu. Akibatnya, PERKASA diberi amaran oleh Kementerian Dalam Negeri.


Buat edisi permulaan sebanyak 25,000 dicetak dan diedarkan di seluruh Malaysia. Ia dijual dengan harga RM2 di semenanjung dan RM2.50 di Sabah dan Sarawak.

Konvenyen ke 2: Cerita kejayaan, PRU 13

KUALA LUMPUR, 14 Dis: 2000 perwakilan dari parti-parti komponen Pakatan Rakyat iaitu PAS, PKR dan DAP dijangka akan berhimpun di Dewan Milllenium Kepala Batas Ahad ini untuk menyertai Konvensyen Ke 2 Pakatan Rakyat.

Mereka dijangka mempersiapkan Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Setiap parti akan menghantar 600 perwakilan tidak termasuk para pemimpin utama parti berkenaan, tetamu dan para pemerhati.

Sepanjang konvensyen, empat perwakilan setiap parti akan membahaskan perbentangan yang akan dibuat oleh tiga jurucakap utama parti masing-masing.

"Fokus akan diberikan kepada dua perkara utama dalam konvensyen ini iaitu cerita kejayaan negeri-negeri Pakatan dan mempersiap kami semua untuk menghadapi pilihan raya umum ke 13," kata Mujahid Yusof (gambar), Pengarah konvensyen ini.

Untuk mencapai tujuan itu, klip video cerita kejayaan kerajaan negeri Pakatan akan dipersembahkan kepada semua perwakilan semasa konvensyen ini.

Kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat juga akan mempamerkan kejayaan mereka melalui booth pameran yang akan mereka sediakan di konvensyen ini.

Selain Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah turut akan membuat pameran adalah kerajaan negeri Perak ketika diperintah Pakatan dan kerajaan Terengganu dari tahun 1999 ke 2004 yang tidak diketahui masyarakat tentang kejayaan mereka.

Menurut Mujahid, konvensyen ini juga akan menghasilkan 'buku oren' iaitu buku yang menggariskan polisi Pakatan dalam bentuk perincian dari Dasar Bersama yang telah diluluskan dalam konvensyen pertama tahun lepas.

"Ia berupa pra manifesto kita dalam pilihan raya umum akan datang," kata Mujahid.

Tema konvensyen kali ini adalah "Ubah Sekarang" untuk mengajak rakyat membuat perubahan dalam pilihan raya umum akan datang.

"Video klip cerita kejayaan, booth kerajaan negeri Pakatan dan buku oren ini akan menjadi  isi atau asas kenapa kita mengajak rakyat ubah sekarang," kata Mujahid.

Dalam konvensyen lepas, katanya, konvensyen telah selesaikan asas bersama iaitu penerimaan Pakatan kepada Islam agama persekutuan, kedudukan bahasa Malaysia dan juga kedudukan raja-raja Melayu.

Kali ini, kata Mujahid, pengisian akan dibuat sepenuhnya bagi mempastikan semua sektor rakyat bersedia untuk bersama-sama membuat perubahan dalam pilihan raya umum akan datang.

"Kami yakin, dengan cerita kejayaan yang telah kerajaan Pakatan buat, rakyat akan yakin kita mampu memberikan jauh lebih baik berbanding BN," katanya lagi.

PRU-13: Ramalan PAS BN akan rampas kuasa fitnah, kata Muhyiddin

IPOH, 14 Dis – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kenyataan beberapa pemimpin PAS yang meramalkan Barisan Nasional (BN) akan merancang rampasan kuasa jika Pakatan Rakyat (PR) menang pilihan raya umum ke-13 sebagai berniat jahat, fitnah dan pembohongan.
Beliau berkata kenyataan seperti itu berupa satu lagi contoh betapa PAS akan sentiasa mencari peluang untuk menimbulkan fitnah bagi memburukkan kerajaan BN.
“Ini niat jahat, sangka buruk untuk takutkan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah Kilang Panel Solar Twin Creeks Malaysia Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Khantan di sini hari ini.
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar semalam membayangkan kemungkinan berlakunya rampasan kuasa itu, ekoran amaran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya rakyat tidak memilih parti selain BN.
Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata keputusan pilihan raya umum lepas telah membuktikan BN menghormati proses demokrasi dan menerima keputusan yang dibuat oleh rakyat.
Beliau berkata BN kalah di beberapa negeri dan boleh menerimanya sebagai keputusan yang dibuat melalui proses demokrasi dan pilihan rakyat.
“Lihat apa yang berlaku selepas kita kalah (beberapa negeri) ... kita faham keputusan yang telah dibuat. Tidak timbul soal rampasan kuasa,” katanya.
Muhyiddin berkata perbuatan fitnah dan pembohongan dicegah oleh Islam tetapi kenyataan tidak masuk akal berkenaan dibuat oleh pemimpin parti yang memperjuangkan Islam.
Beliau berkata pembangkang akan sentiasa berusaha mencari peluang memburukkan kerajaan dan menunjukkan kerajaan BN sebagai tidak baik tetapi yang penting adalah rakyat memahaminya.
“Rakyat harus tahu bahawa PAS akan sentiasa mencari peluang menimbulkan fitnah memburukkan kerajaan,” tegasnya.
Mengenai kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali bahawa PR akan memberi autonomi sepenuhnya kepada Sarawak jika diberi mandat untuk menubuhkan kerajaan persekutuan pada pilihan raya umum ke-13, Muhyiddin berkata ia hanya satu tipu helah pembangkang.
“Mereka akan membuat pelbagai tawaran ... ini tipu helah mereka. Akan guna apa cara untuk dapat kejayaan,” katanya.
Beliau berkata rakyat Sarawak tahu jasa dan sumbangan BN membangunkan negeri itu dan sejak sekian lama, hak-hak yang dinikmati adalah berdasarkan pada Perlembagaan dan undang-undang negeri dan persekutuan. – Bernama

Kenali propaganda Blogger UMNGOK

 
Di dalam entry kali ini ReJaM© nak dedahkan kepada semua pembaca bagaimanakah taktik blogger-blogger upahan UMNGOK memainkan peranan mereka menyebarkan propaganda. Satu perbezaan ketara antara blogger-blogger Mesra-Barisan Nasional dan Blogger-blogger Mesra-Pakatan Rakyat ialah, mereka ini lebih kurang sama kisahnya dengan kempen Pilihanraya kedua-dua parti. Blogger Barisan Nasional diberi upah oleh 'tuan' mereka, manakala Blogger Pakatan Rakyat terdiri daripada blogger-blogger sukarela.

Salah satu buktinya, anda boleh lihat biasanya blogger Pakatan Rakyat ada meletakkan iklan di blog-blog mereka untuk mendapat sedikit sumber kewangan walaupun sebenarnya taklah banyak mana pun selain itu update blog pun kurang kerana kebanyakkan blogger PR adalah penulis separuh masa. Sebaliknya blogger-blogger pro Barisan Nasional tidak meletakkan iklan tetapi hanya mengharapkan disuap dengan makanan oleh 'tuan' mereka sahaja. Malah mereka lebih kerap mengemaskini blog (update) kerana majoriti mereka menjadi blogger sepenuh masa.

Taktik Blogger UMNGOK

Salah satu taktik serangan propaganda blogger UMNO dan Barisan Nasional ini pula, secara "hit and run". Mereka akan menyerang secara berkumpulan, kemudian bersembunyi bagai kumpulan beruk-beruk dan monyet yang menyerang tanaman orang kampung. Apabila ada PRK contohnya, mereka akan membuat cerita bohong atau fitnah dengan selamber tanpa memikirkan dosa. Mereka akan bersepakat mengeluarkan cerita secara serentak, atau bergilir-gilir agar sesuatu isu itu menjadi fenomena dan hangat di satu-satu masa. Mereka tidak kisah walaupun tahu isu fitnah tersebut diketahui akan terbongkar. Apa yang penting bagi mereka, PRK sudah berlalu dan undi sudah beralih kepada Barisan Nasional walaupun dengan cara fitnah.

Satu lagi taktik yang sangat berkesan digunakan oleh blogger Mesra-UMNGOK ini pula ialah taktik 'Khabar angin'. Taktik ini dilihat sangat berkesan di dalam menyebarkan propaganda ke dalam fikiran pembaca, sedikit demi sedikit. Mungkin anda tidak perasan taktik ini, namun sebagai seorang penulis blog, ReJaM© sangat masak dengan perangai mereka ini.

Ibaratkan seorang budak kecil berumur 3 tahun datang membawa berita kepada anda bahawa 'ada zirafah di belakang rumah anda'. Tentu sekali anda sukar mempercayainya kerana budak kecil berumur 3 tahun siapalah nak percaya cakapnya kalau melibatkan hal yang agak fantasi begini? Namun sekiranya datang seratus budak kecil berusia 3 tahun datang membawa berita yang sama, tak banyak sikit tentu akan membuatkan anda ingin melihat bukan? Tapi percayalah, tiada zirafah di belakang rumah anda!

Inilah taktik yang dilihat sangat berkesan dimainkan oleh blogger-blogger UMNGOK bagi menyebarkan propaganda secara perlahan-lahan. Sekali lagi ReJaM© menyeru kepada blogger-blogger dan pemimpin Pakatan Rakyat untuk menyusun koordinasi Blog-blog mesra PR Senjata tajam ini jangan dibiarkan tumpul!


ReJaM© "Bersatu teguh bercerai roboh! Budak darjah satu pun tau pepatah ni!"

Kenapa rakyat perlu ragu kepada hakim mahkamah?

 
Siapa kata hakim tak ada yang makan rasuah? Ada cuma belum didedahkan. Pihak yang menjadi pengamal undang-undang seperti hakim, peguam, Polis, dan lain-lain adalah profesion yang sangat terdedah kepada rasuah.

Dengan kehendak dan nafsu manusia yang tiada had, mampukah pengamal undang-undang seperti mereka ini menolak apabila diberi rasuah? Kalau betul lah Polis dan Hakim tak makan rasuah, nescaya anda tak akan jumpa penagih dadah di dalam Malaysia ni kerana tiada penjual dadah habis ditangkap Polis.

Kajian yang dibuat oleh Transparency International, sebuah badan bebas yang memantau gejala rasuah di negara-negara seluruh dunia mendapati hampir separuh rakyat Malaysia percaya bahawa gejala rasuah di Malaysia semakin teruk! Polis menjadi institusi yang paling banyak melakukan rasuah.

Nasib baik hakim tak ramai dalam Malaysia ni, kalau tidak tentu kajian Transparancy International akan berubah kepada Hakim menjadi institusi yang paling banyak melakukan rasuah. Pengamal undang-undang tentu lebih paham bagaimana undang-undang berfungsi, ibarat si pembuat kunci, tentu lebih paham bagaimanakah kunci yang dihasilkan berfungsi. Maka pembuat kunci juga merupakan pencuri yang bijaksana, dapat mencuri tanpa dikesan.

Bantuan Lewat, JKM Perak Beri Alasan Kerajaan Tidak Ada Duit

TRONOH 14 DIS : Ahli Dewan Undangan Negeri Tronoh, V.Sivakumar mendakwa Jabatan Kebajikan Masyarakat Masyarakat negeri Perak gagal menyerahkan wang bantuan kepada warga miskin dengan memberikan alasan wang peruntukan dari kerajaan persekutuan tidak sampai.

Beliau yang juga Speaker DUN Perak Pakatan Rakyat berkata JKM sehingga ke hari ini gagal melunaskan bantuan bagi bulan November selepas mereka penat berulang-alik dari rumah ke bank dan jabatan itu.

Katanya, JKM seharusnya mengambil langkah segera untuk melangsaikan bantuan kewangan warga miskin yang ditinggalkan pada bulan November manakala  bantuan bulan Disember pula harus dibayar pada bulan ini dan bukannya pada bulan Januari, tahun depan.

"Adakah ini satu alasan yang munasabah? Jika betul peruntukan tidak sampai daripada kerajaan persekutuan , kenapa perkara ini boleh berlaku? Ini membuktikan kerajaan Umno-Barisan Nasional tidak prihatin terhadap masalah dan keperitan hidup warga miskin di negara ini.

"Kerajaan Umno-BN seharusnya memberi keutamaan kepada golongan miskin  kerana mereka tidak mendapat  bantuan  daripada mana-mana pihak kecuali daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

"Jika bantuan ini tidak sampai pada masa yang tepat, ini bermakna kerajaan tidak serius dalam menyelesaikan masalah kemiskinan di negara ini. Apa gunanya ada KRA untuk menteri-menteri  sedangkan masalah asas golongan miskin negara ini dipinggirkan.

Sikap tidak peka dan sambil lewa itu kata Sivakumar turut bertentangan dengan slogan komik Umno-BN iaitu 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.

"Kenapa pihak kerajaan persekutuan tidak membayar wang sumbangan warga miskin pada bulan November? Penerima sumbangan diberitahu bahawa wang hanya akan dibayar pada bulan Disember.

"Bagaimana golongan miskin ini akan hidup tanpa sebarang bantuan sehingga mereka menerima wang  tersebut? Mereka terpaksa makan, minum, perbelanjaan anak kecil, membayar sewa rumah, dan pelbagai perbelanjaan lain termasuk perbelanjaan kecemasan.

Tambahnya, seramai tiga keluarga telah datang ke Pusat Khidmat DUN Tronoh untuk membuat aduan mengenai hal ini.

"Saya  kecewa kerana ini merupakan  sikap kerajaan yang tidak bertanggungjawab dan 'mencuci tangan'. Golongan miskin ini  terlalu daif dan tidak berani menentang atau menyuarakan keperitan mereka.

Jelasnya lagi, mereka yang datang mengadu itu tidak mahu gambar mereka dipaparkan dalam media kerana takut Kerajaan Umno-BN bertindak menghentikan terus sumbangan  kebajikan yang mereka terima.

"Adakah ini bermaksud kerajaan persekutuan tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk memberi bantuan kebajikan kepada warga miskin?
"Jika tidak ada wang, bagaimana pula kerajaan mempunyai wang untuk membuat projek-projek mega  seperti Menara Warisan yang akan menelan RM 5 billion?

Tegasnya, kerajaan Umno-BN hanya mementingkan dan memberi  keutamaan kepada projek untuk membantu kroni-kroni  mereka sedangkan pada masa yang sama, ramai lagi rakyat yang hidup dalam keadaaan papa kedana tidak diberi perhatian yang serius.

Zaid Ibrahim presiden baru AKIM?

Parti Angkatan Keadilan Islam Malaysia (AKIM) akan mengadakan satu mesyuarat agung luar biasa esok bagi menyusun semula kepemimpinannya, dijangka bagi menempatkan Datuk Zaid Ibrahim yang meninggalkan PKR awal bulan lalu ke jawatan utama dalam parti itu.

zaid ibrahim quits pkr 191110 05Presiden AKIM Zakaria Salleh berkata, Zaid juga telah menawarkan diri untuk memimpin parti itu namun parti itu masih belum memutuskan jawatan untuk Zaid walaupun timbul cadangan supaya Zaid (kanan) dilantik sebagai presiden

Tambahnya, beliau akan menyerahkan kepada anggota parti itu sama ada ingin memilih Zaid sebagai presiden baru Akim dalam mesyuarat parti itu esok.

"Di kalangan ahli-ahli pun ada yang menyebut demikian dan kalau Datuk Zaid betul-betul mahu memimpin, ia dialu-alukan.

“Kalau Datuk Zaid bersetuju dan ahli setuju, saya sebagai presiden Akim tidak ada (halangan) demi kepentingan parti.

"Bila ahli bersuara saya memang akan beri laluan kepada Datuk Zaid sebab yang lebih mampu untuk memimpin AKIM adalah Datuk Zaid,” katanya lagi.
Belum tetapkan jawatan
"Kita sudah bincang di kalangan kepemimpinan tertinggi dan sekiranya ahli-ahli setuju sebulat suara, perlantikan akan dijalankan esok. Tapi jawatan apa belum tentu lagi.

"Cuma kita tidak mahu ada pemilihan baru lagi," kata Zakaria ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

akim banner 230808Dilaporkan, AKIM baru saja disahkan statusnya sebagai parti politik oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan apabila jawatankuasa parti itu berjaya menyelesaikan isu dalaman parti berkenaan dengan kerjasama jabatan itu.

Zakaria juga berkata, beliau dipilih sebagai presiden baru parti itu bagi menggantikan Hanafi Mamat dalam mesyuarat agung tahunan parti itu pada 26 Disember 2009.

“Ahli dahulu ada seramai kira-kira 300 orang. Dalam mesyuarat esok kita jangka antara 300 hingga 500 orang akan hadir,” kata Zakaria lagi.

Mesyuarat agung luar biasa itu akan dijalankan di Tropicana Golf and Country Resort, sebuah kawasan eksklusif yang turut menempatkan kediaman Zaid.

Mengulas lanjut, Zakaria berkata penyusunan semula kepemimpinan parti itu bagi membolehkan AKIM mengambil peranan lebih aktif dalam kegiatan politik.

“Mesyuarat ini dibuat atas desakan ahli kerana selama ini kita tidak ada penonjolan dalam politik kecuali semasa pilihan raya.

"Selama ini parti ini tidak banyak kesan, tidak banyak orang hendak beri perhatian kerana dilihat sebagai sebuah parti serpihan PAS. Kita tidak mampu membuat teguran dan jadi macam anjing menyalak bukit saja,” katanya lagi.

Usul tangguhkan mesyuarat dan bincangkan isu "Wikileaks"

Tan Sri Yang di-Pertua,

PERKARA: USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 18
Merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 18 (1) dan (2), dengan ini saya mohon mencadangkan supaya ditangguhkan Majlis Mesyuarat dengan tujuan merundingkan perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendak disegerakan.

Saya, Sivarasa Rasiah < Subang > mohon mencadangkan:

"Bahawa Dewan Rakyat membincangkan kenyataan-kenyataan yang sangat serius yang dibuat oleh En Bilahari Kausikan dan Peter Ho (pada masa itu pegawai-pegawai kanan di Kementerian Luar Negeri di Singapura) yang dilaporkan di surat khabar Australia "Sydney Morning Herald" baru-baru ini pada 12 Disember 2010 yang berbunyi seperti berikut:
"A lack of competent leadership is a real problem in Malaysia, Mr Kausikan said, citing the need for Najib - now Malaysia's Prime Minister - to 'prevail politically in order to avoid prosecution' in connection with a 2006 murder investigation linked to one of Razak’s aides."
"Najib Razak has his neck on the line in connection with a high-profile murder case," Mr. Kausikan said.
"Najib's political fortunes continue to be haunted by the ... murder scandal"
Yang Di-Pertua,

Pada 12 Disember 2010, surat khabar Australia Sydney Morning Herald telah menerbitkan isu kandungan beberapa kabel-kabel sulit yang ditulis oleh pegawai kanan daripada State Department, Amerika Syarikat di 2008 dan 2009 yang dibocor kepada surat khabar tersebut secara eksklusif daripada laman web "Wikileaks".  Kabel-kabel tersebut, antara lain, menerangkan kandungan perbualan di antara pegawai-pegawai Amerika Syarikat dan tiga pegawai kanan daripada Kementerian Luar Negeri Singapura bernama Peter Ho, Bilahari Kausikan dan Tommy Koh.
Antara kenyataan-kenyataan yang dilaporkan yang dibuat oleh Bilahari Kausikan dan Peter Ho adalah saperti yang disebut di atas.

Ada juga penerbitan di surat khabar tersebut yang berpunca daripada satu kabel pada November 2008 yang melaporkan perbualan di antara pegawai Amerika Syarikat dengan pegawai perisik Australia di mana pegawai Australia menceritakan pandangan pegawai perisik Singapura dan Menteri Kanan Lee Kuan Yew tentang tuduhan liwat terhadap Ketua Pembangkang Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar kiri).

Kenyataan-kenyataan tersebut di atas oleh En Kausikan dan En Peter Ho dengan jelas membawa maksud bahawa kedua-dua pegawai kanan Singapura tersebut mempercayai bahawa Perdana Menteri Najib adalah terbabit dalam skandal pembunuhan Altantuya Shaaribuu.  Impak yang sangat berat kepada imej Perdana Menteri dan Malaysia tidak dapat dinafikan.
Setakat sekarang, kabel-kabel tersebut tidak dapat dikesan di dalam koleksi kabel-kabel yang telah didedahkan kepada umum di laman "Wikileaks".  Ini bermaksud rakyat Malaysia masih tidak boleh menilai kandungan kabel-kabel ini secara terus dan memutuskan asas laporan di Sydney Morning Herald.
Yang di Pertua,

Oleh kerana tuduhan-tuduhan yang dibuat adalah sangat berat dan membangkitkan, pertamanya, perkaitan penglibatan Perdana Menteri dalam pembunuhan Altantuya dan, keduanya, kes liwat Ketua Pembangkang (kedua-duanya pemimpin tertinggi negara), memang menjadi kepentingan negara untuk menghentikan perkara ini secepat mungkin dan mengelakkan spekulasi dengan mendapatkan kabel-kabel tersebut.
Saya berpendapat adalah wajar untuk Dewan yang Mulia ini membincangkan serta merta sama ada perlunya kita meminta jasa baik State Department Amerika Syarikat untuk mendedahkan semua kabel-kabel yang berkaitan Malaysia untuk tempoh berkenaan termasuk yang dipetik oleh Sydney Morning Herald.

Atas perkara yang tertentu ini yang melibatkan kepentingan rakyat umum yang perlu disegerakan, saya mohon usul ini dibincangkan.

Sekian."

Yang benar,

R.SIVARASA

*Usul yang dikemukakan Sivarasa Rasiah selaku ahli parlimen Subang.