DAP Sarawak hari ini membantah rancangan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Jala yang dikatakan memujuk kerajaan untuk memperkenalkan cukai penggunaan petrol dan diesel yang bakal dikenakan kepada pengguna. Cadangan cukai sebanyak 58 sen untuk satu liter petrol dan diesel itu sedang diteliti oleh jemaah menteri untuk diperkenalkan tahun hadapan.Idris yang juga Ketua Pegawai Eksekutif untuk Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang dilantik oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak. Pemandu adalah badan berkanun yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Setiausaha DAP Sarawak, Chong Chieng Jen mendakwa Idris yang juga anak negeri Sarawak sebagai ’penghisap darah’ rakyat sejak dirinya dilantik ke jawatan menteri itu dengan banyak cara. Malah, Chieng Jen juga mendakwa sejak Idris dilantik menjadi CEO MAS, beliau juga menaikkan tambang, caj perkhidmatan dan harga surcaj minyak yang menyebabkan harga tiket MAS melambung melebihi 20 peratus dalam masa kurang dua tahun.
Beliau juga yang merupakan ahli Parlimen DAP bagi bandaraya Kuching turut menggesa Idris supaya sedar bahawa produk dan bahan-bahan asli seperti minyak mentah sepatutnya digunakan untuk kebaikan rakyat dan tidak sepatutnya dibebankan dengan pelaksanaan cukai.
Sebelum ini, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah ada menyebut bahawa kerajaan tidak bercadang melaksanakan cukai berkenaan tetapi Chieng Jen menolaknya di atas alasan kerajaan hanya menangguhkannya kerana risiko pilihanraya umum akan datang yang sudah dilihat menghampiri.
Sebelum ini, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah ada menyebut bahawa kerajaan tidak bercadang melaksanakan cukai berkenaan tetapi Chieng Jen menolaknya di atas alasan kerajaan hanya menangguhkannya kerana risiko pilihanraya umum akan datang yang sudah dilihat menghampiri.
Pada tahun ini, kerajaan telah menaikkan harga minyak dua kali untuk minyak bersubsidi RON95 iaitu 5 sen masing-masing pada bulan Julai dan Disember. Kerajaan dijangkakan akan menaikkan harga minyak petrol dan diesel sehingga 20 sen sebelum pertengahan tahun hadapan.Sekiranya cukai ini dikenakan, pengguna petrol RON95 perlu membayar sehingga RM2.48 untuk seliter minyak (kini harga petrol ialah RM1.90 seliter)
Chieng Jen yakin cara mengelakkan kenaikan harga minyak ini boleh dilakukan dengan menolak kerajaan hari ini pada pilihanraya umum nanti. Pengurangan subsidi yang berterusan dengan jumlah penggajian hari ini di dalam sektor awam dan swasta yang tidak bergerak sejajarnya sememangnya memberi tekanan sosial dan kewangan kepada rakyat.
Chieng Jen sekali lagi mendesak kerajaan mengurangkan subsidi mereka kepada pengusaha tenaga bebas atau IPP. Pemilik IPP dikatakan adalah kroni kepada BN yang memperolehi subsidi besar dari kerajaan sebanyak RM10 bilion setahun.
Tindakan mengurangkan subsidi kepada rakyat Malaysia disifatkan tindakan licik kerajaan BN untuk mengekalkan subsidi kepada kroni-kroninya yang mengusahakan IPP. Dengan sinisnya, Chieng Jen bertanya semula mengenai sejauh mana relevannya slogan Najib mengenai rakyat didahulukan.
Chieng Jen sekali lagi mendesak kerajaan mengurangkan subsidi mereka kepada pengusaha tenaga bebas atau IPP. Pemilik IPP dikatakan adalah kroni kepada BN yang memperolehi subsidi besar dari kerajaan sebanyak RM10 bilion setahun.

KUALA LUMPUR 13 Dis - 29 juta rakyat Malaysia khususnya 22,000 kakitangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), 112,635 peneroka di 317 tanah rancangan Felda di seluruh negara dan 3 juta ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno Baru) tentunya akan merasa amat terkejut dan sukar menerima fakta ini - Perdana Menteri Malaysia Ke-2, Tun Abdul Razak Hussein BUKAN pengasas Felda.





KUALA LUMPUR, 13 Dis: Ketika berhadapan dengan pelbagai tuduhan yang dilemparkan melalui Wikileaks, hari ini PKR mengeluarkan jadual penuh ceramah perdana Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan menjelajah ke seluruh negara bermula 14 hingga 19 Disember ini.


Melalui National Union of Malaysian Students (NUMS) atau lebih dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia, mereka mengambil pendekatan kreatif dalam menyelesaikan masalah-masalah yang sedang dihadapi oleh pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi.
Pelajar-pelajar universiti awam di Filipina pula telah berarak ke Dewan Senat pada 1 Disember yang lalu untuk membantah potongan peruntukan bajet bagi universiti-universiti dan kolej-kolej awam. Di tanahair pula, pelajar-pelajar telah menunjukkan solidariti bersama rakyat Selangor dalam perhimpunan bantah penswastaan air Selangor yang berlaku di perkarangan Masjid Negara pada 5 Disember yang lalu. Pelajar-pelajar kita juga telah berdemonstrasi dan menyerahkan memorandum kepada pihak Perdana Menteri berhubung isu kenaikan harga barangan di Malaysia.
Selaku jurucakap NUMS Baru, Amir Fared menyatakan bahawa mereka memilih untuk menghidupkan kembali semangat NUMS kerana nilai sejarah yang terdapat pada pertubuhan tersebut, sekali gus menarik minat orang muda untuk mempelajari sejarah negara. Walau bagaimanapun, beliau menyatakan dengan tegas bahawa pendekatan yang akan diambil oleh NUMS Baru adalah sedikit berbeza dan tidak akan lari daripada ruang lingkup undang-undang yang sedia ada seperti Akta Universiti dan Kolej Universiti.
Melihat perkembangan ini, pelajar-pelajar di Malaysia sudah mula berdikari dan berusaha demi kepentingan mereka bersama. Mungkinkah pelajar-pelajar ini akan menjadi teladan kepada masyarakat bahawa penyelesaian kepada masalah-masalah yang membelenggu masyarakat tidak semestinya diselesaikan oleh Kerajaan semata-mata? Selama ini kita memandang rendah terhadap graduan-graduan kita, namun pada hari ini kita sudah boleh lihat perubahan dalam sikap pelajar-pelajar yang sudah mula menunjukkan kematangan dan kreativiti mereka dalam pembangunan negara.



Sambil membidas penulis blog dan penyebar khabar angin kononnya 






Dalam kenyataan media 