Ahad, 12 Disember 2010

WikiLeaks: Jangan ambil di luar konteks, pinta Singapura

SINGAPURA, 12 Dis − Singapura hari ini berkata laporan terbaru yang didedahkan Wikileaks membabitkan pegawai kanan Kementerian Luar republik itu tidak harus diambil di luar konteks.
“Setiap komunikasi tidak harus diambil di luar konteks,” kata Menterinya George Yeo yang dipetik media tempatan di sini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan peribadi yang dibuat pegawai atasan kementeriannya berkenaan pemimpin di rantau ini.
Satu daripada laporan berkenaan yang didedahkan Wikileaks hari ini, adalah mengenai kenyataan pemimpin Singapura yang percaya Ketua Pembangkang Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan pembantu lelakinya dalam satu perangkap yang diatur oleh musuhnya.
Laporan itu terkandung dalam kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat bertarikh November 2008, dan diberi oleh pemberi maklumat kepada kumpulan media Fairfax yang berpangkalan di Australia.
Laporan itu memperincikan maklumat perisikan yang dilakukan Australia dan Singapura mengenai kes Anwar.
Yeo turut dipetik berkata sebaiknya kerahsiaan maklumat diplomatik itu dihormati dan tidak perlu dipanjangkan. − Bernama

Lagi... Skrip Ganas Dari Apco Worldwide....

Ummi Hafilda menambah, bagaimana hebatnya sekalipun seseorang, “Allah mengetahui kebenaran.”

“Jangan nanti mereka ditimpa bala semasa di dunia lagi,” kata Ummi Hafilda yang menegaskan bahawa perjuangannya tidak akan berhenti setakat ini sahaja.

“Sekiranya saya bercakap lebih-lebih, ia akan libatkan maruah keluarga.

“Bak kata pepatah tepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri,” kata ahli perniagaan ini.

“Tetapi atas perjuangan, saya terpanggil untuk menentang mereka yang sengaja mempertikaikan ketuanan Melayu,” katanya. (yang ni buat gelak guling2 bhai...)

Dr Wan Azizah dalam ucapan dasar presiden semasa Kongres Nasional PKR akhir bulan lalu mahu konsep “Ketuanan Melayu” dihapuskan supaya anak Malaysia membesar dengan visi “bangsa bermaruah” atau “Melayu Bermaruah”.

Ummi Hafilda berkata dia tidak kisah jika dirinya “ditoreh”, tetapi jika hak istimewa orang Melayu disentuh dan kuasa Raja-raja Melayu dipertikaikan, “saya terpanggil untuk menyedarkan Anwar, isterinya dan abang saya Azmin supaya kembali ke pangkal jalan.”

Ummi Hafilda yang menyentuh isu ketuanan Melayu dan hubungan Anwar, Azmin dan Dr Wan Azizah berkata, menjadi tanggungjawabnya sebagai adik yang secara tidak langsung tahu rahsia-rahsia di dalam lingkungan mereka.

“Jika saya tidak memperbetulkan keadaan, saya akan tanggung dosa ini sampai mati,” katanya lagi.

Di petik dari sini.
Lu orang ada rasa meloya tak dengan cakap2 pompuan nih..... hahaha..., kerana "Ketuanan Melayu".... atau "Ketuanan RM"... berapa la pulak upah yang dia dapat kali ni ekkkk.... 


Makin nak dekat dengan PRU-13... semakin menjadi-jadi sandiwara bangsatwan puak2 parti laknat umnoApco nih...., tapi seronok jugak beb... tengok gelagat sarkas bewak2 hidup nih....

Penulis skrip sandiwara bangsatwan kali ini sudah tentulah Apco Worldwide Sdn Bhd... bayar juta2 beb... skrip mestilah tegar dan menyakinkan...


hahaha.....

UMNO Selangor Tiga Nahkoda?

Selain Terengganu yang berpecah belah, UMNO Selangor juga sedang menjurus ke arah itu. Sama seperti Terengganu, Selangor juga mempunyai pemimpin puaka yang sedang mengatur strategi untuk menjadi Menteri Besar atau sekurang-kurangnya menjadi boss UMNO Selangor.

Akibatnya UMNO Selangor ada tiga Nahkoda sekarang dan empat pasukan.

Nahkoda 1: Puaka Noh bin Omar

Puaka paling besar tentulah Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor merangkap Menteri Pertanian, Dato' Noh Omar. Beberapa bulan setelah dilantik menjadi Timbalan Pengerusi Perhubungan, beliau menghantar konco-konconya untuk memberi tahu orang Khir Toyo, bahawa sekarang Khir Toyo bukan lagi Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri.

Puncanya apabila dalam mesyuarat Perhubungan UMNO Selangor, Khir toyo dilihat banyak memberi pandangan yang mendapat reaksi positif.

Noh Omar sibuk mengumpul saki baki orang Mat Taib untuk dijadikan orangnya. Orang yang telah kalah dalam pemilihan bahagian yang lalu seperti Daud tarihep dan Datuk Hanafi sedang diberi pelbagai kemudahan dan projek.

Tidak cukup itu, Noh Omar berjumpa Presiden UMNO meminta agar diubah "kebiasaan" (precedent case) bahawa Timbalan Ketua UMNO Bahagian akan memangku jawatan Ketua Bahagian jika Ketua Bahagian digantung jawatan atau bermasalah.

Sekarang Noh Omar mahu Pengurusan UMNO Pusat beri kuasa kepada Pengurusan UMNO Negeri tentukan siapa pangku jawatan Ketua UMNO Bahagian yang kosong. Datuk Najib setuju, lalu arahkan Tan Sri Muhyiddin selaku Pengerusi Pengurusan UMNO "endorsed" permintaan Noh Omar.

Noh Omar pun melantik dirinya sebagai pemangku Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam. Ini berikutan ketuanya, YB Rahman Bakri sedang menghadapi perbicaraan rasuah.

Mengapa Noh Omar yang bini tiga dan sibuk dengan Kementerian Pertanian mahu memangku Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam?

Puncanya hanya kerana Timbalan Ketua Bahagian, Dato Warno Dogol dilihat lebih rapat dengan Khir Toyo berbanding dengan beliau. Dato' Noh telah cop Warno orang Khir Toyo, kalau pangku jawatan Ketua Bahagian akan bertambah lagi suara Khir Toyo dalam Perhubungan UMNO Negeri.

Sekarang Noh juga mahu memangku jawatan Ketua UMNO Bahagian Pandan, berikutan Ketua UMNO Bahagian, Ghani, turut berhadapan perbicaraan rasuah di Mahkamah. Timb Ketua UMNO Bahagian bukan orang Khir Toyo, tapi selalu berjumpa Khir Toyo.

Noh tidak berpuas hati dan mahu ambil alih. Tapi sebab utama ialah beliau mahu beri semula pengaruh kepada bekas Ketua UMNO Bahagian yang bernama Md Aris Yussof yang kalah dalam pemilihan lalu akibat skandalnya dengan Puteri Bahagian.

Inilah perangai Noh Omar yang selayaknya dipanggil puaka UMNO Selangor. Banyak lagi akan dibongkarkan mengenai menteri paling korup sekarang ini tetapi juga paling selamat. Dulu jilat Pak Lah dan merayu agar Pak lah jangan letak jawatan. Sekarang puji najib kutuk Pak lah.

Nahkoda Kedua: Khir Toyo

Khir Toyo mempunyai sekurang-kurangnya 10 Ketua UMNO Bahagian yang bersamanya. Antaranya Shukor Idrus (Selayang), Amiruddin Sutero (Kuala Selangor), Ismail Kijo (Ampang), Sulaiman Karli (Kuala Langat), Maslynoor (Klang), KJ - Kamaruddin Johari (Kota Raja), Johan Aziz (Hulu Langat), Busro (Subang) dan beberapa nama lagi yang tidak perlu disebutkan buat masa ini.

Jadi perhatikanlah ketua -ketua bahagian ini bukan sahaja menghadapi masalah mendapat bantuan Noh, malah Noh sudah pelan untuk jatuhkan mereka nanti.

Tindakan orang-orang Noh bercakap beberapa perkara tidak benar mengenai Khir Toyo termasuk kononya Khir tidak meninggalkan duit untuk UMNO Selangor menimbulkan kemarahan kumpulan. Kumpulan ini dikatakan menemui khir untuk mendapat penjelasan.

Mereka kemudiannya marah kepada Noh apabila khir menunjukkan bukti berapa juta wang yang ditinggalkan beliau dalam akaun UMNO Selangor sebelum diambil alih oleh Mat taib. Mereka juga marah kerana Noh dalam Pengurusan UMNO sebelum ini tahu apa yang berlaku.

Kemarahan kumpulan iju dikatakan berpunca daripada sikap noh yang berpilih-pilih dalam memberi peruntukan program. Mereka hanya menunggu masa untuk "memberontak".

Nahkoda Ketiga : Satim Diman

Waduh bukan main belagak sekali jawa Puchong ini. Maaf bukan mahu jadi isu etknik pulak. Menang dengan majoriti 43 undi sahaja tapi sudah sibuk hendak jadi Menteri Besar. Melobi bukan main untuk jadi Setiausaha UMNO Selangor biarpun cakap-cakap awal ramai yang mengatakan Nawawi (Shah Alam) akan dilantik.

Macam mana Datuk Najib boleh lantik kaki gila golf ni jadi Setiausaha Perhubungan UMNO Selangor. Lingkup UMNO kalau begini caranya. awasan tak terjaga, lagi nak jaga UMNO Selangor. Hari-hari main golf. Satu Selangor tahu, Satim gila golf. Kawasan tak terjaga.

Sekarang merata tempat dok kutuk Khir Toyo dengan Noh Omar. Pernah beliau bercakap dengan pemberita, mengapa masih tanya Khir Toyo sedangkan Khir Toyolah punca Selangor kalah.

Malangnya wartawan senior tersebut membalas balik, "habis nak tanya sapa? Datuk asyik kat padang golf saja. dah tu komen ntah apa-apa tak ada fakta langsung."

Sikap menyombong satim juga sudah terkenal. Kalau surat khabar kecil macam Sinar harian atau Portal internet, minta maaflah nak komen. Sejak kena belasah dengan Sinar Harian barulah dia bagi kenyataan kepada akhbar tersebut.

Satim ni tak ada penyokong di kalangan ketua bahagian. Jenis nahkoda tak ada juak. Nahkoda dari atas sebab selalu main golf dengan datuk najib.

Warlord

Selain tiga nahkoda ini Selangor ramai Warlord macam Zin Badak (sepang) , Karim Mansor (Sepang / bekas Setpol Khir Toyo), Nawawi (Shah Alam) dan Datuk Idris Abu Bakar (Hulu Selangor). Ini jenis tak makan saman.

Baru-baru ni Datuk Idris sudah balun Noh Omar kerana hendak bawa program Juara Rakyat ke Tanjong Karang.

"Asyik2 Tanjong karang. Apa tanjong karang saja ker nak menang dalam pilihan raya akan datang."

Terkedu dato Noh dan terus buat program tersebut di Hulu Selangor.

Di kalangan Warlord ini lebih berkaliber untuk jadi calon Menteri Besar berbanding Satim dengan Noh. Ahmad Nawawi dan Karim Mansor dikatakan antara nama yang akan diangkat menjadi MB jika BN menang nanti.

Kesimpulan

Nahkoda atau Warlord biasalalah dalam parti politik. Tapi kalau Nahkoda dah nak jadi puaka tak ada cara lain kecuali kena lingkupkan puaka ni terutamanya yang bernama Noh bin Omar.
- Selangor Umno

Ketuanan nafsu ; Terbukti Pemimpin Parti Itu Kini Sudah Mula Tidak Kenali Halal Dan Haram Apabila Terlalu Lama Berkuasa

AWAS ! JANGAN DI BIARKAN ANAK GADIS ANDA
SERTAI PUTERI UMNO BUAT SELAMA-LAMANYA
Cerita panas yang kini menghantui puak-puak UMNO ialah mengenai isu keganasan seks segelintir pemimpin UMNO yang menjadikan puteri UMNO sebagai tempat terbaik mereka untuk melepaskan nafsu sarakah tersebut. Sebenarnya, fenomena ini memang sudah lama berlaku dan menghantui jiwa-jiwa mangsa yang terlibat. Difahamkan, memang ada banyak kes mana-mana ahli Puteri UMNO yang mahu ditawarkan jawatan penting dalam parti itu maka mereka perlulah memuaskan nafsu serakah pemimpin terbabit. Malah perkara ini turut disahkan oleh beberapa kerat pemimpin Puteri UMNO seperti exconya Datin Ismalina Ismail. Beliau sudah beberapa kali menasihatkan agar pemimpin UMNO tidak menjadikan Puteri sebagai pemuas nafsu sebagai ganjaran jawatan. Malah, Ketua Puteri UMNO iaitu Rosnah Abdul Rashid Shirlin juga ada mengingatkan ahlinya agar tidak menjadikan "batang tubuh" mereka sebagai modal untuk mendapatkan mana-mana jawatan dalam parti. Kenyataan yang sama turut diluahkan oleh salah seorang lagi pemimpin Puteri UMNO iaitu Bibi Sharliza Mohd Khalid. Beliau pernah mengeluarkan kenyataan sebelum ini yang mahu supaya budaya politik seks dikalangan puteri ditangani dengan segera sebelum ianya menjadi lebih parah lagi.

Ramai Puteri UMNO Jadi Habuan Masa Pemilihan

Sebenarnya kemungkaran yang berlaku membabitkan pemimpin dan puteri UMNO ini banyak berlaku ketika setiap kali kempen pemilihan parti. Sesudah bergelumang dengan politik wang buat kesekian lamanya, kini memang benar ada segelintir pemimpin UMNO mengamalkan politik seks. Mereka minta habuan seks daripada anggota Puteri UMNO yang perlukan pertolongan berkempen bagi jawatan di peringkat pusat. Dalam musim pemilihan, ada pemimpin UMNO yang hebat-hebat. Apabila para Puteri UMNO minta pertolongan dan bantuan berkempen untuk jawatan peringkat pusat, ada pemimpin yang menjawab: “tak kan tolong aje. You boleh bagi apa kat I?” Dengan ikhlas, para Puteri akan jawab, tidak ada duit. “Duit I dah ada..” Apa yang mereka minta dari remaja-remaja yang baru nak berjinak-jinak dengan UMNO, kalau tidak tubuh badan para remaja berkenaan? Ajak bercuti. Jangan ajak kawan. Ini bukan sketsa dongeng di zaman moden. Ada kebenarannya. Tidakkah para Putri itu dari kalangan bangsanya sendiri? Sebab itulah kebanyakkan para Putrei UMNO, lebih-lebih lagi yang terpelajar, apabila menghadiri seminar, perjumpaan di mana para pemimpin UMNO yang berapi-api berucap tentang bangsanya, mereka merasa jijik. Inilah realiti yang pernah didedahkan sebelum ini sebenarnya.

Bukti, cuba lihat sendiri baju puteri UMNO yang terkoyak akibat cuba
untuk melarikan diri daripada menjadi mangsa kerakusan pemimpin
[Sebenarnya kes yang berlaku dalam pendedahan ini telah tersebar dengan meluas di internet sejak beberapa tahun lalu. Malah ada maklumat yang mengatakan kes ini sudah pun dilaporkan kepada Lembaga Displin UMNO. Namun, ramai yang kecewa kerana ia gagal ditangani dengan sebaiknya oleh pihak yang berkenaan. Soalnya sekarang, apakah kejadian seperti ini wajar dibiarkan berlaku kepada anak gadis anda (ahli UMNO)?. Sebenarnya kami juga difahamkan kejadian ini sememang berlaku dan tidak perlu dinafikan lagi oleh puak-puak UMNO. Mereka memang sudah miliki segalanya, cuma kepuasan seks sahaja yang dimahukan apabila kuasa sudah bermaharajalela di jiwa. Justeru itu kita tidak hairan dengan kejadian pembunuhan melibatkan individu yang dikaitkan dengan pemimpin UMNO seperti Altantunya, Noritta Samsuddin dan ramai lagi. Itulah hakikatnya. Namun, ia bukan sahaja melibatkan pemimpin tertinggi namun pemimpin bawahan termasuk Pemuda UMNO juga ramai yang terlibat dengan aktiviti seperti ini. Malah, terdpaat maklumat ketika Perhimpunan Agung UMNO berlangsung di PWTC maka ketika itulah kejadian yang tidak ingin kita lihat ini banyak berlaku. Malah terdapat puteri yang masuk ke bilik pemuda untuk melempiaskan hawa nafsu dan banyak lagi. Apakah kita rela melihat pemimpin yang sebegini sifatnya].PDO

Mohd. Sabu: Media negara amalkan demokrasi terpilih

Tindakan media arus perdana dalam negara ini yang tidak telus dalam melaporkan perkara sebenar menyebabkan mereka berada pada tangga ke-166 dalam senarai kebebasan dunia.
Demikian dinyatakan oleh Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamad Sabu (gambar kanan) ketika menyampaikan ceramah penerangan beliau di Dewan JKKK, Pajak Song, Kepala Batas, Seberang Perai Utara semalam.
Menurut beliau lagi, sikap "double standard" yang diamalkan oleh media perdana menyebabkan mereka tidak dapat membezakan antara fakta, kebenaran dan kebatilan.
"Apabila mereka tidak dapat membuat pertimbangan yang bijak, maka akhirnya yang menjadi mangsa adalah kebenaran.  Yang lebih parah lagi apabila wujudnya ketidaktelusan dalam menyampaikan maklumat."
"Malah demokrasi yang diamalkan oleh pihak media yang condong kepada pemerintah, hanya menjadikan UMNO dan Barisan Nasional sebagai sesuatu yang benar.  Manakala parti lain yang berada dalam negara ini, walaupun sah dari segi perundangan akan dianggap sebagai tidak sah kepada mereka," ujarnya lagi.
Mohamad Sabu juga menyelar sikap kerajaan yang menjadikan demokrasi sebagai momokan sedangkan pada konsep sebenar ia tidak dilaksanakan.
Tambahnya lagi, demokrasi yang diamalkan oleh media luar negara seperti Indonesia, Filipina dan kebanyakan negara luar adalah lebih baik jika dibandingkan dengan sistem amalan yang dilaksanakan dalam negara oleh kerajaan sedia ada.
"Sebagai bukti kita dapat lihat bagaimana peranan berat sebelah yang dimainkan oleh media milik kerajaan.  Semasa pilihan raya diadakan mereka akan menggunakan media untuk menghentam parti lawan seperti PAS, PKR dan DAP."
"Sedangkan kita tidak diberi ruang dan peluang untuk membela diri.  Mereka boleh membelasah kita tanpa henti.  Sekelumit masa pun tidak mereka berikan untuk menyatakan visi dan misi kita untuk memperjuangkan hak dan membela nasib rakyat."
"Sekiranya keadilan mahu dilihat terbentuk dan dilaksanakan dalam negara, maka rakyat harus segera membuat reformasi dalam pilihan raya umum yang akan datang.  Hanya melalui mandat rakyat sahaja kita mampu merubah ketidakadilan yang ada dalam negara, " katanya lagi.
Dasar yang dilaksanakan oleh pemerintah dengan menyekat maklumat parti lawan seperti Pakatan Rakyat (PR) bukan satu perkara baru yang diamalkan dalam negara ini.  Walau bagaimanapun dengan perkembangan siber terkini, maklumat kepada rakyat dapat dirobos melalui sistem yang ada tanpa perlu menaruh harapan yang tinggi kepada BN sebagai parti pemerintah untuk melebar-luaskan penyiaran maklumat bagi pihak PR.
Katanya lagi, Perhimpunan Agung UMNO yang seringkali diberikan liputan meluas oleh TV3 adalah bukti ketara bagaimana berlakunya diskriminasi media terhadap PR maupun parti politik yang tidak sehaluan dengan pemerintah.
"Namun begitu, PR tidak akan mengamalkan ketidakadilan yang menjadi amalan mereka menyelinap masuk seandainya tampuk pemerintahan berada dalam kekuasaan kita menjelang pilihan raya umum ke-13 yang akan datang."
"PR akan tetap mempraktikkan keadilan kepada semua golongan masyarakat tanpa mengambil kira kedudukan entiti, ras dan agama yang mereka anuti bagi memberi keadilan dan pembelaan yang sewajarnya," tegasnya lagi.
Majlis anjuran PAS kawasan Tasek Gelugor itu turut di hadiri oleh kepimpinan PAS, PKR dan DAP.

*Nazar Hashim

Pemuda Gerakan kepada PAS-PR: Tindakan mahkamah diambil jika laksana hudud di Kedah

Saya merujuk kepada kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang dilaporkan di media baru-baru ini bahawa PAS akan cuba memperkenalkan undang-undang Hudud secara berperingkat dahulu di Kedah dan Kelantan bagi membolehkan rakyat Malaysia menilai merit prinsip Islam dan undang-undang hudud. (Sumber:The Malaysian Insider 1 December, 2010 & 11 December, 2010)
PAS harus sedar bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan adalah tertakluk kepada Kanun Keseksaan yang sedia ada.  Malaysia yang terdiri daripada rakyat berbilang kaum dan agama yang telah sekian lama menolak perlaksanaan hukum hudud.  Antara hukum hudud adalah hukuman potong tangan bagi pencuri dan rejam bagi penzina.
Pengenalan hukum hudud adalah sememangnya bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.  PAS harus menghormati Perlembagaan Persekutuan dan Kanun Keseksaan yang sedia ada.  Sekiranya PAS berpendapat terdapat apa-apa kelemahan di dalam mana-mana peruntukan Kanun Keseksaan, maka PAS harus dengan ikhlas memberi cadangan untuk menambahbaik kelemahan tersebut secara tepat dan spesifik.  Cadangan PAS untuk menukar seluruh sistem perundangan negara dengan hukum hudud adalah terlalu ekstrem.
PAS harus sedar bahawa hukum hudud bukan impian semua rakyat Malaysia, yang berbilang kaum dan agama.

Kenyataan Presiden PAS bahawa PAS akan cuba memperkenalkan undang-undang hudud di Kedah adalah seolah-olah menjadikan Kedah sebagai suatu medan "eksperimen politik" PAS.
Saya juga kecewa dengan keputusan Pakatan Rakyat untuk berdiam diri dalam isu ini di sidang Konvesyen Pakatan Rakyat di hujung minggu ini.  Adakah Pakatan Rakyat akan korbankan nasib rakyat Kedah bagi memenuhi impian pemimpin politik tertentu menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia?

Justeru, saya dengan ini memberi notis kepada PAS dan Pakatan Rakyat bahawa saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak-pihak tertentu sekiranya PAS dan Pakatan Rakyat tetap memperkenalkan hukum hudud di negeri Kedah.
Saya berharap PAS dan Pakatan Rakyat akan menimbang dengan teliti apa-apa tindakan lanjut mereka pada masa hadapan dan jangan bebankan mana-mana rakyat Malaysia, yang terdiri daripada berbilang kaum dan agama.

*Kenyataan media oleh Tan Keng Liang (gambar kiri) selaku Ketua Pemuda Gerakan Kedah.

Nik Aziz dirawat di HUSM akibat masalah pinggang

Nik Abdul Aziz Nik Mat – gambar fail
KOTA BARU, 12 Dis − Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kini menjalani rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian kerana masalah pinggang. Anaknya Nik Omar berkata Murysidul Am PAS itu dirawat di hospital itu sejak Jumaat lepas setelah dinasihatkan pakar perubatan pada Rabu.
“Ayah saya telah menjalani pemeriksaan untuk pinggangnya dan atas nasihat doktor dia menjalankan pemeriksaan terperinci.
“Saya tidak tahu bila ayah akan dibenarkan keluar,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Nik Omar berkata masalah pinggang itu dihidapi ayahnya sejak sekian lama selepas terjatuh dari kuda.
Menteri Besar Kelantan berusia 79 tahun itu dilaporkan berada dalam keadaan baik. − Bernama

Wikileaks: Bagaimana pula dengan tuduhan terhadap Najib?

KEADILAN memandang serius cubaan memanipulasikan maklumat yang didedahkan oleh Wikileaks mengenai komen-komen bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew and agensi perisikan negara tersebut berkenaan fitnah sodomi yang dilemparkan terhadap Anwar Ibrahim.

Pertamanya, rakyat perlu faham kaedah operasi dan fungsi Wikileaks untuk menilai sama ada komen-komen tersebut boleh diterimapakai.  Wikileaks adalah sebuah laman yang memberi ruang kepada orang ramai menghantar maklumat-maklumat sulit yang dirahsiakan dari pengetahuan orang ramai.  Orang ramai bebas menghantar apa-apa jenis maklumat pun, jadi ada maklumat yang datangnya dari kajian terperinci, ada juga hanyalah rakaman perbualan di antara ahli-ahli diplomat.  Maklumat yang didedahkan kali ini dan dipetik akhbar hanyalah catatan komen-komen peribadi yang dibuat oleh ahli diplomat Singapura, Lee Kuan Yew (gambar kanan) and agensi perisikan negara itu.

Laporan The Sydney Morning Herald ditulis berdasarkan catatan pendapat peribadi ahli diplomat Singapura mengenai jiran serantau di dalam ASEAN, Jepun, China dan India.  Ia adalah pendapat peribadi mereka, bukannya fakta.
Untuk memahami dengan lebih dekat bahawa catatan tersebut adalah pendapat peribadi mereka yang disensasikan, rakyat perlu juga meneliti secara keseluruhan maklumat-maklumat lain yang turut didedahkan oleh Wikileaks yang terkandung di dalam kabel yang sama merakamkan pandangan peribadi pegawai-pegawai diplomatik Singapura:
Bilahari Kausikan
Menurut satu kabel yang merakamkan satu mesyuarat pada September 2008, Kausikan memberitahu Timbalan Setiausaha Pertahanan AS David Sedney bahawa "ada kemungkinan besar berlakunya konflik perkauman di Malaysia" yang akan menyebabkan orang Cina "meninggalkan" Malaysia dan "menyusahkan" Singapura.

Mengenai kepimpinan Barisan Nasional pula, kata beliau: "Masalah utama Malaysia adalah tiadanya pemimpin yang berwibawa.  Najib Razak perlu menang dalam pertarungan politik untuk mengelakkan didakwa", secara jelas mengaitkan Perdana Menteri dengan skandal pembunuhan perempuan Mongolia Altantuya Shaaribu.  Dia mengulangi pendapatnya bahawa "Najib Razak terancam disebabkan kes pembunuhan itu".

Dia juga memanggil bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra seorang yang mengamalkan "rasuah", "sama seperti yang lain termasuklah pembangkang di Thailand".  Ujarnya dalam kabel itu lagi, Thaksin "membuat kesilapan berbuat baik dengan Putera Mahkota Thailand apabila Thaksin membayar hutang judi putera itu".  Katanya, putera itu "tidak keruan dan sangat mudah dipengaruhi".

Komen-komen yang lain termasuklah kenyataan beliau "lebih selesa dengan Korea Utara sebagai kuasa nuklear berbanding jika Iran mempunyai senjata nuklear".  Beliau juga mengkritik Russia, yang menurutnya "berekonomi dunia ketiga dan sistem kesihatan Russia pula kucar-kacir".

Peter Ho
Dalam Mac 2008, Ho mengutuk mantan Perdana Menteri, Mahathir Mohamad kerana "membaling batu" kepada penggantinya, Abdullah Badawi.  Komennya terhadap Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin adalah lebih kasar.

Menurutnya, "Khairy Jamaludin (gambar kanan) akan ditikam di dalam UMNO kerana tiada orang yang sukakannya (Khairy) kerana Khairy naik dalam politik akibat pertalian keluarga".

Seperti juga rakan sekerjanya, Ho mengulangi tuduhan yang mengaitkan Perdana Menteri dengan pembunuhan Altantuya Shaaribuu. Katanya, "Najib adalah seorang yang suka mengambil kesempatan.  Walaupun setakat ini dia masih belum mengkritik Singapura, dia tidak teragak-agak sekiranya tindakan itu menguntungkannya.  Masa depan politik Najib akan terus dihantui oleh skandal pembunuhan (Altantuya)".

Tommy Koh
Seorang lagi diplomat kanan Singapura yang dipetik oleh kabel yang didedahkan oleh Wikileaks itu mengkritik negara-negara lain yang ada pengaruh di rantau ini, dalam catatan mesyuarat dalam bulan September 2009.

Dia menggelarkan Jepun sebagai "orang gemuk yang kalah dan merajuk" apabila membandingkan hubungan China dan ASEAN yang makin rancak.  Dia juga menyalahkan keadaan itu kepada "kepimpinan Jepun yang bodoh, lemah dan tidak ada wawasan".

Pandangannya terhadap India juga buruk, melalui gambarannya bahawa "kawan India yang bodoh dan teragak-agak untuk berkecimpung dengan ASEAN".

Justeru, kabel sulit yang mengandungi pandangan peribadi Lee Kuan Yew dan perisikan Singapura mengenai fitnah terhadap Anwar Ibrahim (gambar kiri) perlu dilihat di dalam konteks yang sama dan sebetulnya, iaitu komen-komen peribadi yang menghina semua pihak di Malaysia tanpa mengira parti dan latar belakang.

KEADILAN mengulangi pendirian parti bahawa pandangan-pandangan tersebut, walaupun terkandung di dalam kabel sulit diplomatik yang dibocorkan oleh Wikileaks, adalah pandangan peribadi individu-individu tersebut yang tidak disokong oleh fakta.  Untuk berlaku adil kepada semua pihak, komen-komen itu perlu dianggap sebagai cakap-cakap kosong dan pendapat peribadi mereka.

Jika tidak, Perdana Menteri Najib Razak sendiri yang perlu berhempas pulas menjawab dakwaan demi dakwaan yang terkandung di dalam kabel sulit yang sama; yang mengaitkan beliau dengan pembunuhan Altantuya Shaaribuu.

Akhirnya, kita kena kembali kepada perkara pokok yang meruntun negara dan rakyat iaitu integriti sistem kehakiman yang dinodai sehingga menidakkan keadilan.  Ini dapat diselesaikan dengan mudah sekiranya Anwar Ibrahim diberikan ruang sepenuhnya membela diri tanpa manipulasi atau campur tangan politik; agar beliau mendapat perbicaraan yang adil dan telus.

Fitnah terhadap beliau dan keluarga telah mengheret seluruh negara ini diselubungi igauan sejak tahun 1998 lagi.  Igauan tersebut boleh dihentikan sekiranya integriti dan kredibiliti institusi kehakiman dipulihkan.

Makanya, KEADILAN akan mengalu-alukan mana-mana maklumat (sulit atau tidak) dari mana-mana pihak yang boleh menegakkan kebenaran, asalkan maklumat itu adalah tepat dan berasaskan fakta.  Malangnya, komen-komen yang terkandung di dalam kabel sulit yang dibocorkan itu tidak lebih dari maki hamun terhadap semua perkara yang bukan Singapura, bertepatan dengan rekod hubungan diplomatik yang dingin di antara Malaysia dan Singapura.
*Kenyataan media oleh Saifuddin Nasution Ismail (gambar kanan) selaku Setiausaha Agung KeADILan, dengan tajuk asal Laporan Sydney Morning Herald dan Kandungan Kabel Diplomatik Singapura: KeADILan menolak pendapat peribadi yang disensasikan.

Boleh ke pemimpin BN berlapar kerana rakyat?

"Pemimpin sepatutnya berlapar kerana rakyat bukan rakyat berlapar kerana pemimpin," kata pensyarah Universiti Utara Malaysia, Dr Ahmad Bashir Abdul Aziz ketika menyampaikan ceramah pada Sambutan Maal Hijrah 1432H Peringkat Negeri Pualu Pinang…
Berita berkaitan di sini.


WarkahDaily – Nak kata mustahil pun boleh jugak kot. Ya la…tunggu kiamat dululah kot kalau ada pemimpin BN boleh berlapar kerana bela rakyat.

Bantuan dan subsidi untuk rakyat boleh sesenang hati ‘diragut’ konon nak jaga ekonomi negara yang tak menentu terpaksa kurangkan subsidi rakyat. Tapi dalam masa yang sama, kroni terus aje hidup senang lenang, bangsawan makin besar rumahnya, pemimpin negara takdak sorang pun yang berani potong gaji mereka demi nak jaga kebajikan rakyat.

Bila kata petrol dunia naik harga, maka harga petrol negara terpaksa dinaikkan, kerajaan terpaksa kurangkan subsidi barangan agar kerajaan tidak menanggung masalah ekonomi. Yang terbeban hanyalah rakyat marhaen. Pemimpin yang berlagak berjiwa rakyat, bela rakyat tu mananya?

Rakyat kena tanggung beban masalah ekonomi negara, bagaimana pula pemimpin negara tu yang kata mereka tu bela rakyat? Kalau rakyat kena potong subsidi atau bantuan, pemimpin negara pulak tak mahu ke potong gaji beribu-ribu tu?

Tahi hidung masing betul pemimpin BN ni. Sikit pun tak bersuara pasal potong gaji tu bro. Satu sen pun tak mahu potong gaji yang mereka dapat. Depa tak sedar, gaji mereka dapat tu pun sebab rakyat yang pilih depa. Tak sedar diri betol.

Padahal kehidupan pemimpin BN tu semuanya ditanggung oleh duit rakyat. Makan, minum, kereta, cukai jalan dan sebagainya, semuanya dapat subsidi dari rakyat. Nak pergi mana-mana pun semua elaun dibayar.

Rakyat nak pi berak, kencing pun kena bayar 20 sen, nak pakai kereta pun kena bayar cukai macam-macam, lebuhraya besar (pemimpin BN bangga sangat lebuhraya yang depa rancang tu, konon pembangunan) tu pun rakyat bukan dapat lalu dengan percuma bro. Yang percuma hanyalah pemimpin BN. Bukan setakat dapat percuma, malah lebih dari itu lagi. Dapat kumpul jutaan ringgit hasil dapat tender projek yang tak dibuat secara terbuka dan sihat. Tak percaya, tanyalah Khir Toyo, dari mana dia dapat duit jutaan ringgit untuk dapatkan tanah dan istananya yang berharga jutaan ringgit tu.

Jadi aku tertanya-tanya, boleh ke pemimpin BN berlapar kerana rakyat?

Ambik kau!! Kena dah..


Kah.. kah... kah... kah... Dia dah kena dah!!

Najib tak layak memimpin!! Aku memang dah lama tau dah.

Mengapa agaknya dia tak layak memerintah??

Isy... malas aku nak cerita. Tapi, kalau nak tahu jugak, ngkorang baca sendiri apa yang orang besor-besor Singapura gossip, serba sedikit pasal Najib di sini.

Haaa... Bilahari Kausikan, pegawai kanan Singapura yang kata....

Keadaan di Malaysia adalah mengelirukan dan berbahaya dicetuskan kemungkinan oleh konflik perkauman yang bakal menyaksikan kaum etnik Cina melarikan diri dari Malaysia dan membanjiri Singapura.

“Berikutan kempimpinan yang lemah, adalah menjadi masalah yang nyata kepada Malaysia dan Najib perlu mempertahankan kedudukan politiknya untuk mengelak pendakwaan berhubung pembabitannya dengan kes pembunuhan model Monggolia, Altantuya Shaariibuu"

Nasib Najib ibarat telur di hujung tanduk dalam pembabitannya dengan kes pembunuhan berprofil tinggi.
Ini pulak gossip
Peter Ho....

Najib pula, adalah seorang opportunis. Walaupun beliau tidak begitu kritikal terhadap Singapura, beliau tidak akan teragak-agak memilih jalan berkenaan jika belia memikirkan perlu berbuat demikian. Perjalanan politik Najib terus dibayangi dengan skandal pembunuhan.

Kita pendekkan gossip mereka dengan menyenaraikan kata-kata kunci pendapat mereka tentang Najib.

1. Lemah
2. Opportunis
3. Kedudukannya goyah - Ibarat telur di hujung tanduk!!
4. Skandal pembunuhan Altantunya
5. Perkauman terutama melibatkan kaum Cina

Itu baru senarai pendek tentang kelemahan Najib sebagai pemimpin, senarai panjangnya berlambak lagi. Yang dalam seluor dan yang di luar seluor, belum keluor lagi. Kalau keluor mau tumpor!!

Kah.. kah.. kah.. kah...

Wa cakap lu.... Orang luor pun tahu siapa Najib PM 1Malaysia yang sebenar-benarnya!!

Pendedahan Wikileaks Kes Pembunuhan Altantuya ?

Sumber MalaysianInsider

KUALA LUMPUR, Dec 12 — Prime Minister Datuk Seri Najib Razak declined to meet the press twice today amid a brewing political storm raised by a WikiLeaks’ expose. Malaysia’s improved ties with Singapore could be in jeopardy after the republic’s senior government officials reportedly said “Malaysia’s decline” is fuelled by incompetent politicians.

These officials were also less than complimentary about Malaysia’s prime ministers, past and present, with one of them calling Najib “an opportunist”. The comments made in November 2008 when Najib was deputy prime minister is said to be contained in leaked US State Department cables and are likely to put pressure on the rollercoaster relations which both countries have had over decades.
They also noted that the sodomy charges facing Datuk Seri Anwar Ibrahim — Najib’s political rival — were a “set-up job” but the opposition leader had walked right into it.
The PM (picture) had two public functions today but failed to use the opportunities to immediately take control of the issues.
He was scheduled to speak at a news conference earlier this morning after closing the Ikatan Hati Warga Felda Carnival — next to the Palace of Justice in Putrajaya — but called it off at the last minute.
“Sorry, no pc,” his press secretary told waiting reporters.
No explanation was given.
A request from reporters at the sidelines at his second public appearance in the Mines International Exhibition and Convention Centre (MIECC) to launch a biography on recently retired MIC chief Datuk Seri S. Samy Vellu was similarly rejected.
“No press conference today,” said another of Najib’s press secretaries on duty.
The aide who did not want to be named said the PM had already spoken at the Felda event and added he does not usually speak to reporters after the first event.
The cables, obtained by WikiLeaks and published in The Sunday Age, disclose discussions between senior US officials and their Singapore counterparts Peter Ho, Bilahari Kausikan and Tommy Koh.
All three Singaporeans gave damning assessments of Malaysia. The discussions between the Singaporean and US officials took place in 2008 and 2009 when Najib was the deputy prime minister.
In September 2008, Kausikan, a senior foreign affairs official, told the US Deputy Secretary of Defense for East Asia David Sedney that the “situation in neighbouring Malaysia is confused and dangerous”, fuelled by “a distinct possibility of racial conflict” that could see ethnic Chinese “flee” Malaysia and “overwhelm” Singapore.
“A lack of competent leadership is a real problem for Malaysia,” said Kausikan, citing the need for Najib to prevail politically in order to avoid prosecution in connection with the murder of Mongolian model Altantuya Shaariibuu.
“Najib has his neck on the line in connection with a high-profile murder case,” noted Kausikan.
A few months earlier, Peter Ho told another US official: “The political knives will be out for Abdullah (Ahmad Badawi’s) son-in-law, Khairy Jamaluddin, whom nobody likes because he got where he is through family ties...”
Khairy is now the Umno Youth chief but has not been given an administrative post in Najib’s government despite being seen as one of the shrewder politicians in the country.
“As for Najib Razak, he is an opportunist. Although he has not been critical of Singapore, he will not hesitate to go in that direction if it is expedient for him to do so. Najib’s political fortunes continue to be haunted by the murder scandal,” Ho had reportedly said.
Ho, 56, was head of Singapore’s civil service, until he retired on August 31 this year. He is now a senior advisor to the Centre for Strategic Futures that he had help set up to strengthen its public sector.
Kausikan was recently promoted one step to permanent secretary in the foreign affairs ministry on September 1.
Koh, 73, is special advisor to the Institute of Policy Studies. A law professor at the National University of Singapore, he is also the island republic’s ambassador-at-large and was part of the legal team representing Singapore in the Pedra Branca dispute case with Malaysia.
The leaked cables will give ammunition to hawks in the Malaysian government and Umno who believe that it is unproductive to have good relations with Singapore, whom they describe as calculative and condescending.
The Najib Administration has attempted to keep the relationship on an even keel and even untangled a long-standing dispute over Malaysian-owned railway land in the republic.
This breakthrough was made despite opposition by some quarters in the ruling party.
Both governments have agreed to set up a joint-venture company by December 31 to develop land parcels swapped for the prized railway land that cuts through the island sta PM mum on WikiLeaks’ expose

Singapura Anggap Najib Pemimpin Lemah, Opportunis

KUALA LUMPUR 12 Dis - Laman web WikiLeaks membuat pendedahan mengenai pandangan pegawai kanan pentadbiran Singapura bahawa Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak adalah seorang pemimpin yang lemah yang tidak layak mentadbir negara.

Pandangan pemerintah Singapura itu terkandung dalam transkrip kabel diplomatik di antara beberapa pegawai kanan Singapura dengan rakan sejawat mereka dari Amerika Syarikat yang didedahkan oleh laman web Wikileaks

Dalam laporan akhbar mingguan Australia, The Sunday Age hari ini, akhbar itu mendedahkan perbincangan antara pegawai kanan Singapura bernama Peter Ho, Bilahari Kausikan dan Tommy Koh dengan pegawai Amerika Syarikat.

Perbincangan sulit itu bukan sahaja melabelkan Najib sebagai pemimpin lemah tetapi juga menyifatkan pemimpin Umno-BN seperti mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam kategori yang sama.

Malah pemerintah Singapura melihat Presiden Umno itu sebagai seorang opportunis dan meletakkan faktor imej 'kemerosotan' Malaysia ditangan beliau serta pimpinan Umno-BN yang lemah.

Laporan The Sunday Age menyatakan semasa perbincangan yang berlaku pada September 2008, pegawai kanan hal ehwal luar Singapura Bilahari Kausikan memberitahu timbalan setiausaha pertahanan Asia Timur David Sedney bahawa 'keadaan di Malaysia adalah mengelirukan dan berbahaya dicetuskan kemungkinan oleh konflik perkauman yang bakal menyaksikan kaum etnik Cina melarikan diri dari Malaysia dan membanjiri Singapura.

“Berikutan kempimpinan yang lemah, adalah menjadi masalah yang nyata kepada Malaysia dan Najib perlu mempertahankan kedudukan politiknya untuk mengelak pendakwaan berhubung pembabitannya dengan kes kata Bilahari Kausikan.

Kausikan menyimpul masa depan Najib diibarat telur di hujung tanduk kerana dakwaan pembabitannya dengan pembunuhan wanita Mongolia itu.

Sebelum itu Peter Ho menganggap politik Najib terus dibayangi skandal pembunuhan kejam tersebut dan sebagai seorang opportunis beliau tidak akan teragak-agak mengambil pendirian kritikal terhadap Singapura jika keadaan mendesak beliau berbuat demikian.

Perbincangan pegawai kanan Singapoura dalam transkrip itu juga menyentuh nasib politik Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang juga menantu kepada Abdullah.

"Pisau politik mengancam menikam Khairy Jamaluddin, menantu Abdullah Ahmad Badawi yang tidak disukai ramai pihak kerana beliau mencapai kedudukannya melalui perhubungan keluarganya," kata Ho.

Pendedahan lebih 250,000 kabel diplomatik negara-negara seluruh dunia oleh Wikileaks telah menyebabkan perasaan tidak selesa di kalangan beberapa kerajaan termasuk Amerika Syarikat dan negara-negara Timur Tengah.

Laman web itu juga mendedahkan sekitar 1,000 transkrip kabel diplomatik berkaitan Malaysia termasuk sebahagiannya mengenai keengganan Putrajaya bekerjasama dengan beberapa pihak utama dunia.SK

Bolehkah Dipercayai Pendedahan Wikileaks?

PENDEDAHAN laman bebas Wikileaks mengenai isu politik Malaysia khasnya pembabitan baka Perdana Menteri ke 7, Anwar Ibrahimdalam isu liwat jangan mudah ghairah untuk mempercayainya. Pendedahan laman itu yang memetik beberapa pegawai Singapura mempercayai apa yang didedahkan itu boleh jadi satu perangkap kepada politik negara ini sendiri.

Tidak mustahil juga pendedahan itu satu konpirasi melibatkan pembayaran wang beratus juta ringgit. Ingat, manusia sanggup melakukan apa saja bila sudah terdesak dan demi mempertahankan kekuasaan.

Mungkin pihak UBN merasa senang dengan pendedahan laman berkenaan. Blog blog tajaan UBN akan memperdagangkan hal itu segila-gilanya. Mereka boleh menguatkan lagi hujah untuk memburukkan Anwar yang kini dijalan dengan pelbagai cara. Media UBN telah memungguh semua sampah sarap dan pemuda sepak kertas untuk menimbus dan membusukkan Anwar.

Kalaulah semut ataupun burung dapat bercakap memburukkan Anwar, pasti media masa akan menyedut dan menggunakan pakai cakap mereka. Semua manusia telah digunakan media pro UBN untuk memburukkan Anwar. Namun hasilnya nampak masih belum sampai kemuncak.

Mungkin ada rancangan media Malaysia untuk menterjemahkan kicauan burung ataupun kokok ayam, atau katak bagi mengukuhkan tuduhan ke atas Anwar. Tidak mustahil akan keluar dalam akhbar atau tv, ayam atau burung atau katak akan dipetik kenyataannya yang memburukkan Anwar.

Kenapa saya melarang agar jangan ghairah dengan pendedahan Wikileaks itu? Apakah Wikileaks selamanya akan memburukkan peribadi Anwar? Belum tentu! Iya sebuah laman bebas yang menyaring 250,000 kebel diplomatik Amerika Syarikat. Gambaran diberikan bahawa laman berkenaan profesional dan mengetahui segalanya. Dan kenapa pula kita mudah akur dan tunduk kepada badan-badan bebas yang penuh propaganda seperti Wikileaks itu?

Ingat juga pada mulanya ia dijalankan secara percuma. Tetapi bila ia sudah menjadi perhatian dunia, laman itu akan berharga berbillion ringgit. Sesiapa yang ingin mendedahkan sesuatu untuk kepentingan politik akan sedia membayar laman berkenaan. Dalam politik hari ini hanya mereka mempunyai wang saja mampu berada di atas dan memegang kuasa.

Pada saya kemunculan Wikileaks adalah strategi musuh Islam. Ia bukan saja musuh negara ini tetapi Islam seluruhnya. Kalau dari sisi lain dengan pendedahan laman bebas itu ia memberi gambaran Amerika itu sendiri mengetahui luar dan dalam sesebuah negara dan juga individu di mana-mana saja. Dalam erti kata lain Wikileaks dan Amerika terus menjalani propaganda dan perang saraf mereka bagi melemahkan negara dan kuasa lain. Mereka nampak bergaduh tetapi hakikatnya mereka bersekongkol untuk mengugut dunia.

Bagi mereka yang ghairah menerima pendedahan laman berkenaan harus berhati-hati dan waspada. Jangan ghairah sangat. Saya bimbang ia akan terbalik kod (istidraj) nanti. Apa kata kalau selepas ini Wikileaks atau laman-laman blog dunia yang lain mendedahakan pula apa yang berlaku ke atas jisu-isu lain termasuk pembunuhan wanita Mongolia yang dibunuh kejam di hutan simpan di negara ini dua tahun lepas itu? Apakah kita boleh menolaknya begitu saja?

Dengan mempercayai Amerika mengetahui setiap apa yang berlaku dalam seluar kita, termasuk juga dalam seluar dalam isteri kita, kita percaya kes pembunuh Altantuya juga berada dalam kabel diplomatiknya. Bila-bila masa ia akan terbongkar. Apakah selepas Wikileaks mendedahkan jenayah itu nanti kita akan memperacayanya? Amerika hanya menanti masa saja untuk mendedah apa-apa rahsia kita kalau kita tidak sedia mengikut telunjuknya.

Kalau misalnya dalam pendedahan itu (pembubunah Altantuya) ia membabitkan pemimpin negara yang berkuasa sekarang ini, apakah kita akan mempercayainya. Atau kita akan menganggap pendedahan itu satu fitnah pula? Hendaknya jangan ada sikap double standarddalam menerima pendedahan Wikileaks ataupun maklumat yang dimiliki oleh Amerika ini. Kalau hari ini kita percaya maka esok juga kita kena percaya apa yang akan didedahkan. Jangan... kalau ia dedah mengenai keburukan oposisi kita mudah menerimanya dan kalau ia mendedah kelakuan pemimpin pemerintah kita buat-buat buta untuk melihatnya.

Dalam tilikan saya pendedahan penglibatan Anwar dalam isu liwat semacam ada urusan jual beli dan strategi lebih lanjut. Ia melibatkan kewangan yang besar. Tunggulah..

Jadi semua pihak hendaklah tidak mudah mempercayai pendedahan Wikileaks itu dan anggaplah ia hanya permainan kuasa dunia yang ingin mencaturkan politik dunia saja. Kita boleh akui dunia luar itu lebih maju dan moden daripada kita, tetapi kita tidak dapat merasakan apakah nawaitu mereka ke atas kita benar atau tidak. Saya yakin selamanya Amerika akan memperkudakan kita. Maka semua pihak perlu berhati-hati jangan sampai menggit jari tertelan air liur. Kita jangan kehilangan banyak orang yang berpotensi untuk jadi pemimpin.

Satu juta penjawat awam Malaysia gembira

Oleh Al-Kerohi
Penjawat awam gembira sungguh-sungguh apabila harga petrol dinaikkan baru-baru ini.Mereka meminta Najib Penghisap Darah Rakyat Malaysia [Najib PDRM] menaikkan lagi harga bahan api itu ke tahap RM4.00 satu liter.

Harga bawang putih dahulunya RM1.80 sekilo. Sekarang RM10.00 sekilo. Dicadangkan supaya dinaikkan pada RM18.00 sekilo.Bawang merah RM1.60 sekilo - sekarang RM4.50 - cadangan RM12.50 sekilo.


Gula masih berada ditahap bahaya. Naikkan pada RM4.80 sekilo.

Tambang bas dan pengangkutan awam dikira rendah berbanding negara yang tamadunnya tinggi. Disyor dinaikkan kadar 40% lagi. Tambang bas RM40.00 naikkan pada RM56.00.

Naikkan kadar tol 45%. Ada negara yang tiada lebuhraya. Malaysia perlu bangga dengan kadar tolnya sendiri.

Tarif elektrik masih rendah dirantau Asia. Naikkan paling kurang 35%. Jika dulu bil elektrik berjumloah RM50.00, boleh jadi RM67.50.

Ayam berharga RM6.00 sekilo. Naikkan pada harga RM14.99 sekilo.

Yuran sekolah sekitar RM100.00. Mana ada sekolah di dunia kenakan yuran sebegitu rendah. Naikkan pada kadar RM888.00 seorang.

Yuran pengajian di universiti. Tak masuk akal langsung dikenakan RM40,000.00 seorang. Naikkan pada kadar yang lebih munasabah iaitu RM90,000.00 seorang.

Beras sekitar RM4.00 sekilo. Tanyalah Ismail Sabri Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri - mana ada harga itu sekarang ni ? Naikkan pada harga lebih relevan iaitu RM11.90 sekilo.

Hospital masih kenakan bayaran murah. Ada cadangan sekali rawatan biasa dikenakan RM80.00.

Hampa pi tanya Rosmah Mansor, isteri Rais Yatim, bini Mahdzir Khalid, pi tanya penghuni istana, pi tanya ketua bahagian yang dapat projek berjuta-juta - berapa peratus sudah harga barang-barang melambung di pasaran ?

Depa boleh jawab ?

Minta isteri depa daftarkan laki-laki depa masuk jawi sekali lagi.

UMNO dan BN makan isi, orang kampung dan penjawat awam jilat tulang dan hirup kuah.

Najib gelabah rakyat bangkit

PAS nampak Datuk Seri Najib Tun Razak gelabah dan resah menghadapi gelombang kebangkitan rakyat. Serangan demi serangan kepada Pakatan Rakyat melalui media perdana dan meminta rakyat terus memberi sokongan kepada Barisan Nasional dalam PRU 13.
Beliau cuba hendak mengajak rakyat supaya membutakan mata supaya jangan melihat kebaikan yang ditunjukkan oleh Pakatan Rakyat yang memerintah selama  dua tahun lapan bulan cukup teruji dan terbukti kamampuanya berbanding dengan BN yang memerintah selama 53 tahun.
Ditambah pula kenyataan Tun Dr Mahathir yang mengatakan bahawa BN di bawah kepimpinan Najib memerlukan masa untuk  mendapat sokongan majoriti kerana masih  ada lagi rakyat yang belum berpuas hati  terhadap BN.
Rakyat mula membuat perbandingan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat yang tidak mempunyai hasil yang banyak tetapi mampu membuat kebajikan kepada rakyat seperti air percuma di Selangor, skim kifalah dan sebagainya.
Rakyat sudah membayangkan jika Pakatan Rakyat memerintah di peringkat pusat dengan hasil yang begitu melimpah ruah, maka banyak lagi kesenangan rakyat akan diperolehi.
Rakyat mula memikirkan apa yang mereka dapat di negeri BN yang memerintah. Sebaliknya rakyat hanya dapat kenaikan harga barang, petrol, gas dan akan datang pula kenaikan tarif elektrik.
Taktik serangan terhadap Pakatan Rakyat untuk melindungi masalah dalaman BN yang begitu parah. Konvensyen BN pada 5 Disember 2010 gagal mencapai hajat penyatuan di kalangan mereka sebaliknya berakhir dengan perang mulut antara Umno dan MCA mengenai isu ketuanan Melayu.
Slogan 1Malaysia nampaknya tidak berapa menjadi untuk menjadi umpan kepada pengundi bukan Melayu untuk bersama dengan BN, maka jalan keluarnya ialah dengan menyerang Pakatan Rakyat.
Hari ini Datuk Seri Najib mendakwa siapa yang mengatakan Felda bankrap pengkhianat bangsa. Apabila peneroka sudah mempunyai kekuatan dan celik maklumat hasil daripada perjuangan PAS yang menubuhkan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) untuk generasi kedua, maka banyak tembelang Umno BN sudah terbongkar.
Barisan Nasional tidak boleh menipu generasi kedua peneroka kerana mereka adalah generasi yang bermaklumat dan terpelajar. Sekarang mereka bangkit menuntut hak mereka, selama ini bapa mereka diperah seperti kilang sawit memerah buah sawit, yang peneroka dapat hanya hampas ini yang menjadi kemarahan Datuk  Seri Najib.

'Konspirasi' S'pura terhadap Anwar 'mengejutkan'

Dalam reaksinya terhadap pendedahan kabel Jabatan Negara Amerika terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, pengarah komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata pendedahan hanya memperlihatkan bahawa konspirasi terhadap ketua pembangkang itu berasal dari peringkat tertinggi.

btn forum 241209 nik nazmiNik Nazmi, yang juga ADUN Seri Setia berkata, apa yang "lebih mengejutkan" ialah kepimpinan Singapura telah memilih untuk turut serta dalam konspirasi terhadap Anwar dengan sengaja menyebarkan maklumat palsu disinformasi kepada perisikan Australia.

"Kita mesti bertanya, mengapa badan perisikan Singapura memilih untuk berpakat dengan Cawangan Khas Malaysia dalam menyebarkan pembohongan tentang Anwar," kata beliau yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR.

Dengan ahli parlimen Australia sendiri dan masyarakat antarabangsa telah mempersoalkan integriti pendakwaan terhadap Anwar, maka ini hanya menambahkan lagi kecurigaan mengenainya, tambah Nik Nazmi ditambah.

Dalam satu kenyataan hari ini, Nik Nazmi berharap 'technical intelligence' yang disebut dalam Wikileaks boleh didedahkan kepada awam kerana ia menjadi asas kepada dakwaan dan kesimpulan yang dibuat badan perisik Singapura.

Akhirnya, tegas beliau, kempen penganiayaan dan pencemaran terhadap Anwar tiada beza dengan yang pertama: kedua-duanya bergantung kepada penyalahgunaan proses penghakiman dan hanya bergantung kepada bukti perubatan tipis.

Ini, katanya, menunjukkan kes tersebut bermotifkan politik dan dicetuskan oleh konspirasi di peringkat tertinggi.

Guan Eng ramal PRU13 Mac depan

Lim Guan Eng - gambar fail
GEORGE TOWN, 12 Dis − Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng meramalkan bahawa ia akan menjadi amat sukar bagi mempertahankan kerusi parti itu di Pulau Pinang sebaik parti itu bersiap menghadapi pilihan raya umum akan datang. Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata sesukar mana untuk memenangi kerusi dewan undangan negeri semasa pilihan raya umum 2008, kali ini ia akan menjadi lebih sukar untuk mempertahankannya.
“Walaupun, ia mungkin sukar kali ini tapi kami percaya dapat melakukannya dan akan mula bersiap sedia untuk pilihan raya umum,” katanya semasa berucap merasmikan konvensyen DAP Negeri yang dihadiri 440 perwakilan di sini, hari ini.
Beliau berkata antara sebab kerajaan pusat tidak mengadakan pilihan raya negeri Sarawak telah menjelaskan persiapan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk melaksanakannya bersama tahun depan.
“BN sepatutnya mengadakan pilihan raya negeri Sarawak bulan ini tetapi tiada pengumuman setakat ini, jadi kita ramalkan bahawa ia mungkin diadakan Mac tahun depan bersekali dengan pilihan raya umum,” katanya.
Lim (gambar) juga melahirkan sokongannya agar Anggota Parlimen Tanjong Chow Kon Yeow, mengekalkan jawatannya sebagai pengerusi parti negeri.
“Chow adalah pemimpin berpengalaman dan kita percaya dia dapat memimpin negeri ini dan membawa satu lagi kejayaan,” katanya.
Bilangan calon yang bersaing untuk 15 jawatan dalam parti kali ini merupakan satu rekod selepas Lim memilih untuk tidak bertanding disamping Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh, Anggota Parlimen Jelutong Jeff Ooi, Anggota Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong, Anggota Exco Negeri Lydia Ong Kok Fooi dan anggota dewan undangan negeri kawasan Jawi Tan Beng Huat. − Bernama

Najib umum Samy duta khas infrastruktur


KUALA LUMPUR, 12 Dis − Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini secara formal mengumumkan pelantikan bekas presiden Datuk Seri S. Samy Vellu sebagai duta khas baru Malaysia untuk infrastruktur bagi India dan rantau Asia Selatan.
"Saya ingin mengumumkan pelantikan Datuk Seri Samy Vellu sebagai duta khas infrastruktur bagi India dan Asia Selatan.
"Kami tidak mahu kehilangan bakatnya dan saya pasti banyak syarikat akan mendapat manfaat (daripada beliau)," kata beliau ketika melancarkan buku biografi Samy Vellu berjudul "A Life. A Legend. A Legacy" di sini hari ini.

Gadis berkahwin seusia 14 tahun. Apa kata ibunya....

Saya petik:
[MStar] PETALING JAYA: “Saya yang izinkan mereka berkahwin...” - itulah kata-kata pertama yang keluar dari mulut Siti Hawa Kassim, ibu kepada pengantin perempuan yang mencetuskan kontroversi kerana berkahwin pada usia 14 tahun minggu lalu.
Siti Hawa, 40, menjelaskan, dia dan suaminya memberi keizinan kepada Siti Maryam Mahmod yang lebih mesra dengan panggilan Maya itu untuk berkahwin kerana yakin, pendidikan agama yang telah diberikan dapat membimbing anaknya itu menjadi seorang isteri yang matang untuk menempuhi alam rumahtangga yang serba mencabar.
Keputusan itu juga dibuat setelah suami kepada anaknya itu berjanji dan bersetuju untuk memastikan Siti Maryam menamatkan pengajian menengahnya di sebuah sekolah menengah agama dekat sini.
“Anak saya sudah akil baligh dan diberikan pendidikan agama. Saya percaya suaminya juga boleh membimbingnya ke arah yang lebih baik. Malah keputusan ini juga mengambil kira janji suaminya untuk memastikan dia belajar sehingga tamat pengajiannya,” kata ibu yang bertugas di sebuah syarikat multinasional di ibu kota ini dalam temuramah eksklusif dengan Mingguan mStar semalam.
Siti Hawa yang tidak mahu gambarnya disiarkan demi untuk menjaga privasinya menambah, suami Maya (Abdul Manan Othman) adalah seorang guru dan seorang lelaki yang baik dan yakin Manan boleh melakukannya (membimbing Siti Maryam) memandangkan dia juga diberikan pendidikan agama yang tinggi.
Siti Hawa berkata, sebelum memberi keizinan Abdul Manan dan Siti Maryam atau lebih dikenali sebagai Maya untuk berkahwin, dia sudah membuat solat istikarah bagi memohon petunjuk daripada tuhan.
Detik perkenalan pasangan suami isteri muda itu bermula apabila Abdul Manan yang merupakan guru agama mengajar dua orang adik Maya.
Hubungan baik dan sikap ramah Abdul Manan telah mendorong Siti Hawa untuk mengambil dia sebagai anak angkat dan menjadi sebahagian daripada keluarga itu.
Isu perkahwinan Maya pada usia muda telah mencetuskan kontroversi dan perdebatan banyak pihak termasuk mendapat reaksi daripada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Sharizat Jalil yang menyatakan keputusan mahkamah untuk membenarkan Maya berkahwin bukanlah merupakan satu polisi yang direstui oleh Kerajaan Pusat.
Pelbagai pertubuhan wanita dan hak asasi wanita turut tidak bersetuju dengan keputusan tersebut.
Bagaimanapun dalam menjawab semua persoalan itu, Siti Hawa tidak dinafikan pada peringkat awalnya dia berasa terkilan apabila segelintir pihak tidak menghormati keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Syariah.
Menurutnya, sebagai rakyat 1Malaysia, masyarakat sepatutnya menghormati antara satu sama lain, tidak kira bangsa atau agama.
“Bagaimanapun akhirnya saya sedar itu adalah hak individu untuk bersuara. Lain orang lain pendapatnya. Apa yang penting adalah tindakan saya mengizinkan Maya berkahwin pada usia muda itu tidak bercanggah daripada hukum syarak dan agama.
Namun sebagai seorang ibu, Siti Hawa yang enggan gambarnya disiarkan berharap agar masyarakat berfikiran terbuka dan rasional mengenai perkara tersebut.
“Masing-masing mempunyai pandangan tetapi janganlah menafikan hak kami sekeluarga dan keputusan Maya dan Manan untuk berkahwin dibuat selepas mendapat restu daripada pihak kami serta kebenaran daripada mahkamah.
Dalam pada itu, Siti Hawa juga menegaskan, dia sentiasa memantau anaknya dan Abdul Manan Othman dari segala aspek meskipun kedua-duanya sudah menjadi suami isteri yang sah.
“Sebagai ibu, saya tidak akan membiarkan anak-anak saya sendirian menghadapi risiko berkahwin pada usia muda ini.
“Sebelum mereka berkahwin lagi sudah diperjelaskan tentang apa itu perkahwinan. Setiap kejadian itu ditentukan oleh Allah, ada hikmah di sebalik sebarang kejadian,” katanya.
Siti Hawa juga berpendapat perkahwinan anaknya pada usia 14 tahun bukanlah satu isu yang besar kerana baginya kematangan bukan lah terletak pada umur seseorang tetapi sebaliknya terletak pada pendekatan dan pendidikan yang diterimanya.
“Konsep perkahwinan awal ini sebenarnya boleh membendung perkara yang tidak diingini daripada berlaku. Kita semua sedia maklum tentang permasalahan masyarakat yang berlaku di negara ini sedangkan perkahwinan anak saya adalah satu perkahwinan yang sah,” ujarnya lagi.
Menurut Siti Hawa, perkahwinan itu juga tidaklah bermakna perhubungan di antara ibu dan anak terputus kerana masing-masing mempunyai tanggungjawab terhadap diri dan keluarga masing-masing.
“Walaupun Maya sudah bergelar isteri orang, namun saya masih bertanggungjawab memberikan nasihat dan memastikan anak saya itu meneruskan pembelajarannya di sekolah sehingga tamat,” katanya.
“Saya berharap masyarakat berdoa semoga perkahwinan mereka diberkati dan saya berterima kasih kepada mereka yang telah membantu dan memberikan sokongan kepada kami sekeluarga,” katanya.
(Gambar sekadar hiasan)

Cara Bahagi Dan Bantu Umno

Oleh AZIZI HJ ABDULLAH 


Perangai buruk Umno bukan saja muncul sewaktu petaka banjir yang melanda Kedah baru-baru ini. Imej buruk Umno dengan canang-gendang hendak memberi bantuan kepada mangsa petaka banjir ini, bukan saja selepas peristiwa banjir.
Sebenarnya ia sudah menjadi darah daging; kalau bukan Umno, tidak akan berlaku seperti itu, demikianlah bidalan Melayu baru.. Ia ‘semacam’ sama dengan kata-kata; kalau tidak mungkir janji, bukan yahudi namanya!.’


Perangai dan imej buruk Umno ini sukar hendak buang bilamana sesuatu bencana atau bala berlaku kepada rakyat, ketika itulah perangai buruk Umno dengan imej keUmnoannya berlaku sewenang-wenangnya.

Dalam ertikata yang lain, Umno akan menjadi orang yang tidak segan dan malu menjaja kebaikan dan keikhlasan tetapi kemudiannya memungkiri dan bermain tipu pembohong. Bagi mereka dengan cara mencanang dan megah ini akan terserlahlah kebaikan Umno dan akan lenyaplah imej buruk kepada sebuah parti yang menjadi pembela rakyat.

Rupa-rupanya Umno lebih seronok mencanangkan bantuan untuk rakyat tetapi sangat bodoh ketika menyampaikan bantuan itu. Umno selalu tersalah kira dan congak yang tidak betul; dengan bantuan rakyat suka sama kita, begitu kata Wayang Kulit Asun.

Keluhan dan komplen rakyat yang menjadi mangsa banjir di Kedah melalui Sinar Harian keluaran 11 Disember 2010, bagaimana pembahagian-bantuan kepada mangsa banjir itu hanya bagi mereka yang menyokong Umno dan bukan kepada mangsa, bukan saja mencerminkan dulu, kini dan selamanya perangai bodoh sombong Umno ini, tetapi merupakan sebuah parti yang dianggotai oleh sebahagian congok dan haprak yang selalu salah perhetungan. Mereka sangka dengan bantuan kebendaan yang bercopkan ‘kati’ kemudian disampaikan oleh ‘ketua bahagian’, ‘ketua cawangan,’ ‘ketua perhubungan’ atau ‘JJJJKKKKKKKK’ maka rakyat akan terkerisin seronok dan akan gahlah satu dunia untuk mengatakan inilah parti yang perihatin, parti yang terbaik dalam dunia dalam membantu rakyat.

Sangat sedih apabila Perdana Menteri sekalu Presiden Umno memberitahu beratus juta bantuan kepada mangsa banjir akan diberi, tiba-tiba berlaku seperti apa yang disungutkan oleh sebahagian rakyat yang dinafikan hak mereka. Sama ada ia melalui Kelab Putera atau Kementerian Masyarakat atau Kerajaan Persekutuan, maka apabila berlaku penyelewengan dari kalangan ‘cokia-cokia’ peringkat negeri dan kawasan, adalah sangat memalukan Umno dan sepatutnya pemimpin bahagian, pemimpin peringkat negeri yang berbuih di mulut sama banyak dengan buih banjir yang mengatakan bantuan akan diberi tidak mengira parti.

Tradisi memberi bantuan kepada mangsa bencana nampaknya Umno masih tidak mau belajar dan sedar dari pengalaman masa lalu. Umno masih beriktiqad, yang afdalnya memberi kepada ahli dan penyokong kita, bukan kepada mangsa musibah. Kita tidak tahu kitab dari mana Umno ini belajar.

Sepatutnya 10 ulama muda dalam Umno mesti membaca kita bab sedekah, bab derma, bab memberi bantuan kepada mangsa yang diperlukan kepada ketua-ketua bahagian, ketua-ketua cawangan seperti ini. Tapi nampaknya ulama muda ini macam tidak ada ilmu tentang itu.

Inilah imej Umno, memberi bantuan, memberi apa-apa saja hanya kepada kroni, ‘orang kita’ dan mereka tidak peduli tentang ‘orang berhak’.

Ketika kejadian THUNASI beberapa tahun yang lampau di Kuala Muda Kedah, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendapat aduan dari rakyat di mana bantuan yang mereka terima tidak sepatutnya. Saya dengan beberapa pegawai lain turun ke Kuala Muda. Kami hampir menitis air mata melihat beberapa keluarga menyerah kepada kami tiga empat kilo beras yang bercampur dengan BATU-BATU TAR.

“Tengoklah, begini yang diberi untuk kami makan” kata seorang mangsa thunami. “Beras yang bercampur dengan anak-anak batu,” kata mereka. Itu tidak dikira lagi bagaimana tilam-tilam bertimbun-timbun tidak diberi kepada mangsa waktu itu, tidak di kira lagi bagaimana ‘pegawai’ mereka membuat tuntutan sebuku sabun mandi rm2.50 ketika ‘berkorban sukarela’ di Kuala Muda.

Kenapa jadi begitu? Rupa-rupanya kawasan rumah tersebut dikenali sebagai puak-puak yang bukan Umno.

Dan banyak lagi tentang bantuan yang diagih dan diedarkan oleh Umno menjadi edar hanya kepada puak-puak, bukan kepada mangsa yang sepatutnya.

Kita sangat hairan, mengapa mereka yang bertanggung jawab hal ini masih bersikap begini. Apakah anggapan bahawa dengan memberi bantuan kepada ‘orang kita’ maka parti akan semakin kuat?

Mereka melakukan apa saja

Atas nama Umno yang berimej Umno, mereka akan melaklukan dalam semua bentuk dan semua perkara jika mereka diberi kesempatan.

Baru-baru ini saya sangat berbesar hati kerana mendapat surat DIANUGERHKAN BUDAYAWAN KEDAH dalam kategori sasterawan/penulisan. Saya diminta datang ke kedai tukang jahit di Alur Setar untuk mengukur sepersalinan baju Melayu tradisi.

Sangat berbangga kerana anugerah itu anugerah dari Kerajaan dan ia lanjutan dari anugerah yang pernah dibuat oleh kerajaan Umno dulu.

Anugerah Budayawan ini dikelolakan oleh Majlis Kebudayaan Kedah, di bawah Exco Kebudayaan, Kesenian dan Sokan, Dr. Hamdan Mohd. Khalib.

Majlis Kebudayaan Kedah ini saya pernah menjadi AJK lantikan selama dua tahun di tahun yang lalu. Majlis itu sebenarnya lanjutan majlis kebudayaan lama di zaman Umno dulu. Dalam ertikata yang lain semua AJKnya kebanyakan ahli Umno atau penyokong tegar Umno. Dr. Hamdan, walaupun Exco Kerajaan Kedah dari Pas, beliau nampaknya tidak ketauhi sangat karenah dan perjalanan Majlis Kebudayaan ini, disebabkan beliau masih baru, kurang pengalaman lagi. Bagaimanapun cara pengurusannya nampak sedikit mengalah dengan kepala-kepala ‘mantan’ Umno ini kerana mereka sangat pandai berpura-pura.

Apabila satu usul diluluskan tahun lalu supaya satu anugerah kepada budayawan disambung semula seperti yang diberi kepada Dato Shafie di Baling dulu dan Pak Arfini, maka tahun ini pun anugerah itu diteruskan.

Saya di antara empat orang yang dipilih diberi anugerah ini, demikian menurut surat dan diberitahu melalui telefon. Tapi apa sebenarnya yang berlaku?

Saya mendapat tahu, sebenarnya tidak ada nama Azizi Hj Abdullah. Tidak dicalonkan walaupun saya dianggap sebagai penulis dan budayawan yang agak lama berkecimpung di Kedah dan saya adalah anak Kedah.

Hanya empat nama sahaja dicalonkan. Dan nama-nama penal pemilih itu adalah dari kalangan Umno, penyokong Umno tapi kononnya di atas nama badan-badan kebudayaan. Ertinya baju lain tapi tubuh yang itu jugalah.

Saya tertanya-tanya kenapa nama saya tidak ada pun. Atas sikap terbuka dan profesional, saya menerima kerana mungkin yang dipilih itu lebih baik dari saya.
Tapi bila diselidik yang dipilih itu tak seberapa pun tapi kerana mereka adalah anggota Majlis Kebudayaan dan mereka jugalah yang menjadi pemilih, maka mereka sendirilah yang memilih mereka. Saya tertanya-tanya, kenapa tidak ada Murad Ibrahim, seorang tokoh budayawan yang menghabiskan usia dan tenaganya kepada budaya Kedah? Kenapa tidak ada tokoh lain lagi?

Kenapa pula saya yang tidak ada nama dalam senarai pemilihan, tiba-tiba tersangkut nama?

Rupa-rupanya sememangnya mereka tidak suka kepada orang Pas maka kerana itu mereka tidak memilih pun. Tetapi apabila nama-nama itu diserah kepada Menteri Besar untuk diluluskan, maka timbullah pertanyaan, mana dia Azizi Abdullah? Maka terkial-kiallah jadinya.

Dr. Hamdan sangat sedar hal itu tapi sebagai orang profesional beliau tentulah tidak mahu menunjukan besar kepalanya kerana baginya penal yang memilih itu tentulah dari kalangan profesional. Rupa-rupanya mereka hanya dari penal Umno totok.

Maka, apakah saya dianggap sebagai budayawan parti politik Pas atau bertaraf negeri?
Saya tidak mahu mengulasnya. Tetapi penal dari kalangan AJK Majlis Kebudayaan itu nampaknya tidak terbuka intelektualnya dan masih dikongkong oleh karat-karat Umno maka kerana itu mereka pilih ‘orang depa’ saja sebagai Budayawan Kedah. Haa...haaa...hebat.

Demikianlah apabila kita nak menyebut tentang Umno dan cara pemilihan mereka sejak dulu, kini dan selamanya.

Persoalan Strategik Menjelang PRU13

Oleh Ruhanie Ahmad

Banyak pihak meramalkan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan diadakan pada tahun 2011 walaupun tempoh Parlimen ke-12 hanya akan berakhir pada Mac 2013. Spekulasi ini mengundang pelbagai persoalan strategik mengenai kesiap-sediaan BN menghadapi PRU berkenaan.

Pertama, dalam keadaan BN mutakhir ini tidak mempunyai majoriti yang mantap di peringkat parlimen apakah faktor-faktor yang menyebabkan BN berhasrat mengadakan PRU13 tahun depan dan cukup yakin untuk memenangi dengan majoriti lebih selesa daripada PRU12?


Kedua, oleh sebab BN tidak menguasai kerajaan negeri Kedah, Pulau Pinang, Selangor, dan Kelantan menerusi PRU12, apakah faktor-faktor yang memungkinkan keputusan sebaliknya jika PRU13 diadakan tahun depan?

Ketiga, oleh kerana PRU adalah proses di mana parti pemerintah menyerahkan kembali kuasanya kepada rakyat bagi membolehkan mereka memutuskan sama ada mandat kekuasaan tersebut akan diserahkan semula atau sebaliknya, adakah BN akan mengadakan PRU13 pada 2011 jika ianya belum yakin mengenai pola sokongan pengundi terhadapnya?


Lantaran itu wajar dipersoalkan seluruh faktor yang mendorong kemungkinan BN mengadakan PRU13 pada 2011 dan juga pola sokongn pengundi kepada BN dalam PRU berkenaan. Persoalan ini perlu membabitkan BN selaku parti pemerintah, komponen BN selaku pengendali PRU13 di peringkat negeri, dan rakyat jelata selaku pengundi.


BN selaku pemerintah

Persoalan di peringkat ini difokuskan kepada aspek berikut: Satu, sudahkah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak mengatasi majoriti sebab kenapa BN gagal mendapatkan kelebihan suara yang besar di peringkat parlimen dan kehilangan kuasa di Kedah, Pulau Pinang, dan Selangor, di samping gagal menawan semula Kelantan daripada PAS, dalam PRU12?

Dua: adakah pelbagai dasar, strategi, dan program pembaharuan sosio-politik dan ekonomi yang diperkenalkan oleh kerajaan BN sejak awal 2009 (1Malaysia rujuk Utusan Malaysia 27 Jun 2009; NKRA rujuk pmr.penerangan.gov.my; dan Model Baru Ekonomi rujuk Bernama 2 Mei 2009) sudah menerima legitimasi penuh daripada segolongan besar rakyat? Atau, adakah keseluruhan transformasi ini masih boleh menyebabkan sokongan majoriti pengundi terhadap BN mungkin terhakis menerusi PRU13?

Tiga: adakah persepsi rakyat terhadap kerajaan BN yang terhakis sewaktu pemerintahan sebelumnya sudah mampu dipulihkan ke tahap yang selesa untuk membolehkan PRU13 diadakan dalam tempoh terdekat ini?

Empat: adakah kecelaruan dalam Pakatan Rakyat (PR) serta kontroversi dan kesembronoan pemimpin tertingginya mutakhir ini menyebabkan majoriti pengundi berasa muak terhadap PR sehingga diterjemahkan dalam bentuk undi yang memihak kepada BN dalam PRU13?

Seluruh persoalan di atas memerlukan kajian teliti, terperinci, dan komprehensif oleh jentera-jentera risikan politik dan sosio-ekonomi kerajaan BN di semua peringkat. Kesemuanya memakan masa untuk memperolehi kesimpulan muktamadnya.

Kerajaan BN akan mendapat gambaran sebenar sokongan pengundi terhadapnya menerusi kajian di atas. Berikutan itu, BN perlu melakukan pelbagai program koreksi sekiranya wujud kelemahan, dan melaksanakan konsolidasi yang lebih rapi jika keputusannya cukup menggalakkan.

Jika kesemua ini diambilkira, adakah logik PRU13 diadakan tidak lama lagi? Sebaliknya, tidakkah ini membayangkan bahawa spekulasi PRU13 diadakan pada 2011 adalah sesuatu yang sukar untuk dirasionalkan sebab-sebabnya?


Komponen BN

Kepimpinan BN sebelum ini meninggalkan legasi negatif kepada sesetengah komponennya, terutama sekali di Malaysia Semenanjung. Lantaran itulah tercetus nada-nada sumbang yang menjejaskan permuafakatan serta wibawa BN. Walaupun ditegur oleh Najib dan kepimpinannya, nada-nada tersebut kelihatan belum reda, malah seolah-olah masih menggelegak dan terus membara.

Manifestasi serta impak perkembangan ini terpancar menerusi keputusan beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK) di Terengganu, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, dan Sarawak sepanjang tempoh 2008 hingga 2010.

Hanya PRK di Sabah dan Kelantan baru-baru ini sahaja memberikan hasil positif kepada BN. Ini boleh dijadikan indikasi bahawa segolongan pengundi mungkin sudah muak dengan apa yang sedang berlaku dalam PR. Tetapi, tidakkah indikasi ini perlu dipastikan semasak-masaknya sebelum tergesa-gesa diadakan PRU13?

Pada waktu yang sama, UMNO, MCA, MIC, dan Gerakan selaku komponen terbesar di Malaysia Semenanjung masih dan sedang menjalani fasa transformasi untuk mengukuhkan jenteranya dan memulihkan kredibilitinya supaya sokongan bukan Melayu terhadap BN mampu dipulihkan. Selagi usaha ini masih samar-samar dan belum menunjukkan indikasi positif, adakah wajar PRU13 diadakan pada tahun 2011?

Apa yang diumumkan oleh Najib mengenai kepelbagaian keanggotaan BN di samping usaha mewujudkan Rakan Muda BN dan Kelab Sahabat BN baru-baru ini adalah sebahagian contoh utama mengenainya (rujuk Utusan Malaysia 20 November 2010 dan 27 November 2010).

Selanjutnya, sudahkah UMNO selaku tunggak BN, khususnya di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, dan Kelantan, diperkukuhkan semula organisasi dan komitmen perjuangannya untuk menang dengan cemerlang dalam PRU13?

Najib mengumumkan akan melakukan pembaharuan dalam hiraki kepimpinan UMNO. Ini belum dilaksanakan dan ini juga memerlukan masa untuk mengukuhkan legitimasi hiraki kepimpinan yang baru.

Sementara itu, penangguhan pemilihan kepimpinan UMNO yang diumumkan baru-baru ini tidak boleh dijadikan petanda bahawa PRU13 akan diadakan tidak lama lagi. Langkah itu mungkin untuk membolehkan UMNO melakukan pembaharuan menyeluruh dan besar-besaran.

Dan, oleh kerana tempoh Dewan Undangan Negeri Sarawak dijangka berakhir pada pertengahan 2011, adakah wajar PRU13 dilakukan serentak dengan PRU13? Bukankah lebih praktikal diadakan PRU DUN Sarawak sebelum PRU13?

Mengambilkira seluruh persoalan di atas serta kedudukan PR yang jelas sedang kucar-kacir, adakah benar tahun 2011 merupakan waktu terbaik bagi BN mengadakan PRU13? Tidakkah wujud kebijaksanaan lain untuk membuktikan bahawa seluruh komponen BN masih memerlukan penggemblengan kekuatan dan permuafakatannya menjelang PRU13?


Persepsi pengundi

Persepsi pengundi terhadap pemerintahan BN adalah determinen penting kepada sesuatu PRU atau PRK. Determinen ini sukar untuk diapa-apakan bagi sesuatu PRK. Tetapi, ia boleh diperbaiki jika didapati kurang menyakinkan menjelang sesuatu PRU.

Oleh itu, sesiapa sahaja, berasaskan perkembangan yang wujud mutakhir ini, boleh meramalkan bahawa PRU13 akan diadakan pada 2011. Tetapi, apa faedahnya PRU13 tahun depan jika keputusannya belum dipastikan lebih memihak kepada BN?

Dalam konteks ini, apakah persepsi pengundi terhadap BN dan PR? Adakah kenyataan dan perilaku sembrono PR menguntungkan BN? Adakah segolongan pengundi akan terus menyokong PR walaupun ianya terbukti kucar-kacir di Selangor dan penuh kontroversi di Pulau Pinang?


Banyak perkara perlu dijalankan mengenai hal ini. Sudahkah BN menjalankan kajian menyeluruh terhadap sikap dan persepsi pengundi terhadapnya di peringkat nasional, negeri, kawasan pilihan raya dan kawasan peti undi? Apakah sistem pembacaan serta pemantauan sikap ini sistematik dan efektif?

Maka, terbuktilah di sini bahawa BN memerlukan masa secukupnya untuk mendapatkan kepastian terhadap persoalan di atas kerana proses pembacaan sikap dan pemantauannya adalah rumit dan panjang. Mustahil BN akan mengadakan PRU13 sebelum usaha-usaha ini dibereskan.

Hakikatnya demikian kerana persepsi dan sikap pengundilah yang akan dijadikan asas penggubalan manifesto PRU BN dan juga bagi panduan dalam pemilihan dan penentuan calon-calon BN di peringkat Parlimen dan DUN.

Dalam PRU13, BN tidak boleh menyediakan manifestonya secara sembarangan kerana PRU12 membuktikan “kad laporan BN” (Bernama 21 Februari 2008) yang seolah-olah mempersendakan kebijaksanaan pengundi, merupakan antara faktor yang menigkatkan kemuakan pengundi terhadap BN dalam PRU12 (rujuk kuda-kepang.blogspot.com. 22 Februari 2008).

Contohnya, ‘kad laporan’ BN dalam PRU12 mendakwa prestasi kerajaan BN dalam ekonomi membuahkan perdagangan antarabangsa yang rancak dan menguntungkan. Maksudnya, ekonomi negara ketika itu sihat dan indeks kesejahteraan rakyat berada dalam tahap cukup selesa (Utusan Malaysia 8 Februari 2007, 16 Februari 2007, dan 22 Februari 2008).

Bagaimanapun, keputusan PRU12 membuktikan bahawa dakwaan itu meleset dan pengundi berasa marah dengan ilusi ekonomi yang dibentangkan oleh kerajaan BN kepada mereka.

Demikian juga dengan soal rasuah. Jika dalam manifesto BN bagi PRU11 pada tahun 2004, soal anti-rasuah mendominasikan agenda kerajaan BN, elemen ini langsung tidak disebut dalam ‘kad laporan’ BN bagi PRU12. Ironi ini juga membawa padah kepada BN (rujuk laporan Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia 7 November 2003, 12 Disember 2003, 13 Januari 2004, 9 Februari 2004, 13 Februari 2004, 15 Februari 2004, 16 Februari 2004, 18 Februari 2004).

Begitu juga dengan proses memilih dan menentukan calon. Dalam PRU12, dakwaan dan desas-desus bahawa pemilihan dan penentuan calon kononnya hanya dilaksanakan oleh segelintir insan di keliling kepimpinan tertinggi ketika itu, gagal dinafikan untuk mengukuhkan sokongan pengundi terhadap BN (rujuk Kamalamir dalam Malaysia Today 18 Februari 2008).

Pada waktu yang sama, terdapat dakwaan bahawa “ada golongan muda telah membuat percubaan untuk mengambil alih kepimpinan negara secara terurus dan terancang melalui PRU12” tetapi gagal akibat tsunami politik yang melanda negara (rujuk Utusan Malaysia 11.3.2008).

Seluruh persoalan dan hujah ini membuktikan bahawa persepsi dan sikap pengundi perlu diurus dan diperbaiki menjelang sesuatu PRU. Proses pemilihan calon juga wajar dilaksanakan secara telus bagi memastikan konsensus kepimpinan semua peringkat BN.

Kesimpulan

Oleh kerana tempoh Parlimen ke-12 hanya akan berakhir pada MAC 2013, mengapakah BN diramalkan akan mengadakan PRU13 pada tahun 2011?

Persoalan-persoalan strategiK terhadap BN selaku parti pemerintah, komponen BN selaku pelaksana PRU13, dan rakyat selaku pengundi bagi PRU13, menggambarkan bahawa BN masih memerlukan masa bagi memantapkan kekuatannya menjelang PRU13.

Lantas, logikkah untuk meramalkan bahawa PRU13 akan diadakan tahun depan? Jika ramalan itu tepat, apakah peluang BN dalam PRU berkenaan?