Sabtu, 11 Disember 2010

KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT KEDUA 2010

Pakatan Rakyat akan mengadakan Konvensyen Pakatan Rakyat Kedua pada 19hb Disember 2010 di Dewan Millenium, Kepala Batas. Pulau Pinang.

Aturcara Konvensyen adalah seperti berikut:


ATURCARA
KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT KALI KEDUA

Tarikh         :     19 Disember 2010 (Ahad)
Masa           :     8.30 pagi – 5.00 petang
Tempat       :     Dewan Millenium, Kepala Batas
                           Pulau Pinang

08:30 - 08:50       Pendaftaran Peserta dan Tetamu Jemputan
08:50 - 09:00       Pemeriksaan Perbarisan Pemuda Pakatan Pulau Pinang dan Persembahan Kebudayaan
09:00 - 10:30       Perasmian oleh Pemimpin Tertinggi Ketiga Parti
10:30 - 11:00       Rehat dan Lawatan Pameran Negeri-negeri Pakatan
11:00 - 11:45     Pembentangan Kertas Kerja Utama Konvensyen oleh Wakil Ketiga-     tiga Parti
11:45 - 01:00       Perbahasan oleh wakil-wakil parti
01:00 - 02:30       Rehat
02:30 - 04:00       Sambungan Perbahasan oleh wakil-wakil parti
04:00 - 05:00       Penggulungan oleh Pemimpin Tertinggi Ketiga-tiga Parti

Konvensyen kedua Pakatan elak debat negara Islam, kata Anwar

KUALA LUMPUR, 11 Dis – Sebagaimana dijangkakan, Pakatan Rakyat (PR) akan mengelak isu-isu sensitif, antaranya dasar negara Islam yang hendak dibawa PAS, sebaliknya hanya akan memfokus isu-isu kepentingan bersama ketika konvensyen perikatan tiga parti itu hujung minggu depan.
Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) mengetepikan cakap-cakap mengenai pendirian terbaru PAS yang mahu meneruskan usaha menubuhkan negara Islam jika mengambil alih Putrajaya dengan berkata, konvensyen itu bukan tempat untuk membawa isu berkenaan.
“Dalam mesyuarat tadi, Hadi hadir, Mustafa Ali juga hadir dan mereka menjelaskan bahawa isu-isu yang akan fokus adalah isu bersama,” katanya.
Datuk Seri Abdul Hadi Awang merupakan Presiden PAS manakala Datuk Mustafa Ali adalah setiausaha agungnya.
“Mengapa seharusnya kita membawa isu-isu yang belum ada konsensus bersama. Keputusan kami sebagai Pakatan Rakyat adalah berdasarkan konsensus,” kata Anwar kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat majlis presiden PR di sini hari ini.
Anwar menjelaskan keputusan itu tidak bermakna PR tidak meletakkan keutamaan terhadap soal Islam yang merupakan agama rasmi negara ini.
“Bagaimanapun (ketika konvensyen), kami sebagai PR akan bergerak bersama dalam soal isu, agenda yang kami telah bersetuju secara bersama,” kata Anwar lagi.
Hadi yang turut hadir pada sidang media itu tidak mengulas mengenai kenyataan beliau mengenai isu negara negara Islam sebelum ini.
Sebaliknya ketua parti Islam itu hanya memberitahu bahawa pertemuan kedua minggu depan merupakan “kemajuan” daripada konvensyen tahun lalu.
“Kami (mahu) bergerak ke depan hasil resolusi Shah Alam, yang bersandarkan pada Perlembagaan. Umno di sebelah lain telah gagal dalam mempertahankan prinsip-prinsip Islam,” kata Hadi.
Hadi juga enggan mengulas laporan mengenai isu bukan Melayu ditawarkan jawatan timbalan perdana menteri jika PR menguasai pilihan raya umum ke-13.
“Kami akan ikut apa yang termaktub dalam Perlembagaan dalam soal ini. Kami belum menang lagi ataupun menerajui kuasa (pemerintahan), jadi kami tidak boleh melakukannya, tidak boleh bercakap mengenainya lagi. Kami akan lakukan mengikut Perlembagaan Persekutuan,” kata Hadi.
“Jawatan timbalan perdana menteri tidak dibincangkan dalam mesyuarat majlis presiden hari ini, kecuali kami bersetuju bahawa apa jua pelantikan yang akan dibuat adalah berdasarkan pada Perlembagaan,” kata Lim Kit Siang pada sidang media itu.
Anwar juga berkata PR belum lagi memutuskan mengenai logo rasmi mereka.
Tambah beliau, ketiga-tiga parti belum memutuskan perkara itu lagi.
Bagaimanapun beliau tidak menjelaskan mengapa persetujuan gagal dicapai mengenai isu itu sehingga kini.
Berhubung soalan mengenai peruntukan kerusi pilihan raya umum ke-13, Lim berkata, PR belum sampai ke tahap itu lagi.
“Kami belum sampai tahap itu lagi, kami belum berbincang soal peruntukan kerusi yang sebenar dan kami akan menguruskannya selepas konvensyen,” kata Lim yang juga Penasihat DAP.
Anwar juga berkata, konvensyen PR kali ini akan memfokus agenda PR dalam memahami Perlembagaan dan juga isu-isu ekonomi dan pendidikan.
“Mengenai (PR mempunyai) dasar ekonomi formal, kami masih meneliti draf akhir tetapi apa yang kita boleh lihat ialah adanya satu konsensus dalam sesetengah aspek ekonomi, prinsip federalisme dan isu-isu lain yang akan diumumkan nanti, kemungkinan sebelum konvensyen, kerana kami ada mesyuarat majlis kepimpinan PR Rabu ini di (bangunan Parlimen),” kata beliau yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen dan Ahli Parlimen Permatang Pauh.
PR yang dibentuk April 2008 merupakan perikatan dianggotai PAS, PKR dan DAP.
Mereka memenangi lima negeri pada pilihan raya umum Mac 2008 dan 82 kerusi Parlimen tetapi beberapa wakil rakyatnya telah keluar parti sejak itu.
PR mengadakan konvensyen sulung di Shah Alam Disember lalu dan menerima Dasar Bersama.
ntuk April 2008 merupakan perikatan dianggotai PAS, PKR dan DAP.
Mereka memenangi lima negeri pada pilihan raya umum Mac 2008 dan 82 kerusi Parlimen tetapi beberapa wakil rakyatnya telah keluar parti sejak itu.
PR mengadakan konvensyen sulung di Shah Alam Disember lalu dan menerima Dasar Bersama.

Pakatan akan elakkan isu berduri di konvensyen

Seperti dijangkakan konvensyen Pakatan Rakyat yang dijadualkan Ahad depan akan mengelakkan isu-isu sensitif yang mungkin meretakkan hubungan ketiga-tiga parti komponen itu.

hadi awang, anwar ibrahim, lim kit siang, pakatan leadersBercakap kepada wartawan di inu pejabat PKR di Petaling Jaya, Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP Lim Kit Siang sepakat berkata agenda utama mereka adalah “membincangkan isu-isu yang sudah dipersetujui”.
Isu negara Islam
Ditanya sama ada isu negara Islam akan dibangkitkan pada konvensyen di Pulau Pinang itu, Anwar berkata Pakatan Rakyat akan hanya membincangkan isu yang telah dipersetui secara sepakat.

"Kita telah bincangkan pada mesyuarat tadi. Hadi ada bersama, Mustafa Ali juga ada dan mereka jelaskan bahawa isu yang akan difokus adalah isu bersama,” kata Anwar.

“Kenapa perlu dibawa isu yang kita tidak ada kesefahaman bersama? Keputusan kita bergantung kepada konsensus.

penang pakatan convention 211110 03"Isu martabatkan Islam adalah dalam kerangka perlembagaan dan sebagai seorang Muslim, kami di Pakatan akan bergerak bersama berhubung isu dan agenda yang kita ada konsensus,” katanya.

Selain memperkasakan agenda bersama gagasan itu, kovensyen kedua di Pulau Pinang minggu depan akan bertumpu kepada bagi mpertahankan perlembagaan negara dan membela rakyat segenap lapisan tanpa mengira agama dan bangsa.

Anwar yang juga ketua pembangkang berkata mereka akan membincangkan persiapan pilihan raya umum ke 13 dan membincangkan strategi masing-masing.

"Tapi untuk memperincikan isu pembahagian kerusi itu (perbincangan) akan diadakan kemudian (selepas konvensyen)," katanya.

azlanMesyuarat hari ini diadakan seminggu sebelum konvensyen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dan ketika Umno semakin ghairah memutar beliltkan isu ketuanan Melayu untuk membakar sentimen perkauman di negara ini.

"Kita ulangi keputusan dan muafakat kita bersama untuk mempertahankan agenda bersama pakatan rakyat dan mempastikan semua serangan dan fitnah Umno yang membangkitkan isu kaum dan cuba menghakis keyakinan masyarakat Melayu tidak memberi kesan kerana kita beri penegasan bahawa agenda kita berasas prinsip perlembagaan negara yang telah kita sepakati," katanya.
Semakin liar

Menurut Anwar berkata Umno semakin liar dalam menutup suara pembangkang dan ruang-ruang demokrasi yang sedia ada dalam usaha terdesak untuk memenangi pilihanraya umum akan datang.

NONELim pula berkata asakan Umno berpaksikan fitnah terhadap Pakatan Rakyat diperhebatkan sebelum pilihanraya umum.

"Baru-baru ini kita lihat kempen yang amat agresif BN yang menabur fitnah dusta (terhadap) parti-parti komponen Pakatan Rakyat yang menunjukkan mereka (BN) takut dan khuatir mengenai pengaruh Pakatan Rakyat," katanya.

Abdul Hadi berkata ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat sepakat untuk menentang tindakan-tindakan Umno yang membelakangkan perlembagaan dan mengangkat agenda bersama gagasan pembangkang itu.

"Kita telah meletakkan satu asas kukuh melalui kenyataan bersama dalam konvensyen pertama di Shah Alam yang berteraskan pada prinsip penting dalam perlembagaan yang berjaya melahirkan negara bermasyarakat majmuk.
TPM Cina

NONE“Apa yang perlu kita atasi ialah kegagalan BN dalam merealisasikan aspek yang diasaskan perlembagaan," katanya.

Ditanya wartawan mengenai isu pelantikan timbalan perdana menteri Cina jika Pakatan Rakyat membentuk kerajaan persekutuan, Abdul Hadi berkata mereka akan membuat keputusan berdasrkan perlembagaan negara.

"Kita belum menang ataupun ambil alih kuasa, jadi kita belum boleh lagi. Kita tidak boleh bincangkannya lagi tapi kita akan buat ikut perlembagaan (negara),” katanya.

DR ROZMEY TERIMA PADAH!!


 
Itulah akibatnya  orang yang bercakap besar  lagi sombong. Sepatutnya Dr Rozmey seorang yang berpelajaran bercakap biarlah beralas, jujur dan berpijak di bumi nyata. Bukan membangga diri dan memuji hasil kerja sendiri dengan cara yang amat keterlaluan, sedangkan filemnya belum lagi ditayangkan.

Cara Dr mempromosi filem macam memaksa orang ramai untuk pergi menonton. Pada hari ke-2 tayangan “2Alam” Dr Rozmey telah mengumumkan diakhbar Kosmo bahawa pungutan telah mencapai  RM2juta. Tetapi setelah tamat tempoh wajib tayang kita difahamkan hasil pungutan tiket tak sampai pun 1/2 juta. Jadi, siapa yang cuba berbohong?   dan adakah kita telah dibohongi?

Sekarang apa sudah jadi doktor?  Pungutan RM40 juta terlalu jauh dari jangkauan, macam langit dengan bumi ! Nampaknya Dr terpaksa menyepikan diri! dan hilang kata-kata.  Sudah tentu Dr Rozmey menanggung malu !! Setelah tamat tempoh wajib tayang,  kutipan tak sampaipun 1/2 juta.  Khabarnya filem “Ngangkung” hasil kerja David Teo Production tanpa promosi sehebat filem 2 Alam dalam tempoh seminggu telah berjaya memungut  RM3 juta  dan masih ada peluang memungut 5 atau 6 juta menjelang tamat tempoh wajib tayang.

Setahu penulis David Teo seorang Penerbit filem yang berpengalaman, tak pernah
pula meletak target atau angan-angan untuk dapat RM10 juta,.. jauh sekali 20 atau 40 juta  sebagaimana “Angan-angan Mat Jenin” Dr.Rozmey. Untuk makluman pembaca rekod pungutan tiket  filem Melayu tidak pernah melebihi RM7.6 juta.

 Walau bagaimana pun diharap Penerbit filem “2 Alam” ini akan sedar,  insaf, dan mahu belajar  dari kesilapan besar yang dilakukannya!!......   dan di bawah ini saya paparkan beberapa petikan komen peminat dan  komen Dr.Rozmey sendiri.

 “Perjalanan cerita ini sesuai ditonton oleh setiap lapisan masyarakat.Garapannya menarik dan hasil sentuhan krew produksi mampu mengangkat filem ini sebagai filem terbaik selepas 40 tahun,”   kata Dr Rozmey seorang pemburu mimpi !                            (Dr Rozmey barangkali minat sangat dengan angka 40)

Ini  pula diantara kata-kata peminat filem Melayu dalam fb
 “ Kami ni bukan nak boikot filem ni sangat tapi menyampah betul  dengan kenyataan dia tu ..  Kami  nak buat dia sedar jangan rasa diri tu bagus sangat,,… boleh kutip 40 juta..  Cakap sekali dua  tak apalah! …….Ini hari2..”

Oleh : rahimothman

Pakatan to focus on coalition building, unity ahead of snap polls

Hadi, Anwar, Kit Siang
Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle

With an eye on possible snap general elections, Pakatan Rakyat will focus on coalition building, unity and strengthening its Common Policy Framework when it holds its much-watched convention next weekend in Penang.

The coalition's top leaders said they will not be diverted by "smaller issues" such as a common logo, especially when the BN-friendly Registrar of Societies was not likely to approve their application for formal registration as a bloc.

"We must follow the beat of our own drum. Why should we allow ourselves to be roiled by the Umno-BN who have no interest but to see us split and fighting amongst ourselves," Opposition Leader and Pakatan de-facto head Anwar Ibrahim told reporters.

He was speaking at a joint press conference after chairing a leadership council meeting that included PAS president Hadi Awang and DAP adviser Lim Kit Siang.

Speculation had been rife that Pakatan would put topmost on the convention's agenda its preparations for the next general election. Nonetheless, DAP adviser Lim Kit Siang said the nuts-and-bolts issues such as seat distribution amongst the three partners would only be discussed after the convention.

"There is time, no hurry. We will look into it after the convention," Kit Siang told reporters.

Will not be distracted by Umno-BN

According to Anwar, education, Islamic matters, joint economic policy were among the main issues that would be discussed and debated at the convention.

Reporters again rushed to ask if the matter of turning Malaysia into an Islamic state would be discussed. This issue has long been used as a bogeyman by the Umno-BN to scare non-Malay voters away from PAS, which aspires to establish hudud law for Muslims in the country.

It has also been used to drive a wedge between PAS and the secular DAP. However, Malaysia's constitution prohibits turning the country into an Islamic state unless the party that wanted it had a two-thirds majority in the 222-seat Parliament.

Pundits have pointed out it would be impossible for PAS to single-handedly achieve its Islamic dream. At the same time, they also questioned why Umno - which has often proclaimed itself the defender of the Muslims - had not turned Malaysia into an Islamic state when it held two-thirds majority in Parliament from 1957 to 2008.

"Umno has twisted the constitution to its advantage. It claims to be the champion of the Malays. Yet who are the ones who have mortgaged Malay land, the nation's land. Who has grabbed power through corrupt means and with the aid of people like APCO (a Zionist-linked communitcatipns firm)," said Anwar.

"Umno attacked us and labelled us as ‘Malay traitors’. We are not given a chance do defend ourselves. Umno manipulates the mainstream media and what ever justifications we give are not even published in media. Tell me, why should we let them dictate our rhythm."

UM poll on PKR unreliable and inaccurate, says student leader

Non-stop attacks on Anwar - the glue that binds Pakatan
Malaysia Chronicle

The survey on PKR's popularity with voters conducted by a unit at the Universiti Malaya is unreliable, even to the point of being bogus, as many of the respondents were the student helpers themselves and their friends and families living in places outside of the designated sample area of Klang Valley.

Although the results of this poll have not created significant impact on PKR or Opposition Leader Anwar Ibrahim, it is being used by the BN-controlled mainstream media to attack PKR ahead of the Pakatan Rakyat convention due next weekend.

"I have seen the email that is going around the campus (that students were used in the poll) but we try to put a positive face on the matter. We will take this in a positive way and try to improve ourselves," Anwar told reporters this afternoon when asked about the possibility of deliberate sabotage to smear PKR.

"As we have pointed out, it is highly suspicious that this so-called independent unit in the UM would specially choose to carry out the survey during the PKR direct elections. We do not know if it was commissioned by the Trojan horses that have since been kicked out of PKR or by BN elements for the purpose of inflicting damage on Pakatan," PKR vice president Tian Chua told Malaysia Chronicle.

Commissioned as a tool to be used against Pakatan

Zaid quit in a huff - due to form new party in Jan
The UM poll was conducted by the Democratic Research and Elections Centre during the PKR historic direct elections held last month. It had sought the opinion of 1,124 respondents aged between 20 and 50 from the opposition strongholds of Cheras, Bandar Tun Razak, Titiwangsa, Ampang, Bukit Bintang, Subang Jaya, Wangsa Maju and Lembah Pantai.

Only 35 per cent of the respondents said they would continue to support the PKR while 22 per cent said they are fence-sitters. The poll also found that 52 per cent of respondents said the PKR party crisis had affected their confidence in the party and in its leader Datuk Seri Anwar Ibrahim, while 29 per cent thought otherwise. The remaining 19 per cent were unsure.

But despite the findings that PKR was losing ground, party supporters have been largely unruffled by the survey results, which have also failed to gain traction with average Malaysians.

"Many people see the name Universiti Malaya and they know it is controlled by the Umno-BN. There is also speculation that Zaid Ibrahim and his supporters are still trying all ways and means to discredit PKR. One tactic an enemy would adopt would be to commission a so-called independent survey at a time when it is ceaselessly attacking PKR and Anwar. It only reflects the depth of their treachery," PKR veteran Eddie Wong told Malaysia Chronicle.

Email whistle-blower

An email sent by a former student leader still involved in the UM student body to Malaysia Chronicle appears to bear out the sabotage theory. The student leader has asked not to be named, but has minced no words in describing the manner in which the 'survey' was conducted.

According to him, the survey was held without proper monitoring and guidance. Student helpers were even allowed to fill out the questionnaires themselves rather than canvass for genuine replies from voters within the Klang Valley.

"The research authority used their students as research group. These students who became the ground researchers were briefed only once and the survey forms were distributed to them without any double checking on the methodology of collecting data by these students. Based on these two factors, hence, I believe that there are some issues in the research which accuracy is in question due to forgery," the student leader told Malaysia Chronicle.

Malaysia Chronicle appends below the email (original text in Bahasa Malaysia) and the English translation for readers' perusal

Greetings,

Sorry for the interruption. I just want to share my views. I see many authorities are using UM's recent research on PKR to destabilize DSAI and the party

I don't deny that the recent party election left an impact on the image of party and DSAI himself. However, please note that from the view of democracy principle, the direct election is good.

Yesterday, I had a discussion with a good friend of mine who is also the Ex co of ABIM and former research assistant to UM's Dean. Based on the discussion, I came to conclusion that there is an issue on the 'reliability' of the research based on certain matters:

1) The research authority used their students as research group

2)These students who became the ground researchers were briefed only once and the survey forms were distributed to them without any double checking on the methodology

of collecting data by these students

Based on these two factors, hence, I believe that there are some issues in the research which accuracy is in question due to forgery:

1) My friend himself is the respondent

2)In the survey report, it is mentioned that the respondents are from Klang Valley but there are some students, the ground researchers, went back to hometown and distributed the survey forms to their relatives who are staying out of Selangor and Klang Valley.

3)There is also an allegation that students themselves took the survey and distributed the survey forms among themselves(as how some undergraduates do...hehe..)

Salam,

maaf ganggu, sekadar ingin berkongsi pandangan. Saya lihat banyak
pihak mainkan isu kajian UM utk melemahkan DSAI dan Keadilan.

Tanpa saya menafikan bahawa pemilihan keadilan yang lepas memberikan
kesan dari segi imej parti dan DSAI walaupun dari segi prinsip
demokrasi ini sebenarnya baik.

Semalam saya berbincang dengan kawan rapat saya yang juga exco ABIM
dan bekas penyelidik kepada Dekan UM yang mengepalai kajian ini.
Berdasarkan perbincangan itu saya dapat konklusikan bahawa berlaku
masalah "reliability" dalam kajian tersebut berdasarkan beberapa
perkara:

1. Badan tersebut menggunakan pelajar mereka sebagai ground researcher.

2. Pelajar2 ini yang menjadi ground researcher ini hanya diberi
taklimat sekali dan diserahkan borang survey tanpa dipantau respondan
dan motodologi survey yang dilakukan oleh pelajar2 ini.

akibat daripada dua faktor ini, berlaku beberapa isu yang saya rasa
kajian ini tidak tepat kerana berlaku penipuan.

1. kawan saya sendiri menjadi respondan kepada 3 borang survey.

2. dalam laporan survey mengatakan respondan adalah sekitar selangor
dan lembah klang, sedangkan ada pelajar2 ini yang balik ke kampung dan
serahkan kepada orang2 kampung dan sanak saudara yang berada di luar
Selangor dan Lembah Klang.

3. ada juga laporan mengatakan mereka tandakan survey sendiri dan
agih2kan survey dikalangan mereka (spt yang sering dilakukan oleh
segolongan mahasiswa...hehe..)

Pakatan Akan Adakan Pilihanraya Negeri Berasingan

Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI

PETALING JAYA: Pakatan Parti Pembangkang tidak menolak kemungkinan mengadakan pilihan raya secara berasingan di peringkat negeri pada pilihan raya akan datang.

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu mungkin boleh berlaku kerana kuasa pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah hak kerajaan negeri.

Anwar berkata, perkara itu akan diputuskan bersama kerajaan negeri dan pihak mereka masih menilai pilihan yang ada sebelum pilihan raya.

"Secara berasingan atau tidak terserah kepada kerajaan negeri dan kita akan putuskan bersama kerana kita ada pilihan, bagaimanpun itu adalah kuasa pihak kerajaan negeri," katanya pada sidang akhbar khas selepas Mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat di sini, Sabtu.

Sidang media itu turut dihadiri oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Dalam pada itu Anwar berkata, pihak pembangkang sedang giat membuat persiapan bagi menghadapi pilihan raya yang dijangka akan diadakan pada tahun depan dan telah pun berjumpa dengan semua pengarah pilihan raya parti untuk perincian strategi.

Mengenai pembahagian kerusi, ia akan dibincangkan lebih lanjut selepas Konvensyen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang pada 18 Disember depan, katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai konvensyen yang bakal berlangsung di Dewan Millenium Kepala Batas itu, Anwar berkata konvensyen itu akan menfokuskan mengenai isu dasar parti selain menekankan aspek ekonomi, sosial yang menyangkut kepentingan rakyat.

Katanya, pemahaman mengenai aspek perlembagaan juga akan ditekankan kepada semua pimpinan supaya ia jelas.

"Konvensyen itu nanti akan lebih ditumpukan kepada memperkuatkan isu-isu dasar supaya ia jelas di semua peringkat dan strategi untuk pilihan raya juga akan turut dibincangkan," ujarnya.

Dalam pada itu, Anwar berkata draf ucapan dasar pada konvensyen itu nanti telah berada di peringkat akhir dan pihak pakatan telah sepakat dengan dasar yang terkandung yang berkaitan dengan rakyat.

"Kita akan maklumkan mengenai dasar itu sebelum berlangsung konvensyen itu. Mungkin pada minggu depan," katanya. - mStar

Kepincangan Pemilihan PKR terus didedah

pemilihan 2010Oleh Nazli Ibrahim
PETALING JAYA: Kepincangan dalam Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berakhir baru-baru ini terus didedahkan satu-persatu oleh calon Pengerusi Tetap Angkatan Muda Keadilan (AMK), Amizudin Ahmat dalam blog sharpshooter.blogspot.
Beliau mendakwa tiada laporan keputusan terperinci bagi cabang-cabang Negeri Sarawak di laman web rasmi PKR seperti mana keputusan cabang-cabang lain.

Pengendali blog tersebut turut mempertikaikan apabila keputusan pemilihan di cabang-cabang lain seluruh negara yang dipaparkan di laman web yang sama sebelum ini secara tiba-tiba hilang sehari selepas beliau mendedahkan beberapa keputusan yang meragukan.
Malah katanya, ketika Kongres berlangsung, Pengerusi Tetap AMK hanya mengumumkan Shamsul Iskandar Mohd Akin sebagai pemenang tanpa mengumumkan berapa jumlah undi yang diterima oleh Shamsul dan lawannya Badrul Hisham Shaharin.
Berdasarkan rekod, belum pernah terjadi dalam mana-mana pertubuhan politik, NGO mahupun SPR sendiri yang mengumumkan keputusan rasmi pemilihan tanpa menyatakan jumlah undi yang diterima oleh calon-calon.
Analisa yang dibuat oleh pengendali blog itu turut melaporkan calon Ketua AMK, Badrul Hisham telah berjaya menewaskan pencabarnya, Shamsul bagi cabang-cabang di seluruh Semenanjung dengan majoriti 119 undi.
Pertikaian belum dijawab
Namun Badrul Hisham tewas teruk di tiga cabang di Sabah dengan jumlah kehadiran pengundi yang meragukan seramai 600 orang di Cabang Batu Sapi sekaligus menjadikannya satu pertikaian besar yang belum dijawab oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat.
Beliau menggesa pemimpin PKR agar tidak menyalahkan mana-mana pihak yang melaporkan kepincangan yang berlaku, sebaliknya hendaklah menyalahkan pihak-pihak yang melakukan kepincangan tersebut.
Sementara itu, dalam satu entri yang lain dalam blog yang sama, menggesa agar Ketua Umum PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim tidak memandang ringan dan mengambil mudah terhadap keputusan soal selidik yang dijalankan oleh Universiti Malaya (UM) kerana ia bukanlah propaganda yang datangnya dari pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional.
Keputusan yang dijalankan oleh Pusat Demokrasi dan Pengajian Pilihan Raya UM (Umcedel) baru-baru ini, mendapati 52 peratus daripada 1,124 responden berkata konflik dalaman PKR telah menghakis keyakinan terhadap kepimpinan Anwar manakala 49 peratus pula berpendapat mereka kecewa dengan PKR.

Konvensyen Pakatan Rakyat : Pertahan Agenda Bersama

PETALING JAYA 11 DIS : Pakatan Rakyat hari ini mengulangi pendirian mempertahankan agenda bersama yang dipersetujui pada konvensyen Shah Alam lalu serta mempertahankan prinsip Pakatan Rakyat dan kesetiaan pada perlembagaan negara.
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap segala fitnah dan tohmahan Umno mengenai PR tidak berkesan kerana hubungan parti PR terus kukuh.
"Kita ulangi keputusan dan pastikan semua serangan dan fitnah Umno, tak beri kesan kerana berikan penegasan agenda berdasarkan isu prinsip perlembagaan negara,"
Beliau berkata demikian selepas mesyuarat Kepimpinan PR di ibu pejabat PKR hari ini.
Mesyuarat ini turut membincangkan mengenai hal-hal yang akan dibincangkan untuk Konvensyen PR di Pulau Pinang bermula 19 Disember ini.Turut bersama adalah wakil PAS dan DAP diketuai Haji Hadi dan Lim Kit Siang.
Hadi menegaskan bahawa pendirian dan perjuangan PR adalah berlainan dengan apa yang dibawa BN.
Lim Kit Siang pula menyatakan kepentingan konvensyen PR yang akan diadakan di Pulau Pinang minggu hadapan.

Umno perlu buktikan membela Melayu bukan untuk undi

KUALA LUMPUR, 11 Dis: Umno yang melaungkan ketuanan Melayu dan mendakwa sebagai pembela bangsa dipersoal kenapa tidak mempedulikan nasib orang Melayu di Serawak yang tercicir dari pelbagai aspek.
Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri itu, Saimon Kila @ Nor Huzaifah Zainon berkata, walaupun  Umno tidak ada di Serawak tetapi sebagai parti yang mengetuai kerajaan Pusat mereka masih boleh membantu memperbaiki taraf hidup serta meyelesaikan masalah - masalah orang Melayu di sini.

"Sebenarnya tiada alasan (untuk tidak membantu Melayu Serawak), melainkan slogan ketuanan Melayu yang dilaung-laungkan itu sendiwara, hanya untuk meraih sokongan (undi) dalam pilihan raya untuk mengekalkan kuasa.
"Kerana di Serawak mereka tidak bertanding jadi orang Melayu di sana tidak dipedulikan sangat," kata beliau.
Bagaimanapun beliau percaya, Umno tidak mampu membela nasib orang Melayu di Serawak kerana di semenanjung pun masalah orang Melayu tidak dapat mereka selesaikan.
"Felda yang menjadi antara agensi utama untuk menaikkan taraf hidup orang Melayu pun kami dengar banyak kepincangan serta penyelewengannya.
"Sedangkan agensi itu ditadbir orang Melayu yang juga pemimpin Umno," kata beliau kepada Harakahdaily ketika ditemui sebelum pulang ke Serawak selepas menyertai rombongan rakyat tertindas daripada Sabah dan Serawak ke Kuala Lumpur dan Kelantan bermula Isnin lalu.
Rombongan tersebut datang atas undangan Lujnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.
Antara program yang diadakan sepanjang lawatan rombongan daripada dua negeri itu ialah pertemuan dengan ahli parlimen Pakatan Rakyat, serahan memorandum isu rampasan tanah dan penindasan rakyat Sabah dan Serawak kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), jamuan makan malam rakyat marhaen di Kajang serta bertemu Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Sebahagian besar rombongan itu turut disertai wakil kaum Penan dan masyarakat bukan Islam.
Menurut Huzaifah, sebahagian besar orang Melayu di Serawak mengalami nasib hampir sama dengan kaum-kaum bumiputra lain khususnya kemiskinan serta menghadapi masalah tanah melibatkan pampasan tidak adil dan rampasan.
Orang Melayu Serawak juga katanya, sukar merebut peluang-peluang ekonomi di negeri itu ekoran amalan pentadbiran kerajaan negeri tidak membuka persaingan yang adil khususnya untuk rakyat biasa yang kekurangan modal dan tidak mempunyai status tinggi dalam masyarakat.
"Sebab itu orang selalu menyebut kekayaan di Serawak hanya berlegar dikalangan orang sama sahaja, orang yang menjadi kroni pemimpin utamanya.
"Dikalangan orang Serawak ketika ini sudah popular dengan ungkapan pemerintahan 'rambut putih' lebih teruk dari orang putih", ujar beliau dipercayai merujuk kepada Ketua Menteri Serawak Tan Sri Taib Mahmud.
Kata beliau juga, dikawasan-kawasan tertentu dalam negeri Serawak ada penduduk Melayunya lebih teruk nasib mereka berbanding kaum-kaum lain.
Katanya, jika Umno ikhlas bercakap tentang mengangkat martabat Melayu mereka mesti datang melihat nasib orang Melayu di Serawak yang sebahagian besarnya tinggal di Kuching, Miri, Sarikei dan daerah-daerah kecil seperti Kabong dan Kota Samarahan.
"Jangan hanya jumpa segelintir Melayu negeri ini yang senang lenang, ada ramai lagi yang daif, dianianya dan keciciran,' kata beliau.
Selain itu Huzaifah berkata aspek pendidikan dikalangan orang Melayu juga sangat menyedihkan khususnya pendidikan agama.
Soal beliau, kenapa Umno yang mendakwa sebagai pembela Melayu tidak menitik beratkan perkara ini sedangkan pendidikan agama merupakan elemen penting dalam usaha mengangkat martabat bangsa, malah diakui ramai cerdik pandai orang Melayu akan lesu tanpa agama dalam diri mereka.
"Dengan kelebihan pada mereka (Umno) sebagai parti yang mengetuai kerajaan pusat kenapa tidak perkasakan pendidikan agama di Serawak, kenapa biarkan sebahagian besar orang Melayu Serawak dalam keadaan terus jahil dan sukar mendapat pendidikan agama," soal beliau lagi.
Kata Huzaifah sekiranya diberi pilihan dan pendedahan yang betul beliau percaya ramai orang-orang Melayu Serawak akan memilih pendidikan agama untuk anak-anak mereka.
'Mereka ada hak untuk mendapat pilihan itu (pendidikan agama), ini lah yang perlu dilakukan oleh pemimpin Umno," kata beliau.
Menurut Huzaifah, peluang untuk mendapatkan pendidikan agama yang baik untuk anak-anak di Serawak amat terbatas kerana kemampuan kewangan, kekurangan pusat pengajian agama dan sebagainya.
Bagi orang Melayu yang ada kemampuan katanya, mereka akan menghantar anak-anak mereka ke semenanjung seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu untuk mendapat pendidikan agama di negeri - negeri tersebut.
"Ini (pendidikan agama) adalah persoalan besar, lebih-lebih lagi sudah samakin ramai anak-anak Melayu Serawak terlibat dengan gejala-gejala sosial.
"Sekarang saya mau soal Umno, kamu bercakap tentang membela Melayu itu ikhlas atau sekadar maukan undi. Kalau kamu ikhlas beri perhatian kepada masalah orang Melayu di Serawak walaupun kamu tidak bertanding pilihan raya di sini," tegas beliau.

Pemuda PAS : Negara Sedang 'Tergadai' Di bawah Kerajaan Umno-BN


SHAH ALAM 11 DIS : Negara kini sedang 'tergadai' di bawah kerajaan Umno-Barisan Nasional , tegas Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat Ustaz Nasruddin Tantawi.
Beliau menjelaskan bahawa Umno-BN yang mentadbir  negara dalam tempoh 50 tahun ini telah banyak  menggadai kepentingan negara yang menjejaskan kehidupan rakyat. 
Hari ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata usah  menggadai masa depan negara pada Pakatan Rakyat kerana PR tidak mungkin akan dapat mengambil alih peranan yang dilaksanakan BN untuk  memimpin negara ini.
" Isu sebenarnya negara sedang tergadai di bawah kepimpinan Umno-Barisan Nasional itu sebab berlakunya momentum kebangkitan rakyat yang telah mula nampak  dan sedar bagaimana realiti politik hari ini," jelas Nasruddin kepada TV Selangor hari ini.
"Apa yang berlaku sekarang tanah rizab melayu semakin terhakis,kuasa politik Melayu semakin merosot,juga  penguasaan ekonomi negara semakin terlepas,jadi apa yang berlaku ialah Umno-Barisan Nasional mengekalkan kuasa politik mereka ke atas penindasan yang tidak disedari oleh rakyat," katanya.
Jelas Nasruddin lagi, Usaha Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya adalah untuk menyelamatkan negara ini daripada penipuan dan penyelewengan yang dilakukan kerajaan Umno-BN.
"Jadi apabila kita menawarkan usaha untuk menawan Putrajaya tidak bermakna ia satu usaha ke belakang,sebalikanya adalah usaha untuk menyelamatkan negara, menyelamatkan tanahair, menyelamatkan rakyat daripada ditipu oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional,"katanya.
Justeru jika rakyat memberi mandat kepada Pakatan Rakyat dalam PRU-13 ini amanah ini akan dilaksanakan sebaik mungkin oleh pimpinan Pakatan Rakyat.

"Kalau rakyat memberi mandat kepada Pakatan Rakyat, maka kita akan tunaikan tanggungjawab dan menunaikan amanah sesuai yang diamanahkan oleh rakyat dan kita telah buktikan empat negeri yang kita kuasai pada hari ini,"ujarnya lagi.

Zahid Hamidi : 222 Kompeni Askar Wataniah Bagi Setiap Parlimen Tahun Depan


KUALA TERENGGANU  11 DIS : Kementerian Pertahanan mensasarkan untuk mewujudkan satu kompeni sukarelawan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Askar Wataniah, bagi setiap 222 kawasan Parlimen di seluruh negara.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ketika ini 198 kawasan Parlimen sudahpun mewujudkan kompeni pasukan berkenaan, dan selebihnya tahun depan.
Zahid berkata penubuhan kompeni Askar Wataniah di setiap kawasan Parlimen akan dapat memperkukuh keselamatan dan pertahanan negara menerusi konsep Pertahanan Menyeluruh (HANRUH), iaitu penglibatan semua pihak, termasuk agensi kerajaan, swasta dan rakyat, dalam mempertahankan negara.
Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Kompeni Askar Wataniah Parlimen Besut, Setiu, Dungun dan Kemaman di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak, di sini hari ini beliau berkata ketika ini sasaran untuk memiliki 60,000 anggota pasukan Askar Wataniah sudah tercapai.
Turut hadir pada majlis hari ini ialah Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, Pemangku Panglima Medan Tentera Darat, Mejar Jen Datuk Zulkiple Kassim, dan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Kol (Kehormat) Datuk Mazlan Ngah.
Sebelum itu Zahid memakaikan pangkat Kol (Kehormat) kepada Ahmad, yang juga penaung Askar Wataniah Terengganu. Ahmad Zahid berkata dengan pelancaran empat kompeni hari ini, semua kawasan Parlimen di Terengganu kini mempunyai Kompeni Askar Wataniah di kawasan masing-masing.
-BERNAMA-

AG Gani Patail perlu buat penjelasan, tegas penasihat SPRM

KUALA LUMPUR, 11 Dis – Pengerusi Yayasan Sosial Penyayang Tan Sri Robert Phang hari ini secara terbuka menggesa Peguam Negara agar membuat penjelasan berhubung dakwaand-dakwaan mengaitkannya dengan personaliti korporat berprofil tinggi, yang turut menimbulkan persoalan komitmen Putrajaya melawan rasuah.
Phang, yang juga anggota panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, cakap-cakap mengenai hubungan rapat Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar) telah mencalar kedudukan beliau selaku penasihat perundangan tertinggi negara, yang secara tidak langsung membawa kepada persepsi bahawa kerajaan mengamalkan pendakwaan selektif.
Jaksa Pendamai ini menggariskan beberapa kes sebagai contoh, antara ketiadaan tindakan mahkamah di pihak kerajaan ke atas bekas pengerusi Penerbangan Malaysia (MAS) Tan Sri Tajudin Ramli berhubung dakwaan skandal kewangan yang membawa kepada kerugian RM8 bilion.
Phang juga mempersoalkan keputusan terbaru untuk mendakwa bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo berhubung isu pembelian dua lot tanah dan banglo di bawah Kanun Keseksaan berbanding akta baru SPRM yang membawa hukuman lebih berat.
Mohamad Khir, 45, didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah syarikat itu, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.
“Malangnya jika Peguam Negara sendiri menjadi halangan kepada langkah kerajaan dan SPRM dalam usaha memperlihatkan kerajaan yang Bersih, Cekap, Amanah,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
“Orang awam perlu diberi kepuasan berhubung usaha kerajaan mendapatkan kembali keyakinan publik bahawa ia serius dalam menangani rasuah dan dalam usaha mendapatkan keadilan bagi semua,” tegas beliau.
Gambar-gambar percutian Abdul Gani bersama Shahidan Shafie – yang dikatakan sebagai proksi Tajudin - yang disebar luas menerusi Internet dan saluran-saluran lain, mendesak pihak berkuasa agar membuka semula kes membabitkan kerugian RM8 bilion MAS pada 2001.
Kes itu pernah dibawa oleh Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub baru-baru ini.
“Selagi wujud perasaan was-was mengenai tatalaku peribadi Peguam Negara Gani Patail sebagaimana digambarkan dan ia tidak ditangani, kesemua usaha ikhlas di pihak kerajaan dan SPRM akan sia-sia,” kata beliau.
“Ia hanya akan dianggap sebagai satu usaha hubungan awam ataupun slogan semata-mata,” kata Phang.
Dakwaan membabitkan Abdul Gani muncul di portal berita Malaysia Today, yang dikendalikan oleh blogger Raja Petra Kamarudin.
Phang mengeluarkan kenyataan itu hari ini ketika negara dikejutkan dengan surat terbuka pegawai polis kanan Datuk Mat Zai kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berhubung isu insiden mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Putrajaya akan mengumumkan keputusan final Isnin ini sama ada perlu membuka semula kertas siasatan berkaitan insiden mata lebam itu yang berlaku 12 tahun lalu, ekoran dakwaan wujudnya bukti terbaru sebagaimana didedahkan oleh Mat Zain.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz memberitahu The Malaysian Insider kelmarin bahawa beliau akan menjawab gesaan pembangkang di Parlimen minggu depan berhubung isu itu dan keputusan yang bakal diumumkan adalah “muktamad”.
Nazri berkata, penjelasan telah diperoleh daripada Abdul Gani berhubung dakwaan terbaru bahawa beliau telah memalsukan keterangan dalam siasatan kes Anwar dipukul ketika ditahan di lokap Bukit Aman pada September 1998.
Beliau sedang meneliti butiran berkaitan isu tersebut.
Pada 24 November lalu, Nazri berkata, kerajaan akan menyiasat surat terbuka Mat Zain yang mendakwa Peguam Negara mempunyai peranan dalam insiden mata lebam Anwar yang berlaku 12 tahun lepas.
Surat terbuka kedua kepada Ismail dikeluarkan semalam.

Program 'tarik subsidi rakyat' dapat pujian ..lol Presiden Korea pun depa nak kencing..!!! UMNOGOK betul....

Program rasionalisasi subsidi kerajaan BN yang menyaksikan harga barangan asas seperti petrol, gas dan gula dinaikkan turut mendapat pujian daripada Presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak yang melawat Malaysia selama dua hari mulai Khamis lalu, lapor Bernama.

mohamed nor yaacob"Ia (rasionalisasi subsidi) bukan sesuatu perkara yang senang untuk dilaksanakan. Kerajaan harus memastikan negara kuat dan tindakan tersebut telah mendapat pujian daripada Presiden Korea Selatan dalam lawatan beliau ke Malaysia baru-baru ini.

"Lee berpendapat bahawa apa yang kerajaan Malaysia buat adalah satu perkara yang bijak. Kita tahu menjaga subsidi, pada masa yang sama kita juga menjaga kedudukan kewangan, tidak boros serta berbelanja dengan berhemat," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop kepada pemberita di Kepala Batas hari ini.

Beliau menyampaikan hadiah wang tunai kepada pelajar di dalam kawasan Parlimen Tasek Gelugor yang memperoleh keputusan cemerlang pada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2010.

Beliau menegaskan bahawa kerajaan telah meneliti kepentingan rakyat dan membuat kajian rapi untuk jangka masa yang panjang sebelum bertindak untuk merasionalisasi subsidi.

students protest against price hike in putrajaya pm's departmentIa dilaksanakan bagi memastikan kedudukan kewangan negara dan kualiti kehidupan rakyat dapat diseimbangkan dan bukan untuk membebankan rakyat seperti apa yang didakwa oleh pihak Pakatan Rakyat.

Langkah merasionalisasi subsidi kali kedua dilaksanakan awal bulan ini yang melibatkan pengurangan subsidi ke atas petrol RON95, diesel, LPG dan gula.

Nor Mohamed yang juga ahli parlimen Tasek Gelugor berkata Presiden Korea Selatan itu sedar tentang kekuatan negara Malaysia tetapi pihak Pakatan Rakyta tidak.

"Orang luar lebih sedar tentang kekuatan kita berbanding pembangkang, biasalah mereka ini sudah kehabisan modal," katanya.

- Bernama

Prosiding disiplin ke atas Lingam Isnin ini

Meskipun kerajaan telah memutuskan supaya tiada tindakan diambil ke atas peguam Datuk VK Lingam berhubung isu video kontroversi yang mengaitkan peguam kanan itu dengan pelantikan hakim-hakim, namun beliau berkemungkinan diheret ke Lembaga Disiplin Peguambela dan Peguamcara.

lingam tape hearing 300108 vk lingam 01Bermula Isnin ini, sebuah jawatankuasa disipilin bebas yang ditubuhkan oleh Majlis Peguam akan bersidang dan menyiasat aduan yang dibuat ke atas Lingam (bertali leher merah).

Pengadu dalam kes ini adalah Majlis Peguam sendiri.

Adalag difahamkan inkuiri itu tidak akan dibuka kepada orang ramai tetapi sebaliknya hanya mengumpulkan fakta-fakta terhdap Lingam dan berlarutan beberapa hari.

Berikutan rumusan lembaga itu, laporan akan dihantar kepada Lembaga Disiplin Peguambela dan Peguamcara yang mempunyai 17 anggota. Mereka kemudiannya akan memutuskan sama ada tindakan wajar dikenakan ke atas Lingam.

vk lingam ahmad fairuz chief justice video sequenceLingam juga difahamkan akan diberi peluang mempertahankan dirinya pada jawatankuasa disiplin dan juga lembaga berkenaan.

Lembaga itu secara rasmi ditubuhkan pada 1992 mengikut Akta Profesion Undang-undang 1976. Ia kini dipengerusikan oleh bekas peguam dan bekas pemangku ketua menteri Pulau Pinang, Khalid Ahmad Sulaiman.

Selain pengerusi lembaga berkenaan yang dilantik oleh Ketua Hakim (Malaya), anggota lain termasuk presiden Majlis Peguam dan 15 peguam.

Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan, apabila dihubungi mengesahkan bahawa jawatankuasa disiplin akan memulakan prosiding ke atas Lingam bermula Isnin ini.

Panel lima anggota suruhanjaya diraja sebelum ini mendapati klip video yang menunjukkan Lingam sedang bercakap dengan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim mengenai pelantikan hakim, adalah tulen.

Surahanjaya itu juga memperakukan agar tindakan sewajarnya dikenakan terhadap enam individu iaitu Lingam, Ahmad Fairuz, jutawan Tan Sri Vincent Tan, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Mohd Eusoff kerana salah laku.

Suruhanjaya itu juga mendapati ada bukti yang cukup bagi menyiasat keenam-enam individu mengikut Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi dan Kanun Keseksaan dan Akta Profesion Undang-undang 1976.

PKR atur "Pakatan Rakyat nak tawan Perlis"

Meskipun tarikh pilihan raya umum belum diketahui, namun PKR mula memasang angan-angan untuk menumbangkan kerajaan negeri BN di Perlis.

Untuk itu, PKR cabang Arau mula mengatur dialog dan majlis makan malam bersama rakan-rakan pemimpin Pakatan Rakyat dan NGO lain bagi mencari input serta formula untuk menawan negeri itu.

penang pakatan convention 211110 frontKetua cabang berkenaan, Hashim Bakar berkata seramai kira-kira 300 orang terdiri daripada ahli, penyokong Pakatan dan NGO akan menghadiri dialog berkenaan yang membincangkan tajuk "Pakatan Rakyat nak tawan Perlis".

"Kita akan berbincang, mengambil input serta pandangan mengenai isu-isu dan strategi daripada NGO dan penyokong Pakatan dalam usaha kita menawan Perlis,” katanya.

Menurutnya, beberapa pemimpin Pakatan di peringkat pusat dan negeri serta pengamal undang-undang juga akan dijemput mengupas tajuk berkenaan.

Antara tokoh itu termasuk Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Md Akin, Thomas Su (Pengerusi DAP Kedah/Perlis), Rus'sele Eizan (ketua penerangan PAS Perlis), Sharif Shaari (Angkatan Sasterwan Perlis) dan Zulmi Sabri (peguam) dan Pengerusi Kelab Penyokong PAS Perlis Khoo Yong Chong.

Hashim berkata cabang berkenaan akan menganjurkan dialog tersebut di Dewan Chi Yong Kor di Kangar pada 18 Disember ini, mulai jam 9 malam.

Manakala timbalan ketua cabang Arau Tengku Nazri Tengku Aldin ditugaskan untuk menjadi moderator pada majlis dialog tersebut, kata Hashim.

Pada pilihan raya umum 2008, Pakatan Rakyat hanya berjaya menguasai dua daripada 15 kerusi DUN Perlis.

Kedua-dua kerusi itu - Sanglang dan Simpang Empat - berjaya dirampas oleh PAS.

Di peringkat parlimen, semua tiga kerusi - Padang Besar, Kangar dan Arau - kekal dimenangi oleh BN.

Ketuanan Melayu : 2,200 generasi baru Felda penagih dadah

Masalah ketagihan dadah di kalangan anak peneroka Felda tidak sebegitu serius seperti yang diuar-uarkan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.

NONEMenurut beliau hanya 2,200 daripada keseluruhan 1.6 juta orang generasi baru Felda dikesan mempunyai masalah tersebut, menjadikan hanya 0.001 peratus yang bermasalah.
Katanya lagi, bagi memberi peluang kedua kepada kalangan tanpa kelayakan akademik yang tinggi untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran, kerajaan membelanjakan RM210 juta dari 2005 sehingga kini bagi melaksanakan program latihan kemahiran generasi baru Felda.
Beliau berkata seramai 33,017 warga Felda mendapat manfaat daripada bantuan tersebut, termasuk 4,485 yang berjaya memperoleh sijil kemahiran vokasional, 199 pemegang diploma Universiti Lim Kok Wing/Kolej Nilai/Akademi Laut Malaysia (Alam) manakala dua lagi berjaya menjadi juruterbang.

"Kerajaan memberi komitmen supaya program ini diteruskan dengan peruntukan sebanyak RM50 juta setiap tahun. Jadi kita ingin menyeru agar anak-anak peneroka menggunakan program kemahiran ini dengan baik," katanya selepas merasmikan Konvensyen Belia Felda Malaysia sempena Karnival Ikatan Hati Warga Felda 2010 di Putrajaya, hari ini.

NONEAhmad berkata, inisiatif pemberian bantuan dalam bentuk geran itu bagi memastikan supaya anak-anak peneroka dapat berdikari untuk meningkatkan taraf hidup mereka.

"Jika dulu kita bagi ikan, maka ikan itu akan habis dimakan, tetapi kita ajar mengail ikan Insya-Allah mereka boleh makan ikan seumur hidup," katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga akan meneroka bidang kemahiran lain yang berprofil tinggi untuk diceburi, seperti kursus membaiki kapal terbang atau kapal laut serta bidang minyak dan gas.

felda farm products 130207Terdahulu dalam ucapannya, Ahmad mencadangkan tujuh formula dinamik bagi belia FELDA mengharungi abad ke-21, iaitu berilmu dan berkemahiran, bertaqwa dan berintegriti, berdaya saing dan berprestasi tinggi, berkepimpinan dan bijaksana, berkomunikasi dan berinovasi, beriadah untuk sihat dan ceria serta terlibat dalam perniagaan dan mempunyai rangkaian.

"Kita nak semua generasi baru FELDA terbabit dalam bidang perniagaan kerana hanya dengan berniaga kita boleh menguasai ekonomi," katanya.

- Bernama

Jasa UMNO dan Ketuanan Melayu


Selama UMNO memperjuangkan orang Melayu di bawah lorong 'Ketuanan Melayu', ramai yang tidak sedar kemajuan besar yang telah dibawa oleh parti tonggak kerajaan ini. Ramai yang sangsi dengan konsep 'ketuanan Melayu' kerana ia tidak selari, atau bercanggah 'contradicted' dengan konsep 'satu Malaysia'. Mana tidaknya, konsep 'satu Malaysia' memperjuangkan perpaduan, namun 'Ketuanan Melayu' lebih kepada bersikap 'rasist' dan hanya memberikan keutamaan kepada Melayu sahaja.

Namun orang Melayu harus sedar bahawa selama ini, kemajuan Melayu sangat-sangat dibantu, dan ditentukan oleh 'ketuanan Melayu' ini. Apa sumbangan UMNO dan 'Ketuanan Melayu' di dalam memperjuangkan nasib Melayu selama 53 tahun di negara ini?

Cuba lihat di bandar-bandar, baik bandar besar atau bandar kecil, di pekan-pekan, baik pekan besar atau kecil. Monopoli pembangunan bandar-bandar dan pekan-pekan ini didominasi oleh orang-orang Melayu! Susah sekali kita nak jumpa Orang dari bangsa lain memiliki premis perniagaan. Carilah mana ada bangunan dan perniagaan milik Cina dan India? Semuanya dimonopoli oleh orang-orang Melayu! Terima Kasih kepada UMNO dan 'Ketuanan Melayu'.

Lihat sahaja bila Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji! Semua kedai-kedai Melayu Islam, di bandar akan bercuti, sehingga bangsa-bangsa lain pening kepala di mana hendak membeli barangan keperluan harian? Lihatlah kuasa ekonomi orang-orang Melayu! Melayu telah memegang kuasa ekonomi negara ini keraja Jasa UMNO dan Ketuanan Melayu! Terima kasih UMNO dan Ketuanan Melayu!

Tiga bangsa majoriti di Malaysia ini adalah Melayu, Cina dan India. Manakala bangsa yang paling ramai antara ketiga-tiga ini (majoriti) adalah bangsa Melayu! Bangsa Melayu terus mendahului bangsa-bangsa lain di dalam menerajui negara baik dari segi ekonomi, politik, bidang profesional dan sebagainya. Wajarlah mengikut logik akal, bangsa yang teramai ini memonopoli semuanya selari dengan perjuangan Ketuanan Melayu! Terima Kasih UMNO dan Ketuanan Melayu!

Banyak lagi kejayaan-kejayaan bangsa Melayu yang boleh dibincangkan hasil konsep ketuanan Melayu bersama parti tonggak negara, UMNO ini. Namun cukuplah beberapa kerat sahaja yang diutarakan bagi menunjukkan betapa ikhlas da berkesannya UMNO 'Ketuanan Melayu' memperjuangkan nasib Melayu. Belum lagi didedahkan betapa kayanya bangsa Melayu dan bagaimana bangsa ini menjadi orang-orang terkaya Malaysia.

Ketuanan Melayu : Kementerian Pertahanan berbelanja sakan

Di sebalik usaha kerajaan cuba mendapatkan RM1 bilion hasil daripada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang cuba diperkenalkan dan keputusan mereka menarik balik subsidi ke atas barangan perlu seperti minyak, makanan dan barangan keperluan lain, bagi menjimatkan RM700 juta, namun Kementerian Pertahanan dengan bangganya mengumumkan pada 19 April lalu bahawa kontark RM10.4 bilion akan dimeterai.

azlanTindakan berkenaan bagi memodenkan angkatan tentera dan keselamatan negara selaras dengan Rancangan Malaysia Kesembilan.

“Kerajaan telah peruntukkan RM21 bilion atau 10.6 peratus daripada perbelanjaan pembangunan untuk tujuan berkenaan,” umum Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, perjanjian itu bagi mengganti kereta kebal, kapal penyokong pelbagai-guna, jet pejuang dan kapal peronda generasi terbaru.

Semua perbelanjaan itu dijangka diluluskan di Parlimen tanpa banyak perbahasan kerana sebahagian besar maklumat berkenaan akan dianggap rahsia dan memudaratkan keselamatan negara jika terdedah.

kua kia soong book launching 111210 speakersKebimbangan berikut adalah antara perkara yang dibincangkan pada forum sempena pelancaran buku 'Questioning Arms Spending in Malaysia' tulisan pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Kua Kia Soong (dua dari kanan).

Ia turut dihadiri badan antarabangsa International Physicians for the Prevention of Nuclear War (IPPNW), Datuk Dr Ronald McCoy, ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah dan wakil NGO 'Food Not Bombs' Yuu Han.

McCoy pada forum ini berkata Malaysia memerlukan pelbagai transformasi bagi membolehkan perubahaan ke arah yang lebih baik dilakukan.

"Kerajaan ini telah memerintah selama 53 tahun, terlalu lama berkuasa. Semua polisi dilakukan untuk memenuhi agenda. Sebagai contoh, birokrasi digunakan sebagai alat oleh Umno.

kua kia soong book launching 111210 ronald mccoy"Saya tak nampak kita boleh mengubah semua ini tanpa pertukaran kerajaan." katanya kepada TV Selangor.

Kua dalam bukunya dilancarkan ini mendedahkan mengenai cara negara membelanjakan berbillion ringgit saban tahun bagi menambah kekuatan tentera dan membeli pelbagai senjata dan kenderaan baru.

Katanya, perbelanjaan ketenteraan Malaysia mencetuskan banyak kontroversi seperti pembelian kapal selam Scorpene, skandal kehilangan enjin jet F-5E di Sungai Besi dan pelbagai lagi ketirisan.

Tulisnya betapa 'perlumbaan senjata' antara Malaysia, Singapura, Indonesia di rantau ini mengundang kepada trend kerajaan membelanjakan wang yang banyak setiap tahun atas alasan 'memodenkan' pasukan tentera.

NONEMenurut Kua, rantau Asia Tenggara merupakan satu-satunya rantau di dunia ini yang menyaksikan peningkatan lebih 10 peratus dalam bajet ketenteraan mereka selepas Perang Dingin.

Sivarasa dalam forum itu turut menyatakan betapa Umno sebenarnya tiada Polisi Pertahanan Negara dan ia tidak pernah dibincangkan di Dewan Rakyat.

Malah, katanaya negara juga tiada mempunyai Jawatankuasa Pertahanan Negara di Parlimen dan ia hanya dikawal penuh oleh Menteri Pertahanan.

Beliau turut menceritakan kisah ahli parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed ditempelak rakan sejawatan dari Indonesia kerana mengeluarkan kenyataan bahawa pertahanan negara tidak penting.

"Dalam perjumpaan dengan ahli parlimen Asean dulu, beliau (Jazlan) mengatakan Malaysia tiada Jawatankuasa Parlimen dalam hal pertahanan negara kerana negara rasa ia tidak penting. Saya tak perlu bercakap apa-apa," katanya.

azlanMalah Sivarasa sekali lagi memberi contoh perbelanjaan kerajaan yang tampak hanya menguntungkan orang tertentu tanpa mengira nilai sebenar sesuatu peralatan itu.

Menurut Sivarasa, angkatan tentera telah mengeluarkan sebanyak RM 8 billion bagi membeli 250 kenderaan pengangkut anggota (APC) pada harga RM 31 juta setiap satu dari syarikat kroni sedangkan harga pasaran adalah jauh nlebih rendah.

"Mereka nak beli sangat dengan 'Syarikat Kesayangan' Kerajaan. APC yang baik dari Switzerland boleh dibeli dengan harga RM 3.9 juta satu, malah Amerika menjual dengan harga RM 9.1 juta satu.

"Saya pelik mengapa Malaysia bertegas hendak belanja RM 31.1 juta untuk setiap satu kenderaan ini."katanya.

Berubah?? Aaahh.. sudahlah!!

Contoh muka 'Empat Penyakit'

Sokongan semakin terhakis
Rakyat sudah berinformasi
Mentaliti rakyat sudah berubah

Parti tidak lagi menentukan kemenangan
Calon juga jadi penentu
Berkualiti dan berkarisma yang dicari
Tolak parti yang calonnya haprak

Kempen pembangkang semakin berkesan
Isu penyelewengan jadi sasaran
Isu tanah semakin membarah..
Ha.. ha.. ha..
Alamat Rejim Taib nak kalah!!

Merampas hak pemimpin masyarakat
Perbuatan khianat!!
Masyarakat Dayak akan bertindak
Tolak Rejim Taib yang lahanat!!
Kami tak nak!! Kami tak nak!!

'Empat penyakit' sudah membarahRejim Taib semakin parah
Ooohhh, kami akan berubah
Nak berubah kami perlukan masa
Berilah kami masa itu

Aaahhh... rakyat semakin marah
Nak berubah!! Nak berubah!!
Berikan kamu masa??
Adey... sudah berapa lama dah!!
Pooraahhh!!!
Kami tak percaya dah!!

Ketuanan Melayu, Ketuanan Rakyat, Ketuanan Islam Dan Ketuanan 1Malaysia.


Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,
Akhir-akhir ini perkara yang berkaitan dengan Ketuanan Melayu menjadi polemik di dalam masyarakat khususnya di kalangan ahli politik dan juga ahli kumpulan NGO yang menterjemahkan pandangan masing-masing. Ada yang secara terangan-terangan mahukan ketuanan Melayu dipertahankan walaupun apa jua badai yang melanda negara ini.
Perbincangan tentang ketuaan Melayu kadang-kadang boleh membawa kepada pertikaman lidah sehingga menimbulkan rasa tidak senang oleh kaum bukan Melayu apabila sola merk adalah pendatang dan kerap juga kita akan dengar 'jika tidak suka dengan negara ini, kamu boleh balik ke negara asal kamu' walaupun hakikatnya sama ada mereka daripad kaum Cina dan India dan kaum-kaum lain telah pun beranak-pinak di negara yang tercinta ini.
Ia semakin meletup apabila Presiden PKR, Dr Wan Azizah melontarkan pandangan di dalam ucapan dasarnya baru-baru ini bahawa konsep "Ketuanan Melayu" perlu ditinggalkan kerana ia hanya bentuk slogan yang bertujuan memperdayakan bangsa sendiri, dakwa Presiden PKR Datuk Seri Wan Ismail. 
Bagi Dr Wan Azizah, konsep ini hanya diguna pakai oleh kumpulan elit Melayu yang mementingkan diri sendiri dan ia bertujuan memperdayakan masyarakat Melayu.Mursyidul Am PAS, TG Nik Aziz menegaskan bahawa 'Ketuanan Islam' adalah lebih penting dan perlu diutamakan berbanding ketuanan-ketuanan lain, termasuk Ketuanan Melayu yang kononnya diperjuangkan oleh Umno. Bagi TGNA, ada pihak menggunakan 'Ketuanan Melayu' sebagai sumber perjuangan mereka, sudah tentu akan ada pihak lain mahukan bangsa mereka (Cina dan India) diangkat seperti mana bangsa Melayu.
Minggu lalu, Dr Mohd Asri telah menulis di dalam blognya yang mana beliau menyatakan bahawa Istilah 'Ketuanan Melayu' (malay supremacy) adalah istilah yang kabur disebabkan tiada pentakrifan khusus kepada istilah ini. Lagipun tiada ungkapan rasmi dalam perlembagaan. Maka adalah pelik untuk mana-mana pihak cuba mempertahankan ungkapan yang kabur dan tidak tentu maksudnya ini.
Bagaimana pula dengan ketuanan 1Malaysia? Mungkin itulah yang ingin disebut oleh Dr Chua Soi Lek bahawa untuk menjayakan agenda 1Malaysia maka beliau mencadangkan agar perkataan seperti 'pendatang' dan 'ketuanan Melayu' tidak lagi digunakan. Cadangan yang dilontarkan oleh Dr Chua mendapat bantahan daripada beberapa pimpinan UMNO namun ia tidaklah dibahaskan dan disiarkan secara meluas di dalam media arus perdana kerana 'sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan'.
Sebab itu, ramai yang dapat melihat betapa Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Timbalan Presiden UMNO sangat sukar untuk mengeluarkan kata-kata yang berkaitan dengan 1Malaysia. Mungkin Muhyidin tidak berapa setuju dengan agenda 1Malaysia yang dilihat akan 'membunuh' perjuangan UMNO secara tidak sedar. Itu andaian saya berpandukan ucapan-ucapan beliau sehingga ke hari ini.
Terbaru, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar telah bertitah dengan menyatakan bahawa ketuanan Melayu lebih sesuai disebut 'kedaulatan Melayu' kerana ia mencakupi kedudukan Raja-Raja Melayu dan rakyatnya, bukannya soal antara 'tuan' dan 'hamba', titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Baginda Sultan juga menyatakan bahawa ketuanan Melayu merujuk kepada kedaulatan di negeri Melayu dengan kedudukan Raja sebagai puncak kerajaan negeri Melayu. Apabila British memberikan kemerdekaan kepada negara ini, mereka menyerahkan semula Tanah Melayu kepada tuannya iaitu Raja-Raja Melayu dan rakyatnya.
Baginda bertitah, awal sebelum kedatangan British dan sebelum kedatangan mana-mana bangsa ke negara ini, telah wujud tuan kepada tanah ini iaitu Raja-Raja Melayu dan rakyatnya. Sejak dulu lagi, ketika negeri Melayu belum dijadikan Persekutuan, Raja-Raja Melayu dan rakyatnya menerima orang luar sebagai tetamu dan memberikan mereka ruang mencari rezeki serta bersama membangunkan Tanah Melayu.
Titah baginda ketika merasmikan Multaqa Ulama Darul Ta'zim di Pusat Persidangan Antarabangsa Persada Johor di sini, apabila sudah menjadi Persekutuan, hak kaum lain terus dijaga dan dihormati serta dijamin Perlembagaan, Sultan Ibrahim bertitah membangkitkan soal mengenai ketuanan Melayu memandangkan masih ramai rakyat tidak memahami perkara berkenaan.
Titah baginda sudah tentu berkaitan dengan perkembangan yang sedang berlaku di dalam masyarakat yang masih lagi membincangkan soal ketuanan Melayu yang tidak tahu bila akan kesudahannya.
Jika kita rujuk kepada perlembagaan Melayu yang dimaksudkan selain daripada bertutur bahasa Melayu, mengamalkan adat istiadat Melayu, mereka juga adalah mereka yang beragama Islam. Bermakna, jika seorang yang lahir daripada keturunan Cina tetapi menganut agama Islam dan mengamalkan kehidupan sebagai orang Melayu maka mereka juga adalah Melayu. Begitu juga dengan kaum India seperti mana usul yang telah diluluskan di dalam Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) sebelum bagi meminta kerajaan memberi status Melayu kepada masyarakat India Muslim yang lahir di negara ini.
Bila kita sebut tentang mengamalkan kehidupan Melayu tulen, berapa ramai di kalangan umat Melayu yang benar-benar mengamalkan kehidupan seperti yang dinyatakan ini?. Pergi bekerja memakai baju Melayu, bersampin dan bersongkok. Cara hidup adalah cara hidup cara Melayu dan bukan hidup cara Barat. 
Andaikata seorang yang lahir daripada keturunan Cina dan memeluk agama Islam dan sentiasa mengamalkan kehidupan seperti seorang Melayu tulen dengan memakai pakaian Melayu setiap hari, tidakkah dia lebih Melayu daripada orang Melayu itu sendiri?.
Saya bukan ingin mempertikaikan tentang apa-apa yang berkaitan dengan Melayu kerana saya adalah seorang Melayu yang lahir sebagai generasi yang keenam daripada keturunan Arab Parsi yang telah bercampur dengan keturunan Bugis dan pelbagai lagi (Khairul Faizi bin Ahmad Kamil bin Hamzah bin Omar Baki bin Salehuddin bin Hussien) namun saya lebih memikirkan tentang masa depan anak muda Melayu yang semakin hanyut di telan zaman dan dunia khayalan.
Semakin banyak anak luar nikah dilahirkan, semakin ramai yang meringkuk dalam penjara di atas pelbagai kesalahan jenayah, semakin ramai yang menghuni pusat Serenti, semakin ramai yang terlibat dengan arak dan semakin ramai yang hidup dalam ketidaktentuan. Identiti Melayu hilang dan identiti sebagai seorang Muslim pun entah ke mana.
Bukankah ini lebih utama untuk diberikan perhatian? Ingatlah, hidup kita di atas muka bumi ini tidak lama. Yang kekal adalah di Akhirat sana.

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Pulau Mutiara
11 Disember 2010

Tukar Kerajaan Pimpinan Umno-BN Yang Tebal Korupsi Dan Ketidaktelusan


KUALA LUMPUR 11 DIS : Kerajaan Umno Barisan Nasional perlu ditukar kerana sudah tebal dengan korupsi dan ketidaktelusan walaupun pelbagai tranformasi dan rancangan diumumkan.
Menurut badan antarabangsa International Physicians for the Prevention of Nuclear War (IPPNW), Datuk Dr Ronald McCoy, Malaysia perlu berubah bagi membolehkan perubahan ke arah lebih baik dilakukan.
"Kerajaan ini telah memerintah selama 53 tahun, terlalu lama berkuasa. Semua polisi dilakukan untuk memenuhi agenda. Sebagai contoh, birokrasi digunakan sebagai alat oleh UMNO. PKR juga disabotaj beberapa kali kerana ini.
"Saya tak nampak kita boleh mengubah semua ini tanpa pertukaran kerajaan."
Beliau berpendapat demikian ketika bercakap dalam forum sempena pelancaran buku 'Questioning Arms Spending in Malaysia' tulisan Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Dr Kua Kia Soong.
Forum itu disertai oleh McCoy, Kua, Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah dan Wakil NGO 'Food Not Bombs' Yuu Han.
Buku itu mendedahkan mengenai cara negara ini membelanjakan berbillion ringgit saban tahun bagi menambah kekuatan tentera dan membeli pelbagai senjata dan kenderaan baru.
Hakikatnya perbelanjaan ketenteraan Malaysia mencetuskan banyak kontroversi seperti pembelian kapal selam Scorpene, skandal kehilangan enjin jet F-5E di Sungai Besi dan pelbagai lagi ketirisan yang didedahkan pelbagai pihak.
Kua mendedahkan betapa 'perlumbaan senjata' antara Malaysia, Singapura, Indonesia di rantau ini mengundang kepada trend kerajaan dalam membelanjakan wang yang banyak setiap tahun atas alasan 'memodenkan' pasukan tentera.
Menurut Kua, rantau Asia Tenggara merupakan satu-satunya rantau di dunia ini yang menyaksikan peningkatan lebih 10 peratus dalam bajet ketenteraan mereka selepas Perang Dingin.

Sivarasa dalam forum itu turut menyatakan betapa UMNO sebenarnya tiada Polisi Pertahanan Negara dan ia tidak pernah dibincangkan di Parlimen.
Malah Malaysia juga tiada jawatankuasa Pertahanan Negara di Parlimen dan ia hanya dikawal penuh oleh Menteri Pertahanan.
Beliau turut menceritakan kisah Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed ditempelak Ahli Parlimen Indonesia kerana mengatakan pertahanan negara tidak penting.
"Dalam perjumpaan dengan Ahli Parlimen Asean dulu, beliau (Jazlan) mengatakan Malaysia tiada Jawatankuasa Parlimen dalam hal pertahanan negara kerana ia kami rasa ia tidak penting. Saya tak perlu bercakap apa-apa,"
Malah Sivarasa sekali lagi memberi contoh perbelanjaan kerajaan yang tampak hanya menguntungkan orang tertentu tanpa mengira nilai sebenar sesuatu peralatan itu.
Menurut Sivarasa, Angkatan Tentera telah mengeluarkan sebanyak RM 8 Billion bagi membeli 250 kenderaan pengangkut anggota (APC) dengan harga RM 31 juta setiap satu dari syarikat kroni sedangkan harga pasaran adalah rendah.
"Mereka nak beli sangat dengan 'Syarikat Kesayangan' Kerajaan. APC yang baik dari Switzerland boleh dibeli dengan harga RM 3.9 juta satu, malah Amerika menjual dengan harga RM 9.1 juta satu.
"Saya pelik mengapa Malaysia bertegas hendak belanja RM 31.1 juta untuk setiap satu kenderaan ini."katanya.

Ketuanan Melayu: Usah Gadai Masa Depan Negara Kepada Pembangkang ....Berkorbanlah untuk saya..!!!

PEKAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pihak pembangkang tidak mungkin akan dapat mengambil alih peranan yang dilaksanakan Barisan Nasional (BN) untuk memimpin negara ini.
Justeru, beliau berkata rakyat Malaysia tidak perlu menggadai masa depan negara kepada pembangkang yang dilihat hanya bijak menabur janji-janji manis.
"Mereka tidak mempunyai ideologi yang didukung bersama, hanya tahu menabur janji dan mempunyai pegangan masing-masing yang terlalu longgar dalam kesepakatan politik," katanya ketika berucap pada Majlis Mesra Deepavali Parlimen Pekan, di sini Sabtu.
Najib berkata kepimpinan BN yang sebelum ini dikenali sebagai Perikatan, telah berjaya membawa negara mencapai kemerdekaan dan mengisi perjuangan kemederkaan selama lebih 50 tahun dan akan terus memacu negara ini menjadi sebuah negara maju.
"Janganlah mengambil risiko (menyokong pembangkang) yang akan sebabkan kitamenyesal di hari muka," katanya.
Najib berkata sejarah telah membuktikan bahawa pemimpin yang hanya tahu menabur janji akhirnya akan mendatangkan musibah kepada rakyat.
Katanya kepimpinan BN selama ini telah berusaha gigih menunaikan segala janji yang diungkapkan dan diterjemahkan demi kepentingan rakyat dan negara.
Beliau turut berikrar akan melaksanakan pentadbirannya dengan seadil-adilnya untuk kepentingan semua kaum di negara ini.
"Saya akan pegang kepada semangat 1Malaysia, dahulukan kepentingan rakyat, Insya-Allah rakyat akan mendapat manfaat besar di bawah kepimpinan Barisan Nasional," katanya. - BERNAMA

Nazri Pandang Enteng Sindiran Perkasa ..wa..kah.kah..padan muka mu..!!


PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memandang enteng sindiran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang mendakwa kononnya beliau sanggup merendahkan maruahnya dengan bertemu Wee Meng Chee atau Namewee di Parlimen, Khamis.
Malah beliau tidak peduli dengan kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Perkasa, Mohd. Zahid Md. Arip itu kerana menganggap sesiapa sahaja bebas bersuara tetapi berada dalam batas undang-undang.
"Saya muka tebal. Saya tidak peduli masalah itu kerana kita menghormati kebebasan bersuara. Tapi apa yang saya buat semua itu adalah betul. Tidak ada yang salah.
"Asalkan saya tidak lakukan perkara yang melanggar undang-undang, ia adalah okey," katanya kepada mStar Online, Sabtu.
Beliau diminta mengulas kenyataan Mohd. Zahid sebelum itu yang menyelar tindakan Mohamed Nazri yang meluangkan masa menemui Namewee di Parlimen pada hari yang sama.
Namewee mengunjungi Mohamed Nazri bagi meminta kerajaan membiayai pembikinan video 1Malaysianya.
Pemuda kontroversi itu meminta bantuan peruntukan RM1 juta daripada kerajaan.

US warned M'sia of suspected gun-running Iranian bank

By Patrick Lee
PETALING JAYA: US attempts to shut down an Iranian bank in Malaysia suspected of gun-running were shoved aside, according to Internet whistleblower Wikileaks.

The US government had warned Bank Negara Malaysia that a foreign subsidiary of Bank Mellat known as First East Export Bank (FEEB) was involved in weapons proliferation.
While the secret document did not expressly mention if the bank's activities involved funding for either a chemical or nuclear arsenal, the US was convinced that FEEB's actions were suspect.
“Our information indicates Iran is now using Mellat for the same purpose (proliferation). FEEB could be next, potentially causing significant embarrassment to Malaysia,” US Ambassador James Keith said in a message to the US government.
(Proliferation is commonly referred to both nuclear and chemical weaponry.)
FEEB was established on Dec 18, 2008, and later received an offshore banking licence from the Labuan Offshore Financial Services Authority (LOFSA, now Labuan FSA) on Feb 16, 2009.
(According to its website, LOFSA was set up in 1996 to develop the Federal Territory of Labuan into an international business and financial centre.)
Concerned with Bank Mellat's presence in Malaysia, a meeting was arranged by US diplomats on Sept 10, 2009 with Malaysian representatives from the banking and financial sector.
They included US economic counsellor Matthew J Matthews, Singapore Embassy Treasury Attache Seth Bleiweis, former Bank Negara deputy governor Zamani Abdul Ghani, Bank Negara's legal director Jeremy Lee, LOFSA deputy governor Danial Mah Abdullah and a few others.
An important but unknown individual known as “xxxxxxxxxxxx” was also mentioned in the message.
No strong evidence
During the negotiations, it was revealed that the American representatives attempted to convince the Malaysians into cutting off its links with FEEB.
Bank Negara was warned that if it did not revoke FEEB's licence, the US government would impose sanctions on the latter. Matthews then said that if Malaysia continued to support FEEB, it would seriously affect its reputation.
However, Lee argued that if Bank Negara were to do so, the Malaysian government could face a barrage of lawsuits from FEEB's shareholders.
Lee also said that the US failed to produce any strong evidence that might have convicted FEEB or Bank Mellat in a court of law.
Bank Negara then accused the US government of singling out Malaysia, and pointed out that Bank Mellat branches in other countries such as South Korea, England and Turkey did not suffer Malaysia's fate.
The Malaysian team also defended FEEB's position, and said that it had only performed one oil and gas transaction (amounting to 400,000 euros) in its first six months of operation.
In an attempt to convince the Americans that Bank Mellat was not in the grey, the Danial also revealed that four conditions were laid out for FEEB's operations:
  • It was not to do business with any UN-sanctioned entity;
  • It had to follow all anti-money laundering and anti-terror financing laws in Malaysia; and
  • It had to comply with all of LOFSA's regulations and directives.
Its shareholders were not supposed to be sanctioned by the UN.
According to Abdullah, any breach of these conditions would result in the termination of the bank's licence. He also said that previous Iranian banks, such as Saderat and Melli, were not allowed to do business with LOFSA.
Bank Negara also appeared confident that it was able to to supervise Bank Mellat's actions.
Sanctions against FEEB
However, these points did not allay the fears of the US government, which promptly warned the Malaysian government that it would keep its eye on FEEB, and warn other banks to stay away from it.
“(Matthews) told 'xxxxxxxxxxxx' that the US was offering Bank Negera pre-notification and the release of our intelligence as a good faith gesture,” the US Ambassador said in the cable.
He also said that doing so would help Malaysia in the event of a “proliferation finance incident”. However, these calls were not heeded by Bank Negara and its associates.
Later in November, the US Treasury Department announced sanctions against FEEB, as well as Bank Mellat's chairman Ali Divandari.
These sanctions included freezing the assets of "designated proliferators of weapons of mass destruction (WMD)" and their supporters as well as disallowing US citizens from trading with them.
A look at FEEB's website showed that it had little to no information on both its CEO and its board of directors. There was also little news on the bank's day-to-day operations.
According to the website's sole press release, FEEB accused the US government of seeking political gain over its strained political relationship with Iran.
“The recent allegations made by the US against Bank Mellat has absolutely no justification and legal ground, and is simply based on illegal and baseless accusations,” the release said.
“It is certainly contrary to international law, thus should have no value and effect.”
Reacting to the sanctions, a LOFSA official said that the ban would only affect FEEB's transactions with the US, and not its operations in Labuan.