Khamis, 9 Disember 2010

Foto Menarik Dan Unik Dari Beberapa Bahagian Dunia


Menarik. Ia hanya terdapat di negara yang disebutkan dan tidak mungkin atau sekurang-kurangnya terlalu tipis untuk ditemui di tenpat lain.

Lihatlah beberapa peristiwa yang terjadi di beberapa negara ini sungguh unik dan bisa membuat kita kaget melihatnya..Peristiwa-peristiwa tersebut hanya terjadi di Australia, China, Hawai, Indonesia, India, Texas, Thailand, Jepang, dll... yang sulit untuk ditemukan di negara-negara lain.







Hanya di Australia


Hanya di China


Hanya di Hawai


Hanya di Indonesia


Hanya di Texas


Hanya di Thailand


Hanya di India




Hanya di Jepang

AKTIVIS REFORMASI Mohon Tindakan Serius Daripada Datuk Seri Presiden PKR


AKTIVIS REFORMASI MENYOKONG TINDAKAN CHE'GUBARD TIDAK MENGIKTIRAF PEMILIHAN PKR

Aktivis Reformasi menyokong tindakan Sdr Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai “Che' GuBard” yang telah membuat pendirian tegas untuk tidak mengiktiraf keputusan pemilihan parti dengan menuntut penjelasan bertulis daripada parti berhubung pelbagai dakwaan manipulasi, penipuan dan salahlaku JPP serta Sekretariat Ibu Pejabat di bawah pimpinan Setiausaha Agung, YB Saifuddin Nasution.

Aktivis Reformasi mendesak keras agar pimpinan parti khususnya Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah, memberi perhatian serius terhadap tuntutan yang dibuat oleh che'GuBard. Aktivis Reformasi sangat kesal jika pucuk pimpinan meremeh-remehkan tuntutan che'GuBard ini. Aktivis Reformasi kini juga sedar bagaimana pucuk pimpinan parti merendahkan tuntutan dari orang bawahan. Pucuk pimpinan harus ingat bahawa orang bawahan inilah yang menyokong parti dengan mengharungi gas pemedih mata, bermandi asid dan dibelasah belantan FRU, terkini dalam demonstrasi isu air Selangor minggu lepas.

Ketika golongan elit bersenang-lenang di keliling Ketua Umum, che'GuBard memimpin massa meskipun tidak memegang sebarang jawatan tinggi parti dan ditentang polis FRU. Tiada gunanya menjadi pemimpin berjawatan tinggi jikalau tidak berani untuk tampil sebagai pejuang kental ketika semboyan menuntut kita turun di jalanan melawan kezaliman.

Aktivis Reformasi amat bersetuju bahawa politik naungan adalah satu malapetaka kepada perjuangan parti. Politik naungan kini sedang melanda PKR apabila kumpulan-kumpulan yang menjadi elitis di sisi Ketua Umum, dengan biaya kewangan mereka yang sungguh mewah, sedang membentuk barisan kepimpinan parti yang baru.

Aktivis Reformasi juga ingin menyatakan kegusaran tentang budaya politik ampu-mengampu yang selama ini menjadi darah daging UMNO, kini sedang menular, berkembang dan subur dalam PKR. Budaya seumpama ini akan membuatkan parti terpesong dari landasan perjuangan sebenar sebagai sebuah gerakan reformasi rakyat.

Parti hendaklah berwaspada dengan kelompok yang berselindung atas nama reformasi tetapi seumpama lintah darat dengan satu tujuan, iaitu mengambil kesempatan mencari projek dan peluang perniagaan. Kumpulan-kumpulan lintah darat ini sedang berada di sekeliling Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan memegang jawatan besar dalam parti. Kumpulan lintah darat ini sedang mengampu pimpinan parti dan mendapat sokongan para-para YB yang lupa diri. Kumpulan lintah darat ini juga mempunyai beberapa YB dalam lingkungannya dan mereka telah dikenalpasti mengampu pimpinan tertentu dan Ketua Umum bagi memastikan dapat bertanding pada pilihanraya umum ke-13 nanti.

Pemilihan secara ‘1 ahli 1 undi’ adalah langkah berani parti untuk menyuburkan demokrasi tetapi hanya jika pemilihan dijalankan dengan telus, adil dan bersih. Justeru itu, jika pemilihan ‘1 ahli 1 undi’ dipenuhi dengan penipuan, manipulasi undi dan amalan politik wang yang berleluasa di sana-sini, maka pemilihan parti tidak membawa apa-apa makna, malah parti akan dilihat berkompromi dengan penipuan dan membenarkan ketidakadilan berlaku dalam parti yang mahu berjuang untuk menegakkan keadilan dan kebenaran.

Aktivis Reformasi mengingatkan pucuk pimpinan parti bahawa gerakan reformasi sedang meneruskan perjuangan tegasnya menuntut keadilan dan ketelusan dari SPR melalui siri Demo Bersih, tetapi dalam masa yang sama PKR sedang membenarkan barisan Majlis Pimpinan Pusat dan Biro Politik parti dibentuk hasil daripada proses pemilihan yang penuh penipuan dan politik wang.

Aktivis Reformasi berjanji akan terus memelihara prinsip-prinsip keluhuran Gerakan Reformasi sebagai sebuah Gerakan Rakyat seperti yang dinyatakan dalam Deklarasi Permatang Pauh, satu gerakan yang diangkat oleh rakyat sebagai agen perubahan pada tanggal 12 September, 1998.

Akhir sekali, Aktivis Reformasi ingin menekankan bahawa perjuangan reformasi adalah perjuangan rakyat dan bukan perjuangan untuk individu tertentu, samada Anwar Ibrahim atau anak-anak emasnya.

Salam reformasi.

MEF jangka gaji pekerja swasta naik tahun depan......ini cobaan lagi ke...!!!

PETALING JAYA, 9 Dis – Pekerja sektor swasta dijangka menerima upah yang tinggi tahun depan – satu petunjuk jelas yang ekonomi Malaysia telah sihat dan lancar menuju pemulihan, demikian menurut Persekutuan Pekerja-pekerja Malaysia (MEF).
Presidennya, Datuk Azman Shah Haron berkata kaji selidik yang dikendalikan oleh persatuan itu mendapati upah untuk eksekutif diunjurkan meningkat sebanyak  5.79 peratus pada tahun 2011 berbanding peningkatan 5.67 peratus tahun ini.
Kaji selidik itu mendapati yang 80.8 peratus daripada syarikat responden memberikan kenaikan gaji kepada semua eksekutif tahun ini yang juga tinggi berbanding dengan peningkatan 5.26 peratus tahun lepas.
Untuk bukan eksekutif, 80.3 peratus daripada syarikat responden memberikan kenaikan gaji pada 2010 yang juga tinggi berbanding tahun 2009.
Trend kenaikan gaji ini konsisten dengan pemulihan ekonomi Malaysia yang kukuh, kata Azman dalam taklimat media mengenai “Kaji Selidik Gaji MEF 2010 untuk Eksekutif dan Bukan Eksekutif” di sini hari ini.
Azman berkata keputusan kaji selidik turut tidak menerima laporan Bank Dunia yang menyatakan gaji sebenar di Malaysia daripada tahun 1994 hingga 2007 hanya meningkat sebanyak 2.6 peratus.
“Menurut kaji selidik MEF, jumlah upah telah meningkat sebanyak 97.10 peratus untuk eksekutif dan 91.21 peratus untuk bukan eksekutif dari tahun 1994 hingga 2007.
“Selepas mengambil kira Indeks Harga Pengguna yang mengukuh 37.3 peratus dalam tempoh yang sama, kenaikan upah sebenarnya ialah 59.8 peratus untuk eksekutif dan 53.9 peratus untuk bukan eksekutif,” kata beliau.
Jika kenaikan upah dilanjutkan ke 2010, jumlah kenaikan upah daripada tahun  1994 hingga 2010 berjumlah 114.23 peratus untuk eksekutif dan 107.4 peratus untuk bukan eksekutif.
Justeru itu, dengan Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat sebanyak 44.8 peratus dari 1994 hingga 2010, berdasarkan kaji selidik tahunan MEF mengenai upah, kenaikan sebenar upah dari 1994 hingga 2010 ialah 69.43 peratus dan 62.6 peratus, masing-masing bagi eksekutif dan bukan eksekutif, kata Azman.
Ini membuktikan laporan Bank Dunia tentang kenaikan upah sebenar sebanyak hanya 2.6 peratus dari 1994 hingga 2007 tidak benar.
Hanya Bank Dunia yang tahu bagaimana angka ini diperoleh, kerana kaedah perkiraannya tidak dinyatakan, kata beliau.
Kaji selidik itu juga menunjukkan bahawa 86.1 peratus syarikat responden memberikan bonus kepada eksekutif masing-masing pada 2010 manakala 83.7 peratus memberikan bonus kepada bukan eksekutif, iaitu lebih tinggi daripada 80 peratus pada 2009.
Mengenai kaji selidik MEF tentang “Man-Days Loss”, beliau berkata 94.6 peratus syarikat yang mengambil bahagian membayangkan sebab paling lumrah bagi “man-days loss” adalah disebabkan oleh cuti sakit, kelewatan (56.8 peratus), kunjungan ke klinik/hospital (50 peratus), cuti kemalangan di tempat kerja (35.1 peratus) dan sakit yang berlarutan (32.4 peratus).
Sebab-sebab lain ialah masalah peribadi/keluarga (28.4 peratus) dan permohonan cuti tidak diluluskan (16.2 peratus) manakala purata “man-days loss” disebabkan oleh cuti sakit (tidak dimasukkan ke hospital) pada 2009 berjumlah 4.04 hari bagi setiap pekerja.
Berdasarkan 5.5 juta pekerja rasmi dalam sektor swasta di Malaysia, jumlah ‘man-days loss’ disebabkan oleh cuti sakit (tidak dimasukkan ke hospital) adalah 22.2 juta hari setahun, katanya.
Kaji selidik itu juga membayangkan bahawa purata upah yang dibayar bagi setiap pekerja yang mengambil purata 4.04 hari cuti sakit ialah RM294.62 setahun manakala perbelanjaan perubatan bagi setiap pekerja ialah RM511.09 setahun dan purata bayaran lebih masa bagi setiap pekerja yang mengambil alih tugas mereka yang bercuti sakit ialah RM441 setahun, jelasnya.
Kaji selidik MEF itu meliputi 35,661 pekerja dan secara purata ada 268.56 hari bekerja bagi setiap pekerja setahun.
Kaji selidik MEF bagi eksekutif melibatkan 220 syarikat anggota, yang merangkumi sejumlah 101 jawatan meliputi 11,287 eksekutif.
Dalam kaji selidik bagi bukan eksekutif, respons diperoleh daripada 40,424 bukan eksekutif 87 jawatan asas dari sektor pembuatan dan bukan pembuatan. – Bernama

Dr M wades into Ketuanan Melayu ban: Slams Soi Lek as illogical

Illogical to ban Ketuanan Melayu. We're defending ourselves
Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle

Former premier Mahathir Mohamad has weighed into the controversy stirred by MCA president Chua Soi Lek when he called for a ban to a string of phrases that non-Malays have found offensive including Ketuanan Melyau or Malay supremacy.

“These things have never cropped up before. When people started questioning the position of the Malays then it is our right to defend ourselves. If people had not questioned then no one would have had to respond," Mahathir was reported as saying.

The 85-year Mahathir had ruled Malaysia with a fist of iron for 22 years and is widely blamed for having formalized and deepened the racial system in Malaysia with divisive policies aimed to help him and his party retain power over the Malay community, the largest voter base in the country.

On Wednesday, he did not disappoint the horde of reporters who rushed to get his opinion. He labeled Soi Lek's comments as "illogical" and "baseless".

“When we respond to defend ourselves, then they say we are breaching human rights and are racist. On the other hand, when we accuse them of being racist, people label us as racists,” Mahathir said.

Small brothers put up small fight

In a speech aimed to steal the thunder from Prime Minister Najib Razak at the recent BN congress held at the MCA auditorium, Soi Lek was keen to show his mettle to his party and the Chinese community.

Soi Lek, Tsu Koon - they look tough but looks are deceiving
Not only did the scandal-plagued MCA leader caution leaders against using sensitive words like pendatang or immigrants, penumpang or passengers, terhutang budi or indebted to, kurang patriotic or unpatriotic and ketuanan Melayu, he also called for an end to Umno's "big brother" or bullying attitude towards other BN partners.

It immediately triggered a slew of calls for his neck and for Najib to kick the MCA out of the BN. Umno leaders, with Mahathir being the latest, slammed his "insensitivity towards the Malays" although Gerakan president, Koh Tsu Koon, has come to his defence.

“Announcing major government policies after Umno meetings and not just after Cabinet and BN meetings have given rise to the perception that BN is not quite a coalition of equals as stated in the BN constitution,” Tsu Koon said.

But that was all that the former Penang chief minister was prepared to say, sparking speculation that both he and Soi Lek soon 'surrender' as they have always done in the past to their big brother, Umno.

In his next breath, Tsu Koon quickly retreated into the timid speech that has made Gerakan supporters lose patience with him and even drawn a recent public scolding from party life-advisor Lim Keng Yaik.

“I advise all parties to move on and focus on the transformation process and realise the 1 Malaysia concept spearheaded by the prime minister and BN chairman, Datuk Seri Najib Tun Razak,” Tsu Koon said.

W(h)at-er politics in Selangor!


water-protest-syabasKUALA LUMPUR - W(h)at-er politics in Selangor! It appears that it all boils down to politics when it comes to Selangor's water restructuring exercise which has been dragging on for the past few months.
In Selangor, the Parti Keadilan Rakyat-led state government is dragging its feet over the approval of water tariff increase as sought by Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).
Last Sunday, the state government even took its supporters to the streets to  hand over a memorandum to the Istana Negara, seeking intervention by the Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin in the issue of restructuring the Selangor water supply industry.
But up north, two states controlled by PKR's allies -- DAP in Penang and PAS in Kedah -- have increased the water rates this year, despite their pledge not to burden the rakyat.
A research house, AmResearch, in a note on Monday said the latest development where Selangor Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim handed over the memorandum to Istana Negara on Sunday, indicated that political factors were the main cause for the deadlock.
Therefore, it should come as no surprise when the research house noted that the deadlock surrounding negotiations on Selangor's water industry was due to the evolving federal-state relationship as the state was pushing for the rights of its water resources -- now under Syabas -- be returned to the state government.
This, despite the federal government, through the energy, green technology and water ministry, issuing a statement, three days ago, that they had never stopped the Selangor Government from taking over, not only Syabas, but all water concession companies in the state.
The four concessionaires are Syabas, Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) and Konsortium ABASS.
One of the main arguments used by the Selangor Government is that they want the water resources back in their turf as they do not want an increase in tariff that could burden the people.
However, some Barisan Nasional (BN) supporters are arguing that states controlled by Pakatan Rakyat (PR), such as Penang and Kedah, also increased their water tariff, even higher than in Selangor.
But there were no protests from supporters of the parties concerned.
"When Penang and Kedah announced in late September that there would be higher water tariffs for the two states, party members did not protest, although some associations and individuals objected," said Kedah Gerakan Youth chief Tan Keng Liang.
He said, while Penang had claimed that its action would only affect trade consumers, Kedah was increasing the rates across the board.
Trade consumers in Penang are paying 27 per cent more for water while Kedah was imposing an increase of between 10 sen and RM1.20 per 1,000 litres -– or an average increase of 27 per cent -– for domestic, commercial and industrial usages.
The new rates in Kedah were effective Oct 1, while in Penang, the new tariff began on Nov 1.
On top of that, Tan said Penang had imposed a conservation surcharge of 24 sen per 1,000 litres for domestic users consuming more than 35,000 litres of water, also effective Nov 1.
"When these two states increased their tariffs, they did not organise street protests, and their leaders said it (increase) was long overdue. However, when it involves Selangor, they disagreed, saying the increase was too high. Why the double standards,?" he asked.
In fact, he said, the Penang Government's move to impose a surcharge on water tariff would burden the lower income group, especially those with large households and this was also against PR's common policy framework (CPF) unveiled last December.
"Under paragraph H of the CPF, the Pakatan pledge stated that providing and maintaining good public infrastructure was the government’s responsibility. The coalition pledged to Malaysians that the implementation should not burden the people and it would guarantee clean water at reasonable rates to every family in Malaysia," he said.
Therefore, Tan said, the Pakatan government imposed a surcharge of 24 sen per 1,000 liters on domestic consumers using more than 35,000 litres of water per month.
"This clearly fails to take into account that the number of persons in each household varies as the average 35,000-litre consumption was an estimation based on five persons per household.
"What about large families with 10 members and more? The surcharge would be unreasonable on them, especially on those living in the lower income bracket,” he said.
Tan reasoned it should not be a hasty move that unfairly burdened the people.
"Otherwise, it can be assumed it is a mere attempt to increase water tariff under the guise of curbing water wastage,” he said. - Bernama

Fund managers foresee polls before June

By FMT Staff

KOTA KINABALU: If Malaysian fund managers had their way, Barisan Nasional will call for the country’s 13th general election before June 2011.
“Our view is that the general election would probably take place in the first half of next year because the market will be stronger in the next 12 months," said OSK Investment Bank's deputy head of research Jeffrey Tan.
Tan, who was here last week, is as bullish about the economy as his peers in MIDF and Bursa Malaysia.
He listed the three “Es” theme that is expected to drive the market stronger in 2011 – election, economic reforms and earnings.
He said that the coming election was good for the construction sector, with lots of contracts being awarded.
In Sarawak, which is due to hold its state election next year, Tan said that the state's construction companies would benefit from a foreseeable building boom.
In Sabah, the biggest oil and gas contract was recently awarded to the Naim Group which has set up its office at the Great Eastern Life Building in Kota Kinabalu, which is suffering a glut in office space.
Comfortably optimistic
Looking at economic reforms, Tan said that aside from awarding contracts, the government has astutely bought sufficient time to prove itself in the transformation process.
Consumer spending has improved and consumer stocks on Bursa Malaysia are up in the third quarter to boost earnings.
The media sector, he said, was among the key sectors that has performed well in terms of earnings from advertising revenue.
Tan also saw prices rising in the property sector.
According to him, the sector has always been a laggard and over-rated with sky-high prices in some hot spots, but nevertheless demographics will drive up prices in the longer run in other areas.
Meanwhile, ground sentiments also appear to confirm Tan's view, with most businesses comfortably optimitic now compared with two years ago.
“If people try to convince you that Malaysia is hopeless, I don’t think so,” said MIDF Amanah Assets Management chief executive officer and chief investment officer, Scott Lim.
He said that Malaysian companies today, including those in Sabah, could do business with any countries in Asia without depending on the Malaysian government.
"Malaysia has 25 million people. Asia has three billion people. You have to keep faith that Asia will bloom.
“What the world is doing today is going to have a bigger impact than what the Malaysian government is doing today.
“I am not saying that the Malaysian government has changed and has become a better government.
“The new administration has woken up and realised that we need to open up and sell to a bigger market.
“In budget (2011), the government is rolling back 10 years of mistakes – spending taxpayers' money.
“The last 10 years the government has been spending taxpayers’ money on your behalf to try and stabilise the economy.
“But today, it has given the signal to private investors: you are supposed to run the show now,” he said.
Educating retail investors
Fund managers have been urging Sabahans to put their monies in equities in order to fight inflation and earn better returns to improve their standard of living.
Sabah is reputed to have the highest cost of living in the country. It also has the highest number of poor people in the country.
Bursa Malaysia global head of securities markets, Uday Jayaram, a Sabahan, said: “I am a Kota Kinabalu boy. Although I now work in Kuala Lumpur, it is a pleasure for me to be back and see so many retail investors at this Market Chat 2010 programme run between Bursa Malaysia and our local partners.”
Speaking at the launch of the Market Chat 2010, Jayaram, who did his primary school education in Sabah before continuing his studies in Singapore and the UK, said the role of Bursa Malaysia in providing education for the investing public was crucial.
“Retail investors form a very crucial part of the business and only about 20% to 22% of the investors in Bursa Malaysia comprise retail investors.
"We would like to see retail investor participation in Bursa Malaysia reach 40% to 50% soon.
“We want you to be confident of putting your money in the market. We want to see more liquidity, more volume in the market so that you can make money. That is what we want,” he said.
He called on retail investors to educate themselves to make informed decision on investments as well as to get good professional advice before they make a commitment to invest in Bursa Malaysia’s many sectors.
Jayaram sees Bursa Malaysia’s prospects as good next year and hopes that more will be drawn into the Malaysian stock market and become successful retail investors.
The Market Chat programme is being held in most towns in Malaysia to educate and create awareness on the securities market as well as encourage online trading among retail investors.

Parlimen : Kerajaan Persekutuan Salur RM1.156 Billion Kepada Selangor Untuk Jalan Negeri


KUALA LUMPUR 9 DIS : Kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukan berjumlah RM1.156 bilion kepada Selangor sehingga 30 September ini bagi membantu meningkatkan infrastruktur jalan di negeri itu meliputi tempoh empat tahun bermula 2007. 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata peruntukan itu diberi bagi membantu kerajaan Selangor menyelenggara jalan-jalan negeri, di bawah Pemberian Penyelenggaraan Jalan Negeri, mengikut peruntukan Perkara 109(1)(b),Perlembagaan Persekutuan.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Teresa Kok (DAP-Seputeh) yang bertanya mengenai jumlah peruntukan infrastruktur yang telah disalurkan ke Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah sepanjang tempoh itu.
Najib yang juga Menteri Kewangan turut memberi pecahan peruntukan yang disalurkan kepada Selangor iaitu RM276.7 juta (2007), RM300.9 juta (2008), RM315.6 juta (2009) dan RM263 juta (setakat September 2010).
Sejumlah RM175.65 juta telah diperuntukkan kepada Pulau Pinang bagi tempoh empat tahun manakala Kelantan memperoleh RM284.3 juta dan Kedah RM479.45 juta bagi tempoh sama. 
-BERNAMA

Anwar Dedah Ahli Umno Dapat Projek RM2 Bilion Dari KEMENTAH


KUALA LUMPUR 9 DIS: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) memberikan projek-projek lumayan Kementerian Pertahanan berjumlah lebih RM2 bilion kepada seorang dua individu.
Beliau berkata tindakan itu membuktikan Umno hanya menggunakan slogan Ketuanan Melayu untuk memperkayakan kroni.
Anwar berkata sejak tahun 2008, seorang individu bernama Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal percayai dari Umno Bukit Gantang Perak telah diberikan pelbagai tender berjumlah RM2 bilion.
"Ada tender yang dikeluarkan, tender terhad sejak 2008 yang diberikan kepada dua orang. Sebanyak 16 syarikat bumiputera dipelawa tetapi kebanyakan syarikat itu, seperti dokumen yang terdapat di tangan saya. 'Suruhanjaya Syarikat Malaysia sebenarnya dipunyai oleh satu orang. 
"Jadi ada seolah satu pakatan di peringkat tertinggi kementerian pertahanan dengan satu dua orang tokoh Umno atas nama Melayu. Jadi Melayu ini, ketuanan Melayu ini hanya menguntungkan dua tiga orang dan lain itu pasukan sorak menyokong mereka. 
"Saya bagi contoh berdasarkan bukti mengapa kementerian sering mengelak mengadakan tender terbuka. Mengapa 16 syarikat ini sahaja dipelawa sedangkan banyak lagi syarikat bumiputera yang cukup kelayakan memenuhi kriteria yang harus diajak untuk bersama," kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
Datuk Seri Anwar menunjukkan dokumen-dokumen berkaitan untuk membuktikan bahawa tender-tender Kementerian Pertahanan diberikan kepada kroni Umno itu berkenaan dengan sewenang-sewenang-wenangnya.
"Ada syarikat, Gahmata Sajian Sdn Bhd penswastaan perkhidmatan katering Angkatan Tentera Malaysia bagi kawasan Sabah, Sarawak dan Labuan nilai RM 800 juta dipunyai oleh seorang bernama Syed Abu Hussin tanpa tender runding terus dari Mindeft. 
"Kemudian diberi satu lagi syarikat. Nama lain. Namanya Komatra Sajian Sdn Bhd, penswastaan perkhidmatan katering Angkatan Tentera bagi zon Utara dan Timur Semenanjung. Nilai RM 600 Juta.
"GPB COrporation Sdn Bhd kontrak 1 Jan 2009 nilai RM 300 juta ringgit. Tuan Punya, dan alamat daftar pun sama No 10 level 2 Damai Kompleks Tuan Punya, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, tiada Melayu lain," katanya.
Datuk Seri anwar kesal kerana pemberian kontrak-kontrak lumayan kepada kroni Umno dari Perak  bukan sahaja membelakangkan kepentingan Kementerian Pertahanan sendiri tetapi meminggirkan keutamaan untuk membantu bumiputera umumnya.
"Apa hubungan Melayu ini dapat sampai RM2 bilion.
"Apakah ini bukan satu kompromi terhadap mutu dan kepentingan Kementerian Pertahanan? Apakah ia satu usaha mengetepikan kepentingan ramai pasukan tentera? Apakah ini tanda, kita betul-betul patriotik kepada negara dengan memunggah kekayaan, memperkaya satu, dua orang melalui perbelanjaan ketenteraan," terangnya.
Sebelum ini pada Mac tahun lalu, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dalam satu kenyataan akhbar mendedahkan penyelewengan dalam Kementerian Pertahanan mengenai proses perolehan dan mempunyai unsur kronisme bagi pemimpin negara.
Orang yang bernama Syed Abu Hussin Bin Hafiz Syed Abdul Fasal tidak asing lagi bagi kakitangan dan kontraktor-kontraktor Kementerian Pertahanan. Pada masa yang sama, beliau juga merupakan ahli Umno (No ahli: 00924477) dari Bahagian Bukit Gantang, Perak.
Beliau mempunyai lebih 30 syarikat di mana beliau merupakan ahli lembaga pengarah ataupun pemegang syer. Melalui syarikat-syarikat ini, beliau berjaya menguasai hampir 90 peratus projek-projek pembekalan bagi Kementerian Pertahanan yang mencecah ratusan juta ringgit.

Memperkuatkan tekad melawan korupsi

Mohamed Azmin Ali

9 DIS — “Hai orang-orang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan cara batil, kecuali dengan cara perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka di antara kamu…” — Al-Qur’an, Surah an-Nisâ’: 29
“In a state where corruption abounds, laws must be very numerous.” — Cornelius Tacitus
“I want to make a deal with you. Can we have an understanding or not? The understanding is quite simple. I help you, you help me” — Najib Razak di Rejang Park ketika  kempen Pilihanraya Kecil Sibu
Syed Hussein Al-Attas, cendekiawan dan pemikir ulung tanahair konsisten dalam penulisan beliau mendedahkan ciri-ciri dan bahaya korupsi didalam masyarakat.
Al-Attas didalam bukunya  “Corruption: Its Nature, Causes and Function” merumuskan bahawa “esensi korupsi adalah pencurian melalui penipuan dalam situasi yang mengkhianati kepercayaan”.
Wang An Shih, tokoh pembaharuan terkemuka China dari Dinasti Sung pernah membuat kesimpulan bahawa korupsi terjadi akibat dari dua faktor iaitu undang-undang yang bobrok dan manusia yang bobrok (bad laws and bad men).
Untuk melawan korupsi kita memerlukan  pimpinan yang tegas, berani dan bersih dari unsur korupsi. Undang-undang yang tegas memerlukan pemimpin yang tangkas dan bijaksana serta menginsafi akan bahaya korupsi terhadap masyarakat dan negara.
Malangnya manusia yang menguasai tampuk pemerintahan negara kita  sekarang sarat dipenuhi oleh “dealer” bukannya “leader”.
Ucapan Perdana Menteri ketika kempen Pilihanraya Kecil Sibu sebagaimana yang dipetik diawal tulisan ini jelas mendedahkan mentaliti “dealer” yang sudah terbiasa dengan kaedah pengagihan kontrak dan tawar-menawar demi kepentingan diri.
Mentaliti sebegini perlu dibenteras dikalangan pemimpin yang diamanahkan untuk mengemudi negara.
Berbeza dengan pimpinan Pakatan Rakyat yang telah teruji dan terbukti melawan korupsi. Bandingkanlah pemimpin seperti  Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat, Lim Guan Eng, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Dato’ Seri Haji Hadi Awang yang terbukti berkebolehan untuk memimpin dengan bersih tanpa perlu tunduk kepada budaya korupsi.
KEADILAN, bersama rakan-rakan PAS dan DAP didalam Pakatan Rakyat merupakan wadah politik yang mewakili seluruh rakyat Malaysia dalam perjuangan getir memerangi korupsi.
Sejarah akan membuktikan siapa  sebenarnya pejuang dan siapa sebenarnya “pencari peluang”.
Bagi kami dalam Pakatan Rakyat, pemimpin boleh datang silih berganti, tetapi prinsip melawan korupsi kekal menjadi agenda utama perjuangan kita.
Semenjak Resolusi  58/4 Konvensi Pertubuhan Antarabangsa Menentang Korupsi diluluskan pada 31 Oktober 2003, tanggal 9 Disember telah dipilih sebagai Hari Anti Korupsi Sedunia (International Anti-Corruption Day).
Bersempena dengan sambutan Hari Anti Korupsi Sedunia, saya ingin menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama bangkit berganding bahu melawan korupsi. Korupsi adalah barah dan penyakit yang akan meruntuhkan negara.
Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan tanahair, marilah kita sama-sama memperkuatkan tekad untuk melawan budaya korupsi dengan segala kekuatan yang ada.

TPM: Jangan biar program kerajaan 'diculik' Pakatan

Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa pemimpin BN di Selangor membabitkan diri secara langsung dalam setiap inisiatif yang dijalankan oleh kerajaan supaya program itu tidak "diculik" oleh Pakatan Rakyat.

muhyiddin pc 200910 02Timbalan Perdana Menteri berkata, meskipun Selangor diperintah oleh Pakatan Rakyat, kerajaan pusat tetap menyalurkan peruntukan melalui jabatan dan agensinya yang beroperasi di negeri itu demi kepentingan rakyat.

"Rakyat tidak rasa program ini program kita tetapi seperti program rasmi. Oleh kerana kita tidak ada 'ownership' menyebabkan ia seolah-olah bukan dijalankan oleh kerajaan BN.

"Ada ketika program yang dijalankan oleh kerajaan pusat 'diculik' oleh kerajaan Pakatan Rakyat walaupun peruntukan mereka tidak sebesar peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan pusat.

"Ia kelihatan seolah-olah seperti peruntukan yang banyak disalurkan oleh mereka," katanya ketika berucap pada perjumpaan dengan jentera BN Selangor di Bangunan Umno Selangor di Shah Alam hari ini.

Muhyiddin berkata, pemimpin BN di Selangor juga perlu mendekati rakyat dan berusaha untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat dengan ikhlas.

Beliau berkata, kempen di peringkat akar umbi perlu dijalankan secara berterusan bagi menarik kembali sokongan rakyat kepada BN di negeri itu.

"Tarikh bila pilihan raya umum akan diadakan tidak penting kerana apa yang penting adalah semua anggota dan pemimpin BN sentiasa berjaga-jaga dan sudah bersedia apabila pilihan raya umum diadakan," katanya.

Muhyiddin berkata, bermula tahun depan, beliau dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, akan mula turun padang bagi mengatur program yang akan menyentuh semua peringkat masyarakat.

- Bernama

Isu Sultan Muhammad V: Terima saja keputusan Majlis Perajaan, kata Nazri Aziz

KUALA LUMPUR, 9 Dis – Pemasyhuran Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, tidak perlu mendapat persetujuan daripada kerajaan persekutuan kerana Majlis Perajaan lebih berkuasa dalam perkara itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Beliau berkata apabila berlakunya sesuatu lantikan oleh majlis tersebut, apa yang perlu dilakukan ialah pemasyhuran iaitu memaklumkan kepada rakyat.
“Sebagai kerajaan, sebenarnya kita tidak boleh campur tangan dalam apa yang berlaku di dalam institusi beraja di Kelantan kerana mereka ada Majlis Perajaan yang boleh menentukan siapa yang berhak menjadi sultan.
“Apabila mereka telah menentukan siapa yang menjadi raja, proses seterusnya ialah pemasyhuran, maknanya memaklumkan kepada rakyat. Jadi, kalau kita faham sistem ini, tidak ada ruang dan sebab mengapa pihak kerajaan pusat, mengapa kerajaan negeri dan mengapa rakyat rakyat perlu mempertikaikan apa yang berlaku di istana Kelantan itu,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai permintaan tokoh veteran Umno yang juga Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, baru-baru ini yang meminta Majlis Raja-Raja, kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri memberi perhatian serius terhadap krisis istana di Kelantan yang berlanjutan bagi mengelakkan kegelisahan dan kekeliruan rakyat dengan situasi semasa di negeri itu.
Ketika membuat kenyataan itu, Tengku Razaleigh turut mengedarkan kenyataan yang dikeluarkan Sultan Ismail Petra yang tertulis bahawa baginda adalah Sultan Kelantan yang sah mengikut Perlembagaan.
“Ini hak mereka (pemasyhuran) dan tidak ada kena mengena dari segi mesti mendapat persetujuan, malahan recognition daripada kerajaan pusat pun tidak perlu kerana apa yang diputuskan oleh Majlis Perajaan itulah mesti diterima oleh semua,” kata Mohamed Nazri.
Sultan Muhammad V (Tuanku Muhammad Faris Petra) dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan pada 24 Mei tahun lepas setelah ayahanda baginda menjalani rawatan susulan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.
Tuanku Muhammad Faris Petra Tuanku Ismail Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan pada 13 Sept lalu. Tuanku Ismail Petra mengalami ketidakupayaan sejak Mei tahun lepas.
Mohamed Nazri berkata permintaan Tengku Razaleigh tidak perlu diberi perhatian kerana institusi beraja di Kelantan telah wujud sebelum kewujudan kerajaan pusat pada 1957 malah tidak pernah berlaku pemasyhuran sultan perlu melibatkan persetujuan kerajaan pusat ataupun kerajaan negeri.
“Saya katakan di sini tak ada masalah pun sebenarnya dalam pemasyhuran itu. Jadi, tak kan lah jika hanya seorang, iaitu Tengku Razaleigh Hamzah tidak berpuas hati kita akan ambil kira pandangan beliau dan tidak pernah berlaku pun rakyat, kerajaan pusat atau kerajaan negeri dilibatkan dalam soal pemasyhuran sultan,” katanya.
Beliau berkata isu tersebut juga tidak layak dibawa ke mahkamah khas kerana mahkamah itu hanya untuk membicarakan salah laku seorang raja, bukan untuk membicarakan pertikaian sama ada pemasyhuran itu sah atau sebaliknya.
“Pemasyhuran ini perlu diterima semua. Ia bukan boleh menjadi pertikaian di mana-mana mahkamah pun. Apabila telah dimasyhurkan Tuanku Sultan Muhammad V sebagai Sultan Kelantan dan dimaklumkan kepada pusat dan kita terima, bukan untuk kita iktiraf pun kerana ia tak perlu pengiktirafan daripada kita (kerajaan pusat),” katanya.
Tengku Razaleigh, 73, yang juga Ketua Umno Gua Musang adalah datuk saudara kepada Sultan Muhammad V sebelah bondanya, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid. – Bernama

Percayalah Cakap Najib Niiiiiii.....!!!!!!!! Kah..kah..Ini bukan cobaan..ini betul-betul...!!



"Apa sandiwara? Jika seseorang didakwa, ini bukan main-main lagi,” katanya.
ha..ha..ha... mulut umnoapco jahanam yahudi laknatullah kalau dah hancing.. lu cakap apa pun takda orang nak percaya beb...  macam nak menegakkan k*t* yang tak tegak jer.... dia punya cakap nih....
"Mereka mahu menjadikan isu ini isu politik dan mahu menuduh kita tidak serius ataupun mahu menuduh kita cuba menutup atau membuat pendakwaan terpilih,” katanya. "Ini satu perkara yang telah diteliti semasak-masaknya oleh SPRM, dan SPRM sebagai badan yang bebas, (telah) kemukakan (kes ini) kepada Pejabat Peguam Negara.
ha..ha..ha... SPRM badan bebas... Pejabat Peguam Negara bebas... kenyataan joke end of the year.. khaaakk ptuuiii....
"Semua orang adalah tertakluk kepada undang-undang negara dan SPRM bebas untuk membuat siasatan terhadap sesiapa sekalipun," katanya.
ha..ha..ha... gua rasa kenyataan yang ini pulak macam pernah dengar jer.. sebelum nih.. mamat ni copyright dari Pak Lah ke...??? muakakahkahkahaaa....

Yang tersirat dari kenyataan tu seolah-olah bermaksud... "lu orang percayalah apa yang gua sampaikan ini adalah benar..., kerajaan bukan main2 dalam isu pendakwaan ini, kerajaan serius gilerrrr... nih nak benteras rasuah... percayalah.. percayalah... gua merayu nih.. percayalah apa yang gua cakap nih..."

18 kes berprofail tinggi zaman Pak Lah pun senyap macam tu jer... sekoq dah mampus... sekoq lagi lepas... yang lain2 macam mana...???

Errrr... SPRM dan Pejabat Peguam Negara tak nak telus ke... dalam kes Kapal Selam...???

Kenyataan desperate bahalol bin bangang yang cuba mendayakan rakyat tu.. lu orang boleh baca di sini...

Wooiiii.... sudah-sudah laaaaa.... membangangkan orang, ahhh... malas pulak nak layan lebih2 si mulut hancing nih.... nak membodohkan orang jer... kerja diorang... piiiiraaahhhhh....
ISA.

Rebellion in BN: Small brothers fight big brother but how real is it

KUALA LUMPUR — Gerakan has backed MCA president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek’s remarks that Barisan Nasional (BN) component parties should not play junior partner to Umno in the ruling coalition.

In a show of solidarity, party president Tan Sri Dr Koh Tsu Koon today said that Dr Chua’s unhappiness over the way decisions were made in BN “reflect the perception of the non-Malay community”.

During last weekend’s BN convention, Dr Chua took a direct swipe at Umno by pointing out that MCA was not in agreement with how important government policy decisions were made during Umno Supreme Council meetings instead of in Cabinet.

This prompted Umno vice president Datuk Seri Hishamuddin Hussein to claim yesterday that Dr Chua had upset a good number of leaders — including those in MCA — with his speech.

Similarly, Deputy Education Minister Datuk Dr Puad Zarkashi said Dr Chua’s statements were untrue, unnecessary and not in tandem with the prime minister’s views or those of other BN component party leaders.

Koh today emphasised that democracy must be practiced within BN and component parties must be given the democratic space to express their views in a positive and constructive manner, within the framework of BN’s basic tenets and policies.

“Announcing major government policies after Umno meetings and not just after Cabinet and BN meetings have given rise to the perception that BN is not quite a coalition of equals as stated in the BN constitution,” said Dr Koh.

The senator stressed that this was the only way to effectively represent the interests of all Malaysians and win their support for BN as a whole.

“On this particular matter, it is best that we do not overreact against one another in the open but make full use of internal mechanisms available to us like the Cabinet and BN meetings,” he added.

“I advise all parties to move on and focus on the transformation process and realise the 1 Malaysia concept spearheaded by the prime minister and BN chairman, Datuk Seri Najib Tun Razak.”

Earlier today, MCA hit back at Umno in an escalating row over Dr Chua’s unhappiness at having to play second fiddle to Umno and his remarks over the use of “ketuanan Melayu”.

MCA deputy publicity chief Loh Seng Kok claimed Dr Chua had merely been acting in “consonance” with Najib’s warning to coalition leaders to avoid the “diseases” of delusion, amnesia, inertia and arrogance.

“BN leaders including Datuk Seri Hishamuddin and Datuk Dr Puad Zarkashi must display an honest and humble attitude and accept the facts,” he had said in a press statement.

“As leaders, we must be always ready to accept public criticisms and questionings.”

Loh added that Dr Chua had only been conveying the views “held by many people” when he cautioned BN leaders against using words like “pendatang” (immigrants), “penumpang” (passengers), “terhutang budi” (indebted to), “kurang patriotic” (unpatriotic) and “ketuanan Melayu” (Malay supremacy) at last weekend’s BN convention.

He further urged BN leaders to be more self-critical in order to learn from their mistakes and win the hearts and minds of the people. - Malaysian Insider

Mesyuarat JK Hak Dan Kebebasan Parlimen Seperti Mahkamah Kangaroo

kangarooKUALA LUMPUR Dis 9 - Imej Malaysia di mata masyarakat antarabangsa tercalar di bawah kerajaan Umno-Barisan Nasional apabila mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen dilabel sebagai 'mahkamah kangaroo'.

Gelaran itu yang diberikan oleh anggota bebas parlimen Australia, Senator Nick Xenophone susulan usaha jawatankuasa itu untuk menggantung Ketua Oposisi Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa dipanggil pembelaannya berkaitan isu Apco- 1Malaysia-One Israel.

Semasa mengadakan sidang media di lobi parlimen bersama Anwar semalam, Xenophone berkata beliau mendapati keengganan jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Yang Di Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk membenarkan Ketua Oposisi itu mempertahankan dirinya adalah suatu yang amat mengejutkan.

"Saya sedar akan kewujudan jawatankuasa ini kerana saya tahu di Senat kami pun terdapat jawatankuasa yang sama. Saya amat terkejut dan hairan anda mempunyai sebuah jawatankuasa yang tidak membenarkan anggota dewan yang dituduh tidak diberi peluang untuk membela diri.

"Mungkin anda biasa dengan ungkapan mahkamah kangaroo di Australia, ini bagi saya adalah lebih teruk daripada mana-mana mahkamah kangaroo," kata beliau.

Xenophone berkata adalah perkara dan persefahaman lumrah di parlimen dalam mana-mana negara Komanwel bahawa mana-mana anggota dewan yang didakwa melakukan kesalahan haruslah di beri hak pembelaan.

Beliau juga menyentuh mengenai perjalanan perbicaraan pertuduhan liwat terhadap Anwar yang menurutnya terdapat kelompongan dalam menegakkan keadilan.

"Perbicaraan Anwar telah mendapat perhatian meluas di Australia berhubung ketidakadilan dalam proses mahkamah dan dalam hal yang sama jika pihak kami juga melakukan perbuatan yang sedemikian kami juga mahu Malaysia membuat teguran, jadi sebab itu saya berada di sini.

"Saya ke sini bukan sahaja untuk memerhati prosiding perbicaraan tetapi juga memberi sokongan  sebagai anggota bebas.

Bercanggah dengan kenyataan pimpinan Umno-BN, Xenophine berkata Anwar sangat dihormati oleh Parlimen Australia kerana perjuangan beliau untuk demokrasi dan keadilan.

"Saya percaya isu di sini ialah keadilan kerana Australia dan Malaysia adalah sahabat lama dan karib. Apabila sudah lama berkawan kadangkala anda perlu beritahu satu sama lain mengenai apa yang benar.

Xenophone menegaskan lebih 60 ahli parlimen Australia telah menandatangani surat sokongan terhadap Anwar dan isu perbicaraan beliau akan dibangkitkan semula dalam parlimen negaranya Februari depan.

"Perlu saya tekankan petisyen sokongan terhadap Anwar daripada ahli-ahli parlimen pihak kerajaan dan juga oposisi adalah sesuatu yang jarang berlaku dan menakjubkan. Jarang sekali sokongan menyeluruh seperti ini diperolehi," ijar beliau lagi.

Umno and corruption

Sakmongkol AK47

DEC 9 — My most recent article is the stand of UMNO on corruption.
The easy linking up of UMNO and corruption is too simplistic. It can’t be true that UMNO people are devoid of a sense of probity. If you see the comments following that article, no one, including UMNO people are condoning corruption. No one wants it.
And I find it mischievous to suggest that UMNO does not want integrity in its dealings.
The stand is: UMNO like any other political parties does not condone and tolerate corruption. But proving corruption will not be easy. Despite that, the difficulty to prove it is not an excuse not to do the necessary actions.
Since we cannot discuss the specific matter that Khir Toyo is facing before the court, we will highlight other things which Khir Toyo did which are cause for concerns. Or reasons for our misgivings.
We shall speak instead about the politics of the case. How should be UMNO’s political stand?
I have said, it would be grave mistake to treat Khir’s case as that of UMNO’s. Let’s not make Khir a martyr.
Secondly, Khir Toyo is not indispensable. His likes are a dime a dozen. So many others can do the job Khir did. It was only a set of accidental events that catapulted him into the MBship of Selangor.
Anyone with above average intelligence can become an MB. He was just a mechanic doing his thing on molars, premolars and other tooth types.
The message then, no one in UMNO is indispensable. In the coming weeks, I shall be exposing the goings on at another ministry which is a custodian of large scale projects.
We shall see how public office is manipulated so as to drain the resources from this county. I promise you, it will be explosive. It shall be a tale of how project costs are inflated exorbitantly to shameless proportions. The worst thing, is the minister in charge of the ministry, knowingly supported a particular project which could be gotten at a much lower cost.
How shall UMNO treat these leaders even if they are MBs or ministers? PM Najib must let them go. Retire these people so that good men, winnable candidates and personalities can take over. No one person is indispensable and no one person can be so clever to the extent they cannot be replaced.
Let’s get back to Khir Toyo. He has come up with the disingenuous alibi as to how he has become rich. By selling the nutritious tempe.
Among the strange things Khir did in his capacity as MB:
Approving land applications to 4 people between 2000-2001 who are known to have substantive relationship to either himself or to his polsec. Each of the 4 people who were given land of 100 acres each which was valued at RM 200k an acre were
1.Ahmad Tarmizi Tajjeury,
2.A.Rahman Mokhtar,
3.Suzilawani Mustaphin and
4.Ali Nordin.
A stranger case involving his executive position to grant land to some 20 year olds land of 50 acres each to:
1.Ahmad Azmir,
2.Noor Ashikin
3.Mardhiah
4.Azril Yusri.
And one of them is the son to the DO of Kuala Langat.
Some of these wet behind the ears disco and club friendly 20 year olds didn’t even know the land were given out in their names. Some of them were appointed 40 days as company directors prior to the companies submitting the land applications. It was also found out; some of the companies had the same shareholders.
The list is a long one. I don’t have the enthusiasm to lay them down. It’s so depressing. — sakmongkol.blogspot.com

* Sakmongkol  AK47 is the nom de plume of Datuk Mohd.Ariff Sabri Hj. Abdul Aziz. He was Pulau Manis assemblyman (2004-2008).

Negara Kembali Ke Era Mahathir- SUARAM


KUALA LUMPUR 9 DIS : Penilaian Hak Sivil dan Politik 2010 daripada Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menunjukkan trend yang membimbangkan seolah negara kembali ke era mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Semasa era Mahathir pengawalan dan penindasan kerajaan ke atas segala aspek kebebasan bersuara berlaku secara berleluasa.
Sekretariat Suaram, Hasbeemasputra Abu Bakar menganggap tindakan dan kekerasan kerajaan khususnya dalam pengendalian kes terhadap pihak pembangkang menunjukkan seolah kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak cuba mengulangi zaman kuku besi negara satu masa dahulu.
Hal ini dilihat dengan penarikan lesen lidah rasmi PKR, Suara Keadilan, tekanan terhadap akhbar PAS, Harakah dan pelbagai lagi ancaman serta penindasan terhadap saluran media alternatif.
"Kejadian yang berlaku tahun ini seperti pengharaman buku, kurangnya ruang untuk bersuara, kurangnya peluang memberi pendapat alternatif memberi indikasi apa yang bakal terjadi. Amat sukar untuk seseorang itu terutamanya anak muda memberi pandangan yang berbeza dengan kerajaan. Kita boleh kembali ke era Mahathir yang cuba mengawal masyarakat sepenuhnya," katanya.
Laporan itu antara lain menerangkan status dan tindakan kerajaan dalam mengimplementasi dan menegakkan hak asasi manusia dan hak kebebasan negara seperti yang dimaktub dalam Deklerasi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu yang turut ditandatangani Malaysia.
Turut disentuh mengenai ketidakadilan penahanan mereka yang menyertai perhimpunan aman serta tindakan polis yang bertindak ganas dalam penyuraian.
Hal itu berlaku pada perhimpunan aman Hari Buruh Mei lalu, Vigil lilin sempena Ulang tahun ke 60 Akta Keselamatan Dalam Negeri Ogos lalu serta terbaru demonstrasi kenaikan tarif air SYABAS di ibu negara minggu lalu yang membawa pada penangkapan hampir 60 individu.
Seorang lagi Sekreatariat Suaram, Kua Kia Soong menambah betapa di Era Tun Ahmad Abdullah Badawi, Kerajaan Pusat dilihat cuba mengambil pendekatan lebih 'lembut' dan melakukan beberapa cadangan perubahan tetapi masih gagal diimplementasi seperti Suruhanjaya Bebas bagi memantau tindakan pihak polis (IPCMC).
Suaram juga menyatakan kekecewaan apabila cadangan daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) bagi penambahbaikan hak asasi manusia di negara ini tidak pernah diambil peduli oleh pihak Kerajaan.
Kua juga mengumumkan kempen baru akan dibuat bagi memberi kesedaran terhadap masyarakat mengenai Ordinan Darurat (EO) dan AKta Dadah Merbahaya (DDA) yang digunakan polis untuk menahan individu tanpa perlu mendapat perintah mahkamah.
Dalam laporan 30 muka ini, Suaram menyatakan individu masih ditahan di bawah ISA, dan sehingga Februari 2010, 819 ditahan di bawah EO dan 412 di bawah DDA. 
"Ramai orang dah tahu mengenai ISA tapi hanya sedikit yang tahu mengenai EO dan DDA kerana ia tidak ekslusif (seperti ISA). Polis menggunakan EO dan DDA terhadap orang yang mereka tak suka, sebab itu lebih seribu ditahan dibawahnya."
Dalam perkembangan berkaitan Pengerusi Majlis Peguam Malaysia, Ragunath Kesavan bersetuju dengan laporan yang dikeluarkan ini dan akan membantu memperjuangkan hak kebebasan rakyat negara ini.
"Samalah dengan kes-kes dan isunya. ISA belum dipinda, perkara-perkara yang seperti halangan pergerakan awam tidak boleh dibiar. Isu berkaitan Akta Hasutan juga, jadi kami setuju.
"Mana-mana undang-undang yang membenarkan tahanan tanpa perbicaraan juga akan ditentang," ujarnya kepada Tv Selangor.

Kahwin Bawah Umur : Peranan Dan Didikan Ibu-Bapa Penting


SHAH ALAM 9 DIS : Peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak adalah penting apabila mengaitkan isu perkahwinan anak-anak bawah umur kerana amalan itu dibenarkan mengikut Islam.
Menurut Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr. Lo' Lo' Mohd Ghazali, beliau meminta supaya ibu bapa lebih bertanggungjawab dalam memberi didikan yang betul dan sempurna kepada mereka sebelum berkahwin.
Beliau juga turut memberi nasihat kepada ibu bapa, jika mahu mengahwinkan anak-anak mereka biarlah selepas tamat persekolahan dan cukup matang dalam alam perkahwinan.
"Saya menyarankan kepada ibu bapa supaya tunggu anak itu dewasa sedikit, kalau boleh biarlah dia habis atau sekurangnya-kurangnya dia ada Sijil pelajaran Malaysia (SPM)," katanya.
"Jadi apabila sudah sampai fasa untuk dia cukup matang untuk berkahwin jadi then tak apalah, kahwinkan anak itu, itulah yang sewajarnya daripada dia membuat maksiat," katanya.
Menurut Dr Lo'Lo' lagi, perkara ini dibuat bagi mengelakkan masalah seks bebas dikalangan kanak-kanak daripada terus berleluasa sehingga boleh menyebabkan pembuangan bayi.  
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata demikian apabila  kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang membenarkan perkahwinan kanak-kanak masyarakat Islam di bawah umur 16 tahun jika mereka mendapat kebenaran daripada Mahkamah Syariah yang setaraf dengan mahkamah sivil di negara ini.
Nazri menolak cadangan agar perkahwinan kanak-kanak diharamkan meskipun ramai yang tidak berpuas hati dengan perkahwinan seorang gadis berusia 14 tahun baru-baru.
Siti Maryam Mahmod dilaporkan bernikah dengan seorang guru berusia 23 tahun, Abdul Manan Othman minggu lalu dalam perkahwinan beramai-ramai di sebuah masjid utama setelah diberi kebenaran oleh Mahkamah Syariah.

Sekat Akademik: Kerajaan Hilang Input Bernas

KUALA LUMPUR 9 DIS: Kekangan pelbagai sudut terhadap ahli akademik dan Institusi Pengajian Tinggi di negara ini menjadi faktor kurangnya pandangan golongan ilmuan yang berkelayakan dan berkualiti dalam mengkritik aspek politik di negara ini.
Justeru kerajaan semakin kehilangan input bernas daripada golongan berpendidikan dan pemantau bebas.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang ditemuramah Tv Selangor berkata, kerajaan harus menyahut serius saranan Ketua Pembangkang membebaskan ahli-ahli akademik dan mahasiswa daripada cengkaman undang-undang yang tidak akan menjana pertumbuhan negara.
"Kerana kongkongan yang ada melahirkan para akademik yang tidak berani mengkritik kerajaan atau mereka yang dilihat pro pembangkang tidak dapat ruang walaupun berkelayakan dan berkualiti," katanya.
"Pendirian kita mahu wujudkan suasana kondusif pelajar bersuara dan harap dapat terap budaya pemikiran kritis dan melahirkan generasi pemikiran hadapan. Tapi untuk tidak berubah serta merta, tidaklah," kata beliau di lobi parlimen petang tadi," katanya lagi.
Dalam sidang Dewan Rakyat pagi tadi, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa supaya taraf universiti dan profesor tempatan di negara ini di beri ruang dan kebebasan.
Beliau dalam perbahasan di Parlimen pagi tadi turut menggesa supaya Kementerian Pelajaran Tinggi mengangkat martabat ahli akademik dan profesor tempatan yang berwibawa di negara ini.
Dalam pada itu Izzah mengalu-alukan cadangan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang juga Ketua Pemuda Umno untuk meminda Akta Universiti Dan Kolej Uninersiti atau AUKU.
Malah beliau turut percaya kerajaan Pakatan Rakyat akan mengetengahkan agenda mempromosi kebebasan demokrasi tulen seraya mengumpul sokongan daripada golongan muda memperjuangkan hak rakyat.
"Sudah tentu kenyataan menteri dialukan tetapi masih lagi wujud ruang yang begitu luas memungkinkan pada akademik bersuara.
"Saya optimis Pakatan Rakyat akan dapat kalau kita berjaya mempromosikan agenda kita. Ramai lagi golongan muda yang akan datang beralih arah kepada kita," jelas beliau.

Anugerah Tuhan

Abas Azizan

9 DIS — Sungguh terharu hati saya apabila mendengar presiden PKR mengatakan bahawa ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah ‘anugerah Tuhan’.
Memang banyak harungan dan cabaran hidup, mahupun kezaliman yang telah dilalui dan dihadapi oleh Datuk Seri Anwar.
Setiap cabaran itu telah beliau hadapi dan tangani dengan penuh tekad dan tabah. Ketokohan beliau menyerlah setiap kali.
Bagaimanapun, perasaan terharu itu, apabila saya fikirkan dengan mendalam, mahu tak mahu, bercampur aduk juga dengan sedikit kekhuatiran.
Sememangnya Wan Azizah seorang isteri yang setia, yang mahu berdiri teguh di samping suaminya yang sekarang ini melalui kegetiran samada di arena politik negara ataupun di arena peribadi. Hakikat itu saya terima.
Apa yang saya bimbang dan khuatirkan adalah dengan mengangkat Anwar sebegitu rupa, perkataan Azizah akan disalahtafsirkan sebagai mendewa-dewakan Anwar seolah Anwar adalah seorang yang maksum dan tidak pernah melakukan kesalahan.
Sekiranya tanggapan ‘Anwar maksum’ ini menjadi realiti, itu adalah satu perkembangan yang amat tidak sihat di kalangan pengikut-pengikut Anwar.
Sayugia diingatkan, sebenarnya Anwar juga pernah melakukan kesilapan – banyak kesilapan di dalam likar-liku kehidupan beliau. Jauh sekali dari maksum ‘anugerah Tuhan’ ini.
Beliau tersilap apabila gemar sangat menggaji orang-orang muda yang handsome dan tinggi lampai sebagai kakitangan pejabat beliau. Setelah pernah difitnah oleh Mahathir dengan dituduh dan dipenjara atas kesalahan seks luar tabii atau seks homoseksual, adalah silap untuk Anwar sekali lagi membiarkan pemuda-pemuda tinggi lampai dan handsome berkeliaran di pejabat beliau.
Peluang telah terbuka untuk apa yang terjadi sebelumnya terjadi sekali lagi. Nah, sekarang timbul pula Sodomi 2!
Anwar tersilap apabila meminta maaf kepada beberapa pendokong Zionisma semasa melawat Amerika Syarikat beberapa bulan lepas. Kenapa perlu beliau meminta maaf tidak pula pernah diperjelaskan olehnya kepada rakyat di Malaysia.  Beliau juga telah jelas tersilap sekiranya
memikirkan laporan beliau meminta maaf itu tidak akan sampai ke telinga orang di Malaysia.
Anwar juga telah tersilap mengenai kes 16 September 2008. Tidaklah diketahui dan tak pernah pula beliau memberi penjelasan atas asas apa yang beliau percaya 30 orang wakil rakyat BN akan dapat dipengaruhi untuk melompat masuk ke Pakatan Rakyat dan seterusnya membuka laluan untuk Anwar menjadi perdana menteri negara.
Anwar telah mengumumkan, sebaik sahaja dilantik menjadi penasihat ekonomi negeri Selangor, bahawa beliau akan membawa berbilion-bilion wang pelaburan dari Timur Tengah ke negeri Selangor. Ini nampaknya adalah satu kesilapan sebab sehingga kini tak kelihatan pun pelaburan dari Timur Tengah itu.
Ini tidak lagi termasuk kesilapan-kesilapan yang pernah Anwar lakukan semasa beliau berada di dalam parti Umno. Dan sekira difikirkan betul-betul, kemasukan beliau ke dalam Umno dahulu itu pun boleh dianggap sebagai satu kesilapan.  Mana pula boleh seorang ‘anugerah Tuhan’ masuk parti sekular? Insan yang sedemikian sewajarnya masuk ke parti yang sentiasa berusaha untuk redha Tuhan, iaitu PAS.

"Jadilah bangsa bermaruah, bertakwa" – MB Selangor

khalid bmSHAH ALAM: Rakyat Selangor digesa menjadi bangsa yang bermaruah dan bertakwa berbanding menjadi bangsa yang mengagungkan Ketuanan Melayu.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, "orang yang mulia di sisi Allah adalah orang yang bertaqwa dan orang yang bertaqwa adalah mereka yang bermaruah tinggi”.

“Penguasa yang bermaruah akan disanjung, pentadbiran yang bermaruah akan dihormati dan rakyat yang bermaruah akan dipandang mulia”, kata beliau pada Majlis Persidangan Penghulu dan Penggawa Semenanjung Malaysia di Dewan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz di sini hari ini.
Bagaimanapun, teks ucapan beliau dibacakan oleh Yaakob Sapari, exco Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan.
Namun, tindakan ahli-ahli Umno dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) yang bersorak sambil mengganggu ucapan tersebut dilihat sebagai tidak beradab dan bermaruah.
Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.
Sementara itu, dalam kenyataannya kepada media hari ini, Yaakob meluahkan rasa kesal terhadap ahli-ahli Umno Selangor yang membawa juru sorak hingga mengganggu ketika beliau sedang berucap.
Beliau berkata, hal ini begitu kontradiksi dengan semangat Ketuanan Melayu yang dilaungkan oleh Umno yang dilihat sebagai satu slogan retorik.
"Pihak penganjur berasa begitu kecewa atas tindakan biadap pimpinan Umno dan menggesa mereka yang terlibat tampil memohon maaf atas kelakuan buruk mereka," ujar beliau.

Yaakob Sapari kesal UMNO bawa tukang sorak dalam majlis rasmi

EXCO Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Luar Bandar Selangor Yaakob Sapari kesal dengan sikap ahli UMNO Selangor membawa juru sorak yang menggagu ketika EXCO tersebut sedang berucap.
Majlis persidangan Penghulu dan Penggawa Semenanjung Malaysia yang diadakan di Dewan Politeknik Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah, Shah Alam hari ini, turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin, tercemar dengan insiden ahli-ahli UMNO yang menggangu suasana majlis.
Majlis tersebut turut dihadiri Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
Dalam ucapan Yaakob Sapari (gambar kanan) yang mewakili Menteri Besar Selangor, beliau menekankan gesaan agar rakyat Selangor menjadi bangsa bermaruah dan bertakwa berbanding menjadi bangsa yang menggagungkan Ketuanan Melayu.

Ujar beliau, "Orang yang mulia di sisi Allah adalah orang yang bertaqwa, dan orang yang bertaqwa adalah mereka yang bermaruah tinggi."
"Penguasa yang bermaruah akan disanjung, pentadbiran yang bermaruah akan dihormati dan rakyat yang bermaruah akan dipandang mulia," tambah Yaakob sewaktu menyampaikan ucapan kepada para hadirin yang hadir.
Namun, tindakan ahli-ahli UMNO dan Jawatnkuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) yang bersorak sambil mengganggu ucapan tersebut dilihat sebagai tidak beradab dan bermaruah.  Hal ini begitu kontradiksi dengan semangat Ketuan Melayu yang dilaungkan oleh UMNO yang dilihat sebagai satu slogan retorik.

Pihak pengajur berasa begitu kecewa atas tindakan biadap pimpinan UMNO.  Pihak penganjur juga menggesa agar mereka yang terlibat tampil memohon maaf atas kelakuan buruk mereka.

*Kenyataan daripada Pejabat Yaakob Sapari, EXCO Permodenan Pertanian Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan.

2,000 pelajar Malaysia Timur Tengah dihimpit masalah kewangan...sebab mereka pelajar jurusan Islam...!!!


KUALA LUMPUR, 9 Dis – Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak Putrajaya supaya mencari jalan penyelesaian berhubung masalah yang dihadapi pelajar-pelajar yang menuntut di rantau Timur Tengah yang sehingga kini masih gagal mendapatkan pinjaman mahupun biasiswa daripada kerajaan.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Majlis Belia Malaysia dan Majlis Perundingan Melayu turut menggesa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) supaya menghulurkan bantuan kepada pelajar-pelajar Malaysia yang berada di Timur Tengah terutamanya kepada kira-kira 2,000 pelajar di Mesir.
Turut terlibat dalam usaha itu syarikat milik pelakon dan pengacara AC Mizal iaitu AC Konsortium Sdn Bhd.
Pada sidang media hari ini, turut dilancarkan ialah Tabung Kecemasan Pendidikan yang berfungsi untuk membantu pelajar-pelajar yang gagal mendapatkan pinjaman kerajaan.
Menurut Setiausaha Agung PPIM Datuk Dr Ma’amor Osman, tabung itu diwujudkan kerana sehingga kini masih belum ada kata putus terhadap nasib pelajar di Mesir yang kini menghadapi masalah kewangan.
“Kebanyakan pelajar ini gagal mendapatkan pinjaman mahupun biasiswa daripada kerajaan, menyebabkan mereka terpaksa mengikat perut di sana, saya juga difahamkan bagi tahun pertama kos pengajian ditanggung oleh ibubapa masing-masing.
“Menurut maklumat yang saya terima, kerajaan bersetuju sekiranya pelajar-pelajar ini mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan mereka akan menerima bantuan daripada kerajaan, tapi sehingga kini tiada sebarang respons daripada pihak bertanggungjawab,” katanya.
Tambah Dr Ma’amor, terdapat beberapa pelajar cemerlang di Mesir amat memerlukan bantuan kewangan bagi meneruskan pengajian dalam bidang masing-masing di sana.
Namun, tambah beliau sehingga kini kerajaan masih belum memberi kata putus berhubung status pinjaman mereka.
“Jumlah sebenar pelajar ini saya belum dapat lagi, tapi mereka ini amat memerlukan bantuan kewangan. Jika mereka gagal menerima bantuan menjelang Januari ini, mereka terpaksa pulang ke Malaysia tanpa menghabiskan pengajian mereka.
“Melalui tabung ini kita sasarkan RM30,000 untuk membantu pelajar-pelajar ini, saya percaya dalam tempoh tiga minggu ini kita akan dapat mengumpul jumlah tersebut sebelum disalurkan kepada mereka.
“Buat masa terdekat ini kita sasarkan RM30,000 dulu kerana pelajar-pelajar ini amat memerlukan bantuan, tabung ini juga kita akan teruskan sampai bila-bila,” katanya.
Dr Ma’amor berkata, selain sumbangan daripada rakyat sumbangan daripada GLC amat diperlukan bagi membantu menampung kos pelajar-pelajar Malaysia di luar negara yang dianggarkan mencecah puluhan ribu.
“Kita akan bantu semua pelajar Malaysia yang menuntut di luar negara tidak terhad kepada pelajar di Timur Tengah sahaja.
“Sebab itu kita memerlukan sumbangan daripada semua pihak termasuk GLC untuk menghulurkan bantuan melalui tabung yang kita tubuhkan ini.
“Saya percaya GLC ini akan menghulurkan bantuan untuk membantu pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di luar negara,” katanya.
Tambah Dr Ma’amor, satu pertemuan akan diadakan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan itu tersebut dan sekiranya Najib gagal mencari jalan penyelesaian pihaknya akan membawa isu itu kepada Yang di-Pertuan Agong.
“Kita akan jumpa Perdana Menteri untuk bincangkan perkara ini sekiranya beliau juga tidak boleh mencari jalan penyelesaian kita akan membawa perkara ini kepada Yang di-Pertuan Agong,” katanya.
Sebarang maklumat mengenai Tabung Kecemasan Pendidikan boleh didapati di www.tabungkecemasanpendidikan.blogspot.com dan bantuan juga disalurkan melalui akaun bank atas nama Persatuan Pengguna Islam Malaysia nombor akaun 1437-0003-7710-50 (CIMB).

Putrajaya jatuh, Umno akan lapar

KUALA LUMPUR, 9 Dis: Pemimpin Umno BN hendak mempertahankan Putrajaya bukan untuk rakyat, tetapi untuk suku sakat mereka yang sedang kehausan dan kelaparan, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad.
Beliau mengulas gesaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya Barisan Nasional  bersungguh-sungguh mahu mempertahankan Putrajaya demi kepentingan rakyat dan negara di dalam taklimat strategi BN Selangor di Shah Alam hari ini.
Katanya, PAS berpandangan gesaan yang dibuat oleh Timbalan Presiden Umno sebagai bayangan kerisauan yang wujud di wajah pemimpin Umno di semua peringkat.
Menurutnya, mimpi ngeri 8 Mac 2008 masih menghantui pemimpin Umno, mereka bimbang dengan peningkatan celik maklumat di kalangan rakyat, melalui kuasa media baru, terutama di kalangan genarasi muda.
Tambahnya, mungkin pemimpin Umno boleh menipu emak bapa mereka, tetapi kerja pencerahan maklumat akan dibuat oleh anak-anak mereka yang terpelajar.
Justeru, katanya Muhyiddin sepatutnya rasa malu, kalau alasan untuk mempertahankan Putrajaya kerana  kepentingan rakyat.
Tambahnya, seantero dunia sudah tahu BN yang memerintah negara ini gagal menjalankan amanah dan mengkhianat kepada rakyat selama 53 tahun.
Sekarang, ujarnya kualiti hidup rakyat semakin menurun, kuasa membeli rakyat semakin rendah, semuanya gara-gara kegagalan Umno mentadbir negara.
“Sepatutnya Timbalan Presiden Umno kena beri motivasi kepada pemimpin Umno, kita kena pertahankan Putrajaya kerana perut kita semakin kempes, kerana lubuk emas dijaga oleh manusia bukan oleh puaka,” ujarnya.
Beliau turut membidas tuduhan Muhyiddin mengatakan “kalau Pakatan Rakyat memerintah, negara tidak aman, maju dan kukuh. Jangan percaya kepada janji-janji pembangkang, mereka cakap tidak serupa bikin”.
“PAS hendak sedarkan Muhyiddin beliau sedar atau tidak ucapan itu terkena kepada batang hidung Umno yang dipimpin oleh beliau bersama dengan Datuk Seri Najib.
“Bukankah pemimpin umno yang berkata pada 1 November 2010, minyak RON 95 tidak akan naik sehingga hujung tahun ini, tiba-tiba Disember 2010 RON 95 telah dinaikkan, siapa yang lidah bercabang?” soalnya.
Justeru, katanya PAS mengingatkan kepada rakyat Selangor terutamanya jangan berikan madat kepada BN dalam pilihanraya akan datang kerana jika BN menang segala bentuk kebajikan akan bertukar kepada penindasan.
Katanya, air percuma 20 meter padu setiap bulan, skim warga emas yang meninggal mendapat RM2,500 akan hilang.
Buktinya, kata beliau rakyat Terengganu sudah mengalami hari ini apabila BN memerintah Terengganu, cukai pintu di zaman PAS memerintah dikecualikan telah dikenakan kembali pada tahun 2004 apabila mereka kembali berkuasa.

Kenaikan 4-dalam-1: PROTES sedia berdemo

Pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat bersedia turun ke jalanan bagi menuntut kerajaan menarik balik kenaikan harga barangan 4-dalam-1 yang diumumkan minggu lalu.

protes fuel price hike rally mppj stadium 070708 43Bagaimanapun, setakat hari ini, pihak-pihak berkenaan masih memantau kesan kenaikan itu sebelum membuat sebarang keputusan.

Minggu lalu, harga petrol RON95 naik 5 sen menjadi RM1.90, diesel naik 5 sen menjadi RM1.80 sen, gas pula naik 5 sen menjadi RM1.90 sen sekilogram dan gula juga naik 20sen menjadi RM2.10 sen. Semua kenaikan itu dibuat di sebalik jaminan kerajaan bahawa tiada kenaikan harga untuk tahun ini.

petrol hike talk 170406 aruchelvanSetiausaha agung PSM, S Artuchelvan ketika dihubungi berkata parti itu bersedia menggerakkan ahlinya menyertai demonstrasi membantah kenaikan yang sedang diteliti oleh Gabungan Anti-Inflasi (PROTES).

Katanya, bantahan itu adalah hak bagi setiap individu tetapi demonstrasi itu perlu diadakan dengan aman.

“Kita kena mengadakan perbincangan dengan gabungan PROTES terlebih dahulu untuk tindakan selanjutnya,” katanya dihubungi Malaysiakini.
Mungkir janji

Sementara itu, Penyelaras PROTES Dr Hatta Ramli berkata gabungan itu kecewa kerana kerajaan telah memungkiri janjinya untuk tidak menaikkan harga barangan utama keperluan rakyat tahun ini.

NONEBeliau yang sedang bercuti di luar negara berkata, kerajaan tidak prihatin masalah rakyat di hujung tahun yang memerlukan perbelanjaan bagi menyediakan keperluan untuk anak-anak bersekolah.

“PROTES akan bincangkan langkah seterusnya kemudian,” katanya kepada Malaysiakini menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Di Pulau Pinang, setiausaha PAS negeri, Mohd Fadzil Kemi berkata parti itu sedang memantau kesan kenaikan harga 4-dalam-1 itu sebelum bertindak.

Katanya, sebagai langkah awal, pihaknya menyokong cadangan ketua penerangan PAS, Idris Ahmad yang meminta supaya semua cawangan PAS di seluruh negara menggantung kain rentang membantah kenaikan itu.

"Yang penting, orang nak tahu, orang nak tengok kesan daripada kenaikan harga itu," katanya sambil menambah ia lebih berkesan daripada demontrasi.

NONEIni kerana, katanya, demonstrasi hanya diadakan "di tempat tertentu, fokus tidak sampai dan memerlukan ramai orang supaya ada kesannya".

Menurut Mohd Fadzil, kos bagi menyediakan kain rentang tersebut murah dan ia boleh diletakkan di tempat tumpuan orang ramai seperti di masjid, pasar awam atau jalan yang menjadi tumpuan rakyat.

"Kain rentang diletakkan di kawasan strategik kerana ia lebih berkesan kepada masyarakat terutama bagi mereka yang tidak sedar atau tidak mengetahui kesan kenaikan tersebut," katanya.
Secepat mungkin

Beliau bagaimanapun menyerahkan perkara tersebut kepada ketua penerangan negeri supaya mengarahkan kawasan dan cawangan menaikkan kain rentang itu.

Sementara itu, setiausaha PAS Perak Misbahul Munir Masduki berkata cadangan tersebut "baik dan lebih berkesan" sebagai menimbulkan kesedaran kepada rakyat berhubung kenaikan harga 4-dalam-1 itu.

protes fuel price hike rally mppj stadium 070708 37'Ia mudah dibuat dan menaikkan sepanduk di kawasan strategik di kawasan tertentu di negeri ini... Kita akan laksanakan secepat mungkin kerana isu ini masih baru," katanya.

Menurutnya lagi, tindakan menggantung kain rentang, bukan satu perkara baru kerana sebelum ini, PAS negeri itu pernah berbuat demikian mendesak DUN Perak dibubarkan.

Beliau akan menyelaras cadangan Idris itu kepada seluruh kawasan di negeri itu yang mempunyai kira-kira 800 cawangan.

Bagaimanapun, pihaknya juga akan berbincang untuk mengadakan demonstrasi membantah kenaikan harga tersebut sekiranya perlu.

protes fuel price hike rally mppj stadium 070708 22Manakala setiausaha PKR Perak Datuk Abdul Halim Husin berkata bersetuju dengan kempen tersebut kerana mendakwa media arus perdana "tidak membuat hebahan berhubung kenaikan harga bahan api dan makanan tersebut".

"Saya menyokong sebarang usaha untuk menghebahkan perkara ini. Kerajaan sebut rakyat didahulukan, tetapi pelaksanaannya berlaku sebaliknya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

"Hebahan bantahan itu melalui kain rentang (perlu) kerana kesan (kenaikan) diterima oleh orang ramai".
Konvensyen Pakatan

Abdul Halim menjangkakan kenaikkan harga itu akan dibicangkan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat pada 19 Disember ini, yang mana beliau merupakan salah seorang ahli jawatankuasanya.

protes fuel price hike rally mppj stadium 070708 17Beliau juga setuju supaya diadakan demontrasi membantah kenaikan tersebut bagaimanapun, perkara tersebut perlu kepada perbincangan dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

Katanya, bantahan tersbut sebagai cara "untuk menunjukkan kerajaan tidak efisen dalam pengurusan penradbiran negara".

Bagi DAP Perak pula, naib pengerusinya A Sivanesan berkata beliau menyokong demontrasi diadakan bagi membantah kenaikan harga itu, sekiranya kerajaan tidak mendengar rintihan rakyat.

'Kita tidak ada opsyen. Kita bukan demonstrasi suka-suka. Selama ini kita buat demonstrasi, satu pasu bunga pun tak pernah pecah.
Apa salah berdemo?

"Apa salahnya (berdemonstrasi). Kita bukan berada di Kashmir. Kita berhimpun dengan satu tujuan untuk mendapatkan perhatian kerajaan," katanya.

protes fuel price hike rally mppj stadium 070708 16Sivanesan yang juga ADUN Sungkai berkata beliau akan menggantung sendiri kain rentang di kawasannya dan akan membangkitkan perkara ini dalam mesyuarat DAP negeri dua minggu lagi.

"Bukan sahaja murah malah ia untuk menunjukkan rasa tidak puas hati kerana rakyat tidak ada saluran (untuk membantah). Hanya melalui gantung kain rentang.

"Saya mahu mengajak Melayu dalam Umno atau India dalam MIC mengambil bahagian (dalam usaha ini)," katanya ketika dihubungi.

a sivanesanIni kerana, kata Sivanesan (kanan), rakyat berpendapatan sederhana menerima kesan daripada kenaikkan itu lebih-lebih lagi menjelang sesi persekolahan di buka awal tahun depan.
Sementara itu, Penyelaras Suara Anak Malaysia (Suaram), E Nalini berkata beliau bersama tujuh orang ahlinya bersiap sedia untuk memantau keadaan di lokasi jika demonstrasi itu diadakan.

gmi indonesian embassy memo isa detainees 180108 e naliniMenurutnya Suaram menyokong sebarang langkah sama ada menaikan kain rentang, poster atau demonstrasi untuk menyedarkan rakyat berhubung kenaikan harga barangan.

"Kita akan pantau anggota polis dan meminta bantuan daripada wakil NGO lain untuk berada di lokasi demonstrasi serta balai polis sekiranya ada orang awam ditahan dalam demonstrasi tersebut,” katanya kepada Malaysiakini.

Pandikar: ‘Ada MP seolah-olah bercakap macam malaikat’

KUALA LUMPUR, 9 Dis – Selepas sidang Dewan Rakyat kecoh hampir sepanjang hari semalam, hari ini Yang Dipertuanya Tan Sri Pandikar Amin Mulia ‘‘tunjuk taring’’ bagi memastikan anggota Parlimen mematuhi peraturan mesyuarat.
Pandikar (gambar) yang lazimnya tenang dan rasional ketika mengendalikan mesyuarat, hari ini kelihatan ‘‘hilang sabar’’ dan akibatnya dua anggota Parlimen DAP iaitu Jeff Ooi Chuan Aun dan Fong Po Kuan digantung daripada menyertai mesyuarat sehingga pukul 2.30 petang.
Bagaimanapun, ‘‘mangsa’’ pertama Pandikar ialah Datuk Dr Marcus Mojigoh (BN-Putatan) yang ditegur kerana cuba mengatasi kuasa speaker apabila menyatakan Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR-Kuala Langat) terkeluar topik ketika mengemukakan soalan tambahan.
“Kalaupun dia terkeluar (topik), saya yang menentukan sama ada saya panggil lagi atau tidak. Jangan ahli-ahli Yang Berhormat biasa buat begitu,” kata Pandikar kepada Mojigoh.
Laporan Bernama menyebut, tegurannya tidak terhenti setakat itu apabila beliau turut ‘‘memulangkan paku buah keras’’ kepada anggota Parlimen kerana gemar menggunakan peraturan mesyuarat ketika berhujah, namun mereka sendiri tidak mematuhi peraturan tersebut.
“... hampir semua ahli-ahli Yang Berhormat langgar peraturan mesyuarat termasuk membuat kenyataan di luar dewan, menghina majlis, selepas itu mengatakan yang bukan-bukan seolah-olah orang yang bercakap itu malaikat. Tidak ada kesilapan langsung.
“Jangan buat ukuran kepada sesiapa dengan ukuran sendiri. Siapa kita yang buat ukuran terhadap orang lain? Ingat ini,” katanya.
Bermula soalan pertama sehingga berakhirnya sesi jawab lisan pada pukul 11.30 pagi, boleh dikatakan kesemua anggota Parlimen dan juga wakil kerajaan yang mengemuka dan menjawab soalan menerima ‘‘bisa’’ Pandikar.
Semalam, beliau menjadi sasaran wakil pembangkang kerana menolak usul mereka untuk menangguhkan persidangan bagi membincangkan hukuman ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kenyataan Ketua Pembangkang itu mengenai kaitan firma perunding antarabangsa Apco Worldwide, kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Yahudi.
Rentetan itu, tercetus ‘‘perang mulut’’ yang mengakibatkan beberapa anggota Parlimen termasuk wakil pembangkang diminta meninggalkan dewan dan hanya dibenarkan menyertai persidangan sesi petang.
Bagaimanapun, persidangan sebelah petang  semalam juga kecoh ketika perbahasan usul memotong gaji Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Turut menjadi ‘‘mangsa’’ Pandikar hari ini ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk S.K Devamany yang diminta meninggalkan hujah politik d luar dewan.
“Tinggalkan hujah perkataan yang ada kaitan politik. Khususkan kepada tanggungjawab Menteri. Itulah yang menimbulkan kekecohan setiap hari.
“Berpolitiklah di luar dewan, sehabis-habis pun siapa yang tegur? Jawab khusus kepada tanggungjawab kementerian,” tegas Pandikar.
Sebelum itu Salleh Kalbi (BN-Silam) dalam soalan tambahannya bertanya kepada Devamany mengenai kesan tindakan pembangkang yang sering memutar-belitkan fakta tentang negara ke atas komitmen kerajaan dalam menarik pelabur asing.
Tahap kesabaran Pandikar mencapai kemuncaknya apabila Jeff Ooi (DAP-Jelutong) dan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) mempertikaikan keputusannya mengakibatkan kedua-dua wakil pembangkang itu digantung daripada menyertai persidangan sehingga pukul 2.30 petang.
Apabila Anwar meminta penjelasan berhubung tindakan beliau itu, jawab Pandikar:
“Sebelum saya masuk (Dewan), semua peraturan yang perlu saya tahu saya baca termasuk rujukan luar negara. Tetapi daripada awal pegang jawatan ini, saya cuba dengan sedaya upaya tonjolkan kesabaran dan keadilan kepada semua. Saya memperingati kepada semua malahan saya yang terheret sama kepada cara dan budaya Parlimen yang konon hendak ditinggikan imej ini.
“Bila langgar peraturan pun kadang-kadang saya biarkan. Sebabnya kenapa Jelutong saya berhentikan ialah kerana beliau tahu soalannya terperinci dan Menteri kata akan jawab nanti. Tetapi apabila dikaitkan dengan nama seorang mantan Menteri Persekutuan yang sedang dalam perbicaraan, itu sudah ‘subjudice’.
“Adakah semua ahli-ahli Yang Berhormat tidak faham lagi ini? Kalau mahu kita bermesyuarat dan Parlimen dinaikkan imej, ayuh sama-sama kita buat. Jangan bila nanti saya bertindak tegas saya dituduh macam-macam, saya emosi. Siapa yang emosi?
“Setiap kali Batu Gajah berdiri dia emosi. Setiap kali Bukit Gelugor (DAP-Karpal Singh) bercakap, menghina. Pernah saya menghina kepada ahli-ahli Yang Berhormat? Pernah saya menegur kalau tidak ada saya nampak keterlaluan?” kata Pandikar lagi.
Situasi akhirnya reda apabila Datuk Enchin Majimbun (Bebas-Sepanggar) mengemukakan soalan tambahan yang ringkas dan padat mengenai cara pembayaran konsesi penyelenggaraan jalan serta dijawab dengan baik oleh Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Yong Khoon Seng dan mendapat pujian Pandikar.
“Cantik soalan Sepanggar... jawapan Menteri pun elok,” kata Pandikar. – Bernama