Selasa, 7 Disember 2010

Langkah awal kerajaan sekat mahasiswa

Sejak dua, tiga tahun kebelakangan ini, gerakan mahasiswa dilihat lesu dan tidak lagi lantang dalam mendepani isu-isu di peringkat kampus dan nasional.
Namun, khabar-khabar angin tersebut dengan sendiri terpadam apabila melihat partisipasi anak muda khususnya mahasiswa dalam perhimpunan membantah kenaikan kadar tarif air di Selangor, ahad lalu.
Partisipasi golongan yang menjadi third force dalam negara dalam siri-siri perhimpunan yang melumpuhkan kota Kuala Lumpur sebenarnya dinanti-nantikan. Maka, kehadiran anak muda yang mengujakan pada perhimpunan lalu menjentik rasa sesetengah pihak yang mempunyai kepentingan.
Apabila bahang pilihanraya umum ke-13 kian terasa, dibuktikan dengan kemunculan isu-isu tradisi yang menjadi modal pihak tertentu seperti isu ketuanan Melayu, isu rasis dan isu kenaikan harga barang yang kembali dimainkan, maka mahasiswa juga turut tidak terlepas.
Golongan mahasiswa, yang memegang kuasa ‘undi termahal’ tidak terlepas diperhati. Bagi pihak-pihak tertentu, golongan ini tidak boleh dibiarkan mengacau-bilau strategi yang telah diatur bagi memenangi pilihanraya akan datang.
Justeru, tidak hairanlah timbulnya sekatan-sekatan terhadap mahasiswa yang sengaja dibuat, khususnya kepada aktivis gerakan yang dilihat semakin ‘garang’.
Terbaru, isu Kes Rosmah Puaka yang melibatkan lima mahasiswa Universiti Malaya yang awalnya dibebaskan, namun kembali diheret ke mahkamah. Bagi aktivis gerakan mahasiswa, sebenarnya ia bukanlah suatu kejutan baru. Namun, ia harus difahami sebagai langkah awal mereka menuju kemenangan.
Bagi gerakan mahasiswa, perjuangan yang tidak berlandaskan kepentingan individu dan mengharapkan balasan ini akan terus bertahan. Perjuangan menegakkan keadilan dan meruntuhkan benteng kezaliman tidak akan selesai.
Mahasiswa, sebagai agen perubah negara berikrar tidak akan sesekali berundur walaupun dihadapkan dengan gergasi pengkhianat ummah dan masyarakat. Hidup mahasiswa!

Wajib tolak BN

Sesebuah negara jika mahu terus maju ke depan harus sentiasa melakukan perubahan. Perubahan yang semestinya menguntungkan rakyat. Tapi jika sesebuah kerajaan itu tidak mahu berubah. Terus-menerus merompak hasil rakyat, menaikkan harga barang sesuka hati maka bersiap - sedialah untuk kita menyaksikan kejatuhan negara tersebut.

Kita rakyat Malaysia harus mahu tidak mahu menolak BN pada pilihanraya umum nanti. Kita tolak bukan kerana kita percayakan Pakatan Rakyat (PAS, DAP dan PKR). Kita WAJIB menolak BN kerana bebanan yang mereka letakkan keatas bahu kita semakin lama semakin banyak. Kita yang bekerja penat - lelah, siang dan malam dan bersabung nyawa untuk sesuap nasi namun mereka yang bergelar MENTERI dan PERDANA MENTERI yang mendapat segala macam keistimewaan. Dari mekap isteri hingga ke sesuap nasi, SEMUANYA SUBSIDI. Kita rakyat? Subsidi ditarik atas nama pembangunan ekonomi.
Zaman sistem khalifah masih berada di dalam muka bumi ini. Dari sudut buku sejarah ramai Khalifah - khalifah agung yang menggunakan duit sendiri untuk membantu rakyat. Mereka tidak pernah sesekali menggunakan duit yang wajib menjadi hak rakyat untuk kepentingan mereka. Lihatlah sejarah Aurangzeb, Salahudin Al-Ayubi, Harun Al-Rasyid, Sultan Muhammad Fatih dan sebagainya. Mereka begitu amanah dalam menunaikan kewajiban mereka sebagai pemimpin. Mereka cukup takut untuk menggunakan dana negara untuk tujuan keraian diri mereka sendiri. Lihat sahaja sejarah Harun Al-Rasyid.

Namun Perdana Menteri dan para menteri BN cukup rakus menggunakan duit rakyat. Perbelanjaan Rosmah ke luar negara sahaja sudah mencecah puluhan juta. Alat soleknya mencecah ratusan ribu. Semuanya menggunakan wang rakyat. Mana mungkin mereka mampu membeli dan memperolehinya dengan sekadar wang gaji yang mereka perolehi. Semuanya dengan hasil pengutipan cukai yang tinggi dari rakyat. Mereka berseronok ke luar negara dengan hasil titik - peluh rakyat yang bekerja siang malam.

Di saat rakyat semakin terhimpit dengan masalah kewangan, BN terus menaikkan harga barang. Subsidi minyak petrol, gula, susu, tepung dan lain - lain telah ditarik. Semuanya atas nama pembangunan. Pernahkah mereka terfikir untuk memotong gaji para menteri. Jika menteri dan PERDANA MENTERI benar berjiwa rakyat, merekalah yang harus ke depan menjadi contoh dalam menangani duit negara yang semakin mengecil ini. Jika benar mereka mahu melakukan pembangunan untuk kepentingan rakyat, subsidi merekalah yang harus dipotong terlebih dahulu. Bukannya subsidi rakyat. Bukan subsidi barang keperluan rakyat.

Sekarang rakyat terpaksa menanggung perbelanjaan negara. Kita yang dipaksa membayar lebih untuk membangunkan negara. Sedangkan pemimpin BN bersenang - lenang. Mereka kaya dan kaya dan terus kaya. Harta berjuta di dalam dan di luar negara. Mereka tidak pernah merasakan kesusahan yang kita hadapi. Mereka dari minyak petrol hingga ke bil eletrik semuanya dibayar. Lantaklah harga petrol nak naik berapa banyak sekalipun, mereka tidak peduli. Kerana mereka tidak perlu membayarnya. RAKYAT YANG BAYAR BUAT MEREKA. Lantaklah harga tepung nak naik. Mereka tidak perlu ambil pusing kerana RAKYAT YANG AKAN MEMBAYAR DUIT TEPUNG TERSEBUT.

Adakah ini adil buat kita. Kita dipaksa berkorban sedangkan mereka tidak. Adilkah kah? Jika rakyat terus menyokong BN, maka mereka harus bersedia untuk menerima lebih banyak kenaikan harga minyak, tepung, susu, gula dan barangan keperluan asas lain.

Mahukah kita terus dipergunakan seperti KELDAI. Mahukah kita terus dibodohkan? Bangunlah rakyat. TUNJUKKAN SIAPA KITA SEBENARNYA!!

Rumah Menteri Besar kat Malaysia and Geng


RUMAH KHIR TOYO YANG DIKATAKAN BERNILAI RM24 JUTA TETAPI DINAFIKAN BELIAU DAN MENYATAKAN RUMAH TERSEBUT HANYALAH BERNILAI RM3.5 JUTA SAHAJA DAN DIBELI MELALUI PINJAMAN BANK HSBC..
MENJADI MENTERI BESAR TAK SELAMA MANA BELIAU TELAH BERUPAYA MEMILIKI RUMAH YANG SANGAT BESAR DAN BOLEH DIKATAKAN DILUAR KEMAMPUAN SEBENAR SEORANG BEKAS MB…
APA PON ANDAIAN KITA,HANYA KHIR TOYO YANG MEMPUNYAI JAWAPAN BERAPAKAH HARGA BANGLO TERSEBUT DAN DARI MANAKAH SUMBER KEWANGAN BAGI MEMBELI BANGLO TERSEBUT…..
Rumah Mukhriz anak Mahadir

ni rumah Ramli Marahaban kroni Musa Khan Al-Pushtuni

ni plak rumah Ketua Pemuda Umno Sabah, Japlin yang juga hanya seorang Pembantu Menteri.

rumah musa aman, yg kena buat dua kali…

rumah yahya hussin
BANDINGKAN
YANG INI PULA RUMAH MENTERI BESAR KELANTAN TUAN GURU DATO NIK AZIZ NIK MAT…
LEBIH KURANG RUMAH KITA DI KAMPUNG SAHAJA…TANPA KOLAM RENANG,SEKURITI,GARAJ KERETA MEWAH DAN YANG PALING LUAR BUASA BAGI SEORANG MENTERI BESAR DI MALAYSIA IALAH RUMAHNYA JUGA TIDAK DIKELILINGI TEMBOK PAGAR BESAR…MALAH PAGAR BIASA PUN TIADA..SENANG CAKAP RUMAH TAK BERPAGAR LA…
SEDANGKAN TOK GURU NIK AZIZ TELAH MENJADI MENTERI BESAR SELAMA 5 PENGGAL..INILAH CONTOH SEBENAR PEMIMPIN YANG MENGUTAMAKAN KEPENTINGAN RAKYAT LEBIH DARIPADA KEPENTINGAN DIRI SENDIRI…SUATU SIKAP YANG SANGAT SUKAR DICARI DI KALANGAN PEMIMPIN
Berita asal dari Kedahlanie:
Ini rumah YAB MB Di Jalan Sultanah, rumah pusaka keluarge sebelah isterinya yang pertama. YAB MB tidak memiliki rumah di Kedah, walaupun sudah menjadi wakil rakyat sejak 3 penggal lalu dan dalam penggal ini menjadi YAB Menteri Besar. Rumah milik beliau dibina sekitar tahun 1989 di Teras Jernang, Bangi, sewaktu menjadi Pensyarah UKM selama 20 tahun.


Rumah di Sungai Limau dalam KedahLanie tu disewa dari PAS Kawasan Jerai, setahu saya RM1,000 sebulan.. Ia adalah sebahagian daripada bangunan Markaz yang diubahsuai menjadi kediaman. Di situ beliau tinggal bersama isteri keduanya dan 6 orang anak…
Hidupnya serba sederhana sejak remaja, belajar, bekerja hinggalah kini menjadi Menteri Besar Kedah.

Siapa tahu nasib kucing ini ...???



Wakakaka .. !!!
Sudah dapat nama baby 1Malaya nie? ...
Atau pun sudah jiot ... muakakak !!!

Mata lebam Anwar: Kit Siang persoal komitmen Kabinet Najib

Lim Kit Siang.
KUALA LUMPUR, 7 Dis — DAP mendesak penjelasan pentadbiran Najib berhubung komitmen Kabinetnya bahawa akan membuka semula siasatan berkaitan dengan insiden mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 sambil mendakwa menteri-menterinya membuat kenyataan-kenyataan yang bercanggah. Penasihat parti Lim Kit Siang mempersoalkan sama ada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein merampas tanggungjawab yang diberikan kepada rakan sejawatannya Datuk Seri Nazri Aziz agar mengendalikan perkara berkenaan, dengan mengisytiharkan kes itu sudah pun ditutup.
“Adakah beliau menyebabkan jaminan Nazri Aziz di Parlimen bahawa Kabinet mahu menyiasat dakwaan baru sebagai sesuatu yang sudah tidak relevan lagi?” kata Lim kepada The Malaysian Insider hari ini.
Ahli politik veteran ini merujuk kepada satu surat yang diterima daripada Hishammuddin pada 2 Disember lalu di mana menteri itu menafikan wujudnya sebarang percanggahan dalam kes mata lebam 1998 melibatkan Anwar dan mengisytiharkan kes itu tidak perlu dibuka semula meskipun adanya dawkaan terbaru bukti-bukti telah dipalsukan oleh seorang bekas pegawai penyiasat.
Pada 24 November lalu, Nazri berkata, kerajaan akan menyiasat surat terbuka Datuk Mat Zain Ibrahim yang mendakwa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mempunyai peranan dalam insiden mata lebam Anwar yang berlaku 12 tahun lepas.
Datuk Seri Nazri Aziz.
Nazri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, Kabinet mengarahkan beliau dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berjumpa dengan Gani bagi mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan surat terbuka Mat Zain. “Saya dan Rais telah diarahkan oleh Kabinet yang bermesyuarat pada 12 November lalu untuk berjumpa Abdul Gani bagi mendapatkan penjelasan mengenai surat terbuka itu sebelum sebarang tindakan diambil.
“Buat masa ini, kami sedang menunggu Abdul Gani pulang dari Mekah,” katanya.
Nazri berkata beliau dan Rais perlu menemui Gani berhubung surat terbuka Mat Zain itu sebelum mengambil tindakan selanjutnya.
Dalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pada Isnin lepas, Mat Zain merujuk kepada usul memotong gaji Peguam Negara RM10 yang dibawa Lim pada sidang Dewan Rakyat 9 November lepas.
Beliau juga mengesahkan ada menghantar e-mel kepada Lim pada 14 April lepas.
Gani hadir pada di Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam bagi memfailkan tuduhan berkaitan rasuah ke atas bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.
Hishammuddin dalam respons bertulis kepada pertanyaan Lim mengenai perkara itu ketika sesi perbahasan Bajet 2011 juga memberitahu Lim, Ahli Parlimen Ipoh Timor bahawa, Polis Diraja Malaysia telah melengkapkan pemeriksaan mereka ke atas siasatan lama dan mendapati tiada sebab untuk mengesyorkan bahawa bukti palsu telah diberikan.
Lim menimbulkan soalan mengenai isu itu di Parlimen ekoran pendedahan Mat Zain, yang merupakan pegawai siasatan dalam kes Anwar dipukul, dalam surat terbuka kepada Ketua Polis Negara yang baru Tan Sri Ismail Omar pada 8 Oktober lalu, beliau ada maklumat terbaru berhubung insiden mata lebam, yang mengaitkan peranan Gani dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.
Ekoran pendedahan Mat Zain itu, pentadbiran Najib mengarahkan Nazri dan Rais agar menyoal Gani berhubung perkara itu.
Bagaimanapun kata Lim, campur tangan Hishammuddin dalam isu ini menimbulkan keraguan berhubung pendirian kerajaan dalam perkara itu, sekali gus mencetuskan persoalan sama ada pentadbiran Najib sudah pun memutuskan untuk mengetepikan isu tersebut.
Dalam suratnya kepada Lim, Hishammuddin menegaskan, meskipun Mat Zain mendakwa tetapi surat terbukanya tidak mempunyai elemen-elemen yang memerlukan sebarang siasatan susulan polis.
Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Sehubungan itu Lim mengenakan tekanan ke atas kerajaan dengan menggesa Nazri agar memberikan respons segera berhubung kenyataan terbaru ini. “Jika beliau sebenarnya telah diarah agar menyiasat dengan mengadakan pertemuan dengan Peguam Negara dan bekas Ketua Polis Negara, jadi mengapa perlu ada jawapan sedemikian daripada Menteri Dalam Negeri,” katanya.
“Penjelasan daripada Nazri diperlukan untuk mengetahui sama ada menteri-menteri Kabinet tahu apa yang mereka katakan,” kata beliau.
Lim menambah, sikap endah tak endah Hishammuddin dalam isu ini menunjukkan Naib Presiden Umno ini tidak berminat dan mahu mengetepikan kes sama sekali.
“Beliau telah mengelak dakwaan yang serius bahawa wujudnya tindakan memalsukan bukti,” kata beliau.
“Dalam suratnya kepada saya, beliau tidak merujuk kepada perjalanan prosiding dan beliau hanya bercakap mengenai sabitan kesalahan (bekas Ketua Polis Negara) Tan Sri Rahim Noor. Bagaimana dengan kejadian-kejadian campur tangan?
“Hishammuddin telah mengalih perkara itu,” kata beliau.
Dalam suratnya, Hishammuddin memberitahu Lim bahawa tuduhan ke atas Rahim adalah adil dan berdasarkan pada bukti yang ditemui ketika siasatan.
Oleh itu Lim mengecam Hishammuddin kerana dengan jelas cuba mengelak isu yang sebenar, yang perlu diteliti sekarang dan mahu kerajaan menunjukkan komitmennya dengan menyelesaikan isu ini secara menyeluruh.
“Adalah mereka akan membuka semula siasatan?” kata beliau sambil menambah, ia berkait rapat dengan tahap keyakinan rakyat jelata terhadap pentadbiran Najib.
“Ia bukan setakat soal profesionalisme, tetapi tindakan menunjukkan komitmen anda ke atas sistem keadilan jenayah,” kata beliau.

Pengurangan subsidi diyakini dapat kurangkan seludup petrol, gula...ha..ha..alasan kepala lutut..!!!

BACHOK, 7 Dis — Pengurangan subsidi untuk petrol, diesel dan gula yang berkuatkuasa baru-baru ini diyakini dapat mengurangkan aktiviti penyeludupan bahan berkenaan di kawasan sempadan negara.
Malah, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata langkah itu juga bertujuan mengurangkan jurang perbezaan harga di  pasaran tempatan dan negara jiran yang selama ini menjadi punca aktiviti penyeludupan berleluasa.
“Ia (menangani penyeludupan) adalah antara sebab kerajaan terpaksa menaikan harga bahan itu, selain mengurangkan jurang perbezaan harga di peringkat antara bangsa," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Awang Adek berkata aktiviti penyeludupan menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kerugian besar manakala pihak yang tidak bertanggungjawab pula
mengaut keuntungan berganda kerana harga bahan berkenaan adalah tinggi di negara jiran.
Katanya kerajaan memperuntukkan lebih RM10 bilion setahun bagi tujuan subsidi barangan keperluan asas berkenaan.
Hasil penjimatan daripada pengurangan subsidi ini akan digunakan kerajaan untuk melaksanakan pelabgai projek bagi feadah rakyat, kata beliau.
Justeru, Awang Adek menasihatkan masyarakat agar tidak menjadikan pengurangan subsidi itu sebagai isu perdebatan sehingga memecah-belahkan perpaduan.
Jumaat lepas kerajaan mengumumkan pengurangan subsidi itu menjadikan harga petro RON95 adalah sebanyak RM1.90 seliter diesel RM1.80 seliter, LPG RM1.90 satu kg dan gula RM210 sen satu kg. — Bernama

Pemimpin PR Gerakkan Denyut Nadi Rakyat



Sebulan dua ini, Umno nampaknya begitu bersemangat menunjukkan kuasa mereka tanpa mempedulikan rakyat yang merupakan pengundi. Kenapa Umno jadi begitu berani? kerana Umno rasa dah kuat , buat apa pun rakyat terbanyak masih menyokong mereka.
Selepas menang di Galas dan Batu Sapi, setelah Samy Vellu dah tak jadi ketua MIC, apabila tidak berbunyi lagi dua team dalam MCA dan blogger pro Umno pula dikatakan sudah menguasai persada maya. Umno yakin kuasa sudah kembali, maka masanya sudah tiba Umno bermarajalela.
Walaupun tak sampai sebulan naikkan harga petrol RON 97, Umno rasa tak puas naikkan pula harga petrol RON 95, gas, diesel dan gula. Umno dan komponen lain buat konvensyen tanpa sikit pun rasa bersalah, bercakap dengan megah, mempersenda PR seolah-olah PR sudah tidak bermaya lagi.
Umno lebih berani apabila setiap tindakan Umno pastinya mendapat sokongan kumpulan-kumpulan yang diwujudkan atas nama NGO. Perkasa, GAPS, Pro-ISA dan apa sahaja NGO segera diwujudkan kononnya mewakili rakyat tetapi sebenar mewakili hasrat Umno.
Setiap hari pimpinan Umno disajikan panorama indah oleh media massa kerajaan, manakala blogger pro Umno pula mendendangkan lagu merdu di alam media baru yang sudah dikuasai.
Jika begitu apalah yang tinggal untuk menyokong PR. Sudahlah media massa utama dikuasai Umno, media baru juga dirampas blogger pro Umno. Umno, sambil tertawa besar menolak kepala rakyat yang bagi Umno akan terus menjadi Pak Anguk dan Mak Turut.
Bagi Umno, rakyat sudah tidak melawan sama seperti sebelum PRU 12. Rampaslah hak mereka, susahkan hidup mereka, rompak kekayaan anak cucu mereka pasti tidak akan melawan. Hati rakyat sudah dalam gengaman Umno, apa lagi masanya sudah tiba Umno meratah keringat rakyat. Umno sudah kembali dapat kuasa kuasai rakyat.........
Tapi Umno silap, kuasa rakyat bukan boleh dilihat di mata media massa kerajaan bukan juga di blog-blog blogger pro Umno. Umno tidak sedar bahawa merekalah yang mengajar media massa kerajaan , blogger pro Umno mengabui mata rakyat dengan cerita bohong, fitnah dan ampu.
Rakyat juga sudah tahu bahawa media massa kerajaan dan blog-blog pro Umno penuh dengan cerita bohong, fitnah dan ampu. Memang rakyat membaca , menonton, mendengar dan melayari tetapi mereka tidak mempercayai.
Apabila kerajaan Selangor merancang mengadakan himpunan rakyat Selangor memprotes kroni Umno Syabas. Umno tidak ambil hirau, tidak seperti takutnya mereka semasa himpunan BERSIH dan protes PPSMI.
Umno anggap rakyat tidak akan ramai yang turun. Cukuplah diserahkan kepada GAPS untuk memporak perandakannya, cukuplah diserahkan kepada blogger pro Umno untuk dilemahkan.
Malah , konvesyen BN diteruskan seolah-olah tiada apa-apa pun. Polis pun tidak seramai himpunan rakyat sebelum ini. Namun, semua itu hanyalah harapan kosong Umno. Rakyat bukan boleh diperbodohkan oleh media massa kerajaan dan blog-blog pro Umno.
Umno terkejut bila melihat lebih 10 ribu rakyat turun ke jalan raya. Itupun hanya rakyat Selangor, pemimpin PR tidak pun mengerakkan rakyat di seluruh negara. Bayangkan jika rakyat seluruh negara digerakkan, tentunya bergema KL dengan suara rakyat.
Umno yang mulanya selesa tidak senang duduk. Polis yang pada awalnya memberi janji bekerja sama mungkir janji. Rakyat yang berdemo menjadi mangsa, dipukul, disembur dengan air asid, ditangkap , dimaki hamun oleh polis. Tak kira wanita atau kanak-kanak, tak kira muda atau tua semuanya diserang sehingga ada yang pengsan dan patah.
Inilah caranya rakyat mengajar Umno, inilah caranya rakyat memprotes penindasan Umno, inilah caranya rakyat meluahkan rasa tida puas hati. Suara pemimpin PR masih berbisa, rakyat mesti digerakkan untuk turun ke jalan raya.
Himpunan membantah FELDA ujian rakyat seterusnya, himpunan bantah SPR kemuncaknya. Pemimpin PR perlu gerakkan semula denyut nadi rakyat, mereka mahu bersama. Ayuh , kita gegarkan Umno dengan suara keramat rakyat.
Wassalam.

Minggu Lepas Dalam Perspektif


Minggu ini memang banyak perkara yang menarik. Bermula dengan Konvensyen MB pada Isnin 29hb, usul undi tidak percaya kepada Menteri Kerja Raya pada Rabu 1hb dan kemuncaknya Ahad 5hb bersama rakyat membantah penswastaan air.

Walaupun tidak dapat saya hadir Konvensyen tersebut, saya ikuti perjalanannya dari jauh semasa menghadiri sesi Parlimen. Ianya merupakan langkah pertama ke arah penyelerasan kerajaan-kerajaan Negeri di bawah PR dan insyaAllah akan membantu memantapkan lagi kedudukan kerajaan-kerajaan tersebut. Keadaan dan suasana di kesemua empat Negeri berbeza dan oleh itu sudah pasti akan terdapat perbezaan dalam sudut perlaksanaan, namun prinsipnya tetap sama.

Yang agak menggelikan hati, timbul isu kononnya kerajaan Kedah ingin menuntut balik Pulau Pinang. Kalau ya pun, biarlah selesai dulu tuntutan 'kerajaan Selangor ke atas Wilayah Persekutuan'. Dahlah beli dengan harga murah, bila dah dapat sombong pula! Setelah kalah 10 dari 11 kerusi Parlimen, lantik Menteri Wilayah dari BN juga. Dasar muka tidak tahu malu. Lepas tu pandai pula komen pasal kerajaan Negeri Selangor.

Begitu juga dengan soal harga air di Kedah. Ada yang berkata, Kedah pun naik harga air! Kenapa hanya yang di Selangor dibuat bantahan. Ni jenis makhluk yang tidak faham dan tidak mahu faham. Di Selangor ianya diswastakan. Kenaikkan harga bukan kerana rugi tetapi kerana sudah tercatat sebegitu dalam perjanjian yang ditandatangani oleh kerajaan BN Selangor dulu. Kerajaaan pengkhianat yang menjual hak rakyat Selangor kepada pihak swasta, iaitu tuan Bendahari UMNO Selangor. Kalau harga dinaikkan yang untung dia, yang merana rakyat. Gaji RM425 ribu sebulan tak cukup lagi ke sampai nak naikkan harga air sebanyak 37%? Eh, dengan gaji sebanyak itu, maknanya dia terima dalam sebulan bersamaan seseorang yang bergaji RM2 ribu terima dalam tempoh hampr 20 tahun tahu tak? Tetapi juak-juak UMNO masih sokong kerana dapat 'merasa' imbuhan 'upah jadi bodoh' darinya. Juak-juak UMNO memang sentiasa sahaja sanggup.

Walaubagaimanapun, di Kedah, air tidak diswastakan. Harga air dinaikkan kerana sudah mula rugi. Kalau bayar lebih pun, bukan masuk poket swasta, sebaliknya kembali kepada kerajaan. Itu beza yang tidak dapat difahami dan tidak mahu difahami juak-juak UMNO ini.

Soal usul potong gaji Menteri Kerja Raya, memang telah menjadi kecoh dewan seketika. Tetapi apa lagi yang mampu kita lakukan sedangkan beliau, memilih pilihan lambat dan mahal dalam isu hospital Shah Alam. Apabila di retender, harga bertambah dan pada masa yang sama tempoh siap kerja adalah 30 bulan dari tarikh terima surat tawaran. Tender baru dipanggil! Sedangkan ada tawaran diskaun 3 Juta dan tempoh siap 18 bulan yang dikemukakan oleh sub-kontraktor yang sediada. Persoalannya sekarang mengapa Menteri pilih pilihan lambat dan mahal? Siapa yang akan mendapat tender yang baru, siapa yang akan untung? Rakyat? Memang patutlah dipotong gaji.

Berkenaan projek Istana Negara dan sebagainya Menteri diam dan tidak menjawab kerana dia tak boleh jawab. Hanya ada segelintir pencacai UMNO yang lebih hebat dari Menteri, minta saya kemukakan bukti. Sungguh kelakar. Kalau Menteri pun sudah mengaku perkara sebenarnya, hendak berdolak dalih dengan meminta bukti buat apa? Hiiish, pencacai UMNO ni, kalau ingin bodek pun, tengoklah dulu tempatnya.

Walaubagaimanapun, yang terhebat bagi saya, ialah berita dalam akhbar The Star pada 4 Disember, Menteri Besar (lanun) Perak menjawab persoalan mengapa Ibunya sendiri diberi tanah, beliau menjelaskan begini:

"The owner of the piece of land, occupied by 100 hardcore poor families, including his mother, had approached the State Government with an offer to sell it".

Terjemahan - " Pemilik tanah yang diduduki 100 keluarga miskin tegar, termasuk ibunya, telah membuat tawaran untuk menjualnya ke kerajaan negeri".

Wah, tak disangka, seorang MB Perak ibunya duduk di kawasan setingan dan merupakan seorang miskin tegar. Untuk makluman yang tidak tahu, MB sekarang sebelum ini adalah ahli Exco pada zaman Tajol Rosli menjadi MB. Sekiranya benar, adakah wajar seorang anak membenarkan ibunya sendiri berada dalam keadaan sebegitu sambil dia menjadai Exco kerajaan dan sekarang MB? Tidak bolehkah dia sebagai seorang anak memberi wang kepada ibunya sendiri setiap bulan supaya terkeluar dari keadaan sebegitu? Takkan perlu tunggu jadi MB baru boleh tolong ibu? Ini namanya anak yang tidak guna - kalau benarlah apa yang diceritakan. Atau ianya hanya satu alasan yang diberi tanpa memikirkan implikasi dari penjelasan itu? Biasalah orang UMNO, kuat menipu.

Namun wajarlah juga kalau difikirkan. Orang yang menipu atau khianat ibu sendiri sudah pasti mampu menipu atau mengkhianati rakyat negeri Perak dengan merampas kuasa sebegitu rupa dan mentadbir negeri dengan keadaan menindas. 
Akhirnya program kemuncak untuk minggu lepas ialah demo air. Pada pagi itu, saya telah hadir satu program pada jam 8 pagi di bangunan SUK iaitu program Hari OKU (Orang Kurang Upaya) Negeri Selangor. Tetapi ini OKU yang betul, bukan OKU (Orang Kuat UMNO). Selepas itu saya ke pejabat di Sek 13 untuk menghadiri mesyuarat PAS kawasan Shah Alam. Pada jam 11.30 saya bergegas ke Masjid Negara, sampai di sana dalam jam 12.30. Masuk dan berjumpa rakyat yang telah berkumpul seterusnya ambil wudu' dan ke dalam Masjid bertemu Tan Sri MB. Solat Tahiyat dan selepas itu berbincang dengan Tan Sri tentang program selanjutnya. Masuk waktu Zuhr, solat dan seterusnya membuat pengumuman solat hajat selepas solat sunat bagdiah. Selepas itu menuju ke anjung Masjid bersama Tan Sri yang mula berucap menyampaikan amanat beliau kepada rakyat Selangor yang prihatin. Gambar yang sempat di tweet diambil dari anjung berkenaan.

Seterusnya bergerak bersama rakyat dengan tujuan hendak berarak ke Istana Negara sambil memegang sepanduk yang jelas menyatakan harapan kami iaitu membantah kenaikan harga air dan menolak penswastaan air. Semasa berarak sampai di hadapan Stesyen Keretapi yang lama, polis menghalang perjalanan kami. Kita berhenti sambil melaungkan cogan kata. Tiba-tiba rombongan kereta MB dan 3 kereta exco datang dari belakang secara perlahan. Kami membuka laluan dan bila sampai di halangan Polis, kereta-kereta ini dibenarkan keluar menuju istana. Yang berarak ingin ikut bersama tetapi tanpa apa-apa amaran, polis mula menembak gas pemedih mata. Pada ketika itu saya berada di tepi sebuah dari 3 rombongan kereta exco tersebut. Pintu belakang salah satu kereta dibuka dan YB Dr. Dzul yang berada di dalam menjemput saya masuk. Kereta itu seterusnya mengikut kereta MB yang berada di depan menuju istana Negara.

Setiba di istana Negara kami turun dari kereta dan dibenarkan masuk melalui pagar utama. Pegawai Istana menyambut Tan Sri dan mereka menerima Memorandum yang telah ditandatangani oleh lebih dari 200,000 rakyat Negeri Selangor bagi diperkenankan Agung.

Setelah selesai, kami mengikut rombongan MB sekali lagi. Kereta MB diiringi dua out-rider yang membawa MB ke arah Petaling Jaya. Kami mengikut tanpa mengetahui ke mana ingin mereka bawa kami. Bila sampai dekat kawasan Mid-Valley, mereka memberikan isyarat untuk kami teruskan perjalanan tanpa mereka. Tan Sri MB terus ke arah Damansara, kami ingat dia akan menuju kembali ke Masjid Negara. Jam pada ketika itu sudah hampir 2.40 petang. Kami terus mengikut kereta MB tetapi saya melihat kereta terakhir, iaitu kereta yang membawa YB Yaakob Sapari dan YB Dr. Dzul, mengikut haluan lain. Saya hubungi YB Dr. Dzul dan dia sebut mereka akan ke Masjid Negara. Saya jawab kita pun begitu tetapi mungkin MB mengikut jalan lain. Pada ketika itu saya berada di dalam kereta YB Dr Xavier.

Tiba-tiba saya dapati kami telah sampai di rumah MB. Beliau telah berhubung dengan pimpinan di Masjid memberitahu penyerahan memorandum sudah selesai dan semua boleh beredar. MB memberitahu dia perlu bersedia untuk program bersama Sultan Selangor pula selepas itu. Saya, YB Iskandar dan YB Teresa kemudiannya bergegas kembali ke kereta dan terus menuju kembali ke Masjid.

Sampai di Masjid pada jam pukul 3.15 petang. Saya melihat YB Dr. Dzul sedang berucap melalui mikrofon meminta semua beredar. Saya diberitahu ada beberapa orang yang telah ditahan dan dimasukkan ke dalam trak polis. Oleh itu, saya turun untuk mengucapkan terima kasih kepada yang hadir dan meminta mereka semua beredar. Ada yang menjawab mereka tidak akan beredar selagi yang ditahan tidak dibebaskan. Saya bersama YB Dr. Dzul berbincang dengan pegawai polis dan dia memberikan jaminan bahawa yang ditahan akan dibebaskan petang itu juga setelah dibawa ke Cheras.

Maka disampaikan jaminan ini kepada sahabat-sahabat yang masih di perkarangan Masjid dan akhirnya semua mula beredar. Saya pun beredar dari Masjid pada jam 3.50 petang dan menuju ke rumah DSAI untuk hadir walimah anaknya. Seterusnya ke rumah 'anak bangsa Malaysia' di Bukit Damansara untuk program terakhir hari itu iaitu sesi dialog dengan beberapa aktivis sambil menonton dokumentari 'Penjual Mancis dan minyak yang tumpah'. Dokumentari berkenaan berhubung demonstrasi kepala lembu di Shah Alam, iaitu satu demonstrasi perarakan dari Masjid Negeri ke Bangunan SUK yang dikawal baik oleh pihak Polis tanpa menembak walaupun satu peluru gas pemedih mata. Kalau yang itu boleh dikawal baik dan dibenarkan berarak, mengapa tidak yang pagi tadi saya tanya kepada hadirin. Namun semua sudah tahu sebabnya dan tidak perlu dijawab.

Petang itu saya mendapat maklumat semua yang ditahan dibebaskan. YB Dr. Mariah dan beberapa pimpinan PR lain menguruskan mereka. Saya tiba di rumah pada jam 10 malam dalam keadaan yang letih, tetapi dengan perasaan penuh bangga dengan rakyat Selangor dan Malaysia.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Siti Aishah : Sekat Laman Sosial Facebook Cuba Tutup Pemikiran Rakyat


SHAH ALAM 7 DIS : Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Siti Aishah Shaikh Ismail membidas sikap pimpinan Umno yang mencadangkan agar laman sosial facebook disekat yang disifatkan cuba menutup pemikiran rakyat daripada menerima sebarang maklumat dan mengeluarkan pendapat.
"Umno berpolitik secara tidak matang apabila mereka takut dan menerima tekanan dipihak mereka,mereka cuba untuk menutup suara rakyat,cuba menutup sesuatu info kepada rakyat  dengan cara tidak menghormati hak rakyat dan kita percaya Umno ini bersikap terlalu takut untuk berhadapan dengan kenyataan dan  info yang dikeluarkan oleh rakyat secara seluruhnya," jelas Aishah ketika dihubungi TVSelangor hari ini.
Semalam Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Umno Datuk Seri Dr Shahidan Kassim mencadangkan agar laman sosial facebook disekat kononnya boleh menggugat keselamatan negara. 
Beliau berkata saranan agar sekatan dikenakan itu ekoran terdapat pengguna yang mengambil kesempatan atas kecanggihan teknologi untuk menghina agama Islam dan pemimpin negara.
Aishah juga menegaskan cadangan menyekat laman sosial facebook itu hanya menyerlahkan Umno cuba menutup suara rakyat.Penggunaan laman sosial facebook di Malaysia dianggarkan mencecah lapan juta pengguna. 
"saya rasa Umno tidak harus mengkhususkan laman facebook itu untuk  ancaman kepada keselamatan negara,kerana saya lebih memandang mereka lebih gusar dan takut bahawa laman tersebut dijadikan sebagai satu yang lebih menggugat kredibiliti Umno dan Barisan Nasional,saya rasa laman facebook bukan laman politik yang menyeluruh dan kita faham penggunanya daripada pelbagai peringkat  dan sebagai sebuah kerajaan mereka perlu menghormati hak-hak individu yang terkandung di dalam negara kita," katanya.
Aishah juga membidas sikap dan mentaliti pemimpin Umno yang tidak menghormati hak rakyat dan ia bukti bahawa Umno tidak layak memimpin sebuah kerajaan.
"Jika beginilah standart pemimpin Umno yang ada,saya rasa sahlah kerajaan ini mementingkan  parti politik tetapi tidak mementingkan langsung hak rakyat dan saya rasa sebagai anak muda dan pengguna facebook adalah anak muda saya harap Umno tidak menggunakan politik yang cetek dan menunjukkan mereka tidak layak untuk bergelar kerajaan," katanya.
Aishah juga menjangkakan bahawa ini adalah petanda-petanda awal bahawa PRU-13 semakin hampir.
"Saya rasa juga merasakan salah satu petanda-petanda awal bahawa kita akan menghadapi PRU-13  dengan merasakan kekuatan jentera media tersebut dan menunjukkan ia sesuatu untuk PRU ke 13 itu semakin hampir," jelasnya lagi.

Mata Lebam Anwar : DAP Desak Najib Razak Buka Semula Siasatan

KUALA LUMPUR 7 DIS: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dituduh cuba menghalang siasatan Kabinet bersabit kes mata lebam Anwar Ibrahim apabila mengisytiharkan siasatan tidak akan dibuka semula,  the Malaysian Insider melaporkan.

Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata pihaknya menerima surat daripada Hishamuddin mengatakan tidak ada keperluan untuk menyiasat semula kes itu walaupun wujud keterangan seorang pegawai polis kanan  bahawa bukti-bukti dalam kes itu telah dipalsukan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nazri Aziz sebelum ini memberi perakuan di Parlimen bahawa Kabinet mahukan penjelasan daripada Peguam Negara Gani Patail mengenai peranannya dalam kes mata lebam Anwar, 12 tahun lalu.

Menurut Nazri, siasatan beliau dan Menteri Penerangan Datuk Seri Rais Yatim akan menjurus kepada dakwaan pegawai penyiasat Datuk Mat Zain Ibrahim bahawa Tan Sri Abdul Gani merekacipta bukti dan memalsukan keterangan berhubung hasil siasatan terhadap mata lebam Anwar.

Hari ini Kit Siang berkata Perdana Menteri Najib Razak harus memberi penjelasan atas pendirian bercanggah yang diambil oleh Hishamuddin dan Nazri bersabit kes itu, lapor Malaysian Insider.

"Adakah kenyataan Hishamuddin bermakna jaminan Nazri Aziz di Parlimen bahawa Kabinet mahu menyiasat bukti terbaru sebagai sesuatu yang sudah tidak relevan lagi?" kata Lim.

Dalam suratnya kepada Lim, Hishammuddin mendakwa Mat Zain telah membuat tuduhan-tuduhan tanpa memberikan bukti yang membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut.

"Jika Nazri telah diarah menyiasat dengan mengadakan pertemuan dengan Peguam Negara dan bekas Ketua Polis Negara, jadi mengapa perlu ada jawapan sedemikian daripada Menteri Dalam Negeri," tanya Kit Siang. .

Lim mendedahkan bahawa Hishamuddin cuba membataskan kes mata lebam itu kepada tindak tanduk bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Nor yang memukul Anwar, namun mengenepikan persoalan di sebalik tuduhan campurtangan dan pemalsuan bukti oleh Gani.

 Lim berkata Najib harus memberikan penjelasan kerana "ini bukan setakat soal profesionalisme, tetapi juga mengenai komitmen kerajaan ke atas sistem keadilan jenayah," kata beliau.

Dr Dzulkefly: Ekonomi Negara Mencemaskan



KUALA LUMPUR 7 DIS: Rakyat digesa supaya berwaspada dengan tindakan  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mencanang pertumbuhan ekonomi negara sebagai dinamis sedangkan Bank Pembangunan Asia sendiri hanya meramalkan pertumbuhan 5 peratus tahun depan.
Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad berkata sebaliknya keadaan ekonomi negara sebenarnya berada di dalam keadaan yang agak mencemaskan.
Model Ekonomi Baru tajaan Najib untuk menjadikan Malaysia berpendapatan tinggi mewajibkan negara mencapai pertumbuhan enam peratus setahun bagi mencapai pendapatan per kapita negara kasar sebanyak RM46,400 pada tahun 2020.
Meskipun keadaan ekonomi negara suram dari segi pelaburan, Najib masih menegaskan bahawa pertumbuhan ekonomi adalah pada landasan kukuh.
 "Najib berkata demikian hanya kerana pilihanraya umum semakin dekat dan untuk menunjukkan kita hebat, pertumbuhan ekonomi memberangsangkan  namun sebaliknya keadaan semakin parah dan mencemaskan,” kata Dr Dzulkefly.
"Kerajaan Umno-Barisan Nasional terus membuat penafian dan tidak mahu berdepan dengan hakikat ekonomi global sedang mengalami pengucupan," tambah beliau
Dr Dzulkefly turut mengingatkan  Najib supaya tidak terlalu ghairah menyakinkan rakyat bahawa keadaan ekonomi berada di dalam keadaan baik.
Beliau berkata  kemasukan pelaburan asing langsung (FDI) begitu suram dan  Model Baru Ekonomi (MBE)  bahagian dua yang dilancarkan Jumaat lalu turut tidak merangsangkan minat pelabur  luar negara.
"Paling muktahir,penurunan permintaan pada suku ketiga terakhir berturut-turut dan mungkin juga berterusan  pada suku keempat. Angka-angka pertumbuhan ini telah menurun selari dengan permintaan global.
"Yang betul-betul ada,  cuma 'wang panas' yang masuk ke rantau asia  dalam bentuk pelaburan portfolio dan bukan pelaburan yang memberikan peluang pekerjaan atau membawa masuk teknologi ke dalam negara ini," kata beliau.
Apa yang lebih membimbangkan,  ujar Dr Dzulkefly adalah Malaysia tidak mustahil terjerumus dalam krisis ekonomi seperti yang berlaku pada tahun 1997 di mana institusi perbankan runtuh disebabkan hutang isi rumah melebihi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Tambah beliau, keadaan ini juga disebabkan ekonomi dunia terutamanya Amerika Syarikat yang sedang mengalami kelembapan ekonomi dan Eropah yang sedang bergelut dengan krisis kewangan, manakala China menghadapi tekanan untuk menaikkan nilai matawangnya.

Polis nafi bertindak luar batas undang-undang bagi leraikan demo

KUALA LUMPUR, 7 Dis — Polis menafikan pihaknya bertindak di luar peruntukan undang-undang bagi meleraikan perhimpunan dan perarakan penyokong yang membantah kenaikan tarif 37 peratus air Selangor di Masjid Negara Ahad lepas, sebaliknya hanya mengambil tindakan yang minimum untuk menyuraikan kumpulan tersebut.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah berkata polis telah memberikan kerjasama dengan memberi laluan kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi membolehkan beliau menghantar memorandum tersebut ke Istana Negara.
“Menteri Besar telah bersetuju dengan cadangan dan nasihat polis bahawa mereka tidak berarak ke Istana Negara dan selepas solat Zuhor di Masjid Negara, beliau telah diberi laluan bagi menyerahkan memorandum itu di Istana Negara,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas artikel bertajuk  “Bar Council Slams Cops For Polis-State Mindset” dalam The Malaysian Insider yang menyatakan tindakan polis bagi meleraikan perhimpunan itu kasar dan menindas.
Zulkifli berkata kedegilan sekumpulan penyokong yang masih berkumpul dan berarak menuju ke Istana Negara menyebabkan polis terpaksa bertindak bagi menyuraikan perhimpunan sekaligus mengekalkan keamanan dan ketenteraman awam di Bandaraya Kuala Lumpur
“Pada masa kini peruntukan Seksyen 27 Akta Polis 1967 masih berkuatkuasa dan selaras dengan artikel 10 Perlembagaan Persekutuan, sebarang perhimpunan perlu mendapat lesen daripada polis terlebih dahulu,” katanya.
Ahad lepas, kira-kira 4,000 orang berkumpul dalam dua perhimpunan di Masjid Negara bagi membantah kenaikan tarif 37 peratus air Selangor.
Kedegilan kumpulan penyokong itu yang enggan bersurai serta mengganggu tugas polis menyebabkan polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata.
Akibat perhimpunan itu, ribuan warga kota terperangkap dalam kesesakan jalan raya selain mendatangkan kerugian kepada peniaga di sekitar lokasi perhimpunan. —    Bernama

SANTAI: Why is Umno so ANNOYING??









1,000 dijel kerana tonton TV Korea Selatan...lepas nie kat 1Malaya siapa hadir ceramah PR pun akan masuk penjara...he.he...!!! Tak Mustahilkan......


SEOUL: Lebih 1,000 rakyat Korea Utara dipenjara kerana menonton secara senyap-senyap filem dan rancangan televisyen Korean Selatan, sedang Pyongyang berusaha membendung budaya asing, kata sebuah kumpulan berpaling tadah berpangkalan di Seoul, semalam.

Perpaduan Intelektual Korea Utara (NKIS) berkata sekitar 1,200 penduduk kini ditahan di penjara bandar Kaechon, barat laut negara itu, kerana kesalahan tersebut.

Ia menukil satu sumber di penjara itu berkata penjara tersebut menampung 3,000 banduan.


Akses kepada budaya pop asing dilarang keras bagi rakyat jelata di Korea Utara. Pesalah dikenakan denda berat atau hukuman penjara.

Tetapi cakera video digital (DVD) dan cakera padat (CD) muzik yang diseludup masuk dari China, sekutu rapat dan rakan kongsi utama Pyongyang, menjadikan budaya pop Korea Selatan semakin popular, kata kumpulan itu menerusi laman web mereka.

'Pegawai penjara berkata ini kali pertama jumlah mereka yang dipenjara semata-mata kerana meninton drama TV Korea Selatan melebihi 1,000 orang.

'Kini penjara penuh sesak dengan tahanan serupa itu,' kata NKIS.

Dengan menukil satu sumber lain, NKIS berkata Pyongyang telah membentuk satu pasukan polis khas pada Januari lalu bagi menumpaskan mereka yang 'semangatnya sudah rosak'.

Mereka yang ditangkap selalunya dipenjara antara dua hingga lima tahun dan mendapat layanan lebih buruk daripada pesalah lain.

Laporan berita dan rakyat Korea Utara yang berpaling tadah berkata meskipun tersisih dan dikawal ketat, Korea Utara tidak terlepas daripada pengaruh budaya pop Korea Selatan. -- AFP.

Gambar MESRA tuanku sultan Kelantan dan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz



Program: Sambutan Hijratur Rasul 1432 H
Lokasi: Balai Islam, Lundang, Kota Bharu Kelantan
Tarikh: 6 Disember 2010












Fitnah keluar parti dan cium Anwar, blogger 'cucumatkilau' saman akhbar Umno RM5 juta!



Oleh: Pria Malaya

Syabas dan tahniah blogger 'Cucumatkliau'!!..penulis setuju tindakan saman ini terhadap utusan Umno (Utusan Malaysia)..bahkan patut disabitkan sekali blog2 dan laman pro-Umno yang sebelum ini telah menfitnah beliau dan PKR...

Pahang Daily Online (PDO) melaporkan:

"Tindakan saman amatlah wajar bagi mengajar wartawan terbabit yang selama ini banyak membuat fitnah dan merosakkan minda rakyat dengan laporan yang menyimpang. Di fahamkan wartawan berkenaan adalah wartawan senior dan memang tidak sewajarnya beliau mencari publisiti murahan dengan laporan berkenaan. Sususlan laporan itu, ramai yang menyangka CMK sudah keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Adalah lebih elok wartawan terbabit meletakkan jawatan dan menjadi blogger daripada mereka cerita yang beiau sendiri tidak pasti kebenarannya. Maka tindakan saman adalah dikira jalan terbaik buat masa ini, tambahan pula artikel tersebut disiarkan ketika Kongres Nasional PKR berlangsung di Petaling Jaya baru-baru ini.

Langkah ini adalah wajar untuk memberi amaran kepada Utusan Malaysia agar tidak terus melakukan provokasi kepada rakyat. Mereka mendabik dada kononnya media arus perdana melaporkan kebenaran, namun kini terbukti laporan yang diceduk dari blog jelas sekali telah menyebabkan mereka terperangkap sekarang. Malah, tuduhan liar tanpa bukti yang kukuh mencerminkan betapa tidak profesionalnya wartawan terbabit."
Rupanya laporan blogger CMK keluar parti dan pernah mencium Anwar adalah laporan yang dusta, fitnah lagi palsu!..bahkan penulis sendiri tidak tahu bahawa CMK sudah menafikan gambar dan berita tersebut..penulis yakin masih ramai yang tidak tahu...kerana itu penulis bersetuju langkah CMK menyaman Utusan Malaysia dan blog Umno berkaitan...

Sungguh biadab cara akhbar dan blogger Umno memainkan sesuatu isu..ternyata fitnah dan Umno tidak dapat dipisahkan..sila sebarkan!...wallahua'lam..


Panas: Fitnah Keluar PKR Serta Cium Anwar, CMK Hantar Notis Mahkamah Kepada Utusan Malaysia Dan Saman RM5 Juta Bakal Menyusul Kemudian !

KUANTAN, 7 Dis - Susulan tindakan biadap media arus perdana Utusan Malaysia yang menyiarkan satu artikel berunsur fitnah terhadap blogger cucumatkilau (CMK) pada 27 November lalu, maka satu notis mahkamah telah dihantar kepada pihak terbabit. Menurut CMK, notis telah diserahkan oleh peguamnya Tetuan Fadzli & Co sekitar jam 4.30 petang semalam.

"Saya amat kecewa dengan tindakan akhbar terbabit yang membuat laporan artikel tanpa merujuk kepada pihak saya terlebih dahulu. Sudahlah maklumat yang disiarkan tidak betul, mereka juga menfitnah dengan mengatakan saya sanggup mati kerana membela Anwar. Saya juga dituduh mencium pipi Anwar dengan ghairah seolah-olah saya seorang gay, homoseks dan sebagainnya.




(Blog AIDC dan MYKMU antara blog dan laman politik pro-Umno yang menfitnah CMK dan PKR...)

Paling teruk bila wartawan terbabit mengatakan saya sudah pun keluar PKR sedangkan perkara itu masih dalam perancangan dan belum berlaku pun. Saya hanya menyatakan hasrat di dalam blog saya dan berjanji akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat. Masalahnya Utusan telah melaporkan kononnya saya sudah keluar PKR. Ini menyebabkan saya telah dihina dan dikutuk oleh ramai pihak susulan berita berkenaan", kata CMK.

Sementara itu difahamkan tindakan saman fitnah terhadap akhbar terbabit akan diambil biarpun media terbabit memohon maaf secara terbuka dan menarik balik artikel tersebut. "Tarik balik artikel dan memohon maaf bukanlah bermakna saman tidak diteruskan.

Lihat apa yang berlaku kepada MB Perak si Zambry Kadir dulu. Beliau meneruskan saman terhadap Suara Keadilan, Wan Azizah dan Dr.Syed Hussin biarpun akhbar terbabit sudah tarik balik artikel berkenaan dan memohon maaf secara terbuka", katanya. - Cucumatkilai Online

Artikel CMK terdahulu....

Kenyataan CMK Tentang Isu Artikel Keluar Parti Yang Telah Di Siarkan Dalam Utusan Malaysia !!

Ramai yang terkejut dan menghubungi CMK bertanyakan tentang artikel panas yang keluar di akhbar Utusan Malaysia pada 27 November (Sabtu) lalu. Artikel bertajuk "Cucu Mat Kilau Keluar PKR" . Susulan artikel tersebut, ramai sahabat seperjuangan dan rakan taulan yang telah menghubungi CMK bagi mengesahkan perkara tersebut.

Tambah mengejutkan artikel berkenaan yang dipercayai dipetik dari blog ini turut menyatakan perkataan "Dulu Pernah Cium Anwar, Kini Tidak Sanggup Lagi Tipu Diri Sendiri". Maknanya penulis artikel berkenaan iaitu Tarmizi Abdul Rahim mengatakan CMK "cium" Anwar.

Masalahnya dari mana beliau boleh menambah cerita tersebut? Inilah yang memusykilkan CMK sekarang sebenarnya. Ada beberapa perkara yang menimbulkan persoalan iaitu kenapa disiarkan tajuk besar "Cucu Mat Kilau Keluar PKR", sedangkan jika dirujuk kepada kenyataan CMK dalam blog ini ia berbunyi "Ramai yang terkejut dengan keputusan CMK untuk berundur dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam masa terdekat ini".

(Notis mahkamah oleh blogger CMK..)

Namun, anehnya wartawan terbabit telah menyalahtafsirkan kenyataan tersebut dan dengan beraninya mengeluarkan kenyataan kononnya CMK sudah keluar daripada parti PKR.

Tambah menyedihkan, wartawan terbabit juga telah menyiarkan kenyataan kononnya "CMK Cium Anwar". Sedangkan, perkara itu tidak pernah berlaku sebenarnya. CMK sendiri kurang arif, dari mana beliau mendapatkan maklumat tersebut. Inilah yang memusykilkan dan amat mengecewakan CMK sebenarnya. Susulan gambar cium terbabit, kini ramai yang memandang serong kepada CMK.

Terus terang CMK ingin maklumkan bahawa gambar tersebut bukanlah CMK tetapi ia adalah merupakan wajah salah seorang penyokong tegar Anwar yang berasal dari Kampung Baru, Kuala Lumpur. Sila klik DI SINI untuk bukti. CMK hairan, kenapa seorang wartawan yang profesional dari akhbar terbabit tergamak menuduh demikian berdasarkan kepada gambar-gambar yang disebarkan secara meluas di internet sekarang ini.

Kecewa dengan perkara itu CMK telah pergi ke Pejabat Biro Utusan Malaysia di Kuantan semalam. Ia bagi tujuan untuk memperbetulkan fakta yang berkenaan. Pembetulan telah dibuat dalam akhbar terbabit hari ini atas tajuk "CMK nafi Cium Anwar". Cuma masalahnya, CMK tidak mendapat permohonan maaf dari wartawan terbabit yang telah menjatuhkan maruah CMK itu.

Justeru itu, sebagai balasannya, CMK tidak teragak-agak akan membuat laporan polis dan tindakan saman malu terhadap wartawan dan akhbar berkenaan dalam masa terdekat ini. Ia sebagai pengajaran supaya pihak berkenaan lebih berhati-hati dalam menyampaikan laporannya selepas ini. - CMK Online

PERHIMPUNAN GAPS YANG MEMALUKAN, SATU PENGAJARAN

Oleh: WFAUZDIN NS
KEGAGALAN `Kumpulan Baju Hitam' (GAPS) menyaingi perhimpunan yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri selangor (Baju Merah) Ahad lepas sepatutnya menjadi pengajaran kepada mana-mana pihak yang ingin melakukan sesuatu kerja yang bodoh dan menentang arus.

Ahad lepas, perhimpunan peserta di dalam kempen `Selamatkan Air Kita' yang berpusat di Masjid Negara dan berakhir di Istana Negara, walaupun diancam dengan gelagat pihak berkuasa namun ianya berjaya dilangsungkan. Puluhan ribu rakyat yang hadir menuntut agar kerajaan tidak terus bersubahat dengan puak yang `menghisap darah' rakyat, ternyata menenggelamkan perhimpunan yang dianjurkan oleh GAPS.

GAPS berhimpun kununnya ingin mengadu kepada Istana tentang penyelewengan yang berlaku di Selangor. Apakah penyelewengan itu? Tidakkah kesemua yang mereka katakan penyelewengan di Selangor itu telah pun diadu kepada pihak SPRM? Mana dia siasatan dan mana dia pendakwaan? Pihak SPRM tentu lebih tahu benar atau tidak dakwaan mereka atau sekadar omongan kosong setelah tiada lagi isu yang boleh mereka cungkil di Selangor. Yang jelas sekarang, bekas MB Selangor Khir Toyo yang dapat didakwa oleh SPRM. Tanpa GAPS berhimpun sekali pun, kes Khir Toyo telah pun dibawa ke mahkamah.

Akhirnya, Pengerusi GAPS Hamidzun Khairuddin mengakui bahawa memang tiada sokongan dari rakyat untuk berhimpun bersama kumpulan mereka. Beliau cuma berkata objektif utama perhimpunan kumpulan itu di Stadium Merdeka Ahad lalu adalah bagi menyerahkan memorandum tersebut, telah tercapai. Ini bermaksud sekadar menyerahkan memorandum, jika begitu seorang diri pun yang hadir dikira berjayalah juga.

Berbeza dengan perhimpunan yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor yang rata-rata berbaju merah. Mereka bukan mensasarkan memorandum sampai ke Istana Negara, tetapi kempen ini disertai oleh rakyat jelata dari berbagai kaum dan agama sebagai tanda sokongan. Bayangkan jika tiada sekatan atau ancaman dari pihak berkuasa, tentunya seluruh bandaraya KL dipenuhi dengan baju merah. Di dalam keadaan diancam dan diganggu sedemikian rupa pun, puluhan ribu rakyat turun menunjukkan mereka tidak lagi boleh diperbodohkan.

Semoga apa yang dilakukan oleh GAPS menjadi pengajaran bagi mereka. Perhimpunan yang diadakan di Stadium Merdeka oleh GAPS ternyata memalukan mereka sendiri. Walaupun dikatakan ada `raptai' sebelum itu, namun kehadiran peserta perhimpunan tidak menunjukkan perjuangan kosong mereka mendapat sambutan dari rakyat. Mereka hanya berjaya mengumpul beratus orang yang masih lagi gelap hati dan sanggup diperbodohkan.

Malaon Ini Takkan Tidur Lena Lagi... Kah Kah Kah...


Kah kah kah...

Ini ada berita "gumbira" untuk Encik Ahmad Maslan, Ahli Parlimen Pontian yang juga Timbalan Menteri di JPM...

Ala, yang jaga FELDA tu... Pok Jib (Najib Altantuya) yang suruh, dia bukan nak sangat pun kah kah kah...

BAPAK akan "merasa" perjuangan ANAK lebih jitu dan mapan...

Tapi ada berita lebih "gumbira"...

Bukan setakat Mazlan Aliman yang akan turun, Presiden PAS dan Ketua Umum PKR merangkap Ketua Pembangkang akan menggempur FELDA kah kah kah...

Rasa-rasanya, boleh tak lawan bro??

Kah kah kah.../Jalan Pulang


Anwar Mulakan Kempen Saman FELDA

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memulakan kempen peneroka saman Felda dalam satu himpunan bertemu peneroka di Bera, Pahang pada 17 Disember ini.

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman berkata, pihaknya menganjurkan program tersebut yang turut disertai Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai pesiapan kepada para peneroka yang bakal mengambil tindakan itu (saman Felda) sekiranya tuntutan mereka tidak diberi perhatian.

Dijangka lebih 1,000 yang sudah bersedia untuk menyaman Felda akan hadir dalam majlis tersebut.

"Peneroka akan diberi penerangan mengapa perlunya tindakan saman ini supaya semuanya mengambil tindakan sama," ujar beliau Majlis Makan Malam Rakyat Marhaen di Stadium Kajang, malam tadi.

Kata Mazlan, Pahang merupakan negeri teramai peneroka yang menyatakan bersedia betindak demikian iaitu sekitar 4,000 orang.

Sebelum ini Harakahdaily melaporkan kenyataan Mazlan yang yakin sekurang-kurangnya 5,000 peneroka akan ke mahkamah untuk menyaman Felda atas dakwaan melakukan penipuan.

"Sebahagian besarnya daripada Pahang kerana negeri itu paling banyak Felda di Semenanjung," katanya Mazlan dalam majlis tersebut di hadapan lebih 2,000 orang yang hadir.

Saman besar-besaran peneroka ke atas Felda bergantung kepada dua tuntutan kepada kerajaaan yang diberi tempoh untuk diselesaikan sehingga akhir Disember ini iaitu pembayaran wang tanam semula sebanyak RM17 ribu kepada peneroka yang masih belum menerima pembayaran tersebut dan pengredan perahan buah kelapa sawit dinaikkan kepada 23 peratus daripada sekitar 18 hingga19 peratus ketika ini.

Kedua-dua tuntutan itu dikemukan berdasarkan keputusan mahkamah masing-masing melibatkan peneroka Felda Sungai Koyan, Pahang dan Felda Sungai Kemahang, Kelantan.

Dalam kes peneroka Felda Sungai Koyan, Mahkamah Tinggi Kuantan memutuskan kerajaan perlu bayar RM1,700 seekar kepada peneroka untuk tanam semula manakala kes peneroka Sungai Kemahang terbukti berlaku manipulasi penggredan perahan buah sawit yang merugikan peneroka.

Sementara itu, alumni kakitangan Felda yang ditubuhkan beberapa bulan lalu untuk memantapkan perjuangan menuntut hak para peneroka telah dilancarkan secara rasmi oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Badan itu akan berganding dengan Anak, sebuah pertubuhan yang agresif menuntut hak-hak peneroka daripada Felda serta beberapa pertubuhan lagi yang bakal ditubuhkan untuk membentuk jaringan badan bukan kerajaan khusus menangani isu-isu berkaitan tanah rakyat serta tanah-tanah  rancangan seperti Felda, Felcra dan Risda.

Pengerusi Anak, Mazlan Aliman berkata, kumpulan yang terdiri daripada bekas pegawai-pegawai Felda ini akan sama-sama turun bertemu rakyat untuk menerangkan penyelewengan-penyelewengan yang berlaku dalam Felda.

Selain itu kata Mazlan, kumpulan tersebut berperanan sebagai penasihat disamping memberi input-input berguna kepada Anak bagi memastikan tindakan-tindakan yang diambil memberi kesan semaksimumnya.

"Mereka sangat arif tentang penyelewengan dan penipuan Felda ke atas peneroka, malah ada antara mereka yang terlibat waktu bertugas dahulu kerana terpaksa (diarahkan) dan kini mereka mahu menebus kembali," katanya.

Turut bersama dalam majlis yang bermula dengan makan malam di Stadium Kajang itu termasuklah para peneroka dan rakyat tertindas daripada Sabah dan Sarawak.

Dalam majlis itu Pengerusi Alumni Bekas Pegawai Felda, Khamis Saat telah menyerahkan 50 borang penyertaan rakan-rakannya yang terdiri daripada bekas pegawai-pegawai Felda kepada Abdul Hadi.

"Dalam masa beberapa bulan lagi mereka mensasarkan 200 hingga 300 pegawai-pegawai Felda yang telah bersara menyertai gabungan ini," ujar Mazlan.

Between a dentist and a frog: Pakatan unfazed by changes in S'gor Umno

Noh, Ezam and Khir - new dynamics in S'gor Umno
Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle

Pakatan Rakyat leaders were unfazed at the prospect of renegade colleague Ezam Mohd Noor returning to challenge them for control of Selangor, now that former chief minister Khir Toyo has been arrested and charged for graft.

“Actually, it will make our work easier. Both men are tainted leaders. One for corruption and the other is a frog,” PAS MP for Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud told Malaysia Chrnoicle.

She was referring to Ezam, a former PKR Youth chief, who stunned his party by hopping back to Umno in 2006, citing disillusionment and unhappiness with deputy president Azmin Ali. Indeed, when another former Umno leader Zaid Ibrahim recently quit PKR after failing to beat Azmin for the No. 2 post, there were expectations he too would pull the same “Ezam trick”.

But Ezam may not be up to the task

The shock arrest of Khir had sent ripples around the nation, especially through Selangor Umno. Top on the minds of most members was who would take over from Khir. The 45-year old former dentist has resigned as the Selangor opposition chief and questions are buzzing around town as to who will now drive Prime Minister Najib Razak’s quest to recapture the country's richest state.

Dr Siti - no pulling punches when it comes to Khir
“The project of capturing Selangor from Pakatan Rakyat will be placed on Ezam due to his many contacts in PKR," an Umno source had told Harakahdaily.

Although the source was quick to add that Noh Omar, Khir’s deputy and the Agriculture minister, was needed at the federal level, pundits told Malaysia Chronicle that Najib - who is also the Umno president - preferred Ezam to Noh.

Ezam’s promotion to Senator earlier this year was already Najib's way of signalling that he would be given bigger tasks, the pundits said.

But not all that glitters is gold and Ezam’s former colleagues at PKR do not share Najib’s confidence in his ability.

“Ezam could not even organize the youth movement when he was the wing’s chief in PKR. He left the youth movement in complete disarray. When Shamsul (Iskandar Akin) took over after Ezam left, he had to start from scratch. I doubt Ezam has the capacity to lead Umno’s Selangor takeover bid,” PKR vice president Fuziah Salleh told Malaysia Chronicle.

Khir's men jump ship

Nonetheless, speculation remains red-hot that Ezam will soon be named the Umno liaison chief for Selangor. He is also expected to be tasked to expand the People's Volunteer Corps or Rela in the state so that Umno could make use of new recruits to pose as voters during the elections.

Fuziah - he left PKR Youth in a mess
“This has been done successfully in Terengganu in 2004 after the voter turnout rose by 95 percent,” the source had warned.

Meanwhile, Khir's supporters are starting to grumble about his arrest to the top Umno leadership. Due to five decades of uninterrupted political dominance, Umno has ruled Malaysia with arrogance and a fist of iron. It seldom punishes its leaders despite blatant evidence of corruption.

Khir's camp, which has the most to lose from his fall from grace, are now trying to find new ships to jump onto, while lambasting Najib for making Khir "a scapegoat" for snap general elections widely expected to be called early next year.

The decision to press charges against Khir is seen by man Malaysians as an "election gimmick" to create a feel-good factor and to revive flagging public confidence in Najib's leadership.

Khir was charged for corruption under Section 165 of the Penal Code alongside company director Shamsuddin Haryoni. He is accused of having accepted bribes from Shamsuddin by buying two plots of land in Section 7, Shah Alam, at a huge discount. The land was used to build his mansion, popularly known as ‘Bali Castle’. If found guilty, he can be fined or jailed up to a maximum of two years.

Nonetheless, many Malaysians smell a "brokered deal" and have openly questioned why he was not charged for some of the more serious graft complaints lodged against him.

"Khir's men are caught in between. No doubt, he may have worked it out with Najib but his supporters have lost even more ground than before. They know he is finished and has to go on long political leave. To survive, they have to find new leaders to latch onto - not that they like him, but no matter how, they feel they are the ones who have lost the most because of his downfall," an Umno watcher told Malaysia Chronicle.

BN’s illness wrongly diagnosed by quack doctor

It appears Najib should have asked Dr Azizah rather than Dr M
Mariam Mokhtar, Malaysia Chronicle

It appears that former Prime minister Dr. Mahathir Mohamad has sidelined Perkasa, at least for the time being; it must be politically expedient to do so because the threat of a general election is looming.

But did Dr Mahathir also have to offer medical consultations and give a clinical diagnosis too? It has been awhile since he last practised and the risk of his prognosis being wrong, is high.

But that is precisely what must have transpired, for at the BN convention, Prime Minister Najib Abdul Razak proceeded to remind his BN component parties of their four “political diseases”. These, he said, were delusion, amnesia, inertia and arrogance.

Surely the quack doctor has mis-diagnosed or else Najib got these wrong?

Shouldn’t the four “political diseases” be corruption, nepotism, cronyism and racism?

It just shows that Najib should not have consulted ‘that’ quack doctor but should have gone to a proper M.D., or perhaps he should have been seen Dr. Wan Azizah Wan Ismail. She would have sorted him out and put him right!

Najib, the BN chairman, and also prime minister, was right to warn the BN component parties that these “insidious dangers have brought other long-standing powerhouses down to their knees.”

He is correct. Political parties that are diseased with corruption, nepotism, cronyism and racism will end up critically ill. Or die.

And if Najib does not take the bitter pill to cure himself of these ailments, he would falter, too, and should expect the worst.

It appears that Najib does understand the seriousness of the situation. He was able to realise that the four diseases usually hit parties which held power for too long.

He said, “The fact is parties that have been in power for too long hardly reflect on their weaknesses. So the four diseases need to be prevented before love turns to hate, hope turns to anger and support turns to dissent.”

Najib may have been lapsing in and out of consciousness but he is right. He was able to recognise that “….parties that have been in power too long hardly reflect on their weaknesses….”

And that is precisely what has happened in this case – Umno, which has been in power for too long now simply does not recognize its weaknesses.

Maybe the quack doctor knows something we don’t and is refusing to tell Najib because those political diseases are actually terminal, if treatment is not sought quickly enough.