Sabtu, 4 Disember 2010

Setiap Pemuda Umno Wajib Beli Utusan? Oh Kesian Akhbar Penipu

Utusan Malaysia merupakan wadah pencetus minda Melayu, terutama kearah mengekal dan menyuburkan semangat nasionalism. Semangat nasionalism ini merupakan wadah Perjuangan UMNO yang berjaya menggembelingkan 29 NGO Melayu untuk bersatu dan mengagalkan Gagasan Malayan Union. Ini juga asas semangat yang melahirkan Perjanjian Tanah Melayu yang berkuat kuasa 1 Feb 1948 sebagai ganti Malayan Union dan kemudianya menjadi asas Perlembagaan Persekutuan sebagaimana sekarang.

Semangat yang sama memungkinkan Persektuan Tanah Melayu mencapai Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Ianya menjadi panduan bagaimana orang Melayu berjaya dibangunkan sehingga tahap ini.

Tipuuu.... ek??

Aaaa...nak tipu, ek?? Berat...ngko kata ringan. Banyak.... ngko kata sikit. Banyak tu... ngko kata banyak ni.

Sebenornya, hutang negara, lebih kurang sebanyak RM446.7 bilion tapi ngko kata RM231 bilion jer.

Ek ele... Cuba main sorok-sorok dan dolak dalik.... ek??

Mengapa??

Takut rakyat tahu, ek??

Takut rakyat tahu kerajaan Najib 1Malaysia... kerajaan jenis 'bior pape aseikan bergaye'. Nak tunjuk eksen, ek??

Oooo..... patutler sekarang ni giat selaras itu dan selaras ini. Rupanya kerajaan tak der duit. Beban hutang banyak sangat. Jadi.... langkah nak dapat duit segera, adalah dengan 'pau' duit rakyat. Dasar lintah darat!!

Kerja-kerja pau-mengepau ni kerja samseng pembuli. Kerajaan 1Malaysia sekarang ni, dah transformed menjadi kerajaan samseng, ek?? Kerajaan lintah darat, ek??

Isy.... isy.... isy... Jangan tipu rakyat. Berdosa. Allah SWT marah, dia tak suka. Nanti tak dapat berkat.

Itu pasalnya, orang kata jangan boros. Pandai-pandai mengurus duit. Jujur... hati-hati, jangan sampai bocor dan tiris berlaku di sana sini. Yang murah....jadi mahal. Sepatutnya, ada kualiti tapi.... haprak kualitinya.

Bila senang nampak kroni, apabila susah... buli dan pau rakyat??

Sudahlah membuli rakyat.... nak tipu kita pulaktu!! Banyak canteekk??

Tunggu.... rakyat akan balas 'budi baik' kerajaan 1Malaysia. Eh, PRU 13... bila, ek??

Anwar: Kenapa subsidi syarikat kroni tak dipotong?

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyelar kerajaan kerana terus menaikkan harga barangan keperluan seperti petrol dan gula tetapi pada masa yang sama enggan mengurangkan subsidi untuk syarikat-syarikat kroni.

pkr congress 271110 anwarKatanya, syarikat-syarikat penjana tenaga persendirian atau IPP umpamanya terus menikmati subsidi gas yang tinggi manakala rakyat dipaksa menanggung kenaikan harga petrol RON95 untuk kali kedua dalam tempoh enam bulan.

“Walaupun kerajaan sebelum ini berjanji untuk memotong subsidi yang diberikan kepada syarikat-syarikat IPP milik kroni, ia tidak di lakukan.

“Anehnya, setiap pemotongan subsidi yang dilakukan oleh kerajaan setakat ini hanya membabitkan barang keperluan asas yang menambah beban kewangan rakyat,” kata Anwar.

Selain petrol, turut dinaikan harga, hari ini adalah gula (20 sen) diesel dan petroleum gas cecair, masing-masing lima sen.

Anwar berkata amalan Umno-BN melindungi syarikat-syarikat korporat besar yang diberi lesen IPP amat merugikan rakyat.

Menurut Anwar yang juga ketua umum PKR, tren kenaikan harga petrol jelas menunjukkan bahawa kerajaan berhasrat mengurangkan subsidi setiap enam bulan, sekali gus meningkatkan harga petrol kepada RM2.10 seliter dalam tempoh setahun dari RM1.90 sekarang.

taman wahyu tnb electrical power cables tower 051206 02Beliau kesal kerana kerajaan memotong subisidi untuk rakyat dan bukannya kemudahan yang diberikan kepada syarikat IPP dan sektor-sektor lain.

“Perdana Menteri dan kerajaan pimpinannya harus menjelaskan kenapa ia amat tekun untuk menarik balik subsidi bagi petrol, gula dan LPG yang tentunya memberi tekanan kepada rakyat berpendapatan rendah, namun syarikat korporat yang kaya-raya dikecualikan dari tindakan sedemikian,” tegas Anwar.

Sebelum ini, Perdana Menteri Najib Razak berkata agensi PEMANDU yang ditubuhkan dirinya sendiri menjangka kerajaan dapat menjimatkan RM1.12 bilion ringgit tahun ini jika subsidi untuk IPP dan sektor lain dikurangkan.

Pada masa sekarang, kerajaan, menerusi Petronas menghulurkan subsidi RM19 bilion kepada IPP dan syarikat berkenaan setiap tahun.

Menurut Anwar, apa yang dikesali ialah kerajaan Umno-BN begitu ghairah menjimat RM126 juta hasil pemotongan subsidi terbaru rakyat tetapi sanggup membayar RM131 juta ringgit kepada perunding-perunding asing.

azlanBayaran lumayan itu dibuat untuk menubuhkan agensi PEMANDU dan sebagai kos operasi setahun agensi berkenaan.

“Apakah kewibawaan yang ada pada kerajaan untuk mengambil RM126 juta dari rakyat miskin untuk membayar perunding asing RM66 juta bagi menubuhkan sebuah unit kerajaan dan sebanyak RM65 juta lagi sebagai kos operasi,” katanya.

Sudahkan Mahathir masuk Umno semula?

Subky Latif   

TUN Dr. Mahathir ketika berucap di Kemaman menyeru sekalian ahli Umno yang menubuhkan PKR membubarkan parti itu dan kembali semula ke pangkuan Umno serta bertaubat kerana telah memecahkan perpaduan orang Melayu/Islam.
Sebelum bekas ahli Umno dalam PKR itu kembali kepada Umno, mereka perlu tanya apakah Dr. Mahathir sendiri sudahkah menyertai  Umno semula?
Orang-orang Umno PKR itu keluar Umno kerana membantah konspirasi Dr. Mahathir memecat Anwar Ibrahim sebagai ahli Umno dan Timbalan Perdana Menteri. Mereka merasa dia dizalimi dan parti yang zalim saja logiknya sanggup memecat ahli dan pimpinan secara zalim. Mereka keluar parti dan membentuk PKR atas kezaliman Umno.
Tetapi Dr. Mahathir keluar Umno atas alasan apa?
Semata-mata kerana tidak setuju dengan pimpinan Tun Abdullah Badawi. Ramai juga yang lain tidak senang dengan pimpinan Abdullah tetapi mereka tidak keluar Umno.
Ribuan orang  Umno menyokong isteri Anwar menubuhkan PKR. Hanya beberapa orang mengikut Mahathir keluar Umno termasuk penyokong setianya Tan Sri Sanusi Joned. Anak-anak Dr. Mahathir pun tak ikut ayahnya.
Sehingga ini saya tidak ingat dia sudah kembali semula kepada Umno. Ada usaha Muhyiddin Yassin sebelum menggulingkan Abdullah dulu untuk membawanya kembali kepada Umno, tetapi selepas itu tidak kedengaran apa-apa.
Yang kesiannya beberapa orang pak turutnya sahaja yang keluar Umno. Dan bagaimana mereka akan kembali  semula ditakdirkan Dr. Mahathir masuk semula Umno dan taubat? Lebih kesian Tan Sri Sanusi. Kerana terlalu fanatik dengan Dr. Mahathir lalu ikut sama keluar Umno. Akibatnya gugur jawatannya sebagai Reaktor UIA.
Tetapi bolehkah bekas ahli Umno bubarkan PKR? Ia bukan ditubuhkan oleh penyokong Umno saja. Ia ditubuh bersama oleh Tian Chua, Elizabeth Wong, Sivaraa, Dr. Xavier dan kemudian diperkukuh pula oleh penyertaan Dr. Syed Husin Ali dan penyokong-penyokong dari PRM
PKR bukan seperti Parti Melayu Semangat 46 ditubuhkan oleh orang Umno belaka. Bila bekas ahli Umno rasa mereka patut bersatu semula dengan Umno, maka mereka mudah bubarkan Parti S46.
Kalau PKR dibubarkan, ke mana hendak dilemparkan ahlinya yang tidak pernah menyertai Umno seperti Lateefa Koya, Badrul Amin dan Fuaziah Salleh? Apakah mahu suruh mereka menyrtai PAS sebagai ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS atau DAP?
Dan apakah Dr. Mahathir fikir Dr. Syed Husin Ali akan ikut Dr. Wan Azizah menyertai Umno?
Orang Melayu berada dalam parti yang berbeza kerana mereka percaya kepada demokrasi. Tunku Abdul Rahman Putra berpendapat, orang Melayu menyertai berbagai parti bukan bukti mereka berpecah kerana amalan demokrasi membenarkan masing-masing berbuat demikian.
Jika orang Melayu berada dalam parti yang berbeda dikira perpecahan, maka mengapa Dr. Mahathir usahakan penyingkiran PAS dari Barisan Nasional sedang perpaduan orang Melayu melalui Barisan Nasional adalah paling ketara hingga Pilihan Raya Umum 1974 mencatitkan begitu banyak kerusi dimenangi BN tanpa bertanding?
Jika kewujudan Umno dan PAS dikira punca perpecahan orang Melayu, mengapa penyatuan kedua parti itu dalam BN dipecahkan oleh Dr. Mahathir?
Kalau berjuta penyokong Umno itu bersetuju orang Melayu mesti berada dalam satu parti, maka pendekatan melalui BN yang dipelopori Tun Razak dulu adalah  formula terbaik bagi penyatuan itu. Kalau Umno boleh bersetuju Perikatan ditukar kepada BN, maka Umno tentu boleh menerima apa jua nama jika penyokong Umno dan penyokong PAS boleh disatukan.
Jika Umno mengira adalah yang terbaik, mengapa  Umno tidak singkirkan Tun Hussein Onn dan Dr. Mahathir yang menjadi pemecah penyatuan Melayu yang amat sukar dicapai oleh Tun Razak itu?
Selepas Dr. Mahathir berpuas hati dapat menyingkirkan Anwar dari Umno dan kerajaan, maka dia tidak sedar konspirasinya itu memecahkan Umno, dan kewujudan Pakatan Rakyat mula mengancam Umno dan BN, maka menyalahkan pementukan PKR konon memecahkan orang Melayu.
Dia suruh PKR dibubarkan bagi kembali ke pangkuan Umno semula. Apakah dalam pekej itu termasuk Anwar sekali? Dia tidak sebutkan Anwar mesti dikecualikan.
Anwar pun tak kebulur dan begitu juga PKR. Apakah ia tanda Mahathir menyesal dengan konspirasinya dulu? Kalau dia menyesali, dialah yang wajar bertaubat, bukan PKR yang perlu bertaubat.
Jika dia menyesali akan perpecahan Melayu itu, apakah dia mengaku silap memecat Anwar dan menyingkirkan PAS dari BN dulu?

Mempersiapkan media untuk Pakatan

Li Fook Gao   

Pakatan Rakyat, ingatkah siapa yang menubuhkan anda?
Ingatkah siapa yang memberikan mandat kepada anda untuk menerajui lima negeri?
Ingatkah mengapa orang-orang ini memilih anda?
Adakah anda telah lupa terhadap janji-janjimu pada 2008?
Adakah anda telah lupa siapa musuh sebenar?
Itulah antara persoalan-persoalan yang perlu diungkit dan dijawab dengan jujur dan berani oleh semua ahli Pakatan Rakyat menjelang konvesyen PR ke 2, 19 Disember ini di Pulau Pinang.
Apa yang rakyat inginkan pada 2008 masih lagi relevan pada hari ini iaitu sebuah kerajaan persekutuan yang jauh lebih baik daripada Barisan Nasional, akan tetapi berapa kerat pemimpin PR yang betul-betul dapat menghayati apa yang diharapkan rakyat?
Pada 2008, PR menang besar kerana rakyat berasa mual dengan tindak-tanduk kerajaan Barisan Nasional di bawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi bersama penasihat keluarganya, Khairy Jamaluddin yang sekarang ini tengah menerajui Pemuda Umno yang disifatkan paling lemah dalam sejarah dari kaca mata kebanyakan penganalisa politik.

Pada waktu 2008 juga, rakyat tidak mengambil peduli akan prestasi PR terdahulu (sememangnya kita tiada apa-apa yang boleh ditunjukkan), di mana segala kemarahan hanya tertumpu pada prestasi Barisan Nasional terutamanya Umno.
Mereka dilihat terlalu angkuh dengan rasuah dan penyelewengan melampau, bahkan seolah-olah ‘menjadikan kata-kata mereka sebagai undang-undang negara’ ditambah pula dengan seorang perdana menteri yang terkenal dengan sikap tidurnya - akhirnya menyumbang kepada kemenangan besar PR yang tidak pernah diduganya.
Akan tetapi, segalanya akan berubah pada pilihanraya umum ke 13.
Selepas lebih 1,000 hari rakyat melihat PR berkembang, berpolitik, berkebajikan dan berekonomi di negeri sendiri, adakah PR telah mencapai ‘expectation’ yang diletakkan rakyat pada 2008?
Adakah rakyat sudah dapat merasai perubahan hidup, cara kerajaan negeri beroperasi yang jauh berbeza daripada kerajaan Barisan Nasional di Pulau Pinang, Selangor dan Kedah?
Adakah rakyat sudah memiliki keyakinan bahawa bahtera PR adalah jauh lebih baik daripada Umno dan Barisan Nasional?
APA YANG RAKYAT NAK?
Hasrat rakyat 2008:
Kita tak nak satu kerajaan yang menipu kita dengan memutar-belitkan fakta seperti BN.
Kita tak nak satu kerajaan yang menyelindungkan fakta daripada pengetahuan kita seperti BN.
Kita tak nak satu kerajaan yang guna duit sewenang-wenangnya seperti BN.
Kita tak nak satu kerajaan yang bersifat tidak adil dalam pengadilannya seperti BN.
Kita tak nak satu kerajaan yang asyik memeras ugut dengan ISA seperti BN.
Kita tak nak satu kerajaan yang tidak adil dalam memberikan kebajikan kepada rakyat seperti BN.
Kita tak nak satu kerajaan yang hanya ingin mengkayakan kroni secara rasuah seperti BN.
Kita tak nak satu kerajaan yang sombong dengan rakyatnya seperti BN.
Pada tahun 2008, hasrat rakyat hanya memfokuskan kepada perkataan “seperti BN”, manakala isi di tengah setiap ayatnya di atas hanyalah bersifat ‘harapan’.
Kali ini, tsunami menggunakan ungkapan ‘seperti BN’ telah berakhir, isi-isi ayat di atas akan menjadi fokus rakyat untuk pilihanraya umum yang akan datang.
Betul ke empat kerajaan negeri PR bersifat kerajaan berkebajikan?
Betul ke empat kerajaan negeri PR bersifat  ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’ yang diwar-warkan oleh BN?
Betul ke empat kerajaan negeri PR ini bersih daripada rasuah dan telus dalam pentadbirannya?
Betul ke keadaan ekonomi empat kerajaan negeri PR ini sudah bertambah baik daripada zaman pra-2008?
Betul ke empat kerajaan negeri PR adil dalam mengagihkan pertolongan kepada rakyat?
Betul ke empat kerajaan negeri PR tidak mengamalkan unsur kronisme dalam penganugerahan projek kerajaan?
Persoalan di atas sukar dijawab dan diterangkan untuk para pengundi yang tidak mengikuti perkembangan politik. Yang terasa keadaan bertambah baik, akan terus memberikan undi kepada PR, yang terasa sebaliknya akan memberikan undi kepada BN.
Namun, adakah kita perasan bahawa hanya empat negeri PR sahaja diberikan fokus oleh media arus perdana yang dikuasai Umno dan Barisan Nasional?
Tanyalah sekitar kita, kebanyakan kita lebih tahu mengenai masalah yang berlaku di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan daripada negeri-negeri lain di bawah kekuasaan Umno-BN.
Kebaikan yang berlaku di empat negeri PR pula jarang ditonjolkan, namun sedarkah kita, Umno-BN juga tidak dapat menonjolkan apa-apa kebaikan daripada negeri-negeri yang dikuasai mereka kerana sememangnya pentadbiran mereka lebih teruk.
Kesimpulan:
Empat negeri PR – masalah dibesarkan, kebaikan dipadamkan.
Sembilan negeri BN – masalah dipadamkan, kebaikan … tiada yang boleh dilaporkan.
Jadi, konvesyen PR perlu memikirkan satu cara untuk menukar perkara di atas dengan menubuhkan satu badan media PR sebagai penyalur berita kepada semua laman-laman dan akhbar-akhbar alternatif.
Tugas badan media PR ini:
Empat negeri PR – kebaikan dibesarkan, masalah dilaporkan.
Sembilan negeri BN – kebaikan… (bak kata di atas tiada), masalah dilaporkan dan ia automatik akan menjadi besar kerana tiada kebaikan yang dapat dilaporkan.
Selain itu, perbandingan prestasi antara negeri-negeri PR yang setaraf dengan negeri-negeri BN dari sudut ekonomi perlu dibuat untuk menyedarkan rakyat tentang keberkesanan pentadbiran PR.
Contohnya, prestasi negeri Selangor dibandingkan dengan negeri Johor, dari tahun 2007 sehingga 2010 untuk rakyat menilai sejauh mana prestasi pentadbiran ala PR dan BN.
Begitu juga dengan Kedah, boleh dibandingkan dengan negeri Pahang, Kelantan dengan Terengganu, dan Pulau Pinang dengan Melaka dan Negeri Sembilan. Bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak pula, perbandingan prestasi untuk empat tahun yang lepas sudah mencukupi.
Berita-berita dan info-info sebegini, selain dihantar ke media-media yang sanggup menyiarkannya, perlu juga dimuat dalam bentuk ‘presentation’ untuk kegunaan ceramah dan penyebaran maklumat melalui CD, dan kertas A4.
Untuk memastikan badan media ini berjaya, empat negeri PR mesti bersedia untuk menyumbangkan dana untuk memacu perkembangan badan media ini kerana masa sudah semakin suntuk untuk PR menyediakan diri sebelum tibanya pilihan raya umum ke 13.
Semua ini perlu dilakukan dengan bijak dan pantas, kerana pilihanraya umum akan diadakan bila-bila masa dari bulan Mac depan sehinggalah penangguhan pemilihan Umno tamat tempohnya.
Isu-isu yang perlu dijawab dengan sepakat untuk patahkan serangan BN

Selain menubuhkan badan media untuk menyebarkan berita positif negeri-negeri PR, semua pemimpin tertinggi perlu menyediakan jawapan yang sepakat dan menyakinkan mengenai beberapa isu di bawah yang akan digunakan Umno/ BN untuk menyerang PR.
Walaupun ada antara isu-isu di bawah sudah dijawab kerana melibatkan kepentingan parti masing-masing, namun ia tetap perlu dijawab kerana rakyat perlu tahu apakah jawapan sebenar daripada ketiga-tiga parti politik PR.
Serangan dari Umno:
1. PAS dan PKR menjual maruah dan kedudukan istimewa Melayu dengan menghumban konsep Ketuanan Melayu ciptaan Umno.
2. PAS kuda DAP di Perak, dan di Penang.
3. Melayu hilang kuasa jika PR berkuasa.
4. PAS menggadai prinsip Islam untuk politik – membolehkan orang bukan Islam membaca Quran, memasuki masjid dan sebagainya.
5. Kredibiliti pemilihan parti PKR. Bagaimana nak jawab serangan Umno – ‘jika anda kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) teruk, pemilihan PKR lagilah teruk’?
6. Isu-isu mengenai Datuk Zaid Ibrahim.
7. Fobia DAP terhadap negara Islam dan kenyataan Karpal ‘langkah mayat sahaja dahulu’.
8. Orang Melayu di Penang dianiaya, tanah Balik Pulau, Komtar dan peniaga bazaar Ramadhan dan sebagainya.
9. Isu pasir di Selangor.
10. Isu air di Selangor – mengapa nak syarikat konsesi di bawah kerajaan negeri?
11. Isu kerajaan perpaduan untuk mengorat PAS untuk bersama Umno.
12. Isu timbalan perdana menteri.
13. Isu PKNS dan Yayasan Selangor.
14. Isu Tan Sri Khalid tidak disukai ahli-ahli parti sendiri.
15. Isu diskaun kepada rumah RM 500,000 ke atas yang dicadang DAP.
16. Isu liwat.
Serangan dari MCA, MIC dan sebagainya:
1. Negara Islam yang dimainkan untuk takutkan orang bukan Islam dan lagakan DAP dan PAS.
Bagaimana DAP harus menjawab untuk tidak nampak ‘fobia’ terhadap negara Islam, dan bagaimanakah PAS harus mengupas isu ini supaya tidak menyusahkan DAP untuk menjawab?
2. Prestasi kerajaan Kedah – apa sumbangan negeri kepada pembangunan kehidupan pelbagai kaum? Isu tanah Melayu dan isu perumahan yang sering dibangkitkan oleh Gerakan?
3. Isu biasiswa negeri Selangor – mengapa tidak cukup penglibatan dari semua kaum? Punca?
4. Perak – walaupun DAP mempunyai paling ramai Adun, namun ia tetap mendokong calon PAS jadi Menteri Besar kerana ia senyap-senyap akan menyokong negara Islam cadangan PAS sekiranya berkuasa kelak.
5. DAP kuda PAS.
6. Isu Kampung Buah Pala Penang.
Serangan yang ditimbulkan sendiri
1. PAS tetap dokong negara Islam, secara berperingkat – DAP tetap menyokong dasar sekular – bagaimana pula hujah dari segi perlembagaan?
2. Isu dalaman parti PKR, pemilihan PKR dan pemimpin yang bakal melompat ke parti Datuk Zaid Ibrahim.
3. DAP lebih menonjol dalam memperjuangkan isu-isu orang Cina dari segi biasiswa, penerimaan bantuan dan politik.
4. Pemimpin yang timbulkan polemik apabila tersilap kata semasa memberikan temuramah kepada media… peratusan akan meningkat apabila pilihanraya makin dekat kerana lebih ramai yang ingin ditemuramah untuk menonjolkan diri.
5. Prestasi teruk Adun dan Ahli Parlimen.
6. Perbalahan pembahagian kerusi.
7. Ketuanan Islam, Ketuanan Melayu dan Ketuanan Rakyat.
Semua isu di atas perlu diberikan jawapan yang sepakat, menyakinkan dan boleh terpalit kepada muka Umno-BN yang bertanya oleh ketiga-tiga parti DAP, PAS dan PKR menjelang konvesyen ke 2 PR nanti… dalam erti kata lain, jawapan yang bersifat ‘bertahan sambil menyerang.’
Sehingga sini saja untuk kali ini, minggu depan saya akan mengupas lanjut mengenai strategi PR untuk menghadapi pilihanraya untuk dibincangkan konvesyen PR nanti.

PAS arah pemimpinnya ‘tutup mulut’ elak polemik, tunggu 12 Dis


KUALA LUMPUR, 4 Dis – PAS meminta semua pemimpinnya agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mencetuskan polemik – khususnya mengenai isu-isu semasa dipercayai soal “Ketuanan Melayu”, negara Islam dan jawatan timbalan perdana sehingga parti itu mengadakan mesyuarat jawatankuasa kerja pusat 12 Disember ini.
“Saya meminta semua pemimpin tertinggi parti tidak membuat sebarang kenyataan yang dimainkan oleh media sekarang ini sehingga menimbulkan terus polemik kerana ia akan dibincangkan terlebih dahulu dalam mesyuarat kita 12 Disember ini,” kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dipetik Harakah Daily hari ini.
Kenyataan itu dikeluarkan ketika ramai meramalkan Umno-BN akan meningkatkan serangan ke atas Pakatan Rakyat yang kini memerintah Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.
Bagaimanapun beliau tidak menyebut isu-isu semasa yang dimaksudkan.
Dalam kenyataan dua perenggan kepada Harakah Daily itu, Mustafa berkata, beliau bimbang kalau-kalau ia terus menyusahkan PAS dan Pakatan Rakyat kerana ia memang menjadi tujuan pihak dan media-media berkenaan untuk melagakan mereka.
Tindakan berhati-hati itu diambil memandangkan wujud spekulasi bahawa pilihan raya umum ke-13 dikatakan semakin dekat.
Pakatan Rakyat akan mengadakan konvesyen keduanya 19 Disember ini.
Laman web itu melaporkan ada di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat bimbang kalau-kalau konvensyen kali ini akan menjadi medan serang-menyerang antara mereka, bukannya membuat persiapan ke arah pilihan raya umum.
Sejak kebelakangan ini, media-media tertentu mula memainkan kembali isu sensitif yang melibatkan hubungan antara PAS dan komponen Pakatan Rakyat.
Sesetengah pihak pula melihat, ia berlaku kerana sikap sesetengah pemimpin PAS yang terus melayan isu berkenaan apabila dipancing oleh media.
Antara isu panas sejak akhir-akhir ini adalah isu timbalan perdana menteri, ungkapan Ketuanan Melayu dan negara Islam.
Berdasarkan kenyataan Mustafa itu, PAS akan membincangkannya dalam mesyuarat mereka 12 Disember ini.
Mustafa berharap sehingga ia diputuskan minggu depan, tidak ada mana-mana pemimpinnya memberikan pendapat kepada mana-mana media.
“Tunggulah sehingga kita mesyuarat dan bincangkan isu ini terlebih dahulu,” katanya.

Demo air: Tuntut hak bukan galak jenayah

KUALA LUMPUR, 4 Dis: Perhimpunan aman "Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat" yang dirancang Kerajaan Selangor bukan mahu menggalakkan perbuatan jenayah, tetapi bagi menuntut hak rakyat.

Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin menegaskan demikian sebagai menafikan dakwaan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah bahawa himpunan esok hanya "menggalakkan perbuatan jenayah" di kalangan masyarakat.

"Kebebasan mengadakan perhimpunan aman seperti yang termaktub mengikut Fasal 10, Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan atas dasar ini Kerajaan Negeri telah membuka ruang kepada rakyat untuk menyatakan sokongan mereka kepada usaha mengambilalih pengurusan air dari syarikat swasta yang nyata gagal membekal air bersih dengan harga yang berpatutan," katanya.

Merujuk kepada beberapa kes yang dianjur beberapa NGO sebelum ini, mahkamah memutuskan tidak salah bagi rakyat untuk berhimpun di masjid yang merupakan rumah ibadat bagi umat Islam.

Rakyat Selangor serta pimpinan negeri katanya hanya mahu mendapatkan perhatian Yang di-Pertuan Agong yang menjadi tempat rakyat mencari keadilan dan berlindung supaya hak rakyat tidak diketepikan dalam isu air apatah lagi dalam ketika hidup rakyat semakin perit dengan harga barangan asas yang meningkat.

"Tujuan ini jauh menyimpang dari anggapan Ketua Polis Kuala Lumpur.

"Bagaimanapun, Kerajaan Negeri berharap pihak polis akan mengambil sikap professional ketika memantau perhimpunan aman esok dan semua pemimpin yang hadir akan memberi kerjasama pihak berkuasa agar semua berjalan lancar," katanya lagi.

Kerajaan Negeri juga menyeru agar rakyat yang bersama kerajaan Negeri bertenang dan sentiasa bersikap rasional ketika menyertai perhimpunan aman tersebut esok.

Makluman juga telah dibuat kepada polis termasuk, Ketua Polis Kuala Lumpur, Pejabat polis Daerah Dang Wangi dan Brickfields, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dan Majlis Peguam Malaysia (Bar Council).

Pilihanraya Negeri Sarawak Selepas Krismas : Taib


Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud hari ini telah mengesahkan pilihanraya negeri Sarawak akan diadakan selepas Krismas. Berita ini telah dilaporkan di portal berita berbahasa cina seperti sinchew daily dan kwong wah e-newspaper.


Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud hari ini telah mengesahkan pilihanraya negeri Sarawak akan diadakan selepas Krismas.

Berita ini telah dilaporkan di portal berita berbahasa cina seperti sinchew daily dan kwong wah e-newspaper.

Peguam Umno Yang Tak Khatam Perlembagaan

SEMASA penamaan calon pilihan raya kecil Galas baru-baru ini saya tersapa Mustapa Mohamed dan bercakap beberapa patah dengannya. Kebetulan pada masa itu peguam Umno, Mohd Hafarizam Harun lewat berhampiran kami bercakap. Mustapa begitu terpandang Hafarizam - dengan gaya tersendirinya (gopoh takut) menyapa Hafarizam dengan penuh hormat. Mustapa memang sangat menghormati orang yang ada kuasa dan kedudukan.

"Ini peguam negara?" kata Mustapa memperkenalkan Harfarizam kepada saya sambil menempuk-nepuk bahu Hafarizam. Saya sudah kenal peguam muda ini sewaktu dia mengurus dan menyelesaikan kes petisyen dibuat oleh bekas calon BN yang kalah di Kulim Bandar Baru, Abdul Aziz Sheikh Kadir.

Kes itu diselesaikan diluar mahkamah dengan Aziz menarik balik petisyen dan ahli Parlimen Kulim Bandar - Baru kekal sebagai wakilnya. Adalah terma-terma tertentu menyebabkan petisyen itu ditarik balik dan mengekalkan ahli Parlimen berkenaan di Parlimen.

Saya tidak mengambil berat atas apa yang Mustapa katakan itu. Bagi saya sesiapa pun sama saja, apa lagi saya tidak ada apa-apa kepentingan dan keperluan untuk menghormati peguam Umno itu berlebih-lebih. Saya tidak perlu sampai menunduk dan bersujud sahwi kepadanya atau sesiapa sesama manusia. Cuma saya mengatakan, "sekejap tengok sini saya nak ambil gambar," dan saya memetik punat kamera, sreehhhh shup.

Mustapa sebagai orang Umno No 1 Kelantan seronok dapat bergambar dengan Hafarizam.
Baginya samalah dapat bergambar dengan Abdul Ghani Petail. Saya percaya kalau umur Umno panjang peguam muda yang katanya sudah bertaraf jutawan ini (kerana mengendalikan kes-kes Umno ini) akan jadi peguam negara. Beliau juga katanya anak didik dan rapat dengan Ketua Hakim Negara hari ini.

Sebenarnya kerja dilakukan Hafarizam samalah dengan kawan saya lakukan. Kendalikan kes mahkamah berhubung petisyen pilihan raya di seluruh negara. Tetapi kerana kawan saya mengambil kes di pihak pembangkang, (Pas) maka tidaklah ia mepunyai wang yang banyak. Ada kalanya kerja atau perkhidmatannya tidak dibayar langsung ataupun hanya diberi sebungkus tapai saja.

Apabila membaca kenyataan dan pandangan Hafarizam berhubung isu ketuanan Melayu yang meletus ekoran ucapan dasar Dr Wan Azizah Ismail dalam kongres PKR tempoh hari, saya tidak nampak peguam ini berkelayakan untuk jadi peguam negara. Saya tidak arif mengenai undang-undang seperti beliau.

Tetapi apabila beliau mengatakan kenyataan itu sebagai mencabar hak keistimewaan Melayu dan raja-raja sehingga perlu ditahan di bawah ISA, menyebabkan saya konfius sejauh mana kealiman peguam muda ini terhadap perlembagaan dan undang-undang. Saya rasa peguam ini belum cukup matang dan tidak khatam membaca perlembagaan negara.

Saya dan mereka tidak bersentimen dengan Umno tidak nampak kenyataan Azizah itu menyentuh soal hak keisitimewaan orang Melayu apa lagi hendak membuang hak keistimewaan Melayu termasuk kedudukan Raja-Raja Melayu. Kenyataan atau ucapan Azizah itu sudah diputar belitkan dan diberikan nafas baru dan pentafsiran yang silap. Saya tidak fikir kalau orang tidak faham teks ucapan itu kerana tingginya bahasa dipakai Azizah. Kerana itu ia sengaja diputar belitkan.

Apakah ucapan Azizah hari itu, saya petik dan turunkan ucapan di bawah tajuk kecil "Bangsa Bermaruah" dari point 27 hingga 32:
Saudara saudari sidang kongres;

Saya, sebagai orang Melayu yang beragama Islam, berkeyakinan bahawa tidak akan ada satu bangsa pun yang akan menjadi agung dan dihormati hanya apabila menggelar diri sendiri sebagai tuan. Kitab al Quran banyak mengisahkan bagaimana Tuhan telah menghancurkan kaum dan bangsa-bangsa yang bermegah-megah konon menjadi tuan dan memandang rendah kepada bangsa atau kaum yang lain. Sesungguhnya, semulia-mulia di sisi Tuhan adalah mereka yang paling tinggi taqwanya (amalan baik dan kebajikan kepada insan lain).

Nyatalah bahawa sesuatu bangsa dan kaum itu hanya akan menjadi agung dan dipandang tinggi apabila mereka bermaruah. Lalu andai sesuatu bangsa itu mahu besar, mereka harus memelihara dan menjaga maruah mereka termasuk kepada orang Melayu.


28. Sebenarnya dalam tradisi orang Melayu mereka amat menyedari kepentingan menjaga maruah diri supaya dipandang tinggi oleh orang lain. Mari kita merenung sejenak beberapa ungkapann pantun klasik di bawah;

Tenang tenang air laut
Sampan kolek mudir ke tanjung,
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi baik rasanya nak junjung.

Kapal belajar dari Arakan,
Ambil gaji jadi jemdui,
Mati ikan kerana umpan,
Mati saya kerana budi.

Pisang emas di bawa belayar,
Masa sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati.

29. Justeru itu konsep ketuanan Melayu wajib dibakulsampahkan supaya anak-anak kita membesar dengan visi bangsa bermaruah atau Melayu bermaruah. Ketuanan Melayu adalah slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdaya orang Melayu yang ramai, demi kepentingan diri sendiri. Mereka adalah manusia yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kebejatan lain.

30. Selama 53 tahun mereka berkuasa, nasib Melayu dan bumiputera, masih tetap terabai. Orang Melayu dan Bumiputera sedang mengalami nasib hidup yang sangat menyedihkan. Mereka sedang dilanda masalah sosial, pendidikan, ekonomi dan budaya kehidupan yang membimbangkan. Kuota 30 peratus penguasaan ekuiti Melayu-Bumiputera gagal dicapai. Daripada RM54 bilion ekuiti dan saham untuk bumiputera, hanya RM2 bilion kekal di tangan.

Di Semenanjung, di Sabah dan di Sarawak, kelompok paling miskin, daif dan terbiar melarat, adalah kaum bumiputera. Buruh bumiputera di Batu Sapi hanya dibayar RM 9.50 untuk kerja mereka selama sehari. Malah, bagi setiap empat keluarga yang pendapatan isi rumahnya kurang dari RM2,000 setiap bulan, tiga keluarga itu adalah keluarga Melayu.


31. Kerajaan Umno-Barisan Nasional juga tidak mempedulikan nasib dan kedudukan orang Asli di Semenanjung Malaysia. Kehidupan mereka masih terbiar dan tidak mendapat perhatian dan pembelaan sewajarnya. Kedaifan hidup mereka bagai sengaja dirancang untuk dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu di saat dan ketika yang mereka perlukan. Tidak ada langsung peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan bagi menjamin kepentingan merupakan kaum pribumi di negara ini.

Kedudukan mereka tidak terjamin kerana hak mereka tidak dimasukkan dalam tafsiran Perkara 153 dan Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan. Fasal (2) Perkara 160 hanya menafsirkan Orang Asli adalah Orang Asli Semenanjung Tanah Melayu manakala dalam artikel 153 Perlembagaan Persekutuan, ianya hanya merangkumi Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak sahaja. Kita berjanji akan mengambil satu tindakan yang berani dan bertanggungjawab untuk menjamin kedudukan Orang Asli ini dalam kerangka keupayaan kita.


32. Semua ini membuktikan bahawa para pemimpin UMNO buan berjuang untuk membela orang Melayu. Parti ini hanya berminat untuk menjaga kepentingan tauke-tauke tertentu . Umno adalah "parti tauke" dan jauh sekali untuk berwajah sebagai "parti rakyat". Maka itu, KEADILAN dan Pakatan Rakyat adalah pilihan terbaik untuk semua orang Melayu dan seluruh rakyat.

Cuba perhati dan hayati betuk-betul teks ucapan Azizah itu. Apakah di situ bermaksud ia ingin menghakiskan hak keistimewaan orang Melayu atau menyentuh langsung perlembagaan negara?

Di dalam perlembagaan Melayu tidak ada perkataan ketuanan Melayu. Malahan konsep ketuanan Melayu yang diperagakan Umno itu tidak ada. Ini disahkan sendiri oleh ahli sejarah Prof Dr Emeritus Khoo Kay Kim dan juga pakar-pakar perlembagaan yang tidak berkepentingan serta peguam yang berdiri atas necara keadilan.

Bukan saja Kay Kim , sesiapa yang tahu membaca perlembagaan negara juga tidak akan menemui perkataan ketuanan Melayu itu. Adalah satu kesilapan dan khilaf besar kalau Hafarizam dan sesiapa cuba hendak merangkulkan ketuanan Melayu itu sebagai hak keistimewaan Melayu seperti mana termaktub dalam Perkara 152 dan 153 dalam perlembagaan negara. Tindakan cuba mentafsirkan ketuanan Melayu merangkumi Perkara itu adalah tidak tepat dan dibuat oleh mereka yang cuba mengeksploit perkara itu dengan tujuan tertentu dan satu pemfitnahan kubra.

Saya setuju kalau sesiapa saja, tidak kira Umno, Pas dan PKR yang ingin menghakiskan hak keitimewaan orang Melayu mereka perlu ditentang. Usahkan Azizah, kalau Najib Razak sendiri perlu ditentang. Sebab itulah bila Umno menajakan projek untuk meminda perlembagaan bagi menghakiskan imuniti Raja-raja dulu kita tentang habis-habisan. Tetapi soal ini di sini apakah kenyataan Azizah itu membawa hakikat demikian?

Saya berharap peguam itu mentafsir semula pemahamannya mengenai slogan ketuanan Melayu dan tidak mudah mengaitkan kenyataan Azizah itu sebagai hendak membakulsampah Perkara 152 dan 153 atau Raja-raja Melayu. Tiada kenyataan baik rasmi atau tidak mengenai hal itu. Di dalam teks ucapan beliau tempoh hari pun tidak ada menyebut perkara itu baik secara nyata atau tersirat.

Jadi apa yang berlaku Hafarizam atau Umno memperkatakan apa yang tidak dikatakan Azizah dan PKR. Ertinya ketuanan Melayu itu hanya slogan dari luar perlembagaan dan ciptaan Umno semata-mata. Ertinya mereka memperjuangkan perkara yang tidak wujud dan menjadi intipati perlembagaan yang perlu kita hormat dan pertahankan.

Ketuanan Melayu adalah slogan yang sama dengan hantu yang menakutkan Hafarizam dan Umno. Mereka sebenarnya sangat lemah bila takut kepada apa yang tidak wujud. Percayalah dalam dunia serba celik dan terbuka ini orang bukan mudah untuk dimomokkan dengan bayangan atau pun ilusi. Orang hari ini melihat kepada realiti.

Ayuh janganlah membuat khianat sesama sendiri. Kalau hendak jatuhkan Azizah atau kucar kacirkan PKR gunalah jalan lain yang halal atau lebih profesional. Jangan menjatuhkan keburukan dengan keburukan yang dihalalkan. Berdepanlah dengan mereka dalam medan demokrasi terbuka. Di situ nanti kebenaran akan menjelma dan diketahui siapa yang benar dan siapa yang haprak dan hapak!

Ingatlah firman ini; Di dalam hati mereka terdapat penyakit, lalau ditambah Allah penyakit dan mereka menerima azab yang pedih kerana sebelum ini selalu mereka berbohong. - Al Baqarah 10.
MSO.

"Dacing Berat Sebelah" Kata Gerakan.

Gerakan: Bubar komponen BN, tubuh parti tunggal

Timbalan presiden Gerakan, Chang Ko Youn (gambar) berkata membubarkan parti-parti komponen BN adalah langkah pertama bagi menamatkan politik perkauman di negara ini.

“Seperti yang saya perkatakan sebelum ini, politik perkauman memecahbelahkan dan mendatangkan lebih mudarat daripada kebaikan dalam masyrakat majmuk ini.

“Saya gesa parti komponen BN mengkaji semula kedudukan mereka dan perlembagaan dengan membubarkan halangan perkauman dan meminda undang-undang bagi membolehkan semua rakyat Malaysia tanapa mengira bangsa, jantina, warna atau agama menjadi ahlinya,” kata Chang.

Tambahnya, Gerakan juga mendesak semua parti komponen BN yang masih menerima kaum tertentu supaya meminda perlembagaan masing-masing dan menerima semua rakyat Malaysia.

“Dalam jangka panjang, BN harus menjadi parti tunggal dan semua parti komponen dibubarkan dan semua ahli mereka hanya menjadi ahli BN sahaja.

Dacing berat sebelah

“Ini akan menjadi satu lompatan besar ke arah politik bersatu rakyat Malaysia,” katanya semasa menyampaikan ucapan polisi di persidangan perwakilan Belia dan wanita Gerakan, pagi ini.

Ketua Pemuda Gerakan, Lim Si Pin, pula tidak memperdulikan kata-katanya dengan terus membidas simbol dacing BN yang dikatakannya berat sebelah, termasuk ke atas parti-parti komponen dalam gabungan itu sendiri.

“Mungkin kita kalah dengan teruk pada pilihan raya 2008 kerana BN tidak dilihat sebagai adil,” katanya sambil menambah bahawa jawatan-jawatan utama dalam BN hanya “diboloti oleh satu atau dua parti sahaja
”.

“BN sebagai satu komponen seharusnya membuat polisi-polisi untuk semua dan buaknnya untuk satu atau dua parti sahaja. Di negara ini, ada yang kata hak asasi kita masih bukan merupakan hak. Seperti contoh dalam pendidikan dan agama. Tidakkah sepatutnya semua parti dirujuk sebelum sesuatu keputusan dibuat?” soalnya.

Lim juga mendesak parti Gerakan agar tidak menjejaki langkah Umno yang menangguhkan pemilihan parti dan berkata tindakan itu sesuatu “proses pembaharuan yang tidak diperlukan' dan mengumpamakannya sebagai “menjalani pemeriksaan badan yang lengkap”.

“Dalam penjelasannya (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak) berkata bahawa ia dilakukan (penangguhan pemilihan pimpinan Umno) bukan kerana pilihan raya mengejut akan diadakan. Jadi Gerakan mesti terus dengan pemilihan sendiri.

“Ia adalah proses bagi menghapuskan bahagian dan cawangan yang tidak aktif dan menggalakan pemimpin muda dan bertenaga dibawa masuk ke teras. Bagaimana kita tahu perwakilan kita masih aktif dengan parti jika tidak ada pemilihan diadakan?

“Jadi bagi mencergaskan semula dan memberi tenaga baru kepada parti, kita mesti secara serius melihat kepada pemilihan dan tidak menundanya,” kata Lim yang sudahpun mengumumkan beliau tidak akan bertanding semula.

Tindakan Najib yang sebelum ini mengumumkan bahawa Umno akan menangguhkan pemilihan parti itu kepada 18 bulan bagi memperkuatkan parti menimbulkan cakap-cakap kemungkinan pilihan raya mengejut akan diadakan.

Pakatan lawmakers trash NEM 2

Dzulkefly claimed the NEM 2 is plagued by racial considerations and contains elements of Perkasa’s influence in it. — File pic
KUALA LUMPUR, Dec 4 — Opposition lawmakers have trashed Datuk Seri Najib Razak’s much-anticipated New Economic Model 2 (NEM) report as a “disappointment”, accusing the premier of pandering again to the powerful will of Malay right-wing leaders and failing to deliver his own promises of reform. The Pakatan Rakyat (PR) leaders argued that the report merely comprised romantic-sounding measures that were haunted by the race-based policies of the past and was nothing less than a repeat of the contentious New Economic Policy (NEP) that ended in 1990 but furthered under the New Development Policy (NDP) initiated by former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad.
As an example, they pointed out, one resounding factor to indicate Najib’s fear of upsetting status quo was the administration’s continued silence in the scrapping of the 30 per cent Bumiputera equity target, which they noted had not been addressed in NEM 2.
One PAS MP even said that Najib’s NEM 2 had clearly been deeply influenced by Dr Mahathir himself and controversial Malay rights group Perkasa, of which the former premier is patron, which had played a pivotal role in thwarting the administration’s past attempts to reform affirmative action and promote inclusivity.
Thus, despite months of hope and anticipation, the leaders predicted that NEM 2 would eventually become yet another documented proof of the Barisan Nasional’s (BN) failure to bolster an economic turnaround.
“The entire nation was looking forward to NEM 2. It was supposed to enamour, to expound on NEM part one, which had somehow captured at least certain aspects of the nation’s expectations to turn the economy vibrant.
“But from the impression that I got, NEM 2 was watered down and mellowed by way of Najib’s commitment to change and reform on the issue of inclusivity, merits and meritocracy,” Kuala Selangor MP Dr Dzulkefly Ahmad told The Malaysian Insider.
“It is not just about reform, but also that his approaches need to be more focused on gaining more foreign direct investments, addressing the malaise of the economy and turning Malaysia into a high-income nation,” the PAS lawmaker said.
He accused Najib of allowing himself to dither on his dreams for Malaysia through being “hassled” by Perkasa, Dr Mahathir and certain personalities within the ruling Umno party.
“They reminded him to be mindful of affirmative action so he ended up being neither here nor there. He has introduced big words, saying we are ‘market-friendly’ but they are jargons.
“When you really want to propel the economy into one that is globally competitive, it has to be on a level playing field, it has to be about opening up to more contests and competition among genuine enterprises and entrepreneurs,” he said.
Dzulkefly claimed that the NEM 2 was clearly plagued by racial considerations and contained elements of Perkasa’s influence in it.
“On the one hand you speak about opening up and liberalisation but in the same breath you stifle competition, you do not create the opportunity to allow the creation of genuine wealth and entrepreneurs,” he added.
Charles expressed doubt over the Najib administration’s commitment to actual reforms. — File pic
DAP’s Klang MP Charles Santiago also reminded that while the question of Bumiputera equity had been raised in NEM 1, it had not been addressed in the government’s Economic Transformation Programme (ETP). “The recommendation made in the NEM on the Bumiputera equity issue and also the purported distribution of wealth and the upgrading of skills for the 75 per cent of Malaysians whose educational qualifications are less than SPM even, these were not addressed in the ETP or even the Budget 2011,” he told The Malaysian Insider.
In NEM 2, Charles noted that the premier had underlined several key factors like modernising labour laws, public sector reforms and deregulation and liberalisation as the basis for competing in the global market place.
Despite recognising that these were important issues, Charles expressed doubt over the administration’s commitment to actual reforms, pointing out that this was proven through past policy reversals.
“The recommendation on the need to modernise labour laws is not a new one. It has been in the public domain for the last 15 years, just like the national race consultative council has been,” he jibed.
As an example, Charles noted that in the government’s minimum wage policy addressed in Budget 2011, the administration had noted that minimum wages for security guards would be between RM500 and RM700.
“Ironically, the initial proposal was RM1,200 but after pressure from employers, it was dropped in the Budget to RM500 to RM700. But RM700 is the poverty cut-off point. So are you saying that minimum wages should be set at the rate for poverty?” he said.
He added that the country needed to move away from relying on government net growth to domestic growth to revitalise the economy and one of the urgent measures needed to realise this was through a better minimum wage policy.
“We need to boost our local industries and if we have minimum wages for the worker, we will have extra money floating in the market. This will result in a multiplier effect and give room for future expansion of our local industries,” he said.
On the government’s bid to downsize the public sector, Charles expressed doubt that the BN government would sacrifice its vote bank in the civil service.
“Ultimately, we are looking at the reduction of the wage bill of the public sector and following the World Bank’s strategy of implementing a new management system by treating the government administration as if it is a company.
“But this will never happen because most of the 1.2 million civil servants are Umno-BN supporters. They will not give up this vote bank,” he said.
The trained economist also criticised Najib’s proposal to require government-linked companies (GLCs), which have long been criticised for crowding out the private sector, to divest assets and see more of their equity sold off.
“It is clear the government is moving fast to deregulate the market, and reduce or divest the size of GLCs but in countries like India and China, some of the GLCs are world leaders. They are not private companies.
“How is it that they are doing well and they are performing phenomenally overseas? Because they know what is competition. They have the brains and the human capital,” he said.
Charles predicted that if Putrajaya pushed to suddenly downsize its GLCs, it would not have the financial muscle to compete with foreign firms.
“GLCs, if well-managed, should be considered as national assets. Like in China, GLCs are used to help boost the local economy and enrich the community. GLCs have a specific role to play but if you downsize it here and sell it off to foreigners for example, at the end of the day, the government will lose out,” he said.
Nga described the NEM 2 as ‘old wine in a new bottle’. — File pic
DAP’s Taiping MP Nga Kor Ming described the NEM 2 as “old wine in a new bottle” and claimed that there was no sincerity on the government’s party to implement reforms. “The essence of the NEM was supposed to create a level playing field and encourage fair and open market. But what was revealed yesterday, among the 66 proposals in the final part of the NEM, just goes back to the spirit of the NEP, which is the emphasis on the 30 per cent Bumiputera equity target,” he said.
He added that Najib had clearly “succumbed” to the “pleasures” of Perkasa.
“It just proves that Perkasa has the influence to dictate government policy,” he said.
PKR leaders Batu MP Chua Tian Chang and Gombak MP Azmin Ali agreed with their DAP and PAS colleagues on the issue, claiming that the premier was testing the public’s patience.
“NEM is only rhetorical and about slogans. It is a great disappointment and shows Najib does not dare to take the bull by its horns.
“I also think that NEM is a total failure after months of briefing but nothing concrete has come out of it,” said Chua.
“The people are getting frustrated with the slogans and rhetoric. Najib has talked about transformation but the implementation has not benefited the people. The people, especially the business community, feel that nothing has been done for the last two years,” said Azmin.
Najib unveiled his highly-anticipated NEM 2 report yesterday but analysts believe that it would fail to impress today’s more discerning electorate who are determined to see the premier’s commitment to promoting inclusivity, reform affirmative action to be more efficient and market-friendly and to steer clear away from the culture of patronage and rent-seeking that has been plaguing the economy for decades.
Chua said the people are getting frustrated with slogans and rhetoric. — File pic
In his promises, Najib has pledged to reform an economy whose investment rates have not recovered from the 1998 Asian financial crisis and where foreign direct investment has fallen off a cliff from the heady days of the early 1990s. Missing from the report yesterday, however, were concrete measures to reform the NEP which affords the country’s majority ethnic Malays preferential quotas including for businesses, although it did pledge to target aid at the poorest 40 per cent of Malaysians, regardless of race.
Investors have also complained that abuse of the four-decade-old NEP policy had spawned a patronage-ridden economy and eroded Malaysia’s competitiveness compared to faster reforming neighbours including Indonesia.

NEM and subsidy cuts: Anwar slams Najib for picking on the poor

Anwar Ibrahim

Where is the moral authority of a government that takes RM126 million from the poor to pay RM66 million to consultants for the set up of a government unit and another RM65 million for its whole operation in 2010?

The 5 sen price hike imposed on RON95 fuel is a second successive increase in 6 months. The announcement made by Dato’ Seri Idris Jala also included subsidy removal on other essential household items such as sugar (20 sen increase), diesel (5 sen increase) and LPG (5 sen increase).

While Barisan Nasional claims the quantum of these price hikes is too small to have an impact on the public, the policy direction that is taking shape cannot be mistaken. Barisan Nasional through PEMANDU has outlined (announced during Subsidy Rationalisation Open Day on 27 May 2010) a subsidy removal plan to impose a 6-monthly price hike on RON95 fuel. The announcement last night confirms that similar price hikes will take place in the future and perhaps at an even bigger quantum as the originally proposed quantum of price hike was at 10 sen per price
hike for every 6 months .

A similar phased removal of subsidy on other essential household items was also outlined including the removal of gas subsidies extended to wealthy IPPs owned by business elites and cronies of Barisan Nasional.

Amazingly, the only hikes implemented so far are on those items that hit directly on the people’s purse; not the cronies’.

PEMANDU estimated that a total of RM1.12 billion could be saved in 2010 if subsidies on gas price to IPPs and non-power sector are reduced. This could have been achieved if gas price to IPP and non-power sector is increased by RM4.65 per mmbtu and RM2.52 per mmbtu respectively. Currently, the government through PETRONAS subsidises the IPPs and industries to the tune of RM19 billion annually as the
subsidised gas price of RM10.70 per mmbtu (for IPPs) is remarkably lower than the average market price of imported gas of RM38 per mmbtu (should the country need to import the gas to meet the demand against a shortfall in production).

Therefore, the Prime Minister and his government must answer why it is hell-bent on pushing for subsidy removal on fuel, sugar and LPG that will undoubtedly increase the burden of the lower income group; when similar zeal is not shown vis-a-vis the rich corporate giants?

This is more so when nothing has been done so far (despite promises after promises) to reform the subsidy allocation system. This is pivotal to ensure that the lower income group will continue to benefit from state assistance to counter the rising cost of living. PEMANDU seems to be extremely efficient at pushing for the subsidy removal; yet extremely slow at coming out with a solution to redistribute the
subsidy that are meant for the poor.

Thus, I share the scepticism of the public in reviewing the recently announced concluding part of the NEM. Barisan Nasional outlines ambitious ideas and concepts on bringing reforms to the economy, yet its track record at implementing these ideas have been appalling.

Barisan Nasional talks about the necessity to reduce subsidy in order to cut the nation’s deficit as a result of its carefree spending in the last decade. It chases the small change in the form of subsidy removal on household items most widely used by the people, yet it procrastinates on confronting the real subsidy monsters (in the form of the IPPs).

In the end, the RM126 million saved from the 16th July’s 20-sen hike on sugar is not even enough to pay for PEMANDU’s own exorbitant cost as reported by Malaysiakini (3rd December 2010). Where is the moral authority of a government that takes RM126 million from the poor to pay RM66 million to consultants for the set up of a government unit and another RM65 million for its whole operation in 2010?

Hence, I take the recent announcement on NEM with a pinch of salt. Barisan Nasional will continue to hoodwink the public of its intention to transform the public sector, but it quietly pays the new breed of civil servants in PEMANDU top of the range salaries that will easily beat the private sector.

Its NEM document dedicates a substantial part on promoting competition through liberalisation and deregulation, but behind closed doors it awarded a licence to operate the prized 700 MHz to YTL (yet again)without an open tender, much to the chagrin of the telecommunications industry.

There is a patent of flagrant inconsistency between the public pronouncement and the honesty to carry out the announcement. This is not surprising as the whole machination of this administration is based on the perpetuation of a public image crafted by firms of public relations that are paid by the taxpayers’ money – with the sole intention of buying Barisan Nasional additional time before the people
casts their judgment.

The onus is then on Pakatan Rakyat and the people to keep a vigilant eye on each of the decision by this administration. If we fail in this endeavour, we are definitely en route to paying a fuel price at RM2.10 litre within a year’s time.

Peguam: PDRM tembak mati 88 tahun lalu, paling tinggi dalam sedekad

KUALA LUMPUR, 4 Dis – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menembak mati sekurang-kurangnya 88 orang sepanjang tahun lalu – jumlah paling terbanyak sepanjang satu dekad lalu, perkembangan terbaru mendesak aktivis-aktivis hak asasi manusia menggesa pihak berkuasa itu bertanggungjawab atas setiap tembakan mereka.
Kumpulan Lawyers for Liberty mendedahkan pecahan kes tembak mati dari 2000 hingga 2009 termasuk identiti mangsa, yang diperoleh daripada Timbalan Pengarah CID Bukit Aman yang keberatan, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani.
Pegawai kanan polis itu merupakan saksi dalam kes hasutan melibatkan  peguam P. Uthayakumar minggu lalu di mana beliau mendedahkan data itu merangkumi kaum, kewarganegaraan, nama dan umur mereka.
Jumlah mangsa terbanyak iaitu 88 adalah pada 2009 dan lima pada 2001.
Bilangan mangsa mengalami turun naik antara lima dan 27 kes sebelum 2008.
Daripada 279 suspek yang ditembak sepanjang satu dekad lalu, 81 mangsa tidak dikenali.
Salah seorang suspek yang ditembak mati, rakyat Liberia, diklasifikasikan sebagai “Negro”, David Saah, merupakan pelarian di bawah seliaan UNHCER, agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
Dia merupakan salah seorang daripada 82 ditembak mati pada 2008.
Anggota kumpulan Lawyers for Liberty N. Surendran mendakwa data itu menunjukkan bahawa polis bertindak mengatasi undang-undang negara ini.
“Ini menunjukkan apa yang berlaku dalam pasukan polis adalah tindakan tidak mengikut undang-undang,” kata beliau sambil menyifatkannya sebagai satu ancaman kepada rakyat Malaysia dan ketenteraman awam.
Ahli Parlimen Subang R. Sivarasa (gambar) yang turut menghadiri sidang media itu mendakwa ia sebagai “budaya bebas daripada hukuman.”
“Seolah-olah mereka boleh melakukan apa sahaja yang mereka mahukan dan mereka tidak akan bertanggungjawab... mereka boleh menembak, membunuh dan tidak akan disoal, tidak akan ada siasatan dan mereka boleh meneruskannya,” kata beliau.
Wakil rakyat PKR itu juga mendakwa Menteri Dalam Negeri secara terbuka akan mempertahankan pasukan polis sebelum sebarang siasatan dijalankan.
Sivarasa juga mengaitkan bilangan kes tembak mati dengan keengganan pemimpin-pemimpin persekutuan agar menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).
Majlis Peguam dari semasa ke semasa mendesak agar suruhanjaya itu dibentuk bagi mewujudkan keadaan semak dan imbang.
Lucas Yap, seorang penyelaras Suaram pula mendakwa, kebanyakan kes itu melibatkan anggota polis tidak berpakaian seragam dan tidak melepaskan tembakan amaran sebelum menembak suspek.
Malah menurut Sivarasa, di kebanyakan negara setiap kes tembakan secara automatik akan disiasat oleh jabatan mereka.
Pegawai-pegawai polis terbabit perlu menjelaskan dengan terperinci  dan mengemukakan kertas penjelasan untuk menjustifikasikan tindakan mereka.
“Di Malaysia... inkues hanya mandatori bagi kematian dalam tahanan, bermakna anda kena mati dalam lokap terlebih dahulu,” katanya.
Kes terbaru membabitkan setiausaha politik Exco Kerajaan Negeri Selangor Teoh Beng Hock ketika berada dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tahun lalu.
Baru-baru ini Dewan Rakyat menolak usul tergempar dikemukakan Sivarasa bagi membahaskan insiden polis menembak mati tiga lelaki termasuk remaja di Glenmarie, Shah Alam, 13 November lalu.
Dalam notis usulnya, Sivarasa menekankan bahawa insiden itu mempunyai kepentingan awam memandangkan ia satu lagi kejadian melibatkan orang awam yang ditembak oleh polis.
Berdasarkan Perkara 18(1) Peraturan Mesyuarat, beliau berkata Dewan Rakyat wajar membincangkan kematian Mohd Shamil Hafiz Shapiei, 15, Hairul Nizam Tuah, 20, dan Mohd Hanafi Omar, 22, demi kepentingan awam.
Sivarasa berkata kes terbaru ini berlaku selepas rakyat Malaysia melihat kematian Aminulrasyid Amzah, 15, yang mati ditembak oleh polis di Jalan Mak Yong, Seksyen 11 Shah Alam awal pagi 26 April lalu.
Mahkamah Sesyen Shah Alam sedang mendengar perbicaraan Koperal Jenain Subi yang didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid.
Jenain, 48, didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 30 tahun, dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Fomca Barang Naik: Tekanan Kepada Pengguna Berpendapatan Rendah

SHAH ALAM 4 DIS: Langkah kerajaan menaikkan empat harga barang semalam dibimbang akan memberi kesan kepada pengguna yang berpendapatan rendah, ujar Pengarah Komunikasi, Persatuan Pengguna Malaysia(FOMCA) Mohd Yusuf Abdul Rahman.

Disamping itu beliau melahirkan kebimbangan berkenaan sikap sambil lewa kerajaan membuat penguatkuasaan yang ketat bagi mengelakkan peniaga menaikkan harga barang sewenang-wenangnya meskipun barang tersebut tidak terlibat secara langsung dalam kenaikan empat harga barang yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini.

Tambahnya, perkara ini boleh menyebabkan ketidakpuasan hati rakyat kepada kerajaan yang menaikkan harga secara mengejut sekaligus membebankan rakyat.

"Kita berharap bahawa kerajaan perlu memainkan peranan untuk meyakinkan kepada rakyat bahawa apabila kerajaan menaikkan harga barang-barang tersebut, dia tidak akan menyebabkan harga barangan yang lain naik.

"Kalau berlaku juga kenaikkan, ini yang akan menyebabkan rasa tidak puas hati daripada rakyat kerana kerajaan gagal mengambil tindakan terhadap barang-barang yang lain," jelasnya.

Sementara itu, menurut Penasihat Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA), Prof Datuk Hamdan Adnan menyifatkan kenaikan harga minyak RON95 adalah tidak wajar kerana minyak merupakan nadi kepada rakyat.

"Kalau gula naik, tidak apalah, tapi kalau harga minyak naik, rakyat di negara ini akan makin terdesak kerana minyak menjana pembangunan negara. Rakyat banyak menggunakan bahan tersebut dan pertimbangan mengenai kenaikan harga minyak adalah perlu," katanya kepada Bernama.

Beliau turut bertegas kerajaan sewajarnya mewujudkan satu mekanisme dalam mengawal harga minyak supaya golongan sasaran saja yang menikmati subsidi berkenaan.



Berkongsi kebimbangan yang sama ialah Presiden Kesatuan Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman. Beliau berkata, pihaknya bimbang mengenai kenaikan harga semua barangan berkenaan terhadap golongan berpendapatan rendah.

"Kita bimbang dengan kenaikan ini (harga barangan) akan menjejas golongan berpendapatan rendah terutamanya yang bekerja dengan kerajaan," katanya.

Semalam kerajaan mengumumkan kenaikan harga barang kawalan seperti minyak, diesel, gas asli cecair (LPG) dan gula bagi menyelaras subsidi yang diberikan kepada rakyat.

Kenapa Pemerintah Semakin Bermaharaja-lela..???

Kini apa lagi yang tinggal? Apakah sudah tidak ada platform lain yang benar-benar ikhlas berjuang serta mahu menumpaskan kezaliman? Seorang rakan mengupdate statusnya di Facebook mempersoalkan;

"Kenapa pemerintah semakin bermaharaja-lela, kerana rakyat sudah hilang KEBERANIANNYA terutama Tok2 Guru, Ulama2, Ustaz2 serta pemimpin2 rakyat."

Bagi saya, kenyataan tersebut amat salah. Kalau rakyat hilang keberanian, pasti kesemuanya tunduk kepada kerajaan yang maha celaka ini. Tapi punca mengapa kerajaan semakin bermaharajalela, kerana mereka tahu dan yakin bahawa harapan untuk menang semakin cerah kerana pemimpin-pemimpin Melayu dari parti pembangkang semakin kerap membuat aksi-aksi bodoh.

Mereka menawarkan harapan baru kepada rakyat yang marah dan muak dengan pemerintah yang sedia ada, tetapi sikap dan kelakuan mereka langsung tidak banyak beza dengan parti pemerintah.

Apa yang berbeza?
Mereka juga tergila-gilakan jawatan. Mereka mendakwa mereka perjuangkan demokrasi, tapi demokrasi dalam parti sendiri pun diabaikan!!! Ada yang bertitle ulama tapi entah apa-apa. Adakah dengan berterusan berperangai sebegini, harapan kononnya mahu menawan Putrajaya akan tercapai..???

Usah mimpilah!!!
Yang banyak buat hal, bermasalah adalah dari kalangan pemimpin-pemimpin Melayu yang mengaku Islam juga. Semuanya "BULLSHIT" lah. Sekarang kerajaan nak naikkan harga itu dan ini, sudah tidak ada apa-apa halangan kerana rakyat dan pengundi sudah tidak dapat membezakan mana satu kerajaan dan pembangkang, kerana perangai mereka serupa sahaja.



Tanggapan saya memang tepat. Saya pernah menulis beberapa ketika dahulu mengapa parti-parti pembangkang masih lagi tidak menang-menang walaupun berpuluh tahun berjuang. Ini berpunca daripada sikap pemimpin-pemimpin yang memberikan harapan palsu kepada rakyat, menjanjikan bulan dan bintang, bertopengkan imej yang "alim dan bertaqwa" serta imej yang "demokratik", tetapi semuanya hampeh!!!

Agak-agaknya, selepas PRU-13 nanti, negeri mana yang masih lagi kekal di dalam pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat?

Dan ini jawapan saya pada status di Facebook beliau: "Salah tu.. bukan hilang keberanian, kalau hilang keberanian mereka tak lawan dah kerajaan. Tapi pemerintah semakin bermaharajalela kerana pemimpin-pemimpin Melayu/orang-orang Melayu BODOH dalam politik. Kita bagi amanah, dia khianat."

Reformis Jalanan.

Apa maciam?? Ada belani??


Haiyooo....!! Itu dacing sudah senget. Talak boleh pakai. Tipu punya olang saja pakai itu dacing. Kasi buang!! Kasi ganti sama lain punyer. Tukar imej maaa.. !!

Itulah saranan pro-aktif yang datang daripada Timbalan Presiden parti Gerakan iaitu Chang Ko Youn.

No... UMNO!! No... MCA!! No... Gerakan!! No... MIC!! No... to the rest of BN component party. Why not... ONE PARTY ONLY. One party for all. Melayu ka...Cina ka...India ka.... bumiputera Sabah dan Sarawak ka.... Semua bersatu dalam satu party saja??

Baca saranan dia di bawah ini....

“Seperti yang saya perkatakan sebelum ini, politik perkauman memecahbelahkan dan mendatangkan lebih mudarat daripada kebaikan dalam masyrakat majmuk ini."

“Saya gesa parti komponen BN mengkaji semula kedudukan mereka dan perlembagaan dengan membubarkan halangan perkauman dan meminda undang-undang bagi membolehkan semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, jantina, warna atau agama menjadi ahlinya”


Hello Najib?? Apa maciam?? Ada berani ikut saranan ini olang??
 

Gantung Anwar tambah sokongan kepada Pakatan - Nasharudin

KEMAMAN, 4 Dis: Pengantungan ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat akan menambahkan lagi sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat (PR), kata Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa.

Beliau menegaskan tindakan itu tidak sekali-kali akan menjadikan PR lemah.

Mengulas perkembangan tersebut selepas merasmikan program Himpunan Kebangkitan Rakyat Tertindas (Bangkit) dekat sini, Nasharuddin berkata tindakan mengantung Anwar bakal menambah kemarahan rakyat yang akan melihat ruang demokrasi negara semakin menuju kehancuran.

Kata beliau, rakyat sedang melihat bagaimana tekanan dilakukan kepada media, sekatan ceramah dan larangan berhimpun di premis sendiri dan kali ini (rakyat) sedang menyaksikan sebuah institusi yang dikatakan kebal menyuarakan apa sahaja (Parlimen) oleh ahlinya turut dicabul ruang kebebasannya.

"Dalam Dewan Rakyat hanya dua perkara sahaja yang tidak boleh dibincangkan iaitu isu berkaitan Raja-Raja dan kes yang sedang dibicarakan di Mahkamah. Perkara-perkara lain bebas untuk dibangkit atau dipersoal oleh ahli-ahli dewan termasuk perkata yang dibangkitkan oleh Anwar itu," katanya.

Tindakan mengantung Anwar dikatakan berkaitan dengan isu pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membayar sebuah firma perunding yang didakwa mempunyai hubungan dengan Yahudi iaitu Apco Worldwide melebihi RM70 juta.

Isu pembabitan apa yang didakwa sebagai anasir Yuhudi dalam pentadbiran kerajaan pernah menjadi perdebatan hangat dalam negara sebelum ini termasuk mengaitkannya dengan idea konsep 1Malaysia selain dikatakan telah meresap dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Kata Nasharuddin, Anwar mungkin akan digantung dari menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan.

Anwar dalam kenyataanya sebelum ini mengakui keputusan tersebut berkaitan dengan isu Apco yang sepatutnya dibuat oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen yang memerlukan beliau dipanggil untuk memberi keterangan dan membela diri.

Bagaimanapun Anwar mendakwa beliau tidak pula dipanggil untuk memberikan keterangan yang lebih jelas. Begitu juga dengan usul yang dikemukakan oleh beliau untuk membincangkan perkara itu secara khusus sering ditolak oleh Dewan Rakyat.

Felda labor RM23 juta setahun dalam Lim Kok Wing

Sementara itu, ketika berucap merasmikan Bangkit, Nasharuddin berkata kerajaan mengakui Felda melabur sebanyak RM23 juta setahun dalam sebuah pusat pengajian tinggi swasta iaitu Lim Kok Wing untuk membawa anak-anak peneroka belajar di situ.

Mengulas lanjut, Timbalan Presiden PAS itu berkata, kenyataan itu merupakan sata fakta jelas pemimpin Umno yang menerajui negara sebenarnya hipokrik tentang ketuanan Melayu yang dilaung-laungkan.

Katanya, bukan sahaja biasiswa kepada bumiputra ditarik balik, bahasa Melayu dikhianati, membantu pusat pengajian tinggi swasta milik orang Melayu pun mereka (pemimpin Umno) tidak berminat.

"Saya bukan bermasalah dengan Lim Kok Wing, tetapi kalau betul Umno memperjuangkan Melayu kenapa sebuah agensi seperti Felda itu tidak dibawa melabur ke IPT swasta milik orang Melayu, sedangkan seperti kita sedia maklum ada IPTS milik orang Melayu yang daif dan memerlukan suntikan modal," kata beliau.

Malah tambahnya, dengan jumlah sebanyak RM23 juta setahun itu Felda sendiri mampu menubuhkan sebuah IPT miliknya kerana ia sangat mencukupi.

"Soalnya kenapa mereka tidak berbuat demikian? kerana inilah caranya golongan ini mengaut keuntungan dan kekayaan untuk diri sendiri dan kroni," ujarnya.

Sambutan hangat

Program Bangkit yang diadakan sepanjang hari mendapat sambutan mengalakkan khususnya dari kalangan peneroka Felda, Felcra dan individu yang tanah dirampas oleh kerajaaan.

Sepanjang program, rata-rata ahli panel dan pemidato menyentuh masalah peserta tanah-tanah rancangan seperti peneroka Felda yang ditindas dan dinafikan haknya.

Sebanyak dua kertas kerja dibentangkan masing-masing oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ladang , Tengku Hassan Tengku Omar (Perampasan Tanah Rakyat, Suatu Pendedahan dan Tindakan Semasa) dan Peguam Aminuddin (Perjuangan Menuntuk Hak Peneroka Felda).

Slot khas turut diadakan untuk mendedahkan kepincangan pengurusan Felda oleh Pengerusi Alummni Bekas Kakitangan Felda, Khamis Saat yang menceritakan pengalamannya dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Felcra Lubuk Sireh, Perlis, Radzi Musthapa.

Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, manakala sebelah malan ceramah khas oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman.

Jangan takut pada parti lawan - Takutlah pada diri kita sendiri

Harga gula dan petrol naik lagi. Selepas ini entah apa yang naik masih belum kita ketahui. Tetapi naik tetap naik dan tidak mungkin harga barang keperluan akan turun. Kenaikkan harga barang dua item ini diluluskan oleh kerajaan kerana kerajaan hendak mengurangkan segala bentuk subsidi kepada rakyat.

Pemimpin kita kata harga dua barangan ini masih jauh rendah jika dibandingkan dengan negara-negara lain. Tetapi pemimpin kita tidak pula mengatakan yang pendapatan rakyat kita juga rendah jika dibandingkan dengan negara lain.

Kalau kita membahaskan isu ini kita akan dituduh tidak menyokong kerajaan oleh pemimpin kita serta penyokong yang membabi buta yang giat menghentam pengkritik perlaksanaan dasar kerajaan seperti saya ini.

Model Ekonomi Baru (MEB) dikatakan menpunyai matlamat yang ‘ultimate’; iaitu untuk menjadikan negara ini negara yang berpendapatan tinggi menjelangnya tahun 2020. Walaupun pendapatan yang diidamkan itu belum lagi berhasil tetapi harga barangan seperti bahan bakar dan gula serta banyak lagi barangan keperluan telah naik.

Selalunya pendapatan rakyat yang tinggi akan menghasilkan kenaikkan harga barangan. Tetapi kita menghadapi ‘consequence’ yang terbalik; harga barang keperluan sedang melambung naik justru menambah kos kehidupan yang mahal sewaktu rakyat belum pun berhasil untuk meraih pendapatan yang tinggi itu. Rupa-rupanya barulah kita tahu; harga naik dahulu sebelum pendapatan dijangkakan naik itu.

Alasannya rakyat hendak dibiasakan dengan hidup tanpa subsidi. Niat itu pun baik. Tetapi sedar atau tidak, kita telah memberi subsidi kepada segelintitan rakyat yang berada didalam kategori ‘the rich and the famous’ melalui anugerah projek-projek yang besar dan bersifat ‘monopoly’ masih menjadi amalan kerajaan dan agensi-agensinya hingga kehari ini.

Tidak payahlah disenaraikan apakah projek-projek itu kerana itu sudah diketahui umum dan dalam kerangka waktu dan ruang yang sempit ini elok kita anggapkan yang semua orang sudah maklum dengan apa yang saya katakan ini. Saya yakin orang ramai yang ‘literate’ boleh memahami apa yang saya maksudkan ini dengan mudah.

Ramai rakan-rakan yang memberi komen terhadap tindakkan Najib yang tidak sabar menarik balik semua bentuk subsidi ini. Ramai menganggap tindakkan beliau adalah tindakkan berani dan mengambil tindakkan cepat untuk menarik balik subsidi-subsidi ini tetapi mereka juga merasakan kekesalan kerana rakyat jugalah yang terpaksa bersabar untuk menunggu program dan tindakkan kerajaan untuk menunggu kedatangan kenaikkan pendapatan yang belum lagi tentu berjaya dilaksanakan.

Kalau diimbau sejarah setiap pemimpin utama sebelum ini mengumumkan banyak program seperti yang dilakukan oleh Najib, tetapi sehingga hari ini rakyat tetap hidup ditakuk lama. Tetapi apakan daya rakyat dinegara ini adalah rakyat yang sanggup menerima apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan kerana mempunyai sikap ‘the government is always right’ walaupun mereka menghadapi kesulitan walaun pun bermacam-macam janji tidak sempurna dilaksanakan.

Rakyat bukannya tidak sedar yang sebahagian rakyat kelas menengah yang diwujudkan oleh DEB dahulu hampir hilang kewujuddan mereka tetapi pengaruh politik yang terlalu ‘patronising’ dinegara ini telah meletakkan segelintir ‘super bumi’ yang dilahirkan oleh kepimpinan kita sejak hampir 3 dekad yang lalu hidup dan terus hidup ‘on the expense’ rakyat dan peniaga yang ramai.

Rakayat bukan tidak sedar yang orang Melayu sangat susah untuk bersaing dalam bidang perniagaan. Bumiputra selain dari terpaksa bersaing dengan bangsa lain yang sudah hidup dalam budaya perniagaan, mereka (Bumiputra) terpaksa bersaing dengan semua agensi-agensi kerajaan dan GLCs yang telah diberikan kemudahan istimewa dari pemerintah.

Najib telah membuat janji yang menggunung dan rakyat kali ini mahu melihat perlaksanaannya pula. Sebelum ini pun Dr Mahathir dan Abdullah Badawi telah mengumumkan perancangan yang bermacam-macam tetapi apabila sampai kepada perlaksanaannya semuanya telah menghadapi kegagalan.

Kegagalan semuanya itu disebabkan oleh beberapa sebab dan penyebab utamanya tidak lain dan tidak bukan adalah sisebabkan terlalu banyak unsur-unsur rasuah dan salah gunakuasa yang dilakukan oleh penggubal-penggubal dasar itu sendiri atau pun oleh pihak pelaksana iaitu pegawai-pegawai perkhidmatan awam negara.

Selagi masih ada penggubal dasar dan pelaksana yang rasuah selagi itulah segala perancangan sebaik mana pun tidak akan menemui kejayaannya. Kali ini rakyat sedang menunggu dengan pemerhatian yang teliti. Parti pemerintah tidak boleh mengharapkan pergolakkan dalam PKR itu akan membawa kemenangan kepada UMNO/BN. Perasaan prejudis rakyat terhadap parti pemerintah lebih kuat dari pergolakkan yang berlaku didalam PKR. Kita terima hakikat ini sejujur-jujurnya.

Kita didalam UMNO tidak perlu takutkan kepada PR. Yang perlu kita takutkan ialah samada kita mampu membawa persepsi positif dari rakyat yang sedang memerhatikan samada kita sanggup melakukan kebaikkan atau tidak.

Bak kata saya dalam posting saya yang lalu pilihanraya yang ke13 ini nanti akan menjadi penentu kepada nasib UMNO dan BN pada masa-masa yang akan datang. That’s it.

A 'disasterous' chain reaction


Kenaikan harga petrol impak kepada kehidupan rakyat, terutama rakyat marhaen. Golongan kaya raya... mereka tak terjejas apa-apa. Kehidupan mereka biasa jer, macam tak der apa-apa yang berlaku.

Tetapi... bagi golongan marhaen, ia amat dirasai. Ini kerana, kenaikan harga petrol memberi kesan kepada harga barangan lelainnya serta perkhidmatan pengakutan. Simple-nya... kos sara hidup kita melambung naik. Tingggiii...!! Duit menjadi semakin kecil nilainya akibat kenaikan kadar inflasi. Fuiyooo!! Boleh mati ooooo.. Nak hidup boleh mati!!

Salah satu golongan yang terkesan amat dengan semua ini ialah golongan pelajar terutama yang belajar di IPT-IPT swasta mau pun di IPTA-IPTA terutamanya, di bandar-bandar besar serta di ibu kota.

Walau pun kebanyakan mereka ada PTPTN, tetapi... ia tidak mencukupi. Bagi mereka yang belajar dengan duit sendiri tapi datang dari golongan yang biasa-biasa.... kehidupan mereka pasti derita. Kos sara hidup yang tinggi di ibu kota, menyukarkan mereka untuk support kehidupan mereka sebagai pelajar. Nak minta support daripada kampung.... paham-paham jerlah, ibu ayah pun susah jugak.

Lantas, demi mencapai cita-cita untuk menggenggam segulung ijazah dan demi tak mahu menghampakan harapan emak ayah serta keluarga terhadap mereka, maka... mereka terpaksa pandai-pandai mencari jalan keluar untuk terus survive.

Di kota-kota besar, banyak peluang untuk mencari duit dengan cara mudah. Antara, mahu dengan tak mahu saja. Bagi sesetengah... memang mereka tak mahu, tetapi terpaksa. Caranya... jual maruah diri dengan menjadi GRO, social escort, pelacur, malah ada yang menjual dadah secara part time. Fuuhh... duit pasti moncah!! Kekadang siap boleh hantar ke kampung, untuk membantu emak ayah.
Dan... kini gejala ini telah berlaku pada para pelajar kita. Siapa nak dipersalahkan??

Well...diri sendiri sudah pasti. Keadaan hidup memaksa mereka. Tapi... siapa lagi yang patut dipersalahkan hingga mereka mengambil jalan yang keji ini??

Siapa lagi kalau bukan kerajaan. Mereka juga patut dipersalahkan. Kegagalan dan ketidakcekapan kerajaan mengurus dan mengawal ekonomi negara, menjadikan keadaan ini berlaku. Jadi, yang turut menerima kesan dan menjadi mangsanya ialah para pelajar kita.

Tak percaya?? Baca ini....

ADUN BN: Siasat dakwaan pelajar IPT jadi pelacur

Kementerian Pengajian Tinggi diminta segera menjalankan siasatan yang menyeluruh mengenai dakwaan terdapat pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang terpaksa "menjadi pelacur" bagi membiayai kos pengajian mereka.

ADUN kawasan Tanjung Batu Datuk Hamisa Samat berkata masalah itu perlu diberi perhatian serius oleh kementerian kerana bukan sahaja menjejaskan nama baik IPT tetapi juga bagi menyelamatkan masa depan golongan yang terlibat.

"Kita amat berharap ada maklum balas segera daripada pihak kementerian kerana isu ini telah lama diperkatakan dan kini dibangkitkan sekali lagi.

Terpaksa melacur

"Isu pelajar IPT 'terpaksa' melacur ini ibarat barah yang jika tidak diubati dan diambil langkah-langkah pencegahan boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih buruk," katanya dalam satu kenyataan di Kota Kinabalu hari ini.

Hamisa berkata demikian sebagai mengulas pendedahan Ketua Pergerakan Wanita Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Bersatu (Upko), Dr Jaina Sintian pada simposium parti itu Khamis lalu bahawa ada pelajar IPT yang terpaksa menjadi pelacur bagi membiayai kos pengajian mereka.

Jaina dipetik sebagai berkata kebanyakan mereka yang terlibat datang daripada keluarga yang bermasalah seperti berlaku perceraian ibu bapa mereka menyebabkan mereka tidak mempunyai tempat bergantung bagi menanggung kos pengajian dan kos.

Aha.... sedor pun!! Kos sara hidup naik melambung akibat selaras itu dan ini. Tapi... upah dan gaji tak nak pulak diselaraskan?!! Biasiswa dan PTPTN tak nak selaras pulak?!!

Ini namanya selaras berpilih-pilih. Selaras nak mengena namanya.... Yang dahulu dikenakan dan terkena ialah RAKYAT!!

Badan mahasiswa persoal Putrajaya tidak selaras subsidi IPP

KUALA LUMPUR, 4 Dis – Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) mempersoal tindakan kerajaan tidak menyusun semula subsidi dinikmati pengeluar tenaga bebas (IPP), yang dipercayai RM19 bilion, sedangkan hanya menyelaras subsidi bahan api dan gula buat kali kedua, berkuat kuasa hari ini.
Pengerusinya Ahmad Syazwan Muhammad Hasan berkata demikian ekoran pentadbiran Najib berpendapat bahawa langkah itu perlu untuk mengurangkan perbelanjaan negara.
“Persoalannya kenapa subsidi syarikat kroni dalam IPP berjumlah RM19 bilion tidak dipotong... kenaikan ini akan menimbulkan reaksi yang kontradik kepada keputusan kerajaan tersebut.
“Jangan kerana nak menjaga poket kroni, duit rakyat dikebas,” ujar Ahmad Syazwan kepada The Malaysian Insider.
Ahmad Syazwan turut mempersoal rancangan pentadbiran pimpinan Datuk Seri Najib Razak, yang juga Menteri Kewangan, mengumumkan projek menara 100 tingkat Warisan Merdeka yang menelan belanja RM5 bilion serta penubuhan Unit Pengurusan Prestasi dan Pencapaian di bawah Jabatan Perdana Menteri yang didakwa menelan belanja RM66 juta.
“Kenapa mahu bina menara 100 tingkat yang kosnya mencecah RM5 bilion yang akhirnya rakyat tak dapat keuntungan,” kata beliau.
Sehubungan itu, Ahmad Syazwan melihat langkah kerajaan itu bukan sahaja tidak rasional, malah membebankan golongan mahasiswa sendiri.
“Mahasiswa merasakan alasan untuk mengurangkan subsidi bagi bahan keperluan asas rakyat ini sangat tidak masuk akal.
“Sepatutnya pengurangan fiskal mesti dibuat dalam pentadbiran kerajaan, bukannya dengan tarik hak rakyat marhaen.
“Kenaikan harga komoditi ini tidak serentak dengan kenaikan pendapatan rakyat akan menyebabkan kos sara hidup dan beban rakyat akan bertambah.
“Kesan ini juga akan mengena kepada mahasiswa yang hanya mempunyai pinjaman PTPTN yang sedikit ditambah beban yang mahal,” ujarnya lagi.
Oleh itu katanya, Gamis mahu Najib menilai semula cara kerajaan mengurus tadbir belanjawan negara.
Harga petrol RON95 mengalami kenaikan lima sen seliter manakala gula pula 20 sen sekilogram (kg) mulai hari - kenaikan kali kedua harga produk itu sejak Julai lalu, di bawah dasar pelarasan subsidi diperkenalkan pentadbiran Najib.
Turut mengalami kenaikan ialah diesel, naik lima sen kepada RM1.80 seliter.
Ekoran pelarasan itu, RON95 akan dijual RM1.90 seliter.
Pelarasan itu juga membawa kepada kenaikan gas petroleum cecair kepada RM1.90kg iaitu naik lima sen berbanding sekarang.
Kedua-dua bahan api petrol dan diesel serta LPG dan gula mengalami kenaikan pada Julai lalu apabila dasar pelarasan diperkenalkan dalam usaha kerajaan mahu mengurangkan subsidi.
Petrol RON97 yang tidak disubsidi telah mengalami kenaikan pada 1 November dan 1 Disember lalu, tetapi kerajaan tidak membuat pengumuman atas alasan ia perubahan kerana pengapungan harga.
RON97 tidak mengalami kenaikan kali ini.
Dengan pelarasan kali ini, kerajaan menjangkakan dapat menjimatkan RM621.9 juta dari produk petrol RON95, RM213.2 juta (diesel), RM63.5 juta (LPG) dan RM283.5 juta (gula) setiap tahun ataupun RM1.18 bilion.
Pada Julai lalu, kerajaan menjangkakan harga tidak akan naik sehingga akhir tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pencapaian (Pemandu) Datuk Seri Idris Jala berkata, pelarasan subsidi diperlukan untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan.
“Kami melakukan yang ini (pelarasan subsidi) untuk memastikan defisit kita dapat dikurangkan. Kami adalah sebuah kerajaan yang bertanggungjawab.
“Kami akan memastikan kita hidup dalam lingkungan keupayaan (kita),” kata beliau pada majlis taklimat pengumuman pelarasan subsidi di pejabatnya petang tadi.
Kata beliau, walaupun ada kenaikan lima sen, harga jualan RON95 dan juga LPG serta diesel dan gula masih rendah berbanding di Indonesia.
“Lebih rendah berbanding Singapura dan Thailand,” katanya.

Chegubard: Istana beri lampu hijau terima memo

Penyelaras kempen perhimpunan menentang kenaikan harga air, Badrul Amin Bahrom berkata perhimpunan yang akan diadakan di Kuala Lumpur, esok tetap diteruskan kerana wakil Istana Negara telah memberikan lampu hijau bagi pihaknya menerima memorandum berkenaan.

bagan pinang by election 061009 chegubardLagipun, katanya perhimpunan itu terpaksa diteruskan kerana Umno telah meletakkan 'precedent'.

"Seperti lazimnya, polis akan memberikan amaran dan mendakwa ini perhimpunan haram.

"Tetapi pada masa yang sama, strategi Umno adalah untuk menganjurkan satu lagi demonstrasi.

“Mereka sebegitu serius sehingga mengadakan raptai semalam dan berarak dari masjid Shah Alam ke Istana Selangor. Kira-kira 100 orang yang hadir, termasuk ketua Umno bahagian Shah Alam dan tidak ada seorangpun yang ditahan polis,” kata Badrul Hisham ketika dihubungi.

Beliau percaya polis akan menjadikan alasan demonstrasi oleh kumpulan anti-Pakatan bagi mengagalkan perhimpunan mereka.

"Saya jangka kumpulan itu juga akan mendapat liputan media supaya memberikan persepsi negatif bahawa kami akan bertindak ganas dan akan berlaku pergaduhan.

NONE"10,000 daripada kita akan berjumpa dengan 100 daripada mereka. Jadi jangan risau, marshal kami akan memastikan perhimpunan diadakan secara aman dan mereka akan diberi peluang menghantar memorandum mereka dulu,” katanya yang lebih popular dengan panggilan Chegubard.

Sementara itu, ahli parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid menganggap perhimpunan 'Kembalikan Hak Air Untuk Rakyat' bagi menghantar memorandum kepada Yang di- Pertuan Agong esok sebagai kesinambungan kepada perjuangan rakyat menentang penindasan Umno terhadap rakyat.

"Yang jelas patut dipaparkan kulit yang sebenar, kerajaan negeri telah bertungkus lumus membantu rakyat. Umno terus menekan rakyat dengan mewakilkan kepada SYABAS.

NONE“Dan SYABAS berperanan dalam permainan ini untuk memangsakan rakyat Selangor dan Wilayah. Kerajaan Selangor tidak boleh mengkompromi lagi dan YDP Agong adalah tempat rakyat mengadu." kata beliau di siaran TV Selangor di Shah Alam hari ini.

Perhimpunan di Masjid Negara yang dijadualkan esok itu dijangka akan dihadiri ribuan rakyat berpakaian merah sebagai meluahkan rasa tidak puas hati mereka mengenai cadangan kenaikan tarif air Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS). Ia akan diketuai oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini menawarkan untuk membeli dan mengambil alih SYABAS dan empat syarikat pengurusan Air lain di negeri ini bagi memastikan perkhidmatan air lebih efisien dan baik.