Jumaat, 3 Disember 2010

Benarkah Bekas Pengerak Laman Mahazalim Blogger Mesra-Kerajaan?

Saya melihat laman-laman Mesra-Kerajaan 'raya sakan' dengan tulisan Zaini Hassan, kolumnis Cuit dalam Utusan Malaysia yang sebelum ini saya dah ulas artikelnya. (Sila baca di sini)

Mereka berbangga pasal ranking blog mesra-kerajaan dilihat seolah-olah menguasai kedudukan di atas dalam 100 kedudukan portal atau blog politik di Malaysia.

Saya juga difahamkan ada satu gambaran yang membimbangkan seolah-olah blog yang dahulunya pro-pembangkang sekarang sudah beralih arah kepada mesra-kerajaan. Kebimbingan ini bukannya datang daripada orang biasa, tetapi juga datang daripada orang-orang besar PAS.


Saya berpendapat ulasan Aduka Taruna boleh diguna pakai dalam hal ini. "Kepala hotak" budak ini masih ok lagi rupanya. Anda boleh baca tulisannya pada enteri terbaru bertajuk "Blog UMNO-APCO mengatasi blog rakyat?"

Seperti yang saya sebut sebelum ini, Zaini Hassan bukannya buat 'reseach' untuk menulis perkembangan politik blogger. Sekadar mengambil kesempatan atas apa yang sedang berlaku sekarang.

Lagi pun Zaini sendiri menulis, sebagai wartawan konvesional mereka bukan buat kerja yang baik dan dia sendiri mengakui tidak akan boleh mengalahkan persediaan yang dibuat oleh blogger. Maaf bukan saya kata!

Bahan-bahan dalam blog mereka cukup kuat. Siap dengan gambar, grafik dan fakta-fakta yang cukup mengkagumkan, yang media arus perdana – akhbar-akhbar, radio dan televisyen – gagal melakukannya (lagi). - Zaini Hassan

Saya juga menyebut Zaini Hassan menulis, sekadar memenuhi tuntutan periuk nasi sebagai pekerja Utusan Malaysia. Pasal itu fakta dan maklumatnya adalah tidak benar-benar tepat.

Saya ambil satu contoh daripada tulisannya.

‘‘Saya sebagai penggerak laman web Mahazalim serta Mahafiraun ketika itu berjaya memporak-perandakan pemikiran rakyat terhadap Mahathir,” kata Anuar Md. Nor, blogger yang kini menggerakkan blog UMNO Reform atau pembaharuan UMNO yang mesra-kerajaan.

Petikan itu adalah satu kenyataan manipulasi yang mengambil kesempatan daripada kemasyuran laman Mahazalim dan Mahafiraun.

Saya tak tahu apa tujuan penulisan ini, sekadar nak tunjukkan sokongan kepada kerajaan oleh penulis-penulis blog? Atau sekadar nak mengambarkan semua blogger sudah tersilap sebelum ini, dan sekarang baru sedar dan menyokong kerajaan?

Mari kita bermain fakta.

Saya ada gambar Greenboc, tapi rasanya tak nak letak
Zaman Reformasi bermula tahun 1998. Laman Mahazalim telah wujud sebelum itu lagi. Dia diasaskan oleh seorang blogger yang sekarang menggunakan nama Greenboc, pernah menjadi Pembantu Webmaster Tranungkite (TKO) dan DJ Radio TKO.fm milik Tranungkite. Anda boleh lawat laman pengasas Mahazalim ini di http://greenboc.blogspot.com/

Untuk tahu kisah sebenar daripada mulut pengasas laman Mahazalim, anda boleh baca artikel ini (Klik) setelah beliau meninggalkan TKO atas beberapa sebab tertentu. (.. tutup kes aku pernah gaduh dengan dia ni...)

Sebelum pilihanraya ke-10 pada 29 November 1999, laman Mahazalim telah bertukar tangan dengan keluarnya Laman Mahazalim2. Pengasas laman ini adalah orang Terengganu yang pernah menjadi wakil rakyat. Saya tak berhasrat mendedahkan namanya tapi dia juga menggunakan nama 'Awang Siber'.

Apa yang boleh saya beritahu ialah dia ini cukup rapat dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim sekarang. Jika anda kenal dan boleh bertegur sapa dengan Nurul Izzah, Naib Presiden PKR sekarang anda boleh tanya hal ini, rasanya dia akan memberitahu anda siapa sebenar Mahazalim yang kedua.

Soalnya dimana kedudukan si Anuar Md. Nor yang dikatakan mengaku sebagai pengerak web Mahazalim yang memporak perandakan Tun Mahathir?

Saya tak ada maklumat yang jelas, bahawa si Awang Siber ini dibantu oleh Anuar Md. Nor semasa dia mengendalikan Mahazalim? Saya lebih berpendapat tidak.

Oleh kerana Awang Siber telah menjadi YB. Laman Mahazalim telah diserahkan kepada seseorang. Saya juga tak pasti secara jelas siapa dia. Ada kemungkinan dia ialah Anuar Md Nor.

Selepas itu Mahazalim diserah pula kepada seseorang yang berada di Australia (yang keempat). Dia ini mencari nafkah di sana. Banyak mengutip derma dan juga membuat iklan pada laman Mahazalim. Anda boleh tahu secara detail dengan bertanyakan kepada Zunar.

Apa yang menarik pada cerita ini?

Laman Mahazalim memang hebat dan banyak membantu kemenangan APU (Angkatan Perpaduan Umah) dalam pilihanraya ke-10 tetapi selepas di kendalikan mungkin oleh Anuar Md Nor laman Mahazalim telah merosot dan gagal!!!

Ingat bagaimana suatu masa dulu bila buka laman Mahazalim ada gambal lucah kononnya di hack, tetapi yang peliknya e-mail mereka tak di 'hack'. Kalau anda biasa dengan tapak hosting Tripod ini tak mungkin berlaku. Kerja siapa?

Ingat bagaimana Black-14 menyebabkan pecah dua kumpulan laman. Tranungkite, MindaRakyat dan M@rhain dan beberapa lagi satu kumpulan menolak boikot untuk tidak mengemakini laman, manakala Mahazalim dan kumpulannya satu puak.  Ini kerja siapa?

Tak ada hebatpun bagi saya nama Anuar Md Nor yang disebut sebagai pengerak laman Mahazalim dan Mahafiraun. Semuanya omong-omong kosong penulis 'bangkap' dengan fakta saudara Zaini Hassan bagi menyedapkan jalan cerita.

Anwar dicabar lepas jawatan ketua pembangkang

BERUAS, 3 Dis — Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan hari ini mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim agar melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pembangkang selepas parti diterajuinya hilang enam kerusi yang dimenangi sejak pilihan raya umum Mac 2008.
Beliau berkata, Anwar dilantik menjadi Ketua Pembangkang selepas Parti Keadilan Rakyat (PKR) memperoleh 30 kerusi semasa plihan raya umum itu manakala rakan sekutunya DAP mendapat 29 manakala Pas dengan kemenangan 23 kerusi dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) satu kerusi.
“Pada masa itu, PKR mempunyai majoriti yang lebih dan wajarlah beliau selaku Penasihat PKR menjadi ketua...tetapi kini parti itu hanya mempunyai 24 kerusi selepas lima Anggota Parlimennya meninggalkan parti dan kehilangan satu kerusi di Hulu Selangor.
“Pakatan itu sepatutnya kini diterajui Lim Kit Siang dan Anwar hendaklah menyerahkan jawatan itu secepat mungkin bagi menunjukkan keikhlasannya kepada pakatan PKR-DAP-Pas tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program ceramah perdana Juara Rakyat Umno Bahagian Beruas di Dewan Kampung Banjar hari ini.
Ahmad Maslan berkata, dengan cara itu sahaja Anwar boleh menunjukkan keihklasannya, adil dan setia kepada perjuangan...kalau dia (Anwar) benar-benar ikhlas dalam perjuangannya berikanlah jawatan itu kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Katanya, kenyataan Anwar yang akan melantik Lim sebagai Timbalan Perdana Menteri sekiranya berkuasa adalah helah politik semata-mata. — Bernama

Lagi celaka buat BN-Barang Naik

WarkahDaily – Kerajaan BN semakin mengganas menekan dan membuli rakyat apabila secara tiba-tiba tanpa isyarat akan menaikkan harga petrol RON95, diesel, gas petroleum cecair (LPG) dan gula bermula esok.

Antara yang akan dinaikkan ialah petrol RON95 sebanyak 5 sen menjadikan RM1.90 seliter, diesel naik 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter, gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram dan gula pula naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.

Beberapa hari lepas, kerajaan BN telah pun menaikkan harga petrol RON97 dengan 15 sen menjadikan RM2.30 seliter.

Sudah nasib rakyat Malaysia laa. Dah hangpa pilih kerajaan BN jadi terpaksalah terima kenaikan harga barang yang dinaikkan oleh kerajaan.

Depa nak naikkan harga barang tanpa mempedulikan rintihan rakyat, tanpa memikirkan kesusahan rakyat tapi yang penting poket depa penuh, anak bini boleh pi shopping luar negara tanpa ada gangguan kewangan walaupun negara dalam keadaan gawat.

Kalau tanya depa tu kenapa naikkan harga petrol dan barang-barang lain. Depa akan jawab nak selaras subsidi. Kalau dulu depa kata nak guna duit hasil pengurangan subsidi tu untuk penambahbaikan sistem pengangkutan awam. Haram jadah, sampai sekarang masih lagi di tahap yang gampang.

Kesesakan saban hari makin menjadi-jadi, perkhidmatan kenderaan yang kurang memuaskan. Yang puas hanyalah depa dan anak beranak depa yang duk di puncak, yang senang-lenang dalam mahligai ntah dari mana dapat duit untuk membinanya.

Kalau tanya depa, macam-macam alasan diberikan, tapi satu habuk tak beri faedah untuk rakyat. Rakyat makin hidup tak tentu arah, makin merempat di negara sendiri.

Selepas ini kalau rakyat yang tertindas dek kerja-kerja Umno-BN tu masih lagi memilih kerajaan BN, bermakna bodoh tahap bangang la jawabnya. Memang sah depa suka ditindas. Padanlah muka hangpa.

Tahniah Semua Rakyat 1Malaysia... Anda telah membuat Pilihan Yang Bijak..!!

Umno telah lama menghina Institusi Beraja

Inilah wajah-wajah 'malaun' balaci umngok......'ayam-ayam' peliharaan umngok.....'khadam' yang ber'Tuan'kan umngok menyerahkan memorandum ke Istana Kayangan Shah Alam petang tadi.

Inilah mentaliti manusia bacul yang memegang undang-undang ditangan sendiri......yang berlagak 'Tuan' kepada mana-mana musuh politiknya.

Kita bukan mempertahankan sebarang penyelewengan......jauh sekali melindungi sebarang bentuk salah laku urus tadbir.....nah jika ada bukti, SPRMlah tempat mengadu.....balai polislah tempat melapor.

Kenapa setiap kali pembangkang menang dimana-mana pilihanraya di mana-mana negeri di bumi Malaysia ini......maka diheretkan Istana dalam kancah politik.....kenapa menjebakkan Istana dalam kancah pentadbiran Kerajaan.....kenapa meletakkan Institusi Beraja setaraf dengan orang politik sedangkan Institusi Beraja berada di atas politik......tidakkah ini satu penghinaan kepada Institusi Beraja?

Raja adalah payung negeri......memayungi semua rakyat waimma apa pun fahaman politik...anutan Agama atau adat resam.

Sesungguhnya Umno telah menghina Institusi Beraja.

Umno Selangor.....anda janganlah bertindak sebacul itu dengan melepaskan 'anak-anak ayam' yang kelaparan ini.....kalau tindak-tanduk seperti sentiasa berterusan......amat malang sekali...seolah-olah demokrasi sudah mati.

Mari kita bertarung sebagai anak jantan dalam PRU13......siapa yang menang...silakan perintah Selangor...jika siapa yang kecundang terimalah ia dengan berlapang dada kerana zaman sekarang bukan zaman siapa kuat dia dapat...zaman bertarung keris sudah berlalu.

Pelaburan antarabangsa mendatar melangkah ke 2011

global-economy_25KUALA LUMPUR: Prospek pelaburan antarabangsa kekal mendatar melangkah ke suku keempat 2010 tetapi masih menunjukkan peningkatan berbanding prestasi menjunam tahun 2008 dan 2009.
Prestasi ini terkandung dalam rencana utama isu terbaru Buletin Berita Pelaburan yan diterbitkan oleh Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD).

Dalam satu kenyataan bertarikh 2 Disember, OECD meramalkan bahawa aliran Pelaburan Langsung Asing (FDI) akan merosot 8% pada 2010.  Namun ia satu pencapaian yang lebih baik berbanding kejatuhan 19% dalam aliran FDI pada 2008 dan pengurangan 43% tahun 2009.
Jika trend ini kekal, maka pelaburan dalam aktiviti Penggabungan dan Pengambilalihan (M&A), satu komponen penting dalam FDI akan berlegar di sekitar US$670 bilion dalam 2010, peningkatan sebanyak 6% berbanding tahun 2009," kata kenyataan itu.
Ini merupakan pertambahan kali pertama dalam aktiviti M&A antarabangsa sejak 2007 berikutan kejatuhan 21% tahun 2008 dan 53% tahun 2009, menurut laporan itu.
Berdasarkan momentum yang kurang jelas, pelaburan antarabangsa 2011 akan sensitif kepada kekuatan pemulihan ekonomi global.
"Ia turut sensitif sama ada negara-negara dalam kumpulan G20 boleh mengelak dari perlindungan pelaburan atau konflik berhubung dasar pertukaran asing.
"Keadaan ini boleh mencipta ketidaktentuan berhubung harga aset antarabangsa dan penilaian pendapatan dijangka dari aset-aset ini," kata OECD.
- theedgefinancialdaily

Gani Patail Didesak Jelas Hubungan Dengan Proksi Bekas Pengerusi MAS



KUALA LUMPUR, 3 DIS - Pengerusi majlis peguam, Ragunath Kesavan mendesak supaya peguam negara, Tan Sri Abdul Gani Patail menjelaskan apakah hubungannya dengan Shahidan Shafie yang dikatakan proksi kepada bekas pengerusi Syarikatt Penerbangan Malaysa (MAS)i, Tan Sri Tajuddin Ramli.
Ragunath menegaskan Gani juga perlu menjelaskan dakwaan yang mengatakan perbelanjaan beliau dan keluarga menunaikan ibadah haji baru- baru ini ditaja oleh seseorang.
Beliiau juga menuntut gani menjelaskan adakah bayaran itu sebagai satu bentuk penghargaan kerana melakukan sesuatu atau untuk tidak melakukan sesuatu.
"Saya tidak pasti sama ada Tan Sri Abdul Gani patut menjawabnya tetapi ia terserah kepadanya untuk memberikan respon- Ragunath Kesavan,” katanya lagi
Abdul Gani dan Shahidan kemudiannya hampir senada apabila enggan mengulas dakwaan berkenaan ketika disoal wartawan semalam. 
Kedua-dua mereka berkata mereka tidak mempunyai sebarang komen.
Isu yang dibangkitkan Ragunath ini dilihat mirip kepada tomahan yang dilemparkan kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang didakwa ditawarkan untuk menunaikan ibadah haji oleh sebuah syarikat.
Ragunath berkata beliau menyedari mengenai gambar-gambar lawatan Abdul Gani ke rumah Shahidan ketika pengkebumian anaknya seperti yang didedahkan oleh lamanweb Malaysia Today.
Hubungan yang dipertikaikan itu, kata Ragunath menimbulkan persoalan adakah kemungkinan hubungan antara Abdul Gani dan Shahidan menyebabkan “tiada tindakan” dikenakan ke atas Tajuddin.
Tajudin sebelum ini dipertanggungjawabkan kerana menyebabkan syarikat penerbangan malaysia atau MAS mengalami kerugian sehingga 8 billion ringgit namun, sehingga kini tiada sebarang tindakan dikenakan keatasnya.

Daulat Tuanku!

Tunku Abdul Aziz

DEC 3 — In an article I wrote recently, “Rulers for all Malaysians”, I had suggested, in a spirit of helpfulness, that their highnesses the Rulers should drop the word “Malay” and instead use the more commonly understood title Sultan, for example, of Selangor or Sultan of Kedah as the case may be.
Continuing to describe themselves as Malay Rulers at a time when inclusiveness is what is required as part of the process of integrating our disparate community of races seems to be a little perverse.
His Highness the Sultan of Selangor, in decrying the suggestion I had made in my article, has, I fear, got the wrong end of the stick. Even a cursory reading of the article will show that the position of their highnesses in the constitutional arrangements of our nation remains inviolate, and Malaysians do not want it any other way.
We recognise the crucial importance of stability in the life of a nation. Stability is inherent in the system of constitutional monarchy. Rulers in today’s terms must be forward looking and open to ideas. It is no longer appropriate, at the drop of the hat, to invoke the divine rights of kings, used in the past by kings and emperors the world over, to legitimise absolutism. Nothing in the nature of things is permanent and if we cannot adjust to change, we are doomed to extinction.
Of course, we respect the institution of Rulers because we respect our Constitution. We believe the institution represents all that is noble; the fountain of honour and justice for all. It would be senseless to replace an institution that has worked well.
The post-Hindu Kedah Sultanate, for example, goes back to 1136, making it arguably the oldest ruling house in the world. This is history, not fiction. It has survived to this day because it has changed with the times. There will always be a role for relevant institutions, and we have opted for a system of constitutional Rulers instead of other forms of government. That we will always protect.
The Sultan of Selangor has been less than fair to suggest that I am less Malay for submitting, humbly, that the term “Malay Rulers” be dropped altogether and refer to themselves as Sultans. I know this could give rise to some confusion because there are Mamaks who use “Sultan” as part of their names.
We want our Rulers to identify themselves with all Malaysians and for all Malaysians to accept that our Rulers are their Rulers as well and, in this way, hope that they will learn to embrace and understand the system employed in governing this, their country. The position of the Rulers will be greatly enhanced.
I am proud Malay, as proud as the next, in fact, prouder than most because I can trace my genealogy, in an unbroken line of recorded history, spanning 1,000 years. I am not a Malay come lately.
History is important, but I do not let it stand in the way of my concern for national unity. The Malays must not allow the notion of Malayness blind themselves to the demands of the new social, political and economic reality. We and our Rulers will always have an important role to play in the future development of this country, but it will have to be a role we will share with the other citizens of Malaysia.
I have lived long enough to understand, though I do not always agree, with the basis of the Malay suspicion of the so-called non-Malay, particularly, the Chinese agenda. They point out that while the non-Malays are as quick as a flash claiming their rights, they drag their feet when it comes to fulfilling their duties and responsibilities.
Generalisations breed irrationalism and distort our sense of justice and fair play. These are long-held views, and sadly have become dangerous combustible tinder that, if not stopped, and allowed to ignite, could engulf this nation we are all trying to build, in flames of irreversible destruction to benefit only those on the lunatic fringe.
Not working toward a common goal grounded in fairness and equal opportunity is not an option for Malaysians of all racial and cultural stripes. In this great Malaysian endeavour, all of us have to subordinate our prejudices, often born of ignorance, in the greater interests of a Malaysia that offers a rightful place for all. The Rulers who are natural leaders have a particularly important role to play.
Daulat Tuanku! — mysinchew.com

Badrul Amin - Istana Beri Lampu Hijau Terima Memorandum Air


SHAH ALAM 3 Disember - Penyelaras kempen perhimpunan menentang kenaikan harga air, Badrul Amin Bahrom berkata perhimpunan yang akan diadakan di Kuala Lumpur, Ahad ini tetap diteruskan kerana wakil Istana Negara telah memberikan lampu hijau bagi pihaknya menerima memorandum berkenaan.

Beliau yang dihubungi petang tadi berkata meskipun pengarah kempen yang juga Exco Kanan Kerajaan Negeri Selangor, Theresa Kok tidak dimaklumkan oleh pihak polis mengenai permit perhimpunan tersebut.

"Polis tidak menjawab walaupun kita telah memaklumkan kepada mereka dan kita hanya diberi amaran melalui media oleh pihak polis.

"Kita tetap teruskan perhimpunan atas alasan, ia merupakan hak setiap individu untuk berhimpun," ujar beliau.

Menurut Badrulamin lagi, ini berdasarkan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen, Datuk Jagjit Singh yang membebaskan orang kena tangkap (OKT) daripada semua pertuduhan kes perhimpunan Bersih 2007 lalu.

Dalam perbicaraan tersebut, Jagjit  berkata pihak polis telah melanggar kebebasan beragama dalam Artikel 11 Perlembagaan apabila menangkap semua tertuduh di Masjid Negara.

Ditanya tentang langkah-langkah yang telah diambil tentang persediaan perhimpunan yang akan diadakan itu beliau berkata pihaknya telah menyediakan 500 petugas yang terdiri daripada Unit Amal (PAS), Briged Keadilan dan Penyelaras Komunikasi Selangor (Pikom) bagi menghalang provokasi daripada pihak-pihak tertentu.

"Mereka akan mengawal provokasi yang berkemungkinan dicetuskan oleh kumpulan baju hitam dan daripada pihak polis sendiri.

"Kita telah menasihat pihak kita supaya tidak bertindak liar dan bersabar menghadapi apa sahaja bentuk provokasi dan ikut arahan pemimpin.

Pada masa sama, beliau turut berharap  kumpulan baju hitam menghentikan hasrat untuk mengganggu perjalanan perhimpunan menentang kenaikkan harga air.

"Kalau betul-betul ada bukti penyelewengan negeri Selangor, ikutlah saluran yang betul...serahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan bukannya kepada Yang Di-Pertuan Agong.

"Saya minta pihak polis juga bersikap profesional dan bijaksana dalam menangani kedua-dua perhimpunan tersebut," tambah beliau yang juga Ketua Penerangan Selangor.

'Wikileaks bukan ancaman keselamatan negara'

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari berkata pendedahan laman sesawang Wikileaks bahawa firma Malaysia cuba membekalkan uranium kepada Iran bukan “perkara baru”.

“Kita telah memantau dua syarikat itu dan ingin memberi jaminan (kepada rakyat) bahawa ia bukan satu ancaman kepada keselamatan negara,” katanya.

NONEKatanya, beliau terkejut dengan spekulasi bahawa kerajaan tidak berbuat sesuatu menghentikan kegiatan dua firma itu.

"Jika (agensi antarabangsa) ragu-ragu atau mempunyai maklumat baru, kenapa tidak tanya kita tetapi sebaliknya berhubungan dan menyebarkan spekulasi di kalangan mereka.,” katanya pada sidang akhbar di kementeriannya di Putrajaya petang ini.

Ahad lalu, Wikileaks mendedahkan dokumen yang mendakwa dua syarikat di Malaysia terbabit dengan rangkaian syarikat-syarikat bagi mendapatkan 'barangan sensitif' untuk entiti di Iran,.

Dokumen tersebut mendedahkan bahawa tindakan syarikat berkenaan mencabuli perjanjian perdagangan antarabangsa dan sekatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang dikenakan ke atas Iran.

NONEMenurut kabel surat menyurat yang dihantar pada 3 Februari tahun ini dari pejabat Setiausaha Negera Amerika Syarikat kepada kedutaannya di Beijing, dua syarikat berpangkalan di Malaysia dikenalpasti sebagai dalang berkenaan.

Syarikat dari negara Iran itu dilaporkan terbabit dalam mengembangkan keupayaan senjata nuklear negara berkenaan.

Menurut kabel berusia sembilan bulan yang diklasifikasikan 'rahsia' itu, kedutaan Amerika di Beijing diminta untuk menyampaikan kepada kerajaan China mengenai keperluan menyiasat dan menghalang usaha bagi mendapatkan giroskop TRS-500 daripada firma VibTel Industrial Co Inc.

NONEGiroskop adalah alat bagi mengukur atau memastikan orientasi dan penstabilan objek yang terbang.

Menurut kabel itu lagi, giroskop TRS-500 yang cuba diperolehi oleh syarikat Electronics Component Limited, (ECL) yang berpangkalan di Malaysia adalah “dikuasai oleh Missile Technology Control Regime (MTCR) dan kawalan eksport berkaitan peluru berpandu China”.

Giroskop itu boleh digunakan sebagai sistem bimbingan peluru berpandu balistik, peluru berpandu kawalan jelajah dan kenderaan aerial tanpa manusia, kata laman itu lagi.

BN zalimi rakyat marhaen

KUALA LUMPUR, 3 Dis: Kenaikan harga petrol RON95, diesel, gas petroleum cecair (LPG) dan gula adalah bukti jelas kerajaan BN zalim kepada rakyat marhaen.
Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus berkata, rakyat marhaen paling terkesan dengan kenaikan itu kerana mereka adalah majoriti pengguna petrol RON95.
Sambil menyifatkan kenaikan mengejut itu sebagai 'gila', beliau mengharapkan rakyat menolak Umno BN yang secara terang terangan tidak mengutamakan rakyat terbanyak.
"Harap pengguna RON95 mesti tolak BN.
"BN zalimi rakyat marhaen, tak peduli kesusahan rakyat," katanya yang juga Pengarah Pilihan raya Dewan Pemuda PAS Pusat.
Beliau mengulas kenaikan petrol RON95, sebanyak 5 sen menjadikan RM1.90 seliter, diesel naik 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.
Harga gula pula naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.
Kerajaan terus memberi alasan sama terhadap kenaikan itu dengan mendakwa ianya bagi menyelaraskan subsidi.
Semua harga baru itu berkuatkuasa pada jam 12.01 pagi esok.
Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter.
Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.
Mengulas lanjut, Firdaus berkata, ketidakprihatinan BN kepada nasib rakyat bukan lagi dongeng semata-mata.
Ianya terbukti, apabila rakyat terus dibebankan sedangkan Perdana Menteri semalam mengumumkan akan meneruskan cadangan membina Menara Warisan 100 tingkat yang tiada manfaat secara langsung kepada rakyat.
"Kalau betul ikhlas, batalkan sahaja niat nak buat menara 100 tingkat, guna duit tu tampung beban rakyat.
"Saya tengok rakyat hanya diguna untuk pilihan raya sahaja," katanya lagi.
Lebih malang, kenaikan itu berlaku diwaktu rakyat sedang terbeban dengan persiapan persekolahan sesi akan datang.
Kesan kenaikkan itu juga jelasnya, memberi alasan kepada peniaga barangan menaikkan harga barang mereka dan menyebabkan pengguna sekali lagi terbeban.
"Saya hairan, kenapa menteri tak umum di parlimen, sedangkan parlimen tempat bincang masalah rakyat," soalnya.
Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat turun beramai-ramai pada himpunan membantah kenaikan harga air oleh Syabas di Masjid Negara, Ahad ini.
Biarpun himpunan itu bagi membantah tindakan Syabas menaikkan tarif air Selangor, kesempatan itu juga jelasnya wajar diguna untuk menyatakan bantahan terhadap kenaikan harga barangan keperluan tersebut.

MBE: Malaysia perlukan tindakan afirmatif mesra pasaran

KUALA LUMPUR, 3 Dis — Tindakan afirmatif yang mesra pasaran akan diperkenal bagi mengelak rasa tidak puas hati atas nikmat kemajuan ekonomi bagi merapatkan jurang ketaksamaan pendapatan antara penduduk bandar dan luar bandar di semua wilayah terutamanya di Sabah dan Sarawak.
Menurut Laporan Model Baru Ekonomi (MBE) Bahagian Akhir oleh Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) yang dikeluarkan hari ini, tindakan itu menekankan pendekatan promiskin, pertumbuhan menyeluruh yang dapat menangani ketaksamaan pendapatan dan ketidaksamaan sosial sambil mengeluarkan penduduk yang kurang berkemampuan dari kemiskinan.
Bagaimanapun, tindakan afirmatif tersebut tidak melanggar perlindungan dan syarat-syarat yang termaktub di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan di mana MBE tidak menganjurkan penghapusan kedudukan istimewa orang Melayu, penduduk asal Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah masyarakat yang lain.
Menurut laporan itu, tindakan afirmatif yang berasaskan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang dilaksanakan sejak pertengahan 1940-an ternyata berjaya mengurangkan kategori kemiskinan dan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
Namun, ia turut melibatkan beberapa kesan negatif yang penting antaranya, tindakan itu telah menggalakkan dan menanam budaya pengagihan dan rasa berhak serta tabiat merentir.
Selain itu, pemberian sumber-sumber modal kepada firma-firma bumiputera yang kurang berkelayakan telah menggalakkan penubuhan barisan hadapan yang palsu serta penggunaan kuota berdasarkan kaum yang berlebihan telah mengakibatkan pengagihan kepada penerima yang kurang berkelayakan yang melahirkan ketidakcekapan.
Menerusi tindakan afirmatif yang mesra pasaran, ketidaksamaan yang berterusan selama ini akan diubah dan diberi pembaharuan dengan menghapuskan elemen-elemen yang negatif serta kelemahan-kelemahan dari amalan-amalan yang terdahulu.
Tindakan afirmatif yang mesra pasaran di dalam MBE akan mendukung penggunaan prosedur dan kriteria yang telus untuk menggalakkan pembinaan keupayaan dan kemampuan dan penghapusan pendekatan-pendekatan yang menyumbang kepada amalan merentir.
“MBE juga ingin menggalakkan pemberian ganjaran berdasarkan prestasi dan menggalakkan lebih banyak persaingan dengan menghapuskan perlindungan yang berlebihan dan menggalakkan liberalisasi mengikut sektor kerana peningkatan persaingan dan produktiviti amat bergantung kepada ganjaran yang diberi berasaskan merit dan usaha, bukan kepada kriteria lain yang tidak wajar,” kata laporan itu.
Selain itu objektif keterangkuman MBE juga tertumpu kepada pengurangan ketaksamaan dan pengangkatan 40 peratus isi rumah terendah dengan pelaksanaan program yang tidak mengambil kira latar belakang etnik penerima dan tanpa apa-apa elemen herotan seperti kuota atau keutamaan atau kelayakan kepada sumber kewangan, pekerjaan, kontrak dan lesen.
Kesemua program itu akan dilaksanakan berdasarkan keperluan dan merit pemohon dan akan tertumpu kepada pembinaan keupayaan dan kemampuan.
Antara langkah dasar bagi Mengurangkan Jurang Ketaksamaan Pendapatan dan Perbezaan Wilayah ialah;
* Mewujudkan satu dasar induk bagi program-program bantuan dengan Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat hendaklah dijadikan sebagai agensi penyelaras bagi membangun dan memantau dasar ini.
* Semua kementerian dan agensi terlibat perlu menggunakan pangkalan data seragam yang menyeluruh yang pada mulanya akan berasaskan e-Kasih.
* Mewujudkan program-program bantuan sosial tambahan berkenaan pengangkutan dan perumahan yang merupakan sebahagian besar daripada perbelanjaan isi rumah berpendapatan rendah seperti;
- Meningkatkan pergerakan di kalangan kumpulan 40 peratus terendah bagi peluang pekerjaan yang lebih baik dengan memperuntukkan subsidi pengangkutan awam melalui penjimatan daripada pengurangan subsidi kerajaan yang lain.
- Menubuhkan Lembaga Perumahan peringkat negeri untuk merancang, membangun dan mengurus skim perumahan bagi kumpulan 40 peratus terendah.
- Memindahkan tumpuan sekarang skim tersebut daripada pemilikan kepada pajakan dengan peluang untuk membeli semasa tamatnya tempoh pajakan tersebut.
- Menawarkan pinjaman melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk keperluan perumahan bagi kategori kumpulan 40 peratus pertengahan yang boleh dibayar balik melalui potongan daripada caruman bulanan oleh pekerja, iaitu bersifat berkecuali ke atas aliran tunai.
* Membolehkan kumpulan 40 peratus terendah untuk keluar dari kemelut kemiskinan melalui pendidikan.
- Menawarkan insentif kepada guru-guru untuk meningkatkan prestasi dan kesediaan untuk mengajar di kawasan luar bandar termasuk juga di beberapa kawasan pendalaman dan memperuntukkan jaringan keselamatan bagi ibu bapa memastikan anak-anak mereka menamatkan persekolahan sepenuhnya.
Selain itu, laporan tersebut juga menggariskan beberapa pendekatan untuk Program-program Sasaran bagi Pembangunan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) seperti mewujudkan program-program khusus dengan strategi keluar; bagi pengusaha kecil sederhana (PKS) bumiputera sahaja dan tumpuan terhadap program-program pembinaan kemampuan.
“MPEN mendukung langkah-langkah utama tersebut dan percaya bahawa program-program khas yang disasarkan kepada kumpulan-kumpulan tertentu di luar lingkungan 40 peratus isi rumah terendah terutamanya PKS di dalam MPPB patut diteruskan tetapi hendaklah dikurangkan secara berperingkat kepada satu tahap yang bersesuaian.
“Keutamaan yang diberi di bawah program itu perlu dijadikan mesra pasaran, telus dan berasaskan keperluan dan merit,” kata laporan itu. — Bernama

Kenaikan Harga Petrol Tanda Inflasi Tinggi


 SHAH ALAM 3 DIS: Kenaikan harga barangan bersubsidi iaitu petrol RON95, gas LPG, diesel dan gula jelas menunjukkan kadar inflasi negara sememangnya tinggi dan bukannya sederhana seperti yang diuar-uarkan oleh kerajaan Umno-BN.
Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago menjelaskan apabila inflasi tinggi, harga hampir kesemua barangan dan servis akan meningkat tetapi impak terbesar adalah pada sektor pengangkutan dengan kenaikan harga tambang bas dan sebagainya.
"Bila harga naik juga bermaksud inflasi telah naik, dan kerajaan selalu mengatakan bahawa inflasi tidak naik tetapi dalam keadaan-keadaan sederhana. Tetapi apabila saya berbincang dengan warga miskin, di jalanraya, di pasar, mereka kata kebanyakan harga barang telahpn naik. Tahun ini sahaja, bulan ke bulan harga naik," kata beliau kepada TVselangor, petang tadi
Beliau yang mendapat berita berkenaan kenaikan harga RON95 yang dijangka naik lima sen bermula tengah malam ini berkata penurunan subsidi oleh kerajaan Umno-BN hanya akan memiskinkan lagi rakyat jelata.
"Ini menunjukkan bahawa kerajaan memang hendak menurunkan subsidi untuk rakyat, tapi untuk kaya dan kroni dia masih bagi subsidi. Tetapi untuk rakyat jelata yang miskin, pekerja, petani, dan penganggur dan orang-orang yang berpendapatan rendah, mereka tidak akan mendapat apa-apa," tegas beliau lagi.
Beliau seterusnya berkata dakwan kerajaan bahawa inflasi tidak begitu berubah hanyalah 'public relations' (perhubungan awam) sahaja.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata tindakan menaikkan hargaa barangan asa termasuk minyak petrol jelas menunjukkan bahawa kerajaan Barisan Nasional\Umno tidak menghiraukan kesusahan rakyat.

"Jangan lupa ia akan mencetuskan tekanan inflasi. sebab barang-barang ini bersangkutan seperti petrol, gas, diesel, gula ada dalam perkhidmatan dan produk. tenaga diesel, gas ini penting. semua pengedar, pengilang, peruncit, pengguna akan menanggung dengan kenaikan ini' katanya  kepada Tvselangor petang tadi.
Menurutnya, BN tidak memperdulikan nadi rakyat kerana kenaikan harga berkenaan juga secara tidak langsung akan mencetuskan kenaikan pelbagai barangan asasi.
""Dengan kenaikan barang asasi ini bakal mencetuskan tekanan dan keperitan kehidupan rakyat berpendapatan rendah khususnya kerana mereka ini kalau kita fikir, orang yang berkerja ada juga mungkin kenaikkan gajinya...tetapi kalau orang yang tidak berpendapatan tetap dan tiada gaji, apa kenaikan pendapatan mereka? mereka terbeban dengan kenaikan ini" katanya lagi.

Beliau menambah kenaikan tersebut juga membayangkan kerajaan terhimpit untuk mendapatkan dana atau meningkatkan pendapatan mereka.
Menurutnya lagi, setelah kerajaan BN gagal mengemukakan pembentangan cukai baru GST, mereka mengambil jalan untuk menaikkan harga barangan asa berkenaan secara berperingkat
""Kerajaan tetap mencari pendapatan untuk mereka dengan memangsakan rakyat, rakyat perlu dimangsakan...bukan dengan kegiatan ekonomi, pelaburan, produktiviti dan sebagainya," tambah beliau lagi.

Tanda Gula Naik Harga -Dijajalah Cerita Diabetes Meningkat Mendadak Di Asia


Penyakit gula dan gila sudah datang. Diabetes meningkat mendadak. Kawasan Asia-Oseania mengalami peningkatan mendadak penyakit diabetes dengan kira-kira 138 juta penduduk Asia, termasuk 14.9 peratus rakyat Malaysia menghidap penyakit itu pada masa ini.

Kia-kira 1.5 juta rakyat Malaysia berumur 30 tahun ke atas menghidap diabetes dengan 20 peratus daripadanya menguruskan penyakit itu menggunakan terapi insulin di pusat-pusat kesihatan Kementerian Kesihatan. Itulah kata-kata Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, Ketua Pengarah Kesihatan.

Kenapa dia tidak bercakap tentang penyakit gula sebelum ini. Ini adalah penyakit gila Kerajaan Malaysia. Malaysiakini melaporkan gula akan naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram. Itulah sebabnya dia bercerita tentang diabetis. Kalau nak naikkan harga, tak payah bercerita tentang diabetis, lain kali pun boleh.

Gila! aaa...gula! gila! aaa...gula! gila! gila! gila!!!!! ooo....gilaaa...siapa? ntah!!!

Kerajaan tidak pernah ikhlas tentang apa-apa yang dibuat. Kononnya takut rakyat marah tentang kenaikkan gula, penyakit itulah, penyakit inilah, hampeh!!

Gua Sokong Kenaikkan Harga Minyak...!!!!

Ekk...ekk leeee.... naik 5 sen jer.... petrol RON95..., gua ingatkan nak naikkan ke RM5 hengget ke apa..., setakat 5 sen jer... apa barang beb.. nak kecoh2...

Yang si Najib ni pulak bangang ke apa...??? Bodoh melantun2 laaa...

Lain kali kalau nak naikkan harga minyak.. naikkan laaaa.. tinggi2 sikit.. RM5 hengget ke... RM10 hengget ke... barulah selaras harga kenaikkan dengan kutukan yang di terima. Naik 5 sen buat lekat celah gigi jer....



PETALING JAYA: Harga petrol RON95 akan meningkat sebanyak 5 sen mulai tengah malam ini menjadikan harga baru bahan api itu kepada RM1.90 seliter.

Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ruhaidini Abdul Kadir ketika mengesahkan perkara ini kepada mStar Online sebentar tadi berkata, kenaikan itu bertujuan mengelakkan jurang harga besar antara RON95 dan RON97.

“Keputusan kenaikan harga petrol RON95 sebelum ini RM1.85 seliter dibuat ekoran kenaikan harga minyak di pasaran dunia,” katanya.

Harga petrol RON97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter bermula pada 1 Disember lalu yang mengekalkan harga RON95 pada RM1.85 seliter.

Kenaikan kedua-dua harga RON95 dan RON97 yang dibuat kerajaan itu berdasarkan pelarasan subsidi petrol dan mengapungkan harganya dari semasa ke semasa.

Kerajaan pada 1 November lalu menaikkan harga petrol RON97 sebanyak 5 sen kepada RM2.15 seliter namun masih mengekalkan subsidi petrol RON95. - mStar.

Kalau sebelum ini alasan harga kenaikkan minyak kerana pasaran dunia dan pelarasan, tapi kali ini kerana nak mengelakkan jurang harga antara 2 jenis RON tersebut... hahaha... Rosmah On Najib... belasah jelah selagi boleh beb...

Wooiiitttt... Najib Razak... lu macam takda kote jer.... lain kali kalau nak naikkan harga minyak, naikkan RM5 hengget seliter... ini naik sikit2 menyusahkan orang jelah... lu sengaja jer... menambahkan dosa rakyat dengan mengutuk dan maki hamun pada lu and the gang...

Gua sokong kalau lu naikkan harga minyak lagi tinggi... RM10 hengget seliter pun takpa... banyak kebaikkan dari keburukkannya Najib Razak ooiiii...., antaranya kurang kemalangan di jalanraya, jalanraya menjadi lengang dan tak sibuk dengan jem pelbagai.... kurang kes kematian akibat kemalangan jalanraya.. emmm banyak lagi arrr... malas gua nak fikir... sebab gua nak pergi beratur dan menyesakkan stesyen minyak.

Najib Razak...!!!! Betul cakap lu... Rakyat di Utamakan.... gua sokong kenaikkan nih... lagi seminggu lu naikkan lagi tau... cecah RM5 atau 10 hengget... wa caya sama lu bro.... Pemimpin berjiwa Rakyat... perghhhh...

Gula pun naik harga...??? Bagussss... kurang sikit pesakit kencing manis
Diesel...???.. pun bagus jugak... lepas nih takda orang yang seludup diesel lagi...
Apa lagi yang akan naik... ??? cepat2 naikkan harga sebelum tahun baru 2011...

p/s: amacam permohonan gua nak jadi Setiausaha Sulit atau Pemandu lu... boleh tak...??? Gaji lu and the gang pun tak banyak macam diorang kan...???

Uncle Seekers & bapanya di saman oleh Bekas Permaisuri Agong

Bekas Permaisuri Agong saman Syed Abdullah, Syed Hussein

KUALA LUMPUR 3 Dis. – Bekas Permaisuri Agong, Siti Aishah Abdul Rahman hari ini memfailkan saman terhadap pakar paranormal, Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers kerana telah bertindak melanggar maklumat sulit baginda.
Siti Aishah yang juga sebagai plaintif turut memfailkan saman ke atas bapa kepada Syed Abdullah iaitu Syed Hussein Al-Attas yang merupakan defendan kedua.
Berikutan itu, tarikh pendengaran interparte ditetapkan pada 22 Disember ini di Temerloh, Pahang.
Dalam saman tersebut, Siti Aishah memohon perintah injuksi bagi melarang defendan pertama, Syed Abdullah dan defendan kedua, Syed Hussein untuk tidak mendedahkan sama ada secara lisan atau dalam blog-blog, surat khabar atau wakil-wakil mereka sebarang maklumat mengenai plaintif. – Utusan


Petrol RON95 dan diesel naik lima sen, gula mahal 20 sen

PUTRAJAYA, 3 Dis — Harga petrol RON95 sah mengalami kenaikan lima sen seliter manakala gula pula 20 sen sekilogram (kg) mulai tengah malam ini — kenaikan kali kedua harga produk itu sejak Julai lalu, di bawah dasar pelarasan subsidi diperkenalkan pentadbiran Najib.
Turut mengalami kenaikan ialah diesel, naik lima sen kepada RM1.80 seliter.
Ekoran pelarasan itu, RON95 akan dijual RM1.90 seliter.
Pelarasan itu juga membawa kepada kenaikan gas petroleum cecair (PLG) kepada RM1.90kg iaitu naik lima sen berbanding sekarang.
Kedua-dua bahan api petrol dan diesel serta LPG dan gula mengalami kenaikan pada Julai lalu apabila dasar pelarasan diperkenalkan dalam usaha kerajaan mahu mengurangkan subsidi.
Petrol RON97 yang tidak disubsidi telah mengalami kenaikan pada 1 November dan 1 Disember lalu, tetapi kerajaan tidak membuat pengumuman atas alasan ia perubahan kerana pengapungan harga.
RON97 tidak mengalami kenaikan kali ini.
The Malaysian Insider tengah hari tadi melaporkan produk-produk itu akan mengalami kenaikan mulai tengah malam ini.
Dengan pelarasan kali ini, kerajaan menjangkakan dapat menjimatkan RM621.9 juta dari produk petrol RON95, RM213.2 juta (diesel), RM63.5 juta (LPG) dan RM283.5 juta (gula) setiap tahun ataupun RM1.18 bilion.
Pada Julai lalu, kerajaan menjangkakan harga tidak akan naik sehingga akhir tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pencapaian (Pemandu) Datuk Seri Idris Jala (gambar) berkata, pelarasan subsidi diperlukan untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan.
“Kami melakukan yang ini (pelarasan subsidi) untuk memastikan defisit kita dapat dikurangkan. Kami adalah sebuah kerajaan yang bertanggungjawab.
“Kami akan memastikan kita hidup dalam lingkungan keupayaan (kita),” kata beliau pada majlis taklimat pengumuman pelarasan subsidi di pejabatnya petang tadi.
Kata beliau, walaupun ada kenaikan lima sen, harga jualan RON95 dan juga LPG serta diesel dan gula masih rendah berbanding di Indonesia.
“Lebih rendah berbanding Singapura dan Thailand,” katanya.
Turut hadir ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
“Salah satu pendekatan untuk mengurangkan kos ialah merasionalkan subsidi kita sebab subsidi keseluruhan Malaysia adalah paling tinggi berbanding negara lain. Subsidi kita tidak sasarkan pada (kumpulan) rakyat miskin,” katanya.
Oleh itu kata beliau, penjimatan daripada pelarasan subsidi akan digunakan untuk pembiayaan pembangunan luar bandar, pendudukan, pengangkutan bandar dan bidang-bidang lain dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP).
Pertengahan Julai lalu, kerajaan mengumumkan pelarasan harga menyaksikan kenaikan harga beberapa barangan keperluan utama.
Dalam kenyataan diumumkan ketika itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pelarasan harga itu membabitkan petrol, diesel dan LPG, dan juga gula, yang diselaraskan semula sebagai sebahagian daripada Program Rasionalisasi Subsidi.
Selaras dengan itu, Kabinet telah mengambil keputusan bahawa berkuat kuasa pada 16 Julai 2010, harga bagi bahan api, terutamanya petrol, diesel dan LPG, dan juga gula, akan diselaraskan semula sebagai sebahagian dari Program Rasionalisasi Subsidi.
Menurut Najib yang juga Menteri Kewangan, Penyelarasan semula harga barang-barang itu akan membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta untuk tahun ini.
Berdasarkan proses itu, kerajaan memutuskan harga petrol RON 95 dan diesel akan diselaraskan sebanyak lima sen seliter bagi semua sektor. LPG akan diselaraskan sebanyak 10 sen sekilogram dan petrol RON 97 akan diapung secara terkawal.
Bagi gula pula, harga akan diselaraskan sebanyak 25 sen sekilogram.

PEMANDU NAJIB DRIVE MALAYSIA MASUK GAUNG - Harga petrol,i desel, gas, gula naik lagi :HADIAH TAWUN BARU UTK RAKYAT MALAYSIA.MUAKAKAKA


  4-dalam-1: Harga petrol, diesel, gas, gula naik lagi

Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dan gula dijangka mengalami kenaikan lagi mulai tengah malam ini. Ia berikutan keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi.

Petrol RON95, dipercayai akan dinaikkan 5 sen menjadikan harga RM1.90 seliter.

Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.

Harga diesel pula dipercayai dinaikkan 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.
Harga gula pula dikatakan akan naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.
Semua harga baru dijangka berkuatkuasa pada jam 12.01 pagi esok. Ia didedahkan pada taklimat kepada editor di Putrajaya oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) .

Malaysiakini
turut dijemput ke taklimat itu melalui panggilan telefon tetapi wartawan kami dihalang memasuki ibupejabat Unit Kordinasi dan Pelaksanaan di Pejabat Perdana Menteri, kemudiannya tanpa sebarang alasan.

Pengumuman rasmi daripada Jabatan Perdana Menteri berhubung kenaikkan ini dijangkakan pada jam 8 malam.

Kali terakhir harga barangan meningkat adalah pada 15 Julai lalu. Ia membabitkan kenaikan 5-dalam-1. Barangan yang terjejas itu adalah dua gred petrol, diesel, gula dan gas.
Senarai harga baru adalah seperti berikut:

* Petrol RON 95 - RM1.85 kepada RM1.90 seliter

* Diesel - RM1.75 kepada RM1.80 seliter

* Gula pasir - RM1.90 kepada RM2.10 sekilogram

* Gas LPG - RM1.85 kepada RM1.90 sekilogram

Nik Aziz: PAS sedia hadapi pilihan raya umum bila-bila masa

KOTA BARU, 3 Dis — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata partinya bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 pada bila-bila masa berikutan penangguhan pemilihan Umno selama 18 bulan yang sepatutnya bermula tahun depan.
Malahan beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata partinya tiada masalah untuk menghadapi pilihan raya umum lebih awal kerana parti itu sentiasa dalam keadaan bersedia.
“Kita bersedia menghadapi pilihan raya umum ke-13 bila-bila masa daripada sekarang jika ia diadakan lebih awal seperti digembar-gemburkan,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini
Nik Aziz (gambar) berkata demikian mengulas mengenai kemungkinan pilihan raya umum akan diadakan pada penghujung tahun depan berikutan pengumuman Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menangguhkan pemilihan Umno sehingga 18 bulan.
Beliau berkata PAS juga sudah mempunyai calon-calon yang berkebolehan untuk diketengahkan pada pilihan raya umum biarpun parti itu pernah tewas buat pertama kali dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas 4 November lepas.
Dalam pilihan raya kecil DUN itu, calon Barisan Nasional (BN), Abdul Aziz Yusoff, mengalahkan calon PAS, Dr Zulkifli Mohamad, dengan majoriti besar 1,190 berbanding pilihan raya umum 2008 lepas. Calon PAS, Allahyarham Chek Hashim Sulaima, yang meninggal dunia pada 27 September lepas, memperoleh majoriti hanya 646 undi.
BN memperoleh kemenangan besar pertama dalam pilihan raya kecil itu setelah tewas kepada PAS dengan majoriti tipis dalam pilihan raya kecil DUN Manek Urai pada 2009.
Kemenangan BN di Galas dan pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi dikatakan menjadi sandaran untuk BN mengadakan pilihan raya umum tahun depan kerana keyakinan rakyat semakin beralih kepada BN berbanding pilihan raya umum 2008, yang menyaksikan pakatan pembangkang memperoleh lima negeri dan BN hanya mendapat majoriti mudah berbanding dua pertiga majoriti dalam Parlimen pada 2004.
Nik Abdul Aziz turut menafikan dakwaan kononnya kekalahan PAS pada pilihan raya kecil DUN Galas bukan disebabkan faktor calon yang ditolak pengundi kerana pernah kalah dalam pilihan raya sebelum itu.
Namun beliau mengakui kemungkinan kesilapan strategi berkempen punca calon BN memperoleh majoriti lebih besar berbanding majoriti yang diperolehi calon PAS pada pilihan raya umum 2008. — Bernama

95% Orang Melayu Tak Percaya Umno

Umno Mainkan Isu Yang Salah

Lepas satu, satu lagi isu yang yang sengaja dicipta dan diperbesarkan oleh Umno dalam usaha mereka membunuh kesatuan Pakatan Rakyat. Isu terbaru ialah tentang isu TPM berbangsa Cina seperti yang diusulkan oleh Anwar dan disambut oleh Nik Aziz.

Namun mungkin kebanyakan mereka lupa dik kerana terlampau sibuk menjadi Tuan Melayu di Tanah Melayu ini yang perlembagaan negara Malaysia tidak sama sekali menghalang apa bangsa sekalipun menjadi TPM atau Timbalan Perdana Menteri bagi Malaysia. Malah ada pendapat yang mengatakan adalah lebih baik mempunyai perdana menteri dan timbalannya Cina tetapi menghormati perlembagaan daripada Melayu yang menganggap diri sendiri melampauinya.

Umno dilihat memainkan isu yang salah sekiranya mereka meledakkan isu ini dengan niat menawan hati kaum lain selain dari Melayu pada PRU ke 13 nanti. Malah Umno bagai mahu menimbus kebusukan ciptaan Mahathir Mohamad yang dengan sombong dan bongkaknya mengusahakan pindaan perlembagaan pada tahun 1994 bagi "menghapuskan kuasa Agong".

Anwar dalam satu temubual dengan harian berbahasa Cina pada 26 November lepas dilaporkan berkata, Penasihat DAP Lim Kit Siang boleh menjadi timbalan perdana menteri sekiranya Pakatan merampas Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

MPEN: Jual GLC bagi biayai dana kekayaan negara..kalau jual negara lagi baik..!!!

Kerajaan hari ini dicadang membentang dana kekayaan negara (SWF) yang bakal melabur dalam pelbagai kelas aset, termasuk sekuriti, tukaran asing dan derivatif dalam usaha menarik pelabur dan mempermantapkan saingan.

Namun Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) dalam laporan bertajuk "Model Baru Ekonomi Untuk Malaysia-Bahagian Akhir: Langkah Dasar Strategik" tidak menetapkan rangka masa untuk skim itu. Ia juga sekaligus mengelakkan perbalahan mengenai hak keistimewaan Melayu.

NONEPerdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini menjanjikan pembaharuan ekonomi kerana kadar pelaburan ke negara ini masih belum pulih selepas krisis kewangan Asia 1998 dan kemasukan pelaburan asing langsung yang terus menjunam sejak 1990an.

“Kerajaan wajar menimbangkan untuk mengehadkan pemilikannya dalam syarikat strategik kepada 30 peratus daripada saham terbitan,” kata MPEN.

“Kerajaan juga perlu mengambil kaedah kawalan strategik kurang invasif seperti saham emas, dasar industri dan sekatan pemilikan asing.

Laporan itu dilancarkan oleh Najib, hari ini.

NONESaham emas memberi kuasa kepada pemegang untuk mempengaruhi keputusan utama dalam sebuah syarikat, manakala dasar industri adalah cara menjaga kawalan strategik melalui dasar industri tersebut dan sekatan-sekatan pemilikan bagi mengawal pelaburan pelabur asing.

MPEN juga mencadangkan kerajaan menjual syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang tidak strategik dan memberi peluang kepada sektor swasta yang mempunyai peluang lebih besar untuk menambah nilai.

MPEN berkata, carian data mendapati terdapat 445 syarikat GLC di negara ini.

NONEMenurutnya hasil daripada penjualan pelaburan tidak seharus dikira sebagai pendapatan kendalian (aliran) tetap diiktirafkan sebagai penukaran modal (saham) manakala perolehan patut ditempatkan ke dalam SWF.

SWF akan melaksana rangka kerja tadbir urus seperti pengurusan rizab tukaran asing Bank Negara Malaysia (BNM) dan ditadbiruruskan sejajar dengan prinsip Santiago yang antara lain memerlukan pendedahan dasar pelaburan SWF, penyata kewangan dan pendekatan pengurusan risiko, MPEN.

Menurut laporan itu, keuntungan daripada SWF boleh digunakan untuk memangkin inisiatif baharu sektor swasta.

Menurut MPEN, terdapat GLC yang dinyah labur boleh menjadi sebahagian daripada program khas untuk menyokong konsortium usahawan Bumiputera menerusi proses tender terbuka yang telus.

MPEN juga mencadangkan satu pihak berkuasa kawal selia GLC (GOA) ditubuhkan bagi mengumpul data kewangan kesemua GLC, memantau prestai mereka, dan GLC bertanggungjawab ke atas perbelanjaan belanjawannya.

NONE"Sebaik-baiknya, GOA perlu melapor kepada Jabatan Perdana Menteri bagi memastikan prinsip keterusan ke arah membina keyakinan sektor swasta," menurutnya.

MPEN juga meminta kerajaan meminda rangka kerja perundangan dan kawal selia yang sudah wujud untuk menyediakan asas yang sama rata antara GLC dan perniagaan swasta selain mengurangkan ketidakpastian para pelaburan swasta.

“GLC juga perlu tertakluk kepada peruntukan Akta Persaingan 2010 bagi memastikan amalan perdagangan mereka tidak bersifat antipersaingan, selain kerajaan seboleh-bolehnya tidak menyediakan jaminan automatik ke atas liabiliti GLC," menurutnya.

Menurut laporan itu, halangan rasmi mahupun tidak rasmi dalam proses perolehan kerajaan, yang memberi keutamaan akses kepada GLC, harus dihapuskan.

Mereka sudah berdemontrasi....pastikan Ahad ini kita merahkah KUALA LUMPUR!!!



Oleh: Pria Malaya

Mereka sudah berdemontrasi selepas Jumaat hari ini..mereka sudah berarak di jalanan secara beramai2...mereka sudah selamat menyampaikan memorandum kepada pihak istana..

Tiada sekatan pihak polis...tiada adegan kejar mengejar...tiada aksi tembakan water conan dan gas pemedih mata...tiada yang ditangkap dan di-ISA..

Dulu 'haram', sekrang 'halal'..

Ya, mereka sudah 'halal'kan demontrasi jalanan...tiada lagi makian, herdikan, dan kutukan terhadap budaya demontrasi..buktinya, blogger Umno mengiktiraf dan berbangga demontrasi ini...

MAKA para pejuang rakyat, pastikan Ahad ini kita merahkan KUALA LUMPUR!!!...jikalau mereka berjaya himpunan 200 orang termasuk penyokong Umno dan PERKASA, pastikan kita kumpul bukan 2000, tetapi 20,000 rakyat!!

Ayuh pejuang dan pencinta keamanan dan keadilan, kita turun beramai-ramai di Kuala Lumpur 5 Disember ini! para aktivis dan mahasiswa sudah menyatakan kesanggupan dan kesedian, bagaimana dengan anda?!












p/s: Pada pihak polis termasuk SB...sila berlaku adil..rakyat sedang memerhati anda..

Lebih Separuh Remaja Mengaku Pernah Berzina

Jangan nafikan bahawa remaja Malaysia juga begini. Dahulu ada sebuah universiti membuat kaji selidik dan hasilnya amat mengejutkan. Keputusan kaji selidik itu dibangkang oleh pelbagai pihak yang menghidap penyakit sindrom penafian. Walaupun kaji selidik itu hanya melibatkan respoden yang kecil, namun janganlah sesekali meminggirkan keputusannya.

Hari ini terbukti apabila gejala buang bayi kian berleluasa. Lebih menggusarkan apabila Sekolah Harapan dibuka khusus untuk remaja yang hamil anak luar nikah. Biarpun begitu, banyak pihak masih menafikan betapa buruknya kelaku remaja-remaja kita!

Saya petik:
[HM] JAKARTA: Lebih separuh daripada remaja Jakarta mengaku berzina, kata Agensi Perancang Keluarga Kebangsaan, semalam.

Hasil kajian dilakukan agensi itu menunjukkan, daripada 100 remaja ditemui, 51 mengaku tidak lagi dara. 

Walaupun begitu, ketuanya, Sugiri Syarif, berkata jumlah itu masih rendah berbanding bandar raya lain seperti Surabaya (54 peratus) dan Medan (52 peratus).

Di Bandung pula, kadarnya adalah 47 peratus.

“Kajian menunjukkan, sebanyak 2.4 juta pengguguran janin dilakukan di Indonesia setiap tahun, 800,000 daripadanya membabitkan remaja,” katanya, semalam.

Satu kajian lain pula menunjukkan, 37 peratus daripada 1,160 mahasiswa di Yogyakarta mengaku pernah hamil di luar nikah. - Agensi

P/s: Tidak menghairankan apabila negara itu sering dilanda bencana alam yang dashyat jika dilihat betapa hebat negara itu diserang dengan pelbagai macam gejala budaya hedonisme. Jadi, ambil iktibar. Jangan biarkan Malaysia juga berada dalam senarai negara yang bakal menerima bala Allah yang Maha Dashyat!

Sebutan rayuan kes ‘Rosmah Puaka’ di Mahkamah Tinggi 8 Disember

rosmah_mansor_02Oleh Jamilah Kamarudin
PETALING JAYA: Sebutan rayuan bagi kes ‘Rosmah Puaka’ yang membabitkan lima mahasiswa Universiti Malaya (UM) akan didengar di Mahkamah Tinggi Jenayah Kuala Lumpur pada 8 Disember depan.
Rayuan itu dikemukakan pihak pendakwaraya terhadap keputusan hakim Mahkamah Sesyen pada 24 September lalu yang membebaskan lima mahasiswa terbabit daripada pertuduhan jenayah dibawah Seksyen 427, 436, dan 447 Kanun Keseksaan tanpa dipanggil membela diri.

Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan, Muhammad Saufi Jelani,Mohd Izzuddin Hilmi Mohd Zaini dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli sebelum ini didakwa atas kesalahan cubaan melakukan perbuatan khianat,pencerobohan jenayah dan vandalisme.
Namun hakim Rozana Ali Yusoff membebaskan mereka daripada pertuduhan tersebut setelah mendapati tiada bukti keraguan (prima facie) yang menunjukkan lima pelajar itu terbabit dalam kejadian tersebut.
Rozana dalam penghakimannya berkata pihak pendakwaraya gagal membuktikan premis penting dalam pertuduhan yang boleh mengaitkan semua tertuduh melakukan khianat dan mempunyai niat yang sama.
Beliau juga berkata siasatan forensik yang dilakukan terhadap bahan api serta rekod panggilan telefon juga tidak dapat mengaitkannya dengan tertuduh.
Hakim semak nota keterangan
"Dalam proses kes sebegini hakim biasanya akan menyemak nota keterangan, petisyen yang difailkan, serta beberapa dokumen penghakiman yang lain.
"Jika semua dokumen yang diperlukan lengkap, kemungkinan hakim akan tetapkan tarikh untuk dengar rayuan…namun semuanya terpulang pada hasil perjalanan kes Rabu depan," kata peguam mewakili Shazni Mohd Razlan Jalaluddin ketika dihubungi FMT.
Kelima-lima pelajar terbabit sebelum ini didakwa dibawah Seksyen 427 atas tuduhan menyimbah petrol di atas permaidani – yang bakal dilalui isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor – dan menconteng didinding Dewan Kuliah Utama Akademi Pengajian Islam (API) dengan tulisan ‘Rosmah Puaka’ 24 Jun tahun lalu kira-kira jam 4 pagi.
Mereka didakwa turut menconteng perkataan "C4", "Bini Puaka", dan "pembunuh Altantuya" didinding API dengan tulisan merah sebelum kedatangan Rosmah Mansor ke universiti itu bagi menghadiri satu majlis rasmi.
Manakala bagi Seksyen 436/511, kelima-lima mahasiswa itu dituduh melakukan perbuatan khianat dengan menggunakan api di tempat dan waktu yang sama.
Mereka juga menghadapi pertuduhan menceroboh bangunan fakulti itu mengikut Seksyen 447 kanun yang sama.

Kenaikan Tarif Air: Antara Realiti dan Agenda Politik

1. Ahad ini Kerajaan negeri Selangor akan mengadakan demontrasi jalanan untuk menghantar memorandum kepada Yang Di Pertuan Agong untuk membantah kenaikan tarif air yang diminta oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS).
2. Mengikut perjanjian penswastaan antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan SYABAS yang dirangka oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri pada 2005, tarif air dijangka akan naik sebanyak 37% pada 2009, 25% pada 2012, 20% pada 2015, 10% pada 2018 dan 5% pada 2021.  Dijangkakan selepas 2021 tiada lagi kenaikan berikutan kos pembinaan dan penggantian infrastruktur seperti paip dan loji air tiada lagi.
3. Untuk rekod, sebelum perjanjian ditandatangani, kerajaan negeri pernah menyatakan kurang senang mengenai kenaikan seperti ini, namun perancang ekonomi menyatakan bahawa perjanjian yang membabitkan kenaikan seperti ini perlu bagi membolehkan SYABAS mendapatkan dana sama ada melalui bon atau pinjaman bagi membiayai proses penggantian paip air lama sepanjang 6000 KM dan membabitkan kos sebanyak RM 2 bilion.
4. Namun beberapa syarat telah dikenakan kepada SYABAS termasuk syarat yang mengkehendaki SYABAS menggunakan paip buatan tempatan dan mengadakan tender terbuka untuk kerja-kerja penggantian paip.  Pada 2007, saya telah menyatakan kepada umum bahawa SYABAS melanggar syarat konsesi dengan membeli paip dari Indonesia dan memberi tender secara runding terus. Ini terbukti dalam laporan Audit Negara 2009.
5. Atas asas ini sahaja SYABAS tidak layak meminta kenaikan tarif air sebanyak 37% yang sepatutnya berlaku pada 2009.  Malahan, saya juga ragu-ragu SYABAS telah berjaya mengatasi isu kehilangan air atau non-revenue water (NRW)seperti yang disyaratkan.
6. Kenaikan Tarif Air seperti yang diuar-uarkan oleh kerajaan negeri hanyalah satu mainan politik kerana sebarang kenaikan tarif air perlu dipersetujui oleh Panel Penentuan Tarif Air yang membabitkan wakil Kerajaan Negeri, Persekutuan dan SYABAS.
7. Justeru walau apa tuntutan dan dakwaan SYABAS, tidak mungkin akan berlaku kenaikan tarif sebelum ia diluluskan oleh Panel ini.  Saya juga tidak fikir Kerajaan Persekutuan pun akan bersetuju dengan kenaikan tarif ini.
Kerajaan Negeri Menipu Rakyat
8. Justeru mengapa perlu berdemontrasi dan menghantar memorandum ke Istana Negara?  Jelas ia hanyalah agenda politik Pakatan yang sekarang ini terdesak dengan konflik dalaman dan mahu mengalih fokus umum daripada masalah dalaman parti dan pimpinan mereka.
9. Namun persoalan yang sepatutnya rakyat tanya ialah benarkah Kerajaan Negeri ada kemampuan kewangan untuk mengambil alih semua syarikat dalam industri air ini?  Dan persoalan lebih penting ialah apakah kerajaan negeri boleh memberi jaminan ia mampu melakukan proses penggantian paip lama, merawat air dan menyediakan perkhidmatan yang efisyen tanpa sebarang kenaikan tarif?
10. Persoalan ini perlu ditanya kerana saya mengesan telah beberapa kali kerajaan negeri memberi pendirian yang berbeza dalam isu air ini.
11. Misalnya kerajaan negeri mengajak rakyat keluar menghantar memorandum kepada Agong membantah kenaikan tarif air.  Ia memberi gambaran seolah-olah tiada kenaikan tarif jika kerajaan negeri mengambil alih.
12. Namun dalam risalah "Kenapa Selangor Mahu Urus Air Sendiri" yang diterbitkan oleh Kerajaan negeri, ia menyatakan, "Kerajaan Negeri Selangor Menawarkan "model Holistik" yang tidak membebankan rakyat.
"Melalui model ini, kenaikan tarif air boleh dibuat tidak melebihi 12 peratus setiap tiga tahun."
13. Jika syarat dengan SYABAS, kenaikan akan berlaku hanya sehingga 2021, namun melalui kerajaan negeri kenaikan 12% setiap tiga tahun ini seolah-olah tiada had tempoh dan boleh menjadi berpuluh kali ganda lebih tinggi dari perjanjian sedia ada.
14. Pada bulan Sepetember 2010, Khalid Ibrahim dilaporkan berkata bahawa kerajaan negeri menentang kenaikan tarif tetapi tidak menolak kemungkinan kenaikan tarif air sebanyak 10-15%.
"If we restructure the management of water services, the price of water will be sustained and even if there is a hike, it would only be about 10%-15%," he said. -The Sun
15. Dalam satu sidang akhbar selepas sidang Dewan Negeri Selangor yang lalu, Khalid sekali lagi menyatakan kemungkinan kenaikan tarif air sebanyak 15%.
"Jika harga (air) sekarang 57 sen, had kenaikan saya ialah 15 peratus, kata Khalid pada sidang media di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini." - themalaysianinsider.com
16. Justeru adalah satu pembohongan untuk Khalid mendakwa dan menyeru rakyat keluar berdemontrasi dan menyokong usaha kerajaan negeri mengambil alih industri air jika tidak mahu tarif air dinaikkan.  Khalid sendiri beberapa kali memberi kenyataan yang membawa maksud bahawa kenaikan tarif air satu kemestian.
Air Lebih Murah Di Bawah PAAB
17. Pada hemat saya (Khir Toyo, gambar kanan), sekiranya Perbadanan Aset Air Berhad dibenarkan mengambil alih semua aset air kerajaan negeri dan Akta Industri Air 2006 dapat dilaksanakan mulai 1 Januari 2011 seperti yang dirancang semua isu kenaikan tarif air dalam perjanjian konsesi dengan SYABAS tidak lagi relevan dan tidak akan dilaksanakan.
18. Ini kerana kos pengurusan dan penyelenggaraan aset air akan dilakukan oleh PAAB dan boleh melalui proses subsidi kerajaan sekaligus ia akan mengurangkan kos keseluruhan industri air terawat ini.
19. Selain itu, melalui Akta ini, Kerajaan Persekutuan akan mengeluarkan lesen baru kepada pengendali air di seluruh negara. Ini bermakna syarat dan perjanjian baru akan dilaksanakan dan kemungkinan besar kenaikan tarif yang sangat minima di bawah 10% boleh dilakukan oleh pengendali air di Lembah Klang.
20. Justeru saya berharap janganlah kerajaan negeri memeperalatkan rakyat dan mengelirukan fakta seolah-olah mereka mampu mengekalkan tarif air sedia.  Jangan kelirukan masyarakat dengan isu air sedangkan hakikat sebenar ialah mereka mahu menutup kepincangan parti mereka dan pentadbiran negeri Selangor hari ini.

*Tulisan ini dipetik dari blog Mohamad Khir Toyo, bekas Menteri Besar Selangor, kini sebagai Ketua Pembangkang DUN Selangor.

Surat daripada KM kepada PM

2 Disember 2010
YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia
Jabatan Perdana MenteriBlok Utama, Bangunan Perdana Putra,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62502 Putrajaya, MALAYSIA

Yang Amat Berrhormat Dato' Sri,

HASRAT KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG UNTUK PENGAMBILALIHAN ATAU PENSWASTAAN PENANG PORT

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas kepada Yang Amat Berhormat selaku Menteri Kewangan Malaysia, dengan ini ingin menyampaikan hasrat Kerajaan Negeri di atas minat ke atas Penang Port Sdn Bhd (Penang Port).  Merujuk kepada laporan media, baru-baru ini Kementerian Kewangan telah menerima kertas cadangan daripada pihak sektor swasta untuk mengambilalih dan membeli Penang Port, yang dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan Diperbadankan.
2.  Bagi pihak Kerajaan Negeri dan rakyat Pulau Pinang, saya ingin menyampaikan hasrat dan minat Kerajaan Negeri untuk mengadakan satu perbincangan dengan pihak Kementerian Kewangan untuk membeli dan mengambilalih Penang Port.  Kami amat menyokong penuh pengumuman yang dibuat Yang Amat Berhormat Dato' Sri bahawa setiap penswataan utama dan penganugerahan projek akan dilaksanakan dengan telus dan terbuka menerusi Tender Antarabangsa untuk memaksimumkan hasil, yang mana Kerajaan Negeri Pulau Pinang ingin menyertainya.
3. Penang Port adalah aset strategik utama kepada pertumbuhan ekonomi bahagian utara Malaysia yang merupakan antara penyumbang terbesar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) serta hasil cukai Negara.  Pelabuhan yang berdaya maju dan moden amatlah diperlukan untuk menambah baik perkhidmatan akhir dan perantara seperti logistik dan perkhidmatan pelabuhan sebagai sebuah hab untuk Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), Sumatra Utara dan Selatan Thailand.  Ianya juga dapat memanfaatkan kedudukannya yang hampir dengan populasi Islam yang terbesar dan kedua terbesar masing-masing di Indonesia dan China untuk menyediakan sebuah hab pengilangan halal bersepadu, dengan pemprosesan secara langsung dari pengilang pembuatan, logistik hinggalah ke peringkat penghantaran mutakhir.
4. Sekiranya Kerajaan Negeri Pulau Pinang berjaya dalam pembelian Penang Port, kami akan membawa masuk rakan teknologi asing dan tempatan, khasnya Melayu Pulau Pinang tempatan, untuk mengendali pelabuhan tersebut dan kemudahannya ke tahap bertaraf antarabangsa.  Jika perlu, kami akan menawarkan ekuiti kepada rakan teknologi asing pada harga pasaran.  Pemilikan ekuiti akan mencipta suatu jajaran kepentingan yang selari antara semua pihak agar pengurusan pelabuhan dapat dibuat dengan cara bertaraf antarabangsa.  Kami telah mengenal pasti beberapa rakan strategik kelas dunia dan tempatan tetapi akan meneruskannya melalui proses tender terbuka untuk menggalakkan ketelusan dan mendapatkan urus niaga terbaik.  Sejajar dengan nama baik dan semangat bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri akan turut menawarkan ekuiti kepada Kerajaan Persekutuan (tentunya pada harga diskaun yang bersesuaian daripada harga terbitan pembekal teknologi asing).
5. Di samping itu, kami juga ingin mencadangkan agar diwujudkan satu Lembaga Penasihat yang terdiri daripada pelbagai tokoh terkemuka daripada Malaysia dan juga antarabangsa yang berpengalaman luas dalam bidang pelaburan, keupayaan dan kelayakan di dalam pengurusan pelabuhan, perdagangan antarabangsa dan logistik. Lembaga Penasihat ini akan dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri bersama-sama dengan wakil daripada Kerajaan Negeri.
6. Di bawah pemilikan baru ini, Penang Port akan mengguna pakai tatacara urus tadbir yang bertaraf antarabangsa selaras dengan prinsip CAT (Cekap, Akauntabiliti dan Telus) serta pengurusan tender terbuka untuk semua kelulusan projek dan perolehan dalam usaha untuk mendapatkan nilai terbaik.  Seiring dengan Lembaga Penasihat, ini akan mengekalkan "checks and balances" di dalam Penang Port.
7. Kerajaan Negeri Pulau Pinang menjangkakan pulangan yang berterusan melalui pelbagai pelaburan ekonomi yang berhubungkait dengan Penang Port.  Pulangan ini akan disalurkan semula untuk pembangunan strategik dan lain-lain projek sosial yang berkaitan dengan kesihatan, pendidikan, infrastruktur dan pembasmian kemiskinan untuk meningkatkan taraf hidup dan menjana kemakmuran rakyat Pulau Pinang.
8. Sekiranya Yang Amat Berhormat Dato' Sri ingin mendapatkan sebarang butiran lanjut, saya amat berbesar hati untuk membuat pembentangan kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri mengikut kelapangan Yang Amat Berhormat Dato' Sri untuk menggariskan sepenuhnya struktur, strategi dan mekanisma rancangan Kerajaan Negeri untuk Penang Port.  Sekiranya diberi kebenaran untuk menyertai mana-mana jualan Penang Port, Kerajaan Negeri percaya bahawa Yang Amat Berhormat Dato' Sri akan memberi sokongan sepenuhnya ke atas inisiatif Kerajaan Negeri ke arah penjanaan ekonomi yang mampan dalam jangka sederhana dan panjang, yang boleh disalurkan semula kepada pembangunan strategik dan projek sosial bagi menambah baikkan kehidupan rakyat Pulau Pinang.
9. Malah, ini bukan sahaja seiringan dengan program transformasi ekonomi Yang Amat Berhormat Dato' Sri, malahan ianya juga sejajar dengan wawasan Yang Amat Berhormat Dato' Sri untuk menyatukan semua rakyat Malaysia ke arah satu entiti ekonomi dan politi politik.
Sekian, terima kasih.

"CEKAP, AKAUNTABILITI DAN TELUS"

LIM GUAN ENG
Ketua Menteri Pulau Pinang

Wan Azizah pukul tepat sasaran "kelemahan" Umno

wan-azizah[1]
Oleh Kim Quek

Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail memukul tepat sasaran "kelemahan" Umno apabila beliau mengibaratkan konsep ‘Ketuanan Melayu’ sebagai ideologi songsang, yang menjadi tempat penggantungan Umno sejak bertahun-tahun lamanya.
Ketika menyampaikan ucapannya pada Kongres Tahunan parti 27 November lalu, beliau berkata, konsep ‘Ketuanan Melayu’ digunakan oleh golongan elitis Melayu untuk memperdaya orang-orang Melayu bagi mengekalkan kuasa politik mereka.

Namun hasilnya, majoriti orang-orang Melayu dan Bumiputera tetap miskin dan hidup seperti ‘melukut ditepi gantang’ walaupun Umno memerintah lebih 53 tahun.
Menyeru orang-orang Melayu supaya membuang jauh-jauh ideologi itu, beliau berkata, konsep "Ketuanan Melayu" hendaklah ditinggalkan supaya anak-anak kita membesar dengan visi saling hormat menghormati di antara kaum.
Mengikut standard demokrasi, seruan Wan Azizah untuk membuang faham perkauman harus dipuji sejajar dengan nilai fundamental yang diterima oleh setiap masyarakat di dunia ini.
Meskipun Malaysia terlepas dari kutukan dunia seperti mana yang dialami oleh dasar apartheid Afrika Selatan, suatu ketika dahulu, namun penyakit rasis masih kekal sebagai satu wabak yang menghancurkan integrasi nasional dan membantut perkembangan ekonomi.
Ketuanan Melayu tak dapat dipertahankan
Mungkin atas kesedaran bahawa ‘Ketuanan Melayu’ tidak dapat dipertahankan di mata dunia maka Umno kelihatan kehilangan punca bagaimana untuk respon terhadap asakan tanpa duga daripada Wan Azizah.
Untuk mendiamkan diri bermakna membenarkan kata-kata Wan Azizah dan ini boleh membawa padah dan masalah besar kerana melalui hasutan rasis sebeginilah Umno berharap dapat merentangi halangan pilihan raya umum akan datang.  Jadi, bagaimana mungkin Umno dapat membebaskan diri dari mendokong konsep ‘Ketuanan Melayu’?.
Di samping itu, selagi Umno terus mempertahankan ideologi lapuk ini bermakna menarik kritikan dan penghinaan dari dunia luar.  Ini tidak dapat dielak, memandangkan penggunaan peralatan komunikasi moden yang mampu membawa berita dan maklumat dengan sekelip mata maka kritikan dari masyarakat antarabangsa sukar untuk dibendung.
Jadi, selepas pulih dari kejutan yang dibuat oleh Wan Azizah, respon mula mencurah datang daripada para pemimpin tertinggi Umno tetapi alasan yang diberi sama ada tidak relevan atau mereka cuba mengelak dari menyentuh isu sebenar dan malah tidak ada yang berani berdepan dengan Wan Azizah.
Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin menyifatkan kenyataan tegas daripada Wan Azizah itu sebagai langkah "menyelamatkan kapal yang sedang tenggelam" dan mengembalikan sokongan orang ramai selepas pepecahan dalam pemilihan parti PKR.
Menteri Pertahanan dan Naib Presiden Umno Zahid Hamidi pula berkata Wan Azizah "cuba mengalihkan perhatian rakyat dari masalah serius dalam partinya."
Beliau berkata PKR mahu mengambil hati masyarakat Cina dan India bagi mendapatkan sokongan mereka pada pilihan raya umum akan datang.  Sekali lagi, beliau mengelak dari menyentuh isu ‘Ketuanan’.
Kerja kotor Perkasa
Seperti yang dijangka, kerja kotor ini dilemparkan kepada sayap ultra rasis Umno, Perkasa untuk menjawabnya.  Ketua Pemudanya Arman Azha Abu Hanifah menyerang Wan Azizah dengan menyifatkan beliau sebagai "pelacur politik."
Beliau berkata beliau (Wan Azizah) dan pemimpin Melayu PKR yang lain terhutang budi kepada dasar ‘Ketuanan Melayu’ atas pencapaian profesional mereka dan sekarang ini mereka telah mengkhianati bangsa Melayu semata-mata untuk mendapatkan sokongan orang Cina dan India.
Lebih menarik, sikap kurang ajar dan tidak sensitif yang diperlihatkan Arman dengan menghentam para pemimpin Melayu yang lain menjustifikasikan seruan Wan Azizah untuk menolak mentaliti ‘Ketuanan Melayu’ bagi memulih semula penghormatan dan harga diri bangsanya.
Kenyataan beliau menyifatkan Wan Azizah sebagai "pelacur" merupakan satu penghinaan terhadap bangsanya sendiri.
Kenyataan beliau bahawa orang-orang Melayu tidak mampu mencapai kemajuan tanpa mendapat layanan istimewa disebabkan bangsa merupakan satu lagi penghinaan terhadap bangsanya sendiri.

Baru Bian: Sentimen rakyat Sarawak kini lebih hangat berbanding tahun 1987

Pilihan raya negeri Sarawak pada tahun 1987 sememangnya igauan Barisan Nasional, menyaksikan bagaimana kebangkitan rakyat, terutamanya Dayak yang hampir menjangkau ambang untuk menggulingkan kerajaan BN di bumi kenyalang ini.
"Pada tahun 1987, sentimennnya DayakismDayakism sangat hangat, menjadi tema, isu kempen.  Sekarang ini bukan lagi Dayakism.  Sekarang ini adalah keadilan.  Sekarang ini adalah tentang tanah adat, yang memberi kesan bukan hanya kepada orang Dayak, tetapi Melayu dan juga orang Cina dalam perkara pembaharuan lesen.  Yang ini kalau kita banding dengan...bagi saya dua tiga kali panas daripada 1987, pada isunya."
Begitulah keyakinan yang ada pada Pengerusi Perhubungan PKR Sarawak, Baru Bian (gambar kiri) dalam satu wawancara bersama MerdekaReview pada 26 November 2010, di Hotel Armada sebaik sahaja beliau mendarat di Selangor untuk menghadiri Kongres Nasional PKR yang berlangsung pada hari keesokannya.
Malah, beliau mengingatkan, "Kalau rakyat yang ingin berubah, anda tidak dapat menghentikannya." Dan mungkin itu sebabnya tema kempen Pakatan Rakyat kini berbunyi "Berubahlah, just change", katanya. 
Dalam pilihan raya negeri Sarawak pada tahun 1987, Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) memenangi 15 kerusi DUN, ditambah 5 kerusi dari PERMAS, melalui pakatan yang bergelar Kumpulan Maju.  Daripada jumlah 48 kerusi DUN, BN yang terdiri daripada PBB (14), SUPP (11) dan SNAP (3) hanya memperolehi 28 kerusi.  Dengan kata lain, majoriti 2/3 BN di DUN Sarawak telah dinafikan.
Untuk Baru Bian, kuasa menumbangkan kerajaan BN di negeri Sarawak kini berada pada kemuncaknya dengan segala syarat yang sedia ada.  Dari segi persefahaman di kalangan pembangkang, Pakatan Rakyat merupakan pakatan parti politik yang paling kukuh berbanding segala bentuk kerjasama pembangkang yang lalu.  Dari segi penyebaran maklumat, kemudahan telekomunikasi seperti telefon bimbit, internet, malah stesen radio yang lebih bebas, digunakan sepenuhnya untuk menangkis serangan jentera perintah kerajaan.
Antara harapan dengan realiti
Sememangnya, politik ada kalanya ditentukan angka.  "Harapan" Baru Bian diuji dengan statistik sebermulanya wawancara ini.  Dalam pilihan raya negeri Sarawak pada tahun 2006, BN memenangi 62 daripada 71 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri.  Malah dalam PRU ke-12 pada 8 Mac 2008, pembangkang (DAP) hanya menang satu kerusi parlimen di Kuching (gambar bawah, kanan), daripada 31 kerusi parlimen, sebelum PRK Sibu pada Mei 2010 yang menambah satu lagi kerusi (gambar bawah, kiri).  Lebih-lebih lagi, sebanyak enam kawasan parlimen BN dimenangi dengan majoriti lebih 10 ribu undi, biarpun dilanda "tsunami politik" di Semenanjung.
"Bagi kita, yang selalu dikatakan dalam politik tidak ada sesuatu yang mustahil (impossible).  Kita boleh menoleh ke belakang dan tengok apa yang telah terjadi dalam tahun 2006 pada peringkat negeri, dan tahun 2008 bagi parlimen," katanya.
"Saya berpendapat, saya haraplah, apa yang sudah jadi, khasnya dengan keputusan tahun 2008 itu... Sekarang ini saya berpendapat, setelah lawatan kita di akar umbi, kita merasa satu sentimen yang agak kuat, menghendakkan satu perubahan.  Ini adalah satu sentimen yang luar biasa sejak 8 Mac 2008," sambung Baru Bian.
Baru Bian semestinya menyedari bahawa "harapan besar" tanpa digalas "kerja akar umbi", hanya tinggal "retorik" semata-mata.  Beliau yang dikempenkan sebagai "bakal Ketua Menteri Sarawak" di laman facebook, dipersoalkan sejauh manakah persiapan PR ke arah pengambil-alihan kerajaan negeri Sarawak.
Sejauh manakah persiapan PR?
Beliau bersetuju bahawa calon pilihan raya perlu turun untuk bekerja bersama rakyat di akar umbi, untuk meraih kepercayaan dan sokongan penduduk tempatan.  Usaha sedemikian semestinya memakan masa.  Pendek kata, ia mungkin terlalu lewat untuk mendapat sokongan penduduk seandainya calon dikenalpasti pada saat-saat terakhir.  Persoalannya, sejauh manakah PR bersiap-sedia dalam isu rundingan pengagihan kawasan pilihan raya?
"Tentang pengagihan konsituensi, sekarang ini kita sudah bermesyuarat dengan Pakatan Rakyat.  Dua kali sudah.  Dalam mesyuarat itu, kita sudah bersetuju dengan kira-kira 90% kerusi ataupun konsituensi DUN di Sarawak.  Hanya sedikit, mungkin 10% daripada 71 kerusi itu belum lagi disetujui.  Itu kita sudah serah kepada pemimpin kita di Kuala Lumpur, PR Presidential Council untuk kita terus berbincang," jawapnya.
Ketika ditanya sama ada "calon telah dikenalpasti", Baru Bian sekadar berkata beliau percaya nama calon untuk parti masing-masing telah disenaraikan, namun perlu dibincang, dikaji sebelum membuat keputusan.  MerdekaReview mempersoalkan, beliau bersetuju bahawa calon perlu membuat persiapan awal untuk bekerja bersama penduduk untuk meraih sokongan, tetapi pada masa yang sama, calon PR masih belum dikenalpasti - pada saat-saat Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud sudah mendapat ilham tentang tarikh pilihan raya negeri akan datang...
"Ya betul!  Itu betul.  Tetapi itu tidak bermaksud di semua konsituensi itu ada dua, tiga, (atau) empat orang.  Ada juga konsituensi yang obvious (nyata), di mana satu sahaja calon yang kita ada.  Ada di tempat lain mungkin dua, ada juga tiga (orang).  Itu biasa.  Tapi kita menggalakkan mereka untuk bekerjasama, untuk menjalankan aktiviti bersama-sama di kawasan mereka itu.  Dan akhirnya siapa yang patut (bertanding)... kita anggap yang boleh menang, itulah calon kita!"
Berhubung "Autonomous"
Selain "angka", "sentimen" cukup penting untuk menentukan iklim politik.  "Autonomous", antara sentimen yang dimainkan di Malaysia Timur.  Dalam PRK Batu Sapi baru-baru ini, "Sabah untuk orang Sabah" menjadi slogan yang dilaungkan oleh SAPP; ketika PRK Sibu pula, SUPP menuduh DAP membawa politik kucar-kacir dari Semenanjung ke Sarawak.
Apakah sentimen ini masih menebal, sehingga gagal ditembusi parti-parti politik dari Semenanjung?
"Bagi kita di PKR-Pakatan Rakyat, ini tidak menjadi masalah yang besar.  Itulah sebab kita masuk bersama-sama dengan PR ataupun PKR.  Kerana kita mengaku dan bersetuju, bahawa Sabah dan Sarawak harus bersatu dengan Semenanjung.  Dan parti politik di Sabah-Sarawak harus bekerjasama dengan parti politik di pusat, Kuala Lumpur."
Beliau menyambung, "Kerana ini adalah sangat penting.  Penting kerana kalau kita nak autonomous, dan kita tidak ada kuasa di pusat, kita akan menghadapi masalah yang besar.  Misalnya, di Sabah dahulu bila PBS (Parti Bersatu Sabah) menjadi perintah negeri, dan di pusat dia tak ada kuasa.  Kerana itu banyak perkara yang tidak boleh diteruskan.  Visi-visi kita, dasar yang mungkin nak dilaksanakan, tidak dapat dilaksanakan."
Baru Bian menganggap isu ini skadar "persepsi" yang ditimbulkan melalui kempen BN, malah parti komponen BN di Sarawak kini menyerang PKR sebagai parti politik yang bukan tempatan atau Timur, tetapi dari Semenanjung.
"Tetapi, kalau kita tengok mereka juga...Walaupun PBB adalah parti Sarawak, mereka ini adalah dalam Barisan Nasional.  Ada bekerjasama dengan UMNO, dengan MCA, dengan Gerakan, dengan parti di Semenanjung," beliau kemudian menegaskan, "Semenanjung atau Timur dalam politik tidak bermakna bagi saya, bagi yang dalam PKR ini - kalau parti politik itu tidak memperjuangkan dan mempertahankan hak kita di Sabah dan Sarawak."
Beliau mempersoalkan, "Apakah ertinya?  Tidak ada maksud walaupun parti politik itu dari Sabah dan Sarawak tetapi tidak berani dan tidak mampu mempertahan dan memperjuangkan hak kita.  Tidak ada ertinya!"
"Kalau parti politik dari Semenanjung dan dia faham masalah kita di Sabah-Sarawak, dan memberikan kuasa itu dan mempertahankan hak-hak itu, tidak ada masalah.  Ini adalah satu kempen, strategi BN di Sarawak supaya orang tempatan, orang Sabah dan Sarawak tidak menyokong PKR," jelasnya.
Ketika ditanya, Baru Bian berharap strategi BN ini tidak berkesan, sebaliknya bertekad untuk membawa mesej ini ke peringkat akar umbi untuk menangkis kempen BN.  Pengamatannya cukup memberangsang buat dirinya, "Bagi pengalaman saya, dalam perjalanan saya ke kawasan-kawasan di seluruh Sarawak, mereka ada perubahan.  Kerana sekarang ini mereka pun tahu, bahawa di Semenanjung sejak Mac 2008, terdapat lima negeri yang sudah tumbang (dikuasai Pakatan Rakyat).  Dan ada perubahan.  Di kawasan saya misalnya, orang tua-tua, orang kampung pun sekarang mengatakan ini lain.  Kita boleh menubuhkan satu kerajaan yang baru.  Jadi, ia mengubah persepsi itu."
"Kerana itu, mereka anggap ini sesuatu perkara yang boleh diteruskan, boleh dilaksanakan di Sarawak.  Jadi, saya tak lihat itu sebagai masalah, tetapi, sekali lagi kita perlu terus membawa mesej ini ke akar umbi."
"Rakyat sedar punca masalahnya BN"
Baru Bian menceritakan bagaimana lawatan Menteri Besar mahupun Ketua Menteri Pakatan Rakyat, misalnya Khalid Ibrahim, Lim Guan Eng dan lain-lain ke Sarawak memberi impak yang besar terhadap penduduk tempatan.  Malah, kehadiran pemimpin PAS ke Sarawak turut membuka pandangan penduduk Sarawak, apabila menjelaskan pendirian mereka dalam isu agama.
MerdekaReview berkongsi maklum balas yang diterima daripada sesetengah rakyat Sarawak, di mana mereka dipropagandakan untuk mempercayai bahawa "kacau-bilau" dalam politik sebenarnya ditimbulkan dari Semenanjung, khususnya PAS dalam isu agama, mengambil contoh penggunaan kalimah Allah.
Baru Bian, seorang Dayak yang menganuti agama Kristian melontarkan pandangan sebaliknya.  "Tidak, sebenarnya ini adalah satu isu yang saya tahu mendalam, sebagai seorang Kristian di Sarawak.  Dia timbul kerana BN.  Mereka tahu ini bukan isu yang ditimbulkan PAS, tetapi BN atau perintah sekarang ini."
Beliau berkata, keterangan diberikan kepada rakyat selepas kes penggunaan kalimah Allah dibawa ke mahkamah.  Malah, Pesuruhjaya PAS di Sarawak telah mengulangi pendirian baru-baru ini, bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan muslim.
"YB BN, wakil rakyat kita dari golongan Kristian misalnya, tidak berani membuat pendirian dalam isu ini.  Dan mereka sekarang faham bahawa ini adalah satu dasar perintah sekarang, BN-UMNO," kata Baru Bian.