Khamis, 2 Disember 2010

Eishhhh Biaq betoi Chegubard..???

Terkini Chegubard akan tinggalkan PKR?

Badrul Hisham Shaharin yang tewas dalam saingan merebut jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) enggan mengulas desas-desus mahu meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) atas alasan kecewa dengan proses pemilihan yang dikatakan tidak demokratik dan cacat.

“Bab itu (desas-desus mahu meninggalkan parti) saya tak nak komen dulu,” kata Badrul Hisham atau yang dikenali sebagai “Chegubard” menerusi laman sosial Facebooknya.

Badrul Hisham mengambil sikap berdiam diri apabila sesawang Umno-Reform mendakwa beliau akan meninggalkan PKR dalam masa terdekat.

“Saya pilih untuk diam diri dulu status saya dan hubungan politik kepartian,” kata beliau lagi.

Bagaimanapun Badrul Hisham bercadang untuk memberi respons pagi Isnin ini iaitu sehari selepas himpunan protes ke atas Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan kerajaan pusat mengenai isu kenaikan tarif air.


Ia dianjurkan oleh kerajaan negeri Selangor.

“Isnin (selepas) Subuh kenyataan rasmi akan dibuat, kalau tak tidur lokap (pada) 5 (Disember) malam ha ha ...,” ujar Badrul Hisham lagi.

Badrul Hisham yang juga pengasas dan pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) - pertubuhan tak berdaftar - turut mengulangi iltizam politik menyokong inisiatif kerajaan negeri Selangor melancarkan perhimpunan aman Ahad ini.

Umno-Reform Selasa lalu melaporkan desas-desus tersebut timbul kononnya ekoran tindakan Badrul Hisham, yang membuat laporan mengenai kepincangan dalam pemilihan PKR baru-baru ini, tidak menghadiri Kongres Nasional Ketujuh Jumaat lalu.

Ia turut melaporkan Badrul Hisham menolak tawaran serta janji politik untuk memegang jawatan tertinggi dalam parti seperti dirujuk pada ucapan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Satu sumber memberitahu bahawa bekas Ketua AMK Senator Ezam Mohamad Nor pernah mempelawa Badrul Hisham memandangkan mereka pernah bersama-sama dalam AMK dan pertubuhan bukan kerajaan Gerakan Anti Rasuah dan Korupsi Malaysia (Gerak).

Namun sumber tersebut memberitahu The Malaysian Insider, jawapan muktamad bergantung pada Badrul Hisham sendiri pada Isnin depan.

Dalam pada itu, Badrul Hisham berkata, SAMM telah memutuskan akan bersama dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dalam satu himpunan aman bagi mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi memohon campur tangan baginda dalam isu hak air rakyat Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“SAMM sudah bertemu dengan pihak penganjur bagi untuk bersama memastikan himpunan aman ini lancar.

“Sekurangnya 50 orang ‘marsyal demo’ yang berpengalaman akan diturunkan bagi memastikan kelancaran dan mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

“Mereka ini berpengalaman sejak 1998, mereka ini terdiri dari yang pernah mengendalikan himpunan Bersih, Kesas dan lain-lain.

“Difahamkan seperti biasa unit sukarelawan merah (unit amal) akan menjadi petugas utama dalam acara tersebut. Maka petugas SAMM akan menbantu dan bergabung dengan mereka,” kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Badrul Hisahm berkata, SAMM juga menyeru semua anak muda untuk turun bersama atas semangat ketuanan rakyat mempertahankan hak asas.

“Ini juga kali pertama dalam sejarah himpunan anjuran kerajaan negeri,” katanya lagi - TMI

Foto-foto Eksklusif Peninggalan Rasulullah SAW

Bila kita berjauh jarak dengan yang terkasih Muhammad Rasulullah. Kita hanya dapat menemuinya melalui do’a-do’a yang kita lantunkan, memohon syafa’at Nabi untuk keselamatan kita di akhirat dari pedihnya azab neraka, tidakkah foto-foto berikut ini mengubati kerinduan kita yang sangat dalam kepada Nabi Tercinta, Kekasih Allah, peribadi mulia yang menjadi rahmat sekalian alam??

Ratusan orang menitiskan air matanya setelah menatap langsung baju beliau yang bersahaja dan sudah robek, sandal beliau, keranda beliau yang tak terhalang apapun. Allahu Akbar … serasa dekat denganmu ya Rasulullah … Andai aku dapat melihat wajahmu, lemah segala persendianku, tak tahan dengan kenikmatan memandang kemuliaan wajahmu… Allahumma solli ‘ala sayyidina Muhammad ….

(Foto-foto ini kebanyakan adalah koleksi yang tersimpan dari berbagai tempat di beberapa negara: Museum Topkapy di Istambul Turki, Yordania, Irak dan negara-negara Timur Tengah lainnya. Selamat merasakan kelezatan menatap peninggalan-peninggalan ini. Semoga kerinduan kita semakin memuncak kepada Nabi Agung, kekasih Allah …)


Allahumma solli ‘ala sayyidina wa maulana Muhammad Solallahu ‘Alaihi Wassallam …


the-blessed-shirt-of-prophet-muhammad-saw

The Blessed Shirt of Prophet Muhammad SAW
(Baju gamis Nabi SAW yang lusuh dan robek-robek.
Ya Allah … betapa sederhananya baju sang pemimpin dunia yang suci nan agung ..!!)


the-blessed-shirt1-of-prophet-muhammad-saw

The Blessed Shirt of Prophet Muhammad SAW
(Bagian dari baju gamis Nabi SAW yang sudah sobek)


jubah-rasulullah1

Jubah Nabi Muhammad, Rasulullah SAW


blessed-seal-of-rasool-allah-saw1

The Blessed Seal of Rasulullah SAW (Cap surat Nabi SAW)


copy-of-the-blessed-bowl-of-prophet-muhammad-saw

Mangkuk tempat minum Rasulullah SAW

picture1.jpg

Kunci Ka’bah Masa Nabi Muhammad SAW



the-blessed-foot-print-of-rasool-allah-saw

jejak-kaki-nabi

Jejak Kaki Rasulullah SAW



blessed-hair-of-rasool-allahsaw


rambut-nabi

Beberapa helai rambut Rasulullah SAW



gigi-dan-rambut1

Peninggalan gigi dan rambut Nabi. Itu giginya jelas ya?

a




Wadah Kotak Gigi Rasulullah SAW





picture4.jpg

pedang2-nabi-dengan-nama-namanya1

pedang2-nabi-dengan-nama-namanya2

pedang2-nabi-dengan-nama-namanya

Berbagai pedang yang pernah dimiliki Nabi dengan nama-namanya yang digunakan untuk menegakkan ajaran tauhid, ketika orang-orang kafir memerangi Nabi dan dakwahnya sehingga harus mengangkat pedang.





Gagang Pedang “Hatf” Nabi SAW tampak lebih jelasa


busur-panah-nabi

aBusur Panah Nabi SAW





Bendera Rasululullah SAW


a

Ini lebih jelasnya.




Salah satu sorban/tutup kepala Rasulullah SAW




Topi Besi Rasulullah SAW




Baju dan barang-barang Rasulullah SAW


blessed-sandals2-of-rasool-allah-saw

blessed-sandal-of-rasool-allah-saw



Sandal-sandal (terumpah) peninggalan Rasulullah SAW tercinta …


letter-to-nijashi-king-of-habsha

Surat Nabi SAW kepada Raja Nijashi, Raja Habsyah


letter-to-omani-people

Surat Nabi SAW kepada rakyat Oman, Arab Selatan


letter-to-qaiser_e_rome

Surat Nabi SAW kepada Kaisar Romawi abad ke- 7




Surat Rasulullah SAW pada Raja Heraclius


prophets-letter-to-muqauqas-egypt

Surat Nabi SAW kepada Raja Muqauqas, Mesir




Makan Siti Aminah, Ibunda Rasululllah SAW


box-belonging-to-hazrat-fatima-rz

Kotak milik putri tercinta Nabi SAW, Sayyidah Fatimah Az-Zahra R.A.



picture6.jpg

PINTU EMAS MAKAM NABI MUHAMMAD SAW


the-blessed-dust-from-the-tomb-of-the-prophet

The blessed dust from the tomb of the Prophet Muhammad PUBH (Butiran pasir yang diambil dari makam Nabi Muhammad SAW)
-moeflich

Umno mainkan isu yang salah

Lepas satu, satu lagi isu yang yang sengaja dicipta dan diperbesarkan oleh Umno dalam usaha mereka membunuh kesatuan Pakatan Rakyat. Isu terbaru ialah tentang isu TPM berbangsa Cina seperti yang diusulkan oleh Anwar dan disambut oleh Nik Aziz.

Namun mungkin kebanyakan mereka lupa dik kerana terlampau sibuk menjadi Tuan Melayu di Tanah Melayu ini yang perlembagaan negara Malaysia tidak sama sekali menghalang apa bangsa sekalipun menjadi TPM atau Timbalan Perdana Menteri bagi Malaysia. Malah ada pendapat yang mengatakan adalah lebih baik mempunyai perdana menteri dan timbalannya Cina tetapi menghormati perlembagaan daripada Melayu yang menganggap diri sendiri melampauinya.
Umno dilihat memainkan isu yang salah sekiranya mereka meledakkan isu ini dengan niat menawan hati kaum lain selain dari Melayu pada PRU ke 13 nanti. Malah Umno bagai mahu menimbus kebusukan ciptaan Mahathir Mohamad yang dengan sombong dan bongkaknya mengusahakan pindaan perlembagaan pada tahun 1994 bagi "menghapuskan kuasa Agong".
Anwar dalam satu temubual dengan harian berbahasa Cina pada 26 November lepas dilaporkan berkata, Penasihat DAP Lim Kit Siang boleh menjadi timbalan perdana menteri sekiranya Pakatan merampas Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

Rombakan PDRM: 4 negeri dapat ketua polis baru

Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumum rombakan peringkat tinggi yang membabitkan pelantikan ketua polis baru di empat negeri yang berkuatkuasa serta-merta.

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar selepas mesyuarat Suruhanjaya Pasukan Polis (SSP) yang dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein petang ini.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat polis Bukit Aman, Tan Sri Ismail berkata empat negeri yang mendapat ketua polis baru ialah Melaka, Perlis, Terengganu dan Perak.

NONEMereka ialah SAC Datuk Chuah Ghee Lye (Melaka), DCP Datuk Mohd Shukri Dahalan (Perak), SAC Datuk Tajudin Md Isa (Perlis) dan SAC Datuk Jamshah Mustapha (Terengganu).

Sebelum ini, Chuah merupakan komander Unit Udara PDRM) manakala Mohd Shukri adalah ketua polis Terengganu.

Tajuddin pula adalah timbalan pengarah (II) jabatan siasatan jenayah komersial manakala Jamshah merupakan ketua penolong pengarah pengurusan bahagian latihan.

"Beberapa jawatan lain telah diluluskan oleh suruhanjaya lain iaitu ketua jabatan jenayah Selangor, ketua jabatan jenayah Sabah dan beberapa jawatan kosong lain di dalam PDRM.

"Dengan pengumuman ini, barisan yang saya tetapkan ini akan melengkapkan perubahan sejak saya mengambil alih tugas sebagai ketua polis negara," kata Ismail lagi.
Usaha perkukuh PDRM
Dalam kenyataannya, Ismail berkata mesyuarat SSP itu merupakan usaha untuk memperkukuhkan struktur serta perkhidmatan pegawai dan anggota pasukannya, dengan sokongan Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

"Keputusan yang dibuat pada hari ini adalah untuk memastikan PDRM dapat menyusun dan menugaskan pegawai yang sesuai berdasarkan pengalaman masing-masing bagi melaksanakan tugas yang diamanahkan.

"Mesyuarat hari ini juga telah membincangkan langkah-langkah bagi memperkemaskan prosedur dan meperlihatkan ketelusan dalam urusan tatatertib serta disiplin di kalangan anggota PDRM.

"Ini penting bagi menunjukkan keseriusan pihak PDRM dalam mengambil tindakan terhadap anggota dan pegawai yang melakukan salah laku, sekali gus meningkatkan tahap profesional dan kepercayaan anggota masyarakat terhadap pasukan polis," katanya lagi.

PR Telah Hilang Kekuasaan Terhadap Alam Siber..kerana ego dan ujub terhadap kuasa pemimpin pr..!!!

Blogger telah banyak membantu Pakatan Rakyat sewaktu pilihanraya umum 2008 yang lepas dimana akhirnya berlaku tsunami politik yang kemudian berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN.

Ramai YB-YB samada di peringkat parlimen atau DUN dari Pakatan Rakyat telah dapat dinobatkan hasil dari kerja keras para blogger PR ini. Ada yang telah menjadi exco, menjadi ahli parlimen, malah menteri besar!

Tetapi anehnya, mengapakah PR melupakan peranan media reformasi ini?

Akibat daripadanya kini seorang demi seorang blogger PR telah mengundur diri. Sudah hilang blogger-blogger bernama "taranama", "ketuaperusuh", "mimpiboneka" dan lain-lain.

Yang ada pun kini hanya blogger-blogger 100% salin-tampal, pun telah mula berkurangan dan kurang aktif. GB tidak memandang rendah kepada blogger salin tampal ini, malah mengalu-alukan kehadiran mereka, setidak-tidaknya meramai dan menceriakan alam siber ini dengan blogger PR.

Namun kesannya dapat dilihat di dalam pilihanraya kecil mutakhir ini dimana PR semakin kalah dan tren kekalahan tersebut nampaknya akan berterusan. Kuantiti merosot begitu juga kualiti blogger PR turut merosot.

Ini diperburukkan dengan sikap SYOK SENDIRI blogger dan forummer dan ahli PR sendiri yang "merasa diri amat kuat" dan merasakan "rakyat masih menyokong kita" sedangkan apa yang berlaku adalah disebaliknya.

Hal ini perlu disedari segera.

Sebuah blog iaitu cenangau telah bersusah payah melakukan kerja-kerja menyenaraikan topblog Pakatan Rakyat. Jadi kita sangkakan bahawa blog PR masih menguasai alam siber sedangkan hakikatnya blogger PR sudah tewas dengan blogger mesra kerajaan (baca: UMNO)!!

Malah dari segi bilangan pun jumlah blogger mesra PR sudah kurang berbanding dengan blogger pro-UMNO.

Dan anihnya belum ada sebarang usaha positif dari pihak pimpinan PR sendiri untuk membantu membetulkan semula keadaan ini.

Perjuangan alam siber yang dahulunya dikuasai oleh blogger PR, kini sudah berjaya dirampas oleh blogger UMNO. Kisah Bukit Uhud berulang. Apabila masing-masing pimpinan PR merebut ghanimah di bawah bukit untuk membuncitkan perut, yang tinggal hanyalah blogger-blogger yang kurus kering yang masih setia dengan perjuangan. Tapi kerana kurus kering, akibatnya musuh berjaya merampas Bukit Uhud, dan awas PR akan kalah teruk di dalam pilihanraya akan datang ini jika berdasarkan kepada peristiwa Bukit Uhud itu.

Dahulu GB ada dengar seorang Menteri Besar ingin menubuhkan satu tabung untuk para blogger PR. Tapi ia hanya janji kosong yang sehingga kini tidak menjadi realiti.

Ketua Umum PR tak payah kita nak sentuh lagi. Ia hanya perjuangan untuk keluarga dan kroni. Pemilihan parti yang baru lalu penuh dengan penipuan untuk mengangkat kroni dan keluarga. Pun tak mahu diakui. Masih nak pertahankan kejelekan penipuan dengan pelbagai alasan.

Pimpinan PAS dan DAP pula hanya menjadi penumpang-penumpang dalam arus perjuangan alam siber. Lansung tidak pernah ada dalam agenda di dalam parti-parti ini untuk menghargai, membantu dan memertabatkan blogger.

Di dalam forum-forum portal mesra PR dan para blogawan penyokong PR, perjuangan PR tampak semacam cukup hebat. Tetapi apabila dibawa ke gelanggang pilihanraya, PR kalah. Terbeliak mata masing-masing tetapi lansung tiada siapa pun melakukan post-motem mengapa berlaku fenomena kekalahan sekalipun blogger dan forummer telah cukup hebat memainkan peranan.

Di pihak pula, selain dari sindrom syok sendiri, blogger PR juga terjebak dengan sindrom penafian dan sindrom mengampu berlebihan.

Blogger khuatir dan takut untuk mengkritik. Kerana takut menjadi sasaran caci maki pembaca yang terdiri dari penyokong tegar PR. Akibat dari itu penyakit-penyakit dan segala kekotoran PR disapu ke bawah karpet. Tersuratnya cantik sedangkan tersiratnya terlalu kotor dan meloyakan.

Telah berulangkali GB katakan, zaman ini ialah zaman walking the talk. Zaman rakyat melihat apa yang kamu boleh sumbangkan untuk rakyat, untuk negara. Tapi apa yang berlaku pemimpin-pemimpin PR masih leka degan kaedah semalam, masih terkepung dengan teknik talking the talk, terkongkong dengan kesempitan minda lantaran malas untuk belajar, malas untuk berkhidmat, malas untuk memperbaiki kualiti diri dan parti. Masih ramai YB yang masih tidur lagi, walau ada diantaranya bergelar PhD.

Perhatikan betul-betul kedudukan ranking yang dilampirkan. Tren yang ada menunjukkan bilangan blogger PR semakin mengecut dan kualitinya semakin menurun. Ia petanda yang amat buruk - dan merupakan satu anti-klimaks terhadap kegemilangan PR.

Di alam siber ini, masih ramai pula yang bermimpi kononnya jika pilihanraya esok, PR akan memerintah katanya. Sama seperti melonjaknya perasaan akibat dari berita-berita muluk dipersembahkan oleh para blogger PR sepanjang kempen pilihanraya Galas dan batu Sapi. GB telah menduga kekalahan lebih awal sekalipun GB juga berusaha, bekerja dan berdoa untuk kemenangan PR.

Jika senario ini tidak berubah, usah mimpi untuk menang di dalam pilihanraya yang akan datang ini.

Halang Syabas: Jika tidak air Selangor lebih mahal daripada Singapura

SHAH ALAM, 2 Dis - Sekiranya rakyat Selangor membenarkan diri mereka diperlakukan sewenang-wenangnya oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), yang disokong sepenuhnya oleh Kerajaan Pusat, maka tidak mustahil harga air di negeri ini akan menyamai atau melebihi harga air di Singapura.

Demikian kata Ahli Jawatankuasa, Mohamad Sabu dalam taklimat, ‘Kembalikan Hak Air Rakyat Selangor’ malam tadi, sambil mengingatkan rakyat di Selangor, agar tidak membenarkan perkara seumpama itu berlaku kerana air adalah keperluan awam, dan tidak wajar dikawal oleh pihak berkepentingan.

“Dengan keadaan itu, air di Selangor barangkali sama atau lebih mahal daripada air di Singapura,” kata Mohamad kepada kira-kira 400 penduduk di Batu Tiga Shah Alam.

Mohamad Sabu yang juga Ahli Lembaga Pengarah Pembekalan Air di Pulau Pinang, turut mengingatkan rakyat Selangor agar tidak terus-terusan diperkotak-katikkan oleh Kerajaan Persekutuan dan syarikat kroninya, Syabas dengan fakta-fakta yang sengaja diada-adakan.

Beliau juga mahu rakyat Selangor memahami siapa sebenarnya yang mendapat keuntungan daripada penswastaan air di Selangor, dengan membandingkan gaji Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) konsesi air di negeri ini dengan Pulau Pinang.

“Saya bagi tahu Ketua Menteri Pulau Pinang, CEO Syabas, gajinya RM425 ribu sebulan. Ertinya, 40 kali ganda daripada CEO air di Pulau Pinang. Dan sudah tentulah berkali-kali ganda daripada gaji Perdana Menteri, menteri-menteri, dan yang paling tinggi lebih daripada gaji dan elaun Yang di-Pertuan Agong.

Menurut Mohamad lagi, kerajaan negeri Pulau Pinang mengambil pendekatan mesra rakyat dengan tidak menaikkan harga air, namun hanya mengenakan surcaj kepada pengguna domestik yang menggunakan iar melebihi kadar sepatutnya bermula 1 November lalu.

Bahkan, tanpa menaikkan harga air sebelum ini, syarikan pembekalan air di negeri berkenaan berjaya meraih keuntungan di antara RM20 hingga RM24 juta setahun.

Namun di Selangor pula, situasinya berbeza kata Mohamad, apabila industri air yang diswastakan sejak puluhan tahun lalu dijadikan lubuk kepada pihak tertentu
untuk meraih keuntungan berlipat ganda.

“Hebat tidak hebat Syabas ini, walaupun berhutang dengan pelbagai agensi lebih kurang RM6 bilion, tetapi masih boleh membayar gaji CEO nya sebanyak RM425 ribu sebulan dengan pelbagai bonus lain yang diberi kepada orang-orang atas yang berada di Syabas,” kata beliau.

Justeru Mohamad Sabu menyeru seluruh rakyat Selangor, segera bertindak menghapuskan sistem monopoli terhadap industri air di Selangor dengan bersama-sama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Ahad ini untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Beliau juga menasihati rakyat supaya tidak takut dengan sebarang tindakan kerana katanya, perhimpunan aman adalah sesuatu yang dibenarkan, merujuk kepada
kesnya dalam dakwaan menyertai perhimpunan awam yang dianjurkan oleh Gabungan Pilihan Raya bersih dan Adil (Bersih) sebelum ini.

“Polis menangkap orang di kawasan masjid bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia. Oleh itu, tuan-tuan dan puan-puan, tidak perlu takut kerana kita bukan pergi untuk bergaduh dengan sesiapa, tetapi kita pergi dengan cara paling aman, paling tenteram, kerana hendak sampaikan hasrat penduduk Selangor,” tambah Mohamad lagi.

Sementara itu ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, tindakan Umno-Barisan Nasional (BN) menswastakan air di Selangor merupakan satu perbuatan yang menzalimi rakyat.

“Itulah sebabnya kita membantah kerana kita tahu keputusan Umno-BN menswastakan air ini merupakan satu tindakan yang zalim,”katanya.

Justeru tambahnya, walaupun kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat (Pakatan) berusaha keras untuk menyelesaikan masalah dengan menawarkan membeli syarikat konsesi air tesebut dengan bayaran lumayan dan membatalkan perjanjian konsesi sebelum ini, Syabas menolaknya dan tindakan tersebut disokong oleh Kerajaan Persekutuan.

Malah Syabas juga tidak berpuas hati setelah kerajaan negeri berjaya menghalang kenaikan 37 peratus harga air pada tahun lalu.

“Dia akan gunakan isu konsesi air ini untuk ugut rakyat Selangor. Kata kalau kerajaan BN memerintah, kita akan serahkan konsesi air ini balik kepada kerajaan negeri tapi kalau Pakatan, tidak,” tambahnya lagi.

Sejarah ciptaan Dr Mahathir.

Aspan Alias


Kepada penggiat politik yang masih berhingus masa itu tentunya tidak ingat dengan sejarah hitam semasa itu. Isu ii diperbesarkan oleh orang Melayu dalam UMNO yang mengampu pimpinan semasa itu dan tidak kedengaran semasa itu kritikkan kepada Raja-Raja Melayu dilakukan oleh bangsa lain.

UMNO telah melakukan penghinaan kepada Raja-Raja Melayu tanpa sempadan dan media letronik dan cetak telah memberikan sokongan agar Raja-Raja Melayu ditamatkan riwayat kewujuddan mereka. Ini sejarah yang begitu baru dan pada siapa yang berumur sebaya atau lebih tua daripada saya tidak akan mampu melupakan insiden hitam yang dihadapi oleh Raja-Raja Melayu sewaktu itu.





Aspan Alias. Subang Jaya, Selangor, Malaysia.





YB Bayan Baru Zaharin Hashim mencadangkan supaya supaya gelaran yang dianugerahkan kepada Anwar Ibrahim ditarik balik oleh mana Raja-Raja Melayu yang telah menganugerahkan gelaran-gelaran kepada Anwar dahulu. Zaharin telah menuduh Anwar mempersoalkan isu ketuanan Melayu didalam perhimpunan agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini. 





Zaharin menganggap Anwar tidak wajar menyimpan gelaran kerana tidak bersama membina apa yang dihebohkan oleh pemimpin Melayu yang beretorik tentang ketuanan Melayu. Zaharin menempelak Anwar kerana kononnya PKR tidak mahu bersama memperjuangkan ketuanan Melayu dan oleh sebab itu segala gelaran yang diterima Anwar wajar ditarik balik.





Media perdana telah memberikan liputan cadangan Zaharin ini dan Anwar telah menjawab yang itu adalah anugerah Tuanku-Tuanku yang berkaitan dan beliau tidak pernah merayu dan mengemis untuk mendapatkan gelaran-gelaran tersebut.

Bagi saya samada gelaran itu ditarik balik atau dikekalkan bukanlah menjadi isu tetapi saya mengambil persepsi yang Zaharin membuat kenyataan ini semata-mata kerana perasaan peribadinya terhadap Anwar semata-mata. Pada hal Zaharinlah yang menjunjung Anwar semasa gerakkan reformasi dan seterusnya mendapat tempat diDewan Legislative dan sekarang digelar Yang Berhormat.

Saya bukan hendak mempertahankan Anwar kerana saya sendiri tidak ada perasaan apa-apa terhadap pemimpin ini kerana Anwar bukanlah pemimpin yang saya kagumi. Tetapi apa yang saya persoalkan ialah Zaharin bukannya berkata-kata kepada landasan kejujuran tetapi oleh kerana ‘persona non grata’ beliau terhadap Anwar sahaja. 

Kalau isu kelalaian Anwar terhadap bangsa Melayu mewajarkan gelaran ditarik balik, maka hampir kesemua pemimpimpin UMNO sepatutnya ditarik gelaran Datuk Seri, Datuk, Tan Sri dan sebagainya. Zaharin sepatutnya menyarankan gelaran kepada Dr Mahathir dilucutkan kerana beliau mengepalai barisan pimpinan UMNO (Baru) menghina Raja-Raja Melayu semasa krisis prlembagaan yang dicetuskan oleh UMNO yang diketuai oleh Dr Mahathir serta Ghaffar Baba pada tahun 1993 dahulu.

Semasa itu Perlembagaan Persekutuan telah melarang Raja-Raja Melayu diipersoalkan samada didalam Dewan Legislative atau diluar Dewan. Jika dilanggar individu-individu yang terlibat boleh dipenjara ‘mandatory’. Menghina Raja-Raja itu adalah penghinaan kepada orang Melayu dan isu itu patut disebut oleh Zaharin. Kenapa hanya Anwar dipersoalkan?

Kalau dibuat intrepitasi mengikut Perlembagaan Persekutuan Dr Mahathir, Anwar, Ghaffar Baba, Najib Tun Razak, Hj Khalid Yunus, Isa Samad, Anwar Musa dan terlalu ramai yang lain sepatutnya telah dipenjarakan dan ditarik semua gelaran kebesaran masing-masing semasa krisis cetusan UMNO (Baru) itu sedang hangat didebatkan oleh setiap lapisan masyarakat semasa itu.

Kepada penggiat politik yang masih berhingus masa itu tentunya tidak ingat dengan sejarah hitam semasa itu. Isu ii diperbesarkan oleh orang Melayu dalam UMNO yang mengampu pimpinan semasa itu dan tidak kedengaran semasa itu kritikkan kepada Raja-Raja Melayu dilakukan oleh bangsa lain.

UMNO telah melakukan penghinaan kepada Raja-Raja Melayu tanpa sempadan dan media letronik dan cetak telah memberikan sokongan agar Raja-Raja Melayu ditamatkan riwayat kewujuddan mereka. Ini sejarah yang begitu baru dan pada siapa yang berumur sebaya atau lebih tua daripada saya tidak akan mampu melupakan insiden hitam yang dihadapi oleh Raja-Raja Melayu sewaktu itu.

Pemimpin-pemimpin kita yang besar dan yang kecil semasa itu telah lupa daratan dan mereka seolah-olah tidak lagi memerlukan institusi Raja-Raja Melayu dan ramai yang bertempik dan bersorak mengkritik Raja-Raja Melayu didalam akhbar-akhbar perdana dan media letronik. Kepada sesiapa yang mushkil dengan kata-kata saya ini elok pergi keArkib Negara dan bacalah setiap berita yang tertulis didalam dada akhbar pada tahun 1993 dan saudara akan terbaca semua yang saya katakan tadi.

UMNO (baru) bersikap lebih buruk dari sikap British Malayan Union yang cuba untuk menurunkan martabat bangsa Melayu dengan mencemuh Raja-Raja mereka. Kalau Malayan Union itu adalah dari kaum Inggeris cuba untuk merendahkan mertabat Raja-Raja Melayu, UMNO (B) pula adalah dari rakyat yang hampir kesemuanya Melayu yang cuba untuk menjatuhkan institusi Raja-Raja Melayu mereka sendiri.

Walaupun pindaan terhadap perlembagaan yang bersabit dengan Raja-Raja tidak dibenarkan namun UMNO tetap memindanya dan itu merupakan penghinaan kepada bangsa Melayu. Semua yang mencadangkan pindaan itu adalah orang-orang yang telah mendapat gelaran dari Raja-Raja dan Zaharin patut mengeluarkan segala-galanya jika benar beliau serius untuk memperjuangkan apa yang kikatakan sebagai ketuanan Melayu.

Jika Zaharin tidak bersikap ‘limau masam sebelah’ elok beliau diberitahu bahawa Fasal 159(5) dan 181(2) telah di’repeal’ oleh UMNO pimpinan Mahathir dan ini merupakan ancaman gila yang tidak ada tolok bandingnya terhadap institusi Melayu yang unggul itu.

Tetapi UMNO mudah lupa; dalam krisis diPerak baru-baru ii UMNO telah menggunakan kuasa yang sikit-sikit berbaki kepada Sultan Perak untuk mengambil alih kerajaan pilihan rakyat dari PR. Barulah sekarang, apabila sudah terdesak UMNO mahu menerima kenyataan yang institusi Raja itu penting. 

Sejak dari itu UMNO tidak mahu lari dari berlindung dicelah ketiak Raja Melayu. Bagi sekumpulan kecil dalam UMNO yang tidak bersetuju dengan tindakkan UMNO itu hanya mampu mendiamkan diri sahaja semasa itu tanpa berdaya melakukan sesuatu kerana semasa itu semua ahli-ahli UMNO haya bangun untuk membodek Dr Mahathir bagi kepentingan politik jangka pendek mereka.

Kami bersedih dan terkilan dengan penghinaan yang dilakukan oleh kepimpinan UMNO semasa itu. Semasa itu kami hanya berdoa agar Tuhan memberikan petunjuk terhadap kepimpinan yang sesat barat itu kembali kejalan yang benar. 

Alhamdulillah, UMNO sudah sedar tentang pentingnya Raja-Raja Melayu, walaupu hanya setelah mereka hampir mati oleh tindakkan mereka sendiri. ‘BUT, it’s better late than never’ bak kata perbilangan Inggeris yang semua orang tahu.

Sesungguhnya sangat seronok membaca sejarah cetusan Dr Mahathir ini. Masalahnya saya tidak pandai menulis buku. Kalaulah saya seorang penulis buku sejarah, topik ini merupakan topik yang paling utama bagi saya supaya anak muda yang akan datang faham bahawa kita adalah orang Melayu yang telah dipunah ranahkan oleh pemimpin mereka sendiri.

Anwar Lantikle Cikgu Ismail Yusop jadi boss PKR di Perak

Konggegheh PKR telah selesei. Yang keluo dan yang tak keluo mengundi udah tahu sape pemenangnye. Tak tahule teman same ade deme udah mesyoghat buat kali petamenye. Haghap2 udah. Kalo belum, kena buat juge dalam minggu ini.
Teman nak belabun hei PKR Peghak je. PKR Peghak sebenonye takle sekuat mane kalo nak dibandingkan dengan PAS dan DAP. Walopun tak kuat, tetap ade kelebihannye. Kelebihan PKR ialah mampu mendampingi ameno. Itupun kalo betui gayenye. Tapi deme pulak melompat ke ameno.
Antaghe sebab PKR lemah di Peghak ialah pengeghusi pehubungannye lemah. Sepanjang yang teman tahu dan paham, semuenye gagei mewujudkan hubungan baik dengan pimpinan PAS dan DAP Peghak. Arwah Cikgu Khalil Shah, abang MB Niza tidak meseghe dengan PAS walopun adiknye MB Niza oghang kuat PAS.
Haji Osman Pasio Salakpun gagei. PAS dan DAP tidak menghomatinye. Begitu juge dengan yang tekini, Mustapa Kamil Ayob yang lebih bewatak bando daghi kampung walopun asei usuinye daghi kampung. Penyudahnye dia kalah kepade oghang yang lebih bemasalah.
Semase Cikgu Maei Bukit Gantang mengetuai PKR Peghak, PKR Peghak lebih betenage. Kengkawan pimpinan PAS dan DAP Peghak kelihatan lebih selese beughusan dengan Cikgu Maei. Tetapi sayang entah di mane silapnye tetibe jawatannye dilucutkan ditengah jalan untuk membeghi laluan kepade Haji Osman yang seteghuihnye membuke laluan kepade ghampasan kuase ... Selepaih itu hubungan baik PKR dengan PAS dan DAP kembali meghudum.
Pade pendapat teman, PKR Peghak udah takde calon lain selain melantik semule Cikgu Maei mengetuai PKR Peghak. Lagipun Cikgu Maei udah jadi MPT PKR. Lantikle cepat untuk memudahkannye menyambung kembali tugaih yang belum selesei dalam PR Peghak.

ADUN PAS dakwa Umno guna bomoh di DUN Perak

Dua ADUN - masing-masing kerajaan dan pembangkang - akan dihadapkan kepada jawatankuasa hak dan keistimewaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Usul mengenainya terhadap Hasbullah Osmail (BN-Temengor) diterima oleh Speaker Datuk R Ganesan selepas dia menuduh kerajaan Selangor korup.

Manakala Khalil Idham Lim Abdullah (PAS-Titi Serong) pula akan dihadapkan kepada jawatankuasa tersebut kerana menuduh kerajaan negeri menggunakan khidmat bomoh untuk menjampi DUN pada 7 Mei tahun lalu.

Ulama gesa k'jaan kaji semula pendidikan seks

Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menegaskan bahawa masyarakat Islam di negara ini sedang gelisah dengan keputusan kerajaan untuk memperkenal pendidikan seks kepada murid tahun satu, mulai 2011.

Sehubungan itu, PUM yang prihatin dengan perkembangan tersebut, menggesa kerajaan supaya mengkaji semula langkah tersebut.

"PUM juga meminta supaya kerajaan mengadakan siri penerangan terlebih dahulu kepada wakil masyarakat, NGO, alim ulama, guru agama dan masyarakat awam," kata setiausaha agungnya, Dr Mohd Roslan Mohd Nor.

"Ini bagi mengelak salah faham, salah tanggap terhadap hasrat memperkenalkan pendirikan seks tersebut.
"PUM meminta supaya kita tidak terlalu terikut dengan kaedah pendidikan barat, kerana mereka mengasngkan aspek agama dari pendidikan," katanya dalam satu kenyataan hari ini .

Dr Mohd Roslan berkata, masyarakat Malaysia terutama umat Islam, sangat prihatin dengan pendidikan agama.

Oleh itu, tambahnya, adalah lebih baik jika pendidikan agama yang lebih menyeluruh dapat diterapkan kepada anak-anak berkenaan.

"Agar mereka faham tentang perkara yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan dari perspektif agama," tegas.

Ketuanan Melayu, mengikut takrif Ibrahim Ali

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali hari ini mengeluarkan kenyataan akhbar pertamanya - mempertahankan ketuanan Melayu - setelah diserang sakit jantung pada pertengahan Oktober lalu.
pkr congress 281110 wan azizahKali ini, ahli parlimen bebas Pasir Mas itu membidas ucapan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada kongres parti itu, minggu lalu yang mencadangkan konsep ketuanan Melayu dihentikan jika bangsa Melayu ingin maju.

Menurut Wan Azizah, ketuanan Melayu seringkali disalah-guna oleh sekumpulan kecil golongan elit Melayu manakala hakikatnya kelas pertengahan Melayu terus bergelut dengan kemelut ekonomi.

Dalam kenyataannya yang bertajuk 'Manusia mempunyai sejarah dan tanpa sejarah manusia itu adalah kosong', Ibrahim berkata ketuanan Melayu adalah slogan yang dicipta bagi menyatukan Melayu dalam perjuangan menuntut kemerdekaan.
Melayu diiktiraf

NONE"Justifikasi ketuanan Melayu menjadi satu hak apabila ia diperkuatkan dengan ditulis dan dimuliakan seperti termaktub di dalam Perlembagaan. Ketuanan Melayu bukan sesuatu yang dipetik dari langit tetapi telah terbukti dalam evolusi sejarah negara kita.
"Sebelum datangnya, penjajah, Persekutuan Tanah Melayu telah lama wujud. Ia mempunyai kedaulatan Kesultanan Negara-negara Melayu di mana kerajaan mereka mewakili jajahan sendiri.
"Kerajaan itu mentadbir dan mengembangkan peraturan sosial, ekonomi dan kebudayaan dengan diselitkan dengan nilai-nilai fundamental Islam yang kukuh.

"Paling penting, norma-norma Melayu yang diamalkan mengikut undang-undang lazim memperkuatkan hak Melayu dan bumiputera sebagai 'tuan' di Tanah Melayu. Malangnya, slogan itu disalah-anggap sebagai hubungan 'tuan' dan 'hamba', “ kata Ibrahim.

NONESambil menyingkap sejarah bangsa Melayu di Malaysia, Ibrahim berhujah bahawa Melayu tidak sepatutnya bersikap apologetik atau meminta maaf mengenai ketuanan Melayu, ataupun menganggapnya sebagai kelemahan Melayu.

"Kita mesti berpegang pada semangat dan kepercayaan ketuanan Melayu adalah untuk kita mara ke depan bagi membuat perubahaan dan mencapai kemajuan bermaruah dalam semua bidang.

"Kita mempunyai perjuangan dan perjuangan kita ini adalah wajar kerana ini adalah Tanah Melayu kita,” katanya lagi.
Tidak dialu-alukan

Ibrahim juga berkata konsep ketuanan Melayu telah diinstitusikan melalui Perkara 152 dan 153, Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, ini sengaja dimasukkan oleh pemimpin terdahulu agar orang Melayu tidak mengalami nasib yang sama dengan penduduk pribumi di Amerika Utara.

NONENamun, katanya hak etnik lain juga diiktiraf dalam Perlembagaan Persekutuan kerana sikap “toleransi dan penerimaan kita (orang Melayu)."
Bagaimanapun dalam menjelaskan bagaimana pendatang bukan Melayu dibawa masuk ke Malaya oleh penjajah Inggeris, Ibrahim berkata: “Mereka tidak dialu-alukan”.

Ibrahim, yang dikenali begitu lantang sebelum ini, tidak aktif sejak 16 Oktober lalu. Beliau terpaksa menjalani pembedahan pintasan jantung pada 18 November lalu dan keadaan kesihatannya dilapor memuaskan.