Selasa, 30 November 2010

Kawan sekolah akui sembunyikan baju berdarah

Seorang saksi kes pembunuhan remaja Aminulrasyid Amzah berkata dia membantu menyembunyikan baju yang digunakan oleh saksi utama, Azamuddin Omar.

Mohd Zubir Salleh, yang bersekolah sama dengan Azamuddin berkata rakannya itu memohon bantuan bagi 'menyimpan' bajunya yang digunakan pada malam Aminulrasyid ditembak mati.

NONEMohd Zubir berkata dia berjumpa dengan Azamuddin (kiri) di luar sekolah sekitar jam 7.20 pagi pada 26 Apr lalu dan mendapati kawannya itu mempunyai masalah.

"Saya sapanya dan kami mula berbual. Dia suruh saya kumpulkan rakan-rakan dan kita berjumpa di tandas,” katanya kepada mahkamah sesyen Shah Alam hari ini.

"Kita berjumpa di tandas selepas perhimpunan sekolah dan dia beritahu kami bahawa Aminulrasyid sudah mati.

"Ia berlaku dengan cepat, saya tidak fikir melebihi 10 minit dan ramai yang menaggis,” katanya semasa disoal-balas oleh timbalan pendakwa raya Mohd Dusuki Mokhtar.

Mohd Zubir berkata ketika di tandas sekolah, Azamuddin kemudiannya member beg plastik pakaian yang digunakan pada malam kejadian untuk disimpan dengan selamat.

NONEMohd Zubir berkata dia menyimpan baju itu di belakang sekeping zin di sebuah lorong kira-kira 20 meter dari rumahnya di Seksyen 11, Shah Alam kerana bimbang ibunya akan menjumpainya jika dibawa pulang.

Sebelum itu, ketika diosoal-balas oleh peguambela M Athimulan, remaja 15 tahun itu berkata dia tidak tahu pakaian itu berlumuran darah kerana dia tidak pernah membuka beg plastik itu.

Dia bagaimanapun bekerjasama dengan polis forensik yang datang ke rumahnya sekitar jam 1 pagi pada 27 April dan menunjukkan tempat dia menyorok baju Azamuddin.

Nizar: Kesavan Dianiaya

 

Nizar anggap Speaker aniaya Kesavan

IPOH, 30 Nov: “Kita dapati ada penganiayaan Speaker (Ganeson) dengan apa kesalahan sebenar Hutan Melintang (Kesavan) dihalau keluar (dewan),” kata Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Adun Pasir Panjang itu menyifatkan R Ganesan kurang arif berkaitan peraturan dewan yang telah menyebabkan Adun Hutan Melintang diusir keluar pada persidangan Dun hari ini.

“Hal ini sangat mendukacitakan. Beliau (Ganesan) merujuk kepada peraturan apa dan di mana rujuknya,” ujarnya pada sidang media petang ini yang diadakan di Wisma DAP, di sini selepas pembentangan bajet negeri 2011 oleh menteri besar.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata, apa yang berlaku itu adalah satu penganiayaan yang jelas lagi terang kepada anggota dewan dari Pakatan Rakyat.

Katanya, kes yang dibawa oleh Kesavan adalah persoalan besar mengenai penempatan penduduk.

“Apakah kerana usul besar yang diketengahkan berhubung penempatan penduduk oleh Hutan Melintang itu membuatkan kezaliman berlaku ke atas beliau,” soalnya.

Mengenai bajet yang dibentangkan oleh Datuk Seri Dr Zambry, beliau mempersoalkan bajet defisit itu.

“Kita hendak tanya dari mana akan diambil mana bajet tambahan,” ujarnya.

Baginya, bajet itu ada unsur bajet pilihan raya seperti pertambahan elaun baru kepada ketua JKKK selain mengandungi unsur untuk beli dan mengula-gulakan rakyat.

“Kami akan jawab dalam ucapan dan akan bentang bajet alternatif,” katanya lagi.

Katanya, isu-isu besar mengenai permasalahn rakyat masih tidak dibentang dan bajet itu menggambarkan tidak ada peruntukan yang menyeluruh. -harakahdaily

Suamiku Adalah Pemimpin Anugerah Daripada Tuhan

Kalau Azam al-Sadat Farahi tiba-tiba membuat pengakuan terbuka yang suaminya adalah pemimpin anugerah daripada Tuhan, maka saya kira tidak ramai orang akan bermasalah untuk menerimanya. Mana tidaknya, kita kenal siapa suami beliau!


Kalau ada yang rebah, lekas ditolongkan.


Pilihannya air kosong.

Kita pun tahu bagaimana Ahmadinejad lelap sekejap pada waktu makan tengaharinya.

Di internet tersebar bagaimana majlis perkahwinan anak lelakinya.

Selaku wira Palestina.

Cintanya dia kepada kepimpinan ulama.

Bukan beliau sahaja yang sederhana, menteri kabinetnya juga luar biasa!

Anda fikir anda akan menemui menteri kabinet seperti ini di mana-mana dalam dunia?



Sederhananya beliau.

Duduknya beliau di sisi rakyat biasa.

Cintanya kepada orang miskin.
Menyenangi anak yatim.
Penghargaannya kepada setiap butir gandum yang masuk ke dalam kepuk perbendaharaan negara.


Di pentas antarabangsa ia memilih untuk mempertahankan al-Quran.





Tidaklah menghairankan khalayak menyanjungi beliau. Bahkan melutut hormat kepadanya seolah-olah Dr Ahmadinejad adalah anugerah daripada Tuhan.

Banding-bandingkanlah.

Hishamuddin, Azizah Dan Raja

KITA tidak tahu apakah Hishamuddin Hussein memahami betul-betul atau tidak sebelum beliau mengulas atau membuat kritikan balas terhadap sesuatu isu yang ditimbulkan oleh pihak Pakatan Rakyat. Kenapa saya mengatakan begitu, sebab ada kritikan dan bidasan beliau kadang-kadang tidak berpijak di bumi nyata.

Seolah-olah beliau tidak memahami isu atau makna persoalan yang timbul, tetapi lembek dan gatal mulut untuk bercakap. Iya orang politik boleh bercakap apa saja dan di mana saja, tetapi mereka harus membuat sedikit kajian dan penilaian supaya apa yang diucapkan itu tidak menampakkan kedangkalan dan kenaifan kita. Malang sekali kalau sebagai pemimpin, kalau kita bercakap macam orang bebal dan Mat gagap gigi jongang yang melaram mengusik dara di kepala jambatan di desa-desa.

Beliau mengatakan isu ketuanan Melayu yang ditimbulkan oleh Dr Wan Azizah Wan Ismail sesuatu yang tidak bertanggungjawab. Katanya isu itu sengaja ditimbulkan untuk mengundang suasana panas. Maksud susana panas itu ialah untuk menarik kebencian bukan Melayu kepada hak-hak Melayu. Atau melenyapkan hak Melayu apabila ketuanan Melayu diganti dengan ketuan rakyat.

Kononnya Azizah atau PKR sengaja mahu menjadikan ianya sebagai isu yang menindas bukan Melayu. Dalam pemahaman Hishamuddin, Azizah mahu mendedahkan isu ketunaan Melayu yang menjadi kesayangan Umno. Dalam masa sama juga Hishamuddin cuba melagakan PKR - rakyat dengan istana apabila beliau menghuraikan bahawa ketuanan rakyat itu sebagai hendak menghapuskan institusi raja.

Saya tidak mengira apakah Hishamddin memahami apa yang diungkap oleh Azizah dan menjadi falsafah PKR mengenai ketuanan rakyat itu. Kalau dia faham dia tidak akan tergamak menuduh melontarkan kepada Wan Azizah apakah PKR juga mahu menolak institusi raja-raja Melayu. Tetapi kerana beliau tidak faham dan tepu minda untuk mengertinya maka beliau beranggapan demikian.

Biarlah diterangkan apa yang difahami mengenai maksud ketuanan rakyat yang ditimbulkan Aizzah. PKR atau Pakatan Rakyat sama sekali tidak akan membiarkan dan menghapuskan Melayu. Perjuangan mereka juga adalah untuk Melayu di samping tidak memencilkan golongan lain. Itu tidak dapat diubah kerana ia dimaktubkan dalam perlembagaan.

Adapun yang menjadi mereka benci dan mempertikaikan ialah pelaksanaan agenda ketuanan Melayu itu sendiri tidak adil yang dilihat tidak adil, boros dan hanya menguntungkan pihak tertentu saja - dalam hal ini elits Melayu dalam Umno. Ketuanan Melayu hari ini adalah ketuanan untuk mengenyangkan para taukeh-taukeh dan keroni saja.

Kalau diperhatikan ketuanan Melayu itu hanya dongengan saja. Apakah keistimewaan yang diperolehi orang Melayu dengan ketunaan Melayu itu? Tidak ada guna kalau hanya setakat boleh berbangga dengan songkok hitam yang mereng atau pun puncaknya tinggi setinggi gunung Tahan.

Perhatinkan macam mana dengan nasib orang Melayu dalam segala bidang. Tidak payah pergi jauh, perhatikan saja hak orang Melayu mengenai biasiswa? Hak orang Melayu mengenai tanah, hak orang Melayu dalam ekonomi. Hak orang Melayu tentang agamanya dan budayanya. Apa sudah jadi? Melayu kini laih, lemah dan mumai. Walhal kini Umno masih lagi beretorik dengan ketunaan Melayu. Apakah untungnya orang Melayu?

Justeru ketuanan Melayu hanya gimik, retorika dan mitos saja. Ia hanya sebuah nyanyian saja sedangkan realitinya tidak ada. Ketunaan Melayu dendangan Umno hanya boleh didengar saja.

Saya bersetuju dengan pendapat Hishamuddin, Aizazah merendah-rendahkan konsep ketuanan Melayu. Memang patutnya pun direndah-rendahkan kalau natijahnya tidak memberi apa-apa kesan dan manfaat kepada orang Melayu. Zaman ini zaman orang bercakap di luar kelambu. Zaman orang menjamah bukan meraba. Zaman orang melihat bukan mendengar saja. Zaman orang memaki bukan memuji tidak tentu fasal.

Seperti dinyatakan tadi apakah keuntungan masih ada dengan konsep ketuanan Melayu? Kalaulah konsep itu boleh memberi keharmonian, kepuasan kepada semua orang, kenapa Umno perlu takut. Umno perlu memperkuatkan konsep ketuanan Melayu. Biarlah PKR dengan konsep ketuanan rakyat. Berlaga dan berlumbalah untuk menunjukkan konsep siapa yang lebih berkesan dan memberi kebaikan. Jangan menuduh orang khianati kita walhal kita yang bebal.

Tentang raja-raja Melayu, kenapa perlu dirungsing ianya akan hilang kalau konsep itu bertukar. Apakah kedudukkan raja kini tidak kukuh lagi. Bagaimana dengan jaminan Najib Razak semasa perhimpunan agung Umno baru-baru ini. Apakah Najib juga sama macam Hishamuddin, sama-sama gagap dan mumai?

Bagidan Raja-Raja sendiri kadang kala tidak menyedari di mana kuasa mereka dan sejauh mana mereka berkuasa. Raja-raja juga seolah tidak yakin kuasa dan daulat yang ada kepada mereka. Anih, walhal asalnya negeri ini mereka yang punya dan perjanjian dengan Bristish mereka yang tanda tangani. Apakah kekemasan kuasa yang termaktub dalam perlembagaan itu sudah longgar. Kalau longgar raja-raja harus menyedari siapa yang melonggar dan merombakan simpulan kemas dan kemennya. Tidak adilnya kalau ia ditalakan kepada pihak Pakatan Rakyat.

Raja-raja sebenarnya tidak perlu bernaung di bawah mana-mana kuasa politik. Apa yang patut berlaku kuasa politik tidak mengira parti yang menuangi baginda.

Yang memerintah negara ini selama 53 tahun ialah UBN bukan Pakatan Rakyat. Malang sekali kalau dalam tempoh setengah abad itu UBN gagal untuk menguguhkan kedudukan raja-raja sehingga ada kewalangan di sanubari para raja-raja mengenai nasib takhta mereka dan juga orang Melayu negara ini. Malang dan sedih! Jadi apa yang kita orang (Melayu Umno-Pas) lakukan selama ini? Mungkin kerja kita hanya mengerat kuku di hujung bendul sahaja sebelum senja menjelang untuk tidur di balik gubuk usang berselimut satu sarung dengan bini dan laki.
MSO.

Mustaffa berjiwa besar

Bekas naib presiden Keadilan Mustaffa Kamil Ayub yang tewas dalam pemilihan parti mendedahkan, bukan sahaja ada cubaan menariknya menyertai parti Datuk Zaid Ibrahim, malah Tan Sri Muhyiddin Yassin juga melakukannya.

"Kali ini betul orang Datuk Zaid cuba menarik saja, termasuk (timbalan pengerusi BN) Muhyiddin Yassin. Tetapi saya kata saya tidak akan keluar. "Saya tetap dengan Keadilan, parti masa depan untuk saya, untuk Melayu, Cina, India, Kadazan dan masa depan kita," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan terakhir sebagai naib presiden dalam Kongres Keadilan ke-7 di Petaling Jaya.

Menurut Mustaffa, selepas 12 tahun bersama Keadilan, beliau pernah menang dan kalah tetapi tidak pernah meninggalkan parti. "Dulu saya setiausaha politik Muhyiddin Yassin. Kemudian saya tinggalkan Muhyiddin demi sertai reformasi Anwar Ibrahim. "Dan saya tidak pernah menyesal (melakukannya)," katanya disambut tepukan gemuruh perwakilan.

Bukan parti puji-pujian


Semalam, Mustaffa Kamil yang tewas teruk merebut jawatan timbalan presiden di tangan Azmin Ali memberitahu Malaysiakini beliau komited dengan Keadilan walaupun terdapat percubaan menariknya menyertai parti yang akan ditubuhkan Zaid.

Mustaffa juga masih kritikal kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) yang didakwanya memulang beban pembuktian aduan kepada pengadu dan berharap aduannya terus disiasat.

Bagaimanapun, hari ini, Mustaffa Kamil berucap dengan nada yang berbeza apabila menunjukkan sikap 'jiwa besar' dengan menerima keputusan pemilihan dan akur pada kelebihan Azmin. "Saya akur, setiap kita adalah pemimpin. Saya akur, ada kelebihan pada saudara Azmin yang sama-sama kita pilih," katanya yang menyebabkan kira-kira 1,000 perwakilan dalam Dewan Sivik MBPJ - tempat persidangan - bangun memberikan tepukan.

Sambil berkata menang dan kalah sebagai perkara biasa, Mustaffa Kamil sekali lagi menjelaskan kritikannya sebelum ini dibuat kerana sayangkan parti. "Akhirnya kita parti reformasi, bukan parti puji pujian semata-mata. Pemimpin boleh ditegur dan menegur. "Inilah maknanya politik baru dan budaya baru," katanya yang menggunakan slogan "politik nilai" dalam kempennya sebelum ini.

Sharpshooter - Memang wajar Mustaffa mendapat pujian di atas sifatnya yang berjiwa besar. Seluruh yang hadir bangun memberi penghormatan atas ucapannya yang bersemangat dan berjiwa besar.

Amizudin Ahmat (Din Binjai)

Ketegaq seorang Perdana Menteri


Dulu lain sekarang lain
Perdana Menteri kita silih berganti
Masing-masing ada legasi tersendiri

Tunku tinggalkan bumi yang merdeka
Razak... dengan FELDAnya..
Hussien... entah ler, tak nampak pun?!!
Mahathir.... Twin Towernya.
Dolah.... menantunya, Khairy kot.
Najib... misteri Altantunya??

Syuuuhhh... Syuhhh....
Bahaya.....
Jangan sebut Altantunya.
Ada yang fobia!!


Legasi Najib.... belum lagi.
Coming sooon....
Sebelum pergi, mesti tinggalkan legasi
Buat sekarang, sebelum pergi
Buat sekarang, sebelum mati
Takut sempat nanti...

Aaaa... ini dia, idea mari!!
Warisan Merdeka bakal terdiri.
Lantak ler apa orang nak kata...
Matlamat mesti menghalalkan cara
Apa nak jadi.... aku tak peduli
Warisan Merdeka... mesti jadi realiti
Agar menjadi...
Najib Razak punya legasi

Isy... Isy... Isy...
Ketegaq ya Rabbi!! Ketagaq gilerr babi!!
Ketegaqnya, seorang Perdana Menteri

MB ajak rakyat pertahankan hak mendapat harga air murah

Rakyat Selangor tanpa mengira kaum dan usia perlu bangkit untuk mempertahankan hak mereka daripada terus dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu yang mendapat keuntungan melampau hasil dasar penswastaan perkhidmatan air yang tidak menguntungkan rakyat.
Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim, berkata rakyat perlu melakukan anjakan paradigma dengan menolak apa saja tindakan atau keputusan yang merugikan mereka.
Sehubungan itu, Menteri Besar mengajak rakyat Selangor dan Lembah Klang tanpa mengira ideologi politik yang mahu mempertahankan hak mereka untuk mendapat air lebih murah dan perkhidmatan cekap supaya bersama-sama menyertai Kerajaan Negeri menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong pada 5 Disember ini.

"Kita perlu berubah dan bijak membuat penilaian jika tindakan yang dibuat Kerajaan pemerintah hanya menguntungkan kronik dan membebankan rakyat biasa."

"Rakyat perlu menyokong usaha kerajaan Selangor mengambil alih perkhidmatan air dari Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) supaya kebajikan serta kepentingan rakyat terus terpelihara dan tidak teraniaya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan taklimat mengenai usaha kerajaan Selangor mengambil alih perkhidmatan air dari Syabas kepada kira-kira 500 Nazir dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid seluruh Selangor di sini, hari ini.
Turut menyampaikan taklimat, Ahli Parlimen Kuala Selangor yang juga Ahli Panel Penilai Air, Dzulkefly Ahmad dan Pengarah Penerangan Negeri, Badrulamin Bahrom.
Kerajaan Negeri menganjurkan Kempen Kembalikan Air Kepada Rakyat untuk menyedarkan rakyat Selangor dan Lembah Klang terhadap usaha-usaha Kerajaan Negeri mengambil alih industri air dari syarikat konsesi supaya perkhidmatan bekalan air lebih efisien dan tarif air lebih rendah.
Kemuncak kepada kempen ini ialah perhimpunan beramai-ramai di Masjid Negara sehingga ke Istana Negara pada Ahad, 5 Disember 2010 untuk menyerahkan memorandum.

*Kenyataan daripada sekretariat akhbar pejabat Menteri Besar Selangor.

Berbaju 1Malaysia ketika PRK Galas: Akhirnya RM100 sampai ke tangan

Hampir sebulan PRK Galas melabuh tirai, penduduk yang memakai baju 1Malaysia akhirnya mendapat "pulangan" RM100 pada 26 November, daripada pertubuhan "1Malaysia" yang disokong MCA di sebalik tabir.
Pada malam sebelum hari pengundian PRK Galas, pengacara jamuan malam anjuran "badan bukan kerajaan" (NGO) 1Malaysia memperingatkan penduduk agar memakai baju merah "1Malaysia" ketika mengundi.  "Akan diberkati tuah...," katanya.
Hampir sebulan berlalu sejak 4 November, MerdekaReview diberitahu bahawa pertubuhan yang disertai ramai ahli MCA ini telah "memberkati tuah" di satu pondok yang berdekatan dengan padang kampung baru.
Sumber maklumat memberitahu MerdekaReview, mereka yang berbaju merah 1Malaysia pada hari pengundian boleh menerima RM100, dengan menunjukkan kad pengenalan mereka.  Seandainya nama mereka ditandai "bintang" dalam senarai, maka RM100 akan diberikan.
Menurutnya, tanda "bintang" tersebut bermakna mereka pernah mendaftarkan diri di kaunter perkhidmatan "1Malaysia".  Senarai tersebut tertera jelas nama, nombor kad pengenalan dan tempat orang itu mengundi.
Tersebarnya khabar "tuah diberkati..."
Sumber maklumat berkata, "khabar baik" ini sememangnya di luar dugaan beliau, memandangkan PRK Galas telah tamat untuk satu tempoh yang agak panjang.  Beliau lantas bergegas ke pondok di padang itu selepas menerima khabar tersebut, dan menerima dua keping wang yang bernilai RM50, membawa jumlah kepada RM100.  Beliau menambah, MCA sering mengadakan aktiviti di pondok tersebut, dan kini menjadi seolah-olah kaunter perkhidmatan MCA.
Bagaimanapun, beliau tidak faham mengapa wang diberikan setelah sekian lama.  Beliau tidak menolak kemungkinan bahawa pihak yang membahagi wang takut pengundi memberontak pada pilihan raya umum akan datang, seandainya tidak menunaikan janji untuk memberi wang RM100 ini.
Menurutnya, wang hanya diberikan kepada mereka yang mendaftarkan nama diri di kaunter "1Malaysia".  Berdasarkan nama yang tertera pada senarai itu, beliau meramalkan lebih 100 orang yang akan menerima RM100 di pondok tersebut, tidak termasuk wang yang diberikan di kawasan Bandar Lama dan sebagainya.
Ketika PRK Galas berlangsung, MerdekaReview pernah melaporkan bahawa mereka yang menyertai perarakan 1Malaysia memperolehi RM100 seorang.  Sumber maklumat mengesahkan kepada MerdekaReview bahawa seandainya seseorang itu menyertai perarakan 1Malaysia, dan juga memakai baju merah 1Malaysia pada hari pengundian, maka mereka akan memperolehi RM200 keseluruhannya.

Demokrasi Terpilih atau Demokrasi Berpilih?

Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Konvensyen Selangor Democratic Action Party (DAP) baru sahaja selesai.  Masing-masing sarat dengan permasalahan sendiri.  Apa yang menarik untuk diperhatikan adalah perkembangan politik baru yang sudah mula bercambah dengan baik.  Pemilihan Majlis Pimpinan KeADILan, walaupun dicemari pelbagai dakwaan penyelewengan seperti juga Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), telah berjalan dengan baik.
Ramai pengkritik yang tidak puas hati dengan cara perjalanan pemilihan tersebut.  Namun itu bukan masalah rakyat.  Itu permasalahan dalam parti tersebut, tidak melibatkan mereka yang bukan anggota parti.  Sebagai pemerhati, sudah semestinya Malaysia telah melangkah ke arah demokrasi yang lebih matang dengan pengenalan sistem pemilihan terus ini.
Membawa perubahan ke Putrajaya
Kami harapkan agar KeADILan komited untuk membawa perubahan ini kepada sistem pilihan raya Malaysia jika suatu hari nanti mereka berjaya menawan 2/3 Dewan Rakyat.  Suatu sistem di mana setiap rakyat berhak untuk menentukan tampuk pimpinan negara.  Kami pasti rakyat Malaysia juga mahu peluang untuk memilih kabinet mereka sendiri, bukan seperti sekarang di mana mereka yang kalah pilihan raya umum dilantik menjadi senator dan kemudiannya menjadi menteri dan timbalan menteri.
Ada juga yang memperlekeh pemilihan menerusi pengenalan dasar satu anggota satu undi yang pertama di Malaysia, kerana jumlah yang keluar mengundi tidak memberangsangkan.  Dari satu sudut yang lain, itu sebenarnya demokrasi.  Hak untuk mengundi itu tidak boleh dipisahkan dengan hak untuk tidak mengundi.  Jika ahli parti tersebut enggan untuk mengundi maka itu adalah satu demonstrasi demokrasi yang semakin matang.  Berhubung masalah penipuan dan sebagainya, itu adalah perkara kedua, apa yang penting adalah amalan demokrasi itu sendiri.
Kami juga tidak sekepala dengan SPR yang mengikut nasihat kabinet yang rata-rata terdiri daripada mereka yang kalah dalam pilihanraya umum.  Kononnya masalah yang akan dihadapi akan menjadi lebih besar daripada kebaikan yang akan diperoleh.  Oleh yang sedemikian, mereka menangguhkan cadangan untuk mendaftarkan secara automatik hampir empat juta rakyat yang belum berdaftar.  SPR juga khuatir kemungkinan jika sistem itu dilaksanakan pengundi yang tidak dapat dikesan akan berlipat ganda.
Selain daripada itu, parti pemerintah pula baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan membuka keahlian terus ke dalam Barisan Nasional.  Ini juga satu perkembangan politik yang baik dan menggambarkan perubahan politik tanah air yang kian dewasa.  Kami cuma berharap agar kenyataan itu tidak menjadi gimik politik semata-mata, dan jika terlaksana mungkin ada baiknya sistem pemilihan keADILan ditiru tanpa mempedulikan retorika politik yang bakal timbul.  Barangkali parti-parti komponennya juga wajar mengadaptasi sistem pemilihan ini.
Demokrasi tanpa hak asasi
Ini adalah kerana, pemilihan terus memperlihatkan ciri-ciri demokrasi tulen, sistem ini bukan milik sesiapa, sistem ini milik masyarakat yang mengamalkan prinsip-prinsip demokrasi, dan Malaysia adalah satu contoh demokrasi.  Namun tidak memadai jika demokrasi hanya dizahirkan melalui pemilihan tampuk pimpinan parti dan kerajaan, demokrasi juga harus dipupuk melalui amalan sosial.  Kebebasan kehakiman, kebebasan media, kebebasan bersuara dan sebagainya adalah komponen-komponen penting dalam menyuburkan demokrasi.
Demokrasi tanpa hak berhimpun, hak bersuara, hak untuk berpolitik dan hak asasi umpama demokrasi sandiwara buatan Myanmar.  Suatu produk yang kita tidak mahu, satu produk yang amat menghampakan, suatu produk yang menghina intelek rakyatnya.  Kami mengharapkan amalan demokrasi yang lebih berkesan di Malaysia, di mana proses membuat keputusan sesuatu dasar awam mahupun projek awam melibatkan masyarakat secara terus.
Sewajarnya kita sebagai masyarakat yang mendukung demokrasi harus menjadikan amalan demokrasi itu satu proses dalam hidup seharian.  Anak-anak kita harus diajar berdemokrasi dari bangku sekolah lagi.  Mungkin Malaysia berpeluang menjadi lebih baik, mungkin Negara yang terbaik di rantau ini, namun semua itu hanya harapan suatu perjuangan indah semata-mata jika kita tidak berani berubah.
Nelson Mendela berjaya menghapuskan dasar Apartheid yang memisahkan rakyat Afrika Selatan selama 47 tahun melalui demokrasi.  Barangkali demokrasi yang lebih baik mampu menyelesaikan masalah-masalah politik yang telah membelenggu fikiran kita sejak merdeka.  28 juta rakyat tidak mungkin diwakili oleh satu kabinet kecil yang terdiri daripada mereka yang kalah dalam pilihanraya, demokrasi tulen datangnya daripada rakyat, bukan mana-mana parti politik.

Wawancara Anwar bersama Sin Chew: "Kit Siang jadi Timbalan kalau saya jadi PM"

"Kit Siang jadi Timbalan kalau saya jadi PM", demikianlah tajuk laporan wawancara bersama Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim, disiarkan Sin Chew Daily pada 27 November 2010.  Wawancara bersama Ketua Pembangkang Parlimen ini dijalankan sebelum Kongres Nasional PKR membuka tirai, mengisi ruang kira-kira 1/4 daripada muka surat ke-17 akhbar terlaris di masyarakat Cina ini.
Laporan Sin Chew bermula sebegini, "*Penasihat PKR Anwar Ibrahim yakin bahawa Pakatan Rakyat akan menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum yang akan datang.  Pada masa yang sama, (beliau yakin) bukan sahaja empat kerajaan negeri yang sedia ada mampu dipertahankan, malah PR boleh merampas semula kerajaan negeri Perak, dan mengambil-alih kuasa kerajaan negeri Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak."
Beliau berkata, seandainya PR menawan Putrajaya, beliau akan menyandang jawatan Perdana Menteri, dan orang yang bakal menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri adalah **Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Pakatan Rakyat mengamalkan sistem demokrasi.  Tiada percanggahan dengan Perlembagaan Persekutuan seandainya orang Cina menjawat Timbalan Perdana Menteri, dan ini juga bukan satu penentangan terhadap orang Melayu."
PRU 13 sebelum Jun 2011
Laporan wawancara Sin Chew ini kemudiannya menumpu kepada persiapan Pakatan Rakyat ketika berdepan dengan PRU ke-13.  Anwar meramalkan bahawa PRU ke-13 akan diadakan sebelum Jun 2011, atau dijalankan serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak.
Menurut laporan Sin Chew, Anwar Ibrahim berkata PR telah menghampiri penghujung dalam rundingan pembahagian kawasan pengundian, malah di Sarawak, PR telah mencapai muafakat untuk 95% kerusi.
Laporan wawancara tersebut kemudian terbahagi kepada lima bahagian, dengan tajuk kecil seperti "Kuasa ketiga pro-Barisan Nasional", "Aktiviti PR di Johor mendapat sambutan yang hangat", "Pemilihan langsung PKR bukan sandiwara", "PR terus kukuh biarpun tanpa Anwar" dan "Azmin bukan bermaksud untuk mencantas mereka yang berbeza pendapat".
"Penjara? Anwar ada percaturan"
Sehari sebelum Sin Chew Daily, Oriental Daily juga sempat menemuramah Anwar Ibrahim.  Wawancara ini disiarkan pada 26 November di muka surat depan, bertajuk "Penjara? Anwar ada percaturan", dengan kandungannya dimuatkan dalam muka surat A6 dan A7 dalam akhbar berbentuk tabloid tersebut.
Tumpuan laporan wawancara Oriental Daily ini diberikan kepada persiapan PR untuk berdepan dengan PRU akan datang, dan Anwar Ibrahim mengulas dilema UMNO sama ada untuk menyabit atau tidak kesalahan liwat terhadap dirinya.  Beliau dilaporkan berkata, UMNO agak bimbang terhadap penentangan yang bakal tercetus seandainya Anwar dijatuhkan hukuman.  Pada masa yang sama, UMNO juga khuatir ancaman yang dibawa Anwar jikalau beliau tidak dipenjarakan.
Anwar berkata, BN kehilangan undi Melayu pada PRU tahun 1999 apabila melontarkan tuduhan liwat terhadap dirinya, dan beliau berkata peristiwa ini mungkin berulang dan PR mungkin memperolehi lebih undi Melayu.
Dalam wawancara bersama Oriental Daily, Anwar Ibrahim yakin bahawa PR mampu merampas semula kerajaan negeri Perak, yang dimenangi pada PRU ke-12, tetapi digulingkan kerana lompat parti tiga orang ADUN PR pada tahun 2009.  Beliau juga mengulas kerjasama antara DAP dan PAS, yang sudah banyak diperbaiki berbanding zaman dahulu.
Membeli baju di Reject Shop
Dalam wawancara tersebut, Anwar juga menyentuh keluarganya, termasuk isterinya Wan Azizah Ismail dan anak sulungnya Nurul Izzah.  Beliau merakamkan penghargaan terhadap Wan Azizah - isterinya yang dipandang serong, disindir dan dihina ketika beliau berada dalam penjara.
Anwar juga menceritakan kisah lama apabila ahli keluarga melawatnya di penjara.  Mereka bersembahyang, bernyanyi bersama - waktu bersama disarat dengan kegembiraan tanpa tangisan atau bermuka muram.
Beliau berasa bangga terhadap anaknya, yang sanggup mengamalkan cara hidup yang berjimat-cermat, malah mendedahkan bahawa keluarganya sering pergi membeli baju bersama di Reject Shop.
Bahagian kedua wawancara Oriental Daily dengan Anwar disiarkan pada 27 November, di muka surat A10.  Dalam laporan wawancara tersebut, Oriental Daily memetik pengakuan Anwar bahawa dirinya seorang yang berlembut hati dan mudah mempercayai orang lain.  Beliau juga menyanggah tuduhan bahawa PKR sama dengan UMNO, di samping mengimbas perbualannya dengan Lim Kit Siang ketika Lim Guan Eng dipenjarakan.

Air: MB Selangor yakin sokongan rakyat

SHAH ALAM, 30 Nov: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yakin rakyat negeri ini bersama kerajaan dalam menuntut hak air.
Sehingga kini katanya, kempen ‘Kembalikan Hak Air Selangor’ telah mencecah 50,000 tandatangan rakyat Selangor dan Wilayah Persekutuan.
Sehubungan itu katanya, perhimpunan pada Ahad, 5 Disember ini akan diteruskan seperti dirancang.
Menurut Khalid, rakyat diseru turun beramai-ramai ke Masjid Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.
Beliau juga turut menyatakan komitmen untuk hadir mengetuai perarakan tersebut.
"Saya akan turun bersama-sama rakyat untuk berhimpun di Masjid Negara.
“Jika perlu, rakyat akan bergerak ke Istana Negara untuk serah memorandum untuk minta Yang di-Pertuan Agong beritahu Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak)  supaya penswastaan air dihentikan.
"Beri peluang kepada rakyat agar diberi harga yang munasabah," katanya.
Himpunan itu merupakan kemuncak siri kempen membantah penswastaan air di Selangor, yang dianjur kerajaan negeri.
Ianya juga sebagai desakan agar empat syarikat swasta air dibeli semula dan diletak dalam satu badan milik kerajaan negeri untuk dikawal urus.
Melalui penghapusan penswastaan air, kerajaan negeri menjangkakan tarif air mampu dikurangkan sehingga 12 peratus setahun dan mengekalkan dasar pemberian 20 meter padu air percuma kepada isi rumah.
Jika penswastaan diteruskan, rakyat negeri ini akan menghadapi kenaikan tarif air sehingga 27 peratus.
Sebelum ini, kerajaan Selangor juga telah menghantar notis 14 hari kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) agar memberhentikan Program Tabung Budi kerana melanggar syarat perjanjian konsesi air negeri.
Jika gagal berbuat demikian, kerajaan negeri akan menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang

MoCS to Taib: Search your conscience and come clean

francis-taibKUCHING – An earnest appeal has gone out to Sarawak Chief Minister Abdul Taib Mahmud to do some serious soul-searching of his role in the mismanagement of Sarawak’s resources.
“The chief minister has a lot to explain for the negative focus on Sarawak today - the widely reported allegations of his massive wealth in particular. The financial wealth he had acquired in his 30 years as Sarawak chief minister is known throughout the world,” Movement For Change, Sarawak (MoCS) leader Francis Paul Siah said here today.
Noting that Taib has just returned to Kuching from the Haj in Mecca, he suggested that this was the most appropriate time for the chief minister to reflect deeply on the widespread allegations against him.
“So far, the chief minister did not respond to the many declarations released by the Sarawak Report website of how he allegedly abused his position to amass wealth for himself, his family members and cronies.
Answer to God
“If Taib does not want to explain the allegations to the people of Sarawak, at least he has to answer to God. So I’m asking him to search his conscience ie. If he has any left to reflect on,” Siah said.
The MoCS chief said that as one reason Muslims go to Mecca was to seek forgiveness and atonement for their sins, Taib with his public image as a deeply religious person, should know what to do.
Siah also reminded Taib of what RPK wrote in his blog recently, “And after doing all these evil deeds, they purport to repent and put on a public show of visiting God’s house in Mecca to seek forgiveness.  And they think that all their sins can be cleansed and that God will forgive them by that single act of being seen to be performing the Haj. I suppose it is that easy to take the Good Lord for a ride.”
“I hope Taib can prove RPK wrong on his take about certain Muslim leaders in the country,” Siah said.
The MoCS leader pointed out that the majority of Sarawakians are not atheists but have a religious faith and are God-fearing people.
“Hence, it is still not too late for the chief minister to come clean. If he does so, his fellow Sarawakians may find it within their hearts to forgive him. As a Muslim, Taib must surely believe that God works in wondrous and mysterious ways,” he said.
On the extent of the foreign and local properties owned by the chief minister and his family, as revealed in a series of recent exposes by Sarawak Report, Siah expressed “sheer disgust” and “total shock”.
Can do what he likes
In a latest Sarawak Report expose and in what appears to be a first, Taib Mahmud has put his own name to a controversial million-ringgit project – the Royal Mulu Resort - that has benefited from huge injections of taxpayers' money and state backing.
The whistleblower website said the chief minister had in 2007 not bothered to go through the usual process of disguising his moves to deflect claims of corruption and conflicts of interest, and is said to have inked his own interest in the Royal Mulu Resort.
The report suggested a growing confidence that "Taib can do what he likes in Sarawak and get away with it. As the chief minister, finance minister and state resources and planning minister, Taib has stood to gain personally.”
“So our appeal to the chief minister today is to ‘search your conscience and come clean’ with all the allegations against him,” Siah added.
Last September 16, MoCS had set a deadline – August 2011 – for Taib Mahmud to step down as chief minister.
“If Taib remains stubborn and refuses to listen, we may have to resort to other courses of action when the time is up,” the movement had said.

Wikileak palit firma Malaysia dengan giroskop

Laman sesawang Wikileak pada Ahad lalu mendedahkan bahawa dua syarikat di Malaysia didakwa terbabit dengan rangkaian syarikat-syarikat bagi mendapatkan 'barangan sensitif' untuk entiti di Iran.

Perkara itu dikatakan mencabuli perjanjian perdagangan antarabangsa dan sekatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang dikenakan ke atas Iran.

NONESebelum ini, terdapat juga laporan yang memalit beberapa syarikat di Malaysia yang melanggar perjanjian perdagangan antarabangsa dan sekatan badan dunia itu.

Menurut kabel surat menyurat yang dihantar pada 3 Februari tahun ini dari pejabat Setiausaha Negera Amerika Syarikat kepada kedutaannya di Beijing, dua syarikat berpangkalan di Malaysia dikenal-pasti sebagai dalang berkenaan.Senjata nuklear Iran

Entiti Iran itu dilaporkan terbabit dalam mengembangkan keupayaan senjata nuklear Iran.

Menurut kabel berusia sembilan bulan yang diklasifikasikan sebagai 'rahsia', kedutaan Amerika di Beijing diminta untuk menyampaikan kepada kerajaan China mengenai keperluan menyiasat dan menghalang usaha bagi mendapatkan giroskop TRS-500 daripada firma VibTel Industrial Co Inc.

NONEGiroskop adalah alat bagi mengukur atau memastikan orientasi dan penstabilan objek yang terbang.

Menurut kabel itu lagi, giroskop TRS-500 yang cuba diperolehi oleh syarikat Electronics Component Limited, (ECL) yang berpangkalan di Malaysia adalah “dikuasai oleh Missile Technology Control Regime (MTCR) dan kawalan eksport berkaitan peluru berpandu China”.

Giroskop itu boleh digunakan sebagai sistem bimbingan peluru berpandu balistik, peluru berpandu kawalan jelajah dan kenderaan aerial tanpa manusia, kata laman itu lagi.

an awesome picture of a china navy frigate launching multiple response missileMenurut kabel itu lagi, ECL, bersama satu lagi syarikat Malaysia, Skylife Worldwide Sdn Bhd, adalah sebahagian daripada rangkaian syarikah hadapan Iran yang digunakan bagi mendapatkan 'barangan sensitif' bagi pihak 'entiti Iran bagi pembikinan senjata nuklear”.

Entiti itu termasuk Shahid Hemmat Industrial Group (SHIG), yang dikatakan pembuat utama bahan dorongan cecair peluru berpandu balistik dan Heavy Metal Industries, sebuah “syarikat hadapan” untuk pembuat peluru berpamndu taktikal - Ya Mahdi Industries.