Sabtu, 27 November 2010

Wan Azizah: Kesemua kita menang, yang kalah musuh

Presiden Parti Keadilan Malaysia (PKR) Wan Azizah Wan Ismail cuba meyakinkan anggotanya bahawa keberanian partinya mengorak langkah pertama untuk melaksanakan "pemilihan langsung" dalam parti telah memenangkan PKR.  Sebaliknya, musuh parti yang menyindir PKR adalah mereka yang gagal melaksanakan demokrasi dalam parti mereka.
Menyedari ketidaksempurnaannya dalam pelaksanaan kali pertamanya, maka Wan Azizah (gambar kiri) memetik ayat daripada beberapa orang tokoh, misalnya "lebih baik melakukan sesuatu yang tidak sempurna dari tidak berbuat apa-apa yang sudah pasti tidak cacat "(Robert H Schuller), dan "sekian lama kita mahukan demokrasi sebenar, maka kita perlu mulakan dengan diri kita dahulu" (Mahatma Ghandi) dalam ucapannya.
"Sesungguhnya, tiada siapa yang kalah.  Kesemua kita adalah pemenang.  Saya ulangi: Kesemua kita adalah pemenang.  Yes, we all are the winners!!!  We all are the winners!!! Yang tewas adalah musuh-musuh kita.  Merekalah sebenarnya yang gagal.  Terbukti merekalah yang gagal melaksanakan demokrasi sebenar dalam parti mereka sendiri. Mereka juga telah gagal untuk melihat parti kita gagal melaksanakannya.  Mereka harus berasa malu dengan diri."
Demikianlah kata-kata yang cuba menaikkan semangat anggota, namun suasana dalam kongres, malah sambutan daripada perwakilan mungkin tidak cukup meriah sebagaimana yang dijangkakan.  Dan ia mungkin menjadi antara sebab Wan Azizah tidak membacakan ayat "Yes, they are the losers!!!" seperti yang ditulis dalam teks asal ucapan dasarnya yang bertemakan "Menjunjung Reformasi Membela Rakyat".
Kuasa itu amanah
Beliau sempat mengingatkan calon yang terpilih bahawa kuasa adalah amanah dengan memetik nasihat daripada Nabi Muhammad SAW.  "Sesungguhnya ia (kuasa) adalah amanah.  Dan pada hari kiamat ia merupakan kehinaan dan penyesalan, kecuali bagi yang mengambilnya sesuai dengan haknya dan melaksanakan apa yang menjadi tuntutannya".
Baginda juga pernah bersabda, "Apabila amanah itu dilenyapkan, maka tunggulah datangnya kiamat."  Ditanya kepada baginda, "Wahai Rasulullah, bagaimana melenyapkan amanah itu?"  Rasulullah bersabda: "Apabila amanah itu diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah datangnya kemusnahan!"
Wan Azizah mengingatkan, "Hakikatnya, rakan-rakan kita yang dianggap tidak menang juga telah memberikan sumbangan besar dalam mengangkat martabat parti kita ke mercu lebih tinggi.  Mereka sebenarnya telah memberi jasa besar melibatkan diri bertanding dan membuatkan anda menang.  Justeru, siapa jua yang di anggap pemenang perlulah menghargai rakan-rakan lain yang dianggap kalah.  Ayuh, mari kita bersama-sama berkongsi kemenangan itu.  Tanpa mengira siapa, kesemua kita perlu memiliki psikologi pemenang dalam menghadapi PRU 13 akan datang."
Parti yang mendepani zaman
Wan Azizah juga mengambil kesempatan untuk meyakinkan anggotanya bahawa PKR kini berada pada tahap kekuatan yang bukan sahaja digeruni musuh, malah merupakan parti politik yang sedang mendepani zaman.
"12 tahun yang silam, semasa KeAdilan ditubuhkan, musuh sering memperlekeh kita. Kata mereka: 'KEADILAN, parti berbilang kaum (multi-racial party) takkan berjaya…' Apa yang terjadi kini adalah sebaliknya.  Ternyata hari ini, KEADILAN muncul sebagai parti berbilang kaum yang digeruni.  Sesungguhnya, sedari mula kita amat percaya kepelbagaian adalah suatu keindahan dan kekuatan.  Kita percaya bahawa kepelbagaian itu adalah suatu rahmat dan gambaran kebesaran Tuhan. Anugerah besar Tuhan ini tidak boleh sama sekali disesiakan."
"Maka itu, fahaman dan amalan ala-penjajah yang mengamalkan sistem pecah dan perintah melalui agama dan perkauman perlu dilenyapkan dari bumi tercinta ini.  Kita juga pernah dilabel sebagai parti nyamuk.  Ternyata hari ini kita bagaikan sarang tebuan yang mampu menyerang dan menyengat.  Mungkin kerana amat gementar, pemimpin mereka melaungkan kata-kata akan mempertahan Putrajaya walaupun dengan darah dan nyawa."
Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO Najib Razak ketika menyampaikan ucapan dasarnya dalam Perhimpunan Agung UMNO ke-61 pada 21 Oktober 2010 berkata, "Berpasaklah kepada parti UMNO.  Bertetaplah kepada panji-panji Barisan Nasional.  Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa.  Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!"
Wan Azizah menambah, "Hakikatnya, dalam mengamalkan demokrasi, mereka telah tercicir jauh di belakang.  Maka, untuk menutup kelemahan, maka diwujudkan dasar keanggotaan terus, demi menyaingi dasar kepelbagaian kaum kita.  Kita sebenarnya sedang mendepani zaman dengan idea-idea politik baru.  Mereka mencela kita di depan serta cemburu dan dendam kesumat di belakang."
"Maka itulah, kita hari ini diserang setiap waktu dan saat.  Kalaulah kita ini memang benar-benar lemah seperti yang digembar-gemburkan, apa perlunya kita dipedulikan?  Percayalah, mereka menyerang kerana KEADILAN ini adalah sebuah parti yang kuat dan gagah, kuat dan gagah membelah lautan politik negara."
Syed, Khalid, Saifuddin dan Molly Cheah
Apa yang menarik, Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim yang dijadikan sasaran dalam Kongres PKR yang berlangsung pada Mei tahun ini di Kota Bharu, disebut namanya beberapa kali oleh Presiden PKR dalam ucapannya ketika merakamkan penghargaan dan pujian pada hari ini.  Kongres kali ini mencatat kadar kehadiran perwakilan setinggi 59%, iaitu 1,209 daripada jumlah 2,033 orang.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat Molly Cheah dan Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution (gambar kanan) juga diberi penghargaan kerana melaksanakan misi pemilihan langsung dalam parti.  Timbalan Presiden yang bakal bersara selepas Kongres Nasional ini, diberi penghargaan yang panjang lebar di akhir ucapan Presiden, tetapi jelas teks penghargaan itu dimasukkan pada saat-saat terakhir, kerana tidak terkandung dalam teks asal yang tercetak dan diedarkan kepada perwakilan, pemerhati dan media.

Pembahas usia 80 tahun kepada Anwar: Saudara menyalak balik bila disalak anjing?

Meskipun susuk badan tidak sekuat orang muda, namun pejuang politik yang lanjut usianya masih boleh menyumbang dalam gerakan reformasi dengan hikmah yang dikumpul sepanjang perjuangan hidupnya.  Kongres Nasional PKR hari ini diceriakan dengan ucapan Wan Khazim Wan Din, 80, dari Perlis, yang bukan sahaja disambut gelakan ketawa, malah tepukan gemuruh sambil berdiri oleh perwakilan selepas beliau berucap.
Dengan usia yang 80 tahun, Wan Khazim Wan Din (gambar kiri) menegur Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim di khalayak ramai.  Beliau menoleh ke arah Anwar Ibrahim yang berada di atas pentas, sambil bertanya,"Saudara Anwar Ibrahim, saya ingin memperingatkan sebagai orang tua..."
Wan Khazim Wan Din, "Saudara Anwar pernah jumpa dengan anjing?  (Ada)  Anjing salak, (saudara) nak salak balik? "
Soalan ini biarpun "kasar" sebermulanya, namun disambut dengan gelak ketawa dan sorakan dari atas dan bawah pentas.  Malah, Wan Khazim melontarkan soalan kepada perwakilan, seandainya kita menyalak kepada anjing, "Kita jangan jadi...jadi apa? (balas Anjing!)

PKR Ada 400,000 Anggota, Kata Saifuddin Nasution

saifuddinPETALING JAYA: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution Ismail mempertahankan parti itu mempunyai 400,000 anggota di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 50 peratus adalah Melayu, India (22 peratus), Cina (13 peratus) dan kaum di Sabah dan Sarawak (15 peratus).
"Mengikut rekod keanggotaan parti, sehingga 25 Nov lepas, keahlian kita mencapai 370,000 anggota dan sebanyak 24,000 lagi permohonan dalam proses menjadi ahli parti," katanya ketika membentangkan laporan Setiausaha Agung di Kongres Nasional Tahunan Ke-7 PKR di sini, lapor Bernama.

Majlis perasmian kongres oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail turut dihadiri dua Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said.
Mengenai pemilihan parti, Saifuddin yang juga Anggota Parlimen Machang berkata sebanyak 99.7 peratus anggota PKR layak mengundi pada pemilihan tersebut yang melaksanakan kaedah "satu anggota satu undi".
Saifuddin juga berkata seramai 70,000 anggota di seluruh negara direkodkan keluar mengundi ketika pemilihan di peringkat Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) yang menyaksikan seramai 13,000 calon mencuba nasib bagi merebut pelbagai jawatan termasuk ketua cabang.
Mengenai jumlah aduan yang diterima oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) pada pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Saifuddin berkata sehingga Khamis lepas, sebanyak 18 aduan diterima.
Katanya, kesemua aduan itu masih dalam siasatan JPP dan ia tidak akan dipinggirkan.

‘Mari makan kek’ meriahkan Kongres PKR

IMG00322-20101127-1241Oleh Jamilah Kamarudin
PETALING JAYA:  Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini dimeriahi dengan jamuan kek sebagai simbol demokrasi parti itu yang mengamalkan sistem pemilihan satu ahli satu undi.
Upacara itu diadakan di luar Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) selepas kongres ditangguhkan pada waktu tengahari.

Setiap perwakilan, pemerhati kongres serta media diagihkan sepotong kek seorang bagi meraikan tamatnya proses pemilihan PKR dengan aman, walaupun masih banyak yang boleh diperbaiki.
Kira-kira sejumlah 10 keping kek disediakan, setiap satunya meraikan simbol demokrasi rakyat antaranya menyokong kempen "1Million Malaysian Reject 100-storey Mega Tower" yang dilancarkan dalam laman sosial Facebook.
Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar  berkata, sambutan kewujudan kempen "1Million Malaysian Reject 100-storey Mega Tower" di berlainan tempat tidak wajar dihalang polis, pengawal keselamatan serta pihak universiti.
"Adakah makan kek tenpa permit di khalayak ramai itu salah? Sudah tentu tidak," katanya.
Selain itu, jamuan kek itu juga sebagai simbol pembebasan simbol demokrasi Myanmar Aung San Suu Kyi yang dibebaskan setelah hidup dalam tahanan selama 20 tahun.
Nurul Izzah turut mengajak orang ramai makan kek d isamping menghantar memorandum ke pejabat Perdana Menteri di Putrajaya pada awal Januari tahun depan.
Memorandum itu katanya nanti akan mengandungi ‘Resolusi Tahun Baru Rakyat Untuk Kerajaan Malaysia’ yang mengandungi suara rakyat.
"Orang ramai yang mempunyai idea dan mahu suarakan kepada Perdana Menteri boleh emelkan kepada ‘letsalleatcake2010@gmail.com‘," katanya.

PKR dakwa Umno gagal memartabatkan Islam sebagai agama Persekutuan

Wan Azizah (kanan) bersama suami dan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi ini. — Gambar oleh Jack Ooi
PETALING JAYA, 27 Nov — Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendakwa Umno gagal melaksanakan amanah rakyat untuk membina negara yang bermaruah, mempamerkan keadilan Islam, menerapkan ajaran Islam dan gagal memartabatkan Islam sebagai agama Persekutuan. Presiden PKR itu juga berkata sokongan orang Melayu terhadap Umno kini semakin menurun, malah gelombang sokongan orang bukan Melayu sudah beralih ke Pakatan Rakyat.
“Sokongan orang Melayu terutamanya generasi muda semakin menurun. Gelombang sokongan orang bukan Melayu, rakyat Sabah dan Sarawak pula kini sudah beralih ke Pakatan Rakyat.
“Sesungguhnya, mereka telah gagal melaksanakan amanah rakyat untuk membina negara Malaysia yang bermaruah, mempamerkan keadilan Islam, menerapkan ajaran Islam dan gagal memartabatkan Islam sebagai agama Persekutuan.
“Pelaksanaan undang-undang kerajaan sentiasa tidak konsisten dan berubah-ubah mengikut selera mereka,” kata Dr Wan Azizah ketika menyampaikan ucapan dasar presiden pada Kongres Nasional PKR di sini.
Dr Wan Azizah menegaskan isu survival Melayu dan agama Islam di negara ini tidak akan dapat diselesaikan jika melihat melalui teropong Umno.
“Ia perlu dikaji dari perspektif baru dalam fenomena baru realiti politik berasaskan demokrasi di Malaysia. Jika Umno benar-benar ikhlas, hentikan segala kezaliman, penindasan dan kemungkaran yang diamalkan selama ini.
“Suburkanlah iklim demokratik di Malaysia berasaskan perlembagaan negara yang ada. Wujudkan ruang persaingan yang terbuka dan sihat dan berasaskan syariat yang ditetapkan Islam dan ini akan menjadikan kita lebih kreatif dalam usaha menyampaikan khidmat yang terbaik untuk seluruh rakyat.
“Dengan ini Islam yang murni akan lebih terserlah, barisan kepimpinan Islam yang bertaqwa, bijaksana dan adil akan dapat dilahirkan.  Masyarakat bukan Islam akan lebih memahami Islam dan melihatnya secara objektif dan tepat,” katanya.
Menurut Dr Wan Azizah, PKR menerusi Pakatan Rakyat mahu mewujudkan sebuah masyarakat majmuk yang dapat hidup bersama di negara ini.
“Bagi kita PKR dan Pakatan Rakyat, kita mahukan wujudnya sebuah masyarakat majmuk yang dapat hidup bersama dengan saling lengkap melengkapi dan bekerjasama ke arah negara yang makmur dan aman damai.
“Islam yang sebenar mengajar umatnya agar bersikap adil, sederhana dan sentiasa menghormati bangsa dan agama lain,” katanya.
Oleh yang demikian, beliau menyeru kepada seluruh rakyat di negara ini agar tidak diperkotak-katikkan oleh Umno.
“Oleh yang demikian, kita menyeru kepada seluruh orang Melayu, umat Islam dan masyarakat Malaysia umumnya agar tidak mudah diperkotakkatikkan oleh Umno dengan mengatakan bahawa mereka akan kehilangan kuasa dan suara jika negara diperintah oleh Pakatan Rakyat.
“Kita juga menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar dapat berfikir dengan rasional dan fakta yang jelas serta tidak keliru dengan dakwaan mereka.
“Jelas terbukti bahawa Umno-BN telah pun mengkhianati mereka di masa silam. Apakah yang dapat menjamin mereka tidak akan berlaku curang lagi di masa hadapan jika amanah kuasa terus diberikan kepada mereka?” kata bekas ahli Parlimen Permatang Pauh ini.
Beliau berkata hasrat itu kini semakin menjadi kenyataaan apabila melihat orang bukan Melayu tidak lagi fobia terhadap Islam.
Nurul Izzah Anwar, sebahagian daripada perwakilan yang menghadiri Kongres Nasional PKR di Petaling Jaya hari ini. — Gambar oleh Jack Ooi
“Perkara ini sedang menjadi kenyataan, masyarakat bukan Islam tidak lagi menjadi fobia kepada Islam apabila bersedia mengundi parti Islam  di dalam pilihan raya, selepas sekian lama. “Umno telah menjadikan segala berunsur Islam sebagai momokan kepada mereka,” katanya.
Dr Wan Azizah berkata Umno ditolak rakyat di negara ini disebabkan kemungkaran dan kezaliman yag dilakukan pemimpin sendiri.
“Umno ditolak rakyat bukan kerana perpecahan kepimpinan Melayu tetapi Umno ditolak hasil dari segala kemungkaran dan kezaliman diri mereka sendiri.
“Perjuangan pemimpin Umno bukanlah untuk menegakkan agama dan keadilan kepada rakyat, asas perjuangan mereka adalah kecintaan kepada dunia dan ketakutan kepada mati.
“Malah amalan rasuah, kronisme, penipuan, khianat, memfitnah sesama sendiri dan jatuh menjatuhkan merupakan suatu kemestian demi merebut dan mengekalkan kuasa,” katanya.
Beliau berkata Umno ditolak rakyat di negara ini disebabkan kemungkaran dan kezaliman yag dilakukan pemimpin sendiri.
“Umno ditolak rakyat bukan kerana perpecahan kepimpinan Melayu tetapi Umno ditolak hasil dari segala kemungkaran dan kezaliman diri mereka sendiri.
“Perjuangan pemimpin Umno bukanlah untuk menegakkan agama dan keadilan kepada rakyat, asas perjuangan mereka adalah kecintaan kepada dunia dan ketakutan kepada mati.
“Malah amalan rasuah, kronisme, penipuan, khianat, memfitnah sesama sendiri dan jatuh menjatuhkan merupakan suatu kemestian demi merebut dan mengekalkan kuasa,” katanya.

PKR: Ketuanan Melayu wajib ditinggalkan

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata konsep “Ketuanan Melayu” wajib ditinggalkan kerana ia didakwa hanya slogan untuk memperdayakan bangsa itu sendiri.

"Ketuanan Melayu adalah slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdaya orang Melayu yang ramai, demi kepentingan diri sendiri.

"Mereka adalah manusia yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kebejatan lagi," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar presiden dalam Kongres PKR di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pagi ini.

Menurutnya, sebagai seorang Melayu yang beragama Islam, beliau berkeyakinan bahawa tidak akan ada satu bangsa pun yang akan menjadi agung dan dihormati hanya dengan menggelar diri sendiri sebagai “tuan”.

"Kitab al-Quran banyak mengisahkan bagaimana Tuhan telah menghancurkan kaum dan bangsa-bangsa yang bermegah-megah konon menjadi 'tuan' dan memandang rendah kepada bangsa atau kaum yang lain.

"Sesungguhnya, semulia-mulia di sisi Tuhan adalah mereka yang paling tinggi taqwanya (amalan baik dan kebajikannya kepada insan lain)," katanya.

"Nyatalah bahawa sesuatu bangsa dan kaum itu hanya akan menjadi agung dan dipandang tinggi apabila mereka bermaruah. Lalu, andai sesuatu bangsa itu mahu besar, mereka harus memelihara dan menjaga maruah mereka termasuk kepada orang Melayu."

Tegasnya dalam tradisi orang Melayu, mereka amat menyedari kepentingan menjaga maruah diri supaya dipandang tinggi oleh orang lain.

Menyentuh soal "survival Melayu dan agama Islam", Dr Wan Azizah berkata isu itu tidakakan dapat diselesaikan selagi melihat isu itu "melalui teropong Umno dan para kuncunya".

"Ia perlu dikaji dari perspektif baru dalam fenomena baru realiti politik berasaskan demokrasi di Malaysia. Jika Umno benar-benar ikhlas, hentikan segala kezaliman, penindasan dan kemungkaran yang diamalkan selama ini.

Dalam ucapannya, Dr Wan Azizah juga dilihat memujuk anggota PKR mengenai isu pemilihan parti yang dikritik pelbagai pihak" dengan menyalurkan sebarang ketidakpuasan mengikut saluran parti.

"Selesaikanlah masalah kita bagaikan menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus dan tepung jangan berselerak".

"Usah serahkan tengkok kita kepada pihak media musuh dengan mendedahkan kelemahan kita.

"Biar membara di hati, tetapi tetap dingin di kepala," katanya memetik kata-kata tokoh Indonesia Muhammad Natsir.

PKR teruskan perjuangan membela rakyat

PETALING JAYA, 27 Nov: Walaupun Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru sahaja meraikan ulangtahun ke-12 sejak ditubuhkan pada 4 April 1999, namun usaha membela rakyat diteruskan.
Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berkata, dalam usia semuda itu juga PKR telahpun mencapai banyak kejayaan yang di luar dari kebiasaan.
Tambahnya, bersama-sama dengan Pakatan Rakyat, parti itu telah berjaya menawan 5 buah negeri dan menafikan majoriti 2/3 Barisan Nasional dalam PRU 12 yang lalu.
Dalam usia semuda itu, ujarnya PKR telah bergerak pantas mewarnai iklim politik negara secara drastik.
“Maka itu, usahlah kita gundah dan gulana dengan segala pancaroba. Demi perjuangan menegak keadilan, kita perlu terus melangkah dan mara. Membujur lalu melintang patah.
“Perjuangan membela rakyat perlu terus membara,” ujarnya semasa menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Tahunan ke-7 di sini, pagi ini.
Turut hadir ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan dua Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.
Sesungguhnya, kata beliau di tahap ini, PKR masih berada di peringkat awal dalam kelok pembelajaran (the learning curve), dalam perkembangan menuju kemantapan dan kematangan.
“Apatah lagi khususnya, kita ini adalah sebuah parti politik. Fitrah setiap ‘learning curve’ adalah pengalaman jatuh bangun dan naik turun. Setiap kali jatuh, kita perlu terus bangun, menilai dan memperbaiki kelemahan,” ujarnya lagi.
Kemudiannya, kata beliau segera terus melangkah kehadapan secara lebih berani dan berkeyakinan, yang dinamakan “sunnanul kaun” atau “the law of nature”.
Beliau menambah, jatuh dan silap dalam mengatur langkah tidak perlu dijadikan kesalan dan menjadi pesimis melulu hingga melupakan hakikat potensi untuk menjadi lebih baik di masa hadapan.
“Sesungguhnya, perjuangan dan cita-cita kita adalah amat besar. Demi membela nasib rakyat, kita ingin membina budaya baru dalam politik negara,” katanya lagi.
Justeru, ujar beliau reformasi dan perubahan dimulakan dalam diri dahulu di mana martabat setiap ahli diangkat tinggi.
Setiap ahli, katanya diberi peluang sama rata untuk bersuara dan memberikan sumbangan.
“Maka kita secara berani meluluskan dasar Satu Anggota Satu Undi dalam menentukan barisan kepimpinan,” ujarnya.
Menurutnya, tiada suatu parti lain di negara ini dan di Asia Tenggara yang berani melakukannya.
Tambahnya, malah PKR memulakannya di saat pihak musuh begitu fobia dengan demokrasi yang bergerak cergas menyuburkan demokrasi.
Di sebaliknya, kata beliau Umno dan BN tanpa segan silu berterusan merencatkan demokrasi di mana seluruh agensi dan aparatus yang boleh memperkasakan demokrasi telah dikembirikan.
Di samping itu, tambahnya pelbagai akta menyekat kebebasan rakyat terus diwujud dan dilaksanakan.
“Semua ini dilakukan demi mengekalkan jaminan mereka terus berada di tampuk kekuasaan dan meneruskan penindasan dan kezaliman kepada rakyat,” ujarnya.
PETALING JAYA, 27 Nov: Walaupun Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru sahaja meraikan ulangtahun ke-12 sejak ditubuhkan pada 4 April 1999, namun usaha membela rakyat diteruskan.
Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berkata, dalam usia semuda itu juga PKR telahpun mencapai banyak kejayaan yang di luar dari kebiasaan.
Tambahnya, bersama-sama dengan Pakatan Rakyat, parti itu telah berjaya menawan 5 buah negeri dan menafikan majoriti 2/3 Barisan Nasional dalam PRU 12 yang lalu.
Dalam usia semuda itu, ujarnya PKR telah bergerak pantas mewarnai iklim politik negara secara drastik.
“Maka itu, usahlah kita gundah dan gulana dengan segala pancaroba. Demi perjuangan menegak keadilan, kita perlu terus melangkah dan mara. Membujur lalu melintang patah.
“Perjuangan membela rakyat perlu terus membara,” ujarnya semasa menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Tahunan ke-7 di sini, pagi ini.
Turut hadir ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan dua Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.
Sesungguhnya, kata beliau di tahap ini, PKR masih berada di peringkat awal dalam kelok pembelajaran (the learning curve), dalam perkembangan menuju kemantapan dan kematangan.
“Apatah lagi khususnya, kita ini adalah sebuah parti politik. Fitrah setiap ‘learning curve’ adalah pengalaman jatuh bangun dan naik turun. Setiap kali jatuh, kita perlu terus bangun, menilai dan memperbaiki kelemahan,” ujarnya lagi.
Kemudiannya, kata beliau segera terus melangkah kehadapan secara lebih berani dan berkeyakinan, yang dinamakan “sunnanul kaun” atau “the law of nature”.
Beliau menambah, jatuh dan silap dalam mengatur langkah tidak perlu dijadikan kesalan dan menjadi pesimis melulu hingga melupakan hakikat potensi untuk menjadi lebih baik di masa hadapan.
“Sesungguhnya, perjuangan dan cita-cita kita adalah amat besar. Demi membela nasib rakyat, kita ingin membina budaya baru dalam politik negara,” katanya lagi.
Justeru, ujar beliau reformasi dan perubahan dimulakan dalam diri dahulu di mana martabat setiap ahli diangkat tinggi.
Setiap ahli, katanya diberi peluang sama rata untuk bersuara dan memberikan sumbangan.
“Maka kita secara berani meluluskan dasar Satu Anggota Satu Undi dalam menentukan barisan kepimpinan,” ujarnya.
Menurutnya, tiada suatu parti lain di negara ini dan di Asia Tenggara yang berani melakukannya.
Tambahnya, malah PKR memulakannya di saat pihak musuh begitu fobia dengan demokrasi yang bergerak cergas menyuburkan demokrasi.
Di sebaliknya, kata beliau Umno dan BN tanpa segan silu berterusan merencatkan demokrasi di mana seluruh agensi dan aparatus yang boleh memperkasakan demokrasi telah dikembirikan.
Di samping itu, tambahnya pelbagai akta menyekat kebebasan rakyat terus diwujud dan dilaksanakan.
“Semua ini dilakukan demi mengekalkan jaminan mereka terus berada di tampuk kekuasaan dan meneruskan penindasan dan kezaliman kepada rakyat,” ujarnya.

Perwakilan kesal 'rakan' turut serang Anwar

Terdapat di kalangan "rakan" sendiri yang terlibat dalam "serangan istimewa" bertali arus terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dakwa seorang perwakilan dalam kongres parti itu.

Perwakilan Terengganu Fariz Musa berkata, perkara itu berlaku apabila serangan daripada Umno didakwa gagal memberikan sebarang kesan.

"Di blog, Facebook juga sebut Anwar Ibrahim hilang arah, sebab itu perlu ditegur. Kita tak pertikai kebebasan bersuara dan hak mengkritik, tetapi sudah pasti biarlah dalam keadaan beradap.

"Jangan cemarkan parti yang kita sayang," katanya yang juga bekas timbalan ketua Pemuda PKR sesi lalu.

Berucap membahaskan ucapan dasar presiden dalam kongres PKR di Petaling Jaya hari ini, Fariz juga menolak bahawa Anwar berselindung di belakang jawatan ketua umum secara tidak demokratik.

"Anwar Ibrahim bukan angkat diri sendiri, tapi ia dilantik dalam kongres 2007. Yang angkat adalah kita sendiri.

"Ini tindakan yang demokratik kerana diputuskan oleh badan paling atas dalam parti," katanya.

PKR perlu sedia hadapi PRU mulai sekarang, kata Azizah

Dr Wan Azizah berucap pagi ini. - Gambar oleh Jack Ooi
PETALING JAYA, 27 Nov - Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini meminta supaya semua ahli parti itu bersiap sedia bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut akan diadakan awal tahun depan. Beliau berkata semua ahli parti tidak mempunyai pilihan kecuali untuk bersiap sedia kerana memikul amanah besar untuk membela rakyat.
“Kita berkumpul pada hari ini di dalam kongres yang terakhir sebelum pilihanraya umum ke-13, kalau desas-desus yang kuat bertiup itu benar.
“Apa pun, kita tidak punya pilihan kecuali untuk bersiap sedia secukupnya kerana kita memikul amanah besar untuk membela rakyat. Kalau ada yang pernah luka, hilangkanlah parutnya.
“Kalau ada yang sedikit tercalar, gilaplah supaya semangat juang kembali tinggi untuk berdepan dengan musuh.  Yang menang memikul tanggungjawab memimpin, yang kalah bersiap sedia merempuh musuh bak kata pepatah biduk lalu kimbang bertaut,” kata beliau ketika menyampaikan ucapan dasar presiden pada Kongres Nasional PKR di sini.
Dr Wan Azizah berkata amanah membela rakyat dn mengangkat martabat negara adalah lebih besar dari parut atau calar dalam parti itu.
“Apatah lagi, dalam suasana rakyat di bawah yang terus ditindas dengan kemelut sara hidup yang tinggi. Pemerintah Pusat tidak pernah jemu dengan rancangan ekonomi bersaiz mega dan ungkapan-ungkapan yang memukau.
“Mulanya dengan NEM, kemudian beralih kepada ETP, lantas jadi pula EPP. Jutaan wang rakyat dibazirkan untuk membayar entah berapa ramai juru runding untuk memilih huruf-huruf besar ini, tetapi kesannya kepada rakyat kecil sekali,” katanya.
Beliau berkata perancang ekonomi kerajaan Barisan Nasional (BN) seperti terpisah dari realiti keperitan hidup di bawah.
“Sedang mereka tenggelam dalam impian membina bangunan tinggi 100 tingkat di bilik mesyuarat mereka, rakyat miskin di bandar-bandar dan di desa terlantar lara tidak mampu memiliki sebuah rumah.
“Bukan sahaja jumlah rumah kos rendah atau mampu milik tidak mencukupi, kalau pun permohonan mereka diterima, mereka berdepan pula
dengan masalah mendapatkan pembiayaan akibat syarat-syarat yang terlalu ketat.
“Pertumbuhan ekonomi jiran kita Indonesia kekal enam peratus. Ia adalah lebih baik berbanding Malaysia yang meskipun dijangka mencapai tujuh peratus, namun ia adalah pertumbuhan ekonomi negara selepas penguncupan,” kata Dr Wan Azizah.
Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga berkata PKR perlu terus meletakkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat sebagai matlamat terulung dalam perancangan ekonomi negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat.
“Kita perlu terus meletakkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat sebagai matlamat terulung dalam perancangan ekonomi negeri-negeri yang kita kuasai.
“Hatta, pendekatan merakyatkan ekonomi yang diamalkan oleh Pakatan Rakyat perlu dijunjung menjadi dasar-dasar teras dalam kerangka ekonomi kita. Isu-isu pokok yang kini membelenggu rakyat seperti isu perumahan dan peluang pekerjaan perlu dirungkai oleh PKR dan Pakatan Rakyat.
“Rakyat. Malaysia memerlukan proses reformasi yang radikal untuk menyelesaikan segera permasalahan rakyat terbanyak, bukannya transformasi kosmetik yang tenggelam di sebalik kempen-kempen public relations yang mahal,” katanya.
Tambah Dr Wan Azizah, matlamat sebenar PKR adalah untuk membela rakyat dengan mengembalikan hak dan meletakkan kesejahteraan sebagai matlamat keramat parti itu.
“Amanah kita untuk membela rakyat dengan mengembalikan hak mereka dan meletakkan kesejahteraan mereka sebagai matlamat keramat adalah amanah yang besar.
“Amanah ini memerlukan persiapan kita baik dari segi keupayaan kita mendengar masalah mereka, kebolehan kita menterjemahkan dasar-dasar yang berkesan untuk menyelesaikan masalah mereka dan ketabahan kita melakukan perubahan demi rakyat walaupun berdepan dengan tentangan.
“Oleh itu saya mengingatkan para perwakilan untuk menumpukan sepenuh perhatian mencari inovasi baru untuk membela rakyat terutamanya dalam bidang ekonomi, supaya kita dapat menyelamatkan negara dan rakyat dari terus ketinggalan berbanding jiran-jiran,” katanya.

Presiden tolak ketua umum PKR 'dirasmikan'

Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berpendapat, jawatan ketua umum yang disandang oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim - yang juga suaminya - tidak perlu 'dirasmikan' buat masa ini.

"Saya hormati usul ketua Wanita untuk merasmikan jawatan itu. Tetapi buat masa ini tidak perlu. Beliau (Anwar) melakukan kerjanya sebagai ketua umum, juga memimpin Pakatan Rakyat...

"Buat masa ini semuanya bergerak lancar. Tidak perlu pertukaran. Ia hanya satu cadangan dan masih boleh diperdebatkan," katanya.

Semalam, ketua sayap itu Zuraida Kamaruddin mengusulkan kepada perwakilan Wanita agar diwujudkan jawatan ketua umum secara rasmi dan diserahkan pada Anwar.

Ketika menyampaikan ucapan dasarnya dalam kongres Wanita PKR semalam, Zuraida berkata, oleh kerana Anwar, PKR ditubuhkan, maka beliau perlu diberi pengikirafan khas.

Bercakap dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan dasar dalam kongres PKR ke-7 di Petaling Jaya hari ini, Wan Azizah berkata, berdasarkan hirarki parti, semua pemimpin pada masa ini sudah berada di tempatnya masing-masing.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution pula hari ini mendedahkan bahawa keahlian lebih lima orang telah digantung serta-merta ekoran siasatan berkaitan aduan dalam pemilihan PKR.

Jumlah sebenar yang menghadapi tindakan itu dan identitinya tidak didedahkan kepada pihak media.

Ditanya tentang sasaran masa yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) parti itu bagi menyelesaikan aduan yang diterimanya, Saifuddin menjangka ianyadalam tempoh seminggu dua lagi.

Katanya, dalam tempoh tiga bulan, bermula daripada awal pemilihan cabang sehingga sekarang, sebahagian besar daripada 289 aduan yang diterima sudah selesaikan.

"Tinggal lagi 12 aduan apalah sangat," kata beliau yang juga ahli parlimen Machang.

UCAPAN DASAR PRESIDEN KEADILAN

Menjunjung Reformasi Membela RakyatDatuk Seri Dr Wan Azizah Ismail

Presiden, Parti Keadilan Rakyat ( KEADILAN )




Kongres Nasional Tahunan ke-7 2010

Petaling Jaya, Selangor.





UCAPAN ALU-ALUAN

1.   Selamat datang ke Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat Kali Ke Tujuh pada tahun ini. Pada Kongres ke enam yang lalu, kita bertandang di Kota Bharu. Kali ini, kita merasa cukup bertuah kerana kita diterima pula sebagai tetamu Selangor Darul Ehsan pula.   Perhimpunan kali ini, adalah bagaikan kembalinya semula kita ke pengkalan. Selepas melalui pelbagai pertempuran di pelbagai medan, kita berkumpul kembali di sini, memperkemas dan mempersiap diri menghadapi pertempuran baru yang akan mendatang.  Kita rakamkan jutaan terima kasih atas kesudian Negeri Selangor di bawah kepimpinan YAB Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim kerana sudi menerima kita di sini.   Alhamdulillah, beliau telah berjaya mengangkat martabat negeri, membuat pelbagai  perubahan  dan  penambahbaikan  pengurusan,  memberi  keselesaan  kepada rakyat dan seterusnya berjaya mempertahankan Negeri ini ditangan Pakatan Rakyat sehingga ke hari ini. Paling utama, Selangor adalah kubu utama Parti Keadilan Rakyat. Setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih.





MENITI KEMATANGAN PERJUANGAN

2.  Usia Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) masih muda.    Ia baru sahaja meraikan ulangtahun ke 12  sejak ditubuhkan pada 4 April 1999.  Namun, dalam usia semuda ini, kita telahpun mencapai banyak kejayaan yang diluar dari kebiasaan.    Bersama-sama

dengan  Pakatan  Rakyat,  kita  telah  berjaya  menawan  5  buah  negeri  dan  menafikan majoriti 2/3 Barisan Nasional dalam PRU 12 yang lalu.   Dalam usia semuda ini, kita telah bergerak pantas mewarnai iklim politik negara secara drastik.   Maka itu, usahlah kita gundah dan gulana dengan segala pancaroba.  Demi perjuangan menegak keadilan, kita perlu terus melangkah dan mara.     Membujur lalu melintang patah.     Perjuangan membela rakyat perlu terus membara.



3.   Sesungguhnya,  di  tahap  ini,  kita  masih  berada  di  peringkat  awal  dalam  kelok pembelajaran (the learning curve), dalam perkembangan menuju kemantapan dan kematangan.  Apatah lagi khususnya, kita ini adalah sebuah parti politik.  Fitrah setiap
‘learning curve’ adalah pengalaman jatuh bangun dan naik turun. Setiap kali jatuh, kita perlu terus bangun, menilai dan memperbaiki kelemahan.   Kemudiannya, segera terus melangkah kehadapan secara lebih berani dan berkeyakinan.   Inilah yang dinamakan “sunnanul kaun” atau “the law of  nature”.   Jatuh dan silap dalam mengatur langkah tidak perlu dijadikan kesalan.   Tidak perlu kita menjadi pesimis melulu hingga melupakan hakikat potensi untuk menjadi lebih baik di masa hadapan.



4.   Sesungguhnya, perjuangan dan cita-cita kita adalah amat besar.   Demi membela nasib rakyat, kita ingin membina budaya baru dalam politik negara.   Justeru, reformasi dan perubahan dimulakan dalam diri kita dahulu.    Martabat setiap ahli diangkat tinggi. Setiap ahli diberi peluang sama rata untuk bersuara dan memberikan sumbangan.  Maka kita secara berani meluluskan dasar Satu Anggota Satu Undi dalam menentukan barisan kepimpinan.   Tiada suatu parti lain di negara ini dan di Asia Tenggara yang berani melakukannya.   Malah kita memulakannya di saat pihak musuh begitu fobia dengan demokrasi. Keadilan bergerak cergas menyuburkan demokrasi.   Disebaliknya, UMNO dan  BN  tanpa  segan  silu  berterusan  merencatkan  demokrasi.  Seluruh  agensi  dan aparatus yang boleh memperkasakan demokrasi telah dikembirikan.    Pelbagai akta menyekat kebebasan rakyat terus diwujud dan dilaksanakan. Semua ini dilakukan demi mengekalkan jaminan mereka terus berada di tampuk kekuasaan dan meneruskan penindasan dan kezaliman kepada rakyat.



5.   Alhamdulillah, demi memenuhi tekad merealitikan demokrasi dalam Parti, kita baru sahaja selesai mengadakan pemilihan kepimpinan Parti di peringkat Cabang dan Pusat. Sesungguhnya, perlu kita akui bahawa umumnya pemilihan tersebut telah mencapai matlamatnya.  Lebih 70,000 orang ahli parti telah melibatkan diri dan keluar mengundi. Percubaan pertama ini sudah pastilah ada kelemahannya. Terpulang kepada kita untuk menafsirkan. Adakah  kelemahan  itu  sebagai  kegagalan atau  peluang. Jika  kita  tidak

hadapan?  Lebih baik melakukan sesuatu yang tidak sempurna dari tidak berbuat apa-apa yang sudah pasti tidak cacat. (Better to do something imperfectly than to do nothing perfectly, Robert H Schuller). Sekian lama kita mahukan demokrasi sebenar, maka kita perlu mulakan dengan diri kita dahulu (You must be the change you want to see in the world, Mahatma Ghandi).



6.   Pemilihan ini telah meningkatkan kematangan kita dalam amalan demokrasi. Ahli-ahli KEADILAN telah mempamerkan keupayaan menilai, membicarakan dan memilih barisan kepimpinan yang sesuai.   Kita semua telah berjaya melalui   pelbagai ujian dan cabaran psikologikal - mental, fizikal, emosional dan rohaniah. Untuk itu saya ingin merakamkan setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada anda semua di semua peringkat dan lapisan.





BERSAMA KONGSI KEMENANGAN

7.   Dengan kejayaan ini, marilah bersama kita menginsafi suatu hakikat. Sesungguhnya, tiada siapa yang kalah. Kesemua kita adalah pemenang. Saya ulangi: Kesemua kita adalah pemenang.  Yes, we all are the winners!!! We all are the winners!!! Yang tewas adalah musuh- musuh kita.  Merekalah sebenarnya yang gagal. Yes, they are the losers!!! Terbukti merekalah yang gagal melaksanakan demokrasi sebenar dalam parti mereka sendiri. Mereka juga telah gagal untuk melihat parti kita gagal melaksanakannya.   Mereka harus berasa malu dengan diri.



8.   Bagi mereka yang dianggap menang perlu bersama menginsafi bahawa  kepimpinan adalah merupakan suatu amanah.    Kepimpinan adalah taklif (tanggungjawab) bukan tasyrif (kemuliaan).  Kegagalan melaksanakan amanah akan menatijahkan hukuman yang amat berat di sisi Tuhan.  Sehubungan ini, Nabi Muhammad SAW pernah menasihatkan seorang sahabat, Abu Dzar Al-Ghiffari:



“Sesungguhnya ia (kuasa) adalah amanah. Dan pada hari kiamat ia merupakan kehinaan dan penyesalan, kecuali bagi yang mengambilnya sesuai dengan haknya dan melaksanakan apa yang menjadi tuntutannya”. (Hadis riwayat Muslim).

Baginda juga pernah bersabda:

Apabila amanah itu dilenyapkan, maka tunggulah datangnya kiamat.” Ditanya kepada baginda, Wahai  Rasulullah,  bagaimana  melenyapkan  amanah  itu?”  Rasulullah  bersabda:  Apabila amanah itu diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah datangnya kemusnahan!”



9. Hakikatnya, rakan-rakan kita yang dianggap tidak menang juga telah memberikan sumbangan besar dalam mengangkat martabat parti kita ke mercu lebih tinggi.  Mereka sebenarnya telah memberi jasa besar melibatkan diri bertanding dan membuatkan anda menang. Justeru, siapa jua yang di anggap pemenang perlulah menghargai rakan-rakan lain yang dianggap kalah.   Ayuh, mari kita bersama-sama berkongsi kemenangan itu. Tanpa  mengira  siapa,  kesemua  kita  perlu  memiliki  psikologi  pemenang  dalam menghadapi PRU 13 akan datang.






MENJANA SAF PERJUANGAN


Saudara-Saudari yang dikasihi sekalian,

10. Proses pemilihan telahpun selesai. Tanpa kecuali, tiada siapa di antara kita yang dapat mengelak diri dari amanah besar bersama mengemudi parti ini dalam menghadapi PRU
13 akan datang.  Posisi dan peranan kita mungkin berbeda.  Namun, natijah kita perlu
sehala.  Tanggungjawab kita amat berat, sumber yang ada pula amat terhad. Lantaran itu, kesemua pemimpin yang telah dipilih di setiap peringkat perlu memanfaatkan setiap sumber yang kita miliki.  Potensi setiap ahli perlu digembeling dan diperkasakan tanpa mengira kelompok dan kabilah. Kepentingan Parti perlu lebih diutamakan berbanding dengan kabilah dan diri sendiri. Jangan biarkan apa yang ada di kendong keciciran dan yang dikejar belum tentu dapat.  Jagalah dan perihatinlah kepada setiap ahli dan rakan di sekeliling kita.  Merekalah saudara seperjuangan kita. Terimalah mereka semua seadanya untuk dibaja, dipupuk dan dikembangkan.



11. Sesungguhnya,  tiada   siapa   antara   kita  yang   sempurna.       Justeru  bersamalah memperkasakan silaturrahim dan perhubungan yang ada.    Sehubungan ini,    setiap cabang dan ranting perlu diperkasakan dengan memperbanyakkan program-program yang dapat meningkatkan keprihatinan rakyat dan semangat kerja berpasukan.  “TEAM: Together Everyone Achieve More.” Bersamalah semarakkan ruh muafakat sesama kita supaya ia menjadi teladan setiap ahli di peringkat bawahan.  Ia juga akan melonjakkan keyakinan dan penghormatan rakyat kepada parti kita yang dicintai ini.

kasih kita kepada pihak Jawatankuasa Pemilihan Pusat yang diketuai Dr. Molly Cheah dengan dibantu oleh seluruh pasukan tenaga jenteranya, atas kerja keras dan kejayaan menguruskan agenda besar menjayakan demokrasi dalam parti kita ini. Kita juga ingin merakamkan penghargaan yang sama kepada Sekretariat Pengurusan yang diketuai Setiausaha Agung Sdra Saifuddin Nasution, bersama para pembantu beliau, yang turut memberikan dokongan dalam melaksanakan misi ini.    Mata yang memandang sudah tentu tidak seberat bahu yang memikul.



13. Dalam melaksanakan proses pemilihan ini, memang banyak juga aduan dan rungutan telah diterima. Ada yang berpandangan bahawa siapa yang menang tidak penting.  Apa yang lebih penting adalah proses pemilihan yang adil.  Wujud juga persepsi bahawa JPP tidak bertindak pantas terhadap rungutan yang kukuh. Semua pandangan seperti, kita sedia menerimanya secara terbuka. Kita juga bersedia sebarang maklumbalas dan cadangan penambahbaikan. Bagi kes yang jelas dengan bukti yang nyata, kita telahpun bertindak melakukan siasatan. Sudah pasti ini semua akan memakan masa.   Kita juga tidak boleh menghukum sesiapa hanya melalui tuduhan-tuduhan yang lemah asasnya. Kita yang memperjuangkan keadilan perlu juga berlaku adil dalam menghukum rakan- rakan kita sendiri.



14. Oleh itu, andai ada sebarang ketidakpuasan, gunakan saluran Parti untuk dileraikan.
Usah  serahkan  tengkok  kita  kepada  pihak  media  musuh  dengan  mendedahkan kelemahan kita.    Biar membara di hati, tetapi tetap dingin di kepala (Bapak Muhammad Natsir). Selesaikanlah masalah kita bagaikan menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus dan tepung jangan berselerak.   Sesungguhnya, setiap diri kita tidak penting.   Parti ini adalah lebih penting. Parti ini adalah sandaran seluruh rakyat segala lapisan yang memerlukan pembelaan.  Kita tidak rela sama sekali melihat Parti ini lemah dan hancur. Andai terdapat sebarang bukti kukuh terdapat amalan yang melanggar dasar dan peraturan, tanpa mengira waima siapa, kita akan bertindak tegas.






IDEALISME DAN TERAS PERJUANGAN

15. Setiap orang di antara kita wajar menyemak, melihat kembali helaian sejarah parti ini yang berdiri atas pengorbanan, keringat dan air mata rakyat. Parti ini “parti rakyat”. KEADILAN mempunyai asas-asas perjuangan yang jelas. Tujuh belas asas perjuangan

memahami dan menghayati idealism perjuangan kita ini.  Jika belum lagi, kita takut nafas perjuangan kita dalam Parti ini akan menjadi pendek.  Hanya dengan sedikit dugaan dan cabaran, kita bakal kecundang dan tersungkur di tengah jalan.



16. 12 tahun yang silam, semasa KeAdilan ditubuhkan, musuh sering memperlekeh kita.
Kata mereka: “KEADILAN, parti berbilang kaum (multi-racial party) takkan berjaya…” Apa yang terjadi kini adalah sebaliknya. Ternyata hari ini, KEADILAN muncul sebagai parti berbilang kaum yang digeruni.   Sesungguhnya, sedari mula kita amat percaya kepelbagaian adalah suatu keindahan dan kekuatan. Kita percaya bahawa kepelbagaian itu adalah suatu rahmat dan gambaran kebesaran Tuhan. Anugerah besar Tuhan ini tidak boleh sama sekali disesiakan. Maka itu, fahaman dan amalan ala-penjajah yang mengamalkan sistem pecah dan perintah melalui agama dan perkauman perlu dilenyapkan dari bumi tercinta ini. Kita juga pernah dilabel sebagai parti nyamuk. Ternyata hari ini kita bagaikan sarang tebuan yang mampu menyerang dan menyengat. Mungkin kerana amat gementar, pemimpin mereka melaungkan kata-kata akan mempertahan Putrajaya walaupun dengan darah dan nyawa.



17. Hakikatnya, dalam mengamalkan demokrasi, mereka telah tercicir jauh di  belakang.
Maka, untuk menutup kelemahan, maka diwujudkan dasar keanggotaan terus, demi menyaingi dasar kepelbagaian kaum kita. Kita sebenarnya sedang mendepani zaman dengan idea-idea politik baru.  Mereka mencela kita didepan serta cemburu dan dendam kesumat di belakang.   Maka itulah, kita hari ini diserang setiap waktu dan saat.  Kalaulah kita ini memang benar-benar lemah seperti yang digembar-gemburkan, apa perlunya kita dipedulikan?    Percayalah, mereka menyerang kerana KEADILAN ini adalah sebuah parti yang kuat dan gagah membelah lautan politik negara.






TONGGAK REFORMASI RAKYAT

Saudara-saudari yang dikasihi,

18. Mereka amat menyedari bahawa KEADILAN dan pemimpin utamanya Saudara Anwar Ibrahim adalah faktor ancaman paling membahayakan kedudukan dan survival mereka. Dalam sejarah politik tanah air, tidak pernah wujud pemimpin dan parti lain yang dapat menggugat mereka separah hari ini, melainkan KEADILAN dan Saudara Anwar Ibrahim. Maka itu, mereka sentiasa berusaha mencari jalan tanpa henti bagaimana Parti

pemimpin Parti kita dan rakan-rakan kita PAS dan DAP. Setakat ini, mereka ternyata telah gagal.   Malah, gabungan Pakatan Rakyat semakin kukuh dan mantap.   Pakatan Rakyat wujud sebagai pembangkang terkuat dalam sejarah politik negara sehingga hari ini.     Kemuncak muafakat pakatan ini adalah kejayaan mengemukakan dasar bersama pada 19 Disember 2009 yang ditandatangani bersama oleh pimpinan-pimpinan utama ketiga-tiga Parti yang berkaitan.  Sejak dari itu, Pakatan Rakyat tidak mampu digugat lagi dan terus meluncur ke hadapan. Inilah yang cukup menggerunkan musuh kita.



19. Selepas ternyata gagal dan kecewa untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat, mereka kembali kepada strategi lama mereka iaitu dengan meneruskan percubaan untuk melumpuhkan parti kita ini. Mereka pernah berjaya dengan strategi ini untuk menyekat reformasi rakyat pada tahun 1998.    Mereka percaya bahawa cara mudah untuk membunuh KEADILAN adalah dengan melangsungkan fitnah dan serangan terhadap Penasihat Parti, Saudara Anwar Ibrahim.



20. Serangan-serangan mutakhir terhadap Saudara Anwar Ibrahim dari segi sahsiah dan kerjaya politik menampakkkan satu usaha bersepadu dibawah naungan satu dalang. Faktor Saudara Anwar Ibrahim menjadikan mereka merasa cukup derita dan sengsara hingga dihinggapi kebimbangan, kerisauan dan ketakutan yang tidak menentu. Hakikatnya, mereka amat takut akan kehilangan segala kuasa dan  rahsia penyelewengan dan salah guna kuasa yang tersorok bakal terbuka.



21. Jelaslah kesemuanya itu adalah kerana kewibaan kepimpinan DSAI yang terserlah sejak zaman remajanya lagi.    Beliau sentiasa dikenali sentiasa bersifat amanah, tegas dan berani.  Beliau juga  tidak mementingkan diri dan sentiasa istiqamah (consistent) membela rakyat termiskin (mustad’afin).    Ketrampilan kepimpinan beliau juga amat disenangi kesemua lapisan rakyat merentasi kaum, agama, dan budaya.    Lebih jauh ketokohan beliau telah diterima dengan cukup baik di peringkat antarabangsa sejak   seusia muda beliau   lebih 4 dekad yang lalu. Justeru, dalam ketika Negara kita sedang berhadapan dengan krisis keyakinan kepimpinan dan imej Negara yang terus menjunam, maka kepimpinan beliau terus diperlukan.



22. Apa yang tidak pernah di alami oleh Saudara Anwar? Ditangkap, di ISAkan, dipukul, disiksa, diaibkan dan dihumban ke penjara. Sejak merdeka, tidak pernah ada tokoh negara lain yang difitnah, dihina dan disiksa secara berterusan seperti yang dialami

Saudara Anwar. Namun, beliau tetap gagah dan tabah meneruskan perjuangan bersama kita.   Apakah rahsia sebenar hingga beliau tetap kental sehingga ke hari ini.   Jawapan saya adalah Saudara Anwar Ibrahim adalah seorang insan hebat yang memang di anugerahkan Tuhan untuk kita semua untuk menjadi pemimpin rakyat.  Jika beliau insan biasa seperti kita, sudah lama mengundur dan tenggelam di celah segala cabaran dan gelora yang berlalu.



23. September  1998  memang  menjadi  titik  hitam  kepada  keluarga  saya.  Namun, Alhamdulillah di sebaliknya, seluruh rakyat Malaysia telah bangkit menghulurkan tangan, memberikan dokongan. Itulah titik peralihan cerah susur galur politik negara. Lebam mata Saudara Anwar, menjadi simbol terbukanya mata rakyat Malaysia dengan cengkaman dan kezaliman penguasa. Pukulan ganas yang mencederakan Saudara Anwar, telah menyentak anak-anak muda negara. Sengsara saya dan anak-anak, diganti dengan kegembiraan melihat lahirnya satu gerakan rakyat yang berterusan mendepani perjuangan mengangkat maruah bangsa dan negara.



24. Makanya,  terbentuklah gerakan  reformasi  yang  menyatukan pelbagai  kaum,  anutan, daerah, fahaman dan latar pengalaman. Kita disatukan oleh keinginan menyelamatkan negara dan keazaman mengembalikan maruah rakyat. Apabila parti ini ditubuhkan sebagai  wadah  perjuangan  itu,  ada  yang  bersama  di  dalam,  tetapi  ramai  juga  yang berjuang di luar. KEADILAN juga didokong oleh pelbagai NGO dan para bloggers yang turut terlibat membantu berjuang menurut cara masing-masing. Hakikatnya parti ini lahir dari gerakan reformasi rakyat dan relevan kita berkait langsung dengan roh reformasi rakyat.



25. Justeru,  simbolisme  KEADILAN  dan  gerakan  reformasi  adalah  umpama  akrabnya Saudara Anwar dengan gerakan rakyat. Beliau bukan sahaja pemimpin kita di dalam KEADILAN, yang lebih penting beliau adalah pimpinan yang diangkat oleh rakyat baik di dalam KEADILAN, PAS, DAP hatta tidak berparti sekalipun.



26. Marilah bersama kita sedari bahawa KEADILAN ini bukanlah sebuah parti politik biasa; yang perjalanan dan urusannya hanyalah milik anggota rasminya sahaja. KEADILAN adalah milik dan simbol gerakan reformasi.     Maka, sebagai seorang anggota KEADILAN kita harus menyedari simbolik ini.  Setiap rakyat yang inginkan perubahan dan mahukan pembelaan memberikan perhatian kepada KEADILAN. Justeru, kita perlu berhati-hati  dalam  segala  langkah  dan  kata.  Jika  kita  silap  percaturan  dan  rakyat

mendapat persepsi yang mengecewakan, dokongan dan sokongan mereka mungkin akan hambar dan beralih. Ini perlu menjadi perhatian serius kita bersama.







BANGSA BERMARUAH


Saudara-saudari sidang Kongres sekalian,

27. Saya, sebagai seorang Melayu yang beragama Islam, berkeyakinan bahawa tidak akan ada satu bangsa pun yang akan menjadi agung dan dihormati hanya apabila menggelar diri sendiri sebagai “tuan”. Kitab al-Quran banyak mengisahkan bagaimana Tuhan telah menghancurkan kaum dan bangsa-bangsa yang bermegah-megah konon menjadi “tuan” dan memandang rendah kepada bangsa atau kaum yang lain. Sesungguhnya, semulia- mulia di sisi Tuhan adalah mereka yang paling tinggi taqwanya (amalan baik dan kebajikannya kepada insan lain). Nyatalah bahawa sesuatu bangsa dan kaum itu hanya akan  menjadi  agung  dan  dipandang  tinggi  apabila  mereka  bermaruah.  Lalu,  andai sesuatu bangsa itu mahu besar, mereka harus memelihara dan menjaga maruah mereka termasuk kepada orang Melayu.



28. Sebenarnya, dalam tradisi orang Melayu, mereka amat menyedari kepentingan menjaga maruah diri supaya dipandang tinggi oleh orang lain.   Mari kita merenung sejenak beberapa ungkapan pantun klasik di bawah:



a.   Tenang-tenang air laut
Sampan kolek mudik ke tanjung Hati terkenang mulut menyebut Budi baik rasa nak junjung



b.   Kapal belayar dari Arakan Ambil gaji jadi jemudi Mati ikan kerana umpan Mati saya kerana budi

c.   Jika belayar ke tanah Aceh Singgah dulu di kota Deli Jika hendak orang mengasih Hendaklah baik bicara budi



d.   Bunga melati bunga di darat Bunga seroja di tepi kali Hina besi kerana karat
Hina manusia tidak berbudi



e.   Tingkap papan kayu bersegi Sampan sakat di Pulau Angsa Indah tampan kerana budi Tinggi darjat kerana bahasa



f.    Pulau Pandan jauh ke tengah Gunung Daik bercabang tiga Hancur badan dikandung tanah Budi yang baik di kenang juga



g.   Cuaca gelap semakin redup Masakan boleh kembali terang Budi bahasa amalan hidup Barulah kekal dihormati orang



h.   Tuan Puteri membeli ginseng Singgah di pasar mencari kari Jangan ikut budaya samseng Kelak menyesal di kemudian hari





29. Justeru itu, konsep Ketuanan Melayu” ini wajib dibakul sampahkan; supaya anak-anak kita membesar dengan visi “Bangsa Bermaruah” atau “Melayu Bermaruah”.  Ketuanan Melayu” adalah slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdaya orang Melayu yang ramai, demi kepentingan diri sendiri. Mereka

adalah manusia yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kebejatan lagi.



30. Selama 53 tahun mereka berkuasa, nasib Melayu dan bumiputera, masih tetap terabai.
Orang Melayu dan Bumiputera sedang mengalami nasib hidup yang sangat menyedihkan.  Mereka sedang dilanda masalah sosial, pendidikan, ekonomi dan budaya kehidupan yang membimbangkan. Kuota 30 peratus penguasaan ekuiti Melayu- Bumiputera gagal dicapai. Daripada RM54 bilion ekuiti dan saham untuk bumiputera, hanya RM2 bilion kekal di tangan. Di Semenanjung, di Sabah dan di Sarawak, kelompok paling miskin, dhaif dan terbiar melarat, adalah kaum bumiputera.  Buruh bumiputera di Batu Sapi, hanya dibayar RM9.50 untuk kerja mereka selama sehari. Malah, bagi setiap empat keluarga yang pendapatan isi rumahnya kurang dari RM2,000 setiap bulan, tiga keluarga itu adalah keluarga Melayu.



31. Kerajaan Umno-Barisan Nasional juga tidak mempedulikan nasib dan kedudukan Orang Asli di Semenanjung Malaysia. Kehidupan mereka masih terbiar dan tidak mendapat perhatian dan pembelaan sewajarnya. Kedhaifan hidup mereka bagai sengaja dirancang untuk dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu di saat dan ketika yang mereka perlukan. Tidak ada langsung peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan bagi menjamin kepentingan merupakan kaum pribumi di negara ini.  Kedudukan mereka tidak terjamin kerana  hak  mereka  tidak  dimasukkan  dalam  tafsiran  Perkara  153  dan  Perkara  160
Perlembagaan Persekutuan. Fasal (2) Perkara 160 hanya menafsirkan Orang Asli adalah
Orang Asli Semenanjung Tanah Melayu manakala dalam artikel 153 Perlembagaan Persekutuan, ianya  hanya  merangkumi Melayu  dan  Bumiputera Sabah  dan  Sarawak sahaja. Kita berjanji akan mengambil satu tindakan yang berani dan bertanggungjawab untuk menjamin kedudukan Orang Asal ini dalam kerangka keupayaan kita.



32. Semua  ini  membuktikan  bahawa  para  pemimpin  UMNO  bukan  berjuang  untuk membela orang Melayu. Parti itu hanya berminat untuk menjaga kepentingan tauke- tauke tertentu. Umno adalah “parti tauke” dan jauh sekali untuk berwajah sebagai “parti rakyat”.  Maka itu, KEADILAN dan Pakatan Rakyat adalah pilihan terbaik untuk semua orang Melayu dan seluruh rakyat.

KEADILAN PENYELESAI ISU SURVIVAL MELAYU & ISLAM

33. UMNO  yang  bernafas  lama  hasil  luapan  sentimen  perkauman  ini  amat  menyedari bahawa kedudukan politiknya kini semakin terdesak dan terancam. Sokongan orang Melayu terutamanya generasi muda semakin menurun. Gelombang sokongan orang bukan Melayu, rakyat Sabah dan Sarawak pula kini sudah beralih ke Pakatan Rakyat.



34. Sesungguhnya, mereka telah gagal melaksanakan amanah rakyat untuk membina negara Malaysia yang bermaruah, mempamerkan keadilan Islam, menerapkan ajaran Islam dan gagal memartabatkan Islam sebagai agama Persekutuan. Perlaksanaan undang-undang kerajaan sentiasa tidak konsisten dan berubah-ubah mengikut selera mereka. Cara UMNO mengendalikan isu penggunaan kalimah Allah begitu menjelikkan hingga menjadi bahan jenaka masyarakat tempatan mahupun antarabangsa. Judi sukan yang jelas  haram  menjadi  halal  demi  memperkayakan  mereka  yang  sudah  kaya  dan menjadikan rakyat yang miskin semakin papa kedana. UMNO tidak pernah mempedulikan kedudukan hukum qazaf. Mahkamah syari’ah dipersendakan mengikut kehendak pemimpin politik mereka.



35. UMNO ditolak rakyat bukan kerana perpecahan kepimpinan Melayu. UMNO ditolak hasil dari segala kemungkaran dan kezaliman diri mereka sendiri. Perjuangan para pemimpin UMNO bukanlah untuk menegakkan agama dan keadilan kepada rakyat. Asas perjuangan mereka adalah kecintaan kepada dunia dan ketakutan kepada mati. Amalan rasuah, kronisme, penipuan, khianat, memfitnah sesama sendiri dan jatuh menjatuhkan merupakan suatu kemestian demi merebut dan mengekalkan kuasa. Dana dan sumber negara di mana jua akan diperah, di ‘faraid’ dan dikhianati semahunya dengan pelbagai cara.    Tabung simpanan felda susut teruk dan yang terbaru ini harta Petronas pula sedang dikeringkan. Seluruh instrumen pentadbiran negara telah dikembirikan. Ekonomi negara menguncup teruk dan para pelabur menjauhkan diri dari kita.






36. Kehidupan rakyat semakin tertekan dan tersepit.  Lantaran itu, demi survival diri, tanpa segan silu politik Michevelli yang dianuti selama ini dimanfaatkan.   Maka, isu survival orang Melayu dan agama Islam dikumandangkan sebagai strategi perang psikologi memecahbelah Pakatan Rakyat. UMNO sengaja menjadikan rakyat Malaysia yang terdiri dari kalangan masyarakat majmuk menjadi keliru, bimbang dan cemas.  Keadaan kritikal ini menjadikan rakyat merasa terancam, semangat toleransi menjadi ‘fragile’ dan akhirnya

melarat kepada krisis dan ketegangan agama dan kaum yang berpanjangan.  Fenomena seperti inilah yang mengupayakan UMNO masih mampu meneruskan nafasnya sehingga ke hari ini.



37. Hakikatnya, perpaduan sejati apa jua kelompok tidak akan wujud apabila tiadanya nilai- nilai teras yang merealitikan perpaduan itu iaitu keikhlasan, kejujuran dan keadilan serta saling menjaga rukun dan adab dalam muamalah dan perhubungan.  Inilah yang dapat kita fahami dari firman Allah yang bermaksud:



“Dan  berpegang  teguhlah  kamu  semuanya  kepada  tali  (agama)  Allah  dan  jangan  bercerai- berai...” (Ali-Imran: 103)



38. Isu survival Melayu dan agama Islam di Malaysia ini tidak akan dapat diselesaikan jika kita masih melihatnya melalui teropong UMNO dan para kuncunya.  Ia perlu dikaji dari perspektif baru dalam fenomena baru realiti politik berasaskan demokrasi di Malaysia. Jika UMNO benar-benar ikhlas, hentikan segala kezaliman, penindasan dan kemungkaran yang diamalkan selama ini. Suburkanlah iklim demokratik di Malaysia berasaskan perlembagaan negara yang ada. Wujudkan ruang persaingan yang terbuka dan sihat dan berasaskan syariat yang ditetapkan Islam.  Ini akan menjadikan kita lebih kreatif dalam usaha menyampaikan khidmat yang terbaik untuk seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan agama berasaskan kebenaran dan keadilan.   Dengan ini Islam yang murni akan lebih terserlah.  Barisan kepimpinan Islam yang bertaqwa, bijaksana dan adil akan dapat dilahirkan.    Masyarakat bukan Islam akan lebih memahami Islam dan melihatnya secara objektif dan tepat.  Perkara ini sedang menjadi kenyataan. Masyarakat bukan Islam tidak lagi menjadi fobia kepada Islam apabila bersedia mengundi parti Islam  di  dalam  pilihanraya,  selepas  sekian  lama,  UMNO  telah  menjadikan  segala berunsur Islam sebagai momokan kepada mereka.



39. Bagi kita Parti Keadilan dan Pakatan Rakyat, kita mahukan wujudnya sebuah masyarakat majmuk yang dapat hidup bersama dengan saling lengkap melengkapi dan bekerjasama ke arah Negara yang makmur dan aman damai. Islam yang sebenar mengajar umatnya agar bersikap adil, sederhana dan sentiasa menghormati bangsa dan agama lain.



40. Oleh  yang  demikian, kita  menyeru kepada  seluruh  orang  Melayu,  umat  Islam  dan masyarakat Malaysia umumnya agar tidak mudah diperkotak katikkan oleh UMNO dengan  mengatakan  bahawa  mereka  akan  kehilangan  kuasa  dan  suara  jika  Negara

dapat berfikir dengan rasional dan fakta yang jelas serta tidak keliru dengan dakwaan mereka.  Jelas terbukti bahawa Umno BN telahpun mengkhianati mereka di masa silam. Apakah yang dapat menjamin mereka tidak akan berlaku curang lagi di masa hadapan jika amanah kuasa terus diberikan kepada mereka?



41. Menyedari  hal  di  atas,  kita  melihat  bahawa  Parti  ini  perlu  menyediakan  kerangka tindakan konkrit bagaimana persoalan kebimbangan mengenai kedudukan dan survival rakyat Malaysia dalam konteks pelbagai agama dan kaum ini dapat ditangani secara meyakinkan. Agenda tindakan ini perlulah direalitikan secepat mungkin.   Kita mahu melihat agenda konkrit para usahawan kita bersama-sama membangunkan kumpulan usahawan muda baru tanpa mengenal batas agama dan perkauman.  Kita mahu melihat para doktor memberikan khidmat rawatan percuma di kampong-kampung baru dan kampong tradisi yang dhaif  dan miskin tanpa mengambil kira kedudukan agama dan kaum seseorang. Marilah  bersama kita buktikan kepada seluruh rakyat termasuk di Sabah dan Sarawak, bahawa pendekatan KEADILAN dan Pakatan Rakyatlah benar- benar mampu menyelesaikan pelbagai masalah masyarakat majmuk di Malaysia ini secara menyeluruh dan total ke arah Malaysia yang lebih adil dan sejahtera.   Semoga kongres kita dapat mencari formula yang benar-benar kontrit untuk direalitikan bersama.







DASAR PENDIDIKAN UNTUK RAKYAT



Saudara-saudari yang dihormati sekalian,


42. Adalah  suatu kenyataan bahawa dasar pendidikan negara kini sedang berada dalam situasi krisis dan memerlukan perhatian serius dan tindakan jitu oleh kesemua pihak. Mutu pendidikan negara di segenap peringkat dan bidang sedang mengalami kemerosotan yang teruk. Akta Universiti dan Kolej telah mengongkong kebebasan berfikir dan akademik para pendidik dan pelajarnya. IPT negara terkeluar dari kumpulan IPT terbaik dunia. Manifestasi dari krisis di atas adalah berleluasanya kemacetan pemikiran, kebejatan moral, kemerosotan keselamatan sosial, kerapuhan perpaduan dan tahap kemiskinan yang tinggi.

sedang membarah peningkatan kadar jenayah,   amalan rasuah, politik wang, pecah amanah, perlanggaran hak asasi manusia, ketidakadilan di dalam sistem kehakiman, keruntuhan akhlak remaja, kebanjiran pelacur-pelacur asing, gejala aids dan dadah.
.
44. Tahap  pendidikan,  ekonomi  dan  pembangunan  negara  kita  jauh  ketinggalan  jika dibandingkan dengan jiran-jiran kita yang telah melangkah jauh kehadapan seperti Singapura, Thailand, Taiwan, Korea Selatan, Cina dan India.    Keadaan ini adalah manifestasi dari kegagalan sistem pendidikan negara melahirkan generasi dan masyarakat yang dapat memacu pembangunan ekonomi negara. Ranking universiti-universiti di Malaysia  yang  jatuh  teruk  mengakibatkan  moral  kakitangannya  merosot  dan  mutu pelajar yang dilahirkan juga tidak berupaya menghadapi cabaran masa depan.


45.  Di samping itu, kita melihat berleluasanya ketidakadilan pengagihan pendidikan. Hanya mereka yang berpengaruh dan kaya sahaja yang mampu mendapat pendidikan berkualiti. Sebahagian besar rakyat miskin terbiar dan sekadar menerima kualiti pendidikan pinggiran. Melebarnya jurang pendidikan di intitusi pendidikan awam dan swasta. Ini memberi kesan memberi kesan buruk sampingan seperti kerapuhan perpaduan antara pelbagai kaum dan agama.  Bagi rakyat Sabah dan Sarawak, meskipun mereka telah lebih
45  tahun  merdeka bersama  Malaysia,  rakyatnya masih  masih  jauh  tercicir dari  segi pendidikan terutama di luar bandar dan kawasan pendalaman.


46. Kita  merasa  bimbang,  melihat  Bahasa  Melayu  gagal  dilaksanakan  sebagai  bahasa pengantar utama dan sekaligus sebagai bahasa ilmu dan perpaduan dalam membangunkan rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai etnik dan kaum. Isu dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) masih belum selesai hingga ke hari ini. Meskipun dasar tersebut akan diubah, namun kesan yang dialami amat buruk dan bakal memerlukan kos pemulihan yang amat tinggi.




47. Sewajarnya  pihak  berkewajipan  menerimapakai  prinsip  utama  bahawa  pendidikan bukanlah pelajaran. Pendidikan bukan sekadar proses memindah ilmu (transfer), tetapi lebih utama lagi ialah proses membentuk atau membina (transform) insan dan masyarakat umumnya kearah kesempurnaan.   Namun demikian prinsip yang sedia wujud ini telah tidak dilaksanakan dengan sempurna. Oleh itu, penukaran nama Kementerian Pendidikan untuk digantikan dengan Kementerian Pelajaran adalah merupakan kesilapan besar negara dalam bidang pendidikan.    Falsafah Pendidikan Negara, telah jelas meletakkan  asas  pembangunan  manusia  berasaskan  prinsip  pembangunan  JERI  

menampakkan secara tegas mengenai prinsip ini.


48.  Polisi pendidikan negara dilihat sentiasa berubah apabila menterinya bertukar.  Mereka dilihat seakan tidak memahami falsafah dan dasar pendidikan yang telah diasaskan lebih awal. Malah seolah-olah menyanggah apa yang dilaksanakan oleh dasar sebelumnya. Umpamanya, dasar-dasar pendidikan yang dibuat Menteri pada 1996 lebih banyak merobek dasar-dasar pendidikan bersepadu berasaskan falsafah pendidikan negara yang diasaskan oleh Menteri sebelumnya.   Perubahan-perubahan dasar pendidikan berlaku tanpa kajian menyeluruh dan mendalam dan tidak pula merujuk mereka yang benar- benar pakar dalam bidang pendidikan. Inilah yang berlaku semasa dasar PPSMI dibuat.



49. KEADILAN  telah  bermuafakat  dan  beriltizam  bagi  menjadikan  PENDIDIKAN sebagai satu wahana teras dalam merealisasikan prinsip perjuangan KEADILAN bagi menegakkan kebenaran, mewujudkan keamanan, memperkasakan perpaduan, menyuburkan kemakmuran serta memberi kesejahteraan hidup kepada seluruh warga Malaysia terutama bagi golongan yang terpinggir dan miskin. Menegaskan bahawa pendidikan merupakan tanggungjawab asasi negara dan perlu diberikan perhatian utama dan tanpa toleransi oleh kerajaan yang memerintah.



50. Kita  juga  perlu  mengkaji  semula  pelaksanaan  dan  perancangan  dasar  pendidikan, meneroka mekanisme baru serta mengemukakan cadangan tindakan demi mencapai sistem pendidikan bersepadu yang bermutu, adil lagi demokratis serta agar harapan baru dalam bidang pendidikan dapat diperkukuh semula. Kesemua pihak perlu mengembalikan semula roh Falsafah Pendidikan Negara yang telah termaktub dalam Akta Pendidikan 1986.




AMANAH MEMBELA RAKYAT

Saudara-saudari sekalian,

51. Kita berkumpul pada hari ini di dalam kongres yang terakhir sebelum pilihanraya umum ke-13, kalau desas-desus yang kuat bertiup itu benar. Apa pun, kita tidak punya pilihan kecuali untuk bersiap sedia secukupnya kerana kita memikul amanah besar untuk membela rakyat. Kalau ada yang pernah luka, hilangkanlah parutnya. Kalau ada yang sedikit tercalar, gilaplah supaya semangat juang kembali tinggi untuk berdepan dengan musuh. Yang menang memikul tanggungjawab memimpin, yang kalah bersiap sedia

lama-lama bercantum juga.



52. Amanah membela rakyat dan mengangkat martabat negara adalah lebih besar dari parut atau calar kita. Apatah lagi, dalam suasana rakyat di bawah yang terus ditindas dengan kemelut sara hidup yang tinggi.  Pemerintah Pusat tidak pernah jemu dengan rancangan ekonomi bersaiz mega dan ungkapan-ungkapan yang memukau. Mulanya dengan NEM, kemudian beralih kepada ETP, lantas jadi pula EPP. Jutaan wang rakyat dibazirkan untuk membayar entah berapa ramai juru runding untuk memilih huruf-huruf besar ini, tetapi kesannya kepada rakyat kecil sekali.



53. Para perancang ekonomi mereka seperti terpisah dari realiti keperitan hidup di bawah.
Sedang mereka tenggelam dalam impian membina bangunan tinggi 100 tingkat di bilik mesyuarat mereka,  rakyat  miskin  di  bandar-bandar  dan  di  desa  terlantar  lara  tidak mampu memiliki sebuah rumah. Bukan sahaja jumlah rumah kos rendah atau mampu milik tidak mencukupi, kalau pun permohonan mereka diterima, mereka berdepan pula dengan masalah mendapatkan pembiayaan akibat syarat-syarat yang terlalu ketat.



54. Mereka  bercakap  tentang  lonjakan  ke  arah  ekonomi  berpendapatan  tinggi;  tetapi pelaburan asing terus merudum dan mereka berpura-pura tidak perlukan pelaburan asing untuk memacu ekonomi. Kita baru saja menyaksikan kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) ke dalam negara merosot sebanyak 81 peratus dari RM23.47 bilion pada tahun 2008 kepada RM4.43 bilion pada tahun 2009. Ini merupakan kemasukan FDI paling rendah sejak 20 tahun lalu selain tahun 2001 di mana negara mencatat kemasukan FDI RM1.54 billion. World Investment Report 2010 baru-baru ini turut melaporkan yang negara mengalami kemerosotan ketara dalam kemasukan FDI serta peningkatan dalam pengaliran keluar FDI yang menunjukkan ketidakyakinan pelabur dalam pengurusan ekonomi negara kita.



55. Di kalangan negara-negara Asean, hanya Malaysia mengalami aliran masuk pelaburan yang negative (negative inflow). Meskipun Thailand bergelumang dengan pelbagai kacau bilau politik dan boikot sepanjang 2009 dan 2010, ekonomi Thailand dijangka tumbuh pada kadar 6.5 hingga 7.5 peratus; iaitu setanding atau lebih baik dari sasaran Malaysia, 6 peratus.  Singapura pula katanya, dijangka berkembang pada kadar 13 peratus hingga 15 peratus, iaitu dua kali ganda lebih pantas dari kadar pertumbuhan ekonomi negara.

berbanding Malaysia yang meskipun dijangka mencapai 7 peratus, namun ia adalah pertumbuhan ekonomi negara selepas penguncupan. Kadar pertumbuhan ekonomi negara adalah setara dengan Cambodia, Myanmar, Brunei, Laos dan Timor-Leste. Ini merupakan pertama kali dalam sejarah FDI Filipina mengatasi   Malaysia FDI negara- negara Asean yang lain seperti Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam jauh meninggalkan Malaysia.  Lebih membimbangkan kita, laporan terbaru Bank of America dan Merill Lynch turut tidak menyenaraikan Malaysia sebagai 10 destinasi kemasukan pelaburan asing berbanding dengan China.



Para perwakilan yang dihormati,

57. Kita  perlu  terus  meletakkan  kebajikan  dan  kesejahteraan  rakyat  sebagai  matlamat terulung dalam perancangan ekonomi negeri-negeri yang kita kuasai. Hatta, pendekatan merakyatkan ekonomi yang diamalkan oleh Pakatan Rakyat perlu dijunjung menjadi dasar-dasar teras dalam kerangka ekonomi kita.  Isu-isu pokok yang kini membelenggu rakyat seperti isu perumahan dan peluang pekerjaan perlu dirungkai oleh Keadilan dan Pakatan  Rakyat.  Malaysia   memerlukan  proses   refor masi   yang   radikal   untuk menyelesaikan segera permasalahan rakyat terbanyak, bukannya transformasi kosmetik yang tenggelam di sebalik kempen-kempen public relations yang mahal.



58. Dalam kesempatan ini, saya mahu mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada YAB  Tan  Sri  Khalid  Ibrahim, Menteri  Besar Selangor yang  tabah  membela rakyat melalui  konsep  Merakyatkan  Ekonomi  yang  telah  menjadi  trademark  KEADILAN. Istilah “merakyatkan” ini cukup besar pengaruhnya, sehinggakan Kerajaan Terengganu di bawah lawan kita senyap-senyap menciplak istilah ini untuk dipaparkan di papan tanda di seluruh negeri.



59. Amanah kita untuk membela rakyat dengan mengembalikan hak mereka dan meletakkan kesejahteraan mereka sebagai matlamat keramat adalah amanah yang besar. Amanah ini memerlukan persiapan kita; baik dari segi keupayaan kita mendengar masalah mereka, kebolehan kita menterjemahkan dasar-dasar yang berkesan untuk menyelesaikan masalah mereka; dan ketabahan kita melakukan perubahan demi rakyat walaupun berdepan dengan tentangan.   Oleh itu saya mengingatkan para perwakilan untuk menumpukan sepenuh  perhatian  mencari  inovasi  baru  untuk  membela  rakyat  terutamanya  dalam bidang ekonomi, supaya kita dapat menyelamatkan negara dan rakyat dari terus ketinggalan berbanding jiran-jiran.

MENDOKONG ASPIRASI PAKATAN RAKYAT

60. Di penghujung pembicaraan saya di sini, izinkan saya untuk mengulangi iltizam kita untuk kukuh berdiri bersama-bersama rakan-rakan kita di dalam gabungan Pakatan Rakyat untuk menyediakan suatu rencana dasar dan kebijakan untuk membawa keluar bangsa dan negara dari kemelut yang semakin meruncing ini. KEADILAN bersama rakan-rakan kita di dalam Pakatan Rakyat telah berikrar untuk bersama-sama menghayati dan  melaksanakan  agenda  politik  baru  ke  arah  menggembleng  tenaga  rakyat  dari pelbagai kaum, agama dan budaya yang dilihat sebagai satu kekuatan.



61. Dasar yang telah diputuskan bersama ini telah dibina berasaskan kepatuhan kepada Perlembagaan dan prinsip-prinsip keadilan sejagat akan menjamin keluhuran undang- undang dan kebebasan sistem kehakiman, sebagaimana ia menjamin hak-hak asasi manusia dan maruah rakyat kekal terbela dan dimartabatkan.    Kita yakin, ia adalah agenda yang mesti dilakukan untuk mengembalikan maruah bangsa, kebebasan rakyat dan kemuliaan insan.   Hanya dengan keadilan semua rakyat akan makmur dan bersatu padu.



62. Maka itu, demi manfaat dan garis pandungan perbincangan di dalam kongres ini, saya perturunkan  kembali  garis  kasar  muafakat  Pakatan  Rakyat  yang  telah  dipersetujui bersama para pemimpin utamanya, pada 19 Disember 2009 yang lalu.   Sebahagian perbincangannya, telahpun saya sentuh dalam ucapan saya di atas.   24 Dasar Utama Pakatan Rakyat yang ingin saya ketengahkan adalah seperti berikut:



a.    Mengukuhkan demokrasi telus dan tulen berasaskan perlembagaan.

b.   Menjaga keutuhan doktrin pemisahan kuasa & integriti kerajaan.

c.   Mewujudkan Sistem Pilihanraya Yang Bersih, Bebas dan Adil.

d.   Memacu Ekonomi Berprestasi Tinggi, Mapan dan Adil

e.   Memacu Ekonomi Kemahiran Tinggi.

f.    Mengurus Ekonomi Demokratik dan Telus.

g.   Desentralisasi dan Pengupayaan Pengurusan Ekonomi Negeri

h.   Dasar Afirmatif Berdasarkan Keperluan

i.    Menjaga Kebajikan dan Kesejahteraan Tenaga Kerja.

j.    Jaringan Perlindungan Sosial Yang Berkesan.

k.   Dasar Perumahan Satu Keluarga, Satu Rumah.

l.    Memperkasa Sistem Prasarana dan Kemudahan Awam

m. Pengurusan Alam Sekitar Yang Lebih Terancang.

n.   Mengukuhkan Perpaduan dan Keadilan Sosial.

o.   Mempertahan Agama Islam dan kebebasan beragama setiap rakyat.

p.   Sistem Pendidikan Mapan, Bermutu, Terjamin dan Adil. q.   Keadilan Untuk Golongan Wanita & Institusi Keluarga. r.   Pembelaan Hak Untuk Golongan Muda.
s.   Jaminan Perlindungan Keselamatan Setiap Rakyat.

t.   Perkhidmatan Kesihatan Terbaik Untuk Rakyat.

u.   Sosio-Budaya Nasional Cernaan Masyarakat Majmuk.

v.   Hubungan Persekutuan-Negeri Yang Lebih Adil.

w.  Perjanjian Malaysia 1963 Asas Hubungan Persekutuan – Sabah/Sarawak.

x.   Dasar Luar Negara Yang Lebih Dominan & Berkesan.






PENUTUP




Saudara-saudari yang dihormati,



1.   Sesungguhnya, perjuangan kita bersama KeAdilan ini sungguh mulia di sisi Agama dan kemanusiaan yang universal.   Halatuju perjuangan kita dan jelas dan nyata.        Kita berjuang atas keinginan kita melihat Malaysia Baru yang rakyatnya yang terdiri dari masyarakat yang majmuk ini, hidup atas dasar persaudaraan yang utuh, aman, harmoni, makmur dan sejahtera.  Kita bertekad untuk menyemai persefahaman dan perpaduan di kalangan rakyat berteraskan prinsip memelihara kepentingan bersama.   Perpaduan yang kita bina berasaskan kesepakatan, persefahaman serta muafakat sejati kita semua.



2.   Berdasarkan visi di atas, kita mengajak seluruh rakyat Malaysia turut bersama memberi dokongan dan bersama kita mencipta muafakat baru yang berteraskan keadilan untuk semua berasaskan prinsip-prinsip perlembagaan. Ini adalah agenda yang mesti dilakukan untuk mengembalikan maruah bangsa, kebebasan rakyat dan kemuliaan insan.   Hanya dengan keadilan semua rakyat akan makmur dan bersatu padu.

3.  Sebagai parti yang dihidupkan oleh ruh dan semangat reformasi, kongres seperti ini merupakan kesempatan yang terbaik terbaik untuk barisan pimpinan di atas,  mendengar nada suara dan denyut nadi ahli-ahli kita dari peringkat akar umbi. Kongres ini juga merupakan wacana keemasan untuk kita menyatukan hati, muhasabah diri, mencari muafakat, menguatkan iltizam dan akhir sekali, membulatkan tekad untuk kekal dalam perjuangan.  Semoga kita dapat berbicara dan berbahas secara intelektual, membina dan matang.



4.   Akhir kata, tahniah dan terima kasih kepada Setiausaha Agong dan Sekretariat kerana berjaya menganjurkan kongres pada kali ini dengan baiknya. Terima kasih kepada MPN Selangor serta Kerajaan Negeri Selangor yang sudi menerima dan meraikan kehadiran kita di Negeri yang maju dan indah permai ini.   Juga terima kasih kita kepada siapa jua yang  terlibat  secara  langsung  dan  tidak  langsung  dalam  menjayakan  Kongres  ini. Semoga usaha kita semua diberkati Allah jua.



Selamat bersidang.  Terima kasih. Sekian, wassalamualaikum wbth.






Datin Sri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Presiden,

Parti Keadilan Rakyat

27 November 2010