PETALING JAYA 26 NOV : Gesaan dan pandangan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Senator Dr Syed Husin Ali terhadap peranan Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) sangat penting dalam usaha memperkukuhkan parti menjelang Pilihan Raya Umum yang akan datang.
Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali berkata Dr Syed Husin sebagai pemimpin lama memahami denyut nadi rakyat yang perlu digalas pimpinan yang muda di dalam wanita dan AMK.
"Saya kira teguran yan dibuat itu adalah teguran yang membina dan saya yakin AMK dan Wanita akan menerima teguran ini demi kekuatan parti di masa yang akan datang," ujar beliau.
Sementara itu, Dr Syed Husin dalam ucapan dasarnya berkata PKR perlu mengadakan sebanyak mungkin bengkel,kursus dan latihan ialah untuk menimbulkan kesedaran dan kekuatan organisasi dan perpaduan politik.
Ujarnya lagi, apabila anggota parti sudah menerima, memahami dan menghayati dasar dan matlamat parti yang sebenarnya, mereka tidak akan mudah dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti kekayaan serta martabat.
Azmin berkata salah satu tumpuan beliau yang terkandung dalam manifesto sebagai calon timbalan presiden adalah meningkatkan program latihan dan bengkel seperti
yang disarankan Dr Syed Husin dalam ucapan dasarnya pagi tadi.
yang disarankan Dr Syed Husin dalam ucapan dasarnya pagi tadi.
"Program seperti ini dapat merapatkan lagi perpaduan pimpinan dan anggota parti dapat menghayati semangat dan idealisme perjuangan yang akan meningkat istiqamah supaya tidak mudah terpengaruh dengan elemen-elemen luar.
"Saya menyambut baik gesaan beliau supaya parti meningkatkan dan memberikan tumpuan untuk meningkatkan program latihan atau pun kem-kem politik ini supaya
anggota parti dan pimpinan makna perjuangan yang sebenarnya," jelas Azmin selepas selesai ucapan dasar Kongres Nasional Tahunan ke-7 timbalan presiden di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), pagi tadi.
anggota parti dan pimpinan makna perjuangan yang sebenarnya," jelas Azmin selepas selesai ucapan dasar Kongres Nasional Tahunan ke-7 timbalan presiden di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), pagi tadi.
Tambah beliau, perkara itu akan ditumpukan selepas selesai kongres PKR,Ahad ini.
Dalam pada itu, Dr Syed Husin Ali dalam ucapannya berkata bagi memastikan Pakatan Rakyat mara ke Putrajaya, PKR harus memainkan peranan yang lebih aktif khususnya di negeri Selangor.
Mengulas seruan ini, Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Raja, Shuhaimi Shafie berkata tiga elemen utama perjuangan parti iaitu kebertanggungjawaban, ketelusan dan kecekapan telah menjadi teras utama urustadbir Selangor.
Katanya, ketiga-tiga elemen ini yang diterapkan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim wajar menjadi ikutan negeri-negeri lain yang bukan ditadbir Pakatan Rakyat.
"Elemen penting ini dapat menyekat sebarang salah laku, perbuatan yang cenderung kepada unsur-unsur rasuah," katanya.
"Satu mekanisme yang terbaik haruslah kita adakan supaya apa yang dihajati oleh kerajaan negeri boleh dilaksanakan dengan penglibatan seluruh agensi di bawah kerajaan negeri.
Namun begitu, Shuhaimi berkata prinsip utama kerajaan negeri Selangor adalah membela nasib rakyat seluruhnya dengan adil dan saksama, tanpa mengira latar-belakang parti.
"Kita lebih mengutamakan rakyat yang terbanyak tanpa meminggirkan anggota-anggota PKR,"


"PAKATAN menyatukan parti-parti terbesar di luar pemerintahan sebagai hanya satu gabungan. Namun begitu, ia harus menarik juga parti-parti kecil yang masih belum menyertainya, dengan syarat mereka menyokong penuh Dasar Pakatan Rakyat yang telah disetujui pada 19 Disember 2009. Kini terdapat hanya satu gabungan yang boleh menjadi pilihan rakyat dalam pilihanraya akan datang."
Syed Husin Ali kemudiannya menceritakan bagaimana Fron Sosialis (SF), Harakah Keadilan (HAK), GAGASAN-APU dan Barisan Alternatif (BA) dibentuk selepas kemerdekaan untuk menentang kerajaan Perikatan, dan kerajaan UMNO-BN kini. Meskipun PKR mahupun Pakatan Rakyat turut mengalami penindasan dan kezaliman sebagaimana yang dilalui pakatan politik sebelumnya, namun Syed Husin agak optimis terhadap senario terkini.
"Akan tetapi bilangan serta pengaruh mereka mungkin boleh bertambah. Bilangan paling besar masih terdiri dari yang bependapatan atau berkedudukan sederhana dan mereka yang berpendapatan serta bertaraf rendah."
"Ada pihak mengatakan masalah KEADILAN ialah ia tidak mempunyai ideologi yang jelas. Oleh sebab sejarah dan komposisinya yang pelbagai KEADILAN belum dapat merumuskan ideologinya. Perlu ditegaskan ideologi bukan prasyarat yang wajib. Dan tidak ada gunanya kita mengambil saja satu ideologi dari luar dan kemudian memaksanya ke atas organisasi dan anggota."
"Saya melayan segera sebanyak mana panggilan telefon, kiriman emel atau sms. Saya bersedia menemui siapa saja untuk membincangkan masalah organisasi Parti. Saya cuba menyelesaikan setakat yang termampu. Kerja-kerja 'low profile' yang tiada 'glamour' ini perlu dilakukan."
Segelintir anggota terpinga-pinga dengan penampilan Adi Putra (gambar kiri, tengah), genius matematik berusia 11 tahun di Kongres Angkatan Muda Keadilan, pagi tadi. Adi Putra tampil selepas Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd. Akin menyampaikan ucapan dasar beliau, diberi sambutan yang meriah sebermulanya.
"Malah, jikalau anda mengikuti sajaknya tadi, masih ada ayat-ayat seperti 'Takkan Melayu hilang di dunia ini', 'Wawasan 2020'... Ini lebih UMNO daripada KeADILan-lah!" katanya secara terus-terang.

“Dan langkah ini perlu bermula dari sekarang,” kata Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Wanita tahunan kali ke-7 di Dewan Sivik Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ), hari ini.
"Perlu ditegaskan, ideologi bukan prasyarat yang wajib. Dan tidak ada gunanya kita mengambil saja satu ideologi dari luar dan kemudian memaksanya ke atas organisasi dan anggota," kata bekas pemimpin Parti Rakyat Malaysia (PRM) yang 'sinonim' dengan ideologi sosialisme.




