Selasa, 23 November 2010

Ekonomi Suram Beri Kesan Kepada Defisit Negara Dan ETP


 KUALA LUMPUR 23 NOV: Pertumbuhan ekonomi yang merudum pada suku ketiga tahun ini kepada 5.3 peratus dikhuatiri akan memburukan defisit negara dan memberi tekanan kepada Perdana Menteri melaksanakan Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) RM30 bilion.
Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkly Ahmad berkata ETP hanya boleh berjaya jika ada penyertaan besar-besaran sektor swasta, namun hakikat ialah rancangan itu akan banyak bergantung kepada duit rakyat.
"Beliau (Najib) menyebut sembilan projek besar di bawah ETP yang berjumlah RM30 bilion akan terus dilaksanakan. Saya terus-terang katakan RM30 bilion itu tidak ada...saya hitung-hitung, tolak projek 1MDB dan projek KLFID yang tinggal cuma RM2.36 bilion sahaja.
"Pertumbuhan akan dapat dipacu kalau ada pelaburan besar sama ada daripada pihak swasta atau kerajaan.
"Tetapi apa yang berlaku (sebenarnya) ia merupakan satu ekonomi yang dijana oleh perbelanjaan kerajaan," ujar beliau.
Dr Dzulkifly meramalkan suasana ekonomi negara akan menjadi lebih parah pada tahun hadapan dengan keadaan ekonomi pertengahan dan penghujung tahun depan dalam keadaan tidak menentu.
Beliau berkata penurunan pertumbuhan eksport negara dan permintaan global daripada Eropah dan Amerika Syarikat yang terus jatuh sejak empat bulan lalu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara yang suram.
Faktor lain ialah kenaikkan nilai matawang ringgit berbanding dollar Amerika Syarikat (AS) sehingga menyebabkan harga barang menjadi mahal dari sudut eksport sehingga menjejaskan sektor tersebut.
Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak berada di dalam keadaan tertekan apabila Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan laporan tersebut.
"Dalam tempoh empat bulan yang lalu, bermula sejak bulan Ogos sampai November, kita mendapati pertumbuhan eksport terus menurun.
""Ini bermakna bahawa permintaan global sudah mula mencengkam kerana sebagai negara perdagangan, kita mengharapkan permintaan daripada Eropah yang kini berdepan dengan 'zero zone' dan Amerika Syarikat yang sedang menghadapi kemelesetan.
"Sementara negara China pula tidak mahu berbelanja berbesar kerana ketidaktentuan yang berlaku di Eropah dan juga AS.
"Kesemua negara-negara maju ini cermat dan berhati-hati dalam perbelanjaan, lalu kesemua faktor ini menyebabkan permintaan global jatuh.
"Sebagai negara berdagang, kita bergantung kepada eksport. Sedikit waktu lagi, apa yang kita takuti import kita menjadi lebih besar daripada eksport yang akan mengakibatkan defisit dalam akaun semasa yang menyebabkan keadaan itu lebih parah," ujar beliau.

Mungkin lebih seorang tembak Aminulrasyid, kata saksi



SHAH ALAM, 23 Nov – Pegawai Penyiasat Inspektor Mazli Yusof tidak menolak kemungkinan penembak sebenar remaja Aminulrasyid mungkin lebih seorang sekiranya proses siasatan forensik dilakukan pada hari kejadian iaitu 26 April lalu.
Pasukan forensik Mazli memulakan siasatan dua hari lewat iaitu pada 28 April, yang memungkinkan pasukannya tidak dapat mengenal pasti senario sebenar proses tembakan polis ke arah kereta yang dipandu Aminulrasyid dan saksi utama Azimuddin Omar.
“Kemungkinan daripada penemuan yang lain (kelongsong) yang dijumpai, kemungkinan dilepaskan (das tembakan) dalam sejajaran yang berbeza oleh individu berbeza.
“Disebabkan kelewatan mengutip barang kes mungkin tidak berada pada kedudukan asal... tak boleh mewajahkan kedudukan yang sebenar,” ujar Mazli.
Bagaimanapun, Mazli mempertahankan tindakan pasukannya atas alasan tidak mendapat arahan pegawai penyiasat ASP Abdul Halim.
Ujar Mazli lagi, pasukannya bukanlah ditugaskan untuk mengenal pasti penembak sebenar, tetapi hanya untuk membantu pegawai penyiasat mendapatkan gambaran signifikan berhubung insiden tersebut.
Selain Mazli, penjaga stor senjata balai polis Seksyen 6, Lans Koperal Madi Samsuddin turut memberi keterangan di kandang saksi berhubung pembekalan senjata kepada beberapa pegawai terbabit pada 25 April lalu.
Koperal Azhar dibekalkan senjata semi auto jenis Walter P99 beserta 30 butir peluru 9mm dan dua kelopak seperti yang direkod dalam buku daftar keluar masuk senjata.
Konstabel Idzham dibekalkan senjata SMGHKMP5 jenis A2 beserta 100 butir peluru 9mm, empat kelopak dan “pouch” kelopak.
Perbicaraan yang bermula sekitar 9.10 pagi tadi ditangguhkan pada sekitar 11.15 pagi kerana mahkamah bersetuju untuk membuat tinjauan di sepanjang lokasi insiden kematian Aminulrasyid sehingga 1.30 tengah hari tadi.
Hakim Latifah Mohd Tahar menerima permohonan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Dusuki Mokhtar atas alasan untuk melengkapkan proses  soal jawab berkisar laporan forensik yang disediakan oleh pasukan Mazli.
Mazli dan Azamuddin memberikan penjelasan kepada Hakim Latifah Mohd Tahar serta pasukan peguam berwajib mengenai proses polis mengejar kereta Proton Iswara Eroback yang dipandu oleh Aminulrasyid sehingga terbabas di selekoh Jalan Mak Yong 11/2G, Syeksyen 11.

16,704 warga asing dapat pemastautin tetap...rakyat sendiri lari tak peduli..!!!

Seramai 16,704 warga asing mendapat taraf penduduk atau pemastautin tetap (PR) negara ini pada 2008 dan 2009, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau berkata, selain itu, seramai 1,242 lagi masih menunggu keputusan status permohonan PR mereka.

NONE"Sebelum seseorang warga negara asing memperoleh status pemastautin tetap atau PR, mereka perlu mendapatkan Permit Masuk terlebih dahulu selaras dengan peruntukan Seksyen 10 Akta Imigresen 1959/63," katanya dalam jawapan bertulis kepada Teresa Kok (DAP-Seputeh) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Teresa ingin tahu jumlah permohonan taraf penduduk tetap yang diluluskan kerajaan bagi tahun 2008 dan 2009 serta pihak terbabit yang bertanggungjawab mengeluarkan kelulusan itu.

Hishammuddin berkata, seseorang warga asing yang telah dikeluarkan Permit Masuk adalah layak memohon taraf pemastautin tetap bagi membolehkan MyPR atau kad pengenalan merah dikeluarkan kepada mereka oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Beliau berkata, berdasarkan perkara 10 Akta Imigresen 1959/63, permohonan Permit Masuk boleh dibuat di mana-mana pejabat imigresen berhampiran dengan syarat pemohon hendaklah memiliki dokumen perjalanan atau pasport yang sah.

- Bernama

Sudah Sampai Masanya PKR Dibubar - Tun Dr Mahathir


Dr Mahathir Mohamad menyampaikan syarahan bertajuk - Cabaran Umat Islam Masa Kini. Foto: Arjasneh Ahmad
KEMAMAN 23 Nov (Bernama) -- Sudah sampai masanya penyokong dan anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyertai Umno kerana terbukti PKR hanya diwujudkan untuk kepentingan individu tertentu dan bukannya memperjuangkan kepentingan rakyat.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu perlu dibubarkan dengan segera kerana kewujudannya hanya memecah belahkan orang Melayu dan umat Islam di negara ini.

"Sesiapa sahaja yang bertanggungjawab memecah belahkan umat Islam perlu ditolak sama sekali daripada membiarkannya menjadi pemimpin sehingga membawa kepada pergolakan sesama umat Islam itu sendiri.

"Umat Islam harus bersatu dalam parti yang besar (Umno) yang selama ini banyak memainkan peranan dengan membangunkan negara dan membela kebajikan rakyat.

"Takkan kita hendak pemimpin yang tidak tahu berbakti tetapi hanya tahu hendak menjadi Perdana Menteri. Sehubungan itu saya menyeru kepada penyokongnya (PKR) agar bertaubatlah dan kembali ke pangkal jalan seperta kata pepatah Melayu," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan syarahan bertajuk `Cabaran Umat Islam Masa Kini' pada program Syarahan Perdana di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) di sini Selasa yang dihadiri kira-kira 5,000 orang pejawat awam dan masyarakat setempat.

Majlis turut dihadiri oleh Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, isterinya, Toh Puan Norliza Mahmud dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang.

Dengan pembubaran PKR, Dr Mahathir berkata orang Melayu serta umat Islam diyakini akan kembali bersatu teguh dalam sebuah parti yang selama ini banyak memperjuangkan nasib dan kebajikan mereka.

Katanya, selagi orang Islam tidak bersatu dan belum ada kesedaran untuk bangkit memperbaiki kelemahan selagi itulah penganut agama lain akan terus memandang rendah dan memandang hina kepada mereka.

Ia terbukti dengan nasib yang menimpa umat Islam di Afghanistan dan Iraq yang kini tertindas oleh negara barat gara-gara percakaran dan perpecahan sesama umat Islam di negara tersebut.

Mengenai cadangan pembubaran PKR pada sidang akhbar selepas itu, bekas Perdana Menteri itu berkata, mana-mana parti kecil perlu kembali menyertai parti besar bagi mengukuhkan perjuangan orang Melayu yang kini telah terpecah kepada tiga kumpulan.

"Tidak pernah ada parti besar nak masuk parti kecil, parti kecillah yang masuk parti besar yang ada sokongan ahli dewan," tambahnya.

-- BERNAMA

Noh mahu semuka ADUN Sekinchan selesai isu gaduh

KUALA LUMPUR, 23 Nov — Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Noh Omar berkata beliau akan bersemuka dengan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan Ng Suee Lim untuk menyelesaikan isu pukul di Kampung Sawah Sempadan, Tanjung Karang pada 4 Nov lepas.
Noh yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor berkata beliau telahpun menulis surat rasmi kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim untuk membolehkannya menemui semua ADUN Selangor termasuk Ng bagi menyelesaikan isu berkenaan.
“Yang Berhormat tidak ada di sana, saya juga tidak ada di sana. Jadi biar dia (Ng) berdepan dengan saya. Yang Berhormat tidak payah campur tangan... saya sedang menunggu bila Menteri Besar Selangor ini hendak jawab surat saya,” kata Noh (gambar) di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau memberi penjelasan mengenai isu itu kepada Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2011.
Dalam kejadian itu, Ng dan pemandunya dipukul kira-kira 30 individu di Kampung Sawah Sempadan, Tanjung Karang setelah didakwa cuba membuat demonstrasi haram di kawasan berkenaan.
Penjelasan Noh menimbulkan kekecohan di dewan apabila beberapa anggota Parlimen pembangkang termasuk Fong, Khalid Abdul Samad (PAS-Shah Alam) dan Dr Mohd Hatta Ramli (Pas-Kuala Krai) bangkit mempertikaikan tindakan Noh yang disifatkan tidak wajar kerana mempertahankan tindakan penduduk kawasan berkenaan.
Serangan bertalu-talu daripada anggota Parlimen pembangkang terhadap Noh itu menyebabkan berlaku pertikaman lidah yang berterusan hampir lima minit manakala cubaan Noh untuk memberi penjelasan lanjut berhubung isu itu tidak diendahkan oleh pembangkang.
Melihat keadaan semakin tidak terkawal, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandie segera masuk campur dan meminta anggota Parlimen berkenaan menghentikan kekecohan itu.
“Yang Berhormat... Yang Berhormat... cukuplah... isu ini tidak termasuk dalam kementerian,” katanya sekaligus menamatkan kekecohan berkenaan.
Terdahulu, semas menjawab isu kelewatan pemberian pinjaman Tekun Nasional yang dibangkitkan beberapa Anggota Parlimen, Noh berkata beliau telahpun mengarahkan supaya Tekun mengurangkan kerenah birokrasi dan menepati sasaran untuk memberi kelulusan pinjaman dalam tempoh dua bulan.
Bagaimanapun, beliau tidak menafikan ada berlakunya kelewatan dalam pemberian pinjaman atas pelbagai faktor termasuk kecuaian dalam pengurusan borang pinjaman oleh pegawai.
Sama ada pinjaman Tekun dibuka kepada kaum lain, Noh berkata selain kaum Bumiputera, pinjaman Tekun juga dibuka untuk usahawan kecil dari kaum India manakala setakat ini sekurang-kurangnya 50 usahawan kecil daripada kaum Cina menerima pinjaman daripada tabung berkenaan.
Persidangan dewan bersambung esok. — Bernama

Tuduh Khalid Amal Kroni: Khir 'Umpama Berdialog Dengan Cermin'

SHAH ALAM 22 NOV: Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin menyifatkan tindakan mantan Menteri Besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo mendakwa pentadbiran pakatan rakyat Selangor mengamalkan budaya kronisme dalam pengagihan bantuan kebajikan kepada rakyatnya di ibaratkan 'Umpama berdialog dengan cermin'.

Faekah berkata, tiada gunanya kerajaan negeri mengunapakai dasar "Merakyatkan Ekonomi Selangor" atau MES dan menetapkan tema belanjawan 2011 dengan "Hasil Negeri Untuk Rakyat" jika mengamalkan budaya kronisme.

"Kalau kita mengamalkan budaya kronisme dalam agihan bantuan kepada rakyat miskin dan mengutamakan ahli PKR dan PAS, kita tidak akan menamakan ia sebagai 'Merakyatkan Ekonomi Selangor' dan 'Hasil Negeri Untuk Rakyat'."

Menurut Faekah, dakwaan itu juga sebenarnya mencerminkan dirinya sendiri ketika beliau memerintah Negeri Selangor.

"Kita memberi bantuan dengan melihat kepada keperluan dan keutamaan kepada rakyat dan saya tidak mahu mencabar Khir Toyo untuk membuktikannya, kerana rakyat semua sudah tahu," katanya.

Sebelum ini, Khir mendakwa kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat bersikap memilih bulu dalam melaksanakan pengagihan bantuan dengan memberi keutamaan kepada ahli PKR dan sekutu mereka iaitu PAS dan DAP.

Faekah berkata, dengan mandat yang diberikan rakyat, kerajaan negeri akan sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan sistem pentadbiran kerajaan terdahulu dengan menamatkan episod pemberian bantuan 'memilih bulu'.

"Sepanjang perjuangan kita, kita berazam mahu menamatkan politik sempit dan bantuan mengikut bulu, kaum dan kronisme," jelasnya.

Tambah Faekah, sebaliknya kerajaan negeri tidak pernah membeza-bezakan fahaman politik ketika mengagihkan bantuan kepada setiap penerima yang layak mendapatkan pertolongan dan ini sekaligus menafikan dakwaan Khir bahawa kepimpinan Khalid pilih bulu.

Malah ada antara orang umno yang saya jumpa di kampung malu menerima bantuan dan saya katakan makcik layak menerima bantuan ini, ujarnya.

Kereta Abdulah Sani Dipecah Angkara Ahli Cabang .

KUALA LUMPUR 23 NOV: Beberapa ahli Cabang Kuala Langat yang tidak berpuashati dipercayai mendalangi insiden kereta Abdullah Sani Abdul Hamid dibaling batu hingga cermin belakangnya pecah.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Langat ketika ditemui di Parlimen petang tadi berkata, beliau percaya tindakan itu disebabkan oleh beberapa ahli cabang PKR Kuala Langat yang tidak berpuashati kerana tidak dapat mengundi.
"Ada yang mengatakan pembatalan itu, berpunca daripada ahli parlimen, dan bila pergaduhan itu berlaku, senarionya kegemparan daripada isu ini ialah ketidakpuasan anggota kerana tidak dapat mengundi kali yang kedua," jelas beliau kepada TV Selangor.
Tambahnya ini sudah dijangkakan dan beliau juga mendapat amaran awal berkenaan kemungkinan perkara sebegini berlaku melalui sms bahawa ada ahli parti yang berdendam dengan beliau.
"Paginya hari Isnin itu benar kereta saya dibaling dengan batu yang besar dan pecah cermin belakang," kata beliau lagi.
Beliau menegaskan tindakan sebegini tidak akan menghentikan perjuangan beliau.
"Saya anggap ini cabaran yang perlu kita banteras, yang perlu kita berdepan dan saya yakin bahawa parti ini bukan parti samseng," tegas Abdullah.
Beliau seterusnya berkata perkara ini perlulah diselesaikan di dalam parti dan beliau telahpun membuat laporan polis berkenaan kejadian ini.
"Kita akan pastikan mereka yang bertanggungjawab akan disingkir dan kita akan mengambil pendakwaan keatas mereka," katanya lagi.
Berkenaan proses pemilihan, Abdullah menjelaskan perlembagaan parti meminta supaya anggota parti diberikan ruang untuk menjalankan kewajipan pemilihan dengan satu undi kepada setiap anggota.
"Hak itu perlu diberikan dan siapa nak datang undi (Cabang Kuala langat) datanglah, pada hari Khamis ini 3 petang sampai pukul 9 malam, dan hak itu terpulang kepada anggota untuk mengimplementasi," jelas beliau lagi.
Beliau seterusnya berkata beliau mengalu-alukan ahli cabang untuk keluar mengundi tetapi menyatakan tahap keselamatan semasa pemilihan perlu diperketatkan lagi.

Perlembagaan: Ingatan Najib macam tikus baiki labu..ha.ha..ha

KUALA LUMPUR, 23 Nov: Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengingatkan pihak-pihak tertentu yang cuba mengubah perlembagaan negara supaya tidak bersikap seperti 'tikus membaiki labu'.
Sehubungan itu, PAS kesal  isu gangguan Perlembagaan dan kedudukan Raja-Raja Melayu sering dibangkitkan di negara ini.
“PAS berpandangan bahawa isu ini dibangkitkan ialah untuk menimbulkan ketakutan di kalangan orang Melayu supaya jangan berjinak dengan PAS dan Pakatan Rakyat,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad.
Katanya, sejak mutakhir isu Melayu dan kedaulatan Raja-Raja Melayu dibangkitkan sebagai usaha untuk menarik sokongan orang Melayu kepada Umno,  kononnya Melayu dan Raja Berperlembagaan hanya selamat di bawah Umno, setelah isu pembangunan sudah lapuk, kerana dunia semakin maju.
Menurutnya, satu ketika dahulu kononnya ada Perlembagaaan baru dibangkitkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani sampai sekarang tidak dapat dibuktikan lagi.
“PAS mencabar mana-mana pihak yang ada bukti jika ada mana pihak yang hendak menggugat perkara yang telah dipersetujui bersama seperti kedudukan agama Islam, kedudukan Raja-Raja Melayu dan Hak Istimewa Raja-Raja Melayu silalah dibawa ke pengadilan,” ujarnya.
Tambahnya, isu derhaka kepada Raja-Raja Melayu dibangkitkan dengan hebat ketika pilihan raya Kecil Bukit Gantang, kononnya Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin derhaka kepada Sultan Perak.
Katanya, mereka eksploit perkataan yang diucapkan oleh Datuk Seri Nizar “Patik Mohon Sembah Derhaka”, pada hal ini adalah istilah yang diajar oleh protokol istana ketika berbahasa dengan Raja apabila kita tidak sependapat dalam satu padangan.  
“Hakikatnya yang berlaku seperti yang tercatat dalam sejarah politik negara kita, yang biadab dengan Raja-Raja Melayu ialah pemimpin Umno malahan cuba hendak ambil alih kuasa isytihar darurat daripada Yang di-Pertuan Agong,” ujarnya lagi.
Katanya lagi, rakyat Malaysia tidak boleh lupa ketika mereka membelasah Raja-Raja Melayu pada tahun 1983 kerana menolak  cadangan supaya kuasa Yang di-Pertuan Agong mengenai pengisytiharan darurat dikurangkan.
Begitu juga, ujarnya penyokong Umno pula mengatakan Sultan Terengganu binatang.
“Kenapa polis tidak tangkap mereka yang demo dan hina Sultan Terengganu kerana tidak melantik Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar Terengganu. Banyak lagi kita boleh bongkarkan siapa yang sebenarnya menghina Raja-Raja Melayu,” katanya.

Penghulu seluruh Perak dihasut benci Pakatan

IPOH, 23 Nov: PAS Perak melihat Umno BN kini sedang berada dalam ketakutan sehingga menghimpunkan para penghulu supaya membenci Pakatan Rakyat.
Buktinya, kata Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Abu Bakar Hussain, Umno BN cuba meracuni pemikiran rakyat dengan doktrin hanya Umno BN sahaja yang mampu dan boleh memerintah Perak dan negara sebaliknya negara akan hancur sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negara.
Bagi PAS Perak, tegasnya Umno BN sememangnya sudah terdesak dengan situasi politik Perak dan seluruh negara, mereka tidak yakin mampu mempertahankan kerajaan Perak yang dirampas mereka.
“Buktinya ialah para penghulu dihimpunkan oleh Umno BN untuk ditanam bibit-bibit kebencian kepada Pakatan Rakyat,” ujarnya pada sidang media, hari ini.
Berikut adalah kenyataan penuh beliau.
Menurut sumber yang diperolehi oleh PAS Perak, baru-baru ini seluruh penghulu-penghulu negeri Perak telah dikumpulkan di Cameron Highlands dalam satu program anjuran Kerajaan Barisan Nasional (BN).
Program tersebut diisi oleh Majlis Keselamatan Negara.
Program yang asalnya berupa taklimat isu-isu keselamatan negara menjadi medan politik kepada para penceramah untuk memastikan Umno BN terus kekal memerintah negeri Perak.
Menurut sumber para penceramah telah menyentuh isu-isu yang boleh dianggap menghasut para penghulu dengan membangkitkan perasaan perkauman.
Kerajaan Pakatan Rakyat yang telah memerintah Perak hampir setahun telah diburukkan imejnya oleh mereka di hadapan penghulu-penghulu, antara dakwaan yang berbentuk perkauman dan fitnah mereka ialah mereka menimbulkan kebencian peserta kepada Pakatan Rakyat Perak dengan mendakwa kononnya DAP lah yang menguasai Perak, PAS dan Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin selaku Menteri Besar Perak hanya boneka semata-mata.
Selain itu PAS Perak juga mendapat maklumat bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menjadi sasaran mereka. Para penceramah tidak segan silu memburuk-burukkan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat  terutamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PAS Perak melihat Umno BN Perak kini sedang berada dalam ketakutan. Buktinya Umno BN cuba meracuni pemikiran rakyat dengan doktrin hanya Umno BN sahaja yang mampu dan boleh memerintah Perak dan negara sebaliknya negara akan hancur sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negara.
Bagi PAS Perak, Umno BN sememangnya sudah terdesak dengan situasi politik Perak dan seluruh negara, mereka tidak yakin mampu mempertahankan kerajaan Perak yang dirampas mereka. Buktinya ialah, para penghulu dihimpunkan oleh Umno BN untuk ditanam bibit-bibit kebencian kepada Pakatan Rakyat.
Program yang dilakukan itu menggambarkan Umno BN meletakan harapan agar para penghulu  boleh mamainkan peranan bagi memastikan Umno BN kekal mengekalkan kuasa mereka, inilah bukti salahguna kuasa yang dilakukan oleh Umno BN dam menguruskan kakitangan awam di negara ini.
PAS Perak melihat bahawa Adun-Adun  Umno BN Perak sudah tidak dapat menarik sokongan rakyat untuk menyokong mereka. Adun-Adun Umno BN kini sudah tidak yakin dengan kapasiti Umno BN samada mereka masih boleh terima oleh rakyat Perak atau tidak, kerana itulah para penghulu diperdaya kononnya menghadiri taklimat isu-isu keselamatan negara, pada hal mereka dihasut oleh para penceramah untuk membenci Pakatan Rakyat.
Bagi PAS Perak, perkara yang berlaku ini amat dikesalkan sama sekali, duit rakyat yang besar bagi membiayai program tersebut digunakan untuk program politik Umno BN atas nama Majlis Keselamatan Negara.
Menurut sumber yang didapati oleh PAS Perak juga, selepas ini ketua-ketua kampung seluruh Perak juga akan dikumpulkan bagi tujuan program yang sama, begitu juga para pengetua dan guru-guru besar sekolah-sekolah seluruh Perak juga akan dikumpulkan bagi menabur fitnah kepda Pakatan Rakyat khususnya di Perak bagi memastikan Umno BN terus kekal memerintah Perak.

Parlimen bocor lagi

Air sekali lagi menitis di tempat rehat ahli parlimen di Dewan Rakyat selepas hujan lebat hari ini.

Kebocoran itu disedari oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk James Dawos Mamit, selepas parlimen bersidang semula pada jam 2.30 petang selepas berehat untuk makan tenaghari.

NONEBeliau dilihat memaklumkan kepada MP Jelutong, Jeff Ooi supaya tidak duduk di sebuah sofa berhampiran kebocoran itu.

Kakitangan Dewan Rakyat kemudiannya dimaklumkan dan mereka meletakkan baldi supaya lantai lobi itu tidak basah.

Selain lantai yang basah, kebocoran tidak menjejaskan perjalanan Dewan Rakyat.

Menurut Ooi sekali lagi pihak penyelengaraan gagal menjaga bangunan itu dengan baik dan menghalang kebocoran daripada berulang.

“Ia berulang lagi dan lagi. Saya tidak pasti sama ada masalah dengan struktur bangunan Parlimen kerana kebocoran berlaku di tempat yang lain.

“Saya gesa menteri yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal parlimen memberikan jawapan.
Bagi ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar bangunan parlimen baru sahaja diselenggara sehingga menelan kos berjuta-juta ringgit dan beliau mahu ia disiasat.

"Kita persoal apa jadi kepada penyelenggaraan yang dibuat sebelum ini dengan kos berpuluh juta ringgit.

NONE"Adakah ianya dipatuhi dan diteliti?

"Kita minta siasatan dibuat segera," katanya yang juga naib presiden PAS.

Pada 2008, kebocoran yang sama berlaku di lobi parlimen dan bilik media.

Bangunan berusia 49 tahun itu telah menjalani kerja-kerja pengubah-suaian bernilai RM100 juta pada tahun 2005.
Kerja-kerja ubah suai masih dilakukan terutama di dalam Dewan Negara dan beberapa bahagian lain di tingkat bawah bangunan Parlimen.

Pada 28 April 2005, masalah kebocoran bumbung di Parlimen ketika sidang Dewan Rakyat berlaku disebabkan kesilapan teknikal yang kecil iaitu penutup kabel elektrik (cable trunking) pada bahagian bumbung Dewan Rakyat menghalang pengaliran air hujan.

Pihak penganjur kecewa dengan tingkah laku Pemuda UMNO dan Polis

Jawatankuasa Siri Program 50 tahun di bawah Kekejaman ISA iaitu Gerakan Mansuhkan ISA dan organisasi bekerjasama berasa kecewa terhadap pemuda UMNO Pulau Pinang yang mengganggu program dan pandangan Ketua Polis Negeri Pulau Pinang, Ayub Yaakob terhadap insiden ini.  Tanggungjawab polis sepatutnya mempertahankan kepentingan awam dan keselamatan rakyat daripada pengganas.  Ketua polis negeri Pulau Pinang tidak patut menyalahkan pihak penganjur kerana tidak memohon permit, kami sebenarnya adalah mangsa dalam perkara ini.
Polis sepatutnya menangkap orang yang membuat kacau apabila mendapat aduan tetapi polis pula sekadar menyaksikan dan membenarkan orang terus membuat kacau.  Ayub Yaakob berkata polis telah mengawal keadaan dengan baik.  Pada hakikatnya, pihak polis tidak menghalang apabila penganjur dipukul dan ditolak orang pemuda UMNO.
Kalau polis berasa rakyat ditolak dan dipukul masih dikira dalam kawalan yang baik, pihak polis patut menilai semula KPI PRDM.  Kami harap ini tidak akan lagi berterusan dan mengembangkan budaya samseng.  Kami berharap pihak polis akan mengambil tindakan yang sewajar dan membawa pengganas ke mahkamah.  Matlamat utama kami menganjurkan program ini adalah untuk rakyat membincangkan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), kami menghormati pandangan yang berbeza dan mempertahankan kebebasan bersuara setiap orang.  Oleh itu, kami membenarkan Kumpulan pro-ISA berkongsi pandangan mereka.
Demi menyanggah kenyataan "ISA dapat mempertahankan Negara, bangsa dan agama", kami juga membalas semua pandangan kumpulan pro-ISA dalam forum kami.
Melalui forum bertajuk "ISA alat politik untuk penindasan" dan "bagaimana agama melihat ISA?", kami tahu bahawa ISA adalah sambungan semangat Darurat yang diistihar oleh penjajah British untuk menyerang rakyat yang memperjuangkan hak mereka.  ISA terus digunakan untuk menjaga kepentingan golongan pemerintah dan menindas rakyat yang ingin berjuang.
Kami membantah ISA sepenuh-penuhnya.  Dan kami juga tidak setuju kalau ISA digunakan untuk menangkap orang yang menimbulkan kekacauan.  Ini adalah kerana undang-undang yang sedia ada cukup untuk kesalahan mereka, dan hak dibicara tidak patut dirampas.  Ahli panel agama seperti Islam, Kristian, Hindu, dan Buddha juga memandang ISA ini bercanggah dengan agama yang menegak keadilan.  

*Kenyataa media oleh Ong Jing Cheng selaku Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Pulau Pinang.

TUUU DIA!! RUPA NGO MELAYU PULAU PINANG.. REAL MELAYU PUNYA!


NGO MELAYU?

korang nengok gambar kat keratan paper tu... MANA MELAYU nya?

Kalau tak nampak klik kasik besar baru nampak berapa kerat Melayu dalam NGO MELAYU nih... hahha

Nak tipu tu sikit-sikit boleh lah.. jangan melampau... Lenkali tulis jer NGO MELAYU takyah letak gambar depa... Takde rupe melayu pun... Wat malu orang Melayu ada lah.. aku tak ngaku aku Melayu macam depa tu.. hahha

psst.. Bukankan banyak ULAMAK kata ISA adalah akta zalim.. maknanya salah... jadik kalau sokong akta ini apa lak hukum nya?

PAC tidak boleh siasat Sime Darby, kata Azmi Khalid

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tidak layak untuk menyiasat Sime Darby Bhd (Sime Darby) kerana konglomerat itu bukan sebuah jabatan kerajaan.

pac meeting on rmaf engine missing 200110 azmi khalidPengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid berkata Sime Darby adalah anak syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan pemegang saham terbesarnya ialah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Beliau menjelaskan bahawa PNB dan KWSP bukan ditakrif sebagai jabatan kerajaan kerana sumber kewangannya datang daripada individu-individu yang membuat pelaburan.

"Kalau KWSP, dana-dana yang dikeluarkan adalah yang disimpan oleh penyimpan KWSP dan dana yang digunakan PNB datang dari pelabur-pelabur persendirian," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di Kuala Lumpur, hari ini.

Berpandukan perkara 77 peraturan mesyuarat Parlimen, PAC boleh memeriksa sebarang kira-kira badan pentadbiran raya dan pertubuhan lain yang menguruskan wang negeri yang dibentangkan dalam Parlimen, katanya.

"Berdasarkan kepada peraturan mesyuarat Parlimen ini, Sime Darby bukanlah satu badan yang layak untuk disiasat oleh PAC," kata Azmi.

azlanPada Mei lalu, Sime Darby mengumumkan kerugian kira-kira RM1.63 bilion berikutan berlakunya lebihan kos dalam beberapa projek di bawah Bahagian Tenaga dan Utilitinya.

Akibat kerugian itu, pelbagai pihak menggesa supaya PAC membuat siasatan berhubung kerugian yang dialami oleh syarikat konglomerat itu.

Sementara itu, berikutan Laporan Audit 2009, PAC akan memanggil Kementerian Pengajian Tinggi untuk memberi penjelasan berhubung Politeknik Muadzam Shah di Pahang yang masih belum siap walaupun pembinaannya telah dimulakana kira-kira 10 tahun lalu, katanya.

PAC juga akan memanggil Kementerian Pertahanan berhubung pembinaan Kompleks 7 Briged Kem Skudai, Johor dan Kementerian Kesihatan mengenai aktiviti rawatan penyakit buah pinggang.

"Minggu depan, PAC akan panggil Pengurusan Pembangunan Pelaburan Antarabangsa Tuna Malaysia yang berada di bawah badan berkanun persekutuan," katanya.

azlanSelain itu, pihaknya telah memanggil beberapa badan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi termasuk Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

"Badan (PTPTN) ini sudah dipanggil sebanyak dua kali termasuk pagi tadi manakala Kementerian Pelajaran pula dipanggil dua bulan lalu mengenai pengurusan rancangan makanan tambahan (RMT) di sekolah-sekolah," katanya.

Azmi berkata PAC akan mengeluarkan laporan siasatan tidak lama lagi dan enggan memberi penjelasan lanjut mengenai agensi yang sudah disiasat.
- Bernama

Dr M: Orang sudah tak percaya Anwar

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pihak luar semakin tidak percaya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dengan itu kerajaan tidak perlu bimbang dan menghalangnya daripada ke luar negara bagi mengelak ketua pembangkang itu daripada terus menghina Malaysia.

Lagipun, kata bekas Perdana Menteri, jika Anwar dihalang ke luar negara, ini akan menimbulkan kemarahan terhadap kerajaan, dan kerajaan akan berdepan dengan pelbagai tuduhan.

anwar ibrahim and mahathir argue fight"Kita tak patut halang dia keluar negara. Saya tak fikir kita patut takut kepada dia. Kita buat macam itu, orang lagi jadi marah kepada kita, benci kepada kerajaan. Nanti mulalah orang cakap kerajaan itu dan ini.

"Tak apalah, saya ingat orang lain pun tak percaya kepada dia dah, siapa nak percaya. Kalau saya, saya tidak peduli. Bukan orang itu yang nak mengundi, yang mengundi orang di sini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Eastern Pacific Industrial Corporation (Epic) Berhad di Kemaman Supply Base kawasan Perindustrian Teluk Kalong di Kemaman hari ini.

Mahathir sebelum itu menyampaikan syarahan perdana bertajuk "Cabaran Umat Islam Pada Masa Kini" di Dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman anjuran Institut Pembangunan Terengganu dengan kerjasama Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu yang dihadiri oleh hampir 5,000 orang kakitangan awam dan masyarakat sekitar.

Turut hadir, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said dan isteri, Toh Puan Norliza Mahmud dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Tengku Putera Tengku Awang.

Dalam perbahasan di Dewan Rakyat semalam, beberapa penyokong kerajaan mencadangkan agar Anwar tidak dibenarkan ke luar negara bagi mengelak beliau daripada terus memburukkan Malaysia.
Imej negatif

Mengulas lanjut, Mahathir berkata semakin kerap Anwar keluar negara untuk memburukkan negara sendiri, secara sendirinya Penasihat PKR itu mendapat imej yang negatif.

Mahathir juga berkata sudah sampai masanya penyokong dan anggota PKR menyertai Umno kerana terbukti PKR diwujudkan hanya untuk kepentingan individu tertentu dan bukannya memperjuangkan kepentingan rakyat.

Beliau berkata parti itu perlu dibubarkan dengan segera kerana kewujudannya hanya memecah belahkan orang Melayu dan umat Islam di negara ini.

"Sesiapa sahaja yang bertanggungjawab memecah belahkan umat Islam perlu ditolak sama sekali daripada membiarkannya menjadi pemimpin sehingga membawa kepada pergolakan sesama umat Islam itu sendiri.

"Umat Islam harus bersatu dalam parti yang besar (Umno) yang selama ini banyak memainkan peranan membangunkan negara dan membela kebajikan rakyat.

"Takkan kita hendak pemimpin yang tidak tahu berbakti tetapi hanya tahu hendak menjadi Perdana Menteri. Sehubungan itu saya menyeru kepada penyokongnya agar bertaubatlah dan kembali ke pangkal jalan seperti kata pepatah Melayu," katanya.

Kataya dengan pembubaran PKR, orang Melayu serta umat Islam diyakini akan kembali bersatu teguh dalam sebuah parti yang selama ini banyak memperjuangkan nasib dan kebajikan mereka.

Bekas Perdana Menteri itu berkata mana-mana parti kecil perlu kembali menyertai parti besar bagi mengukuhkan perjuangan orang Melayu yang kini terpecah kepada tiga kumpulan.

"Tidak pernah ada parti besar nak masuk parti kecil, parti kecillah yang masuk parti besar yang ada sokongan.
Pilihan raya umum: Tunggu dulu

"Mereka (PKR) kata, ada 400,000 ahli tapi tak sampai 10 peratus pun yang ada. Ada pula bahagian hanya seorang sahaja ahli," katanya.

Mahathir juga berkata kejayaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil di Galas dan Batu Sapi di Sabah pada 4 November lalu tidak harus dijadikan kayu pengukur untuk kerajaan mengadakan pilihan raya umum dalam jangka masa terdekat.

Katanya kerajaan BN masih mempunyai banyak masa untuk mengatur strategi meraih sokongan rakyat supaya lebih ramai rakyat kembali kepada parti itu.

"Kita dapat kemenangan di sesuatu tempat tidak boleh jadikan ukuran (sokongan). Faktor-faktor kemenangan BN di kawasan itu adakah sama dengan kawasan lain.
"Jadi saya fikir kepimpinan tahu tentang soal ini," katanya

Mengenai desas-desus kononnya pilihan raya umum ke-13 akan diadakan serentak dengan pilihan raya Sarawak pada awal tahun depan, Dr Mahathir berkata, Semenanjung masih mempunyai banyak masa dan tidak perlu terburu-buru untuk diadakan bersama.

"Kalau saya jadi Perdana Menteri, saya tunggu dulu," katanya.

Beliau berkata Sarawak tidak mempunyai pilihan kerana perlu mengadakan pilihan raya negeri tahun depan apabila mandat kerajaan sekarang akan berakhir.

"Tetapi di sini ada pilihan," katanya.

- Bernama

Henti program Tabung Budi atau hilang lesen air

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) diberi tempoh 14 hari untuk menghentikan kutipan bagi Program Tabung Budi ataupun menghadapi kemungkinan kehilangan lesennya bagi membekalkan air.

water bill 110608Notis bertarikh hari ini dikeluarkan oleh pengarah kawal selia air Selangor, Nor Azmi Diron di bawah Subseksyen 12(2) Akta Pembekalan Air 1997 kerana Syabas dikatakan telah melanggar syarat perjanjian konsesi air .

“Selain menghentikan program tersebut dalam masa 14 hari, Syabas juga dikehedaki memaklumkan kepada Kerajaan Selangor berkenaan pembatalan Tabung Budi. Pembatalan tersebut juga perlu diiklankan di dalam akhbar-akhbar utama di Malaysia,” kata kenyataan dari Sekretariat Akhbar, pejabat Menteri Besar Selangor.

Mengikut notis itu, lesen pembekalan air yang diberikan kepada Syabas mengikut Sub-seksyen 12 (3) Akta Pembekalan Air 1997 akan dibatalkan jika Syabas gagal mematuhi arahan pembatalan program itu.

“Notis tersebut juga telah mengingatkan Syabas bahawa selaku pemegang lesen, syarikat itu hanya boleh mengutip dan menyimpan caj yang masih berhutang (caj tertunggak) oleh pengguna dalam kawasan pembekalan air.

“Syabas tidak boleh mengutip sumbangan daripada orang ramai bagi tujuan membayar caj bekalan air tertunggak seperti yang dilakukannya melalui Tabung Budi,” petik kenyataan itu.

NONESebelum ini, menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah berkali-kali menasihatkan Syabas supaya menghentikan segera Tabung Budi kerana program itu bukan sahaja melanggar syarat konsesi tetapi juga menyalahgunakan dana kerajaan negeri.

“Syabas mendakwa program ini untuk kebajikan tetapi hakikat sebenarnya Syabas menggunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi,” katanya.

Menurut kenyataan itu, kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat membayar Syabas setiap bulan menerusi Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) untuk pemberian air percuma 20 meter padu kepada rakyat. Namun pada masa yang sama Syabas mengutip sumbangan daripada orang ramai.

“Jika Syabas benar-benar ikhlas menjalankan tanggungjawab sosial korporat, mereka sepatutnya melupuskan caj air dan tunggakan yang ditanggung mereka yang tidak mampu,” katanya.

PAS: Jais berhak larang Nizar beri ceramah tapi tak adil

IPOH, 23 Nov – Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berhak untuk tidak membenarkan Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berceramah di Masjid Saujana Utama, Sungai Buloh kerana tidak mendapat tauliah daripada jabatan itu.
Pesuruhjaya PAS Perak Abu Bakar Hussain berkata Jais berhak untuk tidak membenarkan sama ada ahli politik atau guru yang tidak mendapat tauliah daripada jabatan berkenaan untuk memberi ceramah.
“Bagaimanapun daripada sudut demokrasi ia jelas menunjukkan ketidakadilan kepada rakyat kerana mereka memerlukan ilmu dari semasa ke semasa. Rakyat pada masa kini sudah bijak untuk menilai apa yang baik dan buruk. Justeru, mereka (rakyat) boleh menerima atau menolak  segala pengisian yang disampaikan penceramah mengikut fahaman masing-masing,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat PAS Perak di sini hari ini.
Semalam Jais meminta pentadbir masjid berkenaan membatalkan program ceramah agama yang melibatkan Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak kerana tidak mendapat tauliah daripada jabatan itu.
Pengarahnya Datuk Mohammed Khusrin Munawi meminta pihak berkenaan mengubah lokasi ke tempat lain yang tidak terikat dengan syarat-syarat tauliah yang tetapkan JAIS jika mahu meneruskan program itu.
Mengenai kemelut kepimpinan yang berlaku dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR), beliau berkata PAS bersedia memberi pandangan dan nasihat kepada PKR supaya masalah itu dapat diselesaikan.
Beliau turut menyifatkan pergolakan PKR itu adalah sementara dan tidak akan berterusan sehingga mengganggu persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang.
PKR merupakan parti yang masih muda dan baru dalam arena politik tanah air dan sedang mengemaskini hal ehwalnya, katanya.
“Pergolakan dalam PKR itu sebenarnya hal rumah tangga mereka. PAS berharap mereka dapat selesaikan dan PAS sedia membantu PKR  untuk selesaikan kemelut itu kerana kita memang ada mesyuarat untuk memberi pandangan...mereka (PKR) masih baru dan sedang  memperkemaskan hal pentadbiran dan perkara teknikal,” katanya.
Ditanya sekiranya bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR Datuk Zaid Ibrahim mahu menyertai PAS, Abu Bakar berkata PAS merupakan parti yang terbuka, namun sebarang keputusan kemasukan itu hanya diputuskan oleh pimpinan PAS Pusat. – Bernama

PAC sings a different tune: 'Sime Darby not our problem'

By Patrick Lee
KUALA LUMPUR: The Public Accounts Committee (PAC) has washed its hands of the RM2.1 billion Sime Darby fiasco because it considers the GLC's investments as a private matter.
This about-turn came after the PAC had earlier said that it would be looking into the huge losses suffered by Sime Darby.
"Sime Darby is a subsidiary of PNB (Permodalan Nasional Berhad), and its primary stakeholder is EPF (Employee Provident Fund).
"Both cannot be classified as government bodies as their finances come from individual investors," said PAC chairman Azmi Khalid.
"EPF's funds come from its shareholders while PNB's funds come from private investors.
"Therefore, PAC is not qualified to investigate Sime Darby's colossal losses," he said, adding that the PAC arrived at this decision at its Oct 27 meeting.
The decision comes as a surprise, especially after the PAC had said in June that it would be talking to Sime Darby officials, citing it as a matter of public interest.
Sime Darby suffered losses up to RM2.1 billion, incurred by its energy & utilities division (E&U) this year. It said it would resort to civil suits to recover these losses.
However, it did not mention who it would be suing. Sime Darby is also being investigated over the matter by the MACC and the Securities Commission (SC).
Tuna scandal
In an unrelated development, the PAC has questioned both the Ministry of Higher Education and the National Higher Education Fund Corporation (PTPTN) over irregularities listed in the 2009 Auditor General's Report.
Azmi said the PAC talked to officials from the ministry over the Additional Food Programme and will also be speaking to the Malaysian International Tuna Port's (MITP) management next week over its RM80-million loss.
While, Azmi, who is also the Padang Besar MP, promised a PAC report soon, he was tight-lipped on the outcome of the investigations as he said the full report was not ready.

Kes bunuh Aminulrasyid: Polis akui siasatannya cuai

Seorang saksi dalam perbicaraan kes pembunuhan Aminulrasyid Hamzah hari ini mengakui bahawa beliau bertindak cuai dalam penyiasatannya.

NONECif Insp Mazli Jusoh mengakui demikian ketika ditanya peguam Salim Bashir dalam perbicaraan hari ini.

Katanya, beliau telahpun mengetahui bahawa kes tersebut melibatkan tembakan senjata api ketika tiba di lokasi jenayah di Seksyen 11, Shah Alam.

Ketika ditanya, Mazli mengakui bahawa beliau tidak menemuramah anggota polis yang berada di tempat kejadian.

Ditanya lanjut, beliau juga bersetuju bahawa kenderaan polis yang mengejar mangsa merupakan bahan bukti sekunder dalam penyiasatannya.

Dalam jawapannya, Mazli berkata beliau pada masa itu telahpun mengetahui bahawa sebanyak tiga buah kereta peronda terlibat mengejar mangsa.

NONEMazli juga tidak bertindak merampas apa-apa senjata api yang digunakan oleh anggota polis berkenaan, mahupun pakaian mereka untuk mengesan individu yang bertanggunjawab melepaskan tembakan.

Mazli berkata, beliau tidak menyiasat lanjut kerana tidak menerima arahan daripada pegawai penyiasat.

Ditanya lanjut, Mazli berkata beliau juga tidak merakam gambar mayat mangsa ketika mangsa masih di dalam kereta berkenaan.

Mazli menjelaskan, beliau hanya mengarahkan jurugambarnya untuk merakamkan mayat mangsa itu setelah beliau mengalihkannya ke atas rumput di luar kereta berkenaan.

"Itu kesilapan saya tidak arahkan jurugambar untuk ambil gambar pada masa itu," katanya.

NONETambahnya, beliau juga tidak memperincikan tindakannya mengalihkan mayat mangsa berkenaan di dalam laporannya.

Mazli yang tiba di tempat kejadian pada kira-kira jam 3.10 pagi itu juga berkata, beliau hanya mengutip satu kelongsong peluru dalam penyiasatannya ketika itu.

Tambahnya, kelongsong peluru selebihnya dikutip dalam penyiasatannya di lokasi berkenaan, dua hari kemudian.

Beras, keras, waras kunci kebahagian rumah tangga-Mohamed Aziz

009386808Oleh Nazli Ibrahim
PETALING JAYA: Antara kunci kebahagian rumah tangga ialah beras, keras dan waras, demikian menurut Ahli Parlimen Seri Gading,  Datuk Mohamad Aziz di parlimen hari ini.
"Padi yang akhirnya menjadi beras, yang akhirnya jadi nasi, yang akhirnya mengenyangkan kita dan yang akhirnya rumahtangga menjadi aman.

   Sebab itu antara kunci kebahagian rumah tangga ialah beras, keras dan waras," kata beliau dengan disambut riuh dengan gelak ketawa Ahli Parlimen lain.
Apabila beliau menyedari kemungkinan kenyataannya telah disalah tafsir, beliau menjelaskan keras yang dimaksudkan ialah sihat dari segi kesihatan fizikal.
"Keras maknanya sihat. Saya tak ada (maksud) lain.  Kalau ada yang maksud kelain tu, di luar kemampuan sayalah," ujar beliau sama turut tertawa.
Beliau berkata demikian ketika diberi laluan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar semasa menjawab soalan berkaitan bekalan dan keperluan simpanan beras dalam negara.
Sementara itu ketika diberi laluan untuk mencelah, Mohamed berkata tanggapan sesetengah pihak bahawa mengimport beras lagi baik berbanding mengusahakan jelapang sendiri kerana kos yang lebih rendah haruslah diperbetulkan.
Menurut beliau, sikap terlalu bergantung kepada negara pengimport beras untuk memenuhi keperluan makanan dalam negara adalah amalan yang tidak baik untuk negara.
Beliau menjelaskan, negara bila-bila masa boleh berhadapan risiko negara pengeluar beras menghentikan eksport beras secara mengejut ke negara ini. 
"Besok (jika) tiba-tiba makanan dalam negara kita berkurangan. Bukan kerana kita tidak mampu hendak beli, tetapi negara pengeluar tidak dapat menjual kerana keadaan-keadaan di negara masing-masing.
Beliau turut memberitahu parlimen agar pandangan seperti ini harus diubah dengan dengan mengusahakan lebih banyak lagi penanaman padi supaya negara lebih dahulu bersedia

Bangunan Parlimen kekal di KL, tapi diubahsuai RM485 juta

KUALA LUMPUR, 23 Nov – Menara Parlimen berusia 47 tahun akan kekal di ibu negara tetapi akan melalui pengubahsuaian yang menelan RM485 juta – melibatkan pembinaan sayap baru dan bangunan tambahan enam tingkat bagi tujuan pentadbiran ahli-ahli Parlimen.
Datuk Seri Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri memberitahu The Malaysian Insider bahawa kerja-kerja itu akan dimulakan pertengahan tahun depan.
Rancangan itu kini menunggu kelulusan Kabinet.
“Saya telah bercakap dengan pegawai-pegawai dari Jabatan Kerja Raya dan mereka telah diminta disediakan satu kertas kerja untuk dikemukakan kepada Kabinet waktu terdekat,” kata beliau ketika ditemui di Parlimen.
Nazri berkata beliau ada menerima maklum balas daripada ahli-ahli Parlimen  daripada kesemua parti mengenai langkah menambah sayap dewan dan bangunan tetapi sebulat suara tidak bersetuju Parlimen dipindahkan ke tempat lain.
“Kesemua ahli Parlimen mengatakan bahawa Parlimen harus kekal di sini dan itu adalah asas kertas kerja JKR yang akan dibawa ke Kabinet,” katanya.
Menurut Nazri kerja-kerja pengubahsuaian akan mengambil masa tiga tahun.
Ia akan bermula dengan pembinaan sayap baru dewan di gelanggang badminton pada kos RM55 juta.
Sayap dewan itu akan menempatkan Dewan Rakyat dan Senat buat sementara waktu sehingga kerja-kerja pengubahsuaian selesai.
Bangunan enam tingkat pula akan menelan kos RM300 juta.

Karpal mohon hakim undur, saksi pula hina mahkamah

Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengemukakan permohonan melucutkan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Zabidin Mohd Diah daripada perbicaraan kerana didakwa terus bersikap berat sebelah dan menghalang peguambela mendapatkan nota-nota pemeriksaan doktor ke atas pengadu Saiful Bukhari Azlan.

Selain itu, peguam Karpal Singh akan memohon supaya pakar perubatan Dr Siew Sheue Feng dari Hospital Kuala Lumpur dikenakan tindakan menghina mahkamah kerana cuba menyembunyikan dokumen yang penting untuk pembelaan Anwar.

azlanZabidin akan mendengar kedua-dua permohonan itu pagi, esok.

Anwar melahirkan rasa kesal terhadap keputusan-keputusan Zabidin yang dilihat berat sebelah sepanjang perbicaraan dan memihak kepada pendakwaraya, walaupun ia jelas bercanggah dengan prosedur undang-undang.

"Peguam telah memberi maklum bahawa kita akan mengemukakan permohonan supaya hakim menarik diri kerana berpuluh-puluh kes kita asyik diketepikan semua undang-undang dan hanya memihak kepada pendakwa. Beberapa kenyataan dia (Zabidin) nampak jelas tidak berlaku adil. Jadi ini akan dilakukan esok," kata Anwar.

Pada hari ini Zabidin sekali lagi melarang peguambela daripada mendapatkan dokumen pemeriksaan awal daripada pakar-pakar yang memberi keterangan.

Dokumen itu mempunyai banyak maklumat yang tidak terkandung dalam laporan perubatan yang dikemukakan oleh pendakwaraya kepada mahkamah.

Anwar berkata ada cubaan jelas melindungi maklumat nota perubatan pengadu Saiful Bukhari Azlan, khususnya apabila pakar patologi Dr Siew memberi keterangan hari ini.

Walaupun gagal memberi jawapan tepat kepada soalan-soalan Karpal, Dr Siew enggan untuk merujuk kepada nota-nota yang diambil oleh beliau ketika memeriksa Saiful untuk memberi keterangan.

Ini kerana jika beliau berbuat demikian, peguambela boleh memohon untuk mendapatkan nota-nota.

Bagaimanapun semasa waktu rehat, Dr Siew mengaku ada merujuk kepada nota-notanya. Anehnya sebaik sahaja perbicaraan bersambung, beliau enggan berbuat demikian.

"Kenapa ...takut mengenai kepada nota-nota ini," tanya Karpal. Namun pakar perubatan itu tetapi memilih untuk tidak berbuat demikian.

Karpal kemudian berkata Dr Siew harus dikenakan tindakan menghina mahkamah kerana merujuk kepada nota-nota itu ketika waktu rehat walaupun beliau sebelum itu memberitahu mahkamah tidak akan berbuat demikian.

Beliau akan memohon supaya Hakim Zabidin mengenakan tindakan itu kerana jelas ada cubaan untuk menyembunyikan maklumat daripada peguambela.

Karpal juga menegur Zabidin kerana terus menafikan hak peguambela untuk mendapatkan nota-nota pemeriksaan awal doktor yang cukup relevan kepada perbicaraan.

Peguam veteran itu berkata Zabidin hanya membuang masa mengambil keterangan doktor jika tidak mahu melihat sendiri nota-nota yang diambil oleh doktor dalam memberikan keterangan mereka di mahkamah.

PM Terima Gaji RM22,826.65 Mulai 2004 – Nazri

nazriKUALA LUMPUR:  Perdana Menteri menerima gaji bulanan sebanyak RM22,826.65 mengikut Akta Ahli Parlimen (Saraan)(Pindaan) 2005, mulai 1 Jan 2004.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata Timbalan Perdana Menteri pula dibayar RM18,168.15 sementara jemaah menteri menerima RM14,907.20.

"Gaji bulanan setiausaha politik sebagaimana yang ditetapkan dalam Ketentuan Saraan Setiausaha Politik 1980 adalah RM5,709.99 yang juga berkuat kuasa pada 1 Jan 2004," katanya.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis bagi pertanyaan N.Gobalakrishan (PKR-Padang Serai) mengenai penetapan gaji dan semua bentuk elaun yang dinikmati anggota kabinet, setiausaha politik serta jumlah emolumen serta elaun kepada anggota kabinet dari 2005 hingga 2009 di persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Mohamed Nazri berkata jumlah gaji tahunan yang telah dibayar kepada anggota kabinet bagi tahun lepas ialah RM5,470,942.40 dan RM5,783,993.60 pada 2008.
Katanya, sejumlah RM5,858,529.60 dibayar pada 2007 manakala RM5,858,529.60 pada 2006 dan RM6,007,601.60 pada 2005.
-Bernama

(Terkini) Korea Utara Tembak Artileri ke Korea Selatan, Seorang Maut

kuSeoul – Korea Utara menembak  peluru artileri ke sebuah pulau di Korea Selatan. Sejumlah bangunan terbakar dan seorang tentera maut.
Saksi di Pulau Yeonpyeong, Korea Selatan, mengatakan penduduk dipindahkan ketika  pulau itu dihujani artileri Korea Utara. Tentera kedua negara saling bertukar tembakan artileri selama satu jam dan tiba-tiba berhenti.

Pihak militer Korea Selatan seperti dilapur Reuters, Selasa (23/11/2010) mengatakan, seorang tentera laut terbunuh dan tiga lainnya cedera parah. Pulau Yeonpyeong hanya berjarak 3 km di selatan perbatasan Korea Utara.
Televisyen YTN menayangkan keterangan saksi yang melihat 60-70 rumah dimakan api setelah serangan artileri. Foto-foto yang beredar menunjukkan kepulan asap hitam membumbung di atas pulau itu. Jet tempur Korea Selatan langsung diterbangkan setelah serangan artileri itu.
"Rumah-rumah dan gunung terbakar dan penduduk dipindahkan. Tidak terlihat jelas sebab banyaknya asap. Orang-orang ketakutan setengah mati," kata seorang saksi kepada YTN.
Serangan artileri ini terjadi setelah utusan AS datang, menyusul terungkapnya rancangan Korea Utara untuk memperkaya uranium. Korea Utara mengatakan ingin melanjutkan perundingan  enam pihak yang terbengkalai selama 2 tahun. Namun, Seoul dan Washington meminta Korea Utara untuk memberitahukan program nuklearnya.
"Berita hari ini membuktikan kalau Korea Utara, dalam keadaan  tidak diprovokasi, menembak pulau di Korea Selatan. Ini provokasi sembrono. Mereka ingin memaksa rundingan sesuai keinginan mereka. Ini taktik  lama," kata profesor bidang hubungan antarabangsa  di Universiti  Beijing, Zhu Feng.
-(fay/nrl)

Bersediakah negara hadapi krisis makanan?

KUALA LUMPUR, 23 Nov: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub meminta kerajaan menyatakan persediaan yang telah dilakukan bagi menghadapi kemungkinan berlakunya krisis makanan di negara ini.
Berbahas di peringkat jawatankuasa di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Dewan Rakyat hari ini, beliau berkata, isu keselamatan bahan makanan harus dipandang serius lebih-lebih lagi ianya telah dibincangkan di persidangan World Food Organization di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
"Adakah kita sebenarnya serius dalam menghadapi isu keselamatan makanan ini?
"Apakah persiapan kita, berapa tempat yang telah kita pastikan dan berapa jumlah yang perlu untuk simpan bekalan makanan untuk jangka waktu yang panjang.
"Walaupun Malaysia tidak termasuk dalam lingkaran api tapi nampaknya kejadian tsunami, letupan gunung berapi di negara jiran, kita juga harus bersiap sedia," kata beliau.
Semalam, Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili berkata Malaysia perlu bersiap sedia menghadapi kemungkinan berlaku krisis bekalan makanan global pada 2030.
Beliau dilaporkan sebuah akhbar sebagai berkata, langkah berjaga-jaga penting kerana statistik terbaru Bank Dunia menunjukkan peningkatan ketara harga barang makanan global sejak 1905.
Ianya antara 80 hingga 90 peratus dan dijangka terus meningkat sehingga 2030.

Umno: Parti semua kaum tidak sesuai

Oleh Muda Mohd Noor
PETALING JAYA: Pemimpin Umno percaya parti berasaskan kaum masih relevan dan mendakwa parti terbesar orang Melayu itu bukan sebuah parti perkauman berbanding DAP.
Menurut mereka, walaupun Umno parti berasaskan satu kaum tetapi ia tidak memudarat dan menyakiti kaum lain.

"Cadangan itu ada baiknya tetapi sesuai untuk dilaksanakan di negara ini pada waktu ini.
"Dalam BN walapun diwakili parti berbilang kaum, masing-masing menghormati antara satu sama lain dan tiada masalah antara satu sama lain," kata Ketua Penerangan Umno Selangor, Syukur Idrus.
Ketua Umno Selayang itu mengulas cadangan ahli Parlimen Bakri Er Teck Hwa yang mencadangkan supaya kesemua parti komponen dalam BN yang berasaskan kaum dibubarkan untuk menghapuskan sentimen perkauman yang semakin berleluasa di negara ini.
Menurut Er, laungan perkauman sering kali kedengaran di perhimpunan agung Umno. Baginya, Umno yang merupakan parti memerintah tidak banyak beza dengan Perkasa yang dilihat mengamalkan perkauman.
Syukur berkata, konsep satu parti untuk semua kaum tidak akan berjaya sebagaimana yang cuba dilakukan oleh Parti Negara sebelum ini.
"Parti Negara hanya bertahan untuk satu pilihanraya sahaja, lepas itu hilang. Lihat juga apa yang berlaku kepada PKR," katanya. 
Manakala, ahli Parlimen BN Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, tidak semestinya parti yang berasaskan kaum adalah parti perkauman.
Katanya,  Umno walaupun parti untuk orang Melayu tidak bukanlah sebuah  parti perkauman.
"Saya ingin tegaskan parti berasaskan kaum tidak sama dengan parti perkauman. Umno walaupun berasaskan kaum tetapi ia berkongsi kuasa dengan parti lain.
"Sebaliknya parti yang mendabik dada parti berbilang kaum, telah menjadi parti perkauman, lihat apa yang berlaku kepada DAP dan PKR yang meminggirkan pemimpin kaum India," katanya.

'Rubbish' kecohkan DUN Sabah

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ditangguh selama 23 minit hari ini selepas kekecohan berlaku melibatkan seorang anggota pembangkang dengan beberapa penyokong kerajaan.

Keadaan itu tercetus selepas Jimmy Wong Sze Phin (DAP-Sri Tanjong) didakwa mengatakan peraturan dewan sebagai "rubbish" (karut) ketika membahaskan Bajet Negeri 2011.

Kenyataan Wong bahawa kemenangan Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Batu Sapi baru-baru ini sebagai bukan satu kemenangan cemerlang telah mendorong Datuk Ramlee Marhaban (BN-Bugaya) meminta wakil pembangkang itu memberi penjelasan.

Kemudian, Datuk Saddi Abdul Rahman (BN-Sukau) pula bangun untuk menyatakan kenyataan Wong itu seolah-olah mendakwa kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman pada pilihan raya kecil itu sebagai tidak baik.

Selepas beberapa perbalahan dengan beberapa anggota BN lain, Timbalan Ketua Menteri Datuk Yahya Hussin meminta Timbalan Speaker Datuk Johnny Mositun supaya tidak memberi peluang kepada Wong untuk meneruskan perbahasan.

Mositun kemudian menangguhkan persidangan.

Apabila dewan bersidang semula, Speaker Datuk Juhar Mahiruddin mengambil alih dan memberi peluang kepada Wong untuk meneruskan perbahasannya selepas anggota pembangkang itu menarik balik perkataan "rubbish".

Juhar juga meminta Ramlee menarik balik perkataan "bukan manusia' yang dilemparkan terhadap Wong selepas dibangkitkan oleh Melanie Chia (SAPP-Luyang).

Bagaimanapun, Ramlee menafikan dakwaan itu dan Juhar mengarah agar Hansard dirujuk sekiranya dakwaan itu benar dan memberi peluang kepada Ramlee untuk menarik balik kenyataan itu esok.

- Bernama

Rakan PKR hargai persabahatan bukan takut Anwar, tolak dakwaan Umno

KUALA LUMPUR, 23 Nov – Umno mendakwa sikap berdiam diri PAS dan DAP terhadap kepincangan yang berlaku dalam PKR membuktikan parti komponen Pakatan Rakyat itu seolah-olah tidak berani untuk menegur Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertindak selaku ketua pembangkang.
Ia ekoran daripada pemilihan PKR 2010 yang baru sahaja menutup tirainya kelmarin yang mana banyak aduan dan kepincangan yang berlaku sepanjang tiga minggu pemilihan tersebut dijalankan.
Malah tindakan bekas Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim yang mengambil keputusan untuk keluar parti membuktikan kepincangan yang berlaku adalah serius.
Menurut Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan, tindakan pemimpin PAS dan DAP yang masih berdiam diri mungkin disebabkan mereka “tidak berani” untuk menegur Anwar.
“Bagi saya mungkin ada dua sebab kenapa pemimpin PAS dan DAP tidak mahu menegur masalah yang berlaku dalam PKR.
“Yang pertama mungkin mereka rasakan masalah itu boleh diselesaikan dengan baik dalam PKR.
“Dan, yang kedua mungkin pemimpin PAS dan DAP tidak mahu tegur Anwar Ibrahim, mungkin mereka tidak berani tegur ketua pembangkang,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.
Beliau berkata, dakwaan tersebut mungkin ada kebenaran kerana sehingga kini masih tiada kenyataan pemimpin PAS dan DAP meminta PKR menyelesaikan masalah yang berlaku dalam parti itu.
“Saya rasa ia ada kemungkinan juga sebab kita lihat mana ada kenyataan daripada pemimpin PAS dan DAP minta PKR selesaikan masalah yang berlaku.
“Nak selesaikan masalah macam mana? Kalau sudah ada bukti bahawa PKR yang selama ini kononnya memperjuangkan keadilan tidak berbuat demikian.
“Bukti ini ditunjukkan melalui ahli-ahli PKR yang membuat bantahan.
“Jadi pemimpin PAS dan DAP mungkin terkejut dengan apa yang berlaku dalam PKR, mereka tidak boleh buat apa-apa,” katanya.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu juga meminta Umno-Barisan Nasional (BN) tidak mempedulikan masalah yang berlaku dalam Pakatan Rakyat.
Sebaliknya Ahmad berkata, biar rakyat sahaja yang membuat keputusan tentang masalah yang berlaku dalam PKR.
“Bagi BN, kita jangan jadi kuat dek kerana kelemahan orang lain, kita kena jadi kuat dengan kekuatan sendiri. Sebelum ini saya pernah cakap bahawa BN kena kuat dengan kekuatan sendiri bukan kerana kelemahan pihak lawan.
“Kalau apa yang berlaku dalam Pakatan Rakyat itu, biarlah... sama ada ia nak rosak atau rebah biarkan sahaja. Kita jangan peduli.
“Jadi permintaan saya, rakyat lihatlah sendiri apa yang berlaku. Adakah rakyat mahu terima parti seperti PKR ini?,” katanya.
Bagaimanapun pandangan Ahmad itu diketepikan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub yang berkata, parti Islam itu tidak menegur PKR kerana menghormati dasar perjuangan mereka.
“Kita ada etika dalam persahabatan, ia adalah masalah rumah tangga masing-masing.
“Apa pun yang berlaku kita hormati cara mereka, jika ia berlarutan kita mungkin akan bincang dalam mesyuarat majlis tertinggi Pakatan Rakyat,” katanya.
Ahli Parlimen Kubang Kerian ini berkata, sekiranya mahu menegur PKR pihaknya akan menggunakan saluran yang betul bukan secara terbuka.
“Jadi tidak perlu untuk kita beri pandangan secara terbuka, kita akan gunakan saluran yang sepatutnya.
“Saya percaya masalah ini akan selesai selepas pemilihan PKR tamat, kita tidak akan serang parti komponen secara terbuka,” katanya.
Salahuddin juga menafikan bahawa PAS tidak menegur PKR kerana “takut” kepada Anwar.
“Takut kepada PKR? Tidak... saya rasa Ahmad Maslan juga tahu perkara ini, dalam BN sendiri parti komponen tidak menyerang secara terbuka.
“Malah kita juga tahu masalah yang berlaku dalam BN lagi teruk, sampai sekarang masih belum diselesaikan,” katanya.
Bagaimanapun, Penasihat DAP Lim Kit Siang enggan memberikan sebarang komen mengenai dakwaan terbaru Umno itu.
“Saya tidak mahu komen mengenai perkara itu.
“Apa yang Ahmad Maslan nak katakan biarlah,” katanya.

SPRM tahan reman pegawai kanan Yayasan S'gor

Seorang pegawai kanan Yayasan Selangor ditahan reman selama tujuh hari mulai hari ini, bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu perbelanjaan Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-40 yayasan itu yang dikatakan melebihi RM300,000.

Menurut Bernama, perintah tahanan reman sehingga 29 Nov itu dikeluarkan oleh penolong kanan pendaftar Mahkamah Tinggi Khairul Nizam Abu Bakar.

sultan of selangor sharafuddin idris shahPegawai berusia 40-an itu ditahan pagi semalam oleh SPRM berikutan pembabitannya sebagai pengerusi pengelola untuk majlis tersebut.

Sambutan ulang tahun yayasan berkenaan mendapat perhatian apabila Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah membatalkan hasrat baginda berangkat ke majlis itu kerana dukacita dengan kosnya yang dikatakan amat tinggi.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar sebelum ini mendakwa kos majlis berkenaan menjangkau lebih RM800,000 dan sebahagian daripada jumlah itu sudah dibayar kepada syarikat yang diberi kontrak menganjurkannya.
Cabaran belum disahut
Bagaimanapun Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mencabar Noh membuktikan kos yang didakwanya itu. Namun sehingga hari ini, timbalan pengerusi perhubungan Umno Selangor itu gagal menyahut cabaran itu ataupun membuktikan dakwaan yang dibuatnya.

azlanKhalid juga sebelum itu mengarahkan agar majlis itu dibatalkan dan mengalu-alukan siasatan oleh SPRM.

Yayasan Selangor semasa pemerintahan kerajaan BN tidak pernah diaudit selama lima tahun bermula dari tahun 2005.
Sementara itu, menurut sumber, enam lagi pegawai kanan lain yayasan itu yang dipanggil bagi memberi keterangan kepada SPRM minggu lalu berhubung isu yang sama telah dipindah ke luar daerah.

Tiga daripada mereka adalah pegawai kanan daripada bahagian aset, harta dan komunikasi koporat di ibu pejabat yayasan berkenaan, kata sumber itu kepada Malaysiakini.

Menurut beliau, dua daripada mereka dipindahkan ke dua asrama yang dimiliki yayasan itu, yang masing-masing terletak di Kelang dan Sabak Bernam.

Manakala seorang lagi dipindahkan ke Institut Kemahiran Yayasan Selangor di Bagan Terap dekat Kuala Selangor.
Setengah jam untuk berpindah

Sumber itu juga berkata ketiga-tiga pegawai terbabit juga diberi tempoh selama setengah jam untuk mengemas barang-barang mereka di pejabat sebelum diarahkan berpindah.

Baki tiga pegawai lagi - seorang telah diarah berpindah ke Kem Bina Semangat di Ampang Pecah dan dua lagi ke Asrama Yayasan Selangor di Kuala Lumpur, tambah sumber.

"Semua mereka telah diberi surat yang ditandatangani oleh pengurus besar yang bertarikh 18 November lalu," katanya sambil menambah mereka berbuat demikian selepas memberi keterangan kepada SPRM pada 16 November lalu.

Mengulas lanjut, sumber itu berkata pertukaran keenam-enam pegawai kanan berkenaan tanpa melibatkan penurunan pangkat dan menyifatkannya sebagai "perpindahan biasa".

Katanya lagi, kekosongan tempat enam pegawai kanan itu telah disi dengan enam pegawai lain pada tarikh perpindahan mereka.

Selain itu, ada dua pegawai lain yang turut terlibat dengan rombakan, tetapi beliau "tidak pasti" mengapa mereka turut disenaraikan.

Selepas 12 tahun, Mata Lebam terus hantui polis

KUALA LUMPUR, 23 Nov: Walaupun sudah 12 tahun berlalu, tragedi 'Mata Lebam' Datuk Seri Anwar Ibrahim masih menghantui pasukan polis dan hari ini Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sediri dikaitkan dengan tragedi ini.

Bekas Pegawai Penyiasat polis terhadap kes ini, Mat Zain Ibrahim semalam (22 November) menghantar satu surat terbuka kepada Ketua Polis Negara meminta beliau membersihkan pasukan polis dan mendakwa pihak yang patut dipersalahkan dalam isu ini adalah Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail.

Menurut surat panjang Mat Zain kepada Tan Sri Ismail Omar itu, sekurang-kurangnya sudah dua kali Gani menipu Jamaah Menteri.

"Apa yang pasti ialah, pertuduhan menipu Jemaah Menteri terhadap Tun LLS (Ling Leong Sik) itu tidak adil kepada beliau, jika Peguam Negara pula tidak dituduh, kerana beliau juga pernah menipu Jemaah Menteri, sekurang-kurangnya dua kali," tulis Mat Zain dalam surat itu.

Menurut Mat Zain, beliau pernah diminta menemui Datuk Seri Najib Razak pada 23 Oktober 2008 ketika beliau menjadi timbalan perdana menteri. Dalam pertemuan itu, beliau berkata, Najib telah memarahi beliau apabila memberitahu satu penal telah dibentuk bagi mengkaji siasatan SPRM terhadap Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Gani Patail.

"Dalam perbualan sama, saya memberitahu YAB PM mengenai maklumat yang saya perolehi; dimana pihak Kerajaan telah melantik satu Panel bagi mengkaji siasatan yang dijalankan oleh SPRM. Saya juga telah menyebutkan nama dua orang yang telah dilantik sahaja yang saya ketahui pada masa itu.

"Secara sepontan YAB PM bangun daripada tempat duduknya dan menyatakan dengan serious bahawa beliau tidak tahu menahu mengenai perlantikan Panel yang saya nyatakan kepadanya. Beliau selanjutnya menyatakan bahawa sekiranya benar sesuatu Panel telah dilantik, beliau pasti telah ditaklimatkan mengenainya.

"Malahan YAB PM telah menasihatkan saya supaya tidak percaya dengan khabar angin sedemikian kerana perkara itu adalah tidak benar. Setelah berbual satu dua perkara lain saya telah meninggalkan Pejabat YAB PM," tulis Mat Zain menceritakan bagaimana PM telah memarahi beliau.

Namun, katanya, terbukti selepas itu, Penal itu memang diwujudkan oleh Jabatan Peguam Negara sebagaimana jawapan rasmi kerajaan di Parlimen.

Pada 11.3.2009, Datuk Seri Nazri Aziz telah membuat pengumuman di-Parlimen mengenai keputusan siasatan SPRM tersebut, tulis Mat Zain.

Nazri mengumumkan bahawa siasatan SPRM telah diteliti oleh tiga orang Ahli Panel bebas yang dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya(DPP) mengikut Kanun Prosidur Jenayah(CPC) oleh Peguam Cara Negara(SG) padahal sebelumnya, PM Najib telah menafikan penubuhan penal itu.

Beliau juga memberikan nama-nama tiga orang Ahli Panel bebas tersebut iaitu; Datuk Abdul Kadir Sulaiman, Datuk Wira Mohd.Noor Ahmad dan Datuk Mohd.Noor Abdullah,masing-masing mantan Hakim Mahkamah Persekutuan dan seorang mantan Hakim Mahkamah Rayuan.

Selanjutnya beliau mengumumkan bahawa Ahli Panel sebulat suara (3-0) mendapati Tan Sri Musa Hasan tidak terlibat dalam sebarang salah laku jenayah manakala keputusan majoriti (2-1) terhadap Tan Sri Gani Patail (TSGP) yang bermakna seorang dari Ahli Panel tersebut mendapati terdapat keterangan mengaitkan TSGP dalam suatu salah-laku.

Namun begitu kedua-dua TSGP dan TSMH dibersihkan daripada sebarang salah laku jenayah, tulis Mat Zain.

Menurut Mat Zain, cara Peguam Negara mengendalikan isu P I Balasubramaniam dan dakwaan terhadap Ling Leong Sik  "mengesahkan tanpa ragu lagi, bahawa beliau tidak menghiraukan langsung hak kesamarataan individu dari sudut undang-undang, yang dijamin oleh Perlembagaan."

Sehubungan itu beliau mencadangkan agar Peguam Negara dihadapkan kehadapan Tribunal untuk disiasat.

"Sekiranya Ketua Hakim Negara boleh dibawa kehadapan Tribunal,jika bekas Timbalan Perdana Menteri,Menteri Besar,Menteri-Menteri kanan termasuk Tun LLS,Ahli-Ahli Parlimen,Ketua Polis Negara,Panglima dalam Tentera Darat, Ketua Setiausaha Kementrian,Ketua Pengarah-Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan dan lain-lain, mampu dihadapkan kemuka pengadilan oleh Kerajaan,malah ada diantara mereka yang telah menjalani hukuman,dibuang kes dan ada yang masih menunggu perbicaraan selain daripada telah diaibkan. Apa istimewanya Peguam Negara?" tulis beliau.

Mat Zain juga mengaitkan kes Mata Lebam dengan Peguam Negara.

Menurutnya, persetujuan telah dicapai oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Nor dengan timbalannya, Tan Sri Norian Mai dan beliau selaku Pegawai Penyiasat kes itu agar ia ditutup dengan penuh hormat.

"Sebenarnya persetujuan untuk penutupan sepenuhnya insiden mata-lebam itu, dicapai antara jam 2.30 petang hingga 3.30 petang hari Khamis 8.10.1998," katanya.

Persetujuan ini dicapai diantara Tan Sri Abdul Rahim Noor (TSRN), Ketua Polis Negara ketika itu,Tan Sri Norian Mai,Timbalan Ketua Polis Negara dan saya selaku Pegawai Penyiasat,didalam bilik Pejabat TSRN sendiri

"Setelah memberi persetujuan tersebut saya lihat wajah TSRN begitu tenang,dan menerusi “body language” beliau, saya dapati seolah beliau begitu lega, setelah beban diatas bahunya dilepaskan.

"Malah beliau sambil bersahaja menanyakan kepada Tan Sri Norian, sama ada beliau(TSRN) layak membeli staff-car Mercedes yang sedang beliau gunakan itu, dan jika boleh beliau minta tolong, untuk repair sedikit-sedikit mana yang rosak," tulisnya.

Keputusan yang dicapai, berdasarkan tulisan Mat Zain itu, Tan Sri Rahim akan mengaku memukul Anwar sehingga lebam matanya dan meletakkan jawatan kerana kesalahan itu.

Namun semua itu berubah apabila Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Mohtar Abdullah diiringi orang kuatnya Datuk Abdul Gani Patail telah menemui Rahim Noor.

"Manusia hanya boleh merancang, tetapi Allah sahaja yang boleh menentukanNya. Saya mendapat tahu kemudiannya, iaitu pada jam lebih kurang 5.00 hingga 5.30 petang 8.10.1998 itu,Tan Sri Mohtar Abdullah (Allahyarham) diringi oleh orang kuatnya Datuk Abdul Ghani Patail ,telah menemui TSRN dibilik Pejabat KPN," tulis Mat Zain.

"Lebih kurang jam 6.00 petang itu saya dipanggil untuk berjumpa dengan Tan Sri Norian dan beliau cuma memberitahu saya “untuk meneruskan siasatan seperti biasa”,dan apabila melihat beliau membuat gesture bahunya sedemikian,saya faham bahawa persetujuan yang dicapai antara kami beberapa jam sahaja sebelum itu telah dibatalkan.

"Saya harus menyatakan bahawa saya terkejut dan hampa dengan perubahan ini, tetapi siapalah saya untuk menghalangnya, oleh kerana kita sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku pada hari esok," tulisnya lagi.

Suruhanjaya Diraja yang ditubuhkan kerajaan untuk menyiasat tragedi Mata Lebam itu mendapati Rahim yang bersalah kerana memukul Anwar.

Namun sebelum itu, siasatan polis tidak pernah mendedahkan Rahim yang bersalah bahkan Tun Dr Mahathir pernah mendakwa Anwar mencederakan dirinya sendiri.
BACA SURAT PENUH MAT ZAIN DI SINI

Tuntutan wang berterusan: Sub-Kontraktor akhirnya adu kepada Sultan

Sub-kontraktor akhirnya mengadu kepada Sultan Selangor setelah kerugian RM43 juta, apabila syarikat kontraktornya - yang dikuasai kerabat Sultan Selangor - dalam Projek Hospital Shah Alam menggunakan kedudukan dan kemudahannya untuk menuntut wang daripada sub-kontraktor tersebut.
Raja Petra Kamaruddin pernah mendedahkan surat yang berkaitan dengan skandal yang melibatkan anggota kerabat Sultan Selangor dalam laman Malaysia Today yang dikendalinya sebelum ini.  Surat tersebut ditulis oleh sub-kontraktor Projek Hospital Shah Alam, iaitu GM Healthcare Sdn.Bhd kepada Sultan Selangor, mendedahkan bahawa Sunshine Fleet Sdn.Bhd yang dikuasai adinda Sultan, iaitu Tengku Arafiah terlibat dalam skandal rent-seeking.
Ketua Pegawai Eksekutif GM Healthcare Sdn.Bhd, Elvin Toh Chen Vin telah mengesahkan kepada MerdekaReview bahawa surat tersebut adalah benar.  Menurut Elvin Toh, surat tersebut ditulis oleh GM Healthcare untuk mengisahkan kronologi peristiwa itu kepada Sultan.
Sebagaimana yang diketahui MerdekaReview, Sunshine Fleet yang dikuasai Tengku Arafiah bukan sahaja meminta agar GM Healthcare untuk melangsaikan hutang yang dilonggakkan sub-kontraktor sebelumnya, bahkan menuntut wang tunai dari GM Healthcare melalui pelbagai saluran.  Berikutan daripada itu, GM Healthcare kerugian RM43.15 juta, kerana gagal menuntut balik wang yang dibelanjakan, malah kehilangan projek Hospital Shah Alam ini.
Kementerian Jabatan Kerja Raya kini telah membatalkan kedudukan Sunshine Fleet (yang dikuasai Tengku Arafiah) sebagai kontraktor utama projek Hospital Shah Alam, malah dibuka tender semula.  Menurut laporan Star pada 3 Oktober, kerajaan telah membayar RM122.50 juta kepada Sunshine Fleet, namun projek ini hanya disiapkan setakat 25.3%.
Perjanjian antara bekas Sultan Selangor dengan Mahathir
Menurut sumber maklumat, penglibatan kerabat Sultan Selangor dalam projek Hospital Shah Alam ini disebabkan perjanjian antara bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad dengan bekas Sultan Selangor.  Sebagaimana yang dimaklumkan, Mahathir Mohamad mencadangkan projek ini antara tahun 2000 hingga 2001.
Perjanjian direstui oleh Mahathir (gambar kanan) dengan Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada ketika itu adalah tanah diperuntukkan oleh Sultan Selangor, dengan syarat projek tersebut perlu diserahkan kepada anggota kerabat Sultan.  Namun, projek ini ditangguhkan, malah tidak dilaksanakan sehingga Mahathir berundur dari jawatan PM.  Ia hanya bermula pada zaman PM kelima, Abdullah Ahmad Badawi apabila JKR menyerah projek ini kepada Sunshine Fleet yang dikuasai kerabat Sultan Selangor pada 9 November 2007.
Menurut maklumat dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), tiga orang pemegang saham utama Sunshine Fleet adalah adinda Sultan Selangor, Tengku Arafiah (70% saham), Azamuddin Shah Abdul Aziz (10% saham) dan Tengku Abdul Samad Shah Sultan Salahuddin Abdul Aziz.
Tengku Arafiah bukan sahaja pemegang saham terbesar Sunshine Fleet, malah menyandang jawatan Pengerusi Eksekutif yang membuat keputusan untuk syarikat.
Rent-seeking
Mengapa GM Healthcare terlibat dalam skandal rent-seeking ini?  Menurut Elvin Toh, syarikat ini pada asalnya mengusahakan perniagaan pemborongan perubatan yang diasaskan Chua Zhi Bin.  Elvin Toh mengambil alih GM Health pada tahun 2007 dan memegang 50% saham masing-masing bersama Chua Zhi Bin.
Setelah Sunshine Fleet memperolehi projek bernilai RM482.60 juta dari JKR pada November 2009, maka GM Health diundang untuk menyertai pembidaan projek tersebut.  Tetapi, akhirnya Tengku Arafiah (gambar kiri) menyerah keseluruhan projek ini kepada Isyoda Sdn.Bhd, dan bukannya GM Helathcare pada 16 November 2007.  Menurut perjanjian antara Sunshine Fleet dengan Isyoda ketika itu, Sunshine Fleet "sub" projek ini kepada Isyoda dengan nilai RM451.321 juta, dan mengaut keuntungan RM31.369 juta daripadanya.
Pada hari yang sama, Isyoda mengeluarkan "Letter of Undertaking of Payment" kepada Tengku Arafiah, bersetuju untuk membayar RM46.231 juta kepada Tengku Arafiah.  Kontrak yang diambil-alih Isyoda sebenarnya bernilai RM405 juta setelah ditolak angka tersebut.
Maka Tengku Arafiah dan Sunshine Fleet memperolehi keuntungan bersih RM77 juta daripadanya, iaitu RM31.369 juta daripada perbezaan nilai kontrak, dan RM46.231 juta yang diterima Tengku Arafiah.
Permintaan untuk "Selamatkan Projek Hospital"
Bagaimanapun, Isyoda terjerat ke dalam masalah kewangan kemudiannya.  Tengku Arafiah meminta GM Healthcare untuk menyelamatkan projek hospital ini dengan mengambil-alihnya dari tangan Isyoda - supaya projek ini tidak ditarik balik JKR.
Kedua-dua pihak mencapai persetujuan dalam satu perjanjian sub-kontrak pada 10 Februari 2009, iaitu Sunshine Fleet melantik GM Healthcare sebagai sub-kontraktor kedua, dan mengambil-alih projek Hospital Shah Alam dari tangan Isyoda dengan RM400.9 juta.
Untuk mengambil alih projek ini, GM Healthcare dengan sengaja menstruktur semula organisasi dalam syarikatnya.  GM Healthcare mengajak syarikat FRONTIER STRUCTURE Sdn.Bhd dari Pulau Pinang untuk bergabung dan mengendalikan projek ini bersama.
FRONTIER STRUCTURE Sdn Bhd adalah syarikat pembinaan yang mempunyai Gred 7dan jaminan kualiti, dan merupakan kontraktor bumiputera kelas A.  Dalam rombakan ini, FRONTIER STRUCTURE Sdn Bhd dan GM Healthcare masing-masing memegang 50% saham.  Dengan kata lain, saham yang dipegang oleh Elvin Toh Chen Vin dan Chua Zhi Bin sebelum ini telah menurun kepada 25% masing-masing.
Tuntutan wang berterusan
Elvin Toh berkata, menurut perjanjian antara Sunshine Fleet dengan GM Healthcare, nilai projek ketika diambil-alih GM Healthcare hanya tinggal kira-kira RM400.9 juta.  Muafakat yang dicapai dalam perjanjian adalah GM Healthcare bersetuju untuk membayar Sunshine Fleet dengan harga 5% dari nilai projek, iaitu kira-kira RM20 juta, sebagai pulangan memperolehi projek tersebut.  Wang ini pada asalnya dibayar kepada Sunshine Fleet secara berperingkat, mengikut perkembangan projek dan pembayaran wang dari JKR.
Namun, Sunshine Fleet telah habis menuntut RM20 juta itu dalam masa enam bulan, malah menuntut lebih wang dari GM Healthcare.  Ia berakhir dengan pembayaran GM Healthcare kepada Sunshine Fleet melonjak dari RM20 juta (pada asalnya), kepada kira-kira RM35 juta.
Elvin Toh akhirnya enggan memberi apa-apa bayaran kepada Sunshine Fleet, dan tindakan ini telah mencetus perselisihan komersial antara GM Healthcare dengan Sunshine Fleet.  Antaranya, GM Healthcare meminta JKR membatalkan kontrak Sunshine Fleet sebagai kontraktor utama, malah membawa kes ini ke mahkamah untuk mendapatkan perintah agar Sunshine Fleet di-"wind-up".
Sunshine Fleet akhirnya menamatkan kontrak GM Healthcare sebagai sub-kontraktor pada 11 Ogos 2010, dan JKR pula membatalkan kontrak Sunshine Fleet sebagai kontraktor utama pada 3 September 2010.

WASPADA !!! OMBAK KAPITALIS DAH MULA

TUNJUK PERASAAN DEPAN PARLIMEN DUA HARI DULU



IRELAND JATUH MUFLIS




€90 BILON IRISH BAILOUT ENDS IN TURMOIL - NOW EUROPE FEARS CRISIS WILL SPREAD - guardian london

Financial markets were thrown into turmoil today amid fears that an imminent collapse of Ireland's beleaguered government would have a knock-on effect across the eurozone.
The announcement of the potential €90bn international bailout for debt-laden Ireland – of which the UK could contribute up to £10bn – offered only a temporary respite to nervous markets.

By tonight, concerns that Portugal and even Spain might also need their own rescue packages were rising and sent the euro and shares falling while the risk of holding the debt of potentially vulnerable countries rose alarmingly.

After a tumultuous day in Dublin, where protesters tried to storm the parliament building, the prime minister, Brian Cowen, defied calls for his resignation but conceded he would call an election in the new year. The move was forced upon him after the Green party pulled out of his fragile coalition government, unnerving markets on a day which was supposed to restore confidence in Europe's decade-old single currency.


nota:
sistem kapitalis sedang nazak
banyak ubat dan pil sedang digunakan
doktor dan bomoh dari IMF telah dipakai

obama di amerika mengeluarkan 1 trilion dolar sebagai ransangan
najib razak guna 22 bilion ringgit sebagai rangsangan
enam bulan dahulu greece mendapat suntikaan €110 bilion euro

kelmarin ireland mendapat € 90 bilion euro

semua ini duit rakyat
semua ini duit orang ramai
semua ini duit dari cukai

tetapi macam mencurah garam ke laut
tak ada apa apa yang berubah

kenapa?

ini kerana sistem kapitalis itu sendiri tidak boleh lagi dipakai

di amerika kemana perginya duit duit yang berbilion ini ?

duit duit ini pergi menyelamatkan bank bank
hujahnya – kalau bank ini tidak diselamatkan semua akan runtuh

kemana perginya duit ini ?

duit duit ini pergi ke tuan empunya bank
dan para pengarah bank
dan ceo bank
dan pemilik saham bank
mereka terus jadi kaya raya
dapat duit dari kerajaan
ini duit orang ramai

dari mana datangnya duit ini?

di amerika – kerjaaan amerika pinjam dari federal reserve

dari mana federal reserve dapat banyak dolar?

jangan jadi bangang !

berapa kali nak beritahu
federal reserve kerjanya mencetak dolar
nanti yang kena bayar rakyat amerika
kerana cukai akan dikenakan
rakyat amerika lah yang bodoh bukan kita

ni sekali lagi bangang !

kita pun sama juga bodoh kerana
pakai sistem ekonomi yang sama
dalam sistem ekonomi ini
ada undang undang kapitalis dimana
semua jual beli minyak mesti pakai dolar
kalau tak pakai dolar tak dapat beli minyak

tak dapat beli minyak
macam mana nak merempit
kalau tak merempit
mana nak dapat awek

cilaka amerika bijak menipu


bijak tak amerika?
dia cetak kertas hijau jual pada kita

amerika bukan bijak
kita yang bodoh
pergi beli kertas hijau itu buat apa?

apa jadi dengan 22 bilion ringgit duit rangsangan dari najib

pergi tanya najib sendiri
duit sudah habis
itu pasal subsidi nak di tarik
itu pasal nak ada cukai gst - gasak sampai terbarai
itu asal semua jabatan kerajaan potong belanja

apa akan jadi nanti?

inilagi soalan bangang!

berapa kali nak cakap
perang akan pecah dan merebak
dari iraq ke iran ke afghansitan ke india

perang mustahak untuk memusnahkan banyak barangan
perang wajib untuk mengurangkan penduduk dunia
bila ada perang maka kilang dapat bergerak cergas
bila ada perang ramai orang mati
bila ramai mati – dunia jadi lapang sikit

betul ke ini?

tak percaya ke ?
tu pasal jangan jadi bodoh
masa emak ayah suruh sekolah dulu
tak nak belajar
lari dari sekolah
pergi melepak di mall
duduk menebeng di arked video

baca buku malas
asik asik nak main sms
minah cari balak
balak cari minah

akhirnya minah dan balak dua dua jadi bodoh

bila bodoh senang jadi kuli batak
kerja di mek d
kerja di tesco
kerja di carrefour
kerja di kentuki fried fuk
kerja di bilik tiket di lebih raya
lepas tu kahwin dan beranak
anak hantar pergi sekolah
anak lari main menebeng di mall

cerita berulang ulang
inilah dia lingkaran setan
inilah dia lingkiran orang bodoh

keluarga bodoh akan melahirkan orang bodoh
sistem kapitalis amat amat memerlukan orang bodoh
bila bodoh dan bangang
melopong depan tv
tak tahu satu habuk
hanya menghabiskan oxygen saja
dalam dunia ini kah kah kah



TT.