Isnin, 22 November 2010

Pembersihan 'pengkhiat' dalam PKR bermula

Pemenang kerusi timbalan presiden PKR Azmin Ali berikrar untuk membersihkan parti itu dariapda "pengkhianat" ekoran tindakan dalam pemilihan dua bulannya yang mencemarkan imej parti di mata awam.

NONEBercakap kepada parlimen di lobi Parlimen, Azmin (kanan) - kini masih naib presiden - berkata, "pembersihan" itu akan bermula serta-merta selepas kongres PKR Ahad ini.

Beliau mendesak anggota parti pimpinan Datuk Seri Anwar dan isterinya itu membangunkan "prinsip kesetiaan" demi memastikan semangat reformasi tidak diketepikan dalam parti itu.

"Apabila pemimpin bersifat khianat, bukan sahaja parti akan tercalar malah tamadun sendiri boleh tumbang.

"Cuba lihat di Perak. Apabila ada dua pengkhianat, bukan sahaja parti retak, malah negeri juga tumbang (kepada BN)," kata Azmin.

Katanya, parti mesti menginstitusikan latihan bagi menghasilkan kesetiaan dan menyerapkan ideologi parti kepada akar umbi.

Surat terbuka kepada Ketua Polis Negara

Mat Zain Ibrahim

22 NOV — Dengan segala hurmatnya saya menjemput Tan Sri merujuk kepada teks ucapan YB Lim Kit Siang, “Gani Patail stand accused of fabricating evidence in the Anwar Ibrahim ‘black-eye’ investigation in 1998,which stands unrebutted although made by the police officer responsible for the investigation 12 years ago”, ketika beliau mengemukakan satu usul untuk memotong gaji Peguam Negara sebanyak RM 10.00 di-Parlimen pada Selasa 9.11. 2010 yang tersebar dalam laman-laman blogs .
Setelah meneliti teks tersebut sepenuhnya,saya mengesahkan telah menghantar email kepada YB LKS pada 14.4.2010 yang beliau sebut itu, sebagai membalas/membetulkan komen beliau terhadap PDRM berkaitan siasatan kes mata-lebam, yang sedikit tersasar.
Saya turut megesahkan bahawa kenyataan-kenyataan yang beliau petik daripada surat saya bertarikh 15.4.2009 kepada Lembaga Penasihat SPRM dan Surat Terbuka kepada YB Datin Kalsom Taib bertarikh 8.10.2010 (Surat Terbuka Pertama),yang salinannya saya email kepada Tan Sri, adalah betul setakat yang terkandung dalam salinan-salinan original surat-surat berkenaan. Saya akan merujuk kepada kandungan surat- surat tersebut apabila, atau jika berkenaan.
Sehubungan hal sama,saya mendapat tahu menerusi media, bahawa YB Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri di-JPM akan membawa isu diatas dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang bermesyuarat pada Jumaat 12.11.2010.
Beliau turut mengumumkan bahawa penjelasan akan diminta daripada Tan Sri Abdul Gani Patail (TSGP) sebagai memberinya peluang untuk menjelaskan dirinya yang merupakan hak beliau kepada pendengaran yang adil.
Saya menyokong sepenuhnya TSGP diberikan hak sedemikian oleh kerana hak kesamarataan dari sudut undang-undang dan hak pendengaran yang adil adalah merupakan hak asasi individu yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia (Perlembagaan),dan wajar dihurmati oleh semua pihak.
Bagaimanapun apa yang menjadi kemuskhilkan saya kini ialah,apabila penjelasan diberi oleh TSGP, seorang Peguam Negara, dalam bentuk apa sekalipun,sama-ada secara lisan,atau kenyataan akhbar,atau representasi dan lain-lainnya,pihak berkuasa manakah yang layak dan berhak serta mempunyai kuasa untuk memberikan pendengaran yang adil kepada semua pihak terlibat dalam persoalan ini, dan tidak hanya adil kepada TSGP seorang sahaja.
Sesuai untuk saya nyatakan disini, bahawa pihak-pihak yang terlibat, bukan setakat empat individu yang dinamakan dalam laporan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) iaitu TSGP, Tan Sri Musa Hassan (TSMH),Dr Abdul Rahman Yusof (Dr Rahman) dan saya sendiri.
Malahan Jabatan Peguam Negara, PDRM dan Kementerian Kesihatan Malaysia (khususnya Hospital Kuala Lumpur) juga merupakan pihak yang mempunyai kepentingan dalam perkara ini. Selain itu, Jemaah Menteri pada masa yang material itu juga adalah pihak dalam isu sama,jika apa yang akan saya bentangkan dalam perenggan-perenggan dibawah diambil pertimbangan.
Setakat yang saya telah dinasihatkan dan sesungguhnya percaya;bahawa jika seorang Peguam Negara didapati tidak lagi berupaya diatas apa sebab pun, untuk melaksanakan tugasnya dengan sempurna, atau didapati telah melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan beliau dipecat daripada jawatannya, maka pihak yang berkuasa mengadili/menghakimi beliau ialah suatu Tribunal yang dilantik oleh SPB Yang Di-Pertuan Agong sahaja, sepertimana perbekalan Artikel 125 Clause (4) Perlembagaan; setelah dinasihatkan oleh Perdana Menteri mengikut Artikel sama Clause (3).(Perbekalan ini adalah digunapakai terhadap Peguam Negara bila dibaca bersama Artikel 145 Clause (6)).
Precedent penggunaan Artikel  ini telah dicipta oleh mantan Perdana Menteri YAB Tun Dr Mahathir Mohamed, ketika menangani isu pemecatan YAB Tun Salleh Abas, mantan Ketua Hakim Negara.Oleh itu soal sama ada Artikel berkenaan tidak boleh atau sukar dilaksanakan tidak timbul.
Berkaitan dengan dakwaan DSAI yang beliau buat pada 1.7.2008 itu, izinkan saya memaklumkan kepada Tan Sri, bahawa saya telah dibawa menemui Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (YAB PM) persendirian pada 23 Oktober 2008 lebih kurang jam 1030 pagi di-Pejabat Menteri Kewangan.
Ketika itu YAB PM masih lagi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Malaysia yang baru diambil alih. Pertemuan ini diatur dipercayai terbit daripada pendedahan yang saya buat, menerusi Pernyataan Tuntutan saya yang disiarkan meluas olih media, apabila kandungan tuntutan tersebut dibacakan sepenuhnya olih pihak Pembelaan dalam prosiding kes liwat terhadap DSAI, ketika diperingkat Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, dalam bulan Ogos/ September 2008.
Saya harus menyatakan bahawa interaksi antara kami dilakukan dalam suasana yang sangat mesra, dalam semangat persahabatan dan saya sedikit pun tidak rasa tertekan walaupun itulah kali pertama saya mengenali YAB PM.
Dalam pertemuan ini, saya telah menjelaskan kepada beliau peranan dimainkan masing-masing oleh TSGP,TSMH, Dr Rahman dan saya sendiri dalam penyiasatan “kes mata-lebam”.
Saya menyentuh sedikit sebanyak butir yang terkandung dalam kertas siasatan kes tersebut dan mengenai keterangan yang telah saya berikan kepada SPRM. YAB PM ada membuat komen-komen tertentu, mengenai isu yang saya taklimatkan secara lisan kepada beliau.
Dalam perbualan sama, saya memberitahu YAB PM mengenai maklumat yang saya perolehi; dimana pihak Kerajaan telah melantik satu Panel bagi mengkaji siasatan yang dijalankan oleh SPRM.
Saya juga telah menyebutkan nama dua orang yang telah dilantik sahaja yang saya ketahui pada masa itu. Secara sepontan YAB PM bangun daripada tempat duduknya dan menyatakan dengan serious bahawa beliau tidak tahu menahu mengenai perlantikan Panel yang saya nyatakan kepadanya.
Beliau selanjutnya menyatakan bahawa sekiranya benar sesuatu Panel telah dilantik, beliau pasti telah ditaklimatkan mengenainya. Malahan YAB PM telah menasihatkan saya supaya tidak  percaya dengan khabar angin sedemikian kerana perkara itu adalah tidak benar. Setelah berbual satu dua perkara lain saya telah meninggalkan Pejabat YAB PM.
Sekembalinya dari pertemuan tersebut, saya mengambil sikap tunggu dan lihat. Seterusnya menjelang Februari 2009 saya mendapat maklumat, keputusan siasatan SPRM akan diumumkan sedikit hari lagi.
Justeru itu saya mengambil keputusan untuk mengemukakan satu laporan bertulis yang lengkap, kepada YAB PM. Laporan tersebut bertarikh 19 Februari 2009 (lebih kurang 3 minggu sebelum keputusan rasmi diumumkan di-Parlimen pada 11.3.2009) yang  dialamatkan atas nama YAB PM persendirian dan dihantar dengan tangan serta disahkan penerimaannya oleh Pejabat Menteri Kewangan.
Tanpa menyentuh butiran terperinci laporan tersebut, memadai jika saya menyatakan bahawa ianya boleh disifatkan sebagai “a no holds barred report”. (Dalam surat saya kepada Tan Sri bertarikh 6.5.2010 perenggan 12 ,saya ada setakat menyebut mengenai edaran surat kepada YAB PM ini.)
Untuk faedah Tan Sri,saya perturunkan perenggan 4 laporan kepada YAB PM tersebut seperti berikut;
 “Para 4:
Dengan rendah diri saya memberi maklumat ini secara terus kepada YAB Datuk Seri,atas kesedaran dan kepercayaan bahawa YAB Datuk Seri akan menerajui kepimpinan Negara sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6 menjelang akhir Mac atau April depan.
a)    Ianya juga adalah,atas kesedaran dan kepercayaan bahawa SPRM tidak dapat tiada akan merujuk hasil siasatan laporan DSAI berkaitan kes “mereka keterangan palsu” itu kepada YAB Datuk Seri,memandangkan kedudukkan Gani Patail dan Musa Hassan sebagai orang nombor satu dalam Jabatan masing-masing.
b)    Sesungguhnya dengan rendah diri,saya memohon agar YAB Datuk Seri sudi menerima maklumat yang akan menyusul dibawah sebagai input mustahak dalam membantu YAB Datuk Seri mempertimbangkan sesuatu keputusan yang terbaik,adil dan saksama dan “without fear or favour”berkaitan  kes “mereka keterangan palsu” tersebut.
Ditandatangan oleh Mat Zain Ibrahim bertarikh 19.2.2009.

Seterusnya pada 11.3.2009, Datuk Seri Nazri telah membuat pengumuman di-Parlimen mengenai keputusan siasatan SPRM tersebut. Antara perkara penting yang beliau umumkan ialah; bahawa siasatan dan keputusan tersebut telah selesai dua bulan daripada tarikh laporan DSAI, bermakna dalam minggu pertama bulan September 2008.
Bagaimanapun hanya diumumkan pada hari tersebut kerana kes ini sangat sensitif.Beliau seterusnya mengumumkan bahawa siasatan SPRM telah diteliti oleh tiga orang Ahli Panel bebas yang dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya(DPP) mengikut Kanun Prosidur Jenayah(CPC) oleh Peguam Cara Negara(SG).
Beliau juga memberikan nama-nama tiga orang Ahli Panel bebas tersebut iaitu; Datuk Abdul Kadir Sulaiman, Datuk Wira Mohd. Noor Ahmad dan Datuk Mohd. Noor Abdullah,masing-masing mantan Hakim Mahkamah Persekutuan dan seorang mantan Hakim Mahkamah Rayuan.
Selanjutnya beliau mengumumkan bahawa Ahli Panel sebulat suara (3-0) mendapati TSMH tidak terlibat dalam sebarang salah laku jenayah manakala keputusan majority (2-1) terhadap TSGP yang bermakna seorang dari Ahli Panel tersebut mendapati terdapat keterangan mengaitkan TSGP dalam suatu salah-laku. Namun begitu kedua-dua TSGP dan TSMH dibersihkan daripada sebarang salah laku jenayah.
Perkara penting yang boleh saya rumuskan mengenai ketususan ini ialah; maklumat yang saya berikan kepada YAB PM ketika menemuinya pada 23.10.2008, berkaitan dengan perlantikan Ahli Panel tersebut adalah betul.
Dua nama Ahli Panel yang saya berikan kepada YAB PM ketika itu juga betul. Perkara yang lebih penting dari itu ialah;keputusan siasatan kes tersebut telah selesai dibuat pada awal September 2008 yang bermakna pada ketika saya menemui YAB PM, keputusan berkenaan sebenarnya telah selesai dibuat lebih kurang 6 minggu sebelum pertemuan itu.
Sedangkan, YAB PM sendiri masih tidak tahu menahu mengenainya dan diletakkan dalam gelap berkaitan suatu perkara undang-undang yang sangat mustahak, yang melibatkan seorang Peguam Negara dan seorang Ketua Polis Negara. Walhal setahu saya adalah menjadi tanggung jawab Peguam Negara untuk menasihatkan Jemaah Menteri dalam perkara berkaitan undang-undang sepertimana termaktub dalam Perlembagaan.
Pegumuman Datuk Seri Nazri pada 11.3.2009 itu, menyedarkan saya bahawa Peguam Negara telah memperdayakan Jemaah Menteri untuk mempercayai bahawa SG mempunyai kuasa untuk melantik Ahli-Ahli Panel tersebut sebagai DPP mengikut peruntukkan dalam CPC, tetapi sebenarnya SG tidak mempunyai hak atau kuasa ini sepertimana jelas dalam Seksyen 376(4) CPC.
Peguam Negara juga telah memperdayakan Jemaah Menteri untuk mempercayai bahawa kononya Ahli-Ahli Panel Bebas terdiri daripada mantan-mantan Hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan yang dilantik sedemikian itu, mempunyai hak dan kuasa untuk mengadili/menghakimi seorang Peguam Negara, padahal, hak dan kuasa untuk melantik Tribunal bagi maksud tersebut hanya terletak kepada SPB Yang Di-Pertuan Agong seorang sahaja, setelah dinasihatkan oleh Perdana Menteri sendiri, sepertimana termaktub dalam Perlembagaan.
Saya sedikitpun tidak terkejut dengan perkembangan ini oleh kerana ini bukan kali pertama Peguam Negara memperdayakan (atau dalam terma yang digunakan dalam Kanun Keseksaan,”menipu”) Jemaah Menteri, untuk mempercayai perkara yang tidak benar dan menyebabkan Jemaah Menteri melakukan sesuatu,yang tidak akan dilakukan, sekiranya tidak diperdayakan sedemikian. Beliau pernah lakukan perkara yang sama didalam proses siasatan kes mata-lebam.
Terbit daripada pengumuman oleh Datuk Seri Nazri sedemikian itu,saya telah menghantar surat bantahan dan rayuan, Rujukan MZ/SUL/5776/7 bertarikh 15.4.2009 kepada Pengerusi dan Ahli-Ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah,(LPPR), dan salinannya kepada Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Kecil LPPR dan Jawatankuasa Khas (Parlimen).
Saya turut menulis laporan kepada Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia (Persendirian) pada 7.5.2009 dan mengedarkan kedua-dua salinan laporan diatas kepada SG yang masing-masing telah akui penerimaannya. Saya ada menyebut perkara ini dalam perenggan 13 dan 14 surat saya bertarikh 6.5.2010 kepada Tan Sri.
Dalam laporan saya kepada LPPR itu, saya telah menghuraikan dengan terperinci mengenai caramana pemalsuan keterangan tersebut telah dilakukan dan oleh siapa. Saya juga turut melampirkan dokumen-dokumen buktinya.
Selain itu saya juga mempersoalkan berkaitan kesahihan perlantikkan Ahli-Ahli Panel bebas oleh SG demikian itu.(Bekaitan hak dan kuasa yang wajib dilaksanakan oleh Pendakwa Raya secara sendiri, sudi Tan Sri merujuk kepada hujah yang dikemukakan  oleh SG sendiri dihadapan Hakim YA Datuk Mohamad Zabidin bin Mohd.Diah dalam Rayuan Jenayah No:43-(70)-2008 dalam perkara Pendakwa Raya lwn DSAI (Decision on Revision bertarikh 5.3.2009) berkaitan kuasa Pendakwa Raya menandatangani sendiri sijil dibawah Seksyen 418(1) CPC yang boleh dibaca bersama dengan kuasa Pendakwa Raya sendiri dalam melantik Timbalan Pendakwa Raya dibawah Seksyen 376(4)CPC.).
Selain daripada dua perkara utama dalam laporan tersebut saya telah memadatkan/meringkaskan maklumat mengenai insiden menipu Jemaah Menteri sepertimana terkandung dalam perenggan 41 hingga 42 (a) yang diperturunkan seperti dibawah: “KEPUTUSAN JEMAAH MENTERI MENUBUHKAN SURUHANJAYA DI RAJA.
Jemaah menteri yang bermesyuarat pada 27.1.1999 bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Di Raja tersebut,yang mendapat perkenan SPB Yang Di Pertuan Agong pada 3.2.1999.(Jemput YA Bhg.Tun,merujuk lampiran N,iaitu salinan surat Kerajaan memohon perkenan tersebut). Terma rujukan Suruhanjaya Di Raja yang di-Titahkan adalah sepertimana perenggan 4(i)dan (ii).
Saya ada alasan untuk menegaskan bahawa Jemaah Menteri mengambil keputusan menubuhkan Suruhanjaya Di Raja ini setelah dibekalkan dengan maklumat yang mengelirukan dan tidak benar (sepertimana kandungan Kenyataan Media Peguam Negara 5.1.1999), berkaitan status siasatan kes mata-lebam ketika itu,serta maklumat kononnya mengenai ketidakupayaan dan/atau ketidakcekapan PDRM menangani siasatan kes ini.
Saya percaya sekiranya Peguam Negara telah menasihatkan Kabinet bahawa siasatan PDRM telah mengesahkan sebab kecederaan mata-lebam tersebut serta mengenalpasti sejak 30.10.1998 lagi,orang yang bertanggung-jawab mencederakan Anwar Ibrahim, saya yakin Kerajaan tidak akan membuang masa dan dana Rakyat serta mengaibkan PDRM,dengan menubuhkan Suruhanjaya Di Raja tersebut,jika hanya untuk mencari jawapan yang sama yang telah PDRM bentangkan tanpa sebarang keraguan, kepada Gani Patail.
Walaupun diakhir prosiding Suruhanjaya Di Raja tersebut, Yang Arif Pengerusinya telah sedaya upaya cuba menaikkan imej dan keyakinan rakyat terhadap PDRM dengan kata-kata pujian akan bagaimana tegas dan jujurnya Pegawai-pegawai dan anggota Pangkat Rendah PDRM memberikan keterangan masing-masing walaupun terhadap Ketua Polis Negara mereka, hakikatnya ianya telah terlewat kerana ketika itu intergriti dan imej PDRM telah dimusnahkan dengan hanya satu Kenyataan Media Peguam Negara 5.1.1999 yang direka.”
 Saya percaya penerima-penerima laporan bertarikh 15.4.2009 itu tidak terlepas pandang maklumat diatas. Sungguhpun saya terdengar komen yang menyatakan maklumat tersebut adalah keterlaluan dan ada juga yang mempersendakannya sebagai maklumat mengarut,namun majoriti daripada mereka bersetuju maklumat tersebut adalah serious.
Namun begitu, masa telah menentukan untuk saya merasa telah di-“vindicated” setelah 15 bulan mengemukakan maklumat tersebut, apabila pada 29.7.2010, Peguam Negara sendiri,yang mengetuai Pasukan Pendakwaannya yang terbaik, telah menuduh YAB Tun Dr Ling Liong Sik (Tun LLS), bekas Menteri Kanan Persekutuan di-Mahkamah, dibawah Seksyen 418 Kanun Keseksaan, kerana menipu Jemaah Menteri.
Maklumat yang dahulunya dikatakan sebagai keterlaluan dan mengarut dan tidak mungkin berlaku kepada Jemaah Menteri, kini terserlah dan tidak boleh disembunyikan lagi.
Sekiranya Peguam Negara menuduh Tun LLS dalam apa pertuduhan lain pun, beliau dan keluarganya tetap akan merasa keaibannya.Malah mungkin banyak lagi kesalahan yang lebih berat yang beliau boleh dituduh berkaitan skandal PKFZ itu.
Tetapi apabila Peguam Negara dengan sengaja memilih untuk menuduhnya kerana menipu Jemaah Menteri, maka bukan sahaja  Tun LLS yang merasa aib, bahkan kesemua Ahli Jemaah Menteri dan rakyat telah diaibkan. Ianya boleh memberi gambaran negatif seolah-olah Jemaah Menteri Malaysia terdiri dari gulungan mereka yang dengan mudah ditipu.
Siapa yang ada ekses untuk menipu Jemaah Menteri, kalau tidak dikalangan Menteri sendiri atau orang-orang yang dipertanggung-jawabkan oleh Perlembagaan untuk menasihatkan Jemaah Menteri. Mesej apa yang ingin disampaikan oleh Peguam Negara dan kepada siapa, hanya beliau mengetahuinya.
Namun begitu,mungkin ada hikmahNya Peguam Negara berbuat begitu.Jika Bahagian Pendakwaan dapat mengesan “ingredients” yang diperlukan untuk membuktikan Tun LLS telah menipu Jemaah Menteri, sepertimana pertuduhan yang dikenakan terhadap beliau, bagaimana pula mereka boleh terlepas pandang kesalahan menipu Jemaah Menteri yang dilakukan oleh TSGP sendiri?
Walhal maklumat mengenai kesalahan itu sepertimana perenggan 7.3 diatas adalah sangat jelas, dan telah diakui terima oleh SG.Lebih-lebih lagi kita ketahui SG dan Ketua Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara adalah orang-orang yang sangat teliti apabila mengkaji sesuatu kertas siasatan dan pakar dalam undang-undang jenayah.
Tidak mungkin mereka terlepas pandang.Lagipun “ingredients” untuk membuktikan kes tersebut, semuanya dimuatkan dalam maklumat berkenaan. Apa yang pasti ialah, pertuduhan menipu Jemaah Menteri terhadap Tun LLS itu tidak adil kepada beliau,jika Peguam Negara pula tidak dituduh,kerana beliau juga pernah menipu Jemaah Menteri, sekurang-kurangnya dua kali. 
Baru-baru ini pula,ketika perbicaraan OC Phang, salah seorang tertuduh dalam skandal PKFZ, seorang DPP daripada Jabatan Peguam Negara telah menyatakan persetujuannya di-Mahkamah, untuk perbicaraan kes Tun LLS diselesaikan dahulu oleh kerana mengikut kronologi kejadian, kes yang dihadapi oleh Tun LLS, telah berlaku terlebih dahulu daripada kes terhadap OC Phang.
Saya tidak akan terkejut ,apabila perbicaraan kes Tun LLS dimulakan,Peguam beliau akan meminta pula, pendakwaan terhadap Peguam Negara diselesaikan dahulu oleh kerana mengikut kronologinya, Peguam Negara yang lebih dahulu menipu Jemaah Menteri daripada Tun LLS.
Apa pula pendirian yang akan diambil oleh DPP ketika itu,kita tunggu dan lihat. Secara ikhlas,saya tidak berniat untuk mempersendakan perkara ini,tetapi hampa melihat Sistem Keadilan Jenayah dan Sistem Pentadbiran Keadilan kita dihalakan kelorong kemusnahan dan kehancuran oleh orang yang telah diberi kuasa mengawalnya, seolah-olah rakyat jelata semuanya buta undang-undang.
Saya juga tidak berhasrat untuk melebarkan perkara dalam persoalan ini dengan isu lain.Namun begitu,saya juga tidak dapat mengelakkan diri daripada bercakap mengenai Statutory Declaration(SD) palsu oleh Private Investigator Balasubramaniam  (PI Bala).
Jelas PI Bala telah melakukan suatu kesalahan jenayah dan boleh dihukum penjara 7 tahun dibawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan jika disabitkan kesalahannya. Malah PI Bala sendiri mengaku bahawa SD keduanya itu, mengandungi kenyataan palsu serta dengan berani secara terbuka, mencabar TSGP menuduhnya di-Mahkamah. Rakyat jelata, malahan rakyat Malaysia diseluruh dunia pun tahu perkara ini.
Dari sudut keputusannya, kita harus terima hakikat bahawa apa juga keputusan yang dibuat mengenai kes ini, Peguam Negara adalah dilindungi oleh Perlembagaan dan tidak boleh dipersoalkan di-Mahkamah.
Persoalannya, adakah Peguam Negara sendiri telah membuat keputusan yang adil kepada semua pihak? Tentunya ia tidak adil kepada orang-orang yang telah dituduh kerana melakukan kesalahan yang sama seperti PI Bala,atau yang dituduh membuat afidavit palsu,atau memberi keterangan palsu di-Mahkamah, ataupun orang-orang yang telah dituduh kerana kesalahan-kesalahan berkaitan membuat, atau memberi keterangan palsu yang lain yang boleh dihukum dibawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan juga.
Malah lebih tidak adil lagi,kepada orang-orang yang telah didapati bersalah dan menjalani hukuman penjara pula.
Antaranya yang saya ingat, ialah dalam kes seorang Sharma Kumari Shukla, yang dijatuhkan hukuman 3 tahun penjara bagi setiap satu daripada dua kes membuat kenyataan palsu, dalam afidavit, berkaitan dengan nama beliau sahaja,iaitu perbezaan diantara “Sharma Kumari” dan “Sharma Kumari Shukla” pada 26.4.2000.
Malah ketika menjatuhkan hukuman, Majistret Juliana Mohammad dilapor menyatakan “making false statement was like giving false evidence,which could undermine the country’s justice system”.
Saya juga masih ingat betapa Peguam Negara begitu megah dengan kejayaan seorang DPP-nya yang berhujjah bersungguh-sungguh dalam prosiding rayuan, dihadapan Hakim Mahkamah Tinggi Augustine Paul (mendiang) apabila  Sharma Kumari dibebaskan, tanpa membela diri pada mulanya.
Mungkin lebih tidak adil lagi kepada Sharma Kumari, apabila dalam rayuan kes kes yang lebih berat lagi daripada kes beliau, malah hingga ada kes yang menyebabkan kehilangan nyawa, Peguam Negara bertindak sambil lewa sahaja, malahan ada yang tidak dibuat rayuan langsung.
Disebalik itu pula, mungkin keputusan TSGP untuk tidak mengambil sebarang tindakan terhadap PI Bala, dan menutup kes terhadapnya, adalah sangat adil kepada TSGP sendiri yang boleh dibuktikan telah memalsukan beberapa keterangan, atau kepada kenalan beliau atau orang-orang lain yang telah melakukan kesalahan serupa tetapi dikecualikan daripada tindakan undang-undang.
Antara yang saya ingat ialah dalam kes Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik (TSRTC)bekas Ketua Menteri Melaka. TSGP sendiri yang telah mengesahkan bahawa terdapat keterangan prima-facie berkaitan empat pertuduhan jenayah yang boleh dikenakan terhadap TSRTC, dan salah satu daripada kesalahan-kesalahan tersebut ialah kerana membuat Statutory Declaration palsu di-Pejabat Perdana Menteri, Jabatan Perdana Menteri ketika itu terletak di-Jalan Datuk Onn Kuala Lumpur,suatu kesalahan yang boleh dihukum penjara 7 tahun dibawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan jika disabitkan kesalahannya. (Komen saya mengenai TSGP berkaitan perkara TSRTC dan beberapa yang lain adalah sepertimana perenggan 19,20 dan 21 dalam surat saya kepada Tan Sri bertarikh 6.5.2010, khasnya perenggan 29).  
Dalam hal diatas saya hanya mampu memberi pendapat peribadi saya untuk menyatakan, bahawa caramana Peguam Negara sampai kepada keputusan yang dibuatnya berkaitan kes PI Bala dan sebelum itu, dalam memilih pertuduhan sesuai terhadap Tun LLS, mengesahkan tanpa ragu lagi, bahawa beliau tidak menghiraukan langsung hak kesamarataan individu dari sudut undang-undang, yang dijamin oleh  Perlembagaan .
Tidak keterlaluan untuk saya menyatakan bahawa beliau telah sampai ketahap tidak lagi mampu berfikir secara rasional.Saya berpendapat bahawa TSGP telah hilang keupayaan untuk melaksanakan tanggung-jawab dan fungsi jawatannya, dengan betul dan adil selaku Peguam Negara.
Saya juga berpendapat yang beliau tidak lagi mampu dan berupaya untuk menjadi pelindung Keadilan Awam dan hak asasi rakyat. Sebagai seorang individu, saya berhak untuk tidak membiarkan hak kebebasan individu saya,isteri dan anak-anak serta cucu-cucu saya  ditentukan oleh seorang yang tidak waras dan rasional lagi. Mungkin ramai individu lain juga berpendirian sedemikian.
Sekiranya Ketua Hakim Negara boleh dibawa kehadapan Tribunal, jika bekas Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar,Menteri-Menteri kanan termasuk Tun LLS, Ahli-Ahli Parlimen, Ketua Polis Negara,Panglima dalam Tentera Darat, Ketua Setiausaha Kementrian, Ketua Pengarah-Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan dan lain-lain, mampu dihadapkan kemuka pengadilan oleh Kerajaan,malah  ada diantara mereka yang telah menjalani hukuman, dibuang kes dan ada yang masih menunggu perbicaraan selain daripada telah diaibkan.
Apa istimewanya Peguam Negara? Walaupun kita wajar hurmati kuasa seorang Peguam Negara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan, namun, tidak ada dalam mana-mana undang-undang Malaysia yang melindungi beliau sekiranya, menyalahgunakan kuasanya atau melakukan jenayah.
Beliau tidak ada hak atau kuasa untuk sewenang-wenangnya mencabuli undang-undang, lebih-lebih lagi jika jenayah itu adalah terhadap Keadilan Awam itu sendiri dimana beliau sepatutnya menjadi pelindungnya.
Sungguh pantas masa berlalu. Kini usia kes mata-lebam telah genap 12 tahun dan sedang melangkah pantas menuju tahun ke-13. Jika tidak ada penutupan sepenuhnya (“full and final closure”) kepada episode ini, ia akan terus melangkah 12 tahun lagi dan tidak berkesudahan.
Setiap hari ada sahaja peristiwa yang mengingatkan saya kepada insiden mata-lebam ini.Malahan di-Parlimen pun sejak insiden ini berlaku sehingga kehari ini tidak henti-henti membahaskannya, dan tidak nampak tanda-tanda untuk ia dihentikan dalam masa terdekat ini.
Ketika saya mulakan menulis surat ini kepada Tan Sri dua hari lalu; mengingatkan saya tempoh 8.10.1998 hingga 20.11.1998 genap 12 tahun dalam sejarah,merupakan tempoh paling rumit yang PDRM lalui menangani kes mata-lebam ini,khasnya kepada diri saya sendiri.
Saya sedar bukan tidak ada usaha PDRM dan Kerajaan untuk membawa kes ini kepada penutupan sepenuhnya. Malangnya terdapat halangan-halangan yang sengaja diujudkan olih pihak-pihak yang mempunyai kepentingan dalam perkara ini, dengan memutar belitkan fakta-fakta yang betul, malahan membenamkan keterangan sebenar daripada diketahui umum dan Jemaah Menteri, sehingga memburukkan lagi keadaan.
Saya percaya Tan Sri, pucuk pimpinan tertinggi dan warga PDRM keseluruhannya,berminat mengetahui apakah tindakan yang diambil oleh pucuk pimpinan PDRM sendiri ketika itu, untuk membawa penutupan segera kepada peristiwa tersebut sebelum didedahkan dalam prosiding Suruhanjaya Di-Raja, yang pada pendapat saya, tidak sepatutnya diadakan.
Untuk faedah Tan Sri,saya ringkaskan seperti perenggan-perenggan berikut dibawah.
Sebenarnya persetujuan untuk penutupan sepenuhnya insiden mata-lebam itu, dicapai antara jam 2.30 petang hingga 3.30 petang hari Khamis 8.10.1998. Persetujuan ini dicapai diantara Tan Sri Abdul Rahim Noor (TSRN), Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Norian Mai,Timbalan Ketua Polis Negara dan saya selaku Pegawai Penyiasat,didalam bilik Pejabat TSRN sendiri.
Wajar saya menyatakan kesediaan dan kerelaan TSRN mengambil tanggungjawab sepenuhnya insiden mata-lebam yang telah berlaku itu, dibuat secara sukarela dan tanpa pujukkan sebagai seorang gentleman.
Proses penutupan ini juga dipersetujui dibuat secara professional,mengikut lunas undang-undang dan perlaksanaan sepenuhnya dibuat secara “above board”.
Saya telah ditugaskan untuk menyiapkan kertas-siasatan serta merta dan lain-lain dokumentasi yang berkaitan,termasuk menyediakan factor-faktor mitigasi (mitigating factors),yang saya perakukan boleh disiapkan dalam tempoh 2 hari.
Dengan mengambil kira tempoh rayuan 10 hari daripada Isnin 12.10.1998, jika ada sebarang rayuan keatas hukuman, kita menjangka dapat menutup kes tersebut sepenuhnya pada Khamis 22.10.1998.
Setelah memberi persetujuan tersebut saya lihat wajah TSRN begitu tenang,dan menerusi “body language” beliau, saya dapati seolah beliau begitu lega, setelah beban diatas bahunya dilepaskan.Malah beliau sambil bersahaja menanyakan kepada Tan Sri Norian, sama ada beliau(TSRN) layak membeli staff-car Mercedes yang sedang beliau gunakan itu, dan jika boleh beliau minta tolong, untuk repair sedikit-sedikit mana yang rosak.
TSRN juga memanggil PA beliau untuk menyemak baki pinjaman perumahannya atau bil-bil Kerajaan yang perlu beliau jelaskan.Malah beliau berpesan kepada Tan Sri Norian untuk menjaga kebajikkan “budak-budak” (anggota polis) yang menjaga dan mengawal kediamannya dengan baik.
Tan Sri Norian juga ada menyatakan yang beliau dan seluruh warga Polis tidak akan melupakan jasa-jasa TSRN kepada PDRM dan berjanji akan membantu beliau dan keluarga setakat yang termampu setelah TSRN meninggalkan Pasukan; mengikut rancangan,dua hari selepas perjumpaan kami itu,bagi membolehkan PDRM membuka lembaran baru.
Begitulah antara suasana dalam bilik TSRN ketika itu, dan selepas bersalaman dan memohon kemaafan dan ucapan terima kasih saya dan keluarga kepada beliau,serta berjanji akan menjengok-jengok keluarga beliau di-Melaka, saya telah meninggalkan Pejabat TSRN jam lebih kurang 3.30 petang, membiarkan mereka berdua untuk meneruskan perbualan.
Manusia hanya boleh merancang, tetapi Allah sahaja yang boleh menentukanNya. Saya mendapat tahu kemudiannya, iaitu pada jam lebih kurang 5.00 hingga 5.30 petang 8.10.1998 itu, Tan Sri Mohtar Abdullah (Allahyarham) diringi oleh orang kuatnya Datuk Abdul Ghani Patail, telah menemui TSRN dibilik Pejabat KPN.
Lebih kurang jam 6.00 petang itu saya dipanggil untuk berjumpa dengan Tan Sri Norian dan beliau cuma memberitahu saya “untuk meneruskan siasatan seperti biasa”, dan apabila melihat beliau membuat gesture bahunya sedemikian, saya faham bahawa persetujuan yang dicapai antara kami beberapa jam sahaja sebelum itu telah dibatalkan.
Saya harus menyatakan bahawa saya terkejut dan hampa dengan perubahan ini, tetapi siapalah saya untuk menghalangnya, oleh kerana kita sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku pada hari esok.
Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan dan mengenepikan sebarang keraguan Tan Sri, kepada ketepatan kronologi yang saya huraikan diperenggan 12 diatas, saya menggesa Tan Sri mendapatkan Kertas Siasatan kes mata lebam IP No: 8497/98 bersangkut Tun HS Lee Rpt: 25223/98 yang mungkin masih tersorok di-Jabatan Peguam Negara; untuk menyemak Diari Penyiasatan saya dan juga Minit-Minit saya bertarikh 15.10.1998,29.10.1998 dan 27.1.1999 yang kesemuanya berjumlah lebih daripada 100 muka surat, bagi tujuan verifikasi.Walaupun Diari Penyiasatan saya, tidak 100 peratus lengkap seperti sebuah novel, namun tarikh,waktu dan rakaman ringkas peristiwa penting adalah cukup untuk menyegarkan ingatan saya kepada peristiwa sebenar yang berlaku.
Sudi nanti Tan Sri merujuk Diari Penyiasatan bertarikh 8.10.1998 (Khamis) siri 75 hingga 78  muka surat 22 hingga 24 khasnya nombor siri 78 bertarikh 8.10.1998 mulai jam 2.30 petang berkaitan dengan persetujuan penutupan berkenaan.
Untuk peristiwa berkaitan sebelumnya,sudi juga merujuk siri no: 73 bertarikh 7.10.1998 (Rabu) jam 8.45 malam hingga 1100 malam dirumah Tim KPN, Tan Sri Norian. Saya juga ada merakamkan nama Pengarah-Pengarah PDRM yang hadir sama.
Perjumpaan ini adalah bagi membincangkan pendirian PDRM dalam menangani siasatan ini dan cara terbaik menyelesaiknya segera, tanpa membelakangkan undang-undang. Saya juga telah diberi mandat untuk mengambil keputusan sendiri, asalkan nama baik dan imej Pasukan dipelihara.
Dalam siri No: 74 pula saya ada merakamkan mengenai perbincangan menerusi telefon antara jam 1200 tengah malam(7.10.1998) hingga 1.00 pagi (8.10.1998)dengan KPN.   
Mengenai pendirian TSRN sendiri berkaitan siasatan ini pula,sila Tan Sri rujuk siri No:15 jam 9.30 hingga 11 malam, Ahad 27.9.1998, bertempat di-Pejabat Komander Brigade Tengah, Cheras.
Dalam perjumpaan ini beliau secara one-to-one dengan saya mengarahkan untuk siasatan dijalankan secara berkecuali dan “to leave no stone unturned”. TSRN juga berpesan bahawa sebarang keputusan yang saya bakal ambil, hendaklah meletakkan imej Pasukan diatas segalanya.
Selanjutnya, sejak 9.10.1998 tempo dalam “gelanggang” siasatan bertukar menjadi tegang. Beberapa kali berlaku pertembongan secara “head-on” antara TSGP dan saya. Tidak mendatangkan faedah kepada mana-mana pihak pun jika saya menghuraikan apa yang terkeluar dari mulut TSGP dan apa pula yang terkeluar dari mulut saya.
Mungkin hanya akan menimbulkan permusuhan dan benci membenci antara pihak-pihak yang tidak berkenaan. Namun begitu saya telah mengambil langkah-langkah yang terdaya oleh saya, sepertimana yang saya telah jelaskan terperinci dalam perenggan 10.9.1 Surat Terbuka Pertama.
Selanjutnya,tanpa sedikitpun menghiraukan nasihat, sergahan dan amaran daripada saya yang lebih tua dari beliau, TSGP terus melakukan pemalsuan untuk menutup pemalsuan terdahulu dan membenamkan keterangan untuk membenamkan keterangan sebelum itu.
TSGP yang sebelum insiden mata-lebam itu mungkin bersih daripada sebarang salah laku jenayah,tetapi kini mengikut pengiraan saya sendiri; boleh dihadapkan dengan sekurang-kurangnya 6 dakwaan salah laku jenayah melibatkan pembuatan keterangan palsu dan menyorokkan dan/atau cuba membinasaka keterangan,kesalahan-kesalahan yang beliau cari sendiri.
Lebih lama kes mata-lebam ini kekal,lebih banyak kesalahan tambahan yang mungkin akan tercipta,dan tidak hairan ramai lagi orang-orang yang tidak berkenaan akan terbabit, lebih-lebih lagi Pegawai-Pegawai Kanan kita yang bagus-bagus,terutamanya di-Jabatan Peguam Negara boleh menjadi korban keadaan, selain dari ianya merosakkan imej Negara.
Kita tidak dapat menafikan hakikatnya, bahawa kes mata-lebam itu dicetuskan oleh PDRM sendiri. Sewajarnyalah PDRM yang menyelesaikannya. Walaupun pihak Peguam Negara keberatan melepaskan kertas siasatan kes berkenaan sejak awal 1999 sehingga dirampas oleh pihak SPRM pada July 2008,atas sebab-sebab yang saya percaya TSGP dan TSMH ketahui, tidak bermakna PDRM  kini terus menanggung beban mereka.
Kita sedar hakikatnya bahawa Jemaah Menteri sendiri tidak mampu menyelesaikannya. Oleh kerana Jemaah Menteri tidak dibekalkan dengan kuasa menyiasat, atau kuasa membuat tangkapan,atau kuasa pendakwaan dan jauh sekali kuasa menjatuhkan hukuman. Yang ada dua daripada empat kuasa tersebut adalah Polis…
Saya memohon maaf jika penulisan saya kali ini membebankan Tan Sri. Saya ingin Tan Sri ketahui bahawa saya melakukan ini semata-mata sebagai memenuhi janji saya kepada pucuk pimpinan PDRM dan Kementerian Dalam Negeri yang telah saya perakukan secara bertulis apabila selesai siasatan kes mata-lebam tersebut.
Jemput rujuk perakuan saya dalam muka surat 14 perenggan 9, Minit bertarikh 29.10.1998 dan muka surat 26 perenggan 9 juga, Minit bertarikh 27.1.1999. Tidak hairan jika Kertas Siasatan tersebut sengaja disorokkan akibat minit-minit ini.
Malah kertas siasatan sama pernah “dihilangkan” antara 30.10.1998 hingga 20.11.1998 yang menyebabkan heboh seluruh Negara kerana berita “kehilangan”ini disiarkan disemua akhbar dan siaran Buletin Utama TV dan dibahaskan juga dalam Parlimen.
Sebagai insan biasa yang lemah, saya juga tidak terlepas daripada membuat salah dan kesilapan. Ada juga kegagalan saya semasa dalam perhidmatan. Terdapat juga hari-hari bodoh dan hari-hari malas saya ketika dalam Pasukan.
Namun disebalik itu, saya boleh mendabik dada dan mengangkat kepala, bahawa saya tidak pernah sekali dalam khidmat saya, menganiaya sesiapa. Saya tidak pernah memalsukan fakta dan keterangan untuk mensabitkan kesalahan terhadap mana-mana orang. Lebih daripada itu, saya tidak pernah menggadai atau melelong maruah Pasukan.
Akhir kata saya doakan YDH Tan Sri dianugerahkan kesihatan dan kesejahteraan, untuk memimpin barisan baru kepimpinan tertinggi PDRM yang kesemuanya dikenali dan diyakini dapat membantu Tan Sri, untuk membawa semula PDRM kezaman bilamana rakyat menaruh keyakinan dan penghurmatan yang tinggi terhadapnya, dan zaman kemegahan serta kemantapan semangat setia kawan, seperti yang pernah kita nikmati bersama, sepanjang dekad sembilan puluhan.
Selamat maju jaya.

.Azmin Ali: Zaid pemimpin gagal sejak hari pertama, tiada semangat berpasukan

Azmin Ali
KUALA LUMPUR, 22 Nov — Azmin Ali, yang menjuarai persaingan jawatan timbalan presiden PKR yang berakhir semalam, secara terbuka membidas bekas pesaingnya, Datuk Zaid Ibrahim sebagai seorang pemimpin yang gagal sejak hari pertama dalam parti itu. Dalam kenyataan pertama selepas mengakhiri persaingan, Ahli Parlimen Gombak ini yang memperoleh kemenangan selesa dengan majoriti besar menyifatkan Zaid sebagai pemimipin yang tiada sikap rendah diri, malah tiada semangat berpasukan meskipun kepimpinan parti memberikan beliau jawatan tertinggi sejak menyertai PKR pertengahan tahun lalu.
Sehubungan itu, Azmin mengucapkan “semoga berjaya” kepada Zaid yang mahu menubuhkan parti baru.
“(Tetapi) saya tidak pasti sama ada beliau boleh berjaya atau tidak,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Pada sidang media berasingan di Petaling Jaya, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan Zaid bukan lagi ahli parti itu selepas pihaknya menerima notis keluar parti 19 November lalu.

Biro Politik Terima Hasrat Zaid Keluar PKR


PETALING JAYA 22 NOV: Ibupejabat Parti Keadilan Rakyat(PKR) memaklumkan kepada media hari ini bahawa pihaknya telah menerima surat daripada Datuk Zaid Ibrahim pada 19 Nov lalu.

Menurut Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail surat itu menyatakan hasrat untuk mengundur diri dan keluar dari parti.

Biro politik telah bermesyuarat semalam dan memutuskan untuk menunaikan hasrat beliau, berkuatkuasa serta merta.

Surat rasmi akan dihantar kepada Zaid hari ini memaklumkan keputusan biro politik.

Ahli Parlimen Machang itu juga menegaskan bahawa parti tidak memecat Zaid tetapi membantu menunaikan hasrat bekas sanator yang dipecat daripada Umno dahulu.

RAYUAN KEPADA PIMPINAN PKR - JANGAN HAMPAKAN AHLI YANG SETIA KEPADA PARTI

Oleh: WFAUZDIN NS
WAKTU Pemilihan di dalam PKR telah pun berakhir semalam. Mungkin kita sudah pun tahu secara tidak rasmi siapakah pemenang bagi kesemua jawatan MPP terutamanya jawatan panas iaitu Timbalan Presiden, Naib Presiden, Ketua AMK dan Ketua Wanita. Keputusan rasmi dikatakan akan diumumkan pada Kongres PKR tidak beberapa hari lagi.

Satu bala' telah selesai apabila Dato Zaid Ibrahim mengumumkan akan keluar dari PKR berkuatkuasa 16 Dis nanti, suatu tarikh yang terlalu lama bagi kita menanti untuk meraikannya. Apakah semuanya sudah selesai di dalam PKR? Sudah tentu jawapannya tidak, kerana PKR mesti membersihkan imej parti yang dilihat agak tercalar sepanjang tempuh pemilihan kali ini. Jika `kekotoran' yang dikatakan masih melekat di dalam PKR sekarang tidak dibersihkan nescaya ianya akan membawa penyakit ke dalam parti.

Isu utama yang perlu difokuskan oleh kepimpinan parti adalah isu berkaitan pemilihan yang julung kali diadakan secara `satu ahli, satu undi' ini didakwa berlakunya penipuan, penyelewengan dan ketirisan. Sekiranya terdapat kelemahan dari segi teknikal, mungkin kita boleh menerimanya memandangkan kaedah pemilihan ini julung kali diadakan dan parti tidak mempunyai pengalaman melaksanakan pemilihan seperti ini. Tetapi, sekiranya pemilihan kali ini dibuktikan berlakunya penyelewengan, penipuan, ketirisan atau salah guna kuasa oleh pihak yang bertanggungjawab, maka pimpinan wajib memikirkan apakah tindakan yang boleh dilakukan agar ahli-ahli masih yakin dan percaya kepada parti ini.

Saya yakin, majoriti ahli tidak mahu calon yang mereka sokong menang akibat penipuan melainkan mereka yang mempunyai kepentingan peribadi tertentu. Sebab itulah wajar bagi parti menyiasat seadil-adilnya ke atas semua dakwaan yang dikemukakan tanpa prejudis. Setakat ini majoriti ahli masih setia dengan parti, tetapi kesetiaan mereka kepada parti bukan bererti mereka menyokong segala penipuan atau salah laku.

Kita tidak mahu jaminan demi jaminan diberikan oleh Ketua Umum, Presiden mahu pun oleh Setiausaha Agung untuk menyiasat dan mengambil tindakan ke atas semua dakwaan yang dikemukakan. Kita mahu parti melaksanakannya dan dihebahkan secara terbuka kepada semua ahli apakah tindakan dan hasil siasatan yang telah dijalankan. Saya yakin, sekiranya penjelasan yang diberi itu ikhlas dan bertanggungjawab, sudah pasti kita semua redha dengan apa jua keputusan parti.

Biarkan beberapa puak itu berhimpun di hadapan TV 3 dan diberi liputan meluas oleh media pencacai Umno kununnya memprotes pemilihan yang telah diadakan, PKR harus fokus kepada tanggungjawab iaitu amanah kepada semua ahli-ahli yang setia ini. Ahli-ahli yang setia tidak mengharapkan TV3 atau Utusan Malaysia untuk mengadu nasib mereka. Mereka masih yakin parti akan membela mereka dan bukannya media pencacai yang tidak pernah jujur terhadap parti ini. Apakah parti tergamak mengecewakan ahli-ahli yang setia ini?

Mudah-mudahan pimpinan diberi kekuatan untuk menghadapi cabaran seperti ini. Berikhtiarlah sebelum kita terlambat kerana bukan mudah untuk menyatukan ahli setelah mereka sendiri hilang keyakinan kepada parti.

Anwar akan terangkan isu semasa kepada PKR Pahang

Anwar Ibrahim 4Oleh Muda Mohd Noor
KUANTAN: Kira-kira 200 pimpinan pelbagai peringkat PKR Pahang akan menghadiri program PKR negeri di sebuah restoran di bandar Kuantan esok, kata Setiausaha PKR negeri, Razali Alias.
"Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden, Azmin Ali akan menerangkan isu-isu semasa kepada ahli dan pimpinan PKR Pahang.

"Terdapat juga soal jawab dengan kedua-dua pemimpin utama PKR itu.
"Pengerusi PKR negeri, Datuk Fauzi Abdul Rahman dan pimpinan negeri akan menghadiri program tersebut," katanya ketika dihubungi hari ini.
Ini merupakan program kedua Anwar selepas menghadiri kongres PKR Selangor di Shah Alam Sabtu lalu.
Difahamkan isu Datuk Zaid Ibrahim yang keluar parti Jumaat lalu akan turut ditimbulkan dalam program sehari itu.
Ketua AMK Pahang, Rizal Jamin berkata, isu Zaid mungkin ditimbulkan dalam majlis dialog antara pemimpin PKR negeri dengan Anwar.
Program itu akan diadakan secara tertutup, tambahnya.
Ketika ditanya adakah Anwar akan cuba meredakan ketegangan antara Fauzi  dengan Ahli Parlimen PKR Indera Mahkota, Azan Ismail, itu adalah hal peribadi antara mereka berdua.
"Perbezaan pendapat adalah perkara biasa tetapi yang lebih penting persiapan PKR neger menghadpi pilihanraya umum akan datang," katanya.
Sebelum ini dilapurkan hubungan antara mereka tidak sepakat terutama apabila Razali mencabar Azan dalam pemilihan ketua cabang Indera Mahkota baru-baru ini.
Fauzi yang dihubungi pula berkata, beliau tidak mengetahui secara mendalam atur cara lawatan Anwar ke negeri Pahang.
Katanya, ia adalah lawatan sambil  kerja Anwar dan akan mengadakan perjumpaan biasa dengan  PKR negeri.  

Bukti ZAKAYA, Setiausaha Sulit Najib ada rumah bernilai RM5juta

ZAKAYA, Setiausaha Sulit Najib
Berkaitan email terdahulu yang dihantar. Ini bukti-bukti baru yang saya serahkan. Demi menghormati privicy beliau, saya harap sdr tidak siarkan alamatnya dalam blog sdr. Hanya untuk pengetahuan sdr saja.
 
Deep Throat JPM
terima kasih.
 
Kalau bukan rasuah ini apa?
Bukti ZAKAYA, Setiausaha Sulit Najib ada rumah bernilai RM5juta

1. Dato’Zakiah Ibrahim AKA ZAKAYA telah mengarahkan PRnya untuk menjawab dakwaan yang didedahkan oleh blog-blog dan laman berita internet.

2. Penjelasan ZAKAYA hanya berligar soal beliau bukan setiausaha sulit PM Najib Tun Razak tetapi setiausaha sulit Menteri Kewangan yang namanya juga Najib Tun Razak, dan kisah sedih kononnya beliau memang tidak lagi ingin bekerja sebagai salah seorang setiausaha sulit Najib tetapi dipaksa berkerja juga.

3. Persoalan penting mengenai wang rakyat Malaysia yang digunakan untuk mendanai syarikat Aero Tree Defence & Servives Sdn Bhd ditidak dinafikan beliau.

4. ZAKAYA tidak menyentuh hubungan beliau dengan CEO dan salah seorang lembaga pengarah syarikat Aero Tree Defence & Servives Sdn Bhd.

5. Beliau tidak menafikan atau mengiyakan mengenai pinjaman berjumlah RM200 juta yang diberikan oleh dua buah institusi kewangan kepada syarikat tersebut untuk perniagaan bernilai RM20juta.

6. Kini apakah beliau berani menafikan, bahwa beliau memiliki rumah agam bernilai RM5 juta dengan kos untuk hiasan dalaman sahaja melibatkan perbelanjaan RM2 juta dengan mengupah perunding terbaik dari Da Vinci Group Holdings. Sila lihat jenis perabotnya dihttp://www.davinciasia.com/home.html
7. ZAKAYA baru tinggal di rumah tersebut pada Disember 2009 dan sesuai dengan sifatnya yang low profile, rumah mewah itu bukan di Bukit Damansara atau Taman Duta tetapi di Setiawangsa.

8. Soalnya dari mana wang yang beliau perolehi untuk memiliki kediaman mewah itu. Apakah hanya semata-mata dari gaji yang dibayar kerajaan kepada beliau selaku setiausaha sulit Menteri Kewangan?

9. Apakah beliau menafikan pada bulan May dan Jun lalu pada beliau telah menemui seorang ketua bahagian UMNO (Datuk O) dari negeri sebelah Utara untuk satu projek solar dengan janji komisen sebanyak RM5juta? Dan jadi dengan projek tersebut?

10. Siapa ahli perniagaan wanita berbangsa Cina yang akhirnya memperolehi projek tersebut dan benarkan ZAKAYA dan ahli perniagaan wanita itu berkongsi keuntungan RM35 juta, lebih 30 juta dari yang dijanjikan oleh ketua bahagian UMNO itu? Kedua-duanya salah, dan rakyat perlu tahu perkara sebenar. Sila jelaskan!

11. Kami juga mencabar SPRM menyiasat satu projek direct nego di Sabah membabitkan salah seorang kroni ZAKAYA. Apa yang menjadi misterinya adalah bagaimana Bahagian Perolehan Kementerian Kewangan memberi kelulusan untuk ‘rundingan terus’ tersebut.

12. Benarkah ZAKAYA memberitahu Ketua Setiausaha Perbendaharaan bahawa yang memberi kebenaran untuk ‘rundingan terus’ itu adalah PM Najib yang juga Menteri Kewangan.

13. Siasat juga apa jadi dengan projek lombong emas di Pahang, di mana ZAKAYA berganding bahu dengan sanak-saudara MB Pahang untuk merealisasikan penggalian emas itu?

14. ZAKAYA dalam emailnya seperti yang disiarkan oleh blog chegubard tidak menafikan bahawa pejabat beliau sebelah dengan bilik Menteri Kewangan yang juga PM.

15. Kami ingin mendedahkan bahawa ZAKAYA mempunyai kuasa mutlak terhadap Jabatan Perolehan Kementerian Kewangan dan perkara ini boleh disahkan oleh Setiausaha Bahagian Perolehan Kerajaan (SBPK) Dato Fauziah Bt Yaakob.

16. Selama ini Dato Fauziah selalu tidak berani melawan arahan-arahan ZAKAYA walaupun bertentangan dengan SOP jabatan kerana beranggapan bahawa permintaan ZAKAYA merupakan arahan PM.

17. ZAKAYA dalam penjelasannya mengatakan beliau “pernah minta ditukar” hakikat sebenarnya adalah beliau nyaris ditukar tetapi kerana rayuan dengan “air mata” di depan pegawai utusan dan keluarga PM maka beliau selamat.

18. ZAKAYA mengatakan suaminya tidak pernah ke rumah PM, hakikatnya suami ZAKAYA menggunakan proksi ahli perniagaan Cina Sarawak untuk ‘pindah’ wang dan cek. SPRM boleh periksa jika ragu-ragu sebelum semua ‘kekayaan’ itu dialihkan ke luar negara terutamanya di Paris di mana ZAKAYA mempunyai sebuah lagi rumah.

19. Kita nantikan jawapan ZAKAYA kerana ada lagi pendedahan yang lebih mengejutkan akan menyusul.

PRU 13: Hanya si tidur nyenyak tidak dengar loceng amaran

Perkembangan terkini politik Malaysia memperlihatkan usaha sungguh-sungguh dari Umno/BN untuk ‘merampas’ negeri yang kini dikuasai Pakatan Rakyat.

Tentu saja tumpuan utamanya ialah negeri Selangor di mana setiap hari pemimpin Umno/BN serta media yang mereka kuasai mengkritik setiap sudut kerajaan Selangor – bermula sejak kejatuhan BN dalam PRU Ke-12 2008 lapan lagi.

Momentum Umno/BN untuk merebut kembali kemenangan dalam PRU Ke-13 nanti melonjak sejak ke kemenangan mereka di Bagan Pinang, kemenangan tipis PAS di Manik Urai, kekalahan Pakatan di Hulu Selangor, Galas dan Batu Sapi.

Kesungguhan mereka untuk merebut kembali kemenangan ini jangan sama sekali dipandang remeh oleh Pakatan Rakyat, dengan ilusi bahawa mereka tidak akan berjaya, justru rakyat sudah melakukan perubahan sejak 2008, sementelah lagi majoriti pengundi bukan Melayu menyokong mereka. Dengan itu kononnya tidak ada apapun yang boleh merisaukan.

Jika ada pendukung Pakatan Rakyat membuat tanggapan seperti ini, segeralah membetulkan persepsi yang salah ini dan berusahalah bersungguh-sungguh untuk mencapai kemenangan. Terimalah hakikat kelemahan Pakatan Rakyat, khususnya PAS, di Bagan Pinang dan Galas, sementara di Manik Urai PAS menang tipis. Ini loceng amaran yang sangat kuat yang hanya tidak didengar oleh mereka yang tidur nyenyak.

Perlu diingat, parti lawan memiliki segala kekuatan - wang yang banyak, tipu muslihat, ugutan, menggunakan jentera kerajaan, undi pos, mengumpan rakyat terpencil di kawasan pedalaman dan segalanya, tentu saja ini sebagai cabaran kepada Pakatan Rakyat untuk menghadapi kekuatan ini.

Selangor, negeri yang menjadi sasaran utama Umno/BN selain Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, adalah sebuah negeri termoden, bersifat kosmopolitan dengan nisbah penduduk bandarnya hampir sama banyak dengan penduduk luar bandarnya.

Maknanya Selangor adalah sebuah negeri pelbagai kaum dan agama, dengan puluhan institusi pengajian tinggi dengan jumlah golongan terpelajar begitu besar. Oleh itu tentu saja ada pemikiran sesetengah orang bahawa dengan golongan terpelajar yang ramai di Selangor ini, ditambah dengan sifatnya sebagai negeri masyarakat majmuk, tidak sukar untuk Pakatan Rakyat mengekalkan kuasanya dalam PRU akan dating.

Pemikiran ini perlu diperbetulkan kerana di sana, masih ramai rakyat Selangor – terutamanya di kawasan pedalaman seperti di Ulu Selangor, Tanjung Karang, Sabak Bernam, Dengkil, Semenyeh dan kawasan seumpamanya – masih belum sampai maklumat secukupnya mengenai kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah Selangor.

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor memang diakui telah banyak melakukan sesuatu yang terbaik untuk rakyat Selangor dan ini tidak payah dihurailkan satu persatu di mana Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan para exconya serta para pegawai bawahannya bertungkus lumus untuk memberikan khidmat terbaik kepada rakyat negeri itu.

Namun mestilah diakui bahawa sektor penerangannya, baik di peringkat parti di dalam PR, mahupun jentera kerajaan peringkat daerah dan mukim, belum lagi menyebarkan penerangan seluas-luasnya. Bagaimana pula dengan peranan Ahli Majlis Daerah, Penghulu, JKKK, ketua kampung, Jawatankuasa Masjid dan lain-lain dalam tugas memberikan penerangan mengenai pelbagai program pembangunan Negeri Selangor.

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah menyediakan peruntukan jutaan ringgit untuk jentera penerangannya. Bagaimanakah program penerangannya yang boleh memberi kesan maksima, bagaimana dengan taburan gerak kerjanya, adakah sasaran program penerangan itu tepat atau sebaliknya.

Bagaimana pula kebijaksanaannya menangkis tuduhan, tohmahan malah fitnah dari parti lawan dan bagaimana pula methodnya ketika berinteraksi dengan rakyat.

Inilah persoalan yang berlegar dan cabaran yang dihadapi oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor di mana situasinya tentu sebanyak sedikit berbeza dengan negeri Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan. Bagi negeri Kedah, ada simpati yang mendalam dari pelbagai pihak terhadap rakyat Kedah yang mengalami banjir besar di mana pelbagai lapisan rakyat
menunjukkan simpati dan menghulurkan bantuan.

Memang ada isu yang ditimbulkan oleh parti lawan, namun kebanyakan isu itu dapat dijelaskan sebaik-baiknya oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak, para exco dan pimpinan yang lain. Jentera penerangannya, nampaknya lancar dan berkesan.

Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang, walaupun ‘diserang’ habis- habisan oleh parti lawan dengan resepi perkauman yang pelik-pelik, tetapi Ketua Menterinya, Lim Guan Eng dan para exconya dapat menjawab dan menangkis dengan berkesan pelbagai tuduhan perkauman.

Pulau Pinang yang majoriti penduduknya berada di kawasan bandar atau semi bandar mudah disampaikan maklumat. Dengan itu tidak mudah bagi Umno/ BN untuk merampas negeri itu dalam PRU akan dating.

Sementara itu, Kelantan sudah sinonim dengan PAS, justru dengan segala kekuatannya, sukar bagi Umno/BN untuk merampas negeri pimpinan ulama itu. Namun dengan kemenangan tipis PAS di Manik Urai dan kekalahannya di Galas, adalah wake-up call, loceng amaran yang amat kuat kepada PAS untuk membetulkan kedudukannya, mana-mana yang tidak betul.

Tidak mungkin boleh diterima pemikiran, kalau ada, bahawa PAS Kelantan sudah amat teguh dan tidak tidak mudah dicabar. Kelemahan jentera kerajaan di peringkat ground-lavel, jajahan, kampung dan sebagainya masih wujud.

Isu pemberian dan pengambilan tanah, isu air, kebersihan, perumahan dan sebagainya masih ada yang belum diselesaikan.

Oleh kerana Kerajaan PAS Kelantan sudah 20 tahun memerintah, secara otomatis memberikan gambaran bahawa Kerajaan PAS Kelantan sudah tidak boleh lagi memberikan alasan bahawa masih ada program pembangunannya yang belum terlaksana.

Kesimpulannya di sini, Kerajaan Pakatan Rakyat mestilah bersiap sedia secukupnya untuk menghadapi cabaran Umno/BN dalam PRU akan datang.

Untuk itu segala krisis dalaman dan luaran dalaman, jika ada dalam Pakatan, mestilah diselesaikan segera.

Tidak syak lagi, pertarungan dalam PRU Ke-13 nanti akan lebih sengit dan getir, justru suasana PRU 2008 dulu mungkin berbeza dengan suasana dalam PRU Ke-13 nanti. Oleh itu, jangan berilusi bahawa kemenangan 2008 itu akan berulang jika tidak bekerja keras mempertahankannya.

Usul bincang kekeliruan Aidiladha ditolak

KUALA LUMPUR, 22 Nov: Usul tergempar yang dikemukakan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub agar membincangkan isu tarikh Aidiladha yang berbeza dua hari dengan tarikh dan masa wukuf di Arab Saudi dewan ditolak dalam kamar.

Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul di bawah perkara 18 (1) itu atas alasan ianya sudah dibincangkan sebelum ini.

Sehubungan itu, Salahuddin dalam dewan hari ini bangkit menggunakan peraturan 14 (1)(i) memohon Menteri Di Jabatan Perdana Menteri memberikan penerangan mengenai isu yang menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam di negara ini.

Timbalan speaker, Datuk Ronald kiandi bagaimanapun tidak menerima permohonan itu kerana usul berkenaan telah ditolak dalam kamar.

Sementara itu, Salahuddin dalam sidang media di lobi Parlimen selepas itu memberitahu, beliau akan menghantar satu notis kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) meminta menteri atau timbalan menterinya hadir ke parlimen esok memberikan penjelasan.

"Saya bangkit tadi menggunakan peraturan 14 (1) (i) saya memohon pihak Menteri di Jabatan Perdana Menteri boleh menggunakan peraturan 14 (1)(i) dalam memberikan penerangan untuk mengambil tanggungjawab menjelaskan isu ini.

"Saya tak ada peluang lagi untuk membahaskan isu ini kerana perbincangan di peringkat jawatankuasa kementerian-kementerian, JPM telah selesai," kata beliau yang juga naib presiden PAS.

Beliau turut mempersoal kelewatan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menjelaskan kekeliruan berkenaan.

"Jakim mengeluarkan kenyataan rasmi yang disiarkan dalam semua media kerajaan pada 21 November sedangkan hari raya Aidil Adha di negara ini pada 17 November.

"Setelah saya masukkan usul ini dan disiarkan media barulah Jakim memberikan penjelasan tentang hari tasyrik dan beri penjelasan kenapa hari raya Aidil Adha berselisih dua hari dengan tarikh wukuf di Arafah.

"Saya berasa sepatutnya apabila pihak kerajaan mendapat tahu bila hari wukuf di Arafah, JPM dan Jakim mesti memberikan penjelasan kepada rakyat di negara ini paling lewat pun pada 14 November," katanya.

18 November lalu, Salahuddin mengemukakan usul berkenaan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Dalam usul tersebut, beliau mendakwa sambutan Aidil Adha pada Rabu lalu "sangat pelik, menimbulkan banyak keraguan, kekeliruan dan masalah kepada umat Islam di negara ini".

PKR lets Zaid leave immediately

Zaid had said he would be leaving on December 16. — file pic
PETALING JAYA, Nov 22 — The PKR political bureau last night agreed to accept Datuk Zaid Ibrahim’s resignation with immediate effect, ahead of his December 16 deadline. PKR secretary-general Saifuddin Nasution stressed, however, that the former law minister was not being sacked from the party.
“This is a political party, it is not like leaving a job. Because it was his wish to leave, the political bureau agreed to grant his wish,” said Saifuddin.
“We want to make it easy for Datuk Zaid to make his next political move,” he told a press conference here.
Zaid, who was a deputy presidential contender in the just-concluded PKR elections, announced last week that his resignation from the party would take effect on December 16.

Negeri Pakatan tidak akan bersama dalam PRU 13?

KUALA LUMPUR, 22 Nov: Ketika berita angin bertiup kencang pilihan raya umum ke 13 (PRU 13) akan diadakan awal tahun depan, pelbagai pihak dalam Pakatan Rakyat pula membuat andaian negeri-negeri mereka tidak semestinya bersama dalam pilihan raya itu.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan jelas berkata, Pakatan akan berbincang terlebih dahulu sesama mereka iaitu PKR, DAP dan PAS sebelum membuat keputusan untuk menyertai pilihan raya itu atau tidak.

Ini kerana, mereka yang menguasai empat negeri, Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan berhak membuat keputusan sebaliknya iaitu pilihan raya berasingan dengan tarikh yang diumumkan oleh kerajaan pusat.

Lim Guan Eng, ketika berucap di Konvensyen Pakatan Rakyat Pulau Pinang semalam berkata, ketiga-tiga parti komponen Pakatan itu akan mengadakan konvensyen mereka sendiri sebelum membuat keputusan untuk menyertai pilihan raya itu atau tidak.

Pendapat beliau disokong oleh anggota Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli.

"Kita ada negeri yang hendak diuruskan selepas diberikan mandat pada tahun 2008 lalu. Kita akan cukupkan penggal kita. BN di peringkat pusat mempunyai masalah kredibiliti sendiri. Jika mereka mahukan pilihan raya, biarkanlah mereka," kata Dr Hatta kepada Harakahdaily.

Sebelum ini, Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa membuat cadangan yang serupa.

Beliau mencadangkan agar negeri-negeri Pakatan Rakyat tidak mengikut secara membabi buta cadangan kerajaan pusat dan negeri BN membubarkan Parlimen dan Dun mereka.

"Kita mesti ada kuasa tawar menawar. Kalau kita ikut sahaja kehendak mereka bermakna, mereka sentiasa menetapkan kehendak mereka dan kita mengikut mereka sahaja," kata Husam dalam satu kenyataannya.

PRU 13 dikatakan akan diadakan pada awal tahun depan iaitu antara Mac atau April 2011.

Bendahari PKR yang juga anggota Parlimen Selayang, William Leong berkata, pihaknya mendapat maklumat ia akan diadakan April tahun depan iaitu serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak.

Para media BN pula diarahkan agar memainkan berita baik untuk BN bagi melahirkan rasa senang rakyat kepada parti yang memerintah negara itu di samping memburuk kerajaan Pakatan Rakyat.

Tindakan Datuk Zaid Ibrahim meninggalkan PKR selepas tertinggal dalam pemilihan timbalan presiden telah dijadikan modal oleh media BN untuk menghuruharakan PKR.

Pemilihan dalam PKR juga dihebohkan kononnya berlaku kekecohan besar dalam parti itu, walaupun PKR menegaskan ia hanya kekecohan kecil sahaja.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Husein juga menyerang Pakatan apabila menolak usahanya untuk mendaftarkan simbul bersama dalam pilihan raya negeri Sarawak kononnya Pakatan hanya bersatu dari segi simbul sahaja tetapi berpecah.

Negeri-negeri Pakatan juga didakwa gagal melaksanakan manifesto pilihan raya mereka namun begitu manifesto yang mana gagal dilaksanakan tidak dinyatakan oleh beliau.

Batu Sapi PKR wants Zaid sacked before he quits

By Queville To

KOTA KINABALU: The PKR branch in Batu Sapi has called for the immediate sacking of Zaid Ibrahim from the party, to send a strong message that PKR does not condone such behavior in the party.
Zainuddin Hassan, the division's secretary, citing the timing of Zaid's resignation as well as his series of actions and comments, believed the former Umno member was merely there to disrupt the party.
He said Zaid's whole aim seemed to be to undermine the party and cast doubt on the credibility of PKR de facto leader Anwar Ibrahim and his wife-cum-party president, Dr Wan Azizah Wan Ismail.
“What Zaid has done of late is clearly not in the best interest of the party but aimed to cause friction among the leaders and members in order to inflict the severest damage to the party.
Hence, the party leadership should 'stop being kind' but to immediately sack him instead of allowing him to leave the party with one-month notice,” he said.
Zainuddin said the unanimous resolution was passed by its committee during a meeting held in Batu Sapi, Sandakan on Friday.
“We are of the view that PKR leadership should not condone a 'Trojan Horse' like Zaid (Ibrahim) or anyone else, as this is not the first time that such a character had appeared and attempted to undermine the stability of the party.
"It’s time for the party leadership to act tough on such characters,” he said in a brief statement issued here on Sunday.
Zainuddin also dismissed Zaid’s claim that his call for Anwar to quit the party was supported by some party members.
He also stressed that Batu Sapi PKR will continue to give their full support to Anwar as the de facto leader and Wan Azizah as PKR president.

Perjumpaan bersama ahli-ahli yang amat mengecewakan

Perjumpaan yang sepatutnya dimanfaatkan untuk menjelaskan isu-isu yang menimbulkan kontroversi serta untuk melegakan kegelisahan dan kecurigaan yang kini melanda para keahlian parti telah bertukar menjadi pesta pemujaan. Lawan dikeji, pemimpin dipuji.
 
Illam Kubong Ak Dagang (Kuching, Sarawak)
No ahli: Q060000568
 
Sebagai seorang ahli parti yang setia, saya menunggu dengan penuh debaran perjumpaan pucuk pimpinan parti bersama ahli-ahli parti di Auditorium MBSA, Shah Alam pada malam 19 November baru-baru ini. Saya jangkakan pucuk pimpinan, terutama Presiden parti akan menggunakan peluang tersebut untuk menjelaskan isu-isu yang menjadi punca krisis yang sedang melanda parti dan langkah-langkah yang telah dan akan diambil untuk memperbaiki parti dan memulihkan imejnya. Nyata jangkaan saya jauh meleset. Saya telah mengikuti perjumpaan tersebut melalui internet, suatu usaha yang pada hemat saya hanya membuang masa dan membazirkan tenaga eletrik.

Beberapa perkara telah menghampakan saya; dari yang agak kecil hinggalah ke besar. Biarlah saya mulakan dengan yang kecil tetapi berpotensi besar untuk memberi gambaran yang tidak diingini mengenai parti.

Pertama, kenapakah dianggap perlu berbelanja duit untuk meletakkan satu ‘backdrop’ besar yang memaparkan gambar-gambar bersaiz gergasi beberapa orang pemimpin? Kalau majlis dianjurkan oleh UMNO totok seperti Khir Toyo atau Azalina Osman, saya boleh fahamlah. Itu budaya dan mentaliti feudal UMNO untuk memuja dan mengagung-agungkan pemimpin. Tetapi kita PKR - parti Reformasi yang kononnya memperjuangkan budaya dan pemikiran politik baru. Kenapakah kita terikut-ikut dengan amalan-amalan jijik UMNO? Adakah sebab ini, mentaliti pemimpin kita masih mentaliti UMNO? Ini adalah suatu kebimbangan hati nurani saya yang terpaksa saya suarakan demi renungan semua.

Kedua, kenapa Presiden parti sendiri tidak hadir dan berucap di majlis yang digelar ‘perjumpaan pucuk pimpinan parti bersama ahli-ahli parti’? Kelibat Presiden tidak kelihatan langsung. Bayangkanlah jika UMNO dilanda krisis, satu perjumpaan dipanggil dan yang naik ke pentas untuk memberi penjelasan ialah Rosmah Mansor, Muhyiddin Yassin, Adnan Mansor dan Ali Rustam. Rosmah Mansor pula menggunakan peluang itu untuk menonjolkan diri. Presiden UMNO pula bersembunyi di rumah. Blog-blog akan berpesta mengutuk UMNO. Apakah bezanya dengan perjumpaan PKR di mana Ketua Umum, satu jawatan yang tidak termaktub dalam perlembagaan parti dan tidak dilantik, pula yang lebih senduk dari kuah sementara Presiden yang hakikatnya telah mendapat mandat dari para anggota parti untuk memimpin telah menghilangkan diri. Saya amat khuatir ini adalah satu petanda pucuk kepimpinan parti yang tidak menghormati perasaan dan pandangan ahli-ahli biasa.  

Terakhir dan yang paling mengecewakan adalah perjumpaan yang sepatutnya dimanfaatkan untuk menjelaskan isu-isu yang menimbulkan kontroversi serta untuk melegakan kegelisahan dan kecurigaan yang kini melanda para keahlian parti telah bertukar menjadi pesta pemujaan. Lawan dikeji, pemimpin dipuji. Perjumpaan tersebut bertukar menjadi sesi mengutuk Zaid Ibrahim. Persoalan yang ditimbulkan oleh beliau mengenai kepincangan parti tidak dijawab langsung. Aturcara majlis Jumaat lepas mirip “roadshow” anjuran UMNO. Penuh dengan sepanduk-sepanduk memuja pemimpin, laungan-laungan memuji pemimpin. Di manakah perubahan yang di war-warkan?

Suara Presiden ialah suara rasmi parti, suara yang mewakili insan-insan kerdil yang menjadi ahli biasa parti. Saya merayu kepada Presiden untuk segera memberi perhatian dan menangani isu-isu yang kini timbul kerana ini membikin ketara kelemahan dan kecacatan parti. Suara dan penjelasan Presidenlah yang ditunggu-tunggu untuk menenteramkan kegelisahan para ahli biasa parti.

Sekian, Salam Reformasi.

Ahmadinejad: Sistem kapitalis hampir runtuh

IRAN-PRESIDENT1 TEHRAN: Presiden Republik Islam Iran Mahmoud Ahmadinejad berkata, sistem kapitalis hampir runtuh, sambil menekankan pentingnya dunia berasaskan keadilan.
"Iran dan Zimbabwe boleh memainkan peranan berkesan bagi menubuhkan order baru global berasaskan keadilan dan setiakawan memandangkan terdapat persamaan di antara kedua-dua negara mengenai isu penting serantau dan antarabangsa."

Beliau berkata demikian dalam mesyuarat dengan Menteri Luar Zimbabwe Simbarashe Mumbengegwi di sini semalam, lapor IRNA.
Presiden Iran itu menggesa Tehran dan Harare menggunakan kapasiti untuk menggalak kerjasama dua hala dan serantau.
"Pengluasan kerjasama dan pertukaran ekonomi di antara Iran dan Zimbabwe dalam berbagai bidang akan memberi faedah kepada kedua-dua negara dan negara-negara di serantau," katanya.
Meningkatkan lagi hubungan
Menteri Zimbabwe itu, bagi pihaknya, menyatakan kesungguhan negaranya untuk menggunakan segala potensi bagi meningkatkan lagi hubungan.
Beliau berkata Harare berkongsi pendirian yang sama dengan Tehran berhubung isu serantau dan antarabangsa dan berusaha memperkukuh kerjasama ekonomi dan politik dengan Iran.
Pengluasan hubungan dengan negara-negara Afrika dalam bidang kebudayaan, ekonomi dan politik merupakan di antara keutamaan dasar luar Republik Islam itu.
Presiden Ahmadinejad membuat lawatan dua kali ke Zimbabwe pada April ketika para pegawai kanan Iran dan Zimbabwe menandatangani 11 Memorandum Persefahaman dalam bidang pelancongan, pendidikan, pengangkutan, teknologi dan membatalkan sekatan birokrasi seperti keperluan visa.
Tehran dan Harare juga bersetuju untuk membentuk usahasama dalam sektor teknikal, saintifik dan pertanian.
-SF/MMA/HRF

RPK almost being ‘homeless’ in UK?

This news was received from a friend who I can say is quite influential via a phone call. According to this friend, Raja Petra Kamarudin or RPK is now said to have almost reached the status of being ‘homeless’ in London. He has yet to be evacuated or such, but talks are that his unpaid rent has mounted although for how long I’m not sure.
This stemmed from the declining sponsorship of two parties, namely Kalimullah Hassan and Datuk Soh Chee Wen (one of Anwar Ibrahim’s financial backers).
The dough from Kalimullah is still on the roll…but the money coming from Anwar has been halted since RPK has openly showed his tendency to criticize Anwar recently…especially following the onslaught of internal turmoil in Parti Keadilan Rakyat’s election…Also, RPK’s writings have ceased having an impact on society.
“Anwar wants to tame RPK again,” according to this friend.
What is troubling now is that money from one side is not enough. London ain’t cheap. There’re no street stalls like KL, so of course the expenses are high.
Obviously RPK is not the type to cook at home…he only dines at places where meals are infused with wine, and this is not counting in the price of a bottle of wine or alcohol to wash down his food. Also not forgetting the tabs on his drinks during his free time…so by now there should be a good understanding of what state he is in.
It is said that RPK now badly wants to go home…but he is also afraid of any action that would be taken against him…although that could only be his assumption…it is unlikely that any action would be taken against him…

But what is certain, if Anwar continues to deny him the financial aid and RPK himself doesn’t want to go home…he has a choice of either being a waiter in London or be a homeless bum on the streets there like a stray dog. Maybe that is the best punishment for someone who has sinned a lot towards others.
And maybe this writer’s article previously was accurate…it is wise for RPK to return to Malaysia and kneel and seek forgiveness from Najib and his family for all the slandering before this.
Come home RPK…or be prepared to be a wandering stray dog over there.
Malaysian Instint

Jawapan JAKIM isu tarikh Aidiladha

Sukacita Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ingin memberikan maklum balas mengenai kekeliruan tempoh masa menjalankan ibadah korbanyang timbul baru-baru ini.  JAKIM ingin memaklumkan bahawa Ibadah korban boleh dilaksanakan oleh umat Islam di seluruh Malaysia bermula dari selepas solat sunat Aidiladha pada 10 Zulhijjah dan pada hari tasyrik, iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah.
Oleh kerana hari raya korban di Malaysia telah jatuh pada hari Rabu yang lalu iaitu 17 November 2010, maka umat Islam di Malaysia disunatkan menunaikan ibadah korbansehingga Sabtu, iaitu 20 November 2010 bersamaan 13 Zulhijjah 1431H.
Adapun tempoh bagi menjalankan ibadah korbant ersebut disandarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari:
Dari Al Bara’ bin ‘Azib r.a. Katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang menyembelih sebelum sembahyang (Aidil Adha), maka penyembelihan itu untuk dirinya sendiri dan siapa yang menyembelih sesudah sembahyang (Aidil Adha), maka sesungguhnya ia telah menyempurnakan korbannya dan telah mengikut sunnah kaum muslimin”.

Dari kitab Rad al-Muhtar ‘ala al-Dur al-Mukhtar Sharh Tanwir al-Absar yang ditulis oleh Ibn ‘Abidin mengatakan bahawa: “Maka diganjari ibadah korbanyang dilaksana pada hari yang ketiga belas walaupun di sisi yang lain telah pun memasuki hari yang keempat belas” (Dar al-Kutub al-Ilmiyyah; Beirut, Jilid 3, halaman 364).
Oleh itu, adalah tidak menjadi kesalahan menjalankan ibadah korbanitu pada hari 10 Zulhijjah (selepas solat sunat Aidiladha) dan tiga hari berikutnya (11, 12, dan 13 Zulhijjah) sehingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah 1431H, iaitu bersamaan dengan 20 November 2010 bagi tahun ini.
Berdasarkan rekod cerapan anak bulan Zulhijjah 1431H di 30 tempat cerapan rasmi di Malaysia oleh Jabatan Mufti Negeri-Negeri di Malaysia pada 29 Zulkaedah 1431H bersamaan 6 November 2010 (Sabtu) yang lalu, ahli falak telah mendapati anak bulan tidak kelihatan di kesemua tempat cerapan tersebut dan sekaligus keputusan sebulat suara menetapkan Hari Raya korbanpada tahun ini jatuh pada 17 November 2010 (Rabu) yang lalu.
Hasil data cerapan tersebut didapati setelah ahli falak mendapati kedudukan hilal (anak bulan) telah tidak memenuhi kriteria ketetapan Imkanur-Rukyah (kebolehnampakan).
Ini bermakna, hari tasyrik bagi seluruh umat Islam di Malaysia pada tahun ini adalah pada hari Khamis, Jumaat dan Sabtu iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah 1431H.

Untuk makluman masyarakat Malaysia, persetujuan bersama oleh empat negara anggota Menteri-Menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS) telah menerima pakai kriteria Imkanur-Rukyah (kebolehnampakan) yang telah diputuskan melalui keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Rukyah dan Takwim Islam Kali ke-3 di Wilayah Persekutuan Labuan pada 29 Zulkaedah 1412H bersamaan 1 Jun 1992.
Hal ini sekaligus menafikan pandangan dan kekeliruan sesetengah pihak yang menyatakan bahawa ibadah korban hanya boleh dilakukan sehingga 19 November sebagaimana menurut Arab Saudi.
Sukacita dimaklumkan juga, asas penentuan hari raya korban di Malaysia adalah selaras dengan Singapura dan Republik Indonesia dan berkebetulan pada tahun ini negara Brunei Darussalam bersama-sama merayakan hari aya korban pada 17 November 2010.
Untuk makluman lanjut, orang ramai boleh mengakses dan merujuk info kriteria Imkanur-Rukyah di Malaysia dan data-data berkaitan melalui laman web JAKIM di laman sesawang www.islam.gov.my.

Dato’ Wan Mohamed Sheikh Abdul Aziz, Ketua Pengarah JAKIM

PKR – reformasi yang mati

Ramai pemimpin kanan yang sebelum ini merupakan pejuang dan tunggak utama PKR khususnya mereka yang cenderung dengan perjuangan reformasi dilaporkan sedang memikirkan sama ada untuk  mengambil tindakan keluar dari parti atau meninggalkan secara senyap parti PKR kerana kecewa dengan pemilihan yang dikatakan terlalu buruk serta penuh dengan manipulasi.
Dari makluman yang diterima, ada antara mereka yang mahu meninggalkan perjuangan tanpa mengisytiharkannya kerana tidak mahu diserang oleh laman-laman pro reformasi yang berbayar – memburukkan imej mereka dengan mengatakan mereka kecewa kerana kekalahan. Mereka tidak mahu Ketua UMUM mereka dan orang kanannya, Azmin Ali menggunakan isu Trojan Horses sebagai langkah memburuk-burukkan mereka untuk menyelamatkan maruah PKR. Maruah PKR tercalar dan ahli-ahli mereka sedang melihat betapa sebenarnya buruk perangai kepimpinan PKR dalam kelantangan memperkatakan mengenai demokrasi.
Menurut seorang yang rapat dengan PKR dan juga antara mereka yang terlibat dalam pemilihan PKR – apa yang berlaku dalam parti ini adalah untuk memastikan orang tertentu naik – tidak menuruti cara yang demokrasi malah lebih korup dari pemilinan UMNO. Wang merupakan faktor utama – calon yang di susun mengikut kepentingan tertentu. Pemilihan yang berimej demokrasi tetapi ia lebih kepada kulit yang tidak mempunyai nilai demokrasi yang wajar seperti yang PKR laungkan.
Sungguhpun begitu sikap mereka yang tahu keburukan parti itu tetapi terus berdiam akan terus membuat rakyat tertipu dengan apa yang mahu diperjuangkan oleh PKR. Ini adalah sikap negatif kerana apa yang berlaku dalam PKR, sekiranya tidak dihebohkan sebagaimana mereka menentang UMNO dahulu adalah hanya satu penipuan yang akan dipertanggungjawabkan ke atas bahu mereka.
Mereka dari golongan reformasi  - seharusnya bangkit sebagaimana mereka menentang UMNO dahulu, untuk menentang PKR yang mereka dokong dan membuat kepincangan yang lebih dahsyat terhadap ahli mereka sendiri.
Apa yang ada ialah perjuangan selama ini yang dianggap suci – hari ini sudah mati dengan perbuatan kepimpinan tertentu yang disokong oleh Anwar Ibrahim sendiri. 
Umnoreform.

Berambus Dari PKR Kalau Dah Tak Suka!

Oleh kopiahijau

"Isu keluar masuk parti samada yang melibatkan PAS, UMNO,DAP,MIC atau dengan kata lain adalah perkara biasa dalam dunia politik. Cuma yang peliknya ialah apabila berlaku dalam PKR , ia seolah-olah menjadi berita utama dalam media arus perdana masakini. Banyak yang lihat isu ini lebih bertujuan untuk membunuh dan melemahkan jentera PKR yang dilihat semakin berkembang.

Pemimpin PKR yang terkini  keluar dari parti adalah Datuk Zaid yang tidak disuruh atau dipaksa untuk masuk PKR malahan beliau diberi layanan istimewa hingga terpilih menjadi calon semasa PRK Hulu Selangor .
Inilah yang kita katakan realiti dalam politik. Kawan yang baik pun boleh makan kawan. Soal Datu Zaid keluar parti saya tidak kisah cuma caranya sahaja yang kita rasa kurang baik. Sebagai orang baru Datuk  Zaid perlu muhassabah dalam diri apa yang dibuat ini betul atau tidak? PKR dah bagi macam-macam jawatan untuk berkhidmat pada rakyat. Oleh itu haruskah keluar parti disebabkan ketinggalan dengan SDR AZMIN dalam pemilihan parti ? Jika ada kelemahan dan kekurangan tidak bolehkah berbincang? Kenapa gunakan MEDIA HAPRAK untuk tujuan menghentam PKR?
Yang lebih peliknya ialah pemimpin-pemimpin yang keluar dari PKR masing-masing berlumba untuk memburukkan PKR.  Kita cuba lihat Datuk Kamarudin Jaafar, Anuar Tahir  dan beberapa pimpinan UMNO yang keluar UMNO  dan kini berada dalam PAS , ada atau tidak mereka ini memburuk-burukkan bekas parti lama mereka secara terlampau seperti yang dilakukan oleh MP ZUL KULIM dan rakan-rakannya yang seolah-olah seperti  budak baru belajar berpolitik.
Apa sebenarnya agenda puak-puak ini. Isu rakyat langsung tidak diberi perhatian. Isu akhlak  dan sosial, isu kesusahan rakyat, isu penyelewengan, isu rasuah , kes TBH,Kes KUGAN,Kes AMINURASHID, Isu Belanjawan yang tidak telus, Isu Agama yang gagal ditangani oleh pihak pemerintah langsung dipekkakan oleh golongan ini. Isu DSAI yang didakwa dengan tuduhan  yang terlampau tidak diberi perhatian. Isu DSAI bukan isu peribadi tetapi lebih memberikan  impak kepada isu kepercayaan kepada Institusi Kehakiman negara yang semakin luntur dimata masyarakat antarabangsa. Inilah isu yang perlu diberi fokus bagaimana seorang pemimpin yang disegani pun boleh diperlaku sedemikian rupa, apatah pula kita rakyat biasa.
Pemimpin boleh datang dan pergi cuma pemimpin-pemimpin seperti ini yang mabuk populariti atau berjuang untuk mencari keuntungan boleh masuk UMNO atau BE END. Ini parti bukan untuk buat duit macam UMNO. 
Manakala  bekas pemimpin PKR yang keluar sudah-sudahlah tu, orang yang bercerai dengan bini pun tak akan cerita keburukan bini pada orang lain.Inilah yang diajar oleh Islam.Jangan disebabkan berbeza pendapat hati kita dipenuhi dengan dendam kesumat . Jangan hanya kepentingan diri tidak dipenuhi serta dipenuhi dengan kekecewaan kita pula mengajak ahli yang lain untuk mengikut kita. Jika hendak perjuangkan sesuatu, utamakan dahulu kepentingan rakyat. Jangan jadi alat atau barua kepada Be End. Golongan ini masa susah baiklah dengan kita tapi bila dah senang tunggulah akibatnya.
Nasib pemimpin-pemimpin yang keluar dari PKR kini mula di pinggirkan oleh rakyat , buktinya lihat sahaja Saudara Roslan Kassim, Lokman Adam, Chandar Muzaffar dan banyak lagi yang tak tersebut kemana mereka ini kecuali Sdr Ezam.
Sebab itulah bila kita menongkah arus maka kita akan terimalah nasibnya. Cuba memperbodohkan rakyat dan ahli sebenarnya akan menjadikan diri kita lebih bodoh memandangkan rakyat semakin bijak menilai sandiwara puak-puak ini yang digunakan secara langsung atau tidak langsung oleh rejim Be End.
Kepada barisan pimpinan PKR yang baharu, harapan saya ialah untuk terus memperkasa PKR  menjelang PRU13 ini dan seterusnya akan memantapkan kembali PR. Jangan pandang ke belakang ayuh teruskan langkah. Ahli-ahli yang dilihat cuba memberontak biasanya didalangi oleh pihak-pihak yang kebanyakkan dibiayai oleh pihak luar yang semakin takut dengan kekuatan dan pengaruh PKR masa kini.
Pesanan saya sekali lagi kepada mana-mana Pemimpin PKR , Ahli PKR atau Penyokong PKR...kalau anda tidak mahu berketuakan DSAI , anda boleh BERAMBUS , BERAMBUS DAN BERAMBUS,   usah cuba merosakkan keharmonian PKR.Masuklah parti yang boleh membawa untung  pada anda semua. 
Semoga usah PKR membersihkan parti dari virus-virus yang tidak terkawal ini perlu disegerakan bagi memastikan kemantapan PR untuk PRU13 akan datang.
Sekian.Wallahualam.