Ahad, 21 November 2010

"Program mengkayakan kroni BN"

Lim Kit Siang

Oleh Queville To
KOTA KINABALU: Pengumuman Ketua Menteri Musa Aman mengenai peruntukan RM1 juta untuk setiap wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Sabah tahun depan disifatkan sebagai "satu bentuk rasuah politik".
Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, pengumuman Musa itu – di bawah belanjawan negeri – memerlukan perhatian dan siasatan dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Menyediakan peruntukan RM1 juta untuk setiap kawasan BN sahaja merupakan rasuah politik.  Ini jelas merupakan bajet pilihan raya untuk meningkatkan peluang kemenangan bagi BN pada pilihan raya umum akan datang dan bukan untuk faedah rakyat.  Wang ini akan digunakan untuk membeli undi," dakwa Lim.
Musa mengumumkan peruntukan khas itu di bawah Bajet Negeri 2011 Jumaat lalu.  Beliau berkata peruntukan itu membolehkan wakil rakyat BN menyediakan bantuan kepada rakyat di kawasan masing-masing. BN memegang 57 dari jumlah 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Pengumuman beliau dilihat sebagai bertempatan dengan masanya sejak Perdana Menteri Najib Tun Razak dijangka akan mengumumkan pilihan raya bila-bila masa tahun depan.  Parti-parti pembangkang meramalkan Najib akan mengumumkannya di antara Mei dan November 2011.
Program "rasuah politik" untuk kroni
Sementara itu, Lim menegaskan bahawa salah satu dari Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP) ialah memerangi rasuah dan salah satu aspek dikenalpasti ialah memerangi "rasuah besar" iaitu rasuah politik.
"SPRM harus menyiasat dan membasmi rasuah politik untuk membuktikan kerajaan serius dalam memerangi rasuah.
Ketua Audit Negara juga harus menjalankan audit khas mengenai perbelanjaan peruntukan ini pada tahun-tahun yang lalu oleh wakil rakyat BN Sabah dan menyediakan laporan audit terperinci berhubung penyelewengan.
"Penyelewengan ini mesti didedahkan dan dihentikan jika mahu Malaysia menjadi sebuah negara demokrasi dan moden.  Dana awam tidak harus diselewengkan untuk tujuan politik," ujar beliau.
Bercakap kepada para pemberita di sini semalam sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur, Lim berkata, peruntukan itu bertentangan dengan laporan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai "pertumbuhan inklusif".
Sabah negeri termiskin
Beliau menekankan pertumbuhan inklusif bermakna faedah untuk semua rakyat tanpa mengira sokongan dan kecondongan politik.
"Bagaimana anda bercakap tentang pemberian RM1 juta kepada kawasan-kawasan yang dimenangi oleh BN sahaja dan pada masa yang sama bercakap mengenai pertumbuhan inklusif?," soal beliau.
Mengenai peruntukan RM162 juta bagi membasmi kemiskinan dalam bajet itu, beliau hairan dan marah dengan fakta bahawa walaupun beratus-ratus juta ringgit telah dibelanjakan di bawah program membasmi kemiskinan dalam beberapa tahun lalu sejak BN mengambil alih pentadbiran pada 1994, Sabah menjadi negeri yang termiskin di negara ini.
"Saya fikir daripada menyebutnya program membasmi kemiskinan, ia seharusnya dilabel sebagai "program mengkayakan kroni BN" memandangkan tahap kemiskinan kekal tinggi di Sabah," ujar beliau.
Turut hadir ialah Penolong Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan dan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching, Ketua DAP Sabah dan Ahli Parlimen Kota Kinabalu Hiew King Cheu, timbalannya dan juga Adun Sri Tanjung Jimmy Wong, naib presidennya Edward Mujie dan setiausaha publisiti Edwin Bosi.

Biduk berlalu kiambang bertaut


Pemilihan PKR 2010 sudah sampai ke penghujungnya. Namun... keputusan rasminya masih belum dikeluarkan lagi. Kononnya, ia hanya akan diumumkan pada minggu hadapan.

Aku bukan ahli PKR. Malah... bukan juga ahli mana-mana parti politik. Tetapi, aku menyokong Pakatan Rakyat. Lantas... aku mengikuti dengan penuh minat, perkembangan yang berlaku dalam parti-parti politik di dalam Pakatan Rakyat.

Sepanjang tempoh Pemilihan Parti Keadilan Rakyat 2010 diadakan, pelbagai rungutan, keluhan, dakwaan, aduan serta ketidakpuasan hati telah kita dengar... terutama dalam proses pengundiannya. Ia melibatkan para pemimpin dan juga akar umbi. Semua kepincangan yang berlaku, telah dihighlightkan di media-media elektronik mau pun bukan elektronik. Malah, ia juga menjadi topik hangat perbincangan, di blog-blog, warung-warung dan di kedai-kedai kopi. Fuuuhhh.... kecoh satu Malaysia!! Terhot... Paling sensasi!!

Sasaran utama serangan ialah terhadap JPP, badan yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan proses pemilihan yang melibatkan semua ahli di semua peringkat, melalui sistem 1 ahli 1 undi, yang baru pertama kali diguna pakai.

Walau pun ini satu langkah pro-aktif di pihak Parti Kedailan Rakyat untuk membuka ruang demokrasi yang lebih luas dalam parti, tetapi... sebagai sesuatu yang baru dan buat pertama kalinya diadakan.... kelemahan pasti ada dan tidak dapat dielakkan.

Sebagai parti yang mendokong slogan keramat.... 'Kalau takut pada risiko, jangan bicara tentang perjuangan", PKR kena berdepan dengan segala masalah yang timbul, kesan daripada langkah yang dilaksanakan. Serangan serta kecaman yang ada kaitan dengan kelemahan yang didakwa berlaku dalam proses pengundian, menjadikan integriti parti dipertikaikan. PKR dicemari imej negatif... kesan daripada serangan dari dalam dan luar. Itulah risiko yang kini terpaksa dihadapi oleh Parti Keadilan Rakyat.

Lantas, segala masalah dan kelemahan yang didakwa berlaku mesti ditangani secara professional, bijak, telus dan adil... bagi memulihkan semula imej parti.

Integriti JPP khasnya, dan PKR amnya, bergantung kepada cara aduan pihak-pihak yang tidak berpuas hati ini ditangani. Sebagai parti yang bertunjangkan keadilan, PKR mesti walk what you talk. Keadilan mesti diberikan kepada semua pengadu. Malah... keadilan mesti diberikan without fear or favour. Inilah cabaran yang kini terpaksa dihadapi oleh JPP.

Adalah menjadi tanggung jawab JPP untuk address, perhalusi dan siasat setiap aduan serta bukti yang diberi dengan teliti dan menyeluruh. Then.... ambil tindakan yang sewajarnya. JPP mesti tegas dalam mengambil tindakan, jika terbukti berlakunya penyelewengan dalam proses pengundian. Jangan terlalu gopoh untuk mengumumkan keputusan hasil daripada pemilihan yang telah diadakan. Biar lambat... asalkan, keputusan itu dihormati. Ini akan dapat meningkatkan integriti JPP dan juga parti dalam kalangan ahli-ahlinya dan juga pihak luar.

Kita belajar daripada kelemahan. Kita belajar daripada kesilapan. Bermuhasabah dan ambil ikhtibar. Kenal pasti kelemahan dan ambil langkah membaik pulih dan penambahbaikan agar JPP dan parti terus dihormati dan digeruni.

Now that semuanya dah selesai, rapatkan semula saf. Anggaplah segala apa yang berlaku sepanjang pemilihan berlangsung sebagai pertelingkahan anak-beranak dan adik beradik. Carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum jua. Air yang dicincang takkan putus. Bersatulah kembali.

Sekarang.... concentrate pula pada usaha-usaha untuk memperkukuhkan parti serta kerjasama dengan Pakatan Rakyat bagi menghadapi PRU 13 yang akan muncul tidak lama lagi. Rakyat bergantung sepenuh harapan kepada Pakatan Rakyat. Jangan persiakan harapan mereka.

Minggu depan, Kongres Parti Keadilan Rakyat yang ke-7 akan diadakan. Berkongreslah dalam suasana harmoni. Forgive and forget. Buang yang keruh ambil yang jernih. Semoga Parti Keadilan Rakyat, terus kukuh dan maju, insyaAllah...

Friends of Pakatan Rakyat lives on without Zaid

Zaid Ibrahim (second left) with other PR leaders at the launch in July.
KUALA LUMPUR, Nov 21 — A London-based informal network of Pakatan Rakyat (PR) supporters is set to continue despite the resignation of the man who launched them, Datuk Zaid Ibrahim from PKR this December 16, the pact’s leaders said today. Friends of Pakatan Rakyat (FoPR) in London which started on July 4 said it did not revolve around a single personality.
Thus far, no one else has followed Zaid’s footsteps out of the party.
“It (Zaid’s leaving) doesn’t make the slightest bit of difference,” DAP deputy chairman Dr Tan Seng Giaw told The Malaysian Insider today.
“There are others who are in contact with Friends,” he added, naming DAP advisor Lim Kit Siang, PAS treasurer Dr Hatta Ramli, and Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dr Hatta claimed that PR leaders did not play a founding role in the movement but merely officiated its launch.
“We were there as leaders of Pakatan Rakyat to officiate. It’s not a Zaid project, or my project or Nurul Izzah (Anwar)’s project. It’s the supporters of Pakatan,” said Dr Hatta.
“So if anyone of us leaves, too bad. But the thing must go on. It should not be affected by anyone leaving,” added the Kuala Krai MP.
Dr Hatta, Dr Tan, Nurul Izzah and Zaid were present at the FoPR launch in London on July 4 where maverick blogger Raja Petra Kamarudin gave a speech before over 200 people.
Nurul Izzah echoed Dr Hatta’s views and said that the FoPR would continue despite Zaid’s absence.
“Even though we may be devoid of the original leader (Zaid), the Friends of Pakatan Rakyat will still continue,” said the Lembah Pantai MP.
“The Friends of Pakatan Rakyat has been emailing us their updates from time to time,” she added.
Nurul Izzah also noted that a meeting between FoPR and Anwar has been scheduled for January next year.
“I believe that they (FoPR) remain consistent and are quite committed to the cause, but a proper meeting will be held between the representative and the Opposition Leader in January,” said Anwar’s eldest daughter.
In July, then PR secretariat coordinator Zaid said the network was aimed at stirring the Malaysian diasporas to pressure the Barisan Nasional (BN) government for their rights as citizens, including the right to vote.
He had also denied that the PR leadership was funding nor using the FoPR network to compete with partisan groups like the Umno Supporters’ Clubs.
Zaid dropped the quit bombshell earlier this month, blaming the party leadership for condoning electoral fraud and election malpractices.
He also resigned from all party posts, including his positions as PKR Federal Territories chief, PKR Wangsa Maju division chief and PKR political bureau member.
Recently, the former Umno minister confirmed that he would quit PKR this December 16, but would likely form his own party and contest in the coming general election.

ROS belum terima permohonan daftar lambang Pakatan..ha..ha..ha..alasan biasa hamba abdi UMNO..!!!

KUCHING, 21 Nov — Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) Datuk Md Alias Kalil berkata, pihaknya belum menerima permohonan PKR-DAP-PAS untuk mendaftarkan lambang Pakatan Rakyat.
“Sebenarnya, parti (Pakatan Rakyat) itu pun belum diluluskan lagi,” kata beliau dipetik Bernama hari ini.
Pakatan Rakyat dibentuk membabitkan ketiga-tiga parti itu selepas pilihan raya umum ke-12 Mac 2008.
Pakatan Rakyat akan mengadakan konvensyen keduanya di Pulau Pinang bulan depan.
Laporan sebelum ini menyebut permohonan untuk mendaftar Pakatan Rakyat telah dipanjangkan kepada pejabat pendaftar pertubuhan.
Dalam pada itu, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata hasrat pakatan Parti Keadilan Rakyat (PKR)-DAP-PAS untuk bertanding menggunakan satu lambang menjelang pilihan raya negeri Sarawak hanya satu alat untuk mengaburi rakyat akan perjuangan mereka yang sudah tidak sehaluan.
Beliau berkata PKR-DAP-PAS yang tidak mempunyai persefahaman dan mahu menggunakan satu lambang dalam pilihan raya negeri akan datang merupakan sesuatu yang melucukan.
“Apabila dalam parti sendiri, kerusi dan meja sudah melayang tetapi bercadang pula untuk menggunakan satu lambang (pada pilihan raya akan datang), ia merupakan kosmetik.
“Di negeri-negeri yang mereka memerintah, janji tidak ditunaikan sehingga rakyat marah manakala wakil-wakil rakyat pun keluar daripada parti. Jadi, apa yang nak dibincangkan pasal bertanding di bawah satu lambang?” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu, Hishammuddin menyempurnakan majlis penutup Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Dalam Negeri di Tebingan Boyan-Gersik-Sourabaya (BGS) di sini hari ini.
Mengenai penubuhan parti-parti baru di negeri Sarawak menjelang setiap kali pilihan raya negeri, Hishammuddin berkata beliau belum menerima laporan dari ROS berhubung perkara itu.
“Yang menjadi tanda tanya ialah kenapa parti-parti baru hanya ingin didaftarkan ketika menjelang pilihan raya. Kita tidak mahu memperjuangkan mereka yang mengambil tindakan hanya mengikut musim. ROS pun faham permainan pihak-pihak tertentu,” katanya.
Pada majlis itu, Hishammuddin turut menyampaikan permit penerbitan serta lesen mesin cetak kepada tujuh syarikat di sini.
Beliau mengingatkan setiap pemilik permit penerbitan dan lesen mesin cetak agar sentiasa mematuhi syarat-syarat Lesen dan Permit, Garis Panduan Penerbitan dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
“Kementerian akan memantau supaya setiap pemilik permit dan lesen sentiasa mematuhi syarat-syarat demi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam,” katanya.
Hishammuddin turut menyampaikan sijil dan geran bernilai RM20,000 kepada 10 pertubuhan cemerlang di sini sebagai mengiktiraf sumbangan pertubuhan cemerlang dalam usaha memperbaiki taraf hidup, kebajikan, pendidikan, keagamaan dan kebudayaan.

Anwar dan Suu Kyi, Dua Tokoh Pejuang Kebebasan Tulen



SHAH ALAM 21 NOV : Datuk Seri Anwar Ibrahim dan  Aung Sang Suu Kyi merupakan dua tokoh pejuang kebebasan tulen  yang mempunyai prinsip perjuangan yang sama, tegas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat (PKR)  Shamsul Iskandar Mohd Akin hari ini.
Membidas dakwaan Rachel Motte  yang menyatakan perjuangan Anwar dan Suu Kyi amat berbeza, Shamsul berkata ramai di kalangan tokoh-tokoh politik di Malaysia terlalu terpengaruh dengan idea dan propoganda parti pemerintah, Barisan Nasional hinggakan gagal menilai persamaan antara perjuangan Suu Kyi dan Anwar.
Media arus perdana kawalan Umno-Barisan Nasional sebelum ini menggunakan tulisan Rachel Motte di akhbar mereka masing-masing untuk menghentam kewibawaan Anwar sebagai tokoh pejuang di negara ini.

"Perjuangan untuk kebebasan ini bukan hanya sekadar kebebasan fizikal terhadap Suu Kyi, malah kebebasan adalah dalam erti kata yang lebih luas, kebebasan demokratik atau 'democratic freedom', kebebasan untuk pilihnaraya yang adil, kebebasan mendapatkan akses kepada media, dan kebebasan-kebebasan lain sepertimana yang dijamin di bawah hak asasi manusia sepertimana yang diterimapakai secara standart di seluruh dunia," jelas beliau yang dihubungi TV Selangor.
Katanya lagi, Anwar berjuang untuk perkara yang sama iaitu bagi mendapatkan satu pilihanraya yang bebas dan telus, dan kebebasan untuk mendapatkan keadilan yang sewajarnnya di mahkamah.
"Perjuangan-perjuangan ini yang disebut sebagai kebebasan demokrasi merupakan perjuangan yang menjadi asas yang sama dengan perjuangan Suu Kyi untuk membebaskan Myanmar daripada cengkaman tentera junta serta menjadikan Myanmar sebuah negara yang benar-benar mengamalkan prinsip demokrasi," tegas beliau lagi.
Beliau seterusnya menjelaskan, buat masa ini Suu Kyi hanya diberi kebebasan fizikal, bukan kebebasan sepenuhnya kerana masih tidak diketahui samada Suu Kyi akan dibenarkan bergiat aktif dalam parti politik secara bebas, mendapat akses kepada media dan tidak dikenakan apa-apa sekatan untuk bertemu dengan rakyat Myanmar.

"Kita melihat bagaimana media disekat di Malaysia, tiada ruang yang bebas untuk Anwar memberikan pandangannya dan sekatan terhadap liputan-liputan positif terhdap beliau di dalam media. Banyak sekatan dikenakan terhadap beliau samada dalam ceramah umum ataupun didalam ceramah-ceramah di universiti," kata beliau lagi.
Shamsul seterusnya menjelaskan, perjuangan Anwar di Malaysia adalah sama sepertimana yang dilalui oleh Suu Kyi dari segi perjuangan untuk kebebasan demokratik di negara masing-masing.

Azmin Ali : Fokus Kukuh PKR Hadapi PRU-13


GOMBAK 21 NOV : Agenda memperkukuhkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang merupakan fokus utama kata Calon Timbalan Presiden PKR Azmin Ali di sini hari ini.
Azmin  menyatakan betapa PKR perlu mempersiapkan diri untuk terus bergerak ke hadapan memimpin Pakatan Rakyat bagi meruntuhkan kubu Barisan Nasional (BN) pada PRU ke 13 yang diura-urakan bakal berlangsung tahun hadapan.
"Tumpuan saya selepas kongres ini adalah untuk bersama kepimpinan baru dan ahli-ahli untuk memperkukuhkan parti dan bersama-sama bersedia untuk pilihnaraya akan datang. Itu agenda dan tumpuan utama saya," katanya.
Azmin yang ditemui TV Selangor selepas melaksanakan tanggungjawab mengundi di cabangnya di Gombak bagaimanapun tidak mahu merayakan kemenangan sebelum diisytiharkan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) namun berterima kasih kepada ahli PKR yang menyokong beliau.
Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa itu hampir pasti menggantikan penyandang Dr Syed Hussin Ali setelah mendapat majoriti  lebih 10,000 undi.
Mengulas mengenai rancangan Zaid untuk menubuhkan parti baru, Azmin percaya bahawa parti Zaid tidak akan diterima rakyat.

"Saya tak percaya rakyat akan tertipu dan ahli PKR cukup matang menentukan masa depan parti. Saya rasa dalam beberapa bulan ini, rakyat dapat menilai wajah dan karekter sebenar beliau. Beliau amat individualistik dan tidak dapat bekerjasama dengan orang lain dan saya tak fikir Zaid mampu mengetuai mana-mana parti," ujar Azmin.
Beliau turut melahirkan rasa syukur kerana pemilihan PKR sudah tiba fasa akhir sekaligus menolak dakwaan media arus perdana sebelum ini bahawa pemilihan itu akan gagal.

"Saya bersyukur kerana perjalanan pemilihan parti yang telah berjalan selama sebulan kini sudah sampai ke kemuncaknya telah berjalan dengan lancarnya tidak seperti yang dilaporkan media yang dikuasai oleh UMNO BN. Walaupun ada beberapa masalah teknikal dan pengurusan yang sedang diteliti JPP namun jumlahnya kecil jika dibandingkan dengan cabang yang berjaya melaksanakan proses yang cukup demokratik ini," katanya lagi.

Dr Syed Husin : Pemilihan PKR Mendapat Sambutan Menggalakkan



SHAH ALAM 21 NOV : Walaupun sering dimomok-momokkan oleh media arus perdana kononnya pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) penuh dengan kecelaruan, perbalahan dan anggota yang turun mengundi hanya suam-suam kuku, hakikatnya jauh dari fakta sebenar.

Timbalan presiden parti itu, Senator Syed Husin Ali berkata, penerimaan anggota parti terhadap proses pemilihan dengan sistem 'satu anggota, satu undi' itu nyata mendapat sambutan menggalakkan sepanjang tempoh pemilihan dan kekecohan yang berlaku disifatkan sebagai "badai sementara".

" Hakikat sebenar ialah kita berjaya menarik keluar sampai 70,000 anggota untuk mengundi dan ia satu perkara yang tidak pernah berlaku di Malaysia dengan parti-parti yang lain," kata Syed Husin.

Proses pemilihan PKR yang dijadual berakhir hari ini akan menyaksikan keputusan pemilihan diumumkan pada hari terakhir Kongres Nasional tahunan parti itu yang bermula Jumaat depan.

Selama lebih kurang sebulan proses pemilihan PKR berlangsung, media kawalan Umno menggambarkan PKR sebagai parti yang berpecahbelah dengan pemimpin bercakaran.

Tindakan Datuk Zaid Ibrahim keluar dari PKR dicanang oleh media kawalan Umno sebagai rasa tidak puas hati akan umbi terhadap kepimpinan PKR, namun hakikat ialah tindakan Zaid itu tidak mendapat sokongan, termasuk segelintir pemimpin yang mahukan pemilihan itu diatur dengan lebih kemas.


" Kalau kita lihat dari kaca mata yang objektif dan tidak melalui akhbar-akhbar yang memang selama ini mengutuk parti, sebenarnya keadaan kita adalah tenang, pimpinan bekerjasama, pimpinan berbincang dan membuat keputusan," tambah Syed Husin lagi.

Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan, Radin Shamsulkamar Radin Shamsuddin ketika ditemubual dalam rancangan Fokus Berita di Tv Selangor hari ini berkata, terdapat beberapa faktor utama yang menjadi punca kepada permasalahan yang timbul sepanjang tempoh pemilihan.

Ujar Radin, pengharapan yang terlalu tinggi dari ahli yang menjangkakan proses pemilihan  julung-julung kali diadakan ini akan direalisasikan dengan cukup sempurna, menyumbang kepada berlakunya rasa tidak puas hati.

" Pengharapan anggota itu kepada pemilihan yang kita lakukan adalah sempurna tetapi perlu kita akui, ini cubaan kali pertama. Percubaan yang saya kira berjaya, tetapi kelemahan ada.

" Tetapi kita perbaiki kelemahan itu dari minggu ke minggu. Jadi kalau minggu lepas kita telah kenal pasti dua tiga perkara yang tidak sepatutnya berlaku, kita baiki dan pada minggu depan ia tidak berlaku lagi," tambah Radin lagi.

Tanpa menafikan beberapa masalah wujud sepanjang proses pemilihan,menurut Radin, pemilihan itu sendiri merupakan satu kejayaan besar kepada PKR.

Justeru ujarnya, tidak hairanlah kalau seteru politik PKR menggunakan segala jentera yang ada demi menjatuhkan imej PKR di mata rakyat.


" Ia memang menunjukkan kejayaan yang cukup baik daripada segi pelaksanaan demokrasi bagi parti politik. (Oleh itu) kecemburuan itu terlalu tinggi. Umno mungkin tidak dapat hendak melaksanakan,mungkin masalah yang bakal mereka hadapi, kalau lah mereka cuba, saya rasa masalah yang bakal mereka hadapi 10 kali ganda dari apa yang kita hadapi.

" Jadi secara nyata apa yang menghiasi dada-dada akhbar dan apa yang disiarkan Tv3, RTM, semuanya bohong. Yang baik mereka tidak ambil," ulas Radin lagi. 

Mazlan ANAK : Penubuhan BAPAK Sekadar Gimik Politik


SHAH ALAM 21 NOV : Walaupun sebelum ini mendakwa semua peneroka Felda dibela dengan adilnya, syarikat itu akhirnya akur bahawa permasalahan sememangnya wujud apabila  mengumumkan penubuhan Biro Aduan Peneroka Kebangsaan atau BAPAK.

Namun penubuhan BAPAK itu disifatkan lebih sebagai gimik politik dalam cubaan terdesak peneroka tidak membawa masalah mereka kepada pertubuhan bukan kerajaan yang memperjuangkan hak mereka.

Pengerusi Gabungan Anak Peneroka Felda dan Generasi Kedua Mazlan Aliman berkata penubuhan BAPAK itu tidak membawa erti kerana di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri yang menjadi punca kepada segala masalah peneroka Felda.

"Apa-apa jua Biro Aduan dengan niat sekadar menandingi NGO yang kita tubuhkan tapi biarlah mempunyai satu hasrat dan tujuan kita mahu fokus kepada isu-isu yang dibangkitkan oleh masyarakat Felda,saya terkilan kerana Biro yang ditubuhkan ini terletak di bawah Perdana Menteri jadi seharusnya boleh menyelesaikan masalah itu," kata Mazlan.

Mazlan Aliman juga mendakwa nama BAPAK yang diumumkan timbalan menteri itu seolah-olah menciplak nama NGO yang telah ditubuhkannya sebelum ini untuk menangani permasalahan FELCRA.

"Kita ada tubuhkan NGO untuk Felcra yang dipanggil badan bertindak peserta felcra kebangsaan atau BAPAK, kita sudah sebut nama ini beberapa bulan yang lalu saya tak pasti samada nama yang diwujudkan mereka itu satu kebetulan atau nama yang kita dah umumkan beberapa bulan dahulu," tambahnya lagi.
Jelas Mazlan Aliman lagi BAPAK yang baru ditubuhkan itu hanya sekadar satu lagi gimik politik untuk menutup kelemahan di Felda setelah melihat kesungguhan ANAK mendedahkan segala penyelewengan dan isu melanda masyarakat Felda di negara ini.

"Saya percaya semua ini gimik untuk berlawan dengan  apa yang kita usahakan sebab kita lebih fokus dan lebih serius untuk menangani sehingga kepada satu titik noktah bagaimana isu-isu yang berbangkit tanah rancangan Felda dapat diselesaikan," katanya lagi.

Hasil usaha gigih ANAK dan peguam Pakatan Rakyat, peneroka-peneroka Felda berjaya dalam dua saman terhadap syarikat itu sebelum ini bersabit bayaran berjumlah berjuta-juta ringgit yang gagal di lunaskan oleh Felda.

Syabas PKR

Hari ini adalah hari terakhir cabang-cabang PKR mengadakan proses pengundian. Baki 37 cabang melangsungkan proses pengundian iaitu 13 di Johor, tujuh di Selangor, satu di Sabah dan 16 lagi di Sarawak. Proses pengundian yang bermula 10 pagi akan berakhir 4 petang nanti.

Kepimpinan PKR nampaknya masih mempertahankan langkah memperkenalkan sistem satu anggota satu undi walaupun sambutan akar umbi parti sejak awal musim pengundian peringkat pusat sebulan lalu hambar dengan jumlah turun mengundi kurang 10 peratus. Akar umbi parti sebenarnya menerima baik sistem pengundian langsung tersebut sebagaimana yang disaksikan pada sesi pemilihan peringkat cabang sebelum sebelum ini. Angka keseluruhan adalah lebih penting daripada peratusan yang keluar mengundi.

Kebanyakan parti menggunakan sistem perwakilan atau ‘electoral college system’ di mana yang dipilih menjadi ahli perwakilan, berkempen yakini dilihat selaku ahli-ahli yang aktif. Tetapi PKR menggunakan pemilihan langsung dan ahli bebas yang tergolong sebagai aktif atau pasif. Yang penting adalah “absolute numbers” setakat ini iaitu lebih 20,000 daripada ahli yang layak mengundi. PKR mengumumkan sebelum ini pihaknya sekitar 400,000 ahli.

Ini kejayaan sebenar iaitu ahli bebas dan keluar undi, penentu PKR masih relevan dan utuh.

Setakat ini boleh dikatakan sistem pengundian PKR tetap antara yang terbaik berbanding sistem perwakilan yang digunakan oleh parti-parti lain walaupun peratusan mengundi kurang adalah kecil. Ia (sistem pengundian PKR) lebih baik dari sistem perwakilan parti-parti lain yang mungkin disertai 1,500 perwakilan sahaja.

Amat tidak wajar merumuskan sistem pemilihan langsung julung kali diperkenalkan oleh PKR itu sebagai gagal. Benda baru, sudah tentu ada banyak cabaran. Mana-mana program dan sistem, pemilihan secara langsung memerlukan masa untuk menjadi mantap dan diuji sebagai pendekatan yang berjaya.

Bagaimanapun PKR boleh juga mempertimbangkan kemungkinan meminda tatacara pemilihan. Kalau orang merasakan keluar mengundi dua kali (cabang dan pusat) memenatkan, lebih baik biar mengundi sekali sahaja.

Zul Kulim.. Tolong Bayar Balik Hutang.. Hang Tak Malu Ka?

TOLONG SAMPAIKAN PADA ZUL NORDIN

SANDIWARA POLITIK PKR SUDAH LENGKAP – berita hairan

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin, berkata pengumuman bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan, Zaid Ibrahim, untuk meninggalkan PKR secara rasmi tidak lama lagi sekadar pelengkap kepada sandiwara dimainkan kepemimpinan PKR selama ini.

“Kecundangnya Zaid, sekadar mengesahkan apa yang kami di Konsensus Bebas dedahkan dari awal, bahawa PKR hanyalah parti untuk golongan Firaun kecil yang mendokong falsafah politik matlamat menghalalkan cara, menggunakan kaedah pembohongan dan cakap tak serupa bikin untuk memahkotakan angan-angan seorang manusia untuk menjadi Perdana Menteri.


Kepada Zul Nordin:

Saudara,

Tiga hari dahulu saya mendapat panggilan talipon. Ketika panggilan masuk saya berada dibilik mandi. Selesai mandi saya ternampak ada tanda pangilan tidak dijawab dan belum pun sempat saya melakukan sesuatu - satu susulan pesanan ringkas masuk.

Pesanan meminta kebenaran untuk bercakap jika saya sibuk dan tidak mahu diganggu. Pesanan ini saya tahu dari siapa. Saya amat kenal hamba allah ini. Ini kenalan dan kawan lama saya.


Kami berkenalan dan berkawan ketika kami muda. Kami berkenalan dan berjuang ketika kami anak anak mahasiswa. Hamba allah ini juga adalah ahli majlis ke 16 Persatuan Mahasiwa Universiti Malaya dimana saya menjawat Setiausaha Agung PMUM.

Untuk masa ini biarlah saya tidak mengenalkan nama hamba allah ini kepada umum. Tetapi saudara Zul Nordin pasti amat amat mengetahui siapa hamba allah yang saya maksudkan ini.

Biar saya teruskan surah ini. Saya pun menalipon kenalan lama saya ini. Apa yang saya tulis dibawah ini ini adalah hasil dari perbualan talipon kami.

Bagini isinya:

Saya diberiathu bahawa apabila parlimen dibubarkan pada tahun 2008 dahulu, nama Zul Nordin telah dicadangkan oleh Parti Keadilan Rakyat sebagai calon parlimen.

Zul Nordin telah berkesah tentang namanya sebagi calon kepada ramai orang. Zul Nordin bercerita bahawa dia amat amat kekurangan duit. Malah Zul Nordin becerita yang dia tidak memiliki duit untuk untuk wang pertaruhan.

Zul Nordin telah mengkesahkan ‘ kesusahan’ ini kepada seorang seniman. Sang Seniman ini kemudian telah pergi menemui hamba allah kawan saya itu dan meminta sesuatu dilakukan.

Sebenarnya sang Seniman, hamba allah ini dan saya adalah dalam satu angkatan. Kami sama sama di jalan raya pada Disember 1974 dahulu. Sang Seniman ini adalah juga kawan baik saya.

Si hamba allah ini dengan baik hati telah menguruskan 15ribu ringgit duit Malaysia untuk digunakan oleh Zul Nordin. Wang sebanyak ini telah dipinjamkan agar dapat digunakan sebagai duit pertaruhan yang diwajibkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya -SPR.

Telah dijelaskan antara si pemberi dan si penerima bahawa wang sebanyak ini hanyalah untuk dipinjamkan sahaja. Sesudah piliharanraya selesai wang pertaruhan ini akan dikembalikan

Zul Nordin ketika itu adalah anggota PKR telah menang dan diangkat sebagai ahli parlimen.

Hamba allah kawan saya ini telah membiarkan beberapa bulan sebelum cuba menghubungi Zul Nordin untuk menuntut kembali wang sebanyak 15ribu ringgit ini. Semuanya gagal. Zul Nordin, si Pejuang Islam dan si Penjihad agama ini tidak ambil pot.

Telah beberapa kali cuba dihubungi, si Pejuang Islam ini buat deeeeek sahaja. Justeru hamba allah ini tidak ada pilihan melainkan menalipon Tukar Tiub.

Itulah saja isi perbualan talipon antara saya dengan hamba allah yang meminjamkan duit kepada Zul Nordin.

Saudara Zul,

Saya berharap saudara Zul membaca surat saya ini.

Atau jika ada sesiapa yang kenal atau ada hubungan dengan Zul Nordin sila sampai berita hutangnya yang belum berbayar.

Marilah kita sama-sama ingat mengingati bahawa sebelum kita berbuih-buih mulut untuk berjihad lebih baik kita selesaikan hutang piutang kita. Sebelum kita meloncat loncat bercakap tentang Islam lebih baik kita uruskan hal hutang kita.

Saya kurang arif dalam hal hukum hakam Islam justeru saya tidak tahu apakah hukumnya jika kita memiliki wang tetapi enggan membayar hutang lama kita. Saya harap mereka yang arif dalam hal ini akan berbaik hati untuk menerangkan kepada saya yang jahil ini.

Tetapi dalam budaya dan lingkungan saya yang kurang didikan agama dan tidak pernah berjihad dan tidak melaung-laungkkan Islam – kami akan menyelesaikan hutang piutang kami. Bukan kerana kami hendak masuk syurga tetapi cakap kami adalah janji kami. Janji kami tidak bersayap. Apa yang dikata akan dikota. Ini pegangan hidup kami walau pun kami tidak berjihad atau berbuih-buih mulut bercakap tentang Islam.


Sekian wassalam
Isham Rais

p/s:
saya menulis surat ini
untuk menyatakan rasa simpati
saya kepada hamba allah kawan
saya yang duitnya telah saudara
pinjam. malah kawan saya itu
tidak ada jalan lain lagi untuk
mendapatkan kembali duit itu.

Kertas Undi Bocor: JPP bertanggungjawab untuk segera beri penjelasan




Pemilihan PKR menutup tirainya hari ini. Pemilihan ini sewajarnya memberi banyak iktibar kepada parti, pemimpin dan anggota. Sebelum ini saya telahpun membuat desakan dan menyatakan bahawa pemilihan parti adalah tidak telus, mengandungi penipuan dan manipulasi undi. Pemilihan PKR penuh kecacatan, dan kecacatan ini jelas membayangkan kelemahan badan pengurusan dan pemantauan, dan kelemahan ini membuka ruang untuk berlakunya manipulasi dan penipuan.

Saya mendesak pihak JPP, Sekretariat atau pucuk pimpinan untuk menjelaskan kesahihan ‘posting’ yang disiarkan oleh blogger Haris Ibrahim melalui blog beliau pada 21 November hari ini. ‘Posting’ tersebut jelas menunjukkan kertas undi yang bakal digunakan pada hari ini bagi pemilihan di Cabang Gombak, Ampang, Selayang, Kuala Langat, Hulu Langat, Kuala Selangor, Pandan dan beberapa tempat lain lagi. Posting beliau jelas membuktikan kertas undi telah bocor.

Persoalannya ialah bagaimana Sdr Haris boleh menyiarkan kertas undi di blog beliau 2 jam sebelum pusat-pusat pengundian dibuka pada jam 10 pagi? Sdr Haris juga mendakwa beliau menerima e-mel memberitahu kertas undi pemilihan PKR telah bocor. (Perkara yang sama jugadilaporkan oleh laman web Free Malaysia Today.)

Oleh yang demikian, saya sekeras-kerasnya mendesak JPP menjalankan kewajipannya untuk memberi penjelasan mengenai perkara ini. Walaupun hari ini adalah hari terakhir pemilihan tetapi apa yang telah berlaku seolah-olah mengiyakan dakwaan para anggota di peringkat akar umbi; JPP dan Sekretariat memainkan 'peranan' dalam memanipulasi undi bagi memenangkan calon tertentu.

Saya merasa sedih dan teramat-amat kecewa dengan pimpinan parti khususnya Anwar Ibrahim dan Presiden yang mendiamkan diri dan membiarkan sahaja JPP serta Sekretariat Ibu Pejabat bertindak kotor dan mencemarkan prinsip-prinsip luhur perjuangan reformasi.

Abdul Aziz Anon

Pulau Pinang bukan negeri kontraktor, kata Guan Eng

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengingatkan pemimpin MCA, terutama Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha bahawa rakyat adalah tuan sebenar, bukan kontraktor atau kementerian itu.

Justeru, setiausaha agung DAP itu berkata, Kong harus menjelaskan apa salahnya MMC-Gamuda JV Sdn Bhd (MMC-Gamuda JV) mengeluarkan surat jaminan bagi melindungi kepentingan awam berhubung kemungkinan berlakunya banjir di Pulau Pinang.

NONE“Apa salahnya MMC-Gamuda keluarkan surat jaminan kerana Kementerian Pengangkutan juga pernah mengeluarkan surat jaminan untuk syarikat swasta membabitkan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) bernilai RM12.85 bilion.

“Jadi, kita dapat lihat betapa pemimpin MCA hanya teruja dalam projek-projek mega berbanding kepentingan rakyat dan ini merupakan budaya yang sangat tidak sihat, ” katanya dalam satu kenyataan.

Kong baru-baru ini dilaporkan mengkritik kerajaan Pulau Pinang dengan mendakwa tindakan mengeluarkan arahan berhenti kerja kepada MMC-Gamuda melibatkan Projek Landasan Berkembar Elektrik Ipoh-Padang Besar (EDTP) bernilai RM13 bilion sebagai tidak berasas.

Kerajaan negeri Pulau Pinang bagaimanapun menarik balik perintah berhenti kerja bagi projek landasan kereta api berkembar Ipoh-Padang Besar itu selepas (MMC-Gamuda JV) memberi surat jaminan mengenai langkah-langkah mencegah banjir.

NONEMengulas lanjut, Lim berkata, dengan tindakan Kong itu, banyak pihak kini tertanya-tanya apakah tindakan menteri pengangkutan itu membayangkan bahawa kerajaan ingin mengatakan syarikat swasta lebih penting dari warga awam.

Sehingga hari ini, katanya, kontraktor terbabit telah memberi kerjasama yang baik dan tidak membantah apabila arahan berhenti kerja itu dikeluarkan.

Ujar Lim lagi, Kong juga memutar-belit isu itu dengan mengatakan bahawa kerajaan negeri sengaja menjadikan kehidupan lebih sukar dengan tidak mahu bekerjasama dengan kerajaan persekutuan dalam projek-projek mega.

Menurut Lim, jika dakwaan ini benar, masakan kerajaan negeri akan meluluskan projek bernilai RM13 bilion itu.

Pemilihan PKR selesai tapi dicalar dakwaan baru, kertas undi bocor

KUALA LUMPUR, 21 Nov — Pemilihan PKR 2010 yang menutup tirainya hari ini terus dicalar dengan dakwaan terbaru — kononnya diragui ketelusan berikutan laporan sebuah blog bahawa kertas undi bagi beberapa cabang di Selangor telah bocor sebelum sesi pengundian dimulakan pagi tadi.
Hari ini adalah hari terakhir cabang-cabang PKR mengadakan proses pengundian.
Sebanyak 37 cabang melangsungkan proses pengundian iaitu 13 di Johor, tujuh di Selangor, satu di Sabah dan 16 lagi di Sarawak. Proses pengundian yang bermula 10 pagi berakhir 4 petang tadi.
Sebelum ini wujud saranan agar pemilihan pusat ditangguh dan dibatalkan tetapi parti memutuskan untuk meneruskan pemilihan.
Ketua Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Dr Molly Cheah ketika dihubungi berkata beliau tidak tahu-menahu mengenai dakwaan terbaru itu.
“Saya tidak tahu apa-apa mengenai pemilihan hari ini. Saya tidak berada di sana (pejabat PKR), saya cuma ada dengar cabang Hulu Selangor ada masalah.
“Itu sahaja, yang lain saya tidak tahu. Kena tanya pejabatlah kalau nak tahu,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider petang ini.
Usaha mendapatkan pemimpin kanan PKR belum berhasil.
Biro Politik PKR mengadakan mesyuarat petang ini.
Blog People’s Parliament, yang dua minggu lalu mempersoalkan kertas undi boleh dijual beli, hari ini  melaporkan borang pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang sepatutnya diserahkan kepada ahli untuk mengundi pada pukul 10 pagi tetapi diperoleh terlebih awal.
Menurut blog tersebut yang menerima maklumat tersebut daripada seorang penghantar e-mel berkata telah menerima e-mel dan gambar yang mengandungi borang pemilihan PKR.
Ekoran dakwaan blog itu awal bulan ini, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, parti itu menggunakan warna yang berlainan bagi borang pemilihan setiap minggu.
Beliau juga berkata, bagi pemilihan minggu ini warna bagi borang pemilihan MPP adalah berwarna merah jambu.
Dalam blog tersebut turut dilampirkan borang pemilihan untuk jawatan timbalan presiden dan naib presiden.
Ini merupakan kali pertama PKR mengadakan pemilihan secara langsung berdasarkan konsep satu ahli, satu undi.
Menurut penghantar e-mel tersebut, borang pemilihan berwarna pink itu sepatutnya hanya boleh dibuka secara rasmi pada pukul 10 pagi.
“Bagi pemilihan hari ini ia melibatkan tujuh cabang di Selangor dan 30 yang lain di Johor, Sarawak dan Sabah.
“Borang pemilihan ini sepatutnya hanya boleh dibuka pada pukul 10 pgi, saya percaya borang ini telah dibuka sebelum pemilihan bermula.
“Saya hanya menyerahkan maklumat ini kepada anda (pemilik blog) dan berharap anda boleh melakukan sesuatu,” katanya.
Sebelum ini banyak aduan telah dibuat ekorang ketidaktelusan PKR dalam menjalankan pemilihan parti itu kali ini.
Keputusan pemilihan PKR hanya akan diumumkan pada Kongres Nasional PKR bulan depan.
Kongres tersebut yang akan berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat depan akan diadakan di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Sehingga 14 November lepas, keputusan terhadap saingan bagi jawatan timbalan presiden menyaksikan Naib Presiden Azmin Ali mendahului kedudukan dengan kelebihan undi sebanyak 11,350 undi.
Azmin meraih 14,751 undi manakala pencabarnya Naib Presiden dan Pengerusi PKR Perak Mustaffa Kamil Ayub memperoleh 3,401 undi.
Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mendahului saingan bagi jawatan naib presiden yang memperuntukkan empat tempat dengan kelebihan undi sebanyak 1,518 undi daripada pencabar terdekatnya Pengarah Strategi PKR Tian Chua.
Nurul Izzah memperoleh 11,042 undi manakala Tian Chua dengan 9,524 undi dan mereka diikuti Pengarah Pilihan Raya Fuziah Salleh (7,878) serta Pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Dr Mansor Othman (7,448).
Bagi jawatan ahli MPP yang memperuntukkan 20 tempat, Elizabeth Wong mendahului saingan dengan memperoleh 8,367 undi; diikuti Dr Badrul Amin Baharon (7,814), Hee Loy Sian (6,694), Datuk Johari Abdul (6,570), dan Khalid Jaafar (6,406).
Saingan Ketua Wanita PKR menyaksikan penyandangnya Zuraida Kamaruddin mendahului dua calon lain dengan kelebihan 2,362 undi.
Beliau memperoleh 4,510 undi manakala pencabarnya Dr Suraya Sudin memperoleh 1,181 undi serta Animah Ferrar dengan 967 undi.
Saingan bagi jawatan Ketua AMK pula, pertandingan dilihat sengit di antara penyandangnya Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard.
Shamsul Iskandar memperoleh 3,981 undi manakala Badrul Hisham 3,273 undi, beza undi adalah sebanyak 708 undi.
Dalam pada itu, cabang Ayer Hitam, Johor terpaksa membatalkan proses pemilihan kerana mendakwa tidak menerima notis mengadakan pemilihan daripada ibu pejabat.
Ketua penaja cabang Zaid Mohd Yusof berkata, seramai 116 ahli PKR di kawasan itu tidak dapat menjalankan proses pemilihan kerana kegagalan pengurusan pentadbiran.
“Bukan kekecohan yang berlaku tetapi adalah pemilihan tidak dapat dijalankan kerana notis mengadakan pemilihan tidak diterima daripada ibu pejabat.
“Bila petugas dari ibu pejabat datang minta adakan pemilihan, kami tidak dapat jalankannya kerana tiada notis tersebut.
“Tiada notis suruh kita adakan pemilihan, jadi kita tidak boleh nak buat pemilihan. Seramai 116 ahli tidak boleh mengundi disebabkan pengurusan pentadbiran yang lemah,” kata beliau ketika dihubungi.
Beliau yang ternyata kecewa dengan perkara itu meminta pihak pengurusan supaya lebih peka dan mengambil berat tentang soal pemilihan parti.
“Pihak pengurusan tidak mengambil berat, mereka tidak tahu masalah yang kita alami.
“Bagi saya ini adalah peristiwa hitam yang berlaku dalam pemilihan PKR,” katanya.

Lagi demo depan pejabat PKRLagi demo depan pejabat PKR

Kira-kira 200 orang yang mendakwa anggota PKR berhimpun di hadapan ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya bagi membantah proses pemilihan langsungnya yang didakwa tidak telus.

Diketuai bekas timbalan setiausaha agung P Jenapala, penyokongnya daripada 14 buah seluruh selangor hadir untuk protes ringkas selama 45 minit bermula pada jam 4.30 petang.

former pkr deputy sec-gen jenapala protest pkr election hq tropicana 211110 crowdMereka yang membawa kira-kira 20 kain rentang, antaranya berbunyi "Jenapala the true hero", "Keadilan yang tidak adil" dan "Shame on you Anwar".

Jenapala di dalam ucapannya menuntut supaya pemilihan diadakan dengan telus dan pemilihan ini tidak dapat diterima oleh ahli akar umbi.

"Jalankan pemilihan dengan telus. Parti (ini) cakap mengamalkan demokrasi dalam pemilihan, tetapi di mana perkataan itu lagi," katanya sambil mendakwa ahli PKR sudah ditipu dengan janji-janji kosong.

former pkr deputy sec-gen jenapala protest pkr election hq tropicana 211110 2Beliau juga turut mendakwa bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih mementingkan calon timbalan presiden Azmin Ali daripada anggota parti.

"Kalau hendak (Azmin) simpanlah untuk selama-lamanya," katanya menyindir.

Jenapala sebelum ini pernah mengadakan perhimpunan yang sama, dengan motif yang serupa di tempat itu.

Bagaimapun, ketika itu, jumlahnya hanya separuh daripada yang hadir hari ini.

Jenapala sebelum ini berhasrat bertanding timbalan presiden PKR tetapi pejabat agung parti itu berkata beliau bukan lagi seorang anggota.

Akta siber: Kerajaan mahu rakyat buta, pekak

KUALA LUMPUR, 21 Nov: PAS mendakwa tindakan Kementerian Dalam Negeri memperkenalkan garis panduan, definisi hasutan kepada pengguna internet sebagi satu lagi usaha untuk 'membuta dan memekakkan' rakyat.

Ketua Penerangannya, Idris Ahmad berkata, tindakan tersebut lebih kepada usaha menyekat maklumat sebenar sampai kepada rakyat.

"PAS berpandangan tindakan ini lebih kepada usaha untuk membendung maklumat penyelewengan kerajaan BN.

"Umno BN hanya bergantung kepada propaganda media perdana sahaja untuk mengekalkan pengaruh mereka di negara ini.

"Mereka tidak mampu untuk melawan serangan yang dibuat oleh media baru pada hari ini," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Katanya lagi, seluruh jentera Umno sudah tidak bermaya, dan hanya bergantung kepada media radio dan televisyen sahaja.

Malahan setengah tempat ujarnya, Umno terpaksa menswastakan program penerangan melalui NGO yang pro mereka agar boleh menarik orang datang.

"Jika tidak, orang tidak mahu datang jika atas lambang umno.

"Sebab itu tidak hairan kepada kita BN sudah membuka peluang kepada NGO untuk bersama BN dalam mesyuarat majlis tertinggi.

Beliau turut mempersoal tindakan kerajaan itu dengan asas bahawa telah banyak akta-akta yang diwujudkan untuk mengatasi masalah tersebut.

Ianya seperti Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Mesin Cetak dan Akta Hasutan.

"Kerajaan boleh bertindak mengikut akta yang sedia ada dengan membawa pesalah ke muka pengadilan," katanya.

Beliau bagaimanapun bersetuju jika tindakan diambil kepada mereka yang mendedahkan maklumat ketenteraan negara, penghinaan kepada agama dan bangsa.

"Tetapi jika maklumat yang didedahkan ialah penyelewingan yang merugikan negara dan rakyat, kenapa perlu kerajaan takut untuk menghadapi penghakiman yang akan dibuat oleh rakyat dalam pilihanraya umum akan datang," soalnya.

Negara rugi berbilion ringgit akibat nahas jalan raya setiap tahun..ha..ha..buat projek baru untuk kronie plak..!!!

(Bernama) - Negara mengalami kerugian berbilion ringgit setiap tahun akibat kes kemalangan jalan raya yang kadarnya meningkat setiap tahun, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.
Beliau berkata, kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIRIOS) mendapati pada 2008 sahaja, negara mencatatkan kerugian sebanyak RM7.8 bilion yang bersamaan dengan 1.5 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
"Berdasarkan statistik pada tahun lalu saja, seramai 6,745 pengguna jalan raya maut berbanding hanya 6,527 orang pada tahun 2008, di mana 60 peratus daripadanya adalah penunggang dan pembonceng motosikal," katanya kepada pemberita selepas menutup Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) di Sekolah Menengah Kebangsaan Pangkor di sini hari ini.
Mengenai program itu, beliau berkata ia adalah antara program yang dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi membantu kerajaan menangani kes kemalangan jalan raya yang dilaporkan semakin meningkat setiap tahun.

"Sejak 2004 hingga kini, seramai 8,805 orang di seluruh Perak telah mengikuti program tersebut bagi mendapatkan lesen memandu motosikal dan kesedaran terhadap aspek keselamatan jalan raya.

"Bagi tujuan itu, mereka hanya dikenakan bayaran RM170 bagi mendapatkan lesen motosikal berbanding RM261 jika melalui institut memandu," katanya.

Sementara itu, Kong turut mengumumkan pembinaan sebuah Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) cawangan Seri Manjung yang dijangka siap pada penghujung April tahun depan bagi menggantikan cawangan sedia ada di kawasan Perindustrian Kampung Acheh, Sitiawan.
Pada majlis itu, sebanyak 267 peserta terdiri daripada warga emas berumur lebih 45 tahun dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkor menerima lesen memandu melalui program SKSJ.

Turut hadir, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan, dan Pengarah JPJ Perak, Jaafar Mohamed.

Jom rasa untung jadi tua

Apa tengok tengok... ada utang ka...

Salam semua...

Dunia berputaq ligat, Pak Long pun rasa penat. Bebudak teruja nak remaja, remaja tak sabaq nak dewasa, dewasa akan jumpak tua. Sapa kata orang tua tu rugi, masa tua ni la kita hargai waktu sepi. Kerana masa tua ni la kita sedaq, duit berbakoi bakoi pun tak guna kalau hati tak tenang, duit bergundi gundi pun tak boleh pakai kalau sakit dah ramai... haha... Masa tua cam ni la jugak kita nampak tengok dunia luaih dengan jelaih... budak budak tok sah dok mai kencin la, pasai apa yang depa lalu tu hasil muntah kita yang tua...

Kalau kita rajin tanya bebudak, depa kata syok la jadi orang tua... boleh buat apa depa suka terutama bila dah ada kosa... haha... Ca hangpa tanya orang tua tua pulak, depa lebih suka jadi bebudak, boleh buat apa depa hendak, boleh dapat apa depa mintak, tanggungjawab langsung tak dak... haha... Tapi janji Tuhan pada hambaNya, tak dak orang yang boleh hidup tongkat langit. Hidup tak boleh patah balik dah, macam ayaq sungai yang turun pi muara tak boleh patah balik pi ke hulu....

Masa jasad masih ada roh ni saja, boleh dok tengok dunia ni tinggi, anak bini melawa sekali, rasa besaq pasai keta lebaq. Duit berlori lori, kerja dunia dok tak habih habih lagi.

Tapi, hidup ni akan mati, akan bercerai jugak roh dari jasad. Selamat tinggai dunia, selamat menempuh alam barzakh. Bini yang kita sayang pun akan cepat cepat panggil tok siak mesjid, mandi dan kapan sebelum simpan takut busuk. Itu lah putaran hidup kita sebagai hamba pada Yang Esa, sebahagian dari cerita dan kejadian. Jom kita cuba suka dan rai seadanya kita, saki baki kehidupan yang ada. Jangan dok tertekan sangat dengan asam garam hidup, suka tak suka pun kena suka jugak... haha...

Pentingnya cari lah hati yang tenang, mustahaknya bina lah kebahagiaan.

Wassalam...
Pak Long.

Lim Guan Eng : Dakwaan Rais Tidak Berasas


SHAH ALAM 21 NOV : Dakwaan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim bahawa kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang kurang komitmen dalam memulihara warisan negeri berbanding Melaka adalah tidak berasas.
Menurut laporan The Malaysian Insider hari ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menegaskan walaupun Pulau Pinang di 'anak tiri' kan oleh kerajaan pusat tetapi Pulau Pinang telah mengambil inisiatif sendiri dengan memperuntukkan dana kerajaan negeri sebanyak RM3 juta bagi membiayai projek pemuliharaan warisan negeri.
"Putrajaya tidak memberi peruntukkan untuk Pulau Pinang tetapi sebaliknya memberikan Khazanah Nasional Bhd sebanyak RM25 juta dan kerajaan Melaka sebanyak RM30 juta untuk membiayai projek pemuliharaan selepas George Town dan Melaka diisytiharkan sebagai bandar 'World Heritage'oleh Organisasi Pendidikan, Saintifik dan Budaya Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco) pada Julai 2008," jelas beliau.
Katanya lagi, kerajaan PR Pulau Pinang berjaya memperlihatkan kemajuan di lima tapak warisan utama walaupun dipinggirkan sebegitu rupa oleh kerajaan pusat.
"Rais patut sedar pemuliharaan warisan merupakan satu simbol martabat dan kebanggaan negara yang penting dan atas sebab yang samalah kerajaan PR Pulau Pinang memutuskan untuk tidak membuat apa-apa aduan terhadap diskriminasi kerajaan pusat kepada Unesco walaupun kita mempunyai sebab yang kukuh untuk berbuat demikian," tegas Lim lagi.
Beliau seterusnya menyatakan Rais perlu mempraktikkan nasihatnya sendiri untuk tidak mempolitikkan pemuliharaan warisan dan memberikan tumpuan kepada Pulau Pinang setara dengan Melaka dari segi peruntukkan.
Lim yang juga Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokrat (DAP) menambah beliau telah menubuhkan satu badan yang dikenali sebagai George Town World Heritage Incorporated (GTWHI) untuk memulihara, mempertahankan dan mempromosikan warisan negeri Pulau Pinang.
"Pengurus Besar GTWHI, Maimunah Sharif amat dikenali kerana kecekapan beliau dan beliau juga pernah dilantik oleh kementerian yang diterajui oleh Rais bagi mewakili Malaysia dalam beberapa persidangan Unesco," kata beliau lagi.
Beliau memberitahu Pulau Pinang juga telah menjemput Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan untuk menyertai program pemuliharaan negeri tersebut.
Katanya lagi, GTWHI juga telah diarahkan untuk menyertai apa-apa program anjuran kementerian tersebut dan memastikan Maimunah hadir sekiranya Rais melawat Pulau Pinang.
Lim juga memberitahu Pulau Pinang berjaya mengnajur Festival Warisan yang pertama di negara ini pada Julai lalu dengan peruntukkan hanya RM1.1 juta.
"Panel Pantauan Teknikal Warisan yang telah beroperasi selama setahun, terdiri daripada ahli-ahli badan profesional bertujuan memastikan semua pelan pemuliharaan mematuhi garis panduan yang ditetapkan," kata beliau.

Anwar-Suu Kyi- Angkara 'Tangan Hitam' APCO ?


KUALA LUMPUR 21 NOV : Media arus perdana hari ini memberi liputan meluas kepada rencana seorang penulis barat dengan tajuk Anwar bukan Aung San Suu Kyi.
Tulisan Rachel Motte dalam blog New Ledger  diberikan liputan meluas oleh Bernama, Berita Harian, Utusan Malaysia dan media lain. Namun fakta yang disembunyikan ialah tuduhan-tuduhan melulu di dunia siber  bahawa Motte  adalah penulis upahan APCO.
Ini bukan kali pertama beliau mengecam Anwar atau memuji kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, malah itulah agendanya sebelum ini menerusi  artikel seperti The Reversal of Anwar Ibrahim.     
Semua maklum,  dan  seperti yang sahkan di Parlimen, APCO ialah perunding yang diupah oleh kerajaan pimpinan Najib dengan kos mencecah lebih RM78 juta ringgit,  untuk memulihkan imej Perdana Menteri yang tercalar sekian lama.
Selain mengupah ramai bekas pegawai tertinggi rejim Zionis,  APCO diberikan amanah untuk mengatur liputan media yang memuji Najib dan isteri serta membidas Anwar  dalam usaha untuk memintas sokongan Barat terhadap Ketua Pembangkang itu.
Dalam artikel terbarunya, Motte berbohong  apabila  memberi  gambaran kononnya Anwar membandingkan diri beliau dengan pemimpin pro demoraksi  Aung San Sun Kyi.
 Anwar tidak pernah membandingkan dirinya dengan pengorbanan yang dilalui oleh ikon Myanmar itu.  
Untuk berbuat demikan adalah mengundang "hara kiri"  politik  atau membunuh diri secara politik dan Anwar lebih jauh lebih bijak dan matang dari itu. 
Mesej yang dibawa oleh Anwar ketika lawatan beliau di Australia amat mudah untuk di faham (kecuali mungkin bagi Apco, Motta dan media arus perdana) iaitu :
Dalam mengecam kekejaman di  Myanmar, kerajaan-kerajaan seperti Australia digesa juga turut peka terhadap keadaan sebenar di Malaysia, di mana pencabulan asas-asas demokrasi dan hak asasi rakyat berlaku saban kali.
Anwar berkata apa yang diminta beliau bukanlah campurtangan langsung Australia tetapi sekadar mahukan negara itu terus  memberi perhatian kepada isu-isu sejagat seperti keadilan dan hak asasi. 
Seseorang tidak perlu menjadi pakar hal ehwal Malaysia untuk mengesahkan kebenaran  mesej Anwar.
Kes Teoh Beng Hock, kematian ratusan orang dalam lokap polis, sistem kehakiman yang tidak berwibawa,  rampasan kuasa di Perak yang dihalalkan oleh mahkamah adalah hanya secebis  realiti di Malaysia.
Motte mendakwa  Anwar tidak boleh membandingkan dirinya dengan penahanan Suu Kyi kerana beliau diberi perbicaraan, mempunyai pasukan peguam, akses kepada media tempatan dan antarabangsa serta mempunyai parti politiknya sendiri.
Anehnya hujah Motte ini begitu mirip dengan alasan yang diberi oleh mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad ketika Anwar menghadapi perbicaraan konspirasi pertama selepas beliau dipecat daripada  kerajaan pada tahun 1998.
Adalah membazir  masa untuk menghuraikan kewibawaan perbicaraan yang dilalui oleh Anwar ketika itu yang berakhir dengan beliau dipenjarakan selama lapan tahun.
Cukup sekadar  mengingatkan bahawa  perbicaraan itu menjadikan Malaysia bahan ketawa antarabangsa dan adalah detik hitam dalam sejarah perundangan kita.
Tidak ada banyak yang berbeza pada perbicaraan Anwar kali ini. Seperti 1998, masih berlaku pengadu dan Perdana Menteri berjumpa sebelum tuduhan dikenakan terhadap Anwar. 
Tidak apa jika Anwar dinafikan kenyataan polis dan bahan bukti untuk membolehkan beliau membuat pembelaan rapi. Tidak apa jika pengadu dan pendakwaraya menjalin hubungan sulit.
Tidak apa jika laporan awal doktor mengatakan tidak ada bukti pengadu diliwat.
Semua maklumat ini,  dan banyak lagi dilaporkan dalam semua media bebas.  Tentunya fakta-fakta ini ada dalam pengetahuan Motte dan Apco.
Apco dan Motte harus ditanya harga maruah diri mereka.
Cubaan untuk mengelirukan rakyat dengan sengaja menyalah lapor fakta  demi  mencantas seseorang harus dikutuk  sebagai satu bentuk pencabulan jijik terhadap kebebasan media.

Desak DSAI Letak Jawatan Angkara Siapa?

Sejak akhir-akhir ini isu meminta DSAI letak jawatan yang kononnya disuarakan oleh ahli PKR sememangnya amat meragukan semua pihak. Pihak-pihak ini yang dilihat cuba mengambil kesempatan, seolah-olah PKR memang berada dalam keadaan yang bermasalah.

Apa hak mereka nak menyuruh DSAI letak jawatan ?Apa masalahnya? Ada bukti ka DSAI seleweng mana-mana duit rakyat? Mana perginya sikap kental diri dan semangat reformasi terdahulu.

Yang nyata skripnya seolah-olah telah diplotkan oleh pihak-pihak tertentu yang cuba mengambil kesempatan,  memandangkan usaha selama ini membeli adun-adun keparat dari PKR untuk tujuan menghancurkan PKR gagal .

Menggunakan orang dalam yang bermasalah untuk mengucarkacirkan adalah taktik biasa yang selalunya digunakan oleh pihak lawan. Seperti biasa media UMNGOk akan ambil kesempatan atas isu ini untuk membuat serangan keatas PKR.Bukan untuk  menuduh mana-mana pihak , tetapi semacam  ada tangan-tangan ghaib diluar parti yang menjadi duri dalam daging usaha kearah melumpuhkan DSAI bermula dari kenyataan Dr.MAZA, kemudian Datuk Zaid dan terkini dikatakan dari ahli PKR sendiri!!

Golongan ini  jangan ingat mereka cerdik. DSAI simbol perjuangan rakyat. Jika mantan TPM seperti ini pun kerajaan BE END boleh dizalimi , inikan pula rakyat bawah seperti biasa..inilah yang sepatutnya rakyat kena faham. Perjuangan PKR bukan untuk DSAI tetapi lebih kepada perjuangan untuk  rakyat. DSAI simbol kepada kebangkitan rakyat . Apa yang  BE END buat sekarang untuk rakyat sekarang adalah hasil usaha dan kerja keras PR yang diketua oleh DSAI. selepas PRU ke 12.

Hanya rakyat yang bodoh sahaja akan menelan bulat-bulat apa yang media sampah kata. Perjuangan untuk rakyat harus diteruskan bukan untuk DSAI tetapi seluruh rakyat Malaysia . Semoga perjuang DSAI bersama pimpinan PR akan dapat meneruskan usaha menuju Putrajaya. Bersihkan PKR dari golongan yang bermasalah, semoga PR akan terus kuat untuk menghadapi PRU ke 13.

Anak Bongsu Ahli Parlimen Rantau Panjang Kembali Ke Rahmatullah

SELEPAS lebih seminggu tidak sedarkan diri, tepat jam 12:45 tengah hari ini, Ahmad Soleh Rahimi, 7 anak bongsu kepada Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Yusuf telah dijemput Allah s.w.t. kembali ke sisinya.

Ahmad Soleh dimasukan hospital sejak dua minggu lepas seminggu diwad biasa dan seminggu di ICU kerana menghadapi masalah buah pinggang. Seminggu lalu beliau tidak sedarkan diri dan ditempatkan di ICU dengan menggunakan mesin bantuan pernafasan.

Jenazah Ahmad Soleh kini dalam perjalanan ke Tanah Merah, Kelantan dan akan dibumikan di sana sebelum tengah malam ini. Mayat yang dibawa dengan CRV dengan diringi Siti Zailah, bersama suami dan beberapa orang anakanya berlepas jam 3:00 petang tadi.

Suasana sedih menyelubungi di bilik mayat ketika saat jenazah dibawa ke kenderaan untuk pulang ke Kelantan. Beberapa orang waris waras terdekat Siti Zailah dan suaminya yang berada di Kuala Lumpur hadir untuk memberi penghormatan terakhir.

Tiada pemimpin atau ahli Parlimen lain yang kelihatan di perkarangan rumah mayat. Begitu juga pemimpin Pas yang lain kecualilah Badrul Amin Bahrum dan seorang pimpinan Muslimat Pas. Badrul Amin dikatakan tiba awal dan turut memandi dan menyembahyangi jenazah.

Siti Zailah ketika ditemui redha atas apa yang berlaku. "Kak Lah redha dengan pemergian Ahmad Soleh. Dan sudah berpuas hati dengan rawatan diberikan. Sebelum ini dia telah membisikkan kepada Kak Lah yang beliau seakan meninggalkan Kak Lah dan adik beradiknya yang lain selama-lamanya," cerita Zailah sebak.

Beberapa hari sebelum tidak sedarkan diri Ahmad Soleh yang berada di darjah satu sekolah Kebangsaan Seri Suria Tanah Merah meminta maaf daripada ibunya.

"Sewaktu dia sedar dia sudah meminta maaf kepada Kak Lah, Kak Lah kata kenapa adik minta maaf, adik tak ada apa-apa dosa,"


Menurut Zailah, Ahmad Soleh sering sakit menyebabkan selalu tidak dapat hadir ke sekolah. Bagaimana pun anak bongsu itu ada satu keistimewaan di mana dia sering minta dipasangkan CD bacaan al-Quran setiap kali beliau ingin melelapkan mata.

Cerita Zailah kalau tidak dipasang CD al Quran atau bacaan doa seolah dia tidak dapat melelapkan mata. Zailah juga menceritakan bagaimana satu malam anaknya itu meminta dia membuka sius lampau, dan setelah keadaan sekeliling Ahmad Saloh memberi tahu ibunya yang dia melihat suasan syurag.

Dalam pada itu Zailah dan suaminya mengucapkan terima kasih kepada sahabat handai yang turut memberi penghormatan dan menguruskan pengembalian jenayah anak mereka. "Terima kasihlah semuanya,..," kata Zailah dengan linangan air mata dan menahan sebak di dada.

Tahziah kepada Zailah dan seluruh keluarganya. Al Fatihah.

Isu Felda kini boleh diadu pada BAPAK...Bab Rasuah Felda adu pada ANAK..he..he..he..!!!!

Biro Aduan Peneroka Kebangsaan (BAPAK) merupakan alternatif baru bagi menyalurkan aduan dan pendapat untuk warga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) sekiranya terdapat sebarang masalah, perkara dan isu yang membabitkan warga peneroka.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata penubuhan BAPAK yang merupakan biro di bawah Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) sangat dialu-alukan kerana ia boleh berfungsi untuk membantu menjelaskan dan menyelesaikan sesuatu isu itu dengan lebih cepat.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merestui penubuhan Bapak dan berharap ia memberikan faedah kepada semua warga Felda terutamanya menyelesaikan isu berbangkit atau dibangkitkan di kalangan warga Felda,' katanya dalam sidang media selepas merasmikan Bapak di Shah Alam hari ini.

Beliau berkata BAPAK dianggotai oleh 317 sukarelawan yang bersedia menerima aduan dan cadangan yang dikemukakan warga Felda tentang sesuatu isu dan berusaha menyelesaikan dalam tempoh paling minimum antara seminggu dan dua minggu hari bekerja.

Katanya BAPAK merupakan idea Pengerusi GWGF Tan Sri Rozali Ismail yang turut berbesar hati menaja segala perbelanjaan yang diperlukan oleh biro berkenaan.

Beliau berkata walaupun Felda mempunyai saluran aduannya sendiri, penubuhan BAPAK sangat relevan dalam menangani masalah lain yang dihadapi oleh warga peneroka seperti isu kebajikan dan pendidikan.

Katanya BAPAK yang beroperasi di Plaza SunwayMas di Seksyen 9 di Shah Alam, menerima aduan 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu melalui pelbagai kaedah termasuk faksimile, e-mel, SMS, portal atau talian bebas tol 1-800-88-4943.

Ahmad yang juga ketua penerangan Umno turut mencadangkan supaya GWGF menjadi anggota gabungan BN agar sama-sama dapat berjuang dan menjaga kebajikan serta masa depan warga peneroka.

Sementara itu, Rozali yang juga Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS) berkata beliau akan menulis surat kepada Dewan Tertinggi BN agar GWGF menyertai anggota gabungan BN itu.

Perdana menteri semalam mengumumkan bahawa Mesyuarat Dewan Tertinggi BN bersetuju meminda perlembagaan termasuk membuka penyertaan untuk anggota bersekutu, anggota bergabung, Kelab Sahabat BN dan Kelab Rakan Muda BN.

--Bernama

Samy Vellu panggil mesyuarat khas CWC MIC 29 Nov

Samy Vellu dipercayai akan dilantik sebagai duta bertaraf menteri. — gambar fail
KUALA LUMPUR, 21 Nov — Datuk Seri S. Samy Vellu telah memanggil mesyuarat khas 29 November ini — sehari selepas Barisan Nasional (BN) mengadakan konvensyennya, dipercayai bagi mengumumkan perkembangan terakhir mengenai tarikh beliau mahu melepaskan jawatan presiden MIC. Samy Vellu ketika dihubungi The Malaysian Insider mengesahkan beliau akan mempengerusikan mesyuarat itu.
Ketika ditemui pemberita di ibu negara pula, Samy Vellu berkata beliau akan mengumumkan butiran terperinci tentang persaraannya sebagai presiden MIC pada 13 Disember.
“Pada hari berkenaan, saya juga akan umumkan rancangan saya selepas berundur daripada jawatan itu,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-46 Majlis Belia Hindu Malaysia.
Kata Samy Vellu, beliau akan melepaskan jawatan presiden MIC dengan senang hati kerana ia akan memberinya lebih banyak masa untuk bersama keluarga, rakan taulan dan masyarakat.
Tarikh mesyuarat itu dimaklumkan kepada kesemua anggota CWC selepas mesyuarat Dewan Tertinggi BN semalam.
Bagaimanapun kata Samy Vellu, ia tiada kaitan dengan pelan peralihan tampuk kepimpinan MIC.
The Malaysian Insider difahamkan Samy Vellu akan memulakan tugas sebagai duta bertaraf menteri yang berkaitan dengan portfolio prasarana mulai pertengahan bulan depan.
“Saya kami akan mengadakan mesyuarat pada tarikh itu, saya ada banyak perkara yang perlu saya maklumkan kepada mereka (anggota CWC),” kata presiden MIC paling lama ini.
“Kalau ada apa-apa yang hendak dimaklumkan, saya akan memanggil kamu nanti,” kata Samy Vellu lagi.
MIC mengadakan mesyuarat CWC bulanan terakhir Khamis lalu.
Ia lazimnya akan mengadakan mesyuarat CWC sekali dalam sebulan.
Justeru, pemerhati melihat Samy Vellu yang masih mahu merahsiakan tarikh mengakhiri tempoh kepimpinan akan membuat pengumuman penting pada 29 November.
Beberapa anggota CWC yang dihubungi mengesahkan mereka sudah menerima SMS malam tadi meminta agar menghadiri mesyuarat itu.
Surat pemakluman rasmi dijangka akan dikeluarkan hari ini, kata seorang lagi pegawai kanan parti itu.
“Ya, saya ada menerima notis SMS.... saya fikir kita boleh mengharapkan pengumuman penting pada hari itu,” kata pegawai itu lagi.
Sebelum ini, sumber memberitahu The Malaysian Insider bahawa Samy Vellu akan memanggil mesyuarat susulan CWC hujung bulan ini iaitu sama ada 28 atau 29 November susulan kepada pertemuan Khamis lalu.
Bagaimanapun BN mengadakan konvensyen pada 28 November.
“Jadi, kemungkinan presiden memilih 29 November sebagai tarikh yang sesuai baginya membuat pengumuman penting,” kata seorang lagi anggota CWC kepada The Malaysian Insider.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN berkata, pertemuan semalam merupakan yang terakhir dihadiri oleh Samy Vellu selaku presiden MIC.
Ketika ditemui Khamis lalu, Samy Vellu menolak dakwaan akan lepaskan jawatan presiden MIC bulan ini.
“Ada banyak khabar angin, ada banyak bunyi, kenapa ada banyak bunyi?
“Itu hanya khabar angin, sekarang banyak orang cakap macam-macam tentang saya, biarlah.
“Bila saya akan keluar parti mesti saya akan adakan mesyuarat dulu, kemudian baru saya akan umumkan bahawa saya akan keluar parti dan ketika itu saya akan panggil wartawan,” katanya.
Sebelum ini Samy Vellu mengatakan hanya akan melepaskan jawatan tersebut pada Januari — lapan bulan lebih awal berbanding pengumuman dibuat Mei lalu.
Sebelum ini, kumpulan antikepimpinannya mengadakan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) mendesak beliau berundur menjelang Disember ini selepas Mei lalu Samy Vellu mengumumkan akan bersara September 2011.
Pada 18 Mei lalu, Samy Vellu mengumumkan rancangannya untuk melepaskan jawatan beliau selewat-lewatnya lapan atau sembilan bulan sebelum tempoh perkhidmatan beliau berakhir.
Mandat semasa sebagai presiden akan berakhir 21 Mei 2012.
Samy Vellu, 74, menjadi presiden MIC sejak 1979, selama 11 penggal berturut-turut.
Beliau juga merupakan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang paling lama menjadi ahli Kabinet BN sehinggalah beliau tewas semasa pilihan raya umum 2008.

Menara 100 Tingkat; Antara Keinginan Sang "Isteri" atau Nafsu Sang "Suami"?

"Lagi lama u sakit..bukan setakat 100 tingkat..huhuhu.tapi..macam-macam ada..huhuhu..kalah Astro ooo!!! "

usinkata;..patutla semua pihak yg terbabit dan terlibat dgn impian "Menara Warisan" saling tuding menuding dan keluar berbagai cerita ceriti...huhuhu rupanya semua itu umpama "mimpi saudagar mimpi yg menjual berbagai mimpi"
Namun sekarang ini persoalan yg sedang bermimpi..

"Siapa yg bermimpi..?"
"Siapa Saudagar Mimpi?"
"Siapa yg menjual mimpi ?"
"Adakah mimpi sangg suami melebihi isterinya?"
"Adakah mimpi sang isteri menyelam tenggelam timbul bersama KD Altantunya?"

"Adakah usinwafer bermimpi takala ini?"

huhuhu..mai pakat bacala petikan dari MerdekaReview ini..jangan biarkan diri anda diselubungi mimpi saudagar mimpi yg menjual mimpi...

PNB TIDAK BERNIAT UTK MEMBINA MENARA 100 TINGKAT

Pembinaan Menara 100 tingkat bukan perancangan asal

Seandainya diteliti rancangan asal pembangunan Warisan Merdeka yang disediakan PNB, kita akan mendapati bahawa Menara 100 tingkat ini tidak berada dalam plan asal, sehingga pengumuman Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Najib Razak ketika membentangkan Belanjawan 2011.  Maksudnya, idea pembangunan Menara 100 tingkat ini timbul hanya pada tahun ini dan bukan dimasukkan ke dalam plan pembangunan PNB sebelumnya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PNB, Hamad Kama Piah, PNB telah membeli tanah 13 hektar dari Danaharta Nasional Berhad pada tahun 2000 dengan nilai RM320 juta.  Dan Lembaga Pengarah syarikatnya meluluskan satu projek bersepadu di atas tanah itu pada tahun 2004.  Walaupun projek ini dikaji setiap tahun dalam beberapa tahun yang lalu, namun projek Menara 100 tingkat ini tidak pernah muncul dalam projek tersebut sehingga tahun lalu.

BERNAMA memetik kata-kata Hamad Kama Piah pada 12 September 2009, bahawa PNB berniat untuk membangunkan satu projek bersepadu di tanah seluas 7.2 hektar di sekeliling Stadium Merdeka dan Stadium Negara.  Beliau memaklumkan bahawa kos pembangunan tersebut berjumlah RM3 bilion pada ketika itu.  Kata-kata ini menunjukkan bahawa projek tersebut tidak merangkumi Menara 100 tingkat.  Menara 100 tingkat ini hanya tersergam megah secara tiba-tiba dalam plan pembangunan Warisan Merdeka ketika Najib Razak (gambar bawah) membentangkan Belanjawan 2011 pada 15 Oktober 2010.

Sebagaimana yang diketahui, jumlah kos pembangunan projek Warisan Merdeka bernilai sebanyak RM5 bilion, termasuk Menara 100 tingkat, pusat membeli-belah dan apartment kediaman.  Antaranya, Menara 100 tingkat mencakupi kos sejumlah RM2.5 hingga 3.0 bilion.  Seandainya mengikut perancangan asal, kos projek ini hanya bernilai RM3.0 bilion.  Namun, ia melonjak sehingga RM5 bilion pada akhirnya, jelas disebabkan "transformasi"-nya menjadi Menara 100 tingkat.  Kos projek asal yang tidak termasuk pembinaan Menara 100 tingkat (RM3 bilion) mungkin berkurang sedikit untuk memberi laluan kepada pembinaan Menara 100 tingkat.

Daripada maklumat yang dipetik atas, nampaknya Menara 100 tingkat ini bukan ibu pejabat baru yang dirancang PNB.  Ia lebih kepada keinginan kerajaan Najib untuk membina Menara 100 tingkat, dan kemudian mengarahkan agar ia dipertanggungjawabkan kepada PNB - lantas menjadi ibu pejabat baru PNB, malah menjadi alasan untuk menjustifikasikan projek mega gajah putih ini.

Kak Minah ronggeng cerita CD lagi ... CD apa pula kali ni Kak Minah ai? ... hahaha

Kak Minah bersama Dr Mansor di hari penamaan calon PRK Penanti

Hangpa ingat tak lagi kak Minah Ronggeng di PRK Penanti hari tu ... kak Minah ni bekas Ketua Wanita PKR P.Pinang. ... entah macamana lari keluar dari PKR dan bertanding sebagai calon bebas menentang Dr Mansor ... semasa kempen macam-macam dia buat cerita ... nak edar CD lah ... ada tawaran dari pimpinan PKR P.Pinang supaya dia menarik diri lah dan macam-macam lagi. Tup-tup kalah terkelepok (kata orang penang, jatuh terduduk la tu) ...


Bila dah kalah kak Min sunyi sepi, Sapa pun dah tak ingat kat dia dah. Apa sangat nak duk ingat bukan sapa-sapa pun .... Tiba-tiba Minah ronggeng muncul kembali ... ada lagi rupanya ... dan macam biasa, kali ni CD baru pula kak Min nak dedahkan ...

CD apa kak Min nak dedahkan tu? Jangan CD blue kak Min dah la ya ... orang tak mau tengok dah pun kak Min ai kalau tara-tara kak Min tu ... hahahaha

Ala kak Min, duk rumah diam-diam jaga cucu lagi baik la, apa yang hang nak duk sibuk-sibuk lagi dalam hal-hal politik ni ... dah terlewat dah .... bagi orang-orang muda saja lah ... sibuk-sibuk pun hang tak dapat apa pun dah ...

Satu pertanyaan pada kak Min ... kak Min, dah join Umno ker ???

- ni ha pendedahan CD kak Min, baca di sini

Pemilihan PKR - Tapis yang Penuh Debu?


Sesi pemilihan pimpinan PKR melabuhkan tirainya hari ini dengan menyaksikan 1001 macam hal suka dan duka. Pastinya Dato' Zaid Ibrahim menjadi 'public figure' terampuh kali ini dengan menyaksikan kenyataan beliau tidak mahu bertanding sebelum pemilihan namun menerima pencalonannya sebagai calon disaat-saat akhir sebelum pemilihan dan sekonyong-konyongnya menarik diri sebagai calon di pertengahan pemilihan dan seterusnya keluar daripada PKR di akhir-akhir pemilihan!

Tidak dinafikan tindakan Zaid ini menyebabkan ramai ahli-ahli PKR kembali memikirkan rasional PKR ini ditubuhkan tetapi sangat ceteklah pemikiran sesiapa yang menyangkakan PKR akan berkubur akibat tindakan Zaid ini.

PKR ditubuhkan atas dasar perjuangan rakyat Malaysia menentang kezaliman ke atas batang tubuh DS Anwar Ibrahim didalam era reformasi 98 dan kesinambungan perjuangan anak muda yang bencikan kezaliman UMNO-BN. Sebahagian para pendokong perjuangan tersebut menyertai PAS sebagai wadah perjuangan dan sebahagian lagi menubuhkan Parti Keadilan Nasional yang kemudiannya bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia dan akhirnya dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat.

Bukan sedikit darah dan airmata yang tumpah didalam perjuangan menentang kezaliman UMNO-BN ini dan bukan sesen-dua modal yang dicurahkan.

Sewajibnya PKR menjadikan segala permasalahan disepanjang sesi pemilihan kali ini sebagai suatu panduan yang ampuh dan jitu dalam menangani masa akan datang dan yang paling penting, hormatilah rakan-rakan parti lain didalam Pakatan Rakyat ini dan santunilah mereka dan ahli-ahlinya. Seringkalilah bertanya dan meminta nasihat. Tidak rugi merendahkan diri sebelum meloncat dengan lebih tinggi.

Fahamilah bahawa rakyat Malaysia kini sudah tidak mempunya pilihan selain menolak UMNO-BN jauh-jauh. Tetapi mereka masih lagi melihat dan memikirkan adakah Pakatan Rakyat mampu menggantikan UMNO-BN? Mampukah Pakatan Rakyat menjadi ganti yang lebih baik daripada UMNO-BN atau bakal menjadi lebih teruk lagi?

Ayuh! Persiapkan jentera kita menuju PRU 13!

sunsnake 21112010

'Drama' pemilihan PKR timbul kembali

Proses pemilihan PKR yang memasuki minggu terakhir kini kembali 'kecoh' apabila beberapa insiden didakwa berlaku, antaranya pertikaian dalam proses pengiraan undi.

Sekurang-kurangnya terdapat dua kekecohan berlaku semalam yang melibatkan cabang di Puchong dan Hulu Selangor - kedua-duanya di Selangor.

Menurut seorang wakil calon, di Puchong malam tadi berlakunya "drama" merampas kertas undi apabila seorang calon naib presiden dikatakan tidak berpuas hati dengan proses pengiraan undi bagi jawatan itu.

Ia ekoran dakwaan pengiraan pengundian tidak memihak kepadanya dan pengawas yang bertugas sewaktu pengiraan didakwa menyebelahi calon yang lain bagi jawatan yang sama.

Kejadian perang mulut antara kedua-dua pihak itu akhirnya memaksa pihak pengawas di situ meminta bantuan polis untuk menteramkan keadaan dan mengiringi pegawai pemilihan membawa pulang
kertas undi ke ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

Sementara itu, di cabang Hulu Selangor pula, media melaporkan sekumpulan ahli PKR bertindak menghalang kereta yang membawa kertas undi daripada memasuki pekarangan sebuah dewan pengundian di Kuala Kubu Bharu semalam.

Lebih 100 orang dilaporkan berkumpul bagi membantah pemilihan peringkat cabang yang tidak tidak dibuat serentak dengan pengundi Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR.

Sehubungan dilaporkan berlakunya insiden tolak menolak dan pertikaman lidah antara individu kumpulan terbabit dan anggota Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR.

Di cabang Ayer Hitam di Johor pula hari ini terdapat dakwaan pemilihan tidak dapat dijalankan susulan dakwaan notis mengadakan pemilihan tidak diterima daripada ibu pejabat.

Ketua penaja cabang Zaid Mohd Yusof berkata, walaupun beliau menerima SMS daripada pengawas pemilihan pada pukul 1 pagi tadi memaklumkan proses berkenaan akan dijalankan, tetapi pihaknya enggan mengadakannya.

Ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini, Zaid mendakwa, ini kerana ia " tak ikut prosedur".

"Sepatutnya kamu beritahu lebih awal," kata ketua cabang yang masih lagi ditahap penajaan.

Malaysiakini sedang berusaha mendapatkan penjelasan daripada ibu pejabat PKR berhubung dakwaan-dakwaan itu.