Sabtu, 20 November 2010

Apa Jua Badai Politik Mendatang KEADILAN Bakal Muncul Parti Terkuat Di Malaysia

IMG_9015SHAH ALAM 20 Nov - Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Saifuddin Nasution Ismail yakin parti akan bertambah mantap dan kukuh selepas selesai proses Pemilihan Pimpinan Pusat 2010 yang akan berakhir hujung minggu ini dan seterusanya akan menumpukan seluruh tenaga dan perhatian kepada agenda memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Bercakap kepada lebih 2,000 penyokong dan anggota parti dari seluruh negeri Selangor di sini semalam pada perhimpunan 'Rapat KEADILAN: Anwar Pengemudi Zaman', Saifuddin berkata episod di mana bekas calon Timbalkan Presiden, Datuk Zaid Ibrahim meninggalkan parti bukan melemahkan parti malah akan memberi suntikan semangat serta merapatkan saf perpaduan di kalangan anggota.

"Selepas pemilihan MPP (Majlis Pimpinan Pusat) nanti, insyaAllah Parti Keadilan Rakyt akan muncul sebagai parti yang terkuat di Malaysia. Sejak dua tiga bulan alu kita menjadi tumpuan media terutama media milik Umno-Barisan Nasional disebabkan pemilihan ini. Mereka kecam dan serang kita hari-hari dan kata parti kitakan berpecah kerana pemilihan. Walaupun saya tidak bersetuju dengan RTM, TV3 dan akhbar milik Umno saya berterima kasih kepada mereka kerana telah membantu mempopularkan lagi KEADILAN di kalangan rakyat Malaysia.

"Sejak kita ditubuhkan pada 1999 mana pernah akhbar Umno seperti Utusan Malaysia memuji kita. Jadi munasabah ke individu seperti Zaid pergi bercakap kepada media yang sudah terbukti sangat membenci perjuangan yang diangkat oleh kita. Mana ada anggota yang waras pemikirannya sanggup dan tergamak menggunakan saluran sedemikian untuk menghentam partinya sendiri. Orang macam ini memang kurang ajar," tegas Saifuddin sambil disahut dengan teriakan. 'Keluar, Keluar' yang ditujukan kepada bekas Pengerusi majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Wilayah Persekutuan itu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Machang berkata pemimpin boleh datang dan pergi dalam mana-mana parti tetapi tiada maaf kepada perbuatan mengkhianati parti.

"Mahu ke kita pemimpin seperti Zaid terus kekal dalam parti kita, mahukah kita benarkan orang seperti Zaid mengkhianati parti yang dibina atas kesengsaraan dan perjuangan rakyat," tanya beliau disambut dengan sedakan gemuruh dari hadirin yang menjawab, 'tidak. tidak, keluar, keluar'.

Saifuddin berkata tujuan Zaid mahu keluar secara rasmi daripada KEADILAN pada 16 Disember depan ialah kerana beliau mahu membuat penjelajahan atau 'roadshow' ke seluruh tanah air untuk mencaci serta menghentam parti.

"Apabila Anwar keluar penjara pada 2004, beliau menjelajah ke seluruh pelusuk Malaysia untuk menjelaskan kepada rakyat agenda perjuangan kita. Hasilnya pada PRU 2008 kita dapat 1.5 juta undi dan menang undi popular di Semenanjung.

"Kita akan terus jaga parti ini daripada musuh yang ingin menghancurkannnya. Apa yang berlaku sekarang adalah sebahagian daripada mehnah dan tribulasi dalam liku-liku perjuanbgan yang panjang dan percayalah kita akan muncul lebih hebat dan kuat selepas ini," ujar beliau.

Saifuddin juga mengambil kesempatan pada perhimpunan itu untuk menjelaskan beberapa isu mengenai proses pemilihan parti yang dibangkitkan oleh anggota dalam aduan mereka kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP).

"Kita tidak pernah ada pengalaman sebagai sebuah parti mengurus pemilihan secara terus begini. Pemimpin yang ada pun termasuk saya yang pernah menjadi Penolong Setiausaha Pemuda Umno atau Anwar atau Azmin kesemua kita tidak ada pengalaman itu. Kita mulakan proses ini dengan 'zero'. Kita buat juga dan kita muncul sebagai parti yang pertama di Malaysia dengan berani mempelopori pendekatan ini. Ada masalah memang ada, adakah kita tangani ya kita tangani, ada aduan memang ada dan kita selesaikan sebaik mungkin.

"Kalau terbukti ada penipuan, penyelewengan kita akan batalkan mana-mana keputusan tidak kira apa pangkat dia dalam parti. Itu komitmen yang JPP berikan kepada anggota. Seramai 70,000 anggota keluar mengundi pada pusingan pertama, mana ada parti di Malaysia ini merekodkan jumlah seramai ini dalam pengundian parti?

"Yakinlah kita kini bergerak atas landasan yang betul dan kita akan membina pada kekurangan yang ada. Rapatkan saf kembali dan insyaAllah kita akan tawan Putrajaya dalam masa terdekat," tegas Saifuddin.

Mat Said ‘bohong’ lagi kerana nama?

Oleh : Wan Kay
Kuala Terengganu : Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said dilaporkan sanggup membohongi rakyat Terengganu dan Malaysia amnya, dengan program berkhatam al-Quran beramai-ramai hingga memecah rekod Negara dan dunia.

Kononnya, ramailah anak-anak Terengganu ini berkhatam al-Quran hingga dalam satu masa mencecah hampir 17,000 orang diadakan serentak.

Skuad Buletin, bukan cuba menafikan tanpa sebab tetapi didedahkan maklumat ini oleh para guru dan murid-murid sendiri yang terlibat dengan majlis khatam Quran itu.
Ianya, dibuat semata-mata inginkan nama tercatat dalam Malaysia Book of Records sebagaimana yang pernah dibuat oleh mantan Menteri Besarnya, Dato’ Seri Idris Jusoh.
Hari ini, MB Mat Said juga meraikan kejayaannya apabila menjadi negeri pertama perkenalkan khatam al-Quran menggunakan buku elektronik atau e-Book yang diagihkan kepada para pelajar tahun enam sejak dua tahun lalu.
Sekaligus, katanya tercatatlah dalam Malaysia Book of Records program tersebut berlangsung serentak di seluruh daerah di negeri ini menyaksikan seramai 2,170 murid khatam menggunakan e-Book.
Bahkan, katanya seramai 16,929 orang murid tahun lima dan enam di seluruh negeri terlibat dengan program khatam al-Quran tersebut.
Tinjauan Skuad Buletin pada majlis khatam al-Quran yang diadakan di Stadium Tertutup Kompleks Gong Badak, Kuala Terengganu telah melihat sendiri ada sesuatu yang tidak kena serta bermotif politik.
Ibubapa dan orang ramai dapat melihat sendiri dengan jelas sebahagian besar para pelajar khatam al-Quran yang sepatutnya menggunakan e-Book tidak berbuat demikian.
Sebaliknya, murid-murid terbabit membaca dengan berpandukan kitab kecil yang dibekalkan kepada setiap peserta.
Buku elektronik (e-Book) yang diletakkan dihadapan pelajar itu sekadar hiasan sahaja dan apa sebab tidak diketahui.
Selain itu, pemilihan murid yang terlibat dengan khatam al-Quran turut diragui kerana terdapat ramai di kalangan pelajar berkenaan sebenarnya belum lagi khatam sepenuhnya.
Menurut sumber dalaman pemilihan para pelajar terbabit adalah termasuk mereka yang boleh membaca al-Quran meski pun belum khatam sepenuhnya.
Malah, apa yang melucukan terdapat juga di kalangan para pelajar terbabit yang terpilih ke program khatam al-Quran kerana mengikut kawan sahaja.
Seorang guru pengiring yang enggan disebut namanya mendakwa pemilihan pelajar ke program khatam al-Quran dibuat secara angkat tangan.
“Kelakar juga kali ini, pemilihan pelajar untuk program khatam al-Quran ini dibuat secara angkat tangan.
“Guru akan tanya anak muridnya sesiapa yang telah khatam Quran angkat tangan dan beri nama untuk menyertai majlis berkhatam beramai-ramai di Stadium,” ujarnya.
Menurutnya, jika diselidiki betul-betul jumlah pelajar yang benar-benar khatam al-Quran tidak seramai yang diumumkan Menteri Besar Terengganu.
Seorang pelajar, Mohd Firdaus (bukan nama sebenar) mengakui belum ‘tamat’ (khatam) Quran tetapi terpilih kerana mengangkat tangan ikut kawan.
“Saya belum tamat (khatam) lagi Quran ‘besar’ tetapi boleh membacanya. Bila ustaz tanya dalam kelas siapa tamat Quran angkat tangan. Saya pun angkatlah ikut kawan,” jelasnya dari sebuah sekolah di daerah Kuala Terengganu.
Katanya, tindakan berbuat demikian dilakukan oleh ramai lagi kawan-kawan yang lain kerana pemilihan terbuka.
Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah menyifatkan kes pelajar yang belum tamat al-Quran tetapi ‘dikhatamkan’ usaha terdesak kerajaan Barisan Nasional mencari nama.
Katanya, demi mengejar nama untuk dibanggakan kerajaan Umno-BN Terengganu boleh buat apa sahaja walau pun dengan cara menipu.
“Ini bukan perkara baru, banyak kes yang berlaku di negeri ini dibuat hanya untuk cari nama dan dibanggakan walau pun secara tidak betul.
“Pencapaian UPSR setiap tahun diragui, kejayaan mengatasi kemiskinan diragui, khatam Quran diragui dan banyak lagi pencapaian di bawah kerajaan Umno-BN diragui,” ujarnya.
Menurutnya, PAS bukan menentang usaha baik yang dilakukan kerajaan negeri jika benar-benar terjadi tanpa ‘pembohongan’.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payung berkata akan membangkitkan beberapa isu yang meragukan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) akan datang.

Kekalahan PAS di Galas kerana terlalu guna IT?

Bila PAS kalah di Galas, ada cubaan daripada kumpulan terpencil nak salahkan orang tertentu dalam PAS bagi memenuhi agenda tertentu. Saya terbaca artikel di blog Firdaus Mohd "Menggalas kekalahan di Galas...." yang menggunakan blog Kopitiam Bang Nan. Malas nak layan pada masa tu kerana saya lebih suka menunggu post mortem daripada PAS Kelantan.

Sampai hari ini post mortem masih belum "siap sepenuhnya". Cuba juga tinjau Kicdefella, mana tahu mamak ni dah dapat 'original copy'.

BN telah bermesyuarat dan bincang post mortem untuk pilihanraya kecil baru-baru ini. Mereka berbincang dengan beberapa unjuran daripada beberapa pilihanraya kecil sebelum ini. BN sebenarnya telah bersedia untuk memulakan pilihanraya ke-13. Mereka serius dalam hal ini.

Kopitiam Bang Nan adalah lidah suara Tulang Besi, telah membuat ulasan kononnya kekalahan di Galas dia dah jangka. Kenyataan dia adalah suntikan racun kepada pembaca terutamanya ahli PAS "rakaman audio video yang bakal didedahkan oleh Malaysian Waves tidak lama lagi akan mendatangkan devastated effect kepada Pakatan Rakyat."

Nak tahu lanjut pasal fitnah memfitnah ni baca lagi di laman Malaysia Waves, Tulang Besi lebih laju telah buat post mortem dengan artikel tajuk "GALAS: PAS Kalah Kerana Propaganda UMNO Turut DIsebarkan oleh Kepimpinan PAS Sendiri"

Tulang Besi yang berada di luar tak tahu apa pun, sekadar "papet" yang dilayan-layan oleh 'master'nya. DAP telah membuat ulasan lebih kemas dalam hal kurangnya sokongan bukan Islam. Antara lain menyebut kaedah kempen yang dibuat oleh UMNO/BN dalam pilihanraya kecil Dun Galas amat berbeza dengan sebelum ini. NGO pula digunakan dalam memperkenalkan 1Malaysia dan MCA hanya berada dibelakang barisan NGO. Beberapa isu tempatan yang mana banyak membantu bukan Islam lebih memihak kepada UMNO/BN kerana kempen mereka lebih menjurus kepada sasaran pengundi.

Saya rasa puak ni kena banyak membaca!

Puak anai-anai dalam PAS akan sentiasa mencari perluang untuk melaga-laga kepimpinan dengan pelbagai isu dan kadang kala isu itu sengaja direka-reka bagi tujuan kepentingan mereka.

Isu-isu perbincangan dalaman seperti dalam usrah, tamrin, liqa, seminar, konvesyen didedahkan oleh puak-puak ini, sedangkan itu adalah perbincangan dalaman. Mereka 'tolol' dalam strategi walaupun ada sebahagiannya kelulusan akademik!

Satu perkara yang agak jelas, mereka ini bukannya bersama di Galas membantu PAS Kelantan tetapi sekadar mengadap komputer dan membuat ulasan. Kadang kala ulasan mereka lebih kuah daripada sudu. Jika mereka ke sana mereka tahu sebenarnya apa yang berlaku di Galas.

Kesimpulan paling tepat, walaupun saya belum baca post mortem adalah kerana terlalu menggunakan IT. Pada mulanya saya cukup keliru, hairan, kenapa ya? Jawapan seorang kawan ialah PAS Kelantan menggunakan kaedah IT (IKUT TERLINTAS). Kami tergelak.

Tiada ada persediaan yang kemas, tiada strategi yang mantap, persiapan tidak disediakan dengan baik. Mereka yang datang daripada luar tak tahu nak buat apa kerana tiada perancangan kerja yang rapi.

Mesyuarat juga tidak diadakan mengikut ketetapan yang diputuskan, malah setiap peti undi dengan cara "boss" masing-masing. Pertukaran gerakerja dan susun atur tugas pada saat akhir amat kerap dan ini melemahkan gerakerja utama.

Paling malang Galas dah terbiar 20 tahun... salah siapa?

PKR Masih Kuat, Penuh Semangat

Oleh Mohd Sayuti Omar

Saya hadir rapat umum anjuran PKR Selangor bertempat di auditorium MBSA, Shah Alam, Selangor. Mulanya agak malas untuk pergi memandangkan cuara tidak begitu baik, hujan turun sejak petang tadi. Aspal basah melecehkan perjalanan. Tetapi kerana seorang kawan (pegawai kerajaan pencen) sedia untuk jadi teman, saya gagahi juga walaupun tubuh agak keletihan kerana banyak makan daging korban.

Apa yang menarik hati untuk ke sana, bagi melihat sejauh mana kekuatan PKR akhir-akhir ini. Sejauh manakah semangat ahli dan penyokong PKR; apakah ia retak atau semakin membuak ekoran serangan bertubi-tubi ke atas parti berkenaan dan pemimpin utamanya Anwar Ibrahim.



Apakah kekalutan yang berlaku dalam parti itu ekoran bahana pemilihan pemimpin memberi impak buruk kepada atau sebaliknya kepada parti komponen Pakatan Rakyat itu. Kerana kalau ikutkan laporan media massa, seolah-olah PKR sudah tidak mempunyai ahli lagi. Yang tinggal hanya Azmin Ali, Saifuddin Nasution, Wan Azizah serta Nurul Izzah sahaja. Yang lain digambarkan sudah bertaubat dan kembali kepada parti asal mereka, Umno binti kebangsaan.

Jadi untuk melihat apakah rapat umum itu berjaya atau tidak saya (kami) pergi untuk melihat sendiri apa yang berlaku dalam parti itu. Jangan hanya melihat dari wall Fb ataupun dalam ruang blog yang melaporkan mengikut sentimen masing-masing. Apakah ianya mendapat sambutan dan ahli dan para penyokongnya masih mempunyai semangat berkobar-kobar.

Apa lagi notis rapat umum itu diadakan dalam masa singat, sejauh manakah ahlinya alert kepada panggilan itu. Kalau dengan notis yang singkat tetapi ahli tetap juga dapat memenuhi dewan itu bermakna PKR masih segar bugar.

Masa saya sampai di aditorium MBSA bahagian bawah sudah dipenuhi dengan orang ramai. Tiada lagi kerusi kosong kecuali ruang-ruang khas menuju ke pentas. Ruang atas juga penuh sesak. Pendek kata semua ruang dalam dewan yang boleh memuatkan 2,500 orang sendak. Majlis juga sudah bermula dengan Saifuddin memberi ucapan pembukaan sebagai Setiausaha Agung.

Sekeliling Adotorium itu terpampang gambar gandingan pemimpin PKR Selangor bersama Anwar. Belasan banner yang bergantungan menyatakan sokongan penuh kepada Anwar Ibrahim. Kata-kata tertulis di banner itu memberi sokongan padu tanpa berbelah bagi kepada Anwar sebagai pemimpin utama PKR yang juga diharap menjadi perdana menteri.

Back drop di hias dengan banner besar yang mempamerkan gambar gergasi Anwar di tengah yang diapit oleh Azmin Ali dan Khalid Samad. Di bawah gambar Anwar tertulis perkataan "Anwar Ibrahim Pengemudi Zaman". Inilah juga tema rapat umum berkenaan.

Jelas sekali apa yang terdapat dalam adotorium itu menggambarkan PKR bukan lemah tetapi semakin kuat. Semangat ahli semakin membakar. Serangan media pro kerajaan ke atas parti dan pemimpinnya tidak membekas langsung. Boleh disimpulkan serangan mengila itu memberi suntikan baru kepada ahli dan penyokong PKR untuk mengemaskan ikatan bekong mereka untuk terjun ke gelanggng perang bagi menghadapi serangan musuh.

Demikian juga tindakan mabuk khamar oleh Zaib Ibrahim yang mengumumkan akan keluar parti 16 disember depan sambil melepaskan najis di jalanan dengan memburukkan parti dan Anwar turut menjadi daya tarikan. Saya percaya mereka yang datang memenuhi aditorium itu untuk mendengar apakah ulasan pemimpin PKR terutamanya Anwar terhadap versi mabuk Zaid kali ini. Mungkin ada perbezaan mabuk Zaid semasa dalam Umno dengan mabuk Zaid selepas keluar PKR!

Anwar tidak banyak mengulas mengenai Zaid. Bau khamar tidak terhidu oleh Anwar. Seperti mana katanya tidak wajar beliau mengulas mengenai Zaid. Masih banyak perkara lain yang beliau patut beri tumpuan daripada mengulas tindakan mabuk Zaid Ibrahim. Cuma Anwar menjelaskan apa yang menyebabkan beliau terkilan dengan Zaib ialah kerana beliau memburukkan parti. "Saya tidak terkilan kalau dia mahu keluar parti, itu haknya. Saya juga tidak kisah kalau beliau memburukkan saya, tetapi jangan menyalahkan parti," ujar Anawar dalam nada yang emosi.

Setiap kali nama Zaid disebut oleh pemidato malam tadi setiap kali itu mendapat reaksi negatif daripada para hadirin. Ada yang melaungkan mabuk... dan mengalu-alukan tindakan Zaid itu dan merasa bertuah dan terselamat kerana seorang lagi pengkhianat PKR sudah pun keluar.

Himpunan malam tadi itu memberi kekuatan dan semangat baru kepada ahli dan penyokong PKR. Sekaligus ia menjelamakan keikhlasan dan kesungguhan para pemimpinnya terutamanya yang berucap; Anwar Ibrahim, Saifuddim, Khalid Ibrahim, Azmin Ali dan Syed Husin Ali.

Misalnya Azmin secara berterus terang dan penuh keinsafan memberi jaminan akan mempertahankan kedudukan Zaid sebagai menteri besar Selangor. Pengakuan Azmin itu bukan sahaja melegakan Khalid tetapi turut melegakan ahli PKR yang selama ini direshakan dengan spekulasi media aruas perdana kononya Azmin ada agenda untuk mengambil alih tempat Khalid.

Apapun yang menakjubkan malam tadi ialah ucapan Syed Husin Ali dan pengagumannya kepada Anwar Ibrahim. Malam ini saya lihat Syed Husin benar-benar memjemlakan dirinya sebagai seorang pemimpin yang sedarhana, ikhlas dan tulen.

Walaupun beliau sudah tidak lagi akan menjadi timbalan presiden selepas ini tetapi hakikat itu seolah tidak disedari oleh beliau. Beliau masih bersemangat persis dia adalah pemimpin nombor tiga. Inilah jenis pejuang sebenarnya yang berjuang bukan kerana kedudukan atau didorong oleh wang dan ringgit. Apa yang dijemla dan dipamerkan oleh Syed Husin sewajarnya dicontohi oleh ahli dan penyokong PKR dan dimalui oleh pemimpin yang lain.

Merumuskan himpunan malam tadi, bahawa kedudukan PKR masih belum tergugat. Serangan dan perang saraf yang dilakukan media tidak berjaya melumpuhkan semangat dan cita-cita PKR untuk terus mengemudikan bahtera pemeritah negara di masa depan.

Dalam memberi ingatan dan semangat kepada ahli, dalam menerima kerenah dan serangan musuh, Anwar mengingatkan ahli PKR hendaklah tidak terlalu mengambil kira serangan musuh dan tidak perlu mudah gelabah.

"Kita diserang bukans sekali, malah lebih satu dekad dulu. Sepatutnya kita sudah tidak mudah gelabah lagi," kata Anwar. Mana-mana pemimpin yang mudah cemas dan tidak mampu untuk menangkis serangan musuh, mereka hndaklah berundur dan berilah atau memberi peluang kepada yang lebih bersedia dan mampu," tegas Anwar.

Anwar juga begitu emosi dalam memberi ingatan keras kepada mana-mana pemimpin yang tidak ikhlas, tidak jujur dan tidak mempunyai keyakinan dengan pejuangan membela rakyat agar berundur untuk tidak menimbulkan masalah kepada parti.

Di akhir himpunan itu semua pemimpin membaca ikrar perjuangan bertekad untuk memperkuatkan parti dan seterusnya mengapai harapan dan cita-cita untuk menakhluki Putrajaya. [wm.kl. 1:30 am 20/11/10]

Anwar memberi ingatan kepada sesiapa yang tidak yakin dan tidak setia dengan parti silalah keluar..

Sebahagian daripada hadirin memenuhi oditorium MBSA.

Saifuddin Nasution yang menjadi nadi kepada PKR berjalan menjalankan tugas dengan baik dipuji Anwar.

Sebahagian pemimpin PKR terutamanya yang bertanding dalam pemilihan merebut jawatan berikrar mempertah dan menjawa maruah parti.


Kelihatan Syed Husin, (berbju putih) turut melafaz ikrar.




Saifuddin dan Azmin mengangkat tangan berikrar mempertahankan parti dan Anwar sekaligus.



Ruang atas auditorium penuh sesak dan kelihatan sebahagian daripada banner menyatakan sokongan kepada Anwar dan PKR bergantungan.

Garis panduan hasutan siber siap minggu depan

Satu garis panduan yang memberi definisi terperinci mengenai kesalahan hasutan dalam konteks dunia siber akan diperkenalkan dan dijangka siap minggu depan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.

Tanpa menyatakan bila garis panduan itu akan dikuatkuasakan, beliau berkata setakat ini, ia sedang diperhalusi.

Katanya, proses merangka draf garis panduan itu turut melibatkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz serta Jabatan Peguam Negara.

Hishamuddin berkata walaupun dari sudut perundangan maksud kesalahan hasutan secara jelas membabitkan cetakan, ucapan dan bentuk elektronik, bagi dunia siber, ia belum lagi diperincikan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan gantian Mykad satu hari di ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sarawak di Kuching hari ini.

Terdahulu, dalam ucapannya pada majlis itu, beliau berkata mulai tahun depan, JPN akan memperluaskan inisiatif gantian MyKad satu hari di seluruh negara secara berperingkat.

"Sejumlah RM42 juta diperuntukkan kepada JPN dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh untuk melaksanakan inisiatif ini melalui projek percetakan MyKad secara teragih,"katanya.

"Pelancaran perkhidmatan di Sarawak jelas menunjukkan rakyat negeri ini turut berpeluang menikmati kemudahan setara seperti dikecapi oleh rakyat di Semenanjung," katanya.

Beliau berkata selain Sarawak, kemudahan gantian Mykad satu hari juga terdapat di ibu pejabat JPN Putrajaya dan Melaka.

Katanya, sebelum ini, pemohon gantian MyKad terpaksa menunggu sebulan bagi mendapatkan Mykad baru.

--Bernama

PRU-13: Kit Siang ingatkan PR, BN jangan hanyut dibuai mimpi

KUALA LUMPUR, 20 Nov —Lim Kit Siang mengingatkan kedua-dua rakan dan pesaingnya - BN dan Pakatan Rakyat (PR) agar tidak terlampau yakin bahawa keputusan pilihan rakyat umum ke-13 pastinya akan memihak ikatan masing-masing.
Pemimpin veteran ini mendakwa BN dan PR berhadapan dengan “malapetaka” andaian politik hanya berdasarkan perkembangan semasa.
“Kesilapan besar bagi BN ialah mengandaikan bahawa ia masih boleh mengekalkan Putrajaya dan boleh menang balik kerajaan negeri Kedah dan Selangor daripada PR berdasarkan kejayaan dalam pilihan raya kecil Galas, Batu Sapi, Hulu Selangor dan Bagan Pinang,” kata penasihat DAP ini di Kota Kinabalu hari ini.
Kenyataannya dikeluarkan di ibu negara.
Beliau berkata pemimpin-pemimpin BN kelihatan terlalu yakin selepas membaca komen bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa perikatan itu boleh merampas balik Kedah dan Selangor, negeri terkaya dan paling maju.
Ahli Parlimen Ipoh Timur juga berkata PR juga berhadapan dengan risiko jika pakatan itu terlalu yakin dengan menganggap bahawa perjalanan mereka untuk menawan Putrajaya daripada penguasaan BN sudah tidak boleh “dihalang lagi.”
“Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mesti dengan segera memulihkan kehilangan keyakinan rakyat ke atas Pakatan Rakyat, bukan sahaja ekoran kekalahan di Galas dan Batu Sapi, tetapi juga daripada masalah-masalah dan pergolakan dalamalam parti-parti Pakatan Rakyat,” tegas Lim.

Zaid silap perhitungan

Perjuangan rakyat perjuangan keramat. Perjuangan rakyat adalah amanat rakyat terhadap pimpinan pilihan rakyat yang tidak boleh dikhianati. Perjuangan rakyat tiada masa melayan kerenah peribadi. Perjuangan rakyat tiada masa untuk terhenti mendengar rengekan manja orang orang yang takut berjuang.
"Pilih siapa sahaja, tapi bukan orang yang mengkritik kita menggunakan media milik Umno" Anwar Ibrahim

Pemergian Zaid Ibrahim tidak dihalang sebagaimana jugak kedatangan dia tidak diundang. Rakyat menyeru siapa saja yang ingin bersama perjuangan rakyat hendaklah meletakkan ketepi kepentingan diri melebihi kepentingan perjuangan rakyat. Jika setapak kaki kita melangkah ke alam perjuangan, segala jiwa dan raga kepunyaan rakyat. Masaalah rakyat adalah masaalah kita, tetapi masaalah kita bukan masaalah rakyat.
Jika diri kita telah bermasaalah... maka boleh belah...

Susah Sangat Ke,, Untuk Bercakap Benar.


Kebanyakkan Melayu sudah terdidik supaya menjaga adab dan sopan, jaga maruah dan peribadi tapi adilkah jika yang dipraktikan itu bukan dalam hal-hal yang mendatangkan faedah dan tidak akan mengusik hati nurani orang-orang yang terdahulu kita sayang…

Orang melayu... tak mudah memberi pendapat jika di tanya (contoh) "kak tun tak sesuai pakai baju fesyen ni.. faktor usia.. faktor body tayar michellin.. dan faktor blaaa.. blaaa.. blaaa..." tetapi melayu mudah sangat bagi pujian kalau ditanya "kak tun.. cantik laaaa... baju akak nih…" walaupun ianya tak sesuai dengan individu tersebut, semata-mata nak menjaga hati.

Ramai juga yang tak akan komen pelamin pengantin itu terang benderang merahnya, pengantin pun pakai kaler merah gak… kenapa...??? takut balik sat gi tak dapat door gift kut… hahahaha...

Itu sebagai contoh jer... tapi adilkah sikap sebegini, bayangkan jika terlalu ramai anak-anak membesar dengan segala permasalahan akibat keruntuhan sesebuah rumahtangga dek kerana sang isteri/suami terlalu menjaga maruah si suami/isteri, tak mahu menyuarakan hak dan kebenaran malah sanggup membuat cerita khayalan pada si kecil agar tidak tercalar maruah si suami/isteri durjana.

Adilkah jika seorang pekerja sanggup menyembunyikan fakta sebenar penyelewengan atau salah laku yang di lakukan oleh rakan/pegawai/ketua mereka sendiri, semata-mata nak menjaga hati kononnya...

Adilkah seseorang penyokong/ahli sesebuah persatuan/parti tidak mahu atau tidak boleh menegur kesilapan yang dilakukan oleh pemimpin mereka, kononnya tidak mahu memecah belahkan paersatuan/parti, dan lebih berat lagi... dipertahankannya pula.

Sudah menjadi lumrah manusia/melayu, semuanya suka bercerita yang indah2 jer.. yang molek2 jer... walaupun pengisiannya kosong, asalkan tak melanggar apa yang telah terdidik, namun impaknya terlalu besar jika tersalah bercerita mulalah terbongkar segala muslihat..

Kita telah diberi kewarasan akal fikiran untuk berfikir dan membuat keputusan dengan benar namun… mungkin tak jika kita selalu tidak bercakap benar untuk melindungi perkara-perkara yang tak benar samada di meja tugas, di meja makan, di meja mesyuarat, di meja perkahwinan, di meja persahabatan hatta di meja ibadah.

Kenapa...??? Kenapa susah sangat ke... untuk menyatakan keBENARan.....???

Lu fikir lah sendiri...!!!

Tetap Setia Walau Tewas, Kulasegaran Perli Zaid Ibrahim??

Anggota Parlimen Ipoh Barat M. Kulasegaran sekali lagi mengulangi pendirian tidak akan meninggalkan DAP walaupun selepas gagal mempertahankan jawatan timbalan pengerusi DAP Perak dalam pemilihan pada konvensyen parti itu di sini Ahad lepas.

Katanya kekalahan dalam pemilihan itu dan keputusannya menolak tawaran sebagai naib pengerusi negeri tidak akan menyebabkan beliau meninggalkan parti.

“Saya juga tidak bercadang untuk menyertai parti baru yang dikatakan akan ditubuhkan Datuk Zaid Ibrahim (bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan),” katanya ketika ditanya pemberita selepas majlis pendaftaran pengundi baru di Kampung Tawas di sini hari ini.

“Sama ada ada masa depan atau tidak saya tidak akan meninggalkan DAP ... ini parti pertama dan terakhir saya anggotai sama ada baik atau buruk,” katanya.

Kulasegaran berkata jawatan Naib Pengerusi DAP kebangsaan yang disandangnya sekarang dilihat sebagai penting dan beliau tidak memerlukan parti lain untuk meneruskan karier politiknya.

Cakap-cakap politik menyatakan Kulasegaran kononnya akan keluar parti selepas menolak tawaran untuk dilantik sebagai Naib Pengerusi DAP Perak dan menyuarakan kekecewaan kerana kalah dalam pemilihan peringkat negeri Ahad lalu. – Bernama

Isu patriotisme: Saya jawab usul MP DAP 13 Dis, kata Zahid

KUALA LUMPUR, 20 Nov – Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau akan menjawab di Dewan Rakyat pada 13 Disember ini berhubung usul isu patriotisme yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Ipoh Barat  M. Kulasegaran baru-baru ini.
Zahid (gambar) sebelum ini didakwa mempersoalkan semangat patriotisme orang India dan Cina negara ini, dan dilaporkan sebagai antara punca bukan Melayu kurang menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
“Penjelasan mengenai usul Ahli Parlimen Ipoh Barat akan saya jawab 13 Disember di Parlimen. DAP Perak pun dah tolak dia?” kata beliau yang juga Naib Presiden Umno dalam mesej Twitter.
Dewan Rakyat sebelum ini menetapkan minggu kedua untuk membahaskan usul berkenaan.
Zahid akan berhadapan dengan perbahasan usul dipotong gaji RM10 ekoran jawapan beliau mengenai sebab-sebab bukan Melayu kurang menyertai ATM di Dewan Rakyat dua minggu lalu.
Usul itu dikemukakan oleh Kulasegaran ekoran jawapan beliau di Dewan Rakyat 9 November lalu.
Kulasegaran ketika dihubungi berkata, beliau belum dimaklumkan tarikhnya tetapi lazimnya akan diketahui beberapa hari sebelum ditetapkan oleh Parlimen.
“Perlu menunggu giliran (tarikh usul dibawa),” kata Kulasegaran sambil menambah, “adalah sesuatu yang baik beliau sedia tampil memberikan penjelasan mengenai apa yang beliau mengatakan demikian sebelum ini.”
“Kementerian mendapati penyertaan kaum bukan Melayu terutama kaum Cina dan India masih berkurangan berkemungkinan disebabkan kekhuatiran terhadap disiplin yang ketat, ganjaran kurang berbanding swasta, tiada galakan daripada keluarga serta semangat patriotisme yang belum cukup tinggi,” kata Zahid di Dewan Rakyat.
Bagaimanapun dalam satu kenyataan dikeluarkan di Jakarta yang dipetik Bernama keesokan hari, Zahid mendakwa ATM tidak ada prasangka kaum dalam pengambilan anggotanya dan oleh itu tidak timbul persoalan bukan Melayu kurang semangat patriotisme.
Zahid berkata rakyat daripada semua kaum boleh menyertai ATM dan berpeluang menyandang jawatan berpangkat tinggi.
Kata beliau, jawapannya di Dewan Rakyat mengenai faktor-faktor rendahnya penyertaan bukan Melayu dalam ATM dibuat berdasarkan dapatan kaji selidik ilmiah.
Minggu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata kesemua anggota Kabinet telah diarah agar tidak lagi membincangkan secara terbuka isu itu.
Kata beliau, Kabinet menyerahkan kepada Kementerian Pertahanan untuk melaksanakan pendekatan bagi menambah bilangan bukan Melayu dalam ATM.
“Kami telah mengambil pendirian, memandangkan Kabinet dan Perdana Menteri telah menasihatkan kami bahawa tiada lagi, kesemua bentuk retorik dan hujah secara terbuka.
“Buat kerja untuk membuktikan bahawa kita ini ikhlas dalam mahukan perkhidmatan tentera diwakili dengan baik (oleh semua kaum),” kata beliau.

Hasad dengki punca Pusat enggan iktiraf Dinar Kelantan

KUALA LUMPUR, 20 Nov: Tindakan kerajaan Pusat tidak mengiktiraf penggunaan Dinar dan Dirham Kelantan dibayangi sifat prejudis dan hasad dengki terhadap pemerintahan PAS, kata Dr Dzulkefly Ahmad.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu mengulas jawapan bertulis Menteri Kewangan terhadap soalan lisannya di Dewan Rakyat yang bertanya pendirian Kerajaan Pusat tentang pengenalan Dinar dan Dirham yang diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan.
Menteri dalam jawapannya mendakwa penggunaan wang emas dan perak dalam urus niaga akan menyebabkan orang ramai menanggung risiko harganya yang sentiasa turun naik.
Selain itu, pengguna juga akan bermasalah untuk mengesahkan ketulenan emas atau perak serta kemungkinan berlakunya pemalsuan yang berleluasa.
"Amat malang sekali jawapan dari Menteri Kewangan adalah seperti tertera di atas.
"Ternyata apabila Kerajaan Negeri Kelantan memperkenalkan Dinar dan Dirham sebagai instrumen kewangan selain dari mata wang – ’legal tender’, kerajaan BN terus mengecam seolah-olah ia satu kesalahan.
"Prejudis itu juga terserlah dengan memaparkan pelbagai aspek negatif dan risiko yang kononnya akan menimpa rakyat dan pengguna," kata Dzulkefly yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor.
Kerajaan Kelantan melancarkan Dinar Emas pada 12 Ogos lalu atas penegasan ianya bukanlah matawang, tetapi hanyalah pengenalan kepada sistem barter trade (perdagangan pertukaran).
Menurut Dzulkefly, prejudis tersebut jelas boleh dilihat apabila Tun Dr Mahathir sendiri pernah melancarkan gold coin yang dinamakan Kijang Emas keluaran Bank Negara Malaysia satu ketika dahulu.
Pada 18 Julai 2001, sekeping syiling Kijang Emas seberat 1 auns harganya ialah RM1,082.
Hari ini pada tarikh 1 Julai 2010, ia sudah boleh dijual dengan harga RM4,104.
"Sungguh malang andainya pimpinan Umno terus menyimpan perasaan prejudis sehinggakan yang rugi ialah rakyat sementara kebaikan yang mahu disampaikan kepada umat terhalang kerana sikap yang sempit dan perasaan yang dilingkungi hasad.
"Pemikiran yang waras dan jiwa yang murni akan dapat mengenali betapa ’politik sempit’ dan kelonggaran pegangan kepada agama Islam akan meletakkan perhitungan kepentingan politik kepartaian mengatasi tuntutan kewajaran dan kebenaran yang dianjurkan oleh Islam," katanya.

PERKASA tak minat jadi ahli bergabung BN

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) setakat ini lebih berminat untuk tidak bergabung atau menjadi ahli bersekutu dengan mana-mana parti politik kerana "mahu kekal bebas tanpa terikat dengan mana-mana pihak".

"Apa jua dasar yang baik untuk rakyat, selari dengan perlembagaan negara, PERKASA akan bagi sokongan kepada mana-mana pihak," kata setiausaha agungnya Syed Hasan Syed Ali

Dalam kenyataannya melalui SMS kepada Malaysiakini petang ini, Syed Hasan bagaimanapun menyerahkan keputusan muktamad untuk memohon menjadi ahli gabungan BN kepada perwakilan mesyuarat agung PERKASA pada Mac tahun depan.

"Ia (merupakan) perkara dasar, maka keputusan terletak kepada perwakilan mesyuarat agung PERKASA," katanya menjawab soalan sama ada pertubuhan Melayu itu berminat menjadi ahli bergabung dengan BN setelah keahlian baru itu diluluskan parti itu tengah hari tadi.

Selain meluluskan ahli bersekutu secara keahlian langsung Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak juga mengumumkan keputusan dewan tertinggi parti yang meluluskan menerima mana-mana NGO, pertubuhan atau persatuan untuk menjadi ahli bergabung dalam parti itu.

Najib bagaimanapun menegaskan bahawa peraturan atau keputusan tentang ahli bergabung akan diputuskan oleh dewan tertinggi BN selepas mengambil kira pandangan parti komponen.

Sebelum itu, bercakap kepada Malaysiakini, Syed Hasan berkata sukar bagi pertubuhan itu menjadi ahli gabungan kerana ahlinya terdiri daripada pelbagai latar belakang politik.

Malah, beliau juga sendiri masih belum faham apakah maksud dan pendekatan sebenar "ahli gabungan" seperti mana yang diumumkan oleh Najib itu.

"Kita tengok (dahulu) apa pendekatan BN. Dan apabila sudah faham, kita akan berfikir semula... Sukar untuk menerima jemputan (sebagai ahli bergabung) sebab ahli kita pelbagai latar belakang," katanya.

Sementara itu Ketua Wira PERKASA Arman Azha Abu Hanifah pula menjangkakan kemungkinan perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat dewan tertinggi NGO dua minggu lagi.

Pertubuhan yang diketuai ahli parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali itu sering dikaitkan dengan Umno - tulang belakang BN - terutamanya oleh pembangkang.

Rosmah Mansor 'Undur Diri' Canselor UNISEL..kah..kah..kah..!!!



BESTARI JAYA  20 NOV : Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengumumkan pengundurannya sebagai Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) di sini hari ini.   
Rosmah berkata permohonannya untuk mengundur diri telahpun mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.  
"Ingin saya maklumkan bahawa ini adalah merupakan tugasan terakhir saya dalam Majlis Konvokesyen Unisel kali ini. 

Dinar dan Dirham- Dolak-Dalik Sikap Kerajaan Pusat Mengecewakan : Dr Dzulkefly Ahmad


Persoalan lisan saya (Kuala Selangor) yang meminta Menteri Kewangan untuk menyatakan pendirian Kerajaan Pusat tentang pengenalan Dinar dan Dirham yang diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim telah saya terima secara bertulis dari Menteri pada 19 Oktober lalu. Saya rasa bertanggungjawab untuk menerbitkannya dalam blog saya ini beserta dengan komentar saya. Berikut adalah jawapannya.
Untuk maklumat Yang Berhormat, di bawah undang-undang Malaysia, hanya Bank Negara Malaysia mempunyai kuasa  untuk mengeluarkan mata wang ringgit sebagai satu-satunya mata wang yang sah diperlakukan untuk pembayaran hutang dan barangan serta perkhidmatan di Malaysia. 
  1. Penerimaan ringgit di dalam negara bermakna bahawa sesiapa sahaja boleh menggunakan ringgit dengan mudah dan tanpa perlu ragu-ragu terhadap nilai mukanya.
  2. Penggunaan wang berasaskan komoditi seperti emas dan perak dalam urus niaga akan menyebabkan orang ramai menanggung risiko-risiko tertentu seperti:
a)      kurangnya penerimaan nilai muka komoditi tersebut kerana hagnya yang sentiasa turun naik. Ini akan mewujudkan ketidakpastian dalam sesuatu urus niaga, dan
b)      masalah untuk mengesahkan ketulenan emas atau perak serta kemungkinan berlakunya pemalsuan yang berleluasa.
Kedua-dua risiko ini akan menjelaskan hak dan perlindungan pengguna.
  1. Tindakan oleh mana-mana individu atau entiti mengeluarkan atau mengisytiharkan pengeluaran instrumen atau mata wang dalam bentuk lain tetapi mempunyai ciri-ciri di atas adalah melanggar undang-undang. Kerajaan memandang serius tentang perkara ini dan Bank Negara Malaysia akan mengambil langkah sewajarnya terhadap individu atau entiti tersebut.
  2. Kerajaan juga menasihatkan orang ramai agar terus menggunakan mata wang kertas dan syiling yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia dan tidak menggunakan medium pertukaran yang lain dalam urusan seharian mereka.
  3. Ini bagi melindungi orang ramai daripada risiko yang timbul akibat penggunaan mata wang selain ringgit dan juga bagi memastikan ekonomi berfungsi dengan cekap bagi kebaikan orang ramai dan perusahaan perniagaan.
Amat malang sekali jawapan dari Menteri Kewangan adalah seperti tertera di atas. Ternyata apabila Kerajaan Negeri Kelantan memperkenalkan Dinar dan Dirham sebagai instrumen kewangan selain dari mata wang - 'legal tender', kerajaan BN terus mengecam seolah-olah ia satu kesalahan. Prajudis itu juga terserlah dengan memaparkan pelbagai aspek negatif dan risiko yang kononnya akan menimpa rakyat dan pengguna.
Datuk Husam Musa, EXCO Kerajaan ketika berucap dipelancaran Dimar Emas pada 12 Ogos lalu telah beberapa menegaskan apa yang dilancarkan oleh Kelantan bukanlah matawang, ia hanyalah  pengenalan kepada sistem barter trade (perdagangan pertukaran).
Sesungguhnya Emas merupakan komoditi yang paling stabil harganya. Ia akan terus meningkat jika dibandingkan dengan wang ringgit. Bukankah Tun Dr Mahathir sendiri pernah melancarkan gold coin yang dinamakan Kijang Emas keluaran Bank Negara Malaysia satu ketika dahulu? Pada 18 Julai 2001, sekeping syiling Kijang Emas seberat 1 auns harganya ialah RM1,082. Hari ini pada tarikh 1 Julai 2010, ia sudah boleh dijual dengan harga RM4,104. Cerita tentang nilai wang perak(dirham) termaktub bersama cerita As-Haabul Kahfi di dalam Al-Quranul Karim yang tertidur selama beratus tahun tetapi masih mendapati nilainya tetap stabil. Bayangkan seandainya yang dibawa oleh mereka ke market ketika selepas bangkit itu ialah wang kertas atau 'Fiat Money' seperti RM kita hari ini.
Sungguh malang andainya pimpinan Umno terus menyimpan perasaan prajudis sehinggakan yang rugi ialah rakyat sementara kebaikan yang mahu isampaikan kepada ummat terhalang kerana sikap yang sempit dan perasaan yang dilingkungi hasad.
Pemikiran yang waras dan jiwa yang murni akan dapat mengenali betapa 'politik sempit' dan kelonggaran pegangan kepada agama Islam akan meletakkan perhitungan kepentingan politik kepartaian mengatasi tuntutan kewajaran dan kebenaran yang dianjurkan oleh Islam.
Perhatikan dari petikan disenaraikan di bawah ini bagaimana satu ketika dahulu meeka juga turut mempopularkan penggunaan dinar dan dirham bermula sejak zaman Tun Dr Mahathir sendiri sehinggalah yang mutakhir oleh MB Umno Perak.
Fallacy and Contradiction of the BN Government on Dinar dan Dirham
(v) Dr. M perjelas guna dinar emas
Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
KUALA LUMPUR 14 Sept., 2010 - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, cadangannya mengenai penggunaan dinar emas yang dibuatnya sembilan tahun lalu adalah demi memastikan Malaysia serta negara membangun lain bebas daripada manipulasi penyangak mata wang dunia.
Beliau berkata, prosedur penggunaan dinar emas dalam aktiviti perdagangan dua negara perlu dilakukan dengan simpanan mata wang emas tidak dibuat dalam bentuk syiling, sebaliknya bata atau jongkong emas yang nilainya ditentukan mengikut harga emas dalam pasaran.
Dalam entri blognya, http://chedet.co.cc hari ini, beliau memberitahu, bayaran untuk dagangan kedua-dua negara itu pula dibuat oleh bank pusat masing-masing setelah nilai eksport dan import tersebut dihitung.
"Jika (jumlah) import melebihi eksport, negara berkenaan akan membayar dengan nota kredit bersamaan jumlah nilai emas.
"Jika pada bulan hadapan eksportnya ke negara berkenaan melebihi nilai import, maka bayaran untuk lebihan ini boleh dibuat dengan nota kredit bulan lepas," katanya dalam entri bertajuk Dinar Emas 2.
Penjelasan Dr. Mahathir itu dilihat sebagai menjawab dakwaan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa baru-baru ini yang mendakwa idea penggunaan mata wang itu dipolitikkan Kerajaan Pusat.
Pada 12 Ogos lalu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melancarkan mata wang syariah dinar dan dirham dikeluarkan anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Kelantan Golden Trade yang akan digunakan dalam transaksi seharian termasuk pembayaran gaji kepada kakitangan awam.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin selepas itu pula berkata, penggunaan mata wang dinar emas dan dirham perak oleh kerajaan Kelantan boleh mengakibatkan lebih 1,000 pengusaha kedai dan restoran di sana berdepan risiko seperti ditipu.
Katanya, risiko itu wujud akibat sebahagian besar peniaga serta pengguna tidak mahir membezakan di antara dinar emas dan dirham perak tulen dengan yang palsu.
Dr. Mahathir seterusnya menegaskan, penggunaan dinar emas di pasaran antarabangsa menjamin transaksi dagangan tidak dibayar dengan emas walaupun ia menentukan nilai barangan yang didagangkan.
"Jika nilai import adalah sama dengan eksport, bayaran tidak perlu dibuat. Ia menjadi dagangan secara barter (tukar barang).
"Dengan menggunakan emas untuk menentukan nilai dagangan, Dolar Amerika yang jelas tidak stabil, tidak perlu digunakan lagi. Permainan oleh penyangak mata wang juga akan terhenti," katanya
(ii)        Lintasan ucapan YB Menteri Datuk Jamil Khir , 27 Ogos 2009
Penggunaan nilai dinar emas dalam perdagangan antara negara-negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) perlu dikaji kembali dan diteruskan seperti yang pernah disarankan oleh mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom berkata sistem kewangan dunia berasaskan wang kertas dan berlandaskan riba telah membawa kepada banyak kerosakan seperti kemiskinan, kerosakan alam sekitar, monopoli pengeluaran dan pengedarannya serta masalah lain seperti pengangguran, jenayah, maksiat dan kejatuhan moral.
Katanya, ramai pakar ekonomi berpendapat dinar emas perlu diguna pakai kembali sebagai alat menyimpan nilai dan perantara pertukaran terutama dalam perdagangan antarabangsa kerana dinar emas terkenal dengan sifat stabil terhadap aktiviti spekulasi dan manipulasi.
(iii)             On the Tuesday, July 29, 2003
Malaysia's first Gold Dinar was made available to public next week (SHAH ALAM):
The Royal Mint of Malaysia has launched Malaysia's first Gold Dinar, which will be available to the public next month in the ¼ and 1 Dinar types, priced at RM51 and RM181.
It has a gold purity composition of 91.7%, widely known as 22-carat.
The ¼ Dinar weighs 1.06gm and has a diameter of 15mm and thickness of 0.35mm while the 1 Dinar coin weighs 4.25gm with a 23mm diameter and 0.6mm thickness.
FOR INVESTMENT:
Royal Mint of Malaysia Sales and Marketing executive Harfeenaz A. Bakar showing off the Gold Dinar after the launching ceremony in Shah Alam on Monday.
The ½ Dinar, 2 Dinar and 4 Dinar coins which are also from the 917 Gold composition will be available several weeks later.
Royal Mint Exchange Sdn Bhd chairman Datuk Dr Awang Adek Hussin said purchasing the Dinar was an effective mode of savings as the value of gold was much more stable compared to currencies.
The value of the Dinar was minted to resemble those used during the reign of Caliph Umar-Al-Khatab in Arab and would follow the market price of gold.
Dr Awang said there was great potential in expanding the use of Dinar, particularly for the Muslims, such as using them to pay zakat and fitrah, dowries and for pilgrimage to
Mecca.
We are studying the possibility of Islamic institutions such as Tabung Haji, Bank Islam and others allowing their customers to make payments with Dinar," he said.
Earlier, Dr Awang witnessed a ceremony where about 50 employees of the Royal Mint of Malaysia accepted their Dinars from its managing director Datuk Megat Mohamed Abdul Wahab.
(iv)       Use Gold Dinar for Melaka -Indonesia trade, says Ali, 23 July, 2009.
MELAKA July 23 - Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam has proposed using the gold dinar as a bilateral trading currency between Melaka and Indonesia.
Areas where gold dinar could be used include airline tickets and tourism expenses, he said.
"The gold dinar system is stable, free of inflationary pressures, and is less prone to attacks by foreign currency speculators," he told reporters after launching Yayasan Melaka's appointment as a gold dinar agent.
The idea for using gold dinar, he said, came from former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad who suggested it as an alternative to the global foreign currency system in use, especially for Islamic countries.
Mohd Ali said the state government would permit the use of gold dinar for paying zakat, dowry and as savings, and its use could widen in Melaka if more state government agencies accept it.
Yayasan Melaka, of which he is chairman, is targeting sales of RM2.7 million in its first year, he added.
(iv)             No plan to replace ringgit with gold dinar, says Abdullah, KUALA LUMPUR Oct 13, 2004.
The government does not intend to use the gold dinar or introduce a new currency to replace the ringgit, Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi told the Dewan Rakyat here Wednesday.
Abdullah, who is also Finance Minister, said that ringgit would remain the sole currency which could be utilised for all payments and business transactions in Malaysia.
He said that what had been proposed was for gold dinar to be used to settle payments in international trading.
"Through the Gold-based Trade Payments Arrangement (GTPA), the net balance of bilateral trade is to be settled with gold," he said in his written reply to questions posed by Hamim Samuri (BN-Ledang), Datuk Abdul Rahim Bakri (BN-Kudat) and Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (Pas-Pengkalan Chepa).
Abdullah said that via the GTPA mechanism, the settlement of the net balance would be done through the gold reserves movement of the debtor country to the lender country.
"Such transactions will only involve central banks participating under the GTPA scheme," he said.
(iii) In the Malaysian context it is also not new. The governments of both Prime Ministers Mahathir Mohamed and Abdullah Badawi did toy with the concept of the Islamic Gold Dinar (IGD) to be used to settle accounts between participating Muslim central banks. One of the architects of the IGD concept, which is effectively a metallized version of the Bilateral Payments Arrangement (BPA) pioneered by Malaysia, is Nor Mohamed Yakcop, former Minister of Finance II and currently a Minister in Prime Minister Mohd Najib Abdul Razak's Office.
The BPA is a unique bilateral payments and trade settlement arrangement between Malaysia and developing countries which at the time bypassed the need for costly correspondent banking in London, New York and Frankfurt.
Under the IGD, there would be an IGD exchange which uses the gold dinar as the accounting unit for trade between Malaysia and her trading partners. Malaysia even set up a company promoting the gold dinar, IGD Practice (Labuan) Sdn Bhd, which even took a 34 percent stake in the Kazakhstan Gold Mining Corporation, which in turn owns the Artul Trud Closed Joint Stock Company, which operates the Bolshevik Gold Mine, said to be one of the largest in the world.
Despite Nor Yakcop's assertion that the IGD concept is workable, it never saw the light of day because it was ill-thought out, limited in scope and failed to attract the support of most of the Muslim countries, who cannot deal with a concept of ceding sovereignty, albeit in this case partially, because of the nature of their governance systems which range from absolute monarchies to military industrial dictatorships.
The Kelantan state move may be a reaction to the above failed initiative. At the same time it could also be a riposte to the 1 Malaysia policy of Prime Minister Mohd Najib Abdul Razak. The inculcation of a single Malaysian identity as the 1 Malaysia policy seems to suggest, according to many Malaysian Muslims is far too premature, insubstantive and politically immature. This especially at a time when the Malay Muslim ownership of Malaysian economic GDP is still low (less than 30 percent) in terms of per capita per population. Hence also a growing underlying unease at any suggestion that the Najib government would abolish the New Economic Policy (NEP) which is Kuala Lumpur's affirmative action policy or (Bumiputra Empowerment Policy) in favor of the majority Malays.
The Islamic gold dinar move has also resulted in an unintended debate in some of the most unexpected circles about the legitimacy of the US dollar as the international currency. This is a legitimate and pertinent debate which has attracted the likes of Nobel laureates to the bleary-eyed barefoot economists to some of the delusional Islamist economists.
There is a case for the replacement of the US dollar as the new international currency. But whether it will be a going back to the Gold standard pre-Bretton Woods must remain a moot point. The Chinese, the world's largest capital owners today, have long argued for this. But for the moment they are a hostage to their massive holdings of US Treasury bonds which together with the Japanese holdings effectively underwrite the obscene US budget deficit, which in reality is not fully payable.
Latest:

Some sanity in the midst of Umno/BN's dilemma.

Wednesday November 10, 2010 (Th.e Star Online)

Dinar not for trading


IPOH: The gold dinar and silver dirham currency to be introduced by the Perak state government is not meant to be used for trading but only for investment purposes, said Mentri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
"The plan to introduce the dinar and dirham was made because many people prefer to keep the currency as they feel the value will increase.
"That is the basis of introducing the dinar and dirham," he told reporters after chairing the state exco meeting here yesterday.
He added that Perak would have no problem cooperating with Kelantan, which was attempting to use the gold dinar and silver dirham in all its transactions, including for paying civil servants' salaries.
Dr Zambry was commenting on news report that the Kelantan government was keen to cooperate with Perak to popularise the use of the dinar and dirham.
Kelantan economic planning, finance and welfare committee chairman Datuk Husam Musa was reported to have made the offer after Perak announced its plan to introduce the currency.
Dr Zambry said the gold dinar and silver dirham should not be used as a medium of transaction as it could cause problems to the country's economic system.
Moreover, he added, the Federal Government had set a medium of exchange in the country, that was through monetary currency rather than through gold or silver.

Noh Bermain Politik Isu Yayasan Selangor : Tan Sri Khalid



BESTARI JAYA 20 NOV : Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini menyifatkan Timbalan Ketua Perhubungan Umno Selangor Datuk Noh Omar bermain politik apabila mengenakan syarat untuk mendedahkan bukti bersabit isu Yayasan Selangor.
Beliau membidas tindakan Noh  mengenakan syarat mahukan Khalid memohon maaf kepada beliau, jika Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu membuktikan Yayasan Selangor membelanjakan lebih RM800,000 untuk sambutan ulangtahunnya ke 40.
"Kita tak halang Noh untuk masuk campur sebab itu hak orang politik. Tetapi dia anggap ini satu permainan politik.  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah telah mengambil maklumat jadi dia sepatutnya tidak boleh komen, sebab ia sekarang siasatan SPRM,"  beliau memberitahu pemberita.
Sultan Selangor dan kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Abdul Khalid sebelum ini mengambil pendirian tegas  menolak  tindakan boros Yayasan Selangor untuk sambutan ulangtahun badan amal itu.
Khalid mengarahkan sambutan itu dibatalkan setelah dimaklum bahawa majlis jamuan menelan kos RM300,000. Noh pula mendakwa kos sambutan ulangtahun itu mencecah RM800,000 tetapi mengenakan syarat untuk memberikan bukti.
 Kerajaan Selangor sudah pun mengambil tindakan dengan  mengarahkan juruaudit untuk menjalankan pemeriksaan rapi.
Selain itu  Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor di arah  bercuti sebulan sementara siasatan terperinci dijalankan.
 Khalid turut mengarahkan  semua anak syarikat negeri  dilarang menggunakan khidmat syarikat swasta bagi penganjuran majlis kecuali kalau benar-benar perlu.
Semua tindakan ini mencerminkan keseriusan sebuah kerajaan negeri yang mahu mengekang keborosan dan ketirisan, berani mengambil tindakan apabila diperlukan serta tidak menutup kebenaran.
Khalid berkata siasatan akan dijalankan secara telus dan keputusan akan dibuat secara professional.
"Kalau salah pun,  akan ada keputusan,  kalau  betul pun,  tetap akan ada keputusan," berasaskan audit yang dijalankan, kata Khalid.

BN Diminta Tunai Janji Bina Sekolah SJKC dan SJKT : Nga Kor Ming


SHAH ALAM 20 NOV : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis Nga Kor Ming mahu kerajaan Barisan Nasional (BN) menunaikan janji mereka membina 18 sekolah jenis kebangsaan Cina (SJK(C) ) dan juga sekolah jenis kebangsaan Tamil.
Menurutnya, Kerajaan Persekutuan telah mungkir janji dan manifesto untuk membina lebih banyak sekalah jenis kebangsaan tersebut. Setiap kali pilihanraya BN hanya menggunakan isu ini untuk menarik undi masyarakat Cina dan India.
Nga, yang dihubungi TV Selangor, mendedahkan bahawa daripada 18 sekolah jenis kebangsaan Cina yang dijanjikan akan dibina di negara ini, hanya empat sahaja yang telah ditunaikan sejak 1999 lalu.
"Antara 18 buah yang dijanji setelah rakyat menunggu lebih 10 tahun, hanya 4 buah sahaja dibina, dan 14 lagi hanyalah omong kosong. Oleh kerana itu ia tanggungjawab kerajaan untuk mengotakan janji, kalau tidak bukan rakyat sahaja hilang keyakinan malah pelabur turut tidak mempercayai kerajaan Barisan Nasional,"katanya.
Beliau juga melahirkan rasa kesalnya terhadap kerajaan negeri BN Perak yang mengambil sikap sambil lewa tidak memperdulikan arahan Kerajaan UMNO BN sendiri dalam melaksanakan memperuntukan membina sekolah jenis kebangsaan Tamil.
"Kerajaan Perak di bawah Datuk Seri Zambry nampaknya tidak prihatin langsung isu ini walaupun ia janji yang dikeluarkan BN sendiri. Ini menunjukkan kurangnya kewibawaan mereka dalam mentadbir Perak Darul Ridzuan kerana isu rakyatpun tidak diberi perhatian yang sebagainya," ujarnya lagi.
Menurutnya lagi,  beliau mempunyai bukti berupa surat arahan rasmi yang meluluskan peruntukan jutaan ringgit bagi membina Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil namun tiada tindakan susulan kerajaan negeri yang mendakwa tiada tapak disediakan.
"Setakat ini kerajaan negeri (Perak) gagal menyediakan tapak sekolah sebagai rizab untuk sekolah yang dijanjikan malahan dalam tangan saya ada bukti bekas Menteri Pelajaran dulu Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein pernah meluluskan RM 1.2 juta untuk SJK T Air Tawar bagaimanapun setelah 3 tahun SJKT telah dalam keadaan teruk dan perlu dibina tetapi masih tidak diusahakan. Saya tidak dpt bayangkan bagaimana surat rasmi boleh diabaikan begitu sahaja."katanya.
Perlembagaan Persekutuan telah membenarkan masyarakat Cina dan India untuk mendapat pendidikan vernakular yang menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri sebagai bahasa pengantar.

Pemilihan PKR 2010 : 15 Lagi Cabang Adakan Pemilihan


SHAH ALAM 20 NOV : 15 cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) melaksanakan pemilihan PKR 2010 bagi memilih kepimpinan tertinggi hari ini di seluruh negara.
Sebanyak enam cabang di Selangor, enam cabang di Sarawak dan tiga cabang di Johor membuat pilihan masing-masing bermula pagi tadi.
Manakala esok sebanyak 37 cabang lagi akan melangsungkan proses berdasarkan konsep "satu anggota satu undi" di Sarawak (16 cabang), Johor (17), Selangor (7), dan Sabah (1 cabang).
Lima lagi cabang yang sebelum ini belum mengadakan pemilihannya (Parit Sulong, Penampang, Silam, Kimanis, Kuala Langat) turut mengadakannya dalam dua hari ini.
Setakat ini belum dapat dipastikan cabang-cabang itu akan mengadakannya hari ini atau esok.
Untuk jawatan Timbalan Presiden Azmin Ali sudah sebelah kaki ke jawatan itu apabila mendahului lebih 11,000 undi apabila pencabarnya yang tinggal Mustaffa Kamil Ayub.
Azmin kini mendapat 14,751 undi manakala Mustaffa pula mendapat 3,401 sahaja. 
Setakat ini, ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar masih di depan dengan 11,042 undi, diekori Pengarah Strategi PKR Tian Chua (9,542), Fuziah Salleh (7,878) dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mansor Othman (7,448).
Di belakang mereka, dua calon berbangsa India - ahli parlimen Padang Serai N Gobalakhrisnan dan exco Selangor Xavier Jayakumar - mengekor rapat, masing-masing dengan 5,288 dan 4,840 undi.

Minggu penentu pemilihan PKR bermula

Minggu penentu bagi calon-calon majlis pimpinan pusat (MPP) PKR bermula apabila 57 lagi cabangnya melangsungkan pemilihannya di seluruh negara bermula pagi tadi.

Hari ini, anggota PKR di sekurang-kurangnya 15 cabang lagi - enam di Selangor, enam di Sarawak dan tiga di Johor - akan membuat pilihan masing-masing.

Manakala esok sebanyak 37 cabang lagi akan melangsungkan proses berdasarkan konsep "satu anggota satu undi" di Sarawak (16 cabang), Johor (17), Selangor (7), dan Sabah (1 cabang).

azlanLima lagi cabang yang sebelum ini belum mengadakan pemilihannya (Parit Sulong, Penampang, Silam, Kimanis, Kuala Langat) turut mengadakannya dalam dua hari ini.

Setakat ini belum dapat dipastikan cabang-cabang itu akan mengadakannya hari ini atau esok.

Dalam pemilihan minggu terakhir, tumpuan kini beralih daripada kerusi timbalan kepada jawatan naib presiden yang mana persaingan antara 17 nama-nama besar dalam parti itu masih sengit.

Tiada sesiapa yang dilihat betul-betul selamat buat masa ini ekoran hanya empat tempat sahaja yang diperuntuk dipertandingkan.

Setakat ini, ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar masih di depan dengan 11,042 undi, diekori Pengarah Strategi PKR Tian Chua (9,542), Fuziah Salleh (7,878) dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mansor Othman (7,448).

Di belakang mereka, dua calon berbangsa India - ahli parlimen Padang Serai N Gobalakhrisnan dan exco Selangor Xavier Jayakumar - mengekor rapat, masing-masing dengan 5,288 dan 4,840 undi.

Manakala, bagi kerusi timbalan presiden pula, persaingannya dilihat kurang menarik lagi selepas calon heavyweight Datuk Zaid Ibrahim menarik diri, malah membaut keputusan keluar daripada PKR pada 16 Disember depan.

Pengunduran itu terus melonjakkan majoriti Azmin Ali kepada lebih 11,000 undi apabila pencabarnya yang tinggal Mustaffa Kamil Ayub dilihat gagal menarik undi daripada penyokong Zaid setaka ini.

Azmin kini mendapat 14,751 undi manakala Mustaffa pula mendapat 3,401 sahaja. Kedua-dua mereka naib presiden PKR.

Kes Sime Darby: Siapa bakal didakwa?


Oleh Izmas
Syarikat konglomerat negara, Sime Darby akan mengambil tindakan undang-undang pada hujung tahun ini terhadap beberapa individu untuk mendapatkan semula RM2.1 billion kerugian besar yang dialami akibat salah tadbir dan salah laku dalam bahagian tenaga dan kemudahan awam (energy and utilities - E&U).
Pengurusan Sime Darby telah mengenal pasti beberapa nama individu yang terlibat dalam skandal itu. Menurut sumber, beberapa pengurus kanan dan pengarah dalam bahagian E&U bakal didakwa di samping segelintir "ikan jerung" yang juga akan dipanggil sebagai saksi. Pengurusan di bahagaian itu didakwa menjalankan perniagaan melibatkan lebihan kos (over run cost) yang disangsikan menyebabkan Sime Darby kerugian besar dalam perniagaan baharu yang sepatutnya tidak mereka terokai.
Pengurusan atasan Sime Darby turut dipersalahkan kerana membuat keputusan menerokai perniagaan baharu tenaga yang bukan menjadi keutamaannya. Sepatutnya pihak pengurusan fokus kepada enam perniagaan teras (core businesses) yang menjadi perniagaan asalnya seperti perladangan, hartanah, automotif, perindustrian dan penjagaan kesihatan.
Syarikat konglomerat negara itu mengalami kerugian besar RM2.1 billion dalam perniagaan bahagian E&U yang dicatatkan dalam kira-kira kewangan tahunan Jun lalu yang menyaksikan ketua eksekuitfnya ketika itu, Datuk Seri Ahmad Zubair Mursyid dinasihatkan bercuti (dalam bahasa halus diminta melepaskan jawatan).
Menurut pemangku ketua eksekutif Sime Darby yang baru dilantik, Datuk Mohd Bakke Salleh, pihak pengurusan terpaksa membawa perkara itu ke mahkamah demi untuk mendapatkan semula wang kerugian yang dialami syarikat dan mendakwa mereka yang benat-benar terlibat. Beliau menyerahkan skandal itu kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) untuk menjalankan siasatan lanjut.
Pengerusi Sime Darby, Tun Musa Hitam selepas mesyuarat tahunan syarikat bersetuju, urusan salah laku dan salah tadbir yang melibatkan jenayah bukan lagi urusan syarikat sebaliknya sudah diserahkan sepenuhnya kepada SPRM dan SC untuk bertindak sewajarnya.
Juru audit bebas KPMG dan Deloitte Enterprise Risk Sdn Bhd dan sebuah firma guaman sudah dilantik bagi melihat dan menyiasat situasi sebenar yang berlaku dalam empat projek besar termasuk empangan Bakun yang dikatakan mengalami kerugian luar biasa akibat lebihan kos. Pengurusan atasan Sime Darby dikatakan salah membuat perhitungan dengan terlibat dalam projek empangan Bakun yang menurut penganalisis ekonomi sangat berisiko tinggi.
Akibat kerugian besar syarikat, pemilik saham dalam mesyuarat tahunan telah mengambil keputusan drastik melantik lima pengarah baharu. Seorang pengarah lama meletak jawatan secara sukarela sementara enam lagi tidak mencalonkan diri untuk dilantik semula. Pengerusi jawatankuasa audit, juga salah seorang pengarah jawatankuasa Risk (pernilai risiko perniagaan) dalam syarikat, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda meletakkan jawatan berkuatkuasa serta merta.

Himpunan Gambar Rapat Umum Anwar Pengemudi Alaf 21 Di Shah Alam





























semoga parti pkr kembali merapatkan saf dengan kuat, umno dan bn perlu kita kapankan dalam pru 13 nanti!

Rosmah Letak Jawatan

Sultan Selangor Perkenan Rosmah Lepas Jawatan Canselor Unisel
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenankan hasrat Datin Seri Rosmah Mansor untuk tidak dilantik semula sebagai Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) selepas kontraknya tamat Februari ini.

Rosmah memberitahu demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Istiadat Konvokesyen Unisel Kelima di Kampus Bestari Jaya di sini, Sabtu.

"'Ingin saya maklumkan bahawa ini adalah merupakan tugasan terakhir saya dalam Majlis Konvokesyen Unisel.

"Permohonan saya untuk berundur diri sebagai Canselor sehingga tamat tempoh lantikan telah mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor," katanya.

Turut hadir pada majlis itu termasuk Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Kontroversi kedudukan Rosmah di universiti milik kerajaan negeri itu mula tercetus selepas Pakatan Rakyat berjaya merampas Selangor daripada Barisan Nasional pada pilihan raya umum 2008.

Isteri Perdana Menteri itu pernah menyatakan mahu melepaskan jawatannya kerana dianggap 'tidak kena' jika terus memegang jawatan di negeri diperintah parti pembangkang.

Bagaimanapun beliau terpaksa menanti sehingga Sultan Selangor membuat keputusan.

Pertimbangan untuk Talent Corporation

Salleh Majid
Penubuhan Perbadanan Bakat (Talent Corporation) yang diumumkan oleh Perdana Menteri semasa pembentangan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) sememangnya sesuatu yang ditunggu pelaksanaannya. Setakat ini tidak banyak yang diketahui tentang bentuk dan kerangka perbadanan ini selain bertujuan untuk memujuk rakyat Malaysia yang berkemahiran yang berhijrah keluar negara sama ada bekerja atau pun berniaga di luar negara.
Angka yang kita difahamkan ialah dalam lingkungan 300,000 orang rakyat Malaysia sedang bekerja di luar negara. Kita memerlukan dalam lingkungan 3.3 juta tenaga kerja untuk mencapai hasrat melaksanakan 131 projek titik kemasukan yang telah dihuraikan di bawah 12 Bidang Ekonomi Utama Nasional (NKEA) dalam Program Transformasi Ekonomi yang telah pun dilancarkan.
Ada beberapa perkara yang wajar diambil kira oleh pihak kerajaan dalam pembentukan Talent Corporation ini. Utamanya ialah apakah kita sudah mempunyai suatu pangkalan maklumat tentang pakar dan tenaga mahir kita di dalam negara yang mungkin mempunyai kemahiran dan pengalaman setanding dengan mereka yang telah berhijrah keluar negara.
Misalnya, kita mempunyai ramai ahli profesional dan akademik yang telah berjaya dalam pelbagai bidang, malahan mencipta pelbagai inovasi yang menerima pengiktirafan daripada badan-badan luar negara.

Kedua, kerap kali pencapaian ahli akademik, profesional atau ahli sains kita ini jarang diberikan pengiktirafan oleh orang kita sama ada pihak awam mahu pun swasta. Oleh itu tidak hairanlah kalau orang kita bertembung dengan sesuatu di luar negara yang diiktiraf oleh kerajaan luar negara dan dijadikan seperti sesuatu lambang kemegahan negara tersebut. Bila ditanya siapa penciptanya. Jawapannya ialah orang Malaysia.
Walaupun andaian utama rakyat kita berhijrah keluar negara adalah kerana bayaran gaji atau peluang-peluang yang lebih lumayan, banyak lagi faktor lain yang membuatkan mereka ini sanggup meninggalkan tanah tumpah darah mereka dan mencuba nasib di tempat orang.
Faktor pendidikan untuk anak-anak sentiasa dikatakan sebagai alasan utama mereka yang membuat keputusan berhijrah keluar negara. Mereka melihat kurang tumpuan diberikan kepada pendidikan dalam bahasa Inggeris salah satu perkara yang dilihat meletakkan sistem pendidikan kita ketinggalan.
Tidak banyak yang dapat mereka lakukan selain daripada melahirkan protes mereka dengan membawa keluarga mereka berhijrah keluar negara.
Apa juga alasan utama kita dalam mengekalkan sistem pendidikan kita yang ada sekarang, tetapi kepada sesetengah mereka yang berhijrah, masa depan pendidikan anak-anak mereka adalah penting.
Kemudian kita bercakap pula tentang persekitaran dan budaya kerja yang terdapat dalam dalam pekerjaan sama ada di sektor awam atau di sektor swasta. Diskriminasi terhadap sesuatu golongan bangsa masih kekal. Kadang-kadang kita lihat dengan jelas hanya di jawatan teratas sahaja diketuai oleh sesuatu golongan tetapi di peringkat pengurusan dan pertengahan dikuasai oleh sesuatu golongan lain.
Oleh itu peluang untuk naik pangkat dan bonus selalunya terhad. Kadang kala syarat-syarat yang bertujuan untuk menafikan sesuatu golongan daripada memohon sesuatu pekerjaan seperti kefasihan bertutur dalam sesuatu bahasa ibunda orang lain terdapat dalam sektor swasta.
Tidah hairan jugalah kalau ada sesetengah syarikat termasuk syarikat antarabangsa yang gemar menawarkan skim pemisahan sukarela bagi anggota kerja yang telah berkhidmat beberapa tahun untuk berhenti supaya dapat diganti dengan orang baru yang gaji mereka lebih rendah. Alasan yang kerap diberi ialah keadaan ekonomi yang meleset.
Untuk memujuk mereka yang telah berhijrah keluar negara ini tentulah ada sesuatu pakej yang menarik bakal ditawarkan kepada mereka. Kita mengharapkan apa jua pakej yang bakal ditawarkan mengambil kira tahap kemahiran, kelayakan dan pengalaman ahli-ahli profesional, akademik dan mereka yang berkemahiran dalam negara kita supaya kita tidak menghadapi keadaan yang sama yang dihadapi oleh Taipeh dulu semasa tujuan mereka mengajak rakyat mereka yang berkemahiran untuk balik.
Suatu protes besar-besaran oleh mereka yang berkemahiran dari dalam negeri disebabkan terdapat suatu ruang perbezaan pakej yang luas antara mereka dari luar dan mereka dari dalam negeri yang mempunyai kelayakan dan pengalaman yang sama.
Mungkin pihak yang bertanggung jawab atas kejayaan Talent Corporation ini sudah memikirkan perkara-perkara yang sebegini, termasuklah siapa yang hendak dipujuk balik.
Faktor pemilihan utama tentulah tahap kemahiran. Misalnya dalam skala 1 sehingga 10 sesuatu angka secara objektif boleh diberikan ke atas tahap kemahiran orang yang ingin dipujuk balik itu. Tentulah dalam segala-galanya, ketelusan pemilihan menjadi kehendak utama.
Kita pun tidak mahu dalam keinginan untuk memujuk balik rakyat, kita lupa mereka yang telah pun melupuskan kerakyatan mereka. Apatah lagi hanya mereka daripada sesuatu golongan sahaja yang menjadi pilihan untuk dipujuk balik.
Disebabkan usaha ini begitu penting kepada masa depan negara, mungkin boleh difikirkan suatu soal-selidik diajukan kepada mereka yang telah dikenal pasti rakyat Malaysia yang berkemahiran tentang apakah yang menjadi faktor-faktor penting kepada mereka untuk kembali balik ke negara ini.
Jawapan-jawapan mereka ini perlu diteliti dan dilihat dari sudut apakah dapat dipenuhi oleh kerajaan atau tidak. Dalam merealisasikan hasrat ini gabungan awam dan swasta diperlukan dalam menggubal sesuatu pakej.
Apakah definisi bakat yang bakal digunakan? Tentulah apa jua bakat yang kita maksudkan mestilah padan dengan keperluan negara.
Terlalu banyak insiden yang mana kita difahamkan yang sesuatu bidang kemahiran itu diperlukan dengan jumlah yang begitu besar seperti IT, tetapi graduan kita yang berkelulusan IT tidak dapat memenuhi keperluan tersebut kerana apa yang mereka pelajari tidak selaras dengan keperluan industri. Begitu juga pakar-pakar yang bakal mengadili bakat yang diperlukan diharap tidak berat sebelah dalam pengadilan mereka.
Beralih kepada perkara yang lain, saya bersetuju dengan pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad tentang “hot money” atau wang panas yang sedang memasuki pasaran saham kita. Kemasukan ini adalah ekoran daripada kejatuhan dolar Amerika berbanding dengan beberapa mata wang di rantau ini termasuk mata wang kita.
Keputusan kerajaan Amerika Syarikat untuk mencetak AS$600 bilion untuk disuntik ke dalam ekonomi mereka yang belum pulih sepenuhnya. Ini menyebabkan banyak mata wang di rantau ini yang nampaknya semakin kukuh tetapi sebenarnya mata wang Amerika semakin lemah.
Pengurus dana luar tidak akan melepaskan peluang begini kerana dengan harga saham yang rendah dan mata wang yang tinggi, mereka boleh meraih dua keuntungan. Satu, daripada kenaikan harga saham dan kedua, daripada kenaikan mata wang.
Mereka akan menjual saham yang mereka beli apabila harga saham tersebut telah mencapai suatu kemuncak. Kita kena ingat apa yang berlaku pada krisis kewangan 1997/98 apabila berlaku gelombong hartanah di Thailand yang dikejar sehingga ke tahap yang terlalu tinggi pecah. Frasa yang kerap digunakan dalam bahasa Inggeris ialah People have short memories atau manusia cepat lupa. — Utusan Malaysia

* Datuk Salleh Majid ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia).

Belum ada cadangan tangguhkan Kongres Nasional PKR

KUALA LUMPUR, 20 Nov — Parti Keadilan Rakyat (PKR) berharap kongres nasional parti itu yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 26 November ini dapat diteruskan seperti yang dirancang sungguhpun terdapat kekangan termasuk tindakan undang-undang.
Pengarah Strategi PKR, Tian Chua berkata beberapa usul telah dikenalpasti untuk dibahaskan pada kongres itu termasuk usul ucapan dasar presiden, dasar parti, ekonomi, pendidikan dan sosial.
Ditanya kemungkinan kongres itu ditangguhkan ekoran saman pemula oleh bekas timbalan setiausaha agung PKR, P.Jenapala, Tian Chua (gambar) berharap perkara ini tidak akan berlaku.
“Saya tidak tahu apa yang Jenapala mahu, tapi kita harap kongres ini akan tetap diteruskan seperti yang dirancang.
“Mengenai apa yang failkan di mahkamah, saya tidak mahu komen,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Pada Khamis lepas, Jenapala memfailkan saman pemula bagi memohon perisytiharan mahkamah bahawa pemilihan bagi jawatan timbalan presiden parti itu tidak sah.
Jenapala turut memohon injunksi bagi menghalang PKR daripada mengisytiharkan mana-mana calon yang dipilih bagi jawatan itu.
Mengenai keputusan pemilihan parti, Tian Chua berkata mereka yang memenangi jawatan dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP) akan diumumkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP).
“Sama ada ia akan dibuat ketika kongres atau sebaliknya, itu terserah kepada JPP. Saya harap mereka (JPP) akan umumkan dalam kongres itu nanti,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali berkata jumlah usul yang akan dibawa dalam kongres nasional tahunan parti itu berkemungkinan akan diputuskan pada Isnin ini.
“Ucapan dasar presiden sudah tentunya akan dibahaskan. Sekarang ini masih diteliti. Mungkin hari Isnin baru boleh diketahui apa dan berapa banyak usul yang akan dibawa ke dalam kongres,” katanya ketika dihubungi. Kongres Nasional Tahunan PKR dijadual berlangsung di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Selangor. — Bernama

Polis didakwa tembak mati remaja, kata peguam

Ibu Shamil Hafiz menangis ketika ditemui di pekarangan ibu pejabat polis daerah Petaling Jaya hari ini. - Foto Bernama
PETALING JAYA, 20 Nov — Polis didakwa menembak mati dua remaja — menggunakan alasan merompak sebuah stesen minyak di Shah Alam Sabtu lalu dan ia menimbulkan banyak keraguan, kata peguam keluarga mereka N. Surendran hari ini.  Mohd Shamil Hafiz Shapiei, 15, Hairul Nizam Tuah, 20, dan Mohd Hanafi Omar, 22, dilaporkan ditembak mati oleh polis selepas kejadian mengejar awal pagi 13 November lalu di  Glenmarie.
Sambil melahirkan kesangsian dengan kematian mereka, beliau menggambarkan ia sebagai tindakan membunuh seseorang cara “bumi kumpulan geng.”
“Kami sudah mengumpulkan cukup bukti,” kata peguam ini yang mewakili keluarga Shamil dan Hairul pada sidang media di ibu pejabat polis Petaling Jaya hari ini.
Kata beliau, kejadian terbaru ini menunjukkan pentingnya satu suruhanjaya diraja siasatan dibentuk ekoran kejadian menembak mati  remaja berusia 14 tahun Aminulrasyid Amzah di Shah Alam pada 26 April lalu.
Kes mahkamah membabitkan anggota polis yang terlibat dalam kejadian Aminulrasyid sedang berlangsung di mahkamah.
“Tiada budak yang (nampaknya) selamat di jalan-jalan kita. Mana-mana budak yang keluar awal lagi terdedah kepada kejadian ditembak oleh polis,” kata Surendran.
“Kita memerlukan suruhanjaya diraja (siasatan),” kata beliau. Pada awal pagi Sabtu lalu, tiga orang yang dilabelkan sebagai penjenayah, dipercayai anggota “Geng Minyak”, ditembak mati oleh polis di Jalan Kerjaya, Glenmarie.
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk A. Thaiveegan berkata ketiga-tiga lelaki itu yang baru sahaja selesai merompak sebuah stesen minyak di Jalan U1/1 kira-kira 4.15 pagi bertembung dengan sepasukan polis yang sedang melakukan rondaan mencegah jenayah di kawasan itu.
Katanya, mereka cuba melarikan diri dengan sebuah kenderaan sebelum terbabas di bahu kiri jalan kira-kira dua kilometer dari stesen minyak yang disamun.
“Ketiga-tiga suspek yang bersenjatakan parang kemudian keluar dan cuba menyerang polis menyebabkan anggota saya tiada pilihan selain melepaskan beberapa das tembakan menyebabkan kesemua mereka tersungkur di tempat kejadian,” katanya.
Thaiveegan berkata kesemua suspek terbabit dipercayai berasal dari Cheras, Selangor dan dalam tempoh sebulan lepas, geng itu disyaki terbabit dalam kejadian samun stesen minyak di Monteres dan Bukit Subang, di sini dan terbaru di Glenmarie.
Anggota forensik memeriksa kereta Proton Waja yang ditembak mati polis di Glenmarie, Shah Alam 13 November lalu. - Foto Bernama
Katanya, seorang daripada suspek itu berumur 20 tahun, seorang lagi remaja lelaki bawah umur berusia 16 tahun manakala seorang lagi tiada pengenalan diri ditemui padanya.  Kesemua mayat itu kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk bedah siasat.
Bagaimanapun Surendran menolak dakwaan itu dengan menyifatkannya sebagai pembohongan. “Ini pembohongan oleh pihak polis,” kata peguam hak asasi manusia.
Kata beliau, berdasarkan penemuan keluarga pada badan  mangsa, Shamil, Hairul dan Hanafi masing-masing mempunyai dua kesan tembakan iaitu di kepala dan dada.
Kata beliau, kesemua tembakan dilepaskan pada bahagian kepala dan dada manakala peluru-peluru pula keluar rendah.
“Ia menunjukkan bahawa tembakan dilepaskan dari jarak dekat, yang mana ia tidak konsisten (dengan dakwaan polis) bahawa tembakan dilepaskan untuk mempertahankan diri,” kata beliau.
Malah kata beliau, trajektori peluru pada badan Hairul juga menunjukkan penembak mangsa itu melepaskan peluru dari kedudukan yang tinggi.
“Ini menunjukkan bahawa mangsa-mangsa melutut. Badan Hairul juga mempunyai tanda hitam di bahagian mata,” kata  Surendran.
“Tembakan Shamil adalah terus pada dahinya dan (peluru) itu keluar,” kata beliau. Surendran menambah, keluarga mangsa akan mendapatkan pandangan patologi forensik berhubung kejadian itu.
“Kami akan mendapatkan temu janji dengan patologi forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang,” kata beliau lagi.
Selain itu katanya, keluarga Shamil dan Hairul juga mendesak agar anggota-anggota polis yang terlibat dalam kematian mangsa digantung dan dikenakan tuduhan membunuh.
“Ini satu pembunuhan oleh polis,” kata Surendran yang turut memberitahu bahawa mereka mahukan permohonan maaf daripada polis yang menyifatkan mereka sebagai penjenayah.
Kedua-dua keluara itu membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Petaling Jaya hari ini. “Esok adalah hari jadi Shamil,” kata ibunya, Nor Hafizah Mad Razali dengan menitiskan air mata.
Dalam laporan polis, ahli perniagaan berusia 36 tahun itu berkata anaknya tiada sebarang rekod jenayah dan tidak tahu memandu kereta.
“Anak saya seorang budak yang baik, yang menghadiri kelas agama,” katanya. Dalam pada itu,
Ahli Parlimen Subang R. Sivarasa menggesa agar diadakan siasatan bebas berhubung kematian mangsa dan mahu anggota polis berkenaan didakwa.
“Kami akan meminta kerajaan menubuhkan satu siasatan diraja siasatan. Saya akan membawa perkara ini ke Parlimen,” kata Naib Presiden PKR ini.