Jumaat, 19 November 2010

Scent of general election filling the air

By LIM MUN FAH
Translated by SOONG PHUI JEE
After the Barisan Nasional won the Galas state and Batu Sapi parliamentary by-elections, many people are convinced that the Prime Minister will call a snap general election next year.
During the 2008 general election, the Barisan Nasional lost its two-thirds majority. With that, the long-time traditional one-party dominant political system has began giving way to the emergence of a two-party system.
The morale within the Barisan Nasional was low and the change of power has become a hot topic.
Tun Abdullah Badawi stepped down as Umno president and retired as prime minister soon after the 2008 general election, giving way to Datuk Seri Najib Razak to take over.
Najib started off in an energetic frenzy, bringing in changes, from the administration ideologies to economic revitalisation. He introduced a series of reform plans, including the 1Malaysia concept, the New Economic Model (NEM) and the Greater Kuala Lumpur development plan.
Although the results of these changes are yet be seen, they have given a big boost to the morale of the depressed BN supporters, and are attracting back many supporters lost during the Mahathir and Abdullah years.
However, it seems like the Najib reform plans have encountered some resistance in Umno. Having an early general election and new power distribution will undoubtedly help him consolidate his position in the party. It is also conducive to promoting his Economic Transformation Programme (ETP).
As for the Pakatan Rakyat, its morale was high after the 2008 general election, with PKR adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim making his return to the power game after winning the Permatang Pauh parliamentary seat vacated by his wife to make for a by-election.
Anwar then declared the 16 September power change fiasco. After that, the Pakatan Rakyat also won the Kuala Terengganu, Bukit Selambau and Bukit Gantang by-elections, setting a record of four-straight victories. Although the BN was able to win the Batang Ai election in Sarawak, the Pakatan Rakyat won the Penanti, Manel Urai and Permatang Pasir by-elections.
However, the Pakatan Rakyat 16 September power change plan became an embarassment when it failed to materialise. Instead, the Pakatan Rakyat was dealt a blow by the BN which seized power in Perak when several of Pakatan Rakyat assembly state members defected.
Even worse, the PKR, the locomotive of the Pakatan Rakyat, is now entangled by factional struggles with one after another leaders starting mutinies.
The Barisan Nasional has won 5 of the 13 by-elections so far, indicating the Malay and Indian votes are slowly returning to it.
The political climate seems to be favourable to the Barisan Nasional. So what is it waiting for?
However, different elections have different features and functions. Moreover, the by-election scales are too small and therefore, we should not take the results as a weathercock for the next general election, and simply jump to the conclusion.
If you see MPs and state assembly members starting to visit their constituencies, if you see that fund allocations have been sped up, and if you see that holes in roads are patched up, then the general election is just around the corner.

Sin Chew Daily

'Perubahan kontroversi dalam deraf awal BN'

Perubahan kontroversi perlembagaan BN terdapat dalam salah salah daripada deraf awal pindaannya, kata Pengerusi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan BN Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Katanya, hari ini beliau menyerahkan deraf keempat yang disediakan jawatankuasa itu sejak beberapa bulan lepas untuk dibincangkan dalam konvensyen BN esok.


hishammuddin hussein home ministry 140409 talking"Seperti biasa kerangka kerja perlu dibuat lebih awal dan jawatankuasa kepada pindaan hari ini, sedikit sebanyak telah mendapat konsensus dan pandangan yang cukup untuk dibentangkan esok," katanya yang juga naib presiden Umno.

Hishammuddin berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan sebelum ini supaya amalan lama BN berdasarkan mekanisme kesepakatan digantikan dengan persetujuan berdasarkan sokongan majoriti.

Media melaporkan secara meluas bahawa cadangan keanggotaan langsung dalam salah satu deraf itu menzahirkan kebimbangan parti komponennya menjadi tidak lagi relevan.

Sementara itu, Bernama melaporkan, menurut Hishammuddin, yang penting adalah untuk menunjukkan BN bukan sahaja terbuka kepada pandangan tetapi juga realistik dalam pindaan yang akan dibawa.

"Sebab itu kita perlu kebijaksanaan dalam melaksanakan perubahan ini... kita dalam BN seperti mana dalam Umno dulu mengambil kira keadaan di bawah dan tidak berkisar kepada retorik semata-mata," katanya.

MCA: Bincang lagi peranan ahli bersekutu
Hishammuddin juga berkata BN perlu mengambil kira suasana politik yang berubah mengikut musim.

"Jadi apa juga keputusan yang kita buat jangan sampai mengikat kita dan menjejaskan BN. Kita perlu lihat ke hadapan, sebab itu semua pandangan, teguran, cadangan dari setiap parti komponen perlu diambil kira.

"Saya agak puas hati, agak lebih mudahlah daripada apa yang terpaksa kita lalui dalam Umno dulu (pindaan perlembagaan)," katanya.

mca 140910 chua soi lek"Semua ini baru draf, belum ada satupun yang dipersetujui."

Sementara itu, agensi berita nasional itu turut melaporkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, ketika membincangkan pindaan perlembagaan BN dan perkara berkaitan ahli bersekutu atau ahli bergabung dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan BN hari ini, anggota parti komponen mempunyai pandangan berbeza.

"Rata-rata semua setuju kita boleh menerima kawan-kawan BN. Tetapi soal peranan yang harus diberikan kepada mereka (perlu dibincangkan lagi)," kata Chua.

Mesyuarat yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra itu dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Pengerusi BN.

Tahanan aktivis: Majistret buat 'kesilapan besar'

Mahkamah Majistret didapati membuat 'kesilapan besar dalam undang-undang” ketika menjatuhkan hukuman bersalah ke atas empat aktivitis masyarkat dari Kampung Baru Kuala Kuang di Chemor, Perak kerana terbabit dengan perhimpunan haram di hadapan balai polis Kuala Kuang pada 1 April, 2001.

NONESehubungan dengan itu, pesuruhjaya kehakiman, Mahkamah Tinggi Ipoh, Choong Siew Kim membenarkan permohonan mereka mengketepikan hukuman bersalah itu serta memerintahkan supaya denda RM5,000 yang dikenakan ke atas mereka dipulangkan semula.

“Majistret membuat kesilapan besar apabila tidak mengambil kira bukti di mana mereka didakwa mengikut Seksyen 27 (3) tetapi menghukum mereka di bawah Seksyen 27 (2) Akta Polis.

“Beliau gagal mempertimbangkan bukti yang relevan terhadap pindaan dakwaan yang merupakan dakwaan tunggal terhadap keempat-empat yang dituduh itu,” kata Choong.

Beliau juga memerintahkan keempat-empat aktivis masyarakat itu dibebaskan tanpa perbicaraan semula.

kuala kuang committee memo submission 131005 group standing“Adalah tidak adil bagi keempat-empat tertuduh menjalani perbicaraan semula kerana kes ini telah tertangguh hampir 10 tahun sebelum keputusan diberikan,” katanya.

Keempat-empat mereka adalah penyelaras kebangsaan Parti Sosialis Malaysia (PSM), K Kunasekaran; pengerusi jawatankuasa anti-bau busuk Kuala Kuang, Chai Sing Chong dan dua ahli jawatankuasanya, Tan Kin Siah dan Chong Min Tow.

Mereka adalah sebahagian daripada jawatankuasa yang ditubuhkan bagi menentang pencemaran udara yang dikatakan menjejaskan penduduk Kampung Baru Kuala Kuang, Chemor yang didakwa pada 25 Oktober, 2002.

ipoh ktm land title dispute 290609 g balasunderamKampung berkenaan dilanda bau busuk dan pencemaran alam sekitar akibat daripada operasi sebuah kilang getah berhampiran yang didakwa menjejaskan 500 keluarga.

Pada Februari 2010, mejistret Shah Wira Abdul Halim menjatuhkan hukuman bersalah ke atas mereka kerana gagal memiliki permit dalam menagdakan perhimpunan dan mengenakan denda RM5,000 serta penjara dua minggu ke atas keempat-empat mereka.

Aktivis berkenaan diwakili oleh peguam G Balasunderam (kiri), M Vengetraman, D Raja Singam, T Ellanggovan dan Cheang Lek Choy.

Namun Selasa lalu, Balasunderam yang baru pulang dari kerja diserang empat lelaki yang bersenjata di rumahnya di Ipoh sehingga menyebabkan kematiannya.

kuala kuang environmental activist 260210 kunasekaranVengetraman berkata rakannya itu seringkali memperjuangkan kes-kes masyarakat yang terpinggir secara pro-bono. Bagi kes ini, beliau telah meletakkan asas yang kukuh sehingga membolehkan rayuan mereka hari ini berjaya.

Kunasekaran (kanan) pula berkata keempat-empat mereka amat berterima kasih kepada Balasunderam kerana menegakkan keadilan kepada mereka sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.

Pengangguran & Modal insan Malaysia

Shaharul Shafie
Modal insan gagal dipupuk oleh kerajaan di kalangan majikan
Situasi di dalam sektor sumber manusia hari ini juga sedikit sebanyak tidak mempunyai ruang yang cukup untuk maju dalam kerjaya. Inilah kelemahan dasar modal insan atau ’human capital’ negara ini yang menyaksikan Malaysia telah jatuh ke belakang di dalam amalan modal insan di dalam organisasinya tidak kira awam ataupun swasta. Buktinya baru beberapa hari lalu, Kuala Lumpur dilaporkan jatuh ke tangga 48 dari tangga 40 di antara 65 bandaraya besar dunia yang dilaporkan oleh sebuah firma perunding pengurusan terkenal dunia, AT Kearney. Firma berkenaan berasa ragu-ragu pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib untuk menjadikan ibu kota Malaysia ini sebagai kota berkelas dunia dengan kelemahan yang ada.
Antara penyebab utama yang menurunkan Malaysia kali ini ialah kelemahan di dalam rancangan dan pelaksanaan program modal insan (human capital planning). Malaysia ditegur kerana masih menekankan kepada pembangunan fizikal semata-mata apabila Pelan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang digarapkan oleh Najib masih gagal menitikberatkan isu pekerja dan modal insan. Pada hari ini, Malaysia sudah benar-benar berada dalam keadaan kaget apabila para pekerja masih dianggap sebagai mesin atau alatan untuk sesebuah organisasi untuk tujuan membuat untung semata-mata dan bukannya sebagai aset agar bakat pekerja dapat diasuh, diberikan peluang latihan pembangunan diri, peluang kenaikan pangkat dalam kerjaya yang berpanduan dan memperolehi sistem penilaian prestasi kerja yang telus melalui KPI dan kompetensi.
Disebabkan keadaan ini, para majikan tidak berasa hairan sekiranya pekerjanya meninggalkan syarikat kerana mereka tidak rasainya sebagai satu kehilangan besar. Untuk itu mereka menumpukan Bahagian Sumber Manusia semata-mata untuk pengambilan pekerja sedangkan di negara-negara maju, kehilangan atau turnover staf adalah satu kerugian besar organisasi dan bahagian sumber manusia mereka lebih menumpukan usaha kepada modal insan terutamanya dalam merangka latihan industri, program menggalakkan pembangunan bakat (talent)dan  peluang kenaikan dalam kerjaya yang menjuruskan kepada pengekalan staf di dalam syarikat. Bahagian sumber manusia mereka juga tidak lagi membuat banyak kerja-kerja sumber manusia yang dianggap ortodoks seperti pengambilan pekerja semata-mata sebagai fungsi utama mereka tetapi lebih menumpukan kepada aspek pembangunan organisasi.
Di kalangan syarikat dan firma di Malaysia, hanya yang dilihat sebagai kehilangan besar pada staf mereka yang membawa masuk wang yang banyak ke dalam syarikat sekiranya meninggalkan syarikat mereka terutamanya di sektor perbankan dan kewangan terutamanya pekerjaan berkaitan dengan pemasaran. Ini adalah kerana bentuk budaya kerja yang masih wujud di Malaysia yang hanya mementingkan wang masuk semata-mata yang mana keadaan ini pernah wujud di Amerika Syarikat lebih kurang 30 tahun yang lalu.
Apabila masa kini terus berlalu, keadaan di Amerika Syarikat dan negara-negara maju bukan sahaja mencapai negara berpendapatan tinggi, tetapi juga beralih dari mementingkan keuntungan total kepada melahirkan bakat-bakat yang terbaik di dalam industri dengan melaksanakan sistem modal insan yang menekankan kepada aset kemanusiaan untuk masa depan syarikat yang lebih bertahan lama dalam dunia persaingan. Jika kita masih pada tahap yang sama ini sehingga tahun 2020, maka Wawasan 2020 akan hanyalah satu khabar yang indah dari rupa.

Majikan masih mempunyai kuasa penentu mutlak skim gaji dan manfaat pekerja
Di Malaysia, bukan sahaja peluang pekerjaan yang semakin kurang untuk golongan yang berijazah tetapi sikap majikan yang kini mampu berkuasa mengawal dan menentukan gaji pekerja. Ini kerana mereka tidak bimbang untuk tidak mendapat pekerja baru sekiranya pekerjanya berhenti. Bagi mereka, berduyun-duyun mahasiswa yang ada di luar untuk mendapatkan pekerjaan itu walaupun dengan gaji yang rendah. Ada syarikat yang sanggup menyediakan program persaraan secara sukarela atau lebih dikenali sebagai VSS dan ada juga secara paksa atau MSS untuk menyingkirkan golongan pekerja lama yang memperolehi gaji yang tinggi. Tujuannya adalah untuk membolehkan mereka mencari pekerja muda yang boleh ditawarkan dengan gaji yang rendah.
Maka dengan itu peluang pekerja lama untuk maju ke hadapan dalam kerjaya dan mempertingkatkan kualiti hidup mereka semakin berkurangan. Selain dari kemampuan majikan menentukan gaji pekerja baru yang hanya mahu memerah habis keringat yang sebolehnya ke atas pekerja mereka dengan gaji dan manfaat pekerjaan yang rendah, inilah yang boleh ditakrifkan sebagai kegagalan Kementerian Sumber Manusia (KSM) di dalam memperkasakan sistem modal insan di kalangan majikan kita. KSM perlu menyedarkan majikan-majikan di Malaysia bahawa syarat mencapai negara k-ekonomi menjelang 2020, mereka perlulah mula menganggap setiap individu yang bekerja dengan mereka adalah aset yang perlu digilap dan dijagai.
Malaysia menguar-guarkan keyakinannya di dalam media dan di meja-meja perbincangan di dalam dan luar negara bahawa kita mampu mencapai negara maju menjelang 2020. Bagi pendapat saya, Malaysia yang bakal memasuki dekad yang baru tidak lama lagi, sebenarnya amat sukar sekali untuk mencapainya. Petanda-petanda dan penanda aras ekonomi yang ada memang menunjukkan negara akan terus berkembang makro ekonominya tetapi akan sampai satu masanya akan menurun kerana golongan pekerja semakin penat bekerja, revolusi buruh akan mengambil tempat akibat mereka sedar kerajaan menyokong majikan dan produktiviti yang berkurangan beserta dengan masalah kualiti. Ini seterusnya lambat-laun akan membantutkan pembangunan ekonomi yang berterusan untuk mencapai agenda transformasi ekonomi nasional.
Bukan itu sahaja, masalah ini akan menjadi faktor penolak kepada pelabur luar negara untuk memindahkan pelaburan mereka dari negara ini dan kini perkara ini memang sudah pun mula berlaku. Maka, masalah-masalah dalaman pekerja, perkara-perkara berkaitan modal insan, pendidikan, perkongsian ilmu antara institusi akademik dan swasta perlu diberikan perhatian segera sekiranya kita masih kepinginkan status negara maju dalam masa terdekat ini.
Namun begitu, tahun 2020 yang hanya 10 tahun dari sekarang, bagi mencapainya adalah satu perkara yang mustahil buat masa sekarang. Faktor yang menyumbang kepada kemungkinan kecil bagi mencapainya adalah kerana pemimpin negara utama negara yang lebih gemar berpolitik daripada melakukan kerja yang diamanahkan rakyat untuk pembangunan negara. Mereka lebih nampak sibuk melakukan apa sahaja menerusi agenda politik untuk memastikan mereka terus berkuasa dan terus lupa bahawa mereka menerima gaji daripada rakyat pada hari ini untuk mentadbirurus negara ini supaya menjadi lebih baik.
Ingatlah! Masa tidak menunggu kita dan balaslah balik amanah yang telah diberikan oleh rakyat. Tidak kira siapalah yang bakal membentuk kerajaan di masa depan, BN atau Pakatan Rakyat tetapi kepentingan negara ini adalah jauh melampaui batas politik masing-masing. Menyempurnakan amanah adalah sesuatu yang dituntut di dalam Islam dan ia juga dititikberatkan di dalam ajaran agama-agama yang lain.
Shaharul adalah seorang perunding Sumber Manusia Strategik dan program pembangunan organisasi,

NUBE tuntut bonus 80 bulan untuk anggota Maybank

Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) hari ini mendesak bonus sebanyak 80 bulan dibayar kepada 5,000 anggotanya di Maybank, sebagai tunggakan bagi tempoh sepuluh tahun lepas.

j solomon nube sec gen 290806 calmSetiausaha Agungnya J Solomon berkata desakan itu dibuat atas dasar bonus serupa telah dibayar kepada kakitangan eksekutif bank berkenaan bagi tempoh yang sama.

Beliau berkata walaupun NUBE berbangga dengan pencapaian cemerlang perbadanan di Malaysia, namun pengiktirafan serta ganjaran perlu diagihkan secara sama rata kepada semua kategori pekerja.

"Bagi suku pertama tahun ini, keuntungan Maybank melebihi paras RM1 bilion, dan anggota NUBE turut menyumbang kepada situasi ini, maka mereka perlu diberikan ganjaran sewajarnya," katanya hari ini.

Soloman berkata kesatuan itu telah menulis kepada bank tersebut pada 14 Okt berhubung perkara tersebut, namun belum menerima sebarang jawapan.

"Ini jelas menunjukkan rasa tidak hormat syarikat berkaitan kerajaan kepada pekerjanya sendiri, yang merupakan warga negara Malaysia.

maybank logo"Malah, ini bertentangan dengan aspirasi gagasan 1Malaysia dan Model Baru Ekonomi yang bermatlamat mewujudkan masyarakat berpendapatan tinggi.

Bagaimanapun, ia perlu memanfaatkan seluruh rakyat Malaysia dan bukan hanya segelintir yang merampas kemakmuran yang diperoleh serta dicipta oleh semua rakyat Malaysia," katanya.

- Bernama

Laporan Rasmi Masalah Pemilihan PKR Oleh Chegu Bard

18 November 2010

Kepada :
Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail,
Presiden,
Parti Keadilan Rakyat

Laporan kepincangan proses pengundian Pemilihan KEADILAN 2010

Perkara diatas dirujuk.

Pertama sekali laporan ini ditulis dalam kebimbangan semua saksi yang didedahkan dalam laporan ini terbuka untuk ugutan, malah kebanyakan saksi tidak berapa selesa untuk tampil kerana tidak mahu menimbulkan masalah pada diri.

Berikut ialah antara kepincangan yang muncul

1. Tarikh tutup pendaftaran/pertukaran anggota sudah diputuskan ada pertukaran selepas tarikh yang dibenarkan.

Merujuk aduan Saufi Mi'ad (bekas Pemangku Ketua AMK Teluk Kemang) mengenai pertukaran keanggotaan Ramlan Roes yang dibuat selepas tarikh yang dibenarkan. Pertukaran ini dibuat dan secara sengaja disedari selepas tarikh dibenarkan untuk membolehkan Ramlan bertanding Ketua AMK Teluk Kemang dengan menyokong Kamarul Baharin, Pengerusi Perhubungan Teluk Kemang yang bertanding Ketua Cabang Teluk Kemang. Apabila bantahan dibuat secara lisan kepada JPP yang bertugas dalam proses penamaan calon, Pegawai bertugas bertanya sama ada Ramlan ini penyokong cheGuBard. Apabila dikatakan tidak maka bantahan tidak dilayan. Bantahan bertulis juga telah dibuat sebaliknya tidak diendahkan sehingga kini.

Masalah aduan pendaftaran dan pemindahan keanggotaan seperti ini juga wujud di banyak tempat tidak ditangani dengan serius sehingga menyebabkan masalah yang besar seperti di Kuala Nerus.

1. JPP disengajakan tidak cukup kakitangan ?

Alasan aduan tidak dilayan ialah JPP tidak cukup kakitangan. Saya menjadi pelik bagaimana ini boleh dijadikan alasan. Atau sengaja tidak cukup kakitangan supaya boleh menutup kelemahan. Dari peringkat awal Rembau telah menghantar 4 calon untuk membantu JPP namun semua ditolak kerana alasan tidak layak dan tidak ada pengalaman. Kemudian apabila melihat anggota JPP yang dipilih mengendalikan tugas besar, maka alasan menolak calon JPP dari Rembau dilihat cukup tidak munasabah. Ada anggota JPP sekarang yang tua dan terketar – ketar, ada anggota JPP yang buta IT tetapi calon JPP dari Rembau yang antaranya pelajar Kolej Tahun Akhir dan lepasan UITM ditolak kerana tak layak. Ada beberapa cabang lain juga mengadu perkara yang sama. Adakah ini terancang dimana beberapa cabang yang dilihat 'melawan' ditolak calon JPPnya ?

2. Pencalonan ditukar

Merujuk surat pengaduan rasmi yang dibuat oleh Zulkifli Ibrahim selaku penyelaras kempen saya yang mengadu mengenai kegiatan menukar pencalonan. Contohnya Tampin, memang sahih mensyuarat mencalonkan cheGuBard dan Chang Lih Kang sebagai calon Ketua dan Timbalan ketua AMK. Namun apabila muncul di database parti ia meletakkan nama Shamsul dan Khairul Anuar. Jika nama boleh ditukar bagaimana pula dengan nombor jumlah undi.

Surat yang dihantar sebulan lebih tidak berjawab dan tindakan tidak diambil. Orang yang dikenal bersalah bebas masuk dan keluar ibu pejabat dan menikmati bayaran gaji tanpa tekanan.

3. Buku daftar mengundi catat kurang dari jumlah Undi dalam peti undi

Perkara ini berlaku di beberapa tempat malah ada yang disenyapkan. Kebetulan di Kubang Pasu kami ada PACA maka kami berjaya 'menangkap' buku kehadiran yang hanya melaporkan kehadiran sekitar lebih kurang 70 orang sebaliknya kertas undi pula hampir 200 di dalam kotak.

Ini diperakui oleh JPP apabila memanggil wakil calon Zaid Ibrahim untuk berbincang dengan menyelesaikan dengan cara bahagi 2 jumlah undi. Ini penyelesaian apa ? Individu bersalah harus dihukum kerana jelas berlaku penipuan. Wakil calon saya langsung tidak dipanggil.

Berapa banyak cabang lain yang perkara ini dilaporkan berlaku tetapi kerana kelicikan kia dilakukan kami gagal membuktikanya.

4. Jumlah datang mengundi meragukan

Mendapat sms dari no. 0105895379 yang merupakan anggota KEADILAN setempat, beliau menyatakan tahu penipuan berlaku di mana pengundi yang hadir di Cabang Sandakan dan Libaran yang mana beliau sendiri melihat tiap cabang yang hadir paling tinggi hanya sekitar 200 orang itupun melibatkan 'pengundi hantu'. Beliau menamakan oleh En. Mustafa Osman, Ketua Penerangan Libaran sebagai terlibat. Beliau sendiri teragak – agak untuk tampil kerana jika identiti terdedah akan diancam samseng. Lebih lagi seolah tergambar parti itu sendiri sedia menipu. Beliau juga menyatakan bagaimana setiausaha Perhubungan Sabah yang dipukul di Lapangan Terbang berkaitan isu Pilihanraya Kecil tidak mendapat pembelaan malah seolah samseng yang memukul mendapat perlindungan parti, ini lebih menakutkannya.

Dr. Jurin Gunsalam, melaporkan pusat pengundian Libaran pada jam 2.00ptg hanya mencatatkan kehadiran 20 orang sahaja bagaimana mungkin sebelum ditutup kehadiran 900 orang dilaporkan.

Di Batu Sapi, Sandakan, Libaran satu siasatan terbuka harus dilakukan oleh badan bebas segera. Jumlah kehadiran luar biasa yang amat meragukan. Wakil kami hanya mencatatkan kehadiran paling tinggi sekitar 200 orang. Jika parti tidak mampu untuk lakukan siasatan. Beri kami buku kehadiran kami akan siasat sendiri.

5. Keputusan undi yang pelik

Jumlah undi yang tertera dalam laman web parti sendiri tidak konsisten. Ada nombor yang berubah ditengah-tengah minggu. Ada nombor yang menunjukkan undi mengurang. Adakah proses pengundian boleh dikira dengan cara 'negatif'.

Nurin Aina (no hp. 0127616421) Calon Exco wanita melaporkan punya bukti bagaimana jumlah undi boleh dilaporkan secara salah oleh JPP.

Saudara Hisham (no. hp : 0196623930) melaporkan bagaimana dalam proses pengiraan undi di Teluk Intan bagaimana undi yang dikira amat meragukan melibatkan calon MPP Nordin Mahmod tetapi apabila didesak semula tong dibuka dan dikira semula jelas undi tersebut dikurangkan dengan banyak dalam kiraan awal.

6. Keselamatan proses pengundian lemah yang memungkinkan penipuan

Di Tuaran laporan saudara Bobby (PACA di Tuaran) sebanyak 30 kertas undi tidak punya cop dibantah tetapi tidak dikira rosak atau batal sebaliknya dikira sebagai sah.

Ini laporan email dari Kenny, Ketua AMK Libaran yang menyatakan apa yang berlaku dengan peti undi di Sandakan.

---------- Forwarded message ----------
From: kenny cyl
Date: 2010/11/7
Subject: Peti Undi Dewan Pandu Putri
To: zulshowfx@gmail.com

..Terima panggilan dari Kent ( ketua AMK KK ) kira kira pukul 4:40ptg mengenai bilangan undi di Sandakan pada 6hb Oct.2010, lalu saya dan seorang AJK cabang Sandakan menuju ke tempat mengundi Dewan Pandu Putri dan sampai disana kira kira pukul 4:55ptg. Apabila saya sampai saya bertanya pada yang dimaklumkan Mustaffa mengapa tempat ini bersurai dan mengapa pengiraan undi bukan disini. Mustaffa menjawab bahawa tempat ini disewa sehingga pukul 5ptg dan selepas pukul 5ptg tidak dibenarkan menjalankan aktiviti-aktiviti, Oleh kerana itu peti undi terpaksa di alih ke tempat lain untuk pengiraan.didalam perbualan saya dengan Mustaffa, kereta Dmax biru itu lalu membawa peti undi itu beralih dari Dewan Pandu Putri kira kira pukul 5:05ptg. Saya bertanya pada Mustaffa lagi, ke mana peti itu di bawa, dia jawab : belum tentu lagi kerana mahu cari Hotel yang sesuai untuk pengiraan dan perkara ini telah pun di maklumkan pada orang atasan. Saya sekali lagi tanya, siapa yang di tugaskan dalam kereta yang membawa peti undi itu, Dia menjawab : Davi ada dalam kereta. Mustaffa tanya saya jika mahu tahu, call dia dalam pukul 6ptg dan saya pun diberi nombor telefon bimbit dia lalu di terus beralih dari Dewan itu. Setelah ini saya terus call Jurin Ketua AMK Kota marudu mengenai perkara itu, selepas saya memaklumkan hal ini pada Jurin, dalam bernerapa minit Chang Lih Kang Call saya dan saya memaklumkan hal ini lagi pada dia ... dan seterusnya..Nicholas, zulkifli...juga call pada saya. Saya dan AJK cabang Sandakan terus menuju ke tempat pengundian Cabang Sandakan di Jockey Lodge yang saya di maklumkan oleh Mustaffa bahawa tempat penggundian di Dewan Pandu Putri adalah untuk kawasan Libaran dan Jockey Lodge adalah untuk kawasan Sandakan. Setelah Saya dan AJK cabang Sandakan sampai di tempat undi kawasan Sandakan iaitu di Jockey Lodge, saya berjumpa dengan Benedict Wong dan dimaklumkan pengiraan undi sedang dijalankan di tempat tersebut. Benedict Wong memaklumkan saya bahawa peti undi itu ada di bilik gerakan Libaran dan saya bersama Benedict Wong menuju ketempat tersebut. AJK cabang Sandakan yang mengikut saya menolong di tempat pengundian di Jockey Lodge. Setelah saya sampai di bilik gerakan Libaran bersama Benedict Wong tetapi gate di bawah tangga berkunci. Disana Benedict Wong menelefon untuk mencari arah tuju peti itu, setelah beberapa pangillan yang dia buat, Benedict Wong memaklumkan saya bahawa Peti itu akan ada di Sanbay Hotel dan saya bersama Benedict Wong terus menuju ke Sanbay Hotel dan sampai disana kira kira pukul 5:45ptg. Thamrin sudah pun tunggu disana. saya membuat beberapa panggilan memaklumkan peti Libaran akan sampai ke Sanbay Hotel. Pada masa itu juga Tian Chua juga membuat panggilan pada saya mengenai hal ini dan saya pun memaklumkan dia juga dan dalam perbincangan saya dengan Tian Chua , peti undi Libaran pun sudah sampai kira kira 6ptg. Dan saya melihat Thamrin ada disitu dan Benedict Wong suruh saya hantar dia balik ke Jockey Lodge, lalu kita beralih dari Sanbay Hotel ke Jockey Lodge kira kira pukul 6:45ptg. Disana pengiraan undi kawasan Sandakan di adakan di bilik 207 yang di ketuai oleh Masri. Setelah saya tahu Pengiraan Undi Libaran ada Thamrin dan Sandakan ada Masri. saya pun meminta diri untuk pulang kira kira 7:15mlm. Kira-Kira pukul 10mlm Star reporter call saya bertanya mengenai Peti Undi Libaran. dan saya memaklumkan dia hal tersebut dan kemudian Malaysian Insider call saya juga dan cerita yang sama saya maklumkan. saya mendapat nasihat dari Nicholas bahawa ceritakan saja apa yang betul betul terjadi pada reporter. Pagi ini saya mendapat panggilan dari reporter lagi. cerita yang sama saya berikan padanya. TAMAT report by Kenny

Di semua tempat mengundi pula sebaik sahaja ditutup semua wakil PACA diarah keluar selama 30 min. Adakah ini satu yang terancang untuk merancang penipuan ?

Kami terpaksa menyiapkan jentera seperti melawan Bn yang diuruskan SPR. PACA terpaksa disediakan, sedangkan dipihak lain mereka lansung tidak mempedulikan untuk mewujudkan PACA pun. Di Kota Raja mujur kami sediakan PACA ada dalam sekitar 10 kejadian meja depan yang mencatat kehadiran pengundi mengarahkan kertas undi AMK diberikan kepada pengundi yang sudah lebih 40 tahun. PACA yang kami sediakan berjaya mengesan dan gagalkan usaha ini. Banyangkan berapa banyak yang sudah terlepas.

7. Campur tangan serius DSAI

Dr Jurin (no hp : 0195313585) melaporkan bahawa Ketua Cabang Kota Marudu memaklumkan bahawa beliau telh dihubungi oleh DSAI sendiri dengan 'mengarahkan' sokongan kepada calon tertentu dan mengarahkan menolak calon tertentu. Di Cabang tersebut juga proses pengundian telah mengambil sukarelawan JPP dari AJK cabang yang jelas memihak dan 'mengarahkan' undi ketika proses berlansung.

Ini belum masuk dengan usaha jahat menggunakan laman sosial dan sms menfitnah say dan teman- teman. Amizuddin Ahmat (bekas Ketua AMK Pulau Pinang) sendiri mendapat panggilan telefon dari seorang yang dikenali orang Shamsul yang menuduh saya membeli undi RM30 satu undi di Sabah / Sarawak.

8. Di cabang beluran Ketua AMK Beluran melaporkan Pusat Pengundian ditutup pada jam 3.30 ptg menyebabkan lebih dari 10 anggota AMK yang dibawa tiba jam 3.55 ptg gagal mengundi

9. Jumlah kertas undi yang dihantar ke Cabang juga pelik. Di Pendang ada pengundi tak dapat mengundi kerana kertas undi tidak cukuptetapi di Cabang Batu Sapi, Libaran dan beberapa cabang yang tiba – tiba mencatatkan kehadiran tinggi kertas undi terlebih cukup. Menurut maklumat JPP kertas undi disediakan hanya sekitar 20 % - 30 % dari jumlah pengundi tetapi di tempat yang jumlah undi pelik kertas undi tersedia lebih dari 50 %. Mana JPP tahu yang orang akan datang mengundi lebih ? Bagaimana dengan hak pengundi di Pendang yang dinafikan hak mengundi.

Saya memohon tindakan segera diambil. Satu keputusan mengumumkan menggantung keputusan Kubang Pasu, Libaran, Sandakan dan Batu Sapi perlu dibuat sebelum proses pengundian minggu ini bermula.

Kononya wujud pengundi hantu di Rembau saya juga mohon Rembau dibatalkan dan undi semula.

Satu penyiasatan terbuka perlu diadakan segera mengenai kepincangan yang berlaku.

Saya masih berpegang teguh dengan disiplin parti menggunakan seluruh saluran dalaman parti. Namun saya semakin diasak ke dinding.

Saya selaku anggota Parti KEADILAN Rakyat mohon keadilan.
Sekian dan terima kasih

Badrul Hisham Shaharin
calon Ketua AMK
Pemilihan KEADILAN 2010.

Bukan Susah Untuk Jadi Popular Di Negara Ini

UNTUK menjadi popular di negara ini bukan payah sangat. Anda tidak payah berusaha bertahun-tahun atau mengemukakan penemuan baru atau pun idea baru atau pun melakukan kerja-kerja anih dan ganjil, atau pun terlalu berjasa kepada negara.

Anda tidak payah menjadi pelumba lari 100 meter atau ahli tinjau peringkat heavyweight atau pelontar cakera sehingga 600 meter jauhnya.

Anda juga tidak perlu memasuki berbarisan panjang untuk melalui test bagi menyertai Akademi Fantasia ataupun rancangan realiti Imam Muda. Tetapi cukup untuk ada menyertai mana-mana parti komponen Paatan Rakyat, baik Pas, PKR atau DAP. Anda masuk sekejap, berak dalam mana-mana ruang dalam rumah parti berkenaan kemudian anda keluar bawa punggung sambil memburukkan parti berkenaan dan pemimpinya. InsyaAllah anda akan jadi popular. Sekali mata saja anda akan dapat menawan semua media massa negara ini.

Pasti anda akan meletup. Anda akan mendapat liputan meluas oleh media massa. Segala dosa anda akan dilupai dan anda dianggap manusia suci yang turun dari langit bersama hujan batu. Wajah anda akan terpampang di semua saluran tv kerajaan, berbayar atau swasta- sampai orang tengok naik muaklah. Wajah dan muka anda juga akan terpampang di semua surat khabar, baik arus perdana dan akhbar nyamuk. Tidak terlupa juga anda akan disorot dan diulas oleh bloger atau pun mendapat liputan istimewa dari protal berita.

TV pula akan berebut untuk memanggil anda menjadi ahli panel - memperkata dan memburukkan parti yang baru anda tinggalkan itu. Anda juga akan diletakkan di kerusi empuk sehingga terlindung punggung anda yang bercepuah dengan najis.

Tidak mustahil juga kalau anda rajin dan kreatif anda akan mendapat upah dan wang dengan tindakan anda itu apabila anda sanggup membuat road show dengan Umno. Untuk ini anda kena cari seorang promoter yang baik dan cekap. Bolehlah untuk hidup setahun dua tanpa melakukan kerja-kerja biasa.

Anda jangan masuk parti kompnen BN. Anda tidak akan popular. Malahan anda akan dilupakan terus. Tidak ada surat khabar berminat untuk membuat liputan mengenai anda. Kalau anda masuk Umno kemudian esok anda keluar, lusa anda akan menjadi gemula kepada media massa terutama RTM, TV3 atau pun Astro Awani. Mereka tiak berminat untuk membuat liputan kepada mereka walaupun hujah dan alasan anda meninggalkan parti berkenaan mempunyai sebab-sebab yang konkrit.

Apa yang berlaku ke atas bekas Ketua Penerangan Pemuda Umno Kelantan dan bekas calon Umno tahun 1995 Sabree Shafii adalah jelas. Kenyataan dan pengumuman beliau meninggalkan Umno 1 November lalu langsung mendapat liputan media massa. Media massa menyembunyikan berita itu seolah-olah tindakan Sabree itu tidak memberi apa-apa kesan kepada BN.

Apa lagi kalau anda yang keluar dari parti Pakatan Rakyat, anda menghentam balik parti anda itu. Meluapi jasa pati itu yang memberikan anda kerusi dan kedudukan, anda caci dan cerca para pemimpinnya tertingginya. Segala ludah yang anda buangkan bersama kahak semasa dalam parti berkenaan anda kena raut dan sedut balik. Tidak kisah sama ada hujah yang anda perkatakan itu benar atau tidak, atau bohong sama sekali anda tetap menjadi perhatian utama. Akan dapat tempat istimewa. Kata-kata anda akan disanjung bagaikan setongkol emas.

Kalaupun sebelm ini anda mengecam Umno, mengata huduh kepada pemimpinnya, memburukkan isteri perdana menteri atau PM sendiri, jangan bimbang. Tetapi kalau anda keluar parti Pakatan Rakyat anda akan dianggap sebagai hero. Kenyataan ataupun ulasan anda akan disiarkan di muka depan, ia menjadi berita yang istimewa dalam tv.

Begitulah keadaanya dan apa yang ada di Malaysia ini. Ianya bukan sukar sangat dan anda tidak pun memerlukan wang yang banyak untuk menjadi popular dalam masa segera. Banyak contoh kalau hendak ditunjukkan bukti bagaimana mereka yang mulanya dianggap haprak dan tidak berguna oleh media massa arus perdana, tetapi bertukar menjadi sang dewa oleh media sama apabila mereka berpaling tadah menghentam parti Pakatan Rakyat dan menyatakan sokongan kepada Umno.

Nama-nama seperti Inchek Ibrahim Ali, Ezam Mohmad Noor, lima orang wakil rakyat Pakatan Rakyat (tiga Adun dan empat MP) yang berpaling tadah dan menjilat ludah mereka, dan terbaru Zaid Ibrahim adalah bukti nyata. Orang ini adalah orang yang dulunya telah mengeji atau meletakkan pemimpin Umno sama busuk dengan tahi. Tetapi kenapa hari ini mereka disanjung.

Mereka dipulau atau dipandang sepi oleh media arus perdana. Bagi media arus perdana mereka seolah sudah pun tidak wujud lagi. Tetapi apa jadi setelah mereka menunnging punggung ke langit, dan mengintai semula parti mereka melalui celah kangkang. Wah... mereka akan dipuji setinggi langit. Kata-kata mereka diambil sebagai kata-kata hikmah. Mereka secara tidak langsung dijadikan senjanta untuk membunuh kawan dan parti asal mereka. Mereka diangap sebagai manusia maksum yang diturun khas dari syurga.

Mengenai hakikat ini ada dua perkara yang perlu dinilai dan dilihat. Pertama ialah mengenai wibawa media massa berkenaan. Dan kedua apakah nilai manusia atau ahli politik yang bersikap kacang lupakan kulit ataupun berpaling tadah itu.

Apakah media itu boleh dianggap berwibawa dan berintergriti kerana jelas mereka mempunyai dua pandangan terhadap satu manusia yang mempunyai dua sifat berbeza. Selagi tokoh itu berada dalam parti selain Umno mereka disepikan dan pandangan mereka tidak disorot pun. Sebaliknya sesusah mereka kembali kepada Umno maka mereka diterima dan menganggap pandangan mereka bernas dan tepat? Seolah-olah selama mereka berada dalam parti Pakatan Rakyat mereka sedang menuntut di sebuah universiti dan sesudah tamat mereka keluar dengan ilmu yang penuh dan kembali kepada parti Umno.

Begitu juga dengan orang-orang berkenaan. Di manakah prinsip mereka. Satu masa mereka ditebas dan ditebang oleh media berkenaan, kemudain selepas mereka berpaling tadah mereka akan dipuji di puja oleh media berkenaan. Mereka juga turut sama mengecam media massa berkenaan kerana mengalpakan mereka. Tetapi apabila mereka keluar dari parti pembangkang mereka sendiri menerima media massa berkenaan sebagai adil dan saksama. Jelas situasi ini penuh hipokrasi.

Mungkin buat media massa demikian dan orang yang demikian mereka tidak merasa apa-apa. Maruah mereka juga sudah hilang entah ke mana. Mereka sudah tidak pedulikan keada soal maruah dan moral lagi. Tetapi bagaimana dengan pemerhati, dengan rakyat dan pengundi dalam menilai sikap dan sifat media massa dan orang berkenaan?

Apakah media itu masih boleh dipercayai dan begitu juga dengan sosok-sosok berkenaan? Bolehkah dipercayai setiap kata-kata mereka selepas ini sedang sebelum ini mereka diburukkan oleh media massa itu sendiri. Sama-samalah kita memikirkan fenomena ini agar kita juga tidak ikut terjadi seperti media massa dan orang-orang politik yang tidak lekat unjap dan munafik herbi itu.
MSO.

Pelajar Diajar Cara-cara Menggunakan Kondom..?

Guru yang bakal mengajar subjek pendidikan seks di sekolah pada tahun hadapan perlu dilatih bagi memastikan mereka bersedia menghadapi pelbagai persoalan daripada pelajar mengenai subjek itu. Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa Guru Nasional (PIBGN) Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hasan berkata, latihan semula itu perlu biarpun silibus telah ditetapkan bagi setiap peringkat pembelajaran.

"Persediaan para guru adalah penting kerana pelajar akan bertanya perkara-perkara yang diluar jangkaan dan latihan persediaan perlu supaya guru dapat memberi jawapan yang tepat dan tidak terkeluar daripada silibus ditetapkan," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Ahad. Mohamad Ali dalam pada itu berkata, PIBGN menyokong penuh pelaksanaan pembelajaran subjek itu yang bakal memulakan pembelajaran mulai tahun depan.

Katanya lagi, subjek ya
ng diberi nama Pendidikan Sosial dan Pertumbuhan Kesihatan bagaimanapun perlu menggunakan bahan rujukan yang sesuai dengan setiap peringkat pelajar supaya maksud sebenar subjek itu diwujudkan bertetapan dengan objektif asal. Beliau turut menyarankan pendekatan agama, budaya dan adab nilai timur diterapkan bagi memastikan pembelajaran itu lebih holistik.

"Tujuan kita mengajar subjek ini adalah supaya pelajar dapat menghargai diri mereka dan dapat menjaga diri mereka pada masa hadapan. "Jadi jika diselitkan serba sedikit mengenai agama, budaya dan nilai ketimuran yang ada pasti lebih memberi kesan," ujarnya.

Terdahulu, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong berkata, mata pelajaran itu akan diaja
r selama 30 minit setiap minggu dalam kelas Pendidikan Jasmani di semua peringkat sekolah rendah dan menengah. Sebelum ini, Wee berkata pendidikan seks akan di ajar hanya diperingkat sekolah menengah sebagai satu mata pelajaran kurikulum.


Jurag
an : Sudah pasti cara-cara menggunakan Kondom akan di ajar,bagi menjadikan hubungan sek selamat..sebab Umno nampak bab buang anak dan mengandung luar nikah..Tapi buat tak nampak tentang Zina yang di Haramkan Allah...Hampehhhhh la lu oranggg...lu org lagi mahu subahat ka,dengan ini Parti??

PAS terus pertikai daftar pemilih baru

Dalam bahang pilihan raya umum yang semakin terasa, PAS kini semakin giat mempertikaikan ketelusan dalam daftar pemilih SPR.

Di Pulau Pinang, PAS negeri itu masih menuntut jawapan berhubung penambahan seramai 630 orang pengundi pos, seperti yang dikesan di dalam kawasan parlimen Tasek Gelugor.

NONESalah seorang pengundi terlibat Nurkhausar Norim Ahmad berkata beliau tidak tahu menahu mengenai status pemilihnya yang kini telah ditukarkan menjadi pengundi pos.

Nurkhausar yang kini bertugas sebagai guru di Sarawak berkata, beliau sebelum ini mengundi sebagai pengundi awam.

"Saya tidak tahu (ditukar status menjadi pengundi pos). Saya cuma tahu daripada ayah saya. Dia buat semakan dan beritahu saya sudah hilang kelayakan sebagai pengundi pos," katanya yang merupakan isteri kepada seorang anggota tentera yang bertugas di negeri itu.

Setiausaha jabatan pilihan raya PAS negeri Mohd Jamil Abdul Rahman berkata pertambahan pengundi pos itu dikesan sejak senarai pemilih berkenaan dipamerkan selama seminggu, berakhir pada 2 November lalu.

Mohd Jamil berkata, bantahan telahpun dikemukakan oleh PAS Pulau Pinang berhubung kes melibatkan Nurkhausar dan juga beberapa lagi kes lain seumpamanya yang dikenalpasti.,

"Kita buat bantahan kepada SPR sebab pengundi tidak diberitahu dia sudah jadi pengundi pos dan juga mengenai perubahan tempat mengundi.

"Bila tiba masa untuk mengundi, nama dia tak ada. Inilah yang menjadi masalah," katanya lagi.
Dakwaan 'pakatan jahat' SPR, ATM
Sementara itu, situasi yang lebih kurang sama turut ditimbulkan oleh PAS di negeri Kedah dengan dakwaan wujudnya "pakatan jahat antara Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)."

azizan razak and kedahDakwaan itu ditimbulkan sendiri oleh menteri besarnya Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang mendapati "berlaku penipuan dalam daftar pemilih di beberapa kawasan di negeri itu," seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian hari ini.

Azizan yang juga pesuruhjaya PAS negeri malah menuntut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat SPR berhubung senarai pengundi baru yang dipamerkan baru-baru ini.

Menteri besar itu berkata, seramai 283 orang pemilih baru dikesan didaftarkan Kem Bukit Kayu Hitam.

NONE"Namun setelah disemak, nama terbabit adalah isteri anggota tentera. Peliknya kerana kem itu bukan kuarters keluarga, sebaliknya hanya tempat operasi," katanya yang dipetik dalam laporan tersebut.

Beliau juga menyebut mengenai senarai pemilih di sebuah pengkalan askar wataniah yang juga didapati terdiri daripada isteri anggota tentera.

"Macam mana isteri mereka dibawa ke kem berkenaan kerana itu pengkalan operasi dalam hutan. Tak ada keluarga tinggal di situ," katanya lagi dalam laporan berkenaan.

Namun, sejauh mana wujudnya elemen rasuah dalam dakwaannya itu setakat ini belum dapat dipastikan.

SPRM ketika dihubungi hari ini juga enggan memberikan ulasan sama ada akan menyiasat kes berkenaan.

Rombakan Kabinet: Macam Mana Nasib Tengku Razaleigh

Oleh Mohd Sayuti Omar
ADA desas desus mengatakan Najib Razak akan rombak kabinetnya. Masanya ialah selepas Umno mengadakan mesyuarat MTnya 28 November ini. Ketika ditanya wartawan semasa sidang akhbar sempena hari raya Aidil Adha, Najib tidak menafikan desas desus itu. Beliau hanya kata, kalau ada, adalah, kalau tak ada tak ada lah.

Memang untuk tidak menganggu minda para menterinya, Najib tidak akan menyatakan iya atau tidak. Sudah tentu kalau Najib mengiyakan ia boleh menyebabkan para menterinya tidak lena tidur. Ada yang gelisah sepanjang malam mengenangkan nasib


Dunia politik adalah dunia magik. Hari ini orang boleh jadi menteri, esok, tuk tuk sudah jadi orang biasa. Hari ini berjalan dikawal oleh polis dan pegawai peribadi, esok berjalan sendiri tanpa dikawal sesiapa, melainkan isteri tua. Isteri muda pun bila suami sudah tidak jadi menteri rasa geli untuk berjalan sama.

Jadi apabila Najib tidak menyebut itu maka damailah sikit. Namun ia tetap gelisah dan resah. Mana-mana menteri yang merasakan dia kurang selamat kerana sebab-sebab tertentu mula berfikir ke mana selepas ini. Ada juga yang pergi jumpa tok guru meminta doa agar mereka selamat.

Kelamarin semasa hari raya Aidil Adha ada seorang kawan memberi tahu seorang menteri mendatangi ke rumah seorang ustaz yang juga katanya boleh berbomoh. Ustaz ini dikatakan pandai menilik dan membuat nujuman. Katanya menteri berkenaan meminta ustaz berkenaan agar berdoa untuknya. Katanya juga menteri berkenaan bagi wang RM1,000 kepada ustaz berkenaan, apabila ustaz berkenaan menujum menteri berkenaan akan tidak terlibat dengan rombakan kabinet akan datang.

Elok juga kalau Najib merombak kabinetnya. Dalam tempoh dua tahun rasanya Najib sudah boleh membuat penilaian menteri mana yang boleh membuat kerja dan menteri mana yang hanya beretorik sahaja. Sekaligus rombak atau buang juga mana-mana timbalan menteri yang tidak memberi kesan kepada transformasi yang Najib laung-laungkan itu.

Rasanya semua orang termasuk rakyat biasa juga dapat mengagak dan melihat sendiri sejauh mana pencapaian menteri dan timbalan menteri berkenaan. Cuma bila sebut fasal rombak kabinet ini, sedikit masalah kepada Najib ialah beliau (BN) tidak ada orang untuk dijadikan menteri. Anggota Umno hanya berapa orang saja. Kalau buang dan tarik ia terkena atas orang yang sama kualitinya.

Inilah bahanan kalau sudah kehilangan majoriti di Parlimen dan Umno kehilangan tokoh akibat kalah dalam pilihan raya. Jika kalau benar sungguh Najib tidak bercadang untuk membuat rombakan, sebabnya ialah kerana kekurangan tokoh untuk dijadikan menteri. Jadi hendak tidak hendak Najib terpaksa juga mengekalkan menteri yang ada hingga habis penggal parlimen ke 12 ini.

Seperkara lagi bila sebut fasal rombakan kabinet, apakah Tengku Razaleigh Hamzah yang berjaya merampas kerusi Dun Galas baru-baru ini akan dibawa masuk dalam kabinet. Atau pun beliau akan diberi peranan dalam kerajaan. Atau dalam kata tepatnya apakah kejayaan Razaleigh itu akan diiktiraf dan Umno akan memberi peranan kepadanya.

Ada angan-angan oleh pihak tertentu mengharapkan Razaleigh akan dibawa masuk ke dalam kabinet atau pun diberi peranan besar kepada bekas Menteri Kewangan itu. Kalau beliau perlu di bawa masuk ke dalam kabinet, jawatan yang sesuai dan layak ialah menjadi Menteri Ekonomi... Razaleigh boleh memantau ekonomi luar negara dan juga dalam negeri.

Jika tidak jawatan menteri kabinet, post yang paling sesuai untuk beliau terajui ialah selaku penasihat Petronas memngganti tempat Dr Mahathir Mohamad. Post ini amay sesuai memandangkan Razaleigh pernah menjadi pengerusinya dan salah seorang yang menjadi pengasa penubuhannya.

Ini yang sedang diperahtikan oleh orang ramai. Sekiranya tidak berlaku rombokan kabinet dan kedudukan Rzaleigh tidak berubah daripada kedudukan dan status sekarang maka jelaslah apa dibimbangkan sebelum ini menjadi kenyataan. Bahawa kesediaan Umno untuk memberi peranan kepada Razaleigh dalam pilihan raya kecil Galas itu sebagai pengarah hanya usaha bagi mengelakkan Umno malu saja dan bukan pun untuk menggunakan pakai Razaleigh sepenuhnya. Dan kalau ini terjadi maka tertipulah Razaleigh ditangan Umno untuk kesekian kalinya?

Mengapakah Pejabat SPRM Limbang ditutup selepas beroperasi 8 bulan?

Kami mendapati bahawa Pejabat SPRM Cawangan Limbang telah ditutup selepas beroperasi selama lapan bulan sahaja.  Semua rakyat Limbang didesak supaya membuat aduan atau urusan dengan Cawangan Miri.

Kami berasa amat kecewa kerana Pejabat SPRM Limbang tersebut ditutup tidak lama selepas projek penambahbaikan siap.
Kami ingin bertanya, berapakah harga kosnya untuk projek penambahbaikan Pejabat SPRM Limbang?  Bukankah pejabat yang baru dinaiktarafkan terbiar begitu sahaja merupakan satu pembaziran duit rakyat?
SPRM haruslah memberi penjelasan mengenai penutupan cawangan SPRM Limbang.  Adakah ini menunjukkan bahawa Daerah Limbang tiada kes rasuah dan penyelewengan?

Sebagai rakyat Limbang, kami juga ingin tahu semamsa pegawai-pegawai SPRM berkhidmat di Pejabat Limbang, berapakah aduan telah diterima?  Antara aduan ini, berapakah kes telah diambil tindakan dan diselesaikan?

*Kenyataan media oleh Leong Kwang Yew selaku Pengerusi DAP Limbang, Sarawak.

Zaid pertikai prestasi Anwar ketika menjawat TPM

Zaid Ibrahim mengumumkan keputusannya untuk keluar dari PKR, tetapi hanya berkuatkuasa pada 16 Disember 2010.  Beliau akan terus berkecimpung dalam politik biarpun keluar dari PKR, malah akan menubuhkan parti baru yang "mesra kepada semua parti" (friendly to all parties) seandainya memiliki sumber dan sokongan yang mencukupi.
Zaid Ibrahim (gambar kanan) selaku calon Timbalan Presiden PKR menarik diri dari pemilihan parti pada 8 November, sambil meletak jawatan selaku Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan jawatan parti yang lain.  Bagaimanapun, ia bukan tanda noktah kerjaya politik Zaid, sebaliknya beliau akan turun bertanding dalam PRU ke-13.
Bekas menteri kabinet ini menafikan bahawa parti baru yang bakal ditubuhkan itu bernama "Parti Keadilan Baru", dan beliau masih tidak pasti kawasan pengundian mana yang bakal ditandingnya.  Dalam sidang media yang mengambil masa kira-kira 45 minit ini, Zaid Ibrahim tidak melepaskan peluang untuk menyindir Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim ketika menjawab soalan dari media.
Sasarkan Anwar Ibrahim
Zaid Ibrahim dilantik Perdana Menteri kelima, Abdullah Ahmad Badawi sebagai Menteri Jabatan Perdana Menteri pada tahun 2008.  Beliau berkhidmat hanya untuk 5 bulan 27 hari, sebelum meletak jawatan pada September 2008 sebagai bantahan terhadap penangkapan tiga orang awam menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Beliau mendakwa dirinya melakukan sedaya upaya untuk membawa perubahan dalam sistem kehakiman, malah berjaya mendapatkan bayaran pampasan (ex-gratia) untuk bekas Ketua Hakim Negara Salleh Abbas yang dipecat pada tahun 1988.
"Saya berjaya dapatkan Pak Lah, dan Pak Lah sangat membantu dalam hal perlantikan kehakiman ini, dengan menubuhkan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman," kata Zaid.
Zaid sebaliknya mempersoalkan apa pula yang dilakukan Anwar Ibrahim ketika beliau menyandang jawatan Timbalan Presiden?  "Apa yang diperjuangkan oleh Anwar Ibrahim?  Jikalau anda melihat rekodnya, apa yang membantunya ialah 'mata lebam'.  Beliau disabitkan kesalahan rasuah dan penyalahgunaan kuasa semasa menjadi menteri.  Anda perlu melihat pengalamannya yang lalu, jangan terbawa-bawa..."
Beliau mengakui bahawa Anwar seorang pemidato yang baik, dan boleh memetik ayat-ayat klasik - satu kemampuan yang tidak dimiliki dirinya.  Zaid berkata dirinya hanya bercakap mengikut naluri hatinya, dan negara memerlukan pemimpin sebegini.
Ketika ditanya sama ada keputusannya untuk keluar parti bakal memberi kesan kepada pembangkang, beliau menyindir dirinya bahawa beliau bukan pemimpin alaf ke-21 seperti Anwar Ibrahim, sebaliknya hanya pemimpin biasa.  Beliau sebaliknya meminta media untuk bertanya kepada PAS dan DAP sama ada tindakannya memberi kesan.
Zaid Ibrahim juga menyanggah tuduhan "armchair critic" bahawa dirinya seorang yang mudah mengalah, sambil mendakwa diri sebagai resilient fighter.  Sepanjang 34 tahun beliau berada dalam UMNO, beliau kalah untuk beberapa kali, digantung keahlian malah disingkirkan dari senarai calon PRU, katanya.  Namun, beliau tidak pernah keluar parti, sehingga dipecat UMNO.
Beliau berkata ini kali pertama dalam hidupnya untuk memilih keluar parti kerana tidak yakin terhadap pimpinan PKR, dan mereka juga tidak berkeyakinan terhadap dirinya.
Yang berikut adalah kenyataan penuh Zaid Ibrahim:
Dengan ini, saya mengumumkan penarikan diri sebagai ahli daripada Parti Keadilan Rakyat.  Sekretariat ibu pejabat PKR sudah pun dimaklumkan melalui surat rasmi yang berkuatkuasa pada 16 Disember 2010.  Mengapa 16 Disember?  Kalau Anwar gemar 16 September, maka saya pula suka 16 Disember.
Ini berikutan episod pemilihan parti di mana saya telah dituduh dan difitnah oleh pemimpin-pemimpin kanan parti: Saifudin Nasution menuduh saya berniat jahat, kononnya saya telah merancang untuk menubuhkan parti baru sebelum pun saya masuk bertanding; Syed Husin dan Azmin pun sama bercakap tentang niat jahat saya untuk menggugat kepimpinan parti semasa saya mula-mula masuk parti lagi.
Sumbangan saya kepada parti selama ini pun dikatakan kecil sahaja.  Mereka juga berkata bahawa saya ini pemalas, tidak setia dan tidak memahami maksud perjuangan parti.  Anwar Ibrahim sendiri telah menggelar saya sebagai "Trojan Horse" dan "Sore Loser".  Fitnah, putar-belit dan cerita-cerita rekaan ini telah memaksa saya untuk keluar dari parti ini.  Saya tidak rela bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin yang gemar menghina orang lain seperti yang telah mereka lakukan terhadap diri saya.
Saya amat menghargai sokongan kuat yang telah diberikan oleh kawan-kawan dan ahli-ahli parti kepada saya selama ini.  Saya mungkin telah melakukan kesilapan semasa saya berada dalam parti tetapi saya tidak sekali-kali melakukannya di atas niat jahat untuk melemahkan parti atau untuk menjatuhkan sesiapa pun.  Saya memasuki parti ini dan terus menjadi ahli seumur hidupnya bersama-sama dengan anak-anak saya kerana saya mahu parti ini menjadi wadah perjuangan reformasi dan keadilan yang tulen, jauh sekali untuk menghancurkannya dari dalam.  Saya juga merasa yakin bahawa banyak pihak lain yang turut berkongsi kepercayaan dengan saya bahawa mana-mana perjuangan yang didasarkan di atas hasrat untuk menyelamatkan karenah peribadi pemimpinnya semata-mata adalah satu perjuangan yang palsu.
Sewaktu saya meletakkan jawatan sebagai Menteri dahulu, saya mahu menegakkan satu prinsip penting iaitu bahawa mana-mana menteri yang tidak boleh menerima keputusan Jemaah Menteri dan Kerajaan mestilah meletakkan jawatannya, iaitu prinsip "Collective Responsibility".  Pada masa itu, saya tidak boleh menerima keputusan Jemaah Menteri dan Kerajaan untuk menggunakan ISA terhadap tiga orang awam.  Kali ini pula, saya berhenti kerana adalah amat wajar untuk saya berbuat begitu apabila saya tidak lagi dipercayai oleh pemimpin-pemimpin atasan yang menganggap saya sebagai pengkhianat.  Saya bukan penakut dan saya juga bukan kaki merajuk.  Saya akan terus bersama dengan kawan-kawan dalam arena politik bagi memperjuangkan politik yang sihat dan bertanggungjawab demi membela hak rakyat.
Saya meletakkan kepercayaan saya kepada kebijaksanaan masyarakat untuk memahami bahawa kita mestilah sentiasa berpegang teguh kepada prinsip-prinsip dasar yang ikhlas walau dalam situasi apa sekalipun kerana itulah sahaja yang akan menentukan erti perjuangan sebenar.  Ramai peminat Anwar Ibrahim telah memberi amaran kepada saya bahawa karier politik saya akan hancur selepas ini.  Kepada mereka, saya ingin menegaskan bahawa karier politik saya adalah satu perkara yang kecil sahaja; yang besar dan penting kepada kita semua ialah politik kotor dan penipuan mesti kita tentang walau dari pihak mana sekalipun ia datang; ia tidak boleh sama sekali dibenarkan untuk bertapak di bumi bertuah ini.

*Chen Shaua Fui

Rizab Antarabangsa Bank Negara RM326.45 Billion


KUALA LUMPUR 19 NOV : Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM326.455 bilion (US$105.8 bilion) pada 15 Nov, 2010. 
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, BNM berkata paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.8 bulan import tertangguh dan 4.5 kali hutang luar negeri jangka pendek.
Rizab antarabangsa terdiri daripada mata wang asing (US$95.1 bilion),kedudukan Rizab Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) (US$500 juta), Hak Pengeluaran Khas (US$2.1 bilion), emas (US$1.5 bilion) dan aset rizab lain (US$6.6 bilion).
Jumlah aset bank pusat, termasuk rizab antarabangsa berjumlah sehingga RM387.576 bilion.
Aset-asetnya yang lain termasuklah kertas kerajaan Malaysia (RM2.284bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM40.524 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM11.797 bilion) dan aset-aset lain (RM6.516 bilion).  
Liabilitinya terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta); kumpulan wang rizab am (RM13.478 bilion); rizab-rizab lain (RM1.368 bilion); mata wang dalam edaran (RM54.233 bilion); deposit oleh institusi kewangan (RM161.792bilion); deposit Kerajaan Persekutuan (RM21.525 bilion); deposit lain (RM900.901 juta); kertas Bank Negara (RM102.555 bilion); peruntukan Hak Pengeluaran Khas (RM6.465 billion); dan liabiliti lain (RM25.159bilion).

Polls fraud: Now there's 'photographic proof'

By B Nantha Kumar
PETALING JAYA: Mired in allegations of electoral fraud and phantom voters, embattled PKR Kota Raja division now faces a fresh round of “photographic proof” of malpractice during the recent party polls.
Despite “attacks” by members and media, division chairman and Selangor state exco member Dr Xavier Jayakumar has adamantly denied any malpractice, claiming that the alleged 150 “dubious” names found on the electoral list were a “technical error” .
Yesterday, however, FMT, which broke the news on the phantom voters, received three photographs from the PKR headquarters which appeared to confirm fraudulent manipulation by Jayakumar's camp.
In one of the photographs, Jayakumar's personal assistant, P Sabastine Rao, was clearly seen marking a ballot paper on behalf of an Indian woman.
Rao was also without any identification card that authorised his presence in the polling station. In the photograph, he was only wearing a card that showed him as being on Jayakumar's team.
The PKR central election committee confirmed that Rao was not a designated official on duty in the Kota Raja election.
Meanwhile, a second equally clear photograph placed another of Jayakumar's known “strong man”, Palanisamy, in the polling hall during last Sunday's presidential elections. Palanisamy was photographed “helping” an old man cast his ballot.
The third photograph, however, was a little blurred. This photograph (see below) revealed a person who looked like Jayakumar inside the polling hall during the casting of ballots. The photograph showed him checking the electoral list.
No cleanup
Meanwhile, party insiders described the ongoing vice-presidential race, for which Jayakumar is contesting, as a “sham”, saying that voters in the divisions were being manipulated.
Said one insider: "I am surprised with the current situation in PKR. Almost all divisions have problems.
"PKR leaders are focused on pursuing their dreams at whatever cost. What they want now is positions in the party.
"They would do anything to achieve their dreams."
Citing malpractices in the Kota Raja division, the insider said that despite complaints, the party central council is refusing to act.
"When is (secretary-genaral) Saifuddin (Nasution) going to take action? What else does he want?
"Now we have given them strong evidence of fraud in the election. If PKR is still reluctant to act, then we will not hesitate to get out of this party," said the insider.
The Kota Raja polls last Sunday placed voter turnout at 654, compared to the 1,294 members who had turned up for the divisional polls which saw Jayakumar's controversial win as divisional chief.
PKR members in the division who are allegedly aligned to Zaid Ibrahim are believed to have boycotted the election following his withdrawal from the race for the party's No 2 post. Zaid also confirmed that he was quitting the party in two weeks' time.

SPRM minta media tidak siar siasatan

abu-kassim-maccKUALA LUMPUR:  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta kerjasama pihak media supaya tidak menyiarkan berita mengenai siasatan kes yang sedang dijalankan.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Abu Kassim Mohamed berkata pada masa ini terdapat banyak media berita yang melapor dan memaparkan siasatan yang sedang dijalankan SPRM.
"Saya memahami kehendak para media dalam perkara ini tetapi walau bagaimanapun saya berharap pihak media juga memahami kerja SPRM.

"Ini adalah kerana kejayaan kita menyiasat sesuatu kes bergantung kepada kerahsiaan yang mana kita boleh mendapat keterangan-keterangan yang baik apabila tindak tanduk kita tidak diketahui umum."
"Jadi hebahan kepada siasatan bagi saya tidak wajar dan tidak tepat masanya…malah yang disiasat pun belum tentu kita tahu apa yang akan terjadi ke atas "mereka".
"Ia bergantung kepada keterangan yang diberi," katanya kepada pemberita selepas menandatangani MOA (Memorandum Persetujuan) Program Sarjana Sains Sosial (Pengajian Rasuah) dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini.
Mengenai program pengajian itu, Abu Kassim berkata ia dimulakan tiga tahun lepas dan telah melahirkan sembilan graduan sulung tahun ini.
Abu Kassim berkata, UKM dipilih untuk menjalinkan kerjasama dengan SPRM kerana ia adalah universiti terulung di negara ini yang mengendalikan program dalam bidang ilmu Sains Sosial dan Ilmu Kemanusiaan.
Program itu bukan saja menekankan pengajaran tetapi juga membentuk graduan yang berfikiran kritis, bermoral dan mempunyai kemahiran berkomunikasi.
Menurutnya, ini bukan kali pertama SPRM mengadakan hubungan kerjasama dengan UKM malah sebelum ini UKM telah pun membuat kajian persepsi rasuah di Malaysia dengan respondennya terdiri daripada pelajar-pelajar universiti di Malaysia.
Abu Kassim berkata beliau berharap program pengajian itu akan melahirkan ramai pegawai yang berpengetahuan, berwibawa serta mempunyai kepakaran dalam menghadapi cabaran jenayah rasuah yang berdimensi baru, katanya.
- Bernama

PKR pandang berat aduan "politik wang dan penipuan" di Sri Aman

pkr bmOleh Fazy Sahir
PETALING JAYA: Setiausaha Pengelola Pemilihan PKR Radin Shamsul Kamar berkata pihaknya memandang berat aduan wujudnya "politik wang dan penipuan" ketika berlangsungnya pemilihan di cabang Sri Aman Ahad lalu.
"Siasatan masih dijalankan dan jika aduan itu benar, tindakan tegas akan diambil termasuk membatalkan keputusan di cabang tersebut," kata beliau kepada FMT hari ini.

Beliau tidak menolak kemungkinan akan membatalkan kelayakan calon yang bertanding dalam mana-mana jawatan.
"Selain daripada calon-calon yang bertanding, para pegawai dan pengawas pemilihan juga akan diambil tindakan jika terbukti mereka terlibat," ujar beliau.
FMT pada Selasa lalu, melaporkan pemilihan pusat telah dijalankan dirumah pengerusi Jimmy Donald dan 30 anggota hadir untuk mengundi.
Timbul tanda tanya
Setelah selesai pengundian dijalankan, Jimmy yang juga calon ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) memperoleh 450 undi, sekaligus menimbulkan tanda tanya di kalangan anggota yang hadir.
Anggota PKR di cabang itu mendakwa wujud ‘politik wang dan penipuan’ ketika pemilihan berlangsung dan mereka mempersoalkan kesahihan pemilihan pada Ahad lalu.
"Pasti ada sesuatu yang tidak kena berlaku. Kami mahu ibu pejabat segera menyiasat hal ini tanpa melengah-lengahkan lagi,  kerana ia akan mencemar imej parti," kata anggota parti itu.
Ini bukan pertama kali laporan dibuat berikutan terdapat lapan pengundi dikesan dari kalangan ahli DAP yang turut mengundi ketika Mesyuarat Agung Tahunan Cabang.
Dalam pemilihan itu, Jimmy Donald berjaya mempertahankan kedudukannya sebagai Pengerusi PKR Cabang Sri Aman selepas memperolehi 84 undi dengan menewaskan pesaingnya, Ibi Uding yang mendapat 76 undi dan seorang lagi calon mendapat 10 undi.
Uding yang juga Ketua Wanita PKR negeri berkata, beliau mempertikaikan kesahihan mereka sebagai ahli PKR untuk mengundi dalam pemilihan tersebut.
Menurutnya, lapan ahli DAP itu dipercayai mengundi untuk Jimmy dan dibawa oleh anaknya Leon Jinat Donald, yang juga ahli DAP Sri Aman.

Khairul Anuar kecewa pemilihan parti dicemari fitnah

pemilihan 2010Oleh Zamri Danish
PETALING JAYA: Pertandingan yang diumpamakan pertandingan adik-beradik dalam parti sebelum ini tidak seharusnya dicemari dengan unsur fitnah sesama sendiri.
Demikian ujar calon Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Khairul Anuar Ahmad Zainuddin ketika ditanya tentang beberapa isu yang dikaitkan dengan beliau sebelum ini.

"Lawan sesama sendiri dalam parti pun boleh timbul fitnah macam ini sekali.  Ia sepatutnya menjadi beban kepada orang yang memfitnah untuk mendapatkan bukti," komen ringkas beliau kepada FMT hari ini.
Beliau yang mengaku telah menduga lebih awal lagi tentang soalan yang akan dikemukakan turut mempersoalkan tindakan media yang mengambil isu ini sebagai berita.
"Cerita-cerita macam ini pun you nak pick up ke? I tak nak layanlah cerita fitnah macam ini," ujar beliau lagi dengan nada kecewa.
Terpaksa dihantar pulang
Sebelum ini beberapa blog dan emel yang tersebar melaporkan visa beliau pernah dibatalkan dan terpaksa dihantar pulang ke tanah air serta merta gara-gara terlibat dengan satu kesalahan yang serius ketika berada di Jakarta pada tahun 2004.
Antara isi kandungan blog dan emel tersebut turut melaporkan, kejadian tersebut berlaku ketika beliau menyertai rombongan Mafrel (Malaysia Free For Election) ke Jakarta beberapa tahun lalu.
Turut dikaitkan, bekas Pengarah Eksekutif Suaram, Yap Swee Seng yang dikatakan telah mengendalikan kes ini bagi menyelamatkan Khairul daripada ditahan oleh pihak berkuasa di sana.
Bagaimanapun isu ini dimaklumkan ditutup oleh pihak Carter Centre. Manakala Yap Swee Seng yang kini menetap di Bangkok juga tidak dapat dihubungi.
Sebelum ini, Khairul juga pernah dikaitkan dengan enam buah projek yang menelan kos jutaan ringgit di Selangor yang membabitkan Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya.
Projek-projek tersebut melibatkan satu projek untuk penurapan jalan manakala lima lagi dikatakan projek ‘billboard’ atas nama Pridana Media dan Redberry Sdn Bhd.

"Saya dah bersara mana ada duit nak biaya FMT" – Zaid

zOleh Nazli Ibrahim
PETALING JAYA: Bekas calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato Zaid Ibrahim hari ini menafikan laporan beberapa akhbar kebelakangan ini yang mendakwa beliau sebagai pemilik mahupun pembiaya akhbar portal Free Malaysia Today (FMT).
"Saya sudah bersara, mana ada banyak duit untuk membiayai FMT.  Apatah lagi sebagai pemiliknya," jawab beliau sambil tertawa apabila diajukan soalan mengenainya.

Ketika dihubungi, beliau turut memberitahu FMT dakwaan yang telah wujud sebelum ini lagi tidak seharusnya ditimbulkan semula oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Isu ini dulu sudah pun ditimbulkan.  Sekarang saya sudah tarik diri pun masih ada lagi. Suruhlah orang yang bercakap itu bertanya kepada FMT sendiri.
"Jika saya hendak tubuh parti baru pun belum tentu cukup duit, inikan pula untuk membiayai FMT," ujar beliau lagi.
Beliau turut memberitahu, sehingga kini beliau masih belum memutuskan samada akan menubuhkan parti baru atau pun sebaliknya.
Dalam perkembangan sebelum ini, dalam blog Zaid Untuk Rakyat, beliau mengesahkan akan keluar dari PKR yang telah disertainya pada tahun 2009 itu, pada 16 Disember ini.

Kenapa ahli Umno berkerumun pada Perkasa

KUALA LUMPUR, 19 Nov: Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din optimis parti itu mempunyai peluang yang lebih baik pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) nanti.
Menurutnya, pendekatan yang diambil oleh PAS melalui tahaluf siyasi bersama dengan parti-parti pembangkang telah membuahkan hasil di dalam PRU 12 lalu.
Beliau menambah, Allah telah memberi jalan kepada PAS untuk mencapai kejayaan melalui persefahaman politik itu.
Katanya, rakyat kini telah memberikan sokongan yang terbuka kepada PAS dalam suasana Umno sedang meniti hari-hari tua.
Bahkan, ujarnya ahli-ahli Umno kini sudah hilang keyakinan kepada parti perkauman itu untuk membela orang Melayu.
Buktinya, tambah beliau orang-orang Umno sekarang berkerumum pada Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) untuk membela orang Melayu.
“Kenapa ahli-ahli Umno tak guna wadah Umno untuk bela Melayu, tapi guna NGO Melayu,” soalnya ketika ditemui pada majlis penyerahan penghargaan Majlis Syura Ulama PAS kepada Almarhum Ustaz Hassan Shukri di Taman Melewar, hari ini.
Beliau yang mewakili Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan anggota majlis itu menyampaikan penghargaan berupa sijil dan plak itu kepada isteri Almarhum Ustaz Hassan, Ustazah Hamidah Abdul Mutalib.
 Tambahnya, melalui tindakan itu menampakkan pemimpin tertinggi Umno terlibat secara khusus dengan Perkasa.
Justeru, beliau mempersoalkan adakah pemimpin dan ahli Umno kini menggunakan platform lain untuk berteduh.

PKR sedia batal keputusan cabang dipertikai, kata Dr Molly Cheah


PETALING JAYA, 19 Nov — Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersedia membatalkan keputusan pemilihan membabitkan cabang-cabang yang dipertikaikan, tetapi menolak gesaan calon timbalan presiden Mustaffa Kamil Ayub agar proses pengundian yang berbaki dua hari lagi dibatalkan. “Saya seorang sahaja tidak boleh membuat keputusan penangguhan tetapi kalau ada bukti yang betul, kita hanya boleh membatalkan keputusan kemenangan (cabang-cabang terbabit).
“Saya seorang sahaja yang mendengar aduan mereka, keputusan tidak boleh dibuat melainkan selepas kita melihat secara terperinci,” kata Ketua Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Dr Molly Cheah kepada The Malaysian Insider selepas mengadakan pertemuan sejam dengan dua wakil Mustaffa pagi ini.
Ketika ditanya jumlah cabang yang mungkin terlibat, Dr Cheah berkata, beliau sendiri tidak dapat memberi maklumat terperinci.
“Ini kerana saya baru dengar sebelah pihak,” kata beliau lagi.
Kata Dr Cheah juga berkata, JPP juga akan memanggil pengawas-pengawas yang menyelia pemilihan di cabang-cabang yang dipeertikaikan untuk memberi keterangan.
Beliau menambah, laporan hasil pertemuan hari ini akan dibawa ke mesyuarat JPP.
“Saya sendiri akan menghubungi Presiden (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) untuk memaklumkan butiran-butiran khususnya tentang cabang Teluk Intan,” katanya.
Bukti berkaitan dengan cabang Teluk Intan turut dibawa oleh wakil Mustaffa hari ini.
Dua wakil itu ialah Ketua Penerangan PKR Perak Dzulkifly Ibrahim dan Yusoff Kamaruddin yang juga pengurus kempen bagi Mustaffa.
Pertemuan itu ekoran Mustaffa sendiri, yang sebelum ini dua kali mendesak penangguhan dan pembatalan proses pemilihan pusat yang didakwanya wujud penyelewengan.
Dr Cheah berkata, pihaknya turut bersedia membuat pengiraan semula undi di beberapa cabang yang dipilih secara rawak sekiranya Dzulkifly dan Yusoff mampu menunjukkan bukti penyelewengan dalam proses pengiraan undi.
Dzulkifly, dalam satu kenyataan media selepas menemui Dr Cheah mendedahkan beberapa bukti terbaru berhubung penyelewengan proses pengiraan undi di cabang Teluk Intan, Sabtu lalu.
“Kiraan petugas untuk calon ke-84 MPP (Majlis Pimpinan Pusat) Nik Mahmood Nik Hassan hanya mendapat satu undi tetapi apabila kita membuat semula kiraan, beliau mendapat 21 undi.
“Begitu juga dengan Noraini @ Ahmad Faidah Saidi, calon MPP ke-85 mendapat dua undi sahaja, tetapi selepas kita buka balik peti dan buat kiraan semula, beliau mendapat 53 undi.
“Calon MPP ke-86 Nordin Mahmood yang begitu popular di Perak pun hanya dapar satu undi, takkan dia dapat satu undi kerana isterinya, emak, anak-anak dan menantunya mengundi dia (Nordin).
“Kalau inilah bukti yang ada di Perak, tidak mustahil ditempat lain pun ada,” tegas Dzulkifly yang juga Ketua PKR Tambun.
Dzulkifly berkata Dr Cheah wajar menangani beberapa aduan lain berhubung kecacatan proses pemilihan di Perak, Kelantan, Selangor dan Sabah.
Di Perak, Setiausaha PKR Pasir Salak Hishamuddin Ali dan Maknor Yahya selaku anggota di cabang itu pada 5 September lalu membantah proses pencalonan Osman Abdul Rahman sebagai ketua cabang kerana status kedua-dua wakil calon Osman dianggap bukan anggota ekoran tidak membayar yuran keahlian.
Pemilihan jawatan cabang itu dimenangi Osman.
Kemenangan Zamsuri Zakaria sebagai timbalan ketua cabang Pasir Salak pada 25 September lalu turut dipersoal kerana beliau telah menghantar surat penarikan diri bertarikh 19 September kepada setiausaha cabang Hishamuddin Ali.
Peranan Fatmawati Salim menjadi ejen pengiraan undi di cabang Gopeng turut diadu kepada JPP kerana beliau adalah calon Majlis Pimpinan Wanita Pusat.
Pencalonan Azman Marjohan sebagai ketua cabang Tanjong Malim turut dipersoal kerana peribadi terbabit bukan lagi anggota parti di cabang terbabit.
Di Kelantan, Intan Rohani Tan selaku salah seorang wakil calon Mustaffa meminta keputusan pengundian cabang Kota Baru dibatalkan ekoran wujudnya unsur pengundi hantu.
The Malaysian Insider difahamkan, jumlah kehadiran ketika pengundian cuma 204 anggota tetapi kertas undi yang didapati dalam peti undi adalah sebanyak 213.
Di Selangor, Dzulkifly mengadu semula insiden kekecohan pemilihan cabang Kota Raja pada 26 September lalu.
The Malaysian Insider difahamkan, insiden tersebut merujuk pada proses pengiraan undi yang kecoh ekoran tindakan kumpulan tertentu rampas kertas undi dan peti undi.
Sebanyak 18 peti undi tersebut dibawa ke ibu pejabat PKR untuk dikira dengan kawalan polis.
Kekecohan itu melibatkan ketua cabang tersebut Dr A. Xavier Jayakumar, yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor dan saingannya S. Kottappan dan M. Telaiamblam.
Di Sabah, Anthony Dass Joseph Vandort membangkitkan insiden pengiraan undi di luar pusat pengundian cabang Tenom iaitu di Hotel Cititel Express, Kota Kinabalu yang meragukan.
Lanjutan dari itu, Dzulkifly menuntut beberapa tuntutan segera daripada JPP.
JPP dituntut supaya memanggil kesemua pengadu untuk memberi penjelasan, siasatan segera dibuat lalu diputuskan keputusan siasatan sebelum berlangsungnya Kongres PKR Nasional hujung bulan ini.
Malah, JPP turut digesa menubuhkan satu jawatankuasa khas yang bebas untuk menyiasat kesemua aduan lanjutan yang diberikan oleh pasukan Mustaffa hari ini.
Kata Dzulkifly lagi, jika aduan berhubung anasir penyelewengan di cabang Pasir Salak dibuktikan benar, JPP wajar mengumumkan semula status Mustaffa yang kalah pada persaingan peringkat cabang sebelum ini bagi merebut jawatan ketua cabang.
Dzulkifly turut menuntut supaya dilakukan pengiraan semula kertas undi bagi semua jawatan tertinggi parti iaitu timbalan presiden, naib presiden, ketua wanita, ketua Angkatan Muda Keadilan dan MPP.
Minggu lepas, Mustaffa ketika menyerahkan memorandum kata dua 48 jam kepada Dr Cheah mendesak supaya proses pemilihan ditangguhkan serta-merta.

Demo 'haram': 2 MP, 15 lagi dibebas

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini membebaskan 15 orang, termasuk ahli parlimen Batu Tian Chua atas dakwaan terlibat dalam perhimpunan awam yang dianjurkan Gabungan Pilihan Raya bersih dan Adil (BERSIH).

bersih rally 271207 05Hakim Jagjit Singh berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie bahawa perhimpunan pada 10 November 2007 itu haram.

"Masjid negara adalah tempat beribadat, dan tiada sesiapa mempunyai kuasa untuk menyuraikan hadirin, atas apa alasan pun orang ramai mempunyai hak berhimpun di masjid," katanya.

Jagjit menyampaikan keputusan itu selepas mendengar pengakuan daripada 36 saksi sepanjang perbicaraan yang mengambil masa tiga tahun.

Selain Tian Chua, dua lagi pemimpin Pakatan Rakyat yang didakwa, anggota parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan dan bekas naib presiden PAS dan pemidato terkenal Mohamad Sabu.

Semua mereka ditahan tiga bulan selepas perhimpunan itu.

"K" for "kelam kabut"?

Zaid Ibrahim's short-lived love affair with PKR is a reminder to all of us of many things.
First and foremost, I do not think for a moment that PKR's "one member one vote" system was well thought out, in terms of planning, management and implementation. It was a good idea and I am sure it was laced with good intention. But we have seen that good intention alone does not make an act good. Take the New Economic Policy as a prime example. Need I say more?
It must have been thought that UMNO's delegation system was too feudal in its outlook. Then it would not have escaped PKR's top echelon - as Anwar Ibrahim himself was a hot shot in UMNO - that the UMNO's delegation system was and is still in fact a fertile ground for abuse and corruption, as well as an incontrovertible proof that UMNO's top-down leadership is almost as feudal as it comes, making a mockery of modern democracy anchored to the will of the vastness of the real people, as opposed to elected agents and delegates.
And so PKR had to be different. All members must have the power to choose their leaders. To that end, it was well intent. However, unfortunately, how that end was to be achieved was a different matter altogether.
From the riotous and almost farcical party election that PKR is now going through, I doubt whether the intended end is achieved. When records show about 80 people in attendance and yet about 800 people voting, surely PKR could expect dissent and resentment from the candidates vying for posts. That is only to be expected.
To top it up, when party outsiders such as Haris Ibrahim could produce ballot papers issued for the party elections, one wonders whether Roy Hodgson is in charge of the ballot papers in PKR. Additionally, the low turn out for the elections has put the whole election in a really bad spotlight.
Secondly, the power play which underlies the political dynamics which results in Zaid's departure from PKR leaves a really bad aftertaste to Malaysians who were, up till recently, pinning their hope for a strong PKR showing in the next general election. A lot have been said by Zaid, his supporters and detractors as well as his opponents and even Anwar Ibrahim himself.
To the Malaysian public, these dynamics are not relevant nor significant. The average Malaysian voters are not appraised of these things. There will be Malaysian voters who want change. And from these change-seeking voters, some may see PKR as an alternative. Some others may remain hopeful that PKR would be a viable alternative.
The obvious question is how would this fiasco affect their thinking and perception of PKR. Would they now still see PKR as a viable alternative? Would they remain hopeful as such? How about the new-aged voters, namely the current crop of young cyber/iPhone/iPod/iPad-era voters who, despite their affliction for Lady Gaga and Adam Lambert, are more politically aware then we even care to give them credit for?
What will they think about PKR now?
I don't know about how they feel and think. But frankly, in my perception, PKR is so full of crap then it would even dare to admit. And if the farce that PKR calls and labels as party elections is to be a yardstick of its ability to govern this country, I would rather vote for the Siberian Husky in front of my house. And by that, I don't mean to insult the dog.
Thirdly, all of us would begin to wonder what will happen to Zaid after this. He was disciplined by UMNO before. Despite that, he became a Minister. A de facto law Minister at that. His push for reform saw him resigning in protest. He then left UMNO.
His sojourn to PKR was, to me, an expedient course, rather than a diligent one. He thought he needed a platform to move on with his reformist agenda. It was thought that PKR welcome him with a open arms. Recent events showed that while the arms were wide open while welcoming him, the  hands may have held a knife to his back during the traditional welcome hugs.
Zaid could have been PKR's trump card. Coming from the deep end of the "enemy's" territory, he must have possessed bountiful of knowledge about the "enemy" and their ways. He has always been steadfast in what he believes in and if needs be, he would not shy away from going against the mainstream.
He has proven this time and time again. When he was practising law, he was the first to have started and pursued the idea of a super-sized legal firm. In 1987-88, when the Malaysian Bar was up in arms over the Tun Salleh affair, Zaid bucked the trend. He in fact supported the proceedings against Tun Salleh. He then established the Malay Lawyers Association.
While a Minister, he pursued what he thought was a necessary agenda for the BN government. He did not even get approval from his colleagues. He left.
In PKR, barely some months after joining the aprty, he was issued a ban from traveling to Sabah and Sarawak. That was the first sign of trouble for him in PKR. But being true to himself, he soldiered on with his own reformist agenda within PKR.
He must have either overrated the party's willingness to change or underrated the strength of his detractors from within the party, or both. But what would hurt him the most would be the killer blow delivered against him by the party's leadership.
The arguments against him are numerous. Some say he was being impatient in challenging for the number two seat. But that would go against the very ideal which the party so fervently and loudly preach, namely, a true and dynamic democracy which gives the opportunity to every worthy man to lead, or challenge for a seat to lead. Does PKR practice what it preaches? Or does PKR think what it preaches only applies to others but not itself?
Some say he was selfish and almost obstinate in his pursuit of reformation within the party. However, if ordinary members are not given the opportunity to test the worthiness of  his or her ideas within the party, what political dynamism are we talking about? If a party only wants to hear what it wishes to hear, what differentiates it from its opponents against whom it complains for being dictatorial on a daily basis?
This debacle, in all its high resolution glory, coming after PKR's self-induced loss in Batu Sapi and viewed from the spectre of the two state assemblymen on pogo stick in Perak, a kangaroo MP from Kulim, a frog from Bayan Baru as well as the legendary 16th September black comedy, makes one begin to wonder what the "K" in PKR stands for.

Zaid kecewa dilabel 'orang jahat'

Bekas pengerusi PKR (PKR) Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim hari ini mengumumkan keluar parti berkuatkuasa 16 Dis ini kerana hilang kepercayaan terhadap perjuangan parti itu.

NONEBeliau berkata keputusan itu dibuatnya setelah menerima tekanan dan serangan peribadi daripada pimpinan parti termasuk Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya telahpun menghantar surat kepada PKR. Saya, secara rasminya hendak keluar daripada parti ini, tarik diri tapi dalam surat saya itu saya berkata bahawa saya nak tarik diri berkuat kuasa 16 Dis. (Ini adalah) berikutan episod pemilihan, saya telah dituduh, difitnah oleh pemimpin-pemimpin kanan parti dengan tujuan untuk menggambarkan saya ini mengkhianati parti dan berniat jahat.

NONE“Saifudin Nasution menuduh saya berniat jahat, kononnya saya telah merancang untuk menubuhkan parti baru sebelum pun saya masuk bertanding; Syed Husin dan Azmin pun sama bercakap tentang niat jahat saya untuk menggugat kepimpinan parti semasa saya mula-mula masuk parti lagi.

“Sumbangan saya kepada parti selama ini pun dikatakan kecil sahaja. Mereka juga berkata bahawa saya ini pemalas, tidak setia dan tidak memahami maksud perjuangan parti.

031010 pkr election kelana jaya trojan horse“Anwar Ibrahim sendiri telah menggelar saya sebagai 'Trojan Horse' dan 'Sore Loser'. Fitnah, putar-belit dan cerita-cerita rekaan ini telah memaksa saya untuk keluar dari parti ini. Saya tidak rela bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin yang gemar menghina orang lain seperti yang telah mereka lakukan terhadap diri saya,” kata Zaid yang membacakan kenyataan yang turut dimuatkan di blognya.

Menurut Zaid tindakan pemimpin PKR yang cuba memburukkannya tidak akan berjaya kerana beliau percaya masih ada orang yang mempercayai apa yang diperjuangkannya.

"Inilah cara mereka yang tidak ada keyakinan diri, mereka suka untuk menjatuhkan orang lain dengan harapan mereka akan digambarkan sebagai pemimpin sebenar," katanya.

Pada sidang akhbar di rumahnya di Petaling Jaya, Zaid berkata menghargai sokongan kuat yang telah diberikan oleh kawan-kawan dan ahli-ahli parti kepadanya.

zaid ibrahim quits pkr 191110 02Minggu lalu, Zaid memutuskan untuk menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR atas alasan wujud kecacatan dalam proses pemilihan pusat - yang julung kali diadakan menggunakan kaedah langsung.

Beliau juga mengundur diri daripada semua jawatannya dalam parti itu.

“Saya memasuki parti ini dan terus menjadi ahli seumur hidupnya bersama-sama dengan anak-anak saya kerana saya mahu parti ini menjadi wadah perjuangan reformasi dan keadilan yang tulen, jauh sekali untuk menghancurkannya dari dalam.

“Saya juga merasa yakin bahawa banyak pihak lain yang turut berkongsi kepercayaan dengan saya bahawa mana-mana perjuangan yang didasarkan di atas hasrat untuk menyelamatkan karenah peribadi pemimpinnya semata-mata adalah satu perjuangan yang palsu,” katanya.